Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Huru haranya MATI

>Salam sidang pembaca sekalian.

Satu perkara yang pasti  kita akan hadapi tetapi kita tidak berapa pedulikan ialah MATI.Semua orang dulu dulu, Nabi, Rasul, raja, presiden, menteri, profesor,orang miskin, orang kaya sudah merasai mati.Tetapi mereka tidak berpeluang kembali untuk menceritakan kepada kita pengalaman mereka.Giliran kita bila pulak? Dan apakah persediaan yang patut kita lakukan?

Al Quran dan Hadis banyak sekali menceritakan tentang MATI dan kebangkitan dari MATI dengan sejelas jelasnya.

  1. “Apakah manusia menyangka, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa dipertanggungjawabkan dan di hidupkan kembaliuntuk menerima balasan)? Bukankah dia berasal dari air mani yang di pancarkan (kedalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis (sepasang): lelaki dan perempuan.Adakah (Tuhan Yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang mati? (Tentulah berkuasa)! (Surah Al Qiyamah Ayat 36-40)
  2. ” Tidak kah dia mengetahui, apabila di bangkitkan apa yang ada di dalam kubur.Dan didedahkan segala yang terpendam di dalam dada? Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikan Nya kepada) mereka pada hari itu. (Surah Al’Adiyat Ayat 9-11).
  3. “Mereka (yang ingkar) berkata,”Apakah benar kita dikembalikan hidup saperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah kita (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang hancur? Mereka berkata lagi, “Kalau berlaku yang demikian, sudah tentu kembalinya kita itu satu perkara yang merugikan!”. (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanya lah dengan satu tiupan (dari sangkakala yang kedua) sahaja.Maka dengan serta merta mereka berada hidup di muka bumi.(Surah Al Nazi’at Ayat 10-14)
  4. Pada masa Jibril dan malaikat malaikat yang lain berdiri bersaf saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata kata melainkan sesiapa yang diizinkan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta dia berkata benar. Itulah hari yang pasti akan berlaku, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, nescaya dia mengambil jalan kembali kepada Tuhannya. Sesungguhnya Kami telah memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa tibanya), iaitu hari seseorang akan melihat apa yang telah diusahakan nya dan orang yang kafir akan berkata, “Alangkah baiknya kalau aku dahulu adalah tanah.” (surah Al Naba’ Ayat 38-40)
  5. Maka apabila malapetaka yang sangat dasyat (Hari kiamat) telah datang.Iaitu pada hari ketika manusia akan mengingati apa yang telah dikerjakan; Dan nerak di perlihatkan kepada sesiapa yang dapat melihatnya.Adapun orang yang melampaui batas.Dan dia lebih mengutamakan kehidupan dunia semat mata.Maka sesungguhnya neraklah tempat kediaman nya.Dan apapun orang yang takutkan kebesaran Tuhannya dan dia menahan dirinya daripada menurut keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.” (Surah Al Nazi’at Ayat 34-41)

Melalui Ayat Ayat Al Quran di atas kita di peringatkan dengan sejelas jelas tentang apa yang bakal berlaku kepada kita semua.

Apa pendapat Anda?

Rasulullah SAW menjawab ketika di tanya.Maksudnya “Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Rasulullah SAW menjawab “Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati MATI.
(Riwayat Ibnu Majah).

Yang mana kita perlu utamakan, nasib di dunia atau nasib di akhirat.Sebab orang yang kaya di dunia tetapi tidak bertaqwa akan miskin di akhirat.Miskin di dunia masih ada ruang untuk berikhtiar.Masih boleh mencari makan dan tempat tinggal.Tetapi kalau miskin di akhirat, dah tidak boleh buat apa apa.Tidak seorang pun yang akan simpati.

Maka kemiskinan dan penderitaan yang mana yang patut kita takut.Bertungkus lumus untuk dunia atau untuk akhirat yang kita mesti utamakan?

Kita patut utamakan urusan urusan akhirat.Sebab MATI boleh datang bila bila masa.Jika dia datang di kala kita belum bersedia maka menderita lah kita selama lamanya.Sedangkan hal hal dunia kalau tidak selesai hari ini esok boleh sambung lagi.Tidak mengutamakan dunia tidak akan menyebabkan kita rugi selama lamanya.
Contohnya kalau kita lewat lewatkan solat dengan sengaja kerana buat kerja dunia, tiba tiba sakaratul maut cabut nyawa kita ketika itu, Allah akan humbankan kita selama 40 tahun dalam neraka.Dunia perlu juga tetapi berpada pada saperti yang di ingatkan Rasulullah SAW yang maksudnya, ” Berusahalah untuk duniamu seolah olah kamu akan hidup selama lamanya.Dan berusahalah untuk akhiratmu seolah olah kamu akan mati esok hari.” (Riwayat Ibnu Asakir)

Demikian lah hal nya tentang KEMATIAN.Akibatnya mengerikan dan menakutkan!

SEBUT SAHAJA PASAL MATI ORANG YANG TIDAK BERIMAN SANGAT MEMBENCINYA.

26 November 2010 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Imam wanita bagi solat Jumaat

Pada bulan Mac 2005, di New York, Amerika,berlaku satu kejutan dalam dunia Islam apabila seorang wanita menjadi imam solat Jumaat di samping menyampaikan khutbah..Mungkin ianya kejadian pertama dalam sejarah Islam semenjak dari zaman Rasulullah SAW.

Siapa dia Imam wanita kontrovesi ini? Beliau ialah Prof Dr. Amina Wadud? Janda 5 anak dan 3 cucu.Lahir pada tahun 1952.Berketurunan Afrika-Amerika .Berasal dari sebuah keluarga Kristian Methodist. Nama asalnya ialah Mary Teasley.Lahir di Maryland, Amerika.Anut agama Islam pada tahun 1972 dan tukar nama kepada Amina Wadud.

 Memperolehi Ph D dalam Pengajian Bahasa Arab dan Islam dari Universiti Michigan (1988).Juga mempelajari  Bahasa Arab lanjutan  di American University di Cairo, belajar Al Quran dan Tafsir di Universiti Cairo, dan belajar Ilmu  Falsafah di Universiti Al Azhar Mesir.
Pernah berkhidmat sebagai Prof Madya di Fakulti  Pengajian Al Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  (UIAM) ( Tahun 1989 -1992), dan juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia (Tahun 2008).Dan akhir sekali menjawat jawatan Profesor di Fakulti Pengajian Agama dan Falsafah Universiti Virginia Commonwealth hingga lah dia bersara pada tahun 2008..

Tindakkan beliau menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah mengundang reaksi yang berbeza dari beberapa ulama ulama belah sana.Syeikh Yusuf Qardhawi mengecam keras tindakkannya.Tetapi ulama ulama lain saperti  Gamal al Banna dari Mesir, dan Ebrahim Moosa seorang Profesor Pengajian Islam dari Universiti Duke mengatakan ini adalah langkah yang baik.

Amina Wadud secara terbuka mengatakan beliau tidak setuju dengan bebrapa ayat Al Quran terutama yang berkenaan dengan memotong tangan pencuri kerana percaya hukuman ini adalah perbuatan “brutal” dan zalim. Belaiu juga menolak beberapa hukum lain yang terdapat dalam Al Quran.
kerana berpendapat sesiapa sahaja boleh menolak bahagian Al Quran apabila tidak setuju dengan nya.

Fahaman dan ajaran beliau sebenarnya sudah bertapak di Malaysia, beliau bertanggung jawab memain peranan mengasas kumpulan NGO “Woman Right”   Sisters in Islam (SIS).Dan penubuhannya di ikhtiraf oleh kerajaan Malaysia melalui nama SIS Forum (M) Bhd.

Perjalanan kumpulan SIS banyak berpandu kepada fahaman Amina Wadud.Buku karangan beliau
” Quran and Woman – Rereading the sacred text  from a Woman’s Perspective” adalah kitab rujukan S.I.S.(Buku ini di haramkan di Arab Saudi tetapi tidak di Malaysia)

Di Malaysia sudah ada HAKIM syarie wanita.Tidak mustahil, di sini,  satu hari nanti  akan ada IMAM masjid dan IMAM solat Jumaat wanita..


Namun dalam Mazhab yang 4, termasuk Mazhab Imam Shafie, wanita hanya boleh jadi imam untuk kaum sejenisnya sahaja.Jauh sekali mengimamkan solat Jumaat.

Amina sedang mengimam solat Jumaat

Amina Wadud sedang mengImamkan solat fardhu
Pengikut Amina Wadud?

 Amina Wadud bersama pemimpin SIS Zainah Anwar
Nota:

Cadangan haramkan SIS

Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.[4]

9 November 2010 Posted by | Renungan & Teladan | | 7 Comments

>DOSA – Punca krisis demi krisis

Tidak takut TUHAN dan melakukan dosa dosa besar sudah menjadi perkara lumrah bagi umat Islam di akhir zaman.Ini lah di antara punca  umat Islam hidup sentiasa di landa krisis.Hilang bahagia di dunia  apa tah lagi di akhirat nanti.

Tepat apa yang Rasulullah sebut tentang akhir zaman, yang bermaksud:” Sesungguhnya menjelang Kiamat akan berlaku beberapa tahun yang mengeliruka, pendusta pendusta akan dibenarkan dan diberi kepercayaan, dan orang yang amanah dianggap pengkhianat, dan pemimpin fasiq bercakap cakap (berpengaruh).” – Riwayat Ahmad,Abu Ya’la, At Tabrani.

Ramai, walaupun tidak semua umat Islam, terlibat melakukan berbagai bagai dosa dalam mengejar matlamat masing masing hingga berlaku pertembungan dan pergeseran.Tetapi hampir kesemuanya tidak sampai kepada matlamat kerana masih tidak dapat bahagia yang di cari cari.

Perlakuan Umat yang melibatkan dosa adalah saperti yang saya bayangkan di bawah:-

Dosa Pemimpin Politik:
Mereka tidak berlaku adil.Kuasa pemimpin yang Allah amanahkan di gunakan ikut nafsu untuk kepentingan dunia, kroninya dan diri sendiri.Mereka sibuk berjuang mempertahankan teori politik mereka.Berjuang memburu kuasa dan sibuk mempertahankannya.Mereka menipu,rasuah dan pecah amanah.Mereka samun harta rakyat secara sulit atau terang terangan.

Dosa Ulama
Ulama zaman ini tidak mendidik.Ilmu Islam mereka gunakan untuk cari makan.Mereka tidak kisah agama di ancam.Malah mereka takut mempertahankannya kalau kalau nanti di buang kerja  atau di pecat dari parti. Mereka juga menipu rakyat dengan fatwa fatwa songsang demi kepentingan kedudukan dan politik .Mereka lebih takut kepada manusia daripada Allah.Alangkah dahsyatnya golongan ini.

Dosa Orang Kaya yang bakhil
Mereka kaya, pemberi rasuah serta cekik darah.Kekayaan dunia mereka bolot dan digunakan ikut nafsu.Tidak mahu bayar zakat.Kalau menyumbang mahu seluruh dunia tahu.Mesti masuk TV dan surat khabar.Harga baju mereka lebih mahal dari harga rumah orang miskin.Zalimnya mereka.

Dosa orang Miskin.
Siapa kata orang miskin tiada dosa.Dosa mereka kerana tidak redha dengan kehendak Allah.Mereka anggap miskin itu hina sedangkan itu ujian Allah.Mereka  jatuh ke dalam perangkap syaitan kerana ada perasaan cemburu, hasad, dengki dan dendam kesumat kepada orang kaya.

Dosa Rakyat biasa
Adanya suami yang tidak bertanggung jawab.Isteri yang tidak taat dan curang.Anak anak derhaka.Ibu bapa  tidak menjadi contoh yang baik bagi anak anak.Tidak mengajar dan mendidik.Wanita wanita hilang malu.menjaja maruah sana sini.Lelaki bagaikan buaya yang sering rindukan mangsa.Mereka melakukan zina, buang anak,berjudi, dadah dan pergaulan bebas tanpa sedikt pun rasa takut kepada Allah.

Banyak lagi perlakuan dosa oleh sebahagian besar umat Islam yang saya tidak sebut.Dosa adalah punca KRISIS yang melanda umat Islam kini.

Wallahu ‘alam..

9 November 2010 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Islam liberal

Foto foto sekitar satu solat berjemaah di satu tempat diMesir.
Mazhab yang membenarkan lelaki dan wanita solat berjemaah bersama dalam saf yang sama.

Berikut adalah pengikut pengikut Amina Wadud di US

Tak perlu tutup aurat dalam solat

First woman to lead Friday prayers in UK

Prof  Amina Wadud

8 November 2010 Posted by | Foto Story, Renungan & Teladan | | 1 Comment

>Mengapa Umat Islam di pandang rendah

Antara kehinaan yang menimpa kita umat Islam sekarang ialah terjadi krisis dalaman yang tidak habis habis dalam semua hal.Masaalah sosial,pecah ukhwah, penipuan, rasuah,arak, judi, zina,lemah ekonomi,lemah sistem pendidikan,politik songsang yang menjadi jadi dan sebagainya..Ini tetap akan berlarutan selagi kita membelakangkan Allah dan agama nya.(Maksudnya membelakangkan Al Quran dan Sunnah).Sebab itu kita tersesat mencari jalan keselamatan hidup di dunia yang juga akan membawa kesesatan di akhirat.Kita cuai untuk mendalami ilmu agama atau cuai untuk mengamalkan nya.Akibatnya kita tidak kenal Islam yang cantik dan sempurna.Kita hanya ambil sudut sudut tertentu untuk mengamal dan menolak sebahagian yang lain.


Di antara kelemahan kelemahan yang berlaku pada kita umat Islam dalam memahami dan mengamalkan Islam
ialah :

  1. Adanya kelompok umat yang bijak pandai yang hanya mendalami ilmu dunia, hingga menjadi pakar, dalam bidang bidang keduniaan saperti sains, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.tetapi jahil dalam bab agama.Mereka ini tidak tahu mana perkara yang hak dan mana yang bathil.Mana yang halal dan mana yang haram.Tidak faham apa matlamat hidup dan apa yang menjadi alat alat untuk hidup.Hingga mereka sangka alat alat menjadi matlamat hidup.Dan mereka akan berusaha sekeras kerasnya untuk mendapatkan nya.Agama tidak penting bagi mereka.
  2. Adanya kelompok alim ulama yang tahu serba serbi tentang hukum hukum agama dan selok belok nya.tetapi mereka tidak faham penyakit masyarakat,tidak faham isu semasa,tidak faham politik, dan tidak faham apa itu sosial,ekonomi dan sebagainya.Maka mereka tidak reti apa perlu buat.Jadi mereka tidak dapat berperanan untuk mendidik dan memimpin umat.Mereka pun turut hanyut dalam suasana umat yang jauh meningglkan Islam.
  3. Ada kelompok pejuang Islam yang gigih berjuang tapi kurang ilmu atau mengenepikan syariat Islam.Kalau ada ilmu pun hanya bab bab ilmu lahir sahaja saperti ilmu fiqh Tetapi tidak memahami ilmu ilmu batin saperti Tasauf.Agama pada mereka hanya bab bab lahir sahaja Sebab itu kita lihat mereka berjuang menggunakan umpatan, mengaibkan peribadi orang lain, memfitnah atau melakukan tuduhan palsu sebagai senjata. Perbuatan ini sebenarnya di larang keras dan berdosa besar dari sudut Ilmu Tasauf.(Walaupun adakala dalam keadaan tertentu ia di haruskan dari sudut Fiqh).Namun dari sudut Tasauf ianya tetap berdosa.Walaupun mereka ini tahu tentang masaalah penyakit umat saperti rasuah,zina, dadah dan buang anak contohnya, namun usaha dan tindakkan mereka tidak tepat pada sasaran nya.Ibarat orang yang tahu penyakit seseorang tapi tidak tahu mengubati nya.jadilah orang yang sakit bertambah sakitnya.Maka perjuangan mereka tidak ada hasilnya sebaliknya bertambah khusut.Mereka berjuang ikut semangat dan kadang kala cara mereka lebih menguntungkan musuh Islam.
  4. Ada kelompok yang menganggap Islam itu hanya pada fardhu ain sahaja.Tetapi mengabaikan persoalan perjuangan,akhlak,pendidikan,sosial,pembangunan dan lain lain.Kelompok ini penyebab kemajuan dan tamadhun Islam terabai.
  5. Ada kumpulan yang mengutamakan kepentingan diri dan kroninya yang merasakan hidup cara Islam boleh menjejaskan kepentingan kepentingan mereka.Mereka ini akan membuat berbagai bagai alasan dan halangan supaya perjuangan Islam terbantut.Contoh saperti alasan mengatakan Islam tidak boleh di laksanakan kerana masaalah berbilang kaum dan agama.
  6. Ada kelompok yang tidak yakin bahawa Islam mampu menyelesaikan masaalah umat.Maka mereka megambil isme isme lain sebagai landasan perjuangan saperti sosialisme, nasionalisme, komunisme, kapitalisme,demokrasi, liberisasi dan lain lain.
  7. Ada kelompok ulama oleh kerana di lihatnya umat sudah rosak, sudah jahat, maka mereka kecewa dan terus menyendiri dan beribadah sendiri.Tidak mahu berjuang dan berikhtiar untuk membaiki penyakit umat.

Perkara yang saya sebut di atas membayangkan kepada kita bahawa Islam seolah olah telah di siat siat kepada keping keping kecil dan tiap tiap kumpulan mengambil keping keping yang sempat dan mampu di ambil untuk di amalkan.
Adalah menjadi harapan kita kumpulan kumpulan atau kelompok di atas yang berbagai bagai tadi dapat di cantumkan menjadi satu ummah yang bersaudara dan berjuang menegakkan hukum Allah di muka buminya.





5 November 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | 7 Comments

>Apa itu Pemerintahan yang Adil

>

Menurut Islam, sebuah pemerintahan yang tidak adil, akan jatuhlah ia kepada salah satu hukum fasiq, zalim atau kafir.Bergantunglah kepada bentuk bentuk atau sebab sebab penolakan mereka kepada hukum hukum ALLAH. Namun dalam hal ini perlu di ingatkan bahawa dalam Islam, hukum fasiq, zalim dan kafir ini bukan sahaja ditujukan kepada pemerintah sahaja tetapi siapa sahaja yang menolak hukum ALLAH sama ada dalam diri, rumah tangga, jemaah atau parti.

Rakyat juga tidak boleh mengata ngata pada pemerintah yang tidak adil saja, kerana pemerintah itu naik dari rakyat.Bagaimana rakyat, begitulah pemerintah.Sebaik sebaiknya kedua dua rakyat dan pemerintah taat pada ALLAH, barulah terbentuk keadilan yang sempurna. Untuk membentuk pemerintahan yang adil adalah mengusahakan TAQWA di pihak pemerintah dan rakyat. Sebab itu, bagi mereka yang merindukan negara adil, aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH, taqwa mesti disediakan sebagai tapaknya olih pemerintah dan juga rakyat.

Tanda tanda pemerintah yang Zalim:

  • Kelompok pemerintah dari Raja atau Perdana Menteri hingga ke menteri menteri dan wakil wakil rakyat adalah perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya raya hasil menyertai Politik.Harta negara di gunakan untuk peribadi dan kroni kroni.Terlalu amat sedikit sahaja di gunakan untuk rakyat. Kalau di tegur oleh rakyat, rakyat itu akan di hukum, diboikot dan di apa apakan.Inilah kezaliman. Pemerintah yang di katakan Islam itu solat dan fardhu ainnya pun tidak beres. Ke masjid jarang sekali, tapi ke pusat hiburan saperti dangdut, perjudian dan kelab kelab malam selalu. Jumpa rakyat di majlis majlis rasmi saja, terutamanya waktu waktu genting, dengan ada udang di sebalik batu.Rakyat yang tidak satu parti denganya di anaktirikan.Kesalahan kroni nya tidak dihukum bahkan di sorok sorokannya.Tetapi kesalahan rakyat, apa lagi rakyat yang tidak sebulu dengannya, dicari cari dan di besar besarkan untuk di hukum. Adakalanya yang tidak salah pun cuba di persalahkan.
  • Keluarga para pemerintah dan wakil rakyat yang sepatutnya menjadi model baik untuk di contohi oleh rakyat sebaliknya merupakan sasaran kebencian dan hasad dengki rakyat. Akhlak dan ibadah mereka tidak jadi contoh.
  • Isi isi siaran media saperti radio, TV serta buku dan majalah majalah hampir semua ke arah kemaksiatan.
  • Muzik muzik haram ,tari menari, pergaulan bebas, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain lain lagi dibenarkan berleluasa secara legal atau secara adat, atau secara tidak di kawal.
  • Orang miskin, orang tua, ibu tunggal janda janda merupakan golongan terbuang yang hidup penuh sengsara dan kesusahan.Tidak ada pembelaan yang tepat dan serius.Haiwan haiwan di zoo dan pokok pokok perhiasan di bandar bandar lebih di beri perhatian dan keutamaan.
  • Banyak projek yang sia sia atau membazir dengan menggunakan wang berbilion bilion saperti pembinaan padang golf dan kelab kelab eksklusif untuk orang orang kaya sedangkan projek yang lebih asasi dan manusiawi tidak di usahakan bersungguh sungguh atau kalau di buat pun acuh tak acuh sahaja.
  • Polis konon tugasnya untuk menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak buat rakyat tidak aman.Saperti menakut nakutkan, merampas sesuka hati, menahan sesuka hati, rasuah dan sebagainya.Memang ada kebaikan polis tetapi kezaliman nya lebih tinggi.
  • Para pemimpin di kalangan parti pemerintah lebih kaya dari parti sendiri.
  • Rakyat jelata atau golongan yang tidak mengikuti parti pemerintah, apabila mereka difitnah atau dituduh, mereka tidak dapat peluang untuk membela diri samada melalui ceramah umum, di radio, surat khabar dan lain lain media.Sebaliknya mereka terus dihukum melalui pengharaman ceramah, buku buku, majalah yang di terbitkan mereka.Atau mereka di tangkap dan dipenjarakan tanpa dibicarakan di mahkamah.Itulah ISA.
  • Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah marah.Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan kesalahan pihak yang menegur untuk di ambil tindakan.

Kita berdoa, sekiranya para pemerintah hari ini tetap berdegil, moga moga ALLAH gantikan dengan pemerintah yang bertaqwa yang di dukung pula oleh ketua dan rakyat yang bertaqwa.

1 November 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: