Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Wahabi pertikai Solat Hajat itu Sunnah atau Bidaah….

Ini contoh manhaj lintang pukang dalam membuat kesimpulan hukum. Depa duk viral kat orang awam, pening orang awam.

Depa ambik hadith yg diberikan oleh ulama hadith, ya itu betul dari sudut status hadith, tetapi dari sudut hukum, depa sepatutnya rujuk kpd para ulama hukum utk membuat kesimpulan hukum.

Apa kata ahli fiqh: “Kebanyakan ulama berpandangan bahawa solat sunat hajat itu bertepatan dgn syarak, kerana dirujuk kepada hadith riwayat Imam Ahmad dgn sanad yg sahih daripada Abu al-Darda’ رضي الله عنه, bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
من توضأ فأسبغ الوضوء ثم صلى ركعتين يتمهما أعطاه الله ما سأل معجلا أو مؤخرا
Sesiapa sahaja yg berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian ia menunaikan solat dua rakaat dgn sempurna, maka Allah akan kurniakan kpdnya apa yg ia minta sama ada segera atau ditangguhkan.”

Kalau kita perhati hadith kat atas ni, tiada penyebutan ‘solat hajat’, ya benar, tetapi maknanya amat bersesuaian dgn konsep solat hajat itu sendiri. Itu perbincangan dari aspek fiqh, dalam membuat kesimpulan hukum. Sebab itu kena serahkan kpd ahli dalam membicarakannya, jangan cepat buat kesimpulan hanya kerana ahli hadith mengatakan sesuatu hadith itu da’if.

Wallahua’lam.

Oleh: Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

26/10/2022 - Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | ,

No comments yet.

Leave a comment