Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kedai makan “NO PORK”

Min dapat pm dari seorang chef di restoran terkemuka area Selangor dan KL. Ikuti luahan dan pengalaman beliau tentang majikan non muslim yg meremehkan isu halal.

Kedai makan “NO PORK”

Saya seorang tukang masak atau Chef yang berkerja di sekitar selangor dan KL, pengalaman hampir 10 tahun berkerja di pelbagai jenis hotel dan restaurant. Terdetik saya nak berkongsi cerita ini setelah melihat beberapa posting berkaitan isu makan di kedai tanpa sijil halal namun berlabel pork free, ramai muslim yang dilihat makan dan minum di kedai sebegini. Jadi biarlah saya sebagai orang yang bergelumang dalam industri ini berkongsi sikit cerita pada semua.
Restoran pork free biasanya di miliki oleh non muslim, mereka tak mahu apply sijil halal sebab susah dan bagi mereka buang dan duit, dan sebenarnya tak mungkin akan lulus, kenapa? Saya akan ceritakan di bawah. Tapi oleh kerana mereka sedar 70% hasil jualan biasanya datang dari kaum melayu yakni muslim maka mereka memilih untuk meletakkan logo “No Pork” di kedai mereka.

Pernah saya berkerja di sebuah syarikat di KL, sebagai Chef makanan western dan Melayu, tetapi atas kerana perubahan hala tuju perniagaan, owner tempat saya berkerja menambah sisi perniagaan iaitu restaurant makan tengahari “pork free”, jujurnya saya terlibat dengan operasi dari awal hingga sekarang. Saya dapat melihat segenap aspek apa yang berlaku dalam restaurant pork free.

Sebab apa mereka tak mahu mohon sijil halal jakim sedangkan mereka mahu pelanggan dari orang muslim? Pertama, ada sebahagian mereka mahu menjual alcohol di premis yang sama, kedua, bahan masakan yang mereka guna tidak memiliki sijil halal, dan pengeluarnya di ragui. Kenapa ini berlaku, jujurnya, pemilik restoran ini bukanlah jahat atau sengaja, yang saya dapati ialah mereka tidak betul betul memahami konsep halal itu. Saya pernah cuba menegur bekas majikan saya, tapi dia masih kurang faham. Bagi beliau, cukup sekadar tidak menggunakan produk babi sudah cukup sesuai untuk pelanggan islam. Pemahamannya kurang.

Betul, tiada babi yang di gunakan, tapi, di dapur, ada cooking wine, ayam yang di guna di ragui sembelihan, (pernah check tiada kesan sembelihan), makanan dalam tin dari syarikat yang sama yang mengeluarkan produk babi, bahan bahan yang di import terus dari China, Taiwan dan sebagainya, (atas alasan rasa dan quality lebih baik) tiada cop halal jakim, bahkan tiada cop halal mana mana pun, ini adalah contoh apa yang saya dapat lihat dari pengalaman sendiri, betul pork free, tapi pasti ia tidak halal untuk di muslim.

Bekas majikan saya mengaku sendiri, hampir 70 peratus hasil jualan dari melayu muslim, hinggakan dia perlu menggaji pekerja muslim wanita bertudung untuk berkerja di ruang hadapan, supaya muslim berani untuk makan di situ, hakikatnya, tukang masak adalah non muslim, bahan masakan juga diragui dan tidak halal. Iya, tidak ada menggunakan babi, tapi masih tidak halal untuk muslim.

Wallahhi, saya rasa bertanggungjawab untuk share hakikat ni, sebab saya ada dalam industri, sekurang kurangnya, ini pengalaman di tempat saya pernah berkerja, mungkin tempat lain berbeza, tapi untuk renungan kita bersama, mari berfikir kenapa restoran ini tak mahu dapatkan sijil halal jakim, sedangkan mahu pelanggan dari melayu islam (sanggup pamerkan logo Pork Free). Jika tak pasti halal atau haram, sudah pasti menjadi ragu ragu, syubhah, kita muslim kena elakkan.

Akhir kata, pada yang membaca, tolong renungkan semula, kenapa bersusah susah makan yang syubhah sedangkan boleh cari yang pasti halal.

Harap perkongsian ini membuka mata semua.

Sumber – FB

18/09/2019 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Hukum Syariah dan bahan kimia dalam makanan

 ISLAM adalah agama yang sangat menitikberatkan soal makanan dan penggunaan barangan lain yang boleh memudaratkan kesejahteraan hidup umatnya.

  

Justeru itu, umat Islam perlu peka terhadap perkembangan maklumat mengenai makanan dan barangan yang mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Pelbagai penyelewangan berlaku di pasaran.Penyelewangan itu bukan sahaja merangkumi amalan perniagaan yang tidak beretika malah membabitkan penggunaan bahan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, samada di dalam makanan mahupun barangan keperluan harian.Bahan bahan kimia dalam makanan dan yang tersebar di alam sekitar bertanggungjawab terhadap peningkatan kes kes kanser dan penyakit kronik yang lain.


                

Tabiat pemakanan kita telah berubah secara mendadak di sebabkan diet tradisional kita semakin terpinggir berikutan saingan daripada makanan segera, makanan yang di proses, makanan siap yang boleh dibawa pulang atau kekerapan makan luar. Akibatnya, pengguna memakan semakin banyak lemak, gula dan penambah bahan kimia.

 

 

Akibat memakan diet yang tidak seimbang dan kurang bersenam, timbul lah pelbagai penyakit yang di kaitkan dengan makanan saperti kencing manis dan hipertensi.Obes atau Kegemukan juga bertambah dengan mendadak di kalangan rakyat Malaysia

.

 

Dari segi keselamatan makanan, undang undang yang terdapat di Malaysia iaitu Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 tidak mampu melindungi pengguna dengan sepenuhnya.


CAP atau Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah menjalankan uji dan kaji selama bertahun tahun dan keputusan kajian telah mendedahkan pelbagai perkara  yang memeranjatkan. Misalnya penemuan sejumlah besar bakteria kebal dan kuman penyebab penyakit dalam makanan yang di uji.Selain itu, plumbum dan bahan logamtoksik, asid borik, formaldehid, asid benzoik, perwarna industri yang di haramkan, racun makhluk perosak, pemplastik dan bahan berbahaya lain dalam makanan.Keadaan ini menunjukkan betapa seriusnya pencemaran makanan berlaku di negara kita.

 

Dalam usaha menghasilkan paling banyak daging bagi meraih keuntungan lumayan, binatang ternakan saperti lembu dan ayam di paksa makan, disuntik dengan hormon untuk mempercepatkan pembesarannya, diberi perangsang selera, antibiotik,sedatif dan makanan yang bercampur bahan kimia. Kebanyakan bahan itu didapati boleh menyebabkan kanser malah banyak ternakan mati selepas diberikan ubat ubatan itu sebelum sempat di bawa ke pusat sembelihan.

 

Berjuta juta pengguna kini menanggung risiko dalam menjalani kehidupan moden melalui makanan yang di makan. Mereka terdedah kepada risiko menghidap pelbagai jangkitan dan penyakit kronik.

 

Malangnya Akta dan Undang Undang yang ada tidak mampu melindungi pengguna dengan sepenuhnya disebabkan kekurangan penguatkuasaan.Kebenaran memang pahit untuk di telan.

 

Jika kita adalah apa yang kita makan dan jika tabiat pemakanan yang buruk dibentuk sejak peringkat awal kehidupan, maka ramai di antara kita akan menghadapi kesulitan.


Nota:

Mesyuarat Jawatan Kuasa Syariah negeri Perak dalam satu mesyuarat pada tahun 2002 memberi pendapat berikut:-

“Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa tiada Fatwa yang telah di buat khusus mengenai bahan bahan kimia yang terdapat dalam makanan, namun apabila diyakini bahwa bahan itu memudaratkan maka hukumnya  adalah haram berdsarkan ayat 195, Sural Al baqarah yang bermaksud”Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu dalam kebinasaan.”

 

Sumber: CAP

11/06/2013 Posted by | Informasi | , | Leave a comment

Mentega bahan buat kek lapis disahkan haram oleh Jakim

Sudah berkurun orang Melayu guna untuk buat kueh.Hari ini dapat berita ianya tak halal.Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

“Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. – Bernama Ogos 16 2011



18/08/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: