Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ulasan Debat Ust Engku dan Kiyai Hidayat (ARG) Vs Ust Salman (Pro Media Tajdid)-Sanad Pengasas Sifat 20 pada Feb 2023 di KUIP.

1. SAYA berahikan perbincangan ilmiah mahupun separa ilmiah kerana itulah dunia saya tekuni demikian lamanya (bukan atas tuntutan gelaran, karier tapi kerana minat dan tedensi secara natural yg semestinya atas ketentuan Allah Ta’ala jua).

2. Justeru tak menghalang untuk saya mengikuti debat ilmiah antara Ust. Engku dan Kiyai Hidayat mewakili ARG vs Ust. Salman Ali yg merupakan jurulatih debat mewakili Pro Media Tajdid. Isi debat itu panjang dan banyak perkara menarik jika mahu diulas.

3. Namun saya memilih mengulas sedikit daripada soalan hadirin kepada Ust. Salman.

4. Pertama sekali, anda dapat lihat cara Pro Media Tajdid yg mewakili kelompok Asatizah yg sekalipun mereka tak mengakui wahabi tapi manhaj atau metod mereka ke arah kewahabian antaranya sinikal dengan Abu Hassan Asy’ari yg merupakan Imam Besar yg mengasaskan Sifat 20 sebagai pasak utama Ahlul Sunnah wal Jamaah.

5. Namun lihatlah bagaimana soalan daripada salah seorang hadirin yg bertanya sanad ilmu Ust. Salman. Dia menjawab berguru dengan yg ada depannya berkemungkinan sekali Dr MAZA dan lain-lain yg sefikrah dengannya.

6. Kemudian Ust. Salman menyebut dia khatam kitab Ibnu Taimiyyah yang baginya ‘sakit kepala’ nak hadam dan beberapa kitab lain hingga lunyai. Maksudnya membaca sendiri.

7. Kemudian penerangan Ust. Salman berhenti di situ. Jadi dimanakah sanad ilmu beliau? Menunjukkan si polan sebagai guru kita tidak melengkapi jawapan yg sempurna sekadar melepas ‘batok di tangga’.

8. Uniknya Ust. Salman membelok hujahnya dengan cara membangkitkan persoalan apakah Imam Abu Hassan Asy’ari bersanad ilmunya khusus dlm bab akidah. Ini namanya mengalihkan persoalan atau isu.

9. Hal ini kerana kita pun sedia maklum selama 40 tahun Imam Abu Hassan berakidah muktazilah sebelum beliau bermimpi jumpa Rasulullah lalu menyendiri selama 15 hari tanpa bertemu orang.

10. Perihal mimpi jumpa Nabi inilah banyak dimanipulasi oleh netizen yg menyokong mereka dgn sindiran bahawa ASWJ mengambil sumber ilmu daripada mimpi. Walhal bab mimpi telah jelas kedudukannya di sisi ulama ASWJ dan pembinaan manhaj Asy’ariah bukanlah bersumberkan mimpi Nabi melainkan mimpi Nabi itu adalah antara proses intrinsik sang imam itu sendiri yg mana tak semua pun boleh mimpi Nabi dan hakikat bermimpi Nabi itu adalah satu kebenaran yg tak dapat disangkal lagi berdasarkan hadis sahih dan pengalaman ulamak kabir yg lain yg pernah alami pengalaman mimpi Nabi dan yaqazah.

11. Proses menyendiri inilah sebahagian daripada disiplin suluk dalam ajaran tariqah yg mana dengan menyendiri kita dapat menjernihkan hati dan jiwa daripada pergaulan ramai manusia yg beraneka ragam corak pemikiran dan melayani kerenah jiwa dan emosi manusia.

12. Tidak lama kemudian beliau menyusun sifat 20 yg menghabiskan masanya menulis dan menyusun puluhan kitab dan karya yg menjadi rujukan majoriti ulama sesudah itu yg menjadi dasar terbentuknya aliran Ahlul Sunnah wal Jamaah hingga ke hari ini.

13. Namun cara Ust Salman berhujah dengan cara menyusun kata dan membuat kata kata, ‘jangan sampai kita terpukul kaki imam kita sendiri’ satu kata-kata ke anak-anakkan yg memperlihatkan kekerdilan ilmu Ust Salman dan kumpulan yg disokong dan menyokongnya kpd khayalak celik akal dan ilmu.

….

Berikut Sanad Imam Abu Hassam Asy’ari

Sanad Akidah dan Hadits
Imam Abul Hasan al-Asy’ari.

Di antara ulama besar yang menjadi guru imam Abul Hasan al-Asy’ari dalam bidang akidah dan hadits adalah :

1. al-Imam al-Hafidz Zakariya bin Yahya as-Saji (220-307 H)

2. al-Imam Abu Khalifah al-Jumahi (206-305 H)

3. Abdurrahman bin Kholaf ah-Dhabbi (w 279 H)

4. Sahal bin Nuh al-Bashri

5. Muhammad bin Ya’qub al-Maqburi.

Al-Hafidz adz-Dzahabi mengatakan :

أَخَذَ عَنْهُ أَبُو الحَسَنِ الأَشْعَرِيّ مَقَالَة السَّلَف فِي الصِّفَات ، وَاعتمد عَلَيْهَا أَبُو الحَسَنِ فِي عِدَّة تآلِيف

“ Abul Hasan al-Asy’ari mengambil pembahasan salaf tentang sifat dari as-Saji, dan Abul Hasan bersandar atasnya di beberapa karya tulisnya “[4]

Imam as-Subki mengatakan :

قد رَأَيْت رِوَايَة الشَّيْخ هُنَا عَن زَكَرِيَّا الساجى وروى أَيْضا عَن أَبى خَليفَة الجمحى وَسَهل بن نوح وَمُحَمّد بن يَعْقُوب المقبرى وَعبد الرَّحْمَن بن خلف الضبى الْبَصرِيين وَأكْثر عَنْهُم فى تَفْسِيره

“ Aku telah melihat riwayat syaikh Abul Hasan al-Asy’ari di sini dari Zakariyya as-Saji. Beliau juga meriwayatkan dari Abu Khalifah al-Jumahi, Sahal bin Nuh, Muhammad bin Ya’qub al-Maqburi dan Abdurrahman bin Kholaf ad-Dabbi al-Bashri. Dan banyak mengambil tafisrnya dari mereka “[5]

Al-Imam Ibnu Qadhi Syuhbah mengatakan :

زَكَرِيَّا بن يحيى بن عبد الرَّحْمَن بن بَحر بن عدي بن عبد الرَّحْمَن أَبُو يحيى السَّاجِي الْبَصْرِيّ الْحَافِظ أحد الْأَئِمَّة الثِّقَات أَخذ عَن الْمُزنِيّ وَالربيع أَخذ عَنهُ الشَّيْخ أَبُو الْحسن الْأَشْعَرِيّ مَذْهَب أهل السّنة

“ Zakariyya bin Yahya bin Abdurrahman bin Bahr bin Adi bin Abdurrahman Abu Yahya as-Saji al-Bashri, seorang Hafidz dan salah satu dari para imam yang tsiqat. Mengambil ilmu dari al-Muzanni dan ar-Rabi’. Dan Abul Hasan al-Asy’ari mengambil ilmu dari ar-Rabi’ sebagai madzhab Ahlus sunnah “[6]

Sanad Fiqih beliau mengambil dari imam Abi Ishaq al-Marwazi asy-Syafi’i ( w 340 H) yang mengambil dari imam Abul Abbas bin Suraij (249-306 H) yang mengambil dari imam asy-Syafi’i.

Sanad keilmuan beliau juga mengambil dari para ulama shufi :

1. Imam Junayd al-Baghdadi

2. Abu Utsman al-Hairi

3. An-Namuri

4. Ibnu Masruq

5. Abul Fawaris Syah al-Karamani

Dan selain mereka.

Semua guru imam Abul Hasan al-Asy’ari di atas, sanadnya bersambung hingga ke Rasulullah shallahu ‘alahi wa sallam. Jika saya tulis semua biografi masing-masing gurunya, maka akan sangat panjang dijabarkan di sini. Saya akan mengambil satu contoh saja, yaitu dari al-imam al-Hafidz Zakariya as-Saji (220-307 H). Beliau imam as-Saji berguru kepada al-Imam ar-Rabi’ (w 270 H). Beliau ar-Rabi’ berguru kepada al-Imam al-‘Alim Abu Ibrahim Ismail al-Muzanni (w 264 H). Beliau al-Muzanni mengambil ilmu dari al-Imam al-Kabir asy-Syafi’i (W 204 H). Beliau al-Imam asy-Syafi’i mengambil ilmu dari al-Imam Malik (w 179 H). Beliau imam Malik mengambil ilmu dari Nafi’. Beliau Nafi’ mengambil ilmu dari Abdullah Ibnu Umar. Beliau Ibnu Umar mengambil ilmu dari Rabi’ah. Beliau Rabi’ah mengambil ilmu dari Anas bin Malik. Beliau Anas bin Malik mengambil ilmu dari Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam.

Imam asy-Sayfi’i sendiri pun mengambil ilmu dari banyak ulama dan Tabi’in selain imam Malik, di antaranya mengambil ilmu dari Muslim bin Khalid. Beliau Muslim mengambil dari Ibnu Juraij. Beliau Ibnu Juraij mengambil dari ‘Atha. Beliau Atha mengambil dari Abdullah bin Abbas.

Imam asy-Syafi’i juga mengambil ilmu dari Sufyan bin ‘Uyainah. Beliau Sufyan mengambil ilmu dari ‘Amr bin Dinar. Beliau ‘Amr mengambil ilmu dari Abdullah bin Umar. Beliau mengambil dari Abdullah bin Abbas.

Mengenai al-Imam al-Muzanni, dikatakan oleh al-Imam as-Subuki :

هو اسماعيل بن يحيي بن اسماعيل المزني ؛ ابو ابراهيم من أهل مصر و اصله

من مزينة . صاحب الامام الشافعي . كان زاهدا عالما مجتهدا قوي الحجة غواصا علي المعاني الدقيقة . وهو امام الشافعية . قال فيه الشافعي ( المزني ناصر

مذهبي

“ Beliau adalah Ismail bin Yahya al-Muzanni; Abu Ibrahim dari penduduk Mesir, aslinya dari Muzayyanah, sahabat imam Syafi’i. seorang yang zuhud, alim, mujtahid, kuat hujjah, cerdas dari makna-makna yang lembut. Beliau adalah imam para ulama Syafi’iyyah. Imam asy-Syafi’i mengatakan tentangnya, “ Ia adalah pembela madzhabku “.[7]

Al-Hafidz Adz-Dzahabi mengatakan :

وَمِنْ جِلَّةِ تَلاَمِذَتِهِ: العَلاَّمَةُ أَبُو القَاسِمِ عُثْمَانُ بنُ بَشَّارٍ الأَنْمَاطيُّ شَيْخُ ابْنِ سُرَيْجٍ، وَشَيْخُ البَصْرَةِ زَكَرِيَّا بنُ يَحْيَى السَّاجِيُّ، وَلَمْ يلِ قَضَاءً وَكَانَ قَانعاً شَرِيْفَ النَّفْسِ

“ Di antara murid besarnya adalah ; al-‘Allamah Abul Qasim Utsman bin Basysyar al-Anmathi guru Ibnu Suraij dan syaikh Bashrah yaitu Zakariya bin Yahya as-Saji. Beliau tidak pernah menjabat qadhi, seorang yang qana’ah dan mulia jiwanya “[8]

Abul Hasan al-Asy’ari dan al-Asy’ariyyah.

Syaikh Syamsuddin bin Khalkan mengatakan :

صاحب الأصول، والقائم بنصرة مذهب أهل السنة، وإليه تنسب الطائفة الأشعرية، وشهرته تغني عن الإطالة في تعريفه

“ Abul Hasan adalah pakar di bidang ushul, penegak madzhab Ahlus sunnah, dan kepadanyalah kelompok al-Asy’ariyyah dinisbatkan. Tersohornya beliau sudah cukup untuk panjang lebar mengenalkannya “[9]

Al-Qurasyi al-Hanafi mengatakan :

صاحب الأصول الإمام الكبير وإليه تنسب الطائفة الأشعرية

““ Abul Hasan adalah pakar di bidang ushul, seorang imam yang besar dan kepadanya lah dinisbatkan kelompok al-Asy’ariyyah “[10]

Abu Bakar bin Qadhi syuhbah mengatakan :

الشيخ أبو الحسن الأشعريّ البصريّ إمام المتكلمينَ وناصر سنّة سيد المرسلين، والذاب عن الدين

“ Syaikh Abul Hasan al-Asy’ari al-Bashri adalah seorang imam para ahli kalam, penolong sunnah Nabi, dan penegak agama Islam “[11]

Imam Muhammad as-Safaraini mengatakan :

أهل السنة والجماعة ثلاث فرق :الأثرية وإمامهم أحمد بن حنبل رضي الله عنه والأشعرية وإمامهم أبو الحسن الأشعري والماتردية وإمامهم أبو منصور الماتريدي

“ Ahlus sunnah wal Jama’ah ada tiga kelompok : Pertama kelompok al-Atsariyyah, pemimpin mereka adalah imam Ahmad bin Hanbal radhiallahu ‘anhu. Kedua kelompok al-Asy’ariyyah, pemimpin mereka adalah imam Abul Hasan al-Asy’ari. Ketiga kelompok al-Maturudiyyah, pemimpin mereka adalah imam Abu Manshur al-Maturudi “[12]

Majoriti ulama Islam adalah al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah.

al-Imam Abu Manshur al-Baghdadi berkata:

ثُمَّ بَعْدَهُمْ شَيْخُ النَّظَرِ وَإِمَامُ اْلآَفَاقِ فِي الْجَدَلِ وَالتَّحْقِيْقِ أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنِ إِسْمَاعِيْلَ اْلأَشْعَرِيُّ الَّذِيْ صَارَ شَجاً فِيْ حُلُوْقِ الْقَدَرِيَّةِ …. وَقَدْ مَلأَ الدُّنْيَا كُتُبُهُ، وَمَا رُزِقَ أَحَدٌ مِنَ الْمُتَكَلِّمِيْنَ مِنَ التَّبَعِ مَا قَدْ رُزِقَ، لِأَنَّ جَمِيْعَ أَهْلِ الْحَدِيْثِ وَكُلَّ مَنْ لَمْ يَتَمَعْزَلْ مِنْ أَهْلِ الرَّأْيِ عَلىَ مَذْهَبِهِ.

“Pada generasi berikutnya adalah Guru Besar pemikiran dan pemimpin berbagai daerah dalam hal perdebatan dan penelitian, Abu al-Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari yang telah menjadi kesedihan dalam kerongkongan kaum Qadariyah … Buku-bukunya telah memenuhi dunia. Tak seorang pun dari ahli kalam yang memiliki pengikut sebanyak beliau, karena semua ahli hadits dan semua ahl al-ra’yi yang tidak mengikuti Mu’tazilah adalah pengikut madzhabnya”. (Al-Baghdadi, Ushul al-Din, hal. 309-310).

al-Imam Tajuddin al-Subki juga berkata:

وَهُوَ يَعْنِيْ مَذْهَبَ اْلأَشَاعِرَةِ مَذْهَبُ الْمُحَدِّثِيْنَ قَدِيْمًا وَحَدِيْثًا.

“Madzhab Asya’irah adalah madzhab para ahli hadits dulu dan sekarang”. (Al-Subki, Thabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra, juz 4, hal. 32.)

Imam Abdul Baqi al-Ba’li al-Hanbali mengatakan :

وللكلام على المقصد الثاني تقدمة،وهي أن طوائف أهل السنة ثلاثة:أشاعرة وحنابلة وماتريدية

“ Untuk pembicaraan tujuan kedua telah ada pendahuluannya yaitu sesungguhnya kelompok Ahlus sunnah itu ada tiga : Asya’irah, Hanabilah dan Maturudiyyah “[13]

Muhammad bin Ibrahim Ibnul Wazir al-Yamani mengatakan :

اتفق أهل السنة : من أهل الأثر والنظر والأشعرية على أن الإرادة لا يصح أن تضاد العلم ولا يريد الله تعالى وجود ما قد علم أنه لا يوجد

“ Ahlus sunnah : dari kalangan Ahlul Atsar, Nadzar dan al-Asy’ariyyah sepakat bahwasanya iradah itu tidak sah berlawanan dengan ilmu Allah dan Allah Ta’ala tidak berkhendak mewujudkan sesuatu yang Dia telah ketahui bahwasanya sesuatu itu tidak akan diwujudkan “[14]

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan :

البخاري في جميع ما يورده من تفسير الغريب إنما ينقله عن أهل ذلك الفن كأبي عبيدة والنضر بن شميل والفراء وغيرهم , وأما المباحث الفقهية فغالبها مستمدة له من الشافعي وأبي عبيـد وأمثالهـما , وأما المسائـل الكلامية فأكثرها من الكرابيـسي وابن كُـلاَّب ونحـوهما

“ Imam Bukhari di semua apa yang ia bawakan dari tafsir yang gharib, sesungguhnya ia menukilnya dari para ulama yang pakar di bidangnya tersebut seperti Abu Ubaidah, an-Nadhar bin Syamil, al-Farra dan selain mereka. Adapun pembahasan fiqih, maka kebanyakannya beliau bersandar kepada imam Syafi’i, Abu Ubaid dan semisalnya. Adapun masalah kalam / tauhid, maka kebanyakannya beliau mengambilnya dari al-Karabisi dan Ibnu Kullan dan selainnya “[15]

Dari penejelasan para ulama besar di atas, menjadi jelas bagi kita bahwasanya kelompok al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah adalah kelompok terbesar dan majoriti di seluruh belahan dunia ini sejak masa Abul Hasan al-Asy’ari yang mengikuti akidah ulama salaf sebelumnya hingga masa sekarang ini.

Para sahabat dan tabi’in adalah para pewaris dan penjaga ilmu agama terdahulu (mutaqaddimin), sedangkan al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah adalah para pewaris dan penjaga ilmu agama belakangan (mutaakhkhirin). Maka siapa saja yang menghina kelompok al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah, sama seja menghina para sahabat dan tabi’in. kerana mereka lah kelompok Ahlus sunnah wal Jama’ah.

Jika anda mau merenungi dan melihat kelompok al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah, maka anda akan mengetahui bahwa mereka adalah para pembawa warisan ilmu Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka adalah para perowi hadits imam Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasai, Ibnu Majah, Malik, Ahmad bin Hanbal, ath-Thabrani, ad-Daruquthni, Sa’id bin Manhsur, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, ath-Thayalisi, Abu ‘Awanah, ad-Darimi, al-Bazzar, Abu Ya’la dan lainnya. Mereka kalangan al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah menjadi para perowi imam-imam Hadits tersebut.

Tidak anda temukan satu sanad pun yang menyampaikan anda pada satu kitab, kecuali sanadnya ada dari kalangan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah. Dan anda akan menemukan bahwa mereka adalah para perowi kitab hadits dan para pensyarah al-Bukhari seperti al-Kirmani, Ibnu Baththal, Ibnul Arabi, Ibnu ath-Thin, al-‘Aini, al-Qasthalani dan lainnya. Para pesnyarah Muslim seperti imam Nawawi, ‘Iyadh, al-Qurthubi, al-Ubay, as-Sanusi dan selainnya, demikianlah seterunsya anda akan menemukan bahwa merekalah para perowi dan pensyarah hadits. Mereka para musnid (pemilik sanad) kepada kitab-kitab hadits dan syarahnya. Mereka juga para perowi al-Quran dengan qiro’ahnya dan paa penafsir al-Quran.

Setiap orang di muka bumi ini yang membaca al-Quran dengan qiro’ah riwayat Hafsh dari ‘Ashim, maka sudah pasti dan wajib sanadnya melalui al-Muzahi, al-Asqathi, asy-Syibramilisi, Abdurrahman al-Yamani, an-Nashir ath-Thbalawi dan syaikh Islam Zakariyya al-Anshari. Sedangkan mereka semua adalah dari kalangan al-Asy’ariyyah. Demikian juga dalam ilmu Nahwu dan para pengarang kamus Mu’jam, seperti al-Jauhari, Ibnu Mandzhur, al-Fairus Abadi, al-Fayumi, az-Zubaidi, mereka semua dari kalangan al-Asy’ariyyah. Anda juga akan mendapatkan bahwa para ulama ahli fiqih madzhab Malikiyah, Syafi’iyyah, Fudhala Hanabilah adalah majoriti dari kalangan al-Asy’ariyyah, sedangkan Hanafiyyah dari kalangan al-Maturudiyyah. Demikian juga dalam ilmu hadits, semua dari kalangan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah.

Sungguh tidaklah anda membaca satu kitab hadits pun dengan sanadnya, terkecuali pasti akan melalui perowi yang berakidahkan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah dan bersandar kepada mereka.

MAKA JIKA ADA SEGELINTIR ORANG YANG MENGHINA AL ASY’ARIYYAH ATAU AL MATURIDIYYAH DAN MENGAKU-NGAKU PEMAHAMANNYA YANG PALING BENAR, MAKA MEREKA ADALAH PENDUSTA DAN TONG KOSONG. kenapa demikian ? keranna al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah mengisi di semua bidang keilmuan agama, mereka al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah adalah para perowi dan penaqal hadits, para pensyarah hadits, para perowi qiro’ah al-Quran, para ulama ahli fiqih, para ulama ahli Nahwu dan lainnya. Dan segelintir orang yang menghina ini, pasti dan senantiasa memerlukan selamanya kepada para ulama al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah dalam semua bidang ilmu agama Islam.

Tidak akan sah sanad keilmuan mereka dalam al-Quran, hadits, bahasa dan fiqih, kecuali perowi dan rijalnya dari kalangan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah. Karena para ulama al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah mengisi semua sanad keilmuan.

Semua pintu dan gerbang-gerbang keilmuan tabi’in, sahabat dan Rasulullah, pasti akan melalui ulama dari al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah. Tanyakan kepada mereka yang belajar al-Quran, sebutkan sanad mereka sampai kepada Nabi atau sahabat atau tabi’in, maka sudah pasti dalam sanad itu ada dari kalangan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah, demikian juga orang yang belajar ilmu fiqih, hadits, dan bahasa.

Nasihatku untuk para penghina dan pencela al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah :

1. Jauhilah ulama Hanafiyyah, sebab mereka dari kalangan al-Asy’ariyyah dan Maturudiyyah, mereka juga ada yang dari kalangan sufiyyah.

2. Juahi ulama Malikiyyah, kerana mereka justru semuanya dari kalangan al-Asy’ariyyah.

3. Jauhi ulama Syafi’iyyah, kerana mereka majoritinya dari kalangan al-Asy’ariyyah dan sisanya dari kalangan shufiyyah.

4. Jauhi ulama Hanabilah, kerana majoriti mereka adalah dari kalangan shufiyyah dan mufawwidhah.

Shofiyyah an-Nuuriyyah

[1] Tabyin Kizb al-Muftari :23-24 & 125
[2] Tafsir al-Qurthubi : 6/220
[3] Tabyin Kidzb al-Muftari
[4] Siyar A’lam an-Nubala : 14/198
[5] Thabaqat asy-Syafi’iyyah, as-Subuki : 3/356
[6] Thabaqat asy-Syafi’iyyah, Ibnu Qadhi Syuhbah : 1/95
[7] Thabaqat asy-Syafi’iyyah, as-Subuki : 1/239 juga dalam kitab Mu’jam al-Muallifin : 1/300
[8] Siyar A’lam an-Nubala : 10/135
[9] Wafiyyat al-A’yan : 3/284
[10] Al-Jawahir al-Murdhiyyah fi Thabaqatil Hanafiyyah : 21/544
[11] Thabaqat asy
-Syafi’iyyah : 1/113
[12] Lawami’ al-Anwar : 1/73
[13] Al-‘Ain wa al-Atsar : 59
[14] Itsar al-Haq : 250
[15] Fath al-Bari : 1/293

Copas dari
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227384874434923&id=1453534261&mibextid=Nif5oz

01/03/2023 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

LARANGAN BERDEBAT

Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya’Ulumuddin secara panjang lebar melarang para ilmuan melakukan perdebatan kerana kemudaratannya lebih besar daripada kebaikan, Bahkan Imam Al Ghazali juga ada mengatakan di kitabnya Ayyuhai Walad menyatakan seandainya ingin atau terpaksa berdebat maka hendaklah dibuat secara tertutup namun mengelaknya lebih baik.

Wahai pendakwah,
Apabila kita berdebat lalu kita mendapat kemenangan, maka dibimbangi akan dihinggapi sifat bangga, sombong,ujub dan sebagainya dan apabila kalah akan timbul sifat benci,dendam,hasad dan seumpamanya.Kerana menjaga hati dan adab dalam perdebatan amat sukar sekali,ulama dahulu bila berdebat mereka mengharapkan kebenaran akan muncul walaupun dari pihak lawannya.

Oleh itu, elakkan perdebatan kerana kebanyakannya tidak mendapatkan manfaat bahkan boleh memeningkan kepala orang kebanyakkan,ingat pendakwah bukanlah seperti ayam laga yang ada di dalam gelanggang yang dijadikan bahan sorakan, bahkan pendakwah adalah golongan yang memimpin manusia kepada kebaikan bagaikan bulan yg menerangi kegelapan.

Oleh itu Al faqir menyarankan agar jauhkan sifat mencela,menuduh, mengaibkan,mencari kesalahan dan seumpamanya.Kita sama2 perbaiki diri dan pimpin manusia pada jalan Allah dan Rasul.

Semoga Allah merahmati pendakwah2 di Malaysia,Tanah air tercinta.

Sumber: FB Ustaz Mustafa Kamal

18/02/2022 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

Tolak WAHABI Antara muzakarah/debat terkenal di Malaysia

1. Almarhum Dr Aziz Hanafi VS MAZA
– tiada perubahan dan hasil positif. MAZA tetap jadi wahhabi dan liberal

2. Almarhum Dr Uthman el Muhammady VS MAZA , Dr Fauzi Deraman – penghinaan terhadap mazhab asy syafie – tiada hasil positif

3. Ustaz Abu Syafiq VS Fadhlan Othman, Hafiz Firdaus – masa ni terbongkar, hafiz firdaus mengaku tak tau bahasa arab dan jadi pakar rujuk agama majalah wanita, Karangkraf. AJAIB !

4. Ustaz Engku Ahmad Fadzil VS Rozaimi Ramlee – rora dan khairil anwar buat forum pasca muzakarah dan mengumpat bersama penyokongnya.

5. Ustaz Abu Syafiq VS Salman Ali – tiada perubahan positif. Salman Ali terkenal dengan al makan al adami

6. MAZA, Amin Idris VS Kerusi – permainan Shahidan Kassim (satu-satunya menteri bencana alam yang mengaku dirinya wahhabi baik) main ubah tempat, dan guna kuasa politik tukarkan Ust Zamihan hingga tidak dapat hadir. Maka MAZA dan amin idris berdebat dengan kerusi.

7. Cabaran Ust Zamihan berdebat dengan MAZA di hadapan mufti dan para ulamak – MAZA tak berani sahut sebab hanya berani buat di negeri Perlis dan di hadapan penyokongnya sahaja.

8. Team ARG VS Mashadi Masyuti – nampak MM banyak tak jawab hujjah, masih lagi melalut di pos dindingnya sebab tidak berpuas hati.

9. Team ARG tawar debat dengan Rozaimi (dia bagi alasan jadual penuh)

Bila Sheikh Nuruddin menerima debat dengan bersyarat ada pula tulisan celupar penganut wahhabi yang menuduh ia sebagai pertaruhan.

Itu bukan pertaruhan, sebab sehingga kini perdebatan dengan wahhabi memang tiada sudahnya. Bahkan wahhabi tetap tegar dengan kebatilan di hadapan penyokong sendiri. Tiada impak atau kesan positif yang dilihat. Wahhabi tetap meneruskan pengkafiran, pensyirikan, pembid’ahan liar terhadap majoriti ulamak dan umat Islam !

10. Tawaran muzakarah ARG dan ‘Maulana’ Fakhrurazi (sedang menunggu setuju terima daripada ‘maulana’ fakhrurazi)

(Sumber:telegram@junction_bot)

15/11/2019 Posted by | Informasi, wahabi | , | 4 Comments

Kelebihan meninggalkan perbalahan walaupun dia di pihak yang benar

 

b0408

Daripada Abu Umamah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.(H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Daripada Abu Darda’, Abu Umamah, Waiylah bin Asyqa’ dan Anas bin Malik. Mereka berkata : “Telah keluar Rasulullah SAW telah marah-marah dengan semarah-marahnya. Yang sebelum ini tidak pernah Rasulullah marah seperti itu. Kemudian kami bercakap,-cakap “. Maka Nabi SAW bersabda :

“Bertenang Wahai Umat Muhammad, sesungguhnya telah binasalah orang yang sebelum kamu ini (perbalahan), tinggalkanlah perbalahan yang boleh mendatangkan sedikit kebaikan. Tinggalakanlah perbalahan…sesungguhnya orang mukmin itu tidak berbalah. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya perbalahan itu mendatangkan kerugian. Tinggalkanlah perbalahan, memadailah dosa kita jika kita sentiasa dalam perbalahan.Sesungguhnya aku tidak memberikan syafaat baginya (orang yang berbalah) pada hari Kiamat. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya aku memberi jaminan dengan tiga buah rumah di dalam Syurga : Di dalam taman-tamannya, di tengah-tengahnya dan tempat yang paling tinggi iaitu untuk orang yang meninggalkan perbalahan. Sesungguhnya ia perkara pertama yang ditegah dari Tuhanmu selepas (tegahan) menyembah berhala iaitu perbalahan”. (H.R. Tabrani).

16/02/2013 Posted by | Tasauf, Tazkirah | , , | 1 Comment

Beza Pendapat Tak Wajar Heret Ummah Bertelagah

PERBEZAAN pandangan serta pendapat mengenai sesuatu isu bukan perkara baru yang membabitkan ilmuwan Islam. Bagaimanapun sikap berkeras untuk tidak menyelesaikan masalah sehingga menimbulkan konflik berterusan. Ia amat mengecewakan kerana turut mengheret penyokong masing-masing, yang berakhir dengan kata-mengata, rendah-merendah dan jatuh-menjatuhkan sesama Islam.

Kesannya, muncul pelbagai keadaan negatif dalam kehidupan bermasyarakat seperti fitnah, prasangka buruk, cabar-mencabar, hasad dengki, dendam dan mendedah keaiban orang lain. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda, "Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.’ (Hadis At-Tirmizi)

Tambah malang lagi apabila isu membabitkan pertelingkahan sesama Islam dibesar-besarkan tanpa ikhtiar untuk meredakannya. Cabar mencabar sebagai medan menunjukkan kehebatan dan menguji pengaruh serta sokongan tidak dibolehkan dalam Islam. Hassan Al-Banna, pendakwah Islam yang terkemuka pernah memberi wasiat kepada umat Islam melalui pesannya, "Jangan memperbanyak perdebatan dalam pelbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan"

Bagi mengelakkan berlaku sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan, kita perlu berwaspada sebelum berkata-kata, apatah lagi cabar-mencabar.

Firman Allah yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan jangan pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan jangan sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,) maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman, Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.’ (Surah al-Hujurat :11)

Agama amat memberi perhatian dalam aspek pertuturan hinggakan perkataan yang keluar daripada lidah diperhalusi supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada orang yang mendengarnya. Apatah lagi perkataan yang terkeluar itu berupa sangkaan dan tohmahan yang gagal dibuktikan akan kebenarannya.

Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.’ (Surah al-Hujurat: 12)

Sementara itu Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ayyuhal Walad, menasihatkan mereka yang sering berdebat dan bertelingkah supaya "seboleh-bolehnya tinggalkan perdebatan kerana ia boleh membawa kepada riak, hasad, takbur, ujub dan sebagainya. Namun jika kamu terjerumus ke kancah perdebatan, maka hendaklah ikhlas niat di hati bagi menzahirkan kebenaran. Niat yang ikhlas ini boleh dikesan melalui dua tanda iaitu pertamanya, kamu tidak membezakan sama ada kebenaran itu nanti akan tersingkap melalui lidah kamu atau lidah lawan debatmu. Keduanya, kamu lebih menyukai jika debat itu diadakan dalam tempat yang tertutup tanpa dilihat oleh orang yang begitu ramai

Dalam isu berdebat dan bertelingkah ini, didapati bahawa mereka yang suka berdebat bukan bertujuan menyampaikan kebenaran tetapi untuk membantah hujah pihak lawan seperti firman Allah yang bermaksud,

"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar." (Surah Az-Zukhruf: 58)

Menjadi seorang Muslim yang baik bukan saja terletak pada keupayaan membaiki diri sendiri bahkan berupaya mengukuhkan ummah melalui anjuran perdamaian seandainya berlaku sebarang pertelingkahan. Apatah lagi kalau ia membabitkan tokoh ulama dan ilmuan agama. Barangkali ramai di kalangan kita yang membiarkan pertelingkahan yang berlaku sesama kita atas dasar seronok untuk melihat pertarungan hujah tetapi tidak berupaya melepasi garisan bahaya perpecahan yang sedia menunggu.

Justeru, menangani konflik yang berlaku di kalangan umat Islam juga perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab terhadap agama. Namun begitu kita banyak diajar dan dididik oleh agama akan cara-cara menangani konflik kalau ia berlaku. Islam menggariskan kaedah yang tepat dalam menangani sebarang konflik peribadi atau kumpulan. Konflik yang dihadapi perlu ditangani secara berhemah demi kepentingan maruah Islam.Jawapannya dengan cara mendamaikan mereka secara adil demi maruah dan kepentingan agama mendahului pertembungan peribadi.


Oleh Amran Zakaria

Ketua Pegawai Eksekutif, Dewan Amal Islami (Damai)

27/06/2012 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment