Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

LAPAN SEBAB MENGAPA NON MUSLIM WAJAR DILARANG MENJADI PEGUAM SYARIE

PERTAMA
.
Mereka yang memiliki Sijil Amalan Guaman (CLP) layak untuk diiktiraf sebagai peguam professional dan memiliki lesen sah kerjaya sebagai peguambela dan peguamcara TETAPI seorang peguam syarie WAJIB merupakan seorang Muslim yang berpegang kepada aqidah dan syariat Islam.
.
KEDUA
.
Seorang peguam non Muslim tidak akan mampu memahami dan menghayati aqidah dan syariat Islam, apatah lagi untuk membela anak-anak guam mereka dalam perundangan Islam.
.
KETIGA
.
Setiap peguam syarie Muslim akan dipertangungjawabkan di dunia dan akhirat terhadap sebarang kes guaman yang mereka kendalikan sedangkan peguam non Muslim hanya tertakluk kepada aspek dunia dan etika guaman sahaja.
.
Seorang peguam syarie non Muslim bukan sahaja tidak memahami dan menghayati aqidah serta syariat Islam, tetapi mereka juga tidak akan mampu mempraktikkan perkara-perkara berkaitan prinsip-prinsip etika dan perundangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran, as-Sunnah, athar sahabat, ijmak ulama’ serta qias.
.
KEEMPAT
.
Setiap peguam syarie mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab membantu hakim syarie merungkai masalah-masalah perundangan Islam, mengupas isu-isu pokok dan furu’ ajaran Islam serta berijtihad terhadap permasalahan Islam kontemporari.
.
Seorang peguam non Muslim yang mahu mempraktikkan amalan guaman syarie, tidak mengamalkan serta menghayati hidup sebagai seorang Muslim dan ilmu-ilmu yang berkaitan perundangan Islam tidak akan mampu membantu hakim syarie dalam perkara ini.
.
KELIMA
.
Setiap peguam syarie perlu berhujah menggunakan dalil-dalil syarak dalam sebarang perbicaraan mahkamah.
.
Sementara itu, seseorang peguam non Muslim bukan sahaja tidak beriman kepada sumber-sumber asas Islam (al-Quran dan As-Sunnah), malah dikhuatiri nas dan dalil yang digunapakai dan ditafsir oleh mereka sewaktu perbicaraan juga terpesong dan tersasar dari kefahaman Islam sebenar.
.
Ia akhirnya bakal menimbulkan KEKELIRUAN DAN KECELARUAN KE ATAS UMAT ISLAM DAN MASYARAKAT.
.
KEENAM
.
Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja (Majlis Raja-raja) kerajaan Malaysia dan umat Islam melalui pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen-enakmen Agama Islam Negeri-negeri untuk memelihara melindungi dan memperkasa kesucian agama Islam dan umatnya.
.
Membenarkan para peguam non Muslim menjadi peguam syarie MEMBUKA PINTU CAMPURTANGAN non Muslim terhadap agama Islam itu sendiri, satu-satunya perkara yang gagal dilakukan oleh para penjajah sejak 500 tahun lalu.
.
Ia seterusnya bakal memberi impak besar kepada PENGHINAAN DAN MERENDAHKAN MARTABAT ISLAM itu sendiri, di kemudian hari.
.
KETUJUH
.
Para peguam non muslim mempunyai HAK YANG SAMA RATA rata seperti golongan non Muslim lain dari aspek perundangan negara serta TIDAK TERIKAT kepada Enakmen Undang-undang Mahkamah Syariah setiap negeri.
.
Ketidakterikatan (bebas) ini boleh menimbulkan implikasi mereka tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah syariah meski pun mereka menuturkan atau mempamerkan perlakuan menghina Islam, samada di dalam atau luar perbicaraan mahkamah syariah.
.
KELAPAN
.
Keinginan golongan tertentu yang mahu supaya para peguam non Muslim mempraktikkan amalan guaman syarie akan menimbulkan persepsi bahawa mana-mana pihak boleh mentafsir dan campurtangan terhadap urusan agama golongan lain. (dalam kes ini melalui medium perundangan)
.
IMPAK BESAR (jika perkara ini dibenarkan) adalah KETIDAKHARMONIAN AMALAN BERAGAMA di kalangan rakyat Malaysia dan mampu mencetuskan tragedi serta KONFLIK AGAMA (dalam jangkamasa panjang) selain MENYUBURKAN IDEOLOGI SESAT PLURALISME.
.
KESIMPULANNYA, umat Islam dan rakyat Malaysia tidak memerlukan para peguam non Muslim sebagai peguam syarie yang akan mengendalikan kes-kes yang dibicarakan di mahkamah syariah.
.
(artikel ini adalah bagi memberi penjelasan khususnya kepada Mufti Perlis Mohd Asri yang menyokong secara terbuka bukan Islam menjadi peguam syarie)

Oleh Ustaz Zamihan Al-Ghari
.
Sumber Asal: http://wp.me/p8j1Cq-2s

25 May 2017 Posted by | Bicara Ulama, Fad hail Amal, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua? (Copy paste yg dikongsi oleh ukhtie Azlina Kamarudin)

“Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.

Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.
Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang. Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki.
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup lelaki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.

Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata Allah ada.
Jangan takut.

————Nota saya
Terima kasih kepada penulis ini. Jazaakillahu khairan kathira. Betul…bila ALLAH sentiasa ada di hati kita…kita akan jadi manusia yg selalu positif dan optimis.
Roslinda Ahmad

(Sumber: FB Ustazah Dr Fauziah Mohd Noor – UUM)

23 May 2017 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Comments

Mdm Fauziah Mohd Noor
3 hrs ·
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua? (Copy paste yg dikongsi oleh ukhtie Azlina Kamarudin)
“Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu Allah.
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.
Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.
Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang. Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki.
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup lelaki perempuan.
Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Pendek kata Allah ada.
Jangan takut.
————Nota saya
Terima kasih kepada penulis ini. Jazaakillahu khairan kathira. Betul…bila ALLAH sentiasa ada di hati kita…kita akan jadi manusia yg selalu positif dan optimis.
Roslinda Ahmad

23 May 2017 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

DAJJAL MAKNAWI

Very nice story…
Sila baca sampai habis!

Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata. Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri yg sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.

“Dajjal tu dah ada ker awak?”

“Dia dah keluar ker?”

Tiba2 isteri aku bertanya.

“Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan,” jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.

“Dah ada? Kat mana?,” tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.

“MEDIA. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal”.

Jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala dan memandang tepat pada siling rumah.

“Aikk…Media?? Nape pulak?,” tanya isteriku lagi. Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.

“Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia,” jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.

“Oooo…. Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah psl dajjal ni,” ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.

“Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara, bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat dari kamera, manusia percaya. Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya. Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul. Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hkikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Alquran perintahkan bg susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal,” jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.

“Ya Allah… Takutnya..,” tiba2 isteri aku berbisik.

“Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya,” jelasku lagi.
“So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?,” tanya isteriku lagi.

“Sayang, Alquran itu bukan sekadar utk dibaca. Bukan sekadar utk dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antara kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?,” ujarku.

“Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing yg lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab mereka lari dari pemerintah yg zalim ,” jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.

“Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat. Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ‘ganjil’. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w. Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba’. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia. Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak,” jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.

“Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah ada astro k? ,” ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.

“Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan sy dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat sayang. Sy akan buat apa sahaja yg saya mampu untuk lindungi keluarga saya. Sebab tu ada riwayat sebut, ikatlah anak bini kamu pabila dajjal muncul. Dan skrg sy tgh ikatlah ni. Hehe… Ikat hati dan pemikiran. Bukan ikat jasad.., ‘ jelasku sambil mula menarik selimut.

“Imam Mahadi pulak? Ceritalah… Awak asyik mengadap buku jer, tapi tak cerita pun kat saya ,” ujar isteriku sambil mula membetulkan posisi badannya.

” Nanti saya ceritakan. Kiamat dan kemunculan dajjal akan berlaku dalam konteks akal manusia boleh terima. Bukan dalam keadaan yg ganjil. Masa sudah semakin suntuk. Umat islam sudah tidak punya banyak masa, sebab tu yahudi banyak menguasai teknologi. Sebab tentera dajjal adalah yahudi. Imam mahadi juga sudah ada. Dia hanya belum membuat pengumuman rasmi. Selagi anak muda islam masih leka begini, selagi itulah islam dibuli. Tidurlah. Doa supaya semuanya selamat. Kerana Allah kekal ada. Sy mintak maaf yer kalau arini ada buat silap. Assalamualaikum, ” ujarku sambil meminta maaf, risau2 esok tak bangun subuh hari.

” Waalaikumsalam sayang, sy pun minta maaf. Sy harap harini sy jadi isteri yg memberi manfaat untuk anak dan suami. Nite sayang…,” jawab isteriku sambil memejamkan mata.

Semoga sedikit sebanyak memberi pengajaran buat kita.

Ya Allah…selamatkan aku, ahli keluargaku & sahabat2ku dr fitnah dajjal. Aamiin….
Bacaaaa naaa dan gunalah aqal dengan waras utk berfikir…..muhasabah diri kita. Di mana kita ketika ini? Masih asyik dan lagha dgn fb,insta, tv…sibuk urusan dunia sampai lupa urusan akhirat,urusan jiwa…kita tk pernah ambil peduli?Semoga tulisan ini mmbuka ruang pd semua sekelian manusia utk kembali kpd ALLAH DAN RASUL dgn jalan yg damai dan tenang.

(Sumber Ustaz Yunan A Samad)

22 May 2017 Posted by | Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

Pendekatan Nabi SAW bantu gelandangan

gelandangan

Foto Hiasan: Pusat Sehenti Gelandangan Dewan Bandaraya Kuala Lumur

Di zaman Rasulullah SAW, semasa Baginda sedang berkumpul dengan para sahabat, datang seorang pengemis meminta-minta. Melihat kehadiran pengemis itu, Rasulullah lantas bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumahmu?” Pengemis itu menjawab, “Tentu, saya mempunyai pakaian yang biasa dipakai sehari-hari dan sebuah cangkir.” Rasulullah SAW lalu meminta pengemis itu mengambil barang-barang tersebut dan serahkan kepada Baginda.

Pengemis itu terus bergegas pulang ke rumah dan kembali dengan membawa cangkir. Rasulullah SAW mengambil cangkir itu dan menawarkannya kepada para sahabat yang ada. “Adakah di antara kalian yang ingin membeli ini?” Salah seorang sahabat sanggup membeli cangkir itu dengan harga dua dirham.

Rasulullah kemudian memberikan dua dirham yang dibayar oleh sahabat itu kepada si pengemis. Rasul berpesan kepada si pengemis itu agar menggunakan wang itu untuk membeli makanan buat keluarganya, dan baki digunakan untuk membeli kapak. “(Dengan kapak itu) Carilah kayu yang banyak dan juallah. Selama dua minggu ini aku tidak ingin melihatmu,” sabda Rasulullah SAW.

Dua minggu kemudian, pengemis itu datang lagi menghadap Rasulullah SAW. Kali ini tidak untuk mengemis, tetapi dengan membawa wang 10 dirham hasil dari jualan kayu. Rasulullah SAW kemudian menyuruhnya untuk membeli pakaian dan makanan untuk keluarganya dengan wang itu.

Rasulullah bersabda, “Hal ini lebih baik bagi kamu, kerana meminta-meminta hanya akan membuat noda di wajahmu di akhirat nanti. Tidak layak bagi seseorang meminta-minta kecuali dalam tiga hal, fakir miskin yang benar-benar tidak mempunyai sesuatu, hutang yang tidak bisa terbayar, dan penyakit yang membuat seseorang tidak boleh berusaha.”

Riwayat ini menggambarkan bagaimana Rasulullah SAW membantu pengemis atau gelandangan yang masih mempunyai keupayaan dan sihat, dengan menunjukkan cara bagaimana orang itu boleh berusaha dan hidup berdikari, bukan dengan memberikan wang atau makanan percuma. Rasulullah SAW telah lama memberikan panduan kepada kita dalam menangani masalah pengemis dan gelandangan ini.

Gelandangan mungkin berbeza dengan pengemis. Gelandangan ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum. Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain.

Pada 2011, nasib golongan gelandangan dibela menerusi projek perintis Pusat Intervensi Anjung Singgah di ibu negara. Lebih 100 gelandangan mengunjungi pusat ini untuk mendapatkan makanan percuma bernilai 13 ringgit yang disajikan, bermula 12 tengah hari hingga 1.30 petang. Mereka juga diberikan tempat menginap sementara untuk selama dua minggu, sebelum memperolehi pekerjaan.

Agak terkejut dan pelik dengan pengumuman terbaru Kementerian Wilayah Persekutuan mengehadkan aktiviti pemberian bantuan dan makanan kepada gelandangan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hanya boleh dilakukan dalam lingkungan dua kilometer dari pusat bandar, dengan tujuan menghalang golongan gelandangan sewenang-wenangnya menjadikan kaki lima ibu kota sebagai tempat tinggal mereka sekali gus mengundang imej buruk terhadap bandar raya ini. Pihak kementerian tidak mahu golongan gelandangan hanya mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak dan tidak mahu bekerja sedangkan mereka mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu untuk bekerja.

Ya, benar kita mahukan sebuah bandaraya yang bebas dari golongan pengemis dan gelandangan. Kita semua mahu begitu, bukan kementerian sahaja. Namun adakah langkah itu akan menyelesaikan isu gelandangan? Tidakkah ia akan membiakkan masalah gelandangan baharu, di tempat yang lain? Umpama menyapu sampah di atas lantai rumah tetapi sampah disorok di bawah karpet.

Golongan gelandangan yang memenuhi bandaraya Kuala Lumpur bukan sahaja golongan yang terlantar dan tidak mempunyai pekerjaan, tetapi juga golongan yang benar-benar susah, golongan yang ditinggalkan kerana tua dan berpenyakit kronik, golongan tua, wanita dan kanak-kanak pengemis yang didalangi sindiket, golongan imigran dan golongan penagih. Apa pula langkah kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah golongan-golongan ini?

Peranan kolektif institusi zakat juga boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Golongan fakir, miskin, dibawah belenggu perhambaan (Fir Riqab), orang-orang berhutang (Al-Gharimin), dan orang-orang bermusafir yang terlantar (Ibnu Sabil) adalah antara asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat.

Fir Riqab pada dasarnya bererti membebaskan atau menamatkan seseorang itu daripada amalan perhambaan. Amalan perhambaan dalam konteks tradisi sudah tiada. Namun takrif Ar Riqab ini boleh diperluaskan lagi kepada segala bentuk perhambaan dan penindasan yang ada pada hari ini, seperti cengkaman sindiket golongan-golongan berkuasa ke atas golongan yang lemah yang dipaksa mengemis, dan sebagainya.

Masalah gelandangan, jika tidak ditangani dengan metod dan solusi yang betul, ia akan menjadi lebih membiak dan parah. Beberapa hari selepas pengumuman langkah kerajaan tersebut, beberapa pengemis dan gelandangan sudah mula kelihatan di lampu-lampu isyarat dan beberapa premis di bandar Shah Alam. Tidak mustahil akan merebak pula ke Bandar-bandar lain. Wallahu’alam.

– Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Sekretariatpgsm@yahoo.com

(Sumber: Harian Metro, Selasa 8 Julai 2014)

19 May 2017 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

PANDUAN QURAN DAN HADIS DALAM BERHADAPAN DENGAN ERA FITNAH MAKLUMAT

Maklumat sebenar tak best, maklumat khabar angin yang best sebab ada rencah dan perisa.

Penyebaran sesuatu maklumat dan khabar angin tanpa memeriksa terlebih dahulu kebenaran maklumat berkenaan merupakan satu fenomena yang semakin berleluasa pada masa kini. Hanya dengan beberapa gerakan jari jemari, seseuatu maklumat boleh tersebar ke seluruh dunia dalam masa yang singkat sahaja. Sekiranya maklumat yang tersebar itu baik, alhamdulillah. Akan tetapi, sekiranya maklumat yang tersebar itu salah dan palsu, tentunya ia boleh membawa kesan yang buruk terhadap diri sendiri, agama, masyarakat mahupun negara.

Penyebaran khabar angin juga terhasil dari sikap gopoh gapah, tanpa usul periksa dan tanpa berfikir secara waras. Jari jemari bergerak lebih pantas dari mindanya, maka maklumat yang diterima terus disebarkan tanpa berfikir terlebih dahulu. Kadang-kadang, banyak pula maklumat yang disebarkan itu tidak dibaca pun. Ia adalah jelas berpunca dari ketagihan yang tinggi kepada media sosial seperti Facebook dan Instagram, dan ketagihan kepada whatsapp.

Penyebaran maklumat yang bersifat khabar angin ini juga lahir dari sikap berasa hebat dan dilihat sebagai orang yang serba tahu dan berlumba menjadi orang paling awal tahu. Dari satu sudut, memang sikap ini baik kerana niatnya ingin menyampaikan maklumat kepada orang lain. Akan tetapi, oleh kerana banyak maklumat yang bersifat khabar angin, malahan kurang tepat dan palsu berlegar-legar dalam dunia maya, maka sikap berhati-hati dalam menyebarkan maklumat perlu diamalkan dan dibudayakan. Adakalanya maklumat tersebut disebar dalam bentuk pertanyaan “betul ke ni?, atau “sapa boleh sahkan?”. Tetapi sebenarnya, dalam sesetengah keadaan ia juga menyumbang kepada penyebaran khabar angin. Dalam ramai yang tidak tahu, telah mula tahu.

Rasulullah SAW bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya: Seseorang itu boleh dianggap sebagai berdusta apabila menyebarkan setiap berita yang dia dengari. Riwayat Muslim.

Dalam menyelesaikan kemelut ini, terdapat 4 panduan yang perlu diamalkan.

1- Dapatkan penjelasan dan maklumat lanjut ketika menerima berita khabar angin

Elakkan dari membuat spekulasi dan sangkaan serta membina persepsi yang buruk ketika menerima sesuatu khabar angin. Pengesahan ini penting terutamanya apabila melibatkan perkara yang besar. Banyak contoh yang kita telah jumpa sebelum ini berita tentang kematian seseorang telah tersebar sedangkan dia masih lagi sihat. Sebaiknya, tunggulah hingga ke petang, atau pun hingga ke malam, atau pun hingga esok atau beberapa hari, sebelum mempercayai sesuatu maklumat apatah lagi menyebarkannya.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya). Akhirnya kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6)

2- Tidak memandai-mandai

Sejak alat media berada di tangan masing-masing, semua orang boleh menulis apa sahaja yang dia mahu, biarpun perkara itu dia tidak tahu, atau mempunyai maklumat yang sedikit mengenainya. Oleh itu, elakkan dari ghairah untuk menunjuk pandai dengan menulis tentang perkara ia jelas mengenainya. Rujuk kepada pihak yang lebih arif untuk kejelasan. Allah berfirman:

وَإِذَا جَآءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ ٱلأَمْنِ أَوِ ٱلْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُوْلِي ٱلأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ

Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka rujuk perkara itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka. Surah al-Nisa’: 83

3- Kurangkan pergerakan maklumat bagi mengurangkan polemik

Oleh kerana banyak maklumat yang bercampur baur antara yang betul dan palsu sehingga menimbulkan kekeliruan, kekacauan, perbalahan, pemusuhan malahan peperangan. Rasulullah menyarankan agar mengambil sikap untuk tidak memanaskan lagi keadaan yang sedia ada. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih Riwayat Bukhari dan Muslim:

انها ستكون فتنة القاعد فيها خير من القائم و القائم خير من الماشي و الماشي خير من الساعي

Maksudnya: Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari.

Ketika berlaku fitnah yang besar, elakkan dari memanaskan lagi keadaan. Dalam sesetengah keadaan, diam itu kadangkala lebih baik dari turut memburukkan lagi keadaan. Kalau ingin menyertai perbincangan itu, fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk merumitkan lagi keadaan.

4- Buat kerja dan amal soleh. Tinggalkan berpolemik.

Rasulullah menyarankan agar segera melakukan ibadat dan tinggalkan berpolemik. Ia bukan masanya untuk bercakap lagi. Banyakkan amalan, tinggalkan banyak cakap.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( بادروا بالأعمال الصالحة فستكون فتنا كقطع الليل المظلم يصبح الرجل مؤمنا ويمسى كافرا ويمسى مؤمنا ويصبح كافرا يبيع دينه بعرض من الدنيا ) رواه مسلم

“Bersegeralah melakukan amal soleh kerana akan terjadi fitnah-fitnah laksana malam yang gelap gelita. Seseorang itu beriman pada pagi hari, namun pada waktu petang ia menjadi kafir pula. Ia rela menjual agamanya dengan sedikit harta dunia”
Dr. Muhamad Faisal Ashaari at 8:21 PM
Share

13 May 2017 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Sekilas 30 – Kenapa Manhaj Wahabi Ditentang?

Aduhai, secara peribadi, kasihan saya melihat ratusan soalan yang diajukan pada saya mengenai, peningnya mereka melihat perbalahan mengenai wahabi ini.

Secara ringkas, saya ingin membahaskan mengenai wahabi dan manhajnya (caranya). Harap artikel ini dibaca hingga ke penghujung.

1. Manhaj Wahabi adalah satu manhaj yang menggunakan al-Quran dan Hadis semata-mata.

2. Doktrin ini nampaknya bagus tetapi ia akan mengetepikan pandangan ulama-ulama muktabar. Sebab itu akhirnya, doktrin ini akan menolak mazhab.

3. Menolak mazhab bagi orang betul-betul berilmu yang faham ayat hukum dan hadis hukum, tahu menggunakannya akan menyebabkan seseorang itu terselamat dari tafsiran yang salah.

4. Jika seseorang itu orang awam, yang baru berjinak-jinak dengan agama, akan mendedahkannya tersalah di dalam tafsiran sesuatu hukum. Kadang-kala, baca ayat hukum pun dari buku-buku terjemahan.

5. Jika dia menolak tafsiran hukum dari Imam-Imam besar seperti Imam al-Syafie, dan dia pula berminat dengan tafsiran hukum ustaz barunya ini, akhirnya, dia akan kurang berminat dengan pandangan ulama muktabar, dan akan menggunakan pandangan ustaz itu sendiri.

6. Ia akan mewujudkan mazhab baru apabila, ustaz baru itu sebagai pegangan mazhabnya. Doktrin ini akan menolak tafsiran dari ulama muktabar dan akan memakai tafsiran sendiri atau tafsiran ustaz itu sendiri di dalam sesuatu hukum.

7. Kenapa tok-tok guru kita sangat menentang doktrin ini.

8. Ini kerana, jika manhaj ini dibuat di dalam membahaskan ilmu fekah, hukum hakam, tidak mengapa. Tetapi, apabila manhaj ini dipakai untuk membahaskan soal akidah, ia sangat merbahaya.

9. Ia akan mendedahkan orang awam mentafsir mengenai ketuhanan dengan sendiri.

10. Kadang-kala, ia menjadikan pentafsir itu menjisimkan Allah.

11. Kita berbalik dengan perbahasan wahabi ini. Untuk mengetahui sejarah dan sebagainya, pembaca boleh menelusuri blog-blog yang ada. Saya hanya mahu membahaskan satu sudut yang jarang dibahaskan iaitu manhaj (cara) wahabi di dalam mengeluarkan hukum.

12. Manhaj semata-mata memakai al-Quran dan hadis ini yang didoktirnkan. Tetapi, tidak semua orang yang menggunakan kaedah ini adalah orang wahabi. Ada beberapa golongan orang di dalam hal ini.

1. Peminat manhaj (cara) wahabi. Dia bukan wahabi, tetapi peminat manhaj (cara).

Biasanya, ada tiga jenis golongan.

i. Golongan pertama ialah seseroang yang apabila dia belajar agama sampai satu tahap yang tinggi dan sudah faham perjalanan bagaimana sesuatu hukum itu dikeluarkan maka dia akan berminat dengan manhaj (cara) ini.  Kebiasaannya, orang yang menjadi peminat manhaj wahabi ialah orang yang bukan dari aliran syariah (hukum hakam). Biasanya dari aliran-aliran lain (Bahasa Arab/ Usuluddin). Tetapi saya tidak menafikan, ada juga sesetengah golongan syariah yang meminati manhaj ini, tetapi bilangannya tidak seramai dari bidang lainnya.

ii. Orang awam yang baru ingin memahami Islam dan berguru dengan cara ini. Ia akan menjadi orang ikut-ikut juga. Orang macam ini, di mana pun, sama. Dia akan mengikut guru yang mengajarnya. Kebetulan, jika guru yang mengajarnya itu berhemah, maka dia akan menjadi orang berhemah. Jika guru itu jenis yang suka memperlecehkan orang lain, maka dia pasti akan terikut dengan cara ini.

iii. golongan ketiga adalah golonga yang kecewa dengan ustaz-ustaz lama ini, yang membawa pendekatan kudus, tidak boleh ditegur, suka marah-marah dan sebagainya. Kita tidak nafikan terdapat kelemahan ustaz-ustaz lama yang kadang-kala pandangannya itu ada kepentingan dan sebagainya. Apabila golongan ketiga ini bertemu dengan ustaz yang boleh membidas, dia tidak jumpa pula ustaz yang betul-betul membimbingnya, maka dia akan menjadi peminat manhaj ini. Biasanya golongan ini terdiri dari orang terpelajar yang bukan dari aliran agama. Ustaz lama pula tidak membuka ruang untuk bertanya, jadi, perasaan ingin tahu itu meluap-luap dan apabila bertemu dengan peminat manhaj wahabi ini, dia akan berminat.

Golongan pertama boleh terselamat dari kesesatan kerana ia faham dan telah tahu banyak hukum hakam ini. Tetapi golongan kedua dan ketiga, boleh terdedah dengan kesalahan di dalam mentafsir al-Quran dan Hadis. Ini kerana, kaedah yang dibawa ialah, rujuk pada al-Quran dan hadis semata-mata.

Golongan kedua dan ketiga, jika tidak belajar secara sistematik, akan menjadi orang yang tidak berpegang dengan mazhab muktabar, tetapi nanti akan menjadi orang yang berpegang dengan mazhab ustaz yang menjadi rujukannya itu. Ustaz itu yang akan menjadi rujukan hukum baginya.

2. Pemegang Wahabi.

Kenapa ulama-ulama kita ada sampai ada yang berfatwa   mengatakan wahabi bukan dari ahli sunnah wal Jemaah. Ia terjadi apabila doktrin tidak berminat dengan tafsiran ulama muktabar dibawa kepada bab akidah.

Bagi manhaj Wahabi yang hanya menggunakan al-Quran dah hadis, apabila membahaskan ayat-ayat mengenai zat Allah, ia akan menjadikan seseorang itu sampai tahap menjisimkan Allah. Mengatakan Allah itu ada tangan seperti tangan kita, Allah itu duduk seperti duduk kita.

Ia yang membezakannya dengan akidah Ahli Sunnah. Ahli Sunnah tidak menjisimkan Allah. Kerana di dalam Ahli Sunnah, ada pengajian yang menekankan bahawa Allah tidak sama dengan makhluk.

**(bagi kita yang kurang mahir dalam bahasa Arab, boleh rujuk buku I’tikad Ahlisunnah Wal-Jamaah oleh K.H Sirajuddin Abbas)

Di dalam bab akidah, ahli Sunnah telah menggariskan beberapa dasar. Antaranya ialah Allah itu tidak akan sama dengan makhluk

(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat (surah al-Syura ayat 11)

Jadi, peperangan yang sebenar antara wahabi dengan ahli sunnah bukan sebab qunut atau talkin. Itu hanya bab hukum hakam. Ia apabila sudah mula membahaskan bab akidah.

Kenapa Kategori Pertama (Peminat Wahabi) Juga Ditentang Di Malaysia?

Kerana, rakyat di Malaysia tidak ramai yang mengetahui apa itu wahabi. Jadi, jika manhaj wahabi disebarkan, ditakuti, bermula dengan hukum hakam, ia akan mula membahaskan bab akidah.

Ini kerana, peminat wahabi akan mendoktrinkan agar kita berpegang dengan al-Quran dan hadis semata-mata. Tidak perlu memakai pandangan ulama dalam mazhab dan sebagainya. Persoalannya, jika seorang itu tidak faham apa makna hadis itu, tafsiran siapa yang akan dipakai?

Sudah tentu dia akan merujuk kepada tafisiran sendiri atau ustaznya itu sahaja.

Maka, oleh kerana tafsiran ustaz itu sendiri yang dipakai, ia akan mendedahkan kepada bahaya. Jika ustaz itu memang ilmunya tinggi, tidak menjadi masalah, tetapi, jika ustaz yang mendoktrinkan manhaj (cara) wahabi ini, ilmunya tidak berapa tinggi, ia akan mendedahkan kepadanya kesilapan tafsiran hukum yang kemudian akan diikuti oleh muridnya.

Apa jalan keluarnya ?

Jalan keluarnya, belajar agama perlu berguru dengan manhaj (cara) yang betul. Kita belajar agama bukan untuk tunjuk kita alim. Kita belajar kerana nak menghampirkan diri pada Allah. Bergurulah. Jangan ketepikan tafsiran ulama muktabar di dalam sesuatu hukum.

Belajar dengan manhaj (cara) ahli Sunnah iaitu, hukum itu dikeluarkan dengan melihat kepada al-Quran, hadis, Ijmak ulama dan kias.

Selepas itu, kaedah lain seperti masalih al-Mursalah (melihat kebaikan), sad al-Zara’ik (menghalang keburukan) dan sebagainya.

Jika semata-mata al-Quran dan hadis, ditakuti terdedah dengan kesilapan di dalam mentafsir sesebuah hukum.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa :-

Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (surah an-Nisa ayat 59)

Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa:-

Dan tidak ada selain ulama’ yang tahu bagaimana untuk balik pada al-Kitab dan al-Sunnah, maka berdasarkan perkara ini, bertanya sesuatu persoalan pada ulama’ itu hukumnya wajib.

Harapan saya

Saya mengharapkan, semua orang di Malaysia ini akan semakin matang di dalam pengajian agama. Tahu al-Quran dan hadis dengan manhaj (cara) yang betul.

Bagi para ustaz, ajar orang ramai juga merujuk kepada kitab-kitab. Buka orang awam untuk perbahasan ilmu.

Bagi ustaz yang gemar pada perbincangan, jaga adab di dalam berbincang dan adab di dalam berselisah pendapat. Jangan pula kita mengatakan, kita sahaja betul dan orang lain salah. Selagi mana ada dalil dan hujjah kita perlu berlapang dada dengan perselisihan ini.

Jangan sampai perselisihan dengan emosi menyebabkan masyarakat lagi huru hara.

Bagi masyarakat, perbalahan antara ulama di Malaysia sekarang ini adalah ibarat perbalahan ibu bapa. Jika kita tidak boleh mengikuti dengan baik, bersabar dan tenang.

Ketika tengah panas, semua akan saling salah menyalahkan. Doakan yang terbaik untuk semua. Yang penting, akhirnya, biar semua kembali kepada Allah dengan mencari  keredhaannya.

Semoga Allah terus memelihara kita semua dari perkara yang mengundang kemurkaannya, amin…

‘Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

18 November 09 jam 10.00 pagi

** dedikasi kepada semua guruku terutama Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah Kelantan dan  Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Mohd Said – al-Fatihah-

3 May 2017 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

ISTERI CIUM JENAZAH SUAMI BATALKAH WUDUK JENAZAH

Ada orang kata “Isteri jangan cium jenazah suami. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Betul ke?.

Sedih lah isteri tak dapat cium kali terakhir jenazah suami kerana takut batal wuduk nya. Begitu juga mereka kata suami dihalang untuk cium jenazah isterinya atas alasan yang sama. 
Mari Belajar supaya tak mudah keliru dengan perkara ini.
Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?
Jawapannya sudah tentu tidak batal.
Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).
Maka bagaimana ada yg boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi? Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.
Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati. Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu. Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.
Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

 (Kuliah oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah-  Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi)

2 May 2017 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: