Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Beza Pendapat Tak Wajar Heret Ummah Bertelagah

PERBEZAAN pandangan serta pendapat mengenai sesuatu isu bukan perkara baru yang membabitkan ilmuwan Islam. Bagaimanapun sikap berkeras untuk tidak menyelesaikan masalah sehingga menimbulkan konflik berterusan. Ia amat mengecewakan kerana turut mengheret penyokong masing-masing, yang berakhir dengan kata-mengata, rendah-merendah dan jatuh-menjatuhkan sesama Islam.

Kesannya, muncul pelbagai keadaan negatif dalam kehidupan bermasyarakat seperti fitnah, prasangka buruk, cabar-mencabar, hasad dengki, dendam dan mendedah keaiban orang lain. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda, "Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.’ (Hadis At-Tirmizi)

Tambah malang lagi apabila isu membabitkan pertelingkahan sesama Islam dibesar-besarkan tanpa ikhtiar untuk meredakannya. Cabar mencabar sebagai medan menunjukkan kehebatan dan menguji pengaruh serta sokongan tidak dibolehkan dalam Islam. Hassan Al-Banna, pendakwah Islam yang terkemuka pernah memberi wasiat kepada umat Islam melalui pesannya, "Jangan memperbanyak perdebatan dalam pelbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan"

Bagi mengelakkan berlaku sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan, kita perlu berwaspada sebelum berkata-kata, apatah lagi cabar-mencabar.

Firman Allah yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan jangan pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan jangan sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,) maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman, Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.’ (Surah al-Hujurat :11)

Agama amat memberi perhatian dalam aspek pertuturan hinggakan perkataan yang keluar daripada lidah diperhalusi supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada orang yang mendengarnya. Apatah lagi perkataan yang terkeluar itu berupa sangkaan dan tohmahan yang gagal dibuktikan akan kebenarannya.

Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.’ (Surah al-Hujurat: 12)

Sementara itu Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ayyuhal Walad, menasihatkan mereka yang sering berdebat dan bertelingkah supaya "seboleh-bolehnya tinggalkan perdebatan kerana ia boleh membawa kepada riak, hasad, takbur, ujub dan sebagainya. Namun jika kamu terjerumus ke kancah perdebatan, maka hendaklah ikhlas niat di hati bagi menzahirkan kebenaran. Niat yang ikhlas ini boleh dikesan melalui dua tanda iaitu pertamanya, kamu tidak membezakan sama ada kebenaran itu nanti akan tersingkap melalui lidah kamu atau lidah lawan debatmu. Keduanya, kamu lebih menyukai jika debat itu diadakan dalam tempat yang tertutup tanpa dilihat oleh orang yang begitu ramai

Dalam isu berdebat dan bertelingkah ini, didapati bahawa mereka yang suka berdebat bukan bertujuan menyampaikan kebenaran tetapi untuk membantah hujah pihak lawan seperti firman Allah yang bermaksud,

"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar." (Surah Az-Zukhruf: 58)

Menjadi seorang Muslim yang baik bukan saja terletak pada keupayaan membaiki diri sendiri bahkan berupaya mengukuhkan ummah melalui anjuran perdamaian seandainya berlaku sebarang pertelingkahan. Apatah lagi kalau ia membabitkan tokoh ulama dan ilmuan agama. Barangkali ramai di kalangan kita yang membiarkan pertelingkahan yang berlaku sesama kita atas dasar seronok untuk melihat pertarungan hujah tetapi tidak berupaya melepasi garisan bahaya perpecahan yang sedia menunggu.

Justeru, menangani konflik yang berlaku di kalangan umat Islam juga perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab terhadap agama. Namun begitu kita banyak diajar dan dididik oleh agama akan cara-cara menangani konflik kalau ia berlaku. Islam menggariskan kaedah yang tepat dalam menangani sebarang konflik peribadi atau kumpulan. Konflik yang dihadapi perlu ditangani secara berhemah demi kepentingan maruah Islam.Jawapannya dengan cara mendamaikan mereka secara adil demi maruah dan kepentingan agama mendahului pertembungan peribadi.


Oleh Amran Zakaria

Ketua Pegawai Eksekutif, Dewan Amal Islami (Damai)

27 June 2012 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Tidak masuk syurga memutuskan silaturrahim

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Hukum memutuskan silaturrahim

Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam .

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Bagaimana menghubungkan silaturrahim?

Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.

Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka.

Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat.

Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)

Bolehkah menjalinkan hubungan silaturrahim dengan orang kafir?

Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orangorang yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8)

Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim

Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:

1. Allah Subhanahu Wa Ta’ala redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.

2. Membawa kebahagiaan.

3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.

4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.

5. Mengisi kesedihan Iblis.

6. Dipanjangkan umur.

7. Menperoleh keberkatan rezeki.

8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.

9. Bertambah-tambah kehormatannya.

10.Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.

Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: “Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.” (Hadits riwayat Muslim)

Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta’ala:

Tafsirnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

(Sumber::Jabatan Mufti Brunei.Bilangan 269).


24 June 2012 Posted by | Tazkirah | | 2 Comments

Hati hati memilih pemimpin

Bukan sahaja pemimpin yang tidak laksanakan syariah Islam dalam kepimipinannya boleh di anggap munafiq bahkan mana mana pemimpin yang pernah menabur janji manis kepada rakyat dalam pilihanraya tetapi tidak menetapi janjinya adalah tergolong dari golongan orang munafiq juga.Maka berhati hatilah apabila memilih pemimpin.

Ini di isyaratkan dalam sebuah Hadis Riwayat Ahmad yang bermaksud:


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

23 June 2012 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

Profil ringkas RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah S.A.W ialah Nabi dan Rasul yang terakhir bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilap bin Murrah.

IBU baginda bernama Aminah binti Wahab bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah.

NENEK – sebelah ibu baginda bernama Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abdul dar bin Qusay bin Murrah.

NENEK – sebelah bapa baginda bernama Fatimah binti Umar al Makhzumiyah

LAHIR:

Baginda di lahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 53 sebelum hijrah (Tahun 570 masihi)

TEMPAT LAHIR:

Makkah dekat Bukit Sofa di rumah Abu Talib.

Di sambut oleh bidan bernama Shifa’ binti Auf (Ummu Abd Rahman)

Dan di jaga oleh Ummu Aiman

IBU susu dan saudara susu:

  1. Ibu susu Tsuwaibah al Aslamiyah – Saudara susunya (1) Abdullah bin Jahay  (2) Hamzah bin Abdul Mutalib  (3) Abu Samah bin Abdul Asad  (4) Masruh bin Tsuwaibah
  2. Halimah binti Dzuaib as Sa’adiah –  Saudara susunya (1) Abdullah bin al Harith  (2) Anisah binti al Harith  (3) Huzaifah bin al Harith

TARIKH DI LANTIK JADI NABI:

27 Ramadhan tahun ke 13 sebelum hijrah (Tahun 609 masihi) di Gua Hira” Makkah.

WAFAT :

Baginda wafat pada hari Isnin, 12 Rabiuawal tahun  ke-11 Hijrah (Tahun 632 masihi)

PEKERJAAN SEBELUM JADI NABI:

Pengembala kambing dan berniaga bersama Siti Khadijah hingga umur 40 tahun.

SIFAT SIFAT DAN TANDA TANDA KEISTIMEWAAN PADA NABI:

  • Mempunyai cop kenabian di antara dua bahu baginda.
  • Sentiasa di naungi oleh bayangan awan kemana sahaja baginda pergi
  • Wajah baginda putih kemerah merahan,berseri dan bercahaya
  • Ketinggian nya sederhana dan dada nya bidang
  • Mata dan rambutnya hitam

ISTERI ISTERI:

  1. Siti Khadijah bin Khuwailid r.h – Anak bersama Nabi (1) Zainab r.h (2) Al Qasim r.a (3) Ruqayah r.h (4) Ummu Kalthum r.h (5) Fatimah r.h  (6) Abdullah r.a
  2. Saudah binti Zam’ah r.h              – Tiada anak bersama Nabi
  3. Aisyah binti Abu Bakar r.h          – Tiada anak bersama Nabi
  4. Habsah binti Umar r.h                  – Tiada anak bersama Nabi
  5. Zainab binti Khuzaimah r.h       – Tiada anak bersama Nabi
  6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah r.h – Tiada anak bersama Nabi
  7. Zainab binti Jahsy r.h                   – Tiada anak bersama Nabi
  8. Juwairiyah binti al Harith r.h    – Tiada Anak bersama Nabi
  9. Safiyah binti Huyai r.h                 – Tiada Anak bersama Nabi
  10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan r.h – Tiada Anak bersama Nabi
  11. Maimunah binti al Harith r.h    –  Tiada anak bersama Nabi
  12. Mariah binti Syam’un r.h           – Anak bersama Nabi bernama (1) Ibrahim r.a

ANAK ANAK:

LELAKI:

  1. Al Qasim r.a
  2. Abdullah r.a
  3. Ibrahim r.a r.h
  4. Ruqayah r.h

PEREMPUAN:

  1. Zainab r.h
  2. Ruqyah r.h
  3. Ummu Kalthum r.h
  4. Fatimah r.h

CUCU CUCU:

LELAKI:

  1. Ali r.a
  2. Abdullah r.a
  3. Al Hasan r.a
  4. Al Husain r.a
  5. Yahya r.a
  6. Muhammad r.a

PEREMPUAN

  1. Umamah r.h
  2. Ummu Kalthum r.h
  3. Zainab r.h
  4. Ruqayah r.h

BINATANG PEMELIHARAN NABI:

  1. KELDAI – 4 ekor – kesayangan baginda bernama Dul Dul.
  2. UNTA – 20 ekor – kesayangan banginda bernama Atba
  3. KUDA – 20 ekor – kesayangan baginda bernama Ya’afur
  4. KUCING – kesayangan baginda bernama Mueeza

PENGAWAL RASULULLAH S.A.W:

  1. Abu Salamah r.a
  2. Yassar r.a

PENJAGA RAHSIA RASULULLAH S.A.W:

  1. Anas bin Malik r.a
  2. Hudzaifah bin al Yaman r.a
  3. Fatimah r.h

BENDAHARI DAN PENGATUR KEWANGAN RASULULLAH S.A.W:

  1. Bilal bin Rabbah r.a
  2. Ali bin Abi Thalib r.a

PARA HAKIM RASULULLAH S.A.W:

  1. Ali bin Abi Thalib
  2. Mu’az bin Jabal r.a
  3. Abu ‘Ubaidah bin Jarrah r.a
  4. Bilal bin Rabbah r.a

SEPULUH SAHABAT YANG DI JAMIN SYURGA OLEH RASULULLAHS.A.W:

  1. Abu Bakar As Sadiq r.a
  2. Umar bin Khatab r.a
  3. Uthman bin Affan r.a
  4. Ali bin Abi Thalib r.a
  5. Thalhah bin Abdullah .ra.
  6. Zubair bin Awaam r.a
  7. Saad bin Abi Waqqas r.a
  8. Sa’id bin Zaid r.a
  9. Abdur Rahman bin Auf r.a
  10. Abu Ubaidillah bin Jarrah r.a

PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W:

Jumlah peperangan dalam era Rasulullah S.A.W ialah 82 kali.

  1. Perang Ghazwah (iaitu peperangan yang Rasulullah S.A.W sendiri hadiri) ialah sebanyak 28 kali.
  2. Perang Sariyyah (iaitu peperangan yang tidak di hadiri Rasulullah S.A.W) sebanyak 54 kali.

Dalam peperangan Gahzwah hanya 9 kali Rasulullah S.A.W bertembung dengan musuh.19 kali tidak bertembung kerana musuh cabut lari.

Sembilan kali pertempuran Rasullah S.A.W dengan musuh  ialah di peperangan Badar,Uhud, al Muraisi’, Khandak, Quraidzah,Khaibar, Fathu-Makkah, Hunain dan Thaif.

KELEBIHAN KHUSUS RASULULLAH S.A.W.:

  1. Musuh merasa gerun sebelum menemui Rasulullah dalam jarak tempoh sebulan (HR Bukhari)
  2. Rasulullah dianugerah kefasihan dalam berbicara (HR Muslim)
  3. Terpelihara dari dosa
  4. Keluarga dan keturunannya di larang menerma zakat dan sedekah
  5. Di antara kedua bahunya ada tanda kenabian
  6. Qiyamulail diwajibkan baginya
  7. Saat matanya terpejam, hatinya tetap terjaga (HR al Bukhari)
  8. Janda Rasulullah dilarang dinikahi oleh sesiapa
  9. Allah mengizinkannya menikahi wanita melebihi 4 orang
  10. Pemimpin Bani Adam, penutup para Nabi dan Allah mengutuskannya kepada seluruh umat manusia (HR Muslim)

SEPULUH AMANAT TERAKHIR RASULULLAH:
Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad Rasulullah berpesan 10 perkara:

  1. Menjaga jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci
  2. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu
  3. Mengingati hari kematian dan hari pembalasan
  4. Riba’ adalah diharamkan disisi Islam
  5. Berwaspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun dalam hal hal yang kecil
  6. Menjaga keharmonian suami isteri
  7. Mengharam zina
  8. Sempurnakan 5 rukun Islam
  9. Mengekalkan ikatan silaturahim sesama Islam (semua umat Islam adalah bersaudara)
  10. Berpegang teguh kepada al Qurandan Sunnah

 (Sumber: Boigrafi Muhammad Rasulullah s.a.w oleh Dr Mohd Khalil dan Dr Wan Hassan Wan Ahmad)

 

23 June 2012 Posted by | Bersama Tokoh, Informasi | | Leave a comment

Jangan taksub

Parti politik guna nama Islam: Ilmuwan Islam ingatkan ada parti gagal laksana perjuangan apabila berkuasa

Penggunaan nama Islam pada parti politik tidak sepatutnya menjadi petunjuk kepada umatnya untuk memilih sesuatu parti, sebaliknya penilaian perlu dibuat berdasarkan manifesto dan pelaksanaannya.

Ini kerana ada parti politik yang membawa nama Islam dengan manifesto Islamik, namun gagal melaksanakan apa diperjuangkannya selepas memegang kuasa.

Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya. – Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool, tokoh ilmuwan Islam

Peringatan itu dibuat tokoh ilmuwan Islam, Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool dari Jordan.

"Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya.

"Ada berlaku di sesetengah tempat, parti membawa nama syiar Islam, manifestonya nampak Islamik, tetapi bila sampai pemerintahan (pelaksanaannya), tidak berlaku apa yang dijanjikan, seperti `ada udang di sebalik batu’..

"Manifestonya jadi lain bila sampai kepada pemerintahan, berubah kepada satu perkara lain untuk menjaga kepentingan partinya, menjaga orangnya dan sebagainya," katanya, yang juga Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt, Jordan.

Beliau ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja `Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam’ sempena Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin anjuran Generasi BESTARI dan portal MyKMU.net di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Berikutan itu, beliau menasihatkan rakyat, khususnya golongan muda memilih parti yang menepati ajaran Islam, kebajikan dan tamadunnya.

"Apa perlu dilakukan ialah lihat kedua-duanya dan pilih yang terbaik.

"Selepas menimbangkan manifesto dan pelaksanaan yang dijanjikan, (barulah) memilih pihak yang memberi khidmat kepada rakyat," katanya ketika ditanya mengenai pertimbangan yang perlu dilakukan generasi muda untuk memilih parti politik.

Mengulas isu sama, Syeikh Alzoghool menegaskan tidak semestinya seseorang yang bertaqwa atau soleh sesuai diangkat untuk menjadi pemerintah.

"Seperti disebutkan dalam hadis Nabi apabila Abu Dzar (sahabat Rasulullah) minta kepada Rasulullah untuk dilantik sebagai gabenor (pemerintah), Nabi bersabda: "Abu Dzar seorang lelaki yang lemah".

"Abu Dzar seorang yang taqwa, seorang yang soleh tapi apabila berkaitan dengan pemerintahan dan pengurusan, nabi kata dia tidak sesuai kerana ini adalah amanah," kata Syeikh Alzoghool.

Syeikh Alzoghool berkata generasi muda perlu bijak memilih dan mengkaji perjuangan sesebuah parti politik.

Katanya, mereka perlu menolak parti yang memperjuang kepentingan politik semata-mata dan tidak berkhidmat untuk rakyat, apatah lagi parti bukan Islam.

22 June 2012 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Menurut Siasah Syar’iyyah

August 2, 2009 at 2:30 am | Posted in FIQH | 4 Comments

Bismillah. Selawat dan Salam ke atas Rasulillah Sallallahu Alaihi Wasallam.

PENDAHULUAN
Sejak Kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali dengan ISA pada tahun 1960, banyak kontroversi timbul tentang akta ini. Tidak berperikemanusiaan, zalim, melanggar hak asasi manusia, bercanggah dengan Quran dan Sunnah, dan pelbagai reaksi diutarakan oleh sebahagian masyarakat.

“….Rakyat negara ini perlu berani membuat anjakan paradigma dalam menyatakan sokongan bagi membantah kezaliman dan kejahatan ISA yang digunakan sejak zaman penjajahan dulu….” Seru seorang wartawan dalam sebuah artikel akhbar politik tanahair.

Benarkah dakwaan bahawa ISA secara prinsipnya ialah satu kezaliman? Tepatkah kenyataan bahawa penahanan tanpa bicara tidak ada langsung sandarannya dalam syarak? Oleh itu akta ini wajib dihapuskan daripada undang-undang sesebuah negara bertamadun?

Atau mungkinkah penggunaan ISA pada asasnya diizinkan syarak, cuma perlaksanaannya mestilah dengan cara yang hak dan tidak menzalimi tahanan?

KONSEP PENAHANAN DALAM ISLAM
Dalam ilmu Qadha’ dan Politik Islam dibicarakan mengenai hukuman penahanan, atau penjara. Perlaksanaan penahanan atau penjara secara dasar diharuskan dalam Islam. Bahkan ulama bersepakat tentang fakta ini, berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Sunnah.

Penahanan seseorang individu oleh pihak berkuasa tidak semestinya disebabkan kesabitan jenayah oleh Mahkamah. Ada juga penahanan individu kerana langkah berwaspada demi menjaga maslahah umum dan mengelakkan keburukan. Oleh itu, sarjana Islam membahagikan motif penahanan kepada dua kategori:

Pertama: Penahanan Untuk Hukuman
Kedua: Penahanan Untuk Waspada

PENAHANAN UNTUK HUKUMAN
Penahanan hukuman ialah perlaksanaan penjara terhadap individu yang sudah sabit kesalahannya di mahkamah. Ia biasanya berkuatkuasa selepas mahkamah mensabitkan kesalahan seseorang individu dan menjatuhkan hukuman takzir penjara terhadapnya. Motif tahanan jenis ini ialah sebagai hukuman atau balasan kesalahannya supaya diambil pengajaran oleh dirinya dan masyarakat secara amnya.

PENAHANAN UNTUK WASPADA
Penahanan untuk waspada pula ialah penahanan terhadap individu yang belum disabitkan kesalahannya di mahkamah. Tetapi disebabkan maslahah, dia perlu ditahan sementara waktu.

Penahanan jenis ini dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Antaranya penahanan individu yang ditohmah melakukan kesalahan. Ia dikenali dengan tahanan reman. Tahanan reman bertujuan agar siasatan dapat dilakukan terhadap suspek secara menyeluruh.

Sungguhpun tahanan reman adalah tahanan terhadap individu sebelum dibicarakan di mahkamah, ia dibenarkan oleh syarak. Kerana tahanan jenis ini bermotifkan maslahah yang kuat, iaitu menjalankan soal siasat terhadap suspek.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang Yahudi yang dituduh membunuh seorang wanita dengan cara memecahkan kepalanya menggunakan batu. Selepas diambil pengakuan daripadanya, barulah dijatuhkan hukuman qisas terhadapnya. Peristiwa ini boleh dijadikan dalil bahawa perintah tahanan reman ada sandaran daripada syarak.

Antara jenis penahanan untuk waspada juga ialah penahanan individu yang dipercayai membawa ancaman kepada keselamatan awam atau keamanan negara. Biarpun individu itu tidak boleh didakwa di mahkamah, tetapi kewujudannya di tengah-tengah masyarakat boleh membawa mudarat terhadap orang awam dan keselamatan.

Jika pemerintah berpendapat bahawa seseorang individu memberi ancaman keselamatan, tetapi tidak ada bukti untuk ditohmah, maka pemerintah boleh menahannya sementara waktu sehingga ke satu tempoh yang sesuai.

Dalilnya, kisah Abu Sufian yang menghantar seorang lelaki ke Madinah untuk membunuh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah Taala telah mengkhabarkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang perancangan lelaki tersebut. Lalu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengeluarkan arahan supaya dia ditangkap. Apabila ditangkap, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia mahu melakukan pembunuhan kerana dia sudah awal-awal lagi menyembunyikan senjatanya. Pun begitu demi kemaslahatan, baginda mengarahkan supaya lelaki ini ditahan di rumah seorang sahabat, Usaid bin Hudhair.

Kisah ini menunjukkan harus bagi pemerintah mengeluarkan arahan tahanan terhadap seseorang yang dilihat membahayakan keselamatan, sekalipun dia belum melakukan jenayah apatah lagi untuk dibicarakan di mahkamah.  Penahanan orang seperti ini adalah berasaskan kepercayaan pemerintah bahawa kewujudannya di tengah-tengah masyarakat membawa bahaya.

Tetapi tempoh penahanan mestilah sekadar keperluan dan tidak dilakukan penganiayaan terhadap tahanan.

Ulama menyebut antara bentuk penahanan tanpa kesabitan kesalahan ialah jika berlaku pemberontakan oleh satu-satu kumpulan, kerajaan boleh menahan anak isteri para pemberontak buat sementara waktu supaya mereka tidak terpengaruh dan bersama-sama mengikut jejak pemberontak. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun, tetapi demi maslahah yang lebih besar mereka ditahan.

Maka difahami bahawa keizinan dikuatkuasakan penahanan tanpa bicara mahkamah, adalah kerana maslahah umum. Oleh itu pihak yang berhak mengeluarkan arahan ini ialah Ketua Negara.

AKTA ISA DARI SUDUT SYARAK
Berbalik kepada akta yang termaktub dalam perlembagaan negara kita. Bagi saya, akta ISA termasuk dalam kategori penahanan untuk waspada. Penahanan jenis ini di dalam siasah syar’iyyah adalah di bawah bidang kuasa pemerintah. Maka ia diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Agak kurang tepat orang yang berpendapat ia langsung tidak ada dalam Islam atau bercanggah dengan Quran dan Sunnah.

Cuma dari sudut perlaksanaan akta ini di negara kita, didapati ia tidak menepati syarat dan etika yang digariskan dalam siasah syar’iyyah. Berikut adalah contohnya:

1. Syarak membenarkan penahanan untuk waspada dalam kes-kes yang memberi ancaman kepada keselamatan, atau keamanan samada individu tertentu atau masyarakat. Tetapi apa yang berlaku hari ini, mereka yang tidak  membahayakan keselamatan pun turut menjadi mangsa. Dibimbangi akta ini hanya menjadi benteng politik pemerintah.

2. Tempoh penahanan yang dibenarkan syarak bagi penahanan untuk waspada ialah sekadar keperluan, kerana ia bukan satu bentuk hukuman. Maka, memanjangkan tempoh penahanan ISA sehingga 2 tahun atau lebih adalah tidak wajar.

3. Layanan yang sepatutnya diberikan kepada tahanan jenis ini tidak boleh disamakan dengan layanan banduan-banduan di penjara. Mereka yang dipenjara kerana sabit kesalahan boleh dilayan dengan sedikit kekerasan. Tetapi tahanan untuk waspada wajib dilayan sebagai seorang Muslim yang tidak bersalah. Apa yang diceritakan oleh bekas-bekas tahanan ISA, seolah-olah layanan terhadap mereka lebih teruk daripada layanan banduan yang merompak dan merogol.

KESIMPULAN
Secara ringkasnya, -Wallahu A’lam- penahanan tanpa bicara dibenarkan dalam Islam dalam kes-kes tertentu. Peruntukan ini adalah bagi  memelihara keselamatan awam. Tetapi hanya dalam lingkungan yang sangat sempit. Ia tidak wajar dijadikan senjata pemerintah untuk menjamin survival politik diri sendiri. Tempoh penahanan juga mesti dihadkan sekadar keperluan. Layanan kepada tahanan hendaklah secara ukhuwwah dan berperikemanusiaan, bukan dilayan sebagai banduan. Jangan sampai menzalimi tahanan dan keluarga mereka tanpa sabitan kesalahan.  Jika  Kerajaan berpendapat akta ini masih relevan untuk diamalkan, ia perlu kepada penambahbaikan dan kemaskini agar bertepatan dengan siasah Islamiyyah.

 

Wallahu A’lam.

Madinah, KSA. 19 Mei 2008 bersamaan 14 Jumada al-Awal 1429.

sumber: Abu Umair

22 June 2012 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Parti juara mempolitikkan agama

Penyokong-penyokong Pas mengibarkan bendera parti itu semasa perhimpunan di Stadium Darul Aman, Kedah pada awal Jun lalu.

BARU-BARU ini, tokoh-tokoh agama luar negara yang menghadiri Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur menegur pemimpin sebuah parti kerana sering mempolitikkan isu agama.

Teguran itu memang kena pada masanya kerana jika diimbau sejarah, para pemimpin parti yang ditubuhkan pada 1951 memang paling hebat mempolitikkan isu agama sekali gus meletakkan Malaysia sebagai ‘juara’ dalam soal itu.

Kita juga masih ingat, seorang pemimpin Pas ketika berceramah di Kampung Banggul Peradung, Terengganu pada 1982 telah mengeluarkan amanat mengkafirkan orang UMNO semata-mata kerana didakwa bekerjasama dengan bukan Islam dan disebabkan tidak melaksanakan hukum hudud.

Akibat amanat itu, maka timbulnya perpecahan di kalangan umat Islam seperti sembahyang dua imam, enggan bersembahyang di masjid UMNO dan menghukumkan haram makan sembelihan ahli parti itu.

Nikah yang dilakukan oleh jurunikah UMNO juga dianggap tidak sah, ibu bapa mengkafirkan anak serta berlaku perceraian antara suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih yang benar-benar terjadi.

Walaupun berkemampuan melaksanakan hukum hudud setelah memerintah Kelantan dua dekad, Pas tetap tidak mahu melaksanakannya kerana berpendapat ia boleh dijadikan isu kitar semula yang ‘amat berbisa’ bagi meraih undi setiap kali pilihan raya.

Isu hudud yang dimainkan Pas ketika berkempen boleh membuatkan seorang Melayu Islam menjadi serba salah untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini berikutan parti itu akan menggambarkan BN bersikap anti-Islam dan telah mengambil pelbagai langkah menyekat hukum itu daripada dilaksanakan.

Mengulas isu itu, ahli akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani yang menjawab soalan pada sesi soal jawab seminar berkenaan berkata, mana-mana pihak yang menggunakan isu pelaksanaan hukum hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya sebenar bertujuan mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.

Beliau berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.

"Sebelum mewujudkan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu. Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour pada sesi berasingan pada seminar itu turut mengulas permintaan parti itu supaya ahli-ahli yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka antara September hingga Oktober ini.

Beliau berkata, umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan. Justeru, katanya, umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihan raya umum sekiranya ia dijalankan serentak pada musim itu.

Mengulas satu lagi ‘fatwa’ para pemimpin Pas yang membolehkan demonstrasi jalanan bagi menumbang kerajaan, Syeikh Mahmoud berkata, Islam tidak membenarkan sebarang bentuk demonstrasi sedemikian sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara sebaliknya ia perlu dilakukan secara aman.

"Islam tidak halang untuk berhimpun menyatakan pendapat atau hasrat terhadap pemerintah, tetapi jangan menyebabkan huru-hara dalam masyarakat sehingga ada orang rasa kesan buruk daripada perhimpunan itu.

"Masyarakat Islam juga tidak wajar menumbangkan kerajaan dengan cara tidak demokratik ketika pemerintah mereka telah melakukan banyak kebaikan dan kerajaan sedemikian patut beri peluang untuk meneruskan agenda membangunkan Islam," katanya.

Mengulas komen-komen yang dibuat oleh tokoh Islam antarabangsa berkenaan, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, berdasarkan pelbagai isu yang dibangkitkan, jelas sekali parti tersebut selama ini menggunakan hukum agama untuk kepentingan politik.

"Pas selama ini telah memperalatkan banyak hukum agama kerana politik dan bagi mendapatkan kuasa," katanya.

Mengulas isu terbaru supaya ahli parti menangguhkan daripada mengerjakan haji, Nakhaie berkata, sepanjang pengetahuannya, permintaan seperti itu tidak pernah dibuat Pas sebelum ini.

"Saya tidak merasakan permintaan tersebut sebagai luar biasa kerana Pas sering menggunakan agama untuk kepentingan parti. Walaupun ibadah haji bukan kewajipan segera, saranan yang dibuat Pas itu adalah tidak wajar," katanya.

Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Pas memang suka memperalatkan agama dan ini termasuk dalam isu supaya ditangguhkan ibadat haji.

"Kita minta Pas semak balik semua ajaran al-Quran dan hadis yang selama ini dia bawa, apakah ada satu ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan PRU13 setaraf dengan fardu haji?

"Jika tiada ayat sedemikian, ia menunjukkan parti itu seolah-olah meletakkan kewajipan pilihan raya demi parti lebih besar dari Rukun Islam kelima ini," katanya.

Pelbagai nasihat telah dikeluarkan bekas pemimpin Pas ini supaya rakan-rakan mereka yang masih menerajui parti itu tidak mempolitikkan isu agama. Malangnya, pemimpin berkenaan terus berdegil sehingga menjadikan nasihat itu ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kedegilan itu, bukanlah sesuatu yang aneh kerana mereka juga tidak pernah melayan nasihat pengasas parti itu, Ahmad Fuad Hassan sehingga beliau terpaksa keluar parti setelah tiga tahun menerajui Pas.

Kini ulama antarabangsa pula yang memberikan nasihat. Jika ia masih tidak dihirau oleh pemimpin Pas, maka kita semua umat Islam perlu menadah tangan memohon pertolongan Allah supaya perbuatan mempolitikkan agama dihentikan segera.

 

(Sumber: utusan.com.my)

22 June 2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama | | Leave a comment

Siapa orang yang cerdik?

15 June 2012 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment

Melaknat dan mendoa kecelakaan

Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a menyebut di dalam Kitab nya Bidayatul Hidayah dalam Bab Cara Meninggalkan Maksiat:

Jangan sekali sekali kita melaknat mahkluk Allah, samada binatang atau manusia dan jangan sekali kali kita menghukum seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah (seorang Islam) bahawa dia tolak Islam, kafir dan munafiq kerana kita tidak tahu apa yang ada didalam hatinya (niatnya)kecuali Allah sahaja yang tahu apa yang tersembunyi di dalam hatinya.Jangan lah kamu hendak mendahului Allah dengan mencampuri urusan antara orang yang kita tuduh itu dengan Allah.Dan ketahuilah di akhirat nanti Allah tidak akan tanya kita mengapa kita tidak laknat orang yang buat kejahatan sebaliknya Allah akan tanya mengapa kita laknat dia.

Kita di larang juga mendoakan kecelakaan terhadap sesiapa sahaja mahkluk Allah.Jika kita di zalimi maka serahkan urusan ini kepada Allah.Kerana ada tersebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang terkena zalim itu mendoakan celaka ke atas orang yang menzalimnya sehingga suatu kecelakaan yang dibalakan keatas orang yang zalim itu melebihi daripada balasan yang patut diterimanya.Maka orang yang pada mulanya zalim tadi (telah menjadi kena zalim pula) lalu ia menuntut haknya pada hari kiamat nanti ke atas orang yang kena zalim yang mendoakan celaka ke atasnya”.

Hajjaj bin Yusof As Staqafi ialah seorang Gabenor Kufah di zaman pemerintahan Bani Umaiyyah.Dia alim tetapi banyak membuat zalim.Orang sangat memaki hamun akan dia di atas kezalimannya namun berkata seorang ulama:

“Sesungguhnya Allah akan menyiksa orang yang memaki hamun Al Hajjaj saperti mana Allah menyiksa Al Hajaj kerana kezalimannya”.

15 June 2012 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Kehebatan Tentera Islam

Tentera Islam

Diceritakan disatu ketika itu tentera Islam hendak berperang dengan tentera Parsi yang hebat. Kekuatan tentera Parsi dibawah Rajanya Rustam yang dianggarkan seramai 120,000 – 125,000 orang manakala tentera Islam dibawah Rubai bin Amir dianggarkan hanya seramai 20,000 sahaja.

Sebelum perang bermula maka, Rustam pun mengarahkan pengawalnya memanggil Rubai ke istananya lalu seketika kemudian datanglah Rubai menghadap Rustam; Dia masuk keistana Rustam
dengan menunggang kudanya sehingga mengoyakkan permadani istana itu. Beliau masuk keistana tanpa tali sandal, membawa pedang atau tombak dengan menunggang kudanya. Kuda itu masuk istana Rustam dan memijak permadani lantainya maka para pengawal Rustam pun berdiri untuk menangkapnya. Namun Rubai berkata dengan tenang:

”Saya bukan diutus untuk menemui kalian, akan tetapi kalianlah yang mengirim utusan untuk mendatangkan saya. Jika kalian tak menginginkan kehadiran saya, maka saya akan kembali”.

Lalu Rustam menegur kpd pengawal-pengawalnya :

”Biarkanlah dia, kita yang memerlukannya” Lantas Rubai mengikatkan kudanya kepada satu kerusi kebesaran yang ada.

Sementara Rustam berada diatas singgasana emas, sedangkan orang-orang Parsi duduk. Rubai naik dan kemudian duduk diatas kerusi kebesaran yang ada. Bajunya berlobang , tanah dan debu
mengotori singgasana emas.

Lalu Rustam bertanya kepada Rubai:

“Apa yang membuatkan engkau berani benar menghadapi kami?”

Lalu dijawab oleh Rubai bin Amir dengan penuh bermakna,

“Kamu datang kesini dengan berharap akan kembali untuk menemui isteri-isteri kamu tetapi kami datang kesini dengan berharap kami akan mati disini”

Kata-kata itu menyentap keegoan Rustam seketika Lalu ditanya lagi oleh Rustam kepada Rubai bin Amir;

“Apa yang kalian bawa?”

Maka Rubai menjawab dengan kata-kata yang masyhur yang sering menjadi inspirasi bagi orang-orang Islam yang inginkan kemenangan Islam;

“Kami adalah kaum yang diutuskan Allah untuk mengeluarkan sesiapa yang berkehendak daripada penyembahan terhadap hamba kepada Tuhan yang Esa dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat serta mengeluarkan mereka dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam”.

Begitulah kehebatan tentera Islam dizaman keagungannya satu ketika dahulu dan muhasabahlah pada diri kita, sejauh manakah sumbangan kita kepada Islam…..Subhanallah..

(Sumber: Ustaz Ahmad Ulu Kelang)

14 June 2012 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

Wasiat Rasulullah kepada para Sahabat

Berkata Syeikh Dr Mahmoud, di riwayatkan daripada guruku Syeikh Muhamad Yasin al Fadani al Jawi daripada gurunya Sayidina Mu’az bin Jabal bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepadaku maksudnya: “ Wahai Mu’az, sesungguhnya aku mencintaimu, maka ucapkana lah ‘Ya Allah, tolonglah hamba untuk berzikir pada Mu, mensyukuri Mu dan baik beribadat pada Mu (Riwayat Abu Daud)

Kemudian antara wasiat wasiat Rasulullah saw yang Baginda wasiatkan kepada sahabat mulia Sayidina Abu Zar al Ghiffari, bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

  • Aku berwasiat kepadamu untuk bertaqwa kepada Allah.Sesungguhnya taqwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu.Hendaklah engkau membaca al Quran dan berzikir mengingati Allah.Jika kamu berzikir mengingati Allah, sesungguhnya itu adalah zikir (sebutan) namamu dilangit dan cahaya untukmu dibumi’.
  • Dan hendaklah engkau, wahai Abu Zar, panjang diamnya, kecuali berkata yang baik.Sesungguhnya diam itu menghalau syaitan daripadamu dan diam itu menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu.Jangan sekali kali mematikan hatimu dan menghilangkan cahaya wajahmu.Dan hendaklah engaku mujahadah melawan nafsumu’”.
  • Sesungguhnya mujahadah melawan nafsu itu adalah kewalian umatku.Hendaklah engkau mencintai orang miskin, duduklah bersama mereka kerana mereka pada hari kiamat esok mempunyai daulat yang besar.Wahai Abu Zar, pandanglah orang dibawahmu, jangan engkau pandang orang di atasmu, maka yang demikian itu terlebih sayugia untukmu agar kamu tidak meremehkan nukmat yang Allah berikan kepadamu”.
  • Wahai Abu Zar, hendaklah kamu bersilaturrahim dengan kerabatmu, meskipun mereka memboikotmu, dan hendaklah kamu berkata yang hak, walaupun kebenaran itu pahit.r,aKebenaran ituialah apa apa yang datang kepadamu daripada Allah swt.Dan jangan kamu takut golongan yang mencerca dan mengkritikmu.
  • Wahai Abu Zar, jangan lah kamu mengata orang lain apa apa yang ada pada dirimu sendiri.Cukuplah bagi seseorang itu menjadi pengecut bilamana dia ada tiga sifat ini; tahu apa yang ada pada semua orang lain, tetapi tidak tahu apa yamg ada pada dirinya; mahu orang berbuat sesuatu sedangkan dia juga melakukannya dan menyakiti makhluk”.
  • Wahai Abu Zar, tiada akal yang terlebih baik daripada tadbir dan tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada menyakiti orang lain. Tiada kebaikan yang terlebih baik daripada akhlak yang mulia”.

Jadi, marilah kita sibuk dengan diri kita sendiri, sebelum sibuk dengan kesalahan dan kelemahan orang lain. Jika rumah kita dibuat daripada kaca, janganlah kita melempar orang lain dengan batu.

Semoga Allah memberikan kita hidayah dan taufiq Nya.

 

(Di nukil dari : Majalah Solusi Bil. 40)

12 June 2012 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Teguran Ikhlas ilmuan ugama terhadap Nik Aziz yang menghina Rasulullah S.A.W

Video klip ini bertujuan supaya ummat Islam kembali berfikir, setiap apa yang di keluarkan oleh seseorang tokoh ulamak ke, ahli politik ke ustaz ke LEBIH -LEBIH lagi orang yang MASYHUR dan kita sanjungi dan sayangi tidak boleh kita terus telan bulat-bulat terima,mesti di pandukan dengan Nas AL-QURAN,HADIS,QIAS dan IJMAK ULAMAK…. kerana UGAMA ISLAM kita bukan terbina hanya di atas semata-mata munasabah ‘aqal bah di bina di atas naqol….Sama-samalah kita mengambil pengajaran dengan HATI yang terbuka bukan di dorong dengan HAWA NAFSU TA’ASUB kepada mana-mana pihak..timbangkan dengan mizan ILMU dan AQAL… selamat menonton dan apa yang baik hanya daripada ALLAH….

Teguran Nik Aziz terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani sebenarnya membuka pekung Wahhabinya sendiri. Keceluparan mulut Nik Aziz terhadap Rasulullah SAW bukan baru. Malah bila dalam ucapannya nak membantai Harussani sebenarnya dia mengambil peluang sekali lagi menghina Rasulullah SAW dengan  menyamakan Baginda Rasulullah hijrah ke Madinah kerana nakkan kerusi (pilihanraya) sebenarnya Nik Aziz telah menghina Rasulullah S.A.W. Baginda berhijrah ke Madinah semata mata untuk mengembangkan syiar Islam. Baginda pernah ditawarkan segunung emas sebesar  Bukit Uhud yang memerah di Madinah tapi baginda tetap dengan zuhudnya. Sudah sudahlah Nik Aziz mengambil kesempatan menghina Rasulullah S.AW. Umat Islam sewajarnya mengenal yang mana ulama suk dan yang mana ulama sebenar.

Sesuatu Teguran itu tidak semestinya bertujuan untuk membenci,apatah lagi mahu menghina seorang tokoh yang bertaraf ulamak,namun ketahuilah wahai saudara seiman, seorang ulamak itu tidak pernah maksum dan pastinya akan ada melakukan kesilapan dan kesalahan, hanya para ROSUL sahaja yang maksum tidak melakukan dosa ketika sudah di lantik menjadi ROSUL atau sebelumnya yang di panggil istilah ilmu tauhid sebagai irhas..

Lalu Tanpa mengurangkan sedikit pun rasa hormat dan kasih terhadap Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Menteri Besar Negeri Kelantan),
Kami dengan rendah dirinya menegur beliau tentang kenyata’an beliau bahawa SAYYIDINA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ada kaitannya dengan kita bila umurnya 40 tahun yakni setelah BAGINDA menerima WAHYU,dan kenyata’an beliau bahawa SAYYIDINA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ketika lahirnya BAGINDA tiada apa-apa kelebihan,hanya sama dengan muhammad -muhammad budak kampung biasa dan IBUNDA NYA BAGINDA pun tidak tahu BAGINDA akan jadi RASUL dan NABI, dan kenyata’an beliau bahawa ALLAH ta’ala baru melantik dengan melihat dahulu dalam ramai-ramai manusia ketika itu baru di rancang perlantikan SAYYIDINA NABI kita MUHAMMAD S.A.W ini menunjukan ilmu,iradat ALLAH ta’ala mengetahui dan menghendaki sesuatu itu baharu bukan azali lagi,dan kenyata’an beliau juga bahawa MAJLIS IHTIFAL MAULID SAYYIDINA NABI kita MUHAMMAD S.A.W itu hanya kerana nak bertanding dengan orang-orang kristian menyambut krismas jesus…BENAR beliau tidak melarang tetapi kenyata’an beliau ini besar mudharatnya pada aqidah AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH.

Maka antara mereka yang menghuraikan di dalam video klip ini akan kebahaya’an Kenyataan beliau,pada AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH  yang mungkin sulit di fahami oleh orang awam sekarang. Mereka ialah: 

1)  Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (PONDOK,PENDAKWAH YOUTUBE,IKUTAN SEJUTA UMMAT, PAS)

2) Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zamihan Mad Zain Al-Ghori Al-Kelantany (JAKIM)

3) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (TOKOH ULAMAK MURID MUSNID DUNYA SYAIKH YASIN AL-FADANI)

4) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Azhary (MUSNID ASIA)

5) Al-Fadhil Tuan Guru Hj AbduLLOH bin Sa’amah An Najmiah (TOK GURU PONDOK GETING KELANTAN)

6) AL-Fadhil Ustaz Zainal ‘Abidin Al-Kelantany (PONDOK KELANTAN ,UMNO )

7) )Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kazim Elias (Pendakwah Bebas)

8) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Ridhwan Al-Yahya (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)

 9)AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizuddin Al-iDrus (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)
Dan Muhasabah CINTA kita terhadap JUJUNGAN YANG AMAT MULIA SAYYIDUNA WA HABIBUNA MUHAMMAD SAYYIDUL KAUN S.A.W oleh:

10) AL-Fadhil Ustaz Syed Najmuddin Al-Kheeired AL-Azhary (PENDAKWAH BEBAS AL-AZHAR AS-SYARIF)

(Oleh : Ustaz Syed Faiz)

11 June 2012 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | , , | 1 Comment

Cara Rasulullah SAW menegur cara berhikmah

 

‘JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEJAHATAN,

ITU ADALAH DENDAM,

JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEBAIKAN,

ITU PERKARA BIASA.

JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEJAHATAN,

ITU ADALAH ZALIM.

TETAPI JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN,

ITU ADALAH MULIA DAN TERPUJI.

Ðalam menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia, Rasulullah SAW diiktiraf sebagai seorang ‘pendidik teragung’. Ini kerana melalui sirah, kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau kaedah pengajaran diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan secara berkesan.

Ðalam dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori dan aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri Rasulullah SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah tentu tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga memberi impak positif kepada sahabat pada masa itu.

Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan. Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.

Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.

Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: “Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?”

Hayati baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara langsung nama pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan secara umum dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah daripada lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut nama pesalah dalam kisah itu?

Ðalam hal ini, Rasulullah SAW mempraktikkan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, maksudnya, Baginda selalu mengajar sahabat agar jangan mengaibkan manusia lain dan jelaslah bahawa Baginda sendiri mempamerkannya dengan sikap itu.

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bukan sekadar bijak dalam menyampaikan dakwah, tetapi Baginda sendiri mendahului apa yang diajarkan. Ini pengajaran dan teladan amat berguna buat pendakwah dan pendidik. Jangan hanya sekadar bersemangat tinggi menyampaikan sesuatu ajaran, tetapi dalam kehidupan seharian jadi bertentangan dengan apa yang disampaikan.

Kaedah kedua yang diutarakan Rasulullah SAW dalam penyampaian dakwahnya ialah memberi pujian. Ðalam ilmu psikologi moden mengatakan, pujian adalah elemen kepada pencetus rangsangan untuk bertindak dengan lebih aktif dan positif. Namun, Rasulullah SAW mendahului zaman dan sejak awal lagi mempraktikkan elemen murni itu.

Ini dapat kita hayati bersama dalam satu kisah berikut. Apabila  Muaz bin Jabal duutuskan ke Yaman sebagai hakim, Baginda SAW bertanya, “Apabila kamu dihadapkan dengan sesuatu masalah, bagaimana engkau menghukum?” Muaz menjawab, “Aku menghukum seperti dalam al-Quran.”

Baginda bertanya lagi, “Jika tidak ada dalam kitab?” Jawab Muaz, “Aku menghukum seperti yang ada dalam sunnah rasul.”

Baginda meneruskan soalannya, “Jika tiada dalam sunnah rasul?” Kata Muaz, “Aku akan berijtihad berdasarkan fikiranku.”

Lalu Baginda menepuk dada Muaz sambil berkata, “Pujian bagi Allah yang memberikan taufik kepada perutusan Rasul seperti mana yang diredai oleh Rasulnya.”

Tindakan Baginda dalam memberikan pujian kepada Muaz dalam aspek ini suatu tindakan yang sudah tentu menaikkan semangat dan perangsang kepada indivitu untuk terus melakukan kebaikan.

Sebenarnya, kaedah memberikan pujian juga perlu dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa ketika mendidik anak. Jangan kedekut untuk memuji anak yang bertindak betul dan selaras dengan tuntutan agama. Ini kerana melalui pendekatan memberi pujian akan memperkembangkan potensi anak untuk menghayati ajaran yang disampaikan.

Kaedah seterusnya yang ada dalam siri dakwah Baginda kepada sahabat ialah pengajaran berasaskan strategi membuka celik minda. Rasulullah SAW banyak sekali membuka minda sahabat apabila ingin menyampaikan sesuatu perkara..

 

Sumber : BHarian 17/02/2012

8 June 2012 Posted by | Tazkirah | | 4 Comments

Tarbiah diri dengan sifat redha

[Extract dr buku Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia].

Kali ini saya akan bercerita tentang seorang ulama ahli hadis dan fiqh di Madinah dari kalangan tabiin. Beliau adalah ‘Urwah putera pasangan dua orang sahabat Nabi Saw yang sangat terkenal, iaitu Al-Zubeir bin Al-‘Awwam dan isterinya Asma binti Abu Bakar Al-Siddiq.

Sejak kecil, ‘Urwah tinggal serumah dengan adik ibunya, iaitu Aisyah binti Abu Bakar, isteri kesayangan Baginda Nabi Saw. Dan dari beliaulah ‘Urwah menimba hadis, tafsir, fiqh, faraid dan berbagai ilmu lainnya. Sehingga ketika dewasa ia diakui sebagai salah seorang daripada tujuh fuqaha Madinah (al-fuqaha al-sab’ah) yang menjadi rujukan fatwa pada masa itu. ‘Urwah bin Al-Zubeir meninggal dunia pada tahun 94 H.

Suatu hari ‘Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Syam. Di tengah perjalanan, ‘Urwah merasakan sesuatu terjadi di kakinya. Tidak lama kemudian, timbul sebuah bisul di kakinya yang lalu pecah dan menjadi sebuah luka. Setibanya di Syam, Khalifah mendatangkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut.

Tabib menyimpulkan bahwa luka itu sebuah infeksi yang jika tidak segera dihentikan dapat menyebar ke seluruh badan. Dan satu-satunya cara untuk menghentikan penyebaran infeksi itu adalah dengan memotong kaki tersebut.

‘Urwah setuju kakinya dipotong. Tabib menyarankan agar ia meminum obat bius terlebih dahulu sebelum operasi dilaksanakan agar ia tidak merasakan sakit, tapi ‘urwah menolak. Ia ingin tetap berada dalam kesadaran sehingga dapat mengingat Allah meski harus merasakan kepedihan yang sangat menyiksa. Akhirnya, jadilah tabib itu memotong kakinya dengan gergaji, sementara ‘Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan.

Pada saat yang sama, seorang anak ‘Urwah yang ikut bersamanya dalam perjalanan tersebut mengalami sebuah kemalangan. Seekor keledai menendangnya hingga mati.
Apabila mendengar berita sedih ini, ‘Urwah tidak memberi komen apa-apa. Baru ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah, ‘Urwah terdengar berkata seperti ini: “Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak. Jika Engkau mengambil satu orang, Engkau masih meninggalkan enam lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota (dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga lainnya.”

Masya Allah, tokoh besar ini masih dapat menemukan alasan untuk memuji Allah meski dalam musibah yang sangat memilu hati.

Kisah ini dapat anda temui dalam kitab Wafayat Al-A’yan karya Ibn Khillikan dan buku muridnya: Imam Al-Dzahabi yang bertajuk Siar A’lam Al-Nubala.

 

(Oleh: Ustaz Zahzan Mohamed)

7 June 2012 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Bersatu lah di bawah satu kiblat

7 June 2012 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah, Video | Leave a comment

Pengertian Aqidah atau Tauhid

Pengenalan

  1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
  2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
  3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

Pengertian Akidah

  1. Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
  2. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
  3. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

Ilmu Tauhid    : Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai

Ilmu Usuluddin : Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya

Ilmu Makrifat    : Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt

Ilmu Kalam         : Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan

Ilmu Akidah       : Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt

Huraian Rukun Iman

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah saw yang bermaksud:-

“Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”

Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab
  4. Percaya kepada Rasul
  5. Percaya kepada Hari Kiamat
  6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

Percaya Kepada Allah Swt

Erti beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala.

Beriman dengan Allah juga bermaksud:

  1. Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
  2. Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk
  3. Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa –

(Surah Al-Baqarah:21)

Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah swt

Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.

  1. Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah swt
  2. Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.
  3. Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Maklud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.
  4. Mempelajari dan memahami ajaran Allah
  5. Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah swt

Yakin dan Melaksanakan Petunjuk Allah swt
Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang shamil dan kamil serta terbaik

Percaya kepada Malaikat

Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahanya):

”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”–(Hadith riwayat Muslim)

Nama dan Tugas Malaikat

  1. Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia
  2. Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
  3. Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah
  4. Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya
  5. Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
  6. Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
  7. Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur
  8. Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur
  9. Ridhwan – Mengawal syurga
  10. Malik – Mengawal neraka

Antara tugas-tugas Malaikat seperti:

  1. Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul
  2. Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
  3. Memikut Arsy
  4. Berdoa untuk orang-orang beriman

Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya

Hikmat Beriman Kepada Malaikat

  1. Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
  2. Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
  3. Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur

Percaya Kepada Kitab

Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia

Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:

  1. Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)
  2. Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
  3. Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
  4. Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab)

Firman Allah swt yang bermaksud:

”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan”

(Surah Al-Baqarah: 213)

Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu

Percaya Kepada Rasul

Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat

Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:

  1. Siddiq – Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan
  2. Amanah – Jujur dan tidak membuat kesalahan
  3. Tabligh – Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia
  4. Fathonah- Bijaksana
  1. Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain
  2. Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya yang wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah
  3. Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
  4. Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja
  5. Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia

Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab

Menunjukkan bahawa agama yang dating daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab al-Quran

Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada Allah

Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama

Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.

Percaya Kepada Hari Akhirat

Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat.

Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat:

  1. Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal
  2. Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar
  3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah
  4. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan
  5. Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka

Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat

  1. Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia
  2. Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya
  3. Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
  4. Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan

Beriman Kepada Qada Dan Qadar’

Maksud Takdir

  1. Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua:
  2. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
  3. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia

Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah

  1. Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adir dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
  2. Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita

Peringkat-Peringkat Iman

  1. Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain
  2. Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati
  3. Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh
  4. Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah
  5. Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi

Iman Bertambah Dan Iman Berkurang

Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:

  1. Melawan hawa nafsu
  2. Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela
  3. Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji
  4. Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah
  5. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
  6. Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah

Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah

Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:

  1. Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt
  2. Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya
  3. Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah
  4. Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan
  5. Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka
  6. Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang

Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia

  1. Akidah Sebagai Asas
  2. Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong

Penyelewengan Dan Kerosakan Akidah

  1. Melalui Percakapan atau ucapan
  2. Melalui Perbuatan
  3. Melalui Iktikad dalam hati

Pembinaan Akidah

  1. Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus
  2. Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah
  3. Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam
  4. Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik
  5. Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
  6. Bertawakal kepada Allah

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.

(Sumber: JAKIM)

7 June 2012 Posted by | Aqidah | , | Leave a comment

Manusia bongkak nak buat kerja Tuhan

Sudah jadi lumrah bagi sesetengah ahli politik gemar menyebut dalam pidato mereka “ Dosa dosa si polan dan sipolan itu tidak akan di ampunkan Tuhan”.”Si polan ahli neraka dan sipolan ahli syurga.”

Ketahuilah bahawa ungkapan saperti ini memang ringan untuk di ucapkan di lidah, tetapi sebenarnya amat berat kesalahanya di sisi Tuhan.Sejak bila mereka ini jadi wakil Tuhan dan buat kerja Tuhan dalam memutuskan Rahmat dan laknat Allah terhadap seseorang manusia?

Sepatutnya sebagai orang Islam dan mengaku pembela agama berkempenlah supaya semua manusia mendapat Rahmat Allah.Bukan kah pejuang agama itu adalah penyelamat, dan bukan tukang laknat Ummah? Mereka sepatutnya jadi penyelamat dengan mendoakan  dan memohon Rahmat untuk menyelamatkan semua manusia bukan sahaja yang ada di masjid dan surau, tetapi semua muda mudi di jalanan, artis artis di pentas, orang orang politik di gelanggang politik dan seterusnya.Tidak sepatutnya menjatuhkan hukum kepada sesiapa sahaja manusia dengan menghukum saperti mengatakan seseorang itu tidak dapat Rahmat Allah sedang kan orang itu masih hidup dan masih berpeluang menerima Rahmat Allah suatu hari nanti.Sedangkan kita sendiri tidak tahu hukuman Allah yang sebenar terhadap orang itu.

Nabi saw bersabda maksudnya: “ Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dia lah yang paling binasa”. (HR Muslim).

Menurut Dr Maza, Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya, seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan di binasakan Allah.

Janganlah kerana sentimen politik kita menggambarkan setiap orang yang buat dosa hari ini akan masuk neraka.

 

 

(Rujukan: Minda Dr Maza)

6 June 2012 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | 4 Comments

Crowd counting software – untuk membilang peserta himpunan raksaksa

“Crowd Counting Software” ciptaan Herbert Jacobs, seorang profesor kewartawanan di Universiti of California, Berkeley, adalah aplikasi di guna untuk mengira jumlah peserta sesuatu perhimpunan.

crowd-counting-0911-mdn

Foto : Suatu perhimpunan raksaksa di Hong Kong pada June 2011.Polis menganggarkan ada 77,000 peserta.Pihak penganjur mengatakan ada 150,000.

crowd-counting-0911-de

Setelah di kira menggunakan aplikasi ini kehadiran peserta ialah di dapati berjumlah 87,000 orang +-

Jumlah peserta himpunan BERSIH 3.0 pada 28hb April 2012 juga dikira mengguna aplikasi ini.

Perhimpunan BERSIH 3.0 28hb April 2012

MELALUI APLIKASI INI, BERNAMA TELAH MEMPEROLEHI JAWAPAN BAHAWA JUMLAH PESERTA BERSIH 3.0 YANG DI RAKAM MELALUI UDARA DI 7 LOKASI IALAH 22,000 +-.(RALAT 10%)

1 June 2012 Posted by | Informasi | 1 Comment

Menjatuhkan hukum sewenang wenangnya bukan sifat orang Mukmin

Hukum atau menghukum sudah jadi satu trend dan ‘permainan’ sesetengah ulama,pengikut dan penyokong mereka, lebih lebih lagi golongan yang terlibat dalam gelanggang politik pilihanraya.Hukuman sembrono yang di lakukan mereka saperti hukuman fasiq, sesat,zalim, kafir, murtad dan lain lain  tanpa rasa bersalah, malu dan takut dengan Allah bertujuan untuk menjatuhkan, menghina, mengaibkan dan memalukan seseorang,kumpulan,mazhab atau parti yang tidak sefahaman dan seperjuangan dengan mereka.Setelah menjatuhkan hukum mereka merasa bangga  kerana merasa diri sudah selamat. Sedangkan seorang hamba Allah sepatutnya rasa takut dengan Allah bilamana telah menjatuhkan hukum terhadap orang lain.Takut kalau kalau hukuman itu tidak adil dan tidak betul.

Sebenarnya tindakkan menjatuhkan hukum adalah kerja yang amat takut di lakukan oleh orang mukmin sejati.Orang mukmin apabila dia terlanjur dalam menjatuhkan hukum terhadap orang Islam lain dia akan rasa amat takut,keluh kesah dan sangat menderita.Takut kalau kalau tersilap hukum hingga hukuman itu kembali menimpa muka dia sendiri di dunia ini lagi dan Allah akan tempelak di Akhirat kelak.Para Hakim dan para Mufti yang mukmin sendiri walaupun mereka ada kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukum sangat takut untuk menjatuhkan hukum terhadap sesuatu kesalahan orang kerana bimbang tersalah hukum.Saidina Abu Bakar As Siddiq ra sendiri kalau dia rasa percakapan dia sudah menyakiti orang Islam lain (tak menjatuhkan hukum pun) akan tergesa gesa berjumpa Rasulullah saw minta dirinya di jatuhkan hukum qisas.

Begitulah iman orang mukmin yang memperjuangkan hukum hukum Allah sangat takut dengan Allah.Kerana itu mereka sangat takut dalam menjatuhkan hukum.

1 June 2012 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: