Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SAYA SALAFI (BAHAGIAN 2)

(BAHAGIAN 1)

Alasan : Ilmu agama ini mudah sahaja. Baca pun boleh faham. Youtube ada, medsos ada.

Penemuan : ilmu agama ada tahap. untuk asas, kenali agama secara umum boleh baca. Youtube medsos dan lain2. Tapi kalau hanya berhenti disitu. Ia akan merosakkannya khusus bagi orang yang ada “KASIH” kepada Agama. Ia perlu belajar. Contohnya cara ambil wuduk yang betul bukan hanya boleh dibaca dan tengok youtube.

Tahap lebih tinggi mendalami mengetahui dalil. Yang ini mesti mengadap guru dan ada ilmu alat (ilmu membantu memahami nas Quran Hadis). Kalau yang ini ambil di youtube memang binasa.

SANGAT BERBEZA ORANG YANG ADA ASAS ILMU YANG KUKUH MENDENGAR ILMU DIMEDSOS BERBANDING ORANG TIADA ASAS

Alasan : Kita amal hadis shahih sahaja.

Penemuan : BUKAN ASAL SHAHIH BOLEH AMAL. Ia ada banyak syarat lain. Seperti mansukh hadis. Ada beberapa kitab besar berkenaan musykil hadis yang zahir bertentangan antara hadis dan bagaimana ulama merungkainya.

Dalam hadis Baginda saw minum berdiri. Sedang di tempat lain Baginda larang pula. KEDUA2 HADIS SHAHIH. Inilah yang dihuraikan oleh ulama. Kalau dibiarkan kepada ummat buat keputusan sendiri. Binasalah.

Alasan : hadis daif kita kene tolak

penemuan : MAJORITI muhaddithin menerima hadis daif dengan syarat2nya. Khususnya dalam bab dalam fada’il amal ( kelebihan beramal). Bahkan hadis daif yang banyak turuq boleh terangkat kepada hadis hasan lighairih.

Memang ada ulama hadis yang menolak terus hadis daif. Kalau ada yang mengatakan Imam Bukhari menolak hadis daif maka jawabnya beliau juga menulis kitab al-adabul mufrad dan tarikh albukhari yang didalamnya banyak sekali hadis daif terkumpul.

Alasan : Imam syafie pun kata, kalau jumpa hadis shahih, itu juga mazhabku. Jadi semua hadis shahih adalah pegangan mazhab syafie.

Penemuan : SEPARUH BETUL. Maksud imam syafie ialah ditujukan kepada orang yang mujtahid sepertinya BUKAN ORANG AWAM.

Boleh jadi imam Syafie tertinggal, tak jumpa atau tersalah nilai hadis tersebut. Namun kata Imam Nawawi , untuk kata begitu dia perlu baca SEMUA kitab syafie dan muridnya, barulah boleh buat keputusan SYAFIE TAK TAHU. Pernah kita buat???

Alasan : Muhaddith tentu faham semua hadis. Kalau tidak tentu tak dapat gelaran tu.

Penemuan : TIDAK MESTI BEGITU. Yang memahami adalah Muhaddith yang FAQIH. Ada muhaddith yang mengumpul hadis dan mengetahui semua shahih, hasan dan daif namun tidak FAQIH.

kata imam ibn Wahab (125-197h) murid imam Malik : setiap ahli hadis yang tiada guru FAQIH akan sesat. sekiranya Allah tidak menyelamatkanku dengan Malik dan Laith bin sa’ad(94-175h), sesatlah aku.

SEBAB ITU MAJORITI MUHADDITHIN ADALAH BERMAZHAB!!

FB Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim

24/04/2020 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Informasi | Leave a comment

Fatwa Darul Ifta’ Mesir Berkenaan Hukum Bernikah Secara Online:

Darul Al-Ifta Mesir mengesahkan kesahihan fatwa yang dikeluarkan oleh badan berkenaan bahawa pernikahan online yang dijalankan melalui video conference adalah tidak sah. Ianya adalah kerana pernikahan secara online mengandungi banyak kecacatan yang boleh merosakkan akad tersebut, terutamanya yang bersangkutan dengan makna keredhaan yg sebenar sebagai mana yg di tunjukkan oleh syarak.

Apatahlagi Yang menyentuh aspek kehadiran saksi dan penyaksian mereka terhadap proses perjalanan majlis akad tersebut.

Dar Al-Ifta Mesir juga menjelaskan dalam salah satu dari fatwa terbarunya bahawa memastikan bahawa sesuatu akad nikah itu menjadi sah maka pihak pengantin hendaklah mematuhi beberapa syarat yg wajib dipatuhi dan di penuhi.

1) Upacara akad nikah pada asalnya perlu dijalankan dalam keadaan biasa, seperti hadirnya keluarga kedua pengantin atau setidaknya wakil dari pihak kedua mempelai.

2) Memberlakukan sighah akad dengan cara menghadirkan dua orang saksi dalam satu majlis.

Berdasarkan kepada Sabda Nabi saw:
لا نكاح الا بولي وشاهدي عدل، وما كان من نكاح على غير ذلك فهو باطل.

“Tiada pernikahan melainkan dengan kehadiran seorang wali dan dua orang saksi. Dan apa jua bentuk pernikahan yang berlaku dengan cara selain dari itu maka pernikahan tersebut adalah batil”.

Dan pihak Darul Ifta’ menambah lagi bahawa proses pendengaran Para saksi terhadap Sighah akad menerusi peralatan modern (gadget) seperti telefon bimbit dan aplikasi perbualan secara online melalui internet maka ianya tidak boleh diterima pakai kerana suara seseorang boleh bercampur baur dan ini tidak memadai dalam akad nikah.

Kerana kaedah fiqhiyyah mengatakan bahawa:

يحتاط في الفروج ما لا يحتاط الأموال

Di utamakan sikap berhati-hati dalam urusan menghalalkan kemaluan (urusan munakahat) melebihi sifat kehati-hatian dalam urusan harta benda (muamalat).

Fatwa tersebut menegaskan bahawa tokoh-tokoh penting dalam mazhab Syafie mensyaratkan (dalam Qaul yang muktamad) berkenaan dua orang saksi nikah bahawa keduanya baik penglihatan, celik dan tidak cukup sekadar elok pendengaran semata mata.

Hal ini diakui oleh Imam Nawawi sendiri dalam kitabnya Minhajul Tolibin dimana beliau mengatakan bahawa:

Dan tidak sah ia (akad nikah) melainkan dilakukan dihadapan dua orang saksi.

Dan syarat bagi kedua orang yang akan menjadi saksi bahawa mereka berdua mestilah:

1) Merdeka
2) Lelaki
3) Adil
4) Mendengar
5) Melihat

Dan Syeikh Khatib As Syarbini dalam komentar beliau terhadap makna “melihat” mengatakan:

Kedua syarat terakhir tersebut diletakkan oleh Imam An Nawawi kerana sebuah keterangan akad tidak akan jelas maknanya melainkan dengan melihat dan mendengar (secara serentak).

Fatwa tersebut juga menegaskan bahawa pernikahan tersebut tidak boleh dianggap sah hanya dengan berpandukan gambar dan suara video semata mata.

(Apa jua kebarangkalian yang ada) samaada melalui telefon bimbit atau aplikasi mudah alih jalur lebar (internet) bahkan jika cukup padanya syarat yg ditetapkan oleh tokoh-tokoh syafiiyyah berkenaan sekalipun. Kerana pemberlakuan syarat yg ditetapkan oleh tokoh berkenaan itu berlaku atas asas yg tidak pasti (zonniyyah) dan bukan secara pasti (qath’iyyah).

Kerana dalam proses akad dengan aplikasi tersebut boleh di pengaruhi unsur penipuan atau penyelewengan melalui aplikasi yg berlainan yg boleh mengubah bunyi suara, gambar video.

Tambahan pula kaedah fiqhiyyah menyebutkan bahawa dalam urusan melibatkan faraj (perkahwinan) perlu lebih berhati-hati melebihi akad yg lain.

Maka sebagai mufti kami tidak boleh menghalalkan suatu pernikahan Yang bersandarkan kepada suatu yg zanni. Dan demikian itu kerana ingin menutup jalan kefasadan (saddu Az Zara’i) dan apa jua kesan negatif yang akan terzahir hasil dari keputusan tersebut.

Pihak Dar Al-Ifta memberi amaran kepada sekelian pemuda pemudi agar tidak menerima galakan tersebut (nikah online) yang secara jelas bercanggah dengan syariat. Juga bimbang mengenai kesan buruk yang akan menimpa mereka dalam bentuk penyesalan di kemudian hari.

Hingga mengheret mereka (pemuda pemudi) ke dalam kancah kedurhakaan dan keganasan rumahtangga kesan dari kesilapan menjalani perkahwinan dalam keadaan tidak patuh kepada ajaran syariat, juga kesan buruk dari pernikahan yang tidak di redhai oleh Allah dan RasulNya saw.

Sekian.

Penterjemah: Al Faqeer Cik Wan Hilmy Wan Mohamed

21/04/2020 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

SENARAI KITAB ULAMA ASWJ YANG MENOLAK FAHAMAN WAHHABI

1. Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.

2. As-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi

3. Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rembawi)

4. Ad-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, maaflah ambo lupa tajuknya)

5. Khulasatul Kalam fi Bayani ‘Umara` al-Balad al-Haram karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

6. Saif al-Jabbar oleh Syaikh Fadhlur Rasul

7. Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-Syaikh al-Faqih ‘Atha’ al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi

8. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi

9. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub

10. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie

11. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi

12. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah – Syaikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali

13. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez – Syaikh al-Makhdum al-Mahdi

14. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi – Syaikh Ibn Kiran

15. Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikhul Islam Tunisia- Syaikh Ismail al-Tamimi al-Maliki

16. Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i

17. Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki

18. Ar-Radd ‘ala Muhmmaad ibn Abdil Wahhab karangan Muhammad ibn Sulaiman al-Kurdi asy-Syafie.

19. At-Taudhih ‘ala Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahli al-Iraq ‘ala Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab karangan Syaikh ‘Abdullah Affendi al-Rawi

20. Al-Haqiqah al-Islamiyah fi ar-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.

21. Ad-Dalil Kafi fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti

22. Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

23. Al-Haq al-Mubin fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi

24. Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud.

25. Ar-Rudud ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh al-Muhaddits Sholeh al-Fullani al-Maghribi.

26. Ar-Radd ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh Syaikh Abdullah al-Qudumi al-Hanbali al-Nablusi

27. Risalah fi Musyajarah baina Ahl Makkah wa Ahl Nadj fil ‘Aqidah oleh Syaikh Muhammad ibn Nasir al-Hazimi al-Yamani

28. Sa’adah ad-Darain fi ar-Radd ‘ala Firqatain – al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhahiriyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Utsman ibn Muhammad al-Samhudi al-Manshuri al-Misri

29. Al-Saif al-Batir li ‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad.

30. As-Suyuf al-Masyriqiyyah li Qat’ie A’naaq al-Qailin bi Jihah wa al-Jismiyah oleh Syaikh ‘Ali ibn Muhammad al-Maili al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki

31. Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dholal oleh Syaikh Abdurrahman al-Hindi al-Delhi al-Hanafi

32. Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani Asyara fi Itsbathi ‘an al-Wahhabiyyah min al-Khawarij oleh Syaikh al-Syarif ‘Abdullah ibn Hassan Basya ibn Fadhi Basya al-‘Alawi al-Husaini al-Hijazi

33. Al-Minhah al-Wahbiyyah fi Raddi al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Daud bin Sulaiman al-Baghdadi an-Naqsyabandi al-Khalidi

34. Al-Haqaaiq al-Islamiyyah fi ar-Raddi ‘ala al-Mazaa’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Ktab wa as-Sunnah an-Nabawiyyah oleh al-Hajj Malek Bih ibn Asy-Syaikh Mahmud, Mudir Madrasah al-‘Irfan, Kutbali, Mali

35. Misbah al-Anam wa Jala-uz-Zhalam fi Raddi Syubah al-Bid’i an-Najdi Allati Adhalla biha al-‘Awwam oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘alwi al-Haddad.

36. An-Nuqul as-Syar’iyyah fi Raddi ‘alal Wahhabiyyah oleh Hasan ibn ‘Umar ibn Ma’ruf as-Shatti al-Hanbali

37. Nasiha li Ikhwanina Ulama Najd oleh as-Sayyid Yusuf ibn Sayyid Hasyim ar-Rifaie

38. Tahakkum al-Muqallidin bi Mudda`i Tajdid ad-Din karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Afaliq al-Hanbali,

39. Saiful Jihad li Mudda`i al-Ijtihad karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafi`i

40. Tarikh al-Wahhabiyyah oleh Ayyub Sabri Pasha (meninggal dunia tahun 1308H/1890M). Faydul Wahhab fi Bayan Ahl al-Haq wa Man Dhalla ‘an ash-Shawab karangan Syaikh ‘Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i

41. As-Sarim al-Hindi fi ‘Unuqin-Najdi karangan Syaikh ‘Atha` al-Makki;

42. As-Sarim al-Hindi fi Ibanat Tariqat asy-Syaikh an-Najdi karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Isa bin Muhammad as-San`ani

43. Al-Basha`ir li Munkiri at-Tawassul ka Amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi

44. Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil ‘Ulama-il-‘Aamiliin karangan Tuan Guru Haji ‘Abdul Qadir bin Haji Wangah bin ‘Abdul Lathif bin ‘Utsman al-Fathoni

45. Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

46. Tajrid Saif al-Jihad li Mudda’I al-Ijtihad karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafie.

47. Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

48. Kitab Senjata Syari’at karangan Ustaz Abu Zahidah bin Haji Sulaiman dan Abu Qani’ah Haji Harun bin Muhammad as-Shamadi al-Kalantani.

49. Al-Fajr ash-Shodiq fi al-Radd ‘ala al-Maariq karangan Syaikh Jamil Affendi Shodiqi az-Zuhawi.

50. Al-Ushul al-Arba’ah fi Tardid al-Wahhabiyyah/ Al-‘Aqaid as-Shohihah fi Tardid al-Wahhabiyyah karangan Muhammad Hasan, Shohib al-Sirhindi al-Mujaddidi.

51. Al-Awraq al-Baghdadiyyah fi al-Jawabat an-Najdiyyah karangan Syaikh Ibrahim ar-Rawi al-Baghdadi.

52. Al-Bara’ah min al-Ikhtilaf fi ar-Radd ‘ala Ahli asy-Syiqaq wa an-Nifaq wa ar-Radd ‘ala Firqah al-Wahhabiyyah al-Dhallah karangan Syaikh Zainul ‘Abidin as-Sudani.

53. Al-Barahin as-Sati’ah karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

54. Risalah fi Ta’yid Madzhab as-Sufiyyah wa ar-Radd ‘ala al-Mu’taridhin ‘Alaihim karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

55. Risalah fi Jawaz at-Tawassul fi ar-Radd ‘ala Muhammad ibn ‘Abdil Wahhab karangan al-‘Allamah Syaikh Mahdi al-Wazaani, Mufti Fez, Maghribi.

56. Risalah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Qasim Abi al-Fadhl al-Mahjub al-Maliki

57. Al-Risalah ar-Raddiyyah ‘ala at-Tho’ifah al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Muhammad ‘Atholah yang dikenali sebagai Ato ar-Rumi

58. ’Iqd Nafis fi Radd Syubhat al-Wahhabi al-Ta’is karangan Syaikh Ismail Abi al-Fida` at-Tamimi at-Tunisi. Beliau adalah seorang yang faqih dan ahli sejarah.

59. Al-Madarij as-Saniyyah fi Radd al-Wahhabiyyah karangan Maulana Aamir al-Qadiri, guru di Darul Ulum al-Qadiriyyah, Karachi, Pakistan

Dan banyak lagi.

Catitan Oleh;
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Universiti Al-Azhar Mesir

16/04/2020 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Hadith2 Tasawwuf

Kita tidak ingin memaksa golongan Wahhabi untuk menerima hadith2 Tasawwuf yang saya sebutkan sebelum ini, mereka telah menolak ilmu Tasawwuf dan menganggapnya bid’ah. Jika mereka tidak mahu menerima hadith da’if sekalipun dan hanya menerima hadith sahih sahaja itu urusan mereka.

Kita cuma meminta mereka menghormati pegangan majoriti umat Islam di negara ini yang menerima Tasawwuf dan karya2 Sufi seperti Imam al-Ghazali. Kita mahukan kehidupan beragama yg aman damai, tanpa tuduhan2 sesat dan menyeleweng sesama Islam. Cukuplah perbalahan yang ditimbulkan selama ini yg muncul akibat tuduhan2 liar bahawa kitab2 ulama’ Sufi ini mengandungi banyak hadith da’if dan palsu dan tidak boleh dijadikan sandaran dalam beragama.

Saya terpaksa menulis artikel sebelum ini kerana ramai sahabat yang bertanya, benarkah hadith2 di atas perlu ditolak kerana dianggap sama dgn hadith palsu. Mereka diajar sejak kecil melalui kitab seperti Ihya Ulumuddin bahawa ia adalah hadith Nabi, tiba2 dimomokkan bahawa hadith-hadith tersebut adalah palsu. Mereka ingin tahu manakah yang betul Imam al-Ghazali atau al-Albani?? Jika saudara ikhlas mencari kebenaran jalan terbentang luas, tetapi jika taassub dan fanatisme menjadi ikutan maka gajah di depan mata pun tidak akan kelihatan.

Umat Islam itu bersaudara. Ketika timbul pertikaian, apa yang perlu dilakukan adalah kita teliti dan kaji hujah yang dikemukakan. Jangan ikut emosi dan rasa kebencian. Saya menulis kerana saya sayang, ada amanah di bahu saya untuk menjelaskan persoalan yang timbul kerana memberi kesan yang besar terhadap kesejahteraan beragama. Antara tuntutan amar ma’ruf nahi munkar adalah memperbetulkan kesilapan dan kekeliruan pemikiran masyarakat.

Saya tahu akan mendapat kecaman yang hebat daripada pengikut fanatik Wahhabi, saya rela menghadapinya kerana ia adalah sebahagian daripada beban dan ujian yang perlu dipikul para pendakwah dan ilmuwan sebenar, ilmuwan dan pendakwah tidak boleh hanya berbicara untuk mendapatkan sanjungan dan populariti.

FB Dr Khalif Muammar

15/04/2020 Posted by | Hadis, Tasauf | , | Leave a comment

MAZHAB SYAFI’IYYAH

Dasar-dasar Mazhab Asy-Syafi’i.

Dasar-dasar atau sumber hukum yang dipakai Imam Asy-Syafi’i dalam mengistinbat hukum syara’ adalah:

1. Al-Kitab.
2. Sunnah Mutawatirah.
3. Al-Ijma’.
4. Khabar Ahad.
5. Al-Qiyas.
6. Al-Istishab.

Ulama-ulama yang terkemudian yang mengikuti dan turut menyebarkan Mazhab Asy-Syafi’i, antaranya,..

* Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari
* Imam Bukhari
* Imam Muslim
* Imam Nasa’i
* Imam Baihaqi
* Imam Turmudzi
* Imam Ibnu Majah
* Imam Tabari
* Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
* Imam Abu Daud
* Imam Nawawi
* Imam as-Suyuti
* Imam Ibnu Katsir
* Imam adz-Dzahabi
* Imam al-Hakim.

Daerah-daerah yang Menganut Mazhab Asy-Syafi’i sampai sekarang dianut oleh umat Islam di :

Libia, Mesir, Indonesia, Pilipina, Malaysia, Somalia, Arabia Selatan, Palestina, Yordania, Libanon, Siria, Irak, Hijaz, Pakistan, India, Jazirah Indo China, Sunni-Rusia dan Yaman.

Ustaz Zaref Shah Al HaQQy

10/04/2020 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Tazkirah, Uncategorized | Leave a comment

Bagaimana Tata cara bersuci dan solat bagi Tenaga Kesihatan yang menggunakan Alat Pelindung Diri (PPE)?

Persoalan yang muncul saat ini adalah ketika seorang tenaga kesehatan (nakes) dalam penanganan covid-19 diwajibkan untuk mengenakan Alat Pelindung Diri (APD) yang berupa pakaian lengkap, yang aturannya tidak dapat ditanggalkan setiap saat kecuali pada saat tertentu, di mana terkadang nakes yang mengenakannya melewati dua waktu sholat dan terkadang ia dalam keadaan hadats dan belum waktunya dapat melepaskan pakaian tersebut. Kondisi ini bertmbah sulit karena jumlah APD sangat terbatas, dan hanya bisa dikenakan satu kali. Maka dalam kondisi seperti ini, bagaimana cara bersuci dan sholatnya dalam kondisi seperti ini?, maka jawabannya dapat disimpulkan dalam beberapa poin berikut ini:

Kesimpulan:
1. Kondisi darurat adalah jika APD tidak dikenakan maka akan mengancam keselamatan jiwanya dimana ia rentan tertular virus.
2. Sebelum menggunakan APD, maka seharusnya tenaga kesehatannya telah bersuci baik dari hadats kecil dengan berwudhu atau hadats besar dengan mandi.
3. Jika dalam kondisi suci, belum ada yang membatalkan wudhunya maka nakes dapat sholat langsung sebagaimana biasanya.
4. Jika wudhunya batal, dan ia masih harus berada dalam kondisi mengenakan APD sementara dikhawatirkan waktu sholat selesai, maka dalam kondisi seperti ini ia sholat sesuai keadaannya meskipun dalam keadaan terhalang bersuci.
5. Jika dalam kondisi tertentu, dengan sebab tugas nakes tidak dapat melaksanakan sholat pada waktunya atau tidak dapat menjamak sholatnya maka dalam kondisi ini ia segera melaksanakan sholat pada saat yang memungkinkan.

Penjelasan Detail :

1. Kondisi yang digambarkan adalah kondisi yang dapat dikategorikan darurat atau minimal mendekati darurat, di mana kondisi yang ada mengharuskan nakes untuk berada dalam pakaian tersebut dalam waktu yang relatif lama dan jika APD tidak dikenakan maka akan mengancam keselamatan jiwanya dimana ia rentan tertular virus covid-19. Maka dalil dan kaidah yang digunakan adalah sebagai berikut:

Firman Allah Ta’ala:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Maka bertakwalah kepada Allah sesuai dengan kesanggupan kalian”. (QS. at-Taghaabun: 16)

Hadits:

فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Apabila aku perintahkan kalian satu perkara, maka lakukanlah sesuai dengan kemampuan kalian”. (HR. Bukhari No. 7288 & Muslim No. 1337)

Kaidah:
المَشَقَّةُ تَجْلِبُ التّيسيرَ
“Kesulitan mendatangkan kemudahan” (al-Mantsur fi al-Qawaid al-Fiqhiyyah 3/ 19)

Kaidah:
دَرْءُ المَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ علَى جَلْبِ المَصَالِحِ
“Menolak mudharat lebih diutamakan daripada mengambil kemaslahatan”. (al-Qawaid al Fiqhiyyah wa Tathbiquha fi al Madzahib al-Arba’ah 1/ 238).

2. Sebelum menggunakan APD, maka seharusnya tenaga kesehatannya telah bersuci baik dari hadats kecil dengan berwudhu atau hadats besar dengan mandi. Dan semaksimal mungkin setelah mengenakan APD, ia berusaha untuk terus menjaga kondisi suci ini semampu mungkin.

3. Jika dalam kondisi suci, belum ada yang membatalkan wudhunya maka nakes dapat sholat sebagaimana biasanya pada waktunya dengan mengenakan APD. Namun jika tidak mungkin melaksanakan setiap sholat pada waktunya, maka dalam kondisi ini ia dapat menjamak 2 sholat ( sholat Dhuhur dan Ashar serta sholat Magrib dan Isya) masing-masing sesuai dengan bilangan rakaatnya (tidak diqashar). Berdasarkan hadits Ibnu Abbas –Radhiyallahu’anhuma- :

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا مَطَرٍ”، فَقِيلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ: مَا أَرَادَ إِلَى ذَلِكَ؟ قَالَ: “أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ”

“Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam menjamak sholat Dhuhur dan Ashar begitujuga Sholat Magrib dan Isya’ tanpa ada rasa takut dan tanpa ada hujan”. Ibnu Abbas ditanya, apa yang beliau inginkan dengan hal ini?, beliau berkata: “Beliau tidak ingin memberatkan ummatnya”. (HR. Ahmad No. 3323 Abu Daud No. 1211, at-Tirmidziy No. 187, dan haditsnya disahihkan oleh al-Albaniy).

4. Jika wudhunya batal, dan ia masih harus berada dalam kondisi mengenakan APD sementara dikhawatirkan waktu sholat selesai, maka dalam kondisi seperti ini ia sholat sesuai keadaannya meskipun dalam keadaan terhalang bersuci. Dan menurut pendapat yang kuat ia tidak perlu mengqadha (mengganti) sholat tersebut. Keadaan ini dapat diqiyaskan dengan kondisi orang yang tidak mampu berwudhu dan bertayammum (Faaqidu at-thahurain). Berkata Ibnu Qudamah -Rahimahullah- dalam masalah ini:

وإن عدم بكل حال صلى على حسب حاله. وهذا قول الشافعي

“Jika ia dalam semua kondisi tidak mendapatkan apa-apa maka ia sholat sesuai dengan keadaannya. Dan ini pendapat Imam Syafi’i.” (al-Mughni 1/ 184).
Berkata al-Hajjawiy –Rahimahullah-:

ومن عدم الماء والتراب أو لم يمكنه استعمالهما لمانع كمن به قروح لا يستطيع معها مس البشرة بوضوء ولا تيمم صلى على حسب
حاله وجوبا ولا إعادة.

“Barang siapa tidak mendapatkan air atau debu atau ia tidak mampu menggunakan keduanya karena adanya halangan, seperti seseorang yang memiliki luka bernanah yang kulitnya tidak dapat tersentuh dengan wudhu dan tayammum maka ia wajib melaksanakan sholat sesuai keadaannya dan ia tidak perlu mengulangi sholatnya”. (al-Iqnaa’ 1/ 54).

5. Jika dalam kondisi tertentu, dengan sebab tugas nakes tidak dapat melaksanakan sholat pada waktunya atau tidak dapat menjamak sholatnya maka dalam kondisi ini ia segera melaksanakan sholat pada saat yang memungkinkan dan menyesuaikan dengan keadaan meskipun waktu pelaksanaanya telah berlalu. Kondisi yang seperti ini berdasarkan apa yang dialami oleh Rasulullah –Shallallahu’alaihi wasallam- beserta para sahabat pada perang Ahzab/Khandaq, yang terpaksa menunda pelaksanaan sholat ashar sampai setelah terbenam matahari karena kesibukan berperang, (silahkan dilihat riwayat al-Bukhari No. 4533 & Muslim No. 27). Berkata Syeikh Ibn Baz –Rahimahullah-:a

الواجب على المسلم أن يصلي الصلاة في وقتها، وألا يشغل عنها بشيء، اللهم إلا من شيء ضروري الذي لا حيلة فيه
كإنقاذ غريق، إنقاذ من حريق، ومن هجوم عدو، هذا لا بأس به بأن تؤخر الصلاة ولو خرج وقتها، أما الأمور العادية
التي لا خطر فيها فلا يجوز تأخير الصلاة من أجلها، فقد ثبت عن الرسول – صلى الله عليه وسلم – لما حصر
أهل مكة المدينة يوم الأحزاب أخر صلاة الظهر والعصر إلى ما بعد المغرب.

“Kewajiban bagi seorang muslim untuk melaksanakan sholat pada waktunya, dan jangan sedikitpun disibukkan dengan hal yang lain untuk melaksanakan sholat, kecuali sesuatu yang darurat yang tidak mungkin dihindarkan, seperti: tindakan penyelamatan orang yang tenggelam, atau korban kebakaran, serangan musuh, maka dalam keadaan ini tidak mengapa ia mengakhirkan sholat meskipun waktunya telah keluar. Adapun dalam kondisi normal yang tidak berbahaya, maka tidak boleh menunda sholat. Hal ini berdasarkan apa yang sahih dari Rasulullah –Shallallahu’alaihi wasallam- ketika pasukan kota Mekkah menegepung kota Madinah dalam perang Ahzab, beliau menunda pelaksanaan sholat Dhuhur dan Ashar setelah masuk waktu Maghrib”. (Fatawa Nuur ‘ala ad-Darb 7/ 94).

Oleh Ust. Ahmad Hanafi, Lc., M.A., Ph.D.

10/04/2020 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Jika Tak Malu Buatlah Sesuka Hati Mu

عن أبي مسعود البدري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى : إذا لم تستحي ، فاصنع ما شئت. رواه البخاري .

Artinya: “Dari Abu Mas’ud radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya perkataan yang diwarisi oleh orang-orang dari perkataan nabi-nabi terdahulu adalah: ‘Jika engkau tidak malu, perbuatlah sesukamu’.” (HR. Bukhari no. 3483)

Penjelasan:

Sabda beliau: “Sesungguhnya perkataan yang diwarisi oleh orang-orang dari perkataan nabi-nabi terdahulu”
Menunjukkan bahwa ungkapan yang akan beliau sebutkan setelahnya, diwarisi dari para nab-nabi terdahulu, dan bahwasanya orang-orang senantiasa menyebarkan dan mewarisinya dari zaman ke zaman. Ini juga menunjukkan bahwa kenabian pada masa dulu datang membawa ajaran yang terkandung dalam ungkapan ini, lalu tersebar luas dikalangan manusia, hingga sampai pada zaman generasi pertama umat ini (para sahabat).

Sabda beliau: ‘Jika engkau tidak malu, perbuatlah sesukamu’
Makna ungkapan ini ada dalam dua pendapat:

Pendapat Pertama: Ungkapan “Perbuatlah sesukamu” tidaklah bermaksud sebagai kata perintah, namun bermaksud sebagai celaan dan larangan dari berbuat sesukanya. Ulama yang berpendapat seperti ini, berbeda dalam dua pendapat lagi:

1.Ungkapan ini bermaksud “ancaman”, artinya “Apabila engkau tidak lagi memiliki rasa malu, maka perbuatlah sesukamu, karena Allah pasti akan membalas perbuatanmu tersebut dengan yang setimpal”. Ini sama persis dengan firman Allah ta’ala:

اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ ۖ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Artinya: “Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan”. (QS Fushilat : 40)

Juga firman-Nya:

فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ

Artinya: “Maka sembahlah selain Dia sesukamu!” (QS Az-Zumar: 15).

Ini merupakan pendapat yang dipilih oleh sekelompok ulama, semisal Abu Al-‘Abbas Tsa’lab rahimahullah.

2.Ungkapan ini adalah suatu perintah, namun bermaksud sebagai “kabar dan penjelasan”, artinya; “Barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, ia akan berbuat sesukanya, sebab yang menghalanginya untuk berbuat keburukan adalah rasa malu, barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, pasti akan terjerumus dalam setiap amalan keji dan mungkar”.
Kedua ini merupakan pendapat yang dipilih oleh Abu ‘Ubaid Al-Qasim bin Sallaam, Ibnu Qutaibah, Muhammad bin Nashr Al-Marwazi, dan selain mereka. Abu Daud juga meriwayatkan bahwa Imam Ahmad rahimahullah berpendapat seperti pendapat ini.

Pendapat Kedua: Ungkapan ini merupakan perintah untuk berbuat sesukanya sesuai makna kontekstual/lahir dari redaksi hadis ini, artinya: “Apabila yang ingin anda lakukan adalah perbuatan yang tidak membuat malu dari Allah, atau dari manusia (bukan maksiat), maka lakukanlah sekehendakmu”.

Nabi shallallahu’alaihi wasallam telah menjadikan rasa malu sebagai bagian dari keimanan, sebagaimana dalam Shahihain dari Ibnu Umar radhiyallahu’anhu bahwa Nabi shallallahu’alaihi wasallam melewati seseorang sedang mencela saudaranya yang pemalu, seraya berkata padanya: “Sungguh engkau betul-betul pemalu, -atau ia berkata-: “Rasa malumu telah merugikan dirimu”. Lantas Rasulullahpun menimpalinya: “Biarkan saja dia, sesungguhnya rasa malu itu bagian dari keimanan”.

Juga dalam Shahihain dari sahabat ‘Imran bin Husahin, dari Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

الحياء لا يأتي إلا بخير -وفي رواية لمسلم-: الحياء خير كله

Artinya: “Rasa malu itu tidaklah mendatangkan kecuali kebaikan” –dalam riwayat Muslim: “Rasa malu itu semuanya baik” .

Ketahuilah, bahwasanya rasa malu itu ada dua macam:
Pertama: Rasa malu yang bersumber dari tabiat dan fitrah sejak lahir, tanpa ada usaha untuk menumbuhkannya dalam diri. Ini merupakan diantara akhlak paling mulia yang dikaruniakan Allah kepada seorang hamba.
Kedua: Rasa malu yang didapatkan lewat usaha dan latihan, yang merupakan pengaruh positif dari mengenal Allah, keagungan-Nya, serta dari mengenal kedekatan-Nya dari makhluk-Nya. Ini merupakan salah satu bagian derajat keimanan yang paling tinggi, bahkan ia juga merupakan salah satu bagian tertinggi dari derajat ihsan. Rasa malu dari Allah ta’ala ini, kadang bersumber dari pengetahuan akan banyaknya nikmat dan karunia-Nya, dan dari adanya perasaan lalai dan kurang dalam mensyukuri nikmat tersebut.

Apabila kedua sifat malu yang bersumber dari usaha dan sifat tabiat ini hilang dari seorang hamba, maka tidak ada sesuatupun yang bisa menghalanginya dari melakukan perbuatan buruk, sehingga seakan-akan ia tidak lagi memiliki keimanan, Wallaahu a’lam.

Disadur dan diterjemahkan dari Kitab “Mukhtashar Jaami’ Al-‘Uluum Wa Al-Hikam” (Ringkasan: Syaikh Muhammad Al-Muhanna,,, Diedit: Syaikh Muhaddits Abdul’Aziz Al-Tharifi).


1.HR Bukhari (24) dan Muslim (36).
2.HR Bukhari (6117) dan Muslim (33).

Sumber: https://belajarislam.com/tuntunan/hadits/hadist-jika-engkau-tak-malu-perbuatlah-sesukamu/.

09/04/2020 Posted by | Hadis, Tazkirah, Uncategorized | , | Leave a comment

Hebatnya Imam Al-Ghazali

Kehebatan imam Al-Ghazali yang mana beliau menggunakan kaedah ‘thoriqoh mukasyafah’ didalam mengenal hadis dhoif dan maudhu’ kerana tercium wangian disetiap hadis lalu beliau menyakini bahawa hadis itu bole diguna pakai..

Sebab itulah di dalam kitab ihya ulumuddin dimasukkan sebahagian hadis yg dhoif oleh imam ghazali..ramai ulama menolak kitab al ihya disebabkan sebahagian dhoifnya,tapi qobul disisi rasulnya..

Guru kami Alfadhil Ustaz Nazrul ketika membahaskan kitab wasail al wusul ila syamail arrasul bercerita kepada kami

“Bahawa seorang ulama pernah bermimpi bertemu nabi muhammad s.a.w di masjidil haram dan nabi ketika itu bersama dengan para aimmatul kibar(ulama2 besar)

Lalu beliau melihat nabi memanggil muhammad bin idris assyafie(imam syafie) lalu nabi menyuruh imam syafie membacakan hasil karya fiqh beliau

Setelah selesai,nabi memanggil Nu’man bin tsabit(imam abu hanifah)dan menyuruh untuk membaca hasil karyanya..

Kemudian nabi memanggil ahmad bin muhammad bin hanbal(imam ahmad) dan menyuruh untuk membaca hasil karyanya

Setelah selesai nabi memanggil malik bin anas(imam malik) dan menyuruh untuk membaca hasil karya imam malik

Setelah selesai nabi mencari abu hamid Al-ghazali lalu imam ghazali menyahut seruan nabi berkata “saya di sini ya rasul” ternyata imam ghazali berada di belakang majlis

Nabi memanggil nya untuk duduk dihadapan lalu menyuruh membacakan kitab al ihya ulumuddin hasil karangan imam ghazali

Imam ghazali pun membacanya sehingga selesai,dan ulama yang bermimpi itu melihat nabi mengangguk dan tersenyum ketika dibacakan kitab al ihya

Para ulama mengatakan bahawa tandanya nabi redha dengan kitab ihya ulumuddin”

SubhanAllah…

Begitulah syeikh al azhar syeikh usamah al azhari pernah berkata dan sya mendengarnya sendiri di masjid al azhar dulu

” من لم يقرأ الإحياء فليس من الأحياء”

“Sesiapa yang tidak membaca kitab al ihya,maka dia bukanlah dari kalangan orang yang hidup yakni hatinya”

Bisirril fatihah ila hadratin nabi s.a.w

Wallahu taala A’lam

Sumber: FB Ustaz Zaref Al HaQQy

09/04/2020 Posted by | Bersama Tokoh | | Leave a comment

Golongan Menjaja Hadis Dhaif

Dewasa ini ramai golongan yang menjaja bahawa ada golongan yang menjaja Hadis Dhaif. Mereka menyenaraikan hadis dhaif itu sebagai hadis Maudhu’ lalu berkata hadis dhaif itu adalah seringan-ringan hadis maudhuk. Mereka dengan bangganya menyatakan orang yang mengamalkan hadis dhaif itu sebagai penyebar hadis palsu lalu memberi ancaman dengan Hadis Mutawatir “Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, hendaklah dia menempah tempat di neraka”

Sedangkan Ulamak Hadis mengklasifasikan Hadis kepada Maqbul dan Ghair Maqbul. Lalu Ulamak menyenaraikan Hadis Dhaif itu dalam senarai hadis yang maqbul (boleh diterima pakai di dalam Fadhail Amal, Targih wa Tarhib). Dhaifnya Hadis itu bukanlah disebabkan Zati hadis yang dhaif, Akan tetapi dhaif hanya disebabkan perawi hadis itu diantara sekalian perawi yang yang mungkin mempunyai kecacatan dari segi dhobit dan sebagainya maka dengan sebab itu Ulamak menghukumnya sebagai Dhaif. Di sini saya tampilkan sedikit kaedah mensahih dan mendhaifkan hadis yang masyhur di kalangan Ulamak….

KAEDAH MENTASHIH DAN MENTADH’IFKAN HADIS

Sebenarnya terdapat bidang yang khusus bagi mentashih dan mentadh’ifkan hadis iaitu Ilmu Usul Hadis dan Ilmu Jarh Wa Ta’dil.Walau bagaimana pun di sini disebutkan beberapa kaedah yang diguna pakai Ulamak untuk menentukan status hadis samada sahih ataupun dhaif.

KAEDAH PERTAMA
Setengah orang berpendapat bahawa hadis sahih hanya terkandung di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan sesetengah orang pula berpendapat sebarang hadis yang tidak terdapat di dalam Sahihain (Bukhari dan Muslim) maka secara lazimnya adalah dhaif dan sama sekali tidak dapat di bandingkan dengan hadis sahihain. Sedangkan pandangan ini adalah sama sekali salah. Sedangkan neraca untuk mengukur samada hadis itu sahih atau tidak ianya bukan diukur samada hadis itu terkandung di dalam sahihain ataupun tidak malah ianya diukur berdasarkan sanadnya. Imam Bukhari Rh.a sendiri menyatakan bahawa aku tidak merangkumkan keseluruhan hadis sahih di dalam kitabku. Oleh itu besar kemungkinan terdapat hadis-hadis yang tidak terkandung di dalam sahihain akan tetapi dari segi kedudukannya adalah lebih tinggi daripada sesetengah hadis sahihain. Contohnya Maulana Abdul Rasyid Nu’maani Rh.a menukilkan setengah riwayat Ibnu Majah di dalam kitabnya “ Ma Tamassa Ilaihil Hajat” yang mana Muhaddisin telah membuat keputusan bahawa sanadnya lebih afdhal daripada sanad Bukhari. Oleh itu hadis yang terkandung di dalam “Bukhari” apa yang di sebut Kitab yang terafdhal selepas Kitabullah adalah berdasarkan Umum hadis dan bukannya beriktibarkan setiap hadis secara berasingan.

KAEDAH YANG KEDUA
Kerja mentashih dan mentadh’ifkan hadis ini merupakan satu kerja yang amat halus dan mereka yang layak untuk menjalankan kerja ini hanyalah mereka yang telah mencapai Kedudukan Ijtihad di dalam bidang Hadis. Hafiz Ibnu Solah Rh.a telah menzahirkan pandangan beliau di dalam “ Muqaddimah” nya bahawa selepas berlalunya 500 Hijrah adalah tidak berhak lagi bagi seseorang pun untuk menentukan sesuatu hadis sebagai sahih atau dhaif dengan penilaian semula. Akan tetapi pendapat beliau telah ditolak oleh Jumhur Ulamak kerana yang haknya untuk menentukan status hadis samada sahih atau dhaif sebenarnya tidak diukur berdasarkan sesuatu zaman yang khas malah ianya dinilai oleh mereka yang pakar dalam bidang hadis dan yang mempunyai Ilmu serta kefahaman yang mendalam yang membolehkan mereka menilai sesuatu hadis itu samada sahih ataupun dhaif. Oleh itu ramai Ulamak yang menceburkan diri dalam bidang ini walaupun selepas 500 Hijrah dan dan dalam masa yang sama ianya mendapat pengiktirafan Umat. Contohnya Hafiz Zahabi Rh.a, Hafiz Ibnu Hajar Rh.a, Allamah Aini Rh.a, Hafiz Sakhawi Rh.a dan Hafiz Iraqi Rh.a. Pada Zaman akhir ini secara ghalibnya ulamak yang mendapat kedudukan ini adalah Allamah Anuar Syah Kasymiri Rh.a.

KAEDAH KETIGA
Kadang-kadang kita dapati dalam satu hadis ulamak berikhtilaf mengenai seorang perawi yang sama. Sebahagian ulamak mentadh’ifkannya dan sebahagian lagi mentausiqkannya (melabelnya sebagai thiqah). Persoalannya pada waktu ini qaul siapakah yang perlu diktibarkan?
Bagi menjawab persoalan ini Maulana Abdul Hay Al Laknowy Rh.a telah membahaskannya secara terperinci di dalam kitabnya “ Al Ajwibah Al Fadhilah” (m/s 161 sehingga m/s 180) yang mana secara kesimpulannya terdapat tiga tarikah untuk mentarjihkan aqwal itu:-

TARIKAH PERTAMA
Jika sekiranya terdapat dua ulamak yang mana salah seorangnya Mutasaahil (bermudah-mudah) di dalam mentashihkan suatu hadis manakala seorang lagi terlalu Muhtaat (berhati-hati) maka pada waktu ini qaul ulamak yang kedua akan diiktibarkan. Contohnya satu hadis telah di tashihkan oleh Hakim Rh.a manakala hadis yang sama telah ditadh’ifkan oleh Hafiz Zahabi Rh.a, maka pada waktu ini qaul Hafiz Zahabi Rh.a akan diiktibarkan.

TARIKAH KEDUA
Sekiranya terdapat dua Muhaddisin yang mana salah seorangnya Mutasyaddid (Keras) dan seorang lagi Mu’tadil (pertengahan) maka pada waktu ini qaul kedua akan diiktibarkan. Contohnya Ibnul Jauzi Rh.a adalah seorang yang mutasyaddid manakala Hafiz Ibnu Hajar Rh.a dan Hafiz Zahabi Rh.a adalah keduanya Mu’tadil. Maka apabila bertembung keduanya, waktu itu qaul kedua Hazrat itu akan diutamakan.
Maulana Abdul Hay Al Lakhnowy Rh.a telah munukilkan dari Hafiz Ibnu Hajar Rh.a bahawa di antara Aimmah Jarh wa Ta’dil mengikut zaman tertentu mempunyai empat Tabqah (generasi). Di dalam tabqah ini Hafiz Ibnu Hajar Rh.a menyatakan diantara Aimmah ini siapa mutasyaddid dan siapa pula mu’tadil.

TABQAH PERTAMA
Syu’bah Rh.a dan Sufyan Thauri Rh.a diantara keduanya Syu’bah adalah lebih mutasyaddid.
TABQAH KEDUA
Yahya Bin Said Qattan Rh.a dan Abdul Rahman Bin Mahdi Rh.a, diantara keduanya Yahya adalah mutasyaddid.
TABQAH KETIGA
Yahya Bin Main Rh.a dan Ali Ibnul Madini Rh.a, di antara keduanya Yahya Bin Main adalah mutasyaddid.
TABQAH KEEMPAT
Ibnu Abi Hatim Rh.a dan Imam Bukhari Rh.a, diantara keduanya Ibnu Abi Hatim adalah mutasyaddid. Oleh itu di mana Hazrat-hazrat ini berselisih di dalam menentukan status seorang perawi, maka qaul mutasyaddid akan ditinggalkan.
Maulana Lakhnowy Rh.a berkata selepas tabqah ini yang dianggap mutasyaddid adalah Allamah Ibnul Jauzi Rh.a, Allamah Juzqani Rh.a, Hafiz Saghani Rh.a, Sahibus Safrus Saadah dan Abul Fattah Azdi Rh.a serta Allamah Ibnu Taimiyyah Rh.a juga dianggap mutasyaddid. Manakala Hafiz Ibnu Hajar Rh.a, Hafiz Zahabi Rh.a, Hafiz Iraqi Rh.a dikira sebagai mu’tadil.

TARIKAH KETIGA
Dengan merenungkan dalil-dalil daripada kedua-dua belah pihak dan dalil yang mana didapati kuat maka qaul itu akan diambil kira. Akan tetapi bukan semua ulamak yang dapat kedudukan ini bagi mengukur dalil kedua belah pihak. Hanya mereka yang mempunyai Kedalaman ilmu di dalam Ilmu Hadis sahaja yang dapat membuat kerja ini. Tarikah ketiga inilah diguna pakai apabila berlaku pertembungan diantara dua muhaddisin yang mu’tadil yakni jika seseorang yang dapat menilai dan mempunyai kebolehan di dalam mengukur kekuatan dalil diantara dua belah pihak, maka dia boleh mentarjihkan salah satu dari dua dalil tersebut.

KAEDAH KEEMPAT.
Proses mentashih dan mentadh’ifkan hadis adalah merupakan satu urusan ijtihadi sepertimana yang telah dijelaskan oleh Muhakkik Ibnu Hummam Rh.a. Oleh itu kemungkinan besar boleh saja berlaku perselisihan di antara para mujtahidin dan di kala berselisih, tidak seorang mujtahid pun boleh dipersalahkan kerana mereka menilai hadis mengikut kepakaran dan ijtihad yang ada pada mereka. Apabila seorang mujtahid mengambil suatu hadis sebagai dalil, bermakna hadis itu disisi beliau adalah boleh dijadikan dalil. Oleh itu kita tidak boleh menjadikan pendapat dari mujtahid yang pertama untuk untuk menyalahkan pendapat dari mujtahid yang kedua bahawa dalilnya tidak boleh dijadikan hujjah. Ini kerana Qaul seorang mujtahid tidak boleh dijadikan hujjah untuk berkhilaf dengan mujtahid yang lain.

KAEDAH KELIMA
Kadang-kadang mutaqaddimin ulamak seperti Imam Abu Hanifah Rh.a misalnya telah sampai kepada beliau satu hadis dengan sanad yang sahih. Akan tetapi dalam hadis yang sama dan sanad yang sama telah datang perawi yang dhaif selepas zaman beliau. Maka ulamak selepas beliau telah melabel hadis tersebut sebagai dhaif. Maka secara zahirnya ulamak selepas zaman beliau tidak boleh menjadikan tadh’if ini sebagai hujjah untuk mengkritik Imam Abu Hanifah Rh.a. Oleh sebab itu tidak semestinya hadis yang dianggap dhaif pada zaman Imam Bukhari Rh.a hadis tersebut juga dhaif pada awal zaman iaitu zaman Imam Abu Hanifah Rh.a.

KAEDAH KEENAM
Hafiz Ibnu Solah Rh.a telah menerangkan di dalam Muqaddimahnya, apabila kita melabelkan sesuatu hadis itu sebagai sahih, maka ianya tidak bermaksud bahawa hadis itu juga sahih pada nafsul amar (hakikatnya). Malah ianya membawa maksud hadis itu telah melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh ulamak hadis untuk diklasifikasikan sebagai sahih. Oleh itu secara ghalib zhon (sangkaan yang kuat) juga bahawa hadis tersebut juga sahih pada hakikatnya. Ini kerana untuk menetapkan sesuatu hadis sebagai sahih pada nafsul amar dengan yakin hanyalah dengan kaedah tawatur. Oleh itu pada hadis sahih juga ada kemungkinan terdapat kesilapan dan kesalahan pada nafsul amar kerana kesilapan dan kelupaan mungkin boleh berlaku walaupun pada seorang yang tsiqah ataupun telah berlaku kecelaruan pada seorang perawi. Oleh itu jika sekiranya telah terbukti melalui dalil-dalil yang lain yang lebih kuat bahawa telah berlaku kecelaruan perawi di dalam satu hadis yang sahih maka hadis sahih itu juga akan ditinggalkan. Misalnya terdapat hadis sahih yang lain bercanggah dengan hadis itu atau hadis itu berselisih dengan mana-mana ayat di dalam Quranul Karim .

Begitu juga bilamana kita mengatakan suatu hadis itu sebagai dhaif, maka ianya tidak semestinya juga dhaif atau bersifat dusta pada nafsul amar. Malah ianya membawa maksud hadis itu tidak melepasi syarat yang telah disepakati ulamak hadis untuk menjadikannya sebagai sahih atau hasan sehingga kita layak untuk beriktimad padanya dengan menjadikannya sebagai asas kepada syariat. Ini kerana adalah berkemungkinan besar bahawa seorang perawi yang dhaif menukilkan perkara yang benar disebabkan seorang perawi yang dhaif itu tidak semestinya sentiasa membuat kesilapan. Akan tetapi adalah tidak harus untuk kita beramal hanya bersandarkan kemungkinan ini selagi mana ianya tidak sabitkan dengan dalil-dalil yang kuat. Oleh itu kadang-kadang kita kita jumpai seorang mujtahid yang mempunyai dalil yang kuat dan dengan berasaskan itu beliau mengutamakan hadis yang berkemungkinan dhaif itu sehingga terpaksa meninggalkan hadis yang sahih. Maka pada waktu itu kita tidak boleh menggelarkan mujtahid itu sebagai seorang yang suka mengamalkan hadis dhaif atau seorang yang meninggalkan hadis sahih. Misal dibawah akan menjelaskan lebih lanjut lagi mengenai masalah ini :-
Imam Tirmizi Rh.a telah menulis di dalam “Kitabul Ilal” bahawa dalam kitabku terdapat dua hadis sahih yang mana tidak diguna pakai oleh mana-mana faqeh. Satunya adalah sebuah hadis riwayat Ibnu Abbas r.a:
“Telah menjamakkan Rasulullah saw di antara zohor dan asar dan diantara maghrib dan isyak di Madinah tanpa sebarang (asbab) ketakutan, ataupun sebab hujan.” (Tirmizi Bab Ma Jaa Fil Jam’ak bainas solatain)
Sedangkan hadis ini dari segi sanadnya adalah layak untuk dijadikan dalil.
Hadis yang kedua adalah hadis Amir Muawwiyah r.a.:-

Sabda Nabi saw,” barangsiapa yang meminum khamar, maka hendak merotannya, dan sekiranya dia mengulanginya pada kali keempat, maka hendaklah ia dibunuh.”
Kedua-dua zahir hadis ini telah ditinggalkan pengamalannya secara ijmak ulamak. Ini kerana terdapat dalil lain yang lebih kuat yang menyebabkan ulamak meninggalkan hadis tersebut. Akan tetapi tidak seorangpun dianggap peninggal Sunnah semata-mata meninggalkan hadis ini.

Akan tetapi sebaliknya Ulamak terkadang-kadang mengamalkan hadis dhaif disebabkan dalil-dalil lain yang lebih kuat. Oleh itu dalam bab yang sama Imam Tirmizi Rh.a telah munukilkan riwayat daripada Amar Bin Syuaib Rh.a:

“Dari Amar Bin Syuaib dar ayahnya dari datuknya bahawasanya Rasulullah saw telah menyerahkan anak perempuan Baginda saw Zainab r.anha kepada Abul As Bin Rabi’ dengan mahar yang baru dan dengan nikah yang baru”.
Kemudiannya Imam Tirmizi Rh.a menulis dibawah hadis ini bahawa hadis ini terdapat kritikan ulamak pada sanadnya dan pengamalan adalah keatas hadis ini di sisi Ahli Ilmu. Kemudian berkata ianya adalah qaul Malik Bin Anas dan Auza’ei dan Syafei dan Ahmad dan Ishaq. Maka adakah kita boleh menggelarkan kepada kesemua para Imam Hadis ini sebagai “Pengamal Hadis Dhaif”? Sudah tentu mereka mempunyai dalil-dalil lain yang lebih kuat untuk dijadikan sokongan kepada hadis dhaif ini.

KAEDAH KETUJUH
Sekiranya terdapat mana-mana hadis dhaif yang( muayyad bit ta’amul) yakni amalan Para Sahabat dan Tabien terbukti berdasarkan hadis itu, maka hadis itu adalah layak untuk dijadikan dalil walaupun ianya dhaif (sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Al-jassas dalam “Ahkamul Quran” dan ramai di kalangan Muhaddisin dan Usuliyyin). Contohnya hadis “Talak bagi hamba perempuan adalah dua talak dan iddahnya dua haidh” adalah dhaif. Akan tetapi disebabkan (ta’amul), hadis ini adalah layak untuk dijadikan dalil. Oleh itu, Imam Tirmizi menulis di bawah hadis ini : “Hadis ini gharib dan kita tidak mengetahuinya sebagai marfu’ melainkan dari hadis Mazahir Bin Aslam dan Ahli Ilmu di kalangan Sahabat NAbi saw mengamalkan hadis ini. (Tirmizi Jilid 1, Abwabut Talak). Begitu juga dengan hadis “Tiada wasiat bagi waris” dan dan hadis “ Pembunuh tidak boleh mewarisi” kedua-duanya terdapat sanad yang dhaif, akan tetapi disebabkan mendapat penerimaan ulamak menyebabkan ianya layak dijadikan dalil.

KAEDAH KELAPAN
Sekiranya terdapat dua hadis yang layak dijadikan dalil bertembung di antara keduanya, maka sebahagian Fuqaha dan Muhaddisin secara mutlaknya mereka mentarjih (mengutamakan) hadis yang mempunyai sanad yang paling kuat dan menganggapnya sebagai “Asahhu Ma Fil Bab” yang paling sahih di dalam bab demikian. Akan tetapi di sisi Imam Abu HAnifah Rh.a, beliau akan mengutamakan hadis-hadis yang paling menepati Al-Quran dan Usul Syariat samada dari segi sanad ianya kuat ataupun tidak.

(MAULANA TAQI UTHMANI HAFIZAHULLAHU TAALA MUQADDIMAH DARS TIRMIZI)
ABU LAIBAH
MIFTAHUL ULOOM HULU LANGAT

(Sumber asal :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1003203843042508&id=100000587054606)

09/04/2020 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Uncategorized | | Leave a comment

Mazhab Rojak

Hari ni ada org mempersoalkan kpd saya ttg mazhab rojak sbb saya ada membincangkannya dlm Berita Harian tempoh hari.

Saya kata, utk org awam, elok pegang satu mazhab bagi kemas. Jgn campur aduk mazhab. Nanti keliru. Jgn berpegang kpd mazhab rojak.

Dia kata lagi dlm nada yg tidak puas hati: “salah ka org awam nk pegang mazhab cara rojak?”

Saya pun dah malas nk jawab soalan itu, nanti panjang pula perbincangan, sedangkan ulama dah habis berbincang permasalahan tersebut.

Cuma saya nk kongsi sedikit di sini kenapa tidak sesuai mazhab rojak;

Ok, cuba tengok situasi ini:

👇🏼👇🏼👇🏼

# sentuh isteri tak batal air wuduk

# lelaki pakai seluar pendek sah solat

# sentuh anjing dlm keadaan lembap tak perlu basuh tujuh kali

# solat fardu secara berjemaah dia kata sunat (mazhab Shafi’i kata fardu kifayah)

# Al-Fatihah tak baca pun tak pa dlm solat

# Sentuh dan baca Al-Quran dlm keadaan hadas besar tidak mengapa

# sentuh mushaf al-Quran ketika hadas kecil tidak mengapa

# wanita haid boleh berada lama di dalam masjid

# dan banyak lagi permasalahan yg lain

👆🏼👆🏼👆🏼

Cuba perhatikan amalan di atas, apakah mazhab yg org itu pegang? Manakah mazhab yg mengatakan sah amalannya itu? Tidakkah agama ini akan menjadi sesuatu yg dipermainkan dgn sesuka hati oleh sesiapa sahaja?

Bagi anda yg menyokong mazhab rojak, setujukah anda bahawa umat Islam mengamalkan semua perkara di atas dgn cara campur aduk dgn alasan “apa masalahnya mazhab rojak?”

Org yg tidak berpuas hati akan berkata lagi, “tidakkah di perbankan fatwanya dah jadi rojak?”

Kita jawab begini: Berlainan dgn ahli-ahli fatwa yg dilantik, mereka berijtihad utk permasalahan semasa yg kadangkala perlu bertaklid kpd mazhab selain mazhab Shafi’i apabila bertembung antara maslahah, mafsadah, masyaqqah dsb.

Hal ini tidak boleh dianggap sbg mazhab rojak kerana mereka merujuk kepada usul, kaedah usul, maqasid dsb yg turut diterima dlm mazhab Shafi’i ketika menghadapi situasi tertentu.

Moga bermanfaat sedikit penerangan ini.

Wallahua’lam.

Sumber: FB Ustaz Murshidi Mohd Noor

05/04/2020 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

Siapa Layak Menetapkan Hadis Sahih atau Dhaif?

Salam Ustaz,…Apakah kita orang awam boleh untuk menentukan (menetapkan) sesebuah status hadith itu sahih atau dhaif,..karena pada masakini ramai yang menjadi muhaddisin tanpa ilmu dan kepakarannya,…seperti orang yang mengaku diri kelulusan PhD hadith,..?.

Jawapan:

Wasalam,…sebenarnya pertanyaan ini sungguh berat untuk saye menjawab,..
dengan beberapa kekurangan pada diri saya,…namun saye cube menjelaskan menurut kemampuan yang saye pelajari,…Alhamdulillah.

1 . Yang boleh menetapkan status sebuah hadith bukanlah kita yang awam ini, melainkan para ulama hadith. Mereka saja yang mempunyai kapasiti, legelity, autoriti dan tools untuk melakukannya. Dan buat kita, cukuplah kita membaca karya-karya agung mereka melalui kitab-kitab hasil naqd (kritik) mereka.

Menetapkan status suatu hadith dikenal dengan istilah al-hukmu ‘alal hadith. Upaya ini adalah bagian dari kerja besar para ulama hadith (muhadditsin). Mereka punya sekian banyak kriteria dalam menentukan derajat suatu hadith.

Secara umum, studi ini dilakukan pada dua sisi. Yaitu sisi para perawinya dan juga sisi matan hadithnya, atau isi materinya. Jadi yang dinilai bukan hanya salah satunya saja, melainkan keduanya.

2 . Keshahihan suatu hadith akan dinilai pertama kali dari masalah siapa yang meriwayatkannya. Dan yang dinilai bukan hanya perawi pada urutan paling akhir saja. Akan tetapi mulai dari level pertama yaitu para shahabat, kemudian level kedua yaitu para tabi’in, kemudian level ketiga yaitu para tabi’it-tabi’in dan seterusnya hingga kepada perawi paling akhir atau paling bawah.
Nama para perawi paling akhir itu adalah yang sering kita dengar sebagai hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah, At-Tirmiziy, Abu Daud dan lainnya. Akan tetapi, yang dijadikan ukuran bukan semata-mata para perawi di level paling bawah atau paling akhir saja.

Melainkan keadaan para perawi dari level paling atas hingga paling bawah dijadikan objek penelitian. Khususnya pada level di bawah para shahabat. Sebab para ulama sepakat bahwa para shahabat itu seluruhnya orang yang ‘adil dan tsiqah. Sehingga yang dinilai hanya dari level tabi’in ke bawah saja.

3 . Satu persatu biografi para perawi hadith itu diteliti dengan cermat. Penelitian dipusatkan (tumpuan) pada dua kriteria. Yaitu kriteria al-‘adalah dan kriteria adh-dhabth.

a. Kriteria al-‘adalah

Kriteria pertama adalah masalah ‘adalah. Maksudnya sisi nilai ketaqwaan, keIslaman, akhlaq, ke-wara’-an, kezuhudan dan kualiti pengamalan ajaran Islam. Kriteria ini penting sekali, sebab ternyata kebanyakan hadith palsu itu lahir dari mereka yang kualiti pengamalan keIslamannya kurang.

Misalnya mereka yang sengaja mengarang atau memalsukan hadith demi menjilat penguasa. Atau demi kepentingan politik dan kedudukan. Atau untuk sekadar mengejar kemasyhuran.

Orang-orang yang bermasalah dari segi al-‘adalah ini akan dicatat dan dicacat oleh sejarah. Mereka akan dimasukkan ke dalam daftar black-list bila ketahuan pernah melakukan hal-hal yang tidak sejalan dengan aqidah, akhlaq dan etika Islam.

Bahkan para ulama sampai melahirkan disiplin imu khusus yang disebut ilmu al-jarhu wa at-ta’dil.

Ilmu ini mengkhususkan diri pada database catatan hitam seseorang yang memiliki cacat atau kelemahan. Orang-orang yang dianggap cacat mendapatkan julukan khas dalam ilmu ini. Misalnya si fulan adalah akzabun nass (manusia paling pendusta), fulan kazzab (pendusta), si fulan matruk (haditsnya ditinggalkan) dan sebagainya.

b. Krieria adh-dhabth

Kriteria adh-dhabth adalah penilaian dari sisi kemampuan seorang perawi dalam menjaga originaliti hadith yang diriwayatkanya. Misalnya, adakah dia mampu menghafal dengan baik hadith yang dimilikinya. Atau mempunyai catatan yang rapi dan teratur. Sebab boleh jadi seorang perawi memiliki hafalan yang banyak, akan tetapi tidak dhabith atau tidak teratur, bahkan boleh jadi acak-acakan bercampur baur antara rangkaian perawi suatu hadith dengan rangkaian perawi hadith lainnya.

Biasanya dari sisi adh-dhabth ini para perawi memang orang yang shaleh. Tetapi kalau hafalan atau database periwayatan haditsnya bercampur baur, maka dia dikatakan tidak dhaabith. Cacat ini membuatnya menempati posisi lemah dalam daftar para perawi hadith.

Hadith yang diriwayatkan lewat dirinya boleh saja dinilai dha’if atau lemah.

4 . Keperluan pada Ensiklopedi Hadith Lengkap.

Untuk mendapatkan kumpulan hadith yang shahih, kita boleh membuka kitab yang disusun oleh para ulama. Di antara yang terkenal adalah kitab Ash-Shahih yang disusun oleh Al-Imam Al-Buhkari dan kitab Ash-Shahih yang disusun oleh Imam Muslim. Akan tetapi bukan bermakna semua hadith menjadi tidak shahih bila tidak terdapat di dalam kedua kitab ini.

Sesungguhnya, kedua kitab ini hanya menghimpun sebagian kecil dari hadith-hadith yang shahih. Di luar kedua kitab ini, masih banyak lagi hadith yang shahih lainnya.

5 . Keberadaan kedua kitab itu meski sudah banyak bermanfaat, namun masih diperlukan kerja keras para ulama untuk mengumpulkan semua hadith yang ada di muka bumi, lalu satu per satu diteliti para perawinya. Dan seluruhnya disusun di dalam suatu data simpanan.

Sehingga setiap kali kita menemukan suatu hadith, kita boleh lakukan searching, lalu tampil matan-nya beserta para perawinya dengan lengkap mulai dari tingkat shahabat hingga level terakhir, sekaligus juga catatan rekord tiap perawi itu secara legkap sebagaimana yang sudah ditulis oleh para ulama.

6 . Yang sudah ada sekarang ini baru program sebatas hadith-hadith yang ada di dalam 9 kitab saja, yang dikenal dengan kutubus-sittah.

Program ini sudah lumayan membantu, karena boleh dikemas dalam satu keping CD saja. Bahkan Kementerian Agama, Wakaf, Dakwah dan Irsyad Saudi Arabia membuka situs yang memuat data simpanan kesembian kitab hadits ini, sehingga boleh diakses oleh siapa saja dan dari mana saja di seluruh dunia secara gratis.

7 . Sayangnya, hadith-hadith yang ada di program ini masih terbatas pada 9 kitab hadith saja, meski sudah dilengkapi dengan kitab-kitab penjelasnya (syarah). Padahal ada begitu banyak hadith yang belum tercantum di dalam kutubus-sittah.

Lagi pula program itu pun belum dilengkapi dengan al-hukmu ‘alal hadith. Baru sekadar membuat data simpan hadith yang terdapat di 9 kitab itu.

Dan meski setiap hadith itu sudah dilengkapi nama-nama perawinya, namun belum ada hasil penelitian atas status para perawi itu,…Jadi hadith-hadith itu masih boleh dikatakan mentah.

8 . Projek ini cukup besar untuk dikerjakan oleh per-orangan. Harus ada kumpulan team yang terdiri dari ribuan ulama hadith dengan spesifikasi ekspert. Mereka harus bekerja full-time untuk jumlah jam kerja yang juga besar. Tentu saja masalah yang paling besar adalah anggaran.

Sampai hari ini, sudah ada beberapa lembaga yang merintisnya membuka jalan. Para ulama di Al-Azhar Mesir, para ulama di Kuwait, para ulama di Saudi dan di beberapa tempat lain, masing-masing sudah mulai mengerjakan……Sayangnya hasilnya belum juga nampak.

Berkemungkinan karena mereka bekerja sendiri-sendiri dan tidak melakukan sinergi. Padahal kalau semua potensi itu disatukan dalam sebuah managemen profesial, insyaa Allah kita boleh menyumbangkan sesuatu yang berharga di abad 15 hijriyah ini.

Hitung-hitung sebagai hamper untuk kebangkitan Islam yang sudah sejak lama didengung-dengungkan itu. Sebuah warisan pekerjaan dari generasi lampau untuk kita demi mencapai masterpiece.

Mohon maaf atas kekurangan,…semoga bermanfaat dan terjawab hendaknya.

Wallahu a’lam bishshawab wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh?

Sumber: Ustaz Zaref Shah Al HaQQy

04/04/2020 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: