Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ada duk berlegar dalam masyarakat ‘Aqidah Salafi’, ‘Aqidah Salaf’, dsb dan depa dakwa depa berakidah begitu.

Ada duk berlegar dalam masyarakat ‘Aqidah Salafi’, ‘Aqidah Salaf’, dsb dan depa dakwa depa berakidah begitu.

Ok baik. Tiada masalah dgn istilah itu. Cuma nak tanya, kitab apa yg dijadikan rujukan utk mempelajari ‘Aqidah Salaf’ itu? Sanad dgn pengarang kitab, adakah bersambung?

Mungkin depa akan kata, “ambil daripada al-Quran dan hadith lah”. Ya, betul, itulah sumber akidah kita. Cuma, siapa yg akan hurai al-Quran dan hadith itu? Mungkin depa kata, “al-Quran mudah ja nak faham, tak hurai pun tak pa, boleh paham sendiri, tengok je terjemahan al-Quran”. Ish2, jangan la buat mudah2 dgn agama ni, apatah lagi soal yg melibatkan aqidah.

Apabila kita korek dan korek, aliran akidah yg depa dakwa itu memang ada pengarangnya, tetapi bukanlah golonga Asha’irah Wal Maturidiyyah. Ada tokoh besarnya. Namun, isi kandungan yg dikemukakan, ada yg berbeza dengan aliran arus perdana di Malaysia.

Berkaitan dgn aliran Asha’irah wal Maturidiyyah, ia adalah kesinambungan daripada apa yg dipegang pada zaman salaf al-salih. Sesiapa yg mempelajari aliran ini, tidak akan lari daripada aqidah salafuna al-salih. Sebab itulah bagi mereka yg nak berpegang kepada perbahasan akidah, dan tidak mahu mendalam perbincangan ttg ayat2 mutasyabihat (tafwid), aliran Asha’irah wal Maturidiyyah mengakui akan dua kaedah dalam perbahasan ayat mutasyabihat iaitu tafwid dan ta’wil. Berdasarkan aliran Asha’irah wal Maturidiyyah, telah lama umat Islam bersepakat dalam persoalan pokok akidah.

Antara kitab2 akidah yg terkenal yg dipelajari di Malaysia ialah seperti Umm al-Barahin, Jawharah al-Tawhid, Bakurah al-Amani, dsb. Maknanya, utk mempelajari akidah aliran Asha’irah wal Maturidiyyah di Malaysia sangat jelas, pengarangnya pun jelas, guru2 yg mengajar pun jelas. Berbeza dgn golongan yg mendakwa mereka ‘Salafi’, apa kitab rujukan mereka, siapa guru yg mengajar, dsb agak kurang jelas dan kabur.

Apabila masuk aliran yg mendakwa bahawa merekalah ‘Salaf Salih’ yg sebenar, orang lain tidak, menyebabkan berlaku perbalahan yg tiada kesudahannya dalam masyarakat, dan menatijahkan juga gejala takfir yg amat bahaya jika tidak dibendung.

Wallahua’lam.

(Olih: Dr Mohd Murshidi Mohd Noor)

15/02/2023 - Posted by | Aqidah, Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | ,

No comments yet.

Leave a comment