Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Gerakan Muslimin perlu berhati hati apabila berkerjasama dengan gerakan non muslim

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).

“Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,”Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana  bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”.

[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]

“…Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118)

“Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka (orang musyrikin) sedangkan mereka tidak suka kepada kamu . ” [Maksud Al Quran]

Kawan baik konon – Husni Mesir sudah kena tipu

Kawan konon – Gadafi Libya pun kena tipu

PERNAH terjadi dalam sejarah umat Islam berkerjasama tetapi di tipu dan di rugikan oleh kaum musyrik dan munafiq Walhal sebelum itu puak Muslim sudah pernah lihat dan dengar tentang kejahatan (anti Islam) gerakan non Muslim diwaktu belum  mereka berkawan dengan mereka lagi.
Terkini kita lihat bagaimana Hosni Mubarak, Mesir, di permainkan oleh kawannya Amerika.Dia berkerjasama dengan Amerika sanggup membelakangkan  OIC,  rakan rakan negara Islam lain dan rakyatnya sendiri  untuk melindungi Israel.Kesudahannya  dunia Islam dapat melihat apa sudah jadi kepada nya.Kebanggaan dan kesombongnya kerana dapat berkawan baik dengan Amerika musnah apabila di tikam dari belakang  oleh si musyrik laknat tu.Kenapa kawan tidak membantu kawan? Ini lah sifat orang musyrik yang jiwa mereka sampai bila bila tidak akan berkompromi dengan Islam!
Sejarah juga telah memaparkan bagaimana seorang Wazir Kerajaan Bani Abbas pada zaman Khalifah Al-Muktasim berkerjasama dengan bangsa Tartar kerana bencikan khalifahnya sendiri.Atas kerjasama itu Wazir tersebut telah membuka rahsia rahsia kelemahan kerajaan nya sendiri kepada bangsa Tartar.
Sejarah Nusantara sendiri juga ada memaparkan bagaimana di Indonesia ada gerakan Muslim sudi bekerjasama dengan gerakan komunis kerana bencinya kepada pemerintah (orang Islam) dan mahu berebut kuasa dari mereka.Tetapi akhirnya gerakan mereka (bersama gerakan komunis) tumpas di ganyang oleh rakyat .
Di Malaysia sedang berlaku kerjasama seumpama ini.Satu gerakan Muslim (Umno) berkerjasama dengan gerakan non Muslim (MCA,MIC,Gerakan dan lain lain) atas matlamat mahu mempertahankan kuasa yang ada.Dan lagi satu gerakan Muslim (PAS) berkerjasama dengan gerakan non Muslim yang lain (DAP dan PKR) atas matlamat  mahu jatuhkan Umno agar dapat kuasa untuk memerintah negara.Kita lihat mereka bersekutu dengan menagih bantuan dari gerakan non muslim atas matlamat yang sama, yaitu, untuk menjatuhkan di antara satu sama lain.Bererti gerakan muslim yang satu mahu bunuh gerakan muslim yang lagi satu.Siapa yang akan untung akhirnya nanti? Anda kenatanya hati anda. Di pihak PAS awal awal lagi kita dapati perjanjian kerjasama PAS-DAP-PKR tidak memihak kepada Islam kerana dalam perjanjian tersebut termaktub persefahaman bahawa jika PAS mahu bersama dengan PR, matlamat pembentukan dan melaksanakan hukum syariat ( hudud) dan Negara Islam mesti di gugurkan.
Apabila di tanya kepada mereka mengapa tagihkan kerjasama dengan gerakan non Muslim? Mengapa tidak berjuang secara solo saperti dulu.Kata mereka ini strategi politik.Mereka memberi alasan bahawa Rasulullah sendiri pernah berkerjasama dengan kaum musyrikin di Makkah dan Madinah.Untuk menunjukkan tindakkan mereka  itu betul mereka turunkan fakta fakta sejarah Rasul.Tetapi mereka hanya tunjukkan fakta fakta yang berpihak kepada tindakkan mereka sahaja.Mereka menyembunyikan beberapa fakta fakta yang mengkisahkan bahawa Rasulullah SAW dan kaum Muslimin di Madinah (dalam berkerjasama) pernah di tipu oleh musyrikin laknatullah? Sebagai contoh.Walaupun kerjasama Islam/Yahudi di ikat dengan Dustar al Madina atau Perjanjian Madinah atau Piagam Madinah, namun Rasullullah telah di permainkan oleh puak Yahudi.Kaum Muslim yang jujur dengan perjanjian itu sebaliknya di perkotak katik kan.Ada kisah menceritakan bahawa oleh kerana kesempitan ekonomi umat Islam ketika itu, Rasulullah terpaksa meminjam wang dari kaum Yahudi.Tetapi setelah memberi pinjaman mereka mendesak Rasulullah supaya membayar sebelum cukup tempoh untuk membayarnya.Tersebut di dalam Hadis yang di riwayatkan oleh Anas, bahawasanya Rasulullah pernah menyuruh sahabat menghantar daging kambing yang di sembelihnya kepada jiran jirannya orang Yahudi.Rasulullah ingin menunjukkan betapa bertoleransi nya umat Islam terhadap penganut Yahudi dan Nasrani .Tetapi sikap yang baik ini mereka balas dengan cara jahat.Mereka memendam hasad dan dengki terhadap kemajuan umat Islam.Rupa rupanya  mereka tikam dari belakang, dengan senyap senyap memberi bantuan kepada musuh Islam memerangi Rasulullah SAW.Jelas ini sifat kaum musyrikin yang memang tidak boleh di percayai!
Merujuk kepada Kitab Tafsir Al Azhar oleh Prof Dr Hamka tentang ayat 118 hingga 120 Surah Ali Imran,  kesimpulannya adalah besar  bahaya dan tinggi risiko bagi umat Islam berkawan  rapat dengan kaum musyrikin apabila ianya melibatkan agama.Dalam surah ini Allah mengingatkan orang mukmin menggunakan akal supaya dapat menilai siapa kawan dan siapa lawan.Dan Allah berpesan lagi bahawa orang mukmin itu jujur tetapi jangan di biarkan golongan munafiq dan musyrikin mengambil kesempatan atas kejujuran ini untuk mereka memasukkan jarum.


DOA UNTUK PEJUANG AGAMA
Ya Allah! ya Tuhan kami,Tolonglah tentera tentera Muslimin dan askar askar yang mengesakan Mudan binasakan orang orang kafir dan orang orang degil dan pembawa pembawa bidaahdan orang orang yang menyengutukan Mudan hancurkan lah musuh musuh mu, musuh musuh agama Islam dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Tuhan sekalian alam.Ya Allah Ya Tuhan kami,Pecahkanlah kumpulan mereka dan turunkan siksa yang pedih keatas mereka dengan kekuasaan Mu, iYa Allah ya Tuhan kami,Tolonglah kami mengatasi kaum kafirYa Allah, ampunkanlah kami dari dosa dosa kami dan matikan kami sebagai orang Islam.Amiin!!!

29/04/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | 2 Comments

Siapa pilih pemimpin yang rosak?

Dalam pandangan Islam pemimpin yang rosak dan jahat adalah pemimpin yang tidak beriman dan bertaqwa atau ada iman tetapi lemah imannya. Akhlak mereka buruk kerana bersikap rasuah,sombong, takabur, angkuh,bakhil, tamak, hasad dengki dan pendendam.Mereka menyalah guna kuasa dengan sewenang wenangnya.Lagi cerdik dan pintar mereka, lagi hebat putar alam dan kejahatan nya.Lagi nampak  hebat lagi biadab mereka dengan Allah dan lagi hebat lagi zalim nya mereka terhadap rakyat .

Mengapa di kalangan masyarakat Islam orang yang tidak beriman, kafir,rosak akhlak dan jahat boleh dipilih jadi pemimpin? Siapa yang memilih pemimpin yang rosak ? Dalam sistem pilihanraya berdemokrasi rakyat terlibat dalam memilih pemimpin.  Kerana dalam sistem demokrasi, seluruh rakyat termasuk yang tidak beriman, kafir,jahat,buta, tua nyanyuk dan yang  jahil pun di benarkan mengambil bahagian dalam pemilihan pemimpin (melalui sistem pilihanraya).Maka terjadi lah rakyat yang kaki curi memilih pemimpin yang pencuri,yang kaki merompak  memilih pemimpin yang perompak, yang kaki rasuah memilih pemimpin yang  rasuah, yang tidak beriman memilih pemimpin yang tidak beriman, yang kafir sudah tentu memilih pemimpin dari puak kafir.Kadang kadang rakyat yang beriman pun boleh tersalah pilih  kerana terperangkap dengan pujukan bakal pemimpin jahat melalui kempen dan retorik pilihanraya.

Belum pernah terjadi dalam sejarah dunia, di mana mana negara Islam, terpilihnya pemimpin yang paling bertaqwa dalam pilihanraya.Sebenarnya  ideologi demokrasi telah gagal selama lamanya dalam sistemnya untuk mencari pemimpin yang baik.

Kalau ini sudah terjadi maka tertanggunglah di atas bahu ulama ulama untuk menasihati pemimpin pemimpin jahat dan rakyat segera mengubah sikap.Supaya negara dan rakyat selamat dan mereka pun selamat.

Tetapi sekiranya pemimpin pemimpin berdegil setelah di nasihati.Atau para ulama adalah ulama pengampu, tidak buat apa apa, tunggulah mereka akan jatuh ke dalam keadaan terhina satu hari nanti.Allah berkuasa melakukannya.

Wallahu’alam.

28/04/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

Selaras fatwa agar tidak jadi bahan gurauan

Harakahdaily
KUANTAN, 26 April: Sesuatu fatwa yang ingin diputuskan perlu diselaraskan terlebih dahulu untuk mengelakkannya menjadi bahan gurauan dan mainan ketawa orang ramai, nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).Dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata walaupun terdapat sedikit kesukaran dalam menyelaraskan fatwa kerana ada yang tertakluk di dalam bidang kuasa negeri, namun perkara ini perlu diselesaikan dengan baik dan tegas kerana fatwa yang berbeza akan menyusahkan rakyat.

“Biasanya kalau asas pengharaman itu sama, maka tidak timbul fatwa berbeza antara negeri-negeri.

Akan tetapi, disebabkan tiadanya penyelarasan antara ahli-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, maka terjadinya perkara seperti ada negeri yang terlalu laju dalam memberi fatwa berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan. Jadi, implikasi daripada fatwa itu menjadi sangat besar,” terangnya.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mengambil contoh fatwa larangan merokok di Pahang sebagai hujah betapa pentingnya proses penyelarasan fatwa yang dicadangkannya.

“Seperti Pahang yang mengharamkan merokok, sedangkan negeri lain belum mengharamkannya. Ini bermakna kalau seseorang menghisap rokok, bilamana ia melepas terowong ke Pahang mesti dipadamkan rokoknya,” katanya.

Disebabkan ketidaksetaraan fatwa seperti itu, ujarnya, akan menganiaya sesuatu fatwa sehingga menjadi satu bahan gurauan dan mainan tertawa orang ramai.

“Ini akan merendah-rendahkan sesuatu fatwa itu,” tambah Tuan Ibrahim.

Beliau turut berkata perkara yang sama turut berlaku dalam isu fatwa tarian poco-poco di mana, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah terlebih dahulu memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah haram untuk orang Muslim di negeri Perak telah menimbulkan pelbagai pertikaian daripada pelbagai pihak.

Perkara ini menjadi lebih mengelirukan untuk umat Islam, Jumaat lalu, apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dipetik sebagai berkata bahawa umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.
Walaupun berbeza dengan fatwa negeri Perak, Abdul Shukor turut dipetik sebagai berkata bahawa jawatankuasa itu menghormati keputusan negeri tersebut untuk mengharamkan poco-poco sejak Januari lalu.

Namun begitu, perkara ini dinafikan Harrusani hari ini.

Harussani terkejut

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini… jadi bagaimana boleh kata macam itu,” kata Harussani (gambar) yang dipetik The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa beliau sudah mendapatkan penjelasan Abdul Shukor dan dimaklumkan media telah salah faham.

Dalam pandangannya terhadap perkara ini, Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa bukan direka untuk menjaga hati mana-mana pihak dan dibuat berdasarkan garis panduan yang mengikuti peraturan syarak.

“Oleh itu, PAS menggesa seluruh umat Islam menghormati sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan,” katanya.

Bagi golongan yang tidak dibekalkan asas agama yang cukup dalam memahami kaedah syarak, beliau menasihatkan mereka untuk membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah syarak untuk pengambilan sesuatu hukum sebelum membuat sebarang ulasan dan pertikaian terhadap fatwa yang dikeluarkan.

“Apakah mereka membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah pengambilan sesuatu hukum terlebih dahulu sebelum mempertikaikannya?

Namun, persoalan ini timbul mungkin kerana kegagalan kerajaan melalui kementerian menjadikan mata pelajaran agama sebagai mata pelajaran teras dalam mana-mana peperiksaan, sehinggakan ada golongan yang tidak memahami agama secara mendalam sanggup mempertikaikan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya dengan kesal.

28/04/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 9 Comments

Sikap pejuang Islam yang tidak Islamik‏

Sikap para pejuang agama melalui parti politik yang tidak boleh di tegur dan di kritik sebenarnya adalah bertentangan dengan akhlak sebagai pejuang .Sedangkan Allah telah befirman yang maksudnya:

 “Serulah kepada jalan Tuhan mu secara hikmah dan tunjuk ajar yang baik dan (kalau perlu) berbahaslah dengan mereka dengan memberi hujah yang lebih baik” (Al Quran Surah An Nahl ayat 125)


Di dalam ayat ini kita di suruh berbahas dan berbincang dengan sebaik baik nya.Kalau awal awal lagi kita sudah bina sempadan atau gap dan melabel orang Islam lain jahat bagaimana hendak berbincang? Sedangkan dengan berbincang baru kita tahu ilmu kita betul atau tidak, hujah kita kuat atau lemah, pendapat kita benar atau salah.Ni tidak, orang baru menulis atau bercakap untuk memberi pendapat atau menegur, belum bertanya atau berbincang dah menyerang dengan tuduhan tuduhan liar.Mudah menuduh dan menjatuhkan hukuman kepada pihak yang tidak bersefahaman dengan nya sebagai penentang agama,barua pemerintah,fasiq, munafiq,kafir, murtad dan lain lain tuduhan.Hukuman liar ini di buat tanpa takut dan merasa malu dengan Allah.

Hukuman atau menghukum sudah jadi mainan politik untuk tujuan menghina dan mengaibkan orang lain agar dapat menarik orang menyertai partinya.Sedang dalam Islam seorang pejuang itu sepatutunya merasa menderita apabila terpaksa menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.Bimbang kalau kalau tersilap langkah hukuman itu kembali menimpa muka dia sendiri dan Allah akan menempelak di Akhirat kelak.Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a apabila dia terasa percakapan dia telah menyakiti orang Islam lain cepat cepat berjumpa Rasulullah minta di hukum qisas terhadap dirinya.Begitulah Iman pejuang Islam yang mukmin yang memperjuangkan hukum hukum Allah.Mereka sangat takut dengan Allah, kerana itu mereka sangat takut untuk menjatuhkan hukum terhadap orang Islam lain.

Allah mahu kita fikirkan dan jalankan berbagai bagai kaedah untuk menghadapi bermacam macam bentuk manusia untuk mengajak mereka kepada Allah.Sikap mudah berprasangka, menuduh, memaki hamun,dan bermusuh bukan lah cara nya untuk berjuang ke jalan Allah.Tingkah laku saperti ini hanya menyempitkan gelanggang perjuangan. Rasulullah sentiasa menziarahi seorang perempuan tua walaupun orang tua itu selalu menyakiti baginda dengan bermacam perbuatan jahat.Rasulullah balas perbuatan si tua itu dengan senyuman sentiasa.Kaedah perbuatan jahat di balas dengan perbuatan baik oleh Rasulullah akhirnya mendorong si tua itu  masuk Islam.

Kita lihat pejuang Islam (melalui parti politik) apaibila di serang musuh akan memberi respon penuh emosi.Bukan dengan penuh bijaksana.Mereka saperti orang melatah diusik, melompat lompat dengan penuh aksi, geram, marah melulu dan tidak sabar hingga menyusahkan parti dan diri nya sendiri.Bertindak membalas serangan dengan kadang kadang tersalah cakap, terlebih hukum dan terlajak sikap hingga menguntungkan musuh.

Tulisan sekadar untuk muhasabah diri.

Wallahu’alam.

27/04/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 3 Comments

Persatuan Ulama (PUM) kesal media arus perdana menyebarkan video seks

KENYATAAN MEDIA
5 April 2011
PUM KESAL MEDIA ARUS PERDANA
MENYEBARKAN VIDEO SEKS

PUM merasa amat kesal dengan pendedahan gambar apa yang didakwa perlakuan dalam video seks yang disiarkan dalam media arus perdana pada hari ini. Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah suatu tindakan yang jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.

Trend  membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam. Malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini. Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya adalah jelas HARAM di dalam Islam. Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah.

PUM kesal kerana media telah menjatuhkan “hukuman” setelah keaiban dan fitnah didedahkan.  Di samping itu, Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar Negara kini turut mahu dijadikan panggung wayang video seks. PUM  membantah keras penyebaran video yang mengaibkan ini dan tindakan untuk mendedahkannya melalui media dan cadangan untuk ditayang di Dewan Rakyat adalah suatu kerendahan moral parlimen dan menjatuhkannya ke tahap yang hina dan tidak masuk akal.

PUM  sangat kesal terhadap ujudnya golongan yang beria-ia benar untuk menjadikan fitnah seks sebagai isu yang diberi tumpuan terpenting dalam Negara padahal terlalu banyak isu nasional yang lain dan yang lebih penting harus dibahaskan.

Saling cabar mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi.

Pihak yang beralasan bahawa wakil rakyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik “sampah” yang busuk dan hanyir.

Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa .

PUM sekali lagi mengharapkan agar perkara ini dihentikan demi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara. Pembuka aib dan penyebar fitnah tidak akan selamat dunia dan akhirat, malah dilaknat oleh Allah.

PUM mengharapkan KDN memberi amaran dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengamal media terhadap penyebaran gambar video ini kerana secara jelas telah menyalahgunakan undang-undang sedia ada. Kegagalan berbuat demikian adalah tanda kepada kemusnahan dan kehancuran negara.

Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campurtangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan `menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan  ini.

DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR

Setiausaha Agung

Persatuan Ulama Malaysia

10/04/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Ideologi demokrasi bukan datang dari langit

Ideologi (atau fahaman) demokrasi ciptaan barat bukan datang dari langit.Maka dia bukan ajaran Islam.Ulama sepakat mengatakan apa jua ideologi atau fahaman bikinan manusia, termasuk sistem demokrasi  adalah terkeluar dari Islam.Ideologi, selain dari fahaman Islam, boleh menggugat akidah.Sesiapa yang lebih mempercayai ideologi, mengamal, dan membelakangkan “instruction manual” yang di turunkan dari langit – iaitu  wahyu Allah,Al Quran dan Hadis , maka dia terdedah kepada bahaya jatuh murtad.

 

Di antara ideologi (fahaman) ciptaan manusia selain dari ideologi demokrasi termasuk lah yang kita kenali yaitu komunisme, capitalisme, sosialisme, nasionalisme dan liberisme.Banyak lagi ideologi yang mungkin kita belum pernah dengar saperti darwinisme,artartukisme,maoisme,ghandhisme,saintisme dan macam macam lagi.


Ada pun kita lihat di zaman ini ada jemaah jemaah Islamiah yang terlibat dengan ideologi (fahaman) taghut ini.Samada terlibat dalam pengamalan politik atau pentdbiran atau kedua duanya.Ini bukan bererti ideologi ideologi tersebut sudah di halalkan.Ianya tetap haram Tetapi ulama ulama fiqh zaman ini terutama ulama yang terlibat dengan politik ideologi , telah mengharuskan nya melalui kaedah usul Fiqh.”Hukum harus” di putuskan atas dasar “dharurah”.


Kerana mereka berpendapat fahaman sistem demokrasi pilihanraya taghut sudah menguasai dunia hari ini dan melanda saperti tsunami yang tidak dapat di bendung.Kalau umat Islam tidak terlibat maka Islam akan hancur di telan tsunami.Bagi saya mereka buat keputusan ” if you cannot fight them, you join them” tetapi berpandukan fiqh al Aulawiyyat.


Ulama tauhid, ulama tasauf,ulama pondok di Malaysia dan ulama pesantren di Indonesia rata rata berpendapat umat Islam yang terlibat dalam apa jua ideologi (fahaman) bikinan manusia terdedah kepada bahaya akhirat.Mereka ibarat sedang bermain main di pinggir neraka.Terlalu bahaya.Silap sikit tentu akan jatuh dan terjerumus kedalam api neraka.Ini jelas terbukti apabila kita lihat ramai orang politik beragama Islam,bahkan ulama yang berpolitik sendiri terlibat dengan politik kotor saperti memfitnah, mengaibkan lawan,mengumpat, memaki hamun,konspirasi,memperalatkan agama dan politik menghalalkan cara dan macam macam lagi politik kotor .Ini semua akan menjerumus kepada pelakunya ke dalam apa neraka jahanam.


Kesimpulan nya  dalam bab ini anda bebas buat pilihan nak ikut yang mana satu,kerana terdapat perselisahan pendapat ulama.


 

10/04/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Mengapa Pergerakan atau Parti Islamiah memilih Pergerakan Musyrik sebagai rakan seperjuangan?

Allah telah memberi amaran kepada umat Islam yang maksudnya:-


Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).


“Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,”Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana  bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan”.
[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]


Umat Islam terpinga pinga apabila terdapat di mana mana di seluruh dunia (termasok negara kita Malaysia) beberapa negara,pergerakan,harakah atau parti perjuangan Islam bergabung dengan pergerakan musyrikin.Apakah matlamat dan tujuan pergerakan Islamiah itu? Sedangkan pergerakan musyrikin mempunyai perjuangan dan idelogi yang amat berbeza dengan mana mana pergerakan Islamiah.Apatah lagi jika pergerakan musyrikin itu jelas pernah atau sedang menunjukkan penentangan nya kepada perkembangan Islam. Adakah  pergerakan Islamiah yang terlibat itu rasa dia lemah hingga terpaksa bergabung dan bergantung dengan pihak musyrikin yang kuat supaya dengan langkah itu dia boleh jadi pergerakan Islamiah yang kuat? Kalau dah dapat kekuatan (dari bantuan kawan dan inspirasi ideologi kuffar agaknya) dengan siapakah yang hendak dia hendak bersaing atau lawan? Bersaing atau berlawan dengan pergerakan musyrikin atau pergerakan pergerakan Islam yang lain?

Mengapa mesti bergabung dengan pergerakan musyrikin untuk memperolihi kekuatan? Mengapa tidak bergabung dengan pergerakan Islamiah yang lain yang sama sama lemah untuk menjadi lebih kuat?  Bukan kah ini akan menambah kekuatan pergerakan atau jemaah jemaah  Islamiah? Ibarat kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh.Mengapa tidak jadikan ikatan pergerakan Islamiah itu kukuh saperti batang batang  lidi yang di ikat rapi menjadi satu, kuat dan kukuh menjadi sebatang penyapu yang tidak mudah di patah patah kan?

Kalau di Malaysia alasan yang di beri oleh pemimpin pemimpin pergerakan atau harakah Islam yang bergabung dengan puak musyrikin sangat lah lemah.Mereka memberi alasan hendak berdakwah kepada pemimpin dan ahli pergerakan musyrikin yang mereka gabung.Perlukah bergabung dengan mereka untuk tujuan dakwah ? Kalau begitu mengapa  tidak bergabung aje dengan badan badan agama kristian, buddha atau hindu  untuk tujuan berdakwah juga?

Dalam perkembangan isu semasa dunia kita  sudah melihat bagaimana pergerakan dan negara negara umat Islam bergabung dan jadi sekutu dengan musuh Islam kerana mahukan perlindungan “protection” saperti yang dilakukan oleh negara umat Islam saperti Arab Saudi,Mesir dan Kuwait dan lain lain.Akibatnya, lihat apa sudah jadi dengan Husni Mubarak yang pernah jadi sekutu kuat musyrikin Amerika? Adakah musyrikin Amerika yang dianggap sekutun itu membantunya ketika Mesir menghadapi krisis? Fikirkan………

Renung dan fikirkan  amaran Allah dalam Surah al Quran yang saya bentangkan di atas dan peritiwa yang menimpa Husni Mubarak dan Mesir (Tahun 2011) sebagai teladan buat keseluruhan pergerakan dan negara umat Islam. ELAK BERKAWAN DENGAN MUSUH.


Wallahu’alam

06/04/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

>Isu video melibatkan DSAI – Mufti sepakat mengatakan siasat dulu

>

Sumber:MalaysiaKini – Mac 31 2011
Dalam menghadapi keadaan politik yang mengeksploitasi isu peribadi, seperti isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri AnwarIbrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

Perkara itu disepakati beberapa mufti negara ini, termasuklah Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan).

Menurut Dr Juanda, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, perkara itu hendaklah diselidiki terlebih dahulu.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.”

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda (kanan) berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modalpolitik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

“(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?” soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

“Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.

‘Jangan terpalit, terikut-ikut’
Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu.

NONESementara itu, Tamyes (kiri) pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul.

“Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf. 

“Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul,” katanya.

Tamyes juga menasihatkan orang awam yang tidak tahu menahu tidak masuk campur, walaupun sekadar bersembang-sembang mengenaninya di kedai kopi.

“Biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Janganlah terpalit sama, terikut-ikut buat tuduhan,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung gejala “politik selak kain” yang dibangkitkan Dr Mohd Asri sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya minta kembalilah ke jalan Allah. Sekiranya tidak ada asas sesuatu tuduhan itu, eloklah kita sorot kembali (kesasihan dakwaan itu),” katanya.

Kod etika dalam Islam
Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohammad pula berkata, Islam menetapkan kod etika untuk pelbagai pihak, sama ada ada penuduh atau orang awam dalam menghadapi isu pendedahan aib orang.

Katanya, pendedahan perkara buruk melibatkan orang lain boleh dibuat bagi tujuan pengadilan dan penghakiman sahaja dan tidak boleh didedahkan secara terbuka.

azlan“Kalau dengan niat hendak aibkan orang memang dilarang. Kalau dengan tujuan mencari kebenaran atau mendapat pengadilan yang adil, perlulah dedahkan. 

“Tetapi cara mendedahkannya biasanya dedah pada qadi, hakim atau mufti, tidak kepada orang awam,” katanya kepada Malaysiakini.

Bagi orang awam pula, Mohammad Shukri sependapat dengan Dr Juanda bahawa sesuatu berita yang disampaikan mestilah diselidik dahulu dan tidak terus menerimanya bulat-bulat.

“Jabatan mufti sepatunya jadi sumber rujukan. kalau pihak berkenaan rujuk dulu, barangkali ada cara lebih sopan untuk nyatakan kebenaran dan mendapatkan pengadilan. 

“Sebabnya menonton video lucah, undang-undang negara pun tak boleh,” katanya.

02/04/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol 1 April 1487 Masihi

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com

01/04/2011 Posted by | Renungan & Teladan | , | Leave a comment

>Pakaian & Aurat Wanita Islam

>

Salam perjuangan kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan kepada anda semoga mendapat nikmat kesihatan dari Allah untuk anda meneruskan kehidupan di dunia ini dengan keluarga tersayang. Apa-apapun kehidupan di dunia ini adalah untuk memperolehi kebahagiaan yang dituntut oleh Islam iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat. Tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan pakaian wanita yang sekarang ini semakin bergaya dengan fesyen yang dinamakan busana muslimah. Sebagai seorang ustaz dan pendakwah saya wajib menyampaikan perkara yang hak untuk kebaikan semua umat Islam.



Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.


Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.


Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.


Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.


Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah. Di bawah ini saya masukkan gambar busana muslimah yang menepati syariat Islam sebagai rujukan kita bersama.

Bertudung dan berpakian sebagai adat bukan menurut Islam

Bertudung dan Menutup Aurat sepertimana Dikehendaki Oleh Syariat Islam




Sumber




01/04/2011 Posted by | Ibadah | Leave a comment