Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Soal jawab sekitar solat


1. SOALAN :

  1. Berkenaan dengan semua perkara berkenaan solat sunat. Adakah perlu membaca Doa Iftitah?
  2. Solat sunat Rawatib, perlukah membaca surah pendek selepas Al Fatihah seperti solat fardhu?

JAWAPAN :

  1. Disunatkan membaca doa iftitah dalam solat sunat kerana Rasulullah S.A.W. tidak pernah meniggalkannya walaupun dalam solat Sunat.
  2. Sunat membaca surah selepas al-Fatihah di dalam solat sunat Rawatib.

2. SOALAN :

Persoalan saya berkaitan dengan sembahyang Jumaat ditempat saya mengajar, Untuk makluman SMK Batang Igan merupakan sekolah yang berada ditepi sungai dan mengambil masa sejam perjalanan untuk ke bandar atau pekan berhampirn menggunakan jalan air. Kawasan sekolah tidak mempunyai kemudahan masjid untuk orang Islam kerana majoritinya kaum Iban yang bukan Islam, dan permasalahan utama ialah status sembahyang Jumaat di tempat saya bertugas tu bagi guru lelaki yang muslim. Memang pada dasarnya, syarat wajib sembahyang Jumaat sudah gugur kalau mengikut syarat kewajipan solat Jumaat, tetapi saya musykil, sebab ada banyak pendapat samada perlu, ditunai atau tidak solat Jumaat itu. Ada pendapat yang mengatakan perlu dilakukan cukup sekadar jemaah yang ada. Apa-apa pun saya berharap agar pihak tuan dapat memberi pandangan atau kata putus bagi permasalahan ini.

JAWAPAN :

Apabila seseorang muslim mempunyai 7 syarat wajib (Islam, Baligh, Berakal, Merdeka, Lelaki, Sihat tubuh badan dan bermukim) maka wajiblah dia menunaikan Solat Jumaat. Walau bagaimanapun, solat Jumaat tersebut hanya akan sah apabila memenuhi 4 Syarat sah yang berikut :

a) Didirikan di dalam kawasan binaan sama ada di bandar atau  kariah.

b) Bilangan jamaah tidak kurang daripada 40 orang yang memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat iaitu lelaki, baligh dan bermastautin.

c)  Didirikan dalam waktu Zuhur.

d) Didirikan satu Jumaat sahaja dalam satu kariah.

Bagi seseorang yang bermusafir bagi perjalanan 92km (2 marhalah) maka gugurlah kewajipan menunaikan solat Jumaat.

3. SOALAN:

Pada waktu Subuh saya pergi solat ke masjid yang jauhnya lebih kurang 6 KM dan meninggalkan surau di tempat saya. Adakah salah perbuatan saya ini?

JAWAPAN:

Tidak menjadi satu kesalahan untuk saudara pergi bersolat di masjid yang agak jauh selagi ianya tidak mendatangkan kesulitan dan tidak menghalang saudara dari berjemaah. Dalam sebuah hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:

‘’Sesungguhnya seseorang yang lebih banyak dapat pahala dalam solat adalah orang yang lebih jauh perginya ke tempat itu.”

4. SOALAN:

  1. Bagaimankah susunan di dalam solat jika imam ialah perempuan (ibu) dengan makmum lelaki (anak) dan anak perempuan (yang belum baligh)?
  2. Adakah diniatkan imaman sekiranya ibu sebagai imam, sedangkan anak-anaknya belum baligh.

JAWAPAN:

1. Susunan makmum dalam solat adalah seperti berikut:

a)Imam (lelaki)

b)Makmum lelaki dewasa

c)Makmum kanak-kanak-lelaki

d)Makmum perempuan dewasa

e)Makmum kanak-kanak perempuan

2.Imam perempuan hanya untuk makmum perempuan sahaja. Jika anak lelaki puan sudah pandai solat walaupun belum baligh adalah lebih baik dia yang menjadi imam. Ini kerana apabila budak kecil itu sudah pandai berfikir dan dia cukup syarat sah solat maka sah dia menjadi imam kepada lelaki dan perempuan yang baligh.

Ini berdasarkan hadith dari sahabat Nabi S.A.W. Amru bin Salamah R.A.,

Beliau berkata:“Aku menjadi imam di zaman Rasulullah S.A.W. ketika aku masih berumur tujuh tahun.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tetapi jika anak puan belum pandai solat, puan bolehlah solat bersendirian dan anak-anak puan bolehlah sekadar mengikut dibelakang sebagai proses pembelajaran.

5. SOALAN:

Saya berasal dari Semenanjung dan bekerja di Lawas, Serawak.

Saya berada di Lawas selama 20-23 hari dan balik ke Semenanjung selama 7-10 hari.(Jumlah 30hari)
Apakah kedudukan saya untuk menunaikan solat jamak dan qasar.

Adakah saya dibolehkan jamak qasar selama 3 hari di Semenanjung semasa balik dan 3 hari di Sarawak semasa bekerja. Diharap mendapat penjelasan dari pihak tuan.

JAWAPAN:

Berhubung dengan solat jamak dan qasar yang dikemukakan oleh pihak tuan ialah sekiranya tuan telah mengetahui lebih awal berapa hari tuan akan singgah ke sesuatu tempat seperti 20-23 hari di Lawas dan Semenanjuang 7-10 hari, maka tuan tidak boleh  mengerjakan solat jamak dan qasar  kerana telah dikira bermukim. Akan tetapi sekiranya tuan bermusafir tidak melebihi tempoh 5 hari termasuk hari perjalanan pergi dan balik sama ada ke Lawas mahupun Semenanjung, maka dibolehkan tuan untuk solat jamak dan qasar. Walau bagaimanapun ketika dalam satu-satu masa perjalanan yang melebihi 2 marhalah (90 km) yang dianggap musafir, maka tuan boleh mengqasar dan menjamakkan solat.

6. SOALAN:
Saya ada mendengar seorang ustaz mengajar sekiranya ada sebesar sebiji nasi dalam mulut ketika solat dan sekiranya ditelan tidak membatalkan solat? Mohon jawapan dari tuan, Sekian terima kasih.

JAWAPAN:

Makan dengan sengaja sama ada lebihan di celah gigi tersebut banyak atau sedikit akan membatalkan solat. Imam an-Nawawi menyatakan di dalam kitab al-Majmuk bahawa :

“solat akan terbatal jika menelan makanan yang terselit di celah gigi dengan sengaja. Dan tidak batal jika bukan sengaja hendak menelan air liur yang bercampur dengan lebihan makanan”.

7. SOALAN:

Bolehkah zikir selepas solat Subahanallah.Alhamdullilah dan Allahhuakbar digabung dibaca 33 kali. Ada imam yang lakukan demikian.

JAWAPAN:

Zikir Subahanallah, Alhamdullilah dan Allahuakbar  boleh digabung dalam satu bacaan.

8. SOALAN:

Bagaimanakah dan apakah kaedah yang diguna pakai untuk kita menentukan arah kiblat di dalam rumah dan lain-lain?

JAWAPAN:

Terdapat banyak kaedah untuk menentukan arah kiblat. Walau bagaimanapun kaedah yang paling mudah ialah melalui fenomena Istiwa’ Utama Matahari di Kaabah.

Bagi Negara Malaysia, fenomena ini akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang.

Pada waktu tersebut pihak tuan dinasihatkan memacak sebatang kayu yang lurus di atas tanah. Arah kiblat adalah arah yang bertentangan dengan arah bayang kayu tersebut.

Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu. Oleh kerana waktu yang sepadan di Malaysia aebelah petang, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.

9. SOALAN:

Semasa saya pergi Out Station, Saya beimamkan dengan seorang imam yang sama-sama musafir bersama saya untuk menunaikan Solat Jamak. Ketika itu, imam tersebut menunaikan solat zuhur 4 rakaat dan selepas memberi salam kami solat asar 4 rakaat pada waktu yang sama. Adakah solat kami itu sah dari hukum syarak? Harap Ustaz dapat jelaskan.

JAWAPAN:

Solat yang tuan lakukan adalah sah.

i. Sebagai panduan, untuk melakukan solat  jamak (menghimpunkan), syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi:

  1. Musafir melebihi 2 marhalah atau 56 batu (92 kilometer)
  2. Perjalanan yang dilakukan bukan bertujuan maksiat.
  3. Solat yang boleh dijamak ialah zohor dan Asar, maghirib dan Isyak atau sebaliknya.
  4. Berniat jamak
  5. Berturut-turut
  6. Tertib (mendahului solat yang masuk waktunya dahulu)

ii.  Kekal dalam perjalanan itu hingga selesai takbiratulihram solat yang kedua.

Selain daripada jamak, tuan juga boleh mengqasarkan (memendekkan) solat yang 4 rakaat kepada 2 rakaat ketika musafir. Solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak. Syarat-syarat sahnya ialah;

  1. Solat yang hendak diqasarkan adalah solat yang 4 rakaat.
  2. Jarak perjalanan sekurang-kurangnya 2 marhalah.

iii.  Hendaklah dia mengetahui bahwa hukum  solat qasar itu adalah harus baginya.

iv.  Mestilah berniat qasar ketika takbiratul ihram.

  • Solat yang diqasarkan mestilah dilakukan dalam waktunya sendiri seperti mengqasar solat Zuhur dalam waktu Zuhur dan tidak boleh diqasarkan solat Zuhur dalam waktu Asar.

10. SOALAN:

Saya ingin tahu waktu sebenar dari mula hingga akhirnya ikut kiraan jam bagi waktu untuk solat sunat dhuha bagi bahagian Mukah.

Mengikut syarak waktu Dhuha bermula  apabila matahari naik setinggi satu galah selepas terbit.

Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula Waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan Waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.

Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi;

Waktu Dhuha   =   Waktu Syuruk + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh)

Contoh Jadual Waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011 ;

Waktu Syuruk:  0638 pagi

Waktu Subuh :  0524 pagi

Waktu Dhuha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah :

Waktu Syuruk ( 0638 pagi) + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh) (0638 pagi – 0524 pagi = 1jam 14 Minit @ 74 minit)

= 0638 pagi + 1/3 (74 Minit)

= 0638 pagi + 25 minit

= 0703 pagi.

11. SOALAN:

Saya ke surau hendak berjemaah solat zuhur tetapi tiada orang lain yang datang, 10 minit kemudian saya meneruskan solat secara bersendirian. Kemudian datang seorang hamba Allah terus menjadi makmum dan apa hukumnya, sedangkan saya tidak berniat sebagai imam.

JAWAPAN:

Sah solat yang dilakukan oleh tuan dan makmum tersebut. Menurut Syarak makmum wajib berniat mengikut imam sedangkan imam tidak wajib berniat menjadi imam. Walau bagaimanapun, untuk mendapat pahala berjamaah imam hendaklah berniat menjadi imam pada waktu tersebut.

12. SOALAN:

Ketika imam sedang solat jemaah, makmum terlihat pakaian imam terkena najis. Bagaimanakah caranya makmum hendak menegur imam.

JAWAPAN:

Makmum yang mengetahui dengan yakin hal keadaan imam yang sedemikian (pakaian bernajis) diwajibkan berniat mufaraqah. Setelah selesai solat makmum tersebut hendaklah memaklumkan kepada imam dan imam wajib mengulangi solatnya. Bagi makmum yang tidak mengetahui ketika solat tersebut didirikan solatnya adalah sah.

13. SOALAN:

Semasa di alam remaja, seseorang itu berkelakuan nakal dan memiliki tatu..selepas di alam dewasa beliau telah bertaubat dan telah dilantik oleh pegawai masjid sebagai imam dan pada masa yang sama segelintir makmum berasa was-was untuk berjemaah. Apakah hukumnya?

JAWAPAN:

Seorang yang telah bertaubat dan tatu tersebut tidak dapat dihilangkan walaupun beliau telah berusaha layak untuk menjadi imam dalam solat. Para makmum hendaklah berimam dengan imam tersebut tanpa was-was.

14. SOALAN:

Apakah hukumnya memakai wangian beralkohol dalam solat?

JAWAPAN:

Wangian beralkohol adalah diharuskan penggunaannya. Jika alkohol tersebut yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Sementara alkohol yang terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai sama ada daripada ubi kayu atau pulut ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

15. SOALAN:

1.Solat adalah kewajipan ke atas tiap-tiap orang Islam. Apakah kewajipan ini masih fardhu ke atas orang tua yang agak nyanyuk?

2. Bagaimana keadaan sembahyang orang tua yang sudah agak nyanyuk tetapi dia masih ingin sembahyang, masalahnya sembahyang yang dilakukannya itu tidak cukup rukun seperti sembahyang 4 rakaat jadi 3 rakaat. Sembahyang berjamaah tetapi dia dahulu daripada imam kerana kenyanyukannya.

JAWAPAN:

Sembahyang wajib ke atas umat Islam yang mencapai umur dewasa (baligh) serta berakal, yang tidak ada sebarang halangan seperti haid dan nifas. Syarat wajib solat ialah :

1) Islam

2) Baligh

3) Berakal

Menurut jumhur ulama’ sembahyang tidak wajib ke atas orang gila, terencat akal dan yang seumpamanya seperti orang pengsan, kecuali jika dia sedar dan masih ada lagi waktu sembahyang. Ini disebabkan berakal adalah tanda mukallaf, sebagaimana hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“Tiga orang yang tidak dikira sebagai bertanggungjawab ke atas perbuatannya iaitu orang gila sehingga ia siuman dan orang tidur sehingga ia sedar daripada tidurnya dan kanak-kanak sehingga ia bermimpi (baligh).”

(Hadis riwayat : Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim)

16. SOALAN:

Assalaamu’alaikum wbt. saya nak bertanya tentang hukum seseorang yang bertatu dan kemudian dia bertaubat serta melakukan solat..adakah sah solatnya diterima Allah atau tidak. Adakah tatunya perlu dibuang habis dahulu..dan bagaimana dengan mandi junubnya adakah ia sah. Sekian harap tuan dapat membalas pertanyaan saya ini…terima kasih.

JAWAPAN:

Solat dan mandi hadas (junub) nya sah. Walau bagaimanapun tuan dinasihatkan berusaha untuk membuang tatu tersebut jika mampu dan tidak memudaratkan.

17. SOALAN:

Saya salah seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Isu solat Jumaat merupakan isu hangat bagi guru-guru yang mengajar jauh di kawasan pedalaman di sarawak. Seperti mana yang kita ketahui meniggalkan solat jumaat adalah tidak boleh sama sekali kecuali di sebabkan keuzuran atau sakit. Ada juga yang menyatakan jangan lebih dari tiga kali berdasarkan hadis yang tidak sahih. Seperti mana yang saya fahami dan lakukan selama ini sekirannya tidak berkesempatan semasa keluar hari Jumaat saya singgah di masjid yang dilalui sekiranya tidak sempat saya cuma solat zuhur sahaja. Ada juga rakan ustaz yang saya tanya, sekiranya perjalanan yang kita lalui ada masjid ataupun surau maka wajib untuk kita kerjakan solat. Boleh tak jelaskan hadis mana yang patut kita ikuti. Adakah boleh kita selang selikan minggu dalam bulan semasa untuk keluar bersolat ini adalah kerana kita cuma keluar ke bandar 2 minggu sekali. Sekian terima kasih.

JAWAPAN:

Apabila seseorang muslim sudah cukup 7 syarat wajib (Islam, Baligh, Berakal, Merdeka, Lelaki, Sihat tubuh badan dan bermukim) maka wajiblah dia menunaikan Solat Jumaat. Walau bagaimanapun, solat Jumaat tersebut hanya akan sah apabila memenuhi 4 Syarat sah yang berikut :

a) Didirikan di dalam kawasan binaan sama ada di bandar atau kariah.

b) Bilangan jamaah tidak kurang daripada 40 orang yang memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat iaitu lelaki, baligh dan bermastautin.

c)  Didirikan dalam waktu zuhur.

d) Didirikan satu Jumaat sahaja dalam satu kariah.

Bagi seseorang yang bermusafir bagi perjalanan 92km (2 marhalah) maka gugurlah kewajipan menunaikan solat Jumaat.

Hadis mengenai meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut ialah:

“Sesiapa yang meninggalkan tiga kali sembahyang Jumaat kerana mengambil ringan terhadapnya, nescaya Allah akan menutupkan hatinya”

(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

18. SOALAN:

Ketika sembahyang sunat ada orang yang begitu cepat rukuk dan  sujud nya. Pada perkiraan saya jika dibaca ayat ketika rukuk dan  sujud sebanyak 3 kali tidak lah sepantas itu. Persoalaan saya ialah wajib atau sunat dibaca ayat ketika sujud dan rukuk itu sebanyak 3 kali atau memadai dengan baca sekali sahaja.

JAWAPAN:

a)    Rukuk  dan sujud merupakan rukun solat dan jika ditinggalkan  maka solat akan terbatal. Tetapi bacaan dalam rukuk dan sujud adalah sunat hai’ah (iaitu jika ditinggalkan tidak sunat digantikan dengan sujud sahwi) dan solat itu sah.

19. SOALAN:

Mengqasar dan menjamak sembahyang. Apabila kita berjalan jauh. contohnya saya dari Limbang pergi ke Miri dan bermalam di miri selama 2 malam. Bolehkah saya mengqasar atau menjamak solat apabila sudah bermalam di Miri?

JAWAPAN:

Sebagai panduan , untuk melakukan solat  jamak (menghimpunkan), syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi;

a)    Musafir melebihi 2 marhalah atau 56 batu (92 kilometer).

b)   Tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula  sampai dan pada hari akan keluar.

c)    Perjalanan yang dilakukan bukan bertujuan maksiat.

d)   Solat yang boleh dijamak ialah zohor dan Asar, maghirib dan Isyak atau sebaliknya.

e)    Berniat jamak.

f)    Berturut-turut.

g)   Tertib (mendahului solat yang masuk waktunya dahulu).

h)   Kekal dalam perjalanan itu hingga selesai takbiratulihram solat yang kedua.

Selain daripada jamak, tuan juga boleh mengqasarkan (memendekkan) solat yang 4 rakaat kepada 2 rakaat ketika musafir. Solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak. Syarat-syarat sahnya ialah;

a)  Solat yang hendak diqasarkan adalah solat yang 4 rakaat.

b)   Jarak perjalanan sekurang-kurangnya 2 marhalah.

c)    Hendaklah dia mengetahui bahwa hukum  solat qasar itu adalah harus baginya.

d)   Mestilah berniat qasar ketika takbirratul ihram.

e)    Solat yang diqasarkan mestilah dilakukan dalam waktunya sendiri seperti mengqasar solat Zuhur dalam waktu Zuhur dan tidak boleh diqasarkan solat Zuhur dalam waktu Asar.

20. SOALAN:

Tuan, apakah hukum air liur manusia. Adakah ianya najis atau tidak?. Sekiranya najis apakah sisa makanan yang ada dalam mulut kemudian diludahkan sedikit ketika solat dan terkena baju. Adakah solat itu sah atau tidak?

JAWAPAN:

Air liur manusia bukanlah dikira sebagai najis, tetapi haram dimakan kerana dianggap jijik. Maka sah solat yang didirikan sekiranya air liur tersebut terkena baju.


21. SOALAN:

Saya dengar pak imam baca surah selepas Al-Fatihah tidak betul tajwid, saya baru lagi di surau berkenaan. Macam mana tu?

JAWAPAN:

Tajwid itu sememangnya penting dalam bentuk yang sederhana. Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T. dan kita seharusnya membaca dengan betul.  Sekiranya kesalahan bacaan tidak sampai mengubah makna dan telah cuba dibaca mengikut kemampuan, maka tidaklah kesalahan itu menjadi  bebanan kepada pembaca. Tuntutan kepada kefahaman terutamanya al-Fatihah di dalam solat adalah lebih perlu diutamakan.

22. SOALAN:

Saya pernah tindih telinga….sekiranya telinga yang saya tindih sudah tertutup….bolehkah saya menjadi imam?

JAWAPAN:

Boleh menjadi imam bagi yang pernah bertindik kerana ia bukan daripada syarat sah untuk menjadi imam. Walau bagaimanapun, bertindik merupakan amalan bagi wanita dan diharamkan bagi lelaki untuk meniru wanita. Melakukan perbuatan haram secara berterusan adalah perbuatan orang yang fasiq.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sarawak

28/04/2012 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | 18 Comments

Siapa imam Perhimpunan Bersih?

perhimpunan bersih 3.0 Bersih 3.0 : Perhimpunan Bersih Diadakan Sekali Lagi. Wajar Atau Tidak?

Foto: Beritasemasa.com

Allah berfirman dalam Al Quran saperti berikut yang bermaksud:

“(Yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah”.
QS. an-Nisa’ (4) : 139

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam”.
QS. an-Nisa’ (4) : 140

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?”
QS. an-Nisa’ (4) : 144

Saya bukan politikus.Katanya BERSIH bukan bermotif politik.Buktinya pemimpin BERSIH bukan orang politik.

Maka sebab itu saya pun terpanggil untuk menulis  atas dasar rasa tanggung jawab terhadap agama dan bukan bermotif kan politik.Saya tidak sanggup melihat agama di perhina dan di pergunakan oleh mana mana pihak terutama pihak yang jelas menjadi penentang nya.

Semua maklum siapa pemimpin BERSIH.Dia ialah seorang wanita yang bernama Ambiga Sreenevasan. Umat Islam perlu meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta kita mengikut dia mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu 28 April ini.

Melayu Islam di Malaysia memang mudah lupa dan harus melihat atau mengimbau kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan kita umat Islam sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya dalam BERSIH.

Ambigia, selaku Presiden Majlis Peguam adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC .

Lupa kah kita (umat Islam) apa itu IFC (Inter Faith Commission)?

IFC berasal dari IRC (Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.
IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism
clip_image001dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1.    Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2.    Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.    Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4.    Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5.    Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6.    Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7.    Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8.    Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9.    Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10.    Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia  sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11.    Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12.    Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program  dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13.    Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14.    Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.    Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.    Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3.    Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.    Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5.    IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A .W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya IFC yang di pimpin oleh Ambigia. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. 

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Ambigia turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Ambigia dan Majlis Peguam yang diterajui nya terus mencabar umat Islam dengan tetap meneruskan forum itu.

Dia juga adalah penyokong,pembela dan pejuang tegar amalan seks songsang  golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) yang jelas bertentangan dengan amalan Islam dan manusia bertamaddun.

Ulama tersohor dunia , Syeikh Dr Yusuf al Qardhawi dalam fatwanya berhubung LGBT menyebut umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal dan penyokong seks songsang.Umat Islam juga wajib menentang dengan segala kekuatan kerana LGBT adalah sangat bertentangan dengan Islam dan fitrah manusia.

Maka berdasarkan fatwa Syeikh Qardhawi ini, bersekongkol dan menjadi pengikut atau makmun kepada  individu yang jelas pembela dan pejuang tegar golongan seks songsang saperti Ambigia adalah BERDOSA dan HARAM.

Sejak kebelakang ini dia terus mencabar undang undang dan umat Islam dengan terus bergiat mempromosikan LGBT di seluruh negara.

Tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri dia sebagai seorang yang berjuang habis habisan agar undang2 Islam dan Islam tidak di laksanakan di Malaysia.

Sikap anti Islam nya adalah senada dengan sikap Karpal Singh.Adakah kita umat Islam sudah lupa atau buat buat lupa tentang Karpal yang pernah mencabar umat Islam dengan berkata “langkah mayat aku sebelum melaksanakan Negara Islam”. Hingga hari ini dia masih tetap dengan pendirian nya.Ini terbuktikan apabila kita perhatikan dalam Perjanjian Bersama Pakatan (PR), di mana PAS di paksa menggugurkan cita cita mereka untuk melaksanakan HUDUD dan NEGARA ISLAM jika mahu terus berada dalam Pakatan.

Sangat menghairankan dan menakjubkan, walaupun Ambigia terbukti melakukan kezaliman terhadap fitrah tamaddun manusia dan Islam kerana membela dan berjuang  LGBT namun ada pemimpin Islam dan pengikut nya tergamak bersekongkol dan menjadi makmun (pengikut) kepada pejuang kezaliman ini.

Terbukti Ambigia telah berjaya mempergunakan, memperkudakan dan memperbodohkan pemimpin Islam dan pengikutnya.

Renungankan apa Allah kata tentang orang kafir saperti ini dalam firmannya yang bermaksud:

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam”.
QS. an-Nisa’ (4) : 140

Pada saya atas alasan apapun, pemimpin Islam dan pengikut nya yang sanggup meletakkan dirinya dibawah ketiak dan telunjuk Ambigia adalah golongan yang tidak tahu malu dan sangat tidak bermaruah.Mengapa mereka begitu mudah sahaja terhangguk hangguk dan mengikut sahaja telunjuk dia saperti orang yang sudah kena pukau?

Pemimpin Islam dan pengikutnya tidak sepatutnya meletak maruah mereka sebegitu rendah dan hina sekali dengan bersekongkol, dan berkerjasama dengan penentang agama dan penzalim fitrah manusia iaitu individu bernama  Ambigia walaupun konon nya dia mengajak kita berjuang bersama nya atas nama menuntut keadilan.

Wallahu’alam.

25/04/2012 Posted by | Aqidah, Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | , , | 3 Comments

Kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender adalah wabak kalau di biarkan akan jadi kanser masyarakat.

Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa berkata, semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, demi masa depan dan akidah generasi muda, isu LGBT tidak boleh dipolitikkan .

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga terikut dengan budaya negatif Barat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT” , semalam.

Nasharudin berkata, wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

“Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

“Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan,” katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – Bernama

24/04/2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | , , , | Leave a comment

Asal usul kejadian manusia

Manusia diciptakan dari  Nabi Allah Adam a.s.  dan  Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia.

Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir”

Didalam Surah At-Thariq : 5-7

” Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan”

Nabi bersabda:

“Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan adam dijadikan daripada tanah”

Menurut riwayat ketika, Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula untuk turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana Malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman :

“Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.

Lalu Allah berfirman lagi:

“Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:

“Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.”

Jenis-jenis Tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s:

Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:

  1. Tanah tapak Baitul Maqdis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tapak Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah(Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:

  1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
  2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
  4. Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
  5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
  6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
  7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
  9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
  11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
  12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

Proses kejadiannya:

  1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
  2. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.
  3. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air “Kudral-Izzah-Nya” . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
  4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah:

  1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
  2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

  1. Mata alat penglihatan
  2. Hidung alat penciuman
  3. Telinga alat pendengaran
  4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
  5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman “Yarhamukallah”yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan“Yarhamukallah”. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit yang ketujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam tinggal.

Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika berada di dalam Syurga. Ketika mereka telah memakan buah larangan atas pujukan Iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya di turunkan oleh Allah di bumi. Menurut riwayat nabi Adam turun di India. Tetapi mengikut setengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah (Padang Perkenalan).

Umur Nabi Adam menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak adalah kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik beradik tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang lahir sekali.

Wallahualam

Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin HaiyonPP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan) JAI S.

23/04/2012 Posted by | Informasi, Tazkirah | , | Leave a comment

Pejuang seks songsang (LGBT) adalah pengikut syaitan

image

Nasharudin Mat Isa menyampaikan kertas kerja pada Wacana Kemungkaran LGBT di UTM Kuala Lumpur

Gerakan yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta setiap pengamal seks songsang merupakan pengikut-pengikut jejak syaitan.

Justeru itu, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.

Beliau berkata, di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut a.s ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender.

(Sumber: Utusan Malaysia Online 23 Apr 2012)

 

Kira-kira 1,000 penyokong daripada lebih 18 NGO hari ini berhimpun di membantah amalan seks bebas dan anti Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Malah dalam perhimpunan di Kompleks Sukan UPM, Serdang, sekumpulan penyokong mengoyak, memijak dan membakar poster Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga yang didakwa menyokong gerakan tersebut.

Di kesNONEempatan itu juga, mereka juga menyelar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam yang didakwa mereka turut menyokong gerakan itu atas nama hak asasi manusia.

(Sumber: Malaysia Kini)

23/04/2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Ibadah, Informasi, Renungan & Teladan | , , , , | Leave a comment

Politik bangkangan yg berasaskan amar ma’ruf dan nahi mungkar

Ada para ulama Islam berpendapat bahawa politik bangkangan dalam Islam merupakan satu keperluan sekiranya berlaku penyelewengan di kalangan pemerintah.Bangkangan perlu di lakukan oleh semua pihak samada dia berada dalam kerajaan, parti pembangkang, yang berparti dan yang tidak berparti sekiranya berlaku kesilapan dan kesalahan di pihak pemerintah.

Namun bangkangan bukan saperti cara yang diamalkan hari ini oleh parti parti pembangkang, dengan cara memaki hamun, memfitnah,mengaibkan dan menjatuhkan maruah .Tetapi wajiblah berbentuk memberi nasihat atau menggantikan dengan pemerintah lain tanpa perpecahan ummah, tanpa membikin kekacauan,mengangkat senjata dan pertumpahan darah yang haram di sisi Islam.

Dalam perkara kebaikan dan ketaatan rakyat wajib mentaati pemerintah untuk menjaga perpaduan ummah.

Oleh kerana bangkangan politik dalam Islam merupakan satu tugas yang besar dan berasaskan kepada konsep amr ma`ruf dan Nahi mungkar, para ulama telah menggariskan beberapa adab yang mesti menjadi hiasan para pembangkang politik di antaranya :

1. Mengikhlaskan niat untuk mencari keredhaan Allah dan menyedari bahawa bangkangan ini dilakukan demi menunaikan kewajipan ilahi.

2. Mempunyai ilmu yang boleh membezakan manakah perkara yang di larang dan diperintah agar tidak berlaku bangkangan dalam perkara ma`ruf dan mendiamkan diri dalam perkara kemungkaran.

3. Bangkangan atas asas nasihat beragama. Bukan tujuan nak merebut kuasa.Sabda baginda : “ Agama itu nasihat”. Para sahabat bertanya : untuk siapa?”. Jawab baginda : “ Untuk Allah, untuk RasulNya, untuk pemerintah Islam dan Rakyat”.

4. Bangkangan yang dibuat atas dasar kasih dan sayang kepada pemerintah Islam demi kebaikan Islam dan umatnya.

5. Sentiasa berdoa agar Allah memberi taufiq kepada para pemerintah untuk kembali bertaubat kepada Allah.

6. Memulakan dengan ungkapan yang lembut sebagaimana firman Allah kepada Musa dan Harun ketika diarahkan  untuk berdakwah kepada Firaun: “ Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia amat melampaui batas. Seterusnya ucapkanlah oleh kamu berdua kata-kata yang lembut mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau merasa takut”. Toha : 43-44,

7. Berhikmah dalam mengatur strategi. Hikmah ertinya kebijaksanaan melakukan tindakan berasakan suasana dan situasi. Sekiranya situasi menuntut keras perlu bersikap tegas manakala jika situasi menuntut berlembut menggunakan kelembutan.

Firman Allah : “ Serulah kamu ke jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik”.an Nahl :125

8. Jangan takut kepada ancaman sepertimana sabda baginda “ dan janganlah takut kepada celaan orang yang mencela”. Dan sabda baginda “Berkatalah benar meskipun ianya pahit”.
Bagi para pemerintah pula perlu berlapang dada dan beramal dengan konsep bangkangan yang telah digariskan oleh Umar al Khattab selaku khlaifah Islam yang kedua: “ Tidak ada kebaikan kepada kamu jika kamu engan nyatakan bangkangan kamu. Dan tidak ada kebaikan pada kami jika kami enggan mendengarnya”.

Justeru bangkangan tidak hanya terhad kepada politik kepartian malah ia perlu mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat dan setiap individu.

Wallahu’alam

Sumber: Darul Fuqaha

21/04/2012 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Apabila parti politik Islam tidak ikhtiraf negara Islam

Al Ismaili Rahimahullah berkata:

“BAHAWA SESEBUAH NEGARA DI NAMAKAN NEGARA ISLAM SELAGI MASIH ADA PANGGILAN UNTUK SOLAT (AZAN) DAN DI DIRIKAN SOLAT DENGAN TERANG TERANGAN DAN PENDUDUKNYA (RAKYAT) SENTIASA MENDIRIKAN SOLAT DENGAN BEBAS (AMAN)”.

(Lihat: Iktiqad Ammaitu Ahlu Hadis, hlm 50)

Menurut Muhammad Abu Zahrah (Imam Fuqaha Al Azhar):

“DARUL ISLAM (NEGERI ATAU NEGARA ISLAM) SETIAP NEGARA YANG DI PERINTAH DAN DI KUASAI OLEH ISLAM (UMAT ISLAM), IAITU KEKUATAN DAN PERTAHANAN NEGARA BERADA DI BAWAH KEKUASAAN UMAT ISLAM.INI LAH BENTUK BENTUK NEGARA YANG WAJIB DI PERTAHANKAN OLEH SETIAP UMAT ISLAM.

(Abu Zahrah hlm: 377)

Sesebuah negara, walaupun bermasyarakat plural (majmuk) dan mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, namun apabila majoriti rakyatnya beragama Islam, dipimpin oleh penguasa yang beragama Islam, keselamatan, kekuatan dan pertahanan masih dikuasai oleh pemimpin Islam, pemimpinnya masih mendirikan solat, laungan suara azan masih terus berkumandang dan penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin, maka ia dinamakan negara Islam. Petanda negara Islam yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dan Imam Ahmad yang disebut di atas, dalilnya diambil dari beberapa buah hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!) ? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23)

Dengan penjelasan hadis ini, menurut perspektif ulama Salaf as-Soleh dan Ahli Hadis, suatu negara dinamakan negara Islam apabila tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan. (Al-Manhaj as-Salafi inda Nasruddin al-Albani. Hlm. 215. Amru Abdul Mun’im Salim)

Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memeranginya dengan pedang (haram menjatuhkannya) .

Dalam konteks ini, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyeru agar bersabar terhadap pemimpin dan penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum Islam, kerana petanda dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda:

“Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat”. (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

Hadis ini membuktikan bahawa tidak boleh dihukum kafir setiap individu atau pemimpin jika masih mendirikan solat. Dan sesebuah negara dinamakan negara Islam jika masih terdengar suara azan, solat masih didirikan dan dikuatkan lagi jika majoriti rakyatnya beragama Islam kerana hadis di atas menjelaskan: “Dan (tanda) terakhir adalah solat”.

Al-Ismaili rahimahullah berkata: “Kaum Salaf berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Lihat: Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, hlm. 50)

Para pemimpin adalah penguasa yang mampu menggunakan kuasa mereka melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip siyasah as-syariyah. Para ulama pula adalah terminal ilmu yang mampu dan diberi mandat membentuk akidah dan pemikiran ummah ke arah pemahaman siyasah Islamiyah (siyasah as-syariyah yang lebih berdisiplin lagi profesional. Ulama telah diwajibkan oleh syara bekerjasama dengan pemimpin. Dipikulkan ke atas mereka tanggungjawab sosial mentarbiyah ummah agar mentaati pemimpin demi mengelakkan perpecahan serta menghapuskan fitnah di kalangan masyarakat. Maka sesebuah negara itu dinamakan negara Islam apabila ulama dan umara (pemimpin) bekerjasama membangun rohani dan jasmani, fizikal dan mental serta untuk pembangunan dunia dan akhirat.

Penamaan negara atau negeri Islam bukan hanya menerusi perundangan, hudud atau peraturan jenayah (kriminal). Malah meliputi bidang-bidang dan aspek yang luas.

Khalifah Umar bin Khattab radiallahu ‘anhu berkata:

“Wahai rakyatku! Kamu mempunyai hak ke atas kami untuk menasihati pada perkara-perkara yang kami tidak ketahui, dan hendaklah kamu saling membantu (tolong-menolong dan bekerjasama) dalam kebaikan”. (Lihat: Az-Zuhud 2/602. Hannad)

Tiga perkara yang ditekankan oleh Khalifah Umar untuk membangun ummah dan daulah Islamiyah, iaitu:

1 – Merialisasikan hak individu terhadap pemerintah.
2 – Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui.
3 – Saling membantu dalam kebaikan.

Perkara kedua yang disebut oleh Khalifah Umar dalam kata-katanya di atas: “Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui”. Ini merupakan suatu konsep untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat secara bermuzakarah, bermusyawarah dan berlapang dada. Ia menjadi gagasan membuka minda dalam usaha merialisasikan sebuah negara Islam. Iaitu negara Islam yang membangun bersama rakyat untuk mencapai kemakmuran dan keharmonian.

Oleh kerana inilah kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi:

“Bahawa agama dan penguasa adalah seumpama dua sisi mata yang tidak boleh terpisah. Apabila diangkat salah satunya, maka akan terangkatlah yang lainnya, kerana agama itu bagaikan asas bangunan, sedangkan penguasa seperti penjaga asas tersebut. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya akan lenyap dengan cepat”. (Lihat: Ruhul Ma’ani 1/174. Cetakan Al-Muniriyah. Lihat: Al-Bahrul Mihit. 2/269. Abi Hayyan)

Termasuk tanda-tanda negara Islam ialah apabila ulama diberi ruang berada di samping pemimpin Islam, kerana agama dan pemimpin (politik) tidak dapat dipisahkan. Berkata Abu Abdillah al-Qala’i as-Syafir rahimahullah:

“Keseimbangan urusan agama dan dunia adalah satu tujuan yang sangat diidam-idamkan. Hal ini tidak akan terlaksana kecuali dengan adanya penguasa (pemimpin). Kalau kami tidak memandang wajib adanya penguasa, pasti hal ini akan menyebabkan manusia berada di dalam perselisihan dan kerusuhan yang berpanjangan sehingga Hari Kiamat. Kalau manusia tidak mempunyai pemimpin yang kuat dan ditaati, pasti akan pudar kemuliaan Islam lalu lenyap tak berbekas. Jika umat tidak mempunyai penguasa yang berdaulat, pasti akan lenyap aktiviti-aktiviti ibadah dan terhentilah perdagangan impot-eksport” . (Lihat: Tahzib ar-Riysah. Hlm 95. Lihat: Majmu al-Fatawa 27/390. Ibn Taimiyah)

Termasuk tanda negara Islam ialah apabila pemimpin dan ulama sentiasa bekerjasama dan sentiasa saling hormat menghormati, kerana inilah asas kesejahteraan agama, keutuhan politik (siyasah), keselamatan, perpaduan dan keharmonian rakyat, inilah juga penyebab pemimpin dan ulama dihormati. Sahl bin Abdullah at-Tusturi rahimahullah berkata:

“Manusia sentiasa dalam kebaikan jika masih menghormati pemerintah dan ulama. Jika mereka menghormati dua komponen umat Islam ini, maka Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Seandainya mereka meremehkan dua komponen ini, akan rosaklah kepentingan dunia dan akhirat mereka”. (Dikutip dari khutbah Syeikh Uthaimin. Lihat: Huquq Ra’ii war-Ra’iyyah)

Dianggap negara Islam jika pemerintah (umara) yang sedia ada masih bekerjasama dengan ulama kerana tindakan sedemikian bersesuaian dengan tugas dan kehendak para nabi, para rasul, para sahabat dan para ulama pewaris nabi. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menjelaskan peranan para ulama bersama umara (pemimpin) dalam mengurus sesebuah negara yang pada mulanya adalah tugas para nabi:

“Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka”. (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)

Ibnu Jarir rahimahullah berkata:

“Perkataan yang paling utama dan benar di dalam hal ini (negara Islam) adalah perkataan yang mengatakan bahawa Ulil Amri adalah para pemimpin dan penguasa (beragama Islam). Hadis-hadis dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam perintahnya untuk taat kepdaa para pemimpin dan penguasa (Islam) statusnya adalah sah belaka. Dalam ketaatan kepada mereka adalah kemaslahatan bagi kaum muslimin”. (Lihat: Tafsir at-Tabari, 5/150)

Kejahatan, penindasan atau kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tidak akan menghilangkan status negara yang dipimpinnya sebagai negara Islam jika ia masih bersolat, seperti dosa besar dari perzinahan yang dilakukan oleh seorang individu tidak akan menjadikan ia seorang kafir selagi dia solat, mengaku sebagai seorang muslim dan masih mengucap dua kalimah syahadah. Kerana Rasulullah telah bersabda:

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan: Tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah. Apabila mereka telah mengucapkan yang demikian, maka darah dan harta mereka terlindung kecuali dengan haknya, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah”.

Di hadis yang lain baginda bersabda:

“Barangsiapa mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, maka darahnya haram ditumpahkan”.

Kenyataan dari hadis-hadis di atas membuktikan bahawa tanda keIslaman seorang individu termasuk penguasa atau pemimpin tidak boleh diukur pada kezaliman, kejahatan atau pelanggarannya terhadap batasan hukum-ahkam syara, tetapi solat dan pengucapan kalimah syahadahnya. Maka mereka adalah ahli kiblah dan penguasa (pemimpin Islam) yang tidak boleh dikafirkan. Malah wajib ditaati dan dipelihara kehormatan serta maruahnya

Kenyataan ini telah dijelaskan juga oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:

“Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun ia jahat…….” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat: asy-Syu’ab)

Menurut Muhammad Abu Zahrah:

“Darul Islam (negeri atau negara Islam), setiap negara yang diperintah dan dikuasai oleh Islam (umat Islam), iaitu kekuatan dan pertahanan negara berada di bawah kekuasaan umat Islam. Inilah bentuk negara yang wajib dipertahankan oleh setiap umat Islam”. (Abu Zahrah hlm. 377)

Dari Iyas bin Muawiyah, beliau telah berkata tentang pemimpin Islam dan sikap pemimpin Islam terhadap rakyat, begitu juga tentang sikap rakyat terhadap pemimpin mereka:

Manusia sewajarnya memiliki tiga perkara:

Pertama: Mereka sewajarnya mempunyai jalan raya untuk pengangkutan yang aman (selamat).

Kedua: Mereka sewajarnya mempunyai pemimpin yang adil supaya dapat menegakkan pelaksanaan hukum.

Ketiga: Mereka sewajarnya mempunyai pertahanan yang kuat untuk membenteng diri dari musuh. Apabila ketiga-tiga perkara ini telah ditegakkan oleh pemimpin (penguasa), maka rakyat (sewajarnya ada sikap tanggungjawab) memikul selain tiga perkara tersebut, kemudian menahan kesabaran atas sikap monopoli pemimpin (penguasa) dalam ekonomi dan sikap yang tidak terpuji”. (asy-Syu’ab. H/R al-Baihaqi)

Antara petanda sesebuah negara itu dinamakan negara Islam ialah pemimpinnya Islam dan majoriti rakyatnya juga beragama Islam. Antara ciri-ciri pemimpin Islam yang wajib ditaati ialah pengakuannya serta pengucapan dua kalimah syahadahnya. Dan tanda yang paling besar ialah solatnya dan laungan azan masih berkumandang di negara tersebut sebagaimana dinyatakan oleh hadis-hadis sahih.

Oleh itu, apabila seorang muslim dipilih dan dilantik dengan kesepakatan ummah (majoriti rakyat) sebagai pemimpin maka ia adalah pemimpin bagi sebuah negara Islam, ia wajib ditaati. Berkata al-Imam al-Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah tentang negara dan pemimpin Islam:

“Barangsiapa memegang jawatan kepimpinan atas kesepakatan dan keredhaan kaum Muslimin, maka dia adalah pemimpin Mukmin. Tidak halal bagi seorang pun hidup walaupun satu malam sementara dia tidak mempunyai seorang pemimpin yang baik atau yang jahat. Beginilah yang diserukan oleh Imam Ahmad”. (as-Sunnah. Al-Barbahari)

Syara telah mengharamkan menentang dan memberontak terhadap pemimpin negara Islam yang beragama Islam, atau orang kafir yang telah dilantik oleh pemerintah Islam yang mewakili pemerintah Islam. Islam mengajar sabar terhadap pemerintah dan pemimpin yang tidak disukainya walaupun ia melakukan kezaliman selagi beragama Islam, mengucap dan mendirikan solat, atau terhadap pemimpin bukan Islam yang di bawah naungan pemerintah Islam, maka mereka wajib dipatuhi.

(Oleh: Ustaz Ahmad Ulu Kelang)

19/04/2012 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Pengikut Syiah di Malaysia guna isu Cinta Nabi dan Ahlil Bait untuk menarik umat Islam

Suatu ketika dulu ketika berita kejayaan Ayutollah Khomeini menumbangkan Shah Iran sampai kepada kita umat Islam khususnya pejuang pejuang Islam di Malaysia bertepuk, bersorak dan bergemibira.

Tetapi di sebalik apa yang di banggakan, harus di ketahui bahawa negara Iran yang berpegang kepada fahaman Syiah Imamiah adalah merupakan ancaman terbesar akidah kepada seluruh dunia Islam yang berpegang dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah.Umat di negara kita Malaysia tidak terkecuali dari ancaman ini.

Negara Iran pada asalnya adalah negara yang hampir kesemua umat nya berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah yang bermazhab kepada imam Shafie.Setelah menakluki dan menguasai Iran, seorang pemimpin berfahaman syiah di bawah kerajaan Safawiyyah bernama  Shah Ismail (tahun 907-1501) telah memaksa dengan kekerasan rakyat beralih pegangan kepada Syiah.Sesiapa yang membantah di bunuh.Shah Ismail telah membunuh lebih sejuta rakyat yang enggan menukar aqidah kepada Syiah.Shah Ismail dengan kekuasaan dan kekuatannya juga berjaya menakluki Baghdad dan membunuh keseluruhan ulama ulama Ahli Sunnah, merobohkan masjid dan madrasah milik Ahli Sunnah di seluruh Iraq.Peristiwa ini adalah sejarah tragedi hitam bagi penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah sedunia.

Sejarah memaparkan bahawa sekiranya ada pertembungan di antara penganut syiah dengan penganut sunnah dimana mana jua,peristiwa berdarah saperti yang diceritakan ini mungkin tidak dapat di elakkan.Kerana syiah adalah penganut yang memusuhi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia.Kita perlu tahu bahawa Syiah menganggap penganut sunnah (iaitu kita) adalah musuh mereka dan lebih jahat dari Yahudi dan Nasrani.Darah dan harta benda penganut sunnah adalah halal bagi mereka.Bererti bagi syiah membunuh penganut ahli sunnah mendapat pahala.Sebab pegangan Syiah saperti yang ditetapkan oleh ulama ulama mereka adalah bahawa seorang yang dikatakan mukmin itu ialah mereka yang beriman kepada Imam Dua Belas, orang Islam yang tidak berpegang kepada syiah adalah kafir dan kotor (najis) dan bahawa mereka yang tidak beriman kepada syiah imamiah adalah musuh ahli bait dan kafir dan lebih jahat dari yahudi dan nasrani.

Sejak revolusi Iran mereka gigih menjalankan program apa yang di sebut “mengekspot revolusi” fahaman syiah ke negara negara Islam sedunia.Malaysia tidak terkecuali dari terkena tempias revolusi mereka.

Pada awal tahun 1987 Ustaz Ashaari Muhammad (Allahyarham) bekas pemimpin Al Arqam yang di haramkan telah mendedahkan tentang bahaya Syiah.Menurut katanya, ketika itu, ramai pejuang pejuang muda, pensyarah dan mahasisiwa mahasisiwi di IPT dalam dan luar negara terpengaruh dengan revolusi Iran, dan menjadi penganut dan ejen perjuangan Syiah yang kononnya adalah perjuangan Islam.Ramai ibubapa juga turut menghantar anak anak mereka belajar di Qom (Iran) atau Pakistan di mana terdapat pengaruh Syiah yang kuat.

Hari ini kita boleh lihat Revolusi syiah telah berjaya di ekspot dan bertapak di Malaysia dengan munculnya markaz markaz Gerakan Syiah yang dikenali sebagai Hauzah Ar Redho di seluruh negara.Menurut sebuah artikel di dalam majalah yang diterbitkan di Najaf, Iraq, bilangan orang Melayu yang menyertai Syiah adalah seramai 30 ribu sehingga 35 ribu orang.

Pengikut Syiah kini semakin agresif di dalam menyebarkan aliran mereka. Pihak JAIS pernah menyerbu hauzah di Gombak dan telah menahan 200 orang yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.

Beberapa pemimpin Syiah pernah ditangkap oleh JAIS kerana telah cuba menarik keanggotaan ahli baru. Mereka ditangkap semasa diadakan majlis meraikan kelahiran Saidatina Fatimah di Gombak. Empat orang pemimpin tersebut yang merupakan penganjur majlis itu bernama Mohd Kamil Zuhairi, Radin Ahmad Faizul, Syed Syafiq dan Asyraf

Jabatan Agama Islam Melaka pernah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markaz sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah. Sebanyak 35,000 buku dan risalah Syiah yang diharamkan KDN ditemui dalam keadaan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan

Modus operandi mereka bergerak di Malaysia ialah dengan menggunakan isu cinta kepada Rasulullah SAW dan keluarga Baginda (ahli bait )sebagai kunci untuk menarik umat Islam menyertai mereka.

Perkembangan ini mengundang berbagai bahaya kepada Islam di Malaysia.Sebab Syiah sebenarnya menyimpang dari keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah samada dalam hal akidah mahu pun furu’iah.Mengikut Syiah bererti menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Sudahlah jurang di antara umat Islam di Malaysia sudah menjadi renggang di sebabkan fahaman politik kepartian yang bertentangan, kalau Syiah berjaya berkembang bererti membenarkan lagi satu jurang yang besar untuk tambah memecah belahkan lagi penyatuan umat Islam.Sebab sejarah, saperti yang saya telah sebut tadi, telah membuktikan Syiah sentiasa akan memerangi siapa saja yang tidak sealiran dengan mereka apalagi yang menentang mereka.

Potret Imam Imam Syiah atau Imam 12

Kita tidak menolak kemungkinan usaha Syiah di Malaysia disokong dan dibantu oleh rakyat Iran yang menetap di Malaysia.

Rujukan:

(1) Majalah Q&A Bil 4 Tahun 2012

(2) Buku Bahaya Syiah oleh Ustaz Ashaari Muhammad

18/04/2012 Posted by | Aqidah, Informasi, Renungan & Teladan | , | Leave a comment

Perpecahan umat kerana kepentingan politik

Adakah di antara kita begitu kaku berpegang kepada al-Quran dan Hadis

hanya dalam kerangka pemikiran kelompok kita?

Dan tidak menghormati pemahaman kelompok yang lain?

Apakah kita lebih menghargai umat lain daripada sesama Islam?

Atau kita menghalalkan cara,memfitnah, mengata,mengumpat, mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang,

kerana untuk menjatuhkan orang yang tidak sehaluan dengan kita?

Golongan ini tak ubah saperti Khawarij.

Mereka menjual dan menjaja kewarakan diri demi kepentingan politik.

(Sumber: http://ummatanwasatan.net)

17/04/2012 Posted by | Politik dan Dakwah | , , | Leave a comment

Pencarian ilmu penting untuk kemajuan umat Islam

Pencarian ilmu perlu dijadikan sebagai jihad paling utama dalam usaha untuk memajukan umat Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata (ini) terutamanya dalam mendepani cabaran globalisasi pada masa kini yang mana umat Islam tidak boleh tercicir atau ketinggalan di belakang.”Persaingan global yang semakin sengit perlu disahut oleh kita semua dengan meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen 2011 di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi yayasan tersebut berkata justeru itu mahasiswa di institusi pengajian tinggi digalakkan untuk mempelajari, mengkaji dan menghasilkan penyelidikan berkualiti supaya dapatan kajian boleh memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan umat seluruhnya.

Selain itu, katanya, antara cabaran ilmuwan Islam masa kini adalah untuk menyebarkan pandangan sarwajagat Islam yang tepat bahawa Islam adalah agama syumul dan merangkumi setiap aspek kehidupan manusia.

“Untuk menzahirkan ciri-ciri ilmu Islam yang syumul itu, maka kajian dan penyelidikan rentas disiplin antara ilmu-ilmu Islam dan ilmu moden dalam pelbagai bidang mestilah diteruskan.

Muhyiddin berkata penulisan tesis yang melibatkan kajian seumpama itu adalah antara langkah terbaik yang wajar digalakkan di universiti-universiti tempatan.

Sehubungan itu beliau berharap anugerah yang diwujudkan yayasan berkenaan akan menggalakkan para siswazah untuk melakukan kajian-kajian yang bercirikan Islam dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu.

“Mudah-mudahan dengan usaha seperti itu akan dapat melahirkan sarjana Islam yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan seterusnya memperkayakan khazanah keilmuan negara,” katanya.

Pada majlis itu Muhyiddin turut menyampaikan anugerah tesis terbaik peringkat Ijazah Sarjana kepada Juhasni Juperi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Phd) kepada Dr Ahmad Azrin Adnan dari Universiti Sains Malaysia. – Bernama 16/4/2012.

17/04/2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa | | Leave a comment

Ada penyelesaian perpecahan atas kejahilan umat

unity

Permusuhan selalunya dimulaidengan keinginan manusia atau sekumpulan manusia untuk memenuhi tuntutan nafsu. Dalam kes ini, jika ada halangan untuk memuaskan tuntutan nafsu, sesetengah manusia mengambil jalan mudah dan mengetepikan sifat kemanusiaannya.

Bermula dengan sikap benci, berkembang menjadi perseteruan sementara dan seterusnya tanpa kawalan diri akan memuncak menjadi lebih buruk termasuk melibatkan pembunuhan dan pelbagai bentuk kezaliman.

Rasa benci yang mula berakar menyebabkan manusia sanggup memutuskan perhubungan sebagai rakan atau saudara. Memutuskan ikatan persaudaraan seagama menjadi petanda bahawa berlakunya kekeruhan iman.

Mengabaikan masalah-masalah hukum dan hubungan kemasyarakatan bukan sahaja menimbulkan kerosakan di dalam masyarakat itu sendiri, malah akan mengakibatkan tergugatnya sebuah kehidupan yang damai.

Islam yang ditegakkan melalui hubungan damai dan mementingkan perdamaian akan terjejas dengan sendirinya oleh sikap lemah dan jahil penganutnya yang sanggup mengetepikan rasa cinta sesama manusia dan membiarkan tuntutan nafsu menggantikan keimanan.

Perselisihan seperti ini harus diatasi dengan dakwah dan amar makruf nahi munkar.

Apabila berlakunya sesuatu perselisihan, orang Islam diwajibkan untuk melupakan perbezaan dan kembali kepada dasar keimanan dengan jelas. Sebarang perbezaan pendapat perlu diselesaikan secara berhemah dan beretika. Tuduh-menuduh antara pihak yang berselisih pendapat perlu dielakkan.

Sehubungan ini, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.”(an-Nisa’: 59)

Perpecahan sesama umat Islam berlaku di mana-mana sahaja sehingga mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri hanya kerana perbezaan pendapat atau aliran. Kononnya perpecahan tidak dapat dielakkan kerana sepanjang sejarah kita selalu berpecah. Di samping mengunakan hujah dan menunjukkan dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk mempertahankan perpecahan yang terjadi, apakah boleh kita katakan bahawa perpecahan yang berlaku sesama umat Islam itu sebagai satu takdir?

Perpecahan bukan harus diterima begitu sahaja tetapi harus diselesaikan dengan melakukan muhasabah perilaku kita sendiri. Ketika Nabi menyebut bahawa di antara umatnya ada yang taat dan ada yang melakukan maksiat.

Ini bererti Nabi sedang menunjukkan masih ada jalan penyelesaian terbaik bagi dua kumpulan yang bersengketa.

Terpulanglah kepada sikap kita sendiri sama ada ingin meneruskan sengketa ataupun mencari jalan damai. Jika jalan damai yang kita pilih, hubungan persaudaraan akan bertaut kembali dengan lebih kukuh.

Pilihan itu selalu ada dan kita selalu diberikan peluang untuk membuat pilihan.

Kita jangan jadi seperti golongan Khawarij yang sangat patuh menjalankan ibadah ritual tetapi sangat kaku dalam hubungan sosial, terutama sesama kaum Muslim. Sejarah Islam telah mengajar kita bahawa di kalangan mereka ada yang sanggup membunuh saudara seislam kerana berbeza pendapat dalam masalah agama. Terutama ketika masalah kepimpinan Ali bin Abi Talib.

Malah lebih malang lagi apabila mereka lebih menghormati Nasrani (kerana kaum dzimmi menurut al-Quran harus dilindungi) daripada orang Islam sendiri. Mereka menghukum kafir terhadap sesiapa sahaja yang memutuskan perkara tidak berdasarkan al-Quran.

Mereka membunuh Abdullah bin Habab dan isterinya kerana memuji Ali selepas peristiwa Tahkim. Golongan Khawarij dikatakan sangat taat mengerjakan sembahyang dan tidak menyentuh makanan haram, ternyata sanggup membunuh saudara sesama Islam hanya kerana perbezaan pendapat.

Adakah di antara kita begitu kaku berpegang kepada al-Quran dan hadis hanya dalam kerangka pemikiran kelompok kita dan tidak menghormati pemahaman kelompok yang lain?

Apakah kita lebih menghargai umat lain daripada sesama Islam? Atau kita halalkan segala perkara seperti fitnah, penyalahgunaan kuasa untuk menjatuhkan orang yang tidak sehaluan dengan kita? Khawarij masih berada di sekitar kita. Mereka menjual dan menjaja kewarakan diri demi kepentingan politik. Kuasa apabila jatuh ke tangan golongan seperti ini akan menghancurkan masyarakat seluruhnya.

Mungkin kita boleh mengambil sikap membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan.

Kita mungkin boleh merenung teguran yang pernah dilakukan oleh Dr. Jan Oberg pada 1998. Beliau ialah Pengarah Yayasan Transnasional Untuk Keamanan dan Penyelidikan Masa Depan. Katanya: “Adalah lebih mudah untuk membaiki rumah dan infrastruktur. Lebih mudah untuk membuang wang ringgit dan bercakap mengenai hak asasi manusia.

“Tetapi apalah maknanya jika jauh di dalam diri manusia itu terpendam perasaan benci terhadap satu sama lain? Apakah mereka akan hidup bahagia dan aman dengan diri mereka sendiri? Mungkinkah dengan anak-anak mereka juga begitu? Apakah jenis masyarakat, jika kita tidak dapat membaiki jiwa dan membantu mencipta toleransi, kewujudan bersama, malah bekerjasama dan kasih sayang?

“Kita perlu menjadikan kemaafan dan perdamaian itu sebagai objektif utama.” (Dipetik daripadaDaisaku Ikeda: Pertemuan Yang Indah terjemahan Nazel Hashim Mohamad, Kuala Lumpur: GAPENA, 2007).

 

(Oleh Muhammad Qasim)


12/04/2012 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Makna Assobiyah (Rasis)

06/04/2012 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan, Tazkirah, Video | , , | Leave a comment

Hukum Membaca Al-Quran Untuk Si Mati Di Atas Kubur

sheikh_ali_fatwa

Syeikh Ali Jumuah Mufti Republik Arab Mesir

Kitab : البيان لما يشغل الأذهان

Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):

من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات

Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”1

Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa :

“Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dgn awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah”.2

Adapun ulama’ Malikiyyah berpendapat bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah makruh. Akan tetapi, Syeikh Dardir memberikan komentar beliau di dalam masalah ini :

“Ulama’ mutaakh’khirin berpendapat bahawa tidak mengapa membaca Al-Quran dan berzikir serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati bahkan si pembaca juga akan mendapat/beroleh pahala, Insya Allah”.3

Perselisihan pendapat pada masalah ini adalah terlalu lemah (dhoif). Pendapat yg mengatakan hukumnya adalah sunat adalah pendapat yg kuat. Sesungguhnya sebahagian ulama berpendapat bahawa masalah ini adalah masalah ijma’. Antara ulama’ yg berpendapat sedemikian adalah Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi Al-Hanbali. Beliau mengatakan bahawa :

“Apa-apa kebaikan yg dilakukan dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati yg muslim (beragama Islam), maka itu adalah perkara yg bermanfaat. Berkata sebahagian ulama’, apabila dibacakan Al-Quran di sisi si mati atau menghadiahkan pahalanya kepada si mati maka beroleh pahala, maka pembacanya juga akan mendapat/beroleh pahala dan seolah-olah si mati juga membacanya, maka diharapkan si mati beroleh rahmat. Sesungguhnya, apa yg kami sebutkan itu tadi adalah disepakati/dipersetujui (ijma’) oleh para ulama’. Mereka ( para ulama’ yg bersepakat ) bersama-sama berkumpul membacakan Al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati tanpa ada yg membantah di kalangan mereka (tanpa saling membantah antara satu sama lain).4

Sesungguhnya, Syeikh Al-Uthmani telah memberikan komentar berikut di dalam masalah ini :

“Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa, sedekah, haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur adalah sunat”.5

Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati adalah diqiyaskan dgn hukum sampainya pahala “haji ganti/haji badal” kepada si mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di dalamnya surah Al-Fatihah dan surah-surah yg lain. Apa-apa yg sampai ke semuanya, pasti akan sampai satu juzu’ daripadanya. Maka pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca memohon supaya Allah memberikan pahala kepada si mati sepertimana diberikan pahala kepadanya (si pembaca).

Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama’ telah bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala sebahagian ulama’ berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati adalah harus. Para ulama’ Syafi’iyah berpendapat bahawa pahala tersebut sampai kepada si mati dgn diiringi bacaan doa :

اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان

Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan” dan ianya bukanlah hanya semata2 dgn amalan tersebut sahaja.

Perselisihan yg berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak berlaku pada masalah ini.

shah_penterjemah

Penterjemah :

Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime

Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar Al-Syarif

1Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)

2Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)

3Syarah Kabir (Allamah Dardir-Jilid 1/423)

4Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225)

5Rohmatal Ummah Fi Ikhtila’fil A’Immah (Syeikh Uthmani)

 

Pendapat JAKIM

Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):

Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”

Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa : “Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah
Al-Baqarah”.

(Rujukan: Jakim – http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/28365)

03/04/2012 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Ibadah | , | Leave a comment

Sokongan Pas terhadap DAP, PKR hancurkan umat Islam?

Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.

Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.

Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.

“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar.

“Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.

“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak.

“Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abdullah diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang menyatakan berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam apabila bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Menurut Abdullah, kerjasama Pas dan DAP berbeza dengan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memperakui kedudukan agama Islam dan umat Islam sejak sekian lama.

Sementara itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyokong pandangan Abdullah itu mengambil kira perjuangan politik semasa Pas yang lebih ghairah untuk berkuasa dan tidak lagi memperjuangkan pembentukkan negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu.

“Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.

“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.

“Pas pula bersifat was-was, dulu kata nak tegak negara Islam, sekarang negara berkebajikan. Dulu Pas tentang kerjasama dengan orang kafir, sekarang Pas bekerjasama dengan orang kafir. Pas parti yang tidak tetap pendirian dan tidak ada istiqamah,” katanya.

03/04/2012 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Pengakuan: ‘Saya temui hingga 400 orang Melayu murtad’

Wartawan mengikuti pendedahan rakaman video berkenaan dengan kes murtad di rumah Dr Hasan Mohamed Al

‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.
Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya.”Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka.”Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu,” katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.

Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura.”Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan,” katanya.

Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.

Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara.

“Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga,” katanya.

Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya, sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.

Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam, seperti yang dijanjikan sebelum ini.Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu.

Wajah kesemua individu yang ditemu bual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya kemudian.

(Sumber: Sinar Harian Online 3hb April 2012)

 

MENANGISI MURTAD DAN ZAKAT

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.

Sedih 

Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.

Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.

Tangkap

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.

Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.

Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’.

Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salah Siapa?

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.

Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.

Zakat

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):

“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)
Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.:

“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Oleh : Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. ( Bekas Mufti perlis )

03/04/2012 Posted by | Aqidah, Berita dan Isu Semasa | | Leave a comment

Haiwan Ternakan Tunduk Pasrah Apabila Dengar Basmallah & Takbir

Malu apabila melihat video ini!!!
Kambing-kambing ini dengan segera tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila mendengar kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih. Betapa patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka.
Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah2 mulia ini?
Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita agar sama-sama bermuhasabah.

Rela Menyerah Diri Dengan Basmallah dan Takbir.

Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:

Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)

Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.

Di dalam video-video ini, ia cuba membawa perspektif yang jarang mampu dilihat oleh manusia. Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih itu sendiri. Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”. Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan. Saksikan video-video berikut:

http://youtu.be/quhVxLUwiBw

http://youtu.be/5LiqjyQqLW4

http://youtu.be/DUOOcIivwTY

Saya tertarik dengan kata-kata Sam Kouka di dalam video ini:

“Mereka tenang dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri mereka untuk dikorbankan apabila mendengar nama ALLAH. Mereka kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”

Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.

Jika dibandingkan dengan cara orang kafir menyembelih, bukan sahaja mereka tidak berlembut dan tidak mengambil kira perasaan haiwan, malah haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali sebelum disembelih. Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh ALLAH berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Ini hanya secebis hikmah yang bisa dilihat manusia dan diambil pengajaran daripadanya. Betapa semua arahan ALLAH itu memberi kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq. Justeru, berimanlah dengan ALLAH. Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya. Ambillah ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.

“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau akan selamat sejahtera.

(Oleh: Shahmuzir Nordzahir – Harian Metro Online)

02/04/2012 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | , , | Leave a comment