Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MEMAHAMI ISYARAT CINTA ILAHI

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan, “Wahai anak muda! Waspadalah jika Allah melihat di dalam hatimu ada selain Diri-Nya. Waspadalah bahwa Allah melihat di dalam hatimu ada rasa takut kepada selain Diri-Nya, ada harapan kepada selain-Nya, dan ada kecintaan kepada selain kepada-Nya. Maka, hendaklah engkau berusaha membersihkan kalbumu dari selain Diri-Nya. Hendaklah engkau tidak memandang kemudaratan ataupun manfaat kecuali bahwa itu datang dari Allah. Engkau selalu dalam rumah-Nya dan menjadi tamu-Nya.

Wahai anak muda! Ingatlah bahwa segala sesuatu yang kau lihat berupa wajah-wajah yang dipoles dan kau cintai adalah cinta yang semu, yang menyebabkanmu dikenai hukuman. Sebab, cinta yang benar dan tidak akan mengalami perubahan adalah cinta kepada Allah Azza wa Jalla.

Dialah yang seharusnya kau lihat dengan kedua mataharimu. Itulah cinta orang-orang Shiddiq yang dipenuhi limpahan keruhaniaan. Mereka tidak mencintai dengan keimanan, tetapi dengan keyakinan dan kesaksian. Hijab mereka tersingkap dari mataharimu sehingga engkau melihat perkara-perkara yang gaib. Engkau melihat apa yang tidak mungkin dapat mereka jelaskan!”

–Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani

Sumber

28/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

TEKNIK ‘REVERSE PSYCHOLOGY’ DALAM BERDOA:

Bahagian Dakwah, JAKIM

Bila kita berdoa tapi masih Tuhan ‘buat tak tau’, masih adakah cara lain untuk buatkan Dia lebih mudah makbulkan doa kita?

Alhamdulillah. Ia ada.

Minta orang lain mendoakan kita. Mohon agar orang lain doakan permintaan anda. Kunci kesejahteraan kita ada pada doa-doa ikhlas yang orang lain panjatkan dalam doa mereka.
Jika masalah anda masih belum selesai, mohon orang lain untuk mendoakannya.
Ini yang disebut the power of barokah doa.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Sufyan bin Abdullah, beliau berkata, “Saat aku datang ke Syam, maka aku mendatangi Abu Darda’ di rumahnya, namun aku tidak menemuinya, aku hanya menemui isterinya, lalu isterinya berkata, “Adakah kamu ingin menunaikan haji tahun ini?”, aku menjawab, “Ya, benar”, kemudian isterinya berkata lagi, “Doakanlah kebaikan bagi kami, karena sesungguhnya Nabi bersabda,“Doanya seorang mukmin tanpa diketahui oleh orang yang didoakan adalah pasti terkabulkan, di samping di kepalanya ada seorang malaikat yang diberi tugas untuk mengawasinya, jika dia berdoa kebaikan bagi saudaranya, maka malaikat akan mengaminkannya dan berkata,“Semoga Allah memberikan perkara sama kepadamu”.

28/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

BERCAKAP KETIKA AZAN

Mufti Wilayah Persekutuan
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-116 : BERCAKAP KETIKA AZAN

Soalan:

Apakah terdapat hadith bahawa lidah menjadi kelu apabila bercakap ketika azan ?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Kita sering mendengar orang mengatakan bahawa orang bercakap ketika azan, lidahnya akan menjadi berat atau kelu untuk melafazkan kalimah tauhid ketika hendak menghembuskan nafas yang terakhir atau meninggal.

Pertamanya, suka bagi kami untuk nyatakan terlebih dahulu berkaitan hukum menjawab azan sebelum kami menjawab soalan di atas:

Hukum Menjawab Azan

Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

• Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّنُ

Maksudnya: “Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. [Riwayat al-Bukhari (576)]

Berkaitan soalan di atas, hal tersebut adalah tidak benar dan ia sama sekali tidak boleh disandarkan kepada Nabi SAW. Ini kerana, kami tidak menjumpai asal baginya dan kita juga sama sekali tidak boleh meriwayatkannya atau menyandarkannya kepada Nabi SAW kerana ia merupakan satu pendustaan di atas nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW jika kita melakukan hal sedemikian.

Adapun bercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan apabila melakukannya. Namun begitu, jika percakapan itu boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu dalam menjawab sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin, maka meninggalkannya adalah lebih utama kerana menjawab azan adalah daripada sunnah.

Di dalam al-Muwatha’, Imam Malik telah meriwayatkan sebuah athar daripada Tha’labah, beliau berkata:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَخُرُوجُ الْإِمَامِ يَقْطَعُ الصَّلَاةَ وَكَلَامُهُ يَقْطَعُ الْكَلَامَ

Maksudnya: Mereka menunaikan solat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga Umar keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. Telah berkata Tha’labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan solat dan khutbah imam menghentikan percakapan. [Lihat: al-Muwatha’ (215)]

Berdasarkan athar di atas, jelas menunjukkan bahawa para sahabat RA bercakap ketika azan sedang dilaungkan. Jika benar sebagaimana yang didakwa, maka para sahabat adalah orang yang pertama akan meninggalkan hal tersebut.

Sunnah-Sunnah Ketika Azan (Bagi Pendengar)

Antara sunnah bagi orang yang mendengar azan adalah: [Lihat: al-Wasith, 1/82,83].

• Diam ketika mendengar azan dan menjawabnya samada dalam keadaan bersih atau berhadas, junub atau haidh, besar atau mumayyiz. Kemudian perlu menjawab apa yang diucapkan oleh muazzin kecuali pada lafaz (حي على الصلاة) dan (حي على الفلاح).

• Selawat kepada Nabi SAW dengan suara yang perlahan, kemudian memohon kepada Allah wasilah dan berdoa kepada-Nya selepas selesai azan dengan jarak yang tidak lama.

• Berdoa untuk diri sendiri kerana waktu tersebut adalah waktu yang mulia, berkat dan mustajab. Disunatkan berdoa selepas azan dan sebelum iqamah.

Penutup

Kesimpulannya, walaupun kita dibenarkan untuk bercakap ketika azan tetapi yang lebih baik adalah meninggalkannya melainkan apa yang diucapkan itu merupakan hal atau perkara yang penting dan dalam masa yang sama ia tidak mengganggu seseorang itu dalam menjawab apa yang dilaungkan oleh muazzin kerana ia adalah sunnah yang dituntut di dalam agama. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama serta memelihara lidah kita daripada berdusta di atas nama Nabi SAW.

Wallahua’lam

Pautan ke laman web rasmi PMWP: https://goo.gl/GKSaIC

28/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

SENARAI ANTARA ULAMA NUSANTARA YANG MENOLAK IBN TAIMIYYAH AL-HARRANI

1. Al-Syaikh Ahmad Khatib ibn ^Abdul-Latif al-Minankabawi (imam mazhab Syafi^i di Masjidil-Haram).
🔸 _Al-Khitotul-Mardiyyah fi Radd Syubhah Man Qal bi-Bid^atit-Talaffuz bin-Niyyah_
2. Al-Syaikh Hasanud-Din ibn Muhammad Ma^sum ibn Abi Bakr al-Dali al-Jawi al-Syafi^i.
🔸 _Al-Qutufatus-Sunniyyah li-Man^ Ba^d ma fil-Fawa’idil-^Aliyyah._
3. Al-Syaikh al-Kiyahi Muhammad Faqih ibn Abdil-Jabbar al-Maskumambani al-Jawi (w. 1356 H/ 1937 R)
🔸 _Al-Nususul-Islamiyyah fi al-Ridd ^ala Madhhabil-Wahhabiyyah._
4. Al-Musnid al-Habib al-Sayyid Abul-Asybal Salim ibn Husayn ibn Jindan al-Indunisi al-Syafi^i (w. 1389 H).
🔸 _Al-Khulasatul-Kafiyah fil-Asanidil-^Aliyah._
5. Mantan Mufti Johor al-Faqih al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Tahir al-Haddad al-Hadrami al-Syafi^i.
6. Al-Syaikh Tengku Mahmud Zuhdi ibn ^Abdir-Rahman al-Fatoni (Syaikhul-Islam Selangor, Guru di al-Masjidil-Haram dan Madrasah al-Saulatiyyah)
🔸 _Tazkiyatul-Anzor wa Tasfiyatul-Afkar; Menolak Beberapa Faham Syubhah Yang Bersalahan Dengan Pendapat Ulama Muktabar._
7. Al-Syaikh Muhammad Mukhtar ibn ^Atorid al-Bughuri.
8. Al-Syaikh ^Abdul-Qadir ibn Sobir al-Mandili.
9. Al-Syaikh Muhammad Nur ibn Muhammad Dawud al-Fatoni.
10. Al-Syaikh Muhammad ibn ^Abdil-Qadir al-Fatoni.
11. Al-Syaikh Yahya Langkat al-Rummani.
12. Al-Syaikh Isma^il ibn ^Abdil-Qadir al-Fatoni.
13. Al-Syaikh Muhammad Nasir al-Fatoni
14. Al-Syaikh Abu Qani^ah Harun ibn Muhammad al-Somadi al-Kelantani.
🔸 _Senjata Syari^ah Pakaian Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah Memarangkan Khurafat dan Mubtadi^ah_.
15. Abu Zahidah ibn al-Haj Sulaiman.
🔸 _Senjata Syari^ah Pakaian Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah Memarangkan Khurafat dan Mubtadi^ah_.
16. Mantan Mufti Pulau Pinang Al-Mufti al-Syaikh ^Abdullah ibn Ibrahim (Syaikh Abdullah Pak Him).
17. Tuan Guru Hj Ahmad ibn Tuan Husain Pokok Sena.
18. Tuan Guru Hj ^Abdur-Rahman ibn Hj ^Abdullah Merbok Kedah.
19. Tuan Guru al-Syaikh ^Uthman Jalalud-Din Penanti al-Kelantani (salah seorang daripada ulama Kelantan yang belajar di Mekah. Beliau adalah anak murid Tok kenali. Beliau meninggal dunia pada tahun 1371 H di Mekah).
🔸 _Matoli^ul-Anwar wa Majami^ul- Azhar_.
20. Al-Syaikh al-Kiyahi Ihsan ibn Muhammad Dahlan al-Jamfasi al-Kadiri al-Indunisi al-Syafi^i.
🔸 _Sirajut-Talibin ^ala Minhajil-^Abidin ila Jannah Rabbil-^Alamin_
21. Al-Syaikh al-Kiyahi Sirajud-Din ^Abbas al-Indunisi al-Syafi^i (w. 1401 H).
🔸 _I^tiqad Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah_
🔸 _Arba^inil-Masa’il-Diniyyah: Empat Puluh Masalah Agama_
22. Tuan Guru Haji Ya^qub Sobri Dawud Isma^ili (mudir Ma^had Nur al-Islam, Sungai Golok, Narathiwat, Thailand)
🔸 _Aqidah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah Tuhan Tak Bersila Di Atas Arasy._
23. Al-Syaikh al-Kiyahi ^Ali Ma^sum al-Jukjawi al-Syafi^i (w. 1410 H).
🔸 _Hujjah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah._
24. Tuan Guru Haji ^Abdul-Qadir ibn Haji Wangah ibn ^Abdil-Latif al-Fatoni (Syaikh al-Ma^had al-Islami Wakaf Budi Sekam, Mai, Fatoni)
🔸 _Risalah Irsyadul-Jawiyyin ila Sabilil-^Ulama’il-^Amilin._
25. Al-Syaikh al-Kiyahi Ahmad ^Abdul-Hamid al-Kendali al-Indunisi al-Syafi^i.
🔸 _^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah_
26. Al-Syaikh al-Kiyahi Ahmad Makki ^Abdullah Mahfuz al-Indunisi al-Syafi^i.
🔸 _Hisnus-Sunnah wal-Jama^ah fi Ma^rifah Firaq Ahlil-Bida^._
27. Mantan Mufti Sabah Hj Sa’id bin Ibrahim.
🔸 _Perbandingan Aqidah dan Fahaman Umat Islam._
28. Mantan Mufti Brunei Pehin Datu Seri Maharaja Dato’ Seri Utama Ustaz Awang Dr Hj Ismail bin Omar Abdul Aziz
🔸 _Fatwa Pehin Mufti Kerajaan Brunei Darussalam_ yang dibukukan dan diterbitkan oleh Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
29. Al-Syaikh al-Kiyahi Muhammad Syafi^i Hadhami ibn Muhammad Solih Ra’idi al-Indunisi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Jakarta (1990 – 2000 R).
🔸 _Taudihul-Adillah_
30. Al-Syaikh Muhammad Muhajirin (murid al-Syaikh al-Muhaddith Muhammad Yasin al-Fadani).
31. Al-Syaikh al-Kiyahi Hasyim Asy^ari al-Jombani (pengasas Nahdotul-^Ulama’ di Indonesia).
🔸 _Risalah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah._
32. Al-Syaikh Abul-Fadl al-Sanuri.
🔸 _Al-Kawakibul-Lamma^ah_
🔸 _Syarh al-Kawakibil-Lamma^ah_.
33. Al-Syaikh al-Kiyahi Muhammad Sya^rani Ahmadi Kudus Jawa Tengah.
🔸 _Al-Fara’idus-Saniyyah wad-Durarul-Bahiyyah_
34. Al-Syaikh al-Kiyahi Muhammad Masduq Mahfuz Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia Jawa Timur.
🔸 _Al-Qawa^id al-Asasiyyah li-Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah_.
35. Al-Syaikh Muhammad Ali Khatib al-Minankabawi.
🔸 _Burhanul-Haqq_.
36. Al-Syaikh ^Abdul-Halim ibn Ahmad Khatib al-Burbawi al-Mandili.
🔸 _Kasyful-Ghummah_.
37. Al-Syaikh ^Abdul-Majid ^Ali Ketua Pejabat Urusan Agama Daerah Kubu – Riau, Sumatera.
38. Al-Syaikh ^Abdul-Wahhab Panay – Medan.
39. Al-Syaikh al-Kiyahi ^Abdul-Qadir Lubis pemimpin Pondok Pesantren Darut-Tauhid.

Ustaz Yunan A Samad

28/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

TALAQQI: KAEDAH SEBENAR DALAM MENUNTUT ILMU AGAMA

✨Sesungguhnya sebaik-baik perkara yang masa dihabiskan untuknya ialah mempelajari ilmu yang bermanfaat dan gigih menyebarkan ilmu di kalangan golongan dewasa dan kanak-kanak.
✨Telahpun diketahui jalan ilmu yang para ulama besar kita dan para ulama ikutan dalam Islam telah tempuhi ketika proses pengajaran dan pembelajaran ilmu adalah dengan cara talaqqi iaitu seorang penuntut akan mengambil ilmu yang berupa riwayat, huraian dan pemahaman secara mendengar daripada mulut orang alim yang juga telah mendengar daripada orang alim yang sebelumnya dengan sanad yang bersambung kepada Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam.
🔹Inilah cara yang telah pun ditempuhi oleh para ulama salaf dan khalaf ketika talaqqi ilmu seperti imam kita al-Syafi^I radiyallahu ^anhu telah talaqqi ilmu daripada Muslim ibn Khalid, Malik ibn Anas, murid-murid Abu Hanifah dan selain mereka.
✨Sesungguhnya cara ini mempunyai dalil daripada al-Quran dan sunnah Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam. Allah ta^ala telah berfirman:
عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى
Mafhumnya: “Dia (Muhammad) telah diajar oleh Jibril” [Surah al-Najm, ayat 5]
✨Nabi Muhammad makhluk Allah yang paling utama ini telah pun talaqqi al-Quran daripada Jibril ^alaihis-salam, seterusnya para sahabat baginda talaqqi al-Quran daripada baginda dan selanjutnya orang yang selepas sahabat pula talaqqi al-Quran daripada para sahabat sehingga bersambungan kepada kita.
✨Sesungguhnya Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam telah bersabda:
إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه
Mafhumnya: “Hanyasanya ilmu dengan talaqqi dan kefahaman itu dengan mendalami ilmu” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari].
✨Oleh itu, ilmu tidak ada tanpa belajar daripada seorang guru, bahkan semestinya seseorang yang menuntut ilmu itu mempelajari dengan mengambilnya daripada ahli ilmu dan tidak memadai dengan membaca buku-buku.
✨Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab al-Adabul-Mufrad tentang kisah perjalanan Jabir ibn Abdillah al-Ansori radiyallahu ^anhu selepas kewafatan Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam dari al-Madinah al-Munawwarah ke Mesir selama sebulan untuk mendatang satu hadis daripada Abdullah ibn Unais yang telah mendengar hadis itu daripada Rasulullah dan Jabir belum pernah mendengarnya. Ini adalah hanya kerana sifat haloba beliau untuk talaqqi ilmu daripada mulut-mulut para ulama.
✨Sesungguhnya al-Imam al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan sebilangan pendapat daripada para ulama yang terbilang menunjukkan manhaj keilmuan yang mereka ikut dalam talaqqi ilmu dan beliau merangkan bahawa barangsiapa yang mengambil al-Quran daripada mushaf tanpa talaqqi maka dia digelar mushafi dan tidak digelar sebagai seorang qari, dan barangsiapa mengambil ilmu daripada kitab-kitab maka dia digelar sohafi dan tidak digelar sebagai seorang alim. Al-Khatib al-Baghdadi telah meriwayatkan daripada al-Imam al-Tabi^I al-Jalil Muhamad ibn Sirin radiyallahu ^anhu bahawa dia berkata:
لا يؤخذ العلم إلا من أفواه العلماء
Maksudnya: “Ilmu tidak diambil melainkan daripada mulut-mulut para ulama”.
✨Muslim meriwayatkan dalam muqaddimah kitab Sohih Muslim daripada Muhammad ibn Sirin bahawa dia berkata:
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم
Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka kamu lihatlah daripada siapakah kamu mengambil agama kamu”.
✨Sesungguhnya para ulama sangat haloba untuk mendengar ilmu sehingga sebahagian mereka mempunyai seratus guru dan sebahagian mereka mempunyai lebih ramai lagi guru. Al-Hafiz Abu Sa^id al-^Ala’i Khalil ibn Kaikaladi – beliau adalah guru kepada al-hafiz Zainud-Din al-^Iraqi – talaqqi hadis daripada tujuh ratus ulama secara mendengar lansung daripada mereka.
🔹Antara faedah besar talaqqi ilmu daripada mulut para ulama ialah:
1⃣ Dapat menjauh dari terjebak dalam kefahaman yang salah natijah daripada berpada dengan semata-mata mentelaah tanpa talaqqi.
2⃣ Dapat mengambil ilmu secara isnad ilmu yang dipercayai yang menjaga penuntut ilmu dari berpegang dengan riwayat-riwayat yang batil, mauduk dan pemikiran-pemikiran yang menyalahi manhaj Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah.
3⃣ Selamat dari pemalsuan dan penyelewengan yang banyak berlaku dalam kitab-kitab khususnya cetakan-cetakan yang berasaskan perniagaan yang tidak menitikberatkan ketetapan ilmiah.
4⃣ Memperoleh keberkatan dengan sebab hadir dalam majlis ilmu para ulama dan fuqaha’ dan dengan sebab hubungan rapat dengan mereka.
🌸Penyair ada berkata:
من يأخذ العلم عن شيخ مشافهةً *** يكن من الزيف والتصحيف في حرمِ
ومن يكن آخذاً للعلم من صحف *** فعلمه عند أهل العلم كالعدم
Maksudnya: “Barangsiapa mengambil ilmu daripada seseorang guru secara musyafahah, maka dia terpelihara dari penyelewengan dan pemalsuan. Dan barangsiapa selalu mengambil ilmu dari helaian kertas, maka ilmunya di sisi ahli ilmu adalah seperti tiada”.
(16/14)

ASWAJA Wilayah Persekutuan

26/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Senarai nama Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia.

Sumber: Ahli Sunnah Waljamaah Research Centre

Saya update yg ini :
Ramai ulamak, asatizah, ilmuwan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah di Malaysia. Di antaranya ialah :

1. Maulana Aswadi (hadith)
2. Maulana Abdullah Amir (hadith)
3. Maulana Hussein Abdul Qadir (hadith)
4. Sheikh Wan Izzuddin (hadith)
5. Maulana Helmi, Tahfiz Pulau Tawar,
6. Maulana Johari, Tahfiz Sungai Salan Jerantut
7. Maulana Wan Mohd Adli, Tahfiz Sungai Badak Jerantut.
8. Baba Li Sepanjang (aqidah, feqh)
9. Sheikh Husni Ginting (aqidah, sirah, hadith)
10. Maulana Hasnul Hizam (hadith)
11. Tuan Guru Hj Salleh Pondok Sik Kedah (aqidah, feqh)
12. Tuan guru hj Abdul Wahab bin Hasan (Ust Awang Lanai)
13. Tuan guru Hj Rafaei Carok Salang prt pnjang
14. Tuan guru hj Bakar ( Belantek) Umar prt pnjang
15. Tuan guru Hj Rahim Jaafar Ulu Bakai Malau
16. Tuan guru hj Adnan Majid sg karangan pdg serai
17. Tuan guru ust Rosyam sg kob kulim
18. Tuan guru ust Ridhouddin bin tn guru hj Wahab mudir MIU mgkuang titi
19. Tuan guru hj Bakar Penanti
20. Tuan guru Ust Mutalib Md Arof kbg semang
21. Tuan guru hj Abdul Wahab pdg cempedak tasik glugor
22. Ust Salmi sg bakap
23. Sheikh Fahmi Zamzam (aqidah, feqh, tasawuf)
24. Sheikh Nuruddin al Banjari (feqh, tasawwuf)
25. Dato’ Wan Zahidi – Mantan Mufti Wilayah Persekutuan (Aqidah, feqh)
26. Dato Haji Mohd Salleh Hj Ahmad – (Aqidah, feqh)
27. Ustaz Dr Jahid Sidek (aqidah, feqh, tasawuf)
28. Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas (aqidah, falsafah, pemikir Islam)
29. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki (aqidah, tasawuf,hadis)
30. Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (hadith)
31. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre (feqh)
32. Ustaz Nazrul Nasir (aqidah, feqh, tasawuf)
33. Ustaz Rashidi Abdul Wahab (aqidah, feqh)
34. Ustaz Khalif Muammar (aqidah, falsafah)
35. Ustaz Dr Nik Roskiman (aqidah, tasawwuf)
36. Ustaz Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah (Aqidah, falsafah)
37. Habib Ali Zaenal Abidin (sirah, tasawwuf)
38. Habib Najmuddin Othman Al-Khered
39. Ustaz Muhadir bin Hj Joll (aqidah, feqh)
40. Ustaz Dr Asmadi Mohamed Naim (aqidah, feqh)
41. Syeikh Hj Abdul Raof Bin Nurin (aqidah, feqh, tasawuf)
42. Ustaz Raja Ahmad Mukhlis (aqidah, tasawwuf, tafsir, hadith)
43. Ustaz Ellyeen Aminen (aqidah)
44. Ustaz Al-Amin Daud (aqidah)
45. Ustaz Abdul Rahman ar Raniri (hadith)
46. Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain (feqh)
47. Ustaz Nik Nazimuddin – mudir madrasah khairuummah (feqh)
48. Ustaz Muhammad Subki Abd Rahman – mudir pondok repek pasir mas (feqh)
49. Ustaz Mazrisyam (feqh)
50. Ustaz Zamihan al Ghari (aqidah, feqh)
51. Ustaz Engku Ahmad Fadzil (feqh)
52. Ustaz Basir Mohamed al Azhari (aqidah, feqh)
53. Ustaz Abdullaah Jalil (feqh)
54. Ustaz Abu Zahrah Abdullah Tohir (aqidah, feqh)
55. Ustaz Umar Mohammad Noor (hadis)
56. Ustaz Ayman al Akiti (aqidah, feqh)
57. Ustaz Dr Afifi al Akiti (aqidah, feqh, falsafah)
58. Ustaz Dr Fauzi Hamat (aqidah)
59. Ustaz Dr Luqman Haji Abdullah- madrasah rahmaniah pondok lubuk tapah (feqh)
60. Ustaz Hafiz Mansor (aqidah, feqh)
61. Ustaz Ibrahim Masran – pondok ledang (Aqidah, feqh, tasawuf)
62. Ustaz Wan Haslan Khairuddin (Aqidah, dakwah)
63. Ustaz Mohammad Elias Al Malakawi – madrasah Khairuummah (aqidah, feqh)
64. Ustaz Shahul Hamid (dakwah)
65. Ustaz Mohamad Hanif Haron (hadis)
66. Ustaz Danial Farhan Dolmat
67. Ustaz Muhammad Fahmi Mohamed Amin
68. Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah (Aqidah, tasawwuf)
69. Dr Shuhadak Mahmud
70. Ustaz Azahar Hashim
71. Ustaz faiz (pu Faiz)
72. Ustaz Don Daniyal Biyajid
73. Ustaz Zakuan Faiz (ibnu batoota)
74. Ustaz Wadi Anuar (aqidah, sirah)
75. Ustaz Fawwaz Mat Jan (Fiqh, Sirah)
Dan ramai lagi

Para ulamak,asatizah,ilmuwan agama ini ada di kalangannya yang mempunyai master, PhD, bergelar profesor dalam bidang masing-masing malah diiktiraf pula oleh ulamak di luar negara namun masih tetap melazimi majlis ilmu dan bertalaqqi dengan alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Barakallahufikum.

Tak perlulah ikut ulama ulama yg ajaran mereka yg cuba meliberalkan agama dan mempertikai ,membidaah,mensyirik,menyesatkan ulama ulama terdahulu dan terkini.

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | 6 Comments

Isu Bidaah

Alhamdulillah. suatu pencerahan yg amat berguna dari Timbalan Mufti Selangor Ustaz SS Dr Anhar Opir utk orang awam yg jenis ikut ikutan, pening mana satu yg betul,mana satu yg salah.. sbb bnyk sngt dah di viralkan.. Di antara isu panas yg menjadi persoalan para perserta seminar ialah:

1- Mengenali Status Hadist Dhaif
2- Adakah Majlis Maulidur Rasul Di Larang?
3- Haram Makan Bubur Asshura?
4- Bidaahkah Membaca Kitab Berjanzi?
5- Bidaahkah Perkara Yg Nabi Tak Buat?
6- Syarat Yg Diperlukan Untuk Bertukar Mazhab
7- Jng Mendakwa Terjemahan Hadist itu Hadist
8- Bagaimana Memahami Pertembungan Hukum Majlis Fatwa Dan Perbezaan Mazhab
9- Bolehkah Daging Korban DiBerikan Pada Orang Bukan Muslim

Tonton fully hd di https://youtu.be/fEDk6kTvVNg
Jng ketinggalan menonton seminar penuh di Channel Youtube Admin [ Taip Online Majlis Ilmu di Youtube ] & Jng lupa SUBSCRIBE

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Mensyukuri Pendengki

Syekh Mutawalli Assya’rowi beliau menasihatkan :

“Jika engkau tidak mendapatkan orang yang dengki kepadamu , maka ketahuilah sesungguhnya engkau adalah manusia yang gagal .”

Dan dikisahkan pula seorang guru yang terkenal bijaksana pernah mendoakan murid kesayangannya dengan lafaz doa yang sangat menghairankan

اللهم اكثر حسادك

Semoga Allah menjadikan banyak orang mendengki kepadamu.

Maka muridnya pun terkejut, namun tidak berani berkata apapun dihadapan gurunya.

Sang Guru yang menyaksikan muridnya terkejut lalu mengatakan : ” Ketika banyak orang yang hasad (dengki) kepadamu, maka berarti hidupmu telah penuh dengan kenikmatan. Tahukah engkau, hanya pohon kurma yang berbuahlah yang mendapatkan lemparan.”

Seketika itu muridnya langsung memahami maksud dari doa Sang Guru yang bijak.

Telah menjadi sebuah rumus kehidupan

كل ذي نعمة محسود

Setiap orang yang mendapatkan nikmat pasti ada pendengkinya.

Semakin berhasil dan mencapai puncak, semakin kencang hembusan angin namun sedikit yang boleh bertahan dan banyak yang tumbang diterpa angin.

Allah sendiri dalam surat Al Falaq mengajak kita untuk berdoa memohon perlindungan dari kejahatan orang yang hasad.

Salah satu bentuk jahatnya hasad, orang yang hasad tidak ingin naik menyamaimu akan tetapi ia mau engkau yang turun agar engkau sama rendah seperti dirinya. Jika engkau telah turun sama rendah dengan dirinya barulah ia puas dan bahagia.

Seperti hasadnya Iblis, ia bukan mau meningkatkan dirinya seperti Adam, akan tetapi ia mau Adam untuk rendah terhina seperti dirinya di dalam neraka jahannam.

Karena begitu jahatnya hasad, iblis belum puas hanya dengan Adam, bahkan ia bercita-cita agar seuruh anak keturunan Adam (termasuk saya dan anda sekalian) juga bersamanya dibakar di neraka.

Semoga Allah memperbanyak kenikmatan kita dan menjauhkan kita dari kejahatan para pendengki.

Amiin Yaa Robbal ‘Alamin.

PONDOK HABIB

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

AMALAN-AMALAN DI KUBUR MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH

Persoalan :
1. Hukum Ziarah Kubur
2. Ziarah kubur pada hari dan waktu tertentu
3. Membaca al Quran di Kubur
4. Mengusap di Kubur
5. Bertawassul
6. Meletakkan bunga dan menyiram air di kubur

Jawapannya di sini :https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/859390294126113:0

Persoalan :
1. Hukum membaca Surah Al Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia
Jawapannya di sini :

https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/611468442251634/

Persoalan :
1. Hukum binaan di kuburan
Jawapannya di sini :
Gambar-gambar binaan kubur di ma’la di Mekah , baqi’ di Madinah dan hukum binaan di kubur :
1. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/862395130492296

2. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/686777904720687

Persoalan :
1. Hukum Mengambil Upah Membaca al Quran
Jawapannya di sini :

https://www.facebook.com/notes/kami-tidak-mahu-fahaman-wahhabi-di-malaysia/hukum-mengambil-upah-membaca-al-quran/348860045179143

Persoalan :
Hukum membaca talqin
Jawapannya di sini :
1. Jawapan Ustaz Abu Muhammad : http://bahrusshofa.blogspot.my/2008/12/talqin-raudhatuth-tholibin.html

2. Status Hadith mengenai talqin :

http://jomfaham.blogspot.my/2010/05/kedudukan-hadits-talqin-setelah-dikubur.html

3. Ulamak di dalam 4 mazhab membolehkan membaca talqin

http://jomfaham.blogspot.my/2008/12/hukum-membaca-talqin-2.html

*Amalan umat Islam ternyata ada sandaran dari al Quran dan Hadith. Adat Wahhabi yang suka mengkafir, mensyirik dan membid’ah datang dari amalan nenek moyang yang mana ?

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

MENGENAL MAKNA KASYAF DAN MUSYAHADAH

Syaikh Abdul-Qadir Al-Jailani qaddasallahu sirrahu mengatakan:
“Para wali dan wali abdal akan dibukakan sesuatu yang melebihi akal pikiran dan di luar kebisaaan (kharijul-‘adah) dari ketentuan-ketentuan Allah SWT. Keterbukaan itu terbagi menjadi dua macam, yaitu terbukanya keagungan (jalal) dan terbukanya keindahan (jamal).”

Menurut Syekh Abdul Qadir, pertama adalah dengan terbukanya keagungan dan kebesaran tersebut akan melahirkan rasa takut, tidak tenang, gelisah, dan cemas, serta akan melahirkan kekalahan terbesar dalam hati dengan perilaku yang tampak dari anggota tubuh. Sebagaimana diriwayatkan dari Rasulullah SAW, bahwasanya terdengar dari dada beliau suara berdesis seperti mendesis dan bergolaknya air mendidih dalam ketel. Ini terjadi ketika beliau sedang mengerjakan shalat, karena beliau merasa sangat takut (khauf). Hal itu terjadi karena beliau melihat keagungan Allah SWT dan terbukanya kebesaran-Nya kepada beliau.Peristiwa yang semisal pun-menurut Syekh—terjadi seperti yang berlaku pada Nabi Ibrahim a.s. dan Sayyidina Umar bin Khathab r.a..

Adapun bentuk kedua adalah terbukanya keindahan, yaitu, berhiasnya hati dengan cahaya, kesenangan, kelembutan, pembicaraan yang menyenangkan, dan percakapan yang menggembirakan, serta merasa sukacita dengan pemberian-pemberian (mauhibah) yang bersifat fisik dan kedudukan yang tinggi, juga anugerah yang berupa kedekatan dengan Allah SWT.

Tentu saja, semua itu adalah hal-hal yang hanya diketahui oleh Allah SWT, dan pena-pena akan kering karena tidak mampu menulis bagian-bagian mereka sepanjang masa, sebagai bentuk anugerah dan kasih sayang dari Allah SWT. Serta sebagai bentuk ketetapan Allah SWT kepada mereka di dunia ini sampai datangnya ajal, yaitu waktu kematian yang telah ditentukan.

Tujuannya agar tidak tersia-sia kecintaan yang disebabkan besarnya kerinduan kepada Allah dan pada akhirnya hanya akan menyia-nyiakan keteguhan perasaan mereka kepada Allah SWT. Hal itu juga akan menyebabkan mereka menjadi binasa dan lemah untuk melaksanakan ibadah sampai mereka didatangi kematian.

Allah SWT memperlakukan seperti itu kepada mereka karena bentuk kelembutan dari Allah, kasih sayang, dan obat bagi mereka. Selain itu, juga untuk mendidik hati mereka dan tempat berpijak bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Mahabijaksana lagi Maha Mengetahui, Mahalembut kepada mereka, Maha Belas Kasih dan Maha Kasih Sayang kepada mereka semua.

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahwasanya beliau SAW pernah berkata kepada Bilal, “Wahai Bilal, berikan istirahat kepada kita dengan iqamah, supaya kita semua dapat melakukan shalat.” Beliau mengucapkan itu karena terbuka penyaksiannya (musyahadah) pada keadaan yang telah saya sebutkan sebelumnya. Karena itu pula, beliau SAW bersabda, “Telah dijadikan penyejuk mataku dalam shalat.”

—Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Futuhul-Ghayb.

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

TAKHRIJ RINGKAS HADITH MENGUSAP MUKA SETELAH SHALAT

Sumber: Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group – Johor

1. Penulisan kali ini ARG Johor membahaskan secara ringkas dan ilmiah tentang hadith mengusap muka setelah shalat.
2. Hadith tentang mengusap muka selepas shalat adalah dengan teks hadith sebagai berikut:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika menyelesaikan shalatnya mengusap dahi (muka) dengan tangan kanannya”.
3. Hadith ini adalah riwayat Thabarani dalam Mu’jam Ausath (2499).Status hadith ini lemah sekali kerana didalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Sallam ath Thawil yang meriwayatkan daripada Zaid al Ammi. Sallam Ath Thawil dhaif jiddan (perawi sangat lemah). Sementara Zaid al Ammi adalah dhaif khafif (perawi lemah ringan). Jadi letak kelemahan sekali adalah pada perawi Sallam ath Thawil (Lihat Nataij Afkar karya Ibn Hajar al Asqallani juz II muka surat 301). Dengan ini Ibn Hajar menghukumi lemah sekali.
4. Apatah lagi jika merujuk ucapan Ath-Thabarani berikut:
لم يرو هذا الحديث عن معاوية الا زيد تفرد به سلام
“Tidak meriwayatkan hadith ini dari Mu’awiyah (bin Qurrah) kecuali Zaid yang Sallam sendirian meriwayatkan daripadanya”.
5. Tetapi dalam Kasyf al Astar (al Bazzar nombor hadith: 3100) disebutkan riwayat yang menjadi mutaba’ah riwayat di atas, bahawa yang meriwayatkan daripada Zaid al Ammi bukan hanya Sallam ath Thawil sahaja, tetapi Uthman bin Farqad juga meriwayatkan daripada Zaid dengan sanad yang sama.
حدثنا الحارث بن الخضر العطار ثنا عثمان بن فرقد عن زيد العمي عن معاوية بن قرة عن أنس بن مالك قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح جبهته بيده اليمنى
“Menceritakan hadits kepadaku Harith bin Khadhir Aththar, (ia berkata) Menceritakan hadith kepadaku Uthman bin Farqad, daripada Zaid Ammi, daripada Mu’awiyah bin Qurrah, daripada Anas bin Malik, ia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengusap dahi dengan tangan kanannya”.
6. Sedangkan status Utsman bin Farqad sendiri adalah thiqah menurut Ibn Hibban atau Shaduq menurut Ibn Hajar. Ringkasnya dia ada yang menyebut layyin (lemah) dan ada yang menyebut tsiqah. Bahkan adz Dzahabi memasukkan dalam kitab “Man Tukullima fiihi wahua muwatstsaq”. Ertinya dia thiqah.
7. Dengan demikian, riwayat al Bazzar ini sanadnya bagus atau minimum ia dhaif yang boleh diamalkan dalam fadhilah amal, sunnah, targhib dan lain-lain.
8. Menguatkan hujjah di atas adalah ucapan al Haithami dalam Majma’ az Zawaid (I/145) setelah meriwayatkan hadith di atas berkata sebagai berikut:
رواه الطبراني في الاوسط والبزار بأسانيد وفيه زيد العمي وقد وثقه غير واحد وضعفه الجمهور وبقية رجال أحد اسنادي الطبراني ثقات وفي بعضهم خلاف
“Hadith diriwayatkan oleh Thabarani dalam Mu’jam Ausath, dan Al Bazzar juga meriwayatkan sama dengan beberapa sanad dan didalamnya terdapat Zaid al Ammi. Dia dithiqahkan tidak hanya satu ulama. Tetapi jumhur ulama melemahkannya. Perawi-perawi selanjutnya daripada salah satu sanad Thabarani adalah thiqah dan sebahagian ada khilaf”
Ini menunjukkan status perawi dalam hadith mengusap muka ini masih dikhilafkan.
9. Ali asy Syaukani dalam kitab Tuhfah adz Dzakirin (I/183) juga membenarkan dan bersetuju dengan ucapan al Haitsami diatas.
Dan Imam an Nawawi dalam al Adzkar pun meriwayatkan hadith di atas.
10. Dan sebagaimana dalam mukaddimahnya, beliau menyebutkan hadith dalam al Adzkar adalah untuk diamalkan. Dengan demikian, mengusap muka selepas shalat yang dianjurkan oleh ulama-ulama fikah terdapat hadith yang menjadi dasarnya. Ia sama sekali bukan perbuatan yang tercela.
Disediakan oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Kepada Sesiapa Yang Mengingkari Amalan TAWASSUL Dengan Para Nabi Dan Para Wali

Yunan A Samad

Di dalam kitab _al-Bidayah Wal Nihayah_, jilid 14 halaman 135-136, Ibn Kathir menyebut mengenai kematian ibn Taimiyyah, pengikutnya datang membaca al-Quran, dan mereka mengambil berkat dengan melihatnya dan menciumnya:
*توفي بقلعة دمشق بالقاعة التي كان محبوساً بها، وحضر جمع كثير إلى القلعة، وأذن لهم في الدخول عليه، وجلس جماعة عنده قبل الغسل وقرؤا القرآن وتبركوا برؤيته وتقبيله، ثم انصرفوا، ثم حضر جماعة من النساء ففعلن مثل ذلك ثم انصرفن واقتصروا على من يغسله*
_“Ibn Taymiyyah meninggal di tahanan penjara di Dimasq/Damsyiq berdekatan dewan yang dia ditahan di situ. Ramai orang datang ke kubu tahanan tersebut. Mereka diberikan kebenaran untuk masuk. Ada beberapa kelompok (pengikutnya) duduk disebelahnya sebelum dimandikan jenazah dan mereka membacakan al-Quran dan mengambil berkat dengan melihatnya dan menciumnya kemudian mereka beredar. Kemudian hadir sekumpulan wanita lalu mereka juga melakukan perkara yang sama kemudian mereka beredar dan mereka membiarkan kepada orang yang memandikannya”._
Ibn Kathir menambah lagi pada halaman 136:
*وقد تضاعف اجتماع الناس على ما تقدم ذكره، ثم تزياد الجمع إلى أن ضاقت الرحاب والأزقة والأسواق بأهلها ومن فيها، ثم حمل بعد أن صلّي عليه على الرؤوس والأصابع، وخرج النعش به من باب البريد واشتد الزحام وعلت الأصوات بالبكاء والنحيب والترحم عليه والثناء والدعاء له”.*
_“Maka makin bertambah perhimpunan ramai manusia sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Kemudian bertambah kehadiran lagi hingga sempit halaman masjid, laluan, pasar-pasar dengan manusia kemudian dibawa jenazahnya setelah disolatkan di atas kepala-kepala dan di bawa dengan tangan-tangan. Dibawa keluar keranda daripada pintu gerbang besar dan bersangatan sesak. Suara-suara berteriakan dengan tangisan, menangis teresak-esak, bertarahhum kepadanya, memujinya dan mendoakannya”._
Kemudian ibn Kathir menyebut lagi mengenai perihal ibn Taymiyyah ini pada halaman yang sama dalam kitab tersebut:
*وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله واقتسم جماعة بقية السدر الذي غسل به ودفع في الخيط الذي كان فيه الزئبق الذي كان في عنقه بسبب القمل مائة وخمسون درهما وقيل إن الطاقية التي كانت على رأسه دفع فيها خمسمائة درهما وحصل في الجنازة ضجيج وبكاء كثير وتضرع وختمت له ختمات كثيرة بالصالحية وبالبلد وتردد الناس إلى قبره أياما كثيرة ليلا ونهارا يبيتون عنده ويصبحون ورؤيت له منامات صالحة كثيرة ورثاه جماعة بقصائد جمة*
_“Ada jamaah yang meminum air yang merupakan lebihan daripada kerja memandikan jenazahnya, sebahagian jemaah yang hadir membahagi-bahagikan saki baki daripada daun bidara yang telah digunakan untuk membasuh jenazahnya. Ada yang mengatakan bahawa dibayar benang yang terdapat pada timah yang berada dilehernya disebabkan kutu dengan harga 150 dirham. Ada yang mengatakan bahawa kopiah yang berada atas kepalanya dibayar sebanyak 500 dirham. Berlaku pada jenazah ibn Taymiyyah suasana yang bising, tangisan yang banyak, menundukkan diri dan dikhatamkan al-Quran dengan beberapa kali khatam di al-Salhiyeh dan di al-Balad.
Manusia berulang-alik ke kuburnya (Ibn Taymiyyah) dalam banyak hari, siang dan malam. Mereka tidur pada waktu malam di sisi kubur ibn Taymiyyah dan bangkit di paginya serta mereka melihat (kononnya) bagi ibn Taymiyyah itu mimpi-mimpi yang baik dan sekumpulannya menangisi dalam memperingatinya dengan qasidah-qasidah yang banyak”._
Ibn Abdul Hadi al-Maqdisi dalam kitabnya _al-^Uqud al-Durriyyah_ pada menceritakan sirah gurunya Ibn Taymiyyah, jilid 1 halaman 486:
*وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله ، واقتسم جماعة السدر الذي غسل به ،وقيل إن الطاقية التي كانت على رأسه دفع فيها خمسمائة درهم ،وقيل إن الخيط الذي فيه الزئبق الذي كان في عنقه بسبب القمل دفع فيه مائة وخمسون درهماً ، وحصل في الجنازة ضجيج وبكاء وتضرع ، وختمت له ختم كثيرة بالصالحية والبلد ، وتردد الناس الى قبره أياماً كثيرة ليلاً ونهاراً ، ورؤيت له منامات كثيرة صالحة*
_“Ada jamaah yang meminum air yang merupakan lebihan daripada kerja memandikan jenazahnya, sebahagian jemaah yang hadir membahagi-bahagikan saki baki daripada daun bidara yang telah digunakan untuk membasuh jenazahnya. Ada yang mengatakan bahawa kopiah yang berada atas kepalanya dibayar sebanyak 500 dirham. Ada yang mengatakan bahawa dibayar benang yang terdapat pada timah yang berada dilehernya disebabkan kutu dengan harga 150 dirham.
Berlaku pada jenazah ibn Taymiyyah suasana yang sangat bising, tangisan yang banyak, menundukkan diri dan dikhatamkan al-Quran dengan banyak kali khatam di al-Salhiyeh dan di al-Balad. Manusia berulang-alik ke kuburnya (ibn Taymiyyah) dalam banyak hari, siang dan malam. Mereka tidur pada waktu malam di sisi kubur ibn Taymiyyah dan bangkit di paginya serta mereka melihat (kononnya) bagi ibn Taymiyyah itu mimpi-mimpi yang baik”._
Muhammad bin Abi Bakar bin Nasirudin al-Dimasqi dalam kitabnya _Rad al-Wafir_, halaman 136 menyebutkan:
*ينقل عن بعض الناس كانوا يكتحلون بتراب قبر ابن تيمية*
_“Dinukilkan oleh sebahagian manusia bahawa mereka meletakkan celak mata dengan menggunakan tanah kubur Ibn Taymiyyah”._
Ibn Kathir dalam kitab _al-Bidayah wal-Nihayah_, jilid 14 halaman 138 menyebut:
*فشرع عند ذلك الشيخان الصالحان الخيران عبد الله بن المحب وعبد الله الزرعي الضرير وكان الشيخ رحمه الله يحب قراءتهما فابتدآ من أول سورة الرحمن حتى ختموا القرآن وأنا حاضر أسمع وأرى*
_“Lalu masuk ketika itu dua orang syaikh yang soleh lagi baik Abdullah bin al-Muhib dan ^Abdullah al-Zar^i al-Dharir. As- Syaikh (ibn Taymiyyah) sebelum ini amat menyukai bacaan kedua-keduannya. Lalu kedua syaikh tersebut memulakan bacaan daripada awal surah al-Rahman hingga mereka mengkhatamkan al-Quran dan aku ( ibn Kathir) hadir dan dengar”._
Perkara yang sama juga disebut oleh Muhammad bin Abi Bakar bin Nasirudin al-Dimasyqi dalam kitabnya _Rad al-Wafir,_ halaman 93.
Berdasarkan apa yang disebutkan oleh Ibn Kathir dan selainnya, kita boleh melihat beberapa perkara penting:
1. Siapa sangka orang seperti ibn Taymiyyah pun ada orang yang telah bertabarruk dengannya ??! Padahal orang selayaknya ditabarrukkan adalah ulama Ahlus Sunnah yang soleh dan bertakwa lagi yang tidak memiliki sedikitpun perkaitan dengan pegangan tasybih dan tajsim. Al-^Aini dalam _^Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari_ jilid 14, halaman 471 menyebut:
*وقد روينا عن الإمام أحمد أنه غسل قميصا للشافعي وشرب الماء الذي غسله به وإذا كان هذا تعظيمه لأهل العلم فكيف بمقادير الصحابة وكيف بآثار الأنبياء عليهم الصلاة والسلام*
_“Kami riwayatkan daripada Imam Ahmad bahawa beliau membasuh pakaian milik imam Syafi^i dan dia telah meminum air yang dibasuhkan pakaian tersebut dengannya. Jika ini pengagungannya terhadap ahli ilmu bagaimana dengan status para sahabat, dan bagaimanakah pula dengan kesan peninggalan para nabi ^alayhimus-solatu wad-sallam”._
Kata-kata Ibn Kathir:
*وقرؤا القرآن وتبركوا برؤيته وتقبيله، ثم انصرفوا، ثم حضر جماعة من النساء ففعلن مثل ذلك*
_”Ada beberapa kelompok (pengikutnya) duduk disebelahnya sebelum dimandikan jenazah dan mereka membacakan al-Quran dan mengambil berkat dengan melihatnya dan menciumnya kemudian mereka beredar. Kemudian hadir sekumpulan wanita lalu mereka juga melakukan perkara yang sama”._
Hal ini membuktikan kepada kita bahawa mereka membaca al Quran setelah kematiannya,
mengambil berkat bahkan menciumnya. Juga lebih dahsyat ibn Kathir dan selainnya menyebut:
*وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله ، واقتسم جماعة السدر الذي غسل به*
_”Ada jamaah yang meminum air yang merupakan lebihan daripada kerja memandikan jenazahnya, sebahagian jemaah yang hadir membahagi-bahagikan saki baki daripada daun bidara yang telah digunakan untuk membasuh jenazahnya”_
Persoalannya, siapa yang lebih mulia Ibn Taymiyyah atau para sahabat dan Rasulullah _sollallah ^alaihi wa sallam_??!!.
2. Perkataan ibn Kathir dan Ibn Abdil-Hadi al-Maqdisi “وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله” memberi kefahaman bahawa tabarruk adalah harus di sisi mereka (mujassimah dan al-Wahhabiyyah) dengan syarat orang yang ditabarrukkan itu adalah ibn Taymiyyah dan sekutunya adapun orang selainnya maka dikira syirik di sisi mereka.
3. Perkataannya “إن الطاقية التي كانت على رأسه دفع فيها خمسمائة درهم” memberi kita kefahaman bahawa peninggalan Ibn Taymiyyah tidak dimusnahkan dan dibuang bersama sampah-sampah yang lain sebagaimana al-Wahhabiyyah telah perbuat pada athar-athar peninggalan Rasulullah, rumah-rumah para sahabat dan tempat kelahiran baginda Muhammad _sollallahu ^alaihi wa sallam._
4. Kenapa golongan al-Wahhabiyyah beria-ria menghukumkan amalan bertawassul dan bertabaruk ini sebagai syirik. Padahal Ibn Taymiyyah sendiri diperlakukan perkara yang sama oleh pengikutnya yang taksub?!!
5. Upacara tabarruk yang dilakukan oleh murid Ibn Taymiyyah ini sememangnya dimuatkan dalam kitab Ibn Kathir, jika ia syirik dan sesat maka sudah tentu ibn Kathir mencemuh dan menolak perkara tersebut. Saya sarankan elok disimpan bukti daripada kitab Ibn Kathir ini sebelum mereka mengubah maklumat ini dalam kitab Ibn Kathir.
6. Antara yang sering diingkari oleh golongan al-Wahhabiyyah adalah menghadiahkan bacaan al-Quran kepada si mati. Persoalannya imam yang menjadi rujukan terulung mereka seperti Ibnn Kathir dalam _al-Bidayah wan-Nihayah_, jilid 14 halaman 136 menyebut bagaimana pengikut Ibn Taymiyyah membacakan al-Quran di sisi kuburnya. Kata ibn Kathir : “وختمت له ختمات كثيرة بالصالحية وبالبلد ” dikhatamkan bagi jenazah Ibn Taymiyyah dengan banyak kali khatam bacaan Al-Quran di Salhiyah dan di al-Balad”. Apa yang mereka akan kata kepada perkataan Ibn Kathir:
*فشرع عند ذلك الشيخان الصالحان الخيران عبد الله بن المحب وعبد الله الزرعي الضرير وكان الشيخ رحمه الله يحب قراءتهما فابتدآ من أول سورة الرحمن حتى ختموا القرآن وأنا حاضر أسمع وأرى*
_“Lalu masuk ketika itu dua orang syaikh yang soleh lagi baik Abdullah bin al-Muhib dan ^Abdullah al-Zar^i al-Dharir. Al- Syaikh (Ibn Taymiyyah) sebelum ini amat menyukai bacaan kedua-keduannya. Lalu kedua syaikh tersebut memulakan bacaan daripada awal surah al-Rahman hingga mereka mengkhatamkan al-Quran dan aku (Ibn Kathir) hadir dan dengar” ????!!!
7. Ibn Kathir menyebut “ورؤيت له منامات كثيرة صالحة” dilihat bagi Ibn Taymiyyah itu (kononnya) mimpi mimpi yang baik”. Persoalannya, sejak bila golongan mujasimah dan al Wahhabiyyah mengira mimpi sebagai rujukan agama dan sebagai bukti kebaikan ibn Taymiyyah setelah kematiannya???!!
8. Apa yang akan diulas oleh al- Wahhabiyyah mengenai perkataan ibn Kathir : “وتردد الناس الى قبره أياماً كثيرة ليلاً ونهارا ” : Manusia (pengikutnya) banyak kali berulang alik ke kuburnya (ibn Taymiyyah) siang dan malam”, Adakah mereka juga akan meletakkan hukum yang sama kepada mereka dengan gelaran quburiyyun, dan melakukan amalan amalan khurafaat??!!
9. Penjelasan Ibn Nasiruddin al-Dimasyqi tentang pengikutnya bertabarruk dengan tanah kubur ibn Taymiyyah adalah tamparan hebat yang menjadi titik pertanyaan. Bagaimana mereka memandang baik amalan seperti ini diperlakukan kepada kubur Ibn Taymiyyah sedangkan mereka mengingkari perkara yang sama diperlakukan kepada kubur seafdhal afdhal makhluk iaitu Muhammad. Di dalam _al-Tuhfah_ karangan Ibn ^Asakir daripada Ali, bahawa beliau berkata:
_”Apabila dikebumikan Rasululullah sollallah ^alaihi wa sallam datang Fatimah radiyallahu ^anha lalu dan beliau berhenti di kubur Rasulullah. Beliau mengambil segenggam tanah kubur baginda dan beliau meletakkannya di matanya dan menangis serta berkata:_
*ماذا على من شم تربة أحمد *** *أن لا يشم مدى الزمان غواليا*
*صبت علي مصائب لو أنها *** *صبت على الأيام عدن لياليا*
10. Al-Wahhabiyyah bekerja keras semenjak ajaran ini diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab untuk menyembunyikan dan merosakkan kesan-kesan peninggalan rasulullah dan para sahabat. Dan pada mutaakkhir mereka menghancurkan rumah Rasulullah dan menjadikannya sebagai bilik air/tandas untuk penggunaan umum. Adapun barang peninggalan Ibn Taymiyyah mereka jualnya dan mereka tawarkan dengan harga semahal-mahalnya!!! Begitu juga mereka perbuat kepada barang barang tokoh mereka yang lain.
والله أعلم وأحكم

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

MENJAWAB TOHMAHAN ANTI BERMAZHAB

Yunan A Samad

Golongan Wahhabi sering menimbulkan syak keraguan bagi yang ingin bermazhab khasnya mazhab al-Shafie di Malaysia ini dengan menyatakan ia adalah seolah-olah bertentangan dengan mazhab para sahabat r.a.
Mereka sering mewar-warkan bahawa kita perlu ikut al-Quran dan al-Sunnah sahaja. Pernyataan mereka ini seolah2 mereka sahajalah yang ingin mengikut al-Quran dan al-Sunnah.
Pernyataan mereka ini juga bermaksud bahawa mengikut mazhab itu bererti tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah? Bahkan, lebih jauh lagi, mereka kata tak perlu ikut mazhab, tapi ikut dalil, sedangkan mereka pun orang awam yang sedang bercakap dengan orang awam.
Apabila seseorang berkata bahawa dia bermazhab al-Shafie, maka mereka cuba mengenengahkan soalan yang menimbulkan syak seperti:
“Kalau anda bermazhab al-Shafie, Saidina Umar al-Khattab r.a. itu bermazhab apa?”
Mereka berlagak seolah-olah merekalah yang mempertahankan Saidina Umar al-Khattab r.a., padahal dalam bab solat tarawih 20 rakaat mereka tidak pula mempertahankan mazhab Umar al-Khattab r.a.? Maka umat Islam masyarakat awam perlu berwaspada dengan sikap berpura-pura ini.
ANTARA ALASAN WAHHABI ANTI MAZHAB
1. Rasulullah saw tidak pernah menyuruh kita untuk bermadzhab bahkan menyuruh kita mengikuti sunnahnya.
2. al-Qur`an dan Sunnah sudah cukup menjadi dalil dan hukum sehingga tidak di perlukan lagi Madzhab-madzhab.
3. Mazhab-mazhab itu adalah bidaah kerana tidak ada pada zaman Rasul.
4. Seluruh ulama Mazhab seperti Imam Syafi`i melarang orang-orang mengikuti mereka dalam hukum.
5. Bermazhab dengan mazhab tertentu bererti telah menolak sunnah Nabi Muhammad SAW.
6. Pada Zaman sekarang sudah semestinya kita berijtihad kerana dihadapan kita telah banyak kitab-kitab hadits, Fiqih, ulumul Hadits dan lain-lain, kesemuanya itu mudah didapati.
7. Para Ulama Mazhab adalah manusia biasa, bukan seorang nabi yang maksum dari kesalahan, semestinya kita berpegang kepada yang tidak maksum yaitu hadits-hadits Rasulullah.
8. Setiap hadits yang shahih wajib diamalkan, tidak boleh menyalahinya dengan mengikuti pendapat ulama madzhab.
HAKIKAT SEBENAR BERMAZHAB
Mengikut mazhab yang empat pada hakikatnya mengikut mazhab para sahabat dan tabien kerana ulama’ mazhab empat merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien yang mengikut sunnnah Rasulullah SAW.
Mazhab ini dibenarkan oleh ulama-ulama untuk diikuti kerana beberapa sebab :
1 – Mazhab ini disebarkan turun-temurun dengan secara mutawatir.
2 – Mazhab ini di turunkan dengan sanad yang Sahih dan dapat dipegang .
3 – Mazhab ini telah dibukukan sehingga aman dari penipuan dan perubahan .
4 – Mazhab ini berdasarkan al-Quran dan al-Hadits, selainnya para empat madzhab berbeza pendapat dalam menentukan dasar-dasar sumber dan pegangan .
5 – Ijmaknya ulama Ahlus Sunnah dalam mengamalkan empat mazhab tersebut.
KEFAHAMAN DAN HUJAH KENAPA PERLU BERMAZHAB?
Sejauh manakah masyarakat awam pada hari ini khususnya di Malaysia, mampu mengamalkan taqlid kepada mazhab.
Pandangan Syeikh Hasnain Muhammad Makhluf menyimpulkan ia menjadi alasan mengapa popular di kalangan ulama ungkapan “al-‘ami la mazhaba lahu” bermakna “orang awam tiada mazhab baginya”.
Lalu beliau menukilkan pendapat dari kitab al-Bahr di dalam bab ‘Qadha’ al-Fawait’ yang menyebut, “…dan sekiranya seorang awam tiada baginya mazhab tertentu, maka mazhabnya ialah fatwa muftinya,malah jika dia tidak meminta fatwa sesiapa pun tetapi sesuai amalannya itu dengan mana-mana mazhab mujtahid, ia sudah memadai”.
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bukan mudah untuk seseorang mengakui
dirinya bermazhab. Sekurang-kurangnya seorang penganut mazhab itu mengetahui hukum-hakam furu‘ yang difatwakan menurut mazhab anutannya.
Namun di peringkat orang awam, ramai di kalangan mereka sendiri tidak mampu untuk menguasai perkara ini. Kebanyakan awam hanya sekadar bertanya kepada mana mana guru yang dipercayainya setiap kali bertembung dengan masalah-masalah furu‘ tertentu di dalam kehidupannya.
Perbahasan ini sengaja dibentangkan di sini supaya golongan anti mazhab memahami dan akur bahawa mengikuti mazhab bukanlah mudah seperti yang disangka. Ia bukan taqlid membabi buta. Ia juga bukan bererti sengaja
membelakangkan al-Qur’an dan al-Sunnah kerana mendewakan imam dan mazhab.
Sebaliknya ia adalah soal kemampuan dan keupayaan seseorang awam. Sekiranya soal bermazhab sendiri tidak mampu ditunaikan sepenuhnya oleh seorang awam, bagaimana mungkin golongan ini dibebankan pula dengan perintah supaya mengambil hukum secara langsung daripada al-Qur’an dan al-Sunnah? Mampukah mereka?
Oleh itu mengajak masyarakat untuk meninggalkan mazhab atas alasan kembali
kepada al-Qur’an dan al-Sunnah adalah suatu usaha yang jahil malah sia-sia. Mazhab seharusnya difahami sebagai sebuah disiplin ilmu (manhaj) untuk kita memahami al-Qur’an dan al-Sunnah.
Di Malaysia, kita berpegang kepada mazhab Syafi’e khususnya dalam bab ibadat dan munakahat atau disebut juga fardhu ’ain.
Namun dalam bidang-bidang lain seperti mu’amalat, jinayat, kehakiman dan perundangan serta isu-isu kontemporari, jelas menunjukkan kerajaan dan umat Islam tidak terikat hanya kepada mazhab Syafi’i.
Oleh itu tuduhan bahawa umat Islam di Malaysia mewajibkan berpegang kepada satu mazhab dalam kesemua masalah adalah tidak benar.
Berpegang kepada mazhab Syafi’e dalam bab fardhu ’ain sepertimana yang diamalkan sekarang bukanlah bermakna kita menolak pandangan mazhab-mazhab lain. Pendirian ini dipegang hanyalah berdasarkan ketidakmampuan seseorang untuk beramal dalam ibadatnya. Sememangnya hukum asal berpegang kepada mazhab itu tidak wajib.
Namun bagi selain mujtahid, beramal dengan fatwa mujtahid (mazhab) adalah wajib memandangkan tiada lagi jalan lain untuk mengetahui hukum syara‘ melainkan dengan mengikuti mazhab.
Dalam hal yang sama, seseorang awam itu juga tidak mampu untuk melakukan tarjih iaitu menilai pendapat atau dalil yang terkuat antara mazhab. Ketidakmampuan itu memerlukannya untuk berpegang kepada mazhab yang dianutinya sahaja.
Setiap individu atau negara dikatakan bermazhab dengan sesuatu mazhab tertentu kerana ia menerima pakai atau bertaqlid kepada mazhab tersebut. Oleh itu bermazhab adalah membawa maksud bertaqlid kepada mazhab yang dipegangi.
Perkataan bermazhab (mazhabiyyah) sebagaimana yang ditakrifkan oleh Said Ramdhan al Buti ialah membawa maksud seseorang awam atau orang yang tidak sampai ke tahap mujtahid berpegang atau mengikut (taqlid) mana-mana aliran Imam Mujtahid samada dia berpegang dengan seorang mujtahid sahaja atau bepindah-pindah antara satu mujtahid ke mujtahid yang lain dalam ikutannya itu.
Dalam pengajian usul fiqh kedudukan bertaqlid yang boleh dikategorikan kepada tiga pandangan:
(1) Tidak harus bertaqlid sama sekali. Wajib ke atas setiap mukallaf berijtihad sendiri mengenai urusan agamanya dan beramal berasaskan ijtihadnya.Pandangan golongan Zahiri dan Muktazilah.
(2) Bertaqlid adalah wajib ke atas semua mukallaf selepas zaman imam-imam mujtahidin.Pandangan Hasyawiyyah.
(3) IJTIHAD adalah tidak dilarang manakala TAQLID adalah haram ke atas para mujtahid. Manakala orang awam yang tidak berkeahlian berijtihad sekalipun seorang yang alim adalah WAJIB BERTAQLID.
Pandangan ini merupakan pandangan JUMHUR ULAMAK dan inilah pandangan yang ditarjihkan oleh kebanyakan ulama semasa.
Bertaqlid bagi orang awam bukanlah suatu yang diluar prinsip syara’ tetapi suatu keperluan baginya yang selaras dengan kehendak syara’ . Sebagai seorang Muslim tidak semuanya mampu memahami tentang agama.
Malah ia perlu berpandukan kepada para ulama untuk memahami nas-nas syara’. Justeru itulah manusia diwajibkan bermazhab sebagai beramal dengan ayat Al Quran yang menyuruh umat Islam bertanya kepada ahli al zikr (orang yang tahu) sekiranya mereka tidak mengetahui.
Keharusan bertaqlid mestilah dalam kerangka yang telah disepakati oleh para ulama.Dalam persoalan taqlid, tidak ada nas syara’ yang menyuruh supaya berpegang kepada mazhab secara berterusan sebagaimana juga tidak ada nas syara’ yang melarang berpindah mazhab.
Dalam konteks ini syeikh al Buti menegaskan ketiadaan nas yang menyuruh beriltizam dengan mazhab tertentu bukan pula bererti haram beriltizam dengan mazhab kerana tidak wajib bukannya bermaksud haram.
Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:
Ada golongan yang memerangi konsep bermazhab, memerangi mazhab fiqh dengan melarang walaupun daripada golongan awam untuk bertaqlid. Pada masa yang sama mereka bertaqlid dengan pandangan guru mereka maka jadilah mazhab yang kelima.
Namun Islam tidak pernah menutup terus pintu ijtihad bagi sesiapa sahaja yang telah mencapai tahap ulama mujtahid dengan syarat-syarat yang amat ketat.
JAWAPAN TOHMAHAN KEPADA GOLONGAN YG TIDAK MAHU BERMAZHAB/ANTI MAZHAB
Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah ada menyebutkan beberapa tohmahan yang diberikan oleh golongan yang tidak mahu bermazhab.Antaranya ialah:
TOHMAHAN PERTAMA
Dalil yang wajib kita ikuti ialah al-Quran dan Sunnah bukannya pendapat para ulama mazhab.
JAWAPAN
Apa yang disebutkan oleh golongan sebegini juga sebenarnya sudah menyalahi maksud sebenar dalil. Dalil bukanlah hanya semata-mata al-Quran dan Sunnah.
Ijma’, Qiyas, Istihsan, Uruf, dan lain-lain juga merupakan dalil yang digunakan oleh para ulama.Golongan yang memahami bahawa dalil hanyalah al-Quran dan Sunnah sebenarnya telah menyempitkan kefahaman tentang dalil itu sendiri. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber pengambilan hukum yang dilakukan oleh seseorang mujtahid tersebut.
Pendapat para ulama mazhab pula bukanlah menyalahi dan membelakangi al-Quran dan Sunnah itu sendiri, malah pendapat yang dikeluarkan oleh mereka merupakan hasil àà kefahaman mereka tentang sesuatu ayat dan hadis tersebut.
Berpegang dengan pendapat para ulama mazhab bukanlah bermaksud meninggalkan kalam Allah dan RasulNya, bahkan jika kita berpegang dengan pendapat para ulama mazhab maka secara langsung kita telah berpegang dengan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana para ulama mazhab lebih mengetahui tentang syarat pengambilan hukum dan sebagainya berbanding kita.
TOHMAHAN KEDUA
Kami melihat seseorang yang bertaqlid kepada seorang imam tersebut tidak akan meninggalkan mazhabnya walaupun dia menjumpai sebuah hadis yang bercanggah dengan pendapat imam tersebut. Ini seolah-olah mendahului pendapat imam lebih daripada Allah dan RasulNya.
JAWAPAN
Al-Imam Kairanawi rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya فو ائد في علوم الفقه :
“Pendapat sebegini keluar berdasarkan sangkaan yang salah dan pegangan yang batil iaitu mengatakan bahawa pendapat imam didahulukan berbanding kalam Allah dan RasulNya.
Bilamana kita melihat berlakunya perbezaan di antara zahir kalam Allah dan RasulNya dengan pendapat Ulama Mazhab , dua perkara pokok yang penting perlu diperhatikan:
Pertama: Kita mengetahui tentang maksud sebenar kalam Allah dan RasulNya.
Kedua: Kita mengetahui bahawa Kalam Allah dan RasulNya bertentang dengan pendapat Imam Mazhab.
Jika kita memerhatikan kedua-dua perkara di atas dengan teliti maka kita menyedari bahawa kedua-dua perkara tersebut tidak terdapat pada seorang Muqallid(orang yang mengikut mazhab dan tidak sampai kepada tahap mujtahid).
Ini kerana ilmu sebegini memerlukan kepada pencarian dalil. Muqallid hakikatnya tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Jika hakikatnya sedemikian, bagaimana mungkin seorang muqallid tersebut boleh menghukumkan bahawa Imamnya telah menyalahi hukum yang diletakkan Allah dan RasulNya?.
Kesimpulannya seorang muqallid tersebut tidak meninggalkan pendapat imamnya yang bersalahan dengan zahir Hadis dan sebagainya bukanlah kerana dia (muqallid) mengatakan bahawa pendapat Imam tersebut lebih benar daripada Kalam Allah dan RasulNya kerana dia sendiri tidak pasti adakah benar-benar Imam tersebut menyalahi Allah dan RasulNya.
TOHMAHAN KETIGA
Mengikut pendapat para ulama mazhab sendiri sebenarnya telah menyalahi apa yang ditunjukkan oleh mereka(Imam-imam mazhab).
Mereka sendiri melarang mengikut pendapat mereka.
Lebih-lebih lagi jika pendapat mereka bersalahan dengan hadis sahih.Jelas di sebut oleh para ulama Mazhab: إذا صح الحديث فهو مذهبي maksudnya: (Jika sah sesebuah hadis tersebut maka itulah mazhabku)
JAWAPAN
Dakwaan yang mengatakan bahawa para ulama mazhab melarang untuk mengikut mazhab adalah satu dakwaan yang ternyata salah dan sesat. Tiada seorang ulama mazhab pun mengatakan sedemikian. Kalau mereka benar-benar mengatakan demikian, maka mengikut kepada pendapat Para Imam (supaya tidak bertaqlid dengan mereka) juga hakikatnya adalah taqlid itu sendiri( dalam keadaan tidak sedar).
Kamu mengatakan tidak boleh mengikut pendapat Imam Mazhab,tiba-tiba kamu mengikut juga salah satu pendapat mereka (iaitu supaya tidak bertaqlid) maka hakikatnya kamu juga bertaqlid.Bagaimana boleh dilarang taqlid sedangkan kamu sendiri bertaqlid dalam keadaan kamu tidak sedar?
Ini jelas berlaku pertentangan di dalam pendapat kamu sendiri.(Sekejap mengatakan tidak boleh taqlid kemudian dalam masa yang sama kamu juga bertaqlid dengan pendapat Imam tersebut).
KESIMPULAN
1. Amalan bermazhab adalah keperluan dan tidak boleh diganggu gugat dengan aliran tidak bermazhab kerana ianya akan menimbulkan byk masalah.Mengatakan ijtihad itu wajib dan taqlid itu haram. Masyarakat yang harmoni pada suatu ketika dahulu menjadi riuh rendah dan kacau-bilau pada hari ini dengan isu-isu mereka yang celaru.
2. Bermazhab adalah harus bahkan wajib bagi orang awam atau umat islam mengikuti salah satu empat mazhab yang muktabar iaitu Mazhab Syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hambali.
3. Jangan pula menganggap bahawa bila seseorang mengikut salah satu daripada empat mazhab tadi, maka dia tidak mengikut Al Quran dan Hadis. Kerana keempat-empat Imam Mazhab tersebut telah pun mengikut Al Quran dan Hadis. Mereka mengistinbatkan hukum atau mengeluarkan hukum daripada Al Quran dan Hadis. Ini memberi erti mereka mengikut Al Quran dan Hadis.
4.Perawi-perawi Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tarmizi dan lain-lain lagi, walaupun mereka mengumpulkan dan menilai Hadis tetapi dari segi kefahaman atau dalam mengeluarkan hukum, mereka juga bersandar dengan Imam-Imam Mazhab.Umpamanya Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Tarmizi adalah bermazhab Syafi’i.
5. Sudah menjadi Sunnatullah, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai daripada orang alim. Dalam keadaan ini, apakah patut dipaksa semua orang awam mengkaji dan menggali sendiri Al Quran dan Hadis? Minta mereka berijtihad sendiri tanpa bersandar dengan mana-mana ulama mujtahidin.
Sampai bila pun mereka tidak akan dapat beramal dengan ajaran Islam. Tidak mungkin orang awam seperti kita hendak diajak berijtihad sedangkan ulama yang ada sekarang pun tidak boleh berijtihad.
6. Rasulullah SAW ada bersabda:
Berselisih faham di kalangan umatku itu adalah rahmat. (Riwayat Al Baihaqi)
Hadis ini membuktikan bermazhab itu dibenarkan. Ertinya timbulnya mazhab itu oleh kerana adanya ulama-ulama yang mampu berijtihad. Maka terjadilah berlainan pendapat. Berselisih faham di sini adalah berselisih faham tentang furu’iyah (soal-soal feqah) bukan usuliyah (soal aqidah atau dasar).
Berselisih faham dalam soal hukum-hukum furu’iyah hingga menimbulkan bermacam-macam aliran mazhab feqah adalah mendatangkan rahmat. Orang awam macam kita ini boleh mengikut sesiapa saja yang kita sukai, di mana kita rasa sesuai. Maknanya, ada alternatif untuk orang awam.
7. Kalaulah kita hendak menyuruh semua manusia ini sama ada yang alimnya mahupun yang awamnya supaya tidak bermazhab iaitu setiap orang diminta berijtihad mengeluarkan hukum-hukum daripada Al Quran dan Hadis, jangan bersandar dengan mana-mana imam, maka pasti ramai yang sesat.Oleh itu lebih selamat kita mengikut mana-mana mazhab yang muktabar itu.
8. Orang-orang yang mengajak untuk tidak bermazhab ini adalah ulama-ulama mutaakhirin.Bermula daripada Ibnu Taimiyah yang hidup lebih kurang 700 tahun yang lalu. Dia bukan ulama yang berada sekitar 300 tahun selepas Rasulullah SAW. Kemudian fahamannya disambung oleh muridnya yang bemama Ibnu Qayyim, Al Jauzi hinggalah ulama di kurun kedua puluh ini seperti Muhamad Abduh, Jamaluddin Al Afghani, Rashid Redha,dll lagi.
Mereka ini hidup di luar daripada lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah SAW
Sedangkan ulama-ulama mazhab yang disebutkan tadi, hidup dalam lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah. Ertinya mereka dari kalangan salafussoleh. Ulama yang mengajak “jangan bermazhab” ini ialah ulama Mutaakhirin. Fahaman mereka menjadi bertambah popular terutamanya apabila munculnya gerakan Muhammad Abdul Wahab
9. Walaupun ada orang yang menganjurkan tidak perlu ikut mazhab, cukup hanya ikut Al Quran dan Hadis sahaja, tetapi pada hakikatnya semua orang bermazhab, sama ada dia mengaku atau tidak. Kerana golongan yang tidak mahu bermazhab itu bukan semuanya ulama. Maka mereka terpaksa bersandar dengan mana-mana ulama yang juga menolak mazhab. Maka ulama tempat mereka bersandar itulah sebenarnya imam mazhab mereka.
10. Berpegang dengan nas yang maksum yang diwahyukan dari Allah Taala tetapi kefahaman anda terhadap nas tersebut bukanlah wahyu apatah lagi maksum, kalian hanya berpendapat berdasarkan zahir nas sahaja.
Mendakwa boleh berijtihad oleh seseorang yang tidak berkelayakkan merupakan seburuk-buruk perkara dan kerosakkan yang paling merbahaya mengancam syariat Islam pada masa kini.
Say No To Wahhabi.

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

HATI KITA TAK NAMPAK الله?

Yunan A Samad

Bila الله sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله.
Bila الله berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak الله.
Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .
Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Untuk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.
Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat الله dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari الله hidup untuk الله dan balik kepada الله.

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Adakah 4 Mazhab itu Menyusahkan?

Yunan A Samad

Telah hadir seorang hamba Allah kepada Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi dan berkata ia, “Banyak pendapat ulama ni, menyusahkan dih..banyak mazhab ni, menyusahkan dih..”

Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi menjawab, “Kenapa kamu tak salahkan Allah (Subhanahu wata’ala) terus? atau pun tak salahkan Rasulullah (Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) terus?”

Terkejut dia mendengar jawapan Tuan Guru itu, dan berkata, “Mengapa Tuan kata begitu?”

Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi menjawab, “Para Imam Mazhab, para ulama ni bukan suka-suka nak berbeza pendapat, tetapi mereka hanya menyatakan sesuatu hukum yg di perintah oleh Allah Subhanahu wata’ala daripada ayat al-Quran.
ada ayat al-Quran itu, Allah Subhanahu wata’ala datangi ia dengan kalimah bahasa Arab yang apabila di terjemahkan keluar lebih daripada satu makna, seperti ;
firman Allah Subhanahu waTa’ala :
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوَءٍ
“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (iaitu dalam iddah) selama tiga qurru.”

Daripada kalimah ثَلاَثَةَ قُرُوَءٍ ini, Imam Syafie dan Imam Hanafi telah berbeza dalam menafsirkannya, Imam Syafie menafsirkannya dengan makna “3 kali suci”, manakala Imam Hanafi menafsirkanya dengan makna “3 kali haid”..

Apabila di tafsirkanya berbeza, maka hukumnya berbeza..
3 kali suci maknanya ;
haid datang : tak kira,
suci dari haid : 1 qurru,
haid datang : tak kira,
suci dari haid : 2 qurru,
haid datang : tak kira,
suci dari haid : 3 qurru,

Ini pendapat Imam Syafie dalam menafsirkan ia dengan makna 3 kali suci, barulah seseorang wanita itu habis iddahnya..
Ada pun Imam Hanafi pula ;
haid datang : 1 qurru,
suci dari haid : tak kira,
haid datang : 2 qurru,
suci dari haid : tak kira,
haid datang : 3 qurru.
Apabila makna ini berbeza bagi Imam Syafie dan Imam Hanafi, maka daripada makna berbeza ini keluar daripadanya 8 hukum hanya berkisah tentang ini sahaja..
Maka kamu nak salah kat siapa sekarang ini? Kamu nak salahkan Imam Syafie dan Imam Hanafi yang menafsir berbeza ke? kenapa tak salahkan Allah yang datangkan ayat al-Quran dengan kalimah bahasa Arab yang memberi makna lebih daripada satu? Kalau Allah datangkan ayat al-Quran dengan maknanya satu sahaja, jelas maknanya, maka tak berbezalah pendapat banyak ni, jadi kenapa tak salahkan Allah??”
Terdiam pucat lelaki itu..
Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi menyambung, “Kamu salahkan para Imam Mazhab kerana banyak pendapat tentang sesuatu hukum, kamu katakan mereka menyusahkan, kenapa kamu tak salahkan juga Rasulullah (Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasahbihi wasallam)?
Ada perbuatan yang Rasulullah buat, tetapi kemudian Rasulullah larang..ada perbuatan yang Rasulullah larang, tetapi kemudian Rasulullah buat..ada perbuatan yang para sahabat buat dan Rasulullah tak pernah lakukannya, tetapi Rasulullah tak larang dan tak suruh..dan lain-lain lagi..
Jadi daripada perbuatan Rasulullah (Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) dan para sahabat ini, maka para Imam Mazhab, para ulama yang ada ilmunya, mereka berbeza pendapat di dalam memahaminya dan menyatakan sesuatu hukum tentangnya..
Lalu kamu nak salah kat siapa sekarang ni? kat Imam Mazhab? kat ulama?
Kenapa tak salahkan Rasulullah (Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) yang buat perbuatan berbeza beza? Kenapa Rasulullah (Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) tak buat satu perbuatan sahaja untuk sesuatu ibadat? kan senang, tetapi kenapa Rasulullah (Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasahbihi wasallam) buat begitu? kenapa tak salahkan baginda Nabi?”
Bertambah terdiam pucat lelaki itu..
Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi menyambung lagi, “Para Imam Mazhab, para ulama yang ahlinya ini, mereka ini sebenarnya sudah memudahkan kita. Mereka telah berusaha siang dan malam mengkaji ayat al-Quran dan hadits bagi menyatakan sesuatu hukum, menyusun sesuatu ibadat itu..untuk siapa? Untuk kita, sepatutnya kita mengucapkan terima kasih kepada mereka..tetapi kita pula marah kepada mereka, kita pula salahkan mereka..”
Terdiam seketika lelaki itu, dan berkata, “ya, saya salah dalam hal ini..”
Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi berkata lagi, “Sepatutnya kamu tak boleh cakap macam tu, kamu tak faham pendapat ulama berbeza itu kerana kamu tak berusaha belajar tentangnya, kalau kamu belajar tentangnya, baru lah kamu faham betapa adanya pendapat mereka ini memudahkan kehidupan kita, perbezaan pendapat itu nampak zahirnya seperti rumit dan menyusahkan, tetapi jika kita mempelajarinya dengan betul betul, kita akan dapati perbezaan pendapat itu lagi memudahkan kita, ada gunanya dan ada hikmahnya..”
wallahua’lam..
catitan daripada Daurah hadits Kitab Sunan Tirmidzi bersama Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi di Pondok Ledang, Bandar Baru Uda, Johor Bahru semalam (6 September 2014)..

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

 MENGAPA KITA BERMAZHAB?

Kiriman: Yunan A Samad

Oleh: Ustadz Novel Bin Muhammad Alaydrus,
Pengasuh Majelis Ilmu Dan Dzikir AR-RAUDHAH, Solo
Soalan:
Kenapa kebanyakan umat Islam bermadzhab Syafie, Maliki, Hanafi atau Hambali, bukankah yang benar adalah yang mengikuti al Quran dan Sunnah (Hadith)? Kenapa tidak kembali kepada AlQur’an dan Sunnah saja?
Jawaban :
Satu pertanyaan yang menarik, mengapa kita harus bermadzhab? Mengapa kita tidak terus kembali kepada al Quran dan Sunnah saja?

Ayat “Mengapa kita tidak kembali kepada AlQur’an dan Sunnah saja?” Seakan-akan menghakimi bahwa orang yang bermadzhab itu tidak kembali kepada al Quran dan Sunnah.

Penggunaan ayat “Mengapa kita tidak kembali kepada al Quran dan Sunnah saja” itu telah menyebabkan sebahagian orang memandang rendah dan remeh terhadap ijtihad dan keilmuan para ulama, terutama ulama terdahulu yang sangat terkenal kesalehan dan keluasan ilmunya.

Dengan menggunakan soalan “Mengapa kita tidak kembali kepada AlQur’an dan Sunnah saja?” menunjukkan sekelompok orang sebenarnya sedang berusaha mengajak orang ramai, pendengar dan pembaca tulisannya untuk mengikuti cara dia berfikir, metodenya dalam memahami al Quran dan Sunnah serta menganggap bahwa dirinyalah yang paling alim dan benar, karena dia telah berpegang kepada AlQur’an dan Sunnah, bukan fatwa atau pendapat para ulama. Hal semacam ini tentunya sangat berbahaya.

Sebenarnya sungguh aneh jika seseorang menyatakan agar kita tidak bermadzhab dan seharusnya kembali kepada al Quran dan Sunnah. Mengapa aneh? Cuba kita perhatikan. Apakah dengan mengikuti mana-mana madzhab bererti kita tidak mengikuti al Quran dan Sunnah? 

Madzhab mana yang tidak kembali kepada AlQur’an dan Sunnah? Justru para ulama yg mengemukakan madzhab tersebut adalah orang-orang yang sangat faham tentang al Quran dan Sunnah. Kita cabar dan sila jawab, hasil ijtihad yang mana dalam suatu madzhab, yang tidak kembali kepada al Qura dan Al Hadith?

Ternyata semua hasil ijtihad keempat madzhab yang terkemuka di dalam Islam semuanya bersumber kepada al Quran dan Hadith. Ertinya dengan bermadzhab kita sebenarnya sedang kembali kepada al Qur’an dan Hadith dengan cara yang benar, iaitu mengikuti ulama yang terkenal keluasan ilmu dan kesalehannya.

Akhir-akhir ini memang muncul sekelompok orang yang sangat fanatik dengan golongannya dan secara terancang berusaha mengajak umat Islam meninggalkan madzhab. Mereka seringkali berkata, “Kembalilah kepada al Quran dan Sunnah”.

Ajakan ini sepintas lalu nampak seperti benar, akan tetapi mempunyai racun yg sangat berbisa kerana secara tidak langsung mereka menggunakan ayat (propaganda) di atas untuk menjauhkan umat Islam dari meyakini pendapat para ulama muktabar yg terdahulu. Dalam masa yg sama mereka sedang memaksa agar kita semua hanya mengikuti pendapat guru mereka sahaja.

Kemudian perhatikan dengan lebih cermat lagi, apakah mereka yang menyatakan kembali kepada al Qur’an dan Sunnah itu adalah benar-benar kembali kepada al Quran dan Sunnah? Sudah tentu tidak samasekali kerana mereka tidak lebih dari menyampaikan pendapat guru-guru mereka sahaja. Pendeknya, mereka sendiri sedang membuat madzhab baru sesuai dengan pendapat guru-guru mereka yg masih hingusan.

Cuba bayangkan, andai saja setiap orang kembali kepada al Quran dan Sunnah secara langsung, tanpa bertanya kepada ulamak muktabar yg pakar dibidangnya, apa yang akan terjadi? Yang terjadi adalah setiap orang akan bebas menafsirkan al Quran dan Sunnah menurut akalnya sendiri dan cara fikirnya sendiri. Ini sangatlah berbahaya. Mereka seperti berjalan dalam kegelapan malam tanpa cahaya.

Oleh karena itu, kita wajar sekali bermadzhab, agar kita tidak salah memahami al Quran dan Sunnah. Kita sedar, tingkat keilmuan para ilmuan yang ada di masa ini tidaklah dapat menyamai tahap keilmuan dengan para ulama terdahulu, begitu juga dengan tingkat ibadah dan kesalehan mereka. 

Jadi, siapakah ulamak yg menjadi pilihan anda?

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

​HUKUM MEMBINA KEPOK KUBUR

Mufti Wilayah Persekutuan

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 350 (4 OGOS 2016 M / 1 ZULKAEDAH 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum ustaz,sy ada pertanyaan berkenaan bolehkah didirikan binaan seperti kepok dikubur seseorang macam yang banyak berlaku dikubur2 org islam dimalaysia sekarang?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Perkara ini khilaf dalam kalangan ulama. Tujuan asasnya adalah supaya tanah tidak rebeh, bagi membezakan antara tanah kubur dan bukan, agar tidak dipijak dan menjadi jalan. Jika binaannya rendah dan tidak menunjukkan kepada pembaziran, tetapi sekadar membuat orang mengenali kubur tertentu di samping menjaga kebersihannya, maka kami cenderung hukumnya ialah harus.
Wallahua’lam.
Pautan ke laman rasmi PMWP : http://goo.gl/Bi85Eq

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

 Islam akan kuat semula di Turki

Kata Ibnu Arabi, Islam akan kuat semula di Turki selepas diperintah tujuh Firaun…Mustafa Kamal Ataturk dikatakannya sebagai firaun pertama dan firaun ke tujuh Kenan Evren. Semasa Torgut Ozel jadi Presiden Turki yang ke lapan, dakwah Islam mula bergerak bebas di Turki.
Syeikh Muhammad Abdullah as Suhaimi pengasas Aurad Muhammadiah berkata, “Turki kecil akan membantu Turki besar.” Bantuan itu pastinya bukan bantuan senjata kerana senjata Turki lebih moden dan canggih. Pasti bukan juga bantuan perang, kerana rakyat Turki lebih mahir berperang.

Jadinya apa bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh Turki kecil kepada Turki besar?

Semasa Abuya Ustaz Ashaari berada di luar negara telah pergi ke Turki sebanyak sepuluh kali. Setiap kali pergi mengambil masa selama tiga minggu. Hingga seluruh Turki telah dijejakinya. 

Abuya pergi ke Turki bukan untuk melancong, suka-suka atau beli belah tetapi untuk berdakwah. Abuya berdakwah dengan caranya yang tersendiri…

Ketika itu ada yang bertanya, kenapa Ustaz sanggup menghabiskan masa Tenaga dan harta pergi ke Turki. Jawap Abuya kerana mahu membantu Turki besar.

Semasa Abuya di Turki ada rakyat tempatan berkata mahu adakan demontrasi atau gerakan guling kerajaan kerana tidak membenarkan pelajar sekolah dan universiti memakai tudung.

Abuya kata di negara kami dulu pun macam itu juga. Pelajar dilarang memakai tudung. Kami tak adakan demontrasi tapi kami dakwah masyarakat supaya berpakaian menutup aurat. Bila dah ramai rakyat yang menutup aurat, akhirnya kerajaan terpaksa ikut kehendak rakyat dan sekarang pelajar sekolah dan Universiti sudah dibenarkan berpakaian menutup aurat.

Ada pula rakyat Turki berkata kami mahu gulingkan pemerintah sekarang kerana berfahaman sekular. Abuya kata pasukan tentera melindungi mereka maka kamu tidak akan berjaya.

Jadi apa yang patut kami lakukan?

Timbulkan kesedaran rakyat Turki supaya mengamalkan Islam. Bila sudah ramai yang mahukan Islam mereka akan pilih pemimpin yang cenderung kepada Islam. Bila tentera cuba gulingkan pemimpin yang suka pada Islam maka rakyat Turki akan bangun mempertahankannya…

Subhanallah…Apa yang dikatakan oleh Abuya Ustaz Ashaari lebih 20 tahun dulu sudah jadi kenyataan. Islam semakin berkembang di Turki. Sekarang pelajar universiti sudah boleh memakai tudung.

Baru-baru ini Pak Latip direzekikan berada di Turki apabila rakyat Turki bangkit menggagalkan percubaan tentera yang mahu merampas kuasa.
Memang tidak dinafikan Islam bangkit di Turki hasil gerakan Islam di negara Turki sendiri namun telah dibantu oleh Turki kecil dengan caranya yang tersendiri. 

Kerana itu pemimpin tareqat, ahli sufi Turki begitu menghormati Abuya Ustaz Ashaari.

Abdul Latip 

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Berdebat?

Nak berdebat? Perlukah? Apa manfaatnya selepas debat? Jika sekadar debat tetapi habis tanpa ada keputusannya, ia tidak berguna, sia-sia, dan membuang masa. Sudah banyak kali debat/dialog/ muzakarah seperti ini diadakan.
Pernah dengar dulu di zaman pemerintahan Sultan Melaka dan kerajaan Melayu silam apabila ulama mereka berdebat dengan golongan zindiq, syarat yang diletakkan oleh Sultan ialah yang kalah debat mesti bertaubat dan tinggalkan amalannya dan penyebarannya dan jika enggan maka kepalanya dipancung. Debat dulu diadakan dalam Istana raja depan para alim ulama, mufti dan pembesar negeri. Yang menganjurkannya ialah Sultan atau pemerintah, bukan perseorangan atau NGO, atau mereka yang saling cabar mencabar seperti hari ini.

Pada sekitar kurun ke-17 Masehi di Aceh dulu pun pernah berlaku debat antara Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Sheikh Saiful Rijal. Dikatakan Sheikh Nuruddin kalah berdebat dan terpaksa lari membawa diri pulang ke Gujerat, India.

Lalu hari ini kita mahu berdebat di pentas awam depan orang awam yang jahil dan tidak mengerti tentang kebenaran isu yang diperdebatkan. Mereka jauh daripada mampu menjadi hakim dan juri menentukan kebenaran tetapi sekadar menjadi penonton yang seperti kata pepatah jika menang, menang sorakan sahajalah dan jika kalah kampung tergadai. Selepas itu kesannya umat Islam semakin keliru dan semakin berpecah.

Kedua, isu apa yang nak diperdebatkan? 

Isu khilafiyyah dan furu’ masa’il yang para ulama lebih 1000 tahun dulu gagal capai kata sepakat dan mereka telah pun bersetuju untuk berbeza pendapat? Hebat sangatkah kita mampu selesaikan isu yang mereka gagal selesaikan?

Teringat sekitar awal tahun 2004 sudah pernah diadakan dialog tertutup di Ipoh berhubung isu Bidaah Hasanah. 

Almarhum Dr Aziz Hanafi memulakan bicara dengan bertanya: “ini isu usul atau isu furu’? Jika isu usul kita boleh debat sampai subuh, tetapi jika ini isu furu’ beliau mengingatkan tentang kaedah berbunyi: ” الحق في المسائل الفرعية متعدد”
“Kebenaran dalam isu furu’ itu berbilang” yang tidak akan ditemukan siapa yang benar dan siapa yang salah”.
Benar sekali, selepas sepuluh tahun berlalu hingga kini isu ini tidak tamat kerana pasti tidak akan ditemukan pemenang.

Nak debat juga? Debat isu aqidah atau usul bukan isu khilafiyyah dengan diadakan secara tertutup di depan hakimnya para mufti dan alim ulama. Yang kalah dan tersasar daripada kebenaran, perlu dihukum agar tidak lagi menyebarkan fahamannya yang bathil.

Nik Roskiman

25/09/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment