Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Bertasbih Dengan Mengangkat/ Menyaringkan Suara Selepas Solat Witir




Daripada ʿAbd al-Raḥmān bin Abzā رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa:

“Sesungguhnya Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ membaca surah Al-Aʿlā, surah Al-Kāfirūn dan surah Al-Ikhlāṣ di dalam solat Witir. Dan apabila Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah memberi salam (selesai solat), Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menyebut:

سُبْحَانَ الْمـَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمـَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمـَلِكِ الْقُدُّوسِ

“Maha Suci [Allah] Yang Maha Menguasai/ Memerintah lagi Maha Qudus. Maha Suci [Allah] Yang Maha Menguasai/ Memerintah lagi Maha Qudus. Maha Suci [Allah] Yang Maha Menguasai/ Memerintah lagi Maha Qudus”

Dan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mengangkat/ menyaringkan suara Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ketika menyebutnya.”

T:(Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 14929 [Lafaz di atas]: Sanadnya sahih, 14933, & 14936; (al-Nasāʿī (303H): al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 1750, 1751, 1752 & 1753; (al-Ḥākim (405H): al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn) dan beliau berkata: (وَهَذَا الإِسْنَادُ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ) dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

Nota:

Menurut Pusat Fatwa Mesir, perbuatan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mengangkat suara ketika bertasbih selepas solat Witir adalah salah satu dalil bagi keharusan mengangkat suara ketika berzikir di antara solat sunat Tarawih.

Amalan berzikir di antara rakaat solat sunat Tarawih bukan hanya dilakukan di Malaysia sepertimana yang pernah didakwa secara palsu dan dusta oleh golongan esktrim, bahkan amalan ini dilakukan oleh majoriti masyarakat Islam di negara-negara Islam.

Walḥamdulillāh.

PENUNTUT ILMU

Dr Abdullaah Jalil

07/04/2024 - Posted by | Ibadah, Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi

No comments yet.

Leave a comment