Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

ULAMA TULIN ADALAH YG DI BENCI ORANG KAFIR

Sejak beberapa hari lepas, ramai orang share kata2 berbunyi,

“Carilah ulama yang paling dibenci oleh orang kafir kerana dia akan membimbingmu, dan jauhilah ulama yang dekat dengan orang kafir kerana dia akan menyesatkanmu..”

Saya tak tau siapa orang pertama yang kongsikan kata2 yang “kononnya” mutiara kata imam Syafei. Kata2 tersebut telah dikongsi oleh ribuan pengguna fb dan IG.

Pesanan saya kepada mereka yang berkongsi kata2 tersebut :

1) Jangan sebarangan menggunakan nama Imam Syafei kerana kata2 tersebut tidak pernah wujud dalam kitab karangan imam Syafei.

2) Ulama seharusnya dekat dengan orang kafir untuk mengajak mereka kepada Islam.

3) Kewajipan hidup di dunia bukan semata2 untuk ibadah tetapi juga untuk dakwah. Dakwah tidak berlaku jika sentiasa menjauh dan bermusuh dengan orang kafir.

4) Ulama yang berakhlak mulia mempunyai sikap perdamaian terhadap orang kafir (yang tinggal bersama) sebagaimana Nabi saw berusaha melakukan perdamaian dengan pembesar-pembesar kafir Quraisy melalui perjanjian damai Hudaibiyah.

5) Sifat yang diajar oleh Rasulullah saw adalah bertolak ansur dengan kafir dzimmi selagimana mereka menyatakan taat-setia kepada pemimpin sebuah negara Islam. Bukan bermusuh dan dimusuhi.

Kepada anda yang telah berkongsi kata2 yang dicipta atas nama “imam Syafei” di atas, diharap membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Adakah pesanan tersebut telah meresap ke dalam hati kalian? ia sama sekali tidak bertepatan dengan kaedah dakwah Nabi saw.

Wallahua’lam.

Ustaz ZULIADIN ABDULLAH

05/01/2024 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | ,

No comments yet.

Leave a comment