Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Teguran kasih sayang buatmu Wanita yang diceraikan suaminya.

Saya faham ada yang bila dah sah bercerai di Mahkamah, macam dah lepas dari kandang rimau. Tak saya nafikan. Saya tahu sebab saya kendali banyak kes cerai. Mungkin sesetengah orang sanggup untuk bayar berapa sekalipun harga sebuah perceraian asalkan ia dilepaskan. Tapi, ada juga yang bersedih bila ia diceraikan suaminya. Lagi-lagi bila tak ada sebab untuk diceraikan.

Jadi, saya bimbang, ramai yang tak tahu, sebenarnya bila bercerai, dalam tempoh eddah, ada batas dan had yang perlu dijaga.

Mesti ramai yang tahu, tentang batas dirinya dalam tempoh eddah ni. Jom saya kongsikan ikut pandangan Hukum Syarak.

✅ Haram terima pinangan lelaki ajnabi/asing

Semalam saya dengar temubual tu, isteri artis tu bagitau kata ada orang dah email, gambar rumah, kereta dan harta-harta lain untuk melamar. Saya rasa laki ni tak tahu rasanya. Tak boleh seorang yang bercerai talak rajie untuk terima pinangan. Sekarang ni, kalau tak terima pinangan pun, ada yang pasang couple lepas ja cerai. Padahal tak habis eddah lagi. Sabar puan puan. Belum sampai masanya. Ada yang bekas klien saya, cakap macam tak nak fikir dah tentang kahwin, tengok-tengok cukup 3 kali suci habis eddah, terus kahwin laki lain. Wow, cargas betul.

✅ Haram kahwin dengan lelaki ajnabi/asing

Kalau dah meminang pun haram, kahwin lagi la. Bahkan, suami pun kalau nak menikah dengan perempuan lain dalam tempoh isterinya masih lagi bereddah, kena buat permohonan poligami di Mahkamah Tinggi. Maksudnya, isteri yang bereddah ni masih lagi di bawah tanggungjawab suaminya yer.

✅ Tak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suami

Dalam tempoh kahwin pun kena mintak izin, sama jugak bila dalam tempoh eddah. Memang kena mintak izin. Dengan syarat, ada dharurat pada nyawa dan harta benda isteri tu kalau tak keluar. Contohnya, suami tak sedia pun nafkah masa dalam kahwin dan masa dalam eddah. Isteri memang kena keluar kerja untuk cari makan.

✅ Tak boleh pindah/tinggal rumah lain

Selalu yang berlaku, bila dah cerai, memang duduk asing. Itu biasa. Tapi mungkin ramai yang tak tahu, lepas cerai talak rajie, 1 atau 2 talak, masih boleh duduk bersama di bawah satu bumbung. Cuma tak boleh tidur sekali sahaja selagi suami tak sebut lafaz rujuk pada isterinya. Tapi, isteri boleh tinggalkan rumah tersebut kalau ada bahaya atau kemudharatan yang boleh berlaku pada nyawa dan harta bendanya.

✅ Tak boleh berkabung

Hanya talak rajie sahaja, isteri dituntut atau disunatkan untuk bersolek dan berhias kepada suaminya dalam rumah yerrr, bukan diluar untuk bagi dorongan membangkitkan keinginan suaminya untuk rujuk semula. Dapat pahala sunat.

✅ Beza sikit dengan eddah cerai mati (kematian suami)

– Tak boleh bersolek
– Tak boleh pakai pakaian warna warni dan tarik perhatian
– Tak boleh pakai barang kemas
– Tak boleh pakai wangi wangian. Cuma jangan la sampai tak jaga kebersihan diri.

Sebenarnya, Islam bagi garis panduan ni sebab nak jaga wanita daripada fitnah, tohmahan dan unsur-unsur yang kurang senang bagi wanita. Ni lah Islam nak tunjuk betapa ia membela wanita daripada difitnah.

Saya harap, kita semua dapat bermuhasabah bersama. Takut kita, rakan kita atau family kita terlepas pandang soal hukum ini. Mungkin ada yang tidak senang, tapi inilah pahit yang perlu ditelan. Bersabarlah. Share untuk bagi manfaat pada rakan yang lain.

SABAQ SAT JA DALAM EDDAH KALAU NAK CARI HAT BARU PUN 🤭

Tuan Fahmi Ramli

PEGUAM SYARIE

19/07/2022 - Posted by | Informasi, Muamalat (Keluarga), Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a comment