Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Bila Orang Awam Siket2 Mintak Dalil: Bukti Kejahilan Kita!

Yunan A Samad

Artikel ini perlu dibaca dengan tenang dan rasional. Agar kita dapat memahami isi yang hendak disampaikan

Oleh : Shaykh Ridhwan Saleem

Dengan nama Allah. Segala puji hanya untuk-Nya, Tuhan dan Pelindung kami, dan moga dicurahkan keamanan dan kesejahteraan kepada Utusan terakhir-Nya.

Komentar ini tidak berniat untuk menghina sesiapa. Kami sayang semua saudara se-Islam yang mencintai Allah dan Rasulullah sallahu ‘alayhi wasalam, dan yang berkerja dengan ikhlas untuk deen ini, tanpa mengira apa pun pegangan yang mereka pilih.
Jika kata-kata ini kelihatan agak kasar bagi sesetengah pihak, maka ia semata-mata bertujuan bagi menyampaikan maksud dengan lebih jelas dan tepat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh mencabar ini.

Tulisan ringkas ini ditulis berikutan satu permasalahan hukum fiqh yang telah diajukan kepada saya. Si penyoal ingin juga mengetahui dalil-dalil yang digunakan tentang sesuatu hukum.

Saya menyedari bahawa si penyoal itu sebenarnya berniat untuk membandingkan dalil daripada individu-individu yang telah mereka tanya, dan kemudian membuat kesimpulan sendiri tentang pandangan yang manakah lebih kuat.
Saya berpendapat bahawa mengemukan segala dalil dari pandangan mazhab Hanafi tentang soalan tersebut kepada orang awam adalah satu tindakan yang kurang sesuai. Saya akan cuba untuk menerangkan sebab-musababnya.

Saya memberitahu hukum fiqh tersebut berdasarkan pandangan mazhab Hanafi, dan kemudian saya berkata: “Apa jua fatwa, jika ia datang dari salah satu empat mazhab yang dipegang oleh ahlus sunnah wal jamaah, adalah datang dari studi, kajian, dan ijtihad oleh ratusan ulama terbilang dari ummah ini, yang mana mereka telah memberi sumbangan besar bagi menyemak semua hukum-hakam dalam mazhab masing-masing.
Mereka adalah pakar dalam segala disiplin ilmuan Islam. Ramai di antara mereka yang menghafaz lebih seratus ribu buah hadith junjungan Nabi kita. Para ulama mazhab Hanafi yang berjaya mencapai darjat kehormat ini kebanyakannya adalah Hafiz Hadith.
Bukan itu sahaja, bahkan mereka adalah golongan yang mempunyai tahap kesolehan dan ketaqwaan yang begitu tinggi kepada Allah – ia boleh dibuktikan melalui biografi mereka. Maka kita harus menerima dengan gembira segala keputusan yang mereka beri tanpa perlu meyoal apakah dalil-dalil yang digunakan. Dan kita tidak akan pandang kepada golongan yang tidak mengakui autoriti para ulama terbilang ummah ini serta asyik mahu mengkaji dalil bagi setiap hukum.

Padahal golongan ini tiada langsung latihan asas dalam lapangan keilmuan Islam, atau pun pernah mempelajari mana-mana kitab muktabar dengan guru yang berkelayakan.
Adalah satu perkara yang mengarut apabila orang awam sentiasa bertanyakan dalil. Ia seperti seseorang yang tidak pernah belajar subjek sains GCSE berdebat tentang teori relativiti dengan seorang profesor fizik.

Ataupun seperti seseorang yang tiada langsung ilmu asas biologi atau kimia yang berdebat dengan seorang doktor pakar tentang ubat manakah yang paling tepat bagi merawat sesuatu penyakit.

Orang sebegini pasti akan diketawakan! Apakah anda fikir akan ada mana-mana profesor yang akan melayannya? Profesor itu tidak akan membuang masa untuk berbincang dengannya. Orang yang begini, kalau dia betul-betul ingin memberikan pandangan tentang fizik teoritikal, harus terlebih dahulu mengambil GCSE selama dua tahun, kemudian membuat A-Levels selama dua tahun, kemudian mengambil ijazah (3 tahun), kemudian buat ijazah lanjutan (1-2 tahun), kemudian mengambil PhD (3-5 tahun). Dan akhirnya barulah dia boleh duduk semeja berbincang dengan profesor!
Begitu jugalah dengan seseorang yang tidak pernah belajar langsung kurikulum asas dalam bidang fiqh, tetapi dengan berani mencabar para ulama fiqh yang terbilang, yang menjadi salaf dan khalaf ummah ini. Padahal si fulan ini tiada langsung kemahiran asas bagi memahami atau pun menilai sesuatu dalil.

Anda fikir mengeluarkan pandangan berkaitan hukum-hakam itu lebih mudah berbanding mengeluarkan pandangan dalam fizik teoritikal?
Meminta dalil bagi setiap hukum itu sendiri sudah cukup menjadi dalil jelas kejahilan anda dalam proses melakukan ijtihad.

Apakah anda fikir bahawa cara mengetahui dalil-dalil bagi setiap hukum itu adalah sekadar diberitahu sepotong ayat Al-Quran atau pun hadith? Tugas kamu sebagai orang awam atau pun seorang budak mentah yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang keilmuan Islam bukannya untuk mengetahui segala dalil bagi setiap hukum-hakam. Tetapi tugas kamu cukup sekadar mengetahui hukum bagi sekian-sekian perkara, berdasarkan salah satu daripada empat mazhab yang diterima oleh ahlus sunnah wal jamaah pada hari ini, dan pada masa yang sama harus sedar bahawa semua hukum-hakam itu dibuat berdasarkan ilmu dan kajian yang mendalam dari pelbagai jenis sumber.

Jika kamu sudah betul-betul berminat untuk mengetahui dalil-dalil bagi hukum itu ini, maka sila mulakan langkah yang pertama untuk belajar ilmu Islam yang mulia ini. Kamu sangat-sangat dialukan! Untuk mendapatkan tahap ilmu paling asas pun sudah memerlukan tempoh pembelajaran serius selama 5-8 tahun. Ini baru yang asas; ia tidak termasuk tempoh untuk melakukan pengkhususan!

Percayalah kepada saya, dalil-dalil itu ada dan wujud dalam setiap mazhab. Begitu banyak kitab-kitab rujukan muktabar mazhab Hanafi yang membincangkan dengan begitu terperinci setiap hukum yang ada, dan ia ditulis oleh ulama-ulama hadith dan fiqh yang sangat berwibawa. Jangan malu-malu untuk berjumpa mereka pada bila-bila masa jika anda ingin melihat dalil-dalil bagi sesuatu hukum yang dikeluarkan. Tetapi bagi individu yang tidak terlatih, seperti anda, pasti tidak akan dapat faham hasil tulisan dan kitab peringkat tinggi ini. Ia seperti mana pelajar sains GCSE yang membaca artikel kajian dalam bidang fizik kuantum, atau pun membaca jurnal perubatan yang begitu kompleks. Kamu pasti tidak akan dapat faham langsung apa yang dibaca, malah akan makin keliru.

Inilah masanya untuk kamu merendah diri. Jika kamu pelajar GCSE, kamu hanya perlu belajar perkara asas, dan terima sahaja apa yang guru kamu ajarkan. Bertahun-tahun lepas itu, apabila kamu sudah makin pintar, dan makin rajin mencari ilmu, kamu mungkin akan dapat membincangkan teori-teori yang sangat kompleks dan kemudian membuat rumusan sendiri.

Malangnya, sebagai sebahagian daripada bida’ah zaman moden yang patut diperbetulkan, telah wujud satu fahaman yang menjalari umat, yang mana ia menolak keempat-empat mazhab, dan memberikan dorongan kepada orang awam bagi menyoal setiap hukum – dengan itu mereka dapat membuat pendapat sendiri dan mencanai jalan sendiri! (Ini sebenarnya adalah sunnah seorang penyanyi Amerika, Frank Sinatra, yang menanyi “I did it my way'”, tapi ni sudah tentu bukan sunnah para ulama salaf). Jika kamu percaya bahawa pelajar GCSE boleh mengeluarkan pendapat dalam teori kuantum, maka ahlan wa sahlan!

Kamu harus diberikan amaran bahawa apa yang kamu lakukan ini adalah haram, iaitu mengeluarkan fatwa tanpa memiliki kelayakan. Jika semua orang secara automatik berkelayakan untuk mengeluarkan/memilih hukum sendiri, ia akan membawa kepada kemusnahan dan kekacauan dalam bidang perundangan syariah. (Oh ya, hanya kerana kamu berbangsa Arab atau tahu berbahasa Arab, itu tidak menjadikan kamu seorang mufti secara automatik!). Setiap bidang ilmu ada kurikulum dan kaedah masing-masing. Perundangan Islam dan kaedah mengeluarkan hukum-hakam adalah salah satu disiplin ilmu yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk menguasainya.

Sebagai contoh, untuk menjadi seorang peguam, kamu mestilah memiliki keputusan A-level yang cemerlang, kemudian ambil ijazah Perguaman. Malah selepas itu kamu perlu lulus Bar examinations[4]. Itu masih tak cukup! Kamu kemudian perlu menghabiskan masa bertahun-tahun bersama-sama dengan seorang peguam sebelum kamu boleh menjalankan bisnes sendiri. Pada waktu ini, kamu baru setakat menjadi peguam junior. Selepas itu berapa tahun lagi yang diperlukan untuk membuat kajian dan mengumpul pengalaman yang diperlukan sebelum kamu boleh menjadi salah seorang QC, atau hakim tinggi?

Cukup ganjil apabila ada orang yang menganggap dirinya sudah layak untuk mengeluarkan hukum setelah dia membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran dan juga versi rumusan kitab Sahih Bukhari! Ini semua sebenarnya adalah refleksi kepada kejahilan kita yang teramat sangat. Kamu tidak pernah masuk sekolah Undang-undang dan kamu pula begitu teringin untuk mengeluarkan hukum??
Kamu adalah pelajar sains GCSE dan kamu pula ingin masuk bersama dalam perbincangan sesama profesor?

Merendah dirilah! Kalau kamu mahu berbincang isu-isu dalam hukum-hakam Islam, maka pergi cari para ulama yang menjadi pewaris Nabi, dan duduk bersama mereka, dan belajar dengan mereka. Tirulah juga sifat-sifat mulia yang ada pada mereka, termasuk juga ilmu yang para ulama ini miliki – mudah-mudahan kamu dapat menerima cahaya yang ada pada ilmu Islam yang mulia ini.

Jika kamu telah menghabiskan usiamu mempelajari perubatan atau kejuruteraan, atau pun sibuk dalam bidang perniagaan sehingga tiada masa untuk mendalami ilmu Islam, dan kini apabila tiba masa tua, kamu pun berazam untuk menjadi lebih ‘religious’ – kamu pun selalu berkunjung ke masjid dan lain-lain lagi. Tapi tolonglah, jangan fikir kamu boleh buat crash-course dalam deen ini dengan sekadar membaca Fiqh al-Sunnah atau pun Tafsir al-Mawdudi, dan kemudian kamu fikir kamu sudah sampai tahap untuk berdebat dengan para ulama. Tolong biarkan perkara berkaitan deen kepada mereka yang telah menyimpan masa muda untuknya dan telah mengorbankan masa bertahun-tahun untuk mempelajari disiplin ilmu Islam yang sangat luas ini.

Seorang daripada guru saya selalu berkara: “This is the deen, not teen (fig)!!”[5] Kamu sedang berurusan dengan ilmu Islam! Ini bukan benda main-main yang boleh diperbincangkan sesuka hati oleh orang awam. Ini datang dari budaya Barat yang menjadikan seseorang itu angkuh – mereka percaya bahawa mereka boleh memberikan pandangan dalam segala isu, dari teologi kepadalah hukum fiqh. Hakikat sebenarnya, kamu tidak berada pada kedudukan untuk menilai dalil-dalil yang ada, dan kemudian membuat kesimpulan sendiri akan pandangan manakah yang lebih kuat atau rajih.

Saya masih ingat satu perbualan saya dengan seorang remaja berusia 18 tahun, jambang dan misainya dicukur rapi, memakai jeans dan jaket kulit, di bahagian luar sebuah masjid di kawasan saya. Remaja ini mula mengamalkan Islam dengan baik sejak dua tahun yang lepas. Dia dengan agak serius menerangkan kepada saya tentang bagaimana dia menilai dalil-dalil yang dikemukakan dari mazhab-mazhab yang berlainan tentang sesuatu isu, dan kemudian dia sudah boleh membuat rumusan akan pandangan manakah yang lebih kuat! Walau pun si remaja ini tidak tahu satu pun perkataan dalam bahasa Arab, namun itu tidak membuatkannya berputus asa – pastinya dia akan mendapatkan bahan rujukan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris!
Malangnya, si remaja ini tiada idea sama sekali betapa kompleksnya proses mengeluarkan hukum, dan juga betapa luasnya perbincangan di antara mazhab tentang sesuatu isu. Apakah dia tidak sedar bahawa dia juga sekadar bertaklid buta kepada apa jua ulama bentangkan kepadanya tentang sesuatu isu? Dia sendiri tidak pernah menyemak sama sekali sumber maklumat yang dijadikan hujah, iaitu kitab-kitab rujukan dalam keempat-empat mazhab – dia tidak melihat apakah yang diperbincangkan dalam keempat-empat mazhab tentang isu tersebut. Sudah diketahui umum bahawa kamu tidak boleh mengeluarkan hukum dalam mazhab Hanafi berdasarkan teks dari mazhab Shafi’i, dan sebaliknya. Ini kerana ia selalu memberikan pandangan kurang tepat tentang mazhab yang lain – kamu sebenarnya kena menelaah teks dari mazhab yang kamu ingin kaji, dan bukannya mengambil teks dan kitab yang ditulis oleh mazhab Shafi’i untuk menilai hukum-hakam dalam mazhab Maliki.
Saya akan berikan anda satu contoh mudah yang selalu dijumpai pada hari ini. Kita akan melihat bagaimana terdapat sesetengah umat Islam yang berfikir bahawa mereka telah pun melakukan ‘ijtihad’ yang sangat hebat, dan melakukan kesimpulan sendiri berkenaan sesuatu hukum (setelah menyedari bahawa semua empat mazhab telah salah sejak 1424 tahun lamanya). Isu ini adalah berkaitan tentang di manakah sepatutnya meletakkan tangan semasa berdiri dalam solat.

Hari ini agak mudah untuk melihat umat Islam yang meletakkan tangan di atas dada atau leher ketika berdiri dalam solat. Sebenarnya, kaedah sekian lama yang diamalkan lebih seribu tahun adalah meletakkan tangan di bahagian sedikit atas-atau-sedikit bawah dari paras pusat. Dan inilah cara yang dipersetujui dalam keempat-empat mazhab – dan bukannya di atas dada (kecuali bagi wanita mengikut pandangan mazhab Hanafi), dan sama sekali bukan di atas leher! (Sesetengah ulama mazhab Maliki berpendapat adalah sunnah untuk menyengetkan sedikit kedudukan tangan ke bahagian sisi badan).

Namun demikian para Imam Mujtahid muda abad ke-21 lebih cerdik. Bagi mereka, kesemua pakar dalam empat mazhab tidak pernah buka kitab Fiqh al-Sunnah, satu kitab penting bagi yang ingin menjadi mujtahid! Malah kitab ini juga banyak terjemahannya bagi mujtahid yang jahil bahasa Arab! Kamu buka dan selak bab yang membincangkan: “Sunnah dalam Solat, Kedudukan Tangan” (jilid 1, halaman 132) dan kamu akan jumpa hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi yang menunjukkan bahawa Rasulullah sallahu alayhi wasalam bersolat dengan meletakkan tangannya di atas dada. Imam al-Tirmidhi mengatakan hadith ini hasan. Kamu juga akan dapat membaca hadith serupa yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaima dalam kitab Sahih Ibnu Khuzaima, yang mana beliau menarafkan hadith ini sahih.

Nah, itu dia! Mujtahid muda ini telah pun membereskan kerjanya! Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat hadith sahih tentangnya. (Padahal tak tahu pun siapa Ibnu Khuzaima ni…tapi macam penting aje orangnya!). Keempat-empat mazhab – Hanafi, Shafi’i, Maliki, dan Hanbali – telah salah. Dan selepas itu, si mujtahid muda ini kelihatan bersolat di masjid dengan meletakkan tangannya tinggi di atas dada, dan melihat dengan pandangan menghina kepada mereka yang ‘bertaqlid membabi-buta’ kepada mazhab.

Sekarang kita akan melihat dengan mendalam akan ‘dalil-dalil’ yang diberikan dalam Fiqh al-Sunnah itu. Dan satu penemuan mengejutkan telah ditemui.
Pertama sekali, bagi mereka yang betul-betul belajar kitab al-Jaami oleh Imam al-Tirmidhi, pasti akan sedar bahawa al-Tirmidhi TIDAK pernah sama sekali menyentuh hadith yang mana Rasulullah meletakkan tangannya di atas dada ketika solat! Apatah lagi menilainya sebagai hasan!! Ini adalah kesalahan yang sangat serius bagi pengarang Fiqh al-Sunnah.

Kesilapan besar nombor dua: Walau pun Ibnu Khuzaima ada membawakan hadith tersebut dalam kitabnya, beliau TIDAK PERNAH menganggapnya ia sahih. Sebenarnya, Ibnu Khuzaima tidak langsung membuat sebarang komen tentang status hadith yang beliau muatkan di dalam kitabnya. Namun demikian, bagi sesiapa yang faham metodologi yang digunakan oleh Ibnu Khuzaima, pasti akan dapat melihat petunjuk-petunjuk yang boleh dijadikan inferens untuk menolak hadith ini sebagai hasan, apatah lagi sahih. Pertama, beliau tidak meletakkan hadith tentang meletakkan tangan di atas dada di bahagian awal bab (yang mana ini adalah kaedah lazim beliau dalam memberi isyarat tentang status hadith di dalam setiap bab). Kedua, beliau meletakkan hadith tersebut di bahagian akhir bab, yang mana ia menandakan kedaifannya.

Sekarang, mari pula kita lihat sanad hadith ini yang menunjukan bahawa terdapat Mu’ammal ibnu Ismail, yang mana majoriti ulama hadith mengatakan bahawa dia adalah periwayat yang lemah, dengan menekankan bahawa beliau seorang yang tidak kuat daya ingatan! Imam Bukhari sendiri mengatakan belliau adalah ‘munkar al-hadith’, bermaksud hadith yang datang darinya adalah ditolak sama sekali! Terdapat kritikan yang lebih dalam tentang sanad hadith ini, tetapi kita tidak akan membincangkan dengan lebih dalam buat masa ini.

Sekarang kita sudah pun nampak apa masalah sebenar. Mujtahid muda sebenarnya bukanlah seorang mujtahid sama sekali! Dia sekadar membaca satu bab dari Fiqh al-Sunnah dan menerima bulat-bulat dan bertaqlid apa yang dibacanya, tetapi telah merasakan dirinya telah membuat satu ijtihad mantap! Bayangkan berapa banyak lagi kesilapan ilmiah dalam kitab itu, dan kitab ini telah menjadi antara kitab paling popular di kalangan Muslim! Kesalahan yang dikorek dari kitab itu adalah begitu serius. Salah seorang dari guru saya pernah mengatakan bahawa kesalahan fakta dalam kitab Fiqh al-Sunnah itu bukannya kesilapan kecil yang kadang-kala akan dapat kita jumpa dalam tulisan-tulisan para ulama. Tetapi ia adalah bukti kejahilan mutlak pengarangnya, dan ia tidak boleh dimaafkan.

Pada akhirnya nanti, realitinya kamu akan tetap menjadi muqallid, sama ada kamu sedar atau tidak. Untuk mengikut siapa adalah terpulang kepada kamu: sama ada pengarang Fiqh al-Sunnah, atau al-Albani, atau pun salah satu dari mazhab yang empat. Akhir sekali, mempelajari dan mengetahui dalil-dalil bagi hukum-hakam bukannya sesuatu yang salah, tapi ia mesti disesuaikan dengan konteks dan tempatnya.
Sebarang komen boleh dibuat tentang isu ini, tetapi cukuplah bagi saya dengan apa yang telah diutarakan. Berdoalah kepada Allah agar Dia melindungi kita semua dalam payungan rahmat-Nya dan membimbing kita ke arah kebenaran dalam apa jua perkara.

Semoga Dia memberikan kekuatan bagi kita untuk melakukan amalan yang dapat menggembirakan-Nya. Dan moga keamanan serta rahmat dicurahkan ke atas Rasulullah sallahu alayhi wasalam, ahli keluarganya, dan para sahabat Baginda. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekian alam.

Ditulis oleh:
Hamba kepada ilmu yang mulia,
Ridhwan ibnu Muhammad Saleem, [bio]
Damascus, Ramadhan 1424 H
Diterjemahkan oleh:
Tawel-Sensei,
30 Rejab 1427 H

Nota Kaki
[1] GCSE adalah singkatan bagi General Certificate of Secondary Education. Ia adalah peperiksaan yang diambil oleh pelajar sekolah berusia 14-16 tahun di Britain, Wales dan Northern Ireland.
[2] Teori relativiti diperkenalkan oleh Albert Einstein.
[3] A-Levels, singkatan Advanced Level adalah salah satu peperiksaan yang digunakan untuk memasuki sesebuah universiti. Kalau di Malaysia, ia setaraf STPM.
[4] Bar examinations adalah peperiksaan bertulis yang wajib dilalui sebelum seseorang itu mendapat lesen untuk menjadi seorang peguam.
[5] “This is the deen, not teen (fig)!!” Teen merujuk kepada pokok tiin. Rujuk Surah at-Tiin. Kata-kata ini mungkin diucapkan oleh guru beliau yang bernama Sheikh Muhammad al-Yaqoubi memandangkan gurunya ini turut fasih berbahasa Inggeris.

Bacaan Tambahan
1. “Refutation of those who follow other than the four legal schools” (“radd ‘ala man ittaba’a ghayr al madhahib al arba’ah”), by Imam Ibn Rajab al-Hanbali (Arabic)
2. “Non-madhabism: The most dangerous innovation threatening the Islamic Law” (“La madhhabiyyah: akhtar al-bid’ah tohaddidu al-sharee’ah al-islamiyyah”), by Shaykh Dr. Muhammad
Said Ramadhan al-Buti (Head of the dept. of Sharee’ah, University of Damascus) (Arabic)
3. “The legal status of following a madhhab”, by Justice Shaykh Taqi ‘Uthmani (Chief Qadi of Pakistan ) (English)
4. “The Four Madhhabs”, by Shaykh Abdul-Hakeem Murad (English)
5. “Benefits of the sciences of jurisprudence” (“fawaa’id ‘uloom al-fiqh”), introduction to “‘ilaa ul-sunan”, by Shaykh Kayranwi (Arabic)
6. “Meaning of the saying of the Muttalibi Imam: ‘If a hadith is authentic, then it is my madhhab'”, (“ma’na qawl al-imam al-muttalib: itha sahha al-hadith fa huwa madhhabi”), by Shaykh ul-Islam, Imam Taqi ul-Deen al-Subki (Arabic)
7. “Fatwa Concerning the Obligation of Following Rightly Guided Scholars”, by Shaykh Murabit al-Haajj and Shaykh Hamza Yusuf (Arabic/English)

 

23/02/2018 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Ketahuilah Kaedah Ulamak Memahami Hadis!

Gembira melihat sekarang ramai yang suka menyemak status hadis sebelum beramal dan kemudian beramal dengan hadis yang dibaca. Mereka beramal bukan sekadar ikut-ikutan, tetapi mencari dalil terlebih dahulu. Apabila didapati hadis tersebut lemah, maka mereka mencari hadis sahih atau hasan untuk diamalkan supaya lebih yakin dalam beribadah. Malah, mereka lebih selesa apabila mengetahui bahawa amalan tersebut tidak keluar daripada Mazhab As-Syafi’e yang diamalkan di Malaysia.

Imam As-Syafi’e (w. 204H) raḥimahullah berkata :
إذَا صَحَّ الْحَدِيثُ خِلَافَ قَوْلِي فَاعْمَلُوا بِالْحَدِيثِ وَاتْرُكُوا قَوْلِي أَوْ قَالَ فَهُوَ مَذْهَبِي
“Apabila sahih sesuatu hadis yang bertentangan pendapatku, maka beramallah dengan hadis tersebut dan tinggalkan pendapatku” atau “ itulah mazhabku.”
Malah, ini juga adalah kata-kata Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Secara zahirnya kata-kata ini bermaksud :
“Jika kamu menjumpai hadis yang sahih dan beramal dengannya, maka kamu telah mengikut mazhab Al-Syafi’i.’

Jadi, ramai yang apabila membaca terjemahan bahasa Melayu hadis-hadis dalam Sahih Bukhari dan Muslim terus mengamalkan hadis-hadis tersebut. Tetapi, sebenarnya inilah perkara syubhah yang berlegar dalam masyarakat.

Sebelum menulis lebih lanjut, secara logiknya.

Pertama sekali, kita ketahui bahawa para imam yang faqih, para muhaddith yang mempunyai keahlian dalam Bahasa Arab selepas Imam Mazhab pun masih mengikuti mazhab imam-imam ini. Malah para Imam Hadith pun mengikut mazhab fiqh yang empat. Contohnya Imam Nasa’i dan Imam Abu Daud yang bermazhab As-Syafi’iyyah. Amirul Mukminin fil Hadith seperti Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani(w. 852) yang mencapai peringkat tertinggi penguasaan hadith pun bermazhab.

Kedua, jika nak dikatakan Imam As-Syafi’i(w. 204H) atau lainnya tidak sampai hadis-hadis sahih yang sampai kepada Imam Al-Bukhari(w. 256H) dan Imam Muslim(w. 261), logikkah ulama’ Syafi’iyyah yang hidup selepas zaman dua Imam Hadis ini pun tidak meneliti kitab sahih tersebut?

Malah Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani(w. 852) sebagai contoh adalah pengarang Fathul Bari (Syarah Sahih Al-Bukhari) dan Imam An-Nawawi(w. 676H) pula pengarang Syarah Sahih Muslim. Tetapi, mengapa dua ulama’ mazhab ini masih mengekalkan hampir seluruh pendapat Imam As-Sya’fie yang kita anggap diambil daripada hadis lemah (yang nampak bertentangan dengan hadis dalam sahihain) walaupun mereka telah meneliti dan mengiktiraf Sahih Bukhari sebagai kitab paling sahih selepas Al-Quran? Hanya beberapa pandangan sahaja yang berbeza tanpa menyalahkan pendapat imam. Di mana kedudukan kita yang hanya membaca terjemahan hadith?

Sesungguhnya yang paling memahami pendapat para Imam Mazhab adalah para murid mereka dan ulama’ dalam mazhab tersebut. Maka, untuk memahami ucapan “Apabila sebuah hadis sahih, maka itulah mazhabku”, kita perlu memahaminya mengikut kefahaman ulama’ Syafi’iyyah.

Imam Nawawi berkata dalam kitabnya, Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazdzab:
“Apa yang dikatakan oleh Imam Al-Syafi’i ini bukanlah bermaksud apabila seseorang menjumpai hadis sahih, maka dia boleh berkata {“Inilah Mazhab As-Syafi’i “}, dan dia terus beramal dengan maksud zahirnya. Tetapi, ia adalah kata-kata untuk sesiapa yang sudah mencapai tahap boleh berijtihad dalam mazhab.

Untuk mengatakan bahawa sesuatu hadis tidak sampai kepada Imam As-Syafi’i, ada syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang, dan syarat ini sudah dinyatakan amat sukar dipenuhi pada zaman Imam Nawawi(zaman ini?).

Syarat tersebut ialah :
1) Dia yakin(bukan hanya menyangka) bahawa hadis tersebut benar-benar tidak sampai kepada Imam As-Syafi’i atau benar-benar beliau tidak mengetahui taraf hadisnya. Perkara ini hanyalah boleh berlaku sekiranya dia telah menelaah semua kitab Imam Syafi’i, semua kitab sahabat-sahabat beliau yang mengambil ilmu darinya dan kitab-kitab yang sepertinya. Ini adalah sesuatu yang amat susah pada zaman ini(zaman Imam Nawawi). Hanya sedikit yang mampu mencapainya.

Kenapa disyaratkan sedemikian? Hal ini demikian kerana Imam As-Syafi’i rahimahullah meninggalkan dan tidaklah beramal dengan ZAHIR hadis yang dijumpai dan diketahuinya, tetapi beliau mempunyai dalil tentang masalah hadis, nasakhnya hadis, takhsis, takwil dan perkara-perkara lain sepertinya.

Sebagai contoh, Imam As-Syafi’i tidak mengambil hukum dengan hadis, “Telah berbuka(batal puasa) sesiapa yang melakukan bekam dan yang berbekam” sedangkan bagi beliau hadis tersebut sahih. Tetapi, beliau meninggalkannya kerana mendapati ada dalil bahawa ia telah dimansukhkan oleh hadis Nabi berbekam ketika puasa.

Begitu juga maksud kata-kata Imam Abu Hanifah, “Apabila sahih sesuatu hadis, itulah mazhabku.” Ibnu Al-‘Abidin menaqalkan kata-kata Ibnu Syihnah dan memberi komen bahawa kata-kata tersebut hanya ditujukan kepada para mujtahid mazhab.
Jadikah, adakah patut bagi seorang yang masih mampu berfikir sewenang-wenangnya berkata “imam ini tidak mahir ilmu hadis, imam ini tak banyak tahu hadis” tanpa mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan oleh imam tersebut?

Sumber :
1) Kitab Al-Majmūʻ Sharḥ Al-Muḥadzdzab.
Imam Yaḥyā bin Syaraf An-Nawawī (w. 676H)
Cetakan Dār Al-Fikr. j. 1. h. 63.
2) Kitab Athar Al-Hadīth Al-Sharīf fi Ikhtilāf al-A’immaṯ al-Fuqahā’ raḍiyallahu ‘anhum
Al-Shaykh Muḥammad ʻAwwāmah ḥafiẓahullah
Cetakan Keempat Dār Al-Bashā’ir Al-Islāmiyyah
Poster Talaqqi Daurah Seminar II

(Dari FB Ustaz Yunan A Samad)

23/02/2018 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Mengapa Kita Bermazhab?

Mengapa Kita Bermazhab?
Oleh: Syeikh Dr. Amru Wardani

Mereka berkata: Kamu bermazhab karena kamu seorang fanatik!

Saya jawab: Tidak! saya bukan fanatik. Saya berlindung dengan Allah daripada sifat fanatik. Saya bermazhab karena saya melihat bahwa mazhab-mazhab fiqh semuanya:

1) Musannadah:
Mazhab-mazhab ini memiliki sanad sampai kepada Rasulullah saw. sehingga kesahihannya terjamin.

2) Mudallalah:
Mazhab-mazhab ini memiliki landasan argumentasi/dalil. Dalil tersebut tidak hanya dalil disebutkan secara eksplisit saja, namun ada dalil yang implisit.

3) Muashshalah:
Mazhab-mazhab ini memiliki metodologi berfikir yang terkodifikasikan dalam kitab-kitab usul fiqh, sehingga sangat tepat dan terukur dalam pengambilan dalil dari Al-Quran dan Sunnah.

4) Makhdumah:
Mazhab-mazhab ini dikhidmah/di layani oleh ratusan bahkan ribuan ulama setelahnya, dari matan menjadi syarah dan dari syarah melahirkan hasyiyah. Kemudian juga diberi taqrir dan tanbih, serta khidmah/pelayanan ilmiah lainnya. Ini juga memberikan jaminan akan kesahihan pemahaman keagamaan yang ada di dalam mazhab.

5) Muqa’adah:
Mazhab-mazhab ini memiliki kaedah-kaedah fiqh yang sangat rasional, seperti kitab “Al-Asybah wan Nadzoir” karya Imam Suyuti dalam mazhab Syaf’ie, kitab “Al-Asybah wan Nadzoir” karya Ibnu Nujaim dalam Mazhab Hanafi, kitab “Ta’sisun Nadzor” dalam Mazhab Maliki, dan kitab “Raudhatun Nadzir” dalam mazhab Hanbali.
6) Mumanhajah:
Mazhab-mazhab ini memiliki manhaj berfikir yang jelas, detail dan tepat

7) Muttasiqah:
Mazhab-mazhab ini memiliki tingkat amanah ilmiah yang sangat tinggi dalam menisbatkan sebuah pendapat kepada penuturnya, di dalamnya ada yang dikenal dengan qaul mukharraj dan ada juga yang disebut dengan qaul mansus.

8) Munfatihah:
Mazhab-mazhab ini memiliki cara berfikir yang elegan dan terbuka serta sangat toleran. Karena mempunyai kaedah-kaedah usul fiqh dan hal-hal yang bersifat kulli yang masih memungkikan generasi penerusnya untuk mengembangkannya sesuai dengan masalah-masalah kontemporari yang terjadi seiring perkembangan zaman.

Penulis Ahli Darul Ifta’ Mesir
Dan Pengajar Usul Fiqh di Masjid Al Azhar.

23/02/2018 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

Kalau Rasulullah SAW membawa wahyu, maka ulama membawa ilham.

Kalau Rasulullah SAW membawa wahyu, maka ulama membawa ilham.
Yang mana wahyu itu adalah syariat, manakala ilham ialah pengertian atau huraian baru (tentang syariat).

Dengan ilmu dan ilham yang dibawanya berserta dengan bakat yang serba ada tadi, ulama mampu mengulangi kebangkitan kegemilangan Islam di zamannya sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah.

Dengan itu dunia dan manusia dapat diselamatkan di dunia dan di Akhirat.
Ulama bagaikan singa. Hebat bukan kerana kedudukan, tetapi sifatnya.
Sama ada dibiarkan atau tidak, ia tetap hebat.

Sama ada diterima atau ditolak, ia tetap mencabar dan ditakuti serta hebat.
Ia tidak perlu apa-apa dari orang lain. Bahkan ia yang diperlukan oleh orang. Kerana suaranya ditakuti, pandangannya sangat diambil perhatian.

Musuhnya sangat berhajat menjadikan ia singa sarkis. Maka ia diburu-buru.
Tetapi itu bukan satu keaiban, malah di situlah kemuliaannya. Kerana menempuh jalan hidup seperti para nabi dan para rasul.

Ulama yang dibelai-belai dengan kemewahan, adalah singa mainan yang sudah terkurung dalam kandang. Dia bukan lagi singa ALLAH yang hanya bertuankan ALLAH, bebas dari sebarang kongkongan duniawi.

Singa ALLAH tidak menzalim dan memfitnah. Tetapi dialah yang dizalimi dan difitnah. Namun dia tidak pernah tewas.

Kerana dia di’backing’ oleh Tuannya, ALLAH Yang Maha Besar

(Tausiah Ustaz Mohd Fadli Yusof)

20/02/2018 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

LAGI MENGENAI CIRI-CIRI WAHHABI

Dalam Bab AKIDAH
1. Wahabi membahagikan Tauhid kepada 3 bahagian iaitu:
(a) Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang kafir juga mempunyai tauhid.

(b) Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid ummat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh jumhur ulama’ Islam khasnya dari ulama’ empat Imam mazhab.

(c) Tauhid Asma’ wa Sifat: Tauhid versi mereka ini boleh menjerumuskan ummat Islam ke lembah tasbih dan tajsim kepada ALlāh SWT seperti:
-Menterjemahkan “istiwa’” sebagai bersemayam/bersila,
-Menterjemahkan “yad” sebagai tangan,
-Menterjemahkan “wajh” sebagai muka,
-Menisbahkan “jihah” (arah) ke atas ALlāh (arah atas – jihah ulya),
-Menterjemahkan “janb” sebagai lambung/rusuk,
-Menterjemah “nuzul” sebagai turun dengan Dzat,
-Menterjemahkan “saq” sebagai betis,
-Menterjemah “ashabi’” sebagai jari-jari, dll
-Menyatakan bahawa ALlāh SWT mempunyai “surah” atau rupa,
-Menambah bi Dzatihi haqiqatan [dengan Dzat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutasyabihat.

2. Memahami ayat-ayat mutasyabihat secara zahir tanpa penjelasan terperinci dari ulama-ulama yang muktabar.

3. Menolak al-Asya’irah dan al-Maturidiyah yang merupakan ulama’ Islam dalam perkara akidah yang diikuti majoriti ummat Islam.

4. Sering mengkritik al-Asya’irah bahkan sehingga mengkafirkan al-Asya’irah.

5. Menyamakan al-Asya’irah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mu’aththilah dalam perkara mutasyabihat.

6. Menolak dan menganggap tauhid Sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek.

7. Berselindung disebalik mazhab Salaf.

8. Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hasyawiyyah, al-Musyabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahmiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal-Jama’ah.

9. Sering menuduh bahawa Abu Hasan al-Asya’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab al-Asya’irah. Menuduh ulama’ al-Asya’irah tidak betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asya’ari.

10. Menolak ta’wil dalam bab Mutasyabihat.

11. Sering menuduh bahawa majoriti ummat Islam telah jatuh kepada perbuatan syirik (melakukan bid’ah).

12. Menuduh bahawa amalan memuliakan RasūluLlāh ‎ﷺ [membaca maulid dll] membawa kepada perbuatan syirik.

13. Tidak mengambil pelajaran dari sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dalil kerana menghindari daripada syirik.

14. Pemahaman yang salah tentang makna syirik, sehingga mudah menghukumi orang ramai sebagai pelaku syirik.

15. Menolak amalan tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ atau dengan para solihin.

16. Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai cabang-cabang kesyirikan.

17. Memandang remeh karomah para wali [auliya’].

18. Menyatakan bahawa ayah bonda dan datuk RasūluLlāh ‎ﷺ tidak selamat dari azab api neraka.

19. Mengharamkan mengucap “radhiyaLlāhu ‘anha” untuk ibu RasūluLlāh ‎ﷺ, Sayyidatuna Aminah.

Dalam Bab SIKAP
1. Sering membid’ahkan amalan ummat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka (pelaku).

2. Menganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak).

3. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Qur’an dan hadith (walaupun tidak layak).

4. Sering memtertawakan dan meremehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.

5. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.

6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu syaz (janggal).

Dalam Bab HADITH
1. Menolak beramal dengan hadith dho’if, hanya sahih sahaja.

2. Penilaian hadith yang tidak sama dengan penilaian ulama’ hadith yang lain.

3. Mengagongkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah senarai para guru beliau dalam bidang hadith.
[Bahkan majoriti Muslim mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadith dan diketahui bahawa beliau belajar hadith secara sendirian dan ilmu jarh wa ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].

4. Sering menganggap hadith dho’if sebagai hadith maudhu’ [mereka mengumpulkan hadith dho’if dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadith tersebut adalah sama].

5. Pembahasan hanya kepada sanad dan matan hadith, dan bukan pada makna hadihs. Oleh kerana itu, perbezaan pemahaman ulama’ [syawahid] dikesampingkan.

Dalam Bab AL-QUR’AN
1. Menganggap tajwid sebagai ilmu yang menyusahkan dan tidak perlu (hujah sebahagian Wahabi indonesia yang jahil)

Dalam Bab FEQAH
1. Menolak mengikuti mazhab imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab iaitu mengikut mazhab Wahabi.

Dalam Bab MAZHAB
2. Mencampuradukkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq [mengambil yang disukai] haram.

3. Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; mereka mengklaim dirinya berittiba’.

4. Sering mengungkit dan mempermasalahkan soal-soal khilafiyyah.

5. Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah.

6. Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah.

7. Sering menuduh orang yang bermazhab sebagai ta’assub [fanatik] dalam bermazhab.

8. Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain.

9. Mempromosikan mazhab feqah baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada feqah empat mazhab].

10. Sering mewar-warkan agar hukum ahkam feqah dipermudahkan dengan menggunakan hadith “Yassiru wa la tu’assiru, farrihu wa la tunaffiru”.

11. Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman.

Dalam Bab NAJIS
1. Sebahagian mereka sering mempermasalahkan dalil akan kedudukan babi sebagai najis mughallazhah.

2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir.

Dalam Bab WUDHU
1. Tidak menerima konsep air musta’mal.

2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’.

3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.

Dalam Bab AZAN
1. Adzan Juma’at sekali; adzan kedua ditolak.

SOLAT
1. Mempromosikan “Sifat Solat Nabi ﷺ, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi yang benar.

2. Menganggap melafazkan kalimat “usholli” sebagai bid’ah.

3. Berdiri dengan kedua kaki mengangkang.

4. Tidak membaca “BasmaLlāh‟ secara jauhar.

5. Mengangkat tangan sewaktu takbir sejajar bahu atau di depan dada sahaja, tidak berdekatan telinga.

6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam, bukan di atas pusat atau sekitar.

7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid‟ah (sebahagian Wahabiyyah Indonesia yang jahil).

8. Menganggap bacaan Qunut Subuh sebagai bid’ah.

9. Menganggap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah.

10. Menganggap mengusap muka selepas solat sebagai bid’ah.

11. Solat Tarawih hanya 8 rakaat; mereka juga mengatakan Solat Tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (shalatul-lail) seperti pada malam-malam lainnya.

12. Dzikir jahr di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah.

13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.

14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah.

15. Menganggap lafaz “sayyidina” (taswid) dalam solat sebagai bid’ah.

16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.

17. Boleh jamak dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah.

18. Memakai sarung atau celana setengah betis untuk menghindari isbal.

19. Menolak Solat Sunat Qabliyyah sebelum Juma’at.

20. Menjamak solat sepanjang semester pengajian, kerana mereka berada di landasan FisabiliLlāh

Dalam Bab DO’A, ZIKIR & BACAAN AL-QUR’AN
1. Menganggap do’a berjama’ah selepas solat sebagai bid’ah.

2. Menganggap zikir dan wirid berjama’ah sebagai bid’ah.

3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul ‘azhim” selepas bacaan Al-Qur’an adalah bid’ah.

4. Menyatakan bahawa do’a, zikir dan selawat yang tidak ada dalam Al-Qur’an dan Hadith sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khairat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.

5. Menganggap amalan bacaan Yaasiin pada malam Juma’at sebagai bid’ah yang haram.

6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat.

7. Menganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah.

8. Menganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah.

9. Menolak amalan ruqiyyah syar’iyah dalam pengobatan Islam seperti wafa‟, azimat, dll.

10. Menolak zikir isim mufrad: ALlāh.. ALlāh.. ALlāh..

11. Melihat bacaan Yaasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram.

12. Sering menafikan dan memperselisihkan keistimewaan bulan Rejab dan Sya’ban.

13. Sering mengkritik keutamaan malam Nisfu Sya’ban.

14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah.

15. Mempermasalahkan kedudukan Solat Sunat Tasbih.

Dalam Bab PENGURUSAN JENAZAH & KUBUR
1. Menganggap amalan menziarahi maqam RasūluLlāh ﷺ, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijamak atau qasar dalam ziarah seperti ini.

2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur.

3. Menganggap talqin sebagai bid’ah.

4. Menganggap amalan tahlil dan bacaan Yaasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram.

5. Tidak membaca doa selepas solat jenazah.

6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar maqam RasūluLlāh ﷺ dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan ummat Islam dari syirik..

Meganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram.
8. Doa dan bacaan Al-Qur’an di perkuburan dianggap sebagai bid’ah.
Dalam Bab MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI
1. Menolak peringatan Maulid Nabi; bahkan menyamakan sambutan Maulid Nabi dengan perayaan agama Kristian bagi Nabi Isa alayhissalam.
2. Menolak amalan marhaban para habaib
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan maulid adalah bid’ah.
5. Menolak peringatan Isra’ Mi’raj, dll.
Dalam Bab HAJI & UMRAH
1. Mencuba untuk memindahkan “Maqam Nabi Ibrahim alayhissalam.” namun usaha tersebut telah digagalkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha’rawi saat beliau menemuhi Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam.
3. Mengubah tempat Sa’ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama’ Islam dari seluruh dunia.
Dalam Bab PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
1. Maraknya para professional yang bertitle LC menjadi “ustaz-ustaz‟ mereka (di Indonesia),
2. Ulama-ulama yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah al-Harrani
b. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
c. Muhammad bin Abdul Wahhab
d. Sheihk Abdul Aziz bin Baz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Sholeh al-Utsaimin
g. Sheikh Sholeh al-Fawzan
h. Adz-Dzahabi dll.
3. Sering ber-dakwah dengan slogan “Kembali kepada Al-Qur’an dan Hadith” (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan Al-Qur’an dan Hadith sampai kepada ummat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jugalah yang memelihara dan menjabarkan kandungan Al-Qur’an dan Hadith untuk ummat ini).
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab-nya; “Ihya’ Ulumuddin”
Dalam Bab PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMMAT ISLAM
1. Bersekutu dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Utsmaniyyah.
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab ulama’ yang tidak sehaluan dengan mereka.
3. Banyak ulama’ dan ummat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka di Timur Tengah.
4. Memusnahkan sebahagian besar peninggalan sejarah Islam seperti tempat lahir RasūluLlāh ﷺ, meratakan maqam al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri RasūluLlāh ﷺ di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakar dll, dengan hujah tempat tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Nusantara, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
Dalam Bab TASAWWUF & THARIQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufisme dan kitab-kitab sufi yang muktabar.
2. Sufiyyah dianggap sebagai kesamaan dengan ajaran Buddha dan Nasrani.
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan batiniyyah yang sesat.

Wallahu a’lam bish-sowab wal hadi ila sabilil haq.

COPAS Group WA Asatizah

20/02/2018 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Allah Di Mana? Di Atas Langit atau Di Semua Tempat?

(Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz Soroni)

“Allah Di Mana? Di Atas Langit atau Di Semua Tempat?” Soalan ini, lazimnya ditanya oleh salah satu dari dua orang berikut, sama ada dia memang tak tahu dan inginkan jawapan, atau soalan perangkap ‘salafi’ (boleh baca salah pi) yang ingin menguji akidah ‘lawan’nya. Ini kerana mereka sudah meyakini bahawa Allah Taala itu tempatnya di atas langit. Jika orang tersebut menjawab di atas langit, dia akan berpuashati, tetapi jika orang tersebut menjawab di semua tempat atau di mana-mana sahaja (seperti fahaman Muktazilah), maka dia akan memerli dan memperbodohkan begini: “Walaupun di tandas?!”.

Sebenarnya soalan pilihan; ‘di atas langit atau di semua tempat’ seperti di atas adalah soalan bidaah. Saya katakan ianya bidaah sayyi’ah (yang keji). Ini kerana ianya telah menimbulkan terlalu banyak perbalahan dan sengketa sehingga kini. Maka eloklah ditinggalkan sahaja pertanyaan bidaah tersebut. Ini kerana jawapan yang pertama dan yang kedua adalah mustahil bagi Allah, selagi ia berhubung dengan tempat, sepertimana yang akan diterangkan nanti. Allah Taala tidak berada di tempat tertentu, sama ada atas, bawah, kiri, kanan, depan atau belakang. Ini tidak bermakna Allah Taala itu ‘ma’dum’ (معدوم) yakni ‘yang ditiadakan’ (seperti ejekan setengah ‘ salafi’ pembidaah yang jengkel), kerana Dia telah sedia ada wujud dengan zat-Nya. Begitu juga Allah Taala tidak berada di semua tempat.

Jawapan Yang Sahih

Namun, pertanyaan; ‘di mana Allah?’ bukanlah bidaah. Ini kerana Allah Taala telah mengetahui tabiat manusia yang pasti akan bertanya soalan seperti itu. Dan Allah Taala tidak mahu umat Nabi Muhammad SAW ini menjadi sepertimana orang Yahudi dan orang Kristian yang beriktikad bahawa Allah Taala itu di atas langit dengan zat-Nya, lalu diturunkan anak-Nya ‘Uzair menurut Yahudi, dan Jesus (‘Isa) menurut Kristian, ke atas muka bumi, لا حول ولا قوة إلا بالله. Oleh kerana itu Allah Taala telah menurunkan jawapannya seperti berikut, firman-Nya dalam surah al-Baqarah:

Terjemahan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku mudah-mudahan mereka menjadi baik serta betul”. (186)

Bagaimanapun jika mereka tidak berpuashati dengan jawapan dari kalam Allah ini, katakanlah: Allah wujud tanpa bertempat (الله موجود بلا مكان). Ini kerana Allah Taala tidak memerlukan tempat (dan langit adalah termasuk daripada tempat). Yang memerlukan tempat ialah makhluk. Dia-lah yang menciptakan tempat, maka tempat adalah termasuk daripada makhluk. Allah Taala tidak memerlukan apa-apa daripada makhluk-Nya dan tidak bergantung kepada mereka sedikitpun.

Komentar Hadith Jariyah

Adapun hadith jariyah (hamba perempuan) yang menunjukkan seolah-olah Allah Taala di langit, dijawab oleh para ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah seperti berikut;

1- Ianya bukan hadith mutawatir. Maksudnya hanya segelintir sahabat Nabi SAW sahaja yang meriwayatkannya, tidak ramai. Maka orang yang mati tanpa akidah ‘Allah di atas langit’ tidaklah berdosa. Justeru, usul akidah mesti disabitkan dengan hadith mutawatir.

2- Hadith tersebut tidak dimuatkan oleh ulama-ulama hadith yang meriwayatkannya di dalam bab akidah, kecuali golongan musyabbihah dan sebahagian ahli hadith yang terpengaruh dengan mereka dalam mazhab Hanbali.

3- Ini kerana cara ia difahami berhubung dengan situasi hadith itu diucapkan, di mana jariyah tersebut adalah orang biasa yang kurang berpelajaran, maka wajarlah Nabi SAW melayaninya menurut kemampuan akal fikirannya. Dalam riwayat berkenaan beliau menjawab: “Di langit”, kerana inilah kefahaman semua orang biasa, termasuk kaum Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin yang percaya kewujudan Tuhan dan kekuasaannya. Apa yang membezakan dengan mereka di sini ialah pengakuannya terhadap kerasulan Nabi SAW, lalu baginda menghukumkannya sebagai mukminah. Manakala dalam satu riwayat lain, beliau hanya menunjuk ke arah atas, manakala yang berkata ‘ke langit’ ialah perawi hadith yang menceritakan situasi berkenaan.

4- Maka para ulama menafsirkannya menurut kaedah; ‘merujukkan nas yang mutasyabihat (mengelirukan) kepada nas yang muhkamat (meyakinkan)’. Antara nas yang muhkamat di sini ialah ayat (ليس كمثله شيء), “Tiada suatu apapun yang menyerupai-Nya”. Jika Nabi SAW pernah bersabda; ‘Allah di langit’, pasti tidak timbul masalah, dan ianya tidak menjadi nas yang mengelirukan (mutasyabihat). Justeru, ulama menyatakan bahawa jawapan/isyarat jariyah tersebut adalah menunjukkan ketinggian kedudukan Allah (علو المكانة), dan bukannya ketinggian tempat Allah berada (علو المكان). Ini ditunjukkan dengan kalimah (في السماء), “di langit” dengan lafaz mufrad (tunggal) sahaja, bukan dengan lafaz (فوق السماء السابعة), “di atas langit ketujuh”, atau dengan lafaz plural (فوق السموات), “di atas semua langit”. Maka kalimah al-sama’ dalam adat Arab mengisyaratkan kepada alam ghaib yang tidak dapat diketahui hakikat sebenarnya.

5- Tambah mereka lagi; adat umat Islam menadah tangan ke langit ketika berdoa adalah kerana langit itu adalah kiblat bagi doa (tidak kira sama ada anda di Kutub Utara atau di Kutub Selatan maka kiblat semasa berdoa ialah langit), sepertimana kita bersembahyang menghadap Allah Taala, maka kiblatnya ialah ke Kaabah. Ini bukanlah bermakna Allah Taala berada di hadapan kita dengan zat-Nya, dan tidak ada di sebelah belakang.. Jika kita mengamati kedudukan bumi dari angkasa dan mengamati seluruh alam cakerawala ini, di samping menginsafi kekerdilan diri, pasti kita akan akur dengan ayat al-Quran di atas. سبحان الله..

6- Kefahaman akidah orang awam seperti yang saya sebut di atas juga, berlaku dalam beberapa perkara akidah yang lain, seperti soal perbuatan hamba (أفعال العباد), kefahaman tentang iradah (kehendak) manusia dan qadar Allah SWT. Jika tidak diberi penjelasan atau diajarkan ilmu yang sahih, mereka akan menyangka bahawa Allah SWT menjadikan manusia dan membiarkan mereka berusaha mengurus hidup mereka masing-masing dengan sendiri tanpa campurtangan daripada-Nya. Atau pun mereka percaya hidup mereka ini telah ditentukan semuanya oleh Allah SWT, maka tidak perlu berusaha untuk mengubah apa-apa yang telah ditetapkan dan berserah sahaja bulat-bulat.

7- Sebahagian ulama Ahlus Sunnah seperti Imam Muhammad Zahid al-Kawthari dan al-Hafiz ‘Abdullah al-Ghumari mengatakan bahawa hadith tersebut adalah syaz, iaitu hadith yang sahih sanadnya, tetapi matannya berlawanan dengan hadith-hadith sahih yang lain. Ini kerana kebanyakan dakwah Nabi SAW adalah dengan seruan supaya mengucap syahadah (لا إله إلا الله), bukannya bertanya ; “Di mana Allah?” (أين الله). Malah sebahagian jalan riwayat hadith berkenaan diriwayatkan dengan lafaz yang jelas : (أتشهدين أن لا إله إلا الله). Maka hadith syaz tidak dapat dijadikan hujah.

Wallahu a’lam.

Rujukan tambahan:

1- Fatwa al-Hai’ah al-‘Ammah – sini.
http://www.awqaf.ae/Fatwa.aspx?SectionID=9&RefID=4018

2- Risalah al-Burhan al-Sadiq.
http://cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=25531

3- Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir – sini.
http://dar-alifta.org.eg/AR/Default.aspx

http://sawanih.blogspot.my/…/allah-di-mana-di-atas-atau-di-…

18/02/2018 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Ciri-ciri Wahabi daripada sudut Aqidah, Fiqh dan Manhaj sudut AQIDAH (iktiqad dalam hati):

Ustaz Akhi Zaid Al Selanjury

01. Gemar menyelewengkan tauhid tiga serangkai kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sistem pengajian Sifat 20. Selalunya mereka suka menghina ajaran sifat 20 sebagai ajaran falsafah Yunani dan Greek.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, dimana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mentakwil ayat-ayat ini.Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan ghairu soreh Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka.
Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya membaca selawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal dan benci terhadap tasawuf serta tarekat (jemaah zikir) dan mengatakan
bahawa tasawuf dan tarekat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Ciri-ciri Wahabi dari Sudut FIQH:

01. Kritikal dan tidak hormat terhadap mazhab-mazhab fiqh yang 4 dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud.
Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid (yang layak keluarkan hukum), muttabi yang alim tentang dalil2 terhadap sesuatu hukum) dan muqallid (mengikuti tanpa mengetahui dalilnya dan majoriti muslim sejak zaman nabi ialah muqallid) dan mencerca golongan muqallid.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furu’ yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.
Dari isu furu’ ini, mereka mengkafirkan, menghukum syirik dan bidaah kepada orang ramai.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju.
Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah
sesat, kufur, syirik, kafir dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka.
Dengan modal perkataan ‘bidaah’ inilah mereka menarik orang jahil untuk ikut gerakan mereka kerana kononnya yang tidak mengikuti mereka dianggap kufur dan bidaah.
Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi.
Sedangkan ribuan ulama lain mendefinisikan istilah bidaah secara sederhana tidak mereka terima contohnya ulama membahaskan tentang bidaah itu ada yang baik(bidaah hasanah) dan buruk(bidaah dolalah).
Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah itu hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu seperti bertahlil, berwirid beramai2 kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan
amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai sedangkan mereka langsung tak tahu bahasa arab, inilah dinamakan bodoh sombong dan jahil murokkab.

Ciri-ciri dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang sehinggakan mengkafirkan ulama atau orang yang tak sebulu dengan mereka, pengkafiran yang nyata ini jelas dapat dibaca dari kitab2 ulama mereka sendiri.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf (muslim yang hidup sejak zaman nabi hingga 300 hijrah) yang sebenar sedangkan mereka adalah gerakan bidaah yang baru wujud sebelum perang dunia pertama.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka (ahli aswj) yang menentang wahabi semuanya lemah atau telah dijawab sedangkan hakikatnya mereka tak mampu jawab dan kalau berdebat di fb atau forum, mereka akan block, padam thread atau padam komen ahli aswj yang berjaya kantoikan hujah-hujah mereka itu.
(Banyak kali sangat benda ni berlaku dan saya yakin ramai kawan2 juga kena benda yang sama.)

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam dan yang berdebat tu selalunya ahli wahabi yang jahil,bukannya belajar agama secara disiplin yang betul.
05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka sahaja seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.
Ini semua imam2 wahabi, bagi wahabi hanya perkataan mereka ini sahaja yang layak untuk didengari dan perkataan imam2 mazhab yang dekat dengan zaman nabi itu jika bercanggah dengan perkataan tokoh-tokoh di atas, maka perkataan imam mazhab yang lebih alim akan ditolak mereka kerana bagi mereka tokoh mereka lebih memahami nas al-quran dan hadis lebih dari imam mazhab walaupun mereka memahami hakikat bahawa tokoh2 mereka ni semuanya hidup di akhir zaman yang dipenuhi fitnah dajjal sedangkan para imam mazhab pula hidup di zaman salafus soleh (zaman yang dijamin sebagai zaman terbaik oleh Nabi kita sendiri), mereka seolah2 switch off akal mereka untuk memahami hakikat ini dan bertaqlid buta (mengikut secara mengkhinzir buta) kepada tokoh2 mereka sahaja.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll seperti mereka menuduh Imam Syafie, Imam Hanafi tidak memahami hadis, juga menuduh Imam Ghazali sebagai sesat dan tahyul, juga menuduh Imam Al-Asy’ari sebagai ahli bidaah yang terpengaruh dengan falsafah Yunani dan Greek.
Sedangkan mereka semua itu imam-imam besar dalam Islam yang sangat berjasa pada Islam sampai kini dan insya-allah sampai kiamat.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.
Kononnya mereka nak gabungkan semua muslim dalam satu mazhab iaitu mazhab Wahabi dan menganggap 4 mazhab ini sebagai pemecah belah umat, tapi disebabkan mereka bina mazhab baru yang kononnya untuk menyatukan umat,tapi akhirnya menjadikan umat lebih berpecah belah dan menjadikan mazhab menjadi 5 (tapi mazhab Wahabi tidak di iktiraf sebagai mazhab yang sahih dalam Islam jadi hakikatnya tetap hanya 4 mazhab yang diiktiraf walaupun pihak Wahabi cuba untuk menguasai jabatan-jabatan agama di sesebuah negara melalui politik dan cuba mempengaruhi sesuatu kerajaan itu untuk mengiktiraf fahaman sesat Wahabi.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam seperti di Arab Saudi yang sangat baik dengan eropah terutamanya USA tapi dengan orang Islam mereka menghina, mencaci, menuduh bidaah dan sebagainya, mereka layan Muslim seperti sampah dan melayan kuffar seperti raja, orang Islam dalam kesusahan mereka biarkan bahkan banyak negara muslim yang perlukan dana dan derma tapi orang kaya Arab sibuk dengan kelab bolasepak kuffar.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Mereka seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

Kalau perasan, kebanyakan hadis di internet ni di hujungnya akan tertulis “disahihkan oleh albani” atau “dinilai daif oleh albani” atau yang seumpamanya,maka ketahuilah bahawa status-status hadis itu pun menjadi ragu kerana Albani bukanlah seorang Muhaddis (pakar hadis) yang layak menilai hadis jauh sekali seorang Hafiz Hadis, beliau ialah seorang pembaiki jam dan selepas bekerja,beliau akan ke perpustakaan untuk membaca kitab-kitab hadis secara sendiri TANPA GURU.

Jadi ribuan ulama menolak beliau sebagai ulama dan ada ulama yang mengatakan bahawa dia bukan ulama hadis tapi penjenayah hadis kerana mengeluarkan pendapat sedangkan beliau bukan ahli dalam bidang itu sama seperti seorang tukang masak yang suka baca buku tentang pembedahan tiba-tiba membedah pesakit di hospital lalu pesakit itu mati, maka tukang masak itu dianggap sebagai penjenayah kerana membedah tanpa tauliah sedangkan dia cuma seorang tukang masak yang “suka membaca buku tentang pembedahan”.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pentahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

Wahabi sangat terkenal dengan jenayah kitab mereka, iaitu mengubah,menukar,mengedit kitab2 ulama yang tidak selari dengan fahaman mereka.

16/02/2018 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Hadis baca Yaasin malam Jumaat.

Hadis baca Yaasin malam Jumaat.
Imam as-Sayuthi dalam kitabnya “Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah” menulis:- Imam al-Baihaqi dalam kitab “asy-Syu`ab” telah mentakhrijkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya:- Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:- “MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)”.

Al-Ashbihani pula meriwayatkan dengan lafaz:- “MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU ( Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).

ذكر السقاف في فضل سورة يس (ص97) قال: “وعن أبي هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ سورة يس في ليلة أصبح مغفوراً له، ومن قرأ حم التي يذكر فيها الدخان في ليلة الجمعة أصبح مغفوراً له)).
رواه أبو يعلى. ورواه ابن حبان: عن جُنْدُب مرفوعاً بلفظ: ((من قرأ يس في ليلة ابتغاء وجه الله غُفِرَ له))”.
وقال في الحاشية: “حسن بالشواهد. انظره في صحيح ابن حبان (6/312)”. وكان قال قبل ذلك في حديث أبي يعلى: “حسن. رواه أبو يعلى (11/94) قال ابن كثير في تفسيره (3/570): ((إسناده جيد))” انتهى

(Ustaz Yunan A Samad)

10/02/2018 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Sekilas 30 – Kenapa Manhaj Wahabi Ditentang?

Aduhai, secara peribadi, kasihan saya melihat ratusan soalan yang diajukan pada saya mengenai, peningnya mereka melihat perbalahan mengenai wahabi ini.

Secara ringkas, saya ingin membahaskan mengenai wahabi dan manhajnya (caranya). Harap artikel ini dibaca hingga ke penghujung.

1. Manhaj Wahabi adalah satu manhaj yang menggunakan al-Quran dan Hadis semata-mata.

2. Doktrin ini nampaknya bagus tetapi ia akan mengetepikan pandangan ulama-ulama muktabar. Sebab itu akhirnya, doktrin ini akan menolak mazhab.

3. Menolak mazhab bagi orang betul-betul berilmu yang faham ayat hukum dan hadis hukum, tahu menggunakannya akan menyebabkan seseorang itu terselamat dari tafsiran yang salah.

4. Jika seseorang itu orang awam, yang baru berjinak-jinak dengan agama, akan mendedahkannya tersalah di dalam tafsiran sesuatu hukum. Kadang-kala, baca ayat hukum pun dari buku-buku terjemahan.

5. Jika dia menolak tafsiran hukum dari Imam-Imam besar seperti Imam al-Syafie, dan dia pula berminat dengan tafsiran hukum ustaz barunya ini, akhirnya, dia akan kurang berminat dengan pandangan ulama muktabar, dan akan menggunakan pandangan ustaz itu sendiri.

6. Ia akan mewujudkan mazhab baru apabila, ustaz baru itu sebagai pegangan mazhabnya. Doktrin ini akan menolak tafsiran dari ulama muktabar dan akan memakai tafsiran sendiri atau tafsiran ustaz itu sendiri di dalam sesuatu hukum.

7. Kenapa tok-tok guru kita sangat menentang doktrin ini.
8. Ini kerana, jika manhaj ini dibuat di dalam membahaskan ilmu fekah, hukum hakam, tidak mengapa. Tetapi, apabila manhaj ini dipakai untuk membahaskan soal akidah, ia sangat merbahaya.

9. Ia akan mendedahkan orang awam mentafsir mengenai ketuhanan dengan sendiri.

10. Kadang-kala, ia menjadikan pentafsir itu menjisimkan Allah.

11. Kita berbalik dengan perbahasan wahabi ini. Untuk mengetahui sejarah dan sebagainya, pembaca boleh menelusuri blog-blog yang ada. Saya hanya mahu membahaskan satu sudut yang jarang dibahaskan iaitu manhaj (cara) wahabi di dalam mengeluarkan hukum.

12. Manhaj semata-mata memakai al-Quran dan hadis ini yang didoktirnkan. Tetapi, tidak semua orang yang menggunakan kaedah ini adalah orang wahabi. Ada beberapa golongan orang di dalam hal ini.
1. Peminat manhaj (cara) wahabi. Dia bukan wahabi, tetapi peminat manhaj (cara).

Biasanya, ada tiga jenis golongan.
i. Golongan pertama ialah seseroang yang apabila dia belajar agama sampai satu tahap yang tinggi dan sudah faham perjalanan bagaimana sesuatu hukum itu dikeluarkan maka dia akan berminat dengan manhaj (cara) ini. Kebiasaannya, orang yang menjadi peminat manhaj wahabi ialah orang yang bukan dari aliran syariah (hukum hakam). Biasanya dari aliran-aliran lain (Bahasa Arab/ Usuluddin). Tetapi saya tidak menafikan, ada juga sesetengah golongan syariah yang meminati manhaj ini, tetapi bilangannya tidak seramai dari bidang lainnya.
ii. Orang awam yang baru ingin memahami Islam dan berguru dengan cara ini. Ia akan menjadi orang ikut-ikut juga. Orang macam ini, di mana pun, sama. Dia akan mengikut guru yang mengajarnya. Kebetulan, jika guru yang mengajarnya itu berhemah, maka dia akan menjadi orang berhemah. Jika guru itu jenis yang suka memperlecehkan orang lain, maka dia pasti akan terikut dengan cara ini.
iii. golongan ketiga adalah golonga yang kecewa dengan ustaz-ustaz lama ini, yang membawa pendekatan kudus, tidak boleh ditegur, suka marah-marah dan sebagainya. Kita tidak nafikan terdapat kelemahan ustaz-ustaz lama yang kadang-kala pandangannya itu ada kepentingan dan sebagainya. Apabila golongan ketiga ini bertemu dengan ustaz yang boleh membidas, dia tidak jumpa pula ustaz yang betul-betul membimbingnya, maka dia akan menjadi peminat manhaj ini. Biasanya golongan ini terdiri dari orang terpelajar yang bukan dari aliran agama. Ustaz lama pula tidak membuka ruang untuk bertanya, jadi, perasaan ingin tahu itu meluap-luap dan apabila bertemu dengan peminat manhaj wahabi ini, dia akan berminat.

Golongan pertama boleh terselamat dari kesesatan kerana ia faham dan telah tahu banyak hukum hakam ini. Tetapi golongan kedua dan ketiga, boleh terdedah dengan kesalahan di dalam mentafsir al-Quran dan Hadis. Ini kerana, kaedah yang dibawa ialah, rujuk pada al-Quran dan hadis semata-mata.

Golongan kedua dan ketiga, jika tidak belajar secara sistematik, akan menjadi orang yang tidak berpegang dengan mazhab muktabar, tetapi nanti akan menjadi orang yang berpegang dengan mazhab ustaz yang menjadi rujukannya itu. Ustaz itu yang akan menjadi rujukan hukum baginya.

2. Pemegang Wahabi.
Kenapa ulama-ulama kita ada sampai ada yang berfatwa mengatakan wahabi bukan dari ahli sunnah wal Jemaah. Ia terjadi apabila doktrin tidak berminat dengan tafsiran ulama muktabar dibawa kepada bab akidah.
Bagi manhaj Wahabi yang hanya menggunakan al-Quran dah hadis, apabila membahaskan ayat-ayat mengenai zat Allah, ia akan menjadikan seseorang itu sampai tahap menjisimkan Allah.

Mengatakan Allah itu ada tangan seperti tangan kita, Allah itu duduk seperti duduk kita.

Ia yang membezakannya dengan akidah Ahli Sunnah. Ahli Sunnah tidak menjisimkan Allah. Kerana di dalam Ahli Sunnah, ada pengajian yang menekankan bahawa Allah tidak sama dengan makhluk.
**(bagi kita yang kurang mahir dalam bahasa Arab, boleh rujuk buku I’tikad Ahlisunnah Wal-Jamaah oleh K.H Sirajuddin Abbas)

Di dalam bab akidah, ahli Sunnah telah menggariskan beberapa dasar. Antaranya ialah Allah itu tidak akan sama dengan makhluk
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat (surah al-Syura ayat 11)

Jadi, peperangan yang sebenar antara wahabi dengan ahli sunnah bukan sebab qunut atau talkin. Itu hanya bab hukum hakam. Ia apabila sudah mula membahaskan bab akidah.

Kenapa Kategori Pertama (Peminat Wahabi) Juga Ditentang Di Malaysia?
Kerana, rakyat di Malaysia tidak ramai yang mengetahui apa itu wahabi. Jadi, jika manhaj wahabi disebarkan, ditakuti, bermula dengan hukum hakam, ia akan mula membahaskan bab akidah.
Ini kerana, peminat wahabi akan mendoktrinkan agar kita berpegang dengan al-Quran dan hadis semata-mata. Tidak perlu memakai pandangan ulama dalam mazhab dan sebagainya. Persoalannya, jika seorang itu tidak faham apa makna hadis itu, tafsiran siapa yang akan dipakai?

Sudah tentu dia akan merujuk kepada tafisiran sendiri atau ustaznya itu sahaja.

Maka, oleh kerana tafsiran ustaz itu sendiri yang dipakai, ia akan mendedahkan kepada bahaya. Jika ustaz itu memang ilmunya tinggi, tidak menjadi masalah, tetapi, jika ustaz yang mendoktrinkan manhaj (cara) wahabi ini, ilmunya tidak berapa tinggi, ia akan mendedahkan kepadanya kesilapan tafsiran hukum yang kemudian akan diikuti oleh muridnya.

Apa jalan keluarnya ?

Jalan keluarnya, belajar agama perlu berguru dengan manhaj (cara) yang betul. Kita belajar agama bukan untuk tunjuk kita alim. Kita belajar kerana nak menghampirkan diri pada Allah. Bergurulah. Jangan ketepikan tafsiran ulama muktabar di dalam sesuatu hukum.

Belajar dengan manhaj (cara) ahli Sunnah iaitu, hukum itu dikeluarkan dengan melihat kepada al-Quran, hadis, Ijmak ulama dan kias.

Selepas itu, kaedah lain seperti masalih al-Mursalah (melihat kebaikan), sad al-Zara’ik (menghalang keburukan) dan sebagainya.

Jika semata-mata al-Quran dan hadis, ditakuti terdedah dengan kesilapan di dalam mentafsir sesebuah hukum.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa :-
Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (surah an-Nisa ayat 59)

Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa:-
Dan tidak ada selain ulama’ yang tahu bagaimana untuk balik pada al-Kitab dan al-Sunnah, maka berdasarkan perkara ini, bertanya sesuatu persoalan pada ulama’ itu hukumnya wajib.

Harapan saya

Saya mengharapkan, semua orang di Malaysia ini akan semakin matang di dalam pengajian agama. Tahu al-Quran dan hadis dengan manhaj (cara) yang betul.
Bagi para ustaz, ajar orang ramai juga merujuk kepada kitab-kitab. Buka orang awam untuk perbahasan ilmu.

Bagi ustaz yang gemar pada perbincangan, jaga adab di dalam berbincang dan adab di dalam berselisah pendapat. Jangan pula kita mengatakan, kita sahaja betul dan orang lain salah. Selagi mana ada dalil dan hujjah kita perlu berlapang dada dengan perselisihan ini.

Jangan sampai perselisihan dengan emosi menyebabkan masyarakat lagi huru hara.

Bagi masyarakat, perbalahan antara ulama di Malaysia sekarang ini adalah ibarat perbalahan ibu bapa. Jika kita tidak boleh mengikuti dengan baik, bersabar dan tenang.
Ketika tengah panas, semua akan saling salah menyalahkan. Doakan yang terbaik untuk semua. Yang penting, akhirnya, biar semua kembali kepada Allah dengan mencari keredhaannya.
Semoga Allah terus memelihara kita semua dari perkara yang mengundang kemurkaannya, amin…

Ustaz Yunan A Samad

08/02/2018 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Sembahyang Sunat Selepas Isyak .

Sembahyang Sunat Selepas Isyak
Allah maha kaya, walaupun kita melakukan ibadat yang sedikit, tetapi Allah memberi bonus yang banyak. Solat Sunat 4 rakaat lepas isya’ diberi pahala seperti pahala sembahyang pada malam lailatulqadar.

Sembahyang 4 rakaat ini dilakukan secara 2-2 rakaat iaitu 2 salam. 2 rakaat solah sunat lepas fardhu isya’ dan 2 lagi rakaat selepas sembahyang witir. Biasanya nabi melakukan 2 rakaat secara berdiri dan 2 lagi secara duduk (walaupun tiada keuzuran). Semasa solat sunat sambil duduk, kadang-kadang nabi bangun berdiri apabila hendak rukuk.

Adapun pada 2 rakaat sesudah solat Witir, beliau biasanya membaca surah Zalzalah dan Surah A-Kafiruun. (HR Ahmad, Ibnu Nashr, Thahawi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dengan sanad hasan shahih).

Ummu Salamah ra menerangkan, “Bahawasanya Nabi pernah mengerjakan 2 rakaat lagi sesudah witir.”[HR at-Turmudzi dan disahihkan oleh ad Daruthny]

Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Majah terdapat perkataan, “sedang Nabi mengerjakan sembahyang itu sambil duduk.”

Dari Aisyah ra, “Bahawa Rasulullah saw menguc ap salam sampai kita dapat mendengarnya, lalu bersembahyang 2 rakaat lagi sehabis bersalam tadi sambil duduk.”[HR Muslim]

Sembahyang sunat 4 rakaat selepas fardhu Isyak diberi pahala sama seperti pahala malam Lailatul Qadar:

Kata Anas r.a (Rasulullah saw bersabda) solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya, seakan telah disamakan dengan malam Lailatul Qadar, demikian juga dari Siti Aisyah r.a yang dikeluarkan oleh Al Baihaqi (Khazinatul Asrar 1/27)

Malam Lailatul Qadar, adalah malam yang berkedudukan tinggi. Solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya’ berkedudukan tinggi, seperti malam Lailatul Qadar, tetapi mungkin ia tidak sama dengan mereka yang mendapat penjelmaan malam Lailatul Qadar, kerana ia lebih besar.

Di sini terdapat 2 perkara (1) malam Lailatul Qadar, dan (2) mereka yang mendapat malam Lailatul Qadar.

Dari Abi Umamah r.a sabda Rasulullah saw, sesiapa mengerjakan solah Isya’ berjemaah, ia telah dapat (pahala) sebahagian dari Lailatul Qadar (Jame’ Saghir 2/616)

(Nota Kuliah Tuan Guru Maulana Syed Noor Muhammad Syed)

(Sumber: Nasbun Nurain)

07/02/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | 4 Comments

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami

Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami
TUJUAN

Garis Panduan Ber`iddah Bagi Wanita Yang Bercerai atau Kematian Suami disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dalam kalangan wanita berkaitan batas hukum dan adab semasa berada dalam tempoh `iddah menurut tuntutan syarak.

PENDAHULUAN

2. Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap telah menyusun secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan nikah, cerai dan rujuk sebagai satu panduan hukum yang wajib dipatuhi oleh umat Islam.Bagi isu yang melibatkan perceraian, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian seperti nafkah `iddah, mut`ah, hak penjagaan anak dan pembahagian harta sepencarian. Selain daripada itu, satu lagi perkara penting bagi seorang isteri yang diceraikan ialah tempoh `iddah yang wajib ditempuh oleh mereka.

3. Dalam perkara ini, `iddah turut tidak terkecuali bagi seorang wanita yang kematian suami dan Islam menetapkan bahawa mereka wajib menempuh tempoh `iddah tertentu dan berkabung atas kematian tersebut.

4. Dengan berlakunya peredaran masa dan zaman, wanita Islam yang berada dalam tempoh `iddah sering berhadapan dengan pelbagai persoalan yang memerlukan penjelasan terperinci khususnya dalam hal yang melibatkan batas hukum dan adab bagi seorang wanita ber`iddah atau berkabung. Tambahan pula, dengan tuntutan kerjaya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, ia turut memberi impak dan cabaran terhadap cara dan gaya hidup masyarakat. Dibimbangi, sekiranya tidak dibimbing dan dipandu dengan sebaiknya, masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita tidak dapat memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam, bahkan menganggapnya sebagai perkara remeh dan menyusahkan.

KANDUNGAN GARIS PANDUAN

5. Garis panduan ini memberi penjelasan mengenai batas hukum yang perlu dipatuhi oleh seorang wanita yang sedang berada dalam tempoh `iddah supaya kehidupan mereka sepanjang tempoh tersebut selari dengan tuntutan Islam dan mengelakkan berlakunya sebarang fitnah serta tohmahan yang tidak diingini. Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara seperti yang berikut:

a. Tafsiran.

b. Hukum `iddah dan berkabung.

c. Dalil-dalil pensyariatan `iddah.

d. Dalil-dalil pensyariatan berkabung.

e. Hikmah `iddah.

f. Jenis dan tempoh `iddah.

g. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak raj`ie.

h. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak ba’in.

i. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah kematian suami.

j. Kesimpulan.

Tafsiran

Tafsiran bagi beberapa istilah yang berkaitan dengan garis panduan ini ialah seperti yang berikut:

i. Ajnabi
Tidak mempunyai hubungan kerabat. Orang asing.

ii. Berkabung (Ihdad)
Meninggalkan perhiasan dan seumpamanya bagi wanita yang sedang ber`iddah kerana kematian suami.

iii. Fasakh
Pembubaran perkahwinandengan kuasa pihak pemerintah.

iv. `Iddah
Tempoh tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.

v. Istihadhah
Darah yang mengalir daripada faraj wanita dan ia bukan darah haid atau nifas.

vi. Mut`ah
Pemberian sagu hati oleh suami kepada isteri yang diceraikan.

vii. Rujuk
Suami kembali semula kepada isteri yang diceraikan bukan secara talak ba’in, tanpa memerlukan kepada akad baharu.

viii. Suami Hilang (Mafqud)
Terputus hubungan dengan suami dan tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati.
ix. Talak Raj`ie
Talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh `iddah.

x. Talak Ba’in
Talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu. Talak ba’in terbahagi kepada dua iaitu ba’in baynunah sughra dan ba’in baynunah kubra.
Ba’in baynunah sughraialah perceraian yang berlaku sebelum berlaku persetubuhan sama ada secara talak satu atau dua.
Ba’in baynunah kubraialah perceraian secara talak tiga dan suami tidak boleh kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali selepas isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain.

Hukum `Iddah dan Berkabung

i. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.

ii. Hukum berkabung menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang kematian suami.

Dalil-Dalil Pensyariatan `Iddah

Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang mensyariatkan kewajipan `iddah. Antara dalil-dalil tersebut ialah:

i. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

ii. Dalam Surah al-Talaq ayat 1, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan `iddahnya, dan hitunglah masa `iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (yang lain).

iii. Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 4 yang bermaksud:

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka) maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga `iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

iv. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya yang bermaksud:

Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.

Dalil-Dalil Pensyariatan Berkabung

Terdapat beberapa dalil daripada hadith Nabi SAW yang mensyariatkan kewajipan berkabung. Antara dalil-dalil tersebut ialah:

i. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari.

ii. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ummu `Atiyyah r.a., katanya yang bermaksud:

Kami dilarang berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali berkabung atas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Kami dilarang bercelak mata, dilarang memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berwarna-warni…

iii. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Nasa’ie bermaksud:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung kerana kematian lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suami, mereka tidak boleh bercelak mata, tidak boleh berinai dan memakai pakaian berwarna-warni.

Hikmah `Iddah

Terdapat beberapa hikmah pensyariatan `iddah kepada wanita Islam. Antara hikmah tersebut ialah:

i. Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.

ii. Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.

iii. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.

Jenis dan Tempoh `Iddah

Secara keseluruhannya, sebab wajib `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu `iddah disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami. Setiap bahagian `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh `iddah yang perlu ditempoh sama ada panjang atau pendek. Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

i. `Iddah dengan kiraan suci (quru’);
ii. `Iddah dengan kiraan bulan; dan
iii. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.

Perincian berhubung jenis dan tempoh `iddah adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Jenis dan Tempoh `Iddah
BIL

JENIS `IDDAH
ADA HAID / TIADA HAID/
SEDANG MENGANDUNG
TEMPOH `IDDAH[1]
KETERANGAN
i.
Bercerai talak raj`ie/ba’in
Ada haid
Tiga kali suci
a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.
b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat apabila datang haid yang keempat.
ii.
Bercerai talak raj`ie/ba’in
Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain)
Tiga bulan

iii.
Bercerai talak raj`ie/ba’in
Sedang mengandung
Sehingga bersalin atau kandungan gugur
Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
iv.
Bercerai talak raj`ie/ba’in dan belum pernah disetubuhi

Ada haid atau tiada haid
Tiada `iddah

v.
Bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah
a. Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya.

b. Haid tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah.
Tiga kali suci

Tiga bulan

vi.
Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak raj`ie dan tidak mengandung
Ada haid atau tiada haid
Empat bulan sepuluh hari
Kiraan `iddah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat.

vii.
Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandung
Ada haid atau tiada haid
Tiga kali suci atau tiga bulan
Kekal `iddah talak ba’in sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddah tidak bertukar kepada `iddah kematian suami.
viii.
Kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung
Ada haid atau tiada haid

Empat bulan sepuluh hari
Wanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddah, tetapi juga wajib berkabung.

ix.
Kematian suami
Sedang mengandung
Sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur
Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.
x.
Suami hilang
Ada haid, tiada haid atau sedang mengandung
Isteri wajib menunggu selama empat tahun. Selepas tempoh tersebut, isteri wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.
Bagi kes suami hilang, isteri boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh.

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Raj`ie

Wanita yang sedang menjalani `iddah talak raj`ie mempunyai batas hukum yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Ini kerana hubungan atau pertalian perkahwinan antara suami isteri yang bercerai secara talak raj`ie masih wujud. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:

i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.

iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Talak ayat 1 yang bermaksud:

…Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…

Namun, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.

v. Tidak boleh berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba’in

Bagi wanita yang sedang menjalani `iddah talak ba’in, mereka juga mempunyai batas hukum tertentu sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh mereka ialah:

i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Termasuk dalam larangan keluar rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat fardu haji. Justeru dalam hal ini, keluar rumah tanpa keperluan yang penting dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.

iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana, sepanjang tempoh `iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih berkewajipan menyediakan tempat tinggalnya dandilarang daripada menghalau keluar isteri yang diceraikan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.

v. Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiatdan kerosakan serta membawa kepada fitnah.

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami

i. Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:

a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.

d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.

e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:

i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang;

ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;

iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan

iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.

ii. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.

iii. Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.

KESIMPULAN

Islam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa mereka masih berada dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terbubarnya perkahwinan tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah pasti terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang disyariatkan oleh Islam yang mungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia. Begitu juga dengan pensyariatan `iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita. Justeru, sebagai hamba-Nya yang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat terhadap tuntutan tersebut tanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang berkeluh-kesah. Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu merupakan satu tanda pengabdian diri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung.

Dalam era wanita Malaysia yang berkerjaya, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat juga tidak kurang pentingnya. Mereka perlu sentiasa dididik dan diberi kesedaran supaya dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung serta membantu mereka agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ini penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini, perkara-perkara yang ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya mengelakkan berlakunya fitnah, tohmahan dan unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung.

PENUTUP

Garis panduan ini diharap dapat memberikan panduan kepada masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita Islam yang sedang menjalani tempoh `iddah dan berkabung supaya dapat melalui detik-detik tersebut dengan lebih mudah dan tenang. Ia juga diharap dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung menurut tuntutan Islam yang sebenar.

RUJUKAN

TERJEMAHAN AL-QURAN

Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cet. 12. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

KAMUS

Muhammad Rawas QalÑah Ji.2006. MuÑjam Lughah al-Fuqaha’.Cet. 1. Beirut: Dar al-Nafa’is.

BAHASA ARAB

`Abd al-Karim Zaidan. 2000. Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bait al-Muslim fi al-Shari`ah al-Islamiyyah. Juz. 9. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Ibn al-Jauzi, Imam Jalal al-Din Abi al-Farj. 1998. Ahkam al-Nisa’. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.

Saleh bin ÑAbd al-ÑAziz bin Muhammad bin Ibrahim. 2000.MawsuÑah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. Cet. 3. Arab Saudi: Dar al-Salam.

Wahbah al-Zuhaily. 1997.Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Juz. 9. Beirut: Dar al-Fikr.

Wazarah al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah.1993. Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah.Juz. 2. Kuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.

__________________________________________. Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah.Juz. 29. Kuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.

AKTA

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). 2005. Petaling Jaya: International Book Services.

[1]Bagi `iddah dengan kiraan bulan, pengiraannya adalah berdasarkan kalendar hijrah dan bukannya mengikut kalendar masihi.

Kemaskini Terakhir: 02 Disember 2015
Hits: 168891

07/02/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

BRAIN WASH WAHABI: Apakah kesudahannya??

BRAIN WASH WAHABI: Apakah kesudahannya??
1) Dr. Fathu Bari menimbulkan kekeliruan dengan mempersoalkan orang awam, daripada mana sifat 20 dan bagaimana boleh wujud sifat 20.
2) Maulana Fakhrurazi mempersoal orang awam bilakah mereka mendaftar diri dalam mazhab Syafie dan kitab apa yang mereka pelajari untuk mendakwa sebagai pengikut mazhab Syafie.
3) Dr. Maza mengelirukan orang awam dengan menyatakan setiap ibadah mesti diketahui dalil dan menilai mazhab mana yang lebih tepat menetapkan hukum.
4) Dr. Rozaimi mengadakan bengkel takhrij hadith terbuka untuk orang awam bahkan ada yang tidak memahami bahasa arab dan melepasi ilmu fardhu ain.

>> Apa yang kami lihat, Wahabi zaman sekarang agak ghairah ingin istidlal hukum dan menjadi MUJTAHID dengan fatwa-fatwa yang ganjil.

Keghairahan ini melupakan mereka bahawa ilmu agama itu ada dua iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

* Bagi orang awam, sudah memadai mendalami Fardhu Ain kerana mereka telah memenuhi Fardhu Kifayah yang lain seperti doktor, engineer, ahli sains, guru dan lain-lain.
* Manakala, Fardhu Kifayah dalam mendalami ilmu agama adalah ditanggung oleh para ustaz dan ulama.
* orang awam beramal TIDAK PERLU mengetahui dalil khusus kerana MEMADAI bagi mereka mengikuti apa yang diajarkan oleh para ustaz
– seperti mana pesakit TIDAK PERLU mengetahui bagaimana cara buat ubat dan cara mengetahui punca penyakit kerana MEMADAI bagi mereka mengikuti apa yang dinasihatkan oleh para doktor

KINI,
Wahabi menyebarkan brain wash kepada orang awam agar:
– mencari sendiri dalil setiap amalan
– menilai sendiri setiap darjat hadis
– merajiihkan sendiri pendapat ulama dalam hal khilafiah
– menolak sendiri setiap ijtihad yang bagi mereka tidak tepat dengan hukum syarak.
Adakah orang awam MAMPU??
~ sudah tentu tidak!
~ maka jalan penyelesaian yang diambil oleh orang awam ialah bertanya kepada Wahabi melalui FB dan merujuk Syeikh Google.

Kesimpulannya,
○ orang awam itu tetap orang awam.
○ melepaskan diri dari Taklid (mengikut) mazhab Syafie, kemudian bertaklid buta kepada Wahabi.
Maka,
♢ apabila ditanya Wahabi itu mazhab atau tidak.
♢ pada realitinya Wahabi bukan mazhab kerana mereka menghancurkan mazhab muktabar.
♢ namun, pada hakikatnya mereka sedang menarik orang awam kepada mazhab/fahaman mereka yang tersendirI iaitu mazhab kelima akhir zaman yang bernama:
– MAZHAB BAGI ORANG YANG TIDAK BERMAZHAB atau
-MAZHAB BERAGAMA MELALUI PEMIKIRAN WAHABI.

JELASLAH, sesiapa yang mengikuti Wahabi ia sebenarnya telah ditipu dengan Brain Wash yang penuh dengan tipu daya dan logik akal..

WAHABI ITU PEMBOHONG DAN FITNAH AKHIR ZAMAN
WAHABI dahulunya terorisme.
WAHABI sekarangnya:
– terorisme (IS)
– liberalisme (Maza)
– literalisme (bab aqidah dan bidaah)
– labelisme (kerap melabel orang sebagai Syiah dan Ahbash)
– radikalisme
“WAHABI Malaysia adalah pengganas dunia ilmu”

Disediakan oleh: Hafiz Al Za’farani (HAZA)

03/02/2018 Posted by | wahabi | Leave a comment