Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Polygamy is the key to a long life?

>

Want to live a little longer? Get a second wife. New research suggests that men from polygamous cultures outlive those from monogamous ones.
After accounting for socioeconomic differences, men aged over 60 from 140 countries that practice polygamy to varying degrees lived on average 12% longer than men from 49 mostly monogamous nations, says Virpi Lummaa, an ecologist at the University of Sheffield, UK.
Lummaa presented her findings last week at the International Society for Behavioral Ecology’s annual meeting in Ithaca, New York.
Rather than a call to polygamy, the research might solve a long-standing puzzle in human biology: Why do men live so long?
This question only makes sense after asking the same for women, who – unlike nearly all other animals – live long past the menopause.

Enforced monogamy
One answer seems to be a phenomenon called the grandmother effect. For every 10 years a woman survives past the menopause, she gains two additional grandchildren, Lummaa says. It seems that doting on and spoiling grandchildren aids their survival, as well as furthering some of their grandmother’s genes.

Men, by contrast, can reproduce well into their 60s and even 70s and 80s, and most researchers assumed this explained their longevity. But Lummaa and colleague Andy Russell wondered whether other factors explained the long lifespan of men, such as a grandfather effect.

To test this possibility, the team analysed church-gathered records for 25,000 Finns from the 18th and 19th centuries. People tended to move little, no one practiced contraception and the Lutheran Church enforced monogamy.

Only widowed men could remarry, and if they had children with their new wife, they fathered more kids, on average, than men who married once.

But ultimately remarried men “don’t end up with any more grandchildren,” Lummaa says. “If anything the presence of a grandfather was associated with decreased survival of grandchildren.”

Perhaps, Lummaa adds, the children of the first mother lose out on food and resources that go to the second mother’s kids. “It’s kind of the Cinderella effect.”

Even fathers with only one wife provided no benefit to their grandchildren, a finding supported by previous research.

Biological selection

With the grandfather effect ruled out, Lummaa and Russell next wondered whether the constraints of human physiology explain male longevity. In the same way that men have nipples that evolved for women to nourish their young, male longevity might be a consequence of biological selection for long-lived women.

To answer this question, the researchers compared the lifespan of men from polygamous countries with those from monogamous nations.

Using data from the World Health Organization, Lummaa and Russell scored 189 countries on a monogamy scale of one to four – totally monogamous to mostly polygamous. They also took into account a country’s gross domestic product and average income to minimise the effect of better nutrition and healthcare in monogamous Western nations.

Lummaa stressed that their monogamy score is a crude first stab, and they are working to find multiple ways to assess marriage patterns. The conclusions could evaporate under further analysis, she adds.

If female survival is the main explanation for male longevity, then monogamous and polygamous men would live for about the same length of time. Instead, it seems that fathering more kids with more wives leads to increased male longevity. Men, then, live long because they’re fertile well into their grey years.

The explanation could be both social and genetic. Men who continue fathering kids into their 60s and 70s could take better care for their bodies because they have mouths to feed. But evolutionary forces acting over thousands of years could also select for longer-lived men in polygamous cultures.

“It’s a valid hypothesis and good prediction,” says Chris Wilson, an evolutionary anthropologist at Cornell University in Ithaca, New York, who attended the talk. But the care and attention of several wives who depend on the social status of their ageing husband could explain everything. “It doesn’t surprise me that men in those societies live longer than men in monogamous societies, where they become widowed and have nobody to care for them.”

Source:http://www.newscientist.com/article/dn14564

28 March 2009 Posted by | Articles in English | Leave a comment

>Apakah perkara yang sudah hilang dari umat Islam?

>Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara khusus,

antaranya ialah:

HILANG NYA:

    1. Keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih sayangnya.
  • Sifat berani daripada alim ulama juga kasih sayang dan nasihat nasihatnya serta sifat zuhudnya.
  • Sifat malu daripada kaum wanita
  • Sifat sabar daripada fakir miskin
  • Sifat pemurah daripada orang kaya
  • Sifat tawadhuk daripada golongan atasan
  • Ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah
  • Sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pejuang Islam
  • Sifat bijakasana dan lemah lembut daripada para pendakwah
  • Rasa khusuk dalam solat
  • Sifat amanah daripada orang yang diberi tanggung jawab.

Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara umum, antaranya ialah:

HILANG NYA:

    1. Ilmu pengetahuan
  • Kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat
  • Akhlak dan budi pekerti yang mulia
  • Ukhwah dan kasih sayang
  • Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap wanita
  • Perpaduan dan kesatuan Umat Islam
  • Rasa bertuhan atau rasa tauhid
  • Rasa cinta pada Akhirat
  • Rasa takut dengan Tuhan atau dosa
  • Rasa tawakal
  • Rasa qanaah
  • Sifat redha
  • Sifat sabar
  • Sifat betolak ansur
  • Persahabatn di kalangan kaum Muslimin
  • Sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin
  • Tamadun Islam
  • Undang undang perlembangaan Islam

Mengapa terjadi demikian? Umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak merugikan.Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan apa apa.

Begitu rosaknya jiwa dan cara berfikir Umat Islam pada hari ini.

Oleh: Ustaz Hj Ashaari Muhammad

28 March 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>Engkau Pejuang Islam atau Perosak?

>Engkau hendak berjuang?
Bagus kalau itulah yang kamu mahu
Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri

Sudahkah kau mengenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiran mu?
Apakah fikiran mu sudah Islam?
Sudahkah engkau kenal nafsu mu?
Fahamkah engkau kehendak kehendak nafsu mu?
Ke mana dia hendak membawa mu?

Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsu mu selari?
Lebih lebih lagi sudahkah engkau faham jiwa mu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak di lepaskan
Yang negatif hendak di tahan

Melepaskan yang positif dan menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin,
ia itu jiwa

Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk hutan belantara yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan jangan engkau akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kamu
Bahkan rimau pun boleh membaham kamu

Kawan, perkataan berjuang mudah di sebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan
Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan di taati
Kalau belum sampai taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan
lebih banyak, tanpa di sedari
Sekali pun niat engkau suci.

Nukilan: Ustaz Hj Ashaari Muhammad

28 March 2009 Posted by | Madah dan Sajak | Leave a comment

>Perokok lebih hina daripada lembu

>

KOTA BHARU 27 Mac – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — BERNAMA

28 March 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Siapa Mustafa Kemal Atatürk 1881-1938.


Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki .
Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama..
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin
Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai
dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama
di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya
diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di
mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus
dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan
tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk
adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan
oleh askar itu.

Khalifah-uthmaniyah-terakhir Sultan Abdul Hamed II ketika di arah meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki Mustafa Kamal Atartuk pd 3 Mac 1922.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan
dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!
Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu
panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya( susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi
dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak
menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya
Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Dari E mail:malaysia news <akupunnews@gmail.com
Sumber:CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM

21 March 2009 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan | 6 Comments

>Apabila Agama lain guna nama Allah

>Semua makhluk berhak menyebut dan mempergunakan nama Allah, kerana Allah tuhan Alam semesta.
Tetapi persoalan nya Allah yang di maksudkan Islam dengan Allah yang di maksudkan Kristian berbeza dan tidak serupa.Yang di maksudkan Allah oleh Kristian ialah “tuhan 3 dalam satu (Trinity)”.

Dan bagaimana pula di kuil, gambar dan patung patung Hindu dan Buddha bila di panggil Allah? Tentu akan timbul kekeliruan dan mengancam akidah Umat Islam yang tipis Iman dan Ilmu nya.
Lihat di Indonesia nama Allah bebas di gunakan oleh agama bukan Islam.Hasilnya kedudukan agama Islam di sana jadi bercelaru.Satu contoh kecelaruan, orang Islam dan Kristian boleh kahwin tanpa perlu menukar agama kerana masing masing mengaku menyembah Allah.Lepas itu anak anak mereka boleh pilih agama mana hendak ikut.Agama bapa nya atau agama ibu nya.Tidak kah ini sudah jadi keluarga celaru?
Dari keluarga celaru terbina pula rakyat celaru dan akhirnya di peringkat negara bagaimana pula? Boleh kah kita sebut negara IslamKristian atau negara KristianIslam?
Kalau begini jadi nya di mana kah letak nya kedaulatan agama wahyu agama Islam agama Allah nanti? Apabila sesiapa sahaja boleh pergunakan dan peralatkan perkara perkara yang berkaitan dengan nama Allah?

Apa yang saya lihat dan persoalkan ada lah penggunaan nama Allah dari sudut amali nya oleh bukan Islam.Kita curiga bagaimana mereka boleh menjaga kesucian nama Allah ini sebagaimana kita umat Islam menjaganya.
Bagi bukan Islam apa guna di sebalik nama Allah sedangkan mereka tidak faham dan kenal siapa itu Allah.Sekiranya mereka tidak mengerti dan mengenali siapa itu Allah maka tidak layak lah untuk mereka menggunakan nama Allah.
Sedangkan kalimah Allah bukanlah satu kalimah sekadar menjadi tulisan atau sebutan bagi tuhan semata mata.Ia merupakan nama yang melambangkan Akidah atau agama bagi orang yang menggunakan nya.

Kesimpulan:

  • Sudah tentu “tuhan 3 dalam satu” tuhan agama Kristian bukan tuhan Allah. Maka dalam konteks ini mereka tidak boleh guna nama Allah.
  • Sudah tentu tuhan patung agama Hindu dan Buddha bukan tuhan Allah.Maka mereka tidak boleh sebut Allah merujuk kepada patung patung tersebut.
  • Apa untung nya Umat Islam di Malaysia jika nama Allah di benarkan di guna oleh bukan Muslim?
  • Benarkah melarang mereka guna nama Allah akan membantutkan dakwah.Dan menjauhkan orang bukan Islam untuk mendekati Islam?
  • Orang Kristian tidak perlu menamakan tuhan mereka itu Allah kerana tidak tersebut di dalam bible tuhan mereka namanya Allah.Dalam kitab agama Hindu dan Buddha langsunglah tidak wujud nama Allah.
  • Mengapa tiba tiba di Malaysia mereka beria ia mahu guna nama Allah? .Sudah tentu mereka ada ajenda.Mungkin untuk mempermudahkan kerja dakyah mereka memurtadkan orang Islam dengan memperguna atau memperalatkan nama ALLAH.
  • Tidak mustahil satu hari nanti gereja gereja di hiasi dengan logo logo tulisan Allah.Menara di letak lambang Allah ganti lambang salib.Hingga akhirnya Masjid dan gereja nampak kurang perbezaan nya.Siapa nanti akan keliru?
  • Mereka akan pakai T Shirts berlogokan tulisan Allah.Umat Islam ada hukum berkaitan kegunaan nama Allah.Umpama tulisan nama Allah tidak boleh di bawa ke dalam tandas dan tempat tempat maksiat dan kotor.Bagi mereka, tidak jadi masaalah, mereka boleh bawa nama Allah kemana mana sahaja mereka suka, ke tandas, tempat perjudian kerana mereka tidak terikat dengan hukum hukum Islam .

Saya hanya menyuarakan kebimbangan saya.Saya tidak tolak pendapat Dr Asri dan TGNA .Tetapi saya lebih setuju dengan pendapat ramai ulama dari JAKIM, dan beberapa ulama lain di luar JAKIM.
Realiti nya boleh kah kita jamin agama agama lain, terutama Kristian di Malaysia. tidak akan ambil kesempatan mengguna nama Allah sebagai alat untuk memesongkan umat Islam yang kian tenat akidah nya hari ini?

.

11 March 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 18 Comments

PM Abdullah Badawi dan Anwar berunding di Hulu Langat?

>Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor.Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud al-Majzub,
dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.
Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan
pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.
Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.
Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas
selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan ‘jadi’ itu?
Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

Sumber:Blog http://msomelayu.blogspot.com

10 March 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>Pendapat seorang Ibu tentang PPSMI

>

Assalamualaikum

Ingin merentet pendapat peribadi kat sini tp jgn lupa disalah erti ….

secara peribadi, sy ibu kepada seorg anak yg bersekolah di drjh 3..pd awal dulu..sewaktu kerajaan nak laksanakan sy cukup rs risau dan bimbang…apakah mampu anak sy menguasi pelajaran matematik & sains dlm bhs inggeris???….sbb waktu sy bersekolah dulu..semua pelajaran menggunakan bhs melayu…melainkan matapelajaran bhs inggeris itu sendiri…itu pun markah matematik & sains sy…x begitu membanggakan.

Tetapi..alhamdulillah…wlp anak sy tidak sebijak anak org lain…namun keputusan ujian dan peperiksaannya bg sains & matematik tidak pernah kurang dr 90%…sy bangga anak sy mampu kuasai mata pelajaran tersebut wlp pd dasar sy agak ragu2…ini kerana sistem PPSMI itu telah terbentuk….dan anak2 kita sudah pasti mampu untuk mempelajarinya wlp dlm bhs inggeris kerana mereka MESTI belajar…

Namun sy agak terkilan bilamana ade pihak yg cuba utk membantah PPSMI ini…kerana apa ya?…Sedangkan sy yg tinggal di hulu kampung ni sendiri amat gembira klu anak2 bangsa kuasai bhs inggeris. Bukan bermakna PPSMI ini akan membunuh bhs melayu…tidak tidak sama sekali.

Cuba anda lihat..ape jua peperiksaan di peringkat sekolah rendah hingga ke menengah…mata pelajaran apakah yg wajib untuk lulus?…pasti bhs melayu / malaysia kan…Jika tidak lulus mata pelajran bhs melayu..maka secantik mana pun keputusan mata pelajaran lain tidak akan bw apa2 pengiktirafan kepada sijil yg diperolehi. Jadi di mana bukti yg dpt mempengaruhi bhw bhs melayu akan hilang jika PPSMI di teruskan???…

Saya sendiri mmg tidak lancar utk berbhs inggeris, ada kala..anak sy yg terangkan pd sy berkenaan penggunaan bhs ingeris itu sewaktu melakukan kerja sekolah sains & matematik dirmh…kan bagus tu….kita sbgi ibu bapa juga boleh belajar sama dgn anak2 kita.

Sewaktu sy bersekolah.sy adalah pemantun peringkat negeri perak sewaktu sy berusia 16thn…hingga sekarang…sy masih mengamalkan penggunaan Pantun dan kata2 kesenian melayu dlm bisness sampingan yg sy jalankan…sy juga sering melatih anak sy mahir dlm kesenian bhs melayu…sering sy berikan sajak2,pantun2,teka teki dlm bhs melayu….namun sy tetap tidak menolak perlaksanaan PPSMI ini….

Hingga kini sy msh menyimpan minat dan mungkin juga boleh sy katakan impian untuk menjadi pensyarah bahasa melayu….tp sy tau..itu tak dpt sy miliki kerana nak masuk universiti mestilah sekurang2nya kredit dlm bhs inggeris kan….kerana itu lah sy meyokong PPSMI ini, demi utk kepentingan anak2 generasi akan dtg yg ingin melanjutkan pelajaran ke universiti…spy anak sy tidak “terlambat:” seperti sy…

Ceria seroja di kala maya,

Di kali huni bersemi melati,

Hidup Melayu kerana Bahasa,

Bahasa Tidak di jual beli

**Perlaksanaan PPSMI tidak akan membunuh bahasa Ibunda selagi ada generasi seperti saya..insyaallah..maka tidak perlu lah memorandum , rusuhan, demonstrasi jalanan…. kaum lain hy bertepuk tgn melihat kekalutan dan keegoan bangsa kita…renung2kan.

Jom ckp Jawa or Banjar…(bhs inbunda gak ni weiii)..ada sape2 yg nak layan tak?…

Regards,
YAN
email : yan@plascentre.com

10 March 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>Lagi isu PPSMI

>
Foto: myadha.blogspot.com

Tanya dan buat kajian adakah pelajar perubatan atau kejuruteraan (medical study atau engineering) menghadapi masalah untuk belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris!!!

Jangan tanya pelajar sastera atau jurusan agama. Mereka sudah tidak berminat dengan sains dan matematik.

Sama juga jangan tanya Samad Said atau tokoh bahasa. Tanyalah dekan perubatan dan kejuruteraan di semua universiti di Malaysia atau seluruh dunia, adakah mereka susah belajar sains dan matematik dalam BI!!!

Apakah bahasa mereka guna pakai sehingga berjaya menyambung pengajian dalam bidang pakar atau PhD?

Tidak ada pakar bahasa atau tokoh sasterawan yang mengemukakan idea yang bernas, jitu dan ‘berakal’ bagaimana caranya hendak membela dan memelihara BM, kemudian dijulangnya di Malaysia.
Semua pakar asyik mengkritik bukannya memberi buah idea.

Jangan samakan pakar bahasa Malaysia dengan pakar Bahasa dari Jepun. Inovasi dari negara mereka, dan pakar kita hanya tahu mengulas inovasi berkenaan seolah-olah pakar kita yang ciptanya.

Kenapa mengaitkan pengajian sains dan matematik sebagai satu ‘penjajahan’? Bahkan Bahasa Melayu sudah berkembang kerana mengambil nilai-nilai dan tatabahasa dari pelbagai bahasa seperti Inggeris, Arab, Yunani, Belanda, Cina, Perancis dan sebaganya untuk berkembang pesat!!!

Kita tidak memanggil komputer (pada asalnya dipanggil computer) sebagai ‘kotak elektrik yang ada bayangan’ atau ‘kotak menulis macam televisyen’. Adakah dengan menyebut komputer;bahasa Melayu atau Malaysia sudah hapus, pupus, tercemar dan dimalukan?

Kini, PPSMI ditentang dikala masalah ekonomi melanda dunia. Sepatutnya kita menjadikan PPSMI sebagai cara memajukan sistem pendidikan negara walaupun kini menempa krisis kewangan global.

Kita tidak akan terhakis Bangsa kalau berbahasa Inggeris atau Mandarin. Melayu tetap Melayu. Cina tetap Cina dan India tetap India walaupun mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Perancis atau Jepun.

Yang berbeza, kalau tidak mahir berbahasa Inggeris, orang Melayu akan jadi penyelia, India menjadi pegawai atau eksekutif dan Cina akan menjadi Pengurus walaupun ketiga-tiga bangsa itu kelulusan dari universiti atau kolej yang sama dan ‘professornya’ juga orang yang sama.

PADA PANDANGAN ABE MIE, KALAU PPSMI DIKUBURKAN, KERAJAAN AKAN HADAPI SATU GELOMBANG KETIDAKADILAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN ANTARA GOLONGAN KAYA DENGAN MISKIN DAN MASYARAKAT DESA DENGAN BANDAR.

Satu boleh cakap Bahasa Melayu sahaja, dan satu kaum lagi (bandar) mahir berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Jepun.


FIKIRLAH SEBAB ANAK-ANAK PAKAR BAHASA MELAYU PUN TAK PERNAH CAKAP MELAYU WALAUPUN DI RUMAH, TETAPI KENAPA PAKAR TIDAK MAHU ANAK NELAYAN MISALNYA BOLEH BERBAHASA INGGERIS DENGAN BAIK!!

Abe Mie


10 March 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>Isu PPSMI

>SAYA bukanlah seorang yang bijak berbahasa Inggeris dan apabila hari bertemu ibu bapa, topik utama yang akan dibuka oleh guru-guru saya adalah kelemahan saya menguasai bahasa Inggeris. Jika mendapat 40 markah, maka saya sudah gembira dan di hati saya hanya berkata, bahasa Inggeris tidak penting sebab kita duduk di Malaysia. Semua boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Hari ini saya berada di UiTM dan telah menyambung pelajaran dari diploma ke sarjana muda. Hari pertama pembelajaran di UiTM, saya menjadi kekok. Setiap masa bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar. Mujurlah bukan saya seorang sahaja terkulat-kulat di dalam kelas memahami setiap patah perkataan dari pensyarah tersebut, namun ramai lagi. Hari demi hari, saya mula memahami setiap patah perkataan.

Walaupun berbahasa Inggeris, namun sehingga kini saya boleh menguasai setiap subjek yang diajar. 7 Mac 2009, saya hanya menggelengkan kepala. Bantahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibu negara membuatkan saya termenung. Apakah ikhlas mereka memperjuangkan nasib bahasa Melayu atau hanya menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka?

Jika dahulu masyarakat Melayu takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah beraliran Inggeris kerana gusar akan dimurtadkan, maka masyarakat kini kembali kepada fitrah. Melayu yang berfikiran terbuka rupanya masih di takuk yang lama.

Melayu hari ini mengutarakan pendapat bahawa PPSMI akan membunuh bahasa Melayu yang juga jati diri masyarakat. Malah, saya percaya mereka yang datang dari pelbagai latar belakang memahami tujuan utama PPSMI ini tetapi sedaya mungkin cuma membutakan mata dan hati untuk memandang ke hadapan. Apa yang mereka lihat hanyalah anak-anak kampung yang merana memahami isi kandungan matapelajaran yang diajar. Bukankah ini menunjukkan kelemahan kita? Bukankah ini memperlekehkan anak-anak kampung? Di manakah kebolehan kita?

Adakah kebolehan kita hanya menyalak di jalan raya dan menuduh kerajaan memenggal leher bahasa seperti yang dilaungkan oleh salah seorang sasterawan negara menerusi sajak ‘Puisi Keranda 152’nya?

Teringat saya kata seorang guru. Budaya ‘menolak’ ini menyerang semua lapisan masyarakat Melayu. Bila ada pihak menaja penentangan terhadap PPSMI maka ramailah yang akan terpengaruh. Orang-orang Melayu dicadang supaya belajar yang mudah-mudah sahaja. Subjek yang berat serta susah janganlah dicuba. Maka bertambah-tambahlah lagi ketakutan mereka untuk berusaha belajar.”

Mengapakah sewaktu pengenalan kepada PPSMI pada tahun 2003 dilakukan, tiada pula gerakan-gerakan sebegini menghalang melainkan hanya suara-suara kecil yang kedengaran. Namun, apabila berbilion ringgit dilaburkan untuk PPSMI, barulah golongan-golongan sebegini mahu membantah secara besar-besaran.

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang melabelkan golongan yang menyokong PPSMI adalah celaka kerana PPSMI menghilangkan jati diri seperti yang dilaporkan Harakah bertarikh 23 Februari 2009.

Pada hemat saya, sekali lagi pihak-pihak tertentu menggunakan anak-anak sebagai senjata untuk kepentingan politik mereka. Ia seperti mahu menutup. Bukankah yang belajar itu anak-anak kita dan seharusnya anak-anak tersebut yang perlu membuat keputusan.

Cara yang paling elok adalah pihak kementerian mewujudkan semula pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan dalam masa yang sama meneruskan agenda PPSMI.

Biarkan anak-anak memilih samaada ingin memasuki kelas yang mengajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Itulah penyelesaian yang terbaik supaya tiada lagi yang menuduh kerajaan membina keranda untuk bahasa Melayu.

Saya berkata, menerusi pengalaman. Bukanlah pengalaman belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tetapi pengalaman berada di universiti yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal ini kerana kini saya sudah boleh memahami bahasa Inggeris walaupun terlambat dan saya cuma berharap agar generasi akan datang akan lebih sedar akan kepentingan menguasai bahasa selain bahasa ibunda.

Persetankan dakyah yang mengatakan Jepun boleh membangun dengan memartabatkan bahasa mereka kerana Jepun menguasai ilmu sedari awal berbanding kita yang terlewat untuk menguasai ilmu.

RAKYAT BIASA
Melaka

Ayat sokong PPSMI

TERUSKAN PPSMI. Ini saja cara orang Melayu untuk pecah monopoli bangsa lain dan kuasai teknologi serta ekonomi. Teruskan bersaing. Jangan mengalah anak Melayu.
-DIN

PM, Hishamuddin dan Kabinet, jangan melatah. Teruskan PPSMI. Biarkan mereka yang tidak setuju itu bersekolah pondok saja. Jangan sokong atau bantu jika anak-anak mereka ingin belajar di universiti.
-012-3564XXX

TERUSKAN PPSMI demi kebaikan anak Melayu. Penentang PPSMI adalah pembunuh senyap masa depan Melayu.
-ORANG KAMPUNG

KEPADA pejuang mansuh PPSMI, anda semua pandai bahasa Inggeris. Kenapa perlu sekat cucu-cicit belajar bahasa lain. Kita semua dah senja. Beristighfar banyak-banyak.
-ANAK JOHOR

SEBAGAI ibu yang tidak pandai berbahasa Inggeris, sokong 100% PPSMI. Harap Menteri Pelajaran teruskan PSMI untuk masa depan anak-anak yang lebih baik.
-IBU PRIHATIN IJA

KALAU benar Gapena pejuang bahasa Melayu, bantahlah bahasa penghinaan Karpal Singh terhadap Pemuda UMNO.
-LADO PODEH

PELIK dengan sikap pembangkang PPSMI bukankah memahami lebih dari satu bahasa adalah amat penting supaya kita tidak mudah diperdaya. Jadilah bangsa Melayu yang berfikiran positif.
-017-5238XXX

10 March 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>Umat Islam yang tidak pernah memperjuangkan agama hidup dalam keadaan sia-sia

>Mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan termasuk dalam perjuangan menegak Agama Allah.

SEORANG Muslim yang tidak memiliki semangat dakwah dan jihad bagi memperjuangkan agama, sebenarnya sedang mengalami krisis jati diri dan identiti Muslimnya. Untuk apa semua yang diusahakan, harta dikumpul, ilmu dikuasai, jawatan direbut dan dunia yang berhasil digenggam jika tidak dimanfaatkan untuk agama Allah? Seandainya seseorang sudah memiliki segala-galanya kemudian tiba-tiba dia mati tanpa memperjuangkan agama, maka alangkah sedikit bekal dan payahnya kehidupan yang mesti dilalui selepas mati kelak. Sia-sia saja visi dan misi hidupnya di dunia. Saat itu sedarlah ia yang kembali miskin seorang diri di alam barzakh.

Sesungguhnya kejayaan yang hakiki bermula daripada satu niat meninggikan kalimah Allah. Sedangkan apa yang diusahakannya selama ini untuk dunia semata-mata demi kepuasan nafsu belaka.

Kebangkitan Islam sering diperkatakan tetapi realitinya generasi Islam kini sudah mengalami serangan duniawi yang sedikit sebanyak mempengaruhi kejiwaan, pemikiran dan sikap mereka. Mentaliti Muslim yang hilang semangat memperjuangkan agama semakin parah di tengah-tengah umat.

Tidak kira golongan mana pun, jika umat meninggalkan dakwah dan jihad di jalan Allah, maka tunggu kehancuran seperti ditegaskan dalam firman-Nya bermaksud:

“Wahai orang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepadamu: Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih suka dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanya sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan Dia menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Taubah, ayat 38-39)

Melalui ayat itu, Allah menyatakan punca hilang semangat dakwah dan jihad iaitu kerana manusia terlalu cintakan kehidupan dunia. Bahkan jika boleh, agama pun akan dijual, saudara sesama Muslim dianiaya, jatuh-menjatuhkan, aib- mengaibkan untuk mendapat apa diinginkan oleh hawa nafsu.

Jika kejahatan bermaharajalela tetapi semangat dakwah dan jihad semakin kendur tidak mustahil kehancuran umat akan terjadi. Dakwah dan jihad adalah benteng paling kukuh untuk melindungi umat daripada serangan musuh. Sepatutnya ia menjadi idealisme yang wajib ditanam dalam jiwa seluruh generasi Muslim.

Sayangnya, dakwah Islam dan semangat jihad hanya dimiliki golongan tertentu yang berkopiah dan berserban, di masjid dan surau. Itupun jika tepat ruang yang disalurkan. Sedangkan golongan profesional, pemikir, penggubal dasar, penggerak politik, budayawan, seniman, ahli sukan, saintis, peniaga, pendidik Muslim, mereka agak kurang bersemangat mengenai hakikat dakwah dan jihad.

Peranan ulama diharapkan boleh membuka ruang kepada mereka untuk memahami Islam, mencintai dan merasa terpanggil memperjuangkan agama menurut kapasiti ilmu dan kekuatan dimiliki. Umat Islam mesti kembali menanamkan idealisme tegakkan dakwah dan jihad dalam kehidupan.

Hapuskan kesilapan lalu dan bertaubat daripada kejahatan nafsu duniawi yang menipu. Kerja dakwah serta strategi jihad mesti disesuaikan dengan situasi dan realiti masyarakat sekarang. Media memainkan peranan penting sebagai penyampai kebenaran, hiburan dan seni juga menjadi pilihan orang yang mahukan kelainan dalam sentuhan dakwah, alam maya dalam sistem teknologi maklumat tercanggih yang semakin digilai manusia menjadi alternatif menyampaikan keindahan Islam.

Ulama tidak ketinggalan mengkaji pendekatan dan pengurusan dakwah yang sesuai untuk manusia pada zaman siber. Pendekatan fleksibel, mendidik sebelum menghukum, mendengar suara umat dan mengkaji perubahan zaman sebelum memutuskan fatwa diharap membawa kemajuan adalah tugas ulama yang amanah.

Ulama berdiri sebagai pembimbing jalan, pemberi jawapan atas setiap persoalan, doktor yang menyembuh penyakit jiwa masyarakat dan penyampai keindahan Islam yang membangkitkan umatnya supaya mencintai agama. Ulama memerlukan pendedahan ilmu dan wawasan yang lebih global dengan bermuzakarah antara ulama sedunia untuk mempertingkatkan keupayaan dalam mendampingi umat ke jalan yang diredai Allah.

Sesungguhnya dakwah dan jihad adalah panggilan jiwa insan yang mencintai sunnah Rasulullah SAW. Wasiat Baginda SAW sentiasa menjadi ingatan di hati yang bermaksud: “Sesiapa yang membenci sunnahku bukan termasuk golonganku.” (Hadis Muttafaq Alaih)

Dakwah dan jihad juga adalah kerjaya nabi dan rasul yang diabadikan dalam al-Quran sebagai jalan hidup terbaik di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud: “(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya) dan sampaikanlah berita gembira kepada orang beriman. Wahai orang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah seperti Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikutnya yang setia: Siapakah yang akan menjadi penolongku (untuk menegakkan agama) Allah? Pengikut yang setia itu berkata: Kamilah penolong agama Allah, lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan lain kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang beriman terhadap musuh mereka, lalu mereka menjadi orang yang menang.” (Surah al-Shaff, ayat 11-14)

Seseorang yang bergiat dalam kerja dakwah pasti menghadapi ujian yang boleh mengancam langkahnya. Ujian yang dipikul bersesuaian dengan tahap keimanan masing-masing. Kadangkala hanya dengan sifat diri yang kurang sabar seseorang boleh terjatuh dan tidak dapat bangkit lagi, walaupun ramai di hadapannya orang yang lebih berat lagi menerima penyeksaan dalam mengharungi medan dakwah dan jihad.

Hanya orang terpilih yang tegak berdiri menunggu keputusan Allah, apakah dia layak menerima pertolongan Allah atau tidak, semuanya bergantung niat dalam hati. Siapakah yang reda dengan hinaan dan cacian, fitnah, kebencian bahkan ancaman bunuh diterima kerana menegakkan agama?

Hanya orang yang tegar dan yakin dengan kuasa Allah mampu menghadapi kesusahan di jalan-Nya. Biarlah air mata yang ditumpahkan atas jalan Allah sebagai pemadam api neraka yang menyala dan hati terluka, jasad teraniaya semua itu sebagai bukti kecintaan hamba kepada Allah. Bahkan jika tiada menemui gangguan di jalan dakwah, seseorang patut berwaspada mungkin dia tersalah jalan kerana jalan dakwah itu dapat dikenal melalui seksaan dan tangisannya.

Suatu hari Rasulullah SAW melepas pemergian Muaz Jabal ke Yaman untuk menyebarkan Islam di sana. Rasulullah SAW melihat Muaz menangis. Muaz berkata: “Wahai Rasulullah, aku menangis kerana akan berpisah denganmu. Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu bersedih kerana kesedihan itu daripada syaitan. Wahai Muaz, bertakwalah (takut) kepada Allah di mana pun kamu berada. Ikutilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya dan berbuat baiklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Suatu hari Khabbab al-Art menghadap Rasulullah SAW dan mengadukan seksaan yang dideritainya dan sahabat. Rasulullah SAW menghibur Khabbab sambil bersabda yang bermaksud: “Orang sebelum kalian digali sebuah lubang di atas tanah dan mereka dimasukkan ke dalamnya. Selepas itu diambil gergaji dan diletakkan ke atas kepalanya sehingga jasadnya terbelah dua. Namun hal itu tidak menggoyahkan agamanya. Ada juga yang disikat dengan sikat besi sehingga terlepas daging daripada tulangnya. Tetapi seksaan itu tidak sedikitpun menggoncangkan agamanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hanya hamba Allah yang berkualiti iman dan amalnya sanggup melangkah di jalan dakwah. Mereka orang terpilih daripada kalangan nabi dan rasul, syuhada dan salihin. Dakwah dan jihad adalah harta warisan paling bernilai ditinggalkan mereka hingga akhir zaman untuk generasi Islam berikutnya.

Oleh: Dr Juanda Jaya

9 March 2009 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

>Perpaduan Orang Melayu?

>

BERSATU teguh, Bercerai roboh.Begitulah bunyi pepatah melayu yang menggambarkan betapa pentingnya perpaduan dan bahayanya perpecahan. Ertinya, orang Melayu cukup faham peri mustahaknya perpaduan. Apatah lagi kalau Melayu itu Islam, soal perpaduan ini akan jadi lebih penting.

Islam mahu kita hidup bersatu padu, berkasih sayang, bertolong tolongan dengan IMAN sebagai pengikat. Ibarat batu bata yang tersusun, simenlah pengikatnya. Ini penting, kerana rahmat dan kejayaan hidup sesuatu bangsa bergantung kepada faktor itu. Sebab itu kita lihat umat Islam pada zaman Rasulullah bersatu padu dan saling berkasih sayang. Hasil didikan Rasulullah , kaum muslimin menjadi saperti satu keluarga. Ini di gambar dalam sabda baginda, yang bermaksud ” Kasih Sayang orang mukmin itu ibarat satu badan. Yang mana kalau satu anggota sakit, maka anggota yang lain turut sakit hingga terpaksa berjaga malam”

Dalam isu semasa umat Melayu dan orang orang politik lantang melaung laungkan tentang perpaduan Melayu. Melayu mesti bersatu kata mereka. Bagaimana hendak bersatu.Penghalang utama penyatuan sebenarnya adalah orang orang politik Melayu sendiri. Mereka sombong, ego, angkuh, dan takabur dengan pendapat kumpulan dan parti masing masing.Masing masing ada agenda politik tersendiri.Masing masing tidak mahu bertolak ansur. Mereka “selfish” kerana masing masing hendak jadi jaguh perpaduan Melayu. Mereka mahu kalau Pernyatuan umat Melayu berjaya biar lah ianya berlaku melalui tangan mereka.Dari itu terjadi lah pertembungan di antara mereka yang menyebabkan umat Melayu makin berpecah.Yang amat di kesalkan Melayu Melayu ini mengaku umat ISLAM.

Kalau begitu di mana perpaduan yang sebenar yang mereka bawa? Jawabnya ia lah di mulut. Tidak di dalam hati dan realiti kehidupan. Seorang menteri berada di atas pentas melaungkan perpaduan rakyat. Itu sebenarnya hanya slogan kosong yang tidak akan berhasil apa apa.Bagaimana dia nak ajak rakyat bersatu padu, bagaimana dengan rakyat dia boleh berkasih sayang sedangkan dia sentiasa memeras hak rakyat dan tidak memberi apa apa untuk mereka. Apa lagi kalau gayanya di atas pentas itu angkuh, penuh emosional, dan mengugut ugut serta menakut nakutkan rakyat. Bukan begitu caranya membina perpaduan, tidak semudah itu.

Perpaduan adalah buah kasih sayang. Sedangkan buah kasing sayang yang hakiki antara manusia hanya akan wujud di dalam hati hati manusia yang beriman dan bertaqwa..
Maknanya asas perpaduan itu ialah IMAN dan TAQWA.Hanya hati yang suci yakni yang beriman yang akan selamat dari sifat sombong, takbur, tamak, hasad dengki, dendam, bakhil dan lain lain. Selagi hati manusia berkarat dengan sifat sifat keji (mazmumah) ini, nescaya tidak akan memberi hasil yang di harapkan.

Berdasarkan kenyataan saya di atas peluang untuk Melayu bersatu padu sekarang ini adalah amat tipis sekali. Mungkin bolih berlaku kot, jika Allah turunkan mala petaka saperti serangan fisikal musuh dari luar atau dari dalam negara,(contoh macam peristiwa 13 Mei), itu pun susah, kerana kita lihat tsunami yang berlaku satu ketika dahulu pun masih tidak dapat menyedarkan umat,khasnya umat Melayu Islam untuk bersatu.

Pembinaan perpaduan mesti dilakukan dari awal umur melalui sistem pendidikan yang berterusan.Dari peringkat keluarga dan seterusnya di pusat pusat pengajian tinggi.Ibu bapa dan guru mesti melaksanakan perkara perkara yang bolih mencetuskan kasih sayang antara diri mereka dengan anak anak dan murid.Kalau institusi keluarga, sekolah , kolej dan universiti bolih melahirkan orang yang berkasih sayang , dengan kata lain orang yang berpadu, maka itu lah langkah awal ke arah membina masyarakat yang berpadu. itulah perpaduan yang sebenarnya. Ertinya perpaduan itu mesti bermula di tempat di mana ilmu itu di ambil.

9 March 2009 Posted by | Tazkirah | 3 Comments

>Umat Melayu Islam sakit tenat

>

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bimbang orang Melayu berpecah belah.Orang Melayu tidak di hormati,dan boleh di permainkan serta di peralatkan.Orang Melayu suka menyimpan perasaan syak wasangka sesama sendiri maka dengan ini timbul lah perasaan curiga, sangsi dan dengki hingga menyebabkan timbul tindakkan yang negatif yang di mana ianya merugikan bangsa sendiri”.
Bagi saya ini terjadi kerana sudah timbul satu penyakit atau kemungkaran di kalangan bangsa Melayu di Malaysia.Penyakit ini datang dari sikap terlalu taksub dalam berpolitik.Bangsa Melayu menganggap Politik adalah segala galanya.Lebih lebih lagi ada di kalangan pemimpin politik yang telah mentafsirkan politik adalah sebahagian dari Agama.Politik itu agama, agama itu politik.(Persoalan nya adakah politik dari ideologi barat yang di amalkan mereka Islamik?).
Bangsa Melayu cenderung kepada dua perkara besar yang sangat merugikan, iaitu berlebih lebih dalam berhibur dan berpolitik.Berlebih lebih berhibur buat Melayu lupa dan leka.Berlebih lebih berPolitik menimbulkan perasaan negatif di antara sesama orang orang Melayu.

Apa sebab terjadinya Politik melampau.Sebab munculnya pemimpin pemimpin Politik dan penyokong penyokong yang hasad, dendam dan gila kuasa.Mereka menghasut masyarakat dengan berbagai bagai fatwa songsang hingga masyarakat menjadi kacau bilau saperti sudah sanggup menghina bangsa dan Raja sendiri.Pemimpin pemimpin yang tidak bertanggung jawab ini lah yang telah menyebabkan masyarakat jadi porak peranda dan berpenyakit.

Mengapa terjadinya penyakit ini?

  • Disebabkan keyakinan terhadap Tuhan sudah luntur dan tipis.Perasaan Tauhid hampir sudah tidak ada.Sudah tidak rasa adanya Tuhan.Dan yang paling malang sudah tidak takut dengan Tuhan.
  • Masyarakat hanya kejar keduniaan dan hampir sudah lupa akan ada nya akhirat.Sekiranya masih ingat akhirat keyakinan tentang nya sudah terlalu tipis.Urusan akhirat pun sudah di jadikan untuk dunia.Saperti memperalatkan agama untuk kepentingan duniawi.
  • Tiap tiap ahli masyarakat dari peringkat pemimpin hingga ke rakyat biasa terlalu sayang dan cinta hanya kepada diri sendiri.Dalam hal hal mahu membela nasib diri sendiri maka mereka terpaksa melanggari hak asasi orang lain, merosakkan kepentingan orang lain, dan memijak kepala orang lain.

8 March 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>Mengapa bukan Muslim di larang guna perkataan ALLAH

>

Jika nama ALLAH di gunakan oleh Agama selain Agama Islam.
Maka yang mana satu Tuhan Tuhan mereka ini ALLAH?

Nama ALLAH hak TUHAN Yang ESA

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
  1. Katakan (wahai Muhammad) “Tuhanku ialah ALLAH Yang Maha Esa.”
  2. “ALLAH yang menjadi tumpuan segala makhluk untuk memohon segala hajat.”
  3. “Dia tidak beranak dan Dia tidak di peranakkan.”
  4. “Dan tidak ada siapa pun yang setaranya dengan nya.”
(Surah Al Ikhlas)

6 March 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>Nik Aziz tidak mahu panjangkan isu penggunaan perkataan Allah

>04/03/2009 11:41am
KOTA BAHARU 4 Mac.
— Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu penggunaan perkataan Allah bagi agama lain kerana khuatir ia boleh mengelirukan rakyat dan umat Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana beliau mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan dari sudut lain. “Bagi mengelakkan ia boleh mengelirukan orang ramai, lebih baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar yang mahu menteri besar itu memberi penjelasan lebih lanjut mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama, bagi mengelakkan kekeluruan umat Islam mengenai isu itu.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor sebagai menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Beliau dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman berzaman lagi.

“Saya mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan lain dari sudut mereka faham. Bagi mengelak kekeliruan, baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” kata Nik Abdul Aziz. — Bernama

4 March 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

Why non Muslim cannot use the word Allah.

 

It is something to ponder. I have to admit that I may not agree with TG Nik Aziz on this matter but then again, I am not well-versed on this. I still have doubts on the real agenda of the christians in Malaysia to pursue the usage of Allah as it is the main thing about their religion. Why don’t they use Allah in all the Bibles?There will be confusions as God in christian is about trinity….the god, the son and the holy ghost.
Why non Muslims cannot use the word Allah.
Dr Khalif Muammar
1-There is no nas qat’i (conclusive/definitive evidence) from the Qur’an and the Sunnah on this matter. All the evidences put forward by those who permit it, do not show that it is permissible for non Muslim to use the word Allah. Since there is no conclusive evidence from the Qur’an and the Sunnah, this matter falls under zanniyyat, something which is based on human discretion. Muslim scholars need to base their argument on historical, epistemological, theological and semantic analysis. There will be right and wrong opinions depend on who has the strong argument. Definitely wisdom and in-depth analysis must be stressed, and not just literal interpretation. Although there is no conclusive evidence this does not mean that we cannot reach certainty in dealing with this issue. In this short but compact paper I will provide conclusive arguments which will demonstrate that non Muslim should not be permitted to use the word Allah in any ways to refer to their God even in their publication for their own community. As long as they live in Muslim country they have to respect their Muslim neighbors.
2-The fact is that the word Allah even though it was used before Islam, it has been Islamized, the meaning of it is no longer the same as before. By permitting non Muslim to use it we actually doing deislamization. We are reverting the course which was done by our Prophet. Hence, we will be responsible for making more Muslim become confused.
Professor Wan Mohd Nor says the context of Arabs and the Malay world is different, non Muslim in our land especially did not use the word Allah before this, there is no such word in their language before, in the original work they called it Yahweh, why not they call tuhan Yahweh. Therefore, it is evident that this issue is brought to confuse the Muslims.
They wanted Allah become the name of other gods as well. The fact is that our God is not the same as the god of Christianity, their god can have son, it is a humanized god.
3. We cannot equate God with Allah. Because the word God is generic and the word Allah is a proper name. Therefore when we say la ilaha illallah it is not there is no god but God, this does not make sense, rather it means there is no god but Allah.
When we analyze the use of Allah in the Qur’an there are two forms: general and specific. The verse in surah al-Tawbah: 30 only tells that Christians say messiah is the son of God or Jews say that Uzayr is the son of God. Other oft-quoted verse regarding this issue is..”if indeed thou ask them who it is that created the heavens and the earth, they would be sure to say, “Allah.”(al-Zumar, 39:38). Here the word Allah cannot mean the true God because they don’t know who Allah is simply because no prophet was sent to them. Therefore, the use of Allah here is to mean God in general. Therefore there are two usages of Allah in the Qur’an, the general one and the specific one. The spesific use such as that “verily the religion before Allah is Islam” (innaddina indallahi al-Islam), (Ali Imran: 19). Allah here is not just god but the true God.
4-The spirit behind this issue is religious pluralism. They are saying that Muslim God is the same as God in other religion. They wanted to convey that we, Christians and Muslims, have the same God. This is against Islamic creed. Our Aqidah tells us that other god is not the true God (La ilaha ghayruh). When we renounce religious pluralism, it does not mean that we also reject religious tolerance and religious diversity. In fact Muslims are the one who introduce these concept to the world. The charter of Madinah is the conclusive evidence on this.
5-Prof. Wan Mohd Nor also said there is limit of meaning for each word we use, the word wahyu is not the same as revelation, we cannot say that I receive wahyu, but you can say that in English. “I got revelation last night”. Obviously they don’t differentiate between wahyu and ilham (intuition).
Every word that has been Islamized is understood in the framework of Islamic worldview. Words such as Allah, masjid, salat, wahyu, rasul, ulama, are some words that cannot be used by other religious community and vise versa. Therefore we cannot call our ulama as paderi and masjid to become temple. In masjid you don’t just ask from God, and you don’t worship idol in it. So what we do in a masjid is substantially different from what they do in their holy place. The main reason that you came to masjid is to submit yourself, to obey Him. Therefore, sujud (prostation) is a symbol of submission, this is what sujud means of which the name masjid is derived from.
6-God before Islam is not only Allah, there is a lot of god during the jahiliyyah period. Allah was a general word. The specific names for their god are al-lata, al-uzza, al-manat etc. when Islam came it give new meaning to Allah. Islam did not introduce new word so that it will be easier to teach people about God. The word Allah before Islam is no longer the same compared to the one used after Islam has been established in the Arab country. Allah became the proper name and official name of the true God. Like the word Islam, literally it is submission but it become the official name of a religion.
Non Muslim may acknowledge that God is the Creator, this is in the Rububiyyah level, but they deny the Uluhiyyah part when they commit shirk and believe in polytheism. A Muslim is the one who submit to Allah in the level of Uluhiyyah. At this level Muslims believe only Allah is the true God. They only follow His guidance.
7. If Muslims in other country permit non Muslim to use the word Allah it is a mistake. Muslims in these countries usually do not have the power to stop it. In Indonesia, liberalization of Islam and secularization of Muslim community has long been in place. We in Malaysia are lucky to have a government that takes this matter seriously. Therefore, we must strive hard to prevent the use of Allah by other religious community. And the non Muslim community must understand it is not a quarrel for the sake of a name, but it is about the protection of the Islamic Creed (Aqidah), and this has nothing to do with religious tolerance or intolerance. This is about respecting other religion.
Malaysian Government and its subsidiaries are put on pressure if they do not allow the use of Allah by the Christians. The government will be accused of violating freedom of expression. Evidently, freedom of expression become the highest principle, above all considerations including religious and the interests of the people. The question is do we have to submit to the liberal values propagated by the West? As an independent and sovereign state, we should disregard what others will say if we can prove academically that what we do is the best for our community. As Muslims we should base our values on our religion, why should we let the West dictates their values on us. Certainly they are not superior in matters such as values, ethics and morality. Even if they do, we have the right to have our own values, our own identity.

Posted by fudzail

4 March 2009 Posted by | Articles in English, Berita dan Isu Semasa | | 2 Comments

>Parti Islam beralih dari Demokrasi ke Sistem Syura?

>

Nik Aziz: Pemilihan PAS guna kaedah Syura

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu bercadang menggunakan kaedah syura bagi pemilihan jawatan dalam parti itu pada Muktamar Tahunan Ke-55 Jun ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini kerana PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin.

Kaedah syura iaitu perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama, berkemungkinan besar digunakan dalam pemilihan muktamar tahunan parti itu yang dijangka diadakan pada Jun ini.

“Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama, tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Pelantikan Pengarah-pengarah Syarikat Dalam Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Tahun 2009 di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, beliau berharap muktamar tahun ini akan dapat diadakan di salah sebuah negeri di mana Pas baru bertapak. BERNAMA

KLIK UNTUK MENGETAHUI TENTANG KELEMAHAN DEMOKRASI MEMILIH PEMIMPIN

3 March 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Sebab Sebab Rohani Tidak Subur

  • Meninggalkan membaca Al Quran atau mengurangkan membacanya.
  • Tidak melaksanakan arahan Al Quran
  • Melebih lebihkan di dalam perkara perkara yang harus sehingga mencuaikan perkara perkara yang wajib
  • Suka memilih Rukhshah dan meninggalkan Azimah.
  • Meninggalkan Qiyammullail.
  • Tidak menunaikan solat pada waktu nya atau melengah melengahkan nya.
  • Tidak solat jemaah di masjid atau surau.
  • Selalu datang lewat ke masjidatau surau.
  • Berhenti dari menghadiri majlis majlis atau syarahan syarahan yang menyentuh soal soal kerohanian.
  • Memberi penumpuan hanya kepada satu corak ilmu tanpa memberi perseimbangan dari segi keimanan dan kerohanian, saperti menumpukan hanya kepada politik, fiqh, usul, hadith,sejarah dan lain lain.
  • Meninggal memberi sedekah, memadai hanya berzakat tahunan sahaja.
  • Tidak menziarahi kubur, orang orang sakit dan hospital.
  • Terlalu sibuk mengejar mencari rezeki sehingga terabai segi segi keimanan dan kerohanian
  • Memilih isteri yang tidak ada asas agama.
  • Mengalami masaalah rumah tangga.
  • Mengalami masaalah pekerjaan.
  • Tidak mendengar bacaan Al Quran.
  • Tidak berkawan dengan kawan kawan yang baik baik.
  • Bergaul dengan kawan yang di pengaruhi oleh hawa nafsu dan banyak menghadiri majlis majlis mereka.
  • Suka bertengkar atau berbalah
  • Tidak mahu muhasabah diri.
  • Banyak ketawa dan bergurau.
  • Tidak menjaga penglihatan, samada kepada lelaki mahu pun perempuan.
  • Melakukan maksiat.

2 March 2009 Posted by | Tasauf, Tazkirah | , | Leave a comment

>Insuran – Perbezaan Konvensional & Takaful

>

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu’awadah Maliah’ yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru’at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
a) Tabarru’ dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru’
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju’alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru’, pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru’) atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
Konvensional
Takaful
Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan
Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ‘surplus’
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.
Demikian penerangan ringkas saya.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net//

1 March 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Buang bayi-Perbuatan manusia kejam

>

Jumpa bayi tempat buangan sampah

1 March 2009 Posted by | Foto Story | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: