Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Sudah dapat Kerajaan baru bolih memperjuangkan Islam?

>

Walaupun kita di perintah memperjuangkan Islam itu secara keseluruhan dari peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, politik, perhubungan, kebudayaan,negara, seterusnya alam sejagat, namun Islam ada memberi kaedah:”Tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.”

Di dalam memperjuangkan semua, buat lebih dahulu apa yang boleh dibuat.Ertinya laksanakan lebih dahulu Islam yang ada di dalam kuasa kita, ia itu peribadi kita, keluarga kita, dan jemaah, kumpulan atau parti kita.(Tak perlu tunggu pilihanraya untuk dapat Negara baru nak laksanakan Islam). Tegakkan lebih dahulu iman , Islam dan ihsan itu atau tegakkan lebih dahulu akidah, syariat dan akhlak itu di dalam diri kita, keluarga kita dan ahli ahli jemaah atau parti kita.

Cara ini lebih mudah di tegakkan kerana ia ada di bawah kuasa kita. Kalau di luar kuasa kita lebih lebih lagi di dalam negara dan alam sejagat, sudah tentu susah dan amat sulit hendak di tegakkan kehendak kehendak ajaran Islam itu daripada persoalan akidah, syariat dan akhlak. Selagi kuasa belum ada di tangan kita, cukuplah kita sarankan lebih dahulu atau mengingatkan lebih dahulu kepada pihak pihak yang ada kuasa di dalam negara dan seterusnya alam sejagat.Tapi yang ada di bawah kuasa kita, saperti yang telah di sebut tadi, kita buat dan perkemaskan sungguh sungguh hingga menjadi contoh atau role model kepada orang lain.

Mengapa setiap individu dan jemaah atau parti parti Islam itu perlu laksanakan dahulu? Perlu di ingat bahawa Islam bukan setakat ilmu.Tidak juga sebagai slogan. Bahkan setakat keyakinan pun belum cukup.Tapi Islam itu adalah agama ilmu, yakin dan amal.Selepas itu barulah sesuai untuk di perjuangkan agar ia lebih luas lagi daerahnya dan lebih ramai penganut penganutnya.

Ini kerana Islam adalah agama wahyu yang datang dari pada Allah, di sampaikan kepada Rasulullah, kemudian terus disampaikan kepada semua manusia untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Ia merupakan hadiah yang paling besar dari Allah Taala demi keselamatan kita.

24 June 2008 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Program Jelajah Kampung Zon Ampang olih Agensi Antidadah Kebangsaan di Kg Bukit Sg Putih, Ampang, Selangor.

>

Program jelajah kampung Zon Ampang olih Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Belia Bandar Ampang, PDRM Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang di adakah pada Ahad 15hb Jun 2008 di Dataran Belia, Kg Bukit Sg putih, Ampang, Selangor Darul Ehsan mendapat sambutan yang mengalakan daripada penduduk terutama generasi muda.

Program sehari ini di isi dengan ceramah Antidadah yang di sampaikan olih Pegawai Agensi Antidadah Daerah Ampang, Penghulu Mukim Ampang, Ketua Masyarakat Kg Bukit Sg Putih,Pegawai dari MPAJ dan Ketua Polis (Antidadah) Daerah Ampang Jaya.

Di samping Pameran mini Andtidadah, sukanika,senamrobik, pertandingan mewarna kanak kanak dan kuiz Antidadah, sessi soal jawab dan rundingcara turut di ada kan untuk penduduk meluahkan segala permasaalahan mengenai dadah.

Di antara pesanan kepada semua ibu bapa olih Ketua Polis Daerah Ampang, Deputi Superintendan Nordin Mahmud (yang berpengalaman luas menangani kes Dadah) ialah didik anak anak dengan ilmu agama sejak dari kecil kecil lagi dan jadilah kawan kepada anak anak masing masing.Ini adalah salah satu benteng mengelakkan anak muda dari terjebak dengan gejala dadah.

18 June 2008 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

Apa Rahsia Kekuatan Umat Islam?

Apabila Rasulullah s.a.w berjaya mendidik umat Islam menjadi satu bangsa yang berakhlak, bertamaddun, kuat berpegang kepada Tuhan, gagah, mampu menumbangkan kerajaan Rom dan Parsi dan mampu memimpin tiga suku dunia, semua manusia kagum.Lebih-lebih lagi, umat Arab yang dididik dan dipimpin oleh Rasulullah itu asalnya hanyalah pengembala-pengembala kambing yang hidup berkabilah-kabilah di padang pasir, tidak berilmu, tidak pandai membaca dan menulis, tidak bertamaddun dan tidak bijak seperti bangsa-bangsa lain.Berbeza dengan bangsa Yahudi. Di samping mereka itu bangsa yang tertua di dunia dan mempunyai banyak ilmu dan pengalaman, mereka juga merasakan mereka itu bangsa yang terpilih. Kebanyakan para nabi dan rasul adalah dari kalangan bangsa mereka.

Oleh itu, apabila Rasulullah s.a.w. diutus dari kalangan bangsa Arab, bangsa Yahudi sangat cemburu dan iri hati. Mereka takut dengan kekuatan umat Islam.

Justeru itu, mereka mengkaji apakah rahsia dan punca umat Islam jadi kuat. Mereka mencari apa formula yang digunakan oleh Rasulullah untuk mendidik bangsa Arab yang sebegitu jahil dan lemah hingga boleh menjadi satu bangsa yang begitu gigih dan hebat. Mereka dapati bahawa Rasulullah telah mendidik bangsa Arab itu dengan ketauhidan.

Mereka dikenalkan kepada Allah dan kepada Akhirat. Hati-hati mereka di bersihkan daripada dunia dan dari segala sifat-sifat yang keji hingga bangsa Arab yang dipimpin dan dididik oleh Rasulullah itu menjadi bangsa yang sangat cinta dan takut dengan Tuhan, sangat cinta akhirat dan sangat berkasih sayang di antara satu sama lain.

Orang-orang Yahudi juga mendapati bahawa kekuatan umat Islam ketika itu bertolak daripada empat perkara seperti berikut:
1. Taqwa
2. Perpaduan
3. Taat kepada Rasulullah
4. Tawassul

Oleh kerana iri hati, takut dan tidak redhanya bangsa Yahudi terhadap umat Islam, maka mereka mencari jalan dan merancang untuk merosakkan semua perkara yang menjadi asas kekuatan umat Islam ini. Supaya umat Islam menjadi lemah. Mereka berusaha sedaya upaya supaya keempat-empat perkara ini dinyahkan atau dihindarkan dari umat Islam. Mereka cuba pisahkan umat Islam daripada keempat-empat sumber kekuatan ini. Mereka takut-takutkan umat Islam dari mempercayai dan mengamalkan perkara-perkara tersebut atas berbagai-bagai alasan. Taksublah, syiriklah, sesatlah, bukan dari ajaran Islamlah dan berbagai-bagai lagi. Padahal para sahabat sangat menghayati dan sangat mengamalkan perkara-perkara tersebut. Kerana itulah para sahabat jadi hebat dan kuat dan digeruni oleh musuh terutama Yahudi dan Nasrani.

Mari kita lihat bagaimana Yahudi berusaha memisahkan dan menjauhkan umat Islam dari asas-asas kekuatan ini.

1 Taqwa
Dilalaikan umat Islam dengan amalan-amalan lahir semata-mata. Dicegah dan diharamkan hal-hal dan amalan-amalan yang berbentuk rohaniah, malahan disesatkan. Amahan-amalan tareqat yang banyak menjurus kepada membina roh, memperbaiki hati dan mendidik nafsu tidak digalakkan malahan dikatakan bukan dari ajaran Islam. Dikatakan semua itu hanya ciptaan orang-orang terkemudian dan dianggap bida’ah.Fahaman Wahabi banyak membawa isu seperti ini. Fahaman Wahabi sangat merosakkan ketaqwaan umat Islam. Fahaman Wahabi sangat menguntungkan musuh Islam. Memang fahaman Wahabi itu dicetuskan oleh Yahudi dan musuh-musuh Islam. Disamping Wahabi, inilah juga kerja para-para ulama yang dididik dan mendapat ijazah dan Ph.d ilmu Islam dari pusat-pusat pengajian di Barat dan Amerika yang guru-guru mereka sendiri tidak Islam.Justeru itu, ibadah dan amalan umat Islam kini hanya tinggal yang lahir sahaja. Tidak ada rohnya. Solat tidak ada roh. Puasa tidak ada roh. Haji tidak ada roh. Baca Quran tidak ada roh. Semua amalan-amalan tersebut terputus dari Tuhan. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan tidak dapat membina keinsanan umat Islam.Ibadah hanya untuk mengejar pahala dan fadhilat. Tuhan tidak ada dalam ibadah. Ibadah bukan lagi untuk mendapat rahmat, kasih sayang dan keampunan Tuhan. Tuhan dihilangkan dari ibadah umat Islam. Kesannya, hati-hati umat Islam dipenuhi dengan berbagai sifat mazmumah. Nafsu menjadi liar dan rakus.Oleh kerana soal roh dikebelakangkan, maka agama Islam hanya tinggal akal. Segala hal dalam agama Islam hendak diselesaikan dan cuba difahamkan dengan akal. Segala masalah umat Islam dirujuk kepada akal. Umat Islam tidak lagi merujuk kepada Tuhan dan tidak kembali lagi kepada Tuhan. Dalam ibadah dan kehidupan seharian, Tuhan ditinggal dan dilupakan. Hukum-hakam, perundangan, syariat, peraturan dan sistem yang Tuhan aturkan untuk manusia ditolak tepi. Semua itu diganti dengan sistem dan peraturan yang dicipta oleh akal manusia baik dalam bidang ekonomi, kewangan, pendidikan, perundangan dan sebagainya.

2 Perpaduan
Untuk memusnahkan kekuatan ini, bangsa Yahudi melahirkan berbagai ideologi dan isme-isme. Oleh itu, di kalangan sesama Islam, ada orang Islam yang berfahaman sosialis, nasionalis, kapitalis, demokrasi, bahkan ada orang Islam yang berfahaman komunis.Dengan fahaman yang berbeza-beza ini, maka umat Islam berpecah kepada berbagai-bagai puak, kumpulan dan parti mengikut fahaman mereka masing-masing. Fahaman-fahaman ini lebih kuat mencengkam individu-individu tersebut dari agama Islam itu sendiri sehingga agama Islam yang mereka sama-sama anuti jadi kecil dan lemah dan tidak mampu untuk menyatupadukan mereka. Umat Islam lebih berideologi daripada beragama. Ideologi mereka mengatasi agama mereka.Dalam sistem demokrasi pula, diwujudkan sistem politik kepartian. Maka umat Islam berpecah lagi ke dalam berbagai-bagai parti mengikut fahaman parti mereka masing-masing. Atas landasan demokrasi, mereka merebut kuasa pemerintahan. Mereka terus berpecah kerana tidak sehaluan dan demi untuk menjaga kepentingan parti masing-masing. Ada parti yang bersifat nasionalis, sosialis, liberalis, buruh dan sebagainya. Orang Islam yang ada semangat untuk memperjuangkan Islam juga turut terpedaya dan terlibat dalam sistem demokrasi dan politik kepartian anjuran Yahudi ini yang bertujuan untuk melemah, memecah dan memusnahkan perpaduan umat Islam dengan membentuk parti demokrasi Islam.

3 Taat kepada Rasulullah s.a.w.

Di zaman ini, kerana Rasulullah sudah tidak ada lagi bersama kita, bolehlah kita samakan ketaatan ini dengan ketaatan kepada guru, terutama guru mursyid laitu guru yang mengajar, mendidik, membimbing dan memimpin kita. Dalam Islam, perlu ada guru mursyid yang memimpin. Guru dan pemimpin perlu untuk mengikat murid-murid. Islam pula mewajibkan murid taat kepada guru.Yahudi sangat berusaha memusnahkan hubungan murid dengan guru ini. Mereka cuba putuskan. Apa yang diistilahkan sebagai ketaatan oleh Islam, mereka namakan taksub atau taksub membuta tuli. Ketaatan yang dituntut oleh Islam dengan tujuan supaya hubungan antara murid dan guru menjadi kuat dan mudah untuk murid dididik dan dipimpin, diselewengkan dan dikatakan taksub yang bahaya kerana guru mungkin menyalahgunakan murid untuk tujuan peribadi dan duniawi. Mereka sangka guru mursyid itu macam mereka yang tergila-gilakan dunia ini. Mereka cuba cacatkan akhlak dan peribadi guru. Mereka guna lidah ulama-ulama yang berkepentingan dan yang gila dunia untuk tujuan ini. Ulama-ulama inilah yang membuat bising di akhbar dan media massa.

4 Tawassul
Tawassul adalah wasilah. Rasulullah S.A.W adalah wasilah bagi semua orang soleh dan orang mukmin. Tawassul adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepada umat Islam. Orang awam boleh berdoa dengan perantaraan dan berkat Rasul dan orang-orang yang soleh dan bertaqwa. Doa seperti ini cepat makbul. Ia satu dari kekuatan umat Islam. Yahudi berusaha menyesatkan tawassul ini. Dikatakan tawassul itu syirik kerana meminta kepada makhluk dan tidak meminta terus kepada Allah. Ini supaya umat Islam takut dengan tawassul padahal ia adalah sumber kekuatan umat Islam. Mereka sorokkan hakikat bahawa tawassul itu tetap meminta dari Tuhan, hanya diperkuatkan permintaan itu dengan berkat orang-orang soleh dan bertaqwa yang mereka itu sangat hampir dengan Tuhan.

Sangat licik orang Yahudi. Mereka tidak berusaha ke arah semua ini secara terus-menerus atau terang-terangan. Secara terus-menerus dan terang-terangan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kerana umat Islam akan curiga dan berwaspada terhadap angkara Yahudi ini. Mereka lakukannya secara halus. Mereka gunakan orang-orang Islam sendiri yang mereka pengaruhi untuk membuat kerja-kerja ini terutama yang mempunyai ilmu dan kuasa.

Bak kata pepatah Melayu, “hendak tebang pokok kayu, kenalah minta tolong pada kayu.” Walaupun mata kapak itu besi tetapi hulunya kayu. Hendak musnahkan umat Islam, mesti gunakan orang Islam.Betapa kini ramai umat Islam, khususnya di kalangan ulama, yang mendapat ilmu mereka dari tok-tok guru Yahudi dan Nasrani terutama di beberapa universiti di Amerika dan Eropah. Tok-tok guru Yahudi dan Nasrani ini hafal Quran dan puluhan ribu hadith, tetapi tidak beriman dan tidak Islam. Mereka siram ulama-ulama ini dengan ilmu Islam yang tidak ada roh, yang menyeleweng, yang sudah tercemar, yang mustakmal dan mutannajis. Mudah sahaja kaum Yahudi melakukan perkara ini kerana para ulama yang belajar dengan mereka bukan ikhlas belajar kerana Allah. Mereka hanya mahukan ijazah. Mereka belajar ilmu agama kerana hendak buru dunia. Mereka mahu jawatan dan pangkat. Dunia lebih mereka cintai dari Islam dan Tuhan. Mereka ini cinta dunia dan takut mati. Kalau tidak masakan mereka mahu belajar Islam dengan orang kafir. Bukan sahaja ilmunya tidak berkat, malahan ia digunakan pula untuk merosak dan melemahkan Islam.Kita mesti kembali kepada keempat-empat perkara yang menjadi tunggak kekuatan umat Islam ini. Kita mesti kembali kepada Taqwa. Kita mesti kembali Bersatu dan Berpadu.

Kita mesti kembali taat kepada Rasulullah SAW dan guru-guru yang mereka adalah warisatul Anbiya {pewaris Nabi}. Kita mesti kembali kepada tawassul.Kita mesti tentang habis-habisan segala usaha Yahudi untuk memisahkan umat Islam dari sumber-sumber kekuatan ini. Kita sudah tahu rahsia mereka. Kita sudah tahu tipu helah mereka. Kita sudah kenal siapa dalang dan tali barut mereka.Yahudi takut Islam kuat. Yahudi takut Islam gagah. Kita sudah tahu perkara-perkara yang kita perlu untuk membuatkan kita kuat dan gagah.

Sumber: http://ikhwantoday.com/

4 June 2008 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

The Reason Why There No Picture Of Prophet Muhammad (P.B.U.H)

B i s m i l l a a h i r R a h m a a n i r R a h e e m

Why is it that there isn’t a picture available of the prophet Muhammed [pbuh] anywhere in the world?

Praise be to Allaah.
Islam came to prevent all means that may lead to shirk or the association of others in worship with Allaah. Among these means is the making of images, so sharee’ah forbids making images, and curses the one who does that, and a strong warning is issued to the one who does that. It was narrated from ‘Aa’ishah the Mother of the Believers that Umm Habeebah and Umm Salamah mentioned a church that they had seen in Abyssinia, in which there were images. They mentioned it to the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) and he said: “Those people, if there was a righteous man among them and he died, they would build a place of worship over his grave and put those images in it. They will be among the most evil of creation before Allaah on the Day of Resurrection.” (narrated by al-Bukhaari, al-Salaah, 409).
It was narrated that ‘Aa’ishah (may Allaah be pleased with her) said: “The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) came back from a journey and I had placed a curtain of mine that had pictures on it over (the door of) a room of mine. When the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) saw it, he tore it and said, ‘The people who will receive the severest punishment on the Day of Resurrection will be those who try to make the like of Allaah’s creation.’ So we turned it (the curtain) into one or two cushions.” (Narrated by al-Bukhaari, al-Libaas, 5498).
It was narrated that ‘Abd-Allaah ibn Mas’ood said: “I heard the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) say: ‘The people who will be most severely punished on the Day of Resurrection will be the image-makers.’” (Narrated by al-Bukhaari, al-Libaas, 5494).
So how could he grant permission to make a picture of him? Hence none of the Sahaabah dared to make a picture or image of him, because they knew the ruling that doing so was haraam.
Allaah warns against exaggeration, as He says (interpretation of the meaning): “O people of the Scripture (Christians)! Do not exceed the limits in your religion” [al-Nisaa’ 4:171]
And the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) warned against doing anything that may involve exceeding the limits concerning him (peace and blessings of Allaah be upon him). He said: “Do not exaggerate about me as the Christians exaggerated about the son of Maryam, for I am just a slave, so say ‘The slave of Allaah and His Messenger.’” (Narrated by al-Bukhaari, Ahaadeeth al-Anbiya’, 3189).
Imaam Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhaab wrote a chapter entitled “Maa jaa’a ‘an sabab kufr Bani Adam huwa al-ghulw fi’l-saaliheen (What was narrated stating that the reason for the kufr of the sons of Adam was their exaggeration concerning the righteous).”, in which he said: “In al-Saheeh it is narrated that Ibn ‘Abbaas (may Allaah be pleased with him) said, concerning the aayah (interpretation of the meaning):
‘“And they have said: ‘You shall not leave your gods, nor shall you leave Wadd, nor Suwaa‘, nor Yaghooth, nor Ya‘ooq nor Nasr’ (these are the names of their idols).’ [Nooh 71:23]
– “These were the names of righteous men among the people of Nooh. When they died, the Shaytaan inspired their people to set up stone altars in the places where they used to sit, and call them by their names. They did that but they did not worship them, until those people died, then the knowledge was forgotten and they were worshipped.”
Ibn al-Qayyim said: “More than one of the salaf said: ‘when they died, the people started to frequent their graves, then they made statues of them, then as time passed they started to worship them.” (Fath al-Majeed Sharh Kitaab al-Tawheed by ‘Abd al-Rahmaan ibn Hasan, p. 219)
For this reason there are no pictures of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), because he forbade doing that, lest it lead to shirk.
The implication of the testimony that Muhammad is the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) is that we believe in him and in the message that he brought, even though there are no pictures of him. The believers do not need a picture of him in order to follow him. The description of him that is given in the saheeh reports means that we have no need of his picture. Among the descriptions of him (peace and blessings of Allaah be upon him) that have been narrated are the following:
1- He (peace and blessings of Allaah be upon him) was the most handsome of face of all people.
2- He had wide shoulders.
3- He was neither tall nor short (of average height).
4- He had a round face with a ruddy complexion.
5- His eyes were intensely black.
6- He had long eyelashes.
7- He was the Seal of the Prophets, the most generous of people in giving, he was the most forbearing and content of all people, he was the most sincere in speech of all people, he had the gentlest nature of all people and was the most easy-going with others. Those who saw him suddenly stood in awe of him and those who mized with him came to love him. Those who described him said they had never seen anyone like him before or since.”
See Sunan al-Tirmidhi, al-Manaaqib, 3571 and other books of Sunnah which give descriptions of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him).
Undoubtedly the believers wish that they could have met the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him). Hence it says in the hadeeth narrated from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “The people most loved by me among my ummah will be those who would come after me, but every one amongst them would have the keenest desire to catch a glimpse of me even at the expense of his family and his wealth.” (Narrated by Muslim, al-Jannah wa Sifat Na’eemihaa, 5060). Undoubtedly love of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) and following him are the means of being brought together with him in Paradise. Part of loving him (peace and blessings of Allaah be upon him) is seeing him in a dream, which means seeing him in his real form. It was reported that Abu Hurayrah said: “I heard the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) say: ‘Whoever sees me in a dream will see me when he is awake, for the Shaytaan cannot take my form.’” Abu ‘Abd-Allaah said, Ibn Seereen said: this applies if one sees him in his true form. (Narrated by al-Bukhaari, al-Ta’beer, 6478).
And Allaah is the Source of strength. May Allaah bless our Prophet Muhammad.
Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid

2 June 2008 Posted by | Articles in English | Leave a comment

   

%d bloggers like this: