Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MENGHITUNG DOSA

>

HADIS QUDSI

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:

  1. Wahai anak Adam, berkhidmatlah kepada Ku, kerana sesungguhnya Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku dan Aku menjadikan para hambaKu akan berkhidmat (pula) kepadanya.
  2. Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat yang telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah berlalunya umur engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat terhadapKu yang engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau.
  3. Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang Aku kehendaki.
  4. Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang hina dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha Besar.
  5. Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan kekasih kekasih engkau di kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau dan mereka ternampak akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau tersebut), pasti tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati engkau.
  6. Maka betapakah keadaannya, sedangkan dosa itu bertambah pada setiap hari, padahal pada setiap hari umur engkau makin berkurangan sejak engkau dilahirkan oleh ibu engkau.

30 November 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>Mengapa AL QURAN tidak di kumpulkan dalam satu MUSHAF pada zaman Nabi SAW.

>

Ketika Rasulullah s.a.w wafat, al Quran sedia kukuh terpelihara dalam dada dada para sahabat r.a. Namun dari sudut penulisannya, al Quran masih lagi berada dalam keadaan lembaran lembaran yang terpisah antara satu sama lain, ia belum lagi di kumpulkan dalam satu buku atau mushaf yang lengkap berserta ayat ayat dan surah surahnya yang tersusun.Oleh itu, sudah tentu keadaan ini berlaku kerana ada hikmah hikmahnya yang tersendiri memandangkan al Quran merupakan kalam yang di turunkan oleh Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dalam masaalah ini para ulama cuba membahaskan sebab sebab mengapa al Quran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w. (lihat: Manna’ al Qattan: Mabahith fi “Ulum al Quran, hlm, 125) antaranya adalah:

  1. Kaedah penurunan al Quran adalah secara beransur ansur dan tidak sekali gus. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam masa tersebut sebelum selesai keseluruhan penurunannya.
  2. Terdapat sebahagian ayat yang diturunkan lebih awal telah dimansuhkan apabila turunnya ayat terkemudian yang menasakhkannya. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam masa tersebut kerana ini boleh menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan pembatalan terhadap penulisan tersebut.
  3. Susunan ayat dan surah di dalam al Quran adalah tidak berdasarkan urutan waktu ia di turunkan. Sebahagian ayat ada yang diturunkan pada saat terakhir wahyu namun urutannya di tempatkan pada surah surah yang terawal. Oleh itu, mustahil untuk membukukannya dalam tempoh penurunannya kerana ini juga boleh menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan perubahan pada susunan penulisannya.
  4. Tempoh turunnya wahyu terakhir (iaitu ayat 281 dari surah al Baqarah mengikut pendapat Ibnu ‘Abbas) dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. adalah terlalu singkat. Ibnu Jarir meriwayatkan dalam tafsir al Tabari bahawa Nabi s.a.w. wafat sembilan malam selepas turununya ayat ini. Baginda jatuh gering pada hari Sabtu dan wafat pada hari Isnin . Oleh itu dalam masa yang sesingkat ini tidak memungkinkan ia untuk di susun lalu dibukukan dengan segera.
  5. Ketiadaan faktor faktor yang mendorong untuk mengumpulkan al Quran menjadi satu mushaf sebagaimana yang berlaku pada zaman Abu Bakar al Siddiq r.a. Ini kerana ketika Rasulullah s.a.w.  kedapatan ramai sahabat yang menghafal al Quran sebaik sahaja ia diturunkan sehingga tidak wujud sebarang kepentingan yang mendesak kepada penulisannya. Ini berbeza selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kerana kemunculan banyak fitnah seumpama peperangan yang menyebabkan ramai penghafal al Quran yang gugur syahid sehingga mendorong Abu Bakar r.a. melaksanakan rancangan pengumpulan al Quran dalam satu mushaf kerana khuatir ia akan lenyap dengan ketiadaan para penghafalnya.

Kesimpulannya , kalau sekiranya al Quran itu dibukukan dalam satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w. iaitu ketika wahyu masih dalam tempoh penurunannya, sudah tentu al Quran akan mengalami banyak perubahan dan pindaan yang selaras dengan terjadinya nasakh serta penyusunan ayat yang belum selesai di samping kelengkapan menulis yang sangat terbatas.

Situasi begini tidak memungkinkan untuk berpegang kepada satu satu mushaf yang terdahulu kerana ia masih tidak lengkap dan berkemungkinan menerima perubahan. Oleh itu setelah segala galanya stabil iaitu dengan berakhirnya penurunan serta wafatnya Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi perkara yang di khuatiri akan menjejaskan pembukuannya. Inilah yang di ilhamkan oleh Allah s.w.t. kepada Khulafa’ al Rashidin yang mendapat hidayah langsung daripadaNya sehingga timbulnya idea untuk membukukan la Quran dalam satu mushaf bermula dengan pengumpulan oleh Sayidina Abu Bakar al Siddiq r.a.

Nukilan dari Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan terbitan Yayasan Restu
Laman web: http//www.mushaf.com.my

28 November 2009 Posted by | Informasi | Leave a comment

>KEMISKINAN RAKYAT SUDAH JADI ALAT POLITIK DAN KOMERSIAL

>

Rata rata kita sebagai manusia tidak inginkan kemiskinan.Sebab itu semua manusia bertungkus lumus menebus diri dengan berbagai cara untuk untuk tidak mahu menjadi miskin.Maka itu kemiskinan adalah sesuatu yang amat di benci oleh kita dan semua manusia, kerana kalau kita jadi miskin manusia lain akan memandang rendah dan hina kepada kita.
Bila kita sebut fasal miskin semua orang akan memfokuskan kemiskinan dalam aspek harta benda sahaja, kerana kemiskinan material inilah yang menjadi perhatian utama semua.Manakala sebenarnya ada kemiskinan lain yang tidak di ambil peduli ya itu kemiskinan ilmu, kemiskinan jiwa atau rohani, kemiskinan akhlak dan budi perkerti, kemiskinan kasih sayang, kemiskinan tanggung jawab yang di mana semuanya tidak dipedulikan, tidak diambil perhatian, tidak di bimbangkan dan malah terus di lupakan. Sedangkan kemiskinan yang bersifat rohani atau maknawiyah ini lah yang sepatutnya kita perlu bimbangkan kerana kesan buruknya kepada kita dan masyarakat adalah amat besar dan berat sekali.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud “Kefakiran adalah hampir kepada kekafiran”. Maksud sabda Rasulullah S.A.W ini adalah di tujukan kepada kefakiran iman atau jiwa atau rohani.Tidak di nafikan bahawa kefakiran material boleh juga membawa kepada kekufuran namun kalau jiwa, rohani dan iman masih kaya maka kemiskinan material tidak akan  mengheret kita kepada kekufuran.
Dalam kalangan masyarakat yang berilmu, beriman dan bertaqwa kalau dia miskin material maka ini adalah merupakan satu darjat di sisi Allah.Hanya masyarakat yang tiada iman dan ilmu yang memandang hina dan rendahnya kemiskinan material.
Di akhir zaman yang sedang kita berada sekarang masyarakat dan pemerintah menjadikan kemiskinan fokus utama.Kemiskinan yang sepatutnya menjadi fokus pembelaan dan membaiki keadaan sudah menjadi sebaliknya.Kemiskinan sudah di jadikan isu propaganda  orang politik dan media untuk mencari nama, pengaruh dan populariti.Kemisknan rakyat  sudah menjadi isu tuduh menuduh, salah menyalah, tuding menuding antara golongan orang orang politik dari parti parti pemerintah dan pembangkang.
Sudahlah rakyat yang miskin sudah sedia di pandang rendah di tambah pula dengan riuh rendah oleh orang orang politik dan media yang mengambarkan keadaan mereka dengan gambaran yang amat teruk sekali.Sedangkan orang orang miskin ini pun ada maruah dan harga diri yang tidak sewajarnya diberi pendedahan yang menghinakan.Ertinya orang orang politik dan media meraih keuntungan (politik dan komersial) bermodalkan apa saja yang boleh di jadikan isu dari orang miskin.
Rujukan: Risalah Masjid Jamek Kuala Lumpur

24 November 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

>Politik Medan Cari makan

>

Mengapa ramai orang berebut rebut masok politik? Mengapa mereka berebut mencalonkan diri mahu jadi pemimpin? Sedangkan apabila sudah jadi pemimpin jadilah dia hamba.Ia itu hamba rakyat? Benarkah ada orang kata siapa ingin glamor dan kaya masok lah politik.Kerana sekarang medan politik sudah jadi macam MLM, tempat skim cari kekayaan.Tempat skim jadi jutawan,bukan lagi gelanggang perjuangan tetapi sudah jadi gelanggang tempat cari makan.Apabila di conggak conggak jadi PM dapat gaji mahal? Jadi MB pun mahal gaji? Jadi MP pun mahal gaji? Jadi Adun pun mahal gaji? Jadi MP dan Adun Pembangkang pun dapat gaji mahal.Itu belum kira lambakkan lain lain “side income”.Gaji? Mereka tidak heran sangat.Tetapi ini lah benda utama yang mereka idam idamkan.Side income” dari sumber “ghaib” !!???.

Politik yang kotor sudah jadi bertambah kotor bagaikan tempat pelacuran, kerana ianya sudah jadi medan politik wang.Modalnya Rakyat.Rakyat di jadikan alat dan tempat di perjudikan.Siapa yang berjaya dalam medan ini seolah olah mendapat ladang yang amat luas.Seolah olah mendapat sebuah kilang yang besar yang tidak putus putus mengeluarkan wang .Di situ dia boleh jadi jutawan tanpa buat kerja.Macam MLM income masok melalui downline.Downline dia siapa? Pembodek dan Pemberi rasuah!

Orang politik sekarang bukan sahaja bertarung dengan parti lawan.Mereka bertarung sesama sendiri.Bertarung sesama sendiri di dalam parti untuk menguasai parti, kerana di situ pun ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan.Maka berlakulah tikam kawan sendiri, khianat mengkhianati, jatuh menjatuhkan.Dan di sesetengah negara lain ada bunuh membunuh.

Maka daripada medan politik kotor inilah lahir pemimpin pemimpin negara yang menjaga negara dan rakyat, agama dan bangsa.Maka lahirlah mereka ini sebagai penyangak penyangak negara, agama dan bangsa yang bertauliah! Lahirlah lanun lanun terhormat! Pencuri pencuri berlesen! Mengaut wang rakyat dan negara!

Setiap musim piliharaya rakyat memilih pemimpin mereka, dari parti pilihan mereka agar lahir pemimpin pemimpin pembela rakyat dan cinta agama dan negara, agar nasib mereka terbela.Jawapannya sama juga.Pemimpin baru dari parti yang baru tidak ada beza.

Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi.Hanya mengharap dan mengharap.Harapan tidak kunjing tiba.Begitulah terjadi di setiap pilihanraya nasib rakyat tetap tidak terbela.Yang senang hanya segelintir.Yang susah dan menderita itulah yang ramai.

Sedangkan pemimpin pemimpin terus jadi kaya melalui perniagaannya di medan politik.Duit dari sumber “ghaib” masok dan terus masok!

11 November 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

Tidak semudah cakap untuk berlaku adil dalam pemerintahan

 


Hendak berlaku adil dalam pemerintahan saperti yang di kehendaki oleh Allah bukanlah mudah.Sedangkan pemerintah yang tidak adil, akan di rejam ke dalam neraka.Dalam pengalaman sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemerintah yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke neraka.Apakah anda suka kiranya jawatan memerintah itu membukakan pintu neraka untuk anda? Tidak, bukan? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya anda tercalon untuk jadi pemimpin.Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya. Terlalu sedikit pemimpin yang berjaya jadi adil.
Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit.Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur.Umpamanya , apakah kita mahu berebut untuk panjat pokok kelapa. Kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega.Demikianlah untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.
Apa pendapat anda?

9 November 2009 Posted by | Renungan & Teladan | , | 1 Comment

>MEMBERSIHKAN DIRI SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI

>

Gelaran haji atau hajah biarlah mabrur, bukan untuk bermegah-megah

SERUAN haji bergema lagi, tanda musim haji sudah bermula. Ibadah haji wajib bagi umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan dan memenuhi syarat ulil amri dan pihak berkuasa Arab Saudi menjadi medan penuh ujian dalam mematuhi rukun wajib haji. Menunaikan haji bukan perjalanan yang mudah bagi Muslim yang membawa bersamanya segala beban pengalaman hidup sama ada kehidupannya dihabiskan dengan melakukan dosa dan culas memburu pahala sama ada wajib atau sunat.

Jika seruan haji disambut hanya kerana ikut-ikutan maka ibadah yang dilakukan hanya separuh hati dan haji mabrur yang menjadi cita-cita semua bakal haji dan hajah akan hanya akan menjadi ‘haji sangkut’ yang hanya dipakai hingga hembusan nafas terakhir.

Gelaran haji yang dibawa bersama setelah selesai ibadah di bumi Makkah akan menjadi kenangan abadi dan diingati bukan saja oleh diri kita sendiri malahan orang yang menghantar kita pergi dulu dan orang yang menyambut kita pulang. Bagi setiap bakal haji yang sedang bersiap sedia menyambut panggilan haji selain mempersiapkan diri dengan segala bacaan dalam rukun haji kita harus ‘membersihkan’ diri daripada segala dosa dan memohon ampun dan maaf daripada semua pihak terutama yang terasa hati dan berpotensi tersinggung oleh perbuatan dan lisan kita.

Sebagai seorang Muslim yang berada dalam zaman ekonomi tidak menentu, kesempatan untuk menunaikan fardu haji atau umrah bukan perkara mudah. Selain kos mengerjakan haji tinggi, kos untuk waris dan tanggungan yang ditinggalkan turut perlu difikirkan juga. Jika tidak akan timbul pula fitnah orang mengatakan langkah kita mengejar akhirat mencicirkan dunia yang juga kewajipan kita. Sebaiknya bakal haji menyelesaikan segala hutang dan belanja tanggungan sebelum meneruskan cita-cita menyahut seruan haji di Makkah. Gelaran haji yang bakal diraih akan kelak menjadi suatu gelaran sinis yang akan memalukan diri kita sendiri.
Jika boleh biarlah gelaran haji yang dianugerahkan kepada kita kerana mendapat haji mabrur tanpa memerlukan kita apabila pulang dari tanah suci terpaksa membayar hutang keliling pinggang sedang kita semua tahu bahawa salah satu syarat haji ialah berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan.

Membawa pulang gelaran haji atau hajah biarlah tanpa kontroversi atau isu yang mampu membuatkan gelaran yang menjadi idaman semua umat Islam di seluruh dunia itu dipertikaikan. Jangan pula apabila balik dari haji, perangai buruk sebelum menjejak kaki ke sana diulangi. Atau setelah mendapat gelaran haji sikap angkuh dan bangga diri menjadi hiasan diri. Lebih buruk lagi jika ada yang mempunyai gelaran haji tidak berubah langsung sikap buruk mereka malahan lebih teruk apabila pulang dari Tanah Suci sikap buruk baru pula tercipta.

Bukankah ia memalukan agama Islam yang syumul ini. Kita takut ada orang Islam sendiri yang akan merasakan gelaran haji adalah lesen untuk mendapat kemegahan dan bukannya menjadi motivasi untuk yang masih belum menjejakkan kaki bertawaf mengelilingi di setiap empat penjuru Kaabah.

Sikap dan pekerti sebagai Muslim yang memegang gelaran haji perlu diubah dari buruk menjadi baik, dari cantik lebih indah budi dan sikahnya. Bagi yang bersifat bakhil tidak bertempat, singkirkan sikap yang tidak baik itu, bagi yang bersikap keras selama ini lembut-lembutkan sedikit adab kita dengan pekerja atau pihak yang berhubung dengan kita. Cara kita bertindak adalah datang dari cara kita berfikir dan cara kita berfikir datang dari hati kita yang suci dan bersih dari syak dan wasangka sama ada sesama Islam dan bukan Islam.

Jika boleh dikatakan seorang haji sepatutnya membawa imej seorang Muslim yang lengkap sebagai seorang Muslim sejati. Sesungguhnya dirinya telah lulus ujian sebagai Muslim yang memenuhi lima rukun Islam.

Justeru menunaikan haji bukan sekadar mengejar gelaran yang tidak akan memberi manfaat jika disalahgunakan atau disalah pembawaannya. Haji adalah gelaran yang perlu dibawa hingga ke liang lahad dan biarlah pahala kita menunaikan haji itu berpanjangan hingga kita dipanggil Yang Maha Esa di satu hari di mana kita tidak mampu untuk berkata-kata melainkan ibadah kita di dunia ini yang akan menilai kita dan gelaran kita.

Ingatlah bahawa seruan haji bukan saja bergema sebelum dan semasa kita di tanah suci saja, ia adalah seruan yang perlu diingati hingga kita selesai menunaikan rukun haji dan di saat liang lahad terpateri dengan tanah dan hanya gelaran haji dan nama kita yang ditinggalkan. Jadilah haji yang dimuliakan dan bukan sebaliknya.

Foto: Masjid Bukit Indah Ampang

1 November 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: