Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Bangkit lah Wahai Umat Islam

“Biarkan anjing anjing itu bercakaran sesama sendiri.Supaya di atas kehancuran mereka kita akan bertahta kembali

Ini lah kata kata seorang paderi kristian terhadap kekecohan yang berlaku di kalangan umat Islam setelah kristian di Barat kalah di tangan Islam suatu masa dulu.Sejarah pahit yang tidak bolih di lupakan kedua dua pihak.

Kini ternyata kristian memang telah bangkit dan menguasai Dunia hari ini.

Senario Politik di Malaysia mirip kepada peristiwa ini.Sekiranya umat Islam masih mahu bercakaran dan tidak mahu bersatu, tidak mustahil MUSUH dan kuncu kuncu nya akan terus berjaya menguasai Malaysia dan merealisasikan impian mereka untuk terus menjadikan Malaysia negara sekular dan seterusnya Islam pasti terpinggir. 

JANGAN BIARKAN MALAYSIA DI JAJAH SEMULA.

Advertisements

31 August 2009 Posted by | Renungan & Teladan | 1 Comment

>Ajaran Islam Tegas bukan Keras

>

ISLAM KUASA ALAM

Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum.Tegas menyampaikannya atau memperkatakan dan gigih memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekali pun.Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas.

Kebanyakkan umat Islam terutama orang politik, para pejuang dan pendakwah pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya, sama saja dengan orang lain.Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum hukumnya.Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan cuai.

Di dalam menyampaikan Islam dia mengata, mengumpat dan menuduh kepada golongan golongan yang tertentu,Ada kalanya hingga sampai maki hamun, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akhlaknya rosak, maruahnya tidak di jaga,Mereka menyangka cara itu dikatakan tegas.

Sebenarnya sikap mereka bukan tegas tapi keras.Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam.Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri.Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta Keluarga.Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum hakam.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip.

Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras memperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramai jadi benci dengan Islam.Lebih lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam.Melihat peribadi para pejuang dan para da’i serta Keluarga mereka, Islam itu tidak ada didalam diri mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran.Keindahan Islam tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.

31 August 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>Ambil kesempatan Ramadhan ini untuk muhasabah solat kita

>

Kita sembahyang sudah bertahun tahun.Adakah betul sembahyang kita itu?

Mari periksa sembahyang kita di SINI

27 August 2009 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

>MOHON AMPUN TUTUP KEAIBAN DOSA DARIPADA TERDEDAH

>

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Thu Apr 30, 09 4:54:51 pm MYT


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?” (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan.

Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang ‘ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT.

Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram.

Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian ingat kepada Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang ‘ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindung daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf.

Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut ‘Astaghfirullah’ atau ‘Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin’ atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya.

Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.

Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya.

Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun.” (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: “Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar).” (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain.

Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur.

Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar tarik perhatian manusia.

Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: “Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim” Yang bermaksud: “Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi “Ighfirli”, tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian.

Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut ‘Subhanallah’ dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut ‘Subhanallah’ yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu.

Sebut berulangkali ‘Subhanallah’ Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid. – lanh _

24 August 2009 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

>Jadikanlah Ramadhan ini titik tolak untuk kita ambil kira tentang apa yang kita makan

>

Al Quran yang diturunkan kepada umat Islam menyatakan beberapa larangan, dengan mengarahkan mereka supaya membuat pilihan dengan teliti dan bijak serta memakan makanan yang baik dan berkhasiat.

Dalam memilih maknan dan minuman, Islam telah menetapkan tiga garis panduan yang penting iaitu:

  • Sama ada makanan itu diharamkan Allah
  • Sama ada makanan itu diperolehi secara halal atau haram
  • Sama ada bahan itu boleh memudaratkan kesihatan

Justeru, pengambilan makanan dan minuman yang diharamkan dalam Islam akan meninggalkan kesan buruk ke atas aspek aspek kesihatan, kerohanian dan perkembangan fizikal seseorang individu. Terdapat beberapa faktor yang menentukan status halal haram makanan tertentu.Ini termasuk sifat semula jadi makanan, bagaimana ia di hasilkan, di proses, di edarkan dan bagaimana di perolihi. Misalnya, sebarang produk daripada sumber babi di anggap haram kerana bahan tersebut adalah haram. Begitu juga, daging daripada binatang yang tidak di sembelih mengikut hukum syarak adalah haram. Makanan yang di curi atau tidak diperolihi mengikut hukum syarak juga haram. Makanan dan minuman yang beracun atau memabukkan adalah haram kerana bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan. Islam menggariskan beberapa garis panduan umum mengenai perkara ini ia itu:-

  • Semua bahan mentah dan rumusan mesti halal
  • Binatang yang halal untuk makan saperti lembu mestilah di sembelih mengikut hukum Islam, yang mana penyembelihan nya itu di lakukan oleh seorang Islam yang waras akal fikirannya, dengan memotong urat leher binatang sembelihan hingga putus, dengan menggunakan benda tajam saperti psau. Perkataan “Bismillah” perlu disebut ketika sembelih.
  • Bahan ramuan halal tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan bahan haram saperti produk daripada babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.

Sumber:Panduan CAP.

19 August 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

MISCONCEPTION


Muslims are violent, terrorists and/or extremists. This is the biggest misconception in Islam, no doubt resulting from the constant stereotyping and bashing the media gives Islam. When a gunman attacks a mosque in the name of Judaism, a Catholic IR guerrilla sets off a bomb in an urban area, or Serbian Orthodox militiamen rape and kill innocent Muslim civilians, these acts are not used to stereotype an entire faith.

Never are these acts attributed to the religion of the perpetrators. Yet how many times have we heard the words ‘Islamic, Muslim fundamentalist. etc.’ linked with violence. Politics in so called “Muslim countries” may or may not have any Islamic basis. Often dictators and politicians will use the name of Islam for their own purposes.
One should remember to go to the source of Islam and separate what the true religion of Islam says from what is portrayed in the media. Islam literally means ‘submission to God’ and is derived from a root word meaning ‘peace’. Islam may seem exotic or even extreme in the modern world.
Perhaps this is because religion doesn’t dominate everyday life in the West, whereas Islam is considered a ‘way of life’ for Muslims and they make no division between secular and sacred in their lives. Like Christianity, Islam permits fighting in self-defense, in defense of religion, or on the part of those who have been expelled forcibly from their homes. It lays down strict rules of combat which include prohibitions against harming civilians and against destroying crops, trees and livestock.
NOWHERE DOES ISLAM ENJOIN THE KILLING OF INNOCENTS. The Quran says: “Fight in the cause of God against those who fight you, but do not transgress limits. God does not love transgressors.” (Quran 2:190) “If they seek peace, then seek you peace. And trust in God for He is the One that heareth and knoweth all things.” (Quran 8:61)
War, therefore, is the last resort, and is subject to the rigorous conditions laid down by the sacred law. The term ‘jihad’ literally means ‘struggle’. Muslims believe that there are two kinds of jihad. The other ‘jihad’ is the inner struggle of the soul which everyone wages against egotistic desires for the sake of attaining inner peace.

Source: Minda Mujahid

18 August 2009 Posted by | Articles in English | Leave a comment

In search of God through His creation

None of God’s creations go to waste. Everything has a reason, everything has its usefulness, everything has its purpose. Leaving up to all human beings to search for its reasons, usefulness and its wisdom

God laid down the earth and created everything in it not for simply for human beings to live, reproduce and making use of all the wealth He provides. What’s important is for us to witness and observe physically His creations. These are the vital and solid proof of His existence and one of the reasons as well, why God created the universe.

Human beings are capable of looking at not only the world of syahadah or physical world but various other worlds as well. World is an indication or signs of God’s existence. Everything that God creates is considered as world or alam, anything besides God is world or alam. There are only two existence either God, the Creator or His creations (alam/world). The world exists indicating there is God,the Creator.

Majority of human beings simply look but not really seeing anything. Even though they manage to look at pysical things,they are not able to relate the world with God. Their sight could access only the first level. They are not able to to see or understand the wisdom of God’s creations. Their views are somehow overshadowed or restricted, like a beautiful painting, they are engrossed and overwhelmingly praising its beauty and wanting to be its owner but it did not cross their mind to find out who’s the painter.

Another similar situation when one is served with good and tasty meal, one feels like eating up the whole serving and it did not cross the mind who’s the person capable of cooking the delicious meal.

Human beings, in actual fact are able to see things through:

1. With the normal eye sight
2. With the ‘eyes’ of the mind – intellectual mind
3. With the ‘eyes’ of the heart or soul – spiritual mind

Seldom there exists in any individual these three ‘visions’. If someone sees the deep and thick forest, what he sees with his eyes are what he would describe, a thick ,lush green forest, a beautiful scenery.
If he sees with his intelectual mind, he would be see the timber and various types of wood which could generate wealth.
If he sees with his spiritual mind, he would be able to see the Greatness and Supremacy of God and all the wisdom associated with the creations of the forest.

Deep in his heart he would sense the Greatness of God. If someone looks at the ocean, physically what he sees is the vast and wide colection of blue water together with the high waves continuously thumping the beach or coastline.
If he looks with his intellectual mind, he would see the fish inside the ocean, ready to be caught for immediate sale to the customers.
If he looks with his spiritual mind, he would see and feel the Supremacy of God and His wisdom in creating the wide and deep ocean where not a single human being would know the various secrets hidden at the base of the ocean. One would then feel how tiny/dwarf he is towards God.

Those looking at the face of the earth, what he would see would be the earth, pebbles, stones and rocks. Those looking with their intellectual minds would be able to see richness of the earth consisting of the oil, gold, diamonds and various types of minerals hidden inside and right into the center of the earth
Those looking with their spiritual minds would be able to see the actions of God the All Mighty who has laid down the earth for all the human beings to live and devote themselves to God. Deep in their heart they would feel how kind and merciful God is. Even so, most human beings are heartless and what they see are the benefits giving them the worldly pleasures, fulfilling their desires.They are inspired by the worldly values attached to each of God’s creations.

They are unable to relate God behind each of His creations. The existence of the world is not bringing them to God. They are unable to see and feel with their heart as they are heartless, their soul are dead, unable to function as it should. They are not inspired towards the Hereafter and Heaven. Neither is there fear of Hell and God seems to have no role in their lives.

They could not feel the existence of God and even if they know God exists, it’s simply a knowledge, not a belief or faith. Hence, God is not a priority, there is no godly feeling in their hearts and they’re unable to feel they are God’s servants.

Source: Minda Mujahid

16 August 2009 Posted by | Articles in English | Leave a comment

Pendengki nya orang Melayu

KATA Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani:

“Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu kepada apa yang telah diberikan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa dengki? Jika kamu dengkikan dia kerana bimbangkan bahagian kamu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah diberikan kepada kamu, tidak akan lesap ke tangan orang lain.”

Pada hakikatnya dengki ialah rasa kurang senang seseorang terhadap kelebihan yang dinikmati oleh orang lain. Seseorang yang jiwanya dikuasai sifat ini, sanggup berusaha untuk memusnahkan, kemewahan, kebahagiaan yang dinikmati oleh saudara mara, sahabat ataupun jiran.

Sejarah bangsa Melayu banyak membuktikan hasad dengki sesama sendiri sentiasa berputik. Dalam sejarah Islam juga membuktikan bahawa hasad dengki dan iri hati itu membawa kepada kejadian pembunuhan pertama dalam peradaban manusia.

Dalam teks Sejarah Melayu memaparkan perjanjian di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Perjanjian itu untuk mengelakkan permusuhan serta zalim-menzalimi antara pihak istana dengan rakyat keseluruhannya.

Bagaimanapun perjanjian itu tidak dituruti hingga membawa kemusnahan kepada kerajaan dan kerugian terhadap rakyat. Bermacam-macam peristiwa digambarkan dengan jelas mengenai kezaliman, hasad dengki, dendam dan fitnah oleh golongan tertentu yang membawa kerugian rakyat dan kerajaan.

Golongan yang berasa iri hati di atas kerajaan, kebolehan, dan kepintaran orang lain telah berusaha memfitnahkan agar mereka disanjungi oleh raja kerana kepintarannya, menerima hukuman bunuh atau sesuatu tindakan.

Inilah Melayu bangsaku…

Dalam, ‘Peristiwa todak menyerang Singapura’, Sejarah Melayu menyebut:

Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya. Paduka Seri Maharaja kemudiannya telah menitahkan supaya rakyat berkubukan betis bagi mengelak serangan tersebut. Tindakan Paduka Seri Maharaja telah membawa korban kepada rakyat. Tindakan dan cadangan Paduka Seri Maharaja itu tidak dipersetujui oleh seorang budak yang kemudian mencadangkan rakyat berkubukan batang pisang. Kemudian banyak todak dapat dibunuh. TETAPI, kepintaran budak itu menimbulkan rasa iri hati dan cemburu di kalangan pembesar istana. Pembesar mengajukan kepada Seri Paduka Raja agar budak itu dibunuh sebagaimana disebuh: `Tuanku, budak ini terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya. Baiklah ia kita bunuh’. Pandangan pembesar diterima oleh Paduka Seri Maharaja. Budak yang dianggap pintar telah menerima nasib malang. Secara tidak langsung peristiwa itu menggambarkan wujudnya perasaan iri hati dan cemburu terhadap kepintaran dan kebolehan orang lain.

Sejarah Melayu juga menceritakan bagaimana iri hati, dengki dan fitnah menyebabkan puteri
Sang Rajuna Tapa menerusi cerita ‘Penyulaan anak Sang Rajuna Tapa’ dibunuh. Kononnya ketika pemerintahan Raja Iskandar Syah anak Sang Rajuna Tapa ini seorang gadis yang cantik dan sangat dikasihi oleh baginda. Ini menyebabkan gundik-gundik lain iri hati dan memfitnah
bahawa gadis itu berbuat jahat, menyebabkan raja murka dan memerintahkan gadis itu disula di hujung pasar. Tidakan itu menyebabkan Sang Rajuna Tapa marah dan berpaling tadah dengan membantu bala tentera Betara Majapahit menyerang Singapura.

Begitu juga dalam ‘Hikayat Hang Tuah’ yang kononnya difitnah oleh pembesar lain berbuat jahat dengan seorang dayang istana. Hanya kerana Hang Tuah setia kepada raja. Raja tanpa usul periksa menitahkan Seri Nara Diraja membunuh Hang Tuah.

Banyak lagi kisah-kisah Melayu yang berhasat dengki ini boleh kita perolehi sejak dulu hingga lah beberapa hari lalu. Antara lain anda boleh membaca cerita Si Kitul, Raja mendeliar, Nina Sura Dewana dan Tun Ali. Bacalah juga kisah mengenai Rampasan Kuasa Raja Pasai. Selain beberapa kisah dalam laman-laman blog internat.

Kebanyakan cerita ini mengisahkan bagaimana Melayu hidup dengan hasat dan dengki serta iri hati kepada kebolehan serta kejayaan seseorang. Gambaran terhadap unsur-unsur fitnah dan hasad dengki begitu ketara digambarkan dalam Sejarah Melayu. Golongan yang menimbulkan fitnah sengaja berbuat demikian untuk mencapai sesuatu matlamat. Di samping itu gambaran fitnah dan hasad dengki tersebut turut digambarkan secara tidak langsung yang mungkin berkait dengan rasa cemburu dan egoistik.

Hasad dengki satu sifat keji yang bahaya kepada diri dan masyarakat. la bermakna diri tidak senang apabila orang lain mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat itu luput. Akibat daripada hasat dengki ialah:

* Diri yang dikuasai oleh perasaan itu akan menderita hidupnya. Dia panjang angan-angan mencari jalan bagaimana kebaikan yang ada pada diri orang yang didengkinya itu akan dihilangkan dan dipindahkan kepada dirinya. Dalam mencari helah itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak, kurang selera makan dan hatinya sentiasa gelisah sehingga nikmat yang ada terlucut daripadanya.

* Orang yang hasad itu dimurkai Allah kerana dia tidak redha dengan ketentuan Allah terhadap diri seseorang. Dia memprotes Tuhan kerana memberikan nikmat dan kesenangan kepada orang lain, tidak kepada dirinya.

* Kerana sikapnya yang buruk itu, Allah menghapuskan pahala kebajikan yang pernah dilakukannya. Ini dapat difahami menerusi hadis Rasulullah SAW., maksudnya: “Hasad itu memakan pahala amal-amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

* Apabila seorang pemimpin mempunyai perasaan hasad dengki kepada pemimpin lain, ini akan menyebabkan perpecahan dan timbul komplot yang akibatnya akan melemahkan kekuatan umah.

Hasad dengki itu sebenarnya berpunca daripada kelemahan manusia, iaitu sifat tidak mahu kurang daripada orang lain.

Jika rasa itu masih pada peringkat iri hati, dapat juga dibendung, tidak sampai disuarakan atau dilahirkan dalam tindakan. Sebaliknya, jika sudah membesar menjadi hasad dengki, sukar dikawal. Akhirnya padah menimpa, bukan saja orang yang didengki dan orang yang dengki, tetapi seluruh bangsa.

Bagi mangsa yang menjadi sasaran pendengki ini disarankan supaya bertenang dan teruskan saja usaha-usaha murni serta kehidupan. Hendaklah lebih bersopan santun selain berwaspada supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap dipasang oleh pendengki. Jangan pula dibalas, kecuali untuk mempertahankan diri daripada binasa.

Jika hendak balas pun perbuatan pendengki itu biarlah mengikut perpatah dan pesan orang tua-tua: “Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipukul jangan lekuk.”

Kepada mereka yang selalu bersifat pendengki seperti ini, elok diberi peringatan bahawa ideologi pendengki yang mereka bawa itu akan memusnahkan agama di dalam bangsa sendiri.

(Kiriman:azharali zaini )

13 August 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

>

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja

-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanproduktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu a

maran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di

masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi k

esan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda y

ang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sumber: www.zaharuddin.net

6 August 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>DEMONSTRASI DARI KACAMATA AHLI SUNNAH

>
ISA bertentangan dengan syariat Islam tetapi demonstrasi di larang?

Baru-baru ini, berlaku lagi satu demonstrasi membantah perlaksanaan undang-undang I.S.A di Malaysia . Tindakan huru hara ini bukanlah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh umat Islam. Perbuatan ini tidak akan membawa sebarang kebaikan, melainkan huru hara, kerugian dan kemusnahan kepada pelbagai pihak.

Perbuatan demonstrasi atau tunjuk perasaan adalah satu perbuatan yang tidak layak dilakukan oleh mana-mana muslim yang bermazhab Ahl al-Sunnah wa al Jama’ah iaitu golongan yang berpijak nyata dengan jalan sunnah. Bukan golongan yang menyatakan, “kami pun Ahl al-Sunnah”, tetapi mereka ini mengenepikan saranan dan tuntunan sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka berada di jurang yang lain dan kita pula berada di dalam jurang yang lain.

Tindakan demonstrasi ini yang melabelkan untuk memartabatkan Islam pada awalnya. Namun, pada akhirnya mereka meninggalkan kesejahteraan Islam dengan melakukan perbuatan yang menjerumuskan nama Islam ke mercu kenistaan. Islam akhirnya dipandang buruk akibat perbuatan tidak bertanggungjawab ini yang disangka ‘jihad’.

Apatah lagi tindakan ini pada hakikatnya dipelopori oleh individu-individu yang berkepentingan serta mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Timbulnya semangat dan bahang untuk berdemontrasi kerana ada penghasut yang menyemarakkan kekeruhan ini.

Walaupun demonstrasi kadang kala dianggap sebagai satu cetusan ungkapan nurani rakyat yang terjadi di seluruh pelusuk negara Islam, namun ia tidak dapat diterima oleh jiwa yang berakal dan beriman. Kerana pada kebiasaanya demonstrasi didalangi oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk mencapai rancangan atau konspirasi mereka.

Perbuatan tunjuk perasaan ini adalah perbuatan golongan yang bukan Islam yang dipelopori oleh Syiah sejak dahulu hingga kini dan bahana ini mencengkam situasi masyarakat kita, apabila kejayaan Revolusi Iran yang dipimpin oleh Khomeini suatu ketika dahulu. Demonstrasi hanya dipertahan dan didukung bermati-matian hatta dianggap sebagai satu jihad oleh mereka yang jahil terhadap syariat dan agama Allah.

Dalam sirah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri tidak ada satu petunjuk yang membuktikan hal ini pernah dilakukan oleh Baginda dalam menentang institusi pentadbiran Makkah ketika itu. Walaupun ketika itu, kekuatan sokongan yang ditonjolkan oleh golongan marhaen yang mulai ramai memeluk Islam di sekitarnya.

Malah ditambah lagi dengan beberapa orang sahabat yang mempunyai kedudukan ‘tinggi’ telah memeluk Islam seperti Abu Bakar, ‘Umar al-Khattab, Hamzah Abdul Muttalib dan ramai lagi. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam kerana ajaran Islam menekankan pada hikmah kebijaksanaan.

Petunjuk Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam ini terus diteladani oleh para ulama kurun terawal yang telah mengharamkan perbuatan demonstrasi yang tidak berfaedah ini. Malah perbuatan ini hanya mengganggu ketenteraman awam bahkan mencemarkan nama dan dakwah Islam yang sewajarnya dijalankan secara lebih berhikmah. Oleh itu, demonstrasi merupakan suatu bidaah sesat yang wajib dijauhi oleh setiap orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

Wajarkah Demonstrasi Kerana Menentang Pelaksanaan Hukum Pemerintah?

Allah yang Maha Adil akan menganugerahkan kepada golongan beriman seorang pemimpin yang bijaksana. Sebaliknya Dia akan mengurniakan seorang pemimpin zalim yang menguruskan kehidupan mereka bagi rakyat yang sering berbuat maksiat dan derhaka kepadaNya. Justeru, jika terdapat pada suatu masyarakat seorang pemimpin yang zalim dan korup, sesungguhnya kezaliman tersebut dimulakan oleh rakyatnya.

Meskipun demikian, apabila rakyat itu pula dipimpin oleh seorang pemerintah yang sering melakukan kemaksiatan dan mengengkari syariat Allah selagi tidak mengakibatkan ia kufur dan terkeluar dari Islam. Wajib bagi rakyat untuk menasihati mereka dengan cara yang sesuai dengan syariat. Memilih atau mengundi mereka dengan cara yang adil dalam usaha memartabatkan Islam dan mampu melaksanakannya.

Bantulah para pemimpin yang ada sekarang ini dengan nasihat yang baik sebagaimana perintah Allah kepada Nabi Allah Musa dalam menasihati Firaun. Kalau ‘buruk perangai’ mereka pun, tidak sekeji Firaun yang mengaku menjadi tuhan dan jika baik akhlak kita pula, tidaklah semulia akhlak Nabi Allah Musa. Muhasabahlah diri kita…

Sememangnya tidak wajar menasihati seseorang itu, apatah lagi seorang pemimpin dengan ucapan yang kasar di khalayak ramai. Bayangkan anda sendiri yang dimaki hamun di hadapan orang ramai, sudah tentu anda akan marah dan bersikap emosional melampaui batas. Tidak ada manusia yang boleh ‘menahan telinga’ apabila difitnah dengan pelbagai tuduhan di khalayak ramai, maka adalah dilarang sama sekali menggunakan cara ‘kasar’ tersebut dalam usaha membimbing atau menasihati orang lain.

Namun perlu diingat, bahawa orang yang menyeru pengamalan ini agar dilaksanakan dengan memberikan nasihat kepada pemerintah dengan cara sembunyi-sembunyi tidak lain berpandukan pada sebuah hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Khaitsami dalam kitab Majma’ karya beliau yang berbunyi:

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah dengan suatu perkara, maka janganlah dipaparkan di khalayak ramai, tetapi hendaklah ia memegang tangan pemerintah dan bersemuka dengannya empat mata (secara berhadapan hanya dua orang). Jika pemerintah itu menerima nasihat tersebut, maka itu (yang diinginkannya) dan kalau tidak dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia (pemerintah) dan pahala baginya (orang yang menasihati).”

Ringkasan dari hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ini, para ulama salaf menyarankan agar bertindak sesuai dengan kandungan hadis tersebut. Di antara mereka adalah Imam al-Syaukani rahimahullah yang berkomentar:

“Bagi orang-orang yang ingin menasihati pemimpin dalam beberapa masalah dan kesilapan pemerintah tersebut. Seharusnya dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan khalayak ramai. Sebagaimana panduan dalam hadis di atas, perlunya seseorang itu mengambil tangan pemimpinnya dan berbicara secara empat mata dengannya, kemudian menasihatinya tanpa menyelewengkan perintah Allah”.

Hadis-hadis dalam masalah ini adalah mutawatir, tetapi wajib ke atas rakyat mentaati pemimpin dalam urusan ketaatan kepada Allah dan tidak mentaatinya dalam urusan maksiat kepada Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi:

“Aku (Abu Bilal) duduk di samping Abu Bakrah (sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam) yang juga berada di bawah mimbar Ibnu Amir. Sementara itu Ibnu Amir sedang berkhutbah dengan memakai pakaian nipis. Maka Abu Bilal berkata: Lihatlah pemimpin kita, dia memakai pakaian orang fasik. Lantas Abu Bakrah berkata: Diam kamu! Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang menghina pemerintah yang dilantik Allah di muka bumi, maka Allah akan menghinakannya.”

Diriwayatkan dari al-Bukhari daripada Usamah bin Zaid radhiallahu ‘anhu yang pernah ditanya: “Mengapa engkau tidak menghadap Utsman untuk menasihatinya?” Maka jawab beliau: “Apakah kamu berpendapat semua nasihatku kepadanya itu harus diperdengarkan kepada kamu? Demi Allah! Sesungguhnya aku telah menasihatinya hanya antara aku dan dia. Dan aku tidak ingin menjadi orang pertama yang membuka pintu (fitnah) ini.”

Demikian metod atau manhaj Salaf dalam menasihati kepada para pemerintah atau mereka yang mempunyai jawatan dan kuasa. Wajib ke atas umat Islam apabila hendak menasihati pemerintah, hendaklah dengan metod salaf yang jelas menghasilkan akibat yang lebih baik dan tidak menimbulkan perpecahan antara rakyat dan pemimpin dan ini di antara akibat mengadakan demonstrasi yang akhirnya akan membawa kepada kerugian pada kedua belah pihak.

Selusuri Metod Para Imam Salaf al-Ummah Dalam Menghadapi Pemerintah

Apabila dirujuk pada sirah Salaf al-Soleh, mereka tidak pernah mengadakan suatu demonstrasi dalam menekan pihak pemerintah pada zaman mereka. Kita lihat beberapa fakta sejarah yang ada dalam sejarah keemasan umat Islam untuk diteladani:

Kes 1 – Imam Malik Bin Anas

Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Kota Madinah pada tahun 177H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum talak yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasiyah sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasiyah ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh talak ke atas isterinya.

Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama daripada pemimpin, pemerintah Abbasiyah telah memaksa Imam Malik untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa talak sedemikian tidak sah dan tidak akan jatuh talaknya. Mendengar ketegasan fatwa yang dilaksanakan oleh Imam Malik itu, pihak pemerintah telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan teruk ini menyebabkan beliau tidak dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada (bersedekap). Lalu tangannya itu dibiarkan sahaja terkulai sewaktu beliau bersolat. Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari penjara dan beliau terus kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiulawal tahun 179H/796M, ketika berusia 86 tahun.

Ketegasan Imam Malik dalam mempertahankan fatwanya, tidak mengajak beliau menjadi ketua pemberontak atau penganjur tunjuk perasaan bagi menjatuhkan kerajaan di zamannya. Beliau mempunyai ribuan murid yang mampu dikerahkan sebagai para penunjuk perasaan jika hal itu benar-benar perlu dilaksanakan. Namun akibat yang lebih berat akan berlaku dengan kerugian yang besar bakal ditanggung oleh kedua belah pihak.

Kes 2 – Imam Ahmad bin Hanbal

Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup di dalam penjara kerana kekerasannya menentang Mazhab Muktazilah yang diterima pakai oleh pemerintah Abbasiyah ketika itu. Mazhab Muktazilah ini adalah mazhab yang mendorong penggunaan akal melebihi nas dan dalil dan ia amat bertentangan dengan mazhab Ahl al-Sunnah. Para pemerintah Abbasiyah ini memaksa Imam Ahmad mengesahkan mazhab baru tersebut dengan fatwa mereka yang pelik-pelik. Lantas Imam Ahmad enggan mengiktiraf fatwa tesebut yang bercanggah dengan akidah Ahl al-Sunnah.

Tindakannya ini mengundang kemarahan pemerintah Abbasiyah (Muktazilah) yang menyebabkan beliau dihukum sebat di dalam bilik kurungannya sehingga tidak sedarkan diri. Beberapa tahun beliau dikurung dan dikenakan tahanan rumah yang menyebabkan anak muridnya yang dahagakan ilmu merasa kerugian untuk mendapatkan ilmunya.

Namun, kebenaran adalah segala-galanya. Namanya terus dijulang hingga kini dan nama mereka yang melakukan kekejaman ke atasnya tidak langsung diingati oleh ummah. Hanya mereka yang jahat diingati kerana kezalimannya yang perlu dihindari dan dijauhi sebagaimana Firaun, Abu Jahal, Abu Lahab dan mereka yang seangkatan dengannya.

Penindasan yang dialami oleh tokoh ummah ini, tidak membuatkan beliau ‘tergesa-gesa’ menganjurkan tunjuk perasaan terhadap pemerintah Islam bermazhab Muktazilah. Walaupun mereka ternyata berlainan dan berbeza mazhab serta ideologi agama, Imam Ahmad tidak pernah mengisytiharkan agar para pemerintah ini diperangi dan digulingkan oleh umat Islam.

Sekalipun tokoh-tokoh ini mempunyai ‘kuasa rakyat’ yang mampu berbuat demikian dalam menjatuhkan kezaliman pemerintah. Begitu juga dengan tahanan dan kurungan yang dikenakan terhadap mereka yang lebih teruk daripada penderaan I.S.A. Beliau tidak membantah secara terbuka atau bertulis mengenai fatwa pengharaman tersebut sekiranya diteliti dengan adil dan saksama oleh para pengkaji buku hasilan karya beliau dan anak murid selepasnya.

Kes 3 ­- Imam Ibn Taimiyyah

Bahkan jika disoroti kisah Imam Ibn Taimiyyah penerus mazhab Hanbali yang menjadi ‘pembaharu’ kepada akidah umat dizamannya. Beliau turut sama dipenjarakan oleh pemerintah akibat tohmahan oleh pihak ulama yang berdengki dan tidak berpuas hati dengan ketegasan fatwanya. Bukan sekali beliau ditangkap dan dipenjarakan dengan akta seakan I.S.A tanpa bicara dan pengadilan. Malahan hingga 4 kali beliau dikurung dan dipenjarakan dengan hayatnya turut berakhir di dalam penjara keseorangan.

Namun, pada hari kematiannya seluruh kedai di kota Damsyik turut tutup dan jenazahnya diiringi hampir 100 ribu orang dari seluruh pelusuk bumi Syam yang mendengar berita kematiannya. Tiada seorang pun pemerintah dizamannya yang pernah dihadiri begitu ramai pelawat sebagaimana orang yang menghadiri jenazah Ibn Taimiyyah. Bukti kebenaran ini dapat dilihat pada penghujung hayatnya sepertimana yang pernah ditulis di dalam kitab sejarah tokoh Islam oleh Imam al-Zahabi.

Ini kerana suaranya bertakhta di hati rakyat dan hingga kini tiada siapa yang mampu menandingi karyanya sebagai ‘penyuluh’ umat. Tidak hairanlah jika para pemerintah dizaman itu amat gerun kepada mereka ini, seandainya mereka melaungkan slogan anti I.S.A, sudah pasti pihak pemerintah di zaman itu tiada ‘pilihan’ melainkan melepaskan jawatan mereka.

Metod Sunnah Terhadap Pemerintah

Namun itu semua bukan metod ulama Ahl al-Sunnah zaman silam kerana ajaran Islam melarang umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dari hadis Muslim ada menyebutkan: “Dari Wail radhiallahu ‘anhu berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menghalang hak kami dan dia juga memeras kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka, ini kerana mereka akan menerima ganjaran amalan mereka dan kamu akan mendapat ganjaran apa yang kamu kerjakan.”

Bahkan sebuah hadis sahih yang diriwayatakan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya sama ada dengan demonstrasi atau pemberontakan bersenjata untuk mengguling kuasa.

Bacalah dengan hati yang terbuka sabda Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam: “Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak beramal dengan sunnahku dan panduan sunnahku. Seterusnya akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul belakangmu dan merampas harta bendamu (dengan tiada alasan yang benar).”

Oleh: Mohd Fikri Che Hussain(Alamghiri)
Sumber: http://mohdfikri.com

5 August 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 17 Comments

>PEMIMPIN EGO PENJAHANAM KEHARMONIAN RAKYAT

>

BILA manusia itu rasa dia lebih dari orang lain, berpangkat besar atau keturunan mulia dan ternama saperti raja, pemimpin,orang besar, YB dan bila dia rasa dia hebat dalam berpolitik dan mempunyai ramai penyokong maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabbur hinggaplah pada hatinya.Samada sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.Orang yang rasa dirinya alim dan ulama yang rasa dirinya hebat pun tidak terkecuali.

Sebab bila sudah rasa lebih dari orang lain, maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri pada Allah dari hati nuraninya.Maka ruang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar atau besar kepala, rasa istimewa, rasa tuan, bahkan ada yang rasa Tuhan.Maka bila hati sudah jadi begitu, meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina, maka sombonglah dia, angkuh dan takabburlah dia. Bagi yang faham Islam dia tidak akan membesarkan diri, tapi kadang kala oleh kerana taqwanya lemah, maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu bertindak dengan perangai perangai orang sombong dan takabur.Dia tidak mahu sombong dan takabbur sebab dia tahu sikap itu dosanya besar, tetapi dia tidak dapat lawan nafsunya. Maka terjebak lah juga dia dalam senarai orang yang sombong, ego, dan takabbur.
Mazmumah yang paling di benci Allah ialah ego (sombong) sebab ego itu membawa kesan yang sangat buruk.Contoh lihat lah suasana di negara kita, rakyat gelisah dan kucar kacir akibat adanya ramai pemimpin pemimpin,ahli ahli politik dan penyokongnya yang ego.Realiti sifat dan sikap ego yang memalukan oleh pemimpin pemimpin boleh di lihat pun dalam persidangan Parlimen melalui kaca TV.

Iblis, kerana penyakit ego telah derhaka pada Tuhan.Begitu sombong nya Iblis.Walaupun dia cukup kenal dengan Allah, sudah pernah lihat api neraka, tapi kesombongan (ego) nya membuatkan dia pandang kecil pada Allah.Berapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi saperti Iblis.Ego hingga memandang orang lain hina.Tidak boleh di tegur atau di nasihati.Kalau di tegur melenting sebaliknya di cabarnya orang yang menegur.Hinggakan demi memuaskan hati, sanggup melakukan dosa dosa yang boleh tercampak ke neraka.

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: “Kibir atau sombong itu selendang Ku. Siapa yang memakai selendang Ku nescaya dia tidak akan mencium bau syurga”.

Di antara contoh sifat orang orang yang ego :

  • Bagi orang politik pendapat lawanya walau benar sekalipun tidak akan diterima.Dia akan lawan sampai dia rasa dia yang benar, dan dia yang menang.Kalau lawannya pandai cakap maka dia akan putarkan cakap supaya orang terkeliru dan menganggap dia yang benar.Namun hati kecilnya tetap bersuara “Sebenarnya lawan aku itu betul aku yang salah”.Rasa ego memaksa dan mendesak agar dia tidak mengaku salah.Dia akan buat apa saja untuk membela dirinya, dan hatinya puas! Pengikut atau penyokong penyokong nya pun ikut sama jadi ego.
  • Dia mahu kemajuan dan kebenaran itu dari dia.Contohnya kalau orang lain tegakkan Islam dia tidak iktiraf walaupun betul.Hanya Islam yang dia hendak tegakkan itu saja yang betul.
  • Antara ulama dengan ulama masing masing mengatakan pendapat lawannya salah.Hanya dia yang betul.

Keegoan atau kesombongan manusia tidak pernah dimuktamarkan. Sedangkan itu lah punca segala krisis.Penyakit yang begitu bahaya dibiarkan melanda tanpa seorangpun berusaha untuk mengubatinya.Tidak hairanlah masyarakat dan negara boleh ranap dikerjakan oleh manusia yang sudah jadi IBLIS itu.

4 August 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 3 Comments

   

%d bloggers like this: