Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

ADA KAH DR YUSUF AL QARDHAWI WAHABI?

Apakah pendirian al Qardhawi tentang Wahhabi ?

Kadang-kala, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ada memanggil golongan pengaku salafi ini sebagai wahabi juga sepertimana dalam satu wawancara di mana beliau berkata:

من كفر السلفية أو الوهابية من كفر الصوفية من كفر الشيعة هذا موجود فعلا
Maksudnya: “Ada orang yang mengkafirkan As-Salafiyyah atau Al-Wahhabiyyah, ada orang yang mengkafirkan Sufiyyah dan ada orang yang mengkafirkan Syiah. Ini memang berlaku secara realitinya”.

Rujukan: http://qaradawi.net/new/component/content/article/220-2014-01-26-18-21-41/2014-01-26-18-26-08/847-

Perkembangan Wahabi

Beliau menulis dalam kitabnya berjudul “Ummatuna Bain Qarnain”:

“Dan di Al-Mamlakah Al-Arabiyyah As-Saudiyyah (Republik Arab Saudi) muncul gerakan As-Salafiyyah yang mengajak kepada Tauhid yang berunsurkan tiga unsur iaitu: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Al-Asma’ wa As-Shifat. Mereka menumpukan usaha untuk membebaskan tauhid daripada khurafat (menurut mereka), syirik (menurut mereka), quburiyat (menurut mereka) dan mengingkari ta’wil. Mereka terlalu keras (tasyaddud) dalam ingkar terhadap mereka yang menta’wilkan sifat-sifat Allah yang dikhabarkan (padahal dalam bentuk zhanni ad-dilalah) dari kalangan para Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Mereka merujuk kepada turath Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Imam Ibn Al-Qayyim untuk menjadi rujukan dalam dakwah dan perdebatan begitu juga daripada turath Mujaddid Al-Jazirah Sheikh Muhammad Abdul Wahab.

“Bagi gerakan (pemikiran) ini juga ada pengaruhnya yang berkembang di Mesir yang dikembangkan oleh Sheikh Muhammad Hamid Al-Fiqi dan Jemaah Anshar As-Sunnah, di Syam oleh Al-Muhaddith Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, di India dan Pakistan oleh jemaah Ahli Hadith (Lihat isyarat Dr. Al-Qaradhawi tentang perkembangan Wahabi/pengaku Salafi di negara-negara berikut- penulis). Kebanyakan mereka dikenali sebagai golongan Mutasyaddid (keras) dalam masalah furu’ (cabang), berpegang kepada Zahir (nas), kurang melihat Maqasid Syari’iyyah, kurang melihat perubahan masa dan tempat, sibuk dalam perkara-perkara khilaf berbanding perkara-perkara yang disepakati dan mereka dalam zaman kita ini lebih dari satu kelompok (banyak jenis).

“Antara mereka (pengaku salafi) adalah golongan Al-Jamiyyun di Madinah Munawwarah -Rabi’e Al-Madkhali dan pengikutnya- yang mana mereka mengisytiharkan perang kepada semua pihak yang berbeza (pemikiran) dengan mereka samada golongan terdahulu (ulama’ silam) mahupun golongan yang yang hidup sezaman dengan mereka. Tiada seorangpun yang sejahtera daripada serangan mereka termasuklah Imam An-Nawawi dan Al-Hafiz Ibn Hajar dan sebagainya, apatah lagi para ulama’ sezaman dengan mereka seperti Imam Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Al-Maududi, Al-Ghazali, Fahmi Huwaidi, Muhammad Immarah, Yusuf Al-Qaradhawi (dirinya sendiri) dan sebagainya yang tidak mengikut manhaj Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Al-Qayyim.

“Antara mereka dikenali sebagai As-Salafiyyun Al-Judud yang mereka juga dinamakan sebagai As-Sururiyyun… Antara mereka adalah seperti Sheikh Fahd Sulaiman Al-‘Audah, Safr Al-Hawali dan Aidh Al-Qarni.

“Sebahagian mereka (pengaku salafi) sangat kagum kepada Sheikh ibn Baz rhl, Sheikh Ibn Uthaimin dan ulama’-ulama’ Saudi lalu mereka ini menganggap hanya ulama’-ulama’ tersebut sahaja rujukan utama (dalam agama) buat mereka, dan mereka tidak menerima ilmu melainkan selain daripada mereka (ulama’ Saudi).

“Sebahagian daripada mereka (pengaku salafi) mengikut Sheikh Al-Albani dan bertaqlid dengan mazhabnya. Tatkala dia (Al-Albani) mengingkari (taqlid) mazhab-mazhab yang sedia ada (mazhab imam empat) namun dalam masa yang sama mereka (pengikut Al-Albani dari kalangan pengaku Salafi) menjadikannya (pemikiran dan manhajnya) sebagai mazhab kelima… Sebahagian daripada mereka…dan sebahagian daripada mereka (maksudnya banyak lagi pecahan, sudah sampai ke Nusantara pun ada)”. [m/s: 73-74]

*Wahabi Sebagai Madrasah Satu Pendapat Sahaja*

Janganlah menyangka bahawa saya (Al-Qaradhawi) mengingkari ke atas mereka (pengaku salafi) pada dakwah mereka agar mengikut nas, atau ijtihad mereka dalam memahami nas, kerana ianya adalah hak setiap muslim yang sudah mencapai syarat berijtihad dan alat-alat ijtihad. Maka, tiada seseorangpun boleh menutup pintu ijtihad yang dibuka oleh Rasulullah s.a.w. kepada Ummah.

Tetapi saya mengingkari mereka (pengaku salafi aka wahabi) kebiadaban (keterlampauan) mereka terhadap manhaj ulama’ Islam, memperkecilkan fiqh yang telah diwarisi (fiqh empat mazhab), dakwaan mereka yang berjela-jela tentang merekalah satu-satunya yang benar sedangkan selain daripada mereka salah dan sesat, khayalan mereka bahawa dengan upaya mereka untuk melenyapkan khilaf dapat menyatukan manusia dalam satu pandangan iaitulah pandangan mereka”.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata lagi:

Seorang pelajar yang ikhlas dari kalangan madrasah ini (pengaku salafi) iaitu madrasah “satu pendapat”: “Mengapa semua manusia tidak mahu bersatu terhadap suatu pendapat yang mempunyai sandaran nas?”

Maka saya menjawab: “Nas itu sendiri perlulah sahih (dari sudut sanad) dan diterima oleh seluruhnya (ulama’). Bahkan, Nas tersebut juga mestilah bersifat maknanya jelas/putus terhadap makna yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. (shorih ad-dilalah). Bahkan, Nas tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan nas yang lebih kuat dari kalangan nas-nas syariah samada yang cabang mahupun yang menyeluruh. Kadang-kala, berlaku di mana sesuatu nas itu sahih di sisi seseorang ulama’ dan dha’if di sisi ulama’ yang lain. Kadang-kala juga hadith itu sahih tetapi maknanya tidak jelas terhadap maksud yang disampaikan dalam nas tersebut. Boleh jadi sesuatu nas itu umum menurut seorang ulama’ dan si sisi ulama’ lain ianya bersifat khusus. Boleh jadi sesuatu nas itu mutlak di sisi seseorang ulama’ sedangkan di sisi ulama’ lain ianya bersifat muqoyyad (tergantung kepada sesuatu pergantungan). Boleh jadi juga sesuatu nas itu menunjukkan hukum wajib atau haram di sisi seseorang ulama’ sedangkan di sisi ulama’ lain, ianya menunjukkan hukum sunat/mustahab atau makruh. Sebahagian ulama’ mungkin menilai sesuatu nas itu muhkam (dihukumkan dengannya) sedangkan sebahagian ulama’ lain menilainya sebagai mansukh (tidak lagi diamalkan dengannya)…”

Rujukan: http://www.ikhwan.net/vb/showthread.php?t=22755

*Antara Ciri-ciri Zhahiriyyah Al-Judud: Hanya Ikut Hadith Sahih menurut Ukuran Mereka secara Literal*

Dalam satu wacana, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah membincangkan tentang golongan perpegang dengan zahir hadith dan hanya guna hadith sahih sahaja.

Moderator rancangan tersebut bertanya kepada Dr. Al-Qaradhawi:

“Kamu telah menyebut tentang Maqasid Ammah bagi pensyariatan syariat Islam (Maqasid Ammah Li At-Tasyri’e), tetapi di sana ada suatu fenomena di mana boleh kita namakan sebagai ahl-hadith judud (moden), yang mana kebiasaannya mereka sekadar ingin mengamalkan hadith yang benar-benar sahih sahaja, yang tiada kecelaan (sanad)nya.”

Al-Qaradhawi menjawab:

“Mereka itulah yang kami namakan sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud ia (kumpulan tersebut) hanya tertumpu kepada zahir (nas) dan kepada harfiyyah (secara literal)”.

*Kepincangan Golongan Ini di Sisi Dr. Yusuf Al-Qaradhawi*

Pertama: Kejumudan dan Tidak Mengutamakan Apa yang Lebih Utama

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata:

“(Antara kumpulan dalam kebangkitan Islam) Ketiga: Kumpulan atau golongan jenis Tasyaddud (keras) dan Jumud yang membekukan kefahaman Islam. Maka, saya telah namakan mereka sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud. Di sana ada golongan Zhahiriyyah Qudama (silam) seperti Daud dan Ibn Hazm tetapi mereka mempunyai ilmu yang luas. Adapun mereka (Az-Zhahiriyyah Al-Judud), mereka tidak memiliki ilmu golongan Zhahiriyyah, tetapi memiliki kejumudan golongan Zhahiriyyah dan Tasyaddud (kekerasan) golongan Zhahiriyyah. Mereka lebih mengutamakan bentuk daripada intipati sesuatu, lebih sibuk mengutamakan perkara-perkara khilaf daripada perkara yang disepakati, mereka mengutamakan usaha negatif (menyalahkan, membid’ahkan meruntuhkan sesuatu tradisi) daripada usaha positif (membina, progresif, pro-akfif dan sebagainya). Mereka lebih mengutamakan membahaskan perkara-perkara sunat berbanding yang wajib…
Rujukan:
http://qaradawi.net/new/library2/268-2014-01-26-18-46-39/2563-

Kedua: Mendalami Perbahasan Hadith tanpa Kefahaman Sahih

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata:

“Madrasah Nashiyyah Harfiyyah ini, yang mana saya namakan mereka sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud, kebanyakan mereka dari kalangan orang yang sibuk dengan hadith (membahaskan kedudukan hadith dan matan zahirnya) tetapi tidak menguasai kefahaman (fiqh) dan usul (asas) fiqh (kefahaman syariat), mereka tidak mengetahui sebab-sebab para ulama’ berbeza pendapat dan hujah mereka dalam istinbath (penggalian hukum), mereka hampir tidak mementingkan Maqasid Syar’iyyah dan faktor di sebalik ketentuan hukum, tidak merai maslahat, perubahan fatwa dengan perubahan masa, tempat dan keadaan”.

Sumber:

http://qaradawi.net/new/library2/268-2014-01-26-18-46-39/2563-

31/10/2020 Posted by | Bersama Tokoh, Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

BEZA ANTARA MENGHINA SUNNAH RASUULILLAAH S.A.W. DENGAN MENGKRITIK KESILAPAN DI DALAM MELAKSANAKAN SUNNAH RASUULILLAAH S.A.W.

(1) Amalan Tahnik adalah Sunnah RasuulilLaah S.A.W. yang tahaabit dan sunat hukumnya (dapat pahala bila diamalkan).

(2) Tak buat tahnik tidak berdosa kerana hukumnya sunat, BUKAN wajib, bahkan dapat pahala sekiranya ditinggalkan demi menjaga maslahah (kebaikan) atau menolak mafsadah (keburukan) seperti meninggalkan tahnik untuk mengelakkan risiko jangkitan virus Covid-19 kepada bayi yang ditahnik.

(3) Menghina Sunnah RasuulilLaah S.A.W seperti amalan tahnik atau menjilat jari selepas makan sebagai unhygienic adalah haram BAHKAN membawa kepada kekufuran.

(4) Bila geng2 liberal berpelukan dan bercium mulut di kelab malam, ia juga boleh dilabelkan (berisiko) “bagi penyakit” kepada orang lain, selain dah jelas2 haram dan tidak bermoral.

(5) Menghina Sunnah RasuulilLaah S.A.W. haram, berdosa besar dan membawa kepada kekufuran. Ia berbeza kalau mengkritik dan menegur, misalnya, sikap sebahagian orang Islam lebih mengutamakan benda sunat (amalan tahnik) dengan mengabaikan benda wajib (jaga nyawa dan ikut perintah waliyyul amri).

نسأل الله العفو والعافية.

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3357440274325590&id=952934824776159

31/10/2020 Posted by | Fad hail Amal, Ibadah, Tazkirah | | Leave a comment

BENARKAH JIKA NABI TIDAK BUAT BERMAKNA ITU BID’AH SESAT? BENARKAH GOLONGAN SALAF TIDAK PERNAH MELAKUKAN BID’AH HASANAH? ADAKAH MEREKA INI SEMUA MASUK NERAKA KERANA BUAT BID’AH HASANAH?

Berikut ini sebagian contoh-contoh bid’ah hasanah yang dilakukan para ulama salaf dan kholaf .

1. Bid’ah Hasanah imam Abu Hanifah : Sholat 300 rokaat tiap malam.
Al-‘Aththar dalam kitab at-Tadzkirah mengatakan :

كان ابو حنبفة يصلي في كل ليلة ثلاثمائة ركعة فمر يوما على جمع من الصبيان فقال بعضهم لبعض : هذا يصلي في كل ليلة الف ركعة ولا ينام بالليل. فقال ابو حنيفة : نويت ان اصلي في كل ليلة الف ركعة وان لا انام بالليل

“ Abu Hanifah konon melakukan sholat 300 roka’at tiap malam. Suatu hari ia berjalan melewati sekelompok anak kecil, maka seorang dari mereka berkata kepada temannya : “ Inilah orang yang melakukan sholat tiap malam 1000 roka’at dan tidak pernah tidur tiap malam “.

(Iqamah al-Hujjah, al-Laknawi : 80)

2. Bid’ah Hasanah Imam Malik : Sholat 800 roka’at tiap hari.

قَالَ أَبُوْ مُصْعَبٍ وَأَحْمَدُ بْنُ إِسْمَاعِيْلَ مَكَثَ مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ سِتِّيْنَ سَنَةً يَصُوْمُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا وَكَانَ يُصَلِّي فِي كُلِّ يَوْمٍ ثَمَانَمِائَةٍ رَكْعَةً

“Abu Mush’ab dan Ahmad bin Ismail berkata: Malik bin Anas berpuasa sehari dan berbuka sehari selama 60 tahun dan ia salat setiap hari 800 rakaat ” (Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abi Ya’la, 1/61///0)

3. Bid’ah Hasanah Imam asy-Syafi’i : Melafazkan Niat.

أخبرنا ابن خزيمة ، ثنا الربيع قال : « كان الشافعي إذا أراد أن يدخل في الصلاة قال : بسم الله ، موجها لبيت الله مؤديا لفرض الله عز وجل الله أكبر »

“Mengabarkan kepadaku Ibnu Khuzaimah, mengabarkan kepadaku Ar-Rabi’, ia berkata :” Imam Syafi’i ketika akan masuk dalam Shalat beliau mengucapkan : “Bismillah Aku menghadap ke Baitullah, menunaikkan kewajiban kepada Allah. Allahu Akbar.” (Al-Mu’jam, Ibnu Al-Muqri : 317)

4. Bid’ah Hasanah Mus’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair : Sholat 1000 roka’at tiap hari.

مُصْعَبُ بْنُ ثَابِتِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ الزُّبَيْرِ وَكَانَ مُصْعَب يُصَلِّي فِي الْيَوْمِ وَالَّلْيَلَةِ أَلْفَ رَكْعَةٍ وَيَصُوْمُ الدَّهْرَ

“Mush’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair, ia salat dalam sehari semalam 1000 rakaat ” (Shifat ash-Shafwah, Ibnu Jauzi, 2/197 dan al-Ishabah, al-Hafidz Ibnu Hajar, 2/326)

5. Ali Zainal Abdin : Sholat 1000 roka’at tiap hari.

ذُوْ الثَّفَنَاتِ عَلِيُّ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِي بْنِ أَبِي طَالِبٍ زَيْنُ الْعَابِدِيْنَ سُمِّيَ بِذَلِكَ لأَنَّهُ كَانَ يُصَلِّى كُلَّ يَوْمٍ أَلْفَ رَكْعَةٍ فَصَارَ فِي رُكْبَتَيْهِ مِثْلُ ثَفَنَاتِ الْبَعِيْرِ

“Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, hiasan ahli ibadah, disebut demikian karena ia salat dalam sehari semalam sebanyak 1000 rakaat, sehingga di lututnya terdapat benjolan seperti unta” (Tahdzib al-Asma’, al-Hafidz al-Mizzi, 35/41)

6. Abu Qilabah : Sholat 400 roka’at tiap hari.

وَقَالَ أَحْمَدُ بْنُ كَامِلٍ الْقَاضِي: حُكِيَ أَنَّ أَبَا قِلاَبَةَ كَانَ يُصَلِّي فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ أَرْبَعَمِائَةٍ رَكْعَةً

“Qadli Ahmad bin Kamil berkata: Diceritakan bahwa Abu Qilabah salat dalam sehari semalam sebanyak 400 rakaat ” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 2/120)

7. Sebagian ulama salaf mengganti sholat Tahiyyatul Masjid dengan ucapan :

سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Dibaca sebanyak empat kali di saat mereka tidak sempat melakukan sholat tahiyyatul masjid. Sebagaimana telah dinaqal oleh imam Nawawi dalam kitab al-Adzkarnya mukasurat : 32.

8. Bid’ah Hasanah Ibnu Mas’ud : Majlis setiap hari khamis.

Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi (pendiri wahabi) mengatakan :
والمقصود بيان ما نحن عليه من الدين وأنه عبادة الله وحده لا شريك له فيها بخلع جميع الشرك، ومتابعة الرسول فيها نخلع جميع البدع إلا بدعة لها أصل في الشرع كجمع المصحف في كتاب واحد وجمع عمر رضي الله عنه الصحابة على التراويح جماعة وجمع ابن مسعود أصحابه عل القصص كل خميس ونحو ذلك فهذا حسن والله أعلم

“ Maksudnya adalah menejlaskan apa yang kami lakukan dari agama dan yang merupakan ibadah kepada Allah semata yang tidak ada sekutu bagi-Nya, di dalamnya melepas semua bentuk kesyirikan dan mengikuti Rasul di dalamnya, kami melepas semua bentuk bid’ah kecualib

31/10/2020 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah insan kamil.

Sekiranya kita merasai bahawa kita mengalami musibah yg besar, Nabi صلى الله عليه وسلم terlebih dahulu mengalami musibah yg lebih besar daripada kita.

Ada org sedih dgn kematian ibu dan ayah. Nabi sejak kecil telah kehilangan ibu dan ayah. Ada org sedih dgn kematian isteri/suami yg tercinta. Nabi terlebih dahulu kehilangan isterinya yg tercinta, yg membela baginda sepanjang baginda berdakwah. Baginda namakan tahun itu sebagai Tahun Kesedihan. Ada org sedih dgn kehilangan anak. Nabi juga kehilangan anak yg dicintai sehingga baginda menitiskan air mata.

Kita merasai peritnya berdakwah. Nabi terlebih perit berdakwah sehingga mengalir darah baginda membasahi kaki. Ada org merasai peritnya kehilangan rumah ketika berlaku bencana. Nabi terlebih perit daripada itu kerana diarahkan meninggalkan tempat tinggalnya yg dicintai, dalam peristiwa Hijrah. Ada org merasai peritnya kesakitan sebelum menemui ajal, Nabi terlebih mengalami kesakitan sebelum baginda wafat, sehingga baginda tidak boleh berjalan, hanya sekadar dipapah.

Daripada musibah yg besar2 ini, umat baginda tidak mengalami kesemua itu sekaligus. Ujian yg menimpa kita adalah berdasarkan kemampuan kita. Namun, baginda Nabi صلى الله عليه وسلم menghadapi kesemua musibah itu kerana baginda adalah insan kamil yg menjadi contoh teladan kepada umat baginda.

Begitulah Insan Kamil yg merupakan suri teladan kita sepanjang zaman. Kesabaran baginda adalah sempurna, kebergantungan kepada Allah adalah tinggi. Semua itu adalah sebagai contoh kepada kita utk menghadapi dunia yg penuh cabaran ini. Hadapilah dgn penuh kesabaran. Banyakkan pergantungan kepada Allah عز وجل. Sentiasa husnu al-zan dgn ujian yg menimpa.

Sempena bulan kelahiran baginda Nabi صلى الله عليه وسلم ini, marilah kita membanyakkan memperingati sirah Nabi kita yg sangat agung dlm pelbagai aspek kehidupan kita. Semoga ianya segar dlm ingatan kita, dan menjadi panduan yg amat berguna utk dunia dan akhirat kita.

اللهم صل وسلم وبارك عليه وعلى آله وصحبه وسلم.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين.

Wallahu’alam.

Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

28/10/2020 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

ULAMA SU’ & POPULARITI

Sifat ulama su’ kaki debat digambarkan oleh Imam al-Ghazali (di dalam Kitab al-‘Ilm, Ihya’ Ulumuddin) sebagai orang yang suka populariti dan tidak akan mengaku kalah, kerana itu matlamatnya iaitu ingin popular dan ingin menang.

Mereka akan mencari isu-isu untuk didendangkan (tabuliyyat), yang boleh menarik perhatian umum khususnya orang jahil. Mereka tidak akan merujuk kepada yang lebih faham, sebab bukan tujuan mereka untuk faham sebagaimana orang yang faham fahami.

Dia akan hilang dari peta masharakat apabila tiada isu atau tiada dorongan untuk dia terus menyerlah. Yang penting setiap dari kita kena usaha fahamkan dari kalangan kita masing-masing, anak-anak murid kita agar mereka tidak terpengaruh (dengan golongan sebegini).

Umumnya ‘circle’ mereka ini tidak akan berakhir dengan kefahaman tetapi kekeliruan di atas kekeliruan, sehingga dengan rahmat Allah mereka akan disedarkan.

Catatan :
*Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi*
Pengerusi Majlis Akademik ISLAMI

19/10/2020 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | | Leave a comment

JANGAN INGAT DUNIA POLITIK AJE KOTOR,DUNIA AGAMA AKHIR ZAMAN LAGI BANYAK KOTOR.

(Olih: Ustaz AhmadFaidzurrahim).

Nabi bersabda:
إذا وسد الأمر إلی أهله فانتظر الساعة
Maknanya:
… “Apabila suatu urusan agama diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat. (kehancuran) .”
(HR Bukhari)

Antara kekotoran dalam dunia agama akhir zaman:

1- Menafsir quraan dan hadis ikut hawa nafsu, bukan ikut ulamak.
2- Memburuk2 kan ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3- Menjual agama dan isu2 Ahli Sunnah Wal Jamaah utk mengaut keuntungan duit, pangkat dan seumpamanya.
4- Memperlekehkan urusan dakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
5- Mengajar & menyebarkan ajaran Allaah berada dan bertempat di langit serta Allaah duduk atas arasy.
6- Memperlekehkan serta membidaahkan amalan2 org Islam.
7- Mengeluarkan fatwa tanpa ilmu.
8- Berselindung dgn agama dan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi melakukan maksiat seperti berzina, berkhalwat dgn pasangan yg tk halal dgn skandal, makan duit haram dan sebaginya.
9- Menipu fakta.
10- Mengkafirkan org Islam tanpa hak.
11- Mengejar kemewahan dunia.
12- Banyak mengumpat.
13- Berdengki dan pandangan hasad dengki (Al-Ain) di alam nyata dan alam maya.
14- Menjadi ajen Yahudi dan Freemesion penyokong orentalis yg berpusat di Eropah dan Amareka dan selainnya, balik Malaysia diangkat sebagai alim ulamak dan rujukan agama, dan banyak lagi.

Jgn terlampau hina dunia politik, tapi hinalah diri sendiri yg sembunyi aib diri.

Semoga Allaah mengekalkan kita dalam keadaan yg selamat, dunia dan akhirat, dgn berkat Rasulullah.

Ayooh perbanyakkan majlis2 turath tulen Ahli Sunnah Wal Jamaah.

10/10/2020 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

Jual Beli Dalam Islam

Jual Beli Dalam Islam

PENDAHULUAN
Jika dipandang dari sudut sejarah bahawa wujudnya JUAL BELI adalah sama dengan wujudnya masyarakat manusia di alam ini, oleh kerana kelahiran Jual Beli adalah berpunca dari keinginan manusia untuk mengendali sesuatu benda yang tidak ada padanya secara pertukaran dengan benda yang ada padanya. Pertukaran ini timbul dari hajat seseorang kepada benda tersebut sehingga ia rela menukar benda itu dengan apa yang dimilikinya. Tanpa Jual Beli mesti tidak dapat seseorang itu mengendali sesuatu barang yang bukan haknya kecuali secara mencuri, samun, rompak, meminta dan mengemis.
Sejak berzaman-zaman lagi manusia mengenali Jual Beli dengan berbagai-bagai cara atau sistem yang sesuai diamalkan mengikut zaman masing-masing dan adat resam tertentu yang membayangkan keperluan dan suasana hidup mereka di zaman itu. Mengikut hasil kajian pakar-pakar Ekonomi bahawa jenis-jenis atau sistem asasi bagi Jual Beli yang lahir di kalangan masyarakat manusia sejak turun-menurun adalah melalui perubahan/peralihan berikut:-
1. Pertukaran Barangan
Sistem ini adalah sistem yang tertua dikenali oleh umat manusia, yang mana seseorang yang memerlukan sesuatu barang ia mencari orang yang memiliki barang tersebut untuk ditukar dengan sesuatu barang yang dimilikinya.Sistem ini menghadapi kesulitan yang mana orang tersebut terpaksa mencari pemilik barang yang hendak dibeli itu dan orang yang kedua juga memerlukan barang yang orang pertamahendak menjualnya.Oleh yang demikian untuk mengatasi kesulitan ini munculah sistem Jualan Terbuka.
2. Jualan Terbuka
Iaitu sistem Jual Beli melalui matawang yang mana manusia mula mencipta matawang untuk menjadi bahan tukaran menggantikan barang yang hendak ditukar dengan barang.Melalui matawang seseorang boleh membeli apa sahaja bahan yang ia perlu tanpa menukar dengan barang yang ada padanya dan juga tanpa menunggu adanya orang yang memerlukan barang tersebut, dan menjual barang yang dimilikinya dengan matawang yang boleh disimpan.
3. Pertukaran Matawang
Matawang yang dicipta mempunyai berbagai-bagai bentuk yang menunjukkan nilai harganya yang berlainan, dari jenis logam tertentu, dari sini munculnya keperluan seseorang kepada satu jenis matawang dengan nilai tertentu untuk memenuhi hasrat tertentu.Bagi memperolehi jenis matawang itu terpaksalah ia menukar jenis matawang yang ada padanya dengan jenis matawang yang diperlunya, sistem ini dikenali dengan Julai Beli Matawang atau Pertukaran Matawang.
4. Jual Salam
Asal usul Jual Beli dilakukan dengan secara tunai (pertukaran segera), akan tetapi hajat dan keperluan manusia tidak selalunya tercapai dengan segera, oleh itu perlu adanya sistem penangguhan di dalam melaksanakan Jual Beli tertentu, maka Jual Beli yang ditangguh penyerahan barang yang dijual dinamakan Salam atau Salaf.
TAKRIF JUAL BELI
Jual Beli iaitu Pertukaran Harta dengan Harta, atau Pertukaran Harta dengan harta dengan cara tertentu.
-Dimaksudkan dengan Harta atau Mal ialah barang yang berharga atau bernilai termasuk matawang.
Dari segi Akad bahawa Jual Beli terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :-
i. Jual Beli yang Sah Akadnya iaitu yang sempurna rukun, syarat dan tidak berlaku perkara yang ditegah oleh Syarak berkaitan dengan Akad.
ii. Jual Beli yang tidak Sah Akadnya iaitu yang kurang rukun atau syarat, atau terdapat perkara yang ditegah oleh Syarak yang berkaitan dengan Akad.
Erti Rukun
Ciri-ciri terpenting bagi wujudnya sesuatu amalan atau pekerjaan. Dengan wujudnya rukun maka wujudlah amalan itu dan dengan ketiadaan rukun tidak wujudlah amalan tersebut umpamanya tanpa pembeli tidak wujudlah Jual Beli.
Erti Syarat
Ciri-ciri yang menentukan Sah atau Tidak Sah sesuatu amalan atau pekerjaan. Tanpa syarat yang sempurna maka tidak sah amalan berkenaan sekalipun dengan ada rukun yang lengkap padanya, umpamanya si penjual seorang yang gila, maka tidak sah jual beli tersebut oleh kerana syarat sah jual beli hendaklah kedua belah pihak terdiri dari orang yang berakal.
Pembahagian Jual Beli seperti di atas memberi kesan kepada pemindahan Hak Milik penjual kepada pembeli dan sebaliknya yang mana hanya pemindahan Hak Milik dari Akad Jual Beli yang sah sahaja diakui oleh Syarak.
RUKUN JUAL BELI
 Penjual iaitu : Tuan punya barang
 Pembeli iaitu : Tuan punya wang
 Barang yang dijual
 Harga
 Sighah
Erti Sighah:-
Perkataan yang dilafazkan oleh kedua belah (penjual dan pembeli atau wakil mereka) sebagai tanda persetujuan mereka bagi melangsungkan jual beli tersebut. Ucapan yang pertama dilafazkan sama ada dari penjual atau pembeli, dinamakan Ijab dan yang kedua, sebagai jawapan kepada yang pertama dinamakan Qabul.
HUKUM JUAL BELI
Hukum Jual Beli adalah Halal dalam Islam sekiranya sempurna Rukun yang tersebut di atas dan syarat-syarat yang berkaitan dengan Rukun tersebut. Firman Allah s.w.t.
Bermaksud:-
“Pada hal Allah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.:
(Surah Al-Baqarah ayat 275)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika menjawab soalan tentang jenis pekerjaan yang lebih baik
maksudnya:
“Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang bersih.”
Dimaksudkan dengan “bersih” ialah yang lengkap dengan syarat-syarat, oleh kerana syarat yang ditetapkan oleh Syarak itu adalah untuk mengelak dari berlakunya perkara-perkara yang dilarang oleh Islam seperti penipuan, paksaan, perjudian, riba dan sebagainya.
Syarat Bagi Penjual / Pembeli
• Hendaklah kedua-duanya terdiri dari mereka yang boleh dipertanggungjawab iaitu sempurna akal fikiran, cukup umur, pintar. Bagi mereka yang tidak memenuhi syarat ini seperti; orang gila, kanak-kanak, dan yang lemah akal maka hendaklah bapa atau penjaga mereka menjalankan upacara Jual Beli itu bagi pihak mereka.
• Tidak disekat dari menguruskan mua’amalat. Mereka yang disekat dari menguruskan mua’amalat ialah orang yang safih iaitu membelanjakan hartanya dengan cara membazir atau tidak munasabah, dan muflis iaitu orang yang disekat dari menjalankan mua’amalat kerana hutang yang berlebihan atau bankrap.
• Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak bagi menjalankan Akad tersebut, oleh kerana keredhaan atau kerelaan adalah menjadi dasar Jual Beli dalam Islam sepertimana firman Allah s.w.t.
bermaksud:-
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.
(Surah An-Nisa’ : ayat 29)
Oleh itu sebarang Jual Beli yang dilakukan dengan paksaan ke atas penjual atau pembeli dari mana pihak jua adalah tidak sah dan tidak berhasil pemindahan hak milik kedua belah pihak (penjual dan pembeli).
Syarat Bagi Sighah (Ijab / Qabul)
Tujuan diadakan Ijab / Qabul ialah untuk melahirkan kerelaan / keredhaan kedua belah pihak (penjual / pembeli) yang menjalani Akad berkenaan serta menerima implikasinya. Oleh yang demikian setiap perkataan / tulisan / syarat (bagi yang bisu) hendaklah memberi kefahaman bahawa Jual Beli berkenaan telah dilaksanakan dengan berlakunya Akad tersebut seperti dengan menggunakan perkataan: Saya jual / saya beli dan perkataan yang seumpamanya yang mempunyai erti Jual Beli.
• Syarat ini juga ada hubungannya dengan syarat “tidak dipaksa” iaitu Ijab Qabul yang terbit dari penjual dan pembeli atau wakil mereka tidak berlaku dengan secara paksa
• Adalah sempurna Ijab / Qabul dengan perkataan / tulisan / isyarat yang boleh difaham sebagai berjanji hendak menjual / membeli seperti: Saya akan menjual / akan membeli atau menyuruh seperti juallah / belilah
• Perbezaan antara Perjanjian Jual Beli dengan Akad Jual Beli iaitu kedudukan Perjanjian samalah dengan Pertunangan dalam nikah kahwin, yang mana salah satu pihak belum diberi kuasa memindah milik atau kuasa memiliki hak milik pihak yang satu lagi semata-mata dengan melalui perjanjian tersebut, adapun Akad , sama ada Jual Beli atau nikah, iaitulah kata pemutus kedua belah pihak, yang memberi kesan di atas bahan atau diri yang diakadkan dari segi kuasa atau pemindahan milik ; umpamanya dengan selesainya akad nikah kedua pasangan yang dinikahkan itu telah menjadi halal untuk hidup sebagai suami isteri, begitu juga dengan selesai akad jual beli si pembeli menjadi tuan punya barang yang dibelinya.
• Sah Ijab / Qabul tanpa sebuatan dan memadai dengan mengambil barang serta membayar wang mengikut harga yang ditetapkan. Jualan seperti ini terkenal dengan nama Bai’ut Ta’ati dan berlaku pada bahan-bahan yang rendah harganya seperti bahan keperluan harian dan yang telah diletak tanda harga.
• Pada zaman sekarang banyak berlaku Bai’ut Ta’ati khususnya di pusat-pusat membeli belah, yang mana setiap barang jualan dilekatkan penunjuk harga, setiap pengguna mengambil barang yang diperlukan dan membawa ke kaunter pembayaran, dijumlah harga barang-barang itu lalu dibayar oleh pengguna itu. Jualan seperti ini adlaah sah di sisi Syarak oleh kerana telah tercapai persetujuan kedua belah pihak iaitu penjual (tuan punya barang) yang meletak barang nya di tempat itu dengan tanda harga untuk dijual, dan pembeli mengambil barang itu setelah dilihat harganya dan bersetuju membelinya, maka perbuatan tersebut membuktikan persetujuan kedua belah pihak untuk berjual beli barang tersebut.
• Ada barang yang mahal harganya seperti rumah, tanah dan sebagainya perlulah mengadakan Ijab / Qabul yang khusus bagimya untuk mengelak dari pertelingkahan yang tidak boleh diselesaikan.
• Hendaklah diselaraskan kandungan Ijab / Qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya.
• Tidak sah Akad Jual Beli yang Ijab / Qabulnya tidak selaras misalnya; si penjual menyebut harga barang itu $50.00 dan si pembeli mengqabulkannya dengan harga $40.00 maka Akad tersebut tidak sah oleh kerana tidak tercapai kata sepakat / persetujuan di antara kedua belah pihak.
• Boleh dijual beli beberapa jenis barang dengan hanya satu Akad sahaja sama ada diterangkan harga bagi tiap-tiap jenis atau tidak. Di dalam keadaan seperti ini si pembeli hendaklah menerima semua barang tersebut.
Majlis Akad
• Pertemuan antara kedua belah pihak (penjual dan pembeli) untuk menjalankan Akad Jual / Beli di atas barang tertentu. Majlis Akad tidak semestinya dalam satu bilik atau dewan bahkan boleh di mana-mana sahaja.
• Pertemuan ini tidak semestinya secara menghadirkan diri di suatu tempat tertentu; akan tetapi boleh berlakunya Akad melalui surat, maka Majlis Akad bermula sebaik sahaja surat tersebut diterima oleh pihak kedua dan selesai membacanya; telefon, maka majlis bermula dengan penerimaan panggilan dari pihak kedua.
• Berakhirnya Majlis Akad dengan berpisahnya diri kedua belah pihak (penjual dan pembeli), beredarnya pihak kedua dari tempat bermulanya Majlis Akad melalui surat atau telex dan memutuskan hubungan telefon oleh salah satu pihak.
• Oleh yang demikian tidak berakhir Majlis Akad selagi kedua-dua belah pihak tidak berpisah sekalipun mereka bersama-sama meninggalkan tempat tersebut dan bersama-sama pergi ke tempat lain.
• Adapun Akad melalui surat dan telex maka tempat yang bermulanya Akad sahaja dikira Majlis Akad.
• Perlunya dihadkan Majlis Akad adalah untuk tujuan :-
1. -Memberi masa kepada pihak kedua untuk berfikir sama ada hendak menerima atau tidak jual / beli berkenaan setelah diijab oleh pihak pertama. Sekiranya dipilih menerima bolehlah ia mengqabulkan Ijab tersebut selagi mereka berada di Majlis Akad walau berapa lama sekalipun jarak masa antara Ijab dan Qabul itu.
2. -Memberi peluang kepada pihak pertama untuk menarik balik Ijabnya sebelum diqabulkan oleh pihak kedua.
3. -Kedua belah pihak boleh membubarkan Akad Jual Beli mereka selagi masih berada dalam Majlis Akad.
• Semua Akad Jual Beli mula berjalan kuatkuasanya sebaik sahaja kedua belah pihak bersetuju tidak ada pilihan yang lain dari Akad tersebut atau dengan perpisahan mereka dari Majlis Akad setelah selesainya Ijab/Qabul.
• Sebarang syarat yang dibuat semasa Ijab / Qabul yang mendatangkan manfaat dan tidak bercanggah dengan dasar Jual Beli adalah diterima, ini berdasarkan kepada kaedah.
sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud : – Orang-orang Islam berpegang kepada syarat-syarat mereka kecuali syarat yang menghalalkan perkara yang haram atau mengharamkan perkara yang halal(3),seperti :-
1. Syarat yang ada kaitan dengan Akad itu sendiri; umpamanya syarat tidak menyerah barang sehingga pembeli menjelaskan semua harga barang tersebut.
2. Syarat yang memperkuatkan lagi implikasi Akad umpamanya bagi menjamin hak penjual, mengenai pembayaran harga dalam jualan tangguh, maka penjamin hendaklah terdiri dari individu tertentu.
3. Syarat-syarat yang biasanya dikenakan mengikut Uruf masyarakat / perniagaan di zaman tertentu, umpamanya mensyaratkan bayaran dengan melalui Letter of Credit di kalangan peniaga-peniaga. Ini berdasarkan kepada kaedah.
Syarat Bagi Barang Yang Dijual
 Barang yang hendak dijual mestilah ada pada masa Akad dijalankan sekalipun tidak dihadirkan barang itu di Majlis Akad (kecuali Jual Salam).
 Pada asalnya jual beli adalah secara tunai, akan tetapi setelah menempuhi beberapa masalah dan perubahan dalam masyarakat maka munculnya Jual Salam iaitu jualan dengan ditangguh penyerahan barang hingga pada masa tertentu, dan jualan Dengan Bayaran Harga Tangguh.
 Sejak masa kebelakangan ini kita berhadapan dengan satu lagi jenis jual beli, yang mana barang yang hendak dijual belum ada di waktu Akad dan akad diproses berikutan dengan Akad tersebut, dan sebahagian dari harganya dibayar semasas Akad adapun yang bakinya dibayar sewaktu penyerahan barang atau semasa barang itu diproses dengan cara berperingkat, maka jualan seperti ini dinamakan iaitu : Tempahan dan hukumnya adalah Sah (1).
 Penjual berkuasa menyerahkan barang itu kepada pembeli. Oleh yang demikian tidak sah menjual barang yang tidak dimiliki oleh si penjual sama ada barang tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa, seperti burung yang sedang terbang bebas, atau yang dimiliki oleh orang lain; jualan ini terkenal dengan nama Al Fudhuli, kecuali jika diwakili oleh tuannya untuk dijual.
 Barang itu terdiri dari Harta yang bernilai.
Dimaksudkan dengan “harta yang bernilai” ialah sesuatu barang yang boleh memberi manfaat kepada pemberi atau orang lain sama ada semasa membelinya atau di masa akan datang, dan penilaian tersebut diakui oleh Syarak, oleh itu tidak sah jual beli bahan najis yang tidak boleh dibersihkan seperti arak dan sebagainya dan bahan yang diharamkan, oleh kerana bahan, najis dan bahan yang haram tidak dianggap harta di sisi Syarak, begitu juga bahan yang tidak ada manfaat(1).
 Barang itu adalah jelas pada pengetahuan pihak pembeli sama ada dilihatnya atau contohnya semasa Akad atau sebelumnya, sekiranya barang itu tidak mungkin berubah sifat, atau dengan dijelaskan sifatnya semasa Akad
Syarat Bagi Harga
• Harga barang yang dijual hendaklah disebut semasa Akad.
• Hendaklah dijelaskan jenis matawang kecuali jika wang tersebu dilihat semasa Akad, maka memadai dengan ditunjuk sahaja.
• Boleh dijual barang dengan bayaran harga tangguh dengan syarat :-
 Jelas tempoh pembayaran dan cara-caranya.
 Permulaan tempoh dikira dari tarikh penyerahan barang yang dijual
 Tidak boleh diikatkan tempoh kepada musim yang tidak tetap.
Nota: Penangguhan penyerahan barang yang dijual hingga ke masa yang ditetapkan sahaja seperti Jual Salam adalah sah, atau penangguhan pembayaran harga juga sah. Akan tetapi penangguhan penyerahan barang dan pembayaran harga di dalam satu Akad jual beli adalah tidak sah, Oleh kerana Rasulullah s.a.w. menegah jual beli tangguh dari kedua belah pihak (penjual dan pembeli).
• Kuasa penjual ke atas harga bermula sebaik sahaja selesai Akad sekalipun belum diserahkan kepadanya, oleh yang demikian bolehlah ia memindahkan pembayaran harga itu kepada orang lain secara Hiwalah.
• Serah menyerah tidaklah menjadi syarat jual beli, akan tetapi tidak selesai sesuatu upacara jual beli tanpa serah menyerah barang yang dijual kepada pembeli. Selesai serah menyerah barang yang dijual kepada pembeli. Selesai serah menyerah dengan izin penjual kepada pembeli untuk mengambil barang yang dijual tanpa sebarang gangguan, dengan yang demikian, dianggap pembeli mengambil barang tersebut.
Berhasilnya penyerahan dengan berbagai cara :-
 Penyerahan tanah memadai dengan keizinan penjual kepada pembeli bagi mengendalinya.
 Penyerahan rumah atau kawasan yang berpagar dengan masuk / beradanya pembeli dalam kawasan tersebut. Adapun rumah adalah dengan menyerah kunci kepada pembeli.
 Penyerahan binatang ternakan yang jinak dengan memegang kepala atau telinganya atau talinya dan diserah kepada pembeli. Adapun yang liar memadai dengan izin penjual kepada pembeli mengambilnya dengan apa cara jua.
 Penyerahan bahan-bahan sukatan hendaklah disukat, timbangan dengan ditimbang atas arahan pembeli dan dimasukkan ke bekasnya untuk dikendalikan oleh pembeli.
 Penyerahan juga berhasil dengan diberi barang itu oleh penjual kepada pembeli atau diambil oleh pembeli tanpa sebarang halangan dari penjual.
• Cara-cara serah menyerah seperti yang tersebut di atas adalah cara yang dilaksanakan sejak zaman yang lampau. Cara penyerahan mungkin berubah dari satu masa ke satu masa mengikut adat kebiasaan atau Uruf pada masa tersebut, oleh yang demikian Syarak menerima cara serah menyerah yang baru itu berdasarkan kepada kaedah :-
Ertinya :- Tidak disangkal perubahan hukum-hukum dengan sebab perubahan masa
• Oleh itu penyerahan tidaklah terhad dengan cara tertentu sahaja untuk setiap generasi di setiap zaman dalam semua keadaan , oleh kerana tujuan dari serah menyerah ialah : Pengendalian pembeli terhadap barang yang dibeli itu dengan sepenuhnya, setelah berlakunya pemindahan hak milik melalui Akad jual beli, tanpa sebarang halangan atau gangguan dari pihak penjual. Maka tujuan tersebut berhasil dengan apa cara jua sama ada perbuatan, perkataan, atau tulisan, dengan secara demikian hasrat penjual dan pembeli tercapai dengan sepenuhnya.
• Penjual berhak menahan barang yang dijual dari diserahkan kepada pembeli dalam keadaan jualan tunai sehingga pembeli menyerah harga barang tersebut sepenuhnya. Ada pun dalam jualan tangguh, penjual tidak berhak berbuat demikian, begitu juga sekiranya jualan tunai diubah menjadi jualan tangguh.
• Oleh kerana di dalam jualan tunai serah menyerah hendaklah disegerakan supaya kedua belah pihak (penjual dan pembeli) dapat mengendalikan hak masing-masing sepenuhnya, maka tanpa penyerahan harga dengan sepenuh bererti hak penjual ke atas barang tersebut sehingga selesai pembayaran harga dengan sempurna. Adapun berkenaan dengan jual tangguh yang mana penjual tidak berhak menahan penyerahan barang oleh kerana ia telah bersetuju dengan penangguhan bayaran harga hingaa ke tarikh yang ditetapkan, maka gugurlah haknya untuk menahan penyerahan barang tersebut atas dasar bayaran harga belum selesai.
• Tempat penyerahan barang yang dijual ialah di mana berlakunya upacara Akad, kecuali jika dipersetujui bahawa penyerahan dilakukan di tempat lain maka barang itu hendaklah diserah di tempat yang dipersetujui.
• Semua perbelanjaan yang berhubung dengan pembayaran harga adalah ditanggung oleh pembeli, dan semua perbelanjaan yang berhubung dengan penyerahan barang ditanggung oleh penjual; kecuali ada persetujuan selain dari yang tersebut maka hendaklah diikut butir-butirnya.
• Lain-lain perbelanjaan untuk menyelesaikan urusan jual beli seperti perkara-perkara yang berhubung dengan pendaftaran, cukai setem dan sebagainya adalah mengikut kebiasaan / Uruf yang dijalankan di dalam masyarakat tertentu sama ada di tanggung oleh penjual atau pembeli atau ditanggung bersama, kecuali pada perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak maka wajib ditepati perjanjian tersebut.
• Sekiranya berlaku kemusnahan ke atas barang yang dijual sebelum diambil alih oleh pembeli, maka ditanggung oleh penjual. Adapun selepas diambil alih maka menjadi tanggungan pembeli. Ini adalah salah satu kesan daripada serah menyerah , oleh kerana barang tersebut sebelum dikendalikan oleh pembeli adalah menjadi tanggungjawab penjual walaupun barang itu telah berpindah milik dengan selesainya Akad.
• Sekiranya berlaku kemusnahan ke atas barang yang hendak dijual di tangan pembeli semasa tawar menawar, sebelum Akad, pada hal harganya telah ditetapkan oleh penjual, maka hendaklah diganti oleh pembeli, dan sekiranya harga belum ditetapkan oleh penjual, maka pembeli tidak dikenakan ganti kecuali jika kemusnahan tersebut disengajakan oleh pembeli.
Kiriman: Muhammad Shafiq Bin Adon

Olih:Ustaz Abd Aziz bin Harjin

Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

01/10/2020 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment