Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

AL-KAFI #1984: PANDANGAN BERKAITAN ISU MERENJIS ATAU MEMBILAS KENDERAAN DENGAN AIR RUQYAH


SOALAN

Assalamualaikum. Saya melihat ada satu video seorang ulama melakukan perbuatan merenjis-renjis kereta yang baru dibeli oleh seseorang. Ada sesetengah golongan yang mengatakan bahawa perkara ini merupakan perkara khurafat dan tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat. Boleh saya dapatkan pandangan SS Mufti berkaitan perkara ini?

Terima kasih.

RINGKASAN JAWAPAN

Perbuatan merenjis atau membilas kenderaan dengan air yang dibaca ruqyah adalah sesuatu yang dibenarkan dan diharuskan dalam syarak. Ia merupakan satu cara yang untuk melakukan ruqyah seperti yang disebutkan oleh para ulama. Selain itu, hujah Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah melakukannya tidak boleh diterima kerana tidak semestinya perkara yang ditinggalkan oleh mereka itu terus menjadi haram. Bahkan, terdapat banyak perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat, namun masih dalam hukumnya yang asal iaitu sunat dan harus. Oleh yang demikian, perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan ia tidak bertentangan dengan syariat.

WaAllahu a’lam.

pautan artikel:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/5904-al-kafi-1984-pandangan-berkaitan-isu-merenjis-atau-membilas-kenderaan-dengan-air-ruqyah

30/04/2024 - Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a comment