Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Umat digalak qiyamullail hidupkan malam Aidilfitri

 

Islam garis amalan sunat rai hari raya tanda syukur nikmat Ilahi, erat persaudaraan

Idilfitri atau hari raya fitrah ialah salah satu hari raya dalam Islam selain Aidiladha. Antara perkara sunat yang digalakkan pada atau sebelum hari raya ialah
Menggalakkan berjaga pada malam (qiyamullail) hari raya dengan melakukan ibadah seperti sembahyang sunat, zikir, membaca al-Quran dan memperbanyakkan istighfar.
Sabda Nabi SAW “Sesiapa yang menghidupkan (beribadah) malam hari raya fitrah dan hari raya korban dengan mengharapkan keredaan Allah, nescaya tidak mati hatinya pada hari yang mati semua hati” (Kasyaf al-Qina). Doa pada malam hari raya adalah mustajab.
Pada pagi hari raya juga disunatkan mandi hari raya, memakai bau-bauan , mencuci mulut, gigi serta memakai pakaian yang baik bagi lelaki sebagai qiyas pada Jumaat untuk menyatakan nikmat Allah dan bersyukur kepada-Nya.
Pada hari raya fitrah, hendaklah menjamah makan sebelum keluar bersembahyang sunat seperti buah kurma dan dimakan dengan bilangan ganjil.
Menunaikan kewajipan zakat fitrah sebelum sembahyang atau ditunaikan beberapa hari sebelum hari raya bagi membolehkan fakir menggunakannya pada hari raya.
Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah SAW memfardukan zakat fitrah sebelum sembahyang bagi membersihkan orang berpuasa daripada kesilapan dan percakapan yang keji, dan untuk memberi makan fakir miskin, maka sesiapa menunaikannya sebelum sembahyang, maka ia adalah zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang, maka ia adalah salah satu daripada sedekah.” (Muttafaq Alaih).
Memperbanyakkan sedekah iaitu lebih daripada kebiasaan menurut keupayaan masing-masing terutama kepada kaum kerabat.
Memberi senyuman dan menunjukkan kegembiraan kepada orang mukmin dan menziarahi keluarga serta sahabat handai di kampung halaman sebagai menandakan kegembiraan serta mengeratkan hubungan persaudaraan dan kasih mesra antara satu sama lain.

Sumber: JAKIM

29/08/2011 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Sahkah solat jika tapak tangan berlapikkan telekung yang dipakai ketika sujud?

Jawapan: Solat anda adalah sah.

Ini ialah kerana sekurang-kurang sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud berdasar hadis nabi saw bahawa baginda telah bersabda:

Maksudnya: Apabila kamu sujud, tetapkanlah dahi kamu dan jangan lakukannya terlalu laju. (riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya).

Hadis ini menjadi hujah kepada ulama mazhab Shafie bahawa sekurang-kurang sujud adalah meletakkan dahi di tempat sujud. Mengikut Syeikh Muhamad bin Ismail Daud al-Fathoni dalam kitabnya “dan sekurang-kurangnya (sujud itu) mengenai setengah dahinya akan tempat sujudnya dan wajib dibukakan dahinya jangan ada berlapik”.

Perkara yang sama disebut di dalam kitab al-Fiqh al-Muyassar. Disamping dahi, ulama khilaf tentang kewajiban anggota-anggota lain. Yang sahih dalam mazhab Shafie’ adalah wajib berdasar hadis riwayat Bukhori dan Muslim bahawa Rasulullah saw menyuruh sujud di atas tujuh anggota; iaitulah dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kakinya.

Mengikut kitab al-Fiqh al-Muyassar; Yang diambil kira ialah meletakkan dua tapak tangan dan perut jari kedua-dua kaki walaupun sebahagian sahaja. Tidak mengapa dan tidak batal solat meletakkan dua tapak tangan ke atas kain telekung semasa sujud. Yang mesti dijaga ialah pastikan kain telekung tidak menghalang dahi dari mengenai tempat sujud.

Wallahu’alam.

( Rujukan: 1) Syeikh Muhamad Syarbini al-Khatib, Al-Iqna’. 2) Ahmad Isa ‘Asyur, al-Fiqh al-Muyassar. 3) Pelbagai. Disediakn oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin Setiausaha MUIS majlis ulama isma).


29/08/2011 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | 2 Comments

Sedih melihat sikap ilmuan agama hari ini

Hari ini sudah ada golongan yang berani mengatakan ingin mentajdid agama, dan mengatakan diri mereka sahaja yang mengikut al Quran dan Sunnah. Sedih melihatkan sesama saudara Islam bertelagah darihal perkara khilaf antara ulamak. Yang seorang sibuk datangkan dalil mengatakan amalan itu bid’ah, dan kononnya disertakan dengan takhrij hadith seolah-olah pendapatnya sudah betul-betul benar.

Apatah lagi mempertikaikan aqidah sesama umat Islam. Saya selalu melihatkan beberapanickname di dalam beberapa forum yang sering mengadakan perbalahan dan ‘tidak reti bahasa’ di dalam mencari keharmonian. Perkara khilaf ulamak sepatutnya kita sama-sama merghormati dan berlapang dada.

Jika tidak bersetuju dengan hujjah ulamak yang membolehkan amalan bacaan yasin 3 kali di dalam Nisfu Sya’ban terpulanglah dan tidak perlu membid’ahkan pendapat ulamak lain. Sekiranya tidak bersetuju dengan mereka yang menerima bid’ah hasanah terpulanglah, maka kerana itu tidak perlu berlagak juga dengan kalam ulamak lain untuk menghukum sesama Islam dengan gelaran sesat, duduk dalam neraka.

Seolah-olah hujjah sudah menjadi qot’ie (secara pasti) bahawa hujjah yang dibawakan orang lain (disertakan dengan dalil dan hujjah) adalah tertolak. Hebat bila ada yang mengatakan ulamak tersilap, tersalah. Dengan kalam siapa katakan ia tersilap dan salah? Adakah dengan ilmu kita yang tidak sampai pun sejengkal kaki ulamak yang direndah-rendahkan tersebut.

Sedangkan bila dikaji semula antara para muhaddith pun mereka ada berkhilaf tentang kekuatan darjat sesuatu hadith sebagaimana juga ahli ilmuwan hadith seperti Albani yang ada kalanya dahulu dia mendhoiefkan hadith yang sahih dan mensahihkan hadith yang dhoief (ini juga telah ditegur sendiri oleh Dr Yusof al Qardhawi di dalam Feqh Muassarohnya).

Menghukum Saudara Islam Masuk Neraka Dengan Khilaf Ulamak

Yang hanya pandai menghukum amalan orang lain sesat, masuk neraka. Adakah sudah pasti kita berada di mana? Adakah amalan kita sendiri tidak sesat apabila menyesatkan sesama umat Islam yang jelas sudah mengadakan dalil dan hujjah. Tak perlu nak bicara tentang latarbelakang ilmu orang lain. Tetapi belajar dulu AKHLAQ di dalam berbicara.

Yang rajin benar membawakan perbahasan ulamak dengan kata ini batil, ini salah. Adakah sudah faham tentang feqh waqi’? Sedar atau tidak siapa yang membaca di dalam artikel, yang mendengar, melihat? Ada di antara mereka yang ingin belajar, mahu mengenal Islam, mahu melihat keindahan ukhuwah antara sesama Islam. Tetapi apa yang telah tunjukkan dengan perasaan emosi.

Di mana diletakkan akhlaq yang sudah ditunjukkan di dalam AL QURAN DAN HADITH SAHIH? Atau letakkan di hujung-hujung kaki sahaja kerana kononnya ilmu lebih utama? Apa dahulu tidak diajar Rasulullah bagaimana berakhlaq sesama saudara seIslam?

Memahami Perbezaan Dari Petunjuk Sirah

Apakah tidak belajar sirah bagaimana Rasulullah menanggapi khilaf antara sahabat? Tunjukkan bukti bahawa Rasulullah berwenang mengatakan sesat kepada para sahabat yang berselisih faham dalam ijtihad terutamanya ketika ada sahabat yang solat Asar sebelum bertolak dan ada yang solat asar selepas bertolak ketika hendak menghadapi kaum Yahudi yang melanggar perjanjian Piagam Madinah.

Sedangkan dalil-dalil sudah diberi, dan sibuk pula mempertikaikan ulamak lain. Tidak belajarkah ijtihad yang benar akan diberi 2 pahala, dan ijtihad yang yang silap diberikan 1 pahala. Lihat bagaimana ketika ada 2 pendapat antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar mengenai tebusan Badar. Kita nak perlekehkan yang mana satu? Banyak lagi perselisihan ijtihad dan amalan baru yang tiada di zaman Rasulullah tetapi ada di zaman sahabat, tabi’ien dan tabi’ut tabi’en. Sedangkan mereka semua mengikut al Quran dan Sunnah jua!! Ada sesiapa nak pertikaikan?

Allahu Allah.

Bila mereka yang hebat-hebat ini mengatakan ulamak itu tersalah, tak betul, kemudian pada masa yang lain pula telah menggunakan kalam mereka kerana ada pendapatnya yang sama dengan pendapat sendiri. Maka adakah ini bermakna kita sedang MENGGUNAKAN HAWA NAFSU UNTUK MENANG?

Maka pendapat saya – dari belajar feqah dan hadith yang tinggi dan mendalam tetapi akhlaq tiada. Baiklah belajar akhlaq dahulu.

Syaitan sudah ketawa lagi. Orang yang memusuhi Islam bergelak ketawa lagi. Sila rujuk link ini agar sama-sama kita dapat belajar akhlaq – bagaimana beradab dengan khilaf ulamak.

Ditulis oleh Ibnu Nafis

28/08/2011 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

Peringatan Ulama Islam Tentang Golongan Pemecah-Belah


I

Kitab ini merupakan risalah kecil yang ditulis dengan tujuan untuk menjelaskan pelbagai pemahaman. Ia terdiri dari kumpulan 100 pertanyaan yang telah meresahkan pemikiran khalayak ramai pada abad ke-14 Hijrah. Baik sengaja mahu pun secara tidak sengaja. Kes-kes tersebut terus muncul sehingga menjadi kayu ukur untuk mengelompokkan kaum muslimin dan memecah-belahkan mereka ke dalam pelbagai golongan.

Pada sebahagian golongan, persoalan-persoalan tersebut digembar-gemburkan sebagai perkara qot’ie yang tidak boleh ada perbezaan pendapat di dalamnya. Mereka ini berkeyakinan pendapat yang benar hanyalah pendapat mereka.

Sementara orang yang berpendapat di luar apa yang mereka katakan adalah orang yang keluar dari agama, fasiq, menyimpang atau sekurang-kurangnya tidak komitmen (taat) serta cenderung kepada memudahkan masalah. Ramai yang dituduh tidak mencintai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, berhati keras dan kepala batu seperti orang-orang Arab Badwi di masa lalu yang keras dan kasar. Malahan lebih daripada itu banyak yang dituduh munafiq, zindiq, dan musyrik.

Akhirnya kaum Muslimin pun memeraskan seluruh tenaga dan pemikirannya dengan persoalan-persoalan ini; walaupun pada hakikatnya ia termasuk dalam lingkungan perbezaan pendapat serta setiap mazhab dan aliran mempunyai dalilnya masing-masing. Walau bagaimana pun jumlah masalah-masalah yang disepakati jauh lebih banyak daripada yang diperselisihkan.

Jika dihitung masalah-masalah fiqh yang berasal dari ulama terdahulu dengan segala bentuknya, terdapat lebih daripada sejuta masalah. Apabila dihitung peratusan perbezaan pendapat maka rasionalnya tidak lebih daripada satu masalah pada setiap 10,000 masalah. Jadi apakah logik (masuk akal) dan dapat diterima bahawa kita sepakat di dalam 10,000 masalah, lalu apabila kita berbeza pendapat, setiap daripada kalangan kita menyerang dengan ungkapan yang tajam terhadap temannya? Sehingga hal itu menjadi suatu jihad tanpa peperangan. Hal seperti ini jelas hanya menggambarkan kekosongan fikiran, malahan rendahnya penguasaan ilmu fiqh dan pemahaman terhadap agama secara keseluruhan.

(Sumber: Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor)

II

Sesungguhnya benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalahgunakan atau jatuh ke tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya apa yang berlaku ada hadith yang menyeru berpegang dengan Sunnah dan menjauhkan Bidaah.

Pada hakikatnya bertujuan memelihara kemurnian ajaran Islam dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam. Namun terdapat pihak yang mengunakannya untuk membidaahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah di kalangan para fuqaha’. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah di kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.

Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim ketika menggambarkan kesan yang ditinggalkan oleh kegiatan golongan ini terhadap keharmonian masyarakat Islam di Mesir dalam bukunya al-Salafiyyah al-Mu’assarah, menulis :

“Kita sekarang berhadapan dengan satu gelombang taufan melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama Allah.. kerana mereka tidak mengikut dan berpegang dengan pendapat yang dipegang oleh golongan berkenaan.. hingga memporak-perandakan keluarga.. anak menuduh bapanya kufur dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bidaah dan fasik. Ada juga berlaku wanita kahwin dengan lelaki lain tanpa penceraian yang sah dengan suaminya berasaskan anggapan bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah kerana dia seorang yang kafir..”

Demikian besarnya fitnah yang ditimbulkan oleh penyalahgunaan tafsir nas-nas syarak tanpa berpandukan huraian oleh ulama muktabar. Hal ini memang telah diberikan peringatan oleh Rasulullah sallahu alayhi wassalam di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maksudnya:

“Sesiapa yang mentafsir al Quran tanpa ilmu maka bersedialah menduduki tempatnya di dalam neraka”.

(Sumber: Kata Pengantar Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Wan Zahidi Bin Wan Teh, Makna Sebenar Bid’ah Satu Penjelasan Rapi, al-Sheikh al-Hafiz al-Fadl Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari, Middle East Global ,2003, Selangor)

 

(Dikumpulkan oleh Ibnu Nafis)

28/08/2011 Posted by | Tazkirah | | 1 Comment

Berilmu tetapi tak berakhlak

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh – ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya – yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama’ah. Manakala dalil yang terkuat baginya – juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah – itu haram, ini bid’ah, engkau munafiq!, engkau sesat!

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

ALLahu..ALlah..

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun”. (Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri? Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah.

(tulisan oleh Ibnu Nafis)

28/08/2011 Posted by | Renungan & Teladan | , | Leave a comment

Nabi SAW sama dengan manusia lain – TG Nik Abd Aziz

Syarah TGNA : http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc

Ust Kazim Jawab Nik Aziz : http:http://www.youtube.com/watch?v=IAEsF5jEsE8

Ust Azhar Idrus : http://www.youtube.com/watch?v=-NRZfLUgjdI

 

Ulasan:
Soalan 1 : Apakah wujud kelebihan Nabi saw semasa kelahiran? Memang banyak sekali cerita-cerita yang dikhabarkan mengenai peristiwa keajaiban yang berlaku sekitar kelahiran nabi, akan tetapi sukar untuk memastikan kesahihannya. Sumber-sumbernya dari Sirah Ibn Hisyam, Tarikh al-Tabari, Mawahibu al-Laduniyya [Qastalani], Syifa [Qadi Iyaf], dsb.

Berkenaan dengan bilakah Nabi saw dikhatankan, Ibn Qayyim rh [Zaad al-Ma’ad, 1/53] telah mencatatkan 3 pandangan :

1. Beliau dilahirkan dalam keadaan telah dikhatankan.
2. Beliau dikhatankan oleh Malaikat yang membedah dada beliau semasa dibawah penjagaan Halimah.
3. Beliau telah dikhatankan oleh datuknya, Abdul Muthalib semasa berumur 7 hari, dan waktu itu dinamakan Muhammad.

Ibn Qayyim mengatakan pandangan yang mengatakan Nabi telah dikhatan semenjak lahir adalah tertolak kerana tidak wujud dalil sahih mengenainya. Peristiwa Nabi saw dibedah dada oleh Malaikat Jibril semasa berumur 4 atau 5 tahun terdapat didalam Hadith Muslim, akan tetapi perlakuan khatan itu sendiri tidak ada. Ulama’ cenderung kepada pendapat Muhammad  saw dikhatan oleh Abdul Muthalib kerana kelaziman orang arab akan mengkhatankan anak mereka semasa berumur 7 hari.

Memang wujud kelebihan Nabi Muhammad  saw sebelum beliau menjadi Rasul. Diantara peritiswa ajaib yang berlaku adalah semasa Nabi Muhammad telah di ambil oleh Halimah untuk disusukan. Halimah dan keluarga tidak mempunyai makanan yang cukup, sehingga susu badan beliau tidak mencukupi untuk memberi susuan kepada anaknya. Beliau juga mempunyai seekor unta, dimana unta itu juga sudah lama tidak mengeluarkan susu.

Akan tetapi semasa beliau mengambil Muhammad didadanya, didapati susu telah wujud. Susu tersebut mencukupi untuk Muhammad, termasuklah untuk adik tirinya. Suaminya telah pergi kepada unta tersebut dan didapati unta tersebut pun sudah boleh mengeluarkan susu. Semasa perjalanan ke Mekah, kaki himarnya telah cedera. Akan tetapi semasa pulangnya, himar tersebut dengan cepatnya telah pulih.

Ibn ‘Asakir meriwayatkan satu peristiwa yang berlaku semasa Nabi  saw bersama Pakciknya Abu Talib telah menerima aduan orang Quraish mengenai keadaan di Mekah yang tidak hujan-hujan. Semasa Abu Talib pergi bersama anak buahnya Muhammad untuk berdo’a di Ka’bah pada suasana yang panas, kelihatan awan gelap berada diatas kepala Muhammad. Abu Talib dan anak buahnya berdo’a di Ka’bah dan tiba awan dari pelbagai arah bertemu dan mengeluarkan hujan membasai bumi Mekah.

Didalam peristiwa lain pula, Nabi  saw mengikuti Abu Talib ke Syria. Sesampai di Busra, terdapatnya Rahib bernama Bahirah bertemu dengan mereka. Walaupun tidak pernah berjumpa, dia dapat mengenali Muhammad. Apabila Abu Talib bertanya bagaimana dapat mengenali Muhammad, jawabnya pada masa mereka berjalan dari arah Aqabah, kelihatan batu, pokok sujud, dan ini hanya berlaku jika seseorang itu Nabi. Dia juga mengenal Muhammad dari tanda kenabiannya, Khatam Nubuwah, cop kenabian dibawah bahunya.

Ini adalah peristiwa yang menunjukkan bahawa tanda keNabian itu telah wujud semenjak Nabi Muhammad saw masih kecil lagi dan Allah swt sentiasa memelihara Nabi akhir zaman ini dari sebarang gangguan. Peristiwa ini kami petik dari Kitab al-Raheeq al-Makhtum (ms 61 – 65) karangan Safiur Rahman al-Mubarakpuri yang sangat sarat dengan rujukan.

Soalan 2 : Mengenai kenyataan yang dikeluarkan TG Nik Aziz Nik Mat mengenai Nabi Muhammad saw merupakan manusia biasa sebelum diturunkan al-Quran kepada baginda, perlu dilihat dari beberapa aspek. Kalau beliau sengaja mengatakan Nabi Muhammad  saw hanyalah manusia biasa seperti kita, barulah dikatakan menghina kedudukan Nabi saw .

Secara umum, didalam al-Quran, Allah swt sendiri memberitahu Nabi  saw bahawa katakan kepada mereka yang bertanya, bahawa engkau adalah manusia biasa. Firman Allah swt bermaksud:-

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya” [surah al-Kahfi : 110]

Menurut Imam al-Qurthubi, surah ini mengambarkan Allah memberitahu Muhammad saw  bahawa beliau adalah manusia biasa dengan tujuan merendahkan ego-ego manusia agar tidak merasa diri mereka tinggi sangat, sedangkan Nabi Muhammad sendiri adalah manusia biasa.

Ayat ini juga boleh memberi motivasi kepada manusia untuk beramal. Jika Muhammad saw  boleh melakukan amalan-amalan baik, maka kita pun boleh melakukannya.

Ayat ini juga boleh digunakan untuk melarang manusia yang berlebih-lebih sikapnya terhadap Nabi saw sebagaimana orang-orang Nasrani mengangkat Nabi Isa as. Inilah yang dimaksudkan oleh TG Nk Aziz didalam petikan video diatas, menasihatkan agar umat Islam tidak berlebih-lebih menyambut Maulid Nabi, tetapi apa yang penting adalah memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah yang Nabi Muhammad  saw bawa setelah beliau menerima wahyu semasa berumur 40 tahun. Tidak mungkin seorang Tok Guru yang sangat menyanjung Nabi  saw sanggup menghinanya. Haruslah kita mempunyai sikap “bersangka baik” terhadap beliau. Tujuan beliau jelas, melarang manusia berlebih-lebihan didalam Maulid sebagaimana orang-orang Nasara berlebihan terhadapa Nabi Isa as.

Nabi saw sendiri melarang umatnya dari melakukan apa yang dilakukan oleh orang Nasrani terhadap Nabi Isa as, sebagaimana sabda beliau :

“Jangan kamu berlebihan terhadapku sebagaimana orang-orang Nasara berlebih-lebihan terhdap anak Maryam, aku hanyalah hamba, maka katakanlah : hamba Allah dan Rasul Allah” [Hadith Riwayat al-Bukhari, Ahaadith al-Anbiya # 3189]

Bagi mereka yang sengaja menggunakan ayat diatas untuk merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad saw, maka perbuatan tersebut adalah dilarang. Nabi Muhammad  saw sebelum menerima wahyu lagi merupakan hamba Allah swt yang diperlihara oleh Allah swt. Malah jika kita melihat ayat dari surah al-Kahfi diatas, walaupun Allah menyuruh baginda mengatakan dia adalah manusia seperti kamu, akan tetapi sambungan ayat tersebut menyatakan bahawa beliau menerima WAHYU. Manusia biasa tidak mungkin akan menerima wahyu seperti Nabi saw. Beliau adalah hamba Allah yang paling mulia disisi Allah dan penghulu segala Nabi. WA.

Sekian, wassalam

(Sumber: al ahkam.net)

26/08/2011 Posted by | Aqidah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah


Tarikh Keputusan:  28 Oct, 2007
Huraian Tajuk/Isu:

1. Persoalan mengenai perkara ini ditimbulkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada bulan September 2007 yang lalu. Muzakarah membincangkan isu ini untuk mendapatkan satu keputusan atau dasar tentang hukum memberikan wang zakat kepada orang bukan Islam bagi tujuan dakwah di bawah asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum.
2. Di Negeri Kelantan, program dakwah kepada orang bukan Islam khususnya dakwah kepada orang asli dilaksanakan oleh Unit Dakwah, Majlis Agama Islam Kelantan dengan menggunakan peruntukan wang zakat. Walau bagaimana pun sehingga sekarang tiada fatwa khusus yang memperincikan takrifan asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum, samada ia meliputi orang Islam sahaja atau ia merangkumi orang kafir.

Keputusan: 

Setelah membincangkan isu ini dengan teliti, Mesyuarat Jamaah
Ulama” bersetuju memfatwakan seperti berikut :
1. Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.Golongan Muslim meliputi : 
a. Orang yang baru memeluk Agama Islam.
b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang mempunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.
c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap imannya tetapi masih berpengaruh.

Golongan bukan muslim (kafir) pula meliputi :
a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.
b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

2. Dalam urusan agihan wang zakat kepada al-muallafatu Qulubuhum ini, secara umumnya Mesyuarat bersetuju dengan pendapat rajih dalam Mazhab Syafie yang mengharuskan wang zakat diagihkan kepada golongan Muslim
Sahaja.

3. Dalam konteks dakwah, khususnya dakwah kepada orang asli di Kelantan, mesyuarat bersetuju memfatwakan bahawa pengagihan wang zakat diharuskan kepada golongan bukan Muslim.
Fatwa ini dikhususkan untuk tujuan dakwah semata-mata kerana kepentingan siasah syar”iyyah untuk pengembangan Agama Islam.

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan
Negeri: Kelantan

25/08/2011 Posted by | Ibadah | | 1 Comment

Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama

Tarikh Keputusan:  4 Nov, 2009

Keputusan:

Mesyuarat sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :

 

i. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah s.w.t dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanyalah kepada Allah s.w.t. sahaja.

 

ii. Orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.
 

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan:  KERTAS MESYUARAT

25/08/2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah


Tarikh Keputusan:

11 Jun, 2001

Huraian Tajuk/Isu:

Apakah hukum seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram untuk tujuan ziarah?

Keputusan:

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah mengambil keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah Fatwanya;

Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan ziarah tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-

1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.

2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.

3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).

4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.

5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah ( boleh dipercayai ) dan solihat.

6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.

7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.

8. Tujuannya untuk ziarah mengeratkan silaturrahim, terutama yang ada hubungan nasab ( keturunan ) atau ziarah orang sakit atau memenuhi jemputan.

9. Perjalanannya ada mempunyai matlamat tertentu yang diharuskan oleh syarak, bukan untuk semata-mata melancong, berkelah atau dalam bentuk suka-suka sahaja.

10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ziarah iaitu pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluann hidup selepas kembali dari ziarah tersebut.

11. Kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya.

12. Dengan perhiasan yang sederhana.

13. Wanita yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).

14. Bukan dalam ‘iddah kematian suami.

15. Undang-undang membenarkannya.

 

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan
Negeri: Johor

25/08/2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | , | Leave a comment

Hukum mengadakan majlis perkahwinan (Walimatul urus)

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana  sabda Nabi S.A.W. :

Maksudnya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

2)      HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN

          Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat  menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda RasulullahSAW:

 

Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

3)      SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG

 1.           Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2.           Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3.          Yang dijemput itu juga  beragama Islam.
4.          Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
5.          Yang dijemput itu tidak menerima  pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
6.           Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.

(Sumber: Islam Grid)

25/08/2011 Posted by | Ibadah | | Leave a comment

Awas dakyah Kristian di Malaysia

Foto Yahoo.com

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

Penulis: Ustaz Dr Ridhuan Tee


20/08/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | | 1 Comment

Tarikh sebenar Nuzul Al Quran

Dalam Kitab Nurul Yaqin karangan Syikh Mahmud Hadhari Bik, ada menyatakan bahawa Ketika usia menghampiri 40 tahun, Rasulullah s.a.w. menggemari khalwah dan ‘uzlah atau menyendiri dan mengasingkan diri dari herok pekok masyarakat jahiliah yang bercelaru dengan segala macam kemungkaran dan kemaksiatan.

Baginda memilih gua Hira’ yang terletak di atas bukit an-Nur yang terletak kira-kira dua batu dari kota Mekah sebagai lokasi khalwah baginda.

Setelah usia genap 40 tahun, tanda-tanda kenabian mula muncul dan bertapak dalam kehidupan baginda. Baginda sering didatangi mimpi yang benar. Setiap kali mengalami mimpi, maka ia benar-benar terjadi laksana terpancarnya cahaya matahari di waktu pagi. Hal ini dialami baginda selama enam bulan.

Pada tahun ke 3 ‘uzlah baginda datanglah detik bersejarah yang paling agung, baginda dikunjungi malaikat Jibril yang mulia membawa cahaya yang bakal menerangi alam semesta sehingga ke hari qiamat.

Bilakah berlakunya detik paling bersejarah ini?

Penulis sejarah tidak sekata dalam menentukan tarikh sebenar peristiwa besar ini terjadi. Ada yang berpendapat ia berlaku pada bulan Rabiul-Awwal. Yang lain berpendapat pada bulan Rajab. Dan sekumpulan lain berkata pada bulan Ramadhan.
Golongan yang berkata peristiwa besar itu berlaku pada bulan Ramadhan, mempunyai pandangan yang berbeza pula dari segi tarikhnya sama ada 7, 17 atau 18.

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Manakala firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: “…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 22 tahun 2 bulan 22 hari diambil kira dari ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq. Dan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan kepada baginda iaitu 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Menurut Syaikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri, tarikh yang paling tepat turunnya al-Quran jatuh pada hari Isnin 21 Ramadhan bersamaan 10 Ogos tahun 610M. umur baginda ketika itu adalah 40 tahun 6 bulan 12 hari mengikut hitungan qamariah dan 39 tahun 3 bulan 22 hari mengikut hitungan syamsiah.

Alasan beliau dalam menentukan tarikh ini adalah Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Muhaddithin daripada Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai puasa sunat pada Isnin. Baginda menjawab maksudnya: “Isnin adalah hari aku dilahirkan, dan Isnin juga hari aku diutuskan”. Riwayat Muslim, Ahmad, al-Baihaqiy dan al-Hakim.

Hari Isnin dalam bulan Ramadhan pada tahun tersebut adalah 7, 14, 21 dan 28 haribulan. Berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih, Lailatul-Qadar adalah jatuh pada malam-malam ganjil 10 terakhir Ramadhan. Jadi Syaikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri, di dalam bukunya AL-RAHEEQ AL-MAKHTUM (2002) menyimpulkan bahawa peristiwa bersejarah itu jatuh pada hari Isnin 21 Ramadhan. Allahu A’lam.

 

Sumber: Blog Raudhatul Furqan

18/08/2011 Posted by | Tazkirah | | 1 Comment

Mentega bahan buat kek lapis disahkan haram oleh Jakim

Sudah berkurun orang Melayu guna untuk buat kueh.Hari ini dapat berita ianya tak halal.Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

“Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. – Bernama Ogos 16 2011



18/08/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa | | Leave a comment

Lagi lagi Ulama bertelagah sesama sendiri

Malaysia Kini 10 Ogos 2011-

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini meminta penceramah terkenal Dr Muhammad Uthman El-Muhammady supaya tidak “berdolak-dalik” berhubung undangan berdialog berhubung isu Wahabisme dan terorisme.

“Dalam surat (undangan) kita tidak sebut sama ada tertutup atau terbuka. Kita tak sebut tarikhnya.

“Kita kata dia boleh pilih tarikhnya sepanjang bulan Ramadan ini. Kita dah beri ‘cek kosong’ kepada dia,” kata Dr Juanda (kiri).

“Kita ajak dia berdialog, tak perlulah beri jawapan falsafah.”

Semalam, Dr Uthman dilapor menafikan menolak undangan dialog Dr Juanda susulan pembentangan kontroversinya dalam taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Sebaliknya, Uthman berkata, beliau mahu dialog itu diadakan secara tertutup dengan penganjurannya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dihadiri pakar yang turut dipilih Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Komen :

Ulama ulama kini sudah terikut ikut rentak politkus.Tidak henti henti bertelagah di antara satu sama lain.Kalau sibuk bertelagah bila masa nak menjalankan kerja Nabi membangun ummah? Kalau ya pun kerana ada perbezaan pendapat yang hendak disuarakan jangan lah dilakukan di media hingga semua rakyat tahu.Ini mengambarkan betapa keji nya akhlak ulama yang nampaknya macam tidak  beretika.Apa tujuan nak bertelegah di media? Nak tunjuk kepada rakyat siapa lebih tahu dan lebih pandai? Nak tunjuk siapa lebih jaguh kot? Sedarlah  ulama, tingkah laku begini tidak mendatangkan apa apa keuntungan kepada perkembangan dan pembangunan Islam.

Ulama bertelagah rakyat jadi pening dan bingung.Fikiran rakyat jadi bercelaru dan kucar kacir kerana tak tahu nak ikut cakap siapa.Dua dua pihak mengata dia yang betul.Sepatut mereka jadi contoh terbaik untuk di ikuti oleh rakyat.Perangai rakyat pun terikut ikut jadi macam mereka. Bertelingkah fasal agama macam tidak ada kesudahan.

Tak pernah saya dengar pemimpin dan bijak pandai dari agama lain bertelegah sesama sendiri secara terbuka begini.Mereka melihat dan sudah tentu mentertawakan gelagat anda.Kalau begini lah keadaannya selalu sememangnya, sungguh memalukan! 


17/08/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Renungan & Teladan | | 5 Comments

Pengakuan Orang Orang Barat terhadap kedatangan pemimpin baru yang bernama MUHAMMAD di akhir zaman

 Zionis dan Kristian menyimpan dendam yang amat membara terhadap Islam sejak dahulu lagi.Ini di ceritakan melalui firman firman Allah dalam al Quran. Untuk melepaskan dendam mereka menjalankan berbagai bentuk agenda untuk menghalang pengembangan Islam.Di antara agenda mereka ialah memusnahkan umat Islam.Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di Negara Negara umat Islam sendiri dan jangan bagi ruang dan kesempatan bergerak.Dan agenda ini tidak henti henti dan berjalan hingga ke saat ini.

Seorang orientalis Inggeris bernama Profesor Montgomery Watt dari Universiti Edinburgh menulis dalam “The London Time” pada 1968.Dia berkata “Kalau sudah di temui seorang pemimpin Islam yang benar benar berkelayakkan dan becakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan bangkit (bangkit semula) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar didunia ini sekali lagi”

Bekas Presiden Israel Ben Gordon pernah berkata “Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah kalau dalam dunia Islam sudah lahir seorang Muhammad Baru( iaitu apa yang di sebut sebut Imam Mahdi ).”

Jelas bahawa orang Barat khasnya Yahudi dan Kristian adalah jauh lebih peka daripada umat Islam sendiri. Mereka sentiasa berjaga jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bertaraf Khalifah bernama Muhammad, tahu pula tempat lahirnya dan bila keluarnya.Pada masa yang sama Umat Islam berbelah bagi dalam hal mempercayai tentang kedatangan nya Imam Mahdi kedunia.Masih tak henti henti dan sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis hadis mengenai kedatangan nya itu.Yang percaya kepada kedatangan al Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya sebaliknya.

Wallahu’alam

(Rujukan: Rahsia Kegemilangan Islam pada zaman moden oleh Hawari Abdul Malik)

13/08/2011 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Bacaan selain Azan di pembesar suara adalah di larang dalam Islam

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

(Sumber)

12/08/2011 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah | 11 Comments

Jimak di bulan Ramadan selepas sengaja membatalkan puasa

Soalan;

Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif.

 

Jawapan:

Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;

1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.

2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.

Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).

 

(Sumber: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil SU Panel Syariah HPA)

11/08/2011 Posted by | Ibadah | 1 Comment

Boleh kah berkerjasama dengan Negara Kafir Harbi?

“Adakah ajaran Islam benarkan seorang Ketua Negara Islam mengadakan hubungan pemerintahan dengan Ketua Negara Kafir Harbi yang menduduki negeri-negeri kaum Muslim yang memusuhi, mengusir atau memerangi kaum Muslim?

Pada Julai 2011 Perdana Menteri Malaysia Datuk Mohd Najib bin Abdul Razak, telah bertemu dengan *Ketua Negara Kafir Harbi Hukman wa Fiklan dari Britian, David Cameron untuk mengadakan perbincangan.

(*Nota: Negara Kafir Harbi Hukman wa Fiklan ertinya negara kafir yang de facto tengah dan sedang memerangi kaum dan Negara Muslimin saperti di Iraq dan Afghansitan).

Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan dua hala mengenai urusan ekonomi, perdagangan, usaha membanteras jenayah rentas sempadan, memerangi aktiviti keganasan antarabangsa, pemerdagangan manusia, penyeludupan pendatang haram, penculikan, jenayah siber, pengedaran dadah dan bahan psikotripik serta pengubahan wang haram.




Persoalannya, adakah dibenarkan seorang Ketua Negara Islam mengadakan hubungan pemerintahan dengan Ketua Negara Kafir Harbi yang menduduki negeri-negeri kaum Muslim yang memusuhi, mengusir atau memerangi kaum Muslim?


Berikut peringatan Allah, yang tertulis di dalam Al Quran menerangkan bahawa:-

“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” (Surah al Maaidah [5]:48)

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.”(Surah al Maaidah [5]:49)

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.” (Surah al Maaidah [5]:50)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” (Surah al Maaidah [5]:51)

“Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: “Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.” (Surah al Maaidah [5]:52)

“Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: “Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?” Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.” (Surah al Maaidah [5]:53)

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Surah al Maaidah [5]:54)

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (Surah al Maaidah [5]:55)

“Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. (Surah al Maaidah [5]:56)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al Maaidah [5]:57)


Begitulah peringatan Allah di dalam al Quran.

10/08/2011 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Tegakkan negara Islam dalam diri

Hasan al Hudaibi menyebut: ” Tegakkan negara Islam itu dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di tanah air kamu”.

Perjuangan untuk mewujudkan masyarakat Islam yang syumul adalah cit cita yang mulia.Tiada siapa pun berhak mempertikaikan hasrat ini.Cuma bagaimana pendekatan nya untuk mencapai matlamat itu.Sudah tentu matlamat Islam mesti melalui adab dan tata susila Islam.Matlamat tidak menghalalkan cara.Hasrat Islam hendaklah diterjemahkan dalam wajah Islam.Jangan hasrat Islam diwatakkan kepada manusia dengan wajah yang tidak Islamik.Maka cita cita Islam itu nanti akan dipertikaikan.

(Sumber: Dr Maza)

10/08/2011 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Tidak semestinya tukar pemerintah untuk menerapkan Islam

Pemerintah tidak semestinya ditukar atau dilantik yang lain.Perubahan politik boleh dilakukan dengan mempengaruhi pemerintah agar mengubah sikap dan bertindak dengan cara yang baik.Namun usaha ini memerlukan para pendakwah dan ulama yang ikhlas sehingga membolehkan para pemerintah mendengar nasihat yang jujur tanpa kepentingan.

Malangnya, dunia kita ini dipenuhi dengan dua golongan yang menyandarkan diri kepada agama.Satunya pengampu pemerintah dan yang lagi satu pencerca pemerintah.Sedangkan yang diperintah agar seorang pendakwah menjadi penasihat yang jujur dan berpendirian.Namun kejujuran dan pendirian itu hendaklah dipagari dengan kebijaksanaan.

Islam yang ada dalam jiwa orang politik negara ini masih besar.Maka ruangan untuk mengajak mereka kembali kepada ajaran Allah dan Rasul Nya mempunyai peluang yang amat terbuka.Oleh itu, nilai nilai buruk dalam politik yang ada boleh dibaiki dengan kesungguhan dakwah.

Bentuk kedua ialah penyertaan golongan yang memiliki nilai nilai kepimpinan yang Islamik ke dalam sistem pemerintahan.Dengan cara ini, politik yang bersalut segala macam kekarutan dan pencemaran itu dapat di baiki.Hal ini pernah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s saperti yang di Firman Allah bermaksud:

“Yusuf berkata:”Jadikanlah aku pentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir). Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa dibumi Mesir; dia bebas tinggal dinegeri itu dimana sahaja yang disukainya.Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang kami kehendaki ,dan Kami tidak menghilangkan balasan baik kepada orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Yusuf 12:55-56)

(Sumber:Dr Maza)

09/08/2011 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Renungan buat Pemimpin

Pada suatu hari Khalifah Harun ar Rasyid sedang menaiki Bukit Safa.Muncul seorang tokoh umat bernama Abd Allah bin Abd al-Aziz al-“Umari lalu berkata kepadanya:

Umari:  Lihat kearah Kaabah itu.”

Harun: Ya aku sedang melihat .

Umari:   Berapa jumlah orang yang kau lihat?

Harun:   Siapa yang mampu mengiranya.

Umari:   Berapa jumlah manusia yang saperti mereka?

Harun:   Hanya Allah yang mampu mengiranya

Umari:   Ketahuilah engkau wahai Khalifah bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, sedangkan engkau akan di tanya tentang mereka semua.Maka berhati hati lah engkau tentang nasib engkau nanti.

Maka terduduk dan menangis lah Harun ar Rasyid mengenangkan nasib masa depannya di akhirat kelak.

(Sumber: Dr Maza)

09/08/2011 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

Kisah JAIS serbu gereja : Ustaz Dr Ridhuan Tee dedahkan kisah benar tentang dakyah Kristian

Saturday, August 6, 2011

Cerita Penuh Pengakuan Individu Yang Pergi Gereja


oleh : Ustaz Dr Ridhuan Tee 

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus.

Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

06/08/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 11 Comments

Bahayanya penyebar berita palsu (fitnah)

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil di perbesarkan dalam berita yang di edarkan atau sebaliknya. Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang muslim. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya?

Dalam naskah berikut ini, penulis menjelaskan kepada kita, bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap berita-berita yang belum jelas kebenarannya itu.

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

 

Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

 

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”

 

Maksudnya, janganlah kamu menerima (begitu saja) berita dari orang fasik, sebelum kamu periksa, teliti dan mendapatkan bukti kebenaran nya.

(Dalam ayat ini) Allah memberitahu, bahwa orang-orang fasik itu pada dasarnya (jika berbicara) dia dusta, akan tetapi kadang kala ia juga benar. Karena, berita yang disampaikan tidak boleh diterima dan juga tidak ditolak begitu saja, kecuali setelah diteliti. Jika benar sesuai dengan bukti, maka diterima dan jika tidak, maka ditolak.

Kemudian Allah menyebutkan illat (sebab) perintah untuk meneliti dan larangan untuk mempercayai berita-berita tersebut. Allah berfirman.

“Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya”.

Kemudian nampak bagi kamu kesalahanmu dan kebersihan mereka.

“Yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [Al Hujurat : 6]

Terutama jika berita tersebut boleh menyebabkan punggungmu kena rotan. Maksudnya isu yang kamu bicarakan boleh mengkibatkan kamu kena hukum had, seperti qadzaf (menuduh) dan yang sejenisnya.

Sesungguhnya semua kaum muslimin perlu menghayati ayat ini, untuk di baca dan renungi, lalu beradab dengan adab yang ada padanya. Betapa banyak fitnah yang terjadi akibat berita bohong yang disebarkan orang fasiq yang jahat! Betapa banyak darah yang tertumpah, jiwa yang terbunuh, harta yang terampas, kehormatan yang terkoyak, akibat berita yang tidak benar! Berita yang dibuat oleh para musuh Islam. Dengan berita itu, mereka hendak menghancurkan persatuan umat Islam , dengan menyemarakkan dan mengobarkan api permusuhan diantara umat Islam.

Betapa banyak dua saudara, berpisah disebabkan berita bohong! Betapa banyak suami-isteri berpisah karena berita yang tidak benar! Betapa banyak bangsa bangsa, dan kumpulan kumpulan, parti parti,jemaah jemaah dan negara negara saling memerangi, karena tertipu dengan berita bohong!

Allah Azza wa Jalla Yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui, telah meletakkan satu kaedah bagi umat ini untuk memelihara mereka dari perpecahan, dan membentengi mereka dari pertikaian, juga untuk memelihara mereka dari api fitnah.

Tetapi sayang tidak ada satu pun masyarakat muslim yang bebas dari orang-orang munafiq yang memendam kedengkian. Mereka tidak senang melihat kaum muslimin berbaik baik menjadi masyarakat yang bersatu dan bersaudara.

Wajib atas kaum muslimin untuk berhati hati dan berwaspada dengan musuh-musuh mereka. Dan hendaklah kaum muslimin mengetahui, bahwa para musuh mereka tidak pernah tidur (tidak pernah berhenti) merancang tipu daya terhadap kaum muslimin. Maka wajiblah atas mereka untuk senantiasa waspada, sehingga boleh mengetahui sumber kebencian, dan bagaimana rasa saling permusuhan dikobarkan oleh para musuh.

Sesungguhnya keberadaan orang-orang munafiq di tengah kaum muslimin dapat menimbulkan bahaya yang sangat besar. Akan tetapi yang lebih berbahaya, ialah keberadaan orang-orang mukmin berhati baik yang selalu menerima berita yang dibawakan orang-orang munafiq. Mereka membuka telinga lebar-lebar mendengarkan semua ucapan orang munafiq, lalu mereka berkata dan bertindak sesuai dengan berita itu. Mereka tidak peduli dengan bencana yang bakal menimpa kaum muslimin akibat percaya kepada orang munafiq.

Al Qur’an telah mencatatkan buat kita satu bencana yang pernah menimpa kaum muslimin, akibat dari sebagian kaum muslimin yang mengikuti orang-orang munafiq yang dengki, sehingga boleh mengambil pelajaran dari pengalaman orang-orang sebelum kita.

Bacalah Surat An Nur dan renungilah ayat-ayat penuh barakah yang Allah ucapkan tentang kebersihan Ummul Mukminin ‘Aisyah x dari tuduhan kaum munafiq. Kemudian sebagian kaum muslimin yang jujur terikut ikut menuduh tanpa meneliti bukti-buktinya. Allah berfirman.

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa ifki adalah dari golongan kamu juga.Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu.Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya adzab yang besar”. [An Nur : 11].

Ifki maksudnya ialah berita bohong. Dan ini merupakan kebohongan yang paling jelek.

“Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu”. [An Nur : 11].

Tidak semua perkara-perkara itu boleh dinilai hanya melalui zahirnya saja. Karena terkadang kebaikan atau nikmat itu datang dalam satu bentuk yang kelihatannya menyusahkan. Diantara kebaikan (yang dijanjikan Allah buat keluarga Abu Bakar), ialah Allah menyebut mereka di malail a’la. Dan Allah menurunkan beberapa ayat yang boleh dibaca mengenai keadaan (keluarga Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu).

Dengan turunnya ayat ini, maka hilanglah mendung dan tersingkaplah kegelapan itu. Lenyap sudah gunung kepedihan yang berlegar dalam kalbu Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, suaminya, yaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ayahandanya. Sebagaimana juga hilangnya kepedihan si penuduh, iaitu seorang shahabat yang jujur Shafwan bin Mu’atthil.

Kemudian ayat selanjutnya mengajarkan kepada kaum mukminin, bagaimana menyikapi berita. Allah berfirman.

“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].

Wahai kaum msulimin, inilah langkah pertama yang harus engkau lakukan, jika ada berita buruk tentang saudaramu, yaitu berhusnuhan (berperasangka baik) kepada dirimu. Jika engkau sudah husnuzhan kepada dirimu, maka selanjutnya kamu wajib husnuzhan kepada saudaramu dan (menyakini) kebersihannya dari cela yang disampaikan. Dan engkau katakan,

“Maha Suci Engkau (Allah) , ini merupakan kedustaan yang besar”. [An Nur : 16].

Inilah yang dilakukan oleh sebagian shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika sampai berita kepada mereka tentang Ummul Mukminin.

Diceritakan dari Abu Ayyub, bahwa istrinya berkata,”Wahai Abu Ayyub, tidakkah engkau dengar apa yang dikatakan banyak orang tentang Aisyah?” Abu Ayyub menjawab,”Ya. Itu adalah berita bohong. Apakah engkau melakukan perbuatan itu (zina), hai Ummu Ayyub? Ummu Ayyub menjawab,”Tidak. Demi Allah, saya tidak melakukan perbuatan itu.” Abu Ayyub berkata,”Demi Allah, A’isyah itu lebih baik dibanding kamu.”

Kemudian Allah berfirman.

“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13].

Inilah langkah yang kedua, jika ada berita tentang saudaranya. Langkah pertama, mencari dalil yang bersifat batin, maksudnya berhusnuzhan kepada saudaranya.

Langkah kedua mencari bukti nyata.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].

Maksudnya mintalah bukti kebenaran suatu berita dari si pembawa berita. Jika ia boleh mendatangkan buktinya, maka terimalah. Jika ia tidak boleh membuktikan, maka tolaklah berita itu di depannya; karena ia seorang pendusta. Dan cegahlah masyarakat agar tidak menyampaikan berita bohong yang tidak ada dasarnya sama sekali. Dengan demikian, berita itu akan mati dan terkubur di dalam dada pembawanya ketika kehilangan orang-orang yang mau mengambil dan menerimanya.

Seperti inilah Al Qur’an mendidik umatnya. Namun sayang sekali , banyak kaum muslimin yang tidak konsisten dengan pendidikan ini. Sehingga jika ada seorang munafik yang menyebarkan berita bohong, maka berita itu akan segera disebarkan di masyarakat samada melalui percakapan atau melalui media termasuk melalui internet tanpa periksa dan meniliti kebenarannya. Dalam hal ini Allah berfirman.

“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut”.[An Nur : 15].

Pada dasarnya ucapan itu diterima dengan telinga, bukan dengan lisan. Akan tetapi Allah ungkapkan tentang cepatnya berita itu tersebar di tengah masyarakat. Seakan-akan kata-kata itu keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang memikirkan apa yang didengar, selanjutnya memutuskan boleh atau tidak berita itu disebar luaskan.

“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja.Padahal dia pada sisi Allah adalah besar”. [An Nur : 15].

Allah mendidik kaum mukminin dengan adab ini. Mengajarkan kepada mereka cara menghadapi berita serta cara membanterasnya, sehingga tidak tersebar di masyarakat. Setelah itu Allah mengingatkan kaum mukminin, agar tidak membicarakan sesuatu yang tidak mereka ketahui. Allah juga mengingatkan mereka, agar tidak menyertai bantu para pendusta penyebar berita bohong. Allah berfirman.

“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman”. [An Nur : 17].

Kemudian Allah menjelaskan, membantu para pendusta bererti mengikuti langkah-langkah syaitan. Allah berfirman.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syetan, maka sesungguhnya syetan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar”. [An Nur : 21].

Dalam ayat selanjutnya Allah menerangkan, lisan dan semua anggota badan lainnya akan memberikan kesaksian atas seorang hamba pada hari kiamat. Allah berfirman.

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la’nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka adzab yang besar, pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka, bahwa Allah-lah Yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya)”. [An Nur 23-25].

Wahai para penyebar berita palsu (fitnah)! Wahai para pendusta! Hai orang yang tidak senang melihat orang mukmin saling berbaik baik sehingga dipisahkan! Hai orang yang tidak suka melihat kaum mukmin aman! Hai para pencari aib orang yang baik! Tahanlah lidahmu, karena sesungguhnya kamu akan diminta pertanggungjawaban kata-kata yang engkau ucapkan. Allah berfirman.

“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan, melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir”. [Qaf : 18].

Tahanlah lidahmu! Jauhilah perbuatan bohong dan janganlah menyebar fitnah! Janganlah menuduh kaum muslimin tanpa bukti, dan janganlah berburuk sangka kepada mereka! Seakan-akan aku dengan engkau, wahai saudaraku, berada pada hari kiamat; hari kerugian dan hari penyesalan. Sementara para seterumu merebutmu. Yang ini mengatakan “engkau telah menzalimiku”, yang lain mengatakan “engkau telah menfitnahku”, yang lain lagi mengatakan, “engkau telah mengaibkanku”. Sementara engkau tidak mampu menghadapi mereka. Engkau mengharap kepada Rabb-mu agar menyelamatkanmu dari mereka, namun tiba-tiba engkau mendengar.

Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabnya”. [Al Mukmin : 17].

Lalu engkaupun menjadi yakin dengan neraka. Engkau ingat firman Allah.

“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang dzalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak” [Ibrahim : 42].

Kita berlindung kepada Allah dari kehinaan. Dan semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya.

 

Oleh
DR Abdul Azhim Al Badawi
[Diterjemahkan dari majalah Al Ashalah, edisi 34 tahun ke VI]

 

 


06/08/2011 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | 5 Comments

Koleksi soal jawab sekitar ibadah puasa : Soalan 101 hingga 118

Soal jawab di bawah adalah koleksi dari beberapa laman web seperti http://www.islam.gov.my/soal/puasa.html#17 semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Soalan 101:
Ibu saya meninggal dunia pada hari yang ke sepuluh Ramadhan kerana sakit dan tidak dapat puasa. Apakah hukumnya?

Jawapan:

Tidak dikenakan apa-apa fidyah kerana dengan sebab tidak ada masa untuk dirinya mengqada’kan puasanya.

Soalan 102:
Apakah pada bulan Muharram itu ada hari diharamkan berpuasa?

Jawapan:
Tidak ada, harus berpuasa sepanjang bulan.

Soalan 103:
Adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak yatim?

Jawapan:
Tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang berhak menerima fidyah puasa ialah kepada fakir miskin.

Soalan 104:
Bolehkah puasa sepanjang tahun selain dari 2 hariraya dan hari-hari tasyrik?

Jawapan:

Boleh berpuasa bahkan sunat berpuasa sekiranya kuasa dan tidak terjejas tanggungjawab yang diwajibkan ke atasnya.

Soalan 105:
Kenapakah awal puasa dan hari raya tidak sama di antara negara-negara Islam di dunia.

Jawapan:
Awal puasa dan hari raya tidak sama kerana tidak sama matlaknya, tidak boleh disamakan waktu seperti waktu sembahyang contohnya di negara kita sudah masuk waktu Isyak tetapi di Mekah belum Maghrib lagi.

Soalan 106:
Adakah boleh berpuasa sunat di hari Jumaat?

Jawapan:
Boleh tetapi makruh puasa hari Jumaat sahaja kecuali dihubungkan dengan hari sebelum atau hari selepas. Sekiranya hari itu jatuh hari sunat berpuasa seperti sepuluh Muharram maka disunat berpuasa.

Soalan 107:
Apakah hukum orang yang berpuasa dan makan kerana terlupa?

Jawapan:
Sah puasanya kerana makan dengan tidak sengaja.

Soalan 108:
Assalammualaikum..
Di sini saya ada kemusykilan berkenaan dengan orang yang telah menninggal dunia. contohnya jikalau seorang bapa telah meninggal dunia bolehlah anaknya menggantikan puasanya, haji dan umrah bagi pihaknya.?

Jawapan:
Menurut Qaul Jadid Asy-Syafi’ie, tidak dibolehkan menggantikan (qadha) puasa orang mati secara mutlaq (baik ia mempunyai kesempatan masa hidup atau tidak) tetapi memadai dikeluarkan (fidyah) dari harta peninggalannya satu cupak sehari mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkan.

An-Nawawi menyatakan dibolehkan warisnya mengggantikan puasa si mati. Tetapi jika dia meninggalkan harta wajib salah satunya (qadha atau fidyah) Sah menghajikan orang yang sudah mukhallaf apabila dia tidak mampu menunaikan haji kerana tua, sakit (yang tidak ada harapan sembuh) atau meninggal dunia. Hadis di bawah dijadikan qias.

“Dari Ibnu Abbas r.a: Pernah Al Fadlu bin Abbas duduk di belakang Rasulullah s.a.w.. Lalu datang seorang wanita dari “Khats’ama” Mulailah Al Fadhlu memandang kepadanya dan wanita itu memandang kepadanya. Lalu Nabi s.a.w. memalingkan muka Al Fadhlu ke arah lain. Lalu wanita itu berkata: Ya Rasulullah sesungguhnya kewajiban Ibadah haji dari Allah itu, atas semua hambaNya. Sedangkan aku mendapatkan masa hidup ayahku dalam keadaan terlalu bangka, tidak kuat lagi naik kenderaan. Apakah saya boleh hajikan dia. Baginda menjawab: Ya. Dan peristiwa itu pada waktu Haji Wada'” (Muttafaqun Alaihi)

Soalan 109:
Seseorang yang ingin membuat sesuatu ibadat kada’ sebagai denda (kifarah) kerana melanggar larangan ketika mengerjakan ibadah puasa. Dia tidak mampu hendak berpuasa berturut-turut, tiada hamba sahaya untuk dimerdekakan dan hanya mungkin mampu padanya untuk memberi makan pada 60 fakir miskin. Masalahnya sekarang susah untuk mendapatkan fakir miskin. Jika dia hanya dapat seorang sahaja fakir miskin. Bolehkah dia memberi makan pada seorang fakir miskin itu sebanyak 60 kali/hari?

Jawapan:
Tatacara membayar kafarat bulan Ramadhan. Kafarat ialah sesuatu yang mesti ditutup atau dibayar kerana melanggar syariat; cth di atas ialah bersetubuh disiang hari di bulan Ramadhan; di mana kafaratnya ialah samada membebaskan seorang hamba abdi, puasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan orang miskin seramai 60 orang satu mud beras atau bijirin. Hikmah kafarat: untuk menjaga syari’at supaya tidak dipermainkan.

Beberapa perbahasan dalam bab kafarat jima’ di bulan puasa.

1. Tidak wajib kafarat bagi muslim yang lupa, terpaksa atau yang jahil akan hukumnya (jumhur ulama)
2. Jika isteri dipaksa oleh suami, kafarat itu hanya untuk suami (bagi madzhab Syafi’iy, kafarat itu hanya untuk suami baik terpaksa atau sengaja; ini diperkuat oleh Imam Nawawi); bagi isteri hanya dikehendaki mengkadha puasa hari itu sahaja.
3. Kafarat itu hanya untuk kesalahan bersetubuh sahaja, jika mereka makan atau minum dulu sebelum jima’ tidak dikenakan kafarat (ini pandangan Imam Syafi’iy)
4. Jika seorang itu jima’ (setubuh) berulang kali di bulan Ramadhan, menurut Syafi’iy, Maliki dan Hanbali kafarat itu mengikut jumlah persetubuhan; manakala madzhab Hanafi cukup satu kafarat sahaja.
5. Tambahan kepada kafarat, pelakunya hendaklah dikenakan hukum takzir oleh pemerintah dan dikehendakki menghabiskan puasanya pada hari itu (ini pandangan Syafi’iy)
6. Persetubuhan itu hendaklah sempurna bukan separuh jalan.

Cara melakukan kafarat: Jumhur ulama menggariskan tatacara melaksanakan kafarat adalah sebagaimana maksud hadis Muslim HR Abu Hurairah yakni mengikut kemampuan: pertama memerdekakan hamba abdi; jika tidak kuasa, berpuasa dua bulan berturut-turut, dan jika tidak mampu memberi makan 60 fakir miskin.

Menurut saudara penanya masalah di sini ialah susah hendak berjumpa dengan orang miskin. Ini kena berhubung dengan projek PPRT (projek pembasmian rakyat termiskin) yang telah menakrifkan pendapatan bulanan bagi rakyat termiskin dan terdapat senarai lengkap mengikut daerah atau berhubung dengan pejabat kadhi untuk mengetahui kadar sukatan beras bagi kafarat (satu mud beras berbeza mengikut negeri-negeri persekutuan) juga senarai rakyat termiskin, juga boleh menghubungi jabatan kebajikan masyarakat untuk mendapat senarai rakyat miskin;

Rujukan: Fiqhu sunnah: Sayyid Sabiq vol bab siyyam, Syaikh Jabir al Jazairy Minhaj al Muslim; al Umm asSyafi’iy.

Soalan 110:
Bagaimanakah caranya untuk kita mengira beberapa hari yang tertinggal untuk menggantikan (kada’) ibadah puasa atau solah yang tertinggal pada zaman remaja, yang tidak dapat dikira kerana terlalu banyak (kadang-kadang buat, kadang-kadang tinggal)?

Jawapan:
Amalan fiqh Syafi’iy di Malaysia dan Hanbali di Saudi, wajib diganti puasa yang terdahulu dan dikenakan kafarat satu mud makanan asasi sehari kepada seorang miskin (di Malaysia: 1 cupak==0.6 kg beras) mengikut jumlah hari yang di yakini telah ditinggalkan.

Fatwa Qardhawi: amalan tersebut tidak ada sandaran dalil yang kuat, yang lebih kuat ialah hanya mengkadha’ puasa sahaja tak perlu membayar kafarat; namun jika membayar kafarat atau mengeluarkan fidyah adalah lebih baik. Jika berlaku syak tentang jumlah hari yang ditinggalkan; gunakan kaedah feqah: dzan ghalib (apa yang diyakini); jika kita berpuasa terlebih dari apa yang disyakki itu adalah lebih baik.

Soalan 111:
Ada sedikit kemusykilan: Kita maklum bahawa Arab Saudi memulakan puasa sehari lebih awal dari negara kita. Bagi sesiapa yang mengerjakan umrah ketika itu bermakna telah memulakan puasa sehari lebih awal. Jika mereka kembali ke tanahair, dan menyambut Syawal (berdasarkan hisab) mengikut ketetapan negara kita, bermakna mereka telah berpuasa 31 hari sedangkan tidak pernah rasulullah berpuasa selama itu dan dalam kalender Islampun sebulan hanya antara 29 dan 30 hari. Persoalannya perlukah mereka berpuasa 31 hari kerana mengikut pemerintah disesuatu tempat itu atau berhari raya mengikut Arab Saudi supaya berpuasa selama 30 hari sahaja?

Jawapan:
Jumhur fuqaha’ tidak membolehkan kita berpuasa melebihi 30 hari. Dalam kes saudara, apabila saudara berpindah dari tempat asal bermula puasa, maka hendaklah menghormati tempat anda bermastautin (Malaysia).

Saudara hendaklah berbuka pada hari ke 31 secara sirri dan mengikuti upacara solat idilfitri untuk mengelak fitnah. Inilah pandangan jumhur fuqaha’.

Ruj: Abu Bakar Jabi al Jazairy (minhaj al muslim)

Soalan 112:
Batalkah puasa air masuk ke dalam hidung semasa berwudhu’. Seseorang yang berpuasa, apabila ia mengambil wuduk dengan membasuh muka, air wuduk tadi termasuk dalam hidung terus ke tekaknya. Adakah batal puasanya?

Jawapan:
Ibn Qudamah al Hambali (al Mughni bab wudhu): jika ia berkomor atau istinsyaq dan air termasuk kedalam rongga hidung terus ketekaknya–tidak batal puasa. Ini juga pandangan Syafi’iy, Awza’iy dan Ibn Abbas.

Syaikh Qardhawi (Fatawa Mu’asirat, vol 1 bab Siyyam): yang membatalkan puasa ialah bila kita memasukkan sesuatu melalui jalan yang tabi’iy untuk makan dan minum dengan ssengaja; maka jika air itu masuk melalui cara yang tidak tabi’iy dan niat kita bukan bertujuan membatalkan puasa, maka puasa itu tidak akan batal.

Soalan 113:
Bolehkah isteri meminta izin dari suami secara blanket approval’ sahaja iaitu, meminta izin secara keseluruhan baginya melaksanakan ibadat khusus yang sunat ini atau adakah setiap kali si isteri hendak melaksanakan ibadah-ibadah sunat seperti ini, maka setiap kali pula ia dikehendakki meminta izin suaminya? Bagaimana kalau pada ketika ia berhajat untuk laksanakan ibadat sunat itu suaminya tiada atau susah dihubungi, adakah si isteri perlu menunggu hingga suaminya pulang untuk meminta izin tersebut?

Jawapan:
Hukum berpuasa sunat bagi para isteri. Dua hadis sahih sebagai nas:
1. HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud: Seorang isteri tidak boleh berpuasa selagi suaminya ada di rumah, kecuali atas keizinannya.
2. HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah: Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu haripun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan. Di sini ada khilaf ulamak.

Pertama: Kebanyakan ulamak berpendapat keizinan suami hanya terbatas kepada puasa sunat, manakala puasa nazar, puasa qadha’ dan puasa Ramadhan tidak perlu izin suami. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim Jld 7 pg 115.

Kedua: Sebahagian ulamak berpendapat wanita perlu meminta izin untuk berpuasa selain puasa ramadhan. Ini bermakna jika puasa itu selain puasa Ramadhan, dia perlu mendapat izin suami. Sayyid Sabiq berpendapat demikian.

Ketiga: Isteri tidak perlu mendapat keizinan suaminya untuk berpuasa apabila suaminya musafir, atau sakit atau uzur yang mana dia tidak mampu mengadakan hubungan seks. Ini adalah pandangan majoriti ulamak berdasarkan hadis dalil di atas. Ini juga pandangan Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah).

Rasional kenapa perlu mendapat keizinan suami sebelum berpuasa. Imam Nawawi menjelaskan: suami berhak mengajak isterinya jima’ bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.

Al Imam al Hafidz dalam kitab al Fath: hak suami ke atas isterinya lebih kuat daripada amalan sunat dan kebajikan yang lain. Kerana itu hak suami wajib dipenuhi, maka kewajipan harus didahulukan daripada hal-hal sunat.

Komentar Syaikh Muhammad Ali Qutb (Tuhfatul ‘Aris wal ‘Arus): Islam memberi perhatian yang serius terhadap hubungan seks antara suami-isteri, lantas Islam melarang isteri menentukan sendiri kegiatan yang dapat menghalang keinginan seksual suaminya sekalipun kegiatan itu berupa ibadah sunat. Maka Islam mewajibkan para isteri mendahului hubungan sek yang diminta suami daripada ibadat sunat. Sebagai balasan atas hak yang diberikan kepada suami, Islam memberi hak kepada isteri yang wajib dipenuhi oleh suaminya, iaitu suami tidak boleh melakukan kegiatan yang sangat meletihkan atau menyebabkan kelemahan pada jasmaninya kerana dengan keletihan itu si isteri telah kehilangan hak untuk menikmati hubungan seks dengan suaminya.

Soalan 114:
Ada yang mengatakan wanita hamil atau menyusui anak yang meninggalkan puasa, tidak perlu qada puasa tapi cuma bayar fidyah. Tetapi ada yang mengatakan qada puasa & bayar fidyah.

“Dari Ibnu Abbas: wanita yang hamil dan wanita yang menyusui apabila khawatir atas kesehatan anak-anak mereka, maka boleh tidak puasa dan cukup membayar fidyah memberi makan orang miskin ” ( Riwayat Abu Dawud ) Shahih.

“Diriwayatkan dari Nafi’ dari Ibnu Umar: Bahawa sesungguhnya istrinya bertanya kepadanya (tentang puasa Ramadhan), sedang ia dalam keadaan hamil. Maka ia menjawab: Berbukalah dan berilah makan sehari seorang miskin dan tidak usah mengqadha puasa.” ( Riwayat Baihaqi) Shahih.

Jawapan:
Dr Qardhawi telah membuat kajian dalam nas yang bersimpang siur ini dan dalam kitab feqahnya (fatawa mu’asirat), Qardhawi berpendapat fidyah sahaja.

Madzhab Syafi’iy antaranya yang menetapkan qadha dan fidyah. Ini adalah khilafiah dan keduanya harus untuk diamalkan.

thtl

Soalan 115:
Ada hamba Allah yang bertanyakan Jika kita sedang bersahur, tiba-tiba kedengaran azan terdapat dua hadis: HR Bukhari yang menyuruh kita mengeluarkan makanan dalam mulut dan berhenti makan dan minum. Ada juga hadis versi Abu Daud yang meriwayatkan, apa yang sudah berada dalam mulut hendaklah ditelan sahaja.

Jawapan:
Jumhur (majoriti) ulama’ berpendapat jika kedengaran azan subuh, maka hendaklah dikeluarkan segala makanan yang ada dalam mulut berpandukan hadis Bukhari.

Madzhab Syafi’iy juga berpegang dengan hadis ini. Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) juga menyokong pendapat majoriti. Atas alasan inilah setengah ulama’ menyarankan penggunaan jadual waktu imsak (10 minit buffer sebelum azan subuh)

thtl

Soalan 116:
Bagaiman pula bagi orang yang memakai contact lense yang memasukkan cecair ke dalam matanya untuk membasahkan mata. Adakah itu juga boleh membatalkan puasa?

Jawapan:
Tidak batal kerana tiga alasan (illat):
a. tujuan untuk perubatan atau suatu keperluan harian yang dharuri
b. niat menitiskan cecair itu bukan menghilangkan haus (dahaga)
c. ia bukanlah jalan yang tabi’iy (normal) bagi kemasukan cecair itu. (Prof Qardhawi, Fatawa Mu’asirat, Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Majmu’ Fatawa lil Syaikhul Islam; Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Jld 3)

thtl

Soalan 117:
Sahkah puasa bagi pesakit asma yang perlu menggunakan alat bantuan (saya kurang pasti namanya) yang perlu dimasukkan ke dalam mulut?

Jawapan:
Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Athma Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa’awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk..

Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

Soalan 118:
Semasa saya kecil, saya pernah mendengar pendapat yang mengatakan antara perkara perkara yang membatalkan puasa termasuklah memasukkan sesuatu kedalam rongga, contohnya seperti berikut:

1. mengorek lubang hidung dengan jari
2. mengorek telinga dengan pengorek telinga
3. menuang ubat mata (eyemore) kedalam mata boleh kah saudara dapat membetulkan was was ini dengan mengemukkan dalil dalil yang sahih.

Jawapan:
1. Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung atau mengorek telinga dengan pengorek telinga.

Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu’ Fatawa. menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek hidung atau telinga bertujuan membuat kotoran di dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan waktu malam.

2. menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata.

Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah dalam Majmu’ Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat tadi bukan berniat untuk menghilangkn haus dahaga. (lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta Qardhawi dalam Fatwa Mu’asirat)

thtl [Tuan Hassan Tn-Lah]

04/08/2011 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | 8 Comments

Koleksi soal jawab sekitar ibadah Puasa : Soalan No 52 hingga 100

Soal jawab di bawah adalah koleksi dari beberapa laman web saperti http://www.islam.gov.my/soal/puasa.html#17 semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Soalan 52:
Apakah hukum menggosok gigi di bulan puasa?

Jawapan:
Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari.

Soalan 53:
Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?

Jawapan:
Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila mengggosok gigi dan sengaja dia meggosoknya (Lihat Soalan 1)

Soalan 54:
Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan berpatik semasa berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya makruh.

Soalan 55:
Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadhan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya?

Jawapan:
Tidak ada apa hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.

Soalan 56:
Seseorang yang meningal dunia, puasanya sudah diqada’ tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah?

Jawapan:
Fidyahnya tidak bertambah.

Soalan 57:
Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur, adakah sah puasanya?

Jawapan:
Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.

Soalan 58:
Orang yang bersahur dengan niat untuk menguatkan puasa, adakah sah niat tersebut?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 59:
Seseorang yang syak masuk waktu Subuh kemudian dia bersetubuh meninggalkan bersahur kerana bimbangkan luput waktunya, adakah sah puasanya?

Jawapan:
Sah puasanya kalau dia berniat puasa pada malam itu.

Soalan 60:
Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya?

Jawapan:
Batal puasanya.

Soalan 61:
Air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?

Jawapan:
Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.

Soalan 62:
Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan, adakah batal puasa?

Jawapan:
Batal puasanya.

Soalan 63:
Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?

Jawapan:
Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t kepadanya”.

Soalan 64:
Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hatinya tidak berat sangka bahawa esoknya masuk Ramadhan?

Jawapan:
Tidak sah niat tersebut.

Soalan 65:
Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan contact lens?

Jawapan:
Boleh.

Soalan 66:
Adakah wajib berimsak ke atas kanak-kanak yang baligh dan sedang berpuasa?

Jawapan:
Wajib berimsak ke atasnya.

Soalan 67:
Orang yang berpuasa nazar kemudian dia berbuka puasanya. Adakah wajib dia berimsak selepas dia berbuka?

Jawapan:
Tidak wajib kecuali puasa pada bulan Ramadhan.

Soalan 68:
Orang yang berpuasa yang melakukan 2 kali persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan 2 kifarat?

Jawapan:
Dikenakan satu kifarat sahaja.

Soalan 69:
Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?

Jawapan:
Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri.
b. Kerana menjaga kesihatan anak.

Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada’ sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada’dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada’ sahaja.

Soalan 70:
Adakah wajib qada’ puasa yang ditinggalkan semasa dia gila?

Jawapan:
Tidak wajib qada’ puasa tersebut.

Soalan 71:
Seseorang yang mati dan meninggalkan puasa tetapi walinya tidak membayarkan fidyah sehingga Ramadhan yang kedua. Adakah digandakan fidyahnya?

Jawapan:
Tidak digandakan fidyahnya. Ada pendapat mengatakan dikenakan dua cupak bagi setiap hari, satu cupak kerana tidak berpuasa dan satu cupak lagi kerana menangguhkan fidyah.

Soalan 72:
Apakah hukum seseorang yang mati yang belum sempat menunaikan puasa nazar?

Jawapan:
a. Mengikut Qaul Jadid hendaklah wali memberi secupak beras sehari.
b. Mengikut Qaul Qadim wali boleh memberi secupak beras sehari atau menggantikan puasa.

Soalan 73:
Adakah harus qada’ puasa kepada simati yang meninggalkan puasanya sebulan dengan diqada’kan puasanya oleh 30 orang selama satu hari?

Jawapan:
Harus dan Sah.

Soalan 74:
Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqada’kan puasa untuknya?

Jawapan:
Tidak boleh diqada’kan puasa kepada orang yang masih hidup.

Soalan 75:
Bolehkan dibayar fidyah 10 cupak kepada 1 orang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang?

Jawapan:
Boleh diberi kepada satu orang atau sepuluh orang.

Soalan 76:
Adakah sah bernazar puasa selama 1 tahun?

Jawapan:
Sah nazar tersebut dan hendaklah berpuasa selama tempoh tersebut termasuk dalamnya hari Tahrim (2 hari raya), tiga hari tasyrik, di bulan puasa Ramadhan dan puasa qada’ ?

Soalan 77:
Apakah hukum seorang isteri bernazar untuk puasa setahun dan dilarang oleh suami?

Jawapan:
Wajib berbuka dan tidak dikenakan fidyah dan qada’ kerana dikira uzur.

Soalan 78:
Adakah sah puasa sunat seorang perempuan yang dilarang oleh suaminya?

Jawapan:
Sah puasa tetapi berdosa.

Soalan 79:
Adakah wajib qada’ bagi seseorang yang membatalkan puasa sunatnya?

Jawapan:
Tidak wajib qada’ pada mazhab Abu Hanifah.

Soalan 80:
Bolehkah membatalkan haji sunat atau umrah sunat?

Jawapan:
Tidak boleh kalau terbatal wajib Qada’. Catatan: Masalah ini berbeza dengan puasa sunat kerana puasa sunat boleh dibatalkan tanpa qada’.

Soalan 81:
Adakah sah berpuasa pada hari-hari Tahrim?

Jawapan:
Tidak sah dan haram berpuasa.

Soalan 82:
Apakah hukum bersahur?

Jawapan:
Hukumnya sunat.

Soalan 83:
Apakah hukum puasa sunat pada hari jumaat sahaja?

Jawapan:
Makruh berpuasa kecuali pada hari jumaat itu jatuh 10 Muharram.

Soalan 84:
Apakah hukum meneruskan puasa 2 hari berturut-turut atau lebih dengan tidak berbuka?

Jawapan:
Haram berpuasa dengan tidak berbuka.

Soalan 85:
Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 86:
Seorang yang uzur tidak dapat berpuasa hingga ke tahun berikutnya. Adakah wajib fidyah ke atasnya kerana terlewat qada’ ?

Jawapan:
Tidak wajib fidyah ke atasnya wajib qada’ sahaja ke atasnya.

Soalan 87:
Adakah pahala membaca AI-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?

Jawapan:
Pahala membaca AI-Quran dan bersedekah dibulan Ramadhan adalah berganda.

Soalan 88:
Bolehkah isteri membayar fidyah puasa suami yang telah meninggal dunia?

Jawapan:
Harus isteri membayar fidyah puasa suaminya yang telah meninggal tetapi yang terutamanya ialah anak-anaknya kerana anak-anaknya yang menerima asabah daripada pusakanya. Ini berpandu kepada Imam as-Subki yang telah memfidyahkan puasa keluarganya yang telah meninggal dunia.

Soalan 89:
Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?

Jawapan:
Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

Soalan 90:
Apakah hukum perempuan hamil berbuka puasa kerana takut menjejaskan kesihatan kandungannya?

Jawapan:
Hukumnya harus

Soalan 91:
Hukum mencantumkan puasa qadha’ dengan puasa sunat?

Jawapan:
Hukumnya harus bahkan setengah ulama’ mengatakan sunat.

Soalan 92:
Hukum berniat puasa qadha’ pada waktu pagi siang hari dan bagaimana niatnya?

Jawapan:
Hukumnya tidak sah kecuali puasa sunat.

Soalan 93:
Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?

Jawapan:
Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain.

Soalan 94:
Bolehkah fidyah puasa dibuat jamuan kepada fakir miskin?

Jawapan:
Tak boleh fidyah puasa dengan duit. Mengikut Mazhab Shafie fidyah puasa hendaklah dengan dikeluarkan beras secupak pada satu puasa dan tidak boleh ditukarkan kepada yang lain. Oleh itu hendaklah diberi beras, jangan ditukar kepada yang lain atau makanan supaya hak orang miskin ini tidak dapat diguna oleh orang-orang yang tidak berhak.

Soalan 95:
Bolehkah berpuasa pada hari Arafah yang jatuh di hari Jumaat?

Jawapan:
Sunat berpuasa di hari arafah walaupun berlaku hari Jumaat. Yang makruh berpuasa di hari Jumaat ialah semata-mata melakukan puasa sunat.

Soalan 96:
Saya mahu qada’ puasa di hari ini tetapi saya tertidur semalaman. Adakah boleh saya berniat di siang hari?

Jawapan:
Tidak boleh, kerana niat puasa qada’ dan nazar itu wajib dan niat puasa qada’ dan nazar adalah di malam hari. Tidak sah selepas Subuh dan boleh berniat di siang hari hanya untuk puasa sunat sahaja.

Soalan 97:
Apabila seseorang qadal puasa kemudian dia membatalkan puasanya dengan sebab kawan mengajak makan. Adakah dengan sebab yang demikian digandakan dua hari untuk puasa qadalnya?

Jawapan:
Wajib dia puasa yang dibatalkan itu sahaja dan haram membatalkan puasanya.

Soalan 98:
Adakah boleh qada’ puasa pada 13 Zulhijjah?

Jawapan:
Tidak boleh kerana 13 Zulhijjah dilarang berpuasa.

Soalan 99:
Saya mahu Puasa qada’s elama 10 hari. Adakah boleh saya berniat puasa di malam pertama puasa?

Jawapan:
Tidak harus kerana sepuluh puasa qada’ itu adalah puasa yang berlainan seperti orang tinggal sepuluh kali pada sembahyang Subuh. Maka sepuluh Subuh itu adalah lain di antara satu sama lain. Maka hendaklah berniat pada membuat tiap-tiap sembahyang yang sepuluh itu. Begitu juga dengan puasanya.

Soalan 100:
Adakah boleh saya bagi fidyah puasa kepada satu orang?

Jawapan:
Boleh.

03/08/2011 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | 3 Comments

Koleksi soal jawab sekitar ibadah Puasa: Soalan No I hingga No 51

Soal jawab di bawah adalah koleksi dari beberapa laman web seperti http://www.islam.gov.my/soal/puasa.html#17 semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Soalan 1:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan 3:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan 4:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Soalan 5:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.

Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan 6:
Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?

Jawapan:
Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan 7:
Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan?

Jawapan:

Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan 8:
Bilakah yang dikatakan Hari Syak?

Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan 9:
Adakah harus berpuasa di Hari Syak?

Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’ dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

Soalan 10:
Bagaimana hendak diketahui awal Syawal?

Jawapan:
Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan 7 di atas).

Soalan 11:
Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?

Jawapan:
Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’

Soalan 12:
Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan 13:
Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?

Jawapan:
Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.

Soalan 14:
Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?

Jawapan:
Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

Soalan 15:
Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?

Jawapan:
Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.

Soalan 16:
Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua?

Jawapan:
Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan 17:
Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja?

Jawapan:
Sebaik-baik niat dengan mengingat “Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan”. Walaubagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.

* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan 18:
Pada malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?

Jawapan:
Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan 19:
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?

Jawapan:
Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan 20:
Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam?

Jawapan:
Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan 21:
Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka?

Jawapan:
Sah puasa tersebut.

Soalan 22:
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 23:
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 24:
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 25:
Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?

Jawapan:
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan 26:

Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 27:
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?

Jawapan:
Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan 28:
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?

Jawapan:
Tidak batal puasa.

Soalan 29:
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 30:
Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?

Jawapan:
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan 31:
Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 32:
Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh?

Jawapan:
Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.

Soalan 33:
Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Soalan 34:
Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan 35:
Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.

Soalan 36:
Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?

Jawapan:
Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan 37:
Adakah boleh diqada’ sembahyang atau diberi fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang?

Jawapan:
Yang muktamad tidak boleh diqada’ dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama’ yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada’ dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.

Soalan 38:
Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam minit.

Soalan 39:
Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya?

Jawapan:
Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

Soalan 40:
Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathisubhah pada bulan puasa?

Jawapan:
Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

Soalan 41:
Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Sunat berimsak.

Soalan 42:
Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada’ adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak.

Soalan 43:
Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin / bermukim)?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.

Soalan 44:
Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?

Jawapan:
Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

Soalan 45:
Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada’ puasanya?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada’.

Soalan 46:
Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?

Jawapan:
Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

Soalan 47:
Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz?

Jawapan:
Sunat.

Soalan 48:
Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?

Jawapan:
Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

Soalan 49:
Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?

Jawapan:
Tidak sah puasanya.

Soalan 50:
Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh?

Jawapan:
Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada’.

Soalan 51:
Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?

Jawapan:
Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja maka tidak batal puasanya.

02/08/2011 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | 49 Comments

Tiada Manusia yang sempurna Iman nya

Apakah ada manusia yang sempurna? Tiada manusia yang sempurna, kerana setiap orang mempunyai kelemahan. Seseorang yang beriman, tentu mempunyai kesalahan dan memiliki sifat buruk yang sukar dihilangkan. Tiada orang Mukmin yang murni atau sempurna.

Pandangan orang jarang ditujukan pada hal-hal yang berada di pertengahan antara dua hal yang berdekatan. Bagi seseorang sesuatu itu warnanya putih saja, sebahagian yang lain hitam saja, mereka lupa adanya warna yang lain, tidak putih dan tidak pula hitam.

Nabi saw. pernah bersabda kepada Abu Dzar r.a., beliau bersabda, “Engkau seorang yang masih ada padamu sifat Jahiliyah.” Abu Dzar adalah seorang sahabat yang utama, termasuk dari orang-orang pertama yang beriman dan berjihad, akan tetapi masih ada kekurangannya”.

Juga di dalam Shahih Bukhari diterangkan oleh Nabi saw.:

“Barangsiapa yang meninggal bukan kerana melakukan jihad dan tidak dirasakannya (tidak ingin) dalam jiwanya maksud akan berjihad, maka dia mati dalam keadaan sedikit ada nifaknya.”

Abdullah bin Mubarak meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a. yang mengatakan seperti berikut:

“Seorang Mukmin itu permulaannya tampak sedikit putih dalam kalbunya; setiap kali iman bertambah, maka bertambah putihlah kalbu itu. Begitu seterusnya, hingga kalbunya menjadi putih semua. Begitu juga kemunafikan, pertama ada tanda-tanda hitam dalam kalbunya; dan setiap melakukan kemunafikan, maka bertambah pula hitamnya, sampai hatinya menjadi hitam semua. Demi Allah, jika dibuka hati seorang Mukmin, maka tentu tampak putih sekali; dan jika dibuka hati orang kafir, maka tentu tampak hitam sekali.”

Ini bererti seseorang tidak dapat sekaligus menjadi sempurna imannya atau menjadi munafik, tetapi kedua hal itu bertahap, yakni sedikit demi sedikit.

(Sumber: Fatwa Qardhawi)

01/08/2011 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

Mengkafirkan sesama Muslim

    Hal ini amat berbahaya dan telah menjadi perhatian besar bagi kaum Muslimin khususnya, kerana timbulnya fikiran yang terlampau ekstrim. Saya kemukakan perlunya pengkajian akan sebab-sebab timbulnya fikiran yang ekstrim dan cara-cara menghadapinya, sehingga dapat diatasi dengan saksama.

Pertama, tiap-tiap fikiran atau pendapat harus dilawan dengan fikiran, pandangan dan diubati dengan keterangan serta dalil-dalil yang kuat, sehingga dapat menghilangkan keragu-raguan dan pandangan yang keliru itu. Jika kita menggunakan kekerasan sebagai alat satu-satunya, maka tentu tidak akan membawa faedah.

Kedua, mereka itu (orang-orang yang berpandangan salah) umumnya adalah orang-orang baik, kuat agamanya dan tekun ibadatnya, tetapi mereka dapat digoncang oleh hal-hal yang bertentangan dengan Islam dan yang timbul pada masyarakat Islam. Misalnya akhlak buruk, kerosakan di segala bidang, kehancuran dan sebagainya. Mereka selalu menuntut dan mengajak pada kebaikan, dan mereka ingin masyarakatnya berjalan di garis yang telah ditentukan oleh Allah, walaupun jalan atau fikirannya menyimpang pada jalan yang salah dan sesat kerana mereka tidak mengerti.

Maka, sebaiknya kita hormati niat mereka yang baik itu, lalu kita beri penerangan yang cukup, jangan mereka digambarkan atau dikatakan sebagai binatang yang buas atau penjahat bagi masyarakat. Tetapi hendaknya diberi pengarahan dan bimbingan ke jalan yang benar, kerana tujuan mereka adalah baik, akan tetapi salah jalan.

Mengenai sebab-sebab timbulnya fikiran-fikiran tersebut adalah seperti berikut:

1. Tersebarnya kebatilan, kemaksiatan dan kekufuran, yang secara terang-terangan dan terbuka di tengah masyarakat Islam tanpa ada usaha pencegahannya. Bahkan sebaliknya, untuk meningkatkan kemungkaran dan kemaksiatan dia menggunakan agama sebagai alat propaganda untuk menambah kerosakan-kerosakan akhlak dan sebagainya.

2. Sikap para ulama yang amat lunak terhadap mereka yang secara terang-terangan menjalankan taktik orang-orang kafir dan memusuhi orang-orang Islam.

3. Di sekatnya gerakan-gerakan Islam yang sihat dan segala dakwah yang berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Maka, tiap-tiap perlawanan bagi suatu fikiran yang bebas, tentu akan melahirkan suatu tindakan kearah yang menyimpang, yang nantinya akan melahirkan adanya gerakan bawah tanah (ilegal).

4. Kurangnya pengetahuan mereka tentang agama dan tidak adanya pendalaman ilmu-ilmu dan hukum-hukum Islam secara keseluruhan. Oleh kerana itu, mereka hanya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, dengan faham yang keliru dan menyesatkan.

Keikhlasan dan semangat saja tidak cukup sebagai bekal diri sendiri, jika tidak disertai dasar yang kuat dan pemahaman yang mendalam mengenai hukum-hukum Islam. Terutama mengenai hukum syariat dan ilmu fiqih, maka mereka ini akan mengalami nasib yang sama dengan para Al-Khawarij di masa lampau, sebagaimana keterangan Al-Imam Ahmad.

Oleh kerana itu, orang-orang saleh yang selalu menganjurkan untuk menuntut ilmu dan memperkuat diri dengan pengetahuan Islam sebelum melakukan ibadat dan perjuangan, agar teguh pendiriannya dan tidak kehilangan arah.

Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Segala amalan tanpa dasar ilmu, seperti orang yang berjalan tetapi tidak pada tempatnya berpijak (tidak pada jalannya).

Tiap-tiap amal tanpa ilmu akan menimbulkan kerosakan lebih banyak daripada kebaikannya. Tuntutlah ilmu sehingga tidak membawa madharat pada ibadat dan tuntutlah ibadat yang tidak membawa madharat pada ilmu. Maka, ada segolongan kaum yang melakukan ibadat dan meninggalkan ilmu, sehingga mereka mengangkat pedangnya untuk melawan ummat Muhammad saw. yang termasuk saudaranya sesama Muslim (saling berperang tanpa adanya alasan). Jika mereka memiliki ilmu, tentu ilmu itu tidak akan membawa ke arah perbuatan itu.”-

(Di petik dari buku: Fatwa Qardhawi – Permasaalahan,Pemecahan dan Hikmah)

01/08/2011 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama | Leave a comment