Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Lagi lagi Ulama bertelagah sesama sendiri

Malaysia Kini 10 Ogos 2011-

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini meminta penceramah terkenal Dr Muhammad Uthman El-Muhammady supaya tidak “berdolak-dalik” berhubung undangan berdialog berhubung isu Wahabisme dan terorisme.

“Dalam surat (undangan) kita tidak sebut sama ada tertutup atau terbuka. Kita tak sebut tarikhnya.

“Kita kata dia boleh pilih tarikhnya sepanjang bulan Ramadan ini. Kita dah beri ‘cek kosong’ kepada dia,” kata Dr Juanda (kiri).

“Kita ajak dia berdialog, tak perlulah beri jawapan falsafah.”

Semalam, Dr Uthman dilapor menafikan menolak undangan dialog Dr Juanda susulan pembentangan kontroversinya dalam taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Sebaliknya, Uthman berkata, beliau mahu dialog itu diadakan secara tertutup dengan penganjurannya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dihadiri pakar yang turut dipilih Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Komen :

Ulama ulama kini sudah terikut ikut rentak politkus.Tidak henti henti bertelagah di antara satu sama lain.Kalau sibuk bertelagah bila masa nak menjalankan kerja Nabi membangun ummah? Kalau ya pun kerana ada perbezaan pendapat yang hendak disuarakan jangan lah dilakukan di media hingga semua rakyat tahu.Ini mengambarkan betapa keji nya akhlak ulama yang nampaknya macam tidak  beretika.Apa tujuan nak bertelegah di media? Nak tunjuk kepada rakyat siapa lebih tahu dan lebih pandai? Nak tunjuk siapa lebih jaguh kot? Sedarlah  ulama, tingkah laku begini tidak mendatangkan apa apa keuntungan kepada perkembangan dan pembangunan Islam.

Ulama bertelagah rakyat jadi pening dan bingung.Fikiran rakyat jadi bercelaru dan kucar kacir kerana tak tahu nak ikut cakap siapa.Dua dua pihak mengata dia yang betul.Sepatut mereka jadi contoh terbaik untuk di ikuti oleh rakyat.Perangai rakyat pun terikut ikut jadi macam mereka. Bertelingkah fasal agama macam tidak ada kesudahan.

Tak pernah saya dengar pemimpin dan bijak pandai dari agama lain bertelegah sesama sendiri secara terbuka begini.Mereka melihat dan sudah tentu mentertawakan gelagat anda.Kalau begini lah keadaannya selalu sememangnya, sungguh memalukan! 


Advertisements

17 August 2011 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Renungan & Teladan |

5 Comments »

  1. Berbincang lebih baik..

    Comment by ida | 9 January 2015 | Reply

  2. bila dajal keluar 70 000 ribu ulama belakang dajal itu semua ulama
    yang cintakan dunia , sekarang dah nampak ulama yang cam tu sekarang
    .. 1. ULAMA YANG SUKA MENGATA ORANG . 2. ULAMA YANG MINTA DUIT . 3.
    ULAMA YANG TAKUT SUSAH. DLL. ULAMA YANG SEBENAR ADALAH ULAMA YANG
    CINTA KAN AKHIRAT RASA HINA PADA DUNIA.

    Comment by khairulcorp | 24 August 2011 | Reply

  3. insyaallah kita tidak menjadi bercelaru jika kita memahami dan mengikut al-quran dan hadiz nabi muhammad s.a.w
    al-quran adalah mukjizad yg diturunkan untuk memberi panduan dan petunjuk.. jika bercelaru dengan kata2 ulama yg bertelagah.. mari kita merujuk kepada al-quran dan hadiz..

    selamat beramal

    Comment by hamba perihatin | 18 August 2011 | Reply

  4. benar tuan…lately i come to the conclusion..tiada apa lagi yg muslimin muslimat (yg benar2 beriman) harapkan dr sarana politikal parti di negara ini, bahkan ulama juga punya rentak yg sama..i glad u see these scenarios yet coming with strong facts, sentences and statements..teruskan usaha tuan, saya turut bersedih namun..struggle mesti harus terus berjalan..kembali kepada mahabbah, haraki sudah mulai pudar menerajui jalan ke arah khilafah ISLAM..waktu sudah jelas menggambarkan bahwa akhirnya kehidupan semakin dekat..istiqamahlah kita dlm amalan dan ikutan warisan QURAN dan SUNNAH …hingga tertegak bendera dr Khurasan, kita semua berlari ke sana..

    Comment by azharali zaini | 18 August 2011 | Reply

  5. Nabi kata, ” Di akhir zaman Islam hanya tinggal namanya sahaja, Quran tinggal kulitnya sahaja, masjid banyak tapi tidak beri petunjuk dan ULAMA’ SESAT MENYESATKAN ”

    Nabi berbohong ke ?

    Comment by Mohd Ali Mohd Rashed | 17 August 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: