Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BENARKAH ORANG YANG TIDAK SOLAT BERJEMAAH ISYAK & SUBUH DI MASJID/SURAU DI KIRA MUNAFIK?

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 571: BENARKAH ORANG YANG BERAT MENUNAIKAN SOLAT ISYAK DAN SUBUH DIKATEGORIKAN SEBAGAI MUNAFIK?

Soalan

Assalamualaikum, betulkah terdapat lafaz “munafik” dalam hadis yang menyebutkan bahawa orang yang berasa berat untuk solat Isyak dan Subuh itu adalah munafik? Selain itu, boleh saya tahu juga hadis ini disebutkan dalam kitab apa saja? Mohon pencerahan, terima kasih.

Ringkasan Jawapan

Benar terdapat lafaz “munafik” dalam hadis ini dan kewajipan solat berjemaah ini adalah kewajipan yang ditetapkan pada zaman awal Islam bertujuan mencegah golongan munafik daripada meninggalkan solat. Hal ini kerana, apabila mereka bersendirian mereka tidak akan mendirikan solat. Kemudian, kewajipan tersebut telah dimansukhkan dalam Islam. Meskipun begitu, solat berjemaah di masjid amat dituntut dalam Islam kerana ganjarannya melebihi solat secara bersendiri menurut hadis Nabi SAW.

Untuk bacaan lanjut, sila rujuk pautan berikut: https://bit.ly/3BeZLK0

07/12/2022 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

Masjid Aya Sofea yg di tukar jadi Gereja ketika zaman Artartuk sudah kembali jadi Masjid di zaman Edorgan.

Kata Ustaz Badiuzzaman Said Nursi, Penukaran Aya Sofea kepada masjid adalah lambang penyerahan Kristian Byzatin terhadap Islam.

Setelah beratus tahun Byzatin mengancam Islam akhirnya mereka terpaksa menyerah di tangan Sultan Muhamad al Fateh.

Sultan Muhamad al Fateh berkata, semua gereja di konstantinopel kekal sebagai gereja kecuali Aya Sofea ditukar kepada masjid.

Maknanya Sultan Muhamad al Fateh tidak merosakkan tempat ibadat kaum kristian. Mereka bebas mengamalkan di tempat ibadat mereka.Cuma Aya Sofea sebuah sahaja ditukar jadi masjid.

Kenapa Aya Sofea jadi pilihannya?. Kerana Islam telah berkuasa di Konstantinopel. Sebagai lambang penyerahan Byzantin membenarkan Aya Sofea ditukar jadi masjid.

Adat peperangan pada zaman itu, mereka yang kalah akan menjadi hamba atau dibunuh. Semua harta termasuk ladang dan rumah kediaman menjadi milik mereka yang menang.

Namun Sultan Muhamad al Fateh membawa akhlak Islam. Tawanan perang tidak dibunuh. Rumah ibadat tidak dibakar atau tidak dirosakkan.

Setelah Sultan Muhamad al Fateh dan pasukan tenteranya menakluk Konstantinopel, mereka perlukan sebuah masjid untuk sembahyang berjemaah. Jika umat Islam pada masa itu sembahyang di padang atau tanah lapang pasti ditertawakan musuh.

Maka Sultan Muhamad al Fateh pun membeli Aya Sofea dengan harta peribadinya sendiri lalu diwakafkan sebagai tempat ibadat umat Islam.

Jika Aya Sofea dirampas begitu sahaja baru dikatakan bertindak zalim terhadap rumah ibadat kristian. Tetapi Sultan Muhamad al Fateh mendapatkannya secara baik dan ada surat akuan jual beli.

Sumber: FB Abdul Latip

13/07/2020 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Uncategorized | | Leave a comment

Teguran Rasulullah Buat Ahli Masjid

Foto Hiasan

1. Dalam sebuah hadith, Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu masa nanti, manusia kelihatan solat di masjid tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Sabda Rasulullah:

يأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَجْتَمِعُونَ وَيُصَلُّونَ فِي الْمَسَاجِدِ وَلَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ

“Akan datang pada manusia satu zaman (dimana) mereka berkumpul dan menunaikan solat di masjid, tetapi tidak ada dikalangan mereka pun yang beriman.” (HR al-Hakim)

2. Hadith ini mengingatkan kepada kita bahawa mereka yang datang ke masjid ini seharusnya memberikan fokus kepada urusan keimanan dan meninggalkan dunia. Jangan ada yang ke masjid, tetapi hati masih terpaut pada dosa dan dunia. Rasulullah pernah bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَجْلِسَ النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ لَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ حَدِيثُهُمُ الدُّنْيَا

“Tidak akan datangnya hari kiamat sehinggalah manusia duduk di dalam masjid dan tiada dikalangan mereka pun yang beriman bahkan bicara mereka hanyalah berkenaan dengan dunia sahaja.” (HR al-Hakim, Ibn Abi Syaibah)

3. Hati yang terpaut dengan dosa akan mengikis keimanan di dalam jiwa. Atas sebab itu Rasulullah menegaskan bahawa mereka yang melakukan dosa seolah-olah mereka itu tidak beriman. Sabda Rasulullah:

لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ الخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

“Tidaklah seorang yang berzina itu dia berzina dalam keadaan dia beriman. Dan tidaklah seorang yang minum arak itu, ketika dia minum arak dia berada dalam keadaan beriman.” (HR al-Bukhari)

4. Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menafikan keimanan seseorang ketika mereka sedang melakukan dosa. Iaitu ketika seseorang melakukan dosa atau hati berpaut pada dosa, keimanan mereka berada dalam tahap yang sangat rendah, atau barangkali tiada.

5. Atas sebab itu Rasulullah mengingatkan kepada kita agar membersihkan jiwa ketika datang ke masjid. Datang ke masjid dengan aqidah yang benar, bukan terpesong atau terkeliru dengan pemikiran liberal yang merosakkan seperti hari ini. Berikan tumpuan terhadap perkara keimanan dan urusan yang utama buat umat Islam.

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

14/01/2020 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Kelebihan datang ke Masjid

Datang masjid

 

“Barangsiapa yang pergi ke masjid,Allah sediakan hidangan-hidangan didalam Syurga setiap kali seseorang itu datang ke masjid sama ada diwaktu pagi ataupun petang,dan setiap hidangan didalam Syurga itu bertahan selama 3000 tahun,dan barangsiapa yang meninggal didalam masjid nescaya ia akan masuk Syurga tanpa dihisab,tanpa soal dan diazab kerana ia mati didalam rumah Allah .

Jikalau seseorang itu merasai apabila berada didalam masjid hampir nya Allah nescaya seseorang tidak akan berasa teringin untuk keluar daripada masjid,dan jika seseorang mengetahui hakikat kelebihan masjid nescaya kita tidak akan melangkah keluar daripada masjid.

Dikatakan di kota Tareem yg kecil terdapat lebih kurang 400 buah masjid dimana Para Ulama dan Wali Allah suka membina masjid dan suka beriktikaf didalamnya.Jalan sesuatu masjid diantara masjid yg lain kadang-kala hampir dan hanya berbeza satu jalan sahaja kerana mereka suka beriktikaf dekat dengan rumah mereka.

Dikatakan juga setiap saat seseorang itu berada didalam masjid akan dimasukkan kedalam hatinya rasa tenang dan hampir kepada Allah dan hendaklah seseorang itu menyakini seseorang yg berada didalam masjid mengundang Rahmat Allahﷻ yg turun menimpanya.

Mudah-mudahan Allah memberi taufiq kepada kita semua dan memilih kita sebagai tetamu nya untuk sentiasa berada di dalam masjid.

Sumber: Habib Kadzim Bin Ja’afar Assegaf
Majlis Asma Husna Masjid Ar-Irsyad.


08/12/2014 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | , | Leave a comment

Adakah merobohkan Masjid di bolehkan?

roboh masjid

Soalan:

Boleh atau tidak sesebuah masjid yang telah dibina dan ditunaikan solat padanya bertahun-tahun lamanya termasuk solat Jumaat dengan sewenang-wenang dirobohkannya atas alasan tidak mengikut prosedur pembinaan yang sah. Mohon penjelasan menurut pandangan syarak, bukan pandangan politik. Terima kasih.

Jawapan:

BANGUNAN masjid atau mana-mana bangunan yang didirikan solat Jumaat padanya, adalah merupakan suatu institusi Islam yang disebut sebagai syiar agama.

Amat penting dihormati dan dimuliakan. Firman Allah (mafhumnya): "Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin." (al-Hajj: 32)

Oleh yang demikian, sekiranya telah terbina masjid, kita perlu memuliakannya dengan menjaga kemaslahatannya dan mengimarahkannya.

Adapun menggunakan alasan menyalahi prosiding yang dibuat oleh manusia, dengan alasan ia terpaksa dirobohkan kerana menyalahi prosiding, maka itu amat tidak wajar.

Dengan kata lain, tindakan ini diharamkan oleh agama.

Manusia membuat undang-undang yang mengatasi undang-undang Allah. Ketaatan kepada manusia mengikut syariat Islam, cuma terpakai selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Allah.

Jika bercanggah dengan hukum Allah, maka perintah taat kepada undang-undang manusia terbatal.

Umat Islam, khususnya pemerintah yang beragama Islam, wajib mempertahankan hukum Allah dengan meletakkan kehendak manusia (undang-undang manusia) di bawah kehendak Allah (undang-undang Allah).

Bukan dengan meletakkan kehendak Allah di bawah telunjuk manusia, sehingga melanggarinya kerana menuruti undang-undang manusia.

Menjaga dan menghormati masjid, termasuk larangan merobohkannya atau dengan sewenang-wenang seperti persoalan yang anda ajukan adalah perintah oleh Allah.

Firman Allah (mafhumnya): "Dan siapakah lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang sedemikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar." (al-Baqarah: 114)

Al-Imam al-Qurtubi ketika membuat ulasan (tafsiran) ayat di atas pernah menyebutkan katanya (rujuk juzuk 2 halaman 77): "Maksud Kharab dalam ayat tadi, yang makna umumnya meruntuhkannya, bermaksud merosakkan secara hakiki. Atau merosakkan secara majazi (sindiran) iaitu menghalang manusia mengimarahkan masjid tersebut, seperti menghalang orang bersolat padanya, atau melarang orang daripada mengimarahkan padanya."

Mafhum daripada ulasan ini, kita boleh menambah, iaitu melarang orang yang berzikir di dalamnya, yang bertazkirah (ceramah agama) di dalamnya, sedangkan perbuatan itu secara sahih termasuk dalam erti kata mengimarahkan masjid tersebut.

Seterusnya al-Imam al-Qurtubi menambah: "Seterusnya al-Imam al-Qurtubi menambah: “Dan tidak boleh sama sekali dicegah atau dilarang membina masjid, di mana-mana jua yang diperlukan, melainkan dengan jelas, masjid ditubuhkan dengan tujuan kejahatan, seperti sengaja hendak memecah-belahkan umat Islam.

Rasulullah saw melarang umat Islam menunaikan solat di Masjid Dhirar yang dibina sebagai saingan kepada masjid taqwa (Masjid Quba). Hal ini dijelaskan dalam firman Allah (mafhumnya): “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid Dhirar dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memceh-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidakkah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.” Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.” (at-Taubah: 107)

Masjid yang sedemikian itulah Allah melarang mengimarahkannya, sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (at-Taubah: 108)

Oleh yang demikian amatlah tidak wajar, masjid-masjid yang didirikan atas dasar taqwa untuk menunaikan dasar kepada ketaqwaan kepada Allah dirobohkannya.

Takutlah kepada janji pembalasan Allah terhadap orang-orang yang berbuat demikian di hari akhirat kelak. Wallahua`lam.

Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din
(via http://abuikhwan.blogspot.com/2011/05/perihal-roboh-masjid.html

14/02/2014 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Pengertian Masjid.

P1171696

Masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa Arab ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara‘ pula ialah di mana-mana tempat  permukaan bumi, ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berbunyi:

Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Manakala dari sudut istilah atau ‘urf masjid itu ialah tempat yang disediakan bagi  mengerjakan sembahyang untuk selama-lamanya. (Mu‘jam Lughat Al-Fuqaha: 428 dan Ihkam As-Sajid: 26-27)

Apabila diperhatikan sejarah kewujudan dan kedudukan tanah persekitaran masjid pada masa dahulu berdasarkan definisi masjid dari sudut istilah, di antaranya ada masjid yang hanya berupa tanah lapang yang diberi tanda atau sempadan di sekelilingnya dengan mendirikan tiang-tiang yang dipacakkan tepat pada sempadan berkenaan.

Jika setakat yang ditanda sebagai sempadan itu hanyalah tiang saja yang dijadikan masjid atau disebut masjid oleh orang ramai, atau oleh pewakaf – jika ia masjid wakaf – maka yang berada di luar sempadannya tiada dikira masjid dan tidak berlaku padanya hukum-hakam masjid seperti iktikaf.

Sehubungan dengan ini, kalau ada orang yang berkata: “Aku jadikan tempat ini sebagai masjid”, maka jadilah tempat itu sebagai masjid, iaitu setakat mana luas atau besarnya tempat yang dimaksudkannya sebagai masjid itu, manakala kawasan yang di luarnya tidak turut menjadi masjid. Dalam hal ini Imam Az-Zarkasyi ada menyebutkan:

Ertinya: “Kalau seseorang berkata: “Aku jadikan sebidang tanah ini sebagai masjid, maka menurut kitab Al‑Wajîz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.” (Ihkam As-Sajid: 396)

Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Az-Zarkasyi di atas, sekiranya keseluruhan tanah yang diperuntukkan itu telah diwartakan (digazetkan) atau diniatkan sebagai masjid, maka jadilah kesemua tanah yang diniatkan itu masjid, walaupun bangunan masjid belum didirikan.

Tetapi jika yang digazetkan sebagai masjid hanya setakat bangunannya sahaja, maka itulah sahaja yang dianggap sebagai masjid, manakala bakinya adalah sebagai harim masjid atau rizab masjid (tanah simpanan untuk masjid dan lain-lain keperluan masjid).

(Sumber: Jabatan Mufti Brunei – http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic24_2002.htm)

12/12/2011 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

Masjid Dan Politik

 

Soalan:

Kami berselisih pendapat dalam satu persoalan penting. Ada yang bersetuju dan ada yang membangkang. Masing-masing tidak dapat menerima pendapat orang lain. Kami bersetuju untuk merujuk kepada pihak tuan (yakni Yusof Qardawi), kerana persoalan ini penting, terutamanya pada masa kini. Persoalannya ialah: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah? Semoga Allah Taala memnberi taufik dan manafaat ilmu tuan kepada umat Islam.

Jawapan Yusof Qardawi:
Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)

Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang dating dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran. Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik. Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran. Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya. Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata:

“Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata:

“Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”

Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya. Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat. Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan. Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.

Saya tidak faham, kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia. Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya:”Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki. Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lengkaran hukum dan nilai-nilainya.

Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram. Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap. Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.

Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman di dalam sabdanya yang bermaksud;

“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Sabdanya: “Bagi Allah, Rasul, Kitab dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”

Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat. Firman Allah bermaksud

*( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).” (Ali-Imran: 110).

Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat. Firman Allah (s.w.t.):Maksudnya:

“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar. Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya: Maksudnya:

“Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitan Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh. Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh. Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiyak ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangnkitan masjid. Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan. Saya masih ingat pada tahun 1956 sewaktu permusuhan tiga serangkai ke atas Mesir, saya dijemput oleh Kementerian Wakaf yang menjadi menterinya pada masa itu ialah Syeikh Ahmad al-Baaquri untuk menyampaikan khutbah Jumaat di salah sebuah masjid terbesar di Bandar kaherah untuk menguatkan semangat orang ramai. Walaupiun ketika itu saya tidak dibenarkan berkhutbah, mengajar dan setiap aktiviti yang memberi pengaruh kepada umum., tetapi keadaan darurat ketika itu memaksa mereka meminta pertolongan saya. Kementerian wakaf dan ha ehwal masjid menyeru para khatibnya dari masa ke semasa supaya menyentuh dalam khutbah mereka tajuk-tajuk yang boleh menolong negara mencapai matlamatnya dan melaksanakan polisinya. Seperti bersederhana dalam melakukan penggunaan, menentang keganasan, memerangi pelampau, seruan ke arah kesatuan bangsa, kempen membasmi dadah…semuanya itu adalah dari lubuk politik.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuan-tujuan politik’ sebagaimana yang terdapat di dalam pertanyaan di atas? Difahami daripada soalan seumpama ini ialah politik pembangkang yang menentang kerajaan. Pada pendapat saya, politik yang berbentuk begini tidaklah ditegah secara mutlak dan tidak juga diharuskan secara mutlak. Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian. Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan.

Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan. Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan. Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dxengan kekuatan Allah (s.w.t..)

Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerejaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia. Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t): Maksudnya:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka nengkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat. Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahkjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan. Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah. Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita

Sumber: http://members.tripod.com/nuun_qalami79/ctindex_files/artikel9.html

28/04/2009 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | 7 Comments