Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HIMPUNAN dan Gila Politik

 

Selepas HIMPUN berlalu, saya baca banyak komen mengenainya. Ada yang jujur memuji dan ada yang jujur menyindir. Kepada yang memuji saya ingin katakan bahawa HIMPUN hanya satu permulaan. Banyak lagi langkah yang perlu diusahakan bagi menyelamatkan jatidiri umat daripada terus dicairkan dan dileburkan oleh arus liberal. Segala usaha itu memerlukan komitmen semua. Harapan saya ialah semoga anda tidak hanya jujur memuji, malah jujur dalam berjanji dan sanggup berjuang bersama sehingga ke penghujung nyawa. Jangan menghilangkan diri di pertengahan jalan.

Kepada yang menyindir, “tahniah” saya ucapkan kerana anda terpilih dalam kelompok ramai yang membentuk fenomena ”pasukan sorak”. Macam-macam bunyi boleh didengar. Entah apa-apa. Walaupun tiada kelayakan tertentu untuk direkrut jadi “pasukan sorak”, tidak perlu ijazah dan sebagainya, tidak semua orang yang pandai bersorak, sama ada untuk menaikkan semangat pasukan sendiri mahupun melemahkan semangat pasukan lawan. Begitupun, pemain-pemain dipesan supaya mempunyai ketahanan mental yang tinggi, kerana perlawanan sebenarnya di dalam gelanggang, bukan di belakang garisan gol. Anda mesti kenal siapa lawan anda yang sebenarnya. Jangan hiraukan lolongan orang-orang di tepian itu. Biarkan saja mereka dengan kenakalan mereka yang melucukan.

Bagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada para pemimpin di luar sana agar didiklah sikit anak-anak buah agar bersopan dalam berkata-kata dan memberi komen dalam media alternatif. Membiarkan mereka melemparkan kata-kata kesat, kasar dan kerap juga lucah hanya merendahkan martabat organisasi yang mereka sokong. Tetapi nilai itu hanya pada pandangan orang yang bermaruah sahaja. Orang yang tidak bermaruah, tidak kisah.

Pandangan yang menyeluruh terhadap sesuatu permasalahan dan kekal mengambil kira pandangan keseluruhan itu ketika menangani sesuatu isu adalah amat penting.

Kita semua bukan seperti orang buta yang mahu mengenal rupa bentuk gajah. Tetapi sayangnya apabila tiba masa beraksi, kita seolah-olah menyimpulkan bahawa gajah hanya berbentuk seperti sebatang tiang sahaja. Kalau ada orang yang mengatakan gajah seperti dinding, maka kita melenting mengatakan tidak betul. Sedangkan kita semua celik dan tahu rupa bentuk gajah yang sebenarnya. Pelik, tapi benar.

Ramai orang tahu bahawa permasalahan umat Islam hari ini terlalu banyak, bercabang-cabang, meliputi soal politik, ekonomi, pendidikan, undang-undang, sosial, kejiwaan, kekeluargaan dan lain-lain. Selain penyakit-penyakit itu, umat Islam juga mengalami serangan pemikiran dari luar (Barat) dan dari dalam akibat kejahilan yang melata tentang hakikat agama ini. Merawat salah satu fenomena penyakit ini dan melawan salah satu serangan itu, tidak mencukupi. Ini pandangan secara menyeluruh.

Tetapi yang menyedihkan kebanyakan pemimpin umat Islam di negara kita, dan diikuti oleh pengikut-pengikut mereka, beraksi tidak menurut pandangan yang menyeluruh itu. Setiap isu, setiap insan, setiap pihak, bahkan warna sekalipun, mesti dikategorikan sama ada bersama ataupun menentang. Antara dua itu saja. Ramai juga yang terpengaruh dengan logik George W. Bush. Jadilah macam orang-orang buta yang bertelagah mengenai rupa bentuk gajah. Sedangkan semuanya betul belaka.

Pemikiran sempit ini sudah sampai ke tahap yang berbahaya. Mereka menganggap perjuangan ini ibarat sebuah perlawanan bola dalam gelanggang dengan ditontoni ribuan penyokong. Dalam minda penyokong dan pemain hanya ada satu istilah; kalahkan, kalahkan, kalahkan. Kalau kita kalah lagi, kita akan lawan semula, sampai menang. Kalau kita menang nanti, mereka pula akan berusaha mengalahkan kita. Begitulah adat permainan. Sudah jadi macam perseteruan antara Manchester United dengan Manchester City pula. Kalau orang England gila bola, orang Melayu kita gila politik. Adakah jika orang England dikatakan agamanya ialah bola, maka kita mahu dikatakan agama kita ialah politik?

Mohon perlindungan Allah.

Ustaz Mohd Hazizi bin Abdul Rahman,
Ketua Biro Latihan Kepimpinan,
Ikatan Muslimin Malaysia

26/10/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | 1 Comment

Islam tidak larang wanita bersukan asalkan tutup aurat

Hijab_090208athlit muslimah 1 imagesimages (1)

images (2)images (3)images (4)

images (5)images (9)images (13)

images seni

935A8A80-6D5D-4FCE-9AF5-48B0E11CA702_w527_sIranian-Women-Football2Iranian-Women-Football3athlit muslimah images

24/10/2011 Posted by | Ibadah, Renungan & Teladan | , | Leave a comment

Mufti Perak beri peringatan

SHAH ALAM 22 Okt. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan ingatan bahawa kelemahan dan perpecahan umat Islam yang berlaku hari ini menyebabkan ada pihak yang berani memesongkan akidah penganutnya, selain menghina agama tersebut sedangkan sebelum ini Islam begitu dihormati.

Beliau yang menjadi tumpuan kira-kira 10,000 peserta Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) sebagai pemidato terakhir mengimbas kembali bagaimana kekuatan orang Melayu yang tetap berpegang teguh dengan agama mereka meskipun ketika dijajah selama 500 tahun.

Malah beliau menyatakan, orang Melayu juga diberikan keistimewaan oleh Allah sebagai bangsa yang mempunyai kefasihan apabila dapat menguasai bacaan ayat suci al-Quran meskipun kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab.

“Dalam semangat yang masih ada hari ini kita perlu pertahankan Islam. Bangsa Melayu adalah bangsa yang istimewa kerana Melayu dikaitkan dengan Islam sehingga ia membawa kepada pengertian dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kedatangan pendakwah ke Tanah Melayu menyebabkan orang Melayu menjadi Islam dan kedatangan Islam membolehkan orang Melayu membina empayar berasaskan kepada undang-undang Islam di Perak, Pahang dan Terengganu,” katanya pada perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak zaman penjajahan lagi, kuasa kuffar tidak henti-henti berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Tanah Melayu termasuk dengan mengadakan pelbagai muslihat.

“Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang Melayu semakin lemah. Kerana kelemahan itu, Islam yang satu ketika dahulu dihormati, (telah diganggu-gugat oleh) mereka (yang) berusaha memesongkan dan menghina kita,” katanya.

 

(Sumber: Perak Today)

24/10/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama | | Leave a comment

Contohi Rasulullah SAW yang sentiasa memelihara lisannya walaupun terhadap musuh yang menentang dakwahnya.

Islam melarang umatnya melabelkan dengan sesuatu yang buruk dan memaki hamun sesama Muslim.Ini kerana kerja-kerja mencarut, memaki, dan mencaci adalah kegiatan dan perbuatan syaitan.

Dalam Islam, kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber perkataan kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.Oleh hal yang demikian itu, ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa “Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor kerana Allah tidak suka kepada kata-kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.”

Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali. Mungkin kita boleh jadikan teladan, bagaimana masyarakat Islam terus membenci bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush apabila beliau menyifatkan Iran dan Iraq sebagai “paksi kejahatan.”Seluruh masyarakat Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung mengutuk pemberian gelaran itu terhadap negara-negara Islam.

Kita mungkin teringat dengan hukuman yang pernah diberikan oleh Ayatollah Khomeini apabila Salman Rushdie mempersendakan Rasulullah s.a.w dan ayat-ayat Allah sebagai ‘surah syaitan’. Mungkin juga kita tidak lupa dengan kata-kata pedih yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin tertentu bagi menggambarkan watak yang tidak disukainya. Dengan menggunakan kata-kata kesat, umpatan dan nista.

Rasulullah s.a.w pernah memberikan peringatan bahawa: seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.

Dalam membuat sesuatu tuduhan, berkata-kata kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah s.a.w sebagai contoh yang terbaik. Baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dengan musuhnya.Sebaliknya, baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain.

Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: “Tidak pernah Rasulullah s.a.w melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.” Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi Muhammad s.a.w agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.” Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan “semoga Allah s.w.t menghinamu!” Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.”

Daripada Abu Darda r.a. katanya: “Aku memohon kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat.”

Begitulah citra peribadi Rasulullah s.a.w, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia agar selalu menghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan atau masalah.

Dalam konteks ini jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang bukanlah daripada ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan atau kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan, iaitu berlebih-lebihan atau bersikap lalai.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)

Dalam masyarakat Islam, tidak ada tempat bagi kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia.

“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu. Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.”

Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis padahal belum dapat menutup kesalahannya, maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.

Seseorang Muslim itu perlu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang mengheret kepada perbuatan dosa.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.”

Allah berfirman yang bermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (Al-Humazah: 1)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.

Sesungguhnya Allah s.w.t itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia ditutup.
Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (An-Nahl: 25)

Bagi mereka yang masih tegar dengan pengucapan negatif bagi mewajarkan kenyataan berbaur fitnah, nista dan cela bersandarkan pendapat bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah satu usaha pemesongan dan bertentangan dengan budaya Islam.

Mohonlah perlindungan Allah s.w.t daripada sifat yang buruk.

Wallahu’alam.

Sumber: YADIM

22/10/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | 3 Comments

Hukum mewarna rambut

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin  akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

 

Sumber: JAIS

22/10/2011 Posted by | Ibadah | | Leave a comment

Mentaati Ulil Amri yang sah

HARUS INGAT ! Mengusik kehormatan dan kredibiliti pemerintah dengan cara memaki-hamun, mencela, menyebarkan aibnya, dan mengkritik mereka secara terbuka adalah satu bentuk kesalahan yang amat besar di sisi Islam.
Bahkan ia termasuk benih-benih pemberontakan terhadap pemerintah yang menjadi sebab rosaknya agama, tergugatnya keamanan, dan menghilangnya kemaslahatan dunia sekaligus.


Perbuatan mengecam dan memburuk-burukkan pemerintah adalah satu bentuk bid’ah yang sengaja diada-adakan dalam perlaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar. Ia mula dicipta oleh seorang tokoh Yahudi bernama ‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura memeluk Islam ketika zaman pemerintahan Khalifah ‘Utsman B. Affan radhiyallahu ‘anhu. Disebabkan fitnah yang direka dan disebarkan oleh ‘Abdullah B. Saba’ inilah akhirnya sejarah Islam menjadi kacau-bilau sehingga terbunuhnya Sdna ‘Utsman dan ‘Ali.
Ideologi yang beliau cetuskan tersebut kemudiannya makin tersebar hingga meracuni dan memperdaya sebahagian kelompok umat Islam setelah itu yang mengakibatkan munculnya firqah-firqah sesat seperti Khawarij dan syi’ah, yang kemudiannya dari Khawarij lahirnya Murji’ah, Qadariyah, dan Muktazilah.


Lebih awal dari itu, pemikiran mencela pemimpin secara terbuka ini juga telah wujud sejak hayat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lagi. Bahkan celaan tersebut diungkapkan terus kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tanpa segan-silu di hadapan umum. Orang yang mencela Rasulullah tersebut dikenali sebagai Dzul Khuwaishirah sebagaimana kata Imam Ibnul Jauzi. Beliau menuntut Rasulullah supaya berlaku adil dan bertaqwa kepada Allah kerana pada anggapannya Rasulullah telah berlaku khianat dalam suatu proses pembahagian harta ghanimah ketika itu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada ketika itu pun marah dengan celaannya lalu mengatakan:

وَمَنْ يَعْدِلُ إِذَا لَمْ أَعْدِلْ قَدْ خِبْتَ وَخَسِرْتَ إِنْ لَمْ أَكُنْ أَعْدِلُ

“Celakalah engkau, siapa lagi yang dapat berlaku adil jika aku dikatakan tidak adil? Benar-benar celaka dan rugi jika aku tidak dapat berlaku adil.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 11/442, no. 3341)


Kemudian orang tersebut pun berlalu pergi.


Dalam riwayat yang lain setelah orang ini pergi, Rasulullah pun bersabda (kepada para sahabatnya yang hadir ketika itu):

إِنَّ مِنْ ضِئْضِئِ هَذَا قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنْ الرَّمِيَّةِ يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَيَدَعُونَ أَهْلَ الْأَوْثَانِ لَئِنْ أَدْرَكْتُهُمْ لَأَقْتُلَنَّهُمْ قَتْلَ عَادٍ

“Sesungguhnya daripada orang ini akan muncul sekumpulan manusia yang hebat membaca al-Qur’an tetapi bacaannya tidak melepasi kerongkongan. Mereka terlepas dari batas-batas Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya (buruannya). Mereka membunuh ahlul Islam dan membiarkan hidup ahlul Autsan (penyembah berhala). Jika aku sempat menemui mereka, nescaya akan aku perangi (bunuh) mereka sebagaimana dibunuhnya kaum ‘Aad.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/441, no. 6880)


Ketika membahaskan hadis-hadis ini dan yang berkaitan, Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) menyatakan dalam kitabnya Talbis Iblis di bab perbahasan Khawarij, “Dzul Khuwaishirah adalah tokoh khawarij yang pertama sekali muncul dalam sejarah Islam. Ia menganggap dirinya dalam kebenaran berdasarkan sangkaannya semata-mata. Dia tidak memahami bahawa pendapat Rasulullah-lah yang perlu diutamakan dan didahulukan berbanding segala pandangan yang lain. Kemudian daripada Dzul Khuwaishirah ini lahir pula kelompok yang memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu. (Rujuk: Talbis Iblis, m/s. 81-82 – Maktabah Syamilah)


Fitnah-fitnah pemisahan dari ketaatan terhadap pemerintahan ‘Ali tersebut pun akhirnya mengobarkan api kebencian dan pemberontakan. Termasuk di dalamnya adalah fitnah perang Jamal dan Siffin yang mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri akibat diapi-apikan oleh kelompok ketiga berideologikan khawarij.


Pada sela-sela masa seterusnya muncullah tokoh-tokoh khawarij lainnya mewarisi ideologi dua tokoh utama mereka ini (Dzul Khuwaishirah dan ‘Abdullah B. Saba’). Antaranya adalah seperti ‘Abdullah B. Muljam yang telah membunuh ‘Ali radhiyallahu ‘anhu ketika sedang keluar untuk solat Subuh dengan pedang yang disapu racun. Manakala sekutu ‘Abdullah B. Muljam iaitu al-Barak B. ‘Abdullah dan Amr B. Bakar at-Tamimi yang merancang membunuh Mu’awiyah B. Abu Sufiyan dan Amr B. Al-‘Ash. ‘Abdullah B. Muljam adalah seorang yang kuat beribadah dan hebat bacaan al-Qur’annya, namun sayang manhaj berfikirnya menyimpang dari methodologi para sahabat dalam memahami nash-nash agama.


Di zaman al-Hasan B. ‘Ali radhiyallahu ‘anhuma, ketika beliau hendak melaksanakan perdamaian dan menyerahkan pemerintahan kepada Mu’awiyah B. Abu Sufiyan, muncul pula tokoh bernama al-Jarrah B. Sinan. Beliau tampil mencela al-Hasan dan Ayahnya ‘Ali radhiyallahu ‘anhu.. Tanpa teragak-agak, al-Hasan pun membunuhnya.


Setelah fasa pemerintahan ‘Ali hingga Mu’awiyah B. Abu Sufiyan, muncul pula nama Mirdas B. Udayyah dan Nafi’ B. Al-Azraq. Mirdas B. Udayyah adalah tokoh yang lahir dari serpihan pemberontak di zaman ‘Ali radhiyallahu ‘anhu yang kemudiannya memimpin pemberontakkan menentang pemerintahan Yazid B. Mu’awiyah. Di antara sikap beliau adalah suka mencari-cari kesalahan pemimpin dan mencanangnya untuk memburuk-burukkan.


Daripada Ziyad B. Kusaib, beliau menceritakan:

كُنْتُ مَعَ أَبِي بَكْرَةَ تَحْتَ مِنْبَرِ ابْنِ عَامِرٍ وَهُوَ يَخْطُبُ وَعَلَيْهِ ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَقَالَ أَبُو بِلَالٍ انْظُرُوا إِلَى أَمِيرِنَا يَلْبَسُ ثِيَابَ الْفُسَّاقِ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ اسْكُتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَهَانَ سُلْطَانَ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ أَهَانَهُ اللَّهُ

Pada suatu masa pernah aku berada tepat di bawah mimbar Ibnu ‘Amir bersama-sama Abi Bakrah. Ketika itu Ibnu ‘Amir sedang memberi khutbah dengan mengenakan pakaian yang nipis (jarang). Lalu Abu Bilal berteriak, “Lihatlah pemimpin kita ini, dia mengenakan pakaian orang fasiq!”


Maka, Abi Bakrah pun berkata, “Diamlah, bahawasanya aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan menghinakannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Fitan, 8/164, no. 2150. Al-Iraqi berkata, isnadnya sahih dan at-Tirmidzi menghasankannya, Takhrij Ahadits al-Ihya’, 5/246, no. 2246. Al-Albani mensahihkannya, Shahih Sunan at-Tirmidzi, 5/224, no. 2224)


Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata:

أبو بلال هذا هو مرداس ابن أدية، خارجي، ومن جهله عد ثياب الرجال الرقاق لباس الفساق

“Abu Bilal dalam hadis tersebut adalah Mirdas B. Udayyah, seorang yang berfahaman Khawarij. Disebabkan kebodohannya, beliau pun menganggap pakaian nipis bagi kaum lelaki sebagai pakaian orang fasiq.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 3/20 dan 14/508)


Kisah-kisah berkaitan kekacauan akibat fitnah ideologi khawarij ini tidak berhenti setakat itu. Bahkan ia terus berlangsung seiring dengan beredarnya zaman. Termasuklah zaman kita hari ini.


Di antara syi’ar utama kelompok khawarij ini adalah mereka sentiasa berusaha mengambil kesempatan di atas kelemahan para pemerintah umat Islam bagi tujuan memisahkan diri dari ketaatan terhadap kepimpinannya dan berhajat mengambil alih tampuk kuasa tersebut dengan apa jua cara walapun jelas dilarang oleh agama. Mereka menganggap perbuatan memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintah sebagai salah satu bentuk sarana amar ma’ruf nahi mungkar dan termasuk amalan jihad yang mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Selain itu, mereka juga dikenali memiliki keyakinan (fahaman) bahawa sesiapa sahaja yang melakukan dosa besar adalah kafir. Walaupun adakalanya penetapan dosa tersebut hanya pada andaian mereka semata-mata. Mereka juga terkenal dengan sikap terburu-buru dalam menyesat dan mengkafirkan umat Islam atas alasan dosa besar.


Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:


ومن خرج على إمام من أئمة المسلمين فهو خارجي قد شق عصا المسلمين وخالف الآثار وميتته ميتة جاهلية ولا يحل قتال السلطان ولا الخروج عليه وإن جار وذلك

“Dan sesiapa yang keluar dari ketaatan terhadap para pemerintah umat Islam maka mereka termasuk golongan khawarij. Mereka bertindak memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan menentang sunnah. Sekiranya mereka mati, matinya adalah mati jahiliyyah. Tidak boleh mengangkat senjata memberontak (atau memerangi) pemerintah dan tidak boleh keluar dari ketaatan terhadapnya walaupun pemimpin tersebut seorang yang jahat.” (Syarhus Sunnah, no. 33)


Para ulama ahlus sunnah menjelaskan pemberontakan terhadap pemerintah yang paling ringan adalah memusuhi dengan hati, kemudian celaan atau hasutan kebencian dengan lisan, dan yang paling berat adalah dengan tangan dan senjata. Menurut Imam asy-Syahrastani rahimahullah (Wafat: 548H) dalam kitabnya al-Milal wa an-Nihal, pemerintah dalam persoalan ini tidak terhad kepada zaman ketika Khulafa’ al-Rasyidin atau tabi’in semata-mata, tetapi juga termasuk para pemerintah umat Islam di setiap zaman. Sama ada pemerintah yang adil, zalim, mahupun yang fasiq. Ini sebagaimana kata beliau:

الخوارج والمرجئة والوعيدية كل من خرج عن الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يسمى خارجيا سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين أو كان بعدهم على التابعين بإحسان والأئمة في كل زمان

“Al-Khawarij, al-Murji’ah, dan al-Wa’idiyyah digunakan untuk menyebut semua kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah yang sah dan diperakui oleh jama’ah (majoriti) umat Islam. Istilah khawarij digunakan untuk menyebut kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan dan tidak mengakui keabsahan pemerintah yang dilantik sama ada pada zaman para sahabat, khulafa’ur Rasyidin, tabi’in, atau pada masa setelah itu di setiap zaman.” (al-Milal wa an-Nihal, 1/113 – Daar al-Ma’rifah)


Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menegaskan bahawa khawarij adalah kaum yang jahat lagi derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka dikenali rajin beribadah seperti solat malam, berpuasa, dan membaca al-Qur’an, tetapi kebaikan mereka ini sedikitpun tidak memberi manfaat. Kerana mereka memahami nash-nash agama dengan kaedah dan tafsiran yang menyeleweng lagi mengikuti hawa nafsu. Kata beliau:

لم يختلف العلماء قديماً وحديثاً أن الخوارج قوم سوء، عصاة لله عز وجل ولرسوله صلى الله عليه وسلم، وإن صلوا وصاموا، واجتهدوا في العبادة ، فليس ذلك بنافع لهم، وإن أظهروا الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، وليس ذلك بنافع لهم، لأنهم قوم يتأولون القرآن على ما يهوون، ويموهون على المسلمين. وقد حذرنا الله عز وجل منهم، وحذرنا النبي صلى الله عليه وسلم ،وحذرناهم الخلفاء الراشدون بعده، وحذرناهم الصحابة رضي الله عنهم ومن تبعهم بإحسان رحمة الله تعالى عليهم. والخوارج هم الشراة الأنجاس الأرجاس، ومن كان على مذهبهم من سانر الخوارج، يتوارثون هذا المذهب قديماً وحديثاً، ويخرجون على الأئمة والأمراء ويستحلون قتل المسلمين

“Para ulama sepakat menyatakan bahawa khawarij adalah suatu kaum yang jahat dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka solat, berpuasa, dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tetapi kebaikan yang mereka usahakan itu tidaklah memberi sebarang manfaat sedikitpun untuk mereka kerana mereka telah menyelewengkan makna ayat-ayat al-Qur’an bersesuaian dengan hawa nafsunya. Mereka juga menonjolkan amalan amar ma’ruf nahi mungkar, tetapi ia tidak bermanfaat bagi mereka. Kerana mereka gemar menafsirkan al-Qur’an dengan hawa nafsu dan menipu umat Islam.
Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah memberi peringatan kepada kita dari bahaya dan kesesatan mereka. Begitu juga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para khulafa al-Rasyidin, para sahabat radhiyallahu ‘anhum, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik turut mengingatkan. Khawarij ini dan yang sealiran dengannya adalah orang-orang yang jahat, najis, dan kotor. Mereka saling mewarisi fahaman sesat ini sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mereka memisahkan diri dari para pemerintah umat Islam, sehingga ada dari mereka yang menghalalkan tindakan membunuh umat Islam.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/22)


Kemudian beliau memberikan satu peringatan tegas untuk kita semua dengan katanya:

قد ذكرت من التحذير عن مذاهب الخوارج ما فيه بلاغ لِمن عصمه الله عَزَّ وَجَلَّ الكريم، عن مذهب الخوارج، ولَم ير رأيهم وصبر عَلَى جَوْر الأئمة، وحَيْف الأمراء، ولَم يَخرج عليهم بسيفه، وسأل الله العظيم كشف الظلم عنه، وعن جَميع المسلمين، ودعا للولاة بالصلاح، وحجَّ معهم، وجاهد معهم كل عدو للمسلمين، وصلى خلفهم الجمعة والعيدين، وإن أمروه بطاعتهم فأمكنته طاعتهم أطاعهم، ولِمن لَم يُمكنه اعتذر إليهم، وإن أمروه بِمعصية لَم يطعهم، وإذا دارت بينهم الفتن لزم بيته، وكفَّ لسانه ويده، ولَم يَهو ما هُم فيه، ولَم يُعن عَلَى فتنته، فمن كَانَ هذا وصفه كَانَ عَلَى الطريق المستقيم إن شاء الله تعالَى

“Sungguh-sungguh aku telah menyebutkan peringatan (tahdzir) terhadap mazhab khawarij. Yang mana pada peringatan tersebut mengandungi khabar bagi orang yang dipelihara oleh Allah ‘Azza wa Jalla yang maha Mulia dari mazhab al-khawarij, dan tidak supaya berpegang dengan mazhab mereka, dan hendaklah bersabar dengan kezaliman para pemimpin, juga dengan ketidak-adilan pemimpin, dan tidak keluar dari ketaatan kepada mereka dengan senjata (pedang).
Kita berharap kepada Allah yang maha Agung supaya menghilangkan kezaliman darinya, juga dari semua kaum muslimin, dan mendoakan para pemimpin dengan kebaikan. Juga bersama-sama dengan mereka dalam melaksanakan haji, berjihad menentang musuh umat Islam, solat juma’at dan solat dua hari raya bersama mereka. Sesiapa yang bersifat seperti ini bererti dia berada di atas jalan yang lurus, insyaAllah.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/37)


Bibit-bibit pemisahan diri dari ketaatan terhadap pemerintah biasanya bermula dengan perasaan iri dan dengki di dalam hati. Kemudian dengan provokasi kebencian melalui lisan mahupun tulisan. Ini akan mengakibatkan fitnah yang lebih besar lagi seperti perselisihan, pertengakaran, kebencian, kemarahan dan perpecahan. Sehingga akhirnya akan mengakibatkan sikap anti pemerintah dan mungkin pergolakkan di kalangan rakyat untuk menuntut revolusi. Ini akan membawa kepada pertembungan rakyat dengan pemerintah.
Fenomena seperti ini bukan sahaja berlaku pada zaman awal Islam, tetapi terus berlarutan di setiap zaman. Termasuk yang terbaru sebagaimana sedang berlaku di Timur tengah seperti di Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, dan Yaman sekarang. Kesudahan dari perkara ini amatlah buruk, iaitu hilangnya keamanan, rosaknya harta benda, hilangnya jiwa (pertumpahan darah), merugikan masa, dan bahkan hingga hilangnya kedaulatan negara.


Oleh itu, berhati-hatilah dalam bersikap terhadap para pemimpin. Hendaklah kita melazimi manhaj ilmu, sabar, dan bertindak di atas maslahah serta kaedah yang benar. Tidak mengikuti hawa nafsu, emosi dan kebencian sehingga mengikuti jejak langkah kaum sesat Khawarij. Yang kemudian dari fahaman khawarij tersebut menyebabkan munculnya pelbagai bentuk kesesatan dan penyimpangan lainnya.


Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) menyatakan:

ومن رأى هؤلاء أحدث المعتزلة في التحسين والتقبيح إلى العقل وأن العدل ما يقتضيه ثم حدث القدرية في زمن الصحابة وصار معبد الجهني وغيلان الدمشقي والجعد بن درهم إلى القول بالقدر ونسج على منوال معبد الجهني واصل بن عطاء وانضم إليه عمرو بن عبيد وفي ذلك الزمان حدثت سنة المرجئة حين قالوا لا يضر مع الإيمان معصية كما لا ينفع مع الكفر طاعة ثم طالعت المعتزلة مثل أبي الهذيل العلاف والنظام ومعمر والجاحظ كتب الفلاسفة في زمان المأمون واستخرجوا منها ما خلطوه بأوضاع الشرع مثل لفظ الجوهر والعرض والزمان والمكان والكون وأول مسألة اظهروها القول بخلق القرآن وحينئذ سمي هذا الفصل فصل علم الكلام

“Dari semua inilah (fitnah ideologi khawarij), muncul pula golongan al-Muktazilah yang menyerahkan soal penilaian baik dan buruk berdasarkan pertimbangan akal. Keadilan juga dinilai dengan akal. Kemudian muncul pula firqah Qadariyah pada era sahabat. Ia mula diutarakan oleh Ma’bad al-Juhani, Ghailan ad-Dimasyqi, dan Ja’ad B. Dirham.
Kemudian ideologi muktazilah ini dikembangkan oleh Washil B. Atha’ (pada fasa tabi’in). Seterusnya ia didukung pula oleh Amr B. Ubaid. Pada ketika inilah muncul pula golongan Murji’ah yang mengatakan, “Suatu maksiat tidak akan memberi sebarang kesan selagi ada keimanan, ini sebagaimana halnya ketaatan yang tidak akan berguna selagi ada kekafiran.” Kemudian berkembang lagi pemikiran Muktazilah melalui Abu al-Hudzail B. Al-Allaf, an-Nizham, Ma’mar dan al-Jahizh. Golongan Muktazilah ini kemudiannya menekuni buku-buku falsafah ketika zaman pemerintahan al-Ma’mun.
Melalui buku-buku falsafah tersebut mereka pun membuat kesimpulan (mengeluarkan pendapat) yang bercampur-aduk dengan urusan-urusan syari’at. Ini seperti munculnya istilah-istilah baru berkaitan jisim, bukan jisim, masa, tempat, dan alam. Permasalahan pertama yang mereka lontarkan kepada umum adalah soal status al-Qur’an adalah makhluk. Maka zaman ini disebut sebagai era ilmu kalam (teologi).” (Talbis Iblis, m/s. 87 – Maktabah Syamilah)


Sebenarnya mereka yang memiliki ideologi khawarij ini, dalam masa yang sama mereka juga mungkin membawa ideologi Murji’ah dan Muktazilah. Ini kerana mereka memfokuskan kesalahan hanya di pihak pemerintah semata-mata. Walau sekecil manapun perkara kemungkaran tersebut sekiranya berada di pihak pemerintah, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membongkar dan mengkritiknya lalu menjadikannya sebagai bahan membantai pemerintah di pentas-pentas umum.
Manakala di pihak mereka walau melakukan pelbagai kemungkaran termasuk syirik dan bid’ah, mereka akan membiarkan dan mendiamkannya. Bahkan di sisi mereka, kemungkaran boleh jadi halal atas tiket menentang kezaliman pemerintah. Mereka menganggap mengkritik dan mencerca pemerintah adalah suatu yang tidak memiliki kesalahan sama sekali selagi mana datangnya dari kelompok mereka.
Mereka juga mengimani bahawa menyertai praktik sistem demokrasi yang ada hari ini adalah halal atau sekurang-kurangnya tidak akan memberi kesan dosa atas tiket (wasilah) menjatuhkan pemerintah yang mereka anggap sebagai jihad amar ma’ruf nahi mungkar.


Mereka juga boleh bersama sesiapa sahaja sama ada golongan yang fasiq, ahli bid’ah, pelaku syirik, si kafir harbi atau penyembah berhala (ahlul autsan) atas fokus menentang pemerintah orang Islam yang sah.
Dan mereka tidak akan mengkritik sesiapa sahaja di pihak mereka dengan menganggapnya sebagai tidak ada apa-apa. Atau mungkin paling tinggi pun, akan bersikap basa-basi dan acuh tidak acuh dengan kesalahan teman-teman mereka. Sebaliknya akan menentang habis-habisan sesiapa sahaja yang berada di sisi pemerintah.
Inilah bentuk-bentuk pemikiran murji’ah yang menyelinap dalam kelompok penentang pemerintah hari ini dari kalangan pembangkang atau pergerakan dakwah politik.


Setelah mereka bergelumang dengan ideologi khawarij dan murji’ah, dalam masa yang sama juga mereka akan mengambil kaedah-kaedah muktazilah iaitu mengedepankan akal dalam mentakwil nash-nash syari’at bagi menghalalkan segala bentuk perbuatan mungkar mereka.
Demikianlah dahsyat dan rosaknya akar pemikiran khawarij. Inilah yang banyak berlaku dalam kalangan golongan pembangkang yang memusuhi pemerintah di pelbagai negara Islam hari ini.


Sebab itulah Imam asy-Syahrastani (Wafat: 548H) berkata dalam al-Milal wa an-Nihal:

والمرجئة: صنف آخر تكلموا في الإيمان والعمل إلا أنهم وافقوا الخوارج في بعض المسائل التي تتعلق بالإمامة

“al-Murji’ah adalah satu kelompok yang berbicara tentang iman dan amal, tetapi dalam masa yang sama kelompok ini sepakat dengan khawarij dalam beberapa perkara terutamanya tentang pemerintahan (imamah).” (al-Milal wa an-Nihal, 1/113 – Daar al-Ma’rifah)


Untuk melihat lebih lanjut berkaitan kecelaruan pemikiran khawarij moden ini, para pembaca boleh merujuk karya Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri yang berjudul, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah wa al-Ihfi’aalat al-Hamaasiyyah.


Dalam kitabnya tersebut Syaikh ‘Abdul Malik menukilkan sebahagian perkataan salaf yang menyatakan bahawa Khawarij adalah murji’ah dalam masa yang sama. Antara nukilan tersebut, “Murji’ah beranggapan tidak wajib mentaati pemerintah” sebagaimana disebutkan oleh Imam ash-Shabuni dalam Aqidatus Salaf Ashhabul Hadits.
Kemudian kata Imam Ahmad, “Bahawasanya Khawarij itulah murji’ah.” Kemudian beliau menukilkan – Termasuk di dalam sikap dan karektor pemikiran murji’ah adalah mereka mendiamkan kesesatan ahli bid’ah dan tidak membongkarnya. Sebaliknya mereka mencela dan memperlekehkan pula orang yang mengajarkan sunnah dan tauhid.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa murji’ah memiliki sikap bertoleransi dengan sesiapa sahaja sama ada dari kalangan ahli maksiat mahupun ahli bid’ah selagi mana bersama-sama kelompok mereka. Kenyataan ini beliau nukilkan daripada Majmu’ al-Fatawa oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah (12/467) dan Badai’u at-Tafsir oleh Ibnul Qayyim.


Kemudian beliau menyebutkan dengan kata-kata yang tegas:

ولا يَختلف اثنان أن هذا من أعظم الأسس التي يرتكز عليها دين الحركية؛ وهل ثَمَّ أحدٌ يُنكر مقولتهم: (ليَعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه، ولنعمل فيما اتَّفقنا عليه!!)، وقد بيّنت ـ في هامش قريب ـ من كلام حسن البنا أنهم يَعنون الاختلاف بإطلاق! قالوا هذا؛ لأنهم لو أخذوا يُنكرون على أهل البدع لضيَّعوا أكثر متبوعيهم الذين يمدّونهم في الغيّ!

“Tidak ada yang menyanggah bahawa kaedah seperti ini adalah prinsip (atau asas) utama bagi sebuah dakwah dalam harakah (atau parti) politik. Adakah sesiapa yang mempertikaikan bahawa merekalah yang mengatakan, “Marilah kita saling bertoleransi dalam apa yang diperselisihkan, dan marilah kita bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati.”
Telah saya jelaskan pada nota kaki sebelumnya daripada perkataan Hasan al-Banna bahawa maksud mereka adalah merujuk segala bentuk perselisihan! Mereka sengaja mencanangkan kaedah tersebut kerana apabila mereka menyanggah ahli bid’ah, maka akan bertempiaran larilah para pengikut mereka yang selama ini membantu mereka dalam kesesatan!” (Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 257)


Demikianlah syubhat dan celarunya pemikiran kelompok sesat penentang pemerintah bermazhab khawarij. Atas sebab itulah disebutkan daripada sebuah hadis bahawa Khawarij adalah anjing-anjing neraka.

Ini antaranya sebagaimana dalam hadis berikut:

عَنْ سَعِيدُ بْنُ جُمْهَانَ قَالَ لَقِيتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى وَهُوَ مَحْجُوبُ الْبَصَرِ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ قَالَ لِي مَنْ أَنْتَ فَقُلْتُ أَنَا سَعِيدُ بْنُ جُمْهَانَ قَالَ فَمَا فَعَلَ وَالِدُكَ قَالَ قُلْتُ قَتَلَتْهُ الْأَزَارِقَةُ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ الْأَزَارِقَةَ لَعَنَ اللَّهُ الْأَزَارِقَةَ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ كِلَابُ النَّارِ قَالَ قُلْتُ الْأَزَارِقَةُ وَحْدَهُمْ أَمْ الْخَوَارِجُ كُلُّهَا قَالَ بَلَى الْخَوَارِجُ كُلُّهَا قَالَ قُلْتُ فَإِنَّ السُّلْطَانَ يَظْلِمُ النَّاسَ وَيَفْعَلُ بِهِمْ قَالَ فَتَنَاوَلَ يَدِي فَغَمَزَهَا بِيَدِهِ غَمْزَةً شَدِيدَةً ثُمَّ قَالَ وَيْحَكَ يَا ابْنَ جُمْهَانَ عَلَيْكَ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ عَلَيْكَ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ إِنْ كَانَ السُّلْطَانُ يَسْمَعُ مِنْكَ فَأْتِهِ فِي بَيْتِهِ فَأَخْبِرْهُ بِمَا تَعْلَمُ فَإِنْ قَبِلَ مِنْكَ وَإِلَّا فَدَعْهُ فَإِنَّكَ لَسْتَ بِأَعْلَمَ مِنْهُ

Daripada Sa’id B. Jumhan, beliau berkata, “Aku menemui ‘Abdullah B. Abi Aufa, ketika itu beliau tidak dapat melihat (buta). Kemudian aku mengucapkan salam kepadanya.


Beliau bertanya, “Siapakah engkau?” Aku menjawab, “Aku adalah Sa’id B. Jumhan.”


Beliau bertanya lagi, “Apakah yang dilakukan oleh ayahmu?” Aku menjawab, “Beliau telah dibunuh oleh (kaum) al-Azariqah.” Beliau pun berkata, “Semoga Allah melaknat kelompok al-Azariqah. Semoga Allah melaknat kelompok al-Azariqah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menceritakan kepada kami, bahawa mereka adalah anjing-anjing neraka.”


Aku bertanya, “Adakah hanya kelompok al-Azariqah sahaja, atau merujuk kepada semua kaum Khawarij?” Beliau menjawab, “Ya, benar. Semua kaum Khawarij.”


Aku berkata, “Sesungguhnya para penguasa sedang menzalimi rakyat dan berbuat tidak adil kepada mereka.” Akhirnya Abdullah bin Abi Aufa memegang tanganku dan menggenggamnya dengan sangat erat, lalu beliau berkata, “Duhai celaka kamu wahai Ibnu Jumhan. Hendaklah kamu sentiasa bersama as-Sawadul A’dzam, hendaklah kamu sentiasa bersama as-Sawadul A’zham.
Sekiranya engkau mahu penguasa tersebut mendengar nasihat kamu, maka datangilah rumahnya dan beritahulah kepadanya apa-apa yang kamu ketahui sehingga ia menerimanya. Jika tidak, maka tinggalkanlah, kerana kamu tidak lebih tahu daripada dia.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 32/157, no. 19415. Lihat tahqiq Syu’aib al-Arnauth. Majmu’ az-Zawa’id, 5/414, no. 9163. Al-Haitsami berkata, “Diriwayatkan oleh Ahmad dan ath-Thabrani, dan para perawi Ahmad adalah perawi tsiqah.” Dinilai hasan oleh al-Albani, Dzilal al-Jannah, 2/143, no. 905 dan Abdus Salam Barjas dalam Mu’ammalatul Hukkam)


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ


“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik-baik atau hendaklah ia diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/116, no. 5994)


Umar al-Bakkali pernah menyatakan:

إذا كانت عليكم أمراء يأمرونكم بالصلاة والزكاة، حلت لكم الصلاة خلفهم، وحرم عليكم سبهم

“ Apabila kamu dipimpin oleh pemimpin yang memerintahkan kamu untuk solat dan mengeluarkan zakat, maka halal bagi kamu solat di belakang mereka, dan diharamkan ke atas kamu mencaci-maki mereka.”


Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas menyatakan tentang riwayat ini, “Menurut al-Hafiz dalam al-Ishabah, sanadnya sahih.” (Rujuk: Mu’ammalatul Hukkam fi Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah)


Imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan:


عون السهمى اتيت ابا امامة فقال لا تسبوا الحجاج فانه عليك امير وليس على بامير


Daripada as-Sahmi katanya, “ Aku mendatangi Aba Amamah, lalu beliau berkata:


“Janganlah kamu mencela (mengutuk dan menghina) al-Hajjaj, kerana beliau adalah penguasa bagi kamu dan bukan penguasa bagiku.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, at-Tarikh al-Kabir, 7/18, no. 83 – Maktabah Syamilah)


Abu Umamah tinggal di Syam, manakala as-Sahmi tinggal di Iraq yang mana pemimpin di Iraq ketika itu adalah al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi, gabernor kepada ‘Abdul Malik B. Marwan. Telah sedia maklum bahawa al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi ini adalah seorang pemimpin yang zalim, bengis, dan fasiq.


Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri hafizahullah menegaskan:

وعلى كل حال فإن مجرَّد التحريض على السلطان المسلم ـ وإن كان فاسقا ـ صنعة الخوارج، قال ابن حجر في وصف بعض أنواع الخوارج: “والقَعَدية الذين يُزَيِّنون الخروجَ على الأئمة ولا يباشِرون ذلك”، وقال عبد الله بن محمد الضعيف: “قَعَدُ الخوارج هم أخبث الخوارج

“ Apapun, walau hanya sekadar melakukan provokasi (menebar kebencian) terhadap pemerintah umat Islam walaupun pemerintah tersebut fasiq, ia telah layak dilabel khawarij. Ketika menjelaskan berkaitan beberapa pecahan kelompok khawarij, Ibnu Hajar berkata, “Di antaranya adalah al-Qa’adiyah, iaitu kelompok yang membuat provokasi (menebar kebencian) untuk keluar dari ketaatan terhadap pemerintah sedangkan mereka sendiri tidak terlibat secara langsung dalam pemberontakan tersebut.” ‘Abdullah B. Muhammad adh-Dhaif berkata, “Kelompok al-Qa’adiyah ini merupakan pecahan kelompok khawarij yang paling jijik.” (Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 266)


Sebab itulah antaranya Imam asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) menegaskan bahawa mereka yang menyebarkan kebencian terhadap para pemerintah wajib diambil tindakan supaya dia meninggalkan perbuatannya tersebut. Sekiranya dia berdegil, maka dia boleh dihukum penjara atau yang seumpamanya. Ini adalah sebagaimana kata beliau berikut:

ويؤدب من يثبط عنه” فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام


“ Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan).
Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya.

Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)


Ini kerana perbuatan mencela dan dan melaungkan kebencian terhadap pemerintah ini mengandungi larangan yang berat dan akibat yang buruk. Ia termasuk salah satu ciri kebid’ahan khawarij. Bahkan tidak sedikit para pemerintah yang terbunuh akibat dari perbuatan provokasi dan kritikan secara terbuka yang kemudiannya melahirkan bibit pemberontakan. Di antaranya adalah dari kalangan khulafa’ur Rasyidin sendiri seperti khalifah ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu.
Di mana sebab utama terbunuhnya ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu adalah apabila gabernornya mula dicela. Secara automatik, ia memberi kesan kepada beliau sebagai orang yang bertanggungjawab melantik mereka. Fitnah-fitnah kebencian terhadap ‘Utsman juga turut disebarkan sehingga keadaan menjadi kacau-bilau. Akhirnya ‘Utsman pun dibunuh.

Dari semua ini, seharusnya kita sedar dan tidak menyia-nyiakan masa yang ada dengan menyibukkan diri menentang pemerintah. Sebaliknya hendaklah kita melazimi ilmu yang benar demi memahami sebuah manhaj yang murni dan haq iaitu ahlus sunnah wal-jama’ah yang berdiri di atas nash-nash al-Qur’an, al-hadis, dan kefahaman salafus soleh.

Wallahu a’lam…

(Kiriman E mail: ustmdcd@gmail.com)

19/10/2011 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

Gelaran “ULAMA” atau “MURSYID” yang begitu murah pada hari ini

Hari ini, orang yang berkata-kata kesat, tidak memelihara hak sesama Muslim saperti mengata,memfitnah, mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain , merendah rendah kan umat Islam, bahkan mencaci dan mengkafir sesama Muslim, tidak menghormati Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda r.a., tidak menghormati ulama ulama  terdahulu dan terus dipanggil seorang ulama atau mursyid kerana mereka popular di dalam program TV dan internet ataupun menggenggam segulung ijazah PhD ataupun memimpin sebuah parti politik,  atau memasuki parti politik atau menubuhkan persatuan di atas nama persatuan ulama atau memimpin sebuah NGO  Islam dan sebagainya. Sungguh murah gelaran ulama ini.

Al-Quran tidak menyatakan sifat para ulama itu sebagai mereka yang suka mencabar orang lain untuk berdebat2 atau petah berkata2,atau ramai pendengar apabila berceramah, atau banyak karangannya atau banyak pengikutnya atau luas pengaruhnya atau hebat fizikalnya atau memiliki PhD atau gelaran Profesor dan lain-lain. Namun begitu, al-Quran mengunci kemas istilah ulama itu dengan “ketakutan kepada Allah SWT”.

Imam al-Ghazali menyatakan lima ciri-ciri yang ada pada para ulama’ yang besar yang disepakati ummat ini seperti Imam al-Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Sufyan al-Thawi iaitu:

“Setiap daripada mereka itu kuat ibadahnya, zuhud, berilmu dengan ilmu-ilmu akhirat, dan faqih di dalam maslahat makhluk di dunia (faqih dalam ilmu hukum ahkam zahir fiqh), dan mengkehendaki dengan ilmu mereka keredaan Allah”

Seorang ulama atau mursyid bukan sahaja mempunyai ciri-ciri ini, namun dia juga mampu mendidik ciri-ciri ini pada anak-anak didiknya, ahli ahli jemaah atau partinya dan masyarakat sekiranya sekaliannya mempunyai niat yang benar dan sahih.

Jadi, sedarlah kita bahawa kedudukan ulama atau mursyid itu terlalu tinggi untuk dimurahkan istilahnya pada hari ini.

Marilah kita ambil pengajaran dari al-Quran.

Semoga Allah SWT menunjukkan kita jalan yang lurus. Al-Fatihah

(Rujukan: Syarah Pondok Habib)

18/10/2011 Posted by | Tazkirah | , | 2 Comments

Golongan orang yang menggadai Agama untuk kepentingan dunia

 Rasulullah saw. bersabda maksudnya:  “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

Huraian:

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat habuan dan keuntungan dunia yang mereka kejar. Mereka rela menggadaikan agama untuk mengejar kuasa, nama, pangkat, dan harta dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.Ini lah yang di sebut menghalalkan cara. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.Contohnya pada hari ini kita dapat melihat ramai dari kalangan orang orang politik dan ahli ahli perniagaan melakukan perkara ini.Mereka termasok dalam golongan yang di sebut dalam hadis ini iaitu memperalatkan agama untuk “politik gain” dan perniagaan mereka.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Wallahu’alam.

(Sumber: Ustaz Abu Ali Al Banjari An Nadwi  dalam bukunya 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman).

18/10/2011 Posted by | Tazkirah | | 2 Comments

Deklarasi HIMPUN Sejuta Umat–Selamatkan Akidah Umat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Sabtu 22hb Oct 2011 di Stadium Shah Alam

DEKLARASI HIMPUN

“Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah “

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.”

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

Bahawasanya Islam adalah Risalah Illahi  yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej “rahmatan lil ‘alamin” . Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan  Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak . Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

Bahawa penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendiran tegas terhadap gejala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang  perlu diperangi  habis-habisan. Perlanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang keteganggan agama di Negara ini.

Bahawa kami pada hari ini, 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan mengambil ketetapan untuk:

PERTAMA :

Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

KEDUA :

Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati.  Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina  dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

KETIGA :

Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

KEEMPAT :

Menuntut supaya KERAJAAN mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

KELIMA :

Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak KEMENTERIAN PELAJARAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

KEENAM :

Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

KETUJUH :

Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian Islam.

KELAPAN :

Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya IBUBAPA mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

KESEMBILAN :

Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

KESEPULUH :

Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan  ini mahupun yang tidak dapat hadir,  melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Deklarasi ini dimaktubkan pada hari ini 24 Zulkaedah 1432 bersamaan dengan 22 Oktober 2011.

15/10/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

Persoalan menegakkan negara Islam dari sudut pandangan orang awam.

Sebagai umat Islam sudah pasti kita mahu Islam jadi dominan.Kita mahu Islam memerintah dunia sesuai dengan Islam sebagai agama sejagat.Ramai orang, terutama orang awam macam kita, tidak nampak apakah ada cara yang sesuai untuk Islam bangkit.Dan tertanya tanya bagaimanakah caranya Islam dapat bangkit semula memerintah dunia di tengah tengah pengaruh arus perdana ideologi barat yang begitu kuat dan mencabar? Arus perdana yang diibaratkan saperti bah yang tidak dapat di bendung.

Namun begitu ada terdapat ramai pemimpin pemimpin dan gerakan atau harakah harakah Islam dari dalam negara dan di peringkat antarabangsa yang bercita cita ,yang berusaha dan sedang berjuang untuk mereliasasikan ini.

Mereka ini terbahagi kepada dua golongan yang mempunyai kaedah yang berbeza.

  • Golongan yang pertama mengatakan “Saya akan membawa anda kepada Islam dan Iman untuk ditegakkan bersama sama di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara melalui kaedah dakwah”.
  • Golongan kedua pula berkata “Saya akan menegakkan sebuah negara Islam, sebuah negara kebajikan, sebuah pemerintahan Islam dan mendaulatkan undang undang Islam di negara ini melalui politik pilihanraya”.

Bagaimana perjalanan Rasulullah SAW, adakah baginda berjuang mendapatkan negara terlebih dahulu baru baginda bina Iman dan laksanakan Islam kemudiannya?

Kita agak keliru dengan dua pendapat yang berbeza dari dua golongan ini .Di antara mereka ,siapakah pemimpin pilihan kita? Siapakah yang lebih di percayai? Siapakah yang lebih benar dan realistik perjalanan nya? Ramai diantara kita yang ikut sahaja atau bertaklid kepada pemimpin yang kita percayai.Walhal ramai di antara kita tidak jelas apa itu sebenarnya negara dan pemerintahan Islam yang sebenarnya.

Hari ini kalau ada orang kata Islam tidak akan naik melalui kaedah ideologi politik pilihanraya ,kita pening.Garu kepala yang tak gatal.Mereka kata Islam mesti dinaikan melalui kaedah Islam juga. Menegakkan Islam dengan mengguna kaedah selain dari kaedah yang ada dalam Islam itu umpama membasuh kain yang terkena najis dengan air.Tetapi mengguna air arak.Persoalan ini dijawab.Mereka kata kita naik dahulu dengan cara ideologi politik barat (pilihanraya) selepas dapat kuasa nanti kita tukarlah sistem barat itu dengan sistem Islam.Namun pada realitinya dalam sejarah Islam moden,( selepas kejatuhan era pemerintahan Khalifah Islam Uthmaniah), belum ada pemimpin dan negara orang Islam yang telah berjaya menaikkan Islam melalui kaedah ini.Biasanya mereka terus tersasar dan sesat di dalam kawah ideologi barat yang mereka ceburi.Kalau dah berjuang mengguna kaedah ideologi barat  hasilnya juga tetap ideologi barat .

Berikut adalah di antara kaedah kaedah perjuangan yang di gunakan oleh pemimpin,gerakan atau harakah dunia Islam zaman ini untuk menaikkan Islam.Masing masing mengaku cara mereka lah yang paling betul dan tepat. Siapakah yang paling boleh dipercayai? Siapakah yang patut kita ikuti?

  • Kaedah ideologi pilihanraya demokrasi yang menekan penggunaan sepenuhnya sistem demokrasi ciptaan barat.
  • Kaedah  gabungan antara sistem ideologi demokrasi barat yang sesuai dengan Islam iaitu separuh ideologi separuh Islam. (Saperti yang di amalkan di negara kita Malaysia).
  • Kaedah berkerjasama dengan kaum kafir dengan harapan bila dapat kongsi kuasa dapat laksanakan Islam
  • Kaedah rampasan kuasa saperti yang pernah berlaku di Pakistan, Yaman,Libya,Mesir,Afghanistan, Iran dan lain lain.
  • Kaedah militan menentang agama lain saperti pengeboman rumah rumah ibadat orang kafir dan membunuh pengikut pengikut mereka tidak kira kanak kanak, permepuan atau orang tua saperti yang di lakukan Al Maunah, GAM, MILF,KMM, JI, Al Qaeda.
  • Kaedah pengeboman berani mati saperti yang dilakukan oleh Al Qaeda.
  • Kaedah melalui penerapan Ilmu yang di laung laungkan oleh para sarjana saperti yang di laksanakan di hampir seluruh menara gading di seluruh dunia
  • Kaedah meningkat dan penguasaan ekonomi saperti yang dilaung laungkan oleh para ahli ekonomi, usahawan dan korporat Islam
  • Kaedah penerapan nilai nilai dan penghayatan Islam kedalam pentadbiran dan perbankan Islam dengan cara menebuk sana sikit sini sikit saperti yang dibuat di Malaysia .

Atau adakah kaedah lain lagi selain yang saya sebut di atas? Kalau ada siapa pembawanya? Bagaimana fikrahnya? Bagaimana ilmu nya? Apakah nama gerakan nya, atau kalau dia orang politik apakah nama partinya?

Wallahu’alam.

14/10/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | 1 Comment

Perlaksanaan hukum hudud di beberapa buah negara

Antaranya seperti di bawah:

Hukuman Sebat 

clip_image001clip_image003clip_image004

clip_image005clip_image006clip_image009clip_image008clip_image007clip_image010

 

Hukuman Rejam 

clip_image011clip_image012clip_image013

clip_image014clip_image015

 

Hukuman Potong Tangan (kerana mencuri) 

clip_image016clip_image017clip_image019

Hukum pancung

Hukum gantung

12/10/2011 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

Sikap ulama masa kini?

Ulama pada zaman ini sudah tidak bersatu hati dan bersatu jiwa.Mereka hanya mampu bersatu dari segi zahir dengan mengikuti persatuan, jemaah atau parti parti. Masing masing dengan kepentingan diri masing masing.Ada yang nak jaga periuk nasi.Ada yang nak jaga hati tuan dia dan ada yang nak jaga parti dia.Ada yang hanya nak duduk di  kerusi empuk menjadi Mufti dan menjadi pemimpin parti atau jemaah.Ada yang bercita cita nak rebut kuasa menjadi pemimpin.Yang betul betul nak jaga agama Islam sudah hampir tidak ada.

Ulama kini sudah tidak ada suara.Kalau ada pun suara nya tak di dengar.Atau kalau bersuara pun hanya soal soal yang dia rasa selamat di suarakan.Tidak mahu menyentuh atau menyinggung mana mana pihak lebih lebih lagi pihak tuan dia iaitu parti atau pemerintah yang dia sertai .Ada juga yang memang berani bersuara.Tetapi berani bersuara untuk mengutuk dan menghukum orang lain, lebih lebih lagi lawan dia.Mereka hanya reti mengutuk dan menghukum akan kesalahan pihak lain tetapi tidak reti memperbaiki malahan semakin merosakkan keadaan.Mereka ini adalah sebenarnya perosak agama.Ini lah sikap ulama zaman ini.

Bukan semua ulama begitu.Ada ramai juga yang baik baik.Tetapi ramai di antara kita tidak sedar akan kewujudan mereka.Ulama saperti ini lah yang harus kita cari dan ikuti.

Siapakah dia ulama yang boleh di jadikan “role  model” untuk diikuti? Yang dari segi pakaian mereka sahaja sudah dapat membezakan mereka dari orang awam dan orang awam pula boleh meniru pakaian yang di pakai oleh mereka dan menganggapnya satu sunnah. Atau nak ikut ulama yang apabila memberi kuliah di kaca TV pun hanya pakai T Shirt dan gondol kepala mereka yang botak? Sangat di kesalkan, jika ulama sendiri sudah malu nak kenakan pakaian yang sesuai sebagai ulama dan mengenengahkan pakiaan sunnah sebagai pakaian Islam apatah lagi pemimpin dan rakyat akan lagi jauh dari mengamalkan nya.

Ulama ulama silam mampu menjadi “role model” .Mereka mampu membentuk dan mencorak umat Islam dalam setiap sudut kehidupan.Rumah tangga mereka menjadi rujukan orang awam sebagai keluarga contoh.Ibadah mereka menjadi ikutan.Ilmu, wirid zikir mereka tidak terkira.Tawakal mereka setinggi gunung tidak boleh di gugat oleh mana mana isme ciptaan manusia.Contoh, mereka tidak takut dengan ugutan ugutan sesetengah ulama lain yang mengatakan kalau tak ikut serta dalam sistem pilihanraya demokrasi (taghut), Islam tidak akan bangkit dan akan terus kecundang.Keyakinan mereka terhadap sistem Tuhan itu lebih benar dari segala sistem yang di fikirkan manusia, adalah seteguh gunung Uhud.Ulama ulama saperti ini sebenarnya masih wujud.Tetapi mereka terpinggir.Di pinggirkan oleh berbagai bagai momokan , sistem dan undang undang ciptaan pemerintah.Momokan dan undang undang mengambarkan mereka sebagai pembawa ajaran sesat.Undang undang “mesti ada Tauliah” menyekat kerja mereka.Tetapi mereka tidak kisah.Mereka memang tidak terkenal di atas bumi.Tetapi mereka terkenal di langit.Kerja mereka tidak di lihat dan di nilai manusia.Tetapi di lihat dan di nilai di sisi Allah.

Peranan ulama dalam sesebuah negara adalah amat penting.Tetapi jika ulama sendiri hati dan jiwa mereka sudah jauh dari Tuhan.Pemimpin negara dan rakyat apatah lagi akan langsung tidak ada Tuhan.Kalau ulama sendiri kerjanya mencari dunia, kejar pangkat dan kekuasaan maka pemimpin dan rakyat akan lebih bersungguh sungguh mengejarnya.Jika ulama tidak sungguh sungguh menjadikan dirinya role model, pemimpin dan rakyat akan meninggalkan ulama dan mengikut penyanyi dan pelakon sebagai role model.Jika ulama tidak ikhlas dalam menyampaikan ilmu, menyampaikan ilmu untuk menegakkan kepentingan pihak yang dia sertai sahaja, maka kata katanya kelak akan menjadi saperti mencurah air di atas daun keladi.Pemimpin dan rakyat tidak kan ambil peduli walaupun apa yang di sampaikannya adalah benar.Jika ulama pintu hatinya tertutup daripada hidayah Allah.Pemimpin dan rakyat akan mati hati mereka dari mendapat hidayah dan taufiq Allah.

Jika ulama sudah malu beramal dengan amalan sunnah saperti memakai pakaiaan yang sesuai sebagai ulama, pemimpin dan rakyat akan lebih jauh tidak akan mahu beramal dengan sunnah.

Jika ulama tidak takut Tuhan, pemimpin dan rakyat langsung tidak akan hormat pada ulama dan akan hilang Tuhan daripada mereka.

 

Wallahu’alam.

11/10/2011 Posted by | Renungan & Teladan | | 2 Comments

Hadis palsu tentang adab potong kuku

Benar ke hadis berkaitan memotong kuku saperti di bawah ini? Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita.

RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Jawapan:


Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب

Maksudnya: “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-‘Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-‘Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa.”

Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)

2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu’ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)

3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) – Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: “sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat.” Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.
al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: “Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun.”
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-‘Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

wallahu a’lam.

(Sumber: Ustaz Mohamed bin ishak Jabatan Mufti Pulau Pinang)

10/10/2011 Posted by | Ibadah | | 2 Comments

Dapatkah dibina negara aman dan makmur yang di redhai Allah melalui kaedah politik kotor?

Dalam usaha menaikkan diri sendiri atau partinya atau parti orang kafir yang berkerjasama dengan nya maka mereka sanggup menderhaka kepada Allah dengan perbuatan mengumpat, memfitnah, mengeji,memberi malu, menuduh dengan sesuka hati demi untuk menjatuhkan lawannya dari parti lain yang juga beragama Islam hingga bergaduh dan berpecah sesama umat Islam.Semua ini adalah dosa dosa besar, apatahlagi kalau di lakukan kepada sesama Islam.

Dosa ertinya kemurkaan Allah dan Neraka.Apakah kerana hendak menjadi pemimpin dan hendak kuasa (walaupun untuk menegakkan agama Islam) dibolehkan menghalalkan semua perkara yang haram ini? Apakah pihak lawan dan rakyat akan gembira dengan negara Islam nanti yang di perolehi hasil dari menghina, memfitnah, membuka aib orang,mengumpat,memecahbelahkan hati dan perpaduan sesama Islam?

Akan berlakukah perpaduan sejati diatas segala sakit hati, dendam, rasa permusuhan yang berlaku yang di tanam selama ini dan semasa pilihanraya diantara parti lawan dan pemerintah yang menang? Walhal sebelum menang dia sudah memecahbelahkan umat.Boleh kah rakyat terima pemerintah setelah mereka sakit hati? Kalau rakyat ramai bertindak balas adakah pemerintah itu tidak bertindakbalas semula?

Bolehkan rakyat yang sudah berpecah belah oleh segala macam sakit hati itu bermaaf maafan selepas pilihanraya itu? Dapatkah dibina baldatun toiyibatun warabbun ghafur yakni negara Islam yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah melalui kaedah politik kotor ini?

Wallahu’alam.

08/10/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | , | 3 Comments

Pendapat Mufti Mesir mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud

https://i0.wp.com/al-ahkam.net/home/images/stories/alijumuah.jpg

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marahHukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya.

Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman ketiadaan saksi

Persoalannya di sini, wujudkan saksi-saksi seperti yang dinyatakan, pada masa sekarang?

Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, al-Qadhi al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya.

Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Dalam erti kata lain, zaman yang kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud.

Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.


Hudud bukan keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini.

Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan

Kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.

Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah

Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.

Dan, inilah objektif tulisan ini.

Ia tidak bertujuan mengikat mana-mana pihak dengan pandangan al-Allamah Mufti Mesir ini!

 

Oleh: Shamsul Muda

Sumber: [al-ahkam.net]

07/10/2011 Posted by | Bicara Ulama | , | 6 Comments

Kenapa Umat Islam sembah Kaabah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam,  sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya.

(Kiriman Sahabat FB)

05/10/2011 Posted by | Renungan & Teladan | , | 1 Comment

Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram

Soalan: 
Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.

Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):

“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.

Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:

“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:

“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi,

seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa” (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:

“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:

“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.

Sumber; Dr Maza

04/10/2011 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah | Leave a comment

Menghukum adalah taktik perjuangan parti politik orang Islam

 

 

Parti politik orang Islam mempunyai banyak musuh dan lawan sebaik sahaja mereka istihar diri sebagai parti pembangkang.Permusuhan adalah berpunca dari sikap permusuhan mereka terhadap parti pemerintah (yang juga parti orang Islam) kerana tersangat ingin merebut kuasa.Namun sudah lebih setengah abad mereka berjuang tetapi hingga kini perjuangan melalui parti politik pilihanraya belum lagi dapat menyakinkan umat Islam bahawa Islam yang mereka bawa itu cantik dan indah.Peribadi pejuang pejuang Islam dalam parti politik bersikap keras, kasar dan tidak sopan dalam berpolitik, terutama dalam ceramah ceramah mereka (baik di atas pentas politik atau masjid masjid), yang rata rata hanya menjatuhkan hukum lebih dari memperbaiki keadaan kepada orang yang tak sealiran dengan mereka.Mereka sebenarnya gagal menyakinkan umat Islam kerana keindahan Islam itu tidak ada atau tidak menonjol di dalam kehidupan mereka (terutama dari sudut pertuturan mereka dalam berceramah).

Sekarang kita lihat parti pemerintah sudah sangat lemah.Tetapi parti pembangkang yang bercita cita Islam pun lagi lemah dan masih tidak dapat menjatuhkan musuhnya yang amat lemah itu.Kelemahan mereka menonjol apabila kita lihat mereka terpaksa bergabung dengan parti musyrikin kononnya untuk mendapat kekuatan.(Saya pernah menulis tentang bahaya berkerjasama dengan kaum kafir.Sesiapa yang terlepas pandang tulisan ini sila baca di sini KLIK) Namun walaupun demikian, parti pemerintah yang lemah masih merasa selesa sahaja berhadapan dengan parti pembangkang ini.

Isu semasa contohnya, dalam hal menegakkan hukum hudud,mereka masih berdolak dalik untuk melaksanakan nya walaupun mereka di benarkan melaksanakan di negeri bawah pemerintahan mereka di Kelantan.Jangan jangan mereka belum bersiap sedia dengan jentera jentera untuk melaksanakannya.Mungkin mereka belum bersedia dan tidak mempunyai cukup Pentadbir, Kewangan,Mahkamah Syariah, kaki tangan saperti Hakim dan Peguam Syariah, tukang sebat, tukang potong tangan, tukang rejam, anggota Polis yang memahami hukum hudud dan sebagainya.

Amat dikesali dan mengecewakan sekiranya apa yang saya nyatakan ini benar.Sudah berpuluh puluh tahun berjuang melaungkan hudud, tak kan tak ada persiapan untuk melaksanakan nya? Jangan pula jadi macam orang nak buat rumah.Rumah belum siap dah nak masukkan perabot dan segala macam peralatan didalamnya.

Wallahu’alam.

03/10/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | , | 15 Comments