Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

WAJIBKAH MENGETAHUI NASAB RASULULLAH ?

Rasulullah bersabda: “Aku telah keluar daripada hasil nikah dan bukan daripada keturunan yang rosak, sedang aku adalah daripada keturunan Adam sehingga telah dilahirkan akan aku oleh ibu dan ayahku sedang aku tidak pernah ditimpa sebarang perbuatan jahat orang jahiliyyah.” (Hadis Riwayat Abu Nuaim, al-Thabariy dan Ibn ‘Asakir).

Jalur Nasab Rasulullah dari jalur ayahnya yang wajib diketahui setiap Muslim adalah sebagai berikut; Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthallib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan.

Adapun dari jalur ibunya adalah sebagai berikut; Sayidina Muhammad binti Aminah binti Wahhab bin ‘Abdi Manaf bin Zuhroh bin Kilab.

Kewajiban mengetahui nasab Rasulullah ini telah disebutkan dalam Kitab Nurudz Dzolam karangan Syaikh Muhammad Nawawi Asy-Syafi’i Al-Bantani Al-Jawi seperti berikut;

يجب على كل مكلف معرفة نسبه صلى الله عليه سلم من جهة ابيه الى عدنان فقط ومن جهة امه الى كلاب فقط اذ ما بعده يشترك فيه نسب ابيه و امه

“Wajib bagi setiap orang mukallaf mengetahui nasab Rasulullah dari jalur ayahnya hingga Adnan saja, dan dari jalur ibunya hingga Kilab saja, karena nasab keduanya setelah itu adalah sama.”

Dalam Kitab Tijanud Darori karangan Syaikh Muhammad Nawawi Asy-Syafi’i Al-Bantani Al-Jawi juga disebutkan sebagai berikut;

يجب على الشخص اى الذكر و الانثى ان يعرف نسبه صلى الله عليه و سلم من جهة ابيه و من جهة امه الى عدنان فقط اما ما بعده فلا يجب معرفته بلا خلاف بل كرهه مالك

“Wajib bagi setiap orang, baik laki-laki dan perempuan, untuk mengetahui nasab Rasulullah dari jalur ayah dan ibunya sampai Adnan saja. Adapun nasab sesudah Adnan tidak wajib untuk mengetahuinya menurut kesepakatan para ulama tanpa adanya perbedaan. Hanya saja Imam malik menghukumi makruh bila tidak mengetahui nasab sesudah Adnan.”

(FB Yamtuan Murshid)

12/08/2022 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Tazkirah | , | Leave a comment

Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah insan kamil.

Sekiranya kita merasai bahawa kita mengalami musibah yg besar, Nabi صلى الله عليه وسلم terlebih dahulu mengalami musibah yg lebih besar daripada kita.

Ada org sedih dgn kematian ibu dan ayah. Nabi sejak kecil telah kehilangan ibu dan ayah. Ada org sedih dgn kematian isteri/suami yg tercinta. Nabi terlebih dahulu kehilangan isterinya yg tercinta, yg membela baginda sepanjang baginda berdakwah. Baginda namakan tahun itu sebagai Tahun Kesedihan. Ada org sedih dgn kehilangan anak. Nabi juga kehilangan anak yg dicintai sehingga baginda menitiskan air mata.

Kita merasai peritnya berdakwah. Nabi terlebih perit berdakwah sehingga mengalir darah baginda membasahi kaki. Ada org merasai peritnya kehilangan rumah ketika berlaku bencana. Nabi terlebih perit daripada itu kerana diarahkan meninggalkan tempat tinggalnya yg dicintai, dalam peristiwa Hijrah. Ada org merasai peritnya kesakitan sebelum menemui ajal, Nabi terlebih mengalami kesakitan sebelum baginda wafat, sehingga baginda tidak boleh berjalan, hanya sekadar dipapah.

Daripada musibah yg besar2 ini, umat baginda tidak mengalami kesemua itu sekaligus. Ujian yg menimpa kita adalah berdasarkan kemampuan kita. Namun, baginda Nabi صلى الله عليه وسلم menghadapi kesemua musibah itu kerana baginda adalah insan kamil yg menjadi contoh teladan kepada umat baginda.

Begitulah Insan Kamil yg merupakan suri teladan kita sepanjang zaman. Kesabaran baginda adalah sempurna, kebergantungan kepada Allah adalah tinggi. Semua itu adalah sebagai contoh kepada kita utk menghadapi dunia yg penuh cabaran ini. Hadapilah dgn penuh kesabaran. Banyakkan pergantungan kepada Allah عز وجل. Sentiasa husnu al-zan dgn ujian yg menimpa.

Sempena bulan kelahiran baginda Nabi صلى الله عليه وسلم ini, marilah kita membanyakkan memperingati sirah Nabi kita yg sangat agung dlm pelbagai aspek kehidupan kita. Semoga ianya segar dlm ingatan kita, dan menjadi panduan yg amat berguna utk dunia dan akhirat kita.

اللهم صل وسلم وبارك عليه وعلى آله وصحبه وسلم.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين.

Wallahu’alam.

Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

28/10/2020 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Soal jawab tentang Yaqazah (bertemu Nabi SAW secara jaga)

pr0027

Perkara khilaf seumpama ini, jika tidak disertai dengan nada ‘keras’, tidak perlu untuk diperpanjang-panjangkan lagi. Namun, jika sudah menggunakan nada ‘keras’ seperti; “membuka pintu kefasadan yang besar”, “membawa kecelaruan dalam amalan agama”, “memusnahkan rujukan penting umat Islam”, “perlu dibendung kerana membawa kemusnahan kepada masyarakat Islam” dan “menjauhkan mereka dari ajaran Nabi s.a.w.”, maka menurut hemat saya kekeliruan-kekeliruan seumpama ini wajar diperjelaskan. [*Saya tidak mahu menyebut siapa dan dari mana sumber kekeliruan ini kerana pada saya ia tidak perlu]

 1. Kekeliruan:

Seseorang tidak boleh bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. kerana seseorang yang mati tidak lagi boleh bertemu dengan orang yang hidup secara sedar.

Jawapan:

Benar, dalam hal keadaan biasa seseorang tidak boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi, sebagai suatu karamah seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Hukumnya adalah harus dan mungkin, tidak mustahil. Malah secara praktis ia memang berlaku kepada sebahagian wali-wali Allah Taala dan orang-orang yang soleh. Maka tidak harus bagi kita menuduh mereka berbohong atau berdusta dalam dakwaan berkenaan. Melainkan jika kita mempunyai bukti kukuh tentang pembohongan atau pendustaan tersebut.

Antara mereka ialah; Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani, Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili, Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi, Syeikhul-Akbar Muhyiddin Ibn al-‘Arabi, Syeikh Khalifah bin Musa, Syeikh Abu al-‘Abbas al Mursi (w. 686H), Syeikh Abu ‘Abdillah al-Qurasyi, Syeikh Kamaluddin al-Adfawi, Syeikh ‘Ali al-Wafa’i, Syeikh ‘Abd al-Rahim al-Qinawi, Syeikh Abu Madyan al-Maghribi, al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Syeikh ‘Ali al-Khawwas, Syeikh Ibrahim al-Matbuli, Imam Abu al-‘Abbas al-Qastallani, Syeikh Abu al-Su‘ud ibn Abi al-‘Asya’ir, Syeikh Ibrahim al-Dusuqi, Sayyid Nuruddin al-Iji, Syeikh Ahmad al-Zawawi, Syeikh Mahmud al-Kurdi, Syeikh Ahmad bin Thabit al-Maghribi, Imam al-Sya‘rani, Syeikh Abu al-Mawahib al-Syazili, Syeikh Nuruddin al-Syuni, al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Rahman al-‘Attas (penyusun Ratibul ‘Attas), Sayyidi ‘Abd al-‘Aziz al-Dabbagh, Syeikh Muhammad bin Abi al-Hasan al-Bakri, Sayyidi Ahmad bin Idris, Syeikh Ahmad al-Tijani dan lain-lain.

Antara dalilnya adalah zahir hadis berikut yang menunjukkan seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., tetapi dengan syarat mestilah pernah bertemu dahulu secara mimpi (ru’ya) dengan baginda s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara yaqazah (di dalam keadaan jaga), kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku”. [Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad. Lafaznya dari al-Bukhari]

Antara ulama yang mengatakan atau mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ialah:

1. Imam Ibn Abi Jamrah al-Maliki dalam Bahjah al-Nufus.

2. Al-‘Allamah Ahmad al-Nafrawi al-Maliki dalam Syarh Risalah Ibn Abi Zayd.

3. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari.

4. al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti dalam Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak.

5. Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.

6. Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.

7. Imam Syihabuddin al-Qarafi,

8. Imam ‘Afif al-Din al-Yafi‘i al-Syafi‘i dalam (روض الرياحين).

9. Al-‘Allamah Ibn al-Haj al-Maliki dalam al-Madkhal.

10. Al-Qadhi Ibnu al-‘Arabi al-Maliki dalam kitabnya (قانون التأويل).

11. Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari (w. 709H) dalam kitab Lata’if al-Minan.

12. Al-Qadhi Syaraf al-Din al-Barizi dalam (توثيق عرى الإيمان).

13. Imam Tajuddin al-Subki.

14. Imam al-Qurtubi dalam (التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة).

15. Al-‘Allamah Ibn Battal al-Maliki

16. Al-‘Allamah Ibn al-Tin

17. Imam ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam dalam al-Qawa’id al-Kubra.

18. Al-‘Allamah Mulla ‘Ali al-Qari dalam Syarh al-Syama’il.

19. Al-Qadhi Ibn al-Munayyir.

20. Imam Ibn Daqiq al-‘Id.

21. Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani dalam beberapa kitabnya.

22. Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah.

23. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir.

24. Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdullah al-‘Idrus (w. 1038H) dalam kitabnya al-Nurus Safir ‘an Akhbaril Qarnil ‘Asyir.

25. Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi dalam al-Mufhim.

26. Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah.

27. Imam al-Baqillani.

28. Al-‘Allamah Sadruddin al-Qunawi dalam Syarh al-Arba‘in.

29. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Biqa’i dalam al-Hawi.

30. Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki.

31. Al-‘Allamah al-Maziri.

32. Al-‘Allamah Nuruddin al-Iji.

33. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi dalam Syarh Salawat al-Jaylani.

34. Syeikh Ahmad ibn ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam al-Futuhat al-Ilahiyyah.

35. Al-‘Allamah Syeikh Ibn ‘Allan al-Siddiqi.

36. Al-‘Allamah Najmuddin al-Ghazi dalam kitabnya al-Kawakib al-Sa’irah.

37. Imam Syah Waliy Allah al-Dihlawi dalam al-Durr al-Thamin.

38. Al-‘Allamah al-Alusi dalam tafsir Ruh al-Ma’ani.

39. Sayyid ‘Abdul Rahman al-‘Idrus dalam kitab Syarh Salawat al-Badawi.

40. Syeikh ‘Ali al-Ajhuri al-Maliki dalam al-Nur al-Wahhaj.

41. Syeikh Muhammad al-Khalili dalam al-Fatawa.

42. Syeikh ‘Abdullah Sirajuddin al-Halabi dalam al-Solat ‘ala al-Nabiy.

43. Al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani dalam Sa‘adah al-Darayn, Syawahidul Haq dan Jami‘ Karamatil Auliya’.

44. Syeikh Badi‘ al-Zaman Sa‘id al-Nursi.

45. Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Syarh al-Syama’il.

46. Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf.

47. Syeikh Abu al-Qasim Muhammad al-Hafnawi dalam Ta’rif al-Khalaf.

48. Al-‘Allamah Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syeikhul Azhar.

49. Al-‘Allamah Sayyid ‘Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam kitabnya Fadha’ilun Nabi SAW.

50. Al-‘Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dalam al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah.

51. Al-‘Allamah Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti.

52. Al-Allamah Dr. ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir dalam al-Bayan.

53. Dr. ‘Umar ‘Abdullah Kamil,

54. Dr. Mahmud al-Zayn.

55. Datuk Seri Maharaja Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Brunei.

Dan ramai lagi jika diperincikan secara detil.

2. Kekeliruan:

Iktikad seperti ini membuka pintu kefasadan yang besar dan seterusnya membawa kecelaruan dalam amalan agama. Ini kerana, seseorang yang telah berjumpa Nabi s.a.w. seterusnya akan mendakwa ajaran-ajaran tambahan yang diberikan oleh baginda s.a.w. kepadanya.

Jawapan:

Belum ada orang mukmin soleh yang telah berjumpa Nabi s.a.w. mendakwa membawa ajaran-ajaran tambahan yang diberikan oleh baginda s.a.w. kepadanya, dalam erti kata, ajaran-ajaran tambahan yang tidak ada asalnya dalam al-Quran mahupun hadis. Kesemua yang dinyatakan sekiranya betul, hanyalah berbentuk petunjuk dan nasihat yang tidak lari dari ruang lingkup syarak, atau mempunyai asalnya daripada al-Quran dan hadis.

 Kata al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani (w. 1398H):

“Kami tidak beriktikad bahawa di sana – selepas Rasulullah SAW – terdapat suatu syariat baru dalam apa jua bentuk sekalipun. Dan apa yang dibawa oleh baginda SAW mustahil untuk dimansuh sebahagian daripadanya, atau ditambah sesuatu terhadapnya. Sesiapa yang mendakwa sedemikian, maka dia adalah kafir terkeluar daripada agama Islam.

Sesungguhnya kami, meskipun kami berpendapat harus seorang wali itu melihat Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, tetapi kami menganggap hukumnya adalah sama seperti hukum mimpi tidur yang benar. Tidak dapat dipegang kecuali atas apa yang menepati syariatnya SAW. Penyaksian-penyaksian para wali itu bukanlah suatu hujah, tetapi yang menjadi hujah adalah syariat Muhammad SAW. Adapun penyaksian-penyaksian tersebut, hanyalah berita-berita gembira (busyra) yang terikat dengan syariat baginda yang mulia; apa yang diterima olehnya kami juga menerimanya dan apa yang tidak diterima olehnya, maka mazhab kami adalah bersangka baik padanya. Maka kami hukumkannya seperti hukum mimpi yang tertakwil.

Kita tidak ragu lagi bahawa kebanyakan mimpi itu perlu kepada takwil/tafsir. Namun, kami memilih bersangka baik kerana seorang mukmin yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah SWT, dan ia sayang terhadap agamanya, serta patuh mengikutinya, kami menolak bahawa ia sengaja berdusta ke atas Rasulullah SAW. Keadaan berjaga dalam perkara ini adalah sama seperti keadaan tidur, sedang dia membaca sabdaan baginda SAW: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya daripada api neraka”. – tamat kata-kata Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani

3. Kekeliruan:

Dengan itu, segala hadis yang telah dikumpul oleh para ulamak yang menjadi tonggak sandaran hukum dan panduan bagi umat Islam sepanjang zaman sudah tidak lagi diperlukan. Ini kerana sudah ada sumber hadis lain yang lebih dekat kepada baginda.

Jawapan:

Kekeliruan ini hanya pendapat akal dan khayalan semata-mata yang tidak berpijak kepada realiti yang berlaku dalam dunia kerohanian ahli-ahli sufi yang hak. Tiada siapa dari kalangan wali-wali Allah Taala dan orang-orang soleh ini mengatakan segala hadis yang telah dikumpul oleh para ulama yang menjadi tonggak sandaran hukum dan panduan bagi umat Islam sepanjang zaman sudah tidak lagi diperlukan kerana sudah ada sumber hadis lain yang lebih dekat kepada baginda. Pada saya, kekeliruan kerana berkhayal ini disebabkan kerana tidak cukup menelaah, membaca dan memahami.

4. Kekeliruan:

Setelah situasi ini wujud maka banyaklah amalan-amalan yang boleh ditambah dan diwujudkan berdasarkan arahan langsung daripada Rasulullah kepada guru atau orang yang mencapai darjat menemui Rasul s.a.w.

Jawapan:

Sudah ratusan tahun isu bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ini dibincangkan oleh para ulama. Namun, hakikatnya tiada langsung akidah baru atau hukum-hakam baru yang didakwa oleh orang-orang soleh dan wali-wali Allah Taala yang pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Kebanyakannya jika betul adalah berkaitan zikir, doa dan selawat. Dan kesemua itu pula tidak terkeluar dari dalil-dalil dan perintah-perintah syarak yang umum mengenainya. Bahkan menurut ramai ulama, masalah-masalah yang khusus berkaitan zikir dan doa ini pintu perbahasannya adalah lebih luas, tidak sepertimana amalan-amalan ibadah lain, selamamana ia tidak melanggar batas-batas syarak. Jika benar ada penerimaan sesuatu secara yaqazah, maka hukumnya adalah seumpama hukum apa yang diperolehi daripada kasyaf, ilham dan mimpi yang benar. Mesti ditimbang dengan neraca syarak.

 Cuba perhatikan kata-kata Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani tadi:

“Meskipun kami berpendapat harus seorang wali itu melihat Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, tetapi kami menganggap hukumnya adalah sama seperti hukum mimpi tidur yang benar. Tidak dapat dipegang kecuali atas apa yang menepati syariatnya SAW”.

5. Kekeliruan:

Hadis adalah tonggak kedua agama Islam, apabila tonggak ini telah berjaya dicerobohi, maka panduan umat Islam akan menjadi goyah dan berkecamuk. Percaya bahawa seseorang boleh menerima taklimat terus dari Nabi s.a.w akan memusnahkan salah satu rujukan penting umat Islam yang diberitahu sendiri oleh Rasulullah s.a.w iaitu, kitabullah dan sunahnya.

Jawapan:

Percaya bahawa seorang wali atau orang soleh boleh menerima taklimat terus dari Nabi s.a.w tidak akan memusnahkan institusi hadis yang sudah sedia ada. Jika benar mereka bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., maka adalah amat MUSTAHIL baginda s.a.w. akan menyuruh kepada perkara-perkara yang akan memansuhkan atau merosakkan syariatnya sendiri. Tidak dapat diterima dek akal bahawa Nabi s.a.w. akan mengkucar-kacirkan syariat yang telah dibangunkan dengan titik peluh dan darah dagingnya sendiri.

Apa yang dikhayalkan itu tidak akan berlaku selama-lamanya kerana para wali atau orang-orang soleh tersebut adalah golongan yang amat takut kepada Allah SWT, sangat cinta kepada baginda Nabi s.a.w., terlalu sayang dengan syariat baginda s.a.w., dan begitu kasih kepada umat baginda s.a.w. Apakah dapat diterima akal, mereka ini berusaha untuk merosakkan syariat baginda s.a.w.dan menyesatkan umatnya?? Seolah-olah mereka tidak pernah dengar hadis baginda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya daripada api neraka”.

Jangan terlalu berprasangka buruk kepada ahli-ahli sufi seolah-olah mereka semua orang yang bodoh, tidak mengerti syariat dan akan menerima secara membuta tuli siapa saja yang mendakwa bertemu dengan Nabi s.a.w., walaupun dari orang yang jahil. Jika ada ahli sufi yang menyeleweng, maka sandarkan kesalahan itu kepadanya sahaja, bukan kepada semua golongan ahli sufi.

6. Kekeliruan:

Para ulamak silam antaranya Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud Ahmad dan ramai lagi, berjuang hingga berjaya menjadikan sumber rujukan Islam kedua ini terpelihara dari dicampur adukkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jika ada orang yang mengaku menerima taklimat dari baginda tetapi tidak disandarkan kepada sumber yang telah dikumpulkan oleh ulamak silam maka dakwaan itu dianggap salah dan pembohongan.

Jawapan:

Rangkap akhir di atas dapat difahami sebaliknya begini; Jika ada orang yang mengaku menerima taklimat dari baginda dan disandarkan kepada sumber yang telah dikumpulkan oleh ulamak silam maka dakwaan itu dianggap benar. Alhamdulillah, ada sedikit kemuafakatan.

Cubalah belek contohnya, kitab al-Durr al-Thamin fi Mubasysyarat al-Nabi al-Amin SAW susunan Imam al-Mujaddid Syah Wali Allah al-Dihlawi yang menghimpunkan 40 peristiwa bertemu Rasulullah s.a.w. secara mimpi dan jaga. Perhati dan fahamkan, apakah ada yang tidak bersandarkan kepada syariat baginda s.a.w.?

7. Kekeliruan:

Sebarang ajaran sufi yang percaya dengan asas ini perlu dibendung kerana akan membawa kemusnahan kepada masyarakat Islam dan menjauhkan mereka dari ajaran Nabi s.a.w yang walaupun dari sudut penampilan mereka mengajak kepada ibadat dan berbuat baik.

Jawapan:

Menurut pengetahuan saya setakat ini, tidak ada satu pun tariqat sufi muktabar di dunia pada hari ini yang menolak keharusan bertemu secara sedar/jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Apakah seluruh tariqat-tariqat sufi ini dengan puluhan juta pemgamalnya perlu dibendung dan dibanteras…? Apakah kemusnahan benar-benar berlaku kepada masyarakat Islam dan mereka telah jauh dari ajaran Nabi s.a.w. disebabkan seluruh tariqat sufi di dunia pada hari ini menyatakan – sesudah sekian lama – seorang soleh harus bertemu secara sedar/jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ??

Tidak ada orang waras yang mengatakan demikian. Bahkan ramai dari kalangan alim ulama tariqat-tariqat sufi ini adalah pemelihara-pemilhara sunnah baginda s.a.w. baik sunnah yang zahir mahupun sunnah yang batin. Berapa banyak rahmat dan manfaat rohani yang tersebar di seluruh dunia sama ada kita sedari ataupun tidak, disebabkan usaha-usaha mereka.

Memang seluruh tariqat sufi di dunia pada hari ini menyatakan harus bertemu secara sedar/jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., namun realitinya perkara tersebut tidak selalu berlaku pun kerana ia adalah suatu karamah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki sahaja. Bahkan dalam tempoh 100 tahun, barangkali hanya beberapa orang sahaja yang boleh dibilang dengan jari mendakwa demikian, atau dikatakan mengalaminya. Jika peribadi dan latar belakangnya bertunjangkan syariat, maka baru boleh diterima dakwaan itu. Jika sebaliknya, maka dakwaan tersebut adalah wajib ditolak.

Perlu juga dilihat bagaimana cara mereka dapat mencapai peringkat kerohanian yang tinggi itu; Apakah zikirnya 100,000 setiap hari, atau selawatnya 50,000 setiap hari, atau tahajjudnya 500 rakaat setiap hari? Atau apakah hanya sekadar berjanggut, berjubah dan berserban besar saja, tetapi amalannya ‘kosong’?? Kata al-‘Allamah Ibn Al-Haj dalam kitab al-Madkhal (3/194):

“Sebahagian orang mendakwa melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah, sedangkan ia merupakan satu perbahasan yang sempit (sukar) untuk diperbahaskan. Amat sedikitlah dari kalangan mereka yang mengalaminya, kecuali terhadap mereka yang amat mulia di zaman ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengingkari sesiapa yang mengaku pernah mengalaminya, dari kalangan orang-orang yang mulia yang dipelihara oleh Allah s.w.t. zahir dan batin mereka.”

Wallahu a’lam.

Oleh:  AL USTAZ MOHD. KHAFIDZ BIN SORONI

 

Rujukan Tambahan:

– Melihat Nabi s.a.w. Secara Yaqazah: Satu Jawapan oleh Raja Ahmad Mukhlis:

Siri 1: http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/112

Siri 2: http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/111

Siri 3: http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/110

– Rawd al-Rayyahin, http://cb.rayaheen.net

– Multaqa al-Nukhbah, http://www.nokhbah.net

– Masalah Berjumpa Rasulullah Ketika Jaga Selepas Wafatnya (terjemahan) oleh Husain Hasan Toma‘i.

– Sa‘adah al-Darayn oleh al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani.

– Fatwa Mufti Brunei, download : yaqazah-fatwa-mufti-brunei.

– al-Muqizah fi Ru’yah al-Rasul SAW fil Yaqazah oleh Syeikh Hisyam bin ‘Abd al-Karim al-Alusi, download: http://www.almijhar.org/book/almokza.pdf

– Tariqah al-Ahmadiah al-Idrisiah, http://www.ahmadiah-idrisiah.com/article-Yaqazah-pandangan-ulama.php

10/11/2013 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Yaqazah-Hukum Bertemu Nabi Secara Jaga (Yaqazah)

Malam Cinta Rasul 5

Dalam Marhaban di sebut “Selamat datang Datuk Hasan dan Husin”

 

Soalan:

Adakah harus dan boleh menerima zikir dan doa daripada Rasulullah SAW pada masa sekarang, waktu yang menerimanya itu jaga atau waktu tidur dalam mimpi?

Jawapan:

Hukumnya harus dan boleh.

Huraian Jawapan:

Berkata Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah bin Syeikh Al Idrus Baalawi yang hidup tahun 978 Hijrah dan mati tahun 1038 Hijrah dalam kitabnya An Nurus Safir ‘An Akhbaril Quranil ‘Asyir:

Adalah Imam Al Hafiz As Sayuti itu ada banyak karamah terbit daripadanya itu, kebanyakannya itu berlaku sesudah ia mati (dan matinya pada tahun 911 Hijrah).

Berkata Al ‘Alamah Syeikh Zakaria bin Syeikh Muhammad Al Mahalli As Syafie bahawa Imam As Sayuti itu telah ditimpa oleh sesuatu perkara yang besar pada suatu masa, maka saya minta daripadanya, menulis surat wasiat atau pesanan kepada sesetengah anak muridnya, melalui saya, maka Imam As sayuti enggan berbuat begitu dan Imam itu telah melihatkan kepada saya akan sehelai kertas yang ditulis dengan tangan Imam itu, bahawa: “Saya telah berhimpun dengan Nabi SAW waktu jaga banyak kali lebih dari 70 kali dan sabda Nabi SAW kepada saya, yang maksudnya:

“Bahawa siapa yang ada keadaannya begini, maka tiadalah ia berhajat pada pertolongan dan bantuan daripada sesiapa.”

Telah dihikayatkan daripada Imam As Sayuti telah berkata:

“Saya telah melihat dalam tidur saya, seolah-olah saya ada di hadapan majlis Nabi SAW, maka saya sebutkan sebuah kitab yang saya telah mula mengarangnya dalam perkara hadis dan sunat iaitu Jam’ul Jawaami’ , maka saya berkata kepada Nabi SAW: Hamba akan bacakan sedikit daripada isi kitab itu, maka sabda nabi SAW: Bawalah kepada saya, hai guru hadis (Ya Syeikhul Hadis).” Berkata Imam As Sayuti: ” Mimpi itu suatu khabar gembira kepada saya lebih besar dari dunia dan seluruhnya.”

Dari kitab Khususiyyatu Yaumil Jum’ah karangan Imam As Sayuti dicetak di Damsyik tahun 1386-1966 Hijrah.

Al Habib Syeikh Abdul Qadir Al Idrus itu juga ada mengarang kitab bernama Ta’riful Ahyai Bifadhailil Ahya’I Kitab “Ahya” karangan Imam Al Ghazali yang mati tahun 505 Hijrah yang terkenal itu dan kisah Imam As Sayuti itu ada disebutkan oleh Syeikh Najmuddin Al Ghazzi dalam kitabnya Al Kawakibus Saairah.

Adalah Al Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas yang empunya ratib bernama ” Ratibul ‘Athas” yang terkenal di Malaysia dan rantau sebelah ini, yang mati pada atahun 1072 Hijrah dan ditanam di Huraidah Hadramaut (Selatan Tanah Arab) , ada berlaku di tangannya beberapa perkara yang ganjil dan pelik atau karamah setengah dari perkara-perkara itu:

1. Apabila Al Habib Umar itu pergi ziarah kubur bapanya Sayyid Abdul Rahman , ia berkata pada kubur bapanya dan ia mengkhabarkan segala perkara dengan penglihatan dan nampak dengan matanya.

2. Kerabatnya berkata sedang kami duduk di rumah kami dan di sisi kami Al Habib Umar Al ‘Athas, maka tiba-tiba ia memerah akan lengan bajunya dengan air bertitik, maka kami bertanya, “Ya Sayyidi, apa air ini?” Ia menjawab, ” Bahawa suatu kumpulan orang kekasih kami, telah rosak perahu mereka di dalam laut Syam (Tanah Hajaz), dan mereka minta tolong daripada kami maka kami datang membantu mereka, mereka dilepaskan oleh Tuhan mereka dari bencana alam, dan basah ini dari air laut itu.”

3. Apabila Habib itu beribadah kepada Tuhannya dengan seorang diri jauh daripada manusia maka Nabi SAW datang kepadanya hal keadaannya nyata dan Nabi SAW menyuruh akan dia mengajak manusia kepada jalan Allah Taala, dan menunjuk dan mengajar mereka. Mengapa saya tiada melihat akan keadaan Rasulullah SAW itu dengan nyata, kerana jikalau terdinding daripada saya oleh Nabi SAW sekejap sahaja, nescaya tiada saya bilangkan diri saya daripada kalangan orang Mukmin, dan mengapa terdinding Nabi SAW daripada saya padahal baginda SAW itu ain wujud saya.

4. Seorang lelaki meminang akan seorang perempuan berkahwin dengannya, maka bapa perempuan dan saudaranya enggan menerimanya, maka ia marah dengan hal yang beraku itu dan ia kembali ke rumahnya dan ia berazam akan membunuh mereka, apabila malam gelap ia menyandang senjatanya dan keluar menuju kepada bapa dan saudara perempuan itu, di antara ia berjalan-jalan tiba-tiba ia merasa seorang yang memegang tangannya seperti harimau yang ganas dan ia berpaling, tiba-tiba ia melihat Habib Umar Al ‘Athas, maka ia tercengang gementar dan Al habib itu berkata, ” Ke mana engkau hendak pergi?” Ia berkata, “Saya ada mempunyai suatu hajat.” Katanya, ” Engkau tiada mempunyai suatu hajat, tetapi engkau keluar ini kerana berbuat begini, begini. Hendaklah engakau kembali ke rumah engkau.” Dan Al Habib itu melepaskan tangannya dan laki-laki itu pun kembali ke rumahnya. Tiada beberapa hari datang bapa perempuan dan saudaranya mengambil hatinya dan menerangkan sebab-sebab penolakan pinangan itu dan meminta maaf. Dan keduanya berkata, “Perempuan itu bagi engkau. Demi Allah kami tiada mengahwinkannya selain daripada engkau.” Kemudian laki-laki itu berkahwin dengan perempuan itu, dan mendapat anak-anak sepertimana khabar gembira yang terbit daripada Al Habib Umar Al ‘Athas itu.

Ini kita petik dari Fathu Rabbin Nas huraian Ratib Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas, telah dihimpunkan oleh Maulana Al ‘Arif Sayyid Hussin bin Almarhum Al ‘Alamah Sayyid Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin Al ‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342 Hijrah.

Dihikayatkan oleh Abu Abdullah Al Qastalani bahawa ia melihat Nabi SAW dalam tidur dan ia mengadukan kepada Nabi akan sengsara hidup dan fakirnya dan papanya. Maka Nabi SAW mengajarkan dia akan suatu doa.

Dari kitab Al Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddis Sayyid Muhammad Bin Ali Khidr yang mati tahun 960 Hijrah, dan Sayyid itu mengulas doa yang di atas ini.

Ketahui olehmu barangsiapa yang menyebut akan ” Asmaul Husna” yang di atas ini, dan dia berperangai dengan perangai kalangan orang-orang yang terpilih daripada hamba Allah, dan beradab dengan adab wali-wali Allah, maka Allah Taala akan hidupkan roh “Asmaul Husna” akan hati orang itu. Dan Allah akan terangkan akan hatinya dengan cahaya hakikat “Asmaul Husna” itu. Dan ia tiada memohon sesuatu daripada Allah melainkan Allah berikan apa yang ia mohon.

Adalah Habib Al Arifbillah Ahmad bin Hussin bin Abdullah Al ‘Athas, datuk kepada Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim bin Ahmad Hussin Al ‘Athas dan Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim rh. Itu pengelola masjid Ba’alawi di Bukit Timah di Singapura. Dan Al ‘Alamah datuk Habib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Haddad Al Haddar, muftikerajaan Johor yang trdahulu itu adalah anak murid kepada Habib Al Arif Ahmad bin Hussin Al ‘Athas.

Berkata habbib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Al Haddad dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil Haqiiqah, Al Arifbillah Habib Ammad bin Hussin Al ‘Athas: Kata Syeikh Muhamad bin ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas bagaimana disebutkan oleh Imam Habib Al ‘Idrus bin Umar Al habsyi bahawa Al Habib Al Arif Ahmad Al ‘Athas itu seorang wali Allah yang mutlak dan dia dibenarkan mengkhabarkan apa perkara yang disembunyikan oleh orang lain.

Adalah Al Habib Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘ Athas itu apabila banyak melihat Rasulullah SAW sehingga berulang-ulang kali semalam hingga tujuh kali.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu apabila ia berasa syak pada suatu hadis maka ia bertanya kepada Nabi SAW.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu dapat mengetahui perkara bohong, katanya saya melihat keluar daripada mulut pembohong itu seperti sesuatu asap.

Al Arifbillah itu dapat mengenal karangan-karangan kitab-kitab ilmu, mana kitab itu ditulis mengikut hawa nafsu atau kerana ta’asub atau lain-lain dari hawa nafsu dan ta’asub.

Al Arifbillah itu dapat memilih mana-mana kitab yang sayugia dibaca dan diamalkan oleh ahli ilmu.

Adalah guru Al Arifbillah Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas itu bernama Ghausu Zamaanih Al Habib Abu Bakar bin Abdullah Al ‘Athas telah memohon pandangan dan pilihan dalam sesuatu perkara kepada Nabi SAW maka Nabi SAW bersabda kepadanya: ” Akan datang kebenaran atau datang isyarat di atas tangan seorang anak-anak kamu.”:

Al Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘Athas berkata adalah roh-roh datang kepada saya pada permulaan hidup saya sebagai suatu utusan sepuak lepas sepuak dan dia bercerita bahawa setengah orang mati lalu kepadanya lepas roh-roh berpisah dari jasad orang-orang mati itu atau lalu malaikat kepadanya dengan mmbawa roh-roh itu. Saya Tanya (Habib Mufti), ke mana roh-roh yang tuan guru lihat tadi? Jawabnya , dia bersiyarat dengan tangannya bahawa roh-roh itu pergi ke pihak kiblat.

Al Arifbillah itu menceritakan kepada (Al Habib Mufti) bahawa Al Arifbillah berhimpun dengan roh-roh “barzzakhiyyah” yang belum masuk ke dalam jasad manusia di dalam suatu perkara berlaku.

Adalah Al Arifbillah itu bangun tidur pada 1/3 yang terakhir dari waktu malam, ia mengambil air sembahyang, dan ia sembahyang dan panjang sembahyangnya itu. Kemudian ia membaca zikir-zikir yang panjang dan mengulang-ulang “Asmaul Husna”, ia bertasbih, ia bertahmid, ia bertakbir pada tiap-tiap “isim” itu. Kemudian ia baca zikir-zikir yang lain kemudian ia baca Quran dengan bacaan sederhana tiada cepat dan tiada lambat dan dia dapat membaca lima juzuk Al Quran sebelum terbit fajar.

Disebutkan bahawa Al Arifbillah dan Al Afiful Munawwar Ahmad bin Abdullah Balkhair sembahyang witir berjemaah dengan membaca 10 juzuk Al Quran.

Adalah wirid Al Arifbillah dalam sehari 25,000 “Lailahaillallah” dan membaca separuh Quran. Adapun usaha Al Arifbillah pada membaca kitab-kitab ilmu dari kitab-kita tafsir, hadis, tasawuf dan lain-lain, maka tiadalah kita ketahui (kata Al habib ‘Alawi) seseorang pun seperti Al Arifbillah itu.

Berkata Al ‘Alamah Muhammad Bifadhlu, saya berhubung dengan Al Arifbillah pada tahun 1316 Hijrah, maka banyak bilangan kitab yang ia baca di hadapan Al Arifbillah dan lain-lain penuntut membaca kitab di hadapannya menunjukkan kitab-kitab yang dibaca dihadapannya itu dari semenjak Al arifbillah balik dari Mekah sehingga tahun itu tiada kurang dari 26 tahun, adalah sangat banyak tiada dapat dikira, kerana tuan guru Al Arifbillah itu tiada sabar dari ilmu dan dari ibadah dan dari zikir, semuanya itu makanan bagi dirinya dan rohnya, dan saya tiada lihat akan seseorang pun tahan mendengar kitab-kitab ilmu seperti tuan guru itu.

Adalah Al Arifbillah itu apabila ia melayan “dhif-dhif” dan tetamu atau utusan-utusan maka ia tiada tahan dari meninggalkan membaca kitab, maka ia letakkan sebuah kitab di atas ribanya dan ia balik-balikan halaman kitab itu, sambil ia melayani “dhif-dhif” itu kerana ia gemarkan ilmu dan kitab-kitab ilmu.

[Dipetik dari Uqudul Almaasi].

Diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im dan Ibnu Basykuwal daripada Imam Sufyan As Tsauri telah berkata, di antara ketika saya mengerjakan haji, tiba-tiba masuk seorang pemuda, dia tiada mengangkat sebelah kaki dan tiada meletakkan sebelah kaki, melainkan ia berselawat atas Nabi SAW dan keluarga baginda.

Maka saya katakan kepadanya: “Adakah dengan ilmu kamu kata begitu?” Pemuda itu menjawab: “Ya”. Kemudian pemuda itu berkata: “Siapa tuan?” Saya menjawab: ” Saya Sufyan As Tsauri.” Ia bertanya: “Dari Iraq ?” Saya jawab: “Ya.” Pemuda itu bertanya: ” bagaimanakah tuan kenalkan akan Allah?” Saya jawab: “Allah memasukkan malam ke dalam siang dan Allah memasukan siang ke dalam malam dan Allah menggambarkan anak-anak dalam rahim.” Kata pemuda itu: ” Wahau Sufyan, tuan belum kenalkan Allah dengan sebenar-benar kenal.”

Saya berkata: ” Bagaimana kamu kenalkan Allah?” Jawab pemuda itu: ” Bifaskhil hammi, wa naqdhil ‘azmi. (ertinya: dengan membuang bimbang dan membatalkan azam.). Dan saya bimbang maka saya buang bimbang itu, dan saya berazam maka dibatalkan azam saya itu, dengan itu saya kenal bahawa bagi saya ada Tuhan yang Esa yang mentadbirkan hal ehwal saya.”

Saya berkata: “Apa itu selawat yang kamu selawat kepada Nabi SAW?” jawab pemuda itu: “Ceritanya begini: Adalah saya pergi kerja dan bersama-sama saya ibu saya, dan ibu saya minta saya bawa dia masuk ke dalam Kaabah. Maka saya bawa ibu saya ke dalam Kaabah, maka ibu saya terjatuh dan bengkak perutnya dan hitam legam mukanya. Maka saya duduk disisinya dengan sedih hati saya, dan saya angkat 2 tangan ke langit dan saya berkata: Ya Rabbi Ya Tuhanku, beginikah Tuhan hamba buat kepada sesiapa yang masuk ke dalam rumah Tuhan hamba (Kaabah), maka tiba-tiba awan naik dari sebelah Tihamah, dan tiba-tiba ada di dalamnya seorang lelaki memakai pakaian putih, dan ia masuk ke dalam Kaabah. Dan ia lalukan tangannya di atas perut ibu saya, maka muka ibu saya menjadi putih dan kesakitannya reda. Kemudian ia berjalan hendak keluar dari Kaabah itu maka saya tarik bajunya dan saya berkata kepadanya: “Siapa tuan yang menolong menyelamatkan saya dari kesedihan saya?” Jawabnya, ” Saya Nabi kamu, Nabi Muhammad yang kamu memberi selawat ke atasnya.”

Maka kata saya: Ya Rasulullah “Fa Ausini” (ertinya mohon beri pesan pada saya). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Janganlah angkat sebelah kaki dan jangan letakkan sebelah kaki melainkan kamu berselawat di atas Sayidina Muhammad dan di atas keluarga Sayidina Muhammad.”

Kata saya: ” Adalah orang muda ini dari kalangan wali-wali yang sampai kepada Allah.”

Saya kata ini kisah yang diceritakan Imam Sufyan As Tsauri yang terkenal dan dinukilkan oleh Imam Abu Na’im, pengarang kitab Hilyatul Auliya’ dan Ibnu basykul dan telah dinukilkan oleh “Muhadissud Dunya” Sayyid As Syeikh Abdullah As Siddiq Al Ghamaari daripada ulama Al Azhar dan ulama Al Maghrib dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah dicetak oleh maktabah Al Kahirah Syari’ As Sonadiqqiyah, Medan, Al Azhar, Mesir.

Sedikit masa yang lalu saya telah mendengar seorang penceramah di suatu radio dengan jahil dan lalai dia mengatakan tiada mungkin dan tiada boleh seseorang menerima wirid dan amalan daripada Rasulullah SAW di dalam kaabah zaman sekarang atau sebelum sekarang, adalah Al ‘Alamah Ibnu Taimiyah menegur ahli taswuf bagaimana tersebut dalam kitab Al Fatawal Hadissiyah atau pengikut-pengikut Al hafiz bin Rejab dan Az Zahbi atau sefaham mereka seperti Syeikh Abu Bakar Al Jazairi dan Syeikh Halali yang ada di Madinah Almunawarrah itu kedua-duanya tiada senang hati dengan ahli bait Rasulullah SAW dan dengan ahli tasawuf.

Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga, dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti ini termasuk di bawah erti kata ” fadhoilul ‘amal”.

Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.

Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin ‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’ karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.

 
Pihin Datuk Ser Maharaja Datuk Seri Utama

Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz

Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

Pejabat Mufti,

Kementerian hal Ehwal Agama,

Negara Brunei Darussalam.

14 Jamadil Awal 1408H

4 Januari 1988.

09/11/2013 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Benarkah dakwaan Rambut Nabi SAW?

Rambut Rasulullah SAW 1

Rambut Rasulullah SAW

Sungguh ramai yang mendakwa rambut ini adalah rambut Rasulullah s.a.w. Pedang ini adalah pedang Nabi s.a.w. Tapak kaki ini adalah tapak kaki Baginda s.a.w. Ada yang mencelup rambut berkenaan ke dalam air dan ia diberi minum kepada orang ramai sebagai tabaruk atau mengambil keberkatan.

Persoalan: Bolehkah bertabaruk dengan kesan-kesan Nabi s.a.w. seperti rambut dsbgnya.. Benarkah dakwaan tentang kewujudan seperti rambut Nabi s.a.w., pedangnya sebagainya? Bolehkah kita bertabaruk dengan contoh rambut yang didakwa sebagai rambut Nabi s.a.w.?

Fatwa berikut insyaallah boleh membantu kita mendapat jawapan tentang persoalan di atas.


Terjemahan oleh: zain y.s

Artikel asal: islamqa.info kendalian Syeikh Muhammad Salleh al-Munajid

Soalan: Saya pernah menghadiri ceramah di Jordan yang membentangkan tajuk mengenai Masjid al-Aqsha dan Mendokong Agama. Penceramahnya membawa kepada kami air yang dicelup dengan rambut Rasulullah s.a.w. Rambut berkenaan ada di masjid al-Jazzar, ‘Akka di Palestine.

Dia meletakkan air berkenaan di dalam botol, kemudian mencampurkannya ke dalam tangki air sehingga sejumlah besar wanita di situ dapat mengambilnya.

Soalannya; adakah dibenarkan untuk bertabaruk/mengambil berkat (barakah) dengan air ini dengan tujuan untuk berubat dan mengambil berkat.

Berikan kami fatwa, jazakallahu kull khair…

Untuk pengetahuan, air berkenaan masih lagi dalam simpanan saya dan saya tidak pernah menggunakannya.

Jawaban:

Alhamdulillah..

Para ulama telah sepakat atas bolehnya bertabaruk dengan kesan-kesan peninggalan Rasulullah s.a.w. samada rambutnya, peluhnya dan selainnya. Alasannya, ada dalil atas yang demikian itu.

، فَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَمَّا رَمَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَمْرَةَ وَنَحَرَ نُسُكَهُ وَحَلَقَ نَاوَلَ الْحَالِقَ شِقَّهُ الْأَيْمَنَ فَحَلَقَهُ ثُمَّ دَعَا أَبَا طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيَّ فَأَعْطَاهُ إِيَّاهُ ثُمَّ نَاوَلَهُ الشِّقَّ الْأَيْسَرَ فَقَالَ احْلِقْ فَحَلَقَهُ فَأَعْطَاهُ أَبَا طَلْحَةَ فَقَالَ اقْسِمْهُ بَيْنَ النَّاسِ ) رواه مسلم (1305)

Terjemahan: Dari Anas bin Malik ia berkata; Setelah Rasulullah s.a.w.melontar Jamrah, menyembelih haiwan korbannya dan setelah mencukur rambutnya, baginda meminta tukang cukur untuk mencukur kembali rambutnya yang sebelah kanan. Kemudian baginda memanggil Abu Thalhah Al Anshari dan memberikan rambut tersebut kepadanya. sesudah itu, baginda kembali meminta untuk dicukurkan rambutnya yang sebelah kiri sambil bersabda: “Cukurlah.” Maka dia pun mencukurnya, dan setelah itu, membagikannya kepada orang-orang. (HR Muslim)

وعَنْ أَنَسٍ أَنَّ أُمَّ سُلَيْمٍ كَانَتْ تَبْسُطُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِطَعًا فَيَقِيلُ عِنْدَهَا عَلَى ذَلِكَ النِّطَعِ ، فَإِذَا نَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَتْ مِنْ عَرَقِهِ وَشَعَرِهِ فَجَمَعَتْهُ فِي قَارُورَةٍ ثُمَّ جَمَعَتْهُ فِي سُكٍّ . قَالَ [القائل هو ثمامة بن عبد الله بن أنس] : فَلَمَّا حَضَرَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ الْوَفَاةُ أَوْصَى إِلَيَّ أَنْ يُجْعَلَ فِي حَنُوطِهِ مِنْ ذَلِكَ السُّكِّ قَالَ فَجُعِلَ فِي حَنُوطِهِ . رواه البخاري (6281)

Terjemahan: Dari Anas bahwa Ummu Sulaim, bahwa dia biasa membentangkan tikar dari kulit untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda istirahat siang di atas tikar tersebut.

Anas melanjutkan; “Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah tidur, maka Ummu Sulaim mengambil peluh dan rambutnya yang terjatuh dan meletakkannya di bekas kaca, setelah itu dia mengumpulkannya di sukk (ramuan minyak wangi), Tsumamah berkata; ‘Ketika Anas bin Malik hendak meninggal dunia, maka dia berwasiat supaya ramuan tersebut dicampurkan ke dalam hanuth (ramuan yang digunakan untuk meminyakkan mayat), akhirnya ramuan tersebut diletakkan di hanuth.” (HR al-Bukhari)

Maka riwayat ini dan riwayat selainnya menunjukkan bahawa Allah menjadikan ada keberkatan pada diri Rasulullah s.a.w. dan apa yang terpisah darinya samada rambut, peluh dan sebagainya yang boleh ditabaruk serta diharap daripadanya manfaat di dunia dan di akhirat. Dan pemberi kebaikan ini adalah Allah Tabaraka Wa Taala.

Namun sekarang, dakwaan bahawa ini adalah sebahagian dari rambut Nabi s.a.w. atau bekas-bekas (barangan seperti pedang dsbgnya) adalah dakwaan yang tidak disandarkan kepadanya dalil.

Secara amnya, apa yang dikatakan dalam hal ini adalah satu bentuk cakap-cakap temberang dan khurafat. Seperti kata mereka: Ini adalah sehelai rambut milik Nabi s.a.w., kerana jika diletakkan di bawah sinaran matahari tidak ada bayang-bayang. Kata-kata seperti ini tak sepatutnya dihiraukan.

Syeikh al-Albani rhm berkata: Kami tahu bahawa terdapat bekas-bekas peninggalan s.a.w. yang terdiri dari baju atau rambut atau selainnya, telahpun hilang lenyap. Tidak mungkin kepada sesiapapun untuk membuktikan atau memastikan tentang kewujudannya secara pasti dan penuh keyakinan. (Kitab al-Tawassul, hal. 147)

Oleh itu, tidak dibenarkan bertabaruk dengan air ditanyakan itu sehingga ia benar-benar pasti dan yakin bahawa rambut yang diletakkan pada air berkenaan adalah rambut Nabi s.a.w. Namun sayang, di sana sudah tiada lagi jalan untuk membuktikannya.

Kita hendaklah berhati-hati dengan kaki temberang dan khurafat serta penyeru bid’ah. Dan juga hendaklah menimba ilmu dari mereka yang diketahui benar-benar berpengetahuan tentang al-Sunnah, pembela dan penyebarnya.

Amat menakjubkan bagaimana ceramah tentang “mendokong agama” bertukar menjadi satu galakan agar mempercayai perkara-perkara yang tidak pasti dan tidak berasas.

Alangkah baiknya jika penceramah berkenaan menyeru manusia agar mempelajari al-Sunnah serta berpegang teguh dengannya. Kerana disitulah punca kejayaan.


Kesimpulan Fatwa:

  • Para ulama sepakat: Boleh bertabaruk dengan kesan peninggalan Nabi s.a.w. seperti rambut, peluh dan sebagainya
  • Kesan-kesan Nabi s.a.w. yang didakwa oleh pelbagai pihak sekarang hanyalah temberang dan penipuan. Kerana ia samasekali tidak dapat dibuktikan kebenarannya, malah mustahil untuk dibuktikan.
  • Persoalannya di sini ialah bukan masalah boleh atau tidak bertabaruk dengan kesan peninggalan Nabi s.a.w., tetapi yang jadi masalahnya ialah apakah benar kesan-kesan peninggalan itu BENAR-BENAR milik Nabi s.a.w.

Teks asal Fatwa:

لقد حضرت محاضرة في الأردن و قد كان الموضوع عن المسجد الأقصى و نصرة الدين و قد كانت المحاضِرة قد أحضرت لنا ماء مغموس بشعرة الحبيب محمد صلى الله عليه وسلم , وهذه الشعرة موجودة في مسجد الجزار في عكا في فلسطين.وقد وضع الماء داخل قارورة ثم خلطوها بخزان الماء حتى يستفيد منه أكبر عدد من النسوة و قد أخذت الماء مثلهن ..والسؤال هل يجوز التبرك بهذا الماء بهدف الشفاء وأخذ البركة أفتونا جزاك الله كل خير مع العلم أن الماء ما زال عندي ولم أستخدمه بعد.

الحمد لله

اتفق العلماء على جواز التبرك بآثار الرسول صلى الله عليه وسلم ، من شعر وعرق وغيره ؛ لقيام الأدلة على ذلك ، فَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَمَّا رَمَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَمْرَةَ وَنَحَرَ نُسُكَهُ وَحَلَقَ نَاوَلَ الْحَالِقَ شِقَّهُ الْأَيْمَنَ فَحَلَقَهُ ثُمَّ دَعَا أَبَا طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيَّ فَأَعْطَاهُ إِيَّاهُ ثُمَّ نَاوَلَهُ الشِّقَّ الْأَيْسَرَ فَقَالَ احْلِقْ فَحَلَقَهُ فَأَعْطَاهُ أَبَا طَلْحَةَ فَقَالَ اقْسِمْهُ بَيْنَ النَّاسِ ) رواه مسلم (1305).

وعَنْ أَنَسٍ أَنَّ أُمَّ سُلَيْمٍ كَانَتْ تَبْسُطُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِطَعًا فَيَقِيلُ عِنْدَهَا عَلَى ذَلِكَ النِّطَعِ ، فَإِذَا نَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَتْ مِنْ عَرَقِهِ وَشَعَرِهِ فَجَمَعَتْهُ فِي قَارُورَةٍ ثُمَّ جَمَعَتْهُ فِي سُكٍّ . قَالَ [القائل هو ثمامة بن عبد الله بن أنس] : فَلَمَّا حَضَرَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ الْوَفَاةُ أَوْصَى إِلَيَّ أَنْ يُجْعَلَ فِي حَنُوطِهِ مِنْ ذَلِكَ السُّكِّ قَالَ فَجُعِلَ فِي حَنُوطِهِ . رواه البخاري (6281)

والنطع : بساط من جلد .

والسُّك : نوع من الطيب يركب من المسك وغيره.

فهذا وغيره يدل على أن ذات الرسول صلى الله عليه وسلم وما انفصل عنها من شعر وعرق ونحوه قد جعل الله فيه من البركة ما يتبرك بها ويرجى بسببها الفائدة في الدنيا والآخرة ، والواهب لهذا الخير هو الله تبارك وتعالى.

لكن الزعم الآن بأن هذا من شعر النبي صلى الله عليه وسلم أو آثاره ، زعم لا يسنده دليل . وعامة ما يقال في هذا الباب هو نوع من الدجل والخرافة ، كقولهم : إن هذه شعرة للنبي صلى الله عليه وسلم لأنها إذا وضعت تحت الشمس لم يكن لها ظل !! ومثل هذا الكلام لا ينبغي أن يلتفت إليه.

قال الشيخ الألباني رحمه الله : ” ونحن نعلم أن آثاره صلى الله عليه وسلم من ثياب أو شعر أو فضلات ، قد فقدت ، وليس بإمكان أحد إثبات وجود شيء منها على وجه القطع واليقين ” التوسل ص 147

وعليه فلا يجوز التبرك بالماء المسئول عنه ، حتى يعلم جزما أن ما وضع فيه هو من شعر النبي صلى الله عليه وسلم ، ولا سبيل لإثبات ذلك . وينبغي الحذر من أهل الدجل والخرافة ، ومروجي البدع ، كما ينبغي تلقي العلم والدعوة على يد المعروفين بالسنة الذابين عنها والناشرين لها ، وليتأمل العاقل كيف يتحول الحديث عن نصرة الدين إلى تعليق الناس بالأمور غير الثابتة ! وكان الأجدى بالمحاضِرة أن تدعو الناس إلى تعلم السنة والتمسك بها ؛ لأن ذلك من أسباب النصر .

رزقنا الله وإياكم حسن الاتباع .

والله أعلم .

19/07/2013 Posted by | Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | , , | 1 Comment

Peninggalan atsar atsar Peribadi Rasulullah SAW

Baginda S.A.W banyak meninggalkan atsar-atsar peribadi seperti pakaian, perkakas rumah dan lain-lain. Ahli sejarah Islam ada yang menghitung dan mengira jumlah atsar-atsar peninggalan Baginda S.A.W. Bahkan ada yang menyebut nama-namanya sekali, seperti serban Baginda S.A.W “As sahab” ,Gunting Baginda S.A.W “Al Jamek”, Tongkat kecil Baginda S.A.W “Al Mamsyuq”, tempayan Baginda S.A.W “An-Nasi`ah”, dan pedang Baginda S.A.W “Zulfakar”. Kesan-kesan peninggalan Baginda S.A.W ini telah disimpan secara turun temurun oleh ahli kerabat Baginda S.A.W dan juga Para Sahabat yang mewarisinya.

Temasuklah yang memiliki bagi menjaga kesan-kesan tersebut dengan penuh kehormatan adalah Para Kalifah Umawiyyah dan Abbasiyyah. Pemerintah kerajaan Abbassiyyah telah menjadikannya sebagai salah satu daripada Lambang kenegaraan, iaitu dengan meletakkan “Al Burdah” Baginda S.A.W di bahu dan tongkat “Al Qadhib” di pegang ditangan. Ini dilakukan oleh khalifah-khalifah tersebut samaada mereka duduk atau berdiri. Selain daripda khalifah Umawiyyah dan Abbasiyyah, orang ramai juga ada yang memiliki atsar peninggalan Baginda S.A.W dan kesan-kesan yang mulia tersebut berpindah daripada satu generasi kepada satu generasi seperti yang terdapat Turki, Pakistan, India dan Mesir. Kewujudan Atsar Baginda S.A.W seperti pakaian, serban dan rambut yang berada ditangan-tangan orang tertentu dipelbagai tempat itu adalah tidak menghairankan, kerana setiap satu dari jenis atsar tersebut banyak jumlahnya. Misalnya rambut Baginda S.A.W, setelah dicukur, Baginda S.A.W memerintahkan Abu Thalhah supaya membahagi-bahagikan kepada orang ramai. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rambut Baginda S.A.W boleh saja terdapat dikalangan orang ramai, dan setiap daripada mereka sudah tentu akan memelihara dengan baik bahkan mewariskannya kepada anak cucu atau menghadiahkannya kepada orang lain. Bagi tujuan menghormati, bertabaruk dengan kesan yang mulia ini, pihak berkuasa di Negeri Islam , ada yang mengambil inisatif dengan menghimpun dan meletakkannya di dalam bangunan yang tertentu. Misalnya pemerintah negeri Panjab (Pakistan) telah menghimpun dan menempatkannya di bangunan Badshahhi, Lahore . Pemerintah Mesir pula menghimpun dan meletakkannya pula di dalam bangunan Masjid Al-Husain, setelah atsar yang mulia ini berpindah daripada bangunan yang diperuntukkan baginya termasuklah sebuah bangunan khas yang dibangunkan oleh Sultan Al Ghawri, sebelum berada ditempatnya sekarang iaitu Masjid Al -Husain.

Ali Mubarak menceritakan mengenai perkara ini seperti berikut: “Sultan Ghawri telah menitahkan supaya dibangunankan sebuah Kubah besar bertentangan dengan sekolah yang dibinakannya dipasar Al Jammalin dan Al Khasybiah yang ditandatangani oleh Putera Bek Khazandar dan Nazir Al Hisab nya.Kubah (dom) ini amat besar ,unik dan cantik .Baginya terdapat pegawai khas yang dilantik oleh Sultan untuk menguruskan nya dengan gaji sebagai menghormati kewujudan Mushaf Uthmani ,atsar-atsar Nabawi dan Mushaf-mushaf lain yang ada didalamnya”.5

Atsar-atsar yang ada diMesir itu tersimpan dalam Kubah Al Gawri selama lebih daripada tiga abad ,iaitu sehingga tahun 1275H . Pada tahun 1275 H dipindahkan ke Masjid Zainab ,dan dari Masjid Zainab dipindahkan ke bangunan Qal’ah dalam satu upacara besar-besaran sehingga tahun 1304 H . Dari bangunan ini dipindahkan lagi kebangunan Al Awqaf pada tahun 1304 H, kemudian ke bangunan ‘Abidin dan dipindahkan kemudiannya ke tempatnya sekarang di Masjid Al Husain .

Muhammad Al Bablawi ,seorang ahli sejarah Mesir menggambarkan peristiwa pada saat atsar-atsar tersebut dipindahkan ketempatnya sekarang (Masjid Al Husain), bagaimana sambutan dan penghormatan umat Islam yang sungguh luar biasa.

“Apabila turun titah Al Marhum Taufiq Basya agar atsar-atsar Nabi dipindahkan ke Masjid Al Husain , lalu disiapkan almari besar disebelah Timur dinding masjid arah kiblat. Apabila almari besar tersebut siap, Baginda S.A.W mengarahkan supaya dibuat aturcara perarakan besar-besaran yang akan diikuti oleh orang-orang kenamaan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan .

Perarakan membawa atsar-atsar Nabi S.A.W ini berlaku pada hari khamis 25 jamadil awwal 1305 ,bermula dari bangunan ‘Abidin sehingga ke Masjid Al Husain. Perarakkan besar yang belum pernah berlaku sepertinya di bumi Mesir”.6 Disebutkan pada hari perarakan itu orang-ramai daripada segenap peringkat , awal-awal pagi lagi sudah datang berpusu-pusu memenuhi jalan-jalan yang akan dilalui oleh pembawa-pembawa atsar tersebut. Bagi yang tidak berupaya untuk sama-sama berararak akan membuka jendela-jendela rumah untuk menyaksikan perarakkan. Para pembesar negara yang turut mengiringi perarakkan atsar –atsar tersebut termasuklah Mukhtar Basya, Husain Kamil, Mahmud Basya, Mansur Basya, Nawbar Basya, Konsul Negara Iran, Para Ulamak dan orang-orang kenamaan ,Ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan. Apabila perarakkan sampai di medan ‘Abidin atsar-atsar tersebut disambut oleh pasukan perarakan yang dianggotai pasukan bersenjata berkuda. Ketika inilah tembakan meriam dari pasukan Qal’ah dilepaskan .

Selepas itu terus diarak ke Masjid Al Husain. Jumlah kehadiran diperarakan tersebut dicatitkan lebih dari tiga puloh ribu orang.Mereka melakukan ini adalah sebagai menghormati serta mengambil tabarruk daripadanya.7 Begitulah penghormatan yang berlaku, sehingga kini masih terdapat pengunjung-pengunjung bertumpu ke Masjid Al Husain di Kaherah setiap hari terutamanya dimusim perayaan seperti Maulid Sayyidina Husain R.Anhu .

Diceritakan ,didalam masjid Al Husain , selain menyimpan atsar-atsar Nabi S.A.W, sehelai pakaian Baginda S.A.W, Mikhallah (tempat dan alat bercelak) , sebatang tongkat pendek dan dua helai janggut Baginda S.A.W, turut juga tersimpan atsar Sayyidina Uthman bin ‘Affan dan Sayyidina Ali R.Anhuma, iaitu Mushaf Uthman dan Mushaf Ali yang ditulis dengan khat Khufi.

[Oleh:Haniff Abu Talib]

18/07/2013 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Nabi maksum sejak kecil

Sekiranya ada yang berpendapat agama yang dipegangnya adalah agama Nabi Ibrahim, maknanya itu adalah agama Islam kerana semua nabi dan rasul diutuskan untuk menyampaikan ajaran Islam.

Kebingungan dan kecelaruan fikiran umat Islam mengenai Rasulullah sebelum dilantik menjadi Rasul terbit daripada salah faham terhadap

firman Allah: Apabila Dia mendapati engkau sesat, lalu Dia mengurniakan engkau hidayah petunjuk. (al-Dhuha: 7)

Melafazkan ungkapan Rasulullah tidak beragama sebelum usia 40 tahun adalah satu penyimpangan yang nyata. Jika berkata demikian, seolah-olah kita membuka ruang kepada masyarakat umum menilai baginda dengan akal cetek dan andaian semata-mata.

Barangkali ungkapan tidak beragama itu ada yang tersasar memaksudkannya sebagai atheis atau tidak menganut agama yang benar iaitu seorang musyrik. Apabila kita menyatakan bahawa baginda tidak beragama sebelum dilantik menjadi nabi, itu akan membawa maksud baginda terdedah melakukan apa sahaja perbuatan maksiat yang mencacatkan maruah dan meruntuhkan moral kerana tiada pegangan yang menjadi benteng daripada melakukan perkara yang keji dan garis panduan bagi membezakan antara dosa dan pahala.

Mengulas mengenai salah faham terhadap ayat ini, Prof Dr. Sayyid Muhammad Alawi al Maliki menyatakan di dalam bukunya al Zakhair al Muhammadiyyah: Ayat ini sering dieksploitasi oleh sebahagian ahli fitnah yang buta basirah dan tertutup pintu hati sehingga mereka tidak dapat melihat hakikat kedudukan Nabi dan Rasul yang sebenar.

Mereka hanya melihat Nabi Muhammad SAW sebagai manusia biasa semata-mata yang berjalan di muka bumi, berjalan-jalan di pasar, memikul dosa, melakukan dosa dan kesalahan, pernah hidup dalam kesesatan lalu Allah memberi hidayah kepadanya, pernah hidup dalam kemiskinan lalu Allah memberikannya kekayaan dan dilahirkan dalam keadaan yatim lalu Allah memberi perlindungan kepadanya. Sehinggalah ke akhir perbicaraan yang hanya membangkitkan kekeliruan orang awam kerana ia berdasarkan kepada maksud zahir nas-nas yang terdapat di dalam al Quran dan Sunnah."

Al Allamah al Qadhi Iyadh pula menyatakan dalam kitabnya al Syifa bi Tarif Huquq al Mustafa: Apa yang pasti, para nabi adalah maksum (terpelihara) sebelum dilantik menjadi nabi dan terhindar dari kejahilan tentang Allah dan sifat-sifat-Nya, dan terpelihara daripada merasa ragu walau sedikitpun mengenai perkara ini.

Terdapat banyak khabar dan athar yang saling mendukung di antara satu sama lain yang mensucikan para nabi daripada kekurangan ini semenjak mereka dilahirkan dan mereka membesar di atas tauhid dan iman."

Beliau menambah lagi: Tidak pernah seorang pun ahli hadis menaqalkan terdapat seorang daripada mereka yang dipilih menjadi nabi daripada kalangan orang yang dikenali dengan kekufuran dan kesyirikannya sebelum itu."

Oleh itu kita tidak pernah mendengar para nabi dan rasul terdahulu menganut agama yang sesat yang dianuti oleh kaum mereka.

Kemuliaan ini adalah terlebih utama dianugerahkan ke atas Rasulullah dan tiada satu sebab atau dalil yang menghalang baginda daripada mengecapi nikmat dan keistimewaan itu kerana baginda adalah penghulu segala nabi dan rasul.

Jangan sekali-kali kita berpaling kepada pendapat bahawa Rasulullah SAW berada di atas agama kaumnya sebelum Nubuwwah, lalu Allah menghidayahkan Islam kepada baginda kerana Nabi Muhammad SAW dan para nabi yang lain sejak dilahirkan membesar atas ketauhidan dan keimanan.

Sesungguhnya mereka maksum sebelum Nubuwwah daripada jahil tentang sifat-sifat Allah dan mentauhidkan-Nya.

Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan peristiwa Rasulullah bermusafir bersama bapa saudaranya ke Syam, di mana Buhaira melihat tanda kenabiannya. Sedangkan ketika itu baginda masih kecil. Buhaira mengujinya agar bersumpah dengan berhala al Laata dan al Uzza, lalu baginda menjawab: Janganlah kamu meminta saya bersumpah dengan kedua-duanya. Demi Allah! Saya tidak pernah membenci sesuatu seperti kebencian saya terhadap kedua-duanya."

Pendapat ini dikuatkan lagi dengan peristiwa Jibril mengeluarkan seketul daging dari hati baginda dengan katanya: Ini adalah bahagian syaitan dari dalam dirimu." Kemudian dada baginda diisi dengan hikmah dan iman.

Demikianlah seperti yang dinaqalkan daripada al Imam Fakhr al Din al Razi di dalam tafsirnya Mafatih al Ghaib.

 

(Sumber: Bicara Ugama Utusan Online)

03/10/2012 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Tazkirah | , | Leave a comment

Nabi SAW sama dengan manusia lain – TG Nik Abd Aziz

Syarah TGNA : http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc

Ust Kazim Jawab Nik Aziz : http:http://www.youtube.com/watch?v=IAEsF5jEsE8

Ust Azhar Idrus : http://www.youtube.com/watch?v=-NRZfLUgjdI

 

Ulasan:
Soalan 1 : Apakah wujud kelebihan Nabi saw semasa kelahiran? Memang banyak sekali cerita-cerita yang dikhabarkan mengenai peristiwa keajaiban yang berlaku sekitar kelahiran nabi, akan tetapi sukar untuk memastikan kesahihannya. Sumber-sumbernya dari Sirah Ibn Hisyam, Tarikh al-Tabari, Mawahibu al-Laduniyya [Qastalani], Syifa [Qadi Iyaf], dsb.

Berkenaan dengan bilakah Nabi saw dikhatankan, Ibn Qayyim rh [Zaad al-Ma’ad, 1/53] telah mencatatkan 3 pandangan :

1. Beliau dilahirkan dalam keadaan telah dikhatankan.
2. Beliau dikhatankan oleh Malaikat yang membedah dada beliau semasa dibawah penjagaan Halimah.
3. Beliau telah dikhatankan oleh datuknya, Abdul Muthalib semasa berumur 7 hari, dan waktu itu dinamakan Muhammad.

Ibn Qayyim mengatakan pandangan yang mengatakan Nabi telah dikhatan semenjak lahir adalah tertolak kerana tidak wujud dalil sahih mengenainya. Peristiwa Nabi saw dibedah dada oleh Malaikat Jibril semasa berumur 4 atau 5 tahun terdapat didalam Hadith Muslim, akan tetapi perlakuan khatan itu sendiri tidak ada. Ulama’ cenderung kepada pendapat Muhammad  saw dikhatan oleh Abdul Muthalib kerana kelaziman orang arab akan mengkhatankan anak mereka semasa berumur 7 hari.

Memang wujud kelebihan Nabi Muhammad  saw sebelum beliau menjadi Rasul. Diantara peritiswa ajaib yang berlaku adalah semasa Nabi Muhammad telah di ambil oleh Halimah untuk disusukan. Halimah dan keluarga tidak mempunyai makanan yang cukup, sehingga susu badan beliau tidak mencukupi untuk memberi susuan kepada anaknya. Beliau juga mempunyai seekor unta, dimana unta itu juga sudah lama tidak mengeluarkan susu.

Akan tetapi semasa beliau mengambil Muhammad didadanya, didapati susu telah wujud. Susu tersebut mencukupi untuk Muhammad, termasuklah untuk adik tirinya. Suaminya telah pergi kepada unta tersebut dan didapati unta tersebut pun sudah boleh mengeluarkan susu. Semasa perjalanan ke Mekah, kaki himarnya telah cedera. Akan tetapi semasa pulangnya, himar tersebut dengan cepatnya telah pulih.

Ibn ‘Asakir meriwayatkan satu peristiwa yang berlaku semasa Nabi  saw bersama Pakciknya Abu Talib telah menerima aduan orang Quraish mengenai keadaan di Mekah yang tidak hujan-hujan. Semasa Abu Talib pergi bersama anak buahnya Muhammad untuk berdo’a di Ka’bah pada suasana yang panas, kelihatan awan gelap berada diatas kepala Muhammad. Abu Talib dan anak buahnya berdo’a di Ka’bah dan tiba awan dari pelbagai arah bertemu dan mengeluarkan hujan membasai bumi Mekah.

Didalam peristiwa lain pula, Nabi  saw mengikuti Abu Talib ke Syria. Sesampai di Busra, terdapatnya Rahib bernama Bahirah bertemu dengan mereka. Walaupun tidak pernah berjumpa, dia dapat mengenali Muhammad. Apabila Abu Talib bertanya bagaimana dapat mengenali Muhammad, jawabnya pada masa mereka berjalan dari arah Aqabah, kelihatan batu, pokok sujud, dan ini hanya berlaku jika seseorang itu Nabi. Dia juga mengenal Muhammad dari tanda kenabiannya, Khatam Nubuwah, cop kenabian dibawah bahunya.

Ini adalah peristiwa yang menunjukkan bahawa tanda keNabian itu telah wujud semenjak Nabi Muhammad saw masih kecil lagi dan Allah swt sentiasa memelihara Nabi akhir zaman ini dari sebarang gangguan. Peristiwa ini kami petik dari Kitab al-Raheeq al-Makhtum (ms 61 – 65) karangan Safiur Rahman al-Mubarakpuri yang sangat sarat dengan rujukan.

Soalan 2 : Mengenai kenyataan yang dikeluarkan TG Nik Aziz Nik Mat mengenai Nabi Muhammad saw merupakan manusia biasa sebelum diturunkan al-Quran kepada baginda, perlu dilihat dari beberapa aspek. Kalau beliau sengaja mengatakan Nabi Muhammad  saw hanyalah manusia biasa seperti kita, barulah dikatakan menghina kedudukan Nabi saw .

Secara umum, didalam al-Quran, Allah swt sendiri memberitahu Nabi  saw bahawa katakan kepada mereka yang bertanya, bahawa engkau adalah manusia biasa. Firman Allah swt bermaksud:-

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya” [surah al-Kahfi : 110]

Menurut Imam al-Qurthubi, surah ini mengambarkan Allah memberitahu Muhammad saw  bahawa beliau adalah manusia biasa dengan tujuan merendahkan ego-ego manusia agar tidak merasa diri mereka tinggi sangat, sedangkan Nabi Muhammad sendiri adalah manusia biasa.

Ayat ini juga boleh memberi motivasi kepada manusia untuk beramal. Jika Muhammad saw  boleh melakukan amalan-amalan baik, maka kita pun boleh melakukannya.

Ayat ini juga boleh digunakan untuk melarang manusia yang berlebih-lebih sikapnya terhadap Nabi saw sebagaimana orang-orang Nasrani mengangkat Nabi Isa as. Inilah yang dimaksudkan oleh TG Nk Aziz didalam petikan video diatas, menasihatkan agar umat Islam tidak berlebih-lebih menyambut Maulid Nabi, tetapi apa yang penting adalah memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah yang Nabi Muhammad  saw bawa setelah beliau menerima wahyu semasa berumur 40 tahun. Tidak mungkin seorang Tok Guru yang sangat menyanjung Nabi  saw sanggup menghinanya. Haruslah kita mempunyai sikap “bersangka baik” terhadap beliau. Tujuan beliau jelas, melarang manusia berlebih-lebihan didalam Maulid sebagaimana orang-orang Nasara berlebihan terhadapa Nabi Isa as.

Nabi saw sendiri melarang umatnya dari melakukan apa yang dilakukan oleh orang Nasrani terhadap Nabi Isa as, sebagaimana sabda beliau :

“Jangan kamu berlebihan terhadapku sebagaimana orang-orang Nasara berlebih-lebihan terhdap anak Maryam, aku hanyalah hamba, maka katakanlah : hamba Allah dan Rasul Allah” [Hadith Riwayat al-Bukhari, Ahaadith al-Anbiya # 3189]

Bagi mereka yang sengaja menggunakan ayat diatas untuk merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad saw, maka perbuatan tersebut adalah dilarang. Nabi Muhammad  saw sebelum menerima wahyu lagi merupakan hamba Allah swt yang diperlihara oleh Allah swt. Malah jika kita melihat ayat dari surah al-Kahfi diatas, walaupun Allah menyuruh baginda mengatakan dia adalah manusia seperti kamu, akan tetapi sambungan ayat tersebut menyatakan bahawa beliau menerima WAHYU. Manusia biasa tidak mungkin akan menerima wahyu seperti Nabi saw. Beliau adalah hamba Allah yang paling mulia disisi Allah dan penghulu segala Nabi. WA.

Sekian, wassalam

(Sumber: al ahkam.net)

26/08/2011 Posted by | Aqidah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment