Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BULAN REJAB

(Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

Bulan Rejab merupakan satu daripada bulan-bulan Haram. Ianya dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud,

 

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).

(al-Taubah 36)

 

Bulan-bulan Haram tersebut ialah Zul Qa’dah, Zul Hijjah, Muharram dan Rejab. Ini bersandarkan hadith Abi Bakrah, sesungguhnya Nabi SAW berkhutbah pada Haji al-Wada’,

 

إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السماوات والأرض، السنة اثنا عشر شهرا، منها أربعة حرم: ثلاثة متواليات: ذو القعدة، وذو الحجة، والمحرم، ورحب مضر الذى بين جمادى و شعبان.

 

Yang bermaksud, Sesungguhnya zaman berputar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi, setahun yang mengandungi 12 bulan, empat daripadanya adalah bulan haram iaitu bulan yang dihormati, tiga daripadanya serangkai iaitu Zul Qa’dah, Zul Hijjah dan Muharram manakala Rejab Mudhar antara Jumada dan Sya‘ban.

 

Dinamakan Rejab kerana bulan ini diagungkan ( ترجِّب أي تعظِّم   ) dan dikatakan kerana para malaikat bertasbih dan tahmid pada bulan ini. Ulamak menyatakan Rejab mempunyai 14 nama lain iaitu:

 

  1. شهر الله (Bulan Allah)
  2. رجب (Rejab)
  3. رجب مُضَرَ (Rejab Mudhar (iaitu Kabilah Arab yang mengharamkan perang dalam bulan Rejab) )
  4. مُنْصِلُ الأَسِنَّة (Senjata-senjata disimpan)
  5. الأصم (sunyi kerana tiada kedengaran bunyi pedang berlaga)
  6. الأصب
  7. مُنَفِّس
  8. مُطَهِّر
  9. مُعَلَّى
  10. مقيم
  11. هرم
  12. مُقَشقِشُ
  13. مُبرِّئ
  14. فَرد

 

Beberapa hukum yang berkaitan dengan bulan Rejab yang sebahagiannya dilakukan pada zaman jahiliyyah. Ulamak berikhtilaf pendapat berhubung perkara tersebut:

 

  1. Melakukan sembelihan

Pada zaman jahiliyyah orang Arab melakukan sembelihan pada bulan Rejab yang dinamakan ‘Atirah (  عتيرة  ). Ulamak berselisih pendapat mengenai hukum melakukannya selepas kedatangan Islam. Sebahagian besar ulamak membatalkan perkara tersebut. Hal ini berdasarkan hadith Sahihain daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda,

 

لاَ فَرَعَ وَلاَ عَتِيرَةَ

Yang bermaksud, Tiada Fara’ (iaitu unta atau kambing yang pertama dilahirkan dan ia disembelih untuk tuhan-tuhan orang jahiliyyah) dan tiada sembelihan untuk bulan Rejab.

 

Sebahagian ulamak mengatakan ia adalah sunat seperti Ibnu Sirin, sebagaimana diceritakan oleh Imam Ahmad daripada Ahli Basrah dan dijelaskan sebahagian Ahli Hadith yang terkemudian.

 

Disebut dalam sunan Abu Daud, al-Nasa’ie dan Ibnu Majah daripada Mukhtif bin Salim, Nabi bersabda di ‘Arafah:

 

إِنَّ عَلَى كُلِّ أهل البيت فِى كُلِّ عَامٍ أُضْحِية وَعَتِيرَة وَهِيَ الَّتِي يسمُّونهَا الرَّجَبِيَّةَ.

Yang bermaksud, Bagi setiap Ahli Bait pada setiap tahun ada korban dan ‘Atirah yang dinamakan ia al-Rejabiyyah.

 

Sementara hadith al-Nasa‘ie daripada kaum Nabisyah mereka berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya kami pada zaman jahiliyyah melakukan sembelihan pada bulan Rejab, lalu Baginda bersabda:

 

اذبَحُوا للهِ فِى أَيِّ شهْرًا كَانَ، وَبِرُّوا الله وأطعمُوا.

Yang bermaksud,Lakukanlah sembelihan kerana Allah pada mana-mana bulan pun, buatlah kebajikan dan memberi makan kerana Allah.

 

  1. Solat

Tiada solat khusus bulan Rejab. Walau bagaimana pun tiada tegahan untuk memperbanyakkan solat sunat, zikir atau doa dalam bulan Rejab kerana untuk bertaqarrub kepada Allah. Sabda Nabi SAW,

 

الصَّلاَة خَيْرُ مَوْضُوع فَمَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَكْثِرَ فَلْيَسْتكْثِرْ

Yang bermaksud, Solat merupakan sebaik-baik perkara, sesiapa yang mampu melakukannya dengan banyak maka perbanyakkanlah.

 

  1. Puasa

Tiada sandaran daripada Rasulullah SAW dan sahabatnya tentang puasa yang khusus untuk bulan Rejab.

 

Tetapi diriwayatkan daripada Abi Qilabah berkata: Dalam syurga terdapat istana bagi orang yang berpuasa dalam bulan Rejab. Puasa di sini bukanlah bermaksud puasa fardhu atau sunat tetapi ianya dilakukan untuk bertaqarrub kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW,

 

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ الله بَعَّدهُ الله سَبْعِينَ خَرِيفًا.

Yang bermaksud, Sesiapa berpuasa sehari pada jalan Allah, Allah akan menjauhkan dia daripada api neraka selama 70 kali musim luruh.

 

Urwah bertanya kepada Abdullah bin Umar ra: Adakah Rasulullah berpuasa dalam bulan Rejab? Beliau menjawab dan mengulanginya 3 kali: Ya dan Baginda memuliakannya.

 

Sebahagian ulamak salaf berpuasa berpuasa penuh dalam bulan-bulan haram seperti Ibnu Umar, al-Hasan al-Basri dan Abu Ishaq al-Sabi‘ie.

 

Al-Thauri berkata: Aku lebih suka berpuasa dalam bulan-bulan haram.

 

Daripada Ibnu Abbas, beliau tidak suka berpuasa penuh sebulan dalam bulan Rejab. Begitu juga Anas, Said bin Jubair dan Yahya bin Said al-Ansari, Imam Ahmad berkata: berbuka sehari atau dua hari kemudian puasa semula.

 

Imam al-Syafie dalam pendapat lamanya, makruh seorang lelaki berpuasa penuh sebulan seperti puasa Ramadhan berdasarkan hadith Aishah r.ah:

 

مَا رَأَيْتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل شهرًا قط إلاَّ رمضان

Yang bermaksud, Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sempurna sebulan kecuali bulan Ramadhan.

 

Hukum makruh bersendirian berpuasa dalam bulan Rejab akan terhapus sekiranya diikuti berpuasa sunat pada bulan berikutnya. Berkata Imam Ahmad: Tidak boleh berpuasa penuh sebulan Rejab kecuali orang yang biasa berpuasa penuh setahun.

 

  1. Doa

Apabila masuk bulan Rejab, Nabi SAW berdoa:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Yang bermaksud, Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya‘ban serta kami memohon dapat sampai ke bulan Ramadhan

 

Kata-kata ulamak berhubung bulan Rejab:

 

Berkata Abu Bakar al-Waraq al-Balkhiy:

Bulan Rejab bulan menanam,  Bulan Sya‘ban bulan menyiram tanaman dan Bulan Ramadhan bulan menuai tanaman.

 

Beliau juga mengatakan, perumpamaan Bulan Rejab seperti angin, Bulan Sya‘ban seperti awan dan Bulan Ramadhan hujannya.

 

Satu peristiwa agung berlaku dalam bulan Rejab iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah satu daripada mukjizat Nabi Muhammad saw yang berlaku sebelum hijrah baginda saw ke Madinah, pada malam Isnin, 27 Rejab. Dua peristiwa yang berlaku di dalam satu malam ini adalah bukti kekuasaan Rabbul Jalil.

 

Walaupun peristiwa ini telah berlaku seribu tahun yang lalu, nisbah pada diri kita, tetapi ianya adalah kekal dalam al-Quran dan al-Quran bersifat qadim. Sehubungan dengan itu, peristiwa ini dan pengajaran daripadanya sesuai untuk setiap zaman dan wajib kekal pada keimanan kita umat Islam sehingga hari Akhirat.

 

Wallahu a’lam.

Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

 

 

Advertisements

30 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Bahaya FATWA TAKFIRI MUFTI PERLIS

Menyamakan amalan mengambil upah bagi bacaan Tahlil dengan sijil pengampunan yang pernah dibuat oleh pihak gereja pada waktu dahulu adalah satu bentuk Qiyas ma’al Junun, bukan Qiyas ma’al Fariq.
Memberi keampunan langsung tidak sama dengan memohon keampunan.

Terdapat begitu banyak perbahasan ulama’ tentang mengambil upah bagi melakukan ibadat, khususnya ibadat sunat dan fardu kifayah.

Bahkan Allah Swt sendiri memberikan satu bahagian daripada zakat bagi mereka yang melakukan tugas (ibadat) kutipan dan pembahagiannya.

Orang yang berjihad diberikan ganjaran khusus – harta bersama musuh yang dibunuh dan ganjaran umum dari ghanimah.

Sahabat yang membaca al Fatihah mengubat orang yang sakit, Rasulullah Saw juga mengambil bahagian upah tersebut (Hadith sahih)

Dan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda dalam satu hadith bahawa al Quran adalah perkara yang paling layak untuk diambil upah ( Hadith sahih)

Bahkan berapa ramai yang mengajar agama dan mengurus agama pada hari ini mengambil upah, dan adakalanya hibah atau hadiah.

Sungguh dahsyat apabila perkara yang mudah sebegini dihukumkan dengan elemen takfiri oleh pihak yang tidak tahu berlapang dada dalam perbahasan agama.

Wallahul musta’an.

Dr Abdullah Jalil USIM

(Sumber FB Ustaz Zamihan Al-Ghari)

17 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Apakah itu Bunian?

bunian-village

Perkampungan Orang Bunian? (Gambar Hiasan sahaja)

Soalan: Boleh terangkan bunian ini makhluk apa?

Jawapan:

Bunian adalah merujuk kepada makhluk halus atau orang halus yang tinggal di hutan, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Masyarakat Melayu menganggap bunian adalah antara makhluk ghaib yang menjadi penyebab kepada histeria (penyakit urat saraf yang terlihat pada letusan-letusan emosi yang tidak dapat dikawal) atau dikenali dalam kebudayaan Melayu sebagai ‘dirasuk hantu’.

Menurut pandangan pakar perubatan Islam terkemuka, almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, orang bunian adalah wujud dan tergolong dalam kelompok makhluk halus. Makhluk halus seperti ini suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia dan mewujudkan perkampungan mereka sendiri disamping hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Secara khususnya, kami berpandangan bahawa ianya adalah daripada kelompok jin yang dikenali dengan nama ‘Amir (عَامِرٌ) yang tinggal bersama-sama dengan manusia.[1] Ini kerana ianya bersamaan dengan kebiasaan kelompok bunian yang tinggal berdekatan dengan penempatan manusia dan mempunyai penempatan tersendiri.

Ini disokong oleh sebuah hadith Nabi SAW:

الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ
Maksudnya: “Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.”
(Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 573; al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 3702)

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

2 February 2017 Posted by | Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

HUKUM MENYAMBUT MAULID AL-RASUL – FATWA JABATAN MUFTI WP

BAYAN LINNAS

BAYAN LINNAS SIRI KE-80: HUKUM MENYAMBUT MAULID AL-RASUL.

Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 11 Disember 2016.

Mukadimah
Alhamdulillah, dengan kedatangan 12 Rabi’ al-Awwal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulid al-Rasul SAW walaupun sesetengahnya berpendapat Rasulullah dilahirkan pada 9 Rabi’ al-Awwal. Mereka semua menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat. Bersempena dengan Maulid al-Rasul pada kali ini, kami kemukakan dengan panjang lebar isu berkaitan hukum menyambutnya. Kami harapkan Bayan Linnas pada kali ini memberi satu jawapan yang tuntas kepada semua pihak.

Sejarah Sambutan Maulid al-Rasul
Sebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata: “Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.

Disamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya.” Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW samada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka. Antaranya:

Al-Abbas bersyair: “Di kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.” Lihat al-Mustadrak ala al-Sahihain.

Hasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam.

Hukum Sambutan Maulid al-Rasul
Ada yang mengharuskannya dan ada yang sebaliknya. Saya nukilkan sebahagian pendapat ulama:

Pertama: Hukum sambutan Maulidurrasul adalah bid’ah. Ini dipelopori oleh sebahagian ulama. Antara hujahnya adalah:

Perayaan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW,

لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ، وَرَسُولُهُ
Maksudnya: “Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah (mengenaiku) “ Hamba Allah dan Rasul-Nya “
(Riwayat al-Bukhari, no. 3445)

Sambutan maulid seperti ini pasti disertai dengan berbagai bentuk kemungkaran dan hal-hal yang diharamkan dalam agama

Kedua: Hukumnya adalah dibolehkan. Syeikh Abu Shamah atau nama sebenarnya, Syeikh Abdul Rahman bin Ismail al-Maqdisi (salah seorang Syeikh Dar al-Hadis di Damsyik) berpendapat: Adalah dibolehkan sambutan Maulidurrasul berdasarkan amalan oleh tokoh ulama zaman dahulu antaranya di Irbil (salah satu wilayah di Iraq).

Antara tokoh-tokoh yang berpegang kepada keharusannya dan termasuk dalam bid’ah hasanah ialah:

Imam Jalaluddin al-Suyuti
Imam Ibn Hajar al-Haithami
Syeikh Ibn al-Hajj al-Abdari
Imam Ibn al-Battal
Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Nasiruddin al-Dimashqi
Al-Hafiz Shamsuddin bin al-Jazari
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili
Syeikh Abdul Halim Mahmud
Syeikh Atiyyah Saqr
Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan lain-lain.
Para ulama yang mengharuskan Maulid al-Rasul menggunakan hadis di bawah:

Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ
Maksudnya: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.”
(Riwayat Muslim, no. 1162)

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi ummatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda SAW, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ
Maksudnya: “Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”.
(Riwayat Muslim, no. 1017)

Hadis ini memberikan satu kefahaman bahawa dibenarkan untuk melakukan perkara perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, athar mahupun ijmak ulama. Maulid al-Rasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian, bererti hukumnya diharuskan bahkan sebagai salah satu jalan untuk mendapatkan pahala jika bertepatan dengan syarak.

Selain itu, antara hujahnya adalah fatwa ulama seperti berikut:

Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulid al-Rasul menjawab: “Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah yang tidak diriwayatkan dari ulama Salaf al-Soleh. Akan tetapi Maulid tersebut mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid’ah yang baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid’ah hasanah.” (Al-Haawi Lil Fataawa oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti)

Imam al-Suyuti juga antara lain menyebut: “Amalan memberi makan adalah perbuatan yang baik. Dengan demikian, amalan Maulid termasuk perkara baru yang dianjurkan sebagaimana yang diungkapkan oleh Sultan al-Ulama Syeikh Izzuddin bin Abd al-Salam.”

Sebenarnya al-Suhaili telah menyebut bahawa al-Abbas berkata: “Tatkala Abu Lahab meninggal dunia, aku bermimpi bertemunya selepas setahun pada seburuk keadaan lantas dia berkata: “Tidak aku dapati selepas kamu sebarang kerehatan kecuali azab diringankan daripadaku setiap hari Isnin. Yang demikian kerana Nabi SAW dilahirkan pada hari Isnin dan Thuwaibah telah memberikan berita gembira kepada Abu Lahab berkenaan dengan kelahiran Nabi SAW lantas dimerdekakannya.” (Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Syarah Sahih Bukhari, 9/43 – 48)

Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muti’i (Mantan Mufti Mesir): “Justeru setiap apa yang dijadikan ketaatan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah yang tidak ditentukan syariat(Allah) waktu tertentu dan tidak pula tempat tertentu maka boleh bagi setiap mukallaf untuk melakukannya pada setiap waktu dan tempat, dan begitu juga setiap yang tidak termasuk dalam larangan umum atau khusus daripada syariat maka hukumnya Mubah/Harus, dan apa yang selainnya(yakni ada larangan) adalah bid’ah yang haram atau makruh. Maka wajib untuk menghindarinya dan menghalangnya” (Ahsanul Kalam Fi Ma Yata’allaqu Bi al-Sunnah wa al-Bid’ah Min Ahkam, m. 74).

Syeikh Abdul Halim Mahmud: “Sambutan Maulid Nabi SAW adalah sunnah/jalan yang baik daripada sunnah-sunnah yang diisyaratkan oleh Rasul SAW dalam sabdanya: “Barangsiapa melakukan sunnah yang baik, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal denganya, barangsiapa yang melakukan sunnah yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan dosa sesiapa yang beramal dengannya” Dan ianya adalah kerana terdapat usul/asas yang membimbingnya dan dalildalil yang sahih yang berpandukan padanya. “Dan tidaklah bererti peninggalan salafussoleh bagi amalan yang soleh ini merupakan pertentangan kepada syariat, kerana salafussoleh masih mempunyai kebangkitan/keprihatinan agama dan cinta Nabi yang mulia yang mana menyebabkan mereka tidak memerlukan kepada peringatan hari maulid untuk disambut.” (Fatawa Imam Abdul Halim Mahmud, m. 273)
Tarjih

Setelah mengamati pendapat-pendapat ulama, saya berpandangan bahawa sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
Menutup aurat.
Tiada unsur maksiat.

Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Antaranya:

Kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri
Kitab Sirah Nabawiyyah oleh Ibn Hisham
Kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah oleh Imam al-Tirmizi

Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya seperti:
Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali
Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti
Kitab Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa ‘Ibar oleh Syeikh Dr. Mustafa al-Siba’ie
Kitab Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawi oleh Syeikh Dr. Munir al-Ghadban dan lain-lain

Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW. Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)

Berhubung lafaz selawat yang afdhal, maka antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA yang menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau. Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini, suka saya petik pendapat Imam Abu Syamah. Antara lain berkata: “Termasuk perkara baru atau bid’ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.”

Penutup

Antara tugasan Rasul adalah untuk menyatukan ummah daripada pelbagai kabilah, kaum, bangsa dan ras agar semuanya kembali mengubudiyyah kepada Yang Maha Esa dengan penuh hikmah dan rahmah, Rasulullah SAW menyampaikan dakwah sehingga akhirnya ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh dan dapat membina perpaduan yang mapan. Natijahnya, ummat yang bijak mencari titik persamaan dan mengurangkan jurang perbezaan menjadi ummat yang terkehadapan sehingga dapat memimpin dunia.

Parsi tumbang, Rom lemah dan Islam menggemakan syiarnya dan syariatnya sehingga melahirkan kerukunan sejagat. Rasulullah SAW telah menjadikan tali persahabatan dan ukhuwwah Islamiyyah sejak mula menegakkan negara Islam Madina dengan sistem mu’akhah (persaudaraan) dan diletakkan dalam Piagam Madinah. Justeru, kami menyeru kepada diri ini dan khalayak masyarakat ummah serta rakyat Malaysia agar kita bina perpaduan dan kita kukuhkannya sehingga perasaan kasih sayang terbina dan saling hormat menghormati sesama kita.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita mentahqiqkan hasrat dan tema Majlis Sambutan Maulid al-Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1438H yang berteraskan Ukhuwwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

15 December 2016 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

HUKUM MEMAKAN TELUR HAIWAN YANG TIDAK DIBASUH

image

AL-KAFI #481 : HUKUM MEMAKAN TELUR HAIWAN YANG TIDAK DIBASUH

SOALAN:
Assalamualaikum wbt,
Apakah hukum seseorang yang membuat roti canai telur menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh? Adakah ia bernajis atau sebaliknya?

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Jika telur tersebut tidak kelihatan padanya najis seperti tahi ayam dan sebagainya maka ia dihukum suci. Berkata Imam Abu Bakar al-Dimyati, dalam syarahnya terhadap kitab Fath al-Mu`in yang bermaksud:
“Perkataan musannif ‘bahawa tidak wajib untuk membasuh zakar selepas berjimak, telur dan anak yang dilahirkan,’ bererti (barang) yang terkena lembapan faraj, sama ada lembapan itu suci atau tidak, dan kalau ia najis sekalipun ia dimaafkan, maka ia tidak menajiskan perkara-perkara yang telah disebutkan.”
Rujuk I’anah al-Talibin (1/104)

Namun jika ternampak najis pada telur itu, maka wajiblah membasuhnya. Jika tidak nampak atau disangka sahaja ada najis, maka kembali kepada hukum bahawa ia tidak bernajis.

Jawapan bagi soalan di atas, maka hukumnya suci selagi tidak ada kesan yang menunjukkan kenajisannya seperti tahi ayam. Jika terdapat najis sekalipun, namun yang dimaka ialah isinya, bukan kulitnya. Justeru, jika tiada nampak najis yang masuk ke dalam roti canai berkenaan maka hukumnya adalah suci pada asalnya. Sekalipun begitu, membasuh telur bagi memastikan kebersihan dan kesucian adalah etika yang baik dalam penyediaan makanan.

Wallahua’lam.

Pautan ke laman rasmi: https://goo.gl/4LX6eC

1 December 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Uncategorized | Leave a comment

HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG

Image result for HIDANGAN LAUK SOTONG
AL-KAFI LI AL-FATAWI KE-464 JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Soalan: Saya berasal dari Terengganu, setelah berhijrah ke Kuala Lumpur saya dapati kelainan yang terdapat pada masakan sotong di sini apabila mereka memasaknya bersama-sama dakwat/pasi sotong tersebut. Maka apakah hukum memakan sotong bersama-sama sotong tersebut? Mohon pandangan SS. Mufti.

Jawapan:

Sebelum kami mengemukakan pandangan hukum bagi permasalahan tersebut, dibentangkan terlebih dahulu definisi dan habitat sotong.

Pengertian Sotong

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam keluarga Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. Sotong dikelaskan di dalam kumpulan cephalopoda, subclass coleoidea, order teuthida. Terdapat dua suborders yang utama iaitu myopsina dan oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan sotong gergasi (giant squid). Teuthidia merupakan order cephalopod terbesar iaitu sekitar 300 spesies di dalam 29 families. Pengkaji meramalkan terdapat lebih kurang 200 spesies sotong yang masih belum dikenal pasti.

Ciri-ciri dan Habitat Sotong

Habitat sotong berada di wilayah yang berupa laut terbuka atau teluk. Sotong tinggal di habitat sekitar karang, batuan di dasar perairan, dan paparan laut. Sotong adalah haiwan yang banyak hidup dan aktif bergerak jika bertemukan cahaya, oleh itu sangat mudah bagi nelayan untuk menangkap sotong. Secara umumnya sotong mempunyai lapan lengan dan dua tentakel. Ada juga jenis sotong yang mempunyai 10 lengan. Tantakelnya berfungsi untuk menangkap mangsa dan pegangannya dikukuhkan lagi dengan bantuan lengan. Setiap lengan dan tentakelnya mempunyai tiup penyedut bulat yang bertindak sebagai penyedut yang menguatkan pegangan. Lengannya akan membantu menghalakan mangsa ke arah mulut. Kesemua lengannya bersambung terus ke bahagian kepala sotong.

Di kepalanya terdapat sepasang mata yang besar. Mata besarnya memudahkan ia untuk mencari makanan dan mengesan musuh. Sotong agak menyerupai ikan berdasarkan bentuk badannya serta mempunyai sepasang sirip renang dihujung badan. Gabungan tiub tubuh dan siripnya yang aktif memberikan kelebihan kepada sotong untuk memecut dan berhenti secara tiba-tiba.

Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam. Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit. Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.

Menurut saintis, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti air laut. Sotong dikatakan tidak boleh hidup di kawasan yang tercemar. Kawasan yang mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasn berkenaan adalah baik. Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah. Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya. Ia akan berhenti di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup. Sotong juga berhenti di sesuatu lokasi untuk bertelur tetapi tempoh persinggahan berkenaan tidak lama.

Perubahan cuaca terutamanya pemasanan global boleh merencat pertumbuhan dan pembiakan sotong. Sotong dapat mencerna makanannya dengan baik di kawasan sederhana panas. Pertambahan suhu akan merendahkan kemandirian sotong untuk hidup dan membiak. Pemanasan global juga akan menghadkan kewujudan makanannya seperti anak-anak ikan, udang dan ketam.

Hukum Memakan Sotong dan Pasinya

Para ulama telah berbeza pandangan dalam permasalahan ini seperti yang berikut:

Menurut sesetengah ulama mazhab Hanafi, hukum memakan sotong adalah haram kerana sotong bukan tergolongan daripada jenis ikan. Mereka telah berhujah dengan alasan berikut:

  1. Diqiyaskan habitat sotong sama seperti habitat tikus. Ini kerana habitat sotong memakan segala jenis makanan sama ada yang baik dan kotor di dalam laut sertab kadang-kala dijumpai pasir dan kotoran di dalam badan sotong. Oleh itu, apabila tikus darat diharamkan maka tikus laut (sotong) juga diharamkan.
  2. Selain itu, sotong juga mempunyai dakwat hitam yang kotor dan memakan benda kotor jugak adalah haram.

Namun begitu, ia bukan pandangan majoriti mazhab ini, bahkan terdapat sebahagian ulama mazhab Hanafi yang mengharuskan makan sotong. Dalam mazhab al-Syafie pula, hukum memakan sotong adalah harus dan ia merupakan sebahagian daripada haiwan laut yang diharuskan untuk dimakan sebagaimana firman Allah SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu buruan (haiwan) laut”

Sabda Nabi SAW:

أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّا نَرْكَبُ البَحْرَ، وَنَحْمِلُ مَعَنَا القَلِيلَ مِنَ المَاءِ، فَإِنْ تَوَضَّأْنَا بِهِ عَطِشْنَا، أَفَنَتَوَضَّأُ مِنَ الْبَحْرِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ»
Maksudnya: Dari Abu Hurairah berkata; seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW, katanya: Kami naik kapal laut dan kami bawa air darat sikit sahaja. Jika kami berwudu’, kami akan dahaga, apakah boleh kami berwudu guna air laut? Jawab nabi: airnya suci dan bangkainya pun halal”
(Riwayat Tirmizi, no. 69)

Bagi menjawab persoalan tentang hukum memakan pasi sotong, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 bersetuju untuk mengekalkan keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Allahyarham Syed Yusuf bin Ali Az-Zawawi (Mufti pada tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu pasi sotong adalah najis kerana cecair tersebut kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama. Cecair ini juga termasuk dalam kategori bahan kumuhan binatang dan orang yang mempunyai selera yang normal tidak akan memakan cecair (pasi) tersebut.

Tarjih
Setelah melihat kepada pandangan ulama, kami lebih cenderung berpandangan memakan sotong adalah diharuskan begitu juga dengan pasinya memandangkan ia sebahagian hidupan laut sebagaimana umum nas yang dinyatakan tadi. Dalam konteks pasi sotong, ia didapati sebahagian daripada anggota sotong yang boleh dimakan dan diambil manfaat daripadanya. Ini kerana tiada sebarang nas syarak yang jelas melarang memakannya, maka ia tertakluk kepada asal sebagaimana kaedah Fiqh yang menyebut:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يقوم الدليل على تحريمه
Maksudnya: “Asal pada sesuatu adalah harus sehingglah terdapatnya dalil yang mengharamkannya”.

Justeru, masakan sotong berserta pasinya juga merupakan sejenis masakan yang telah sedia maklum menjadi uruf setempat. Oleh itu, ia dikira sebahagian daripada uruf yang diiktiraf pada kaca mata syarak sebagaimana kaedah yang menyebut:

العادة محكمة
Maksudnya: “Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum”

Oleh itu, dengan mengambilkira faktor ini, memakan pasi sotong bukanlah merupakan sesuatu yang kotor dan menjijikan, malah ia telah menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat meskipun tidak diterima oleh masyarakat yang lain.

22 November 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Uncategorized | Leave a comment

NAJIS YANG TAK NAMPAK TAPI MUNGKIN ADA

Mufti Wilayah Persekutuan
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 349 (4 OGOS 2016 M / 1 ZULKAEDAH 1437 H)

SOALAN:

Assalamulaikum sahibus samahah tuan mufti..saya nak bertanya..anak kecil saya bermain-main di dalam rumah, atas karpet, atas tilam dan sebagainya..kemudian ketika hendak memandikan anak , saya perasan yang pampers yang dipakainya sudah bocor dan seluarnya juga sudah basah..persoalannya, adakah saya perlu basuh karper, tilam dan lain-lain tempat yang anak bermain..sedangkan tempat tersebut tiada langsung kesan basah, mahupun bau kencing..mohon penjelasa ustaz mufti?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Di dalam hal ini kita cukup mengambil hukum zahir berdasarkan apa yang berlaku. Jika tiada bau, warna, dan rasa bagi najis seperti ain najasah dan basahan, maka tidak perlu dicuci atau pun dibersihkan. Kaedah mengatakan:

نَحنُ نَحكُمُ بالظَوَاهِرِ واللهُ يَتَوَلَّى السَّرَائِرَ

Maksudnya: Kita menentukan hukum berdasarkan perkara-perkara yang nyata zahir sedangkan Allahlah yang menguasai perkara-perkara yang rahsia.

Namun jika hendak disucikan juga, tidak ada masalah.

Wallahua’lam.

Pautan ke laman rasmi : http://goo.gl/hFE870

17 November 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Uncategorized | Leave a comment

HUKUM KENCING SECARA BERDIRI

 

400x225_296588

AL-KAFI #429 : HUKUM KENCING SECARA BERDIRI

AL-KAFI LI AL-FATAWI SOALAN 429 (4 NOVEMBER 2016 / 4 SAFAR 1438H)

Soalan:

Assalamualaikum Datuk Mufti, apakah hukum kencing berdiri ?

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t. Isu ini telahpun dibincangkan oleh para ulama sejak sekian lama. Mereka terbahagi kepada dua pandangan sama ada yang melarang ataupun yang membolehkannya. Berikut merupakan dalil- dalil yang berkaitan dengan isu kencing berdiri. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau berkata:

مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ مَا كَانَ يَبُولُ إِلاَّ قَاعِدًا ‏

Maksudnya: Sesiapa yang bercerita kepada kalian semua bahawasanya Rasulullah S.A.W itu kencing berdiri maka janganlah kalian mempercayainya. Tidaklah Rasulullah S.A.W itu kencing melainkan dalam keadaan duduk.

Riwayat al-Tirmizi (12)

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A beliau berkata:

أَتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَجِئْتُهُ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأ

Maksudnya: Nabi S.A.W mendatangi tempat buangan sampah sebuah kaum, kemudian baginda kencing secara berdiri. Kemudian baginda meminta air lalu aku membawanya dan baginda pun berwudhuk.

Riwayat al-Bukhari (224)

Kedua-dua hadis di atas dilihat seakan-akan saling bercanggahan di antara satu sama lain. Akan tetapi, kami menyebut di sini berkenaan cara untuk mengharmonikan di antara kedua-dua dalil tersebut adalah dengan mengatakan: Dibolehkan kencing secara berdiri berdasarkan hadis Huzaifah, manakala yang lebih afdhal adalah kencing secara duduk kerana itulah yang paling kerap dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Yang zahirnya baginda melakukannya (kencing secara berdiri) adalah untuk menjelaskan akan keharusannya dan dalam banyak keadaan baginda membuang air kecil secara duduk. Lihat Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar (1/330).

Kami juga menyatakan bahawa para ulama yang mengharuskan perbuatan kencing berdiri turut menyebutkan beberapa perkara seperti berikut:

– Hendaklah ia dilakukan di tempat yang sembunyi dari penglihatan manusia lainnya supaya auratnya terpelihara.
– Hendaklah berhati-hati supaya air kecil tidak terpercik ke pakaian.

Wallahu A’lam.

5 November 2016 Posted by | Fatwa, Fiqh, Ibadah | Leave a comment

GARIS PANDUAN SOLAT DALAM KEADAAN DUDUK ATAS KERUSI. 

Solat adalah ibadah asas dalam Islam dan dipertanggungjawabkan kepada setiap mukallaf dalam apa jua keadaan termasuk ketika sakit. Cara perlaksanaannya ketika sakit hendaklah dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.
Hadis Rasulullah s.a.w:

صل قا ئما فإن لم تستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنب

Maksudnya: Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu lakukanlah secara duduk, dan jika kamu tidak mampu juga, maka lakukan secara mengiring. (H.R al-Bukhari : 1066)

Berdiri dalam solat fardhu merupakan rukun solat. Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang tidak boleh berdiri dibolehkan solat dalam keadaan duduk. Duduk bersila adalah lebih utama. Walau bagaimanapun boleh sahaja solat duduk dalam bentuk-bentuk yang lain. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA, dia berkata:

رايت النبي صلى الله عليه وسلم يصلي متربعا

Maksudnya: Saya pernah melihat Nabi s.a.w solat dengan duduk bersila.

(Hadis riwayat imam al-Nasa’i dalam Sunannya, kitab Qiyam al-Lail wa Thathauwu’ al-Nahaar, bab كيف صلاة القاعد no:1661).

Kebelakangan ini muncul persoalan berkenaan solat secara duduk di atas kerusi bagi mereka yang uzur. Hal ini amat perlu ditangani dengan baik untuk memelihara kesempurnaan ibadah yang menjadi tiang agama.

A. Kedudukan kerusi adalah seperti berikut:

Kedudukan bagi ma’mum yang menggunakan kerusi hendaklah di bahagian paling kiri atau kanan saf solat.

Jika keuzurannya adalah untuk duduk di atas lantai, atau ruku’ atau sujud namun masih mampu berdiri, maka hendaklah berdiri selari dengan orang bersebelahannya dalam saf solat.

Jika keuzurannya adalah untuk berdiri dan terpaksa menunaikan keseluruhan solat dalam keadaan duduk, maka kaki kerusi belakang hendaklah sama dengan kaki orang yang berdiri.

Kelurusan saf bagi orang yang terpaksa menunaikan keseluruhan solat dalam keadaan duduk dikira ketika jemaah lain dalam keadaan duduk.

B. Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh orang yang mengerjakan solat dalam keadaan menggunakan rukhsah seperti berikut:

Hendaklah bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri sekiranya mampu, kerana qiyam adalah sebahagian daripada rukun solat. HaI ini adalah bagi kes ketidakmampuan untuk ruku’, sujud atau berdiri lama. Manakala bagi kes ketidakmampuan untuk berdiri maka diharuskan bertakbiratul ihram dalam keadaan duduk.

Hendaklah terus berdiri ketika membaca al-Fatihah dan surah sekiranya mampu. Walau bagaimanapun, diharuskan duduk apabila tidak mampu atau terus duduk jika langsung tidak mampu.

Hendaklah berdiri dengan bertumpukan (i’timad) kedua-dua belah kaki jika mampu atau salah satu daripadanya jika tidak mampu, dan tidak berdiri sambil bersandar kepada sesuatu dengan merehatkan kedua-dua kaki atau salah satu daripadanya.

Tidak menggerakkan kerusi ke hadapan atau ke belakang ketika melakukan isyarat tunduk untuk ruku’ dan sujud.

Tidak menyandarkan belakang badan ke kerusi tanpa sebarang hajat atau keuzuran. Hal ini kerana ia menyalahi tatacara solat, dan keizinan duduk hanya sekadar untuk menampung keuzuran berdiri.

Hendaklah membezakan secara konsisten keadaan tunduk untuk ruku’ dan tunduk untuk sujud. Kedudukan isyarat tunduk untuk sujud hendaklah lebih rendah daripada isyarat tunduk untuk ruku’.

Tidak sujud di atas sesuatu yang berada di hadapannya seperti yang dilakukan oleh sesetengah penumpang kapal terbang yang menjadikan meja makan sebagai tempat sujud.

Sekiranya keuzuran adalah untuk ruku’ atau sujud, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri dan apabila tiba masa untuk ruku’ atau sujud, barulah diizinkan duduk dan melakukan isyarat tunduk tanda ruku’ dan sujud mengikut kemampuan.

Hendaklah meletakkan tangan di atas kedua-dua lututnya ketika tunduk tanda ruku’ dan meletakkannya di tempat lain selain lutut ketika tunduk tanda sujud supaya ada perbezaan antara isyarat ruku’ dan sujud. Sebagai contoh, kedua-dua belah tangan boleh dilepaskan sahaja di kiri atau kanan peha ketika tunduk tanda sujud, atau diletakkan di atas kedua-dua belah paha kanan dan kiri, atau diletakkan pada kerusi jika ada.

Tidak digalakkan menjadi imam kepada ma’mum yang solat dalam keadaan sempurna tanpa duduk di atas kerusi atau lantai. Walau bagaimanapun, tiada halangan menjadi imam sekiranya semua makmum daripada kalangan mereka yang uzur atau solat dalam keadaan duduk. Begitu juga sekiranya imam berkenaan merupakan imam bertugas dan keuzurannya adalah sementara dan boleh sembuh. Manakala makmum pula tetap wajib berdiri sekiranya mampu.

Jika keuzurannya sementara dan boleh hilang, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri apabila hilang keuzuran tersebut. Sebagai contoh sekiranya sedang solat dalam keadaan duduk, tiba-tiba rasa sakit atau uzur yang menghalangnya berdiri hilang, maka ketika itu wajib ke atasnya berdiri dan begitulah sebaliknya.

Sumber: http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/902-garis-panduan-solat-dalam-keadaan-duduk

29 June 2016 Posted by | Fatwa, Fiqh, Ibadah | Leave a comment

Adakah Kita Dibenarkan Untuk Menulis Ayat Al-Quran, Hadith Dan Zikir Dalam Tulisan Rumi

Blog Fatwa Malaysia

Adakah Kita Dibenarkan Untuk Menulis Ayat Al-Quran, Hadith Dan Zikir Dalam Tulisan Rumi

ISU:

Adakah kita dibenarkan untuk menulis ayat al-Quran, hadith dan zikir dalam tulisan rumi? Mohon penjelasan .

PENJELASAN:

Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 3, yang bermaksud, “Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.”

Para ulama sepakat mengatakan bahawa tidak dibenarkan menulis ayat al-Quran dalam tulisan selain tulisan Arab mushaf Uthmani. Imam Ibnu Hajar al-Haytami menjelaskan dalam kitab Fatwanya, para ulama sepakat melarang menulis ayat al-Quran dalam tulisan selain tulisan Arab walaupun dengan tujuan untuk mengajar. Dakwaan yang mengatakan jika ditulis ayat al-Quran menggunakan tulisan yang difahami oleh sesuatu masyarakat memudahkan mereka untuk belajar al-Quran, dakwaan itu adalah sesuatu pembohongan dan tidak mengikut amalan umat Islam terdahulu.

al-Zurqani menjelaskan dalam kitabnya ‘Manahil al-‘irfan’, para ulama melarang menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan selaian tulisan Arab kerana ia membuka ruang yang luas kepada penyelewengan dan perubahan makna. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah Fatwa al-Azhar, berkaitan menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi: Dilarang menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi, walaupun dikatakan ia boleh menyamai dengan konsep tulisan Arab (iaitu menggunakan transliterasi), kerana apabila menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi sudah pasti akan berlaku perubahan cara bacaan dan makna. Wajib menjaga al-Quran daripada sebarang bentuk perubahan atau penyelewengan.

Fatwa di Malaysia turut menjelaskan bahawa haram menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi. Muzakatah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bersamaan 2 dan 3 Zulkaedah 1409 telah mengambil keputusan bahawa: ‘Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran. Memandangkan keadaan yang ada dalam masyarakat Islam di Malaysia, maka Muzakarah menasihatkan bahawa pelaksanaan fatwa ini hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan tidak menyusahkan mana-mana pihak.’

Manakala menulis hadis, doa, atau zikir bahasa Arab dalam tulisan rumi, jika bertujuan untuk pembelajaran, maka ia dibenarkan, selagi mana ia tidak mengubah makna hadis, doa, atau zikir tersebut. Ia hanya untuk pembelajaran awal bagi golongan yang masih belum boleh membaca tulisan bahasa Arab. Namun, setelah boleh membaca dalam tulisan Arab, maka hendaklah membacanya dalam tulisan Arab. Ini bagi memastikan hadis, doa, atau zikir itu dibaca dengan betul.

Wallahua’lam

Rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/adakah-kita-dibenarkan-untuk-menulis-ayat-al-quran-hadith-dan-zikir-dalam-tulisan-rumi

25 June 2016 Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

PENGGUNAAN DRIP BAGI PESAKIT DENGGI KETIKA BERPUASA

image

Mufti Wilayah Persekutuan

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 300 (23 JUN 2016 M / 18 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Salam mufti dan salam ramadan. Ada satu soalan harap dapat membantu insyaAllah. Ubat suntikan tidak membatalkan puasa. Bagaimana pula dgn IV Drip (air dimasukkan melalui salur darah?) Kuantiti air yang dimasukkan satu beg drip ini lebih kurang 500ml (hampir penuh botol mineral besar) Biasanya orang denggi dimasukkan air ini (IV drip).

Jazakallahhu khoir

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam masalah ini dia memasukkan air itu, bukan daripada saluran yang biasa seperti mulut dengan meminum air, atau hidung, tetapi dia masuk melalui lengan, atau tangan, dengan tujuan untuk melegakan penyakit demam denggi dan seumpamanya. Dalam masalah ini ulama telah khilaf dan saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan sebaik-baiknya dia tidak berpuasalah, dia batalkan puasa kerana air yang dimasukkan itu juga kesannya sama seperti dia minum air yang boleh menghilangkan dahaga.

Jadi lebih baik kita katakan dalam isu ini bahawa seseorang yang berada dalam keadaan seperti ini dia tidak payah berpuasa untuk dia menstabilkan tubuh badannya dengan lebih baik lagi, selepas sembuh dia qadha’lah puasa.

Firman Allah SWt:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

(Surah al-Baqarah, 2:185)

Wallahua’lam

23 June 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

PAMERAN ATHAR RASULULLAH SAW: HUKUMNYA (PEDANG DAN RAMBUT SERTA JANGGUT RASULULLAH SAW)

 

Mukadimah

Mutakhir ini kita selalu mendengar berkenaan isu berkaitan pameran janggut dan pedang Nabi SAW yang dikatakan pernah diadakan pameran tersebut di beberapa tempat. Ruangan Bayan Linnas Siri ke-18 akan membincangkan secara khusus berkenaan tajuk ini agar masyarakat memahami dengan sebaik mungkin berkenaan dengan pameran ini.

Suka dinyatakan bahawa Rasulullah SAW adalah rasul yang paling mulia sebagai Sayyidu al-Anbiya wa al-Mursalin maka sudah tentu apa-apa yang berkaitan dengannya juga akan turut termulia dengan sebab kemuliaannya. Justeru, tidak hairanlah ramai di kalangan para ulama’ dan cendekiawan mengkaji dan menekuni segala bentuk athar (barang peninggalan) Rasulullah SAW untuk mengetahuinya dengan terperinci.

Justeru, tajuk Bayan Linnas pada kali ini ialah Pameran Athar Al-Rasul SAW: Hukumnya (Pedang Dan Rambut Serta Janggut Rasulullah SAW)

Suka dijelaskan di sini saya sekali-kali tidak akan membincangkan berkaitan tabarruk dengan athar Nabi SAW kerana isu yang diketengahkan di sini adalah berlainan. Bagi memahami isu tabarruk, sila rujuk kepada buku Bertabarruk dengan Athar-Athar Nabi SAW  yang dikaryakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Joned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Kami telah membacanya dan menyokong sepenuhnya berkenaan isu tabarruk ini.

Persoalan yang ditimbulkan dalam Bayan Linnas kali ini adalah jarak masa kita dengan Rasulullah SAW melebihi 1400 tahun. Selain itu, pelbagai bentuk peperangan dan ketidakstabilan pemerintahan dari semasa ke semasa sehingga kini menjadi persoalan apakah athar yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW itu masih ada atau sebaliknya.

Adakah Pedang Yang Terdapat Sekarang Ini Benar-Benar Daripada Rasulullah SAW?

Dalam hal ini, dikatakan Rasulullah SAW mempunyai banyak pedang. Antaranya

  • Al-Ma’thur (المأثور) – Pedang yang awal dimiliki oleh Baginda SAW sebagai harta pusaka daripada bapanya. Pedang ini telah diberikan kepada Saidina Ali. Panjang hujungnya 99 sentimeter. Sekarang tersimpan di Muzium Topkapi, Turki
  • Al-‘Adhbu  (العضب) –  Makna al-‘Adhb adalah tajam. Sebelum peperangan Uhud, pedang ini dihadiahkan oleh Sa’ad bin Ubadah al-Ansari RA kepada Rasulullah SAW kemudian Baginda SAW menghadiahkan kepada Abu Dujanah al-Ansari RA dan beliau mempamerkan kehebatannya terhadap musuh-musuh Allah. Pedang ini dikatakan tersimpan di Masjid Hussain bin Ali RA di Kaherah.
  • Zulfaqar (ذوالفقار) – Pedang yang Rasulullah SAW memperolehinya dalam ghanimah Perang Badar. Dikatakan bahawa pedang ini diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Ali dan pedang ini disimpan di Muzium Topkapi, Turki.
  • Al-Qala’i (القلاعي) – Namanya mempunyai hubungan di Syria atau India yang berhampiran dengan China. Pedang ini salah satu pedang yang di dapati oleh Rasulullah SAW dalam harta rampasan perang daripada Bani Qainuqa’ Yahudi Madinah. Panjangnya hampir 100 sentimeter. Sekarang tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki
  • Al-Battar (البتّار) – iaitu pedang yang Rasulullah SAW dapat harta rampasan perang daripada Yahudi Bani Qainuqa’. Pedang ini juga digelar Saif al-Anbiya’.
  • Al-Hatf (الحتف) – Pedang yang diambil dalam ghanimah Bani Qainuqa’ Yahudi Yathrib. Pedang ini hampir sama dengan al-Battar kecuali lebih besar. Juga disimpan di Muzium Topkapi,Turki
  • Al-Rasub (الرّسوب) – Pedang ini salah satu pedang-pedang Rasulullah dari Sembilan pedang yang kekal pada keluarga Rasulullah SAW. Panjangnya mencecah 140 sentimeter. Juga tersimpan di Muzium Topkapi, Turki.
  • Al-Mikhzam (المخذم) – Pedang ini telah diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Ali dan diwarisi oleh anak cucunya. Ada pendapat menyatakan pedang ini telah diperoleh oleh Ali ketika serangan di Syam. Panjang hujungnya 97 sentimeter. Ia tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki
  • Al-Qadhib (القضيب) – Pedang ini nipis sebagaimana dikatakan seumpama jalan. Ia tidak digunakan untuk peperangan. Tertulis padanya yang daripada perak kalimah Lailaha illalllah Muhammadurrasulullah dan tidak didapati mana-mana sejarah yang pedang ini digunakan untuk peperangan. Ia adalah kekal di rumah keluarga Rasulullah SAW sehinggalah digunakan pada pemerintahan Rafidhiyyah al-Ubaidiyyah al-Fatimiyyyah. Panjang hujungnya 100 sentimeter. Ia disimpan di Muzium Topkapi, Turki

Hujahan berkenaan pedang Rasulullah SAW ini ma’ruf berdasarkan beberapa hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh para sahabat berkenaan dengan sifat pedang Rasulullah SAW. Antaranya daripada Anas RA katanya:

كَانَتْ قَبِيعَةُ سَيْفِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ فِضَّةٍ

Maksudnya: “Adalah hujung pedang Rasulullah SAW diperbuat daripada perak.”

Riwayat al-Turmuzi (1691)

Justeru, asas thabitnya pedang Rasulullah SAW mempunyai kemungkinan yang kuat. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan pedang dan athar Rasulullah SAW yang lain, sila rujuk  kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah karya Imam al-Turmuzi yang menjelaskannya secara panjang lebar dan disyarahkan oleh ramai para ulama’.

Adakah Rambut dan Janggut Yang Dinisbahkan Kepada Rasulullah SAW Adalah Sahih?

Dalam hal ini, ahli sejarah telah khilaf kepada dua pendapat.

Pertama: Sahih

Banyak dalil menunjukkan ke arah itu. Antaranya:

  • Tatkala Rasulullah SAW melaksanakan ibadat haji, baginda mencukur kepala dan rambutnya itu telah diambil oleh para Sahabat. Dari Anas bin Malik ia berkata;

لَمَّا رَمَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْجَمْرَةَ وَنَحَرَ نُسُكَهُ وَحَلَقَ نَاوَلَ الْحَالِقَ شِقَّهُ الأَيْمَنَ فَحَلَقَهُ ثُمَّ دَعَا أَبَا طَلْحَةَ الأَنْصَارِيَّ فَأَعْطَاهُ إِيَّاهُ ثُمَّ نَاوَلَهُ الشِّقَّ الأَيْسَرَ فَقَالَ ‏”‏ احْلِقْ ‏”‏ ‏.‏ فَحَلَقَهُ فَأَعْطَاهُ أَبَا طَلْحَةَ فَقَالَ ‏”‏ اقْسِمْهُ بَيْنَ النَّاسِ ‏”

Maksudnya: “Setelah Rasulullah SAW melontar Jamrah, menyembelih haiwan korbannya dan mencukur rambutnya, Baginda meminta tukang cukur untuk mencukur kembali rambutnya yang sebelah kanan. Kemudian baginda memanggil Abu Talhah al-Ansari dan memberikan rambut tersebut kepadanya. Sesudah itu, Baginda kembali meminta untuk dicukurkan rambutnya yang sebelah kiri sambil bersabda: “Cukurlah.” Maka beliau pun mencukurnya, dan setelah itu, membagikannya kepada Abu Talhah serata berkata: “ Bahagilah kepada orang ramai.”

Riwayat Muslim (1305)

  • Ramai sahabat yang menjadikan rambut Rasulullah SAW sebagai tabarruk sepertimana yang dilakukan oleh Saidina Khalid. Beliau pernah berkata:

لَمْ أَفْعَلْهَا بِسَبَبِ الْقَلَنْسُوَةِ بَلْ لِمَا تَضَمَّنَتْهُ مِنْ شَعْرِهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِئَلَّا أُسْلَبَ بَركَتَهَا وَتَقَعَ فِي أَيْدِي الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya: “Aku tidak bertindak demikian itu semata-mata hanya kerana sebab topi, tetapi adalah kerana di dalamnya terdapat rambut mulia Rasulullah SAW  dan supaya berkatnya tidak hilang daripadaku dan supaya tidak jatuh ke tangan orang-orang musyrik”.[1]

  • Dikatakan pernah pameran athar nabawiyyah diadakan di Algeria dan dua orang penceramah iaitu Dr. Samir Abd al-Rahman al-Khauli, Setiausaha Hubungan Luar dan Muhammad Ali al-Akhras, Setiausaha Sulit, Kesatuan Masyaikh Sufi Lubnan cuba menthabitkan sanad dengan athar kepada Rasulullah SAW dengan benar dan hakikat.

Kedua: Tidak Sahih

Ini kerana jarak masa yang begitu lama walaupun pada asalnya memang thabit. Begitu juga sebahagian yang memilikinya menanam bersama mereka sendiri sepertimana yang dilakukan oleh Muawiyah bin Abi Sufyan dan lain-lain lagi.

Mengikut riwayat Ibn Abi al-Dunya katanya: “Adalah ucapan terakhir Muawiyah bin Abi Sufyan ialah wasiatnya kepada anaknya Yazid ketika ajalnya hampir tiba. Wasiat itu adalah supaya anaknya Yazid meletakkan bersama jenazahnya  salah satu  kain Rasulullah SAW, potongan rambut dan kuku Baginda. Potongan kuku dan rambut hendaklah diletakkan pada hidung, mulut, telinga dan matanya. Sementara kain pula untuk membalut sekujur tubuhnya selain kain lain.”[2]

Tarjih

Selepas meneliti pendapat samada yang mengiyakannya atau menyatakan tidak sahih, kami lebih cenderung kepada pendapat tidak sahih. Ini kerana beberapa alasan.

  • Nasir bin Abd al-Rahman al-Jadi’ dalam bukunya al-Tabarruk Anwa’uhu wa Ahkamuhu menyatakan bahawa ramai yang syak akan thabitnya tentang apa yang dinisbahkan pada hari ini sebagai athar Nabi SAW kerana banyak telah hilang atas sebab masa dan kurun, kehilangan, peperangan dan fitnah.[3]
  • Al-‘Allamah Timur Basha menyatakan: “Tidak dapat dinafikan sebahagian athar boleh jadi sahih kecuali kami tidak mendapati seorang pun daripada pengkaji yang thiqah dalam mengithbatkannya atau menafikannya, maka Allah lebih mengetahui. Sebahagiannya tidak mungkin untuk kita sembunyikan apa yang terdapat pada jiwa dengan syak wasangka.. Oleh kerana itu kita sukar untuk menentukan kesahihannya.”[4]
  • Sebagaimana dalam disiplin ilmu hadith yang memerlukan sanad yang sahih, maka untuk menthabitkannya lebih baik kita tawaqquf sehingga datang dalil dan hujahan yang menyokongnya.
  • Sighah (gaya bahasa) yang digunakan oleh kebanyakan mereka yang menyokong berkenaan dengan janggut Rasulullah atau janggutnya adalah mansub atau dinisbahkan tanpa boleh dita’kidkan (dikuatkan) siapa yang menisbahkannya. Justeru, sighah tersebut bukanlah bersifat yaqini atau jazmi (kukuh).
  • Rasulullah SAW pernah bersabda

دَعْ ما يَريبُكَ إلى ما لا يَريبُكَ

Maksudnya: “Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepada kamu kepada yang tidak menjadi keraguan.”

Riwayat al-Turmuzi (2518), al-Nasaie (5711), Ibn Hibban (722) al-Haithami (10/297) dan lain lain.

  • Satu kaedah yang masyhur menyatakan

إِنْ كُنْتَ نَاقِلاً فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ بِالدَّلِيلِ

Maksudnya: “Jika kamu menaqalkan sesuatu berita maka hendaklah kamu mentashihkan dahulu. Jika kamu membuat sebarang dakwaan, maka pastikanlah dengan mengemukakan dalil.”

Kaedah fiqh yang lain ada menyatakan

اَلْبَيِّنَةُ عَلَى المُدّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ

Maksudnya: “Beban bukti itu adalah atas pendakwa dan sumpah itu atas yang mengingkari.”[5]

Menurut Imam Ahmad ibn Hanbal: “Prinsip-prinsip Islam itu ada pada tiga hadith. Maka ketahuilah antaranya adalah hadith ini.”[6]

Tempat Simpanan Athar al-Rasul

Terdapat beberapa tempat dikatakan disimpan athar al-Rasul SAW antaranya:

  • Muzium Topkapi, Istanbul, Turki
  • Masjid Hussain, Kaherah, Mesir
  • Kubah al-Ghauri, Mesir disimpan selama lebih daripada 3 abad iaitu sehingga 1275H
  • Masjid Zainab, Kaherah
  • Bangunan Qal’ah, Kaherah disimpan hingga 1304H
  • Bangunan al-Awqaf, Kaherah Mesir
  • Bangunan ‘Abidin

Pameran Yang Pernah Diadakan

Antara pameran yang pernah dianjurkan:

  • 16 Januari 2015 – Kalimantan Tengah, Indonesia
  • 21 Julai 2014 –  Al-Markaz al-Thaqafi al-Islami, ibu negara Algeria
  • 25 Ogos 2013 – Daghestan, Rusia
  • 5 Disemberi 2011 – Kedah
  • 3 Mac 2010 – Universiti San’a, Yaman
  • 18 Ogos 2001 – Brunei Darussalam

Hukum Menganjurkan Pameran Pedang Rasulullah SAW

Dalam hal ini, seperti yang kita bincangkan di atas, sabitannya adalah mempunyai asas berdasarkan periwayatan ahli sejarah. Ramai tokoh ahli sejarah dan juga para ulama’ berpendapat bahawa yang dinisbahkan kepada Rasulullah berkenaan dengan pedang mempunyai asas dan hujah yang kukuh. Justeru, kami berpendapat pameran seperti ini tidaklah bercanggah dengan Islam dan dibolehkannya.

Hukum Menganjurkan Pameran Rambut atau Janggut Rasulullah SAW

Berdasarkan perbincangan di atas, kami berpendapat tidak dibolehkan untuk diadakan penganjuran pameran rambut atau janggut Rasulullah SAW. Ini kerana menisbahkan rambut dan juga janggut kepada Rasulullah SAW tidak ada seorangpun tokoh sejarah Islam di kalangan yang thiqah (yang dipercayai) boleh mengesahkan dengan yakin. Sebaliknya semua yang mengatakan adalah bersifat andaian atau sangkaan. Justeru, menisbahkan perkara yang tidak yakin kepada Rasulullah SAW adalah tidak bertepatan mengikut manhaj ulama’ Islam yang sebenar.

Begitu juga terkadang-kadang bukan isu pameran semata-mata tetapi membabitkan kepada perkara yang lain seperti ghuluw dan melampau dalam mentaqdiskan sesuatu yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW sedangkan ia masih lagi tidak dapat dipastikannya.

 

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Suka dipertegaskan di sini kita wajib beriman dengan Rasulullah SAW dan mencintainya dengan sepenuh hati melebihi daripada diri kita sendiri. Inilah yang diajar oleh para Sahabat kepada generasi selepasnya. Saidina Ali RA pernah menyatakan

كَانَ وَاللهِ أَحَبَّ إِلَيْنَا مِنْ أَمْوَالِنَا وَأَوْلَادِنَا وَآبَائِنَا وَأُمَّهَاتِنَا ، وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ عَلَى الظَّمَأِ

Maksudnya: Adalah Rasulullah demi Allah lebih kami kasihi daripada harta kami, anak-anak kami, ibu bapa kami dan daripada air sejuk ketika sangat kehausan.[7]

Dalam mana kita mengasihi dan mencintai Rasulullah SAW, perkara yang lebih utama adalah mengikut bagaimana para Sahabat dan salafussoleh menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Menzahirkan rasa cinta dengan cara mengikut sunnah Nabi adalah tuntutan utama berbanding dengan hanya menyatakan sahaja kecintaan.

Antara bentuknya seperti:

  • Selawat ke atas Nabi SAW
  • Mempertahankan Baginda SAW
  • Mempelajari sunnah Baginda SAW
  • Mencontohi akhlak dan perilaku Nabi SAW
  • Memuliakan hadith Rasulullah SAW
  • Mencintai keluarga Rasulullah SAW
  • Menyebarkan sunnahnya
  • Berhukum dengan sunnahnya

Menjadikan Rasulullah SAW sebagai panduan dan contoh suri teladan dalam kehidupan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّـهَ كَثِيرًا

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

(Surah al-Ahzab: 21)

Imam Ibn Kathir berkata: “Ayat yang mulia ini adalah asas yang agung berkaitan mencontohi Rasulullah SAW dalam pelbagai aspek samada ucapan, perbuatan mahupun perilakunya. Allah memerintahkan ummat manusia menteladani Nabi SAW pada hari Ahzab dalam sifat kesabaran, thabat, keberanian, perjuangan, begitu juga sabar menanti pertolongan dari Rabbnya.

Al-Maghari berkata: “Rasulullah SAW memiliki contoh dan teladan yang tinggi yang berada di hadapan kamu untuk kamu ikuti. Oleh itu, hendaklah kamu mencontohi setiap amal perbuatan Rasulullah SAW, dengan mengikut petunjuk yang diberikannya, jika kamu mahukan pahala daripada Allah SWT serta takutkan azabnya.”

Kami telah berbincang dengan ramai tokoh agama di Malaysia termasuk sebahagian daripada ahli Majlis Fatwa dan perunding hukum syarak bagi mendapatkan satu keputusan yang tuntas dan tepat mengikut neraca syara’ di mana kesemuanya mempunyai pendapat seperti yang telah kami tarjihkannya. Pada asasnya kami menyokong sebarang usaha dalam memartabatkan syiar Islam dan agama-Nya termasuk memberi pencerahan kepada masyarakat berkenaan dengan athar yang thabit daripada Rasulullah SAW seperti pedang Baginda SAW. Tetapi, jika sekiranya perkara tersebut tidak boleh disahkan oleh mana-mana sejarawan dan para ulama yang thiqah maka sepatutnya hendaklah dielakkan daripada menganjurkan acara seperti itu.

Saya mengalu-alukan mana-mana tokoh yang dapat mengkaji dan menekuni isu janggut Rasulullah SAW atau rambutnya yang dimansubkan kepada Rasulullah SAW pada masa kini adakah benar atau sebaliknya, dengan kajian yang sahih dan dipercayai untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam penisbahan ini.

Semoga kita semua mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW dengan sebab mencintainya, berselawat ke atasnya dan mengikut sunnahnya, Amin.

Penutup

Alhamdulillah, Bayan Linnas pada kali ini mengemukakan satu tajuk yang memungkinkan rasaan dan andaian dari pelbagai pihak. Tetapi, sebagai seorang Islam yang mengaku bahawa sumber rujukan utama adalah al-Qur’an dan al-Sunnah serta ditambah dengan ijma’ dan qiyas mengikut mazhab Imam Syafie, maka sewajarnya kita memahami sebarang perkara dalam berhukumkannya dengan nas-nas yang sarih lagi sahih. Bukan semata-mata berdasarkan perasaan atau tanpa asas yang kukuh sehingga akhirnya melahirkan perasaan lebih kepada mengikut emosi semata-mata. Kasih kita kepada Rasulullah SAW hendaklah sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Antara lain menjadikan seluruh kehidupannya mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW seperti yang dinaskan dalam hadith.

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لَمَّا جِئْتُ بِهِ

Maksudnya: Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga adalah hawa nafsunya mengikut apa yang aku bawa.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Arbain (hal. 489), al-Baihaqi dalam al-Madkhal (209). Hadith ini sanadnya dhaif ini kerana perawinya thiqah kecuali Nu’aim bin Hammad.

Semoga Allah mengurniakan kita kefahaman agama yang sebenarnya sehingga kita dapat mengikutinya dan menjauhkan kita daripada kebatilan sehingga kita meninggalkannya. Amin.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

4 Mei 2015 bersamaan 15 Rejab 1436H

 

[1] Al-Qadhi, Iyyadh, al-Syifa’ bi Ta’rif Huquq al-Mustafa, jil. 2, hal. 56-57.

[2] Dr. Suad Mahir Muhammad, Mukhallafat al-Rasul fi al-Masjid al-Husain, jil. 6, hal. 3.

[3] Al-Jadi’, Nasir Abd al-Rahman, Al-Tabarruk Anwa’uhu wa Ahkamuhu, hal. 260-265.

[4] Timur Basha, Al-Athar al-Nabawiyyah, hal. 78

[5] Al-Baihaqi meriwayatkannya dengan lafaz ini dalam Sunan al-Baihaqi 4/218 (52) daripada hadith Ibn Abbas RA, sebagaimana al-Turmuzi 3/626 (1341), al-Daraqutni 5/276 (4311). Al-Bukhari meriwayatkannya 3/143 (2514), Muslim 3/1336 (1711) daripada hadith Ibn Abbas dengan lafaz لكن اليمين على المدعى عليه.

[6] Al-Suyuti, Jalaluddin, al-Asybah wa al-Nazha’ir, hal. 9

[7] Al-Qadhi, Iyyadh, al-Syifa’ bi Ta’rif Huquq al-Mustafa, jil. 2, hal. 256.

14 June 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Haram meminta fatwa daripada mereka yang mengeluarkan fatwa secara semberono.”

Sesungguhnya telah berlaku Ijmak di kalangan Ulama’ Muktabar bahawa “HARAM” hukumnya bertindak semberono dalam mengeluarkan fatwa dan menyimpang dari pendapat yang sohih lagi rajih.Apa kata Ulama’ Muktabar tentang mengambil pendapat yang bermudah-mudah yang terkeluar dari lingkungan pendapat madzhab Imamnya yang sohih lagi rajih.

1. Imam al-Hafiz Ibn Abd al-Barr di dalam Kitabnya “Jami’ Bayan al-Ilmi wa Fadhluh” mukasurat 112 juz 2 mengatakan:
“Apabila anda mengambil pendapat yang paling mudah daripada orang ‘alim, maka terkumpullah segala kejahatan”.Katanya lagi,”Ini adalah Ijmak Ulama”.

2. Imam an-Nawawi di dalam Kitabnya “Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab” mukasurat 55 juz 1 berkata:
“Sekiranya seseorang itu dibolehkan mengikuti apa yang dikehendakinya, nescaya perbuatan itu akan membawa kepada keinginan bagi mencari keringanan di dalam madzhab. Perbuatan ini sebenarnya hanyalah menurut hawa nafsu. Seseorang itu akan mudah memilih antara yang halal, haram, wajib dan juga harus.Perbuatan ini boleh membawa kepada terungkainya tuntutan taklif. Kata-kata ini juga diucapkan juga oleh Imam al-Hafiz Ibn al-Solah di dalam Kitabnya “Adab al-Mufti wa al-Mustafti” mukasurat 46 juz 1
.
3. Imam an-Nawawi di dalam Kitabnya “Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab” mukasurat 46 juz 1 menegaskan:
“Haram hukumnya bertindak semberono mengeluarkan fatwa dan haram pula bagi meminta fatwa daripada mereka yang mengeluarkan fatwa secara semberono.”

4. Al-Allamah al-Syatibi di dalam “Al-Muafaqat” mukasurat 134 juz 4 berkata:
“Sesungguhnya mengikut perkara yang paling mudah di dalam madzhab itu akan membawa kepada pegangan yang tidak berdasarkan kepada dalil syarak.Sesungguhnya Ibn Hazm telah menyatakan telah berlaku kesepakatan secara Ijmak bahawa perbuatan sedemikian adalah “FASIQ” (kejahatan) dan tidak halal”.

5. Imam al-Hafiz al-Zahabi di dalam Kitabnya “Siyar A’lam al-Nubala’” mukasurat 90 juz 8 berkata:
“Barangsiapa yang mencari kemudahan dalam madzhab dengan kekeliruan Ulama’ Mujtahid, maka tipislah agamanya.”

6. Imam al-Hafiz Taqiyuddin al-Subki di dalam Fatwanya mukasurat 147 juz 1 berkata:
“Bagi mereka yang mengambil pendapat yang paling mudah di dalam madzhab, mereka akan menikmati dengan sedap kerana sebenarnya mereka hanyalah mengikut hawa nafsu dan bukannya mengikut agamanya”.

Ustaz Mohd Hanif Bin Mohd Salleh.
Ahad @ 7 Ramadhan 1437H

12 June 2016 Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

HUKUM MENGAMBIL WUDHUK KETIKA AZAN

IRSYAD AL-FATWA KE- 119:
HUKUM MENGAMBIL WUDHUK KETIKA AZAN

Written by Muhammad Fahmi Rusli.

Soalan:

Assalamualaikum S.S Datuk, apakah hukum mengambil wudhuk ketika azan sedang dikumandangkan ?

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat, ahli keluarga, serta golongan yang mengikuti baginda sehingga hari kiamat. Amma Ba’du.

Dalam menjawab persoalan ini, kami bahagikannya terlebih dahulu kepada beberapa bahagian:

Hukum Mengambil Wudhuk Sebelum Dan Selepas Azan.

Para Ulama apabila menyebutkan berkenaan beberapa keadaan yang mana perbuatan sunat itu lebih afdhal berbanding perbuatan wajib mereka menyebutkan berkenaan hukum wudhuk sebelum dan selepas azan. Mereka mengatakan bahawa hukum mengambil wudhuk sebelum azan adalah Sunat. Manakala hukum mengambil wudhuk selepas azan adalah Wajib.

Kata al-Imam Ibn al-Subki Rahimahullah:

Berwudhuk sebelum masuk waktu itu adalah sunat dan ia lebih afdhal berbanding (berwudhuk) setelah masuknya waktu. Inilah pendapat yang dijelaskan oleh al-Qammuli dalam al-Jawahir dan sesungguhnya berwudhuk itu wajib setelah masuknya waktu solat. Lihat Al-Asybaah wal-Nazhair, al-Suyuthi (1/272).

Hukum Menjawab Seruan Azan

Perintah menjawab azan yang dikumandangkan dengan cara mengulangi apa yang telah disebutkan oleh muazzin adalah berdasarkan sebuah hadis yang mana Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ

Maksudnya: Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah sama seperti yang muazzin katakan.

Riwayat Muslim (383).

Berdasarkan hadis di atas, sebahagian para fuqaha mengatakan bahawa hukum menjawab azan adalah wajib. Ini kerana, di sana terdapat kata perintah dari Rasulullah S.A.W iaitu: “Maka ucapkanlah”. Ayat perintah ini kata mereka menunjukkan kepada wajib.

Manakala majoriti fuqaha berpendapat, hukum menjawab azan adalah sunnah mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Mereka berdalilkan dengan sebuah hadis yang sahih daripada Anas bin Malik R.anhu beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُغِيرُ إِذَا طَلَعَ الْفَجْرُ وَكَانَ يَسْتَمِعُ الأَذَانَ فَإِنْ سَمِعَ أَذَانًا أَمْسَكَ وَإِلاَّ أَغَارَ فَسَمِعَ رَجُلاً يَقُولُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ عَلَى الْفِطْرَةِ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ خَرَجْتَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah menyerang musuh apabila terbitnya fajar dan baginda meneliti untuk mendengar seruan azan. Sekiranya baginda mendengar azan baginda berhenti sebentar dan jika tidak baginda teruskan menyerang. Maka baginda mendengar seorang lelaki mengucapkan: “Allahu Akbar Allahu Akbar”. Maka Rasulullah S.A.W mengatakan: “(Dia) berada di atas fitrah”. Kemudian lelaki itu mengatakan: “Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang selain Allah”. Maka baginda mengatakan: “Kau telah keluar daripada neraka”.

Riwayat Muslim (382)

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W apabila mendengar azan baginda tidak mengikut atau mengulangi ucapan azan sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin. Ini menunjukkan bahawasanya hukum menjawab atau mengulangi azan adalah sunat sahaja di sisi majoriti fuqaha.

Hukum Mengambil Wudhuk Ketika Azan

Wudhu’ semasa azan dikumandangkan adalah harus hukumnya dan tidak terdapat larangan dari sudut syarak. Akan tetapi, dikehendaki bagi orang yang berwudhuk untuk berusaha menjawab azan selepas diucapkan oleh muazzin berdasarkan sabda Nabi S.A.W:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ

Maksudnya: Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah sama seperti yang muazzin katakan.

Riwayat Muslim (383).

Khatimah

Akhir kalam, kami berpendapat bahawasanya hukum mengambil wudhuk ketika azan sedang berkumandang adalah dibolehkan. Walaupun begitu, adalah lebih baik untuk kita bersiap sedia mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum azan dikumandangkan kerana itu lebih afdhal. Mengambil wudhuk sebelum azan juga memberikan ruang kepada kita menjawab laungan azan sebaik sahaja ia dikumandangkan. Maka dengan ini, kita akan mendapat ganjaran dan fadhilat yang lebih banyak di sisi Allah S.W.T. Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman kepada kita semua. Ameen.

Akhukum Fillah

S.S. DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

1 JUN 2016

1 June 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

FATWA BERKAITAN DENGAN ALIRAN DAN DAKYAH WAHHABIAH

Bahagian Fatwa – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

FATWA BERKAITAN DENGAN ALIRAN DAN DAKYAH WAHHABIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah membincangkan fatwa berkaitan Aliran dan Dakyah Wahhabiah pada mesyuaratnya bertarikh 17 Disember 2014, 25 Februari 2015 dan 24 Mac 2015. Mesyuarat telah memutuskan Aliran dan dakyah Wahhabiah didapati bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Percanggahan tersebut berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Wahhabiah seperti berikut :

Menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20;

Menganggap syirik amalan-amalan ahli sunnah seperti perbuatan tawassul, tabarruk dan istighathah dan selawat-selawat yang mengandungi pujian kepada Rasulullah seperti Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah;

Mendakwa bahawa pengikut aliran Asya’irah dan Maturidiyah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;

Membid’ahkan pelbagai amalan ahli sunnah yang bersifat khilafiah sebagai melakukan bid’ah dhalalah dan pengamalnya akan menjadi penghuni neraka;

Menganggap amalan dan sambutan-sambutan yang dilakukan bertujuan memuliakan Rasulullah saw sebagai perbuatan syirik;

Menolak sepenuhnya beramal dengan hadith dhaif;

Memahami al-Quran dan al-Sunnah secara makna zahir semata-mata dan menolak pentakwilan dalam memahami teks al-Quran;

Menolak fahaman bermazhab;

Menolak kefahaman dan amalan tariqat tasawuf yang muktabar;

Mempertikaikan ulama Nusantara yang muktabar serta kitab-kitab karya mereka;

Mempertikaikan fatwa-fatwa atau keputusan pihak berkuasa agama;

Berpegang dengan kefahaman tasybih dan tajsim berdasarkan zahir ayat dan hadith yang mutasyabihat; dan

Mudah mengkafirkan, membid’ahkan dan memfasikkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka;
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mengambil keputusan bahawa;

Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan berfahaman Wahhabiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al- Jamaah;

Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan dakyah Wahhabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;

Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan aliran dan dakyah Wahhabiah, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;

apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; atau

Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang.

Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini. Orang ramai hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa agama yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti mana dinyatakan.

28 May 2016 Posted by | Aqidah, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

TAFSIRAN PEGANGAN DAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Bahagian Fatwa – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

IRSYAD AL-FATWA : TAFSIRAN PEGANGAN DAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Tarikh Keputusan : 25 Februari 2016

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadilawal 1437H telah bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Negeri Sembilan iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan:

1. Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

2. Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

3. Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/933-tafsiran-pegangan-dan-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah

28 May 2016 Posted by | Aqidah, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Kenduri Arwah – Lujnah Ulama Fathani

Dalam buku”Ulama Besar Dari Fathani” susunan Ustaz Ahmad Fathi al-Fathani yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, disebut kisah seorang ulama Fathani Darussalam, Haji Abdullah Bendang Kebun yang menulis sebuah kitab berjodol “al-Kawaakibun-Nayyiraat fi Raddi Ahlil-Bida` wal ‘Aadaat” di mana beliau memfatwakan bahawa buat makan kematian atau kenduri arwah selepas kematian itu bid`ah makruhah dan boleh menjadi haram. Fatwanya ini lebih kurang sama dengan fatwa-fatwa tokoh-tokoh anti tahlil dan kenduri arwah zaman kita ini.

Fatwa ini telah membuat keluh-kesah dan perpecahan dalam masyarakat di wilayah-wilayah Fathani yang rata-rata mengamalkan tradisi bertahlil dan berkenduri arwah ini. Menyedari hakikat ini, maka Lujnah Ulama Fathani telah mengambil inisiatif untuk mengadakan mudzakarah dan mesyuarat berhubung isu ini yang dihadiri oleh 17 orang ulama ternama Fathani termasuklah Haji Abdullah Bendang Kebun tersebut.

Yang Dipertua Lujnah, Tuan Guru Haji Abdur Rahman mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berjalan dengan lancar serta membuahkan keputusan dan natijah yang memuaskan. Setelah hujjah-hujjah pihak yang menentang dan menyokong dikemukakan, mesyuarat tersebut telah mencapai keputusan dan mengeluarkan satu resolusi pada 21 Januari 1974 yang antara lain menyebut:-

Ahli si mati membuat makanan kerana kematian untuk sedekah pahala kepada mayyit dengan ketiadaan menyeru (mengundang – p) oleh mereka, hukumnya sunnat dengan ittifaq Lujnah Ulama Fathani.
Ahli si mati membuat makanan dan memanggil mereka itu akan manusia pergi makan kerana qasad sedekah pahalanya, dan (meng) hadiah (kan) pahala jamuan itu kepada mayyit, maka hukumnya boleh (harus) kerana masuk dalam nas ith`aam yang disuruh dalam hadits Thaawus, kerana ith`aam itu melengkapi jamuan di rumah si mati atau di tempat lain.
Ahli si mati membuat makanan di rumahnya atau di rumah si mati pada hari mati atau pada hari yang lain kerana mengikut adat istiadat, tidak kerana qasad ibadah dan niat pahalanya kepada mayyit, maka hukumnya makruh dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Ahli si mati membuat makanan daripada tirkah yang bersabit dengan umpama hak anak yatim atau kerana dipaksa ahli si mati membuatnya dengan tidak sukarelanya dan ikhlas hatinya, maka hukumnya haram dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Menghukum sesuatu hendaklah dibuat secara teliti dan tafsil melihat rupa bentuk sesuatu, bukan menghukum secara membabi-buta dan main pukul rata haram dan bid`ah dhalalah sahaja. Lihat dahulu keadaannya, bagaimana hendak dihukumkan haram jika ahli mayyit yang telah aqil baligh dengan rela hati tanpa terpaksa dan tidak merasa susah untuk menjemput jiran-jiran dan kenalan untuk hadir ke rumah si mati untuk berdoa buat si mati dan kemudian dijemput makan yang semuanya diniatkan sebagai sedekah kepada si mati.

Yang ditentang oleh ulama kita ialah mereka yang menjalankannya sehingga menyusahkan diri dan keluarga si mati atau semata-mata menjalankan adat atau lebih jahat lagi dengan niat bermuka-muka atau riak. Ini yang difatwakan oleh Sayyidi Ahmad Zaini dalam “I`anathuth – Tholibin” yang sengaja dikelirukan oleh Ustaz Rasul yang dikasihi dengan sengaja meninggal menterjemahkan soalan yang dikemukakan kepada Sayyidi Ahmad dan jawapan beliau sepenuhnya. Menghukum haram secara total amatlah tidak wajar dan tindakan sembrono.

Akhirul kalam, satu soalan, adakah ulama-ulama Fathani yang membuat resolusi di atas tidak membaca kitab Tok Syaikh Daud dan Tuan Minal ? Siapa yang baca dan faham kehendak ibarat kitab-kitab tersebut ? Mereka atau yang dikasihi Ustaz Rasul kita ? Tepuklah dada masing-masing.

Allahumma hidayatan wa taufiqan ilal haqqi wash showab.

Sumber: Bahrussofa

19 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MADAD YAA HUSAIN! APAKAH HUKUMNYA?

(Sumber : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan).

image

SOALAN: Saya minta izin tanya kt ustad tentang madad. Isunya ada video habib ali al jufri madad kpd Sayyiduna Hussein dan saya tak tahan ada pihak yg mensyiahkan Sayyiduna Hussein dan katakan habib ali al jufri sebagai sesat. Sekarang ni mak kwn saya yg berpegang madad kpd sayyiduna hussein ni sesat. Kalau ada sebarang penjelasan ilmiah yg bole saya berikan kpd kwn saya utk sampaikan kpd mak dia ustad.

JAWAPAN: Madad = pertolongan
Madad Yaa Husain = Minta pertolongan mu Wahai Husain

Apakah hukumnya mengucapkan yang sedemikian?

1) Haram dan syirik SEKIRANYA meni’tiqadkan bahawa Husain*(saya letakkan nama Husain sebagai contoh, bukan merujuk kepada Sayyidinaa Husain cucu RasuulilLaah S.A.W radhialLaahu ‘anhu)(baik ketika hidup mahupun selepas kematian) boleh memberikan bantuan dengan kuasanya sendiri tanpa ada kena mengena dengan Allah SWT.

2) Harus dan tidak syirik SEKIRANYA meni’tiqadkan Husain (baik ketika hidup atau selepas kematian) tidak mampu memberikan apa2 manfaat atau mudarat kecuali dengan izin Allah SWT.

Berbeza dengan fahaman Wahhabi boleh minta pertolongan daripada Husain ketika Husain masih hidup TETAPI haram lagi syirik sekiranya memohon pertolongan Husain selepas Husain meninggal dunia.

Pegangan sebegini hakikatnya boleh membawa kepada kesyirikan kerana menganggap yang hidup boleh memberikan manfaat dan mudarat sementara yang mati tidak, SEDANGKAN i’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah adalah semua makhluk baik yang hidup mahupun yang mati tidak boleh memberikan sebarang manfaat atau mudarat KECUALI dengan izin Allah SWT. Pertolongan daripada makhluk diminta atas dasar usaha dan ikhtiar  dan sebab musabbab semata-mata, bukan kerana makhluk boleh memberikan mudarat dan manfaat. Hakikatnya segala pertolongan adalah daripada Allah SWT. Yang dikatakan pertolongan makhluk hanya usaha ikhtiar dan sebab musabbab semata-mata dan ianya dibenarkan. Keterangan lengkap dengan dalil2 Al-Quran dan Al-Hadith ada diberikan antara lain di dalam kitab Mafaahim Yajibu an Tusohhah KEFAHAMAN2 YANG WAJIB DIPERBERTULKAN oleh Almarhum Sayyid Muhammad ibn Alawi Al-Maliki rahimahulLaah. Al-Quran dan Al-Hadith menceritakan kedua2 iaitu syariat (boleh isti’aanah minta tolong kepada asbaab) dan hakikat (pertolongan sebenar hakikatnya daripada Allah SWT). Sila rujuk kitab tersebut untuk keterangan yang jelas dan terpeinci.

Yang saya sebutkan di atas adalah berkaitan hukum hakam. Adapun berkaitan adakah wajar ia dilakukan? Secara peribadi (bukan tuntutan hukum yang pasti) saya nampak elok jangan dilakukan seruan madad ini terutamanya secara terbuka. Bukan semua perkara yang boleh dilakukan dari segi hukum asal wajar dilakukan secara praktikal. Kebimbangan saya berkaitan غلبة الجهالة kejahilan yang merata yang boleh membawa kepada salah satu daripada dua mudarat:

1) oleh kerana sekarang sudah kurang pengajian tauhid yang menerangkan tentang asas2 penting bahawa “yang baharu” (makhluk) “tidak memberi bekas” (tidak memberi sebarang kesan mudarat atau manfaat) hanya Allah SWT yang “memberi bekas” (memberi kesan mudarat atau manfaat), maka dibimbangi ada antara yang mengucapkan “madad Yaa fulaan” meni’tiqadkan bahawa si fulaan yang memberikan mudarat dan manfaat dan menunaikan hajat tanpa ada kena mengena dengan Allah SWT.

2) dibimbangi menjadi fitnah dan tohmahan daripada orang-orang yang jahil hakikat tauhid atau yang terpengaruh dengan pengajian tauhid 3 yang menghukum syirik perbuatan2 tawassul dan istighaathah sehingga mereka menuduh secara bathil saudara2 seagama mereka sebagai golongan musyrikin – wal ‘iyaazu bilLaah –

وفقنا الله وإياكم لسلوك طريق الحق والرشاد

Penulis : Ustaz Engku Fadzil Bin Engku Ali

16 May 2016 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MENCUKUR SEBAHAGIAN RAMBUT DAN MENINGGALKAN SEBAHAGIAN LAIN

image

MENCUKUR SEBAHAGIAN RAMBUT DAN MENINGGALKAN SEBAHAGIAN LAIN

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Tuan Mufti stail rambut ini haram kah?

JAWAPAN:

Waalaikumusalam wbt,

Kami cenderung bahawa perbuatan ini termasuk dalam makna qaza` yang dilarang Syarak secara makruh.

Daripada Ibn Umar R.anhuma:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ القَزَعِ

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW melarang melakukan al-qaza’.

Hadis riwayat Imam Bukhari (5921) dalam Sahih-nya dan Imam Imam Muslim (2120) dalam Sahih-nya

Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (14/100) menyatakan bahawa qaza’ itu bererti mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian secara mutlak. Sebahagian ulama mengatakan qaza’ itu mencukur bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah. Yang sahih, ialah pendapat pertama berdasarkan penafsiran rawi. Telah ijmak ulama atas hukum makruh tanzih melakukan qaza’ pada bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah kecuali bagi tujuan perubatan (berbekam dll). Larangan ini termasuk ke atas lelaki dan wanita dan hikmahnya dikatakan ialah kerana memburukkan ciptaan, melambangkan kebodohan, dan menyerupai fesyen agama Yahudi.

Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW pernah melihat seorang bayi dicukur sebahagian rambutnya dan dibiarkan bahagian lain. Baginda SAW menegah perbuatan itu dan bersabda:

احْلِقُوهُ كُلَّهُ، أَوِ اتْرُكُوهُ كُلَّهُ

Maksudnya: Cukurlah semuanya, atau tinggalkan semuanya.

Hadis riwayat Imam Abu Daud (4195) dalam Sunan-nya

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 244 (11 APRIL 2016 M / 3 REJAB 1437 H)

Wallahua’lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/bCHkeo

11 April 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah | Leave a comment

APAKAH STATUS HADITH BELAJARLAH ILMU WALAU HINGGA KE NEGARA CINA ?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mengenalpasti akan kesahihan status sebuah adalah penting kerana Nabi SAW telah menceritakan akan ancaman bagi sesiapa yang berdusta dengan hadithnya.

Hadith ini adalah hadith yang masyhur dan diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

اطلُبُوا العِلْمَ ولو بالصينِ

Maksudnya : “Carilah (tuntutlah) ilmu walaupun ke negara Cina”.

Hukum dan pendapat ulama’ terhadap hadith ini

Para ulama’ berbeza pendapat dalam menghukum hadith ini, antaranya ialah :

1) Imam al-Sakhawi : Hadith ini adalah dhaif.[al-Maqasid al-Hasanah, 93]

2) Imam al-Baihaqi : Matannya masyhur dan sanadnya adalah dhaif.[Syu’ab al-Iman, 2:724]

3) Imam al-Zurqani : Hadith ini adalah dhaif.[Mukhtasar al-Maqasid, 109]

4) Imam Ibn Hibban : Hadith ini adalah bathil dan tiada asal baginya.[al-Majruhin, 1:489]

5) Imam al-Syaukani : Hadith ini adalah palsu.[al-Fawaid al-Majumu’ah, kitab al-Fadhail,272]

6) Imam Ibn al-Jauzi : Hukum hadith ini adalah palsu.[al-Mawdhu’at, 1:347]

Tarjih

Setelah melihat kepada hukum dan pendapat para ulama’ terhadap hadith ini, kami memilih untuk menyatakan bahawa hadith ini adalah terlalu dhaif sebagaimana dinyatakan oleh ramai ulama’ walaupun Imam al-Suyuthi berpendapat padanya banyak jalur daripada Anas RA yang memungkinkan hukumya menjadi hasan.[al-Nukat, 43]

Aplikasi Hadith

Antara yang dapat difahami daripada makna hadith ini adalah umat Islam wajib menuntut ilmu, bahkan sifat merantau atau rehlah ‘ilmiyyah merupakan sunnah al-Ulama’ dalam menghasilkan ilmu. Juga dapat difahami betapa jarak antara penuntut ilmu dengan tempat musafir menunjukkan kepayahan penuntut ilmu dalam meraih sebanyak mungkin mutiara-mutiara ilmu daripada para ulama’.

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/sokXcT

Top of Form

1 Comment


11 March 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

QADA PUASA ATAS BILANGAN YANG TIDAK PASTI

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 166 (27 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 17 RABIULAKHIR 1437H)

Soalan:

Assalamualaikum warahmatullah, ,

Saya perlu pencerahan tentang bayar fidyah
Saya tidak pasti tentang bilangan puasa yang ditinggalkan tu. Kalau nak dikira rasanya jumlah bayaran tu mesti agak besar dan saya tak mampu nk lunaskan semua bayaran fidyah tu. Bolehkah saya bayar sekadar yang termampu ustaz? Maafkan atas kejahilan saya tentang pekara ni.

Terima kasih ..

Jawapan:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Jika seseorang itu meninggalkan puasa Ramadhan atas sebab-sebab tertentu, maka dia wajib mengqadakan puasanya itu mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan. Firman Allah SWT:

وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain

Surah al-Baqarah, 2:185

Jika dia merupakan seorang yang memiliki uzur syarie, seperti sakit, lalu dia meninggalkan puasa Ramadhan dalam keadaan dia mampu untuk menggantikannya pada bila-bila waktu selepas Ramadhan, kemudian dia mati. Maka ke atas wali/warisnya untuk menunaikan puasa bagi pihak dia. Daripada Aisyah R.anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang mati sedangkan ke atasnya ada puasa (yang perlu diqadakan) maka walinya berpuasa bagi pihaknya.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Ibn Abbas RA, beliau menceritakan:

جاء رجلٌ إلى النبيِّ صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسولَ اللهِ إن أمي ماتتْ وعليها صومُ شهرٍ، أفأقضِيه عنها ؟ قال: نعم ، قال: فديْنُ اللهِ أحقُّ أن يُقْضَى

Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku sudah wafat dan ke atasnya ada sebulan puasa yang perlu diqada, bolehkah aku menunaikannya bagi pihak beliau? Berkata Baginda SAW: Boleh. Adalah hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Wali bererti kaum kerabat dan keluarga. Perlu diperhatikan bahawa fidyah hanya dibayar jika seseorang yang meninggal sebelum sempat mengqadakan puasanya sedangkan dia mampu untuk berbuat sedemikian ketika hidup.

Para ulama membahagikan kaedah penentuan bilangan hari untuk puasa qada kepada dua; tahdidi dan taqribi.

Tahdidi bererti menentukan dengan tepat bilangan hari yang ditinggalkan, manakala taqribi ialah menggunakan anggaran berapa hari yang ditinggalkan kerana seseorang itu lupa berapa hari puasa yang telah dia tinggalkan.

Guru kami, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti menjelaskan kaedah penentuan secara taqribi ini ialah dengan bertanya kepada seseorang itu seperti ini:

“Adakah telah tinggalkan 50 hari?”
“Terlalu sedikit”
“90 hari?”
“Terlalu banyak”

Maka jumlah taqribinya ialah 75 hari.
Berkenaan dengan fidyah, hendaklah seseorang itu berusaha mengqadakan puasanya setiap hari yang mungkin terlebih dahulu. Ini lebih bersifat ihtiyati (berhati-hati) dalam urusan agama berbanding terus membenarkan membayar fidyah sehingga mengabaikan tuntutan qada’.

Selain daripada itu, boleh juga ditanya kepada mufti negeri masing-masing untuk kepastian lanjut.

Semoga usaha kita untuk mengqada puasa-puasa yang lalu menjadi muhabasah kita untuk meraih kebaikan yang lebih besar daripada Allah SWT pada masa akan datang.

Wallahua`lam.

 

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

27 January 2016 Posted by | Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Apakah seorang Muslim boleh memberikan ucapan sempena perayaan keagamaan kepada penganut bukan Islam?

(Oleh Bahagian Dakwah, JAKIM)

ISU: Apakah seorang Muslim boleh memberikan ucapan sempena perayaan keagamaan kepada penganut bukan Islam? Apakah seorang muslim dibenarkan untuk turut serta dalam perayaan keagamaan agama lain seperti Krismas,Thaipusam dan lain-lain?

PENJELASAN:
Persoalan ini telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 yang membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa: Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 juga telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa: Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1.Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.
3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini. Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan; iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”. Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

Wallahu a’lam.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/apakah-seorang-muslim-boleh-memberikan-ucapan-sempena-perayaan-keagamaan-kepada-penganut-bukan-

25 January 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Hukum Mengadakan Majlis Tahlil

Q & A Bersama Felo Penyelidik Fatwa

Submitted by FatwaMalaysia on 26 May 2014 – 8:26am

ISU:

Mohon penjelasan hukum mengadakan majlis tahlil untuk arwah.

PENJELASAN:

Tahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur’an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia. Antara kandungan ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah la ilaha illallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat. Hukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak.

Kalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya. Sementara berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang disarankan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Qur’an: (Surah Muhammad :Ayat 19): “Oleh itu tetapkanlah pengatahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)” Dalam Surah al-Hasyr, ayat 10 “Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata, “Wahai Tuhan kami, Ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan Kami sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu” Dan dalam Surah Ibrahim disebut: “Wahai Tuhan kami! berilah keampunan kepadaku dan kedua-ibubapaku serta orang-orang yang beriman, pada berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

Sementara menjemput orang ramai dan menjamu dan memberi makan adalah sesuatu yang digalakkan sepertimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi, “Memberi makan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali ataupun tidak” (hadis riwayat Bukhari)

Namun antara perkara-perkara yang harus diambil perhatian ketika membuat tahlil ialah:

i.Tidak mengadakan khenduri dengan perbelanjaan dari harta pusaka si mati yang warisnya masih belum baligh.

ii. Tidak menetapkan hari-hari tertentu seperti 3 hari, 7 hari, 40 hari atau 100 hari.

iii.Tujuan dan tumpuan utama tahlil adalah terhadap doa dan zikir dan bukannya terhadap jamuan yang diadakan. Sekiranya baru kematian, sebaiknya makanan disediakan oleh jiran dan rakan dan bukannya dari kalangan ahli waris.

iv.Tidak melibatkan pembaziran

v. Tidak meratapi kematian arwah

Wallahu a’lam

24 January 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

HUKUM PEMBERIAN DAGING AKIKAH DAN KORBAN KEPADA NON-MUSLIM


Mufti Wilayah Persekutuan

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 152 (14 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 4 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN:

Assalamualaikum Y.Bhg. Datuk,

Saya ada satu soalan berkaitan dengan daging aqiqah dan korban sama ada ia boleh diberi kepada bukan Islam untuk memakannya.. Kalau ada perbezaan antara keduanya mohon pihak ustaz terangkan dengan jelas.

Terima kasih.


JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Hukum ini ada khilaf dalam kalangan ulama. Sebahagian mereka seperti dalam mazhab al-Syafie melarangnya sama ada bagi korban nazar dan korban sunat, manakala mazhab Hanafi membenarkan. Para ulama yang tidak membenarkannya juga menqiaskan daging korban dengan daging akikah. Sila rujuk Garis Panduan Ibadah Korban yang dikeluarkan oleh JAKIM pada pautan berikut: http://www.e-fatwa.gov.my/…/gp_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf

Walau pun begitu, ada beberapa keadaan bila maslahah manusia tanpa mengira agama wajar dipertimbangkan dalam isu ini. Misalannya, jika sekumpulan pendakwah pergi ke perkampungan orang asli yang bercampur antara muallaf dan belum masuk Islam, tentu barang pasti adalah wajar untuk diedar daging korban yang dibawa kepada semua penduduk sebagai wasilah yang melembut hati mereka terhadap Islam.

Wallahua`lam.

Ps: Soalan ini telah dijawab oleh S.S. Datuk Mufti dalam siaran slot Medan Fatwa, Cinta Ilmu di TV al-Hijrah. Wallahua`lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/VwUMJv

14 January 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food)

Oleh Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

image

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.

2. Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.

3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak.

17 December 2015 Posted by | Fatwa | Leave a comment

Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan (HALAL).

Rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/…/hukum-memakan-dagingisi-belangk…

15 December 2015 Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Apakah Hukum Membaca Al-Quran Dengan Tujuan Memenangkan Masjid Al-Aqsa – Laman Web PMWP

(DITULIS OLEH UMAR MUKHTAR BIN MOHD NOOR PADA 06 NOVEMBER 2015. DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA)

Soalan:

Adakah harus membaca Al-Quran dengan tujuan memenangkan Masjid al-Aqsa?

Jawapan:

Sebelum berbicara lebih jauh, suka ingin kami nyatakan bahawa hukum menziarahi Masjid al-Aqsa pada masa kini telah kami bincangkan pada artikel Bayan Linnas siri ke-15[1] dan suka juga di sini ingin kami kemukakan beberapa kelebihan Masjid al-Aqsa agar menjadi pedoman buat kita semua. Antara kelebihan-kelebihan Masjid al-Aqsa yang warid di dalam Al-Quran dan hadis ialah:

Kiblat pertama umat Islam sebelum diperintahkan untuk menghadap Kaabah.
Tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Solat di dalam Masjid al-Aqsa lima ratus (500) kali lebih afdhal berbanding solat di tempat lain kecuali di Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi.

Berkenaan apa yang terjadi sekarang ini iaitu Masjid al-Aqsa dikuasai oleh rejim Zionis, ianya amat menyedihkan kerana jika dinilai melalui sejarah ketamadunan manusia dan hakikat sebenar, umat Islam sebenarnya yang layak untuk memiliki Masjid al-Aqsa.

Mengenai persoalan di atas, iaitu hukum membaca Al-Quran sebagai salah satu daripada niat untuk mendapat hajat bagi memenangkan Masjid al-Aqsa, dalam isu ini kami berpendapat ianya termasuk dalam bentuk tawassul yang dibenarkan.

Tawassul dari segi segi bahasa bermaksud mendekatkan diri. Manakala dari segi istilah, ia bermaksud menjadikan sesuatu amalan sebagai perantara atau penyebab untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pendapat yang lain mengatakan bahawa tawassul itu adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan meminta doa daripada orang soleh yang masih hidup, dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT dan juga dengan amal soleh yang dikerjakan. Ketiga-tiga bentuk tawassul ini adalah yang dibenarkan oleh syara’ tanpa khilaf. [Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah. Wizarah al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah al-Kuwait, 14/149-150]

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, dalam isu ini terdapat dua (2) jenis tawassul yang dibenarkan iaitu:

Pertama: Bertawassul dengan amal soleh dan hal ini berbetulan dengan sabda Nabi SAW dari Ibn Umar R.Anhuma diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari[2] Rahimahullah di dalam sahihnya yang mana mengisahkan tiga orang yang terperangkap di dalam gua dan kemudian setiap dari mereka bertawassul dengan amal soleh masing-masing dan akhirnya Allah SWT menyelamatkan mereka.

Di dalam hadis tersebut diceritakan bagaimana pemuda pertama bertawassul dengan amal solehnya iaitu mentaati kedua orang tuanya. Pemuda kedua pula bertawassul dengan amal solehnya yang mana dia dahulu pernah hampir melakukan zina kemudian ditinggalkannya kerana takut akan azab Allah SWT. Manakala pemuda ketiga pula bertawassul dengan amalan solehnya dengan mengatakan beliau seorang yang amanah. Memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya. Mereka bertawassul dengan amal soleh mereka masing-masing dan sedikit demi sedikit batu yang menutup pintu gua tempat mereka terperangkap terbuka.

Ini menunjukkan keberkesanan tawassul dengan amal soleh, yakni dengan menjadikan amal soleh sebagai perantara di dalam doa kita dan kesannya dapat dilihat dengan cepat. Di dalam konteks ini, kita menjadikan amal soleh kita membaca Al-Quran sebagai perantara dalam doa untuk menunaikan hajat kita.

Justeru apa yang boleh dilakukan di sini setelah membaca Al-Quran, hendaklah kita berdoa kepada Allah SWT dengan perantaraan amal soleh bacaan kita tadi semoga Allah SWT memenangkan Masjid al-Aqsa. Mudah-mudahan dikabulkan, InsyaAllah.

Kedua: Ayat Al-Quran itu sendiri menjadi kalamullah dan kita memohon mewakili nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang terdapat di dalam Al-Quran. Maka ia diizinkan oleh Islam lebih-lebih lagi kalam-Nya itu bersifat mukjizat. Ianya berdasarkan firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَاۖ

Maksudnya: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,”

(Al-A’raaf: 180)

Justeru, perbuatan seperti ini tidaklah menyalahi syara’ kerana padanya terdapat ciri-ciri tawassul yang dibenarkan (masyru’). Wallahu a’lam.

Saya tertarik dengan pendapat yang telah dikeluarkan oleh Fadhilah al-Syeikh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi Hafizahullah apabila ditanyakan adakah harus membaca al-Quran bertujuan memenangkan Masjid al-Aqsa. Syeikh berkata:

“Membaca Al-Quran adalah adalah ibadat kepada Allah. Maka tiadalah halangan bagi pembaca Al-Quran berniat ibadat dallam bacaan ini untuk memenangkan al-Aqsa. Ini dengan makna mendekatkan diri kepada Allah dengan bacaan ini. Seterusnya bertawassul dengannya mengharapkan daripada Allah kemenangan bagi Masjid al-Aqsa. Seperti yang dimaklumi bahawa harus tawassul kepada Allah dengan amal yang soleh. Jadilah bacaan dengan niat ini gambaran daripada gambaran yang baru dalam bentuk menolong Masjid al-Aqsa dan juga medatangkan dengan cara-cara yang baru.”

Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita lebih cakna ,mengasihi dan mencintai Masjid al-Aqsa dan mengambil peduli apa yang berlaku terhadapnya. Semoga suatu hari nanti, Masjid al-Aqsa akan bebas dari cengkaman Yahudi Zionis dan kita semua dapat solat di dalamnya dengan penuh rasa ketenangan. Ameen.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
6 November 2015 bersamaan 24 Muharram 1437H.

[1] http://muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=223

[2] Ianya merupakan hadis yang sangat panjang. Kami hanya menukilkan isi penting daripada hadis tersebut untuk perbincangan kita kali ini. Adapun hadis ini al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya di dalam Kitab al-Riqaq, Bab Qissatu Ashab al-Ghar wa al-Tawassul bi Solih al-A’mal, No. Hadis: 2743.

30 November 2015 Posted by | Fatwa, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

HUKUM SHISHA MENURUT PANDANGAN SYARAK

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah HARAM. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;

“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Kaedah Usul Fiqh:

سد الذريعة – iaitu “Menutup pintu kerosakkan”
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-shisha-menurut-pandangan-syarak

5 August 2015 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah | Leave a comment

Menggunakan Peralatan Pejabat Untuk Kegunaan Peribadi | Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Sumber : Blog Fatwa Malaysia

ISU:

Berkenaan penggunaan barang-barang pejabatsebagai contoh mencetak beberapa dokumen peribadi dalam kuantiti yangsedikit dan penggunaan internet untuk memuat turun sebarang mediaseperti video dan audio ilmiah berkaitan agama/lain2.jadi bagaimanakah saya hendak menggantikan atau keluar dari kesalahan ini jika telah melakukannya.Perlukah saya mengganti dalam apa-apa bentuk gantian? Salahkah?

Berkenaan makanan lebihan dari kursus/mesyuarat yang diadakan di pejabat lalu dimakan oleh kakitangan pejabat yang lain.Kami juga makan makanan lebihan tersebut yang mana jika yang mengadakan mesyuarat itu adalah bahagian/seksyen lain dan mahupun yang diadakan oleh seksyen sendiri.Apakah hukum dalam hal ini?

Saya berkerja di sesebuah seksyen di pejabat kerajaan.seksyen ini dianggap sibuk dan banyak kerja. Alhamdulillah saya buat kerja dengan baik, soalnya disini sampai satu ketika kadang-kadang tiada kerja untuk dibuat disebabkan beberapa perkara yang perlu menunggu urusan dari pihak lain untuk diambil tindakan.jadi tidak ada kerja yang nak buat.adakah salah jika saya tidak membuat apa-apa kerja waktu itu.? atau perlu saya mencari kerja lain?

PENJELASAN:

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 58, yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” Abdullah bin Umar melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang yang tidak amanah.” Hadis sahih direkod oleh al-Munziri.

Isu 1:

Menggunakan kemudahan di pejabat untuk kegunaan peribadi adalah dilarang. Ini disebabkan segala kos yang ditanggung di pejabat menggunakan dana awam, ia hanya digunakan untuk keperluan tugas. Sekiranya kegunaan pejabat telah digunakan untuk kegunaan peribadi, maka ia perlu dibayar ganti rugi. Bayaran ganti rugi boleh dibincangkan dengan Ketua Jabatan.

Isu 2:

Pembaziran merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 27, yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” Lebihan makanan dari kursus/mesyuarat yang diadakan di pejabat dilarang daripada dibuang begitu sahaja. Tidak menjadi kesalahan lebihan makanan itu dimakan oleh kakitangan lain yang tidak terlibat dalam kursus/mesyuarat tersebut. Dalam masa yang sama pihak penganjur kursus/mesyuarat wajib mengurus kewangan yang ada bagi memastikan ia tidak digunakan secara berlebihan.

Isu 3:

Bidang tugas dan peranan seseorang dalam sesuatu Jabatan adalah mengikut perjanjian antara Ketua Jabatan dan pekerjanya. Selama mana gaji yang diterima itu berdasarkan kontrak kerja yang disepakati, maka tidak menjadi kesalahan kepada pekerja menerima gaji, walaupun dalam keadaan tertentu terdapat sela waktu, pekerja tiada urusan untuk dilakukan. Namun, masa ketiadaan tugas untuk dilakukan perlu diisi untuk keperluan Jabatan mengikut tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan daripada semasa ke semasa.

Wallahua’lam.

24 July 2015 Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.

2. Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.

3. Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.

Rujuk : Portal e-fatwa – http://bit.ly/1HG4xKG

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

1 June 2015 Posted by | Fatwa, Ibadah | | Leave a comment

Mengahwini perempuan yang mengandung anak luar nikah

Kahwind peremupuan mengandung

 

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

30 March 2015 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Muamalat (Keluarga), Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

ADAB-ADAB MUFTI

1. Al hafiz al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya "Al Faqih wa al Mutafaqqih" dari Imam Syafi’i radiyallahu ‘anhu berkata "

Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif dengan Kitab Allah (al Quran), nasikh dan mansukh, muhkam dan mutasyabih, ta’wil dan tanzil, makkiyyah dan madaniyyahnya; apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan.

Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam; nasikh dan mansukhnya; Pengetahuannya mengenai hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan seluk beluk syair, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran.

Disamping itu, dia juga MESTI MENAHAN DIRI DARIPADA (SERONOK) BERCAKAP. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulamak, selain harus memliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbath).

Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram. Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi TIDAK dibenarkan untuk berfatwa"

2. Al-Qodhi ‘Iyadh r.h.l. meriwayatkan, Ibn Wahab r.h.l. juga pernah berkata:

"Andai Allah s.w.t. tidak menyelamatkan saya dari kesesatan melalui Imam Malik dan Al-Laith r.h.l., nescaya saya akan sesat."
Beliau ditanya: "Mengapa begitu?" Beliau menjawab: " Saya telah menghafal banyak hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam), sehingga timbul pelbagai persoalan. Kemudian, saya pergi ke Imam Malik dan Al-Laith untuk bertanya mengenainya, maka mereka berkata kepada saya: "Hadis ini kamu amalkan dan ambil ia sebagai hujah, dan hadis yang ini pula kamu tinggalkan (tidak perlu menggunakannya)."

3. Sufian bin ‘Uyainah pernah berkata:

"Hadis itu menyesatkan kecuali kepada Al-Fuqoha’ (ulama’ ahli Fiqh). Kadangkala, suatu hadis itu tidak boleh dipegang secara zahir sahaja, malah ada ta’wilannya. Kadangkala, sesuatu Hadis itu pula ada maksud yang tersembunyi. Ada juga Hadis yang perlu ditinggalkan dengan sebab-sebab tertentu, yang mana, semua itu hanya diketahui oleh orang yang mahir dan berilmu luas khususnya dalam Fiqh (kefahaman)."

4. Ibn Rusyd r.h.l. pernah ditanya tentang kata-kata: "

Hadis itu menyesatkan kecuali bagi ahli Fiqh". Beliau ditanya lagi: "Bukankah seorang ahli Fiqh itu juga perlu tahu mengenai Hadis terlebih dahulu.?!" Beliau menjawab: "Kata-kata itu bukanlah dari Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam), ia merupakan kata-kata Ibn ‘Uyainah r.h.l. dan ahli-ahli Fiqh yang lain.

Maksud kata-kata itu tepat, kerana kadangkala, sesuatu hadis itu diriwayatkan dalam sesuatu keadaaan yang khusus, tetapi maknanya umum, begitu juga sebaliknya. Ada juga Hadis yang Nasikh dan Hadis yang Mansukh (tidak digunakan lagi). Kadangkala pula, ada hadis yang secara zahirnya seolah-olah menyerupakan Allah dengan makhluk (Tasybih). Ada juga hadis yang maksudnya hanya diketahui oleh para ahli Fiqh sahaja.

Barangsiapa yang hanya mengumpul hadis tetapi tidak memahaminya tidak dapat membezakan antara hadis yang maksudnya umum atau khusus. Oleh kerana itu, ahli Fiqh (Faqih) itu bukanlah orang yang sekadar mengetahui tentang Hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) sahaja, bahkan memahaminya secara mendalam.

Jika seseorang itu tdak mampu memahami secara mendalam dalam masalah hadis mahupun Fiqh, maka dia bukanlah seorang ahli Fiqh (Faqih), walaupun dia mengumpul banyak Hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam). Inilah sebenarnya maksud kata-kata Sufian bin ‘Uyainah.

5. Kewarakan Salafussoleh Yang Pakar Takut Untuk Berfatwa

Dari Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhu, mereka berdua berkata, "Barangsiapa yang berfatwa pada setiap masalah yang ditanyakan kepadanya, maka ia adalah orang gila"

Mus’ab berkata : "Imam Malik pernah ditanya tentang satu soalan,kemudian beliau menjawab : "Saya tidak tahu". Kemudian si penanya, salah seorang berpangkat berkata : "Itu soalan yang remeh dan mudah, yang aku kehendaki adalah untuk memberitahu Amir (Khalifah) bahawa engkau telah memberikan jawapannya".

Lalu Imam Malik menjadi marah seraya bertanya : "Soalan remeh dan mudah katamu.. ? Ilmu pengetahuan (agama) tidak ada yang remeh, apakah kamu tidak mendengar firman Allah Ta’ala yang bermaksud "Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan (wahyu) yang berat". (Al Muzammil :5). Semua ilmu pengetahuan berat, tidak ada yang remeh, apatah lagi jika soalan yang ditanya orang".

Salah seorang murid Imam Malik berkata : "Perkataan yang paling banyak diucapkan oleh Imam Malik ialah : "Tiada daya dan upaya, melainkan dengan (pertolongan) Allah Subahanahu Wa Ta’ala".

Sumber rujukan :

1. Al Qadhi ‘Iyadh "Tartib Al-Madarik"
2. Imam ibn Abi Zaid Al-Qairawani, "Al-Jami’" m/s 118
3. Abu ‘Abbas Al-Wansyarishi "Al-Mi’yar Al-Mu’rab" jilid 12 m/s 314

Wallahua’lam bissowab.

Oleh: Ustaz Zamihan Al-Ghari

28 March 2015 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Pandangan Mengenai Golongan Wahabi oleh Majlis Fatwa

Oleh: FatwaMalaysia  23 December 2013 – 11:09am

ISU:

Apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi?

PENJELASAN:

Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab , mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.

Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.

Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi’i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi.

Banyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat. Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bid’ah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.

Dalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid’ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat yang dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membid’ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama’ah.

Contoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat berkaitan ‘tangan dan wajah Allah’, istiwa’ dan lain-lain. Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta’wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf dan khalaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.

Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

Memandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian sejak beratus tahun lalu bahawa aliran yang harus diikuti ialah mazhab Shafi’i dan dalam akidah aliran Ash’ari dan Maturidi dan ianya telah menghasilkan perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam, baik dalam ibadah, muamalah dan lain-lain sehingga memberi ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dan negara, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman dan amalan agama di Malaysia.

Manakala mereka yang berzikir secara sendiri-sendiri selepas solat tidak semestinya dari aliran Wahabi. Namun sekiranya mereka membid’ahkan orang yang berzikir secara berjamaah selepas solat berkemungkinan besar ia dari golongan tersebut.

Wallahu A’lam.

6 February 2015 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

DALIL BAGI ORANG AWAM IALAH FATWA DARIPADA PARA MUJTAHID

Pernyataan Imam Asy Syatibi mengenai orang awam yang tidak mampu menjadi mujtahid.

Kerana bagi Imam Asy Syatibi cukup dengan fatwa para mujtahid sebagai dalil untuk orang awam.

Kata Imam Asy Syatibi :

Fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi para orang awam bagaikan dalil syariat bagi para mujtahidin. Adapun alasannya ialah ada atau tidak adanya dalil bagi orang yang taqlid (muqollid) adalah sama sahaja kerana mereka sedikit pun tidak mampu mengambil faedah darinya. Jadi masalah meneliti dalil dan istinbath bukanlah urusan mereka dan mereka tidak diperkenankan melakukan hal tersebut. Dan sungguh ALlah subahanahu wa ta’ala telah berfirman (yang bererti) :

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui “.(Surah an Nahl :43)

Orang yang taqlid bukanlah orang yang alim. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahli ilmu. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya urusan hukum agama secara mutlak. Jadi kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti syarak.

Rujukan: (Al Muwafaqah, Karya Asy SYatibi, Jilid IV hlmn 290)


8 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

WAHHABI/SYIAH/LIBERAL/PLURALISME MENYERANG, KITA MENJAWAB DENGAN TERANG SUPAYA KEBATILAN TERPADAM.

Alhamdulillah, Sila muat turun pdf Ahlus Sunnah Wal Jama'ah secara PERCUMA menjawab Wahhabi dan Syiah. (Y)

AL BAYAN - terbitan Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq. 

1. Maulidul Rasul 
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_1_maulidurrasul_.pdf

2. Talqin dan 100 Kitab Menolak Wahhabi
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_2_talqin_dan_100_kitab.pdf

3. Doa Qunut, Zikir dan Wirid 

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/al-bayan_3_qunut_zikir_dan_wirid_bidah.pdf

4. Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_4_amalan_sunnah_.pdf

5. Kenduri Arwah, Menziarahi Maqam Nabi, Menggerakkan Jari Ketika Tahiyyat
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_5_kenduri.pdf

6. Menjawab Persoalan Tawassul

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_6_tawassul.pdf

7. Tareqat dan Tasawwuf
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_7_tariqah_dan_tasawwuf.pdf

8. Barzanji
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_8_berzanji_2009.pdf

9. Menjawab Persoalan Bid'ah

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_9_bidah.pdf

10. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_18_akidah_ahli_sunnah_ok.pdf

11. Kepentingan Mazhab

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14_mazhab.pdf

12. Bahaya Islam Liberal

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_21_bahaya_Islam_libral_adli_712.pdf

13. Kebatilan Aqidah Syiah

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/kebatilan_akidah_syiah_22_.pdf

14. Kebatilan Aqidah Syiah 2

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/akidah_syiah_2_23_.pdf

Sumber : http://mufti.johor.gov.my/terbitan/al-bayan

SILA MUAT TURUN DAN SEBAR-SEBARKAN !.

WAHHABI/SYIAH/LIBERAL MENYERANG, KITA MENJAWAB DENGAN TERANG SUPAYA KEBATILAN TERPADAM.

Alhamdulillah, Sila muat turun pdf Ahlus Sunnah Wal Jama’ah secara PERCUMA menjawab Wahhabi dan Syiah.

AL BAYAN – terbitan Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq.

1. Maulidul Rasul
http://mufti.johor.gov.my/…/te…/albayan_1_maulidurrasul_.pdf

2. Talqin dan 100 Kitab Menolak Wahhabi
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_2_talqin_dan_100_kitab.…

3. Doa Qunut, Zikir dan Wirid

http://mufti.johor.gov.my/…/al-bayan_3_qunut_zikir_dan_wiri…

4. Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu
http://mufti.johor.gov.my/…/te…/albayan_4_amalan_sunnah_.pdf

5. Kenduri Arwah, Menziarahi Maqam Nabi, Menggerakkan Jari Ketika Tahiyyat
http://mufti.johor.gov.my/…/…/terbitan/albayan_5_kenduri.pdf

6. Menjawab Persoalan Tawassul

http://mufti.johor.gov.my/…/dokumen/…/albayan_6_tawassul.pdf

7. Tareqat dan Tasawwuf
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_7_tariqah_dan_tasawwuf.…

8. Barzanji
http://mufti.johor.gov.my/…/ter…/albayan_8_berzanji_2009.pdf

9. Menjawab Persoalan Bid’ah

http://mufti.johor.gov.my/…/do…/terbitan/albayan_9_bidah.pdf

10. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_18_akidah_ahli_sunnah_o…

11. Kepentingan Mazhab

http://mufti.johor.gov.my/…/…/terbitan/albayan_14_mazhab.pdf

12. Bahaya Islam Liberal

http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_21_bahaya_Islam_libral_…

13. Kebatilan Aqidah Syiah

http://mufti.johor.gov.my/…/…/kebatilan_akidah_syiah_22_.pdf

14. Kebatilan Aqidah Syiah 2

http://mufti.johor.gov.my/…/dokumen/…/akidah_syiah_2_23_.pdf

 

Sumber : http://mufti.johor.gov.my/terbitan/al-bayan

 

SILA MUAT TURUN DAN SEBAR-SEBARKAN !.

 

 

Like · · Share · 9415

18 December 2014 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

Fatwa Selangor Mempertahankan Amalan-amalan Ulama’ dan Umat Islam Yang Sering Dihukum Bid’ah oleh Wahhabi:

 

Fatwa Selangor mengenai ASWJ

FATWA MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’

1. Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak dahulu.

2. Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh mengugat perpaduan umat Islam.

3. Di antara amalan yang di dakwa sebagai bid’ah adalah:

3.1 Membaca Yaasin pada malam Jumaat

3.2 Membaca tahlil dan talqin untuk si mati

3.3 Mengadakan kenduri arwah

3.4 Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun

3.5 Membaca Yaasin 3 kali di malam nisfu Syaaban

3.6 Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah

3.7 Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu

3.8 Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu

3.9 Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat

3.10 Membaca qunut dalam solat Subuh

3.11 Bersalaman selepas solat berjamaah

3.12 Solat sunat sebelum solat Maghrib

3.13 Solat sunat sebelum Jumaat

3.14 Fidyah solat

3.15 Terbatal ‘wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini

3.16 Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat

3.17 Menyapu muka selepas memberi salam

3.18 Akikah dengan kambing sahaja

3.19 Konsep pengamalan Hadith Dhaif .

Al-Ashairah Al-Shafi’iyyah Al-Khalidiyyah

22 November 2014 Posted by | Fatwa, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP”

ISU:

Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?

PENJELASAN:

Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Dua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam. Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.

Keduanya, latarbelakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.

Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’

Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah:113, “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”

Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.

Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau “ kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.

Wallahu a’lam.

SUMBER: e-fatwa JAKIM.
http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-menyebut-rest-peace-rip-kepada-bukan-islam-meninggal-dunia

17 April 2014 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Fatwa Mengenai Harta Haram

Fatwa Mengenai Harta Haram

17 April 2014 Posted by | Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah HARAM. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;

“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Kaedah Usul Fiqh:

سد الذريعة – iaitu “Menutup pintu kerosakkan”
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.

Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-shisha-menurut-pandangan-syarak

14 April 2014 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Apakah hukumnya mencari ilmu melalui media online seperti youtube, baca ebook, dan baca al- Quran dan hadith melalui buku.

Fatwa Malaysia

PERTANYAAN: Sebagai seorang profesional pada saya adalah memadai untuk mendengar ceramah melalui youtube daripada ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia. Dan lagi, apakah orang biasa, yang tiada kepakaran dalam bidang agama tidak boleh bercerita langsung tentang al-Quran atau hadith pada orang lain seperti keluarga sendiri. Mohon penjelasan mengenai perkara ini.

PENJELASAN:

Tidak ada masalah untuk mencari ilmu melalui saluran media kerana ia juga merupakan salah satu jalan untuk kita mendapatkan ilmu. Media tidak lain adalah penghubung antara kita dengan sumber ilmu yang asli seperti penceramah, guru dan lain-lain.

Cuma kekurangan yang ada pada media seperti youtube sebagai sumber ilmu ialah ia tidak bersifat terus (direct) yang menyebabkan tidak ada interaksi yang berkesan berlaku antara pemberi ilmu dengan penuntut ilmu (melainkan media yang bersifat interaktif). Justeru itu penuntut ilmu mungkin sukar mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara sekiranya berlaku kekeliruan dan ketidak fahaman mengenainya.

Keduanya, media merupakan sumber yang amat terbuka. Seseorang yang baru dalam ilmu agama mungkin akan terkeliru dengan pandangan-pandangan yang berbeza dan bertentangan mengenai sesuatu perkara dan mungkin juga akan mengambil sesuatu maklumat dari aliran yang menyeleweng dari kefahaman Islam sebenar.

Namun sekiranya seseorang telah mempunyai latarbelakang keilmuan yang baik tentang agama, penggunaan media adalah sesuatu yang membantu terutama dari segi penambahan dan juga untuk perbandingan. Yang terbaik ialah sebelum kita menggunakan media sebagai wahana ilmu, kita terlebih dahulu mengenali wibawa ilmu (authority) yang sebenar dalam Islam dengan bertanya kepada guru-guru yang mendalam ilmunya. Berdasarkan pengenalan tersebutlah barulah kita memilih untuk mendengar melalui media mereka yang mempunyai wibawa ilmu tersebut.

Tiada masalah untuk orang tidak ada kepakaran dalam agama untuk bercakap tentang al-Qur’an dan hadis kepada keluarga dan kawan-kawan yang rapat. Akan tetapi pastikan kita bercakap dalam ruang ilmu dan kefahaman kita sahaja dan tidak menjangkau kepada perkara yang kita tidak mempunyai ilmu tentangnya.

Al-Qur’an mengingatkan “Jangan kamu berpijak kepada seuatu yang kamu tiada ilmu tentangnya”(al-Isra’ 17:36). Sekiranya ada persoalan yang kita tidak faham, elok dirujuk kepada mereka yang pakar, “Tanyalah kepada mereka yang ahli sekiranya kamu tidak mengetahui,(al-Nahl 16:43)”

Wallahu a’lam.

3 April 2014 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)

Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)
-------------------
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.
 
Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
 
Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.
 
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.
 
Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Rujuk - http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-peralatan-dan-perhiasan-berasaskan-abu-tulang-haiwan-bone-china

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.

Rujuk – http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-peralatan-dan-perhiasan-berasaskan-abu-tulang-haiwan-bone-china

 

28 March 2014 Posted by | Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Orang Hilang–MAFQUD

Mafqud - Orang Hilang

28 March 2014 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh | , | Leave a comment

PERINGATAN RASULULLAH S.A.W: HIBURAN HEDONISTIK MENJADIKAN MANUSIA UMPAMA KERA DAN BABI

Fatwa Malaysia

Emosi manusia dipengaruhi oleh apa yang berada di dalam hatinya. Emosi manusia terkadang ceria, sedih, marah, bosan, dan sebagainya. Apa yang didengar dan dilihat oleh manusia akan mempengaruhi emosinya. Hati perlukan ketenangan untuk menjadi ceria dan gembira. Manusia memerlukan hiburan bagi menceriakan dan menggembirakan hati.

Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT, sesuai dan menepati fitrah manusia. Manusia memerlukan hiburan, maka Islam membenarkan manusia berhibur. Namun Islam memberikan garis panduan agar hiburan yang dilihat dan didengar oleh manusia itu, betul-betul mendatangkan manfaat kepada kehidupan manusia.

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan, "Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan bermain-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum." (Halal dan haram dalam Islam, hlm. 479)

Seorang sahabat Nabi Muhammad saw bernama Hanzalah al-Usaidi melaporkan, "Pada suatu hari, ketika saya sedang berjalan-jalan, saya bertemu dengan Abu Bakar. Beliau bertanya, ‘Apa khabar kamu, wahai Hanzalah?’ Saya pun menjawab, ‘Hanzalah ini sudah menjadi seperti orang munafik!’ Abu Bakar terperanjat, lalu bertanya lagi, ‘Maha suci Allah! Kenapa kamu berkata sedemikian wahai Hanzalah?’ Saya menjawab, ‘Bagaimana saya tidak jadi seperti orang munafik! Apabila kita berada di sisi Nabi Muhammad saw, baginda mengingatkan kita tentang neraka dan syurga sehingga seolah-olahnya kita dapat melihatnya di hadapan mata kita. Tetapi, apabila kita beredar meninggalkan baginda, kita telah dilalaikan dengan anak pinak dan harta benda kita, sehingga kita melupakan peringatan yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad itu.’ Abu Bakar menjawab, ‘Memang benar apa yang kamu katakan itu wahai Hanzalah. Saya pun merasakan seperti itu.’ Selepas itu, kami berdua pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad. Kami duduk di hadapan Nabi Muhammad, lalu saya berkata, ‘Wahai Utusan Allah. Hanzalah sudah jadi seperti orang munafik!’ Baginda bertanya, ‘Apa yang telah kamu lakukan wahai Hanzalah!’ Saya pun menjelaskan, ‘Wahai Utusan Allah. Apabila kami berada di sisi tuan, tuan mengingatkan kami tentang neraka dan syurga sehingga seolah-olahnya kami dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi, apabila kami beredar meninggalkan tuan, kami telah dilalaikan dengan anak pinak dan harta benda kami, sehingga kami melupakan peringatan yang telah disampaikan oleh tuan itu.’ Lantas Nabi Muhammad saw bersabda, ‘Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya. Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan disamakan dengan malaikat di tempat-tempat duduk kamu dan di jalan-jalan kamu. Tetapi wahai Hanzalah, sesaat begini dan sesaat begitu. Sesaat begini dan sesaat begitu. Sesaat begini dan sesaat begitu.’" (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim.)

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis tersebut menunjukkan bahawa sebagai seorang Muslim kita dituntut untuk memperbanyakkan berzikir kepada Allah dan mengingati serta berhati-hati dengan persoalan akhirat. Namun begitu, pada sela waktu tertentu kita dibenarkan untuk meninggalkan perkara tersebut untuk menikmati nikmat-nikmat yang Allah sediakan di dunia ini (Syarah sahih Muslim, jil. 17, hlm. 65).

Walaupun manusia dibenarkan oleh Allah untuk mencari hiburan agar hati menjadi tenang dan mendatangkan keceriaan serta kegembiraan dalam hidup, namun manusia tidak dibiarkan menentukan apa sahaja atas nama hiburan. Apa yang dilihat dan didengar manusia memerlukan panduan daripada Allah; Tuhan pencipta sekalian alam, yang maha mengetahui apa yang mendatangkan manfaat atau mudarat kepada manusia dan kehidupan. Jika dibiarkan manusia bebas memilih bentuk hiburan yang disukai oleh nafsunya, maka kehidupan akan menjadi rosak dan porak peranda.

Hiburan di zaman moden kini yang berteraskan falsafah hedonisme, telah jauh terpesong daripada garis panduan Islam berkaitan hiburan. Hedonisme merupakan satu aliran falsafah yang menjelaskan bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Ia merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia (http://en.wikipedia.org/wiki/Hedonism).

Aliran falsafah hedonisme mula berkembang di Eropah Barat sekitar kurun 14M dan kemudian menjalar ke seluruh dunia (Wade, I.O, The clandestine organisation and diffusion of philosophic ideas in France from 1700 to 1750, 1967). Pemikiran kafir ini telah lahirkan manusia yang hidup dalam kelalaian, mengamalkan gaya hidup bebas sehingga mengorbankan nilai akhlak mulia yang berteraskan agama.

Hasil pemikiran kafir ini juga melahirkan manusia yang menjadikan keseronokan dan kemewahan yang berlebihan sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian. Konsep hiburan yang lahir daripada hedonisme bukan sahaja gagal memberi ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari manusia, bahkan mencetuskan masalah dan kecelaruan dalam kehidupan.

Penganut hedonisme menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan yang disembah. Oleh sebab itu, hiburan hedonistik bukan sahaja gagal mendidik jiwa, malahan mendorong kepada kelalaian, maksiat dan pergaulan bebas yang akhirnya mengundang kepada gejala sosial yang merosakkan kesejahteraan hidup umat Islam. Arak, dadah, dan wanita seksi yang menjadi teras hiburan hedonistik telah menjadikan kehidupan manusia masa kini punah ranah.

Firman Allah SWT dalam al-Quran; Surah al-Jathiyah ayat 23 yang bermaksud, "Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar). Dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"

Nabi Muhammad saw telah memberikan peringatan, akan ada dalam kalangan orang Islam di akhir zaman yang berhibur melampaui batas agama. Mereka ini dilabel oleh Nabi Muhammad sebagai ‘manusia berperangai kera dan babi’. Abu Malik al- Asy’ari melaporkan, "Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka serta dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.’” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah)

Oleh itu, umat Islam wajib mengembalikan seluruh aspek kehidupan termasuk hiburan, kepada panduan Islam. Hiburan yang dibenarkan Islam adalah hiburan yang mendatangkan manfaat kepada hidup manusia. Sebaliknya, hiburan yang bertentangan dengan Islam, seperti hiburan hedonistik, adalah hiburan yang mendatangkan mudarat kepada hidup manusia.

Info:

Program hiburan yang dibenarkan menurut Perundangan Islam perlu memenuhi ciri berikut:

1) Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

2) Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.

3) Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.

4) Tidak disertai oleh perbuatan haram atau maksiat

5) Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan

6) Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam

Ciri persembahan muzik yang dibenarkan:

1) Tidak menimbulkan gerak geri liar

2) Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat

3) Tidak melalaikan

Ciri persembahan artis yang dibenarkan:

1) Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.

2) Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam

3) Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.

4) Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

Ciri persembahan tarian yang dibenarkan:

1) Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

2) Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

3) Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah. 4) Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan

5) Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan. (JAKIM, Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, 2005)

 

OLEH:

DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN,FELO FATWA

24 March 2014 Posted by | Fatwa, Tazkirah | | Leave a comment

Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam YogurtMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi adalah mutanajjis.Keterangan/Hujah:  Bakteria adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dan tiada nas yang menyebut tentang pengharaman atau statusnya sebagai najis. Walaupun bakteria selalu digambarkan menyebabkan penyakit namun kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah SWT bahawa setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia. Berdasarkan kepada prinsip

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi adalah mutanajjis.

Keterangan/Hujah:

Bakteria adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dan tiada nas yang menyebut tentang pengharaman atau statusnya sebagai najis. Walaupun bakteria selalu digambarkan menyebabkan penyakit namun kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah SWT bahawa setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia. Berdasarkan kepada prinsip ” setiap sesuatu pada asalnya adalah halal ” dan ” setiap sesuatu pada asalnya adalah harus ” maka memanipulasi bakteria baik untuk menafaat manusia adalah tidak bertentangan dengan syariat.

 

 

24 March 2014 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Ibadah | | Leave a comment

Apakah hukum membunuh tikus dengan cara menjemurnya di dalam perangkap di tengah panas terik matahari sekitar 2-3 jam sehingga ia mati kepanasan?

Fatwa Malaysia

PENJELASAN:

Membunuh tikus adalah diharuskan dalam Islam kerana ia termasuk dalam haiwan yang disifatkan sebagai ‘fawasiq’(haiwan yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan).

Di dalam hadis sahih, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: خَمْسٌ فَوَاسِقُ، يُقْتَلْنَ فِي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ: الْحَيَّةُ، وَالْغُرَابُ الْأَبْقَعُ، وَالْفَأْرَةُ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ، وَالْحُدَيَّا

Maksudnya: “Lima haiwan fawasiq (yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan) yang boleh dibunuh di tanah halal dan di tanah haram; ular, gagak, tikus, anjing yang buas/serigala, dan helang”. (Riwayat Muslim, 2/856, no: 1198).

Walau bagaimanapun, kaedah membunuh haiwan-haiwan tersebut hendaklah dengan cara yang tidak menyeksa. Kerana Islam memerintahkan supaya berlaku ihsan dalam setiap pembunuhan.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah memerintahkan berlaku ihsan dalam setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh, maka elokkanlah cara pembunuhan. Dan jika kamu menyembelih maka elokkanlah cara penyembelihan”. (Riwayat Muslim, 3/1548, no: 1955).

Maka tidak diharuskan membunuh tikus-tikus dengan cara menyeksanya seperti menjemurnya di tengah panas terik matahari dalam tempoh yang lama sedangkan terdapat banyak kaedah lain yang lebih baik seperti memukul hingga mati, menggunakan renjatan elektrik dan seumpamanya.

Wallahu A’lam.

21 February 2014 Posted by | Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Apa hukumnya jika kita bekerja di pasaraya yang kerja utamanya perlu menyusun arak?

arak terbuka

 

Fatwa Malaysia

PENJELASAN:

Hukum bekerja di pasaraya secara umumnya adalah dibenarkan walaupun pasaraya itu ada menjual arak dan benda haram lain.

Namun, apabila bekerja secara langsung dengan arak seperti menyusun botol arak atau menjaga kaunter dan menguruskan jual beli arak, hukumnya adalah haram.

Ini berpandukan hadis Nabi Muhammad saw: Anas bin Malik melaporkan, "Rasulullah saw melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

1) Orang yang memerah arak.

2) Orang yang diminta arak diperahkan untuknya.

3) Orang yang meminumnya.

4) Orang yang membawanya.

5) Orang yang meminta dibawa arak kepadanya.

6) Orang yang memberi minum arak kepada orang lain.

7) Orang yang menjual arak.

8) Orang yang mendapat hasil daripada arak.

9) Orang yang membeli arak.

10) Orang yang meminta dibelikan arak untuknya."

Hadis direkodkan oleh Imam Ibnu Majah dan al-Tirmizi.

Wallahu a’lam.

9 February 2014 Posted by | Fatwa, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Apakah hukum melakukan euthanasia pada haiwan yang berada dalam keadaan sakit (contohnya akibat kemalangan) dan tiada harapan sembuh?

Fitrah Islami Online

Fatwa Malaysia

PENJELASAN:

Islam adalah agama yang penuh dengan kerahmatan. Ia bukan sahaja membawa rahmat kepada manusia dan jin, malahan kerahmatannya turut melibatkan makhluk tidak berakal seperti haiwan. Justeru Islam tidak mengharuskan membunuh haiwan tanpa sebab. Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ إِنْسَانٍ قَتَلَ عُصْفُورًا فَمَا فَوْقَهَا بِغَيْرِ حَقِّهَا، إِلَّا سَأَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا ، قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا حَقُّهَا؟ قَالَ: يَذْبَحُهَا فَيَأْكُلُهَا، وَلَا يَقْطَعُ رَأْسَهَا يَرْمِي بِهَا Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Tidaklah seseorang manusia membunuh seekor burung atau yang lebih daripada itu tanpa hak, kecuali Allah akan menyoalnya berkenaan burung itu”. Lalu baginda disoal, “Apakah haknya wahai Rasulullah?”. Sabda baginda, “Hendaklah dia menyembelihnya lalu memakannya, dan jangan memotong kepalanya lalu dibuangnya”. (Hadis riwayat Ahmad, 11/110, no: 6551; Al-Nasa’ie, 7/206, no: 4349. Dinilai sahih oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, 4/261, no: 7574; dan dipersetujui oleh Al-Zahabi).

Berdasarkan prinsip ini, sebahagian ulama termasuk ulama dari mazhab Syafie berpandangan bahawa tidak harus melakukan pembunuhan terhadap haiwan yang sakit demi untuk melepaskannya daripada kesakitan. Kecuali haiwan yang sakit adalah haiwan yang halal dimakan, maka ia boleh diselesaikan dengan cara penyembelihan untuk dimakan dagingnya. Al-Haitami mengatakan, “Dan haram menyembelih haiwan yang tidak boleh dimakan, sekalipun untuk tujuan merehatkannya (daripada kesakitan), seperti himar yang sakit berkekalan”. (Tuhfah al-Minhaj, 9/322).

Pendapat yang sama diutarakan dalam mazhab Hanbali, seperti yang dinyatakan oleh Al-Buhuti, “Dan tidak harus juga menyembelihnya untuk tujuan lain seperti untuk merehatkanya (daripada kesakitan)”. (Kasyaf al-Qina’, 1/55).

Daripada nukilan pendapat di atas, didapati bahawa hukum melakukan euthanasia terhadap haiwan yang sakit adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ia tetap dikategorikan sebagai pembunuhan haiwan, dan ia tetap dianggap satu bentuk penyeksaan terhadapnya.

Justeru selagi haiwan tersebut boleh dijaga dan dirawat, ia hendaklah dibiarkan hidup dan tidak dibunuh. Walau bagaimanapun, pertimbangan antara kemudaratan boleh dijadikan panduan di dalam isu ini. Ini kerana bagi sesetengah kes, membiarkan haiwan yang sakit kritikal tanpa dibunuh adalah lebih menyeksakan haiwan tersebut berbanding dengan melakukan euthanasia terhadapnya. Apatah lagi jika ia memerlukan kos penjagaan yang tinggi malahan berlipat kali ganda daripada harga haiwan tersebut. Dalam kes seumpama ini, pandangan yang mengharuskan euthanasia terhadap haiwan boleh dipakai dengan pertimbangan bahawa kemudaratan membiarkannya hidup lebih besar daripada kemudaratan melakukan euthanasia.

Ini kerana, sekalipun euthanasia adalah satu bentuk pembunuhan atau penyeksaan terhadap haiwan, tetapi ia adalah penyeksaan yang lebih ringan berbanding dengan keseksaan haiwan tersebut jika tidak dibunuh. Maka dalam kes ini, boleh diaplikasikan kaedah feqah, “Menjalankan perkara yang lebih ringan kemudaratannya antara dua kemudaratan”. (Mawahib al-Jalil, 3/236).

Wallahu A’lam.

31 January 2014 Posted by | Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Adakah seseorang itu dibenarkan memberi zakat kepada ahli keluarga yang miskin

Zakat

Fatwa Malaysia

ISU:

Adakah seseorang itu dibenarkan memberi zakat kepada ahli keluarga yang miskin dan menanggung hutang dengan ahli keluarga sendiri untuk menampung kehidupan seharian.

PENJELASAN:

Seseorang yang berada dalam kategori miskin termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat. Sekiranya beliau dalam keadaan menanggung hutang untuk keperluan hidup seharian, maka beliau berada dalam golongan gharimin (orang yang berhutang). Beliau layak menerima zakat daripada kedua-dua kategori.

Ahli keluarga yang berkemampuan sangat digalakkan untuk memberikan zakat kepada keluarga sendiri yang miskin dan menanggung hutang berdasarkan sabda Nabi Muhammad saw, "Pemberian zakat kepada orang miskin mendapat pahala kewajipan zakat, namun memberikan zakat kepada ahli keluarga yang miskin mendapat dua pahala iaitu kewajipan zakat dan menyambung tali sillaturrahim." Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi, dan Ibnu Majah. Syeikh al-Albani mengatakan, hadis ini sahih (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 2, hlm. 734).

Melupuskan hutang daripada orang yang berhutang dengan niat memberikan zakat kepadanya adalah dibenarkan menurut hukum Syarak. Tidak disyaratkan orang yang memberi hutang menyerahkan sejumlah wang sebagai zakat kepada orang yang berhutang , dan kemudian wang itu dibayar semula kepada pemberi hutang. Ini merupakan pendapat sebahagian ulama bermazhab Syafi’i dan ia juga merupakan pendapat Imam al-Hasan al-Basri dan ‘Ata’ (al-Nawawi, al-Majmu’, jil. 6, hlm. 210-211).

Abu Sa’id al-Khudri melaporkan, "Pada zaman Rasulullah saw, seorang peniaga kerugian hasil perniagaan buah-buahan, lalu bertambah-tambah hutangnya. Rasulullah saw bersabda, ‘Berikan zakat saudara sekalian kepadanya.’ Lalu orang ramai pun menyerahkan harta zakat mereka kepada orang berhutang itu. Namun, harta zakat tersebut masih belum mencukupi untuk membayar semua hutang itu, lalu Nabi Muhammad saw bersabda kepada orang yang memberi hutang, ‘Ambillah semua harta zakat tersebut. Hanya itu sahaja untuk menyelesaikan hutang-hutang kamu itu.’" Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim (al-Nawawi, Syarah sahih Muslim, jil. 10, hlm. 218)

Contohnya dalam kes di mana seseorang itu memberi hutang kepada saudaranya(seperti abang/kakak atau adik ipar) dan saudaranya tersebut tidak mampu untuk membayar hutang disebabkan gagal dalam perniagaan atau sebagainya dan jatuh miskin, maka beliau boleh memberi zakat kepada orang yang berhutang tersebut dengan kaedah/ungkapan berikut : "disebabkan aku hendak membayar zakat kepada engkau (nyatakan jumlah hutang tersebut), maka hutang engkau kepada aku yang lepas itu tidak perlu dibayar."

Dalam kes seperti ini kaedah ‘kontra’ adalah sudah memadai. Iaitu pemberi hutang sudah menyempurnakan kewajipan membayar zakat, dan ahli keluarga yang menanggung hutang sudah menyempurnakan kewajipan membayar hutang.

Perbuatan seperti ini adalah termasuk dalam perkara yang dituntut oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud: "Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)."

Wallahu a’lam.

21 January 2014 Posted by | Fatwa, Fiqh, Ibadah | | Leave a comment

Hukum berkaitan Aqiqah

Fatwa Malaysia

ISU:

Mohon penjelasan hukum berkaitan aqiqah.

PENJELASAN:

Berikut dinukilkan penjelasan tentang persoalan aqiqah berpandukan kitab Matla’ al-badrayn karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani:

1) Hukum melakukan aqiqah adalah sunat muakkad. Tuntutan sunat ini ditujukan kepada orang yang wajib memberi nafkah kepada anak cucunya dengan hartanya, bukan harta kanak-kanak tersebut.

2) Bermula tuntutan aqiqah sebaik-baik sahaja anak-anak itu sempurna dilahirkan. Yang afdal dilakukan pada hari ke tujuh dari tarikh hari kelahirannya.

3) Bilangan binatang:

a) Bagi kanak-kanak lelaki dan khunsa adalah afdal dengan dua kibash (kambing) atau dua pertujuh daripada binatang yang harus dijadikan tujuh bahagian seperti unta (lembu, kerbau).

Walaupun begitu, jika hanya berkemampuan dilakukan dengan seekor kibash atau satu pertujuh daripada binatang yang harus dijadikan tujuh bahagian, berhasillah juga tuntutan sunat aqiqah ini.

b) Bagi perempuan memadailah dengan seekor kibash atau satu pertujuh daripada binatang yang harus dijadikan kepada tujuh bahagian.

Wallahu a’lam.

19 January 2014 Posted by | Fatwa, Fiqh, Ibadah | | Leave a comment

Ancaman terhadap orang yang mujaharah (berterang terang) melakukan maksiat.

Fatwa Malaysia

Terdapat sebuah hadis yang menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang bermujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: "Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu." Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi pada pagi hari dia telah membuka sendiri akan dosa tersebut." (H.R. Bukhari dan Muslim). Mohon dapat diberikan pencerahan mengenai hadis ini dan adakah perbuatan merokok boleh tergolong dalam hadis ini.

PENJELASAN:

Hadis tersebut mengandungi ancaman terhadap orang yang mujaharah (berterang-terangan) melakukan maksiat. Perbuatan berterang-terangan dalam melakukan dosa meliputi orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan di khalayak, ataupun orang yang melakukan dosa secara tersembunyi kemudian sengaja menyebarkan maksiatnya di khalayak.

Ancaman tersebut adalah kerana perbuatan menzahirkan dosa merupakan satu maksiat. Jadi orang yang melakukan dosa secara terang-terangan di hadapan khalayak sekurang-kurangnya telah melakukan dua dosa, iaitu (i) dosa perbuatan maksiat; (ii) dosa menzahirkan maksiat. Ibn ‘Abidin mengatakan, "Menzahirkan suatu maksiat adalah maksiat". (Rad dal-Muhtar, 2/77).

Orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan serta sengaja untuk mendedahkan dan menzahirkan maksiatnya di hadapan khalayak adalah lebih dahsyat hukumnya daripada orang yang melakukan maksiat secara tersembunyi dan tidak diketahui orang lain kerana ia boleh mengundang kemurkaan Allah. Ibn Hajar mengatakan, "Sesiapa yang secara niat mahu menzahirkan maksiat dan berterang-terangan dengan maksiat tersebut, dia telah mengundang kemurkaan Tuhannya". (Fathul Bari, 10/488).

Oleh sebab merokok adalah perbuatan yang telah difatwakan pengharamannya oleh banyak badan-badan fiqh dan fatwa di semua peringkat sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa kerana telah jelas perbuatan tersebut mengandungi kemudaratan, maka perbuatan merokok adalah satu dosa dan maksiat.

Justeru perokok (atau sesiapa yang melakukan perbuatan haram) yang mengetahui hukumnya haram, kemudian sengaja menzahirkan perbuatannya di hadapan khalayak boleh termasuk di dalam mereka yang melakukan mujaharah (berterang-terangan) dalam melakukan maksiat, lebih-lebih lagi jika perbuatan tersebut dilakukan secara terang-terangan dan berbangga-bangga serta bermegah-megah dengan perbuatan yang dilakukan.

Wallahu A’lam.

19 January 2014 Posted by | Fatwa, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | | Leave a comment

Hukum Surat & SMS Berantai

Soalan

Apa hukumnya menyebarkan sms ini : " Jurukunci makam Saidina Rasul dr Mekah tlh bertemu dgn Rasulullah smbl berpesan kuat-kuatlah beribadah kerana dunia sudh tua dan goyah. Sebarkn sms ini ke 10 orang, Dalam waktu 10 hari dapat rezeki besar. Kalau tak disebarkn maka dapat kesulitan yang tidak ada henti-hentinya. Ini amanah. wallahualam.."

Jawapan :

Kita sering menerima surat tanpa nama pengirim ini dari semasa kesemasa.Surat ini juga ditabur di masjid-masjid dan tempat-tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana ‘wasiat’ di dalam surat tersebut. Amat malang dalam dunia maju sekarang ini, masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada aqidah) . Berikut kami paparkan contoh surat berantai terkini ( yang sentiasa diubah dan ditambah) , fatwa dari ulama terkemuka Dr Yusof Qardhawi dan juga fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Komen saya

Tidak dapat dinafikan naluri manusia memang ada kelemahan, akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)

Oleh karena ketiga perkara ini hanya semata-mata perasaan yang tidak berpengaruh pada suatu sikap dan perbuatan, maka dimaafkannya oleh Allah.

Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tathayyur (merasa sial) adalah syirik." 3 kali.

Dan Ibnu Mas’ud sendiri berkata: " Setaip orang akan ada perasaan-perasaan ‘sial’, dan lain-lain tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas’ud itu, ialah: setiap orang di antara kita ini ada perasaan-perasaan seperti itu, tetapi perasaan semacam ini akan hilang lenyap dari hati orang yang selalu tawakkal dan tidak membiarkan perasaannya itu tinggal dalam hati.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

27 Jun 2007

Bahagian 1: Contoh surat berantai

SURAT DARI ARAB SAUDI

(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)

Assalamualaikum.         

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad  (Saudi Arabia)

Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.

a) Isteri tidak mendengar suami       

b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin 

c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.   

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyebarkan kepada orang Islam yakni supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di masa bintang terbit dari langit.  Sesudah itu pintu matahari akan turun di atas kepala.

Pesanan Hamba ini         

a) BERSELAWATLAH kepada junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.

b) BERTAUBATLAH Dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.

c) BERSEMBAHYANGLAH Kamu sebelum kamu disembahyangkan 

d) BERZAKATLAH Jangan tinggalkan     

e) JANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Hormatilah mereka.

f) MENUNAIKAN FARDU HAJI Bila berkemampuan.   

UNTUK MAKLUMAT         

1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain.  Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.  Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu.  Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

2) Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.

3. Pada tahun 1977 Tun Dato’ Mustafa bekas Ketua Menteri Sabah menerima surat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada orang lain maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah pertama dari loteri Kebajikan Masyarakat Timur.

4. Zulfikar Ali Bhuto telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya dan menganggap palsu lalu dibuangkan kedalam tong sampah.  Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

5. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak.  Lalu beliau membuat cetakan sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.  Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis yang berakhlak mulia sepertimana yang dituntut oleh Islam.  Baginya  anugerah Allah ini paling agung dan tidak ada bandingnya.

6. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini dari orang yang tidak dikenali lalu beliau tidak mengindahkannya.  Beliau mengatakan yang ianya bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya.  Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit yang ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan.  Setelah 3 minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya masih disimpannya lalu menyuruh sepupunya mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada orang lain.  Seminggu kemudian barulah beliau sembuh sehingga sekarang.

  Banyak lagi contoh-contoh orang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain di mana mereka mendapat malapetaka.  Setelah  kejadian yang menggembirakan dan menakutkan ini, anda jangan lupa mencetak 20 salinan wasiat ini dan disebarkan kepada orang lain dalam masa 90 jam dari masa anda menerima wasiat ini anda akan memperolehi sesuatu dari ALLAH YANG MAHA ESA.

Bahagian 2: Fatwa Dr Yusof Qardhawi

WASIAT PALSU SYEKH AHMAD

Dr. Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN:

Pada suatu saat secara kebetulan saya menerima sepucuk surat dan setelah saya baca, saya merasa bingung mengenai isinya.Karena itu, saya mohon kesediaan Ustaz untuk menjelaskan isi surat tersebut, apakah benar atau tidak.Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa’il khair (pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syekh Ahmad, juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw., yang ditujukan kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat.Juga berisi macam-macam nasihat.Pada bagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay terdapat seseorang yang memperbanyak surat tersebut dan membagi-bagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah; ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya meninggal dunia pada hari itu."

Dalam surat tersebut dikatakan bahwa orang yang telah memperoleh dan membaca wasiat itu tetapi tidak menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah besar.Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebut? Apakah benar atau tidak?

 

JAWABAN:

Memang ramai  orang yang bertanya tentang  wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu.Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.

Untuk memastikan  kebenaran berita yang disampaikan dalam surat  tersebut, saya pernah menanyakan kepada orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta aktivitasnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat

yang menyedihkan itu telah tersebar luas  di negara-negara umat Islam.

Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi wasiat yang diasaskan  pada pendapat  Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya hari kiamat.

Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu mengikuti pendapat  Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, karena Al Qur’an telah mengatakan dengan jelas:

"… boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat waktunya." (Al Ahzab: 63)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda: "Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Muttafaq ‘alaih dari hadits Anas dan Sahl bin Sa’ad)

 

Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, karena kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman: "… Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu …" (Al Maa’idah: 3)

Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.

Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang yang tidak mau menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat

musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal pikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Al Qur’an harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang

yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.

Kalau Al Qur’an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.

Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di negeri ini dan ini karena telah menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu ringgit. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta.

Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat  seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam. Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahwa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat  yang batil itu.

Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadits-hadits sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui  mimpi; pent.) bahwa Rasulullah bersabda:

"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)

Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

———————–

Fatwa-fatwa Kontemporer

Dr. Yusuf Qardhawi

Gema Insani Press

Jln. Kalibata Utara II No. 84 Jakarta 12740

Telp. (021) 7984391-7984392-7988593

Fax. (021) 7984388

ISBN 979-561-276-X

 

Bahagian ketiga: Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),

anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),

adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan

anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."

Wassalam

Sumber :  Ustaz Zainduddin.net

18 January 2014 Posted by | Fatwa, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

Apakah hukum memakai beg atau kasut yang diperbuat daripada kulit haiwan yang tidak disembelih cara Islam.

Fatwa Malaysia

Kulit haiwan yang telah disamak adalah suci, sama ada haiwan tersebut adalah haiwan yang boleh dimakan tetapi mati tanpa disembelih, ataupun haiwan tersebut adalah haiwan yang tidak boleh dimakan, kecuali anjing dan babi.

Ini berdasarkan kepada sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya: “Apa jua kulit apabila disamak maka ia menjadi suci”. (Riwayat Al-Tirmizi, 4/221, no: 1728; Al-Nasai, 7/173, no: 4241; dan Ibn Majah, 2/1193, no: 3609).

Dalam hadis yang lain, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berjalan melalui satu bangkai kambing lalu baginda bersabda, "Kenapa kamu tidak mengambil kulitnya, menyamaknya dan memanfaatkannya?". Mereka menjawab, "Ia adalah bangkai". Lalu baginda bersabda, "Yang haram adalah memakannya". (Riwayat Al-Bukhari, 2/128, no: 1492; dan Muslim, 1/276, no: 363).

Berdasarkan kepada dua hadis di atas, menurut pandangan mazhab Syafie bahawa kulit haiwan yang boleh dimakan tetapi mati tanpa disembelih mengikut syarak dan kulit haiwan yang tidak boleh dimakan (kecuali anjing dan babi) adalah suci sekiranya disamak.

Oleh itu harus memakai dan menggunakan barangan seperti beg, kasut, tali pinggang dan lain-lain yang diperbuat daripada kulit yang telah disamak yang diambil daripada bangkai atau haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak.

Wallahu A’lam.

27 December 2013 Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)

Cicak Tokay

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

20 December 2013 Posted by | Fatwa, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Hukum Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Khutbah Jumaat

Matikan talipon

Adapun perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat boleh diqiyaskan kepada maksud sebuah hadits sahih yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah disampaikan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah), maka dia telah berbuat sia-sia”. (Hadits riwayat Muslim)

Dalam hadits ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan jelas telah menegaskan bahawa barangsiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu ketika khutbah Jumaat itu telah melakukan suatu perbuatan yang sia-sia. Maksud “sia-sia” dalam hadits ini sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini ialah bertentangan dengan sunnah, adab dan mengakibatkan rugi pahala dan kelebihan-kelebihan Sembahyang Fardhu Jumaat walaupun sembahyangnya masih dikira sah.

Menurut ulama, larangan dalam hadits tersebut tidak hanya terbatas terhadap bermain dengan anak batu sahaja, bahkan larangan tersebut menyeluruh terhadap semua perbuatan yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat.

Jika dinilai dan diteliti, perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khutbah dibacakan ini adalah lebih buruk lagi daripada perbuatan bermain dengan anak batu kerana perbuatan seperti bermain game, melayari halaman internet, berkomunikasi melalui halaman rangkaian sosial dan sebagainya itu adalah sangat jelas lebih menghilangkan kekhusyukan dan menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat.

Jadi sangat jelas di sini bahawa perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat adalah suatu perbuatan yang bertentangan dengan sunnah dan adab yang menuntut kita supaya diam dan meninggalkan segala perbuatan yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat. Oleh itu, perbuatan ini sayugianya ditinggalkan kerana ianya mengakibatkan kerugian yang sangat besar, iaitu kehilangan pahala dan kelebihan-kelebihan Sembahyang Fardhu Jumaat.

Perhimpunan Sembahyang Fardhu Jumaat itu bukannya lama, tidak ada kerugian apa-apa jika telefon bimbit ditutup seketika atau langsung tidak perlu di bawa ke dalam masjid. Tinggalkanlah buat seketika segala perkara dan urusan duniawi yang kurang penting apatah lagi yang sia-sia. Hadirkanlah hati dan seluruh anggota tubuh badan zahir dan batin, dan isikan seluruh jiwa raga dengan perisian rasa khusyu‘, taat, taqwa dan penghambaan yang mutlak terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘aala untuk mendengarkan khutbah dan seterusnya mendirikan Sembahyang Fardhu Jumaat.

Sumber: Mufti Brunei

13 December 2013 Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

Pekerjaan di sektor penjualan arak dan judi

Fatwa Malaysia

ISU: Apakah hukum jenis pekerjaan di sektor penjualan arak dan perjudian yang melibatkan individu beragama Islam seperti pelayan bar di kelab malam (bartender) dan pelbagai pekerjaan di premis perjudian berlesen.

PENJELASAN: Tidak harus bagi seseorang Islam untuk bekerja dalam sektor yang melibatkan dirinya dalam hal-hal berkaitan dengan arak, seperti penjualan arak, pemprosesan arak, pengangkutan arak, penyimpanan arak dan seumpamanya.

Larangan ini dinyatakan oleh Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis:

Maksudnya: “Allah melaknat arak, peminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, tukang perahnya, orang yang meminta diperahnya, pembawanya, dan orang yang meminta dibawakan kepadanya”. (Abu Daud, 3/326, no: 3674).

Justeru, bekerja di kelab malam dan premis-premis hiburan yang menghidangkan minuman keras dan menggalakkan aktiviti maksiat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan adalah diharamkan.

Begitu juga dengan sektor perjudian, orang Islam tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam pekerjaan yang berkait dengan perjudian. Ini kerana perjudian adalah satu dosa besar yang dinaskan pengharamannya dalam Al-Quran dengan perintah supaya menjauhinya. Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (Surah al-Maidah: ayat 90).

Justeru, tidak harus bagi orang Islam untuk bekerja di premis-premis perjudian kerana ia dikira sokongan dan kerjasama dalam perkara maksiat. Dalam Islam, sokongan dan kerjasama atas sesuatu aktiviti maksiat adalah dikira sebagai maksiat. Kaedah ini berdasarkan firman Allah Taala:

Maksudnya:“Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”(Al-Maidah: ayat 2).

 

Wallahu A’lam.

4 December 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Khitan – adakah ia ajaran agama?

Fatwa Malaysia

ISU:

Amalan khitan di kalangan kanak-kanak Muslim adalah merupakan tradisi yang sebenarnya tidak diperintah oleh agama, kerana tidak ada sebarang perintah dalam Al-Quran berkenaan dengan khitan.

Amalan khitan adalah satu bentuk pengubahan terhadap ciptaan Allah, sedangkan Al-Quran sendiri di dalam surah Al-A’raaf melarang daripada melakukan pengubahan terhadap ciptaan Allah.

PENJELASAN:

Sumber primer dalam syariat Islam ialah Al-Quran dan Sunah. Sesiapa yang mendakwa bahawa ajaran Islam hanya bersumberkan kepada Al-Quran semata-mata dan menolak ajaran yang terkandung dalam Sunah, maka dia terseleweng daripada agama Islam. Al-Quran sendiri memerintahkan supaya menerima dan mengamalkan apa yang dibawa oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan meninggalkan apa yang dilarang baginda. Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang baginda larang kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya”. (Surah Al-Hasyr: ayat 7).

Al-Quran sendiri memberi ancaman azab terhadap golongan yang mengingkari perintah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sebagaimana firman Allah Taala:

 Maksudnya: “Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (Surah Al-Nur: ayat 63).

Di atas dasar ini, maka syariat Islam adalah bersumberkan kepada Al-Quran dan Sunah, di mana dalam kebanyakan ajaran syariat Islam, sunah merupakan penjelasan dan perincian terhadap perkara-perkara yang disebutkan atau diisyaratkan dalam Al-Quran secara umum. Kedudukan sunah sebagai penjelasan terhadap Al-Quran diakui sendiri dalam firman Allah Taala:

Maksudnya: “Dan kami pula turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya”. (Surah al-Nahl: ayat 44).

 Pensyariatan Khitan

 Berdasarkan prinsip Islam yang mengiktiraf sunah sebagai sumber ajaran, maka sepatutnya tidak ada sebarang keraguan bagi seorang Muslim untuk menerima bahawa amalan khitan merupakan salah satu tuntutan Islam. Berikut adalah sandaran syarak berkenaan amalan khitan:

Hadis Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: “Fitrah adalah lima perkara: khitan, mencukur ari-ari, mencabut bulu ketiak, menggunting misai, dan memotong kuku”. (Riwayat Bukhari, 8/66, no: 6297; Muslim, 1/221, no: 257).

 Amalan khitan juga adalah sunah Nabi Ibrahim a.s., sebagaimana disebut dalam hadis Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: “Ibrahim Alaihissalam berkhitan ketika umurnya 80 tahun”. (Riwayat Bukhari, 4/140, no: 3356; Muslim, 4/1839, no: 2370).

Hadis-hadis di atas adalah sahih malah disepakati akan kesahihannya. Justeru tidak ada sebarang pertikaian dari kalangan ulama Islam bahawa amalan khitan adalah ajaran Islam, cuma terdapat perbezaan pandangan dari sudut perincian sama ada ia wajib ataupun sunat. Adapun secara umum, kesemua ulama Islam mengakui bahawa khitan disyariatkan dalam Islam dan ia menepati fitrah.

Maka adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa khitan hanya amalan tradisi yang tidak ada sandaran dalam Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21-23 April 2009 ketika membincangkan mengenai Hukum Pemotongan Genitalia Wanita berpandangan bahawa berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Manakala amalan Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) adalah bertentangan dengan amalan berkhatan yang ditetapkan oleh Syarak. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Adakah Khitan Mengubah Ciptaan Allah?

Khitan tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah yang dilarang di dalam al-Quran. Ini kerana amalan khitan adalah perintah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang merupakan perintah Allah Taala juga. Sekalipun khitan (bagi lelaki) menyebabkan sedikit pengubahan anggota sulit dengan membuang sebahagian kulit pada kemaluan, tetapi ia merupakan arahan daripada syarak. Justeru, ayat Al-Quran yang melarang melakukan pengubahan ciptaan Allah tidak merangkumi amalan khitan. Imam Nawawi menjelaskan perkara ini:

Maksudnya: “Dikhaskan (dikecualikan) daripada larangan pengubahan ciptaan Allah adalah khitan dan wasm (terhadap haiwan). Maka yang selebihnya adalah termasuk dalam umum celaan dan larangan”. (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzah, 6/177).

Perlu difahami bahawa pengubahan ciptaan Allah kadangkala ia dituntut oleh syarak sendiri jika terdapat nas tentangnya.

Sebagai contoh, memotong tangan adalah satu bentuk pengubahan ciptaan Allah, tetapi ia dituntut untuk dilaksanakan oleh pemerintah terhadap pesalah jenayah mencuri yang mencukupi syarat pelaksanaan hukum hudud. Pengubahan demikian adalah tuntutan syarak.

Begitu juga membuat tindik pada telinga bagi perempuan yang mahu memakai anting-anting, ia adalah satu bentuk pengubahan ciptaan Allah, tetapi syarak mengiktiraf perbuatan tersebut kerana ia diamalkan oleh wanita-wanita sahabat Nabi Sallallahu Alaihi tanpa diingkari, termasuklah amalan khitan, yang walaupun dilihat ada pengubahan ciptaan Allah, tetapi ia dituntut oleh syarak berdasarkan dalil-dalil sahih yang dikemukakan di atas.

 

Wallahu A’lam.

25 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Al Quran Qalam Allah yang Qadim

Surah

Fatwa Malaysia

ISU: Ahlus-Sunnah bersepakat bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah yang Qadim iaitu Ghair Makhluq dan bukan Muhdath (baharu). Bagaimanakah jawapan yang sepatutnya saya berikan buat dakwaan Kristian bahawa analogi (Qiyas) yang sama dapat digunakan buat Nabi Isa a.s. yang bergelar Kalimatullah? Mereka mendakwa dengan hujah yang sama bahawa Nabi Isa itu Qadim bukan makhluk dan bukan baharu kerana Baginda ialah Kalimatullah yang menjadi jasad. Saya mohon pencerahan dan kepakaran tuan. Terima kasih.

PENJELASAN: Apabila al-Qur’an merujuk Nabi Isa sebagai kalimatun min Allah (Surah Ali-‘Imran 3:39) iaitu ‘perkataan dari Allah’, ia merujuk kepada perintah atau wahyu dari Allah yang diberikan kepada Maryam sehingga menjadi asbab Maryam mengandungkan Nabi Isa tanpa melalui perantaraan seorang bapa. Dengan kata lain kalimah di sini menunjukkan salah satu tanda dan ayat dari kebesaran Allah. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan hakikat al-Qur’an kerana al-Qur’an merupakan salah satu dari penzahiran sifat Kalam Allah yang qadim. Sedangkan Nabi Isa adalah seorang manusia termasuk dalam kategori makhluk sebagaimana Nabi-Nabi yang lain.

Istilah yang menggambarkan Nabi Isa sebagai kalimah dalam ilmu tafsir temasuk dalam kategori istilah atau ayat mutashabihat (ayat yang mempunyai lapisan makna) . Maka ia harus di fahami selari dengan ayat-ayat muhkamat (yang jelas maknanya) yang ada dalam al-Qur’an khususnya yang berkaitan dengan Nabi Isa. Misalnya ayat dalam Surah al-Maaidah ayat 17 “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata “sesungguhnya Allah itu ialah al-Masih putera Maryam” dan Surah al-Maaidah, ayat 73 “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga” jelas menafikan pandangan agama Kristian yang mengatakan Isa adalah sebahagian dari hakikat ketuhanan.

Wallahu a’lam

25 November 2013 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Menjual kepingan dinar yang ditulis ayat Quran

Dinar tertulis ayat Quran

Fatwa Malaysia

ISU: Apakah Hukum Menjual Kepingan Dinar Yang Ditulis Ayat Suci Al-Quran Kepada Bukan Muslim

PENJELASAN: Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada umat manusia sebagai hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar. Dengan statusnya sebagai kalam Allah, sebarang ayat daripada al-Quran wajib dimuliakan dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang mencemari kemuliaannya. Justeru, adalah tidak digalakkan membuat cap pada mata wang sama ada dinar/dirham atau mata wang kertas dengan tulisan ayat-ayat al-Quran. Ini kerana ia boleh mendedahkan tulisan ayat-ayat al-Quran kepada perkara-perkara yang merendahkannya.

Berkenaan hukum menjual kepingan dinar atau dirham yang bercap ayat-ayat suci al-Quran kepada orang bukan Muslim, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia diharuskan sekiranya ia termasuk dalam kategori hajat dan keperluan umum yang tidak dapat dielakkan (umum balwa). Pendapat ini dinyatakan oleh sebilangan fuqaha mazhab Syafie. Antaranya:

 

Al-Syarbini menyatakan, “Adalah satu keperluan umum yang tidak dapat dielakkan bahawa ahli zimmah (bukan Muslim) boleh mendapat pemilikan dinar-dinar dan dirham-dirham yang bercap padanya ayat-ayat al-Quran, tanpa ia diingkari oleh seorang pun dari kalangan salaf dan khalaf. Sebahagian ulama terkemudian pula berpendapat bahawa ia dimaafkan kerana keperluan”. (Mughni al-Muhtaj, 2/335).

Yang dimaksudkan dengan keperluan dalam konteks di atas ialah keperluan orang bukan Muslim untuk turut menjalankan urus niaga dinar atau dirham tersebut, sebagai contoh dalam kondisi ia merupakan mata wang yang mudah diurus niaga, di mana jika mereka dihalang untuk menjalankan urus niaga tersebut, ia akan membawa kepayahan kepada mereka.

Justeru, penjualan kepingan dinar dan dirham yang bercap ayat al-Quran kepada bukan Muslim adalah dibenarkan kerana ia boleh dimasukkan dalam umum balwa.

Wallahu A’lam.

15 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Hukum memakan cuka arak putih

white-wine-sauce-step-three

Fatwa Malaysia

ISU: Apakah hukum memakan cuka arak putih?

Ini kerana, cuka daripada sumber apa pun apabila melalui proses penapaian (fermentation), ia tidak memabukkan. Cuma cuka arak putih mempunyai kandungan alkohol tetapi tidak memabukkan.

PENJELASAN: Semua jenis cuka termasuk sejenis cuka yang dipanggil cuka arak putih (white wine vinegar) adalah halal, sekalipun ketika proses pembuatannya ia melalui satu fasa di mana ia menjadi arak sebelum proses penapaian sempurna berlaku sehingga bertukar menjadi cuka.

Walau bagaimanapun jika sekiranya proses perubahan daripada arak kepada cuka adalah melalui proses campuran bahan-bahan luaran, maka mazhab Syafie serta kebanyakan ulama berpendapat bahawa ia haram dimakan.

Hukum ini juga diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 yang memutuskan:

“… bahawa haram menggunakan Cuka Wain (Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar.

Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal”.

Kesimpulannya, cuka arak putih yang terhasil melalui proses pembuatan yang tidak melibatkan campuran bahan luar, adalah halal.

Wallahu A’lam.

12 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Terdapat satu ayat Al-Quran yang menyatakan sihir itu daripada “Malakaini”.

Fatwa Malaysia

Terdapat satu ayat Al-Quran yang menyatakan sihir itu daripada “Malakaini”. Ada yang menyatakan “malakaini” ini bermaksud 2 malaikat dan ada yang kata ianya bermaksud “Malikainee” bermaksud 2 raja (samada raja babylon atau raja jin).

PENJELASAN: Istilah malakaini yang disebut oleh al-Qur’an dalam surah al-Baqarah, ayat 102 merujuk kepada Harut dan Marut yang mengajar sihir pada zaman Nabi Sulaiman. Cerita berkaitan dengan Harut dan Marut sememangnya banyak dari sumber Israiliyat namun tidak dapat disahkan kebenarannya.

Menurut pendangan ahli-ahli tasir al-Qur’an, ada dua perbezaan pandangan berkaitan dengan istilah malakaini ini.

Pandangan pertama mengatakan bahawa istilah ini bermaksud dua malaikat yang bernama Harut dan Marut yang diturunkan Allah. Walaupun keduanya mengajarkan sihir namun tujuan mereka mengajarkan sihir tersebut adalah sebagai cubaan kepada manusia sebagaimana yang disebut dalam ayat 102: “Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu, sebab itu jangan kamu kufur.” Ini merupakan pandangan kebanyakan ahli tafsir.

Namun ada ahli tafsir yang mentafsirkan malakaini dalam bentuk metafora iaitu dua orang manusia yang terkenal kesalihannya sehingga mereka digelar malaikat. Mereka mengajar pelbagai ilmu sehingga ada yang meminta mereka mengajar ilmu sihir. Walaupun mereka mengajarnya namun mereka mengingatkan mereka supaya jangan dipergunakan kepada perkara yang buruk.

Sementara ada juga bacaan berbeza mengenai istilah ini iaitu qiraat Ibn Abbas dan Abu Aswad yang membaca dengan malikaini yang bermaksud dua orang raja yang terdapat pada zaman Nabi Sulaiman.

 

Wallahu A’lam.

9 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Yaqazah-Hukum Bertemu Nabi Secara Jaga (Yaqazah)

Malam Cinta Rasul 5

Dalam Marhaban di sebut “Selamat datang Datuk Hasan dan Husin”

 

Soalan:

Adakah harus dan boleh menerima zikir dan doa daripada Rasulullah SAW pada masa sekarang, waktu yang menerimanya itu jaga atau waktu tidur dalam mimpi?

Jawapan:

Hukumnya harus dan boleh.

Huraian Jawapan:

Berkata Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah bin Syeikh Al Idrus Baalawi yang hidup tahun 978 Hijrah dan mati tahun 1038 Hijrah dalam kitabnya An Nurus Safir ‘An Akhbaril Quranil ‘Asyir:

Adalah Imam Al Hafiz As Sayuti itu ada banyak karamah terbit daripadanya itu, kebanyakannya itu berlaku sesudah ia mati (dan matinya pada tahun 911 Hijrah).

Berkata Al ‘Alamah Syeikh Zakaria bin Syeikh Muhammad Al Mahalli As Syafie bahawa Imam As Sayuti itu telah ditimpa oleh sesuatu perkara yang besar pada suatu masa, maka saya minta daripadanya, menulis surat wasiat atau pesanan kepada sesetengah anak muridnya, melalui saya, maka Imam As sayuti enggan berbuat begitu dan Imam itu telah melihatkan kepada saya akan sehelai kertas yang ditulis dengan tangan Imam itu, bahawa: “Saya telah berhimpun dengan Nabi SAW waktu jaga banyak kali lebih dari 70 kali dan sabda Nabi SAW kepada saya, yang maksudnya:

“Bahawa siapa yang ada keadaannya begini, maka tiadalah ia berhajat pada pertolongan dan bantuan daripada sesiapa.”

Telah dihikayatkan daripada Imam As Sayuti telah berkata:

“Saya telah melihat dalam tidur saya, seolah-olah saya ada di hadapan majlis Nabi SAW, maka saya sebutkan sebuah kitab yang saya telah mula mengarangnya dalam perkara hadis dan sunat iaitu Jam’ul Jawaami’ , maka saya berkata kepada Nabi SAW: Hamba akan bacakan sedikit daripada isi kitab itu, maka sabda nabi SAW: Bawalah kepada saya, hai guru hadis (Ya Syeikhul Hadis).” Berkata Imam As Sayuti: ” Mimpi itu suatu khabar gembira kepada saya lebih besar dari dunia dan seluruhnya.”

Dari kitab Khususiyyatu Yaumil Jum’ah karangan Imam As Sayuti dicetak di Damsyik tahun 1386-1966 Hijrah.

Al Habib Syeikh Abdul Qadir Al Idrus itu juga ada mengarang kitab bernama Ta’riful Ahyai Bifadhailil Ahya’I Kitab “Ahya” karangan Imam Al Ghazali yang mati tahun 505 Hijrah yang terkenal itu dan kisah Imam As Sayuti itu ada disebutkan oleh Syeikh Najmuddin Al Ghazzi dalam kitabnya Al Kawakibus Saairah.

Adalah Al Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas yang empunya ratib bernama ” Ratibul ‘Athas” yang terkenal di Malaysia dan rantau sebelah ini, yang mati pada atahun 1072 Hijrah dan ditanam di Huraidah Hadramaut (Selatan Tanah Arab) , ada berlaku di tangannya beberapa perkara yang ganjil dan pelik atau karamah setengah dari perkara-perkara itu:

1. Apabila Al Habib Umar itu pergi ziarah kubur bapanya Sayyid Abdul Rahman , ia berkata pada kubur bapanya dan ia mengkhabarkan segala perkara dengan penglihatan dan nampak dengan matanya.

2. Kerabatnya berkata sedang kami duduk di rumah kami dan di sisi kami Al Habib Umar Al ‘Athas, maka tiba-tiba ia memerah akan lengan bajunya dengan air bertitik, maka kami bertanya, “Ya Sayyidi, apa air ini?” Ia menjawab, ” Bahawa suatu kumpulan orang kekasih kami, telah rosak perahu mereka di dalam laut Syam (Tanah Hajaz), dan mereka minta tolong daripada kami maka kami datang membantu mereka, mereka dilepaskan oleh Tuhan mereka dari bencana alam, dan basah ini dari air laut itu.”

3. Apabila Habib itu beribadah kepada Tuhannya dengan seorang diri jauh daripada manusia maka Nabi SAW datang kepadanya hal keadaannya nyata dan Nabi SAW menyuruh akan dia mengajak manusia kepada jalan Allah Taala, dan menunjuk dan mengajar mereka. Mengapa saya tiada melihat akan keadaan Rasulullah SAW itu dengan nyata, kerana jikalau terdinding daripada saya oleh Nabi SAW sekejap sahaja, nescaya tiada saya bilangkan diri saya daripada kalangan orang Mukmin, dan mengapa terdinding Nabi SAW daripada saya padahal baginda SAW itu ain wujud saya.

4. Seorang lelaki meminang akan seorang perempuan berkahwin dengannya, maka bapa perempuan dan saudaranya enggan menerimanya, maka ia marah dengan hal yang beraku itu dan ia kembali ke rumahnya dan ia berazam akan membunuh mereka, apabila malam gelap ia menyandang senjatanya dan keluar menuju kepada bapa dan saudara perempuan itu, di antara ia berjalan-jalan tiba-tiba ia merasa seorang yang memegang tangannya seperti harimau yang ganas dan ia berpaling, tiba-tiba ia melihat Habib Umar Al ‘Athas, maka ia tercengang gementar dan Al habib itu berkata, ” Ke mana engkau hendak pergi?” Ia berkata, “Saya ada mempunyai suatu hajat.” Katanya, ” Engkau tiada mempunyai suatu hajat, tetapi engkau keluar ini kerana berbuat begini, begini. Hendaklah engakau kembali ke rumah engkau.” Dan Al Habib itu melepaskan tangannya dan laki-laki itu pun kembali ke rumahnya. Tiada beberapa hari datang bapa perempuan dan saudaranya mengambil hatinya dan menerangkan sebab-sebab penolakan pinangan itu dan meminta maaf. Dan keduanya berkata, “Perempuan itu bagi engkau. Demi Allah kami tiada mengahwinkannya selain daripada engkau.” Kemudian laki-laki itu berkahwin dengan perempuan itu, dan mendapat anak-anak sepertimana khabar gembira yang terbit daripada Al Habib Umar Al ‘Athas itu.

Ini kita petik dari Fathu Rabbin Nas huraian Ratib Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas, telah dihimpunkan oleh Maulana Al ‘Arif Sayyid Hussin bin Almarhum Al ‘Alamah Sayyid Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin Al ‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342 Hijrah.

Dihikayatkan oleh Abu Abdullah Al Qastalani bahawa ia melihat Nabi SAW dalam tidur dan ia mengadukan kepada Nabi akan sengsara hidup dan fakirnya dan papanya. Maka Nabi SAW mengajarkan dia akan suatu doa.

Dari kitab Al Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddis Sayyid Muhammad Bin Ali Khidr yang mati tahun 960 Hijrah, dan Sayyid itu mengulas doa yang di atas ini.

Ketahui olehmu barangsiapa yang menyebut akan ” Asmaul Husna” yang di atas ini, dan dia berperangai dengan perangai kalangan orang-orang yang terpilih daripada hamba Allah, dan beradab dengan adab wali-wali Allah, maka Allah Taala akan hidupkan roh “Asmaul Husna” akan hati orang itu. Dan Allah akan terangkan akan hatinya dengan cahaya hakikat “Asmaul Husna” itu. Dan ia tiada memohon sesuatu daripada Allah melainkan Allah berikan apa yang ia mohon.

Adalah Habib Al Arifbillah Ahmad bin Hussin bin Abdullah Al ‘Athas, datuk kepada Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim bin Ahmad Hussin Al ‘Athas dan Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim rh. Itu pengelola masjid Ba’alawi di Bukit Timah di Singapura. Dan Al ‘Alamah datuk Habib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Haddad Al Haddar, muftikerajaan Johor yang trdahulu itu adalah anak murid kepada Habib Al Arif Ahmad bin Hussin Al ‘Athas.

Berkata habbib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Al Haddad dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil Haqiiqah, Al Arifbillah Habib Ammad bin Hussin Al ‘Athas: Kata Syeikh Muhamad bin ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas bagaimana disebutkan oleh Imam Habib Al ‘Idrus bin Umar Al habsyi bahawa Al Habib Al Arif Ahmad Al ‘Athas itu seorang wali Allah yang mutlak dan dia dibenarkan mengkhabarkan apa perkara yang disembunyikan oleh orang lain.

Adalah Al Habib Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘ Athas itu apabila banyak melihat Rasulullah SAW sehingga berulang-ulang kali semalam hingga tujuh kali.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu apabila ia berasa syak pada suatu hadis maka ia bertanya kepada Nabi SAW.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu dapat mengetahui perkara bohong, katanya saya melihat keluar daripada mulut pembohong itu seperti sesuatu asap.

Al Arifbillah itu dapat mengenal karangan-karangan kitab-kitab ilmu, mana kitab itu ditulis mengikut hawa nafsu atau kerana ta’asub atau lain-lain dari hawa nafsu dan ta’asub.

Al Arifbillah itu dapat memilih mana-mana kitab yang sayugia dibaca dan diamalkan oleh ahli ilmu.

Adalah guru Al Arifbillah Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas itu bernama Ghausu Zamaanih Al Habib Abu Bakar bin Abdullah Al ‘Athas telah memohon pandangan dan pilihan dalam sesuatu perkara kepada Nabi SAW maka Nabi SAW bersabda kepadanya: ” Akan datang kebenaran atau datang isyarat di atas tangan seorang anak-anak kamu.”:

Al Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘Athas berkata adalah roh-roh datang kepada saya pada permulaan hidup saya sebagai suatu utusan sepuak lepas sepuak dan dia bercerita bahawa setengah orang mati lalu kepadanya lepas roh-roh berpisah dari jasad orang-orang mati itu atau lalu malaikat kepadanya dengan mmbawa roh-roh itu. Saya Tanya (Habib Mufti), ke mana roh-roh yang tuan guru lihat tadi? Jawabnya , dia bersiyarat dengan tangannya bahawa roh-roh itu pergi ke pihak kiblat.

Al Arifbillah itu menceritakan kepada (Al Habib Mufti) bahawa Al Arifbillah berhimpun dengan roh-roh “barzzakhiyyah” yang belum masuk ke dalam jasad manusia di dalam suatu perkara berlaku.

Adalah Al Arifbillah itu bangun tidur pada 1/3 yang terakhir dari waktu malam, ia mengambil air sembahyang, dan ia sembahyang dan panjang sembahyangnya itu. Kemudian ia membaca zikir-zikir yang panjang dan mengulang-ulang “Asmaul Husna”, ia bertasbih, ia bertahmid, ia bertakbir pada tiap-tiap “isim” itu. Kemudian ia baca zikir-zikir yang lain kemudian ia baca Quran dengan bacaan sederhana tiada cepat dan tiada lambat dan dia dapat membaca lima juzuk Al Quran sebelum terbit fajar.

Disebutkan bahawa Al Arifbillah dan Al Afiful Munawwar Ahmad bin Abdullah Balkhair sembahyang witir berjemaah dengan membaca 10 juzuk Al Quran.

Adalah wirid Al Arifbillah dalam sehari 25,000 “Lailahaillallah” dan membaca separuh Quran. Adapun usaha Al Arifbillah pada membaca kitab-kitab ilmu dari kitab-kita tafsir, hadis, tasawuf dan lain-lain, maka tiadalah kita ketahui (kata Al habib ‘Alawi) seseorang pun seperti Al Arifbillah itu.

Berkata Al ‘Alamah Muhammad Bifadhlu, saya berhubung dengan Al Arifbillah pada tahun 1316 Hijrah, maka banyak bilangan kitab yang ia baca di hadapan Al Arifbillah dan lain-lain penuntut membaca kitab di hadapannya menunjukkan kitab-kitab yang dibaca dihadapannya itu dari semenjak Al arifbillah balik dari Mekah sehingga tahun itu tiada kurang dari 26 tahun, adalah sangat banyak tiada dapat dikira, kerana tuan guru Al Arifbillah itu tiada sabar dari ilmu dan dari ibadah dan dari zikir, semuanya itu makanan bagi dirinya dan rohnya, dan saya tiada lihat akan seseorang pun tahan mendengar kitab-kitab ilmu seperti tuan guru itu.

Adalah Al Arifbillah itu apabila ia melayan “dhif-dhif” dan tetamu atau utusan-utusan maka ia tiada tahan dari meninggalkan membaca kitab, maka ia letakkan sebuah kitab di atas ribanya dan ia balik-balikan halaman kitab itu, sambil ia melayani “dhif-dhif” itu kerana ia gemarkan ilmu dan kitab-kitab ilmu.

[Dipetik dari Uqudul Almaasi].

Diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im dan Ibnu Basykuwal daripada Imam Sufyan As Tsauri telah berkata, di antara ketika saya mengerjakan haji, tiba-tiba masuk seorang pemuda, dia tiada mengangkat sebelah kaki dan tiada meletakkan sebelah kaki, melainkan ia berselawat atas Nabi SAW dan keluarga baginda.

Maka saya katakan kepadanya: “Adakah dengan ilmu kamu kata begitu?” Pemuda itu menjawab: “Ya”. Kemudian pemuda itu berkata: “Siapa tuan?” Saya menjawab: ” Saya Sufyan As Tsauri.” Ia bertanya: “Dari Iraq ?” Saya jawab: “Ya.” Pemuda itu bertanya: ” bagaimanakah tuan kenalkan akan Allah?” Saya jawab: “Allah memasukkan malam ke dalam siang dan Allah memasukan siang ke dalam malam dan Allah menggambarkan anak-anak dalam rahim.” Kata pemuda itu: ” Wahau Sufyan, tuan belum kenalkan Allah dengan sebenar-benar kenal.”

Saya berkata: ” Bagaimana kamu kenalkan Allah?” Jawab pemuda itu: ” Bifaskhil hammi, wa naqdhil ‘azmi. (ertinya: dengan membuang bimbang dan membatalkan azam.). Dan saya bimbang maka saya buang bimbang itu, dan saya berazam maka dibatalkan azam saya itu, dengan itu saya kenal bahawa bagi saya ada Tuhan yang Esa yang mentadbirkan hal ehwal saya.”

Saya berkata: “Apa itu selawat yang kamu selawat kepada Nabi SAW?” jawab pemuda itu: “Ceritanya begini: Adalah saya pergi kerja dan bersama-sama saya ibu saya, dan ibu saya minta saya bawa dia masuk ke dalam Kaabah. Maka saya bawa ibu saya ke dalam Kaabah, maka ibu saya terjatuh dan bengkak perutnya dan hitam legam mukanya. Maka saya duduk disisinya dengan sedih hati saya, dan saya angkat 2 tangan ke langit dan saya berkata: Ya Rabbi Ya Tuhanku, beginikah Tuhan hamba buat kepada sesiapa yang masuk ke dalam rumah Tuhan hamba (Kaabah), maka tiba-tiba awan naik dari sebelah Tihamah, dan tiba-tiba ada di dalamnya seorang lelaki memakai pakaian putih, dan ia masuk ke dalam Kaabah. Dan ia lalukan tangannya di atas perut ibu saya, maka muka ibu saya menjadi putih dan kesakitannya reda. Kemudian ia berjalan hendak keluar dari Kaabah itu maka saya tarik bajunya dan saya berkata kepadanya: “Siapa tuan yang menolong menyelamatkan saya dari kesedihan saya?” Jawabnya, ” Saya Nabi kamu, Nabi Muhammad yang kamu memberi selawat ke atasnya.”

Maka kata saya: Ya Rasulullah “Fa Ausini” (ertinya mohon beri pesan pada saya). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Janganlah angkat sebelah kaki dan jangan letakkan sebelah kaki melainkan kamu berselawat di atas Sayidina Muhammad dan di atas keluarga Sayidina Muhammad.”

Kata saya: ” Adalah orang muda ini dari kalangan wali-wali yang sampai kepada Allah.”

Saya kata ini kisah yang diceritakan Imam Sufyan As Tsauri yang terkenal dan dinukilkan oleh Imam Abu Na’im, pengarang kitab Hilyatul Auliya’ dan Ibnu basykul dan telah dinukilkan oleh “Muhadissud Dunya” Sayyid As Syeikh Abdullah As Siddiq Al Ghamaari daripada ulama Al Azhar dan ulama Al Maghrib dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah dicetak oleh maktabah Al Kahirah Syari’ As Sonadiqqiyah, Medan, Al Azhar, Mesir.

Sedikit masa yang lalu saya telah mendengar seorang penceramah di suatu radio dengan jahil dan lalai dia mengatakan tiada mungkin dan tiada boleh seseorang menerima wirid dan amalan daripada Rasulullah SAW di dalam kaabah zaman sekarang atau sebelum sekarang, adalah Al ‘Alamah Ibnu Taimiyah menegur ahli taswuf bagaimana tersebut dalam kitab Al Fatawal Hadissiyah atau pengikut-pengikut Al hafiz bin Rejab dan Az Zahbi atau sefaham mereka seperti Syeikh Abu Bakar Al Jazairi dan Syeikh Halali yang ada di Madinah Almunawarrah itu kedua-duanya tiada senang hati dengan ahli bait Rasulullah SAW dan dengan ahli tasawuf.

Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga, dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti ini termasuk di bawah erti kata ” fadhoilul ‘amal”.

Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.

Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin ‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’ karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.

 
Pihin Datuk Ser Maharaja Datuk Seri Utama

Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz

Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

Pejabat Mufti,

Kementerian hal Ehwal Agama,

Negara Brunei Darussalam.

14 Jamadil Awal 1408H

4 Januari 1988.

9 November 2013 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam?

siput escargot halal ke haram

Fatwa Malaysia

ISU: Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam? Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada genus yang berbeza. Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.

 

PENJELASAN:

Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).

 

Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. (Surah Al-A’raf: 157).

 

Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.

Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:

“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.

 

Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.

 

Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Wallahu A’lam.

7 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

Sambutan Tahun Baru Hijrah Dan Keistimewaan Bulan Muharram


Maal Hijrah 1435
Fatwa Malaysia

PENJELASAN:

Amalan yang biasa dilakukan sempena menyambut bulan Muharram ialah bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Walaupun terdapat beberapa pandangan tentang bacaan doa ini, namun selagi ia merupakan doa yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka ianya baik untuk umat Islam dan boleh diamalkan tanpa halangan. Begitu juga dengan sambutan Mawlid Rasul, Nuzul-Quran serta sambutan lain yang tidak disebutkan secara khusus dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Namun, apakah hanya sekadar berdoa sahaja yang perlu dilakukan untuk mengiringi kedatangan Muharram? Apakah kelebihan yang terdapat dalam bulan Muharram? Bulan Muharram merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ di dalam Islam. Firman Allah swt dalam Surah Al-Taubah ayat 9 bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa.” Menurut Tafsir Al-Jalalayn, yang dimaksudkan dengan “di antaranya empat bulan yang dihormati” ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia empat bulan haram. Umat Islam diharamkan pergi berperang dalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diperangi.

Manakala Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abu Bakrah pula bermaksud:”Satu tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharram, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.” Antara kemulian bulan-bulan haram ini ialah disunatkan berpuasa. Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu’ telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan? Maka jawab Nabi: Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram). Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai’e dan Ibn Majah. Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: Sewaktu Rasulullah tiba di Madinah, Baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padanya. Lalu Rasulullah bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian Baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Al-Tirmizi.

Dalam Hadith yang lain, Ibn Abbas berkata: Apabila Rasulullah berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata: Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah– Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Mungkin timbul persoalan, mengapakah Nabi mencontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal Baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya yang bermaksud: “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin”? Sebenarnya amalan berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharram) telah dilaksanakan oleh Rasulullah sebelum Baginda berhijrah ke Madinah lagi. Ini berdasarkan Hadith yang dinyatakan oleh Saidatina Aisyah yang bermaksud: ‘Sesungguhnya hari ‘Asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Rasulullah juga berpuasa padanya. Apabila Baginda memasuki Madinah, Baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, Baginda bersabda, “Sesiapa yang ingin berpuasa, teruskan, Sesiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan)’. – Muttafaq ‘Alaih. Di samping melaksanakan ibadah puasa sunat ini, sesuatu yang sewajarnya dijadikan pengiktibaran pada peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keengkaran dan keangkuhannya. Firman Allah dalam Surah Yunus, ayat 90 bermaksud: Dan Kami bawakan Bani Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah dari orang yang berserah diri (menurut perintah)”.

Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh di atas bukit Judiy sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Selain itu, bagaimana pula dengan program membuat bubur ‘Asyura yang sering diadakan oleh masyarakat Melayu? Perlulah dijelaskan bahawa program membuat bubur tersebut tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Di samping melaksanakan ibadah puasa sunat pada bulan Muharram, sesuatu yang amat penting untuk diingati dan dihayati ialah peristiwa hijrah Nabi Muhammad. Justeru, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijrah.

Penggunaan Takwim Hijrah yang digunakan pada masa sekarang telah bermula pada tahun ke 17 Hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Penetapan permulaan tarikh bagi Takwim Hijriyah ini, diambil sempena peristiwa penghijrahan Rasulullah yang bermula pada tanggal 2 Rabiulawal bersamaan 14 September 622 Masihi. Baginda sampai di Quba’ pada tanggal 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622 Masihi pada hari Isnin. Peristiwa hijrah perlu dikenang oleh umat Islam setiap tahun apatah lagi ketika menyambut sambutan awal Muharram, untuk menjadi pengajaran dan peringatan tentang pengorbanan Rasulullah saw dan sahabat-sahabat Baginda menegakkan Islam.

Mudah-mudahan dengan sambutan ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam bahawa kemuliaan Islam dan kewujudan negara Islam yang berdaulat bukanlah diperoleh dengan mudah. Sebaliknya ia telah melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan yang tinggi. Sesungguhnya sifat pengorbanan yang dimiliki dan diperlihatkan oleh Rasulullah saw dan umat Islam pada zaman Baginda merupakan bukti kesungguhan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap akidah Islam dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap perintah Allah swt. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada dan diikuti oleh generasi umat Islam hari ini. Oleh yang demikian, apakah yang harus dilakukan oleh umat Islam ketika menyambut tahun baru hijrah ini? Adakah sudah memadai ia disambut dengan hanya mengirimkan ucapan selamat tahun baru, melalui sms atau email?

Sambutan awal Muharram dan tahun baru hijrah ini hendaklah diikuti dengan usaha melakukan perubahan pada diri dan masyarakat dengan memperkukuhkan pegangan akidah dan syariah, akhlak dan jati diri serta pembangunan sosioekonomi negara dan ummah agar isu-isu kecelaruan akidah dan keruntuhan akhlak serta kemiskinan hidup umat Islam dapat dihapuskan dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi dapat didaulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sehubungan itu, tiada larangan kepada umat Islam untuk menyambut Tahun Baru Hijrah yang dilihat amat penting dan signifikan kepada umat Islam agar kecemerlangan dan kegemilangan Islam dapat dihayati dan dikembalikan kepada umat di zaman ini.

5 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | , | Leave a comment

Bagaimana status alat bantuan perubatan yang tertanam dalam badan si mati

Permasaalahan ada gajet dalam mayat

Permasaalahan ada gajet dalam tubuh mayat

Fatwa Malaysia

ISU: Bagaimana status alat bantuan perubatan yang tertanam dalam badan si mati seperti injap jantung atau “chemo port” untuk pesakit kanser atau pun besi titanium bagi menggantikan tulang, adakah perlu dikeluarkan?

PENJELASAN:

Hukum asal pembedahan mayat adalah tidak diharuskan, kerana syarak mengiktiraf kehormatan seseorang Muslim sama ada ketika hidup ataupun selepas mati. Ini dinaskan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis:

Maksudnya: “Mematahkan tulang seseorang yang telah mati (dosanya) adalah seumpama mematahkan tulangnya semasa hidup”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2/1035, no: 3694; Ibn Majah, 1/516, no: 1616).

Berdasarkan hadis tersebut, pembedahan mayat tidak dibenarkan dalam Islam kecuali terdapat keperluan yang sangat kuat, atau maslahat yang lebih besar. Ini juga telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 Sep 1984, yang antara lain memutuskan:

“… bahawa pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup”.

Justeru, adalah tidak diharuskan untuk melakukan pembedahan mayat bagi mengeluarkan apa-apa peralatan daripada badannya, kecuali jika terdapat keperluan yang sangat mendesak atau maslahat yang lebih kuat.

Wallahu A’lam.

5 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Hukum Seseorang Muslim Menjadikan Kerjaya Sebagai Penyanyi Atau Pemuzik Sebagai Sumber Pendapatannya.

 

Penyayi dan pemuzik

Fatwa Malaysia
PENJELASAN: Secara prinsip umum, status halal atau haramnya sumber pendapatan daripada suatu aktiviti adalah ditentukan dengan melihat kepada halal atau haramnya aktiviti tersebut.

Berkenaan hukum bekerja sebagai penyanyi atau pemuzik, beberapa keputusan fatwa boleh dirujuk, antaranya:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2 yang bersidang pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;

2. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

3. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

Justeru, nyanyian yang menepati garis panduan di atas adalah diharuskan.

Wallahu A’lam.

1 November 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Apa hukum jual beli melalui Online

Jual Beli Online
ISU: Apakah hukum jual beli sekiranya saya menjual barangan bukan milik saya dengan menjadi ajen atau reseller secara online. Adakah ini haram? Cara yang saya lakukan ialah mempromosikan produk melalui gambar dan sesiapa yang berminat akan memasukkan duit kepada saya. Kemudian saya akan memasukkan duit kepada pengeluar. Dan pengeluar akan menghantar terus produk kepada orang yang memesan produk itu.

PENJELASAN: Antara bentuk perniagaan dalam talian (online) yang diminati pada hari ini ialah dengan cara menjadi reseller bagi sesetengah produk. Modus operandinya ialah reseller mempromosikan secara online produk daripada pembekal atau pengeluar melalui gambar dan perincian berserta harga. Pelanggan yang berminat dan bersetuju untuk membeli akan membayar harga yang dipersetujui kepada reseller dengan cara memindahkan wang ke dalam akaun reseller. Reseller seterusnya membuat pesanan kepada pembekal/pengeluar dan membuat pembayaran. Pembekal/pengeluar membuat penghantaran terus produk yang kepada pelanggan. Keuntungan reseller ialah perbezaan harga antara harga jualannya kepada pelanggan dan harga beliannya daripada pembekal/pengeluar.

Melihat kepada modus operandi urus niaga di atas, prinsip fiqah yang perlu diambil perhatian ialah syarak melarang seseorang daripada menjual suatu barangan yang belum dimilikinya. Larangan ini dinaskan dalam hadis Hakim bin Hizam yang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, seorang lelaki datang kepada aku dan mahu membeli sesuatu daripada aku, sedangkan aku belum memilikinya. Adakah boleh aku membelinya untuknya dari pasar?” Baginda menjawab:

لَا تَبِعْ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ
Maksudnya: “Jangan kamu menjual suatu yang kamu tidak miliki”. (Riwayat Abu Daud, 3/283, no: 3503; Tirmizi, 3/526, no: 1232; Nasaie, 7/289, no: 4613; Ibn Majah, 2/737, no: 2187).

Justeru, dalam isu reseller menjual produk kepada pelanggan sebelum reseller membelinya daripada pembekal/pengeluar, sekiranya produk yang dijual adalah produk yang spesifik dan ditentukan unitnya, maka urus niaga tersebut adalah tidak sah kerana wujud unsur menjual sesuatu yang tidak dimilikinya. Sebagai contoh, jika produk tersebut ialah sebuah telefon bimbit yang telah ditentukan unitnya dan nombor sirinya.

Manakala jika produk yang dijual adalah dalam bentuk spesifikasi tertentu tanpa ditentukan unit manakah ia, maka di sana terdapat kelonggaran untuk reseller menjualnya kepada pelanggan walaupun reseller belum membelinya daripada pembekal/pengeluar. Ini berasaskan kepada keharusan melakukan urus niaga salam.

Secara ringkas, jual beli salam ialah jual beli secara tempahan di mana pembeli membuat bayaran penuh untuk mendapatkan barangan yang dinyatakan spesifikasinya dan akan diserahkan kemudian. Menurut Standard Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), antara barangan yang boleh dibeli melalui akad salam termasuklah produk-produk pembuatan yang boleh ditentukan spesifikasi secara jelas, tidak ada perbezaan ketara antara unit-unitnya, dan boleh didapati di pasaran. (Shari’a Standards, m/s 166).

Dalam hal ini, pelanggan dikira menjalankan pembelian secara salam daripada reseller, dengan membuat pembayaran penuh untuk membeli produk yang ditetapkan spesifikasinya, yang akan diserahkan pada masa hadapan. Reseller kemudiannya membeli produk yang menepati spesifikasi tersebut daripada pembekal/pengeluar dan dia boleh meletakkan syarat kepada pembekal/pengeluar supaya produk tersebut dihantar terus kepada pelanggan pertama tadi.

Dengan penyesuaian fiqah seperti ini, urus niaga tersebut adalah sah dengan syarat hendaklah menepati hukum-hakam jual beli salam.

Selain penyesuaian fiqah tersebut, ada beberapa lagi bentuk penyesuaian fiqah yang mungkin boleh menjadi solusi kepada isu urus niaga mereka yang menjadi reseller secara online, seperti menggunakan prinsip seperti wakalah atau ju’alah.

Wallahu A’lam.

26 October 2013 Posted by | Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Kalimah Allah Tidak Boleh Ganti Nama Tuhan Kristian (saperti nama ALLAH JESUS)

logo Allah

Maka timbul lah berbagai bagai kenyataan dari para ustaz, ustazah, ilmuwan dan ulama mengenainya.Rata rata mengatakan kalimah Allah boleh di guna oleh non muslim kerana tiada larangan keatasnya.

Namun saya rasa ramai di antara kita telah salah faham dan tersasar dari  “isu” kalimah Allah yang sebenarnya (yang berlaku di Malaysia).

Pokok perbincangan isu kalimah Allah bukan melibatkan persoalan bolehkah orang bukan Islam menyebut kalimah Allah, akan tetapi berkaitan persoalan bolehkah mereka dibenarkan untuk menamakan tuhan mereka dengan kalimah Allah.

Demikian kenyataan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yang melihat isu ini timbul atas desakan pihak Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah menggantikan nama tuhan mereka dalam kitab Injil Bahasa Melayu.

“Isu besar yang berkait dengan maslahah ummah sebenarnya adalah bolehkah orang Kristian menamakan tuhan mereka dengan Allah? Maknanya dalam Bible mereka ada perkataan God, bolehkah God itu ditukar perkataannya kepada Allah. Dalam Bible mereka ada Jesus, ataupun Indonesia dia sebut Yesus, bolehkah itu ditukar perkataannya kepada Allah?

“Bolehkah tuhan mereka yang triniti tu, ditukar perkataannya kepada Allah? Sebab isu ini sebenarnya adalah merupakan satu isu yang timbul hasil daripada permohonan untuk membenarkan Bible menggunakan Allah menggantikan perkataan tuhan dalam Bible.”

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah maghrib tentang isu kalimah Allah di Surau Bangi Perdana Ahad lalu.

Menurutnya, isu pokok ini perlu difahami supaya mana-mana pihak tidak silap membuat kenyataan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam.

Dalam kuliah tersebut, Ustaz Fauzi menjelaskan dengan terperinci asal-usul nama tuhan orang Kristian dan Allah bukanlah nama tuhan mereka.

Menyentuh kenyataan seorang ahli politik yang membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam berdasarkan dalil ayat Al-Quran, Ustaz Fauzi menolak pandangan tersebut kerana tidak mengikut kaedah bahasa Arab dan tafsir yang betul.

Sebagai contoh dalam Surah Al-Hajj ayat 40, telah disebut perkataan Allah dalam masjid dan rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan Kristian, namun ketika itu agama tersebut masih belum diseleweng.

“Jadi bila kita tengok tafsir itu, dia sama ada akan diterjemahkan berdasarkan kepada pandangan Ibnu Abbas bahawa nama Allah itu hanya disebut di masjid sahaja, ataupun berdasarkan pandangan ahli tafsir lain yang mengatakan nama Allah itu disebut di semua tempat ibadat itu tetapi tempat ibadat yang disebut dalam Al-Quran itu adalah tempat ibadat sebelum berlakunya penyelewengan agama tersebut.”

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas akhir tahun lalu mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Bible berbahasa Melayu sepertimana yang dibenarkan di Malaysia Timur sejak 50 tahun lalu dan telah digunakan ribuan tahun di Timur Tengah.

Ustaz Fauzi menolak hujah Lim Guan Eng dengan berkata, sekalipun ia telah digunakan sekian lama, namun hukum syarak menolaknya, maka perkara itu perlu ditolak.

“Adakah apa yang berlaku di Sabah Sarawak dan Indonesia itu betul lalu kita kata boleh guna? Jawapannya tidak, sebab di sana ada satu kaedah syarak, al-urful fasid la yughaiyiru haqaiqas syar’ie.

“Maknanya uruf yang rosak tidak akan mengubah hakikat syarak yang merupakan suatu yang ditunjukkan di dalam Al-Quran.

“Mana-mana penggunaan, uruf ataupun kebiasaan tetapi kebiasaan yang merosakkan tetap tidak akan mengubah hakikat syarak. Jadi walaupun telah diamalkan selama 10 kurun tetapi kalau syarak kata tak boleh, maka tetap tak boleh,” jelasnya.

Katanya lagi, memang benar orang Arab Jahiliyah menggunakan kalimah Allah tetapi penggunaan itu merujuk kepada maksud yang sebenar iaitu zat yang Esa berdasarkan dalil Surah Luqman ayat ke-25.

“Dalam konteks ini, mereka berhujah orang Arab dulu guna kalimah Allah, jadi maknanya kita boleh kias orang Kristian pun boleh menggunakan kalimah Allah.

“Arab dulu dia guna kalimah Allah merujuk kepada zat yang tunggal di dalam penciptaan dan mentadbir alam, tetapi mereka mensyirikkan Allah SWT dari sudut hakimiyah dan perundangan.

“Tetapi orang Kristian bukan begitu, bila dia sebut Jesus nak tukar kepada Allah, bila dia sebut God nak tukar kepada Allah, ataupun Lord nak tukar kepada Allah, dia merujuk kepada tuhan yang memang dari awal lagi adalah merupakan triniti.

“Jadi dia nak namakan yang ini Allah. Maknanya kita tak boleh kias penggunaan orang Arab dengan penggunaan orang Kristian sebab digunakan dalam konteks berbeza.”

Ustaz Fauzi yang ditemui wartawan ISMA selepas kuliah tersebut berkata, kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana ia merujuk kepada zat yang Esa dan tidak boleh ditafsirkan kepada perkara lain.

“Perkataan Allah itu bukan satu perkataan yang boleh merujuk kepada itu atau ini, tapi telah digunakan oleh orang-orang Islam untuk merujuk kepada zat yang tunggal, yang Esa.

“Jadi tak boleh nak ditafsirkan kepada tafsiran-tafsiran yang lain. Mereka tidak ada hak untuk mengatakan bahawa Allah itu bermaksud sekian sekian.”

Beliau juga meminta semua pihak menyokong fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

“Memang majlis fatwa ketika membuat fatwa tersebut faham tentang implikasi bila digunakan kalimah Allah untuk menggantikan nama-nama tuhan Kristian, berdasarkan pengalaman yang boleh dilihat di Indonesia, Sabah Sarawak dan seumpamanya.

“Sebab itu pada saya fatwa itu adalah merupakan satu fatwa yang memang sepatutnya kita kena sokong.”

Selain Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Mufti Pulau Pinang telah mewartakan 40 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam termasuk kalimah Allah, haji dan masjid.

18 January 2013 Posted by | Aqidah, Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Hukum Ajaran Atau Fahaman Syiah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-5 – 20 Februari 2012/27 Rabiulawwal 1433H

Mesyuarat mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majoriti dan minoriti bagi perkara ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut :

“Ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.

Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran dan fahaman Syiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, social, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.

Orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.”

Namun mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada perenggan pertama, dicatat sebagai pandangan minoriti (pandangan kedua) seperti berikut :

“Ajaran dan fahaman Syiah Rafidhah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.”

 

(Sumber: Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-5 – 20 Februari 2012/27 Rabiulawwal 1433H)

4 December 2012 Posted by | Aqidah, Fatwa, Informasi | , | Leave a comment

Nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai Perhimpunan Bersih 3.0

  • Saya sudah jangka repons negatif dari pihak pembangkang, tetapi bagi menjaga kepentingan seluruh umat Islam, para mufti bertanggung jawab untuk memberi nasihat.
  • Bagi yang enggan menerima nasihat (fatwa), itu hak mereka.Kita faham sebab itu tidak memenuhi kehendak nafsu mereka.
  • Namun kalau nak pertikai sekali pun jagalah adab dan akhlak sebagai muslim.Tak perlu tuduh melulu, itu bukan akhlak seorang muslim, apatah lagi kalau dikategorikan sebagai ulama
  • Bagi saya tiada nas yang mengharamkan perhimpunan untuk protes secara mutlak.Ia mungkin haram kerana hal lain.Memprotes dan berhimpun adalah hak yang di akui oleh agama.Bahkan Islam dalam banyak hal anjurkan ibadat secara jamaei (berhimpun) sebagai tanda kekuatan dan protes kepada kekufuran dan jahiliah.Tetapi ia mesti dilaksanakan secara beradab.Zaman Khalifah Uthman r.a para penentangnya berdemonstrasi di hadapan rumahnya, Uthman tidak larang, bahkan para sahabat yang mahu menyuraikan mereka.Uthman melarang dan menyuruh membiarkan mereka selagi mereka tidak melanggar batasan. Tetapi akhirnya akibat hasutan jahat sesama mereka, maka mereka menyerang rumah Uthman dan membunuh khalifah yang ketika itu seorang diri dengan isterinya tanpa senjata dan di bunuh sewaktu sedang membaca al Quran.Lipatan sejarah ini wajar diambil iktibar.
  • Politik hari ini menyaksikan mereka yang dulu memerintah juga boleh menjadi pembangkang pada hari ini dan begitulah sebaliknya.Jadi wajar difikirkan, kalau ada pihak demonstrasi di KL, akan wujud pihak lain akan membalasnya di Shah alam,Alor Setra ataupun Kota baru.
  • Setelah Bersih 2.0 Parlimen sudah mewujudkan Jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang untuk berbincang, dan telah ada keputusan.Tetapi kenapa tidak selesai.Apa yang jelas pihak Bersih amat tidak berpuas hati. Tetapi agak hairan juga, apabila SPR mengajak Bersih untuk berbincang, mereka enggan duduk semeja.Debat di antara Ambigia dan Khairy Jamaludin juga sudah berlaku, tetapi ia juga tidak membawa penyelesaian kepada satu pihak lagi.Saya lihat di pihak kerajaan keterbukaan sudah berlaku, tetapi pihak penentang tetap berkeras dengan segala dakwaan mereka seolah olah mereka maksum daripada kesilapan.Saya fikir rakyat semakin cerdik menilai maka pada saya, bertindaklah secara waras dan terbuka, ia akan bawa kebaikan kepada negara kita.Duduklah berbincang bersama dan dedahkan segala bukti dakwaan, tetapi sehingga kini, kita hanya didedahkan dengan angka dan fakta glamor sahaja dalam blog dan akhbar, fakta yang khabarnya ribuan itu tak pernah pula kelihatan di alam nyata.Saya yakin rakyat memahami permainan ahli politik kedua pihak dalam hal ini.Maka tolonglah jangan pertaruhkan nasib rakyat dengan permainan yang boleh membawa bencana kepada semua pihak.
  • Mereka mempertikaikan fatwa ini dan terlalu cepat melatah dengan hanya bergantung kepada ulasan penulis berita, tanpa berusaha membaca teks asal keputusan itu.Namun saya rumuskan beberapa sikap masyarakat Islam kita terhadap keputusan fatwa saperti berikut:-
  1. Golongan yang menerima tetapi berdiam diri kerana mungkin akur
  2. Golongan yang melatah dan menuduh dengan pelbagai label kerana tidak setuju fatwa yang tidak memenuhi kehendak nafsu mereka, golongan ini mungkin gagal memahami teks asal, jadi menuduh dengan sembrono.Golongan sebegini biasanya juga sering memberi fatwa peribadi mereka sendiri.Bila ada pihak yang bertentangan dengan hawa mereka, mereka akan serang habis habisan dengan pelbagai gelaran dan label yang dilarang syarak.Agak tidak logik,mereka ajak kepada agama, tetapi akhlak dan perkataan tidak menggambarkan agama yang mereka perjuangkan.
  3. Golongan oportunis yang akan menolak apa sahaja yang datang daripada pemerintah hatta pemerintah di negeri yang parti mereka sokong memerintah.Kalau tak setuju dengan mufti negeri yang anda perintah, minta MB negeri pecat mufti berkenaan.
  • Nak tuduh Jawatan kuasa fatwa Kebangsaan tak faham tujuan sebenar himpunan Bersih, pada saya adalah keterlaluan.Kalau begitu saya juga boleh kata mereka juga tidak memahami keputusan Fatwa ini.Kalau begitulah sikap kita semua,maka tidak ada penghujung dan penyelesaiannya.Kenapa tidak mahu bertindak sebagai orang yang matang, waras dan dewasa?
  • Sesetengah pihak membandingkan pandangan Fatwa kita dengan ulama luar negara saperti Yusuf al Qardawi yang mewajarkan demonstrasi.Pada saya itu pandangan beliau berdasarkan maklumat yang beliau ketahui dan bisikkan kepada beliau serta keadaan sekeliling beliau.Hal sebegini pasti mempengaruhi fatwa yang dikeluarkan.Ini di akui sendiri oleh para ulama dan al Qardawi sendiri.
  • Saya baru bertemu dengan al Qardawi 1 mei 2012 di Doha.Pihak yang berkenaan juga wajar bertanya al Qardawi, apakah di Qatar dibolehkan demonstrasi bagi menentang kewujudan markas tentera Amerika.Sudah tentu ia akan merumitkan keadaan beliau untuk berkata kata.
  • Kami rombongan mufti mufti Malaysia yang melawat Arab Saudi pada 27 April 2011 atas undangan Kerajaan Arab Saudi turut bertanya soalan tentang fatwa demonstasi kepada al Sheikh Abdul Azeez ibn Abdullah Aal ash Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi tentang pandangan al Qardawi.Aal Syeikh menyatakan penghormatannya terhadap kealiman Al Qardawi tetapi dalam hal demonstrasi yang membawa kerosakkan belaiu tidak setuju dengan pandangan al Qardawi kerana ia membawa kerosakan.Jelasnya para ulama setempat lebih memahami keadaan mereka, maka kalau berbeza pandangan ia suatu yang wajar berlaku.Maka kurang tepat kalau kita ambil sikap pukul rata dalam memahami teks dan konteks.Kita kena lah saling hormat menghormati pandangan setiap pihak.Itu sikap yang sepatutnya.
  • Kita semua perlu berusaha untuk mematangkan pemikiran kita terutama mereka yang belajar agama, barulah lengkap sifat umat maju.
  • Islam memang beri ruang untuk berbeza pandangan.Kalau berbeza, jagalah adab, janganlah mudah sangat untuk melabel dan mencaci.Islam tidak ajar begitu terutama bagi mereka yang dilabel sebagai ulama.Tak molek langsung!
  • Pihak yang tidak setuju dengan keputusan majlis Fatwa secara gerombolan besar besaran menyerang keputusan ini dengan pelbagai kata dan nista yang wujud dalam kamus sindiran dan celaan mereka. Ertinya mereka amat bimbang masyarakat mempertikaikan kredibiliti mereka.Apabila mereka menyatakan pandangan mereka wajib di ikuti maka maksudnya sesiapa yang tidak ikut adalah berdosa! Ini adalah perktaan yang berat dalam agama.Sebab itu dalam keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dinyatakan bahawa demonstarsi yang membawa kerosakkan  adalah haram.
  • Saya hairan, tawaran kerajaan kepada Bersih 3.0 untuk menggunakan Satdium Merdeka ditolak atas alasan masa tak cukup.Mereka kata tujuan mereka hanya untuk duduk memprotes, maka kenapa Satdium Merdeka tidak boleh diterima? Payah sangat kah nak duduk? Ini menunjukkan sikap berdegil dan enggan memberikan kerjasama serta ada niat lain yang hanya Allah yang tahu.
  • Begitu juga segala tuntutan pihak Bersih yang cuba diselesaikan melalui Jawatankuasa yang dibentuk di Parlimen, kita di beritahu bahawa wakil pembangkang yang diberikan hak duduk dalam Jawatankuasa, tetapi ada yang selalu ponteng.Kenapa? Belum memerintah lagi dah ponteng kerja? Lepas itu komplen.Ini tidak adil dan ‘misleading’ kepada rakyat.
  • Kita mesti bersikap adil dan guna saluran yang wajar.Ini tidak, keras kepala yang dijadikan sebagai modal untuk menegakkan tuntutan.Ini kanun rimba di tengah masyarakat.Sikap in berbahaya.

(Intisari wawancara MM dengan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya di terbitkan pada Ahad 13hb Mei 2012)

14 May 2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Fatwa, Politik dan Dakwah | , , | Leave a comment

BERSIH 3.0 – Antara fatwa wajib hadir dengan fatwa haram hadir.

PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 pada 28hb April 2012 membuktikan bahawa tunjuk perasaan itu lebih banyak mendatangkan keburukan.Keburukan yang pertama adalah kerosakkan harta awam, kecederaan,ejek mengejek yang keterlaluan yang akhirnya menggambarkan matlamat yang tersurat di tenggelami ole hasrat yang tersirat.

Tindakkan mengeluarkan fatwa wajib hadir perhimpunan ‘Bersih’ itu sudah melambangkan bahawa ulama politik berkenaan sudah hilang pertimbangan dan kebijaksanaan dari sudut moral.Dalam masa sama, ulama politik itu ikut memberi sumbangan kewangan kerana penyertaan tersebut dianggap sebagai pengertian beribadat.Inilah punca kekalutan dan ketegaran untuk tidak mahu menerima fatwa yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, kerana keputusannya di katakan dilakukan “sebelah mata”.

Konsep sebelah mata sebenarnya di mulakan oleh ulama itu sendiri.Ulama politik itu sebenarnya lupa bahawa sesebuah fatwa yang di keluarkan untuk mengajak manusia membaiki amalan yang bercanggah dengan peraturan agama, maka fatwa itu bertujuan mengarah manusia untuk bertindak berdasarkan apa yang di ajar menerusi keputusan hukum.

Ini berti sebelum sesuatu fatwa itu di keluarkan mereka yang bertanggungjawab akan duduk bersama sama berbincang dari pelbagai aspek sehingga boleh ditentukan kewajarannya.

Jika ia memberi kesan yang buruk kepada masyarakat, manusia dan negara, maka keputusan mengharamkan sesuatu tindakkan itu wajib dipatuhi.Jika sesuatu tindakkan itu tidak jelas kesannya, maka keputusannya dalam bentuk ‘harus’ ataupun ‘makruh’.Ini bermakna, masyarakat dibolehkan, tetapi tidak digalakkan mengambil bahagian.

Ibn Qayyim menjelaskan: “Dan hendaklah mufti mengetahui daripada siapa dia menjalankan/mengerti dalam memberi fatwa serta percayalah esok hari akhirat dia akan ditanya dan berdiri di hadapan Allah.” Maka, proses memutuskan sesuatu fatwa buknlah proses yang boleh di laksanakan oleh seorang, ia memerlukan keputusan ramai mereka yang mengetahui secara mendalam mengenai hukum Islam.

Menjawab kepada persoalan manakah fatwa yang wajar dipatuhi, maka secara rasionalnya fatwa yang dikeluarkan oleh ramai ulama iaitu JFK adalah lebih berautoriti berbanding hanya berdasarkan pendapat seorang ulama, terutamanya ulama yang menjadikan politik sebagai profesion hariannya.

Kalau ditinjau dari perspektif sejarah perjuangan gerakan politik Islam, al Ghazali misalnya tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa merusuh dijalanan adalah suatu bentuk yang selaras dengan agama.Ketika wazir Sultan Saljuk terbunuh oleh kelompok yang berpegang kepada falsafah radikal yang berusaha menjatuhkan Nizam Syah, al Ghazali mengambil sikap menggunakan kecerdikkan akal memberikan nasihat kepada kerajaan dan bukannya membela kematian itu menerusi demonsrtasi.

Ini berlainan dengan sikap ulama politik yang mengeluarkan fatwa menyertai perhimpunan Bersih sebagai ‘wajib’.Bahkan in sangat berbeza juga dengan apa yang dilakukan oleh Hasan al Bana, seorang lagi cendekiawan Muslim yang menerima pukulan hebat apabila kemenangan nya di pilihanraya di Ismailiyyah dibatalkan oleh pemerintah Mesir yang didokong oleh penjajah British.

Hasan al Bana tidak mengeluarkan ‘fatwa’ menggalakkan penyokongnya yang begitu ramai di serata Mesir untuk bangkit berdemonstrasi menentang pemerintah kerana beliau sedar kebenaran akan tiba apabila sampai waktunya.

Mengeluarkan fatwa menggalakkan sikap melampau merupakan satu sikap yang bertentangan dengan kehendak islam, kerana Islam meletakkan kesejahteraan dan keamanan sebagai suatu kewajiban yang besar.

(Oleh: Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir, Yang di Pertua YADIM)

11 May 2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Fatwa, Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan, Tazkirah | , , , | Leave a comment

Pengertian Fatwa menurut Yusuf Al Qardawi.

fatwa

Hari ini kita lihat ada sestengah pihak mempertikaikan fatwa yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ada fatwa yang  tidak selari dengan kehendak,selera dan kefahaman mereka.

Sebelum kita terikut ikut dengan rentak golongan ini marilah kita fahamkan terlebih dahulu tentang pengertian fatwa itu sendiri.

Saya bentangkan di sini metod Fatwa Al Qardawi secara ringkas sebagai contoh.

Fatwa menurut Al Qardhawi adalah penjelasan mengenai hukum syarak dalam sesuatu isu sebagai jawapan kepada soalan yang di kemukakan oleh pihak yang bertanya, sama ada diketahui orangnya ataupun tidak diketahui dan samada daripada individu mahupun daripada masyarakat.Orang yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa dinamakan sebagai Mufti.Tugasannya mengeluarkan fatwa di namakan Ifta’.

Pendek kata fatwa ialah mengeluarkan satu hukum syarak yang di lakukan oleh mufti berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat yang tidak terdapat nas yang jelas dari Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas mahu pun dari sumber mazhab yang empat yang muktabar.

Hukum mengeluarkan fatwa dalam sesuatu situasi adalah Fardhu Kifayah.Namun adalah haram keatas orang yang tidak mempunyai kelayakan mengeluarkan fatwa.

Kebanyakkan fatwa yang di keluarkan di putuskan berdasar suara majoriti melalui majlis fatwa yg di tubuhkan oleh sesebuah kerajaan.Keputusan fatwa saperti ini lebih selamat di amalkan oleh umat Islam, kerana ia berdasarkan suara majoriti ulama.Fatwa seumpama ini di sebut Fatwa Jama’i.

Menurutnya lagi fatwa di keluarkan dan berubah mengikut perubahan masa, tempat ,situasi,tradisi dan adat masyarakat setempat.

Contoh: Mufti di negara A mungkin fatwanya berbeza dengan fatwa mufti di negara B mengenai isu yang serupa.

Contoh lagi: Seseorang bertanya mufti tentang keperluan menentang kemungkaran tertentu dengan tangan  tetapi mufti berpendapat menghilangkan kemungkaran dengan cara ini boleh menimbulkan kemungkaran yang lebih besar daripada kemungkaran sebelumnya.Di waktu ini, mufti tidak boleh menfatwakan berdasarkan hukum yang umum iaitu boleh menentang kemungkaran dengan tangan kerana ia akan mendatangkan keburukan yang lebih besar. Qardawi merujuk dan bersandar kepada kisah Ibn Taimiyah yang pernah bertembung dengan segolongan tentera Tartar yang sedang minum arak dan mabuk.Para sahabat beliau cuba mencegah atas alasan mereka orang orang Islam dan haram minum arak.Walaubagaimanapun Ibn Taimiyah melarang sahabat sahabatnya daripada berbuat demikian kerana pada pandangan beliau, dalam kes yang beliau hadapi itu, arak telah menghalang tentera Tartar daripada menumpahkan darah orang Islam dan merampas harta benda mereka.

Qardawi menjelaskan dalam situasi dunia zaman moden ini jika ada seorang mufti sendiri berselisih pendapat dalam sesuatu isu maka hendaklah ikut fatwa majoriti mufti kerana menurutnya fatwa yang di keluarkan oleh majoriti mufti adalah hampir kepada kebenaran berbanding pendapat yang di kemukakan oleh seorang mufti.Beliau beralasan dengan sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Umar r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya syaitan bersama dengan seorang, tetapi menjauhi dari dua orang”.(Al Tirmizi, kitab al Fitan, bab Luzum al Jamaah, hadis no 2165)

(Sumber: Buku Metode Fatwa Al Qardawi oleh Basri bin Ibrahim Al hasani Al Azhari)

9 May 2012 Posted by | Fatwa, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Hukum Membaca Al-Quran Untuk Si Mati Di Atas Kubur

sheikh_ali_fatwa

Syeikh Ali Jumuah Mufti Republik Arab Mesir

Kitab : البيان لما يشغل الأذهان

Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):

من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات

Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”1

Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa :

“Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dgn awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah”.2

Adapun ulama’ Malikiyyah berpendapat bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah makruh. Akan tetapi, Syeikh Dardir memberikan komentar beliau di dalam masalah ini :

“Ulama’ mutaakh’khirin berpendapat bahawa tidak mengapa membaca Al-Quran dan berzikir serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati bahkan si pembaca juga akan mendapat/beroleh pahala, Insya Allah”.3

Perselisihan pendapat pada masalah ini adalah terlalu lemah (dhoif). Pendapat yg mengatakan hukumnya adalah sunat adalah pendapat yg kuat. Sesungguhnya sebahagian ulama berpendapat bahawa masalah ini adalah masalah ijma’. Antara ulama’ yg berpendapat sedemikian adalah Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi Al-Hanbali. Beliau mengatakan bahawa :

“Apa-apa kebaikan yg dilakukan dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati yg muslim (beragama Islam), maka itu adalah perkara yg bermanfaat. Berkata sebahagian ulama’, apabila dibacakan Al-Quran di sisi si mati atau menghadiahkan pahalanya kepada si mati maka beroleh pahala, maka pembacanya juga akan mendapat/beroleh pahala dan seolah-olah si mati juga membacanya, maka diharapkan si mati beroleh rahmat. Sesungguhnya, apa yg kami sebutkan itu tadi adalah disepakati/dipersetujui (ijma’) oleh para ulama’. Mereka ( para ulama’ yg bersepakat ) bersama-sama berkumpul membacakan Al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati tanpa ada yg membantah di kalangan mereka (tanpa saling membantah antara satu sama lain).4

Sesungguhnya, Syeikh Al-Uthmani telah memberikan komentar berikut di dalam masalah ini :

“Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa, sedekah, haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur adalah sunat”.5

Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati adalah diqiyaskan dgn hukum sampainya pahala “haji ganti/haji badal” kepada si mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di dalamnya surah Al-Fatihah dan surah-surah yg lain. Apa-apa yg sampai ke semuanya, pasti akan sampai satu juzu’ daripadanya. Maka pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca memohon supaya Allah memberikan pahala kepada si mati sepertimana diberikan pahala kepadanya (si pembaca).

Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama’ telah bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala sebahagian ulama’ berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati adalah harus. Para ulama’ Syafi’iyah berpendapat bahawa pahala tersebut sampai kepada si mati dgn diiringi bacaan doa :

اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان

Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan” dan ianya bukanlah hanya semata2 dgn amalan tersebut sahaja.

Perselisihan yg berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak berlaku pada masalah ini.

shah_penterjemah

Penterjemah :

Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime

Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar Al-Syarif

1Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)

2Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)

3Syarah Kabir (Allamah Dardir-Jilid 1/423)

4Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225)

5Rohmatal Ummah Fi Ikhtila’fil A’Immah (Syeikh Uthmani)

 

Pendapat JAKIM

Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):

Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”

Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa : “Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah
Al-Baqarah”.

(Rujukan: Jakim – http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/28365)

3 April 2012 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Ibadah | , | Leave a comment

Berwaspada dengan kumpulan Ahbash yang menyesatkan

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan jemaah yang dinamakan sebagai Ahbash, maka pelbagai persoalan yang keluar daripada minda orang ramai mengenai kumpulan ini. Ada yang menjauhkan diri daripada mereka kerana mendengar nasihat para alim ulama’, ada juga yang terpedaya dengan dakyah mereka, dan ada juga ingin belajar dahulu siapakah mereka lantas terpedaya dengan dakyah yang dibawa oleh mereka.

Saya pernah bertanya kepada rakan saya yang pernah mengikuti pengajian aliran Ahbash ini kerana beliau ingin tahu sendiri mengenai aliran tersebut, beliau menyatakan bahawa guru yang mengajar itu menghasut supaya jangan mendengar kata-kata pensyarah di kuliyah Syariah Universiti Yarmouk, terkejut saya mendengarnya.

Selain itu, saya ada juga mendengar rakan saya mengecop seorang ulamak dengan panggilan Muktazilah hanya kerana tidak sealiran dengan gurunya, sedangkan itu adalah tuduhan yang sangat berat jika tanpa ada bukti yang benar-benar kukuh.

Ini adalah petanda awal sebenarnya untuk menyalakan api permusuhan. Apabila lebih lama lagi belajar di situ, mungkin ia akan mewujudkan perasaan syak wasangka terhadap para alim ulama’ sejurus mengkafirkan mereka, maka yang benar hanyalah guru mereka. Pada mulanya, kita tidak nampak ketara penyelewengannya kerana ia adalah tektik dan helah yang popular digunakan. Sikit demi sedikit ia mula menjadi darah daging. Awas!

Jika kita perasan mengenai kumpulan ini, mereka lebih cenderong untuk berkasar dan berdebat kepada sesiapa sahaja yang tidak sama aliran dengan mereka. Maka mereka akan selalu mewujudkan api-api permusuhan. Saya pernah menghadapai orang yang seperti ini. Selain itu, mereka ini hanya suka berbicara pada satu topik sahaja sehingga dunia telah mengalami masalah kritikal dari sudut lain pun, mereka tetap dengan agenda mereka iaitu berkeras dengan sesiapa yang tidak sama aliran dengan mereka.

Parah. Kita perlu ambil waspada perkara ini dengan sangat serius, kerana dari masa ke semasa ia sudah merayap ke seluruh dunia dan tidak terlepas juga di negara kita iaitu di Malaysia, maka kita tidak hairanlah budaya sesat-menyesatkan, kafir-mengkafirkan ahli kiblat sudah sebati di bibir masyarakat walaupun orang yang melemparkan tuduhan itu adalah dari golongan pendakwah sendiri. Sedangkan perkara ini sangat dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya yang bermaksud,

“Tinggalkan perbantahan kerana sesungguhnya Bani Isra’il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A’zhom. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah siapakah sawadhul a’zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh Allah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan di kala orang ramai berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.” (Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu’jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda’, Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa’ dan Anas bin Malik)

Lagi, “Sesiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya ” (Sahih Bukhari)

Jika pembaca sedari di dalam penulisan saya yang lepas, saya sudah menulis sebuah artikel yang bertajuk ‘Salafi dan Khalafi: Antara Salah Faham dan Realiti Semasa’, di dalam petikan  artikel tersebut saya ada menyatakan bahawa,

“Ada yang bersetuju dengan aliran Salafi daripada aliran Khalafi atau sebaliknya serta menghormati aliran Khalafi,  ada juga yang ber’wasatiyah’ iaitu memandang kepada nilai yang positif daripada kedua-dua aliran, tidak kurang juga yang berbaki daripada pecahan itu adalah yang fanatik pada satu-satu aliran sahaja sehingga menganggap aliran lain adalah sesat dan salah. Pecahan kumpulan yang terakhir tadi sebenarnya adalah salah satu punca kerosakan yang amat besar dalam masyarakat kerana ia boleh merosakkan orang lain di samping membawa fitnah yang buruk ke atas agama Islam itu sendiri.”

Apa yang saya ingin maksudkan daripada petikan artikel di atas ialah kesan daripada pecahan kumpulan yang terakhir iaitu mereka yang bersifat agresif dan fanatik pada satu-satu golongan sehingga meng’KAFIR’kan ulama’-ulama’ muktabar seperti Dr Yusof Al-Qorodhawi dan aliran-aliran yang tidak sama dengan mereka, sehingga bertindak dengan lebih melampau lagi  apabila mereka menghalalkan pertumpahan darah sesama Islam atas alasan bahawa yang dituduh kafir tadi mereka sudah terkeluar daripada Islam. Maka topik inilah yang menjadi tajuk utama perbincangan kita pada kali ini supaya kita tidak terperangkap serta lebih berhati-hati  dengan fikrah dan dakyah yang dibawa oleh mereka.

Setelah mendengar kupasan daripada beberapa orang Prof. dan Dr di Universiti Yarmouk, maka dengan persetujuan daripada mereka, saya berani untuk tampil dan mengupas antara penyelewengan-penyelewengan yang ada di dalam kumpulan ini.

Saya tidaklah tujukan penulisan ini kepada pengasas dan ahli kumpulan ini, biarlah Allah SWT mengadili perbuatan mereka. Cukuplah memberitahu bagi mereka yang ingin tahu, kerana apa yang saya risaukan adalah budaya ini tersebar dalam kalangan masyarakat, maka pada masa itu semakin sukar untuk kita mencari nilai titik persefahaman. Ya, sangat bahaya, bayangkan apabila semuanya menjadi musuh, maka amat sukar untuk kita berdamai ketika darah umat Islam menjadi halal sesama sendiri. Cukuplah dengan persengketaan yang ada, walaupun masih lagi ada ruang dan peluang yang boleh dicari titik persefahamannya dengan izin Allah SWT.

Sejarah Ringkas Pengasas

Disandarkan kumpulan Ahbash ini kepada pengasasnya iaitu Abdullah Al-Harori, Al-Harori ini adalah nisbah kepada wilayah Haroro di Negara Habsyah. Maka daripada Haroro, dia telah datang ke negara Syam pada tahun 1950.

Apabila sampainya di negara Syam, dia telah menyebarkan  akidah yang sesat di wilayah Syiria, maka ramai daripada sebahagian ahli sufi yang terpengaruh dengan ajarannya serta menerimanya. Lantas diketahui oleh alim ulama’ Syiria mengenai penyebaran ajarannya, maka mereka telah bersemuka dengannya, mendedahkan penyelewengan ajaran yang dibawa olehnya kepada orang ramai.

Selepas didedahkan penyelewengan itu, dia telah membawa diri ke Lubnan dan terus menetap di sana, sesampainya di sana, dia telah memperdayakan ramai orang bahawa dia telah dihalau dari negaranya Habsyah dan dibenci oleh masyarakatnya sehingga dia telah diberi gelaran (Syeikhul Fitnah). Di samping itu, dia telah menyertai dan meminta bantuan daripada musuh Islam untuk melancarkan serangan terhadap jemaah-jemaah Islam dan ulama’ulama’ Islam yang muktabar.

Fahaman Dan Pemikiran Ahbash Yang Subversif (merosakkan)

1.   Mengkafirkan

Kegemaran mereka adalah sangat gemar mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka terutama alim-alim ulama’, mereka selalu mengkafirkan ramai orang sehingga kita boleh kenal mereka dengan ‘Jemaah Takfir’. Mereka mengkafirkan ulama’-ulama’ yang muktabar seperti Imam Ibnu Khuzaimah iaitu dengan menuduh kitab tauhidnya sama dengan kitab syirik, mempertikaikan Imam Az-zahabi. Tidak terlepas juga yang dituduh kafir adalah Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Imam Ibnu Kasir, Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi.

Sehingga mereka menuduh kafir Syeikh Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab di lidah-lidah mereka pada setiap pagi dan petang. Ulama’ Muaasirun (hari ini) juga tidak terlepas dari tuduhan kafir, antara mereka adalah Syekh al-Bani, Prof. Dr Yusof Al-Qorodhawi, Bin Bazz, Ibnu Usaimin, Said Sabiq, Mutawwali Sya’rawi, Dr Said Ramadhan Al-Bouti, Syed Qutub dan ramai lagi jika hendak disenaraikan.

2.   Membunuh, menyerang, dan mengasari sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka.

Antara tuduhan yang dilemparkan kepada mereka:-

a)   Disyaki membunuh mufti Lubnan yang lalu iaitu Syeikh Hasan Khalid. (Kematian Syeikh apabila keretanya terkena letupan bom ketika keretanya melalui kawasan tersebut pada 11 Syawal 1409H bersamaan 16 Mei 1989)

b)   Disyaki membunuh Syeikh Dr Subhi Soleh. (Soheb Muallifat al-Qimah)

c)   Membunuh Usamah al-Qossos. (Salah seorang pendakwah di Lubnan)

d)   Disyaki terlibat dalam pembunuhan Rofiq al-Hariri. (Ketua Kerajaan Lubnan yang lalu) seperti apa yang dinyatakan di dalam laporan (milis).

Mereka ini juga terlibat dalam beberapa siri keganasan yang berlaku di negara Syam terutamanya Lubnan.

3.   Mereka Bersekutu Dan Bergabung Bersama Syiah Terutamanya Hizbullah Di Lubnan Selepas Keluar Daripada Syiria

Ahbash bersetuju dengan Syiah Rowafed dalam melakukan fitnah dan mencaci sesetengah sahabat  Nabi Ridhwanullah ‘alaihim. Maka dengan demikian, hampir samalah pekerjaan antara mereka dan Syiah dalam menyebarkan fahaman Syiah. Seperti yang kita tahu bahawa mencaci sahabat adalah permulaan tersebarnya fahaman mazhab Syiah dan kebangkitan al-Khominiyah di negara Sunni.

4.   Ahbash  Juga Bertanggungjawab Dalam Menyebarkan Penyelewengan Melalui Jalan Ar-rifai’yah dan An-naqsyabandiyah As-sufiyah.

5.   Ahbash Juga Gemar Menganggap Bahawa diri Mereka Adalah Dari Golongan Wasatiyah Dan Adil.

Kepelikan al-Habshi, bersalahan yang sangat ketara di dalam permasalahan Aqidah Dan Feqah. Antaranya:

1.   Syirik dan Khurafat, melampaui batas dalam ilmu ketuhanan

Kita sedia maklum bahawa ijma’ umat Islam beriktiqod dengan ayat yang bermaksud: “sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (al-Baqoroh:20), akan tetapi al-Habsyi beriktiqod bahawa Allah SWT bukan berkuasa ke atas sesuatu pun, malah Allah SWT hanya berkuasa pada kebanyakan perkara sahaja, bukannya setiap sesuatu sepertimana yang disebutkan di dalam kitabnya al-Aqidah As-saniyah m/s 40.

2.   Sesungguhnya semua orang Islam beriman bahawa mayat-mayat di dalam kubur hanya akan dibangkitkan setelah hari kiamat tiba seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.” (al-Mukminum:16). Akan tetapi al-Habsyi beriktiqod bahawa mayat-mayat akan keluar daripada kubur mereka untuk menunaikan hajat bagi sesiapa yang memerlukan mereka.” Sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab mereka ‘Bughyah al-Tolib:7 edisi pertama’, kitab ‘Sorih al-Bayan: 57’, dan kitab al-Dalil al-Qowim:173). Maka mereka menggalakkan manusia agar berdoa di kubur dan meminta bantuan kepada si mayat.

3.   Kita sedia maklum bahawa Allah SWT menyuruh kita meminta perlindungan kepadanya daripada tipu daya Syaitan seperti mana di dalam firmanya yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-A’rof:200) dan juga di dalam surah al-Fussilat: 36. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Jin: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” Al-Jin:6. Sedangkan al-Habsyi memberi fatwa bahawa harus meminta pertolongan selain daripada Allah SWT seperti ‘Aku meminta pertolongan dengan si fulan seperti Nabi SAW’ sebagaimana di dalam kitabnya ad-Dalil al-Qowim m/s 173, kitab Soreh al-Bayan m/s 57-62 edisi ke-2 tahun 1994 di m/s 156.


Mereka Berdusta Di Dalam Kecintaan Kepada Nabi SAW

Al-Habsyi tidak mengambil berat terhadap riwayat hadis-hadis yang sahih yang sabit daripada Nabi SAW, kita wajib mengetahui bahawa meriwayatkan hadis yang sahih adalah tanda orang yang jujur, akan tetapi mereka telah berdusta dengan hadis Nabi SAW iaitu dengan mendakwa bahawa Allah SWT menyuruh malaikat Jibril a.s di hari kelahiran Nabi SAW untuk menyebarkan minuman kepada penduduk langit dan bumi. Maha suci Allah SWT daripada perbuatan itu, sedangkan kita mengetahui bahawa para malaikat tidak makan dan tidak minum seperti apa yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Al-Habsyi  Memperlekehkan Sahabat-Sahabat Nabi SAW

1.   Tidak dapat disangkal lagi bahawa sahabat Nabi dari Khulafa’ ar-Rasyidin yang empat, mereka adalah sahabat yang mulia dan besar di sisi Nabi Saw. Akan tetapi al-Habsyi telah meragukan umat Islam terhadap keyakinan itu dengan menyatakan bahawa “Sesiapa yang mengingkari Abu Bakar as-Siddiq sebagai sahabat, maka dia kufur. Ada pun bagi mereka yang mengingkari Umar, Othman dan Ali daripada kalangan sahabat yang afdhal, maka dia tidak jatuh kufur” boleh lihat di dalam kitab ‘Bughyah at-Tolib m/s 32 ’ edisi yang pertama.

2.   Bukan itu sahaja, malah al-Habsyi juga memperlekehkan penulis wahyu Rasulullah SAW iaitu Muawiyah R.A dengan menyatakan bahawa “Hati Muawiyah tidak memiliki rasa takut dan taqwa kepada Allah SWT, sesungguhnya dia adalah lelaki yang penipu.” Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 102. Siapa boleh mengetahui soal hati manusia melainkan Allah SWT, tetapi mereka telah melemparkan satu pendustaan yang besar terhadap sahabat Nabi SAW.

3.   Bahkan al-Habsyi telah mendakwa bahawa siapa yang membunuh Saidina Ali R.A adalah Bughah, walaupun mereka itu dari kalangan sahabat. Ini disebut di dalam kitabnya ‘Bughyatu al-Toleb m/s 352’, malah mereka mendakwa bahawa sesiapa yang membunuh Ali R.A daripada kalangan sahabat, mati dia adalah mati jahiliyyah, dan menyifatkan perbuatan Aisyah R.A dalam menyerang Sayidina Ali R.A sama dengan perbuatan maksiat. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 86. Jika kita sedar bahawa mereka mempunyai banyak persamaan dengan Syiah.

Penyelewengan Mereka Terhadap Masalah-Masalah Feqah

1.   Kita sedia maklum bahawa Islam telah mengharamkan perjudian, tetapi al-Habsyi memberi fatwa bahawa harus mengambil harta orang kafir melalui jalan perjudian. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 133.

2.   Mereka menggalakkan akhlak yang keji dalam kalangan perempuan dan muhrimnya iaitu adik atau abang, pakcik, dan selainnya, mereka mengharuskan agar muhrim perempuan tadi melihat payudara dan perutnya kerana itu bukan aurat di antara muhrim, mereka juga mengatakan boleh melihat bahagian itu sesama perempuan tanpa bersebab. Mereka mendakwa bahawa kadar aurat perempuan dan muhrimnya adalah daripada perut hingga ke lutut, ada pun pendapat yang menyatakan atas daripada kadar itu adalah pendapat yang lemah. Boleh lihat di dalam kitab Bughyah al-Toleb m/s 368 edisi pertama dan edisi kedua m/s 290.

3.   Al-Habsyi mengharuskan bagi lelaki melihat apa sahaja dari tubuh wanita ajnabiyah dengan syarat tidak menaikkan syahwat. Boleh lihat di dalam kitab Bughyah al-Toleb 288.

4.   Membolehkan bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan di dalam tarian. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan 144.

5.   Menggugurkan kewajipan zakat ke atas duit kertas. Bughyah al-Toleb m/s 160-169, edisi yang terbaru m/s 207.

6.   Al-Habsyi memberi fatwa agar harus mengambil riba daripada orang kafir, katanya: “Saham-saham di bank adalah milik orang kafir, bahkan yang mengasaskannya juga  adalah orang kafir, maka kita boleh ambil faedah daripada itu jika kita mahu.” Rakaman suara.

7.   Dibolehkan mengambil harta orang kafir melalui jalan perjudian kerana pada hari ini tiada lagi kafir Zimmi, yang ada hanyalah kafir Harbi. Boleh lihat di dalam kitab Soreh al-Bayan m/s 133.

8.   Menfatwakan bahawa najis daripada kutu dan pepijat adalah najis yang tidak boleh dimaafkan, sesiapa yang solat dan terkena padanya, maka solatnya batal sama ada tahu atau pun tidak tahu. Boleh lihat di dalam kitab Bughyah al-Toleb m/s 87.

Itu adalah antara pendapat-pendapat yang menyeleweng yang dikeluarkan oleh al-Habsyi. Perkara ini juga telah dipersetujui oleh guru saya iaitu Dr Usamah al-Ghonimin, Pensyarah di kuliyah Usul Fiqh Universiti Yarmouk.

Antara ulama’-ulama’ dan perbadanan yang telah mengatakan bahawa Ahbash adalah sesat

1.   Dr Wahbah Az-zuhaili

2.   Dr Ramadhan al-Bouti

3.   al-Syeikh Tajuddin al-Hilaly

4.   al-Syeikh Abu Muhammad al-Maqdisi

5.   al-Syeikh Abu Qotadah Umar Bin Mahmud

6.   Dr Yusof al-Qorodhawi

7.   Fatwa Dari Markaz Fatwa laman islamweb.net

8.   al-Syeikh Hamid Bin Abdillah al-Aliy

9.   al-Syekh Abdul Aziz Bin Bazz

10.  Lembaga Fatwa Arab Saudi

11.   Dr Fikri Ismail (Kementerian Wakaf Mesir)

12.   Dr Mohd Mahrus al-Mudarris (Islam-online.net)

13.   Dr Munir Jumuah

14.   Lembaga Fatwa Mesir

15.   Dr Ahmad Shalabi

Berikut adalah ulasan yang diberikan oleh al-Syekh Hamid Bin Abdillah al-Aliy mengenai Ahbash

Maksudnya: “Saya memohon maklumat terperinci daripada tuan tentang kumpulan Ahbash, apakah telah ada fatwa tentang kumpulan ini? Apakah mereka itu kumpulan yang sesat ataupun tidak?”

Jawapan dari al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-’Aliy (Pensyarah Peradaban Islam di Kuliah Pendidikan Asas Kuwait.).

Alhamdulillah wassolatu wassalam ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbihi wa ba’du:

al-Ahbash adalah satu kumpulan sesat yang dinisbahkan kepada Abdillah al-Habasyi. Zahir di Lubnan, dan mereka mengambil kesempatan daripada kejahilan dan kefakiran yang berlaku di Lubnan kesan dari peperangan yang berlaku di sana untuk menyebarkan seruan menghidupkan manhaj-manhaj Sufiah yang batiniyyah bertujuan merosakkkan aqidah dan memecah-belahkan kesatuan umat Islam.

Pengasas kepada kumpulan ini ialah Abdullah Muhammad al-Harari al-Habasyi, dia belajar agama di sana (di Habashah) dan telah mengadakan bai’ah (janji taat setia) dengan tarikat al-Tijaniyyah. Dia juga berbai’ah dengan Tarikah al-Rifa’iyyah, kemudian dia berhijrah ke Syiria dan Lubnan. Ketika di Habashah, Abdullah al-Harari pernah bekerjasama dengan pemerintah Indraji di Habashah “Sahr Hilasilasi” menghapuskan persatuan-persatuan Islam tahfiz al-Quran di bandar Harara yang membawa kepada hukuman penjara dan buang negeri ke atas Pengetuan Sekolah, Ibrahim Hasan selama 23 tahun. Semua ini menyebabkan para pendakwah dan para syeikh yang berada di Harara melarikan diri ke Saudi dan Mesir. Kerana itu Abdullah al-Harari (pengasas kumpulan Ahbash) dikenali disana dengan sifat al-Fattan (pembawa fitnah) atau Syeikh Fitnah.

Demikianlah keadaannya (al-Harari) apabila dia berada di Lubnan, dia bekerja untuk menyebarkan fitnah sama seperti yang dilakukannya di tempat asalnya dan menyebarkan kepercayaannya yang rosak, termasuk syirik, menyebarkan fahaman mazhab-mazhab yang batil tentang sifat Allah, menyebarkan fahaman murjiah, Jabariah, tasawwuf batiniyyah dan syiah rafidhah, mencela para sahabat (Nabi saw) dan menuduh Ummu al-Mukminin ‘Aisyah melakukan maksiat dengan melanggar perintah Allah swt dengan fatwa-fatwa yang ganjil.

Antara pengikutnya ialah Nizar al-Halabi (نزار الحلبي), beberapa orang public figure seperti timbalan parlimen ‘Adnan al-Tarobalasi (عدنان الطرابلسي) dan calon mereka yang lain seperti Toha Naji (طه ناجي) yang menerima suara sokongan kebanyakan dari penganut kristian, kerana janji mereka menghapuskan fahaman Islam fundamental. Akan tetapi dia tidak memperoleh kejayaan. Demikian juga dengan Hasan Qarqira timbalan presiden Jam’iyyah al-Masyari’ al-Islamiyyah, Kamal al-Huth, ‘Imaduddin Haidar, Abdullah al-Barudiy dan individu-individu yang menyeliakan peralatan penyelidikan dan menuskrip seperti al-Muassasah al-Thaqafiyyah lil Khidmaat dan Markaz al-Abhath wa al-Khidmaat. Mereka juga kebelakangan ini telah memulakan mentahkik kitab-kitab turath, dengan tahkikan jahmiyyah. Mereka juga melakukan muslihat dengan menggunakan nama ganjil yang tidak dikenali walaupun dikalangan para penuntut ilmu seperti mereka menulis : “Telah berkata al-Hafidz al-’Abdari di dalam dua dalilnya (قال الحافظ العبدري في دليليه).” Mereka menyembunyikan kepada orang ramai, sehingga orang ramai akan menyangka al-Hafidz yang dimaksudkan ialah dari kalangan ulama yang masyhur seperti al-Hafidz Ibn Hajar ataupun al-Nawawi, sebaliknya al-Hafidz itu ialah syeikh mereka sendiri al-Harari, mereka nakalkan dari kitabnya al-Dalil al-Qawim sebagai contohnya.

Kepercayaan-Kepercayaan mereka

1. Mereka mendakwa mereka bermazhab al-Syafie di dalam fiqh dan i’tikad, akan tetapi hakikatnya mereka jauh dari mazhab al-Syafie.

2. Mereka menganggap ringan berhukum dengan hukuman buatan manusia yang bertentangan dengan hukum Allah. al-Habasyi (Abdullah al-Harari) berkata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah dalam dirinya dan tidak melaksanakan sedikitpun kefardhuan Allah dan tidak menjauhi perkara-perkara haram, sebaliknya dia pernah mengucapkan walau sekali seumur hidup la-i-la-ha-illallah, maka dia seorang muslim dan digelarkan juga sebagai seorang beriman yang berdosa.” (al-Dalil al-Qawim. m.s. 9-10).

Kepercayaan ini adalah kepercayaan firqah Murjiah yang sesat.

3. al-Ahbash memberi galakan kepada orang ramai untuk memohon dari kubur, memohon pertolongan dari kubur dan memohon ditunaikan hajar dari kubur. Ini kerana kumpulan Ahbash mempercayai orang-orang yang telah mati itu akan keluar dari kubur untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka, kemudian mereka (orang-orang yang telah mati itu) akan pulang semula ke kubur mereka. Sama juga mereka mengharuskan memohon perlindungan kepada selain Allah, dan menyeru mengambil berkat dari beberapa batu. (Kitab al-Dalil al-Qawim, 173).

4. Ahbash akan memenangkan mazhab mereka dengan hadith-hadith yang lemah dan palsu, yang menyokong mazhab mereka. Kerana itu mereka menghukum banyak hadith yang sahih sebagai dhaif kerana tidak menyokong mazhab mereka. Perkara ini jelas di dalam kitab mereka al-Maulid al-Nabawi.

5. Abdullah al-Harari al-Habasyi telah mengkafirkan beberapa orang ulama umat Islam. Dia mengkafirkan Ibn Taimiyyah. Dia menjadikan perkara pertama yang wajib ke atas setiap mukallaf ialah beriktikad akan kekafiran Ibn Taimiyyah, dan dia benar-benar memberi peringatan supaya menjauhkan kitab Ibn Taimiyyah. Demikian juga al-Imam al-Zahabiy yang di sisinya (al-Harari) sebagai seorang yang hina. Dia juga menganggap al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab seorang penjenayah, pembunuh dan seorang kafir. Dia juga mengkafirkan al-Syeikh al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h. Mengkafirkan al-Syeikh Sayed Sabiq, dan menganggap syed sabiq sebagai seorang Majusi yang kafir, dia juga mengkafirkan Syed Qutb sepertimana yang disebut oleh al-Harari di dalam kitabnya al-Nahju al-Sawiy fi al-Radd ‘ala Syed Qutb wa Tabi’ihi Faisol Maulawi.

6. al-Harari menyeru kepada tarikat Naqsyabandiyyah dan Rifaiyyah

7. al-Harari juga memiliki beberapa fatwa yang ganjil yang berpendapat harusnya membuat helah dalam agama dan berpendapat melihat, bercampur dan bersalaman dengan perempuan yang ajnabiy itu tidak mengapa, bahkan dia mengatakan wanita boleh keluar rumahnya dengan berwangi-wangian, bertabarruj sekalipun tidak direstui suaminya.

8. al-Harari mengharuskan jualan dan belian budak yang merdeka. Dia juga membolehkan orang ramai meninggalkan bayaran zakat dengan wang kertas dan mendakwa wang kertas tidak ada kaitan dengan zakat yang wajib dengan emas dan perak sahaja. Dia juga mengharuskan memakan riba, mengharuskan solat memakai pakaian yang bernajis. (Bughyah al-Tolib: 99)

9. al-Harari juga telah menimbulkan fitnah di Amerika dan Kanada dengan perubahan kiblat, sehingga mereka memiliki masjid yang khas yang mereka ubah arah kiblatnya 90 darjah, dan menjadikan mereka menghadap kiblat yang berlawanan dengan kiblat umat Islam. Mereka juga berkeyakinan bumi bukannya berbentuk globe seperti yang dimaklumi, sebaliknya bumi berbentuk setengah globe seperti bentuk setengah buah oren. Di Lubnan mereka sembahyang bersama dengan kumpulan-kumpulan khusus, selepas selesai para jamaah menunaikan solat.

Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz telah mengeluarkan fatwa yang berbunyi: “Sesunguhnya kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan.” (nukilan daripada al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah 1/430, dengan sedikit ubai suai)

Dengan ini diketahui bahawasanya kumpulan ini (Ahbash) adalah satu kumpulan sesat yang dicurigai yang ganjil dan wajib berhati-hati daripadanya.

Boleh lihat ulasan ini di laman web rasminya di sini dalam bahasa arab.

Ini Adalah penulisan oleh Dr Asri pada tahun 2008 semasa beliau menjadi Mufti Perlis, beliau juga dituduh kafir

Mufti Perlis S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyebut di dalam akhbar Utusan Malaysia 20/1/08:

“Di Lebanon lahirnya puak yang dinamakan Ahbash. Pengasasnya seorang habsyi yang bernama Abdullah al-Harari. Beliau dikenali juga dengan al-Fattan, maksudnya penyebar fitnah. Beliau mendakwa berpegang kepada akidah asy’ari, bermazhab syafi’i, serta bertarikat. Beliau telah membentuk satu mazhab yang begitu ekstrim sehingga mengkafir dan menghalalkan darah sesiapa yang tidak sama dengan kefahaman-kefahaman yang beliau anjurkan.

Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyyah, Ibn Qayyim, Dr Yusuf al-Qaradawi, Mutawalli Sya’rawi, Dr. Ramadhan al-Buti, Muhammad bin Abdul Wahhab, Syed Qutb dan berbagai lagi. Juga mengkafirkan mijoriti umat Islam khususnya Arab Saudi. Berlaku huru-hara di Lebanon disebabkan sikap suka berbalah mazhab Ahbash ini sehingga mereka dikaitkan dengan pembunuhan bekas Presiden Rafiq Hariri.

Di Australia, tiga puluh enam persatuan Islam membantah sikap ekstrim mereka yang menimbulkan perbalahan di kalangan umat Islam di sana. Asas golongan Ahbash ini adalah berbalah berhubung dengan ayat-ayat sifat Allah dan berbalah sesiapa yang enggan terikat dengan satu mazhab dan berbagai kekarutan yang lain. Para ulama di peringkat antarabangsa telah menyenaraikan mereka ini dalam ajaran sesat. Itulah yang diputuskan oleh Mufti Mesir, Arab Saudi, Australis, Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr Ahmad Shalabi dan lain-lain.

Malangnya, mereka mula bergerak dan menyebarkan fahaman mereka di negara kita melalui bekas-bekas penuntut kita di sana dan buku-buku yang diedarkan. Apa yang ingin saya sebutkan, dalam keghairahan sesetengah pihak di negara kita menentang kebangkitan pemikiran pembaharuan ke arah Islam yang lebih terbuka, rasional dan dinamik, mereka menggunakan puak Ahbash ini untuk berceramah ke sana sini.

Jika di negara arab mereka mengkafirkan Dr. Yusuf al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang lain, di Malaysia anak-anak buah Ahbash ini mengkafirkan insan biasa seperti saya dan sesiapa yang mereka pilih. Fitnah seperti biasa menjadi teras utama mereka. Atas alasan terlalu terbuka dalam menerima keluasan pandangan, lalu saya pun dikafirkan. Saya katakan kepada ustaz-ustaz ini, negara ini adalah negara yang aman. Pendekatan apabila berbalah mengkafirkan orang adalah melampaui batas yang akhirnya akan membawa kepada kekacauan dan keadaan yang menakutkan.”

Video: Kata-kata Dr Wahbah az-Zuhaili Dan Dr Yusof al-Qorodhawi Mengenai Ahbash

Nasihat Dari Dr Wahbah az-Zuhaili Video Pendek (2.10 minit)

Kritikan Dari Dr Yusof al-Qorodhawi

Seringan: Kritkan Dr Wahbah az-Zuhaili Mengenai Tauhid

Pautan Link Yang Boleh Kita Lihat Dengan lebih Mendalam mengenai Ahbash. Antaranya:

1.  Anti Ahbash (Dua Bahasa:Arab Dan English)

2.  Bank Ahbash (Menghimpun fatwa-fatwa dan pembuktian kesesatan ahbash)

3.  al-Syeikh Hamid Bin Abdillah al-Aliy

Akhirnya, saya tidaklah tujukan penulisan ini kepada pengasas dan ahli kumpulan ini, biarlah Allah SWT mengadili perbuatan mereka. Cukuplah memberitahu bagi mereka yang ingin tahu, kerana apa yang saya risaukan adalah budaya ini tersebar dalam kalangan masyarakat, maka pada masa itu semakin sukar untuk kita mencari nilai titik persefahaman. Ya, sangat bahaya, bayangkan apabila semuanya menjadi musuh, maka amat sukar untuk kita berdamai. Cukuplah dengan persengketaan yang ada, tetapi masih lagi ada ruang dan peluang yang boleh dicari titik persefahamannya dengan izin Allah SWT.

Saya hanya mengharapkan keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Sentiasa berdoa agar umat Islam ini bersatu dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah dalam kerangka yang sahih.

Sekian,

(Penulis: Muhammad Fathullah Al-Haq, 14/3/2012, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan).

21 March 2012 Posted by | Aqidah, Fatwa, Informasi | , , , , | Leave a comment

Hukum solat jamak kerana menjalani rawatan penyakit penyakit kronik di hospital.

Berdasarkan fakta-fakta yang disebutkan di bawah, maka dengan ini dipohon Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan “Hukum Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik seperti Hemodialisis dan seumpamanya dengan menjamak sembahyang fardhu dan keputusan ini hanya tertentu kepada orang yang mengalami penyakit berkenaan sahaja.”

KEPUTUSAN

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

FATWA TENTANG HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK Dl HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. (En. 2/1989)

JADUAL

(1) Harus menjamakkan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.

(2) Pekerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugasnya kerana sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang bertugas di wad ICU dan seumpamanya yang terpaksa bertugas tanpa had masa. Keharusan menjamakkan sembahyang dikhususkan pada masa berlaku darurat sahaja, tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tiada rawatan atau ketika tidak bertugas.

Dibuat pada 16 Januari 2001.

[MUFTI Sel. 500-2; PU. Sel. AGM/0007 Jld. 2]

DATO’ HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID,

Dato’ Seri Utama Diraja,

Mufti Negeri Selangor

—————————————————————————————————————————————————-

1. TUJUAN

Kertas ini disediakan adalah untuk mendapat pandangan dan pertimbangan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mengenai “Hukum Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik”.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Isu ini timbul ekoran daripada pertanyaan orang ramai kepada JAKIM mengenai hukum sembahyang jamak kerana menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang, rawatan penyakit jantung, lumpuh dan seumpamanya yang telah mendapat pengesahan daripada doktor- doktor pakar daripada hospital-hospital kerajaan ataupun swasta.

2.2. Penggunaan alat-alat semasa dan sesudah rawatan homodialisis adalah sepert berikut:-

(i) Semasa Rawatan

Setiap pesakit dikehendaki menjalani pemeriksaan tekanan darah sebelum, semasa dan sesudah rawatan sekurang- kurangnya 5 kali menggunakan alat khas tekanan darah tinggi. Kemudian ditimbang berat badan satu (1) kali sebelum dan satu (1) kali selepas rawatan untuk mengetahui berat sebenar. Bagi timbangan berat sebelum rawatan untuk mengetahui kedudukan berat air yang ada di dalam badan dan timbangan kedua selepas rawatan untuk mengetahui berapakah sudah dikurangkan air dalam badan.

Semua bacaan untuk timbangan berat ini dicatat dalam buku rekod peribadi. Kemudian jururawat akan membuat suntikan di dua tempat di lengan – satu untuk pengeluaran darah dan satu untuk memasukkan semula darah. Setelah suntikan dibuat, jarum itu tetap berada di lengan pesakit dari awal hingga ke akhir masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam atau paling lama 5 jam. Aliran darah keluar melalui bawah lengan suntikan bahagian bawah memasuki tiub yang digunakan untuk masuk ke dalam satu tabung penapis sebagai ganti fungsi buah pinggang – untuk menapis segala darah kotor dan lebihan air yang berada dalam darah menggunakan mesin khas. Kemudian darah yang bersih disalurkan semula ke lengan bahagian atas melalui jarum yang tersedia.

(ii) Selepas Rawatan

Setelah cukup masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam tadi, jururawat akan membuka tampalan serta jarum berkenaan dan diletakkan tampalan lain dengan menggunakan sejenis kain yang dikeraskan di bahagian liang suntikan supaya menghalang darah keluar kerana ketika itu jika tidak dibuat demikian, darah akan terpancut dengan kuat (dalam tempoh 1 jam). Liang suntikan hanya boleh dibuka dalam tempoh lebih 40 – 60 minit kerana di waktu itulah bagi pesakit tertentu liang suntikan itu telah tertutup oleh darah yang beku, tetapi bagi sesetengah pesakit pula lebih daripada 1 jam, ini bergantung kepada kecairan atau kepekatan darah seseorang.

3. PERMASALAHAN/PERSOALAN

Bolehkah orang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya menunaikan sembahyang Zohor dengan Asar – Jamak Takhir disebabkan oleh rawatan berkenaan?

(i) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan pertama iaitu jam 6.00 pagi – 12.00 tengahari, dalam tempoh rawatan ini tidak menimbulkan masalah dari segi waktu sembahyang fardhu kerana rawatan itu telah selesai sebelum waktu Zohor.

(ii) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan kedua iaitu jam 11.00 pagi – 6.00 petang, menimbulkan implikasi hukum mengenai sembahyang. Ini menyebabkan waktu sembahyang Zohor luput. Sementara itu sekiranya pesakit mengambil wuduk sebelum rawatan dibuat, ia boleh membatalkan wuduk disebabkan persentuhan dengan jururawat wanita bagi pesakit lelaki atau disebabkan keluar angin daripada dubur.

(iii) Bagi mereka yang mengambil syif rawatan ketiga iaitu jam 3.00 petang – 9.00 malam, menimbulkan masalah kerana melibatkan sembahyang Asar dan Maghrib. Apakah boleh bagi pesakit berkenaan sembahyang Jamak Takdim – Sembahyang Zohor dan Asar dan Jamak Takhir – Sembahyang Maghrib dan Isyak?

4. ASAS-ASAS PETIMBANGAN

3.1. Mengikut kitab Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam oleh Fadhilah Syeikh Atiyyah Saqr, juzu’ 3 hal. 421 – 422 menyatakan mengenai pendapat-pendapat ulama’ bagi empat mazhab.

(i) Menurut pendapat Mazhab Maliki, harus jamak sembahyang ketika bermusafir jauh atau dekat. Begitu juga bagi orang yang sakit yang pitam atau sakit di kepala yang boleh menghalangnya daripada menunaikan sembahyang ketika masuk waktu kedua, maka harus baginya mentakdimkan sembahyang tersebut. Begitulah juga harus jamak sernbahyang kerana hujan lebat, ribut pasir, kegelapan malam, maka harus dijamak secara takdim sembahyang maghrib dan isyak dengan syarat sembahyang tersebut dilakukan di masjid secara berjamaah.

(ii) Mengikut pendapat Mazhab Syafie, harus jamak sembahyang kerana musafir yang lama perjalanannya dengan sebab hujan secara jamak takdim sahaja, apabila dilakukan sembahyang itu secara berjemaah di masjid yang jauh daripada rumahnya, mengelakkan kesusahan untuk pergi ke sana, maka ia harus menjamakkan sembahyang walaupun tidak kerana hujan dan harus jamak sembahyang sama ada takdim atau takhir bagi orang yang sakit.

(iii) Sementara Mazhab Hanafi pula tidak harus jamak sembahyang secara takdim kecuali bagi orang yang mengerjakan haji di Arafah dengan syarat berjamaah berserta Imam atau naibnya dan tidak harus mentahlulkan sembahyang kecuali di Muzdalifah bagi orang yang mengerjakan haji, maka ia boleh sembahyang Asar dalam waktu Zohor di Arafah dan sembahyang Maghrib dalam waktu Isyak di Muzdalifah.

(iv) Mengikut Mazhab Hambali, harus bagi orang yang sakit menjarakkan sembahyang ketika timbulnya kesusahan mendirikan sembahyang apabila masuknya waktu. Harus juga menjamakkan sembahyang bagi orang yang lemah daripada mengetahui awal waktu sembahyang bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya, harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan sembahyang dan yang lebih utamanya ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jamak takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir seperti tertib, niat jamak dan berterusan uzur.

3.2. Mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 14 pada 22 – 23 Oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah diertikan seperti berikut:-

(i) Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut dan taufan.

(ii) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.

(iii) Keuzuran berkenaan dengan berkemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat.

Daripada kesimpulan di atas dapatlah dirumuskan bahawa menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamnya adalah dikira uzur syarie yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya.

Fatwa Majlis Kebangsaan Agama Islam Malaysia pula: 


6 December 2011 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah | , | Leave a comment

Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama

Tarikh Keputusan:  4 Nov, 2009

Keputusan:

Mesyuarat sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :

 

i. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah s.w.t dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanyalah kepada Allah s.w.t. sahaja.

 

ii. Orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.
 

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan:  KERTAS MESYUARAT

25 August 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah


Tarikh Keputusan:

11 Jun, 2001

Huraian Tajuk/Isu:

Apakah hukum seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram untuk tujuan ziarah?

Keputusan:

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah mengambil keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah Fatwanya;

Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan ziarah tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-

1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.

2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.

3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).

4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.

5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah ( boleh dipercayai ) dan solihat.

6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.

7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.

8. Tujuannya untuk ziarah mengeratkan silaturrahim, terutama yang ada hubungan nasab ( keturunan ) atau ziarah orang sakit atau memenuhi jemputan.

9. Perjalanannya ada mempunyai matlamat tertentu yang diharuskan oleh syarak, bukan untuk semata-mata melancong, berkelah atau dalam bentuk suka-suka sahaja.

10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ziarah iaitu pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluann hidup selepas kembali dari ziarah tersebut.

11. Kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya.

12. Dengan perhiasan yang sederhana.

13. Wanita yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).

14. Bukan dalam ‘iddah kematian suami.

15. Undang-undang membenarkannya.

 

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan
Negeri: Johor

25 August 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | , | Leave a comment

Hukum berjabat tangan di antara lelaki dan wanita oleh Dr Yusuf Al Qardhawi

Bersalaman boleh ke?

Pertanyaan:

Sebuah persoalan yang sedang saya hadapi, dan sudah barang tentu juga dihadapi orang lain, iaitu masalah berjabat tangan antara laki-laki dengan wanita, khususnya terhadap kerabat yang bukan mahram saya, seperti anak paman atau anak bibi, atau isteri saudara ayah atau isteri saudara ibu, atau saudara wanita isteri saya, atau wanita-wanita lainnya yang ada hubungan kekerabatan atau persemendaan dengan saya. Lebih-lebih dalam momen-momen tertentu, seperti datang dari bepergian, sembuh dari sakit, datang dari haji atau umrah, atau saat-saat lainnya yang biasanya para kerabat, semenda, tetangga, dan teman-teman lantas menemuinya dan bertahni’ah (mengucapkan selamat atasnya) dan berjabat tangan antara yang satu dengan yang lain.

Pertanyaan saya, apakah ada nash Al-Qur’an atau As-Sunnah yang mengharamkan berjabat tangan antara laki-laki dengan wanita, sementara sudah saya sebutkan banyak motivasi kemasyarakatan atau kekeluargaan yang melatarinya, disamping ada rasa saling percaya. aman dari fitnah, dan jauh dari rangsangan syahwat. Sedangkan kalau kita tidak mahu berjabat tangan, maka mereka memandang kita orang-orang beragama ini kuno dan terlalu ketat, merendahkan wanita, selalu berprasangka buruk kepadanya, dan sebagainya.

Apabila ada dalil syar’inya, maka kami akan menghormatinya dengan tidak ragu-ragu lagi, dan tidak ada yang kami lakukan kecuali mendengar dan mematuhi, sebagai konsekuensi keimanan kami kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan jika hanya semata-mata hasil ijtihad fuqaha-fuqaha kita terdahulu, maka adakalanya fuqaha-fuqaha kita sekarang boleh berbeza pendapat dengannya, apabila mereka mempunyai ijtihad yang benar, dengan didasarkan pada tuntutan peraturan yang senantiasa berubah dan kondisi kehidupan yang selalu berkembang.

Kerana itu, saya menulis surat ini kepada Ustadz dengan harapan Ustadz berkenan membahasnya sampai ke akar-akarnya berdasarkan Al-Qur’anul Karim dan Al-Hadis asy-Syarif. Kalau ada dalil yang melarang sudah tentu kami akan berhenti; tetapi jika dalam hal ini terdapat kelapangan, maka kami tidak mempersempit kelapangan-kelapangan yang diberikan Allah kepada kami, lebih-lebih sangat diperlukan dan boleh menimbulkan “bencana” kalau tidak dipenuhi.

Saya berharap kesibukan-kesibukan Ustadz yang banyak itu tidak menghalangi Ustadz untuk menjawab surat saya ini, sebab – sebagaimana saya katakan di muka – persoalan ini bukan persoalan saya seorang, tetapi mungkin persoalan berjuta-juta orang seperti saya.

Semoga Allah melapangkan dada Ustadz untuk menjawab, dan memudahkan kesempatan bagi Ustadz untuk menahkik masalah, dan mudah-mudahan Dia menjadikan Ustadz bermanfaat.

Jawapan:

Tidak perlu saya sembunyikan kepada saudara penanya bahawa masalah hukum berjabat tangan antara laki-laki dengan perempuan – yang saudara tanyakan itu – merupakan masalah yang amat penting, dan untuk menahkik hukumnya tidak boleh dilakukan dengan seenaknya. Ia memerlukan kesungguhan dan pemikiran yang optimal dan ilmiah sehingga si mufti harus bebas dari tekanan fikiran orang lain atau fikiran yang telah diwarisi dari masa-masa lalu, apabila tidak didapati acuannya dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah sehingga argumen-argumennya dapat didiskusikan untuk memperoleh pendapat yang lebih kuat dan lebih mendekati kebenaran menurut pandangan seorang faqih, yang di dalam pembahasannya hanya mencari ridha Allah, bukan memperturutkan hawa nafsu.

Sebelum memasuki pembahasan dan diskusi ini, saya ingin mengeluarkan dua buah gambaran dari lapangan Perbezaan pendapat ini, yang saya percaya bahawa hukum kedua gambaran itu tidak diperselisihkan oleh fuqaha-fuqaha terdahulu, menurut pengetahuan saya. Kedua gambaran itu ialah:

Pertama, diharamkan berjabat tangan dengan wanita apabila disertai dengan syahwat dan taladzdzudz (berlazat-lazat) dari salah satu pihak, laki-laki atau wanita (kalau keduanya dengan syahwat sudah barang tentu lebih terlarang lagi; penj.) atau dibelakang itu dikhuwatirkan terjadinya fitnah, menurut dugaan yang kuat. Ketetapan diambil berdasarkan pada hipotesis bahawa menutup jalan menuju kerosakan itu adalah wajib, lebih-lebih jika telah tampak tanda-tandanya dan tersedia sarananya.

Hal ini diperkuat lagi oleh apa yang dikemukakan para ulama bahawa bersentuhan kulit antara laki-laki dengannya – yang pada asalnya mubah itu – boleh berubah menjadi haram apabila disertai dengan syahwat atau dikhuwatirkan terjadinya fitnah,[1] khususnya dengan anak perempuan si isteri (anak tiri), atau saudara sepersusuan, yang perasaan hatinya sudah barang tentu tidak sama dengan perasaan hati ibu kandung, anak kandung, saudara wanita sendiri, bibi dari ayah atau ibu, dan sebagainya.

Kedua, kemurahan (diperbolehkan) berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak mempunyai gairah terhadap laki-laki, demikian pula dengan anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap laki-laki, kerana berjabat tangan dengan mereka itu aman dari sebab-sebab fitnah. Begitu pula bila si laki-laki sudah tua dan tidak mempunyai gairah terhadap wanita.

Hal ini didasarkan pada riwayat dari Abu Bakar r.a. bahawa beliau pernah berjabat tangan dengan beberapa orang wanita tua, dan Abdullah bin Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya, maka wanita itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya dari kutu.”[2]

Hal ini sudah ditunjukkan Al-Qur’an dalam membicarakan perempuan-perempuan tua yang sudah berhenti (dari haid dan mengandung), dan tiada gairah terhadap laki-laki, dimana mereka diberi keringanan dalam beberapa masalah pakaian yang tidak diberikan kepada yang lain:

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (an-Nur: 60)

Dikecualikan pula laki-laki yang tidak memiliki gairah terhadap wanita dan anak-anak kecil yang belum muncul hasrat seksualnya. Mereka dikecualikan dari sasaran larangan terhadap wanita-wanita mukminah dalam hal menampakkan perhiasannya.

“… Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita …” (an-Nur: 31)

Selain dua kelompok yang disebutkan itulah yang menjadi tema pembicaraan dan pembahasan serta memerlukan pengkajian dan tahkik.

Golongan yang mewajibkan wanita menutup seluruh tubuhnya hingga wajah dan telapak tangannya, dan tidak menjadikan wajah dan tangan ini sebagai yang dikecualikan oleh ayat:

“… Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak daripadanya …” (an-Nur: 31)

Bahkan mereka menganggap bahawa perhiasan yang biasa tampak itu adalah pakaian luar seperti baju panjang, mantel, dan sebagainya, atau yang tampak kerana darurat seperti tersingkap kerana ditiup angin kencang dan sebagainya. Maka tidak menghairankan lagi bahawa berjabat tangan antara laki-laki dengan wanita menurut mereka adalah haram. Sebab, apabila kedua telapak tangan itu wajib ditutup maka melihatnya adalah haram; dan apabila melihatnya saja haram, apa lagi menyentuhnya. Sebab, menyentuh itu lebih berat daripada melihat, kerana ia lebih merangsang, sedangkan tidak ada jabat tangan tanpa bersentuhan kulit.

Tetapi sudah dikenal bahawa mereka yang berpendapat demikian adalah golongan minoriti, sedangkan majoriti fuqaha dari kalangan sahabat, tabi’in, dan orang-orang sesudah mereka berpendapat bahawa yang dikecualikan dalam ayat “kecuali yang biasa tampak daripadanya” adalah wajah dan kedua (telapak) tangan.

Maka apakah dalil mereka untuk mengharamkan berjabat tangan yang tidak disertai syahwat?

Sebenarnya saya telah berusaha mencari dalil yang memuaskan yang secara tegas menetapkan demikian, tetapi tidak saya temukan.

Dalil yang terkuat dalam hal ini ialah menutup pintu fitnah (saddudz-dzari’ah), dan alasan ini dapat diterima tanpa ragu-ragu lagi ketika syahwat tergerak, atau kerana takut fitnah bila telah tampak tanda-tandanya. Tetapi dalam kondisi aman – dan ini sering terjadi – maka dimanakah letak keharamannya?

Sebahagian ulama ada yang berdalil dengan sikap Nabi saw. Yang tidak berjabat tangan dengan perempuan ketika beliau membai’at mereka pada waktu penaklukan Mekah yang terkenal itu, sebagaimana disebutkan dalam surah al-Mumtahanah.

Tetapi ada satu muqarrar (ketetapan) bahawa apabila Nabi saw. meninggalkan suatu urusan, maka hal itu tidak menunjukkan – secara pasti – akan keharamannya. Adakalanya beliau meninggalkan sesuatu kerana haram, adakalanya kerana makruh, adakalanya hal itu kurang utama, dan adakalanya hanya semata-mata kerana beliau tidak berhasrat kepadanya, seperti beliau tidak memakan daging biawak padahal daging itu mubah.

Kalau begitu, sikap Nabi saw. tidak berjabat tangan dengan wanita itu tidak dapat dijadikan dalil untuk menetapkan keharamannya, oleh kerana itu harus ada dalil lain bagi orang yang berpendapat demikian.

Lebih dari itu, bahawa masalah Nabi saw. tidak berjabat tangan dengan kaum wanita pada waktu bai’at itu belum disepakati, kerana menurut riwayat Ummu Athiyah al-Anshariyah r.a. bahawa Nabi saw. pernah berjabat tangan dengan wanita pada waktu bai’at, berbeza dengan riwayat dari Ummul Mukminin Aisyah r.a. dimana beliau mengingkari hal itu dan bersumpah menyatakan tidak terjadinya jabat tangan itu.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya dari Aisyah bahawa Rasulullah saw. menguji wanita-wanita mukminah yang berhijrah dengan ayat ini, iaitu firman Allah:

“Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah; tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dengan kaki mereka[3] dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Mumtahanah: 12)

Aisyah berkata, “Maka barangsiapa diantara wanita-wanita beriman itu yang menerima syarat tersebut, Rasulullah saw. berkata kepadanya, “Aku telah membai’atmu – dengan perkataan saja – dan demi Allah tangan beliau sama sekali tidak menyentuh tangan wanita dalam bai’at itu; beliau tidak membai’at mereka melainkan dengan mengucapkan, ‘Aku telah membai’atmu tentang hal itu.'”[4]

Dalam mensyarah perkataan Aisyah “Tidak, demi Allah …,” al-Hafizh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari sebagai berikut: Perkataan itu berupa sumpah untuk menguatkan berita, dan dengan perkataannya itu seakan-akan Aisyah hendak menyangkal berita yang diriwayatkan dari Ummu Athiyah. Menurut riwayat Ibnu Hibban, al-Bazzar, ath-Thabari, dan Ibnu Mardawaih, dari (jalan) Ismail bin Abdurrahman dari neneknya, Ummu Athiyah, mengenai kisah bai’at, Ummu Athiyah berkata:

“Lalu Rasulullah saw. mengulurkan tangannya dari luar rumah dan kami mengulurkan tangan kami dari dalam rumah, kemudian beliau berucap, ‘Ya Allah, saksikanlah.'”

Demikian pula hadis sesudahnya – yakni sesudah hadis yang tersebut dalam al-Bukhari – dimana Aisyah mengatakan:

“Seorang wanita menahan tangannya”

Memberi kesan seolah-olah mereka melakukan bai’at dengan tangan mereka.

Al-Hafizh (Ibnu Hajar) berkata: “Untuk yang pertama itu dapat diberi jawapan bahawa mengulurkan tangan dari balik hijab mengisyaratkan telah terjadinya bai’at meskipun tidak sampai berjabat tangan… Adapun untuk yang kedua, yang dimaksud dengan menggenggam tangan itu ialah menariknya sebelum bersentuhan… Atau bai’at itu terjadi dengan menggunakan lapis tangan.

Abu Daud meriwayatkan dalam al-Marasil dari asy-Sya’bi bahawa Nabi saw. ketika membai’at kaum wanita beliau membawa kain selimut bergaris dari Qatar lalu beliau meletakkannya di atas tangan beliau, seraya berkata,

“Aku tidak berjabat dengan wanita.”

Dalam Maghazi Ibnu Ishaq disebutkan bahawa Nabi saw. memasukkan tangannya ke dalam bejana dan wanita itu juga memasukkan tangannya bersama beliau.

Ibnu Hajar berkata: “Dan boleh jadi berulang-ulang, yakni peristiwa bai’at itu terjadi lebih dari satu kali, diantaranya ialah bai’at yang terjadi di mana beliau tidak menyentuh tangan wanita sama sekali, baik dengan menggunakan lapis mahupun tidak, beliau membai’at hanya dengan perkataan saja, dan inilah yang diriwayatkan oleh Aisyah. Dan pada kesempatan yang lain beliau tidak berjabat tangan dengan wanita dengan menggunakan lapis, dan inilah yang diriwayatkan oleh asy-Sya’bi.”

Diantaranya lagi ialah dalam bentuk seperti yang disebutkan Ibnu Ishaq, iaitu memasukkan tangan kedalam bejana. Dan ada lagi dalam bentuk seperti yang ditunjukkan oleh perkataan Ummu Athiyah, iaitu berjabat tangan secara langsung.

Diantara alasan yang memperkuat kemungkinan berulang-ulangnya bai’at itu ialah bahawa Aisyah membicarakan bai’at wanita-wanita mukminah yang berhijrah setelah terjadinya peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, sedangkan Ummu Athiyah – secara lahiriah – membicarakan yang lebih umum daripada itu dan meliputi bai’at wanita mukminah secara umum, termasuk di dalamnya wanita-wanita Anshar seperti Ummu Athiyah si perawi hadis. Kerana itu, Imam Bukhari memasukkan hadis Aisyah di bawah bab “Idzaa Jaa aka al-Mu’minaat Muhaajiraat,” sedangkan hadis Ummu Athiyah dimasukkan dalam bab “Idzaa Jaa aka al- Mu’minaat Yubaayi’naka.”

Maksud pengutipan semua ini ialah bahawa apa yang dijadikan acuan oleh kebanyakan orang yang mengharamkan berjabat tangan antara laki-laki dengan perempuan – iaitu bahawa Nabi saw. tidak berjabat tangan dengan wanita – belumlah disepakati. Tidak seperti sangkaan orang-orang yang tidak merujuk kepada sumber-sumber aslinya. Masalah ini bahkan masih diperselisihkan sebagaimana yang telah saya kemukakan.

Sebahagian ulama sekarang ada yang mengharamkan berjabat tangan dengan wanita dengan mengambil dalil riwayat Thabrani dan Baihaqi dari Ma’qil bin Yasar dari Nabi saw., beliau bersabda:

“Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang diantara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”[5]

Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan berkenaan dengan pengambilan hadis di atas sebagai dalil:

1. Bahawa imam-imam ahli hadis tidak menyatakan secara jelas akan kesahihan hadis tersebut, hanya orang-orang seperti al-Mundziri dan al-Haitsami yang mengatakan, “Perawi-perawinya adalah perawi-perawi kepercayaan atau perawi-perawi sahih.”

Perkataan seperti ini saja tidak cukup untuk menetapkan kesahihan hadis tersebut, kerana masih ada kemungkinan terputus jalan periwayatannya (inqitha’) atau terdapat ‘illat (cacat) yang samar. Kerana itu, hadis ini tidak diriwayatkan oleh seorang pun dari penyusun kitab-kitab yang masyhur, sebagaimana tidak ada seorang pun fuqaha terdahulu yang menjadikannya sebagai dasar untuk mengharamkan berjabat tangan antara laki-laki dengan perempuan dan sebagainya.

2. Fuqaha Hanafiyah dan sebahagian fuqaha Malikiyah mengatakan bahawa pengharaman itu tidak dapat ditetapkan kecuali dengan dalil qath’i yang tidak ada kesamaran padanya, seperti Al-Qur’anul Karim serta hadis-hadis mutawatir dan masyhur. Adapun jika ketetapan atau kesahihannya sendiri masih ada kesamaran, maka hal itu tidak lain hanyalah menunjukkan hukum makruh, seperti hadis-hadis ahad yang sahih. Maka bagaimana lagi dengan hadis yang diragukan kesahihannya?

3. Andaikata kita terima bahawa hadis itu sahih dan dapat digunakan untuk mengharamkan suatu masalah, maka saya dapati petunjuknya tidak jelas. Kalimat “menyentuh kulit wanita yang tidak halal baginya” itu tidak dimaksudkan semata-mata bersentuhan kulit dengan kulit tanpa syahwat, sebagaimana yang biasa terjadi dalam berjabat tangan. Bahkan kata-kata al-mass (massa – yamassu – mass: menyentuh) cukup digunakan dalam nash-nash syar’iyah seperti Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan salah satu dari dua pengertian, iaitu:

a. Bahawa ia merupakan kinayah (kiasan) dari hubungan biologis (jima’) sebagaimana diriwayatkan Ibnu Abbas dalam menafsirkan firman Allah: “Laamastum an-Nisat” (Kamu menyentuh wanita). Ibnu Abbas berkata, “Lafal al-lams, al-mulaamasah, dan al-mass dalam Al-Qur’an dipakai sebagai kiasan untuk jima’ (hubungan seksual). Secara umum, ayat-ayat Al-Qur’an yang menggunakan kata al-mass menunjukkan erti seperti itu dengan jelas, seperti firman Allah yang diucapkan Maryam:

“Betapa mungkin aku akan mempunyai anak padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun …” (Ali Imran: 47)

“Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu menyentuh mereka…” (al-Baqarah: 237)

Dalam hadis diceritakan bahawa Nabi saw. Mendekati isteri-isterinya tanpa menyentuhnya ….

b. Bahawa yang dimaksud ialah tindakan-tindakan dibawah kategori jima’, seperti mencium, memeluk, merangkul, dan lain-lain yang merupakan pendahuluan bagi jima’ (hubungan seksual). Ini diriwayatkan oleh sebahagian ulama salaf dalam menafsirkan makna kata mulaamasah.

Al-Hakim mengatakan dalam “Kitab ath-Thaharah” dalam al-Mustadrak ‘al a ash-Shahihaini seperti berikut :

Imam Bukhari dan Muslim telah sepakat mengeluarkan hadis-hadis yang berserakan dalam dua musnad yang sahih yang menunjukkan bahawa al-mass itu bererti sesuatu (tindakan) dibawah jima’:

(1) Diantaranya hadis Abu Hurairah:

“Tangan, zinanya ialah menyentuh…”

(2) Hadis Ibnu Abbas:

“Barangkali engkau menyentuhnya…?”

(3) Hadis lbnu Mas’ud:

“Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang)…”[6]

Al-Hakim berkata, “Dan masih ada beberapa hadis sahih pada mereka (Bukhari dan Muslim) mengenai tafsir dan lainnya …” Kemudian al-Hakim menyebutkan diantaranya:

(4) Dari Aisyah, ia berkata:

“Sedikit sekali hari (berlalu) kecuali Rasulullah saw. mengelilingi kami semua – yakni isteri-isterinya – lalu beliau mencium dan menyentuh yang derjatnya dibawah jima’. Maka apabila beliau tiba di rumah isteri yang waktu giliran beliau di situ, beliau menetap di situ.”

(5) Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata, “Au laamastum an-nisa” (atau kamu menyentuh wanita) ialah tindakan dibawah jima’, dan untuk ini wajib wudhu.”

(6) Dan dari Umar, ia berkata, “Sesungguhnya mencium itu termasuk al-lams, oleh sebab itu berwudhulah kerananya.”[7]

Berdasarkan nash-nash yang telah disebutkan itu, maka mazhab Maliki dan mazhab Ahmad berpendapat bahawa menyentuh wanita yang membatalkan wudhu itu ialah yang disertai dengan syahwat. Dan dengan pengertian seperti inilah mereka menafsirkan firman Allah, “au laamastum an-nisa'” (atau kamu menyentuh wanita).

Kerana itu, Syekhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Fatawa-nya melemahkan pendapat orang yang menafsirkan lafal “mulaamasah” atau “al-lams” dalam ayat tersebut dengan semata-mata bersentuhan kulit walaupun tanpa syahwat.

Diantara yang beliau katakan mengenai masalah ini seperti berikut:

Adapun menggantungkan batalnya wudhu dengan menyentuh semata-mata (persentuhan kulit, tanpa syahwat), maka hal ini bertentangan dengan ushul, bertentangan dengan ijma’ sahabat, bertentangan dengan atsar, serta tidak ada nash dan qiyas bagi yang berpendapat begitu.

Apabila lafal al-lams (menyentuh) dalam firman Allah (atau jika kamu menyentuh wanita …) itu dimaksudkan untuk menyentuh dengan tangan atau mencium dan sebagainya – seperti yang dikatakan Ibnu Umar dan lainnya – maka sudah dimengerti bahawa ketika hal itu disebutkan dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, yang dimaksud ialah yang dilakukan dengan bersyahwat, seperti firman Allah dalam ayat i’tikaf: “… Dan janganlah kamu me-mubasyarah mereka ketika kamu sedang i’tikaf dalam masjid…” (al-Baqarah: 187)

Mubasyarah (memeluk) bagi orang yang sedang i’tikaf dengan tidak bersyahwat itu tidak diharamkan, berbeza dengan memeluk yang disertai syahwat.

Demikian pula firman Allah: “Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu menyentuh mereka …” (al-Baqarah: 237). Atau dalam ayat sebelumnya disebutkan: “Tidak ada kewajipan membayar (mahar) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu menyentuh mereka …” (al-Baqarah: 236).

Kerana seandainya si suami hanya menyentuhnya dengan sentuhan biasa tanpa syahwat, maka tidak wajib iddah dan tidak wajib membayar mahar secara utuh serta tidak menjadikan mahram kerana persemendaan menurut kesepakatan ulama.

Barangsiapa menganggap bahawa lafal au laamastum an-nisa’ mencakup sentuhan biasa meskipun tidak dengan bersyahwat, maka ia telah menyimpang dari bahasa Al-Qur’an, bahkan menyimpang dari bahasa manusia sebagaimana yang sudah dikenal. Sebab, jika disebutkan lafal al-mass (menyentuh) yang diiringi dengan laki-laki dan perempuan, maka tahulah dia bahawa yang dimaksud ialah menyentuh dengan bersyahwat, sebagaimana bila disebutkan lafal al-wath’u (yang asal ertinya “menginjak”) yang diikuti dengan kata-kata laki-laki dan perempuan, maka tahulah ia bahawa yang dimaksud ialah al-wath’u dengan kemaluan (yakni bersetubuh), bukan menginjak dengan kaki.”[8]

Di tempat lain lbnu Taimiyah menyebutkan bahawa para sahabat berbeza pendapat mengenai maksud firman Allah au laamastum annisa’. Ibnu Abbas dan segolongan sahabat berpendapat bahawa yang dimaksud ialah jima’. dan mereka berkata, “Allah itu Pemalu dan Maha Mulia. Ia membuat kinayah untuk sesuatu sesuai dengan yang Ia kehendaki.”

Beliau berkata, “Ini yang lebih tepat diantara kedua pendapat tersebut.”

Bangsa Arab dan Mawali juga berbeza pendapat mengenai makna kata al-lams, apakah ia bererti jima’ atau tindakan dibawah jima’. Bangsa Arab mengatakan, yang dimaksud adalah jima’. Sedangkan Mawali (bekas-bekas hamba yang telah dimerdekakan) berkata: yang dimaksud ialah tindakan di bawah jima’ (pra-hubungan biologis). Lalu mereka meminta keputusan kepada Ibnu Abbas, lantas Ibnu Abbas membenarkan bangsa Arab dan menyalahkan Mawali.”[9]

Maksud dikutipnya semua ini ialah untuk kita ketahui bahawa kata-kata al-mass atau al-lams ketika digunakan dalam konteks laki-laki dan perempuan tidaklah dimaksudkan dengan semata-mata bersentuhan kulit biasa, tetapi yang dimaksud ialah mungkin jima’ (hubungan seks) atau pendahuluannya seperti mencium, memeluk, dan sebagainya yang merupakan sentuhan disertai syahwat dan kelazatan.

Kalau kita perhatikan riwayat yang sahih dari Rasulullah saw., niscaya kita jumpai sesuatu yang menunjukkan bahawa semata-mata bersentuhan tangan antara laki-laki dengan perempuan tanpa disertai syahwat dan tidak dikhuwatirkan terjadinya fitnah tidaklah terlarang, bahkan pernah dilakukan oleh Rasulullah saw., sedangkan pada dasarnya perbuatan Nabi saw. itu adalah tasyri’ dan untuk diteladani:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw. itu suri teladan yang baik bagimu…” (al-Ahzab: 21)

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya pada “Kitab al-Adab” dari Anas bin Malik r.a., ia berkata:

“Sesungguhnya seorang hamba wanita diantara hamba-hamba penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah saw., lalu membawanya pergi ke mana ia suka.”

Dalam riwayat Imam Ahmad dari Anas juga, ia berkata:

“Sesungguhnya seorang hamba perempuan dari hamba-hamba penduduk Madinah datang, lalu ia memegang tangan Rasulullah saw., maka beliau tidak melepaskan tangan beliau dari tangannya sehingga dia membawanya perg ke mana ia suka.”

Ibnu Majah juga meriwayatkan hal demikian.

Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan dalam Fathul Bari:

“Yang dimaksud dengan memegang tangan disini ialah kelazimannya, iaitu kasih sayang dan ketundukan, dan ini meliputi bermacam-macam kesungguhan dalam tawadhu’, kerana disebutkannya perempuan bukan laki-laki, dan disebutkannya hamba bukan orang merdeka, digunakannya kata-kata umum dengan lafal al-imaa’ (hamba-hamba perempuan), yakni hamba perempuan yang mana pun, dan dengan perkataan haitsu syaa’at (kemana saja ia suka), yakni ke tempat mana saja. Dan ungkapan dengan “mengambil/memegang tangannya” itu menunjukkan apa saja yang dilakukannya, sehingga meskipun si hamba perempuan itu ingin pergi ke luar kota Madinah dan dia meminta kepada beliau untuk membantu memenuhi keperluannya itu niscaya beliau akan membantunya.

Ini merupakan dalil yang menunjukkan betapa tawadhu’nya Rasulullah saw. dan betapa bersihnya beliau dari sikap sombong.”[10]

Apa yang dikemukakan oleh Ibnu Hajar itu secara garis besar dapat diterima, tetapi beliau memalingkan makna memegang tangan dari makna lahiriahnya kepada kelazimannya yang berupa kasih sayang dan ketundukan, tidak dapat diterima, kerana makna lahir dan kelaziman itu adalah dua hal yang dimaksudkan secara bersama-sama, dan pada asalnya perkataan itu harus diertikan menurut lahirnya, kecuali jika ada dalil atau indikasi tertentu yang memalingkannya dari makna lahir. Sedangkan dalam hal ini saya tidak menjumpai faktor yang mencegah atau melarang dipakainya makna lahir itu, bahkan riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan “maka beliau tidak melepaskan tangan beliau dari tangannya sehingga ia membawa beliau pergi kemana saja ia suka” menunjukkan dengan jelas bahawa makna lahir itulah yang dimaksud. Sungguh termasuk memberat-beratkan diri dan perbuatan serampangan jika keluar dari makna lahir ini.

Lebih banyak dan lebih mengena lagi apa yang diriwayatkan dalam Shahihain dan kitab-kitab Sunan dari Anas “bahawa Nabi saw. tidur siang hari di rumah bibi Anas yang bernama Ummu Haram binti Milhan isteri Ubadah bin Shamit, dan beliau tidur di sisi Ummu Haram dengan meletakkan kepala beliau di pangkuan Ummu Haram, dan Ummu Haram membersihkan kepala beliau dari kutu …”

Ibnu Hajar dalam menjelaskan hadis ini mengatakan, “Hadis ini memperbolehkan tamu tidur siang di rumah orang lain (yakni tuan rumah) dengan memenuhi persyaratannya, seperti dengan adanya izin dan aman dari fitnah, dan bolehnya wanita asing (bukan isteri) melayani tamu dengan menghidangkan makanan, menyediakan keperluannya, dan sebagainya.

Hadis ini juga memperbolehkan wanita melayani tamunya dengan membersihkan kutu kepalanya. Tetapi hal ini menimbulkan kemusykilan bagi sejumlah orang. Maka Ibnu Abdil Barr berkata, “Saya kira Ummu Haram itu dahulunya menyusui Rasulullah saw. (waktu kecil), atau saudaranya iaitu Ummu Sulaim, sehingga masing-masing berkedudukan “sebagai ibu susuan” atau bibi susuan bagi Rasulullah saw.. Kerana itu, beliau tidur di sisinya, dan dia lakukan terhadap Rasulullah apa yang layak dilakukan oleh mahram.”

Selanjutnya Ibnu Abdil Barr membawakan riwayat dengan sanadnya yang menunjukkan bahawa Ummu Haram mempunyai hubungan mahram dengan Rasul dari jurusan bibi (saudara ibunya), sebab ibu Abdul Muthalib, kakek Nabi, adalah dari Bani Najjar …

Yang lain lagi berkata, “Nabi saw. itu maksum (terpelihara dari dosa dan kesalahan). Beliau mampu mengendalikan hasratnya terhadap isterinya, maka betapa lagi terhadap wanita lain mengenai hal-hal yang beliau disucikan daripadanya? Beliau suci dari perbuatan-perbuatan buruk dan perkataan-perkataan kotor, dan ini termasuk kekhususan beliau.”

Tetapi pendapat ini disangkal oleh al-Qadhi ‘Iyadh dengan argumen bahawa kekhususan itu tidak dapat ditetapkan dengan sesuatu yang bersifat kemungkinan. Tetapnya kemaksuman beliau memang dapat diterima, tetapi pada dasarnya tidak ada kekhususan dan boleh meneladani beliau dalam semua tindakan beliau, sehingga ada dalil yang menunjukkan kekhususannya.

Al-Hafizh ad-Dimyati mengemukakan sanggahan yang lebih keras lagi terhadap orang yang mengatakan kemungkinan pertama, iaitu anggapan tentang adanya hubungan kemahraman antara Nabi saw. dengan Ummu Haram. Beliau berkata:

“Mengigau orang yang menganggap Ummu Haram sebagai salah seorang bibi Nabi saw., baik bibi susuan mahupun bibi nasab. Sudah dimaklumi, orang-orang yang menyusukan beliau tidak ada seorang pun di antara mereka yang berasal dari wanita Anshar selain Ummu Abdil Muthalib, iaitu Salma binti Amr bin Zaid bin Lubaid bin Hirasy bin Amir bin Ghanam bin Adi bin an-Najjar; dan Ummu Haram adalah binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir tersebut. Maka nasab Ummu Haram tidak bertemu dengan nasab Salma kecuali pada Amir bin Ghanam, kakek mereka yang sudah jauh ke atas. Dan hubungan bibi (yang jauh) ini tidak menetapkan kemahraman, sebab ini adalah bibi majazi, seperti perkataan Nabi saw. Terhadap Sa’ad bin Abi Waqash, “Ini pamanku” kerana Sa’ad dari Bani Zahrah, kerabat ibu beliau Aminah, sedangkan Sa’ad bukan saudara Aminah, baik nasab mahupun susuan.”

Selanjutnya beliau (Dimyati) berkata, “Apabila sudah tetap yang demikian, maka terdapat riwayat dalam ash-Shahlh yang menceritakan bahawa Nabi saw. tidak pernah masuk ke tempat wanita selain isteri-isteri beliau, kecuali kepada Ummu Sulaim. Lalu beliau ditanya mengenai masalah itu, dan beliau menjawab, ‘Saya kasihan kepadanya, saudaranya terbunuh dalam peperangan bersama saya.’ Yakni Haram bin Milhan, yang terbunuh pada waktu peperangan Bi’r Ma’unah.”

Apabila hadis ini mengkhususkan pengecualian untuk Ummu Sulaim, maka demikian pula halnya dengan Ummu Haram tersebut. Kerana keduanya adalah bersaudara dan hidup di dalam satu rumah, sedangkan Haram bin Milhan adalah saudara mereka berdua. Maka ‘illat (hukumnya) adalah sama diantara keduanya, sebagaimana dikemukakan oleh Ibnu Hajar.

Dan ditambahkan pula kepada ‘illat tersebut bahawa Ummu Sulaim adalah ibu Anas, pelayan Nabi saw., sedangkan telah berlaku kebiasaan pergaulan antara pelayan, yang dilayani, serta keluarganya, serta ditiadakan kekhuwatiran yang terjadi diantara orang-orang luar.

Kemudian ad-Dimyati berkata, “Tetapi hadis itu tidak menunjukkan terjadinya khalwat antara Nabi saw. dengan Ummu Haram, kemungkinan pada waktu itu disertai oleh anak, pembantu, suami, atau pendamping.”

Ibnu Hajar berkata, “Ini merupakan kemungkinan yang kuat, tetapi masih belum dapat menghilangkan kemusykilan dari asalnya, kerana masih adanya mulamasah (persentuhan) dalam membersihkan kutu kepala, demikian pula tidur di pangkuan.”

Al-Hafizh berkata, “Sebaik-baik jawapan mengenai masalah ini ialah dengan menganggapnya sebagai kekhususan, dan hal ini tidak dapat ditolak oleh keberadaanya yang tidak ditetapkan kecuali dengan dalil, kerana dalil mengenai hal ini sudah jelas.”[11]

Tetapi saya tidak tahu mana dalilnya ini, samar-samar ataukah jelas?

Setelah memperhatikan riwayat-riwayat tersebut, maka yang mantap dalam hati saya adalah bahawa semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran (pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi saw. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, maka tidak mengapalah berjabat tangan antara laki-laki dengan perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat laki-laki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti anak perempuan paman atau anak perempuan bibi baik dari pihak ibu mahupun dari pihak ayah, atau isteri paman, dan sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu setelah lama tidak berjumpa.

Dalam menutup pembahasan ini ada dua hal yang perlu saya tekankan:

Pertama, bahawa berjabat tangan antara laki-laki dan perempuan itu hanya diperbolehkan apabila tidak disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila dikhuwatirkan terjadi fitnah terhadap salah satunya, atau disertai syahwat dan taladzdzudz (berlazat-lazat) dari salah satunya (apa lagi keduanya; penj.) maka keharaman berjabat tangan tidak diragukan lagi.

Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak terpenuhi – iaitu tiadanya syahwat dan aman dari fitnah – meskipun jabatan tangan itu antara seseorang dengan mahramnya seperti bibinya, saudara sesusuan, anak tirinya, ibu tirinya, mertuanya, atau lainnya, maka berjabat tangan pada kondisi seperti itu adalah haram.

Bahkan berjabat tangan dengan anak yang masih kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu tidak terpenuhi.

Kedua, hendaklah berjabat tangan itu sebatas ada keperluan saja, seperti yang disebutkan dalam pertanyaan di atas, iaitu dengan kerabat atau semenda (besan) yang terjadi hubungan yang erat dan akrab diantara mereka; dan tidak baik hal ini diperluas kepada orang lain, demi membendung pintu kerosakan, menjauhi syubhat, mengambil sikap hati-hati, dan meneladani Nabi saw. – tidak ada riwayat kuat yang menyebutkan bahawa beliau pernah berjabat tangan dengan wanita lain (bukan kerabat atau tidak mempunyai hubungan yang erat).

Dan yang lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah – yang komitmen pada agamanya – ialah tidak memulai berjabat tangan dengan lain jenis. Tetapi, apabila diajak berjabat tangan barulah ia berjabat tangannya.

Saya tetapkan keputusan ini untuk dilaksanakan oleh orang yang memerlukannya tanpa merasa telah mengabaikan agamanya, dan bagi orang yang telah mengetahui tidak usah mengingkarinya selama masih ada kemungkinan untuk berijtihad.

Wallahu a’lam.

______________________________________

Nota kaki:

1. Lihat al-Ikhtiar li Mukhtar fi Fiqhil Hanafyah, 4: 155.

2. Ibid., 4: 156-157

3. Perbuatan yang mereka ada-adakan antara tangan dengan kaki mereka itu maksudnya ialah mengadakan pengakuan-pengakuan palsu mengenai hubungan antara laki-laki dengan wanita seperti tuduhan berzina, tuduhan bahawa anak si Fulan bukan anak suaminya, dan sebagainya. (Al-Qur’an dan Terjemahannya, catatan kaki nombor 1473; penj.)

4. HR Bukhari dalam sahihnya, dalam “Kitab Tafsir Surah al-Mumtahanah,” Bab “Idzaa Jaa’aka al-Mu’minaatu Muhaajiraat.”

5. Al-Mundziri berkata dalam at-Targhib: “Perawi-perawi Thabrani adalah orang-orang tepercaya, perawi-perawi yang sahih.”

6. Beliau (al-Hakim) mengisyaratkan kepada riwayat asy-Syaikhani dan lainnya dan hadis Ibnu Maswud, dan dalam sebahagian riwayat-riwayatnya: Bahawa seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. Lalu dia mengatakan bahawa dia telah berbuat sesuatu terhadap wanita, mungkin menciumnya, menyentuh dengan tangannya, atau perbuatan lainnya, seakan-akan ia menanyakan kafaratnya. Lalu Allah menurunkan ayat (yang ertinya), “Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan dari malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan-perbuatan yang buruk…” (Hud: 114) (HR Muslim dengan lafal ini dalam “Kitab at-Taubah,” nombor 40)

7. Lihat, al-Mustadrak, 1: 135.

8. Majmu’ Fatawa, Ibnu Taimiyah, terbitan ar-Riyadh, jilid 21, hlm. 223-224.

9. Ibid.

10. Fathul Bari, juz 13.

11. Fathul Bari 13: 230-231. dengan beberapa perubahan susunan redaksional

8 June 2011 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah | 5 Comments

Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta

Keputusan: 

1 May 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

Mengguna perkataan Islam untuk mengelirukan masyarakat

Keputusan: 

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 15 Februari 2001 telah membincangkan Masalah Perpecahan Orang Melayu/ Islam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:

  1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplin ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
  2. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain daripada menepati rukun Iman dan rukun Islam seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.
  3. Ketentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah dan menyeleweng.

1 May 2011 Posted by | Fatwa | Leave a comment

Status (Identiti) Bayi (Kanak-Kanak) Terdampar (Pungut) dan Penjagaannya Menurut Pandangan Islam

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 April 1999 telah membincangkan Status (Identiti) Bayi (Kanak-Kanak) Terdampar (Pungut) dan Penjagaannya Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Bayi/kanak-kanak yang dijumpai, dipungut atau terdampar di mana-mana tempat di Malaysia di kategorikan sebagai muslim.
  2. Bayi/ kanak-kanak berkenaan di kategorikan sebagai anak jagaan negara dan secara automatik memeluk agama Islam.

1 May 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

Al-Quran Diletakkan Di Hotel-Hotel Malaysia

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-42 yang bersidang pada 30 May 1997 telah membincangkan Al-Quran Diletakkan Di Hotel-Hotel Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

a) Bersetuju meletakkan al-Quran di hotel-hotel di Malaysia dengan mematuhi kaedah berikut :

i) Diletakkan di tempat khas supaya tidak dicapai oleh kanak-kanak sekiranya mereka berada di situ.

ii) Sentiasa diawasi oleh penyelia hotel yang beragama Islam supaya tidak disalah guna.

iii) Meletakkan nota/catatan bagi orang-orang yang ingin menyentuh al-Quran di cermin khas di mana al-Quran itu di tempatkan.

b) Adalah lebih baik kalau disediakan al-Quran terjemahan supaya mereka boleh memahami dengan lebih dekat lagi isi kandungan al-Quran.

1 May 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | | 1 Comment

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki ( Pengkid ) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan ( Pondan Dan Mak Nyah )

  • Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan . Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia.

  1. Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan . Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia.
  2. Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.
  3. Pengkid agak berbeza dengan tomboy, kerana tomboy hanya menampilkan imej kelelakian daripada sudut fizikal atau luaran sahaja seperti memakai jeans, t-shirt, bertopi dan berambut pendek sedangkan daripada sudut naluri dan perasaan, mereka tetap sama seperti perempuan normal.
  4. Pondan atau Mak Nyah pula merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan fizikal mirip perempuan seperti berambut panjang dengan mengenakan pakaian seperti seorang wanita . Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat keperempuanan pada golongan ini dengan imej lembut sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang wanita sejati. Pondan dan Mak Nyah cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan sesama lelaki yang berperawakan wanita kerana daripada segi perasaan. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.
Keputusan:
    Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,i aitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.
Keterangan/Hujah:
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama” bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1)
2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-“Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai”il Lil Nisa” menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)
Status Penwartaan:

Tidak Diwartakan

Negeri:

1 May 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Kahwin Lari di Selatan Thailand

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand.

Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
     
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
     
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
     
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.
Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | 2 Comments

>Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:
  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta’abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Sumber: JAKIM

 

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Isu Orang Bukan Islam Membaca Dan Menterjemahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

>

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 3 Disember 2010 telah membincangkan Isu Orang Bukan Islam  Membaca Dan Menterjemahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan:
 
“ Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau bagi tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya.  Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut dan bukan untuk kepentingan dan tujuan tertentu/peribadi, apatah lagi jika ianya dilakukan dengan kesalahan samada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti ini boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus  menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat.
 
Maka dalam situasi yang berlaku di akhir-akhir ini, berdasarkan realiti dan fakta, ahli-ahli muzakarah sebulat suara berpendapat bahawa tindakan pemimpin-pemimpin politik bukan Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al-Quran secara sewenang-wenangnya dan tidak menepati maksud yang sebenar di ceramah-ceramah politik, tidak menunjukkan ciri-ciri keikhlasan yang sebenarnya bagi mempelajari Islam.  Oleh itu, perbuatan yang sedemikian boleh mendatangkan penghinaan berterusan terhadap kesucian Islam khususnya al-Quran sekiranya dibiarkan. 
 
Justeru, bersesuaian dengan kaedah Usul al-Fiqh Sadd az- Zarai’, Muzakarah bersetuju bahawa perbuatan orang-orang bukan Islam membaca dan menghuraikan teks-teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri  dengan tidak menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan boleh mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat.  Oleh itu, ianya perlu dihentikan dengan segera.
 
Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.”
 
Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa | Leave a comment

Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syari’e

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

 

Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:

 

a. سَدُّ الذَّرِيعَةِ : Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

 

b. إِذَا تَعَارَضَ الْمَانِعُ وَالْمُقْتَضَى قُدِّمَ الْمَانِعُ : Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.

 

c. المَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ تُقَدِّمُ عَلَى الْمَصْلَحَةِ الْخَاصَةِ: Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.

 

d. تَصَرَّفُ الإمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ : Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.

 

e. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.

 

Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa | Leave a comment

>Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 – 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.
Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian)

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian).
Muzakarah telah memutuskan bahawa Menulis dan menerbit bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, Hadis beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat al-Quran serta Hadis diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut.
Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa | Leave a comment

>Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain .
Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.
 Sumber:JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam. 
    Simber:JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga 
    Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Valentine Day atau Hari Kekasih – Fatwa JAKIM

>PENGENALAN

Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.

KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :

” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”

والله أعلم بالصواب

NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:

Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman [Sumber]

16 February 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Fatwa di langgar kerana berfahaman sekular.

>Ideologi sekularisme tajaan barat yang memisahkan urusan kehidupan dunia dari agama telah menular ke hampir semua negara Islam di dunia ini.Rupa rupa nya ideologi ini telah memberi hasil yang amat buruk sekali kepada penghidupan manusia sejagat.Kehidupan manusia bukan bertambah baik tetapi menjadi begitu pincang dan cacat.Di barat di mana ideologi ini bermula masyarakat manusia sudah hilang identiti kemanusiaannya.Manusia ramai yang sudah tidak percaya kepada agama, kerana mereka menganggap agama itu candu yang merosakkan akal fikiran manusia.Walhasil tanpa agama, mental dan spiritual manusia di kuasai oleh nafsu dan syaitan, hingga jadilah manusia saperti syaitan atau binatang.Akal dan jiwa yang murni sudah tidak berfungsi lagi.

Kita orang Timur walaupun katanya beragama,(yang bergama Islam pun juga) sudah berjaya di rosakkan oleh fahaman sekular tajaan barat itu.Kita sudah hampir jadi senasib dengan orang barat sebab agama tidak di jadikan panduan hidup.Agama pada sesetengah orang hanya tinggal nama sahaja.Sebab itu umat Islam di timur, termasuk di Malaysia yang sepatutnya hidup dalam keadaan berbaik baik sudah jadi kelam kabut dan huru hara macam orang barat.

Pemerintah dan pemimpin oleh kerana berfahaman sekular mereka menganggap agama perkara kedua dalam pentadbiran negara.Jika ada fatwa yang di keluarkan oleh mufti mufti yang mereka sendiri lantik, yang tidak menyebelahi mereka, mereka tak ambil peduli dan langgar.Mereka menjatuhkan kredibilti mufti mufti mereka sendiri.Contoh, pada satu ketika dulu seorang mufti negeri Perak telah menfatwakan bahawa aktiviti “Jom Heboh” mendorong kepada maksiat maka ianya haram di anjurkan.Pemerintah tak ambil peduli.Sepatutnya kalau mahu membenarkan ianya di anjurkan juga cari jalan alternatif untuk “mengIslamkan” Jom Heboh itu.Ini boleh di lakukan kalau mahu, saperti yang di lakukan oelh kerajaan Negeri Kelantan tidak lama dulu.Jom Heboh berjaya di anjurkan di sana dengan syarat syarat yang di tetapkan, iaitu megikut lunas lunas syariat Islam.

Begitu juga berlaku dalam persatuan persatuan, NGO dan parti Islam yang juga tidak kecuali di landa fahaman sekular.Ada sebuah parti yang mempunyai dewan ulama tetapi kerap kali suara mereka tidak mahu di dengar oleh beberapa orang pemimpin nya kerana pendapat dan nasihat dewan ulama mereka tidak menyumbang kepada “politik gain” parti.Walaupun mereka mengaku mereka tidak sekular,samada sedar atau tidak, sengaja atau tak sengaja, tetapi ajaran sekular mereka guna juga.Ini menunjukkan fahaman sekular telah melanda di mana mana tempat orang Islam macam bah yang tidak dapat di bendung lagi.

Sekular mengajar ulama ulama yang patut jadi obor menaungi umat menjadi peluru peluru berpandu yang mengeluarkan fatwa fatwa yang bercanggah di antara mereka hingga umat jadi kucar kacir.

Sekular juga mengajar ibu ayah yang sepatutnya jadi ketua rumahtangga menjadi penjahat penjahat yang menyeksa anak anak.Anak anak sepatutnya begitu kasih dan taat kepada kedua ibu bapa.Tetapi tidak demikian.Ajaran sekular telah mengajar anak kita bertanya kita balik “Mengapa lahirkan saya di dunia, mengada ngada nak lahirkan saya maka tanggunglah beban?” Begitu lah sikap anak berpendidikan sekular.

Suami isteri susah untuk berbaik baik.Suami kalau mahu “menggauli” isteri tanpa persetujuan di kira rogol dan suami boleh di dakwa di mahkamah.Ini ajaran sekular.Mereka tinggal serumah tetapi tidak sehaluan.Sering berselisih faham, berkrisis, berpecah belah dan bercerai berai.Kegilaan kepada dunia serta sikap kau kau aku aku yang di ajar oleh fahaman sekular telah memutuskan kasih sayang dan rasa kemanusiaan sesama manusia.

Muda mudi sekular zaman ini sudah rosak sama sekali.Mereka bukan lagi pemuda pemudi harapan agama dan negara bahkan menjadi pemuda pemudi masaalah agama dan negara.Sistem pendidikkan sekular yang di guna pakai oleh pemerintah gagal melahirkan manusia manusia yang bertanggung jawab.

Sekularisme tidak ada cara untuk memproses manusia supaya berfungsi sebagai manusia.Nafsu sahaja yang di gemukkan tapi jiwa dan akal manusia tidak di bentuk untuk menjadikan manusia benar benar manusia saperti yang gariskan dalam ajaran Islam.Akhirnya manusia mewarisi watak haiwan atau syaitan.Sudah tentu lah acuan yang rosak akan mengeluarkan kuih yang rosak.

Bilakah akan lahir seorang pemimpin penyelamat yang akan menyelamatkan umat Islam sedunia dari cengkaman Sekularisme ?

Wallahu’alam.

20 January 2011 Posted by | Fatwa, Politik dan Dakwah | 1 Comment

>KEPUTUSAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN BERKAITAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

>1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.

8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.

9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.

10.Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.

11.Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

12.Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
 
KEPUTUSAN :

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
(Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah)

18 January 2010 Posted by | Fatwa | 1 Comment

Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya

 

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Keterangan/Hujah:

  1. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
  2. Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
  3. Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
  4. Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
  5. Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
  6. PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

1 November 2008 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

Keputusan Pengurus Besar Syuriah Nahdatul Ulama Indonesia mengenai Aqidah Darul Arqam

nu.gif
scan0003.jpg scan0004.jpg
Salinan Surat Asal NU

PENGURUS BESAR NAHDLATUL ULAMA Jalan Kramat Raya No. 164 Jakarta 10430

Telp. (021) 323033-3908424 Fax.3908425 KEPUTUSAN PENGURUS BESAR SYURIYAH NAHDLATUL ULAMA TENTANG AQIDAH DARUL ARQAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Pengurus Besar Syuriyah Nahdlatul ulama dalam pertemuan tanggal 6 Rabiul Awwal 1415 H atau bertepatan dengan tanggal 12 Agustus 1994, yang diikuti Rois Syuriyah PBNU dan Rois Syuriyah PBNU se-Jawa , untuk membahas tentang aqidah Darul Arqam, setelah: memperhatikan:

1. Seruan Bapak Presiden yang menyatakan agar masyarakat mengembangkan kesejukan dalam beragama dan bersikap arif dalam menghadapi dan menangani masalah agama.

2. Keputusan Silaturahmi Nasional Majelis Ulama Indonesia tanggal 16 Juli 1994 di Pekanbaru , Riau.

3. Penjelasan dari pimpinan Darul Arqam dalam pertemuan dengan Pengurus Besar Syuriyah Nahdlatul Ulama, tanggal 12 Agustus 1994.

4. Pandangan peserta rapat PB Syuriyah Nahdlatul Ulama.berpendapat sebagai berikut:

1. Bahwa aqidah yang dianut Darul Arqam adalah ISLAM yang berhaluan Ahlussunnah wal Jamaah, dalam tauhidnya mengikuti Imam Asy’ari (bukan Abuya, red.) dan Maturidi, dalam fiqh mengikuti mazhab Syafi’i dan dalam tasawuf mengikuti ImamGhazali.Paham tersebut merupakan paham yang dianut oleh sebagian besar umat Islam di Indonesia.

2. Kepercayaan Darul Arqam bahwa Syekh Suhaimi bertemu dengan Rasulullah dalam keadaan jaga tidak dapat dikatakan sesat karena sebagian ulama membenarkan kemungkinan para auliya bisa bertemu dengan para nabi yang sudah wafat. Hal ini, antara lain terdapat dalam kitab Al Hawi karangan Imam Jalaluddin AsSuyuti (sebagaimana terlampir). Dan kepercayaan tersebut juga dianut oleh sebagian umat Islam di Indonesia.

3. Kepercayaan Darul Arqam bahwa Syekh Suhaimi menerima Awrad Muhammadiyah dari Rasulullah juga tidak dianggap sesat karena Awrad Muhammadiyah tersebut tidak mengandung muatan dan ketentuan hukum sehingga tidak dapat dikatakan bertentangan dengan ayat Al-Quran: Alyauma akmaltu lakum dinakum waatmamtu alaikum ni’mati warodlitulakumul Islama dina (al Maidah:3).

Ajaran tersebut juga dianut oleh Imam Ghazali dan beberapa ulama lain, seperti disunatkannya membaca sepuluh bacaan yang dibaca tujuh kali (al-Asyratul Musabba’ah) yang dibaca sesudah shalat subuh sebelum terbit matahari. Awrad tersebut berasal dari Syekh Ibrahim at-Taimi, dan beliau memperoleh dari Nabi Khidir dan Nabi Khidir sendiri memperoleh dari Rasulullah.

Hal ini terdapat dalam kitab Ikhya’ Uluimiddin dan Nihayatuz Zain (sebagaimana terlampir) dan semua kitab tasawuf.

4. Syahadat Darul Arqam tidak bertentangan dengan aqidah Islam sebab syahadat Darul Arqam sama dengan syahadat yang diucapkan umat Islam yang lain. Hanya di dalam wirid Muhammadiyah, sesudah membaca dua kalimah syahadat Darul Arqam menyebut Khulafa’ur Rasyidin dan Al Mahdi dalam rangka zikrussalihin.

5. Mengenai tawasul, istighasah dan barzanji yang diamalkan Darul Arqam hal itu merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh sebagian besar umat Islam di Indonesia.

Berdasarkan pendapat tersebut di atas, maka Pengurus Besar Syuriyah Nahdlatul Ulama sepakat mengambil keputusan sebagai berikut:

1. Sampai saat ini Pengurus Besar Nahdlatul Ulama tidak melihat adanya hal -hal yang dianggap sesat dari aqidah Darul Arqam sebagaimana yang diputuskan oleh Majelis Ulama Indonesia Pusat dalam pertemuan silaturrhahmi Nasional di Pekanbaru, Riau, tanggal 16 Juli 1994.

2. Meminta kepada pemerintah agar tidak melakukan pelarangan terhadap Darul Arqam dengan alasan dan pertimbangan aqidah.

3. Menghimbau kepada semua pihak agar mengembangkan sikap terbuka memperkuat ukhuwah Islamiyah, toleran dan berpikiran jernih serta berlaku arif dalam menghadapi dan menangani setiap masalah keagamaan.

Demikian keputusan Pengurus Besar Syuriyah Nahdlatul Ulama berkenaan dengan aqidah Darul Arqam. KH.M. Ilyas Rumiat KH.Ma’ruf Amin Pelaksana Rois Aam Katib

INILAH BACAAN AURAD MUHAMMADIAH

AL FATIHAH 1X

1. Syahadah – [10X]

Ashhaduallah ilaha illallah wa ash hadu anna Muhammadar Rasulullah. Abu Bakri nissiddiq, Umarul faruq, Usmanubarrurahim, Aliyyu Athududdin, Muhammadul Mahdiyyu khulafa’u Rasulullah SAW.

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Abu Bakar yang sangat kuat membenarkan Islam, Umar yang dapat membezakan antara baik dengan jahat, Utsman yang amat taat kepada Tuhan yang Maha Penyayang, Ali yang menjadi penyokong agama, Muhammad Imamul Mahdi, kesemuanya khalifah2 Rasulullah SAW.

Antara Hikmah : Memperbaharui dua kalimah sayhadah.Menguatkan tauhid kpd Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Menerapkan rasa cinta kepada Nabi SAW, 4 sahabat dan Imam Mahdi Al Muntazar. Menanamkan akidah yg bukan Syiah dan bukan termasuk golongan yg menolak kedatangan Imam Mahdi

2. Surah atTaubah 128-129 – [10X]

Laqadjaakum……..Arsyil Aziim

[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Antara Hikmah: Melahirkan rasa kasih kepada Rasulullah, Melahirkan tawakkal kepada Allah

3. Surah Al Anbia 87 – [50X]

Lailahaillaanta…..zalimin

Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diriku sendiri.

Antara Hikmah : Menajamkan rasa kehinaan dan rasa kehambaan.

4. Al Ikhlas [ 50X]

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. [2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. [3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan [4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Antara Hikmah :Menanam rasa keesaan Tuhan, rasa gerun, rasa harap dan total submission.Menahan lapar. Dunia lebih rendah nilainya dari sebelah sayap nyamuk di sisi Allah SWT.

5. Gabungan Tiga Ayat

Pertama : Surah Al Isra [45]

Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu

Wa iza qara’ta…….mastura

Kedua : Surah Al Baqarah [171]

….mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta. Oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

Summum bukmum……ya’qilun

Ketiga : Surah Yassin [9]

Wajaalnaminbaini……..la yubsirun

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

–Ayat 1+2+3 = disatukan, dibaca [10X]–

Antara Hikmah -ditakuti jika termasuk dalam tiga golongan ini

6. Salawat Aurad Muhammadiyah [50X]

Allahumma sali ala sayidina Muhammadininabiyyil ummiyi wa’ala aalihi wa sahbihi wassalam. Adada ma alimta wa zinata ma alimta wamil a ma alimta.

[Maksud] Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad, Nabi yang tidak perlu membaca dan menulis, dan demikian juga kepada sekalian ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya, seberapa banyak bilangan yang Engkau ketahui dan seberapa berat timbangan yg Engkau ketahui dan sepenuh apa jua yg Engkau ketahui.

Antara Hikmah : Melatih jiwa untuk kasih kepada Rasulullah dan melembutkan hati. Juga supaya kasih kepada sunnahnya.

7. Surah Saba ‘ 10 -11 [10X]

Walaqad……….bima ta’malunabasir

[10] Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya;

[11] (Serta Kami wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.

Antara Hikmah : Untuk mendidik jiwa supaya malu kpd gunung2 dan burung2 yg berzikir kpd Allah, membuatkan hati mudah berzikir bersama2 berzikirnya alam semesta..supaya hati menjadi lembut seperti juga besi yg keras menjadi lembut dengan kuasa Allah. Segala amal soleh akan dinilai.

Tujuh set ayat ini dibaca selepas sholat fardhu,tidak semestinya di tikar sejadah. Ayat Lima– sebagai tambahan 1.Al Baqarah: 246

[246] Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah. Nabi mereka menjawab: Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?. Mereka berkata: Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami dan (dari) anak-anak kami? Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

2.Ali Imran: 181 [181] Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya dan Kami akan katakan kepada mereka: Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar.

3.An Nisa:77 [77] Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.

4.Al Maidah:27 [27] Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

5.ArRad:16 [16] Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa

2 March 2008 Posted by | Fatwa | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: