Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hukum ke atas orang hilang (al-mafqud) merujuk kepada kes MH370

Sejak 8 Mac 2014 yang lalu, negara kita hangat membahaskan isu kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal. Di kalangan penumpang dan anak kapal penerbangan tersebut, ada sebahagiannya beragama Islam yang mempunyai harta dan keluarga sendiri.

Maka dalam situasi ini, timbul persoalan di kalangan masyarakat mengenai status penumpang atau anak kapal tentang beberapa perkara seperti:

Adakah hilang itu dianggap sebagai mati dalam Islam? Apakah status perkahwinan mereka? Adakah boleh dilakukan solat jenazah ghaib ke atas mereka? Adakah harta mereka perlu dibahagikan kepada waris? Bilakah orang hilang ini akan diiktiraf mati? Dan pelbagai lagi persoalan lain.

Saya akan cuba menerangkan apakah yang dimaksudkan “orang hilang” dan implikasinya di dalam kefahaman Islam secara mudah difahami untuk bacaan masyarakat umum. Moga tulisan ringkas ini dapat memberi kefahaman serba sedikit dalam menilai isu yang sedang berlaku ini dari dimensi syarak.

“Orang yang hilang” menurut Islam

1. Di dalam Islam, perbincangan mengenai orang yang telah mati adalah sangat penting, kerana matinya seseorang itu akan memberi implikasi yang sangat besar seperti berkenaan status perkahwinannya, pembahagian hartanya, wasiatnya dan lain-lain.

Maka perbincangan mengenai orang yang hilang juga sama pentingnya, kerana situasi orang yang hilang ialah tidak diketahui mati atau hidup. Atas dasar itu, kesemua imam 4 mazhab dan ulamak-ulamak terdahulu telah meletakkan satu tajuk khusus di dalam fiqh yang membincangkan mengenai orang yang hilang yang disebut sebagai al-Mafqud.

2. Yusuf Ata Muhammad Hilwa telah menyatakan maksud al-Mafqud yang jamik manik(ringkas dan padat) dari segi istilah ialah apa yang disebut oleh Ibnu Maudud  iaitu :

“Orang yang telah hilang dari ahli keluarganya dan negaranya, ataupun menjadi tawanan kemudian tidak diketahui tempatnya dan situasinya samada dia masih hidup atau mati dan ianya berterusan untuk suatu tempoh.”

Berdasarkan takrif diatas, jelas akan penilaian akan al-Mafqud itu pada 3 perkara:

i)        Tidak diketahui tempatnya.
ii)       Tidak diketahui situasinya hidup atau mati.
iii)     Berlalu suatu tempoh zaman.

3. Kemudian di dalam perbincangan al-Mafqud, ulamak fiqh telah bersepakat (mahal ittifaq) bahawa :

i. Hukum ke atas orang yang berada dalam situasi al-Mafqud adalah diiktiraf sebagai orang yang masih hidup. Maka pasangannya akan kekal diiktiraf sebagai status berkahwin dengannya, hartanya tidak akan dibahagi dan tidak perlu dilakukan solat jenazah ghaib keatasnya kerana dia diiktiraf sebagai masih hidup walaupon mafqud (hilang).

Perkara ini selari berdasarkan kaedah fiqh :

الأصل بقاء ماكان على ماكان

Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya.

Dan juga kaedah fiqh:

اليقين لا يزال بالشك

Suatu yang telah diyakini, ianya tidak akan hilang dengan perkara yang syak.

Kerana pemilikan harta dan hubungan perkahwinan itu berlaku secara pasti (yakin), maka tidak boleh tidak hanya perkara pasti (yakin) sahaja yang boleh mengubah status asal perkara tersebut. Sedangkan orang yang hilang atau mafqud ialah berada dalam situasi tidak pasti (syak) iaitu tidak pasti dia hidup atau mati. Hukum diiktiraf sebagai orang yang masih hidup ini juga diistilahkan oleh Imam Maliki sebagai sinnu ta’mir (umur yang terus bertambah).

ii. Al-Mafqud boleh dinilai sebagai orang mati oleh hakim dengan dua cara, samada:

(a) Terdapat bukti terhadap kematian orang tersebut (bayyinah ala mautihi). Maka jika terdapat bukti yang sah disisi syarak akan kematiannya dan hakim iktiraf bukti tersebut, maka orang tersebut boleh distihar mati walaupon tempoh menunggu yang munasabah belum lagi sempurna.

(b) Berlalunya suatu tempoh menunggu yang munasabah bahawa orang tersebut telah mati. Maka apabila habis tempoh tersebut dalam keadaan tidak dijumpai sebarang bukti yang sah, hakim boleh mengiktirafkannya sebagai mati.

iii. Hanya hakim (qadhi) sahaja yang boleh menentukan seseorang itu mati samada dengan cara pembuktian atau berlalunya tempoh  yang akhirnya memberi implikasi selepas itu seperti penceraian, wasiat, pembahagian harta warisan dan lain-lain.

Jadi walaupun ulamak telah meletakkan sesuatu tempoh untuk menunggu orang yang hilang sebelum diiktiraf mati, tempoh tersebut adalah sekadar panduan dan bukannya kata putus. Ataupun jika ada orang yang menjumpai bukti yang menunjukkan kematian orang yang hilang tersebut namun bukti tersebut tidak diiktiraf di sisi hakim mungkin kerana bukti itu tidak diiktiraf syarak, maka orang tersebut masih dinilai al-Mafqud. Kata putus terletak pada hakim untuk menentukan kematiannya.

iv. Implikasi mafqud itu perlu dilihat dalam 2 perkara berbeza iaitu pada hartanya dan juga pada pasangannya (suami/isteri).

4. Sudut yang ulamak selisihkan (mahal niza’) adalah pada :

i) Jenis mafqud samada hilang di negara Islam atau tidak, hilang yang secara zahirnya tidak logik untuk hidup atau tidak, dan hilang disebabkan peperangan atau tidak. Perbincangan mengenai jenis mafqud ini memberi kesan pada tempoh menunggu sebelum ditentukan kematiannya. Contohnya, Maliki berpandangan golongan yang hilang di dalam negara Islam diberi tempoh menunggu selama 4 tahun berbanding orang yang hilang di dalam negara kafir yang diberi tempoh 70 tahun.

ii) Tempoh menunggu yang diletakkan sebagai panduan dalam menentukan kematian seseorang. Ada ulamak yang meletakkan 4 tahun, 50 tahun, 70 tahun, 100 tahun, 120 tahun dan lain-lain. Perselisihan ini berpunca tiadanya dalil khusus yang menyebut mengenai tempoh menunggu untuk al-Mafqud, jika pun ada seperti berdasarkan perbuatan Saidina Umar RA, pada pandangan sebahagian ulamak perbuatan Saidina Umar tersebut hanyalah sekadar ijtihad beliau terhadap situasi ketika itu.

iii) Bilakah orang yang hilang itu diiktiraf sebagai mafqud iaitu samada sejak hari pertama hilang atau sejak hakim membuat arahan untuk melakukan pencarian. Kesan daripada perbincangan ini adalah tentang penentuan bilakah bermulanya tempoh menunggu.

5. Alasan (illah) ulamak terhadap penilaian tempoh menunggu adalah berdasarkan tempoh yang munasabah bagi menunggu orang yang hilang untuk kembali sebelum diiktiraf sebagai mati, maka penilaian tempoh ini adalah atas ijtihad di kalangan ulamak.

6. Atas sebab penilaian tempoh ini adalah ijtihad, sebahagian besar ulamak masa kini melihat tempoh munasabah di masa sekarang yang dilengkapi dengan pelbagai alat teknologi seperti telefon, internet, satelit dan lain-lain adalah berbeza dengan tempoh munasabah pada zaman dahulu yang tidak dilengkapi teknologi-teknologi semasa. Dr Abdullah Al-Rukban menyatakan :

“Apa yang disebut (mengenai tempoh menunggu al-Mafqud) berdasarkan perbuatan sahabat atau apa yang diselisihkan oleh para ulamak mengenai tempoh ini, pada pandangan saya kalaulah mereka hidup pada zaman sekarang maka sudah tentu mereka akan menukar pandangan mereka kerana teknologi semasa yang wujud pada hari ini memberi kesan yang sangat besar (dalam menentukan tempoh menunggu al-Mafqud).”

Kesimpulan

1. Situasi yang berlaku kepada anak kapal dan penumpang MH370 adalah selari dengan kefahaman mafqud kerana mereka itu tidak diketahui situasinya (hidup atau mati), tidak diketahui tempatnya dan telah berlalu suatu tempoh sejak kehilangan tersebut.

2. Anak kapal dan penumpang MH370 berada dalam hukum mafqud iaitu diiktiraf sebagai masih hidup sehingga hakim membuat keputusan berdasarkan bukti atau berdasarkan berlalunya satu tempoh. Maka pasangannya masih lagi diiktiraf dan hartanya masih lagi dimiliki olehnya.

3. Perbincangan mengenai kematian krew dan penumpang yang hilang berdasarkan data satelit yang disebut oleh Perdana Menteri pada 24 Mac yang lalu  perlu dibincang berdasarkan adakah data tersebut layak untuk menjadi bukti bagi mengesahkan kematian mereka yang hilang (anak kapal dan penumpang) dan bukan mengenai tempoh menunggu yang munasabah bagi al-Mafqud. Salah dalam memahami titik perbincangan yang sebenar akan melahirkan keputusan atau pandangan yang salah.

4. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan tidak perlu untuk melakukan solat jenazah ghaib pada waktu ini kerana pada penilaian mereka, situasi penumpang dan anak kapal adalah masih mafqud (hilang) iaitu hukumnya diiktiraf masih hidup. Solat jenazah hanyalah pada mereka yang diyakini (pasti) sudah mati.

5. Peletakkan tempoh menunggu oleh ulamak terdahulu adalah berdasarkan pada ijtihad kerana tidak ada dalil khusus mengenai waktu menunggu dan situasi di zaman tersebut yang tidak ada pada mereka teknologi seperti yang wujud hari ini. Maka boleh jadi tempoh menunggu pada zaman sekarang adalah lebih pendek berbanding zaman dahulu.

6. Dalam menentukan samada orang masih mafqud atau diiktiraf mati memerlukan kepada keputusan hakim, jadi dalam pengamalan Malaysia, hanya Mahkamah Syariah yang boleh menentukan kematian krew dan penumpang tersebut seperti termaktub dalam seksyen 54 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Sumber: Ustaz Muhammad Firdaus Zalani

Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Advertisements

30 January 2015 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Boleh kah solat sambil mendukung bayi?


ISU:

Adakah dibenarkan bersolat sambil mendukung bayi sepertimana panduan gambar seorang lelaki mendukung bayi bersolat yang banyak tersebar di media sosial?

PENJELASAN:

Kaedah solat sambil mendukung bayi adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw: Abu Qatadah al-Ansari radhiyallahu ‘anhu berkata:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

Maksudnya:
“Pada suatu hari aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjadi imam kepada orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas bahu beliau. Umamah ialah cucu beliau, anak kepada Zainab. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).” Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis seumpama ini juga dilaporkan oleh Imam al-Bukhari dan al-Nasa’i.

Imam al-Nawawi menjelaskan, "Hadis ini menjadi hujah kepada mazhab Syafi’i dan mazhab lain yang sependapat dengannya bahawa dibenarkan mendukung bayi lelaki atau perempuan, dengan syarat yang didukung itu suci daripada najis, sama ada ketika bersembahyang fardhu atau sunat. Sama ada untuk imam, makmum, atau sembahyang bersendirian." (Syarh sahih muslim, jil. 5, hlm. 32)

Untuk menjaga kesempurnaan solat sebegini, beberapa syarat-syarat perlu dipatuhi. Antaranya ialah dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:

1) Mempastikan bahawa anak itu bersih dari najis.

2) Mengawal pergerakan kita semasa solat. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu’) ketika menyempurnakan solat.

3)Jangan menggerakkan anggota badan besar tiga kali berturut-turut.

4) Hendaklah mempastikan bahawa dada kita sentiasa mengadap kiblat.

Walaubagaimanapun, setiap umat Islam berkewajipan untuk berusaha menunaikan solat dengan cara yang paling baik dan paling sempurna. Bersolat sambil mendukung bayi hanya boleh dilakukan ketika mana kita berada dalam waktu atau keadaan yang terdesak sahaja.

Wallahu a’lam.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/bersolat-sambil-mendukung-bayi

27 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Ketaatan anak hanya pada perintah ibu bapa

Rupanya masih ramai yang terkeliru antara ketaatan, penghormatan dan keutamaan terhadap ibu bapa. Hukum asalnya anak-anak wajib mentaati ibu bapa berdasarkan al-Quran dan Hadis. Setelah masing-masing mentaati ibu bapa bertemu pula dengan sebuah hadis yang menyebut tiada ketaatan dalam perkara yang membawa maksiat atau dosa. Di sini mereka mula keliru lalu anak-anak dengan senang-senang memaki hamun ibu bapa yang membuat dosa dan maksiat.

Perlu dijelaskan di sini, mentaati adalah pada perintah, maknanya kalau ibu bapa memerintah anak itu melakukan sesuatu maka wajiblah ditaati sama ada redha atau tidak. Maka kalau ibu bapa suruh anaknya bercakap baik, wajiblah dia mentaatinya. Kalau ibu bapa suruh anak itu beri sedekah kepada orang miskin maka wajib lah dia memberi, kalau ibu bapa suruh anaknya belajar sungguh-sungguh wajiblah dia mentaatinya. Tapi kalau dia suruh anaknya main judi, tak wajib taat, kalau ibu bapa suruh anaknya beli rokok tidak wajib taat.

Persoalan sekarang, apabila anak tidak wajib taat perintah ibu bapa tersebut, bolehkah mereka menengking atau membenci ibu bapanya? Anak-anak sama sekali tidak boleh bertindak sedemikian terhadap ibu bapa. Sebaliknya anak-anak tetap wajib menghormati ibu bapanya dalam keadaan apa sekali pun. Maknanya anak wajib menghormati ibu bapanya sebagai ibu bapa, bukan kawan apatah lagi musuh. Bercakap dengan sopan dan tidak meninggikan suara di hadapannya.

Jelas di sini, menghormati ibu bapa bukan sahaja pada keadaan dia memerintah tetapi dalam semua keadaan. Sebagai contoh, isteri wajib taat kepada suaminya, dan tidak wajib taat kepada ibu bapanya, namun dia tetapi wajib menghormati kedua-duanya. Kalau begitu tentu tidak wajar anak menengking ibu bapanya apabila ibu bapa tidak mahu mengikut kehendaknya. Ingatlah sikap anak ini adalah termasuk dalam kategori anak derhaka.

Menyedari keadaan itu, si anak tidak boleh bersangka buruk kepada ibu bapanya. Maka kalau ada desas desus orang lain menceritakan keburukan ibu bapanya dia wajib mempertahankan ibu bapanya dan pada masa yang sama perlu mendapatkan pejelasan ibu bapanya dengan cara terhormat. Kalau memang mereka bersalah nasihatkan dengan baik agar bertaubat, bukan memulaukan mereka.

Selain itu timbul soalan lain berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.” (Bukhari dan Muslim)

Apa yang disebut dalam hadis ini bukan isu mentaati atau menghormati tetapi di sudut keutamaan antara kedua ibu bapa itu siapa yang lebih berhak diberi perhatian. Rasulullah menetapkan bahawa ibu yang patut diberi keutamaan berbanding bapa. Maknanya soal taat sama, soal menghormati sama, tetapi dalam soal keutamaan berbeza. Jadi, jangan ada dalam kalanang umat Islam yang mengatakan anak wajib lebih mentaati ibu daripada bapanya. Kesilapfahaman ini perlu diperbetulkan semula.

Sebenarnya konsep ini boleh dipakai dalam soal mentaati pemimpin dan suami. Maka rakyat wajib mentaati pemimpin dalam soal perintah dan wajib menghormati pemimpin atas sifatnya sebagai seorang pemimpin. Semoga dengan penjelasan ini umat Islam akan lebih harmoni dalam rumah tangga dan bernegara. Wallahu aklam.

(Oleh: Ustaz Ahmad Baei)

24 January 2015 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

“AWLAWIYYAT DALAM KEHIDUPAN”

clip_image002

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“AWLAWIYYAT DALAM KEHIDUPAN”

(23 JANUARI 2015 / 2 RABIULAKHIR 1436H)

clip_image004

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “AWLAWIYYAT DALAM KEHIDUPAN”.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Islam adalah agama yang menyuruh umatnya menggunakan akal dan kebijaksanaan di dalam mengurus kehidupan yang berteraskan kepada panduan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu dalam mengatur kehidupan agar ianya teratur dan tersusun, maka para ulama’ telah menggariskan satu panduan kepada kita dengan meletakkan susunan keutamaan atau prioriti yang dinamakan dengan fiqh awlawiyyat. Persoalan besar timbul di sini apakah yang dimaksudkan dengan fiqh awlawiyyat, secara ringkasnya mimbar yang mulia ini ingin mengatakan berdasarkan takrifan ulama’ bahawa fiqh awlawiyyat ialah merujuk kepada panduan atau kaedah kearah memahami perkara perkara yang lebih utama di dalam agama. Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam kitabnya fi fiqh al-awlawiyyat, Dirasah jadidah fi daw’i al-Quran wa al-Sunnah menyatakan bahawa: meletakkan sesuatu pada tahap dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran ,hukum hakam, dan nilai nilai akhlak mulia. Perkara yang paling penting mesti didahulukan dan diutamakan, kemudian yang penting,kurang penting dan selanjutnya mengikut pandangan syariat Islam yang bersumberkan kepada wahyu dan berfungsi sebagai petunjuk kepada akal fikiran insan. Justeru, Sebagai umat Islam, maka kita hendaklah meletakkan pertimbangan yang sewajarnya dalam menentukan hala tuju kehidupan kita dengan mengambil kira keutamaan yang perlu didahulukan bagi mencapai segala bentuk kebaikan dan menolak segala bentuk keburukan dan kemudaratan hidup di dunia dan akhirat. Allah SWT memberi peringatan ini sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Anbiya’ ayat 107:

 

clip_image006

Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

Berdasarkan kepada ayat ini, perkataan rahmat itu bermaksud segala bentuk kebaikan dan menjauhi segala bentuk keburukan dan kemudaratan. Percayalah bahawa hikmat diutuskan Rasulullah SAW sebagai rahmat kepada seluruh alam adalah untuk memberi keselamatan kepada umatnya di dunia dan akhirat dengan melakukan dan menyeru kepada segala kebaikan dan menjauhi segala larangan dan keburukan.

 

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Dalam menentukan awlawiyyat dalam kehidupan ini, umat Islam perlulah memahami tujuan syarak ataupun yang di sebut sebagai Maqasid al-Syariah demi menjaga tata susila, kepentingan dan sistem hidup dengan meletakan kepada tahap Dharuriyyat (Keutamaan) Hajiyyat (Keperluan) dan Tahsiniyyat (Tambahan). Dalam hal ini apa yang penting bagi diri kita sebagai umat Islam hendaklah pertama: menjaga agama dari segi kewujudannya, Kedua:beramal dan menghayati ajaran agama dan yang ketiga:melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar. Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya al-Mustashfa’ bahawa lima perkara pokok yang perlu dipelihara dalam maksud syariah itu sendiri iaitu; agama, diri, akal, keturunan dan harta. Firman Allah SWT di dalam surah al-Haj ayat 41:

clip_image008

Maksudnya: Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Berdasarkan kepada prinsip awlawiyyat ini, mimbar yang mulia ingin menyatakan beberapa keutamaan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam di dalam bidang kemasyarakatan antaranya, pertama: perubahan mentaliti akal sebelum perubahan organisasi. Dengan kata lain pendidikan dan pembaharuan sikap individu mestilah didahulukan sebelum mengemas kembali organisasi ataupun institusi. Prof Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan, “pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku, ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan”.

Percayalah bahawa agama Islam sangat menganjurkan umatnya supaya membangunkan akal dan meningkatkan taraf kehidupan ke arah yang lebih maju dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan pembangunan dari aspek keperibadian dan akhlak. Kedua: membangunkan dakwah dan tarbiah sebelum jihad, dalam hal ini bukanlah kita memandang rendah terhadap perkara jihad kerana ianya kemuncak perjuangan umat Islam, akan tetapi apa yang perlu kita lakukan pada hari ini ialah memberi keutamaan kepada usaha dakwah dan tarbiah. Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlulah memahami maksud jihad dalam pengertian yang luas kerana apa jua usaha untuk memastikan agama Islam berada pada tempatnya merupakan satu perjuangan atau jihad. Hayatilah sirah Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan kaum musyrikin yang mengancam dengan pelbagai kekerasan, namun Rasulullah SAW senantiasa sabar dan tenang kerana apa yang diutamakan ialah tarbiah dan dakwah. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa ayat 77:

clip_image010

Maksudnya: Tidakkah engkau melihat akan orang yang dikatakan kepada mereka: Tahanlah tanganmu (dari berperang), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka takut kepada manusia seperti takutnya kepada Allah atau lebih takut lagi. Lalu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat? Katakanlah: kesenangan di dunia amat sedikit, dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.

Oleh itu, hari ini sekali lagi mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa terdapat sebahagian kecil umat Islam yang salah tafsiran mengenai jihad, mengambil peluang untuk berjuang atas nama ISIL atau ISIS yang dikenali dengan NEGARA ISLAM IRAQ DAN JAJAHANNYA atau NEGARA ISLAM IRAQ DAN SYRIA, dan NEGARA ISLAM IRAQ DAN AL-SYAM. Berdasarkan kepada situasi ini, mimbar yang mulia ingin menyatakan bahawa akibat kecelaruan terhadap makna jihad yang sebenar inilah, menuntut segelintir umat Islam kepada perbuatan yang hakikatnya menyanggahi dan menyalahi aturan syariat yang benar dan sahih. Mimbar juga ingin berpesan bahawa umat Islam perlulah menghayati dengan jelas tentang makna sebenar fiqh keutamaan (fiqh awlawiyyat) untuk membuat pertimbangan hidup yang mana perlu diutamakan dan yang mana perlu dikemudiankan. Sebagai umat Islam juga kita diseru agar senantiasa berpegang kepada prinsip kesederhanaan dalam semua perkara. Kesederhanaan yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran atau al-Haq. Perkara ini tidak mungkin akan dapat dicapai melainkan dengan cara kita kembali kepada ajaran sunnah Rasulullah SAW dan al-Quran al-Karim. Yakinlah bahawa agama Islam menuntut jihad di jalan Allah sekiranya maruah Islam dan ummahnya diperkosa demi mempertahankan diri. Inilah prinsip yang dipegang oleh negara Islam dan menjadi amalan pemimpin agung Islam sejak dulu. Islam mewajibkan umatnya untuk menjaga keamanan, kemerdekaan dan perpaduan negara.

Dalam melaksanakan awlawiyyat ini juga, sebagai umat Islam kita hendaklah memperkasa dari sudut ekonomi. Percayalah bahawa usaha untuk memajukan ekonomi diri, keluarga dan negara adalah usaha keagamaan kerana Islam bukan sekadar agama rabbaniah akan tetapi ia merupakan The way Of Life yakni mencakupi setiap bidang kehidupan seperti sains, teknologi, pendidikan, pembangunan infrastruktur, kejuruteraan, pertanian dan lain-lain. Dalam keadaan ekonomi semasa ini, mimbar menyeru umat sidang jemaah dan umat Islam sekalian untuk mengambil langkah yag serius berdasarkan strategi-strategi yang digariskan oleh Perdana Menteri kita sebagai langkah proaktif bagi menangani perubahan ekonomi global. Mimbar juga menyeru agar kita senantiasa berjimat cermat dalam mengurus kehidupan berdasarkan apa yang perlu diutamakan dan apa yang perlu dikemudiankan.

 

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita sekalian memperteguhkan keimanan kepada Allah SWT memperbanyakkan amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur, menjauhi segala perbuatan berdosa dan maksiat. Marilah sama-sama kita membina neraca kehidupan dengan meletakkan keutamaan sebagaimana yang digariskan oleh agama kita. Ambillah contoh teladan yang telah dipandukan oleh Rasulullah SAW dalam mempertahankan agama yang berteraskan konsep wasatiyyah dan al-tawazun yang amat sesuai dengan situasi semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Ingatlah bahawa agama adalah umpama pisau yang bermata dua, kedua-dua belah sama tajam. Apabila seseorang itu melaksanakan ajaran-ajaran agama dengan baik maka ia boleh menolongnya menghadapi pelbagai kesukaran dan kesulitan. Jikalau agama itu digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka orang itu akan dibinasakan oleh pisaunya sendiri.

Kita juga mendoakan agar negara kita ini dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, dijauhkan dari segala perbuatan melampau yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran. Suburkan perasaan perpaduan di antara rakyat yang berbilang kaum, eratkan hubungan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 7:

clip_image012

Bermaksud: Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji kali kedua, Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk memuramkan muka kamu; dan untuk memasuki masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

clip_image014

23 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

CUKAI GST & RUWAIBIDAH

Nampaknya ramai yang berbicara tentang isu-isu besar yang melanda Negara termasuk isu cukai dan GST.

Antara apa yang dilihat tidak kena adalah apabila isu-isu ini dibicarakan secara umum dan terbuka termasuk dalam media-media sosial baru seperti FB dan Whatsapp; sama ada daripada kalangan orang awam mahupun agamawan.

Jika kita renungkan, hal-hal besar seperti ini selayaknya diserahkan kepada ahlinya daripada kalangan Ulil Amri dan Ulama. Para Ulama pun ketika ingin mengeluarkan Fatwa, ia tidak hanya akan bersandarkan kepada rujukan kitab teks, tetapi juga dengan mendapatkan pandangan pihak-pihak berautoriti lain yang mempunyai data dan maklumat yang diperlukan agar permasalahan yang berbangkit menjadi jelas buat Ulama itu.

Masakan suatu hukum dapat dikeluarkan tanpa memahami situasi sebenar yang sedang dihadapi.

Kerana itu para Ulama mengatakan:

الحكم بالشيء فرع عن تصوره

"Hukum atas sesuatu adalah sebahagian daripada memahami situasi perkara itu".

Adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab untuk soal-soal Negara dibahas dan diputuskan dengan begitu mudah dalam FB dan Group Whatsapp sahaja.

Sebaiknya, cukup sahaja dinukilkan perkataan Ulama secara umum tentang sesuatu perkara itu. Jangan lebih.

Adapun menghukum secara khas, kita harus tanya diri kita:

Adakah kita sudah memahami isunya secara menyeluruh daripada segenap aspek?

Jangan lupa, ini isu negara yang membabitkan maslahat jutaan rakyat.

Sudahkah kita memperoleh data-data dan maklumat-maklumat yang diperlukan?

Jika hanya dengan berpandukan buku dan internet, lupakan sahaja.

Jika hanya dengan akal dan firasat, itu berborak-borak kosong namanya.

Akhirnya, mengapa kita beban diri kita dengan suatu yang Allah tidak bebankan kita dengannya? Apakah tanggungjawab yang sedia ada tidak cukup???

Serahkan urusan Negara kepada Ahlinya. Usah menyibukkan diri dalam hal yang bukan urusan kita.

Jika kita ada sedikit ilmu tentang masalah yang sedang dihadapi Negara, nyatakan secara umum dengan menukilkan hadis dan pandangan Ulama. Titik!

Jangan lebih daripada itu.

Dikhuatiri kita akan tergolong di kalangan RUWAIBIDAH yang disebut Nabi.

Nabi ditanya siapakah mereka, jawab Baginda:

الرجل التافه الذي يتكلم في أمر العامة

"Orang yang lokek yang berbicara tentang isu Negara!"

(Sahih. Riwayat Ibnu Majah).

Semoga kita dilindungi oleh Allah Ta’ala.

 

 

(Nukilan: Ustaz Idris bin Sulaiman hafidzahullah (ILMU)

22 January 2015 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur’an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. ✔

Oleh: Ustaz Azhar Idrus

22 January 2015 Posted by | Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

AWAS………KITAB KUNING YANG DI PALSUKAN

Utk menyerang Ahlus Sunnah wal Jamaah, kaum Wahabi telah memalsukan beberapa kitab kuning yg biasa dikaji di pesantren NU. Sekadar info utk mengetahui kitab itu asli ato sdh dipalsukan:

1. Bila dlm kitab AL IBANAH karya Imam Abu Al Hasan Al Asy’ari terdapat tulisan yg secara eksplisit maupun implisit mendukung TAJSIM dan TASYBIH maka dipastikan kitab tsb palsu!

2. Bila dlm kitab Shahih Bukhori, pasal Al Ma’rifah dan bab Al Madholim tdk ada / hilang, maka dapat dipastikan kitab tsb palsu krn Imam Ibnu Hajar Al Asqolani dlm Fathul Bari menjelaskan adanya pasal tsb!

3. Bila pasal ZIARAH KUBUR NABI SAW di dlm kitab RIYADLUSH SHOLIHIN berubah mjd pasal ZIARAH MASJID NABI SAW maka kitab tsb palsu!

4. Di dlm kitab DIWAN ASY SYAFI’I halaman 47 ada bait yg berbunyi, “FAQIHAN WA SHUUFIYYAN FAKUN LAISA WAAHIDAN yg artinya JADILAH AHLI FIQH DAN SHUFI SEKALIGUS, JANGAN HANYA SALAH SATUNYA, bila bait ini hilang maka kitab tsb palsu!

5. Bila Hadits Fadhoil Maryam, Asiyah, Khodijah dan Fatimah hilang dari kitab Shohih Muslim maka kitab ini palsu krn Mustadrak al Hakim mencatat itu!

6. Bila Hadits tentang Nabi SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Anshor, serta mempersaudarakan dirinya dgn Sayidina Ali tdk ada di dalam Musnad Imam Ahmad, maka Musnad tsb palsu!

7. Bila pasal khusus tentang WALI, ABDAL,SHOLIHIN & KAROMAH, tdk ada di dlm HASYIYAH IBNU ‘ABIDIN yg bermadzhab Hanafi, maka kitab tsb palsu!

8. Bila tulisan bhw WAHABI ADALAH JELMAAN KHAWARIJ YANG TELAH MERUSAK PENAFSIRAN ALQURAN DAN AS SUNAH, SUKA MEMBUNUH KAUM MUSLIMIN…(dst ) dlm kitab HASYIYAH ASH SHOWI ‘ALA TAFSIR JALALAIN karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Ash Showi al Maliki halaman 78 tdk ada maka kitab tsb palsu!

9. Di dlm kitab AL FAWAID AL MUNTAKHOBAT karya Ibnu Jami Aziz Zubairi hal 207 menyatakan bhwa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah THOGHUT BESAR, bila tulisan ini tdk ada maka kitab tsb palsu!

10. Bila bab ISTIGHOTSAH pada kitab AL MUGHNI karya Imam Ibnu Qudamah al Hanbali tdk ada, maka kitab tsb palsu!

(Sumber: Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia)

21 January 2015 Posted by | Informasi | , , | Leave a comment

KONSEP PERCUKAIAN ISLAM: SATU TINJAUAN DARI SUDUT PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

‪#‎MenjawabHujahMengatakanGSTHaram‬ ‪#‎PerbetulkanFakta‬

KONSEP PERCUKAIAN ISLAM: SATU TINJAUAN DARI SUDUT PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

Disediakan Oleh : Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

LATAR BELAKANG – Sistem percukaian adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomi dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, salah satu sumber negara yang telah diamalkan hampir seluruh negara di dunia hingga ke hari ini ialah melalui konsep percukaian. Percukaian dalam pelbagai bentuk yang dirasakan sesuai akan dikenakan kepada rakyat jelata demi kepentingan mereka.

2. Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi SAW:

3. Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996). Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979).

4. Jika disingkap tentang sejarah percukaian dalam Islam, ia telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, mereka berhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.

5. Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj), cukai perdangangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. Cukai kharaj mula dilaksanakan dengan meluas apabila Khalifah Umar al-Khattab berdasarkan ijtihadnya dan beliau telah mengarahkan supaya tanah yang diperolehi daripada hasil peperangan tidak lagi dibahagikan kepada tentera yang berperang secara ghanimah. Sebaliknya tanah tersebut dijadikan wakaf bagi kepentingan orang-orang Islam dan bukan Islam. (Abu Yusuf: 1952)

6. Pada asalnya, cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara berterusan kepada rakyat dan bukan sesuatu yang fardhu iaitu sama seperti kefardhuan zakat yang tanggungjawabnya secara berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan, sesuai dengan kehendak dan keperluan negara semasa serta selari dengan konsep siyasah syari’yyah yang digariskan oleh Islam.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

7. Cukai didefinisikan sebagai pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap individu dan organisasi yang berkaitan dengan negara untuk kegunaan negara secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembayar cukai sebenar yang menerima beban cukai itu (Kamus Dewan: 2010).

8. Manakala cukai langsung ialah cukai yang dikenakan terhadap pembayar cukai secara langsung atau terus dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya ialah cukai pendapatan. Cukai tidak langsung ialah tanggungan beban cukai yang boleh dipindah oleh pembayar cukai kepada pihak ketiga atau penerima manfaat akhir terhadap barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya cukai kastam, cukai jualan. (Wang Leng Whatt: 2013)

9. Terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh ulama mengenai cukai antaranya:

a. Ibn Hazim
Ketika membahaskan tentang permasalahan cukai, beliau tidak menggunakan perkataan cukai (dharibah) tetapi menggunakan perkataan yang sama erti dengan cukai. Beliau telah menggunakan perkataan penet apan pemerintah dalam bentuk kewangan ke atas rakyat apabila berlaku sebab tertentu. (Ibn Hazim: 2003). Pandangan ini bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat sahabat.

b. Imam Haramain al-Juwaini
Penetapan pembayaran cukai mengikut Imam al-Haramain al-Juwaini adalah berdasarkan oleh ijmak ulama yang menyebut bahawa menjadi kewajipan pemerintah dalam mempertahankan daulah. Maka apabila baitulmal tidak mampu menampung perbelanjaan ketenteraan, maka pemerintah boleh mengenakan sistem pembayaran cukai ke atas mereka yang berkemampuan.

c. Imam al-Ghazali
Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.
Oleh itu, penetapan cukai ke atas golongan yang kaya adalah mudharat yang lebih ringan jika dibandingkan dengan tentera yang meninggalkan tugas ketenteraan kerana mencari keperluan hidup.

d. Ibn Taimiyyah
Dalam membincangkan tentang keharusan sistem pembayaran cukai, Ibnu Taimiyyah (Ibn Taimiyyah: t.th): berdalilkan dengan qias aulawi di mana beliau berkata Jika sekiranya Allah mewajibkan ke atas para sahabat yang berjihad dengan harta dan jiwa raga mengeluarkan usyur dari hasil tanaman mereka, maka sepatutnya lebih diwajibkan ke atas golongan yang berkemampuan yang tidak keluar berjihad mengeluarkan kewangan untuk menampung perbelanjaan jihad (maslahah umum).

e. Al-Shatibi
Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.

f. Ibn Khaldun
Mengikut Ibn Khaldun pula dalam karyanya al-Muqaddimah (Ibn Khaldun: 2010), beliau telah menggariskan dasar khusus dalam penggubalan percukaian sesebuah negara. Antara saranan yang dinyatakan beliau tentang dasar percukaian ialah:

"Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya keusahawanan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya keusahawanan meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dan taksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat."

Daripada pandangan Ibn Khaldun ini, antara yang ditekankan dalam isu percukaian ialah pembentukan cukai terhadap rakyat hendaklah pada kadar yang rendah kerana ia akan merangsang semangat keusahawanan dan jika jumlah cukai perlu ditingkatkan, maka ia hendaklah pada kadar yang minimum.

Selain itu, pemerintah juga perlu sentiasa berwaspada agar kemewahan yang mengakibatkan perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal.

g. Ulama Kontemporari
Bagi ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, dan Syeikh Mahmud Syaltut, mereka berpendapat harus pengambilan cukai sebagai tambahan kepada zakat, sedekah, jizyah dan ushur bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pegawai-pegawai kerajaan dan penyediaan infrastuktur untuk kemudahan rakyat.
(Yusuf al-Qaradawi: 2000) Ini berasaskan kaedah fekah yang masyhur..

19 January 2015 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

KEISTIMEWAAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

 

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

16 January 2015 Posted by | Fiqh, Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | , | Leave a comment

Selawat Ibrahimiyah

 

    Kenapa Dikhususkan Selawat Kepada Nabi Ibrahim a.s dan Ahli Keluarganya Dalam Solat?

    Dikhususkan selawat kepada Nabi Ibrahim a.s dan ahli keluarganya dalam solat kerana dua sebab:

    Pertama: Kerana beliau berkata kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Mikraj: Sampaikan salamku kepada umatmu, sedangkan para nabi yang lain tidak berbuat demikian. Oleh sebab itu, kita diperintahkan berselawat kepadanya dan ahli keluarganya sebagai balasan atas kebaikan dan kemuliaannya.

    Kedua: Diceritakan, tatkala Nabi Allah Ibrahim a.s selesai membina Baitullah, beliau duduk bersama ahli keluarganya lalu menangis dan berdoa:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ شُيُوخِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالَ أَهْلُ بَيْتِهِ آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan orang tua umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka ahli keluarganya menyebut: Amin.

    Berkata Nabi Ishaq a.s pula:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ كُهُولِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالُوا آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan orang yang pertengahan umur umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

    Kemudian berkata Nabi Ismail a.s:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ شَبَابِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالُوا آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan orang muda umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

    Berkata pula Sarah:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ نِسَاءِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالُوا آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan wanita umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

    Kemudian berkata pula Hajar:

    اَللَّهُمَّ مَنْ حَجَّ هَذَا البَيْت مِنْ مُوَالِي أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ النِّسَاءِ وَالرِّجَالِ فَهَبْهُ مِنِّي السَّلاَم، فَقَالُوا آمِين.

    Yang bermaksud, Wahai tuhan kami, sesiapa daripada kalangan pendokong umat Muhammad SAW yang menunaikan haji maka Engkau kurniakanlah kepadanya salam (kesejahteraan) daripadaku. Maka mereka menyebut: Amin.

    Oleh kerana mereka berbuat demikian maka kita diperintahkan supaya berselawat ke atas mereka sebagai balasan kepada mereka.

     

    Petikan Kitab Hasyiah al-Syeikh Muhammad al-Syanawaniy Ala Mukhtasar Ibn Abi Jamrah, Dar Fikr, 2000, hlmn 329.

    Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan

    16 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

    Bukanlah dikalangan kami, orang yang tidak mengambil berat tentang masaalah Ummat Islam

    Hadith Nabi: Bukanlah dikalangan kami, orang yang tidak mengambil berat tentang masaalah Ummat Islam.

    Diantara orang islam yang baik iaitu dia meninggalkan apa yang tidak bersangkut paut (tidak berkaitan dengannya).

    Orang islam yang baik, orang islam yang mengambil tahu sesuatu yang berkait dengannya. Orang islam yang baik, orang yang ambil tahu tentang orang islam, Seorang muslim saudara dengan muslim yang lainnya. Bila dia saudara muslimen, dia tak boleh menghina, tak boleh unuk membunuh seorang muslim yang lain.

    seorang muslim juga seorang mukmin, Orang beriman seperti 2 tangan, yang diantara tangan tangan itu, membasuh salah satu yang lain.

    dalam kubur nanti, antara soalan sudah bocor didunia ini, iaitu soalan mengenai. " man ikhwanuka" siapa saudara kamu…..?

    Soalan yg ditanya dikubur, hendak menjawabnya bukanlah jawapan yang kita hafaz, tapi setiap apa yang kita amalkan diatas muka bumi ini. semua soalan itu kita akan dpt jawab jika kita amalkan didunia ini.

    Orang beriman dngan orang beriman seperti banggunan, saling mengikat satu sama lain. saling berhubung antara satu sama lain.

    Orang beriman dengan orang beriman, seperti anggota yang satu. bilamana kita seperti anggota yang satu, bila salah satu anggota ini sakit, maka semua anggota kita tak boleh tidur, bila 1anggota kita sakit, kita tak boleh tidur lena pada malam itu.

    kita tak dikira muslim yang baik jika kita berasa selesa, sedangkan muslim lain menderita.

    kita Tak sempurna iman, jika kita berasa tenang sedangkan negara islam lain ketika itu dalam keadaan tidak tenang.

    -Syeikh Zainul Asri –

    16 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

    Doa malaikat, pahala besar buat jemaah bersolat di saf depan

    Rasulullah S.A.W. bersabda, " Sesungguhnya Allah S.W.T. dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

    Rasulullah S.A.W. bersabda, "Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya." (Hadis riwayat Bukhari).

    Rasulullah S.A.W. bersabda, " Kehadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah S.W.T. akhirnya memasukkan mereka ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim).

    Rasulullah S.A.W. bersabda, " Hadiri solat jumaat dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seseorang lelaki yang berterusan menjauhkan dirinya (dari imam), akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun dia akan memasukinya." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

    Oleh: Jimmie Brown Duke

    SAF PERTAMA

Doa malaikat, pahala besar buat jemaah bersolat di saf depan

Rasulullah S.A.W. bersabda, " Sesungguhnya Allah S.W.T. dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama."
(Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya."
(Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah S.A.W. bersabda, " Kehadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah S.W.T. akhirnya memasukkan mereka ke dalam neraka."
(Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah S.A.W. bersabda, " Hadiri solat jumaat dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seseorang  lelaki yang berterusan menjauhkan dirinya (dari imam), akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun dia akan memasukinya."
(Hadis riwayat Imam Ahmad).

    16 January 2015 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

    Tandas duduk membahayakan kesihatan…???

     

    15 January 2015 Posted by | Articles in English, Informasi | Leave a comment

    Orang Tasawwuf atau Ahli Sufi

    Dikatakan yang dinamakan orang Tasawwuf itu atau Ahli Sufi itu bukan hanya mengenakan jubah di pakaian dan serban tetapi Tasawwuf itu apa yg dihiasai didalam diri seseorang dan ulama mengatakan ianya hiasan daripada 4 perkara daripada diri seseorang iaitu;

    1)Membersikan diri nya dari perasaan takkabbur dan sombong
    2)Memenuhi hati dengan pelajaran dan pengajaran
    3)Pada pandangannya emas dan tanah adalah sama disisinya
    4)Merasa cukup dan wujudnya Allah ﷻ dari meminta-minta kepada makhluk.
    .
    Dan dikatakan seseorang yg menghadiri Maulid dan menghadiri majlis-majlis dzkir sebagai ahli sufi itu kadang-kala mereka tidak mencapai kepada hakikat tasawwuf kerana mereka hanya memegang beberapa biji tasbih dan berdzikir dgn berberapa dzikir dan menghadiri menghadiri majlis-majlis Maulid tidak dinamakan mereka sebagai ahli sufi tetapi dinamakan sebagai ahli tasawwuf.

    Dan ahli sufi itu,mereka yg menghiasakan diri mereka dengan sifat-sifat yg mulia yg mengosongkan diri mereka daripada perbuatan-perbuatan yg keji sehingga mereka mendapat suatu keagungan Allah ﷻ didalam diri mereka.

    Dan ulama-ulama tasawwuf terdahulu telah memperolehi ilmu dan sifat tersebut sepertimana Imam Ghazali yang mana telah menghayati dan membawa hakikat tasawwuf didalam dirinya sehingga mengarang kitab yg memberi manfaat didalam ilmu tasawwuf untuk pembentukan hati dan juga nafsu manusia.

    Ilmu tasawwuf itu juga dinamakan ilmu raqa’ik bermakna ilmu yg boleh melembutkan hati manusia,yang dikatakan sebagai ilmu pelembut hati kerana ilmu tasawwuf ini ianya berbicara mengenai pentarbiahan hati lebih banyak daripada luaran dan zahir manusia.

    Bagaimana hati dan batin manusia menjadi lebih baik daripada zahir luarannya dan khulasah,intipati daripada seluruh ilmu tasawwuf adalah membuang daripada diri manusia kotoran dan penyakit-penyakit hati dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat yg terpuji didalam agama kita.

    (Oleh: Al Habib Hussain Bin Ahmad Al-Haddar diterjemah oleh Guru Mulia Kami,Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari,Darul Muhibbin)

    ‎Dikatakan yang dinamakan orang Tasawwuf itu atau Ahli Sufi itu bukan hanya mengenakan jubah di pakaian dan serban tetapi Tasawwuf itu apa yg dihiasai didalam diri seseorang dan ulama mengatakan ianya hiasan daripada 4 perkara daripada diri seseorang iaitu;

1)Membersikan diri nya dari perasaan takkabbur dan sombong
2)Memenuhi hati dengan pelajaran dan pengajaran 
3)Pada pandangannya emas dan tanah adalah sama disisinya
4)Merasa cukup dan wujudnya Allah ﷻ dari meminta-minta kepada makhluk.
.
Dan dikatakan seseorang yg menghadiri Maulid dan menghadiri majlis-majlis dzkir sebagai ahli sufi itu kadang-kala mereka  tidak mencapai  kepada hakikat tasawwuf kerana mereka hanya memegang beberapa biji tasbih dan berdzikir dgn berberapa dzikir dan menghadiri menghadiri majlis-majlis Maulid tidak dinamakan mereka sebagai ahli sufi tetapi dinamakan sebagai ahli tasawwuf.

Dan ahli sufi itu,mereka yg menghiasakan diri mereka dengan sifat-sifat yg mulia yg mengosongkan diri mereka daripada perbuatan-perbuatan yg keji sehingga mereka mendapat suatu keagungan Allah ﷻ didalam diri mereka.

Dan ulama-ulama tasawwuf terdahulu telah memperolehi ilmu dan sifat tersebut sepertimana Imam Ghazali yang mana telah menghayati dan membawa hakikat tasawwuf didalam dirinya sehingga mengarang kitab yg memberi manfaat didalam ilmu tasawwuf untuk pembentukan hati dan juga nafsu manusia.

Ilmu tasawwuf itu juga dinamakan ilmu raqa'ik bermakna ilmu yg boleh melembutkan hati manusia,yang dikatakan sebagai ilmu pelembut hati kerana ilmu tasawwuf ini ianya berbicara mengenai pentarbiahan hati lebih banyak daripada luaran dan zahir manusia.

Bagaimana hati dan batin manusia menjadi lebih baik daripada zahir luarannya dan khulasah,intipati daripada seluruh ilmu tasawwuf adalah membuang daripada diri manusia kotoran dan penyakit-penyakit hati dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat yg terpuji didalam agama kita.

Al Habib Hussain Bin Ahmad Al-Haddar diterjemah oleh Guru Mulia Kami,Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari,Darul Muhibbin‎

    Like · · Share · 91118

    14 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

    Golongan yang “menganjing”

    Muhasabah buat diri. Kalau tak setuju pun, jangan sampai memperolokkan orang yang khilaf dengan kita. Khuatir kita terhalang daripada hidayah.

    Mengejek Ya Hanana jadi ya banana, perarakan maulid macam Thaipusam, tabarruk disebut taberuk dan macam-macam lagi olokan yang tak senonoh.

    Hujah lawan hujah.

    Dalam sirah Nabi, satu2nya golongan kuffar yang mati dalam keadaan hina dan kekufuran ialah golongan yang suka "menganjing".

    Walaupun ramai lagi yang menentang Nabi seperti panglima2 quraisy seperti Ikrimah dan Khalid al Walid, tapi mereka ini tidak pernah memperolok olok baginda Nabi. Oleh kerana itu, hidayah sampai kepada mereka.

    Adapun Abu Jahal dan para "penganjing" yang lain, semuanya mati dengan kematian yang hina.

    Sheikh Hamza Yusuf hafizahullah selalu pesan jangan kita memperolok sesiapa hatta orang kafir.

    Bagaimana boleh ada dikalangan umat Islam yang memperolok sesama umat Islam dan amalan mereka??

    Dok kata ya banana, mawlid macam thaipusam, dan lain2 lagi.

    Ya Allah. Takut pintu hidayah tertutup akhi.

    Kalau salah, kata salah. Tak perlu memperolok olok sesiapa pun. Orang kafir pun kita dilarang hina dan mempermainkan agama dan sembahan mereka.

    Inikan pula amalan umat Islam yang ada dalil dari al qur’an dan sunnah.

    Teguran buat diri sendiri.

    Oleh: Muhammad Hazim Haznan

    14 January 2015 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

    Masalah Remaja & Belia: Tersalah Ubat?

    Remaja

     

    Ashabul kahfi merupakan sekumpulan muda remaja yang mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran. Mereka lari dan bersembunyi di sebuah gua bukan untuk menyelamatkan nyawa, tetapi untuk menyelamatkan iman dan kebenaran. Mereka tidak mengenal erti seronok zaman remaja.

    Sayidina Ali kwj. ketika baru berusia lima belas tahun sangat pintar, matang dan serius dalam berfikir. Apabila Rasulullah ﷺ mengajak beliau untuk memeluk Islam, beliau terlebih dahulu meminta izin daripada Rasulullah ﷺ untuk pulang berunding dengan ibu bapanya.

    Belum pun sampai menemui ibu bapanya, beliau berpatah balik dan menemui Rasulullah. Rasulullah ﷺbertanya: "Apa keputusan ibu bapamu?

    Jawab Sayidina Ali, "Ketika Allah menjadikan aku, Allah tidak berunding dengan ibu bapaku, mengapa pula aku perlu berunding dengan ibu bapaku untuk menjadi hambanya yang berpegang kepada kebenaran." Lantas beliau memeluk Islam waktu itu juga.

    Demi kebenaran dan keyakinan jugalah maka Sayidina Ali sanggup mempertaruhkan nyawa dengan berbaring (tidur) menggantikan tempat Rasulullah ﷺ di malam di mana Rasulullah ﷺ berangkat untuk berhijrah. Sedangkan pada malam tersebut pihak musuh telah membuat keputusan dan menyediakan pasukan untuk membunuh Rasulullah ﷺ.

    Apabila empat puluh orang pembunuh handalan menerkam ke tempat tidur tersebut untuk membunuh, mereka dapati Sayidina Ali yang sedang tidur dan bukannya Rasulullah ﷺ. Sayidina Ali yang sememangnya semenjak kecil dalam keadaan miskin, tidak pernah kenal erti berfoya-foya, berhibur dan membuang masa. Kepintaran berfikir itu dimilikinya kerana semenjak kecil hatinya bersih dari sebarang titik noda.

    Seorang remaja, Mus’ab bin Umair, gambaran hidupnya secara ringkas dikaitkan dengan gambaran kehidupan umat.

    Daripada Ali bin Abi Talib, "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah ﷺ di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair dan tiada di badannya kecuali sehelai selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah ﷺ melihat kepadanya baginda menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Makkah dahulu, dan sangat dimanjakan oleh ibunya, berbanding nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta kekayaan di Makkah).

    Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda; "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu ketika nanti, datang di waktu pagi dengan satu pakaian dan datang di waktu petang dengan pakaian lain pula. Dan bila diangkat satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Kaabah?"

    Jawab para sahabat, "Wahai Rasulullah, tentulah di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan beri tumpuan kepada ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki." Lalu Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidak, keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada hari itu." (Riwayat At Tirmizi)

    Imam Syafie ketika berusia sembilan tahun sudah menghafal tiga puluh juzuk Al Quran. Ketika berumur dua belas tahun sudah mampu mentafsir Al Quran dan menghafal kitab Al Muwattha’ karangan Imam Malik. Pada usia empat belas tahun sudah mengajar para alim ulama.

    Kepintarannya terbukti apabila pencapaian beliau dalam hal demikian itu. Malah memiliki hikmah. Ini terbukti apabila suatu hari di bulan Ramadhan sebaik sahaja selesai mengajar anak muridnya yang terdiri di kalangan alim ulama, beliau membuka bekalan lalu makan.

    Perbuatan Imam Syafie tersebut meresahkan anak muridnya. Imam Syafie sangat menyedari reaksi tersebut. Menjawab kepada pertanyaan muridnya yang terlalu hairan kerana makan di siang hari bulan Ramadhan itu Imam Syafie dengan tenang dan teratur berkata, "Aku memang sengaja berbuat demikian. Dan soalan inilah yang ditunggu-tunggu. Aku hanya mahu menguji kamu semua sejauhmana kamu peka dan faham menanggapi semua keadaan berpandukan pengajian yang telah dipelajari. Sebenarnya aku belum baligh (belum diwajibkan berpuasa)"

    Muhammad Al Fateh yang disebut oleh Rasulullah ﷺ secara umum dalam hadis yang bermaksud; "Konstantinopel akan dikuasai oleh pemimpin yang baik, bersama tentera yang baik dan rakyat yang baik."

    Muhammad Al Fateh adalah seorang yang semenjak balighnya tidak pernah meninggalkan sembahyang tahajjud. Fasih bertutur enam bahasa. Sejak kecil diberi didikan Islam secara khusus oleh Ulama Wali Allah bernama Syeikh Shamsuddin Al Wali. Panglima-panglima tentera dijemput ayahnya untuk mengaar ilmu ketenteraan dan peperangan.

    Baginda Sultan Muhammad Al Fateh merupakan cendikiawan ulung di zamannya, dan sudah menjadi tradisi mengumpulkan ulama-ulama untuk berbincang. Sifatnya yang berani, tenang, sabar, tahan mennggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai keupayaan mengawal diri yang luar biasa.

    Kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sangat menonjol. Baginda sangat kuat dan kukuh menyimpan rahsia pemerintahannya, sekalipun kepada sahabat-sahabat atau kaum keluarga terdekat.

    Di bawah pimpinan beliaulah Konstantinopel yang berdiri teguh untuk sekian lama di tangan Kristian berjaya ditawan pada usianya 21 tahun dan kini kekal sebagai Istanbul di bawah kerajaan Turki.

    Apa rahsianya? Itulah kekuatan tarbiyah Islamiyah yang diterimanya sejak kecil. Jiwanya telah ditempa dengan roh jihad, ia tidak dimanjakan sekalipun tinggal di istana. Jiwa abid dan mujahid berpadu sekali. Ia bagai rahib di malam hari, kuat beribadah, dan bagai singa di siang hari, gigih berjuang dan berjihad.

    Di mana remaja kita pada usia itu? Melihat kepada belia, remaja atau muda mudi kita dewasa ini, tentunya amat mendukacitakan. Andainya iktibar di atas tadi dikemukakan ada pihak yang dengan mudah menolak; "Ah, itu dulu dan tentulah idealistik. Kini zaman telah berubah dan berbeza." Atau ada pula yang tidak terlalu memperlihatkan penolakan tetapi memberi komentar, "Umat Islam kini jangan terlalu khayal dengan keagungan masa silam."

    Memaparkan kejayaan mereka bukan satu khayalan atau terlalu ideal. Tetapi ingin mencari iktibar di mana rahsia kejayaan mereka. Sebab itu Imam Malik r.m. menegaskan tidak akan berjaya umat ini kecuali kembali kepada kaedah yang telah terbukti membawa kejayaan kepada umat terdahulu.

    Lebih-lebih lagi dalam menangani masalah di kalangan remaja. Kita tidak perlu mereka cipta berbagai kaedah yang kebanyakannya berada pada tahap uji kaji dan cuba jaya (trial & error). Apabila masyarakat digegarkan dengan gejala negatif, bertambah banyak lagi saranan, perancangan dan program yang diwujudkan. Selepas tempoh tertentu semuanya senyap dan lenyap begitu saja. Kita tentulah tidak rela keadaan seumpama itu terus berlaku. Kerana implikasinya ialah terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit digunakan tanpa membawa natijah yang memuaskan. Kita juga perlu menyedari iaitu para belia dan remaja merupakan aset penting negara dan umat dengan tanggungjawab besar yang bakal dipikul mereka.

    Bukanlah suatu yang mustahil terjadi di mana dalam keadaan mereka yang masih remaja melalui kehidupan negatif tanpa pengubatan, akan diwarisi oleh kehidupan remaja generasi akan datang selepas mereka, yang jauh lebih parah. Ertinya, kini mereka remaja yang bergelumang dengan gejala negatif. Mereka terbiar tanpa dipedulikan. Mereka pula akan dewasa. Tentulah anak-anak mereka bakal mengalami keadaan yang lebih tenat. Kita harus sedar, inilah proses yang telah dan sedang berlaku di kalangan masyarakat Barat.

    Di zaman ibu bapa mereka sedang remaja, berhibur berfoya hingga jam dua belas tengah malam. Apabila tiba giliran anak-anak mereka mencapai alam remaja, mereka berhibur, berfoya-foya hingga sepanjang malam.

    Oleh itu jangan buat alasan; "Tidak mengapa, dan kita kena toleransi kerana kita dulupun melalui alam remaja yang menempuh keadaan yang sama." Sebenarnya tidak sama. Parahnya gejala negatif kini kerana dulunya di peringkat ibu bapa sudah mengalami unsur negatif yang diabaikan terhadap mereka oleh golongan terdahulu. Air sungai yang kalau keruh di hulu pastilah keruh di kuala.

    Apa jua jenis program terhadap belia mestilah menepati keperluan spiritual, mental dan fizikal. Perlu disenaraikan secara terpeinci setiap program itu yang benar-benar dapat mengisi spiritual, mental dan fizikal. Perlu benar-benar dikenal pasti yang mana program bersifat spiritual, yang bersifat mental dan fizikal. Dan di situ dapat dilihat sejauhmana ratio atau nisbah pengisian tersebut seimbang atau tidak.

    Setiap penyakit ada ubatnya yang serasi. Tersilap ubat adakalanya bukan saja penyakit tidak sembuh malah apa yang dianggap ubat itu boleh mendatangkan mudharat pula. Apabila membicarakan gejala negatif remaja janganlah hendaknya tersalah ubat atau memberi ubat yang tidak serasi. Terlalu mengelirukan apabila ada yang berpendapat gejala negatif itu boleh diubati dengan hanya memanjat bukit, masuk ke hutan, berkayak, berakit, berenang dan bersilat. Kalau benarlah langkah tersebut berkesan, tentulah masyarakat Barat mencapai tahap minima kalaupun tidak sifar. Kerana mereka mempunyai seribu satu macam formula, kaedah, cara, teknik dan pendekatan dalam menghadapi kemelut kehidupan mereka.

    Ingatlah ancaman paling besar kepada kehidupan manusia ialah kerakusan nafsu. Gelombang kerakusan nafsu tidak dapat dipatahkan atau ditundukkan dengan cara memanjat bukit, berakit, bersampan dan bersilat. Iman sahaja merupakan pendekar yang mampu menewaskan gejolak nafsu. Sebanyak mana pengisian iman yang dilalui oleh belia kita seperti yang pernah dilalui oleh Sayidina Ali, Mus’ab, Imam Syafie, Muhammad Al Fateh dan yang seumpamanya?

    Program-program belia kini banyak dianjur oleh kerajaan dengan peruntukan disediakan. Hakikatnya banyak program yang sekadar melepas batuk ditangga tanpa menekan soal iman yang menjadi asas bagi seorang manusia itu baik atau tidak. Soal-soal syariat jauh sekali dititikberatkan. Kalau adapun tercatat solat dalam tentatif program, hanya solat tanpa bimbingan. Peruntukan berjuta-juta habis begitu saja..inilah hakikat.

    Kalau ada pula remaja yang dapat hidayah, nak pertingkatkan ilmu dan iman, berdepan dengan masalah bayaran mahal untuk hadir kursus motivasi. Bukan semua ibubapa mampu. Bahkan kedapatan syarikat atau perseorangan yang menyampaikan ceramah atau training Islam, mengenakan caj tinggi untuk sesuatu program…ketinggalan lagilah remaja dan belia kita.

    Bagi belia-belia dan remaja-remaja di luar sana yang masih dibuai keseronokan duniawi, ibubapapun tak peduli lagi..mana pendakwah atau pakar motivasi yang datang mendekati mereka? Hampir tiada..mungkin kerana tiada bayaran yang dapat. Sedangkan mereka perlu didekati, datangilah mereka, berbual, selami hati sanubari, perlahan-lahan ajak mereka kembali ke jalan yang benar, InsyaAllah mereka akan jadi manusia yang kita harapkan.

    Saya dah nyatakan di atas tadi, mana program yang memberi penekanan seimbang antara pembangunan fizikal, mental dan rohaniahnya. Biasanya kebanyakan program hari ini, atas alasan menarik minat belia atau remaja, lebihkan program outdoor yang berbentuk fizikal, dan program rohaniah kalau ada hanya tempelan dengan menjemput seorang ustaz untuk kuliah maghrib dan subuh. Sedangkan Islam itu cara hidup, mengapa program fizikal dipisahkan dari Islam?

    Apa salahnya ketika program High Rope & Flying Fox diasingkan peserta lelaki dan perempuan, agar menepati syariat. Kemudian untuk rohaniahnya ditanamkan diminda dan hati mereka, ketika meniti ditempat tinggi, seperti gambaran meniti siratal mustaqim, malah di akhirat yang sebenar pasti lebih hebat dan dahsyat lagi..

    Bosan hidup kerana lemah atau tiada iman. Belia dan remaja contoh yang saya paparkan kisah di awal tadi, mereka semuanya sangat kuat berpegang syariat, kerana itu mereka berjaya diusia muda lagi. Rahsianya ialah iman.

    Dalam mengisi iman di dada anak-anak, ibubapa muslim kini lebih cenderung menghantar anak ke sekolah agama, atau sekolah integrasi, atau tahfiz, bukan kerana tidak mampu, malah mereka golongan kaya dan berada. Kebanyakan mereka yang saya temui menyatakan kebimbangan keadaan semasa, tak mampu didik anak dalam cabaran yang hebat ini, sebab itu jalannya menghantar ketempat yang mampu mendidik.

    Sayangnya pengajian Islam di semua peringkat kini kebanyakan tidak mencapai matlamat untuk penghayatan. Kita sudah cukup berpuas hati apabila di sekolah sudah ada pelajaran Islam. Sedangkan bentuk pengajaran dan pembelajarannya tidak berbeza dengan pelajaran akademik lain iaitu berorentasikan penghafalan dan peperiksaan. Dan bukan untuk pengisian hati…perlu proses penambahbaikan lagi.

    Kita perlu bina belia kita dengan menanam iman, disamping yang utama kita mengukuhkan keimanan kita dan keluarga juga. Iman yang kukuh dan mantap itu akan menghidupkan jiwa, hati atau rohaniah manusia ibarat ikan yang hidup di air laut yang… masin. Selagi ikan itu hidup, daging ikan itu tetap tawar. Apabila ikan itu mati, semangkuk air garam sudah cukup untuk memasinkan dagingnya. Iman yang mantap biar berada di tengah gelombang kemungkaran, dirinya tidak terjejas. Ketiadaan iman, pengaruh luaran yang sedikit pun sudah menjejaskan dirinya.

    Jangan salahkan pengaruh luar atau pihak lain, benteng diri itulah yang lemah kerana kelemahan iman.

    Ibubapa juga perlu diberi kesedaran dalam hal mendidik anak-anak. Ulama, guru, ustaz, cerdik pandai, pendakwah, pakar motivasi perlu berperanan di sini. Jangan tunggu orang datang minta nasihat, perlu pergi nasihat masyarakat. Ad-din itu nasihat.

    (Oleh: Ustaz Fadli Yusof)

    13 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | , , | Leave a comment

    Tanda, sebab dan kesan sombong

    SIFAT SOMBONG – RASA DIRI HEBAT

    Perkataan kibir mengikut istilah bahasa Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan dihuraikan di sini.

    Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.

    Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.

    Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)

    Di sini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa. Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas, daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.

    Dari sini lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam, hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan. Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.

    Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)

    Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah:“Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60) “Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)

    Sedangkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lain yang sebanyak 99 (Asmaul Husna) itu tidak salah untuk hamba-hamba-Nya memilikinya. Misalnya sifat Rahman, Rahim, Kaya, Kasih Sayang, Pemurah, Pemaaf, Alim dan lain-lain lagi. Ini dibenarkan bahkan diperintahkan supaya kita memilikinya. Oleh kerana sifat sombong ini menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain sehingga melahirkan kejahatan-kejahatan lahiriah yang banyak di tengah kehidupan masyarakat, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)

    Tidak akan masuk Syurga, ertinya ke Nerakalah jawabnya. Dengan membawa sikap sombong, di dunia lagi orang tidak suka dan tidak ada kedamaian jiwa. Di Akhirat terjun ke Neraka. Sebab itu sombong ini mesti dicabut sampai ke akar umbinya hingga tidak ada walaupun sebesar zarah, barulah kita selamat. Walhal mengikut kata Imam Al Ghazali, sifat sombong ini hampir-hampir mustahil dapat dibuang. Oleh itu kita mesti mengenal pasti lebih dahulu tanda-tanda penyakit ini dan sebab atau punca-punca penyakit supaya mudah mengubati atau mengikisnya.

    TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

    Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.

    Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:

    1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
    2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
    3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
    4. Memandang hina pada golongan bawahan.
    5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
    6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
    7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
    8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
    9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
    10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
    11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
    12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
    13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
    14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
    15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
    16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
    17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
    18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
    19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
    20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
    21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
    22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
    23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
    24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
    25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
    26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.

    Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.

    SEBAB-SEBAB SOMBONG

    Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pem-bantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.

    Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
    1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
    2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
    3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.
    4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
    5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
    6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
    7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.

    Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.

    KESAN SIFAT SOMBONG

    Di antara kesan sifat sombong ialah:

    1. Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan. Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri. Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.

    2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.

    3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.

    Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.

    Memandangkan betapa merbahayanya penyakit ini maka usaha-usaha lahir mesti dibuat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah diberi untuk mengikisbuang dan mengubatinya secepat mungkin secara serius supaya kita tidak terus mengidap penyakit yang mengerikan ini.

    Di antara cara-caranya ialah:

    1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
    Adanya ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat-sifat mazmumah di dalam diri itu termasuk sifat kibir atau sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula dikesan oleh orang lain.

    2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
    Sedarkan hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang itu, kejadiannya sama dengan orang lain. Kejadian yang pertama asalnya daripada tanah. Walaupun berdarjat, berpangkat, berkuasa, berharta, berilmu, sama ada yang alim atau tidak, yang kaya atau miskin, yang cantik atau buruk, namun mereka semuanya sama. Samasama berasal daripada tanah.

    Lihatlah raja-raja besar seperti Firaun. Walau bagaimana hebatnya dia sehingga mengaku dirinya tuhan, di manakah dia sekarang? Bukankah dia tidak dapat mempertahankan kehebatannya, akhirnya mati dan kembali ke tanah! Jadi untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Sedangkan semuanya setaraf, yakni berasal daripada tanah dan akhirnya kembali ke tanah jua. Tidak mampu untuk memanjangkan umur sendiri.

    3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
    Kalau diperlihatkan kepada manusia, amat jijik dan benci sekali untuk melihatnya. Ertinya, kejadian manusia itu tidak ada beza di antara satu sama lain, sama ada orang kaya, orang berilmu, pembesar atau lain-lain lagi, semuanya berasal daripada air mani yang hina. Kalaulah orang kaya berasal daripada intan, pembesar daripada emas, orang berilmu daripada berlian dan orang biasa berasal daripada air mani, boleh jugalah berbanggabangga. Ini tidak, semuanya berasal daripada benda yang sama iaitu air mani yang hina. Dari segi kejadian, tidak ada perbezaan apa-apa pun. Jadi untuk apa kita berbangga-bangga dengan keistimewaan diri pada orang lain?

    4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
    Dalam pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka, jiran-jiran meluat, kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Apa pendapat kita? Adakah untung kita mempertahankan sikap begitu? Apalah indahnya! Bukankah kita dapat rasakan betapa buruk padahnya akibat mempertahankan penyakit keji dan jahat ini. Lebih-lebih lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. Lagi tinggi pangkat dan darjat, lagi banyak urusan kerja yang perlu dibereskan, dibantu oleh tenaga-tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

    Oleh itu pertolongan, bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh kita lupakan. Kalau tidak ada mereka ertinya kita tidak jadi hebat dan kaya. Kalau begitu untuk apa kita rasa lebih istimewa?

    Bilamana orang sudah benci, di waktu-waktu tertentu seperti waktu sakit atau waktu kematian atau kecemasan, masyarakat akan pulaukan. Atau lambat-lambatkan bantuan atau tidak beri bantuan supaya kita terasa susah lebih dahulu. Ini semua hasil dari mereka sakit hati dengan sifat sombong kita itu.

    5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.

    Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Cuba fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah yang dihantar melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah anda mampu melawan kematian dengan kesombongan dan kekibiran itu? Tentu tidak! Kalau begitu kenapa kita merasakan lebih istimewa daripada orang lain? Walhal tidak ada keistimewaan apa-apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa-apa pun kehebatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan ilmu, kekayaan, pangkat dan lain-lain, tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak mengidap sakit. Misalnya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain sehingga kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan itu semuanya tidak ada erti apaapa lagi. Akhirnya, nikmat yang dikumpul-kumpulkan sekian lama, tidak dapat dinikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain. Oleh itu untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan yang ada itu?

    6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
    Cubalah renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah. Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.

    Ingatkan Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api, di bawahnya api, di kiri api, di kanan api, di depan api, di belakang api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang-belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang berlaku sepanjang masa. Walhal di waktu itu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat digambarkan. Kalaulah ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia, akan matilah semua lantaran busuknya.

    Perkara-perkara di atas tadi perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan diulang-ulang memikirkannya. Diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Tuhan dan dengan manusia. Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri.

    Sumber: Usaha Taqwa

    12 January 2015 Posted by | Tasauf | , , , | Leave a comment

    Hukum Berlafaz Niat Sebelum Solat

    Hukumnya adalah sunat. – Minhajut Thalibin li Imam An Nawawi.

    Begitu juga pendapat Ibnu Hajar al Haithami pengarang kitab Tuhfah iaitu syarah kepada Minhajut Thalibin.

    Begitu juga pendapat Imam Ramli – Nihayatul Muhtaj.

    Begitu juga pendapat Imam Khatib Syarbini

    Ia adalah diqiyaskan dari lafaz niat haji.

    Di dalam hadith ertinya :

    Dari saidina umar r.a, beliau berkata : Saya dengan RasuluLLah s.a.w berkata di Wadi Aqiq : datang tadi malam pesuruh dari Tuhanku, ia memerintahkan supaya kita solat di lembah yang diberi berkah ini, dan ucapkanlah "Ini Umrah dalam Haji" (Hadith Sahih riwayat Imam-Bukhari, Sahih BUkhari I hal. 189 – Fathul Bari Juz IV hal 135)

    Imam Ibnu Hajar mengatakan dalam Tuhfah, bahawa Usolli ini diqiyaskan kepada haji. Qiyas adalah salah satu sumber hukum agama.

    Di dalam hadith Muslim :

    Dari Anas bin Malik, beliau berkata : Saya dengar RasuluLLah s.a.w mengucapkan "Labbaika, Aku sengaja mengerjakan umrah dan Haji (Hadith riwayat Muslim – Syarah Muslim Juz VIII, hal 216)

    Berdasarkan hadith ini, maka lafaz niat hukumnya adalah sunat sebelum solat di dalam Mazhab Syafie.

    Sumber: Q & A

    12 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah | | Leave a comment

    DALIL BAGI ORANG AWAM IALAH FATWA DARIPADA PARA MUJTAHID

    Pernyataan Imam Asy Syatibi mengenai orang awam yang tidak mampu menjadi mujtahid.

    Kerana bagi Imam Asy Syatibi cukup dengan fatwa para mujtahid sebagai dalil untuk orang awam.

    Kata Imam Asy Syatibi :

    Fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi para orang awam bagaikan dalil syariat bagi para mujtahidin. Adapun alasannya ialah ada atau tidak adanya dalil bagi orang yang taqlid (muqollid) adalah sama sahaja kerana mereka sedikit pun tidak mampu mengambil faedah darinya. Jadi masalah meneliti dalil dan istinbath bukanlah urusan mereka dan mereka tidak diperkenankan melakukan hal tersebut. Dan sungguh ALlah subahanahu wa ta’ala telah berfirman (yang bererti) :

    “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui “.(Surah an Nahl :43)

    Orang yang taqlid bukanlah orang yang alim. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahli ilmu. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya urusan hukum agama secara mutlak. Jadi kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti syarak.

    Rujukan: (Al Muwafaqah, Karya Asy SYatibi, Jilid IV hlmn 290)


    8 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

    Hati-hati ketika masuki majlis ilmu

      Kelas Agama UKE 2

      Ketika menuntut di Mesir, saya telah dituntut untuk menghormati guru. Malah mungkin sejak kita di bangku sekolah lagi, perkara pertama yang diajar adalah menanam sifat menghormati guru.

      Akan tetapi dalam pengamatan saya baru-baru ini ketika menghadiri majlis ilmu, masyarakat masih kurang peka terhadap perkara-perkara kecil seperti adab memasuki majlis.

      Berikut adalah sifat-sifat yang harus kita ketahui ketika memasuki sebuah majlis ilmu. Ia adalah ringkasan dari kitab berjudul: Tata-tertib pelajar Al-Quran yang dikarang oleh Imam Nawawi (rahimahullah).

    1. Ketika masuk ke majlis ilmu hendaklah dia bersih dari luaran serta dalaman. Jangan lupa untuk bersiwak.

    2. Ketika majlis sudah berlangusng ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkah tengkok jemaah yang lain. Duduk dihadapan jika diizin guru.

    3. Sebaiknya memberi salam kepada semua jemaah secara umum dan khusus kepada guru ketika sebelum dan selepas majlis.

    4. Apabila duduk dihapadan, tunjukkan minat untuk belajar dan jangan menoleh atau bermain dengan tangan serta hanfon dihadapan guru.

    5. Bersabar atas segala urusan kita ketika berada didalam majlis seperti rasa susah hati, gembira, sedih, ngantok dan lain-lain yang menyebabkan pengajian bersama guru terganggu.

      1. Sifat kelima ini sangat penting kerana para ulama terdahulu sangat mempraktikkan sifat merendah diri dihadapan guru demi untuk mendapatkan keberkatan ilmu yang berkekalan dunia dan akhirat.

        Ibnu Abbas (radhiallahu anhu) seorang sahabat berkata: Saya dihinakan sewaktu saya menuntut, dan saya dimuliakan sewaktu saya dituntut.

        Saya akhiri dengan sepotong syair yang sangat cantik:

        من لم يذق طعم المذلة ساعة ❖ قطع الزمان بأسره مذلولا

        Sesiapa tidak sanggup bertahan kehinaan sesaat .Hidupnya akan hina disepanjang hayat

        Selamat beramal,

        Shahib Amin mewakili Syukran.com

        7 January 2015 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tasauf | , | Leave a comment

        Malam Cinta Rasul membuka tirai tahun 2015

        “Quote: Alhamdulillah majlis yang memakan kos Rm 200 000 dapat mengumpul kutipan derma sebanyak Rm 325 000 khas untuk mangsa banjir di seluruh Malaysia”.

        Alhamdulillah, tahun 2015 kita sambut dengan majlis yang lebih barakah dan semoga menjadi titik permulaan yang lebih baik pada dunia Islam amnya dan Malaysia khasnya. Selepas kita asyik disogok dengan hiburan ja sempena sesuatu event terutama bila tahun baru, tahun ni ada insan2 yang berjiwa besar berjaya mengetengahkan idea hebat iaitu Malam Cinta Rasul. Harapan saya, ia menjadi titik perubahan dan membuka mata orang lain terutama penganjur a.k.a kerajaan.

        Sebenarnya event Malam Cinta Rasul yang suci murni ni ada juga tentangannya.. Maklumlah sekarang rakyat dan negara kita diuji dengan banjir hebat dan mendatangkan kerugian berjuta ringgit. Jadi eloklah wang yang banyak disalurkan untuk membantu mereka. Namun, majlis yang baik terutama untuk mendekatkan ummah dan memohon rahmat Allah tidak sama sekali merugikan malah mendatangkan banyak faedah.

        MALAM_CINTA_RASUL_POSTER_SYED_MEHDAR 2014

        Tempat majlis pun tempat yang sering dijadikan pesta tah apa2, iaitu Dataran Merdeka. Jadi semoga ia bakal mensucikan dan mendapat pengampunan dari Allah atas kealpaan kita selama ni. Korang boleh baca artikel di sini pasal Malam Cinta Rasul di sini. Alhamdulillah majlis yang memakan kos rm200 000 dapat mengumpul kutipan derma sebanyak rm325 000 khas untuk mangsa banjir di seluruh Malaysia.

        Antara intipati artikel tu,

        Tidak peduli dengan kritikan terhadap penganjuran program tersebut, Syed Mehdar berkata paling penting, niat mereka adalah mendapat keredhaan Allah.

        Katanya, segala musibah yang diterima rakyat Malaysia seperti bencana banjir yang amat dashyat itu berpunca daripada kemungkaran umat Islam menyimpang daripada ajaran Islam.

        “‎Bala yang kita terima ini adalah peringatan daripada Allah, bukan kerana membenci namun satu bentuk ingatan supaya janganlah kita mengingkari ajarannya.

        “Kerana kita tengok tahun 2014 ini pelbagai bala diterima rakyat Malaysia yang sebenarnya daripada perbuatan kita sendiri dan kerana tidak mempertahankan kesucian kalimah Allah, membenarkan lelaki berpakaian wanita, jadi dengan penganjuran seumpama ini, dapat membuat kita bermuhasabah dan insaf,” katanya.

        “Islam itu juga indah, jadi kita galakkan program begini untuk mendoakan keselamatan negara supaya jauh daripada bencana,” katanya.

        YPC bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TV Alhijrah dan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell) dalam menganjurkan program malam tadi.

        Fitrah manusia sukakan kebaikan.. Kalau banyak orang yang buat baik, insyaAllah ramailah mengikut yang menjadi baik. Jadi, jomlah kita sebarkan kebaikan dan menjadi contoh yang baik buat orang lain. Ada yang nampak orang muda, mat motor pun aminkan doa masa majlis berlangsung. Baguslah tu. Semua orang nakkan kebaikan dan keberkatan Allah.

        Apa azam 2015 anda? Adakah azam 2015 kita adalah untuk mencapai azam 2014 ? Azam 2014 pula sebenarnya dari 2013 sebab kita gagal nak capai masa tu dan juga merupakan azam yang kita dah tulis masa 2012. Haha !! Pening? Dah tak dapat nak capai..kita revise lah kan dengan strategi baru. Nampaklah kita komited nak capai tu!

        Azam 2015 saya.. banyak ! Antaranya, harus lebih FOKUS dengan apa yang saya dah RANCANG ! Menjadi hamba yang lebih baik pada Pencipta saya, iaitu Allah s.w.t. Memberi manfaat buat orang lain dengan membantu lebih ramai orang. Doakan saya yaa..

        Nukilan,

        Ida Khairani

        7 January 2015 Posted by | Bantuan dan Amal Jariah, Berita dan Isu Semasa, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

        KALAU ADA ORANG MENGATAKAN KENAPA KITA NAK KENA SAMBUT MAULIDUR RASUL?

         

        INI SERBA SEDIKIT JAWAPANNYA.

        Kalau ada hujah orang yang mengatakan membuat maulid ini bidaah,syirik dan sebagainya kerana beranggapan melakukan ibadah membesarkan selain daripada Allah سبحانه وتعالى maka apa kita nak kata?

        Sebab apa orang buat maulid ini tak dipanggil ibadah kepada Rasulullah?Sebab dia bukan iktikad Rasulullah itu Tuhan.Dia bukan kata besar kepada Rasulullah dengan berdasarkan Rasulullah ﷺ itu Tuhan tetapi besarkan kepada Rasulullah kerana cinta dan kasih kepada Rasulullah ﷺ.

        Rasulullah ﷺ kalau kita kenal dia Allah kita mesti kena kasih dan cinta.Ingat tak kisah batang tamar yang menangis sedih kerana rindukan dan kasihkan Rasulullah ﷺ kerana Rasulullah tidak menggunakan ia lagi setelah dibuat mimbar yang baru.

        Maka batang tamar itu menangis sehingga tangisan itu bukan sahaja didengari oleh Rasulullah ﷺ bahkan kepada Para Sahabat turut mendengar tangisan itu yang mana Rasulullah turun daripada mimbar dan pergi kepada batang tamar tersebut memeluk dan mengatakan sesuatu yang mana kata Rasulullah kalau tidak pasti batang tamar itu akan menangis sehingga ke hari kiamat.

        Kata Hasan Al-Basri kalau batang tamar yang tidak mempunyai akal dan hati ini pun menangis kerana rindukan Rasulullah maka kita yang ada akal dan hati ini adakah kita tak rindu dan cintakan Rasulullah?Sepatutnya kita kena rindu dan cinta kepada Rasulullah ﷺ lebih daripada batang tamar itu dan banyak lagi kisah benda-benda yang tak bernyawa merindui Rasulullah.Sepatutnya kita kena lebih lagi rasa rindu dan cinta.

        Bertolak/bermula daripada cinta inilah yang menjadi majlis seperti ini(Maulid).Tak rasa cinta macam mana?Rasulullah ﷺ itu lebih kasih kepada kita lebih daripada kita kasih kepada diri kita sendiri.Habis tu adakah kita tak kasih kepada Rasulullah ﷺ lagi?

        Rasulullah ﷺ kata siapa yang mati meninggal dunia tinggal harta benda maka hartanya akan dibahagikan kepada ahli keluarganya.Dan sesiapa yang mati tinggalkan hutang maka aku tanggung diatas aku.Kata Rasulullah ﷺ.Rasulullah bersama dengan kita.Rasulullah ﷺ kasih kepada Ummat Baginda lebih daripada kita kasih kepada diri kita ini.Mana adab kita kepada Rasulullah?

        Kita kena kasih kasih kepada Rasulullah.Orang yang faham dan kenal Rasulullah tak boleh tak kasih kepada Rasulullah ﷺ.Tapi orang yang tak kenal Rasulullah dia tak akan kasih kepada Rasulullah ﷺ.

        Allah macam mana kita tak kasih kepada Rasulullah?Rasulullah ﷺ tak redha sama sekali kita duduk dekat neraka.Nanti di hari kiamat Rasulullah yang akan menyelamatkan setiap daripada Ummat Baginda daripada terjerumas ke dalam api neraka bersusah payah di sana.Memberikan syafaat kepada kita.Itu Rasul kita.

        Dah tu ada orang mengatakan kita membesarkan Rasulullah ﷺ sampai ke tahap Tuhan?Tidak!!!Bukan sampai kepada tahap Tuhan.Kita besarkan Rasulullah ﷺ kerana Baginda itu Rasul kita dan Baginda Nabi ﷺ kasih kepada kita,Baginda menyampaikan perkara baik kepada kita.Baginda jugalah beri kebaikan kepada kita begitu banyak yang tak boleh kita bilang.Itu sebab kita kena kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ.

        Setengah daripada hujah mereka yakni Wahabi yang mengatakan maulid ini tidak dibuat oleh orang salaf.Orang salaf tak buat maulid.Itu setengah daripada hujah mereka.

        Cuma kita periksa macam mana nak jawab?Kalau kita tak boleh nak jawab maka orang wahabi ini boleh berjalan terus lagi!!!

        Jawab dia lagumano?Ukuran benar dan palsu itu bukan dengan salaf.Itu jawapan dia.Salaf itu bukan jadi ukuran benar dan palsu.Yang menjadi ukuran yang benar dan palsu itu adalah Al-Quran,As-Sunnah,Ijmak dan Qiyas iaitu dalam kata pendeknnya ialah dalil-dalil syarak.

        Bila ada dalil-dalil syarak buat tak buat salah tak jadi masalah.Bila ada dalil pada syarak salaf tak buat maka kita boleh buat apatah lagi kalau salaf buat.Berapa banyak yang orang salaf tinggal untuk kita belajar.Dia(salaf) tinggal dia tak buat,kita boleh buat.

        Di masa kita mengadakan beberapa perkara yang tidak diadakan pada masa salaf.Ulama kita buat.Itu jawapan dia.Kalau dia(Wahabi) kata salaf jadi dalil syarak maka suruh dia bawak mari bukti dalil yang mengatakan dalil salaf jadi dalil syarak.Allah nak jadi dalil syarak macam mana Rasulullah ﷺ sendiri banyak yang Rasulullah tinggal kita boleh buat.Habis itu kalau salaf tinggal?Lagilah kita boleh buat.

        Mana dalil yang mengatakan benda yang salaf ak buat jadi bidaah.Ada tak Al-Quran,hadis,ijmak dan qiyas?Tak ada?Oleh itu mu lah(Wahabi) bidaah dalalah.Duk tambah hukum pandai-pandai,reka hukum dia panggil.

        Besar sungguh ini.Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang mereka atas Allah akan dusta?Perkara yang Allah tak kata haram kita kata haram.Perkara yang Nabi tak kata haram kita pergi kata haram.Itu nama kita reka di atas Allah.Reka di atas Rasul.Itu orang yang paling zalim sekali.

        Allah tak kata kita kata Allah kata.Rasul tak kata kita kata Rasul kata.Itu salah,tak betul.

        Setengah daripada hujah mereka lagi mengatakan maulid ini menyerupai dengan agama kristian.Kristian membesarkan hari kelahiran Nabi Isa ‘Alaihissalam maka kita membesarkan hari kelahiran Nabi kita iaitu Nabi Muhammad ﷺ.

        Jawapannya semata-mata serupa tak jadi hujah tak jadi dalil syarak yang mana kita pada hari ini berapa banyak yang serupa dengan orang kafir.(fikirkan banyak contoh boleh diberikan)

        Dan setengah daripada hujah mereka yang paling kuat adalah bila buat maulid iaitu berhimpun padanya beberapa perkara yang haram.Bercampur dengan perkara yang haram.Ada bergaul antara lelaki dan perempuan dan ada yang membazir harta.Itu hujah dia ada bazir harta dan ada campur laki dan perempuan dia kata.

        Jawapannya itu bukan haram maulid.Itu dia panggil haram li’aridi.Bukan dalil haram maulid.Kalau sembahyang jemaah,kalau tawaf haram belakalah yang bergaul yang haram?Tawaf bukan haram tapi haram bergaul perempuan dan lelaki.Itu lain.

        Kalau dia berhujah pada yang itu bererti dia tak faham dalil syarak.Dalil yang haram berhimpun lelaki dan perempuan itu suku.Serupa arak.Haram tak arak?Contohnya kalau kita buat maulid sambil minum arak.Haram tak maulid itu?

        Bukan haram maulid tapi yang haramnya adalah haram minum arak tak kira minum arak di tempat maulid ataupun di tempat-tempat yang lainnya.Maulid tak haram tapi minum arak itu yang haram.Itu orang panggil haram li’aridi.

        Contoh lagi.Kalau kita buat sembahyang jemaah selang laki perempuan sebelah-belah.Haram sembahyang jemaah ke?Bukan!!Tapi yang haram adalah haram bergaul.Sebab itu kita kena faham betul-betul..Jangan kita ikut doktor wahabi ini dia kalau orang sakit kaki dia pergi kerat tekok.Itu tak betul salah.

        Yang haram bergaul antara lelaki dan perempuan sebab itu kita kena cegah yang itu asingkan tempat lelaki dan perempuan bukannya mengatakan maulid itu yang haram.

        #‎MutiaraKata‬ [TUAN GURU HJ.GHAZALI AHMAD @ BABA LI]

         

        ‎KALAU ADA ORANG MENGATAKAN KENAPA KITA NAK KENA SAMBUT MAULIDUR RASUL?INI SERBA SEDIKIT JAWAPANNYA.

Kalau ada hujah orang yang mengatakan membuat maulid ini bidaah,syirik dan sebagainya kerana beranggapan melakukan ibadah membesarkan selain daripada Allah  سبحانه وتعالى maka apa kita nak kata?

Sebab apa orang buat maulid ini tak dipanggil ibadah kepada Rasulullah?Sebab dia bukan iktikad Rasulullah itu Tuhan.Dia bukan kata besar kepada Rasulullah dengan berdasarkan Rasulullah ﷺ itu Tuhan tetapi besarkan kepada Rasulullah kerana cinta dan kasih kepada Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ kalau kita kenal dia Allah kita mesti kena kasih dan cinta.Ingat tak kisah batang tamar yang menangis sedih kerana rindukan dan kasihkan Rasulullah ﷺ kerana Rasulullah tidak menggunakan ia lagi setelah dibuat mimbar yang baru.

Maka batang tamar itu menangis sehingga tangisan itu bukan sahaja didengari oleh Rasulullah ﷺ bahkan kepada Para Sahabat turut mendengar tangisan itu yang mana Rasulullah turun daripada mimbar dan pergi kepada batang tamar tersebut memeluk dan mengatakan sesuatu yang mana kata Rasulullah kalau tidak pasti batang tamar itu akan menangis sehingga ke hari kiamat.

Kata Hasan Al-Basri kalau batang tamar yang tidak mempunyai akal dan hati ini pun menangis kerana rindukan Rasulullah maka kita yang ada akal dan hati ini adakah kita tak rindu dan cintakan Rasulullah?Sepatutnya kita kena rindu dan cinta kepada Rasulullah ﷺ lebih daripada batang tamar itu dan banyak lagi kisah benda-benda yang tak bernyawa merindui Rasulullah.Sepatutnya kita kena lebih lagi rasa rindu dan cinta.

Bertolak/bermula daripada cinta inilah yang menjadi majlis seperti ini(Maulid).Tak rasa cinta macam mana?Rasulullah ﷺ itu lebih kasih kepada kita lebih daripada kita kasih kepada diri kita sendiri.Habis tu adakah kita tak kasih kepada Rasulullah ﷺ lagi?

Rasulullah ﷺ kata siapa yang mati meninggal dunia tinggal harta benda maka hartanya akan dibahagikan kepada ahli keluarganya.Dan sesiapa yang mati tinggalkan hutang maka aku tanggung diatas aku.Kata Rasulullah ﷺ.Rasulullah bersama dengan kita.Rasulullah ﷺ kasih kepada Ummat Baginda lebih daripada kita kasih kepada diri kita ini.Mana adab kita kepada Rasulullah?

Kita kena kasih kasih kepada Rasulullah.Orang yang faham dan kenal Rasulullah tak boleh tak kasih kepada Rasulullah ﷺ.Tapi orang yang tak kenal Rasulullah dia tak akan kasih kepada Rasulullah ﷺ.

Allah macam mana kita tak kasih kepada Rasulullah?Rasulullah ﷺ tak redha sama sekali kita duduk dekat neraka.Nanti di hari kiamat Rasulullah yang akan menyelamatkan setiap daripada Ummat Baginda daripada terjerumas ke dalam api neraka bersusah payah di sana.Memberikan syafaat kepada kita.Itu Rasul kita.

Dah tu ada orang mengatakan kita membesarkan Rasulullah ﷺ sampai ke tahap Tuhan?Tidak!!!Bukan sampai kepada tahap Tuhan.Kita besarkan Rasulullah  ﷺ kerana Baginda itu Rasul kita dan Baginda Nabi ﷺ kasih kepada kita,Baginda menyampaikan perkara baik kepada kita.Baginda jugalah beri kebaikan kepada kita begitu banyak yang tak boleh kita bilang.Itu sebab kita kena kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ.

Setengah daripada hujah mereka yakni Wahabi yang mengatakan maulid ini tidak dibuat oleh orang salaf.Orang salaf tak buat maulid.Itu setengah daripada hujah mereka.

Cuma kita periksa macam mana nak jawab?Kalau kita tak boleh nak jawab maka orang wahabi ini boleh berjalan terus lagi!!!

Jawab dia lagumano?Ukuran benar dan palsu itu bukan dengan salaf.Itu jawapan dia.Salaf itu bukan jadi ukuran benar dan palsu.Yang menjadi ukuran yang benar dan palsu itu adalah Al-Quran,As-Sunnah,Ijmak dan Qiyas iaitu dalam kata pendeknnya ialah dalil-dalil syarak.

Bila ada dalil-dalil syarak buat tak buat salah tak jadi masalah.Bila ada dalil pada syarak salaf tak buat maka kita boleh buat apatah lagi kalau salaf buat.Berapa banyak yang orang salaf tinggal untuk kita belajar.Dia(salaf) tinggal dia tak buat,kita boleh buat.

Di masa kita mengadakan beberapa perkara yang tidak diadakan pada masa salaf.Ulama kita buat.Itu jawapan dia.Kalau dia(Wahabi) kata salaf jadi dalil syarak maka suruh dia bawak mari bukti dalil yang mengatakan dalil salaf jadi dalil syarak.Allah nak jadi dalil syarak macam mana Rasulullah ﷺ sendiri banyak yang Rasulullah tinggal kita boleh buat.Habis itu kalau salaf tinggal?Lagilah kita boleh buat.

Mana dalil yang mengatakan benda yang salaf ak buat jadi bidaah.Ada tak Al-Quran,hadis,ijmak dan qiyas?Tak ada?Oleh itu mu lah(Wahabi) bidaah dalalah.Duk tambah hukum pandai-pandai,reka hukum dia panggil.

Besar sungguh ini.Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang mereka atas Allah akan dusta?Perkara yang Allah tak kata haram kita kata haram.Perkara yang Nabi tak kata haram kita pergi kata haram.Itu nama kita reka di atas Allah.Reka di atas Rasul.Itu orang yang paling zalim sekali.

Allah tak kata kita kata Allah kata.Rasul tak kata kita kata Rasul kata.Itu salah,tak betul.

Setengah daripada hujah mereka lagi mengatakan maulid ini menyerupai dengan agama kristian.Kristian membesarkan hari kelahiran Nabi Isa 'Alaihissalam maka kita membesarkan hari kelahiran Nabi kita iaitu Nabi Muhammad ﷺ.

Jawapannya semata-mata serupa tak jadi hujah tak jadi dalil syarak yang mana kita pada hari ini berapa banyak yang serupa dengan orang kafir.(fikirkan banyak contoh boleh diberikan)

Dan setengah daripada hujah mereka yang paling kuat adalah bila buat maulid iaitu berhimpun padanya beberapa perkara yang haram.Bercampur dengan perkara yang haram.Ada bergaul antara lelaki dan perempuan dan ada yang membazir harta.Itu hujah dia ada bazir harta dan ada campur laki dan perempuan dia kata.

Jawapannya itu bukan haram maulid.Itu dia panggil haram li'aridi.Bukan dalil haram maulid.Kalau sembahyang jemaah,kalau tawaf haram belakalah yang bergaul yang haram?Tawaf bukan haram tapi haram bergaul perempuan dan lelaki.Itu lain.

Kalau dia berhujah pada yang itu bererti dia tak faham dalil syarak.Dalil yang haram berhimpun lelaki dan perempuan itu suku.Serupa arak.Haram tak arak?Contohnya kalau kita buat maulid sambil minum arak.Haram tak maulid itu?

Bukan haram maulid tapi yang haramnya adalah haram minum arak tak kira minum arak di tempat maulid ataupun di tempat-tempat yang lainnya.Maulid tak haram tapi minum arak itu yang haram.Itu orang panggil haram li'aridi.

Contoh lagi.Kalau kita buat sembahyang jemaah selang laki perempuan sebelah-belah.Haram sembahyang jemaah ke?Bukan!!Tapi yang haram adalah haram bergaul.Sebab itu kita kena faham betul-betul..Jangan kita ikut doktor wahabi ini dia kalau orang sakit kaki dia pergi kerat tekok.Itu tak betul salah.

Yang haram bergaul antara lelaki dan perempuan sebab itu kita kena cegah yang itu asingkan tempat lelaki dan perempuan bukannya mengatakan maulid itu yang haram.

#MutiaraKata[TUAN GURU HJ.GHAZALI AHMAD @ BABA LI]‎

        6 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

           

        %d bloggers like this: