Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Isu clip Video Sajak Kematian

>KOTA BHARU, 23 Nov (Harakah) – Ketika masyarakat berdepan dengan isu gejala sosial yang semakin parah sekarang mengapa pula usaha pihak tertentu mengajak remaja menginsafkan diri cuba dihalang.

Sepatutnya usaha tersebut perlu disokong kerana ia boleh mengembalikan remaja kepada keinsafan dan dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala sosial.
Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, berkata klip video Sajak Kematian tiada sebab cuba dihalang ditayang kepada umum, kalau perkara itu boleh menimbulkan keinsafan.
“Mengapa sekarang ada orang kalut dengan Sajak Kematian yang ditayangkan kepada pelajar sedangkan perkara itu boleh mendidik mereka dan dapat mengelakkan daripada terjebak dengan gejala sosial.
“Penayangan klip video tersebut boleh memberi kesedaran kepada golongan remaja kerana ia menceritakan bagaimana keadaan orang yang melanggar suruhan agama ketika berada dalam kubur,” katanya di sini.
Baru-baru ini, Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan mahu video klip Sajak Kematian yang ditayang di sekolah disiasat kerana ia dianggap tidak sesuai bagi pelajar sekolah rendah.
Mohd Khir berkata, kalau nak gambarkan sepenuhnya alam kematian tidak boleh kerana perkara berkaitan alam ghaib hanya sekadar imaginasi sahaja.
Menurutnya, mungkin bagi mereka yang menentang penayangan klip video tersebut merasakan tercabar dengan perbuatan mereka sekarang.
“Namun penayangan kepada anak di bawah umur yang belum akil baligh memang tak sesuai sebab mereka ini tidak boleh memikirkan tentang baik dan buruk secara mendalam,” katanya.
Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Machang, Ustaz Mohammad Awang berkata, penayangan klip video tersebut wajar bagi memberi peringatan terhadap wujudnya alam barzakh.
“Rasulullah saw sendiri pernah ditanya apakah amalan yang paling baik diamalkan, lalu baginda menjawab ialah mengingati kematian merupakan yang terbaik,” ujar beliau.
Kata beliau perkembangan alat-alat teknologi wajar dimanfaatkan bagi pembikinan klip video seperti itu sebagai usaha mendidik golongan remaja yang sudah akil baligh.
“Saya berharap klip video itu tidak diharamkan penayangannya tetapi pihak yang terlibat kena memberitahu klip video tersebut hanyalah imaginasi dan bukannya gambaran sebenar alam barzakh.” katanya.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pembikinan klip video tersebut wajar ditayangkan kepada umum terutamanya ahli-ahli politik, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan banduan di penjara.
Menurut beliau setidak-tidaknya dengan ada peringatan seperti itu akan mengelakkan mereka terjebak dengan perkara mungkar.
“Bagi saya ia wajar ditayangkan namun bukan untuk golongan kanak-kanak di bawah umur,” ujarnya.
Katanya beliau Sayid Qutb dalam kitabnya ‘Tayangan Kiamat’ telah mengumpulkan ayat-ayat yang berkaitan dengan alam kubur, Padang Mashyar, nikmat-nikmat di syurga dan azab neraka dalam kitab yang ditulisnya itu.
Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Ustaz Muhammad Mustaffa berkata, alam ghaib tidak boleh digambarkan melalui pemikiran manusia.
“Tinggal lagi sejauh manakah penerimaan masyarakat umum terhadap penayangan klip video tersebut dan masyarakat patut sedar ia merupakan imaginasi pengarah klip video Sajak Kematian semata-mata, ” ujar beliau. – mj/mks. _

Advertisements

24 November 2008 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Ibu tercekik tulang

> Nota: Aku dapat nie dari forwarded e-mail, sesiapa yg menulis benda nie aku rasa dia memang kelakar…….. and not only that the message were well presented……… Nice!!!!

Aku datang dari keluarga yg besar…16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup “gaya pulang ke pangkal jalan'”…maka adalah yg tak kena sana sini…oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

“apahal duduk macam nak berlari ajer….”

“tak baik lutut tinggi pada makanan..”

” ni duduk ke nak berak nie..?”

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen…aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua’alaf: sebelum makan sunnah Nabi
adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal
nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang
piutang korang. 朒utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!

Sambung
balik, aku pun berpikir…ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @
garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku
nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke
inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu
belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke
bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat
ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30
hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

“Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

“Bismillah, barkatillah”

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:

“Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? “

Aku kata: “huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! “

Tapi
oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan
dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar
quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar
jariku dari 3 kepada 5…oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh…

Diorang tegur: “essh..pengotor betullah”

Aku kata: “Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!”(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

“Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!”-tanya diorang pada aku..

“Makan ayam sedap sampai ke kaki….makan sate sedap sampai ke lidi he he heh”-kataku.

Banyak
pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan…
aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan
bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat…bla bla bla..

Aku kata: “salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!”

Aku
menyambung: “Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila
tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun
bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa
nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan
makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. “

Tiba2
mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang
tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara
berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan
capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak
aku…

“Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer..”(kata abang aku)

Aku kata: “senang sajer…Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. “

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: “lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus… !!!”

(bayangkan
seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan
diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di
lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: “Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! “

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

Semuanya dari Allah!!!

He he he…selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

Sumber:www.lelakiperkasa.com

21 November 2008 Posted by | Renungan & Teladan | Leave a comment

SACRIFICING THE FEELING IS CONSIDERED JIHAD

 

Human beings are creatures with emotions. When we mention emotions, these are feelings that are based in the spiritual heart and are trapped in the physical heart. These emotions include love, hate, disgust, sympathy, anger, vengefulness, yearning, shame, pride, arrogance, fear, guilt and indecisiveness. Emotions are part of the natural instinct or habits of human beings, are not easy to guide, discipline or manage because there are the positive and negative. The positive have to let free, while the negative have to be reined in. Letting go of the positive is a sacrifice, as is the reining in of the negative.

Sacrificing emotions is considered a type of struggle or jihad, which is spiritual jihad. In fact it is even greater than the sacrifice of physical things such as energy, wealth and even life.

Sacrifice of the physical will not happen unless one starts with sacrificing the spiritual. It is from the spiritual that the physical can occur. If one cannot even sacrifice the spiritual, then they would definitely not be able to sacrifice the physical. Truth be told, sacrifice the physical is but implementation of spiritual sacrifice. In other words, sacrificing the physical is the result of the spiritual sacrifice, which is sacrificing emotions.

In needs to be remembered that in order to obtain Allah Taala’s acceptance (keredhaan) sacrifices have to be made. Without sacrifice, there is no acceptance. Without sacrifice, it is all but fanciful daydreams and nonsense. Without sacrifice, there would be no success in this world or the next. Sacrificing emotions is very difficult to do. It hurts a great deal and the burden of its challenge bears heavily. Here I present a few examples:

– We love our husband. We love that he would just stay at home taking care of us. Would it be easy for us to sacrifice our love so that he would be able to go out and continue on his responsibility to struggle for God, until he has to leave the home for quite some time.

– We love our husband. Would it be easy to sacrifice our love so that it may be shared with others by allowing our husband to marry another. So that our husband can share his love with others.

– We are angry with someone. Can we sacrifice our anger until we are able to forgive or ask for forgiveness from that person? Willing to forgive or ask for forgiveness means that we are able to sacrifice our ego or pride.

– We love our wealth and property. We can sacrifice our love for what we own by using it for Allah. That feeling would definitely torment us.

Sometimes we yearn to rest. We want to take it easy and just let our body rest a moment. Suddenly a guest or neighbour arrives who needs our help. Would we able to sacrifice our desire to rest by inviting our guest in respectfully or going to help out our neighbour in need? We are constantly being tested in all sorts of ways, such as being poor, as well as suffering from accidents and natural disasters. Of course our heart would be trouble, for that would be our feelings at the time. If we cannot control or sacrifice our feelings, then of course we would be overcome with worry and distress. Our thoughts will be in so much of a mess that everything else in our lives will also be duly affected. Other people will also suffer in the process. But the problem itself is not solved, but may in fact lead to the forming of other problems. But if we can sacrifice this feeling of worry, then peace will come upon us. Our thoughts will become stable. Anything else that we need to do will not be affected. Others will not suffer either. In fact, by sacrificing these feelings will gain the sympathy and kindness of others.

If we are rich or knowledgeable or of a high status and powerful, naturally the feelings that we have will flourish. We will start to feel proud and arrogant. If we are unable to sacrifice these feelings, other people will get offended. Many will be suffer. Of course there will be other side effects, such as the inciting of hatred and trouble for the community. Then maybe there are those who hold grudges and cause trouble for the person. In the end both parties are become unsafe and suffer the consequences. But if the previously mentioned rich or powerful person had been able to sacrifice those negative emotions, the side effects would be good. The people would love and respect them, and give them their hearts. So everyone would benefit, gaining love and harmony. This is the advantage of sacrificing emotions.

Due to this, sacrificing feelings is the secret of all good things. It is from sacrificing such emotions that love, patience, sympathy, protectiveness, helpfulness, togetherness, tolerance and acceptance will arise. So, the sacrifice of emotions is a form of jihad, for here the nafs have to be battled against. Fighting nafs is greater than jihad on a battlefield. Hence, the sacrifice of emotions is vital. If one is not willing to sacrifice their feelings, then they will never gain patience, let alone acceptance. If one is unable to sacrifice their emotions, they will be constantly angry and unwilling to compromise. It is this inability to sacrifice feelings that people are unable to help others, sympathise, unite and be harmonious. So, the sacrifice of feelings is extremely important in the community lives between people.

So, constantly ask Allah for His hidayah and taufik so that we are able to sacrifice our feelings, so that all that we have will be able to be sacrificed for God.

Writer: Sheikh As Shaari Muhammad
CEO Ikhwan Global Sdn bhd

18 November 2008 Posted by | Articles in English | | Leave a comment

>Tafsir Talqin bagi Yang Lupa

>

Peringatan Untuk Yang Hidup


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.

Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai fulan Bin fulan, wahai fulan Bin fulan, wahai fulan Bin fulan, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai fulan Bin fulan, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai fulan Bin fulan, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:-
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah”.

Wahai fulan Bin fulan tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai fulan Bin fulan, bahawasenya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasenya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah..

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.”Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat…”

Wallahua’lam

http://www.youtube.com/v/v2rsGJZVhmc&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&fs=1s=1
Sumber: http://cahayamukmin.blogspot.com/

18 November 2008 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>Isu VCD ke Alam Barzakh

>

Kami memang bekas anggota al-Arqam

Jimadie Shah Othman

Penerbit video ‘Sajak Kematian’ yang memuatkan aksi mayat menerima azab kubur, yang menjadi kontroversi selepas ditayangkan kepada murid sekolah rendah, mengakui syarikat itu diusahakan oleh bekas pengikut al-Arqam yang telah diharamkan.

Bagaimanapun, pegawai perhubungan awam syarikat itu Mawaddah Publication, Alifi Alias berkata: “Al-Arqam sudah mati dan berkubur”.

sajak kematian death poem alam barzakh the realm of the dead vcd 171108Beliau diminta mengulas kenyataan bekas penasihat undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed kelmarin yang dilaporkan mendakwa ‘Sajak Kematian’ diterbitkan syarikat yang diusahakan bekas pengikut kumpulan tersebut.

Kerajaan mengharamkan Al-Arqam sepuluh tahun lalu berikutan atas dakwaan kegiatan dan ajaran sesatnya menggugat ketenteraman negara.

Alifi juga menafikan dakwaan Zabidi bahawa pengeluaran VCD selama 15 minit itu, bertujuan untuk menyebarkan propaganda ajaran al-Arqam.

“Datanglah (ke tempat kami) dan lihat sendiri,” kata Alifi. Syarikat itu beroperasi di Rawang, Selangor.

Alifi tidak menganggap komen-komen negatif terhadap VCD keluararan anak syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) itu sebagai sebuah serangan.

Sebaliknya, tambah beliau, ia telah memberikan promosi percuma kepada mereka.

Ada laman web

Malaysiakini kelmarin melaporkan video ‘Sajak Kematian’ mendapat sambutan hangat, selepas sebuah syarikat televisyen swasta menyiarkan komen bantahan ibubapa terhadap penyiarannya di sekolah.

Syarikat pengeluarnya mendakwa, sejak diterbitkan pada tahun 2000, VCD tersebut diulang rakam hampir setiap tahun. Setiap ulang rakam melibatkan lebih 1,000 keping VCD.

GISB sebagai sebuah syarikat didakwa turut memfokuskan usaha memenuhi tuntututan fardu ain dan fardu kifayah umat Islam dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan alternatif.

“Banyak orang bercakap soalan ekonomi umat Islam, tetapi satu pasar mini pun mereka tidak ada,” kata Alifi.

ashaari muhammadMenurut laman web rasmi syarikat berkenaan Ikhwan Today ( http://www.ikhwantoday.com/ ), GISB diterajui Ashaari Mohamad sebagai pengerusi eksekutif.

GISB turut didakwa merangka dan melaksanakan pelbagai projek, tidak hanya tertumpu kepada aktiviti ekonomi, bahkan projek lain yang membawa keuntungan kepada umat Islam.

Projek-projek itu termasuklah program politik, tugas khas dan strategi; pentadbiran dan pelaksanaan; pendidikan dan pelajaran; dakwah dan motivasi; serta hal ehwal masyarakat dan ekonomi.

5,000 kakitangan

Selain itu, menurut lamanweb itu lagi, GISB turut memfokuskan kepada program kewangan, kebajikan, kesihatan, kebudayaan, pertanian, teknologi dan ternakan serta pelancongan.

Semua projek ini digerakkan dalam enam zon perniagaan – Utara, zon tengah, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur.

Dengan bilangan pengarah dan pengurus seramai 300 orang di pelbagai peringkat serta 5,000 pekerja, syarikat ini mempunyai 700 premis perniagaan di semua bidang yang disenaraikan tersebut.

Mawaddah Publication merupakan salah sebuah daripada syarikat berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa klip video ‘Sajak Kematian’ itu telah ditayangkan di sekolah, yang antara lain, memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.

Tayangan klip video tersebut di sekolah telah menimbulkan bantahan beberapa pihak termasuk ibubapa dan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Kementerian Pelajaran juga dilaporkan akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video itu di sekolah-sekolah.

18 November 2008 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>

MEMINDAHKAN KONSEP RKH & RSK KE KAWASAN BANDAR (LEMBAH KELANG)

Hasil dari maklum balas netters terhadap Konsep Pendidikan yang diketengahkan oleh Rumah Kasih Rarmoni (RKH)dan Rumah Siraman Kasih (RSK) pihak kami bercadang untuk memindahkan konsep ini ke kawasan bandar, dan kawasan yang dipilih ialah kawasan Lembah Kelang. Maklumat untuk usaha ini telah dan sedang pihak kami kumpulkan agar usaha amal ini dapat berjalan dengan lancar.

Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:

1. Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.

2. Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.

3. Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.

4. Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar, daripada terbiar elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas. Ada saham untuk pemilik rumah berkenaan.

5. Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi menzirahi rumah-rumah amal yang terpencil. Usaha ini memudahkan golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.

6. Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang

Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang dalam berbagai cara:

1. MEMBIAYAI:

A. Sewaan bulanan bangunan

B. Bil-bil utiliti

C. keperluan dapor

D. Belanja persekolahan pelajar

2. MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):

A. Katil dan tilam untuk asrama

B. Keperluan dapur asrama

C. Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik

D. Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen

E. Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah

3. BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:

Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar, berumur di antara 5 hingga 12 tahun.

4. MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:

A. Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama

B. Pengendali laman web

C. Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana

D. Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD

5. DOA MENDOAKAN

Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana persekolahan sesi 2008 akan berakhir tidak lama lagi, dimana anak-anak di Tadika (RKH) yang ada sekarang akan mendaftarkan diri ke Sekolah Kebangsaan pada sesi 2009 dan anak-anak di asrama Sekolah Rendah (RSK) akan membuat persiapan untuk kemasukan musim persekolah baru.

Sekiranya ada apa-apa cadangan dan sumbangan sila hubungi :

Puan Mazlina : 019-3133430

Ustaz Zahari : 013-3303430

Lamanweb: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.

Yang berusaha,

ROHANA BT. ALI

Emal: pengurus@ummuain.com

Penasihat RKH & RSK

Lamanweb: www.ummuain.com/rumahamal.htm

P/S:

1) JANGAN BUANG, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok, pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut menjelang KEMPEN MARI KESEKOLAH nanti !!!

2) Ingin dapatkan kuliah siri MiNDA:

“BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR”

Silalayari: http://www.rumahamal.org/Syukur_Sabar.htm

13 November 2008 Posted by | Bantuan dan Amal Jariah | Leave a comment

>Tokoh tokoh fahaman Wahabiyah

>Kenyataan dipetik daripada Tulisan Ustaz Zamihan Mat Zain, Penolong Pengarah JAKIM dalam kertas kerja beliau, Hakikat Sebenar Fahaman Al-Wahhabiyah.
TOKOH –TOKOH Wahhabiyyah terdahulu tidaklah ramai jika dibandingkan dengan ulamak-ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Di sini perlu didedahkan tokoh-tokoh yang menyebarkan fahaman wahabiyyah di Timur Tengah.
Antaranya ialah:
1 Ibn al-Alusi (1202-1317).
2 Abdul al-Rahman al-Mua’llimiy (1313-1386).
3 Al-Qanuji : Sidq Hassan al-Khan.
4 Hamad bin Nasr bin Uthman al-Najdi.
5 Ahmad Ibrahim al-Najdi.
6 Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi.
7 Muhammad Khalil Harras al-Masri.
8 Abdul Razzaq Afifi Ahmad Syakir al-Masri.
9 Nasr al-Din al-Banni.
10 Zuhair Syawisy.
11 Muhammad Nasib al-Rida’i.
12 Mahmud Mahdi Istanbuli.
13 Hamud al-Tuwaijri.
14 Ibnu Baz(Abdullah bin Baz).
15 Hamad al-Ansari.
16 Abu Bakar al-Jaza’iri.
17 Soleh Uthaimin.
18 Soleh Fauzan.
19 Abdullah bin Sa’di al-Ghamidiy.
20 Muhammad Jamil Zainu.
21 Umar Sulaiman Asyqar.
22 Furaih bin Soleh al-Bahlul.
23 Salim al-Hilali.
24 Marwan al-Qaisi.
25 Abdul Qader al-Arnawuth.

Manakala nama-nama berikut merupakan individu yang meneladani methodology fahaman al-Wahabiyyah di Malaysia.
Antaranya :
1- Abdullah Yasin
2- Mohamad Asri Zainul Abidin
3- Azwira Abdul Aziz
4- Hafiz Firdaus Abdullah
5- Juanda Haji Jaya
6- Ismail Omar
7- Hussien Yee
8- Abdul Wahab Bustami
9- Rasul Dahri (Singapore)
10- Abdul Rahman Mohamed (Singapura)
11- Sebahagian besar Ustaz di persatuan al-Nidaa’
12- Sebahagian besar Ustaz di al-ahkam.net
13- Sebahagian besar anggota Muslim Professional Forum (MPF) dll
14- Mereka yang menggunakan methodology Akidah Ibn Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahab dan Al-Banni (Nasr al-Din al-Banni)

12 November 2008 Posted by | Informasi | Leave a comment

>Mari Kita Bercerita tentang Nabi Kita

>

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Yaitu Rasulullah SAW,
penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,Bertambah ingat lagi,

Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,

Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,

Tawakalnya luarbiasa,

Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,

Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Yaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,

Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lewat dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,

Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,

Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang dapat menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,

Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,

Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,

Kalau dia marah dengan orang,

disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,

Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,

Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,

Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,

Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,

Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,

Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,

Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lewat, tidak diizinkan perempuan dihadapannya,

Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,

Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ini siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,

Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,

Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,

Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,

Dia tidak akan makan sebelum lapar,

Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,

Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Yaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,

Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,

Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,

Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,

Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,

Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,

Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat nadinya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,

Dia bercakap pendek sahaja,

Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,

Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,

Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,

Kita sambung lagi cerita nabi kita,

Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,

Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,

Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya,

Rasulullah mudah menangis
Kerana takutkan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,

Akhlaknya sungguh agung,Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,

Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,

Dia berpakaian jubah dan serban,

Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,

Makanan yang dia suka, susu dan kurma,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,

Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,

Mukjizat banyak berlaku ditangannya,

Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,

Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat manusia,

Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,

Sekianlah adanya.



7 November 2008 Posted by | Madah dan Sajak | Leave a comment

>Anak Nakal Anak Hiper

>

Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya..
Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.

Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.
Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak. Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia. Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.

Sumber: Shuib Sulaiman http://www.eratimur.com/

5 November 2008 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>BERKATA BAIK ATAU DIAM

>


Hadis Terjemahaannya :

“Rasulullah SAW telah bersabda, barang siapa percaya dengan Allah dan dengan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap baik atau diam.”

Kita manusia ini disuruh oleh Tuhan hidup mengikut pengakuan kita dalam sembahyang yaitu Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi robbil ‘alamin. Kita hidup ini macam manapun aktif, cergas, progresif hanya dalam 3 kategori saja, tak boleh berbuat lebih dari itu.

1. Perbuatan atau amalan atau usaha. Itu yang banyak, samada orang Islam atau bukan Islam. Di sudut politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, dsbnya, semuanya bersifat perbuatan atau amalan.

2. Bercakap, kalau kita tidak berbuat maka kita bercakap. Kalau tidak bercakap, maka kita :

3. Diam.

Adakah orang membuat diluar 3 ini? Hidup manusia ini 3 kategori saja. Kalau tidak bercakap, diam atau berusaha, bertindak, beramal.

Tiga kategori hidup ini, dia pergi kepada 3 kategori nilaian Tuhan. Tuhan nilai pun kepada 3 kategori juga, pahala, dosa, tak pahala tak dosa (mubah/harus).

Dia bertindak, bercakap atau diam samada pahala, dosa atau masuk kawasan harus. Ada orang Islam berfikir, aku nak jaga jangan pergi ke dosa, buat yang harus tak mengapa.

Walaupun kita buat benda yang harus, samada bercakap, diam atau bertindak, Tuhan kira juga. Tuhan hisab. Bila dihisab tak berdosa. Nampaknya macam mudah. Benda yang tak berdosa tapi menyusahkan. Macam membawa barang banyak pergi luar negara. Walaupun bukan barang larangan, tapi bila sampai dekat border, diperiksa 4 jam. Tak kena tangkap, tak kena jail, tapi diperiksa 4-5 jam. Menyusahkan. Begitulah kalau kita buat perkara harus, ianya tak berdosa, tapi kena hisab banyak. satu hari kena hisab di sana, 1,000 tahun di sini. Tak masuk Neraka, tapi 1,000 tahun tersiksa.

Kalau tindakan, kita mudah faham. Saya akan fokus pada Hadis tadi. Barang siapa yang percaya dengan Allah dan hari Akhirat hendaklah bercakap baik atau diam.

Maksudnya kalau kita bercakap atau diam, niatkanlah kerana Allah. Ada hubung kait dengan Tuhan. Kerana Tuhan, untuk mencari keredhoan Tuhan, selaras dengan kehendak Tuhan. Yang ke-2 selaras dengan nilai Akhirat. Bila selaras dengan kehendak Tuhan, tentu ada nilai Akhirat, Syurga. Jadi kalau kita bercakap mesti ada hubung kait dengan keredhaan Tuhan, mesti sesuai dengan nilai Akhirat. Jangan kita buat nilai dunia sebab kalaupun tak jatuh harus, dia jatuh dosa.

Begitu juga diam, biarlah diam kita itu kerana Tuhan atau ada nilai Akhirat dengan kata-kata lain berpahala. Macam mana bercakap yang ada nilai Akhirat dan bagaimana diam yang sesuai dengan kehendak Tuhan dan ada nilai Akhirat?

Kata Rasulullah SAW kalau boleh cakap baik, cakap kerana Allah. Kalau tak boleh, kita diam, tapi diam kerana Allah.

Macam mana cakap yang baik itu?

1. Kita memperkatakan ilmu. Ini cakap baik. Kita kuliahkan ilmu, kita membincangkan ilmu.

2. Berdakwah mengenalkan Tuhan, mengenalkan syariat Tuhan, mengenalkan akhlak yang disukai Tuhan.

3. Kita bermesyuarat, berbincang, misalnya bagaimana Tuhan sampai dibesarkan orang. Macam mana nak suburkan syariat, macam mana supaya manusia berakhlak seperti yang Tuhan mau.

4. Menasehatkan orang dengan bermacam-macam bentuk nasehat, supaya orang ikut Tuhan, berakhlak ikut Tuhan, hidup yang betul, berekonomi yang betul.

5. Bercakap dengan tujuan hendak mendamaikan 2 orang atau 2 puak yang sedang begaduh, yang sedang berkrisis, yang sedang berbalah. Begitu juga kalau kita terpaksa berbahas, berbincang, hendaklah dengan kata-kata yang baik, jangan maki hamun, jangan kasar

Kalau kita tak boleh cakap baik, nak mengajar tak pandai, nak berdakwah tak pandai, nak mesyuarat orang tak panggil, nak nasehatkan orang tak berani, kita orang biasa, lebih baik diam.

Macam mana diam kerana Tuhan, diam yang bernilai Akhirat?

Diam itu biarlah berisi,
diam ubi, jangan diam tin kosong. Ubi diam saja tapi berisi. Mungkin diam lebih banyak dari pada bercakap, kalau ada ilmu kalau faham.

1. Diam ingat dosa. Dalam diam kita kenang dosa-dosa sejak baligh sampai sekarang, kita hitung dosa-dosa kita.

2. Diam berfikir, apa lagi kebaikan-kebaikan yang aku nak buat.

3. Diam berzikir,
bukan membaca zikir tapi ingat Tuhan, takut Tuhan, rasa bertuhan, rasa hina dengan Tuhan, rasa keagungan Tuhan, ingat kebesaran Tuhan, rasa kehebatan Tuhan, cintakan Tuhan.

4. Termasuk diam memikirkan ilmu. Bila dia berfikir keluar ilmu.

5. Termasuk diam menulis perkara yang disukai Tuhan dan bernilai Akhirat. Diam yang ada hubungan dengan Allah dan ada hubungan dengan Akhirat.

Kita yang sedar ni agak takut dengan Tuhan, banyak diam terutama waktu nak tidur, tapi masuk kawasan harus, rugilah. Kalau 3 jam kita gelisah tak dapat tidur, ia tak dosa. Berfikir tidak, bertindak tidak, tapi kena hisab. Tak masuk Neraka tapi hisab satu hari di sana macam 1,000 tahun di sini. Kalau kena tahan satu minggu? Sudah kena azab.

Rasulullah SAW pesan kalau kita pandai cakap, cakaplah, bagi ilmu, mengajar, ada nilai Akhirat. Kalau kita cakap tak pandai, lebih baik diam untuk berfikir atau berzikir. Orang yang tak takut Tuhan, tak kenal Tuhan, kemudian dia nak buat secara zahir tak boleh, sebab dia orang biasa, duit tak ada, kemampuan tak ada, bila dia nak tidur, macam-macam datang. Sebenarnya walau nampak baik, dia bukan baik. Dia sedang menempah Neraka. Dia buat nilai Neraka. Janganlah diam kita itu menipu diri kita. Kita sangka kita tak jahat tapi kita fikir benda jahat. Jahatlah kita.

Petikan Kuliah Imam As Saari Muhammad

2 November 2008 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya

 

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Keterangan/Hujah:

  1. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
  2. Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
  3. Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
  4. Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
  5. Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
  6. PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

1 November 2008 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: