Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Adakah bercampur-campur Mazhab (Talfiq) dibolehkan?

Adakah bercampur-campur Mazhab (Talfiq) dibolehkan?

Talfiq yang boleh menyebabkan batal sesuatu ibadat, HARAM mengharuskannya secara mutlak dan ianya melanggar Ijma’.
Talfiq terbahagi kepada DUA hukum, iaitu HARUS dan HARAM.

Memang selalunya golongan Pseudo-Salafi gemar membuat keliru orang ramai untuk meluluskan rencana mereka. Golongan ini membolehkan Ijtihad-ijtihad mereka dipakai walaupun bertentangan dengan ulama terdahulu. Bahkan dengan cara itu juga mereka melekeh-lekehkan pendapat yang sudah menjadi pegangan orang awam.
Konon-kononnya, praktikal ibadah orang awam juga bercampur-campur mazhab. Cuma orang awam mempraktikkannya secara sedar atau tidak sedar sahaja.

Dengan itu mereka mengatakan semua Talfiq adalah harus, termasuk juga Talfiq dalam kategori haram.

Walaupun wujud Talfiq yang harus, ia perlu diperhalusi lagi sebelum dihukumkan harus.

Jika yang diamalkan itu bukan dari amalan mazhab Muqallid itu sendiri dan tidak ada darurat untuk Muqallid tersebut beramal begitu, maka Muqallid tersebut tidak mendapatkan pahala dari amalannya. Ini kerana seseorang Muqallid hanya dibenarkan beramal dgn mana-mana amalan yang berada diluar mazhabnya apabila ada keperluan dan amalan itu adalah telah diiktibarkan oleh para Fuqaha’ dari mazhabnya.
Seseorang awam bertahap orang Muqallid, dia tidak disuruh dan diperintahkan untuk berijtihad atau mentahkikkan atau mentarjihkan mana-mana pendapat Fuqaha’ untuk beramal. Dia hanya diperintahkan bertanya sesuatu hukum yang tidak difahami kepada para ulama’. Jika masalahnya di dalam ilmu Feqah maka bertanyalah kepada ulama’ Feqah.

Ulama’ yang diikuti oleh seseorang Muqallid itu pula mestilah dari kalangan Mu’tabar dan yang sudah ditentukan mazhab yang dipegang. Juga yang tidak bermudah-mudahan (Tasahhul) di dalam berfatwa. Kerana Tasahhul di dalam berfatwa adalah merupakan antara ciri-ciri fatwa yang haram untuk diikuti. Bahkan Mufti yang bermudah-mudahan (Tasahhul) didalam mengeluarkan fatwa adalah berdosa.

Kedudukan peringkat seseorang Mufti di dalam hierarki keilmuan Feqah mempunyai banyak peringkat.

Kebanyakkannya yang wujud pada hari ini adalah Mufti Dharurah Syar’ie seperti yang disebut oleh Syeikh Daud al-Fathoni di dalam kitab Furu’ Masail.

Seseorang Mufti selagimana ia tidak sampai pada tahap seseorang yang mampu Tarjih, dia dianggap masih berada pada tahap seorang ulama’ yang bertaqlid pada mazhabnya. Dia wajib berfatwa mengikut pendapat-pendapat yang muktamad dalam mazhabnya melainkan wujud keperluan, maka diharuskan berfatwa dengan pendapat yang lemah dan juga pendapat dari luar mazhabnya.

Jika seseorang Mufti sudah sampai pada tahap mampu Tarjih, maka wajib dia berfatwa mengikut Tarjih pada dirinya sahaja. Dan orang awam tidak diwajibkan untuk mengikut fatwa Tarjih daripada Mufti tersebut jika fatwa yang di’Tarjih’kannya itu bertentangan dengan pendapat-pendapat yang telah diputuskan MUKTAMAD oleh majoriti ulama’ dalam mazhab Mufti itu sendiri.Mufti itu pula perlu membuat semakan dari sudut kebaikan (Maslahah) dan keburukan (Mafsadah)pada kepentingan orang ramai, samaada memberi faedah atau mudarat kepada orang awam. Mufti tersebut juga tidak boleh beperlakuan senang-lenang untuk mengeluarkan fatwa Tarjih yang menyusahkan orang awam.
Seperti yang berlaku dalam sesetengah kes fatwa-fatwa dalam negara kita.

Melainkan jika Mufti tersebut telah menggunakan autoriti pemerintah. Maka ia termasuk dalam perbahasan yang lain dan ianya diharuskan.

Atas kesedaran itu maka kita perlu memperbanyakkan orang yang faham pada ilmu ini di dalam Jabatan-jabatan Mufti dan dikalangan pihak-pihak berwajib di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Agar agama ini dipelihara dan masyarakat berjaya dibangunkan dan dimajukan dengan keredhaan dari Tuhan..
……..
Adakah wujud Mufti mampu Tarjih pada hari ini?

Pandangan saya, saya masih belum berjumpa Mufti bertahap mampu Tarjih pada hari ini. Saya hanya berjumpa yang mendakwa mampu Tarjih dan bilangannya ramai.

Wallahu a’lam.
Tuan Guru Syaikh Abdul Rauf bin Nurin
Mudir Pondok Tampin

*ampun maaf atas edit yang mungkin menyalahi maksud asal Tuan Guru.

Rujukan: FB Hanafie Zainal Abidin

18/02/2019 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Ramai para Imam Hadits yang bermazhab

Senarai Imam2 Hadits yang bermadzhab seperti:

Imam Bukhari
Imam Muslim
Imam Nasa’i
Imam Baihaqi
Imam Turmudzi
Imam Ibnu Majah
Imam Tabari
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani
Imam Abu Daud
Imam Nawawi
Imam as-Suyuti
Imam Ibnu Katsir
Imam adz-Dzahabi
Imam al-Hakim

Semuanya bermazhab Mazhab Syafi’ie. Mereka yang ahli dalam bidang hadis pun bermazhabkan Syafi’ie. Jadi, kita wajib mengikuti imam mazhab yang muktabar.

Usah dilayan puak2 yang menolak amalan bermazhab.

Sumber: Ustaz Dahim Jalal

18/02/2019 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Ada orang kata Jubah, Serban Dan Ridak Bukan Sunnah Rasulullah SAW

Ado orang kato – Sorban ni bukan sunnah Nabi SAW sobab Abu lahab, Abu Jahal dan Abu-abu yang lain dizaman jahiliyah pun pakai sorban.

Mereka juga kata, jubbah, sorban rida bukan sunnah Nabi SAW, itu budaya Arab. Pakaian, kena ikut MAJORITI penduduk. Kalau penduduk tak pakai jubbah dan serban, maka pakai macam penduduklah. Jika penduduk pakai bikini, maka kena pakai bikini ge agaknya ? Hehehe

[SOAL JAWAB : SERBAN NABI] SOALAN: ADAKAH DALIL SAHIH TENTANG SERBAN, BUKANKAH ITU HANYALAH PAKAIAN ORANG ARAB?

JAWAPAN:

Dijawab oleh Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Habib Munzir Al-Musawa sebagaimana berikut,

1. dari Amr bin Umayyah ra dari ayahnya berkata : Kulihat Rasulullah saw mengusap surbannya dan kedua khuffnya (Shahih Bukhari Bab Wudhu, Al Mash alalKhuffain).

2. dari Ibnul Mughirah ra, dari ayahnya, bahwa Rasulullah saw mengusap kedua khuffnya, dan depan wajahnya, dan atas surbannya (Shahih Muslim Bab Thaharah)

3. para sahabat sujud diatas Surban dan kopyahnya dan kedua tangan mereka disembunyikan dikain lengan bajunya (menyentuh bumi namun kedua telapak tangan mereka beralaskan bajunya krn bumi sangat panas untuk disentuh). saat cuaca sangat panas. (Shahih Bukhari Bab Shalat).

4. Rasulullah saw membasuh surbannya (tanpa membukanya saat wudhu) lalu mengusap kedua khuff nya (Shahih Muslim Bab Thaharah)

TAMBAHAN:

1. Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Jabir dikemukakan: “Nabi saw memasuki kota Makkah pada waktu Fathu Makkah beliau mengenakan serban (‘imamah) hitam.” (HR. At-Tarmidzi. Hadits ini diriwayatan oleh Muhammad bin Basyar, dari ‘Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadits ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair, yang bersumber dari Jabir ra.)

2. ‘Amr bin Huraits berkata: “Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah saw.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Umar, dari Sufyan, dari Musawir al-Waraq, dari Ja’far bin ‘Amr bin Huraits, yang bersumber dari bapaknya.)

3. Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu ‘Umar ra. dikemukakan : “Apabila Nabi memakai sorban, maka dilepaskannya ujung serbannya di antara kedua bahunya.” Kemudian Nafi’ berkata : “Ibnu ‘Umar juga berbuat begitu.” ‘Ubaidullah berkata: “Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya juga berbuat demikian.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad, dari ‘Ubaidullah bin ‘Umar, dari Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar.)

4. Ibnu ‘Abbas ra. mengemukakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad berpidato di hadapan ummat. Waktu itu beliau mengenakan serban, dan serbannya terkena minyak rambut.” (HR. At-Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Yusuf bin ‘Isa, dari Waki’, dari Abu Sulaiman, yaitu ‘Abdurrahman bin Ghasail, dari Ikrimah, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas)

KOMEN: “Barangsiapa yg tak menyukai sunnahku maka ia bukan dari golonganku” (Shahih Bukhari).

Di atas itu SEMUA dari Rasulullah SAW yang SAHIH.

Nak Tanya, Serban ni SUNNAH atau BIDA’AH ?

(Kadang-kadang pelik, hadis dhaif mati2 dia orang marah. Tapi hadis SAHIH mereka TAK AMAL pun)

Sumber: http://as-suhaime.blogspot.com/2014/06/wahabi-kata-jubah-serban-dan-ridak.html?m=1

17/02/2019 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

PAKAI SERBAN ITU ADAT ARAB JAHILIYAH?

(Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz Soroni)

Imam Bukhari Rh.a dalam sahihnya Bukhari telah memasukkan satu bab iaitu باب العمامة lalu dibawah bab Beliau memasukkan hadis لا يلبس المحرم القميص ولا العمامة ولا السراول الى أخر الحديث
عمائم adalah lafaz jamak kpd عمامة
Memakai imamah (serban) banyak sekali dinukilkan daripada Baginda SAW dan jemaah Para Sahabah R.Anhum Ajmain.
Juga dalam Sahih Bukhari dlm Kitabul Wudhuk diriwayatkan dari tariq Jaafar Bin Amar r.a :
رايت النبي صلى الله عليه و سلم يمسح على عمامته و خفيه….
Aku melihat Baginda SAW menyapu ke atas serban dan kedua khuf Baginda SAW….

Demikian juga riwayat Sahih Muslim dari tariq Mughirah Bin Syu’bah r.a :
توضأ النبي صلى الله عليه و سلم و مسح على الخفين و العمامة…
Telah berwudhuk Nabi SAW dan telah menyapu ke atas kedua khuf dan serban Baginda SAW…

Maka dari hadis-hadis ini telah sabitlah bahawa memakai serban adalah di antara sunnah Baginda SAW dan mereka yang memakainya akan mendapat pahala sunnah dan yang paling penting akan mendapat Muhabbat dan Cinta Allah Rabbul Izzah sepertimana janji Allah dalam firmanNya :
قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفرلكم زنوبكم و الله غفور الرحيم
Katakanlah wahai Muhammad SAW sekiranya kamu mencintai Allah maka hendaklah kamu ittiba’akan daku. Nescaya Allah akan mula mencintai diri kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. (Al-Imran)..

Banyak sekali hadis-hadis yang mentaghribkan supaya istiqamah memakai serban, antaranya Imam Tabrani menukilkan di dalam Mu’jam Kabirnya dan Imam Baihaqi rh.a di dalam Syu’bul Iman akan satu hadis marfu’ dari Nabi SAW :
أعتموا تذدادو الحلما……
Pakailah kamu akan serban kerana sesungguhnya dengan memakainya akan menambahkan sifat hilm….
Walaupun hadis ini dinilai dhaif oleh Imam Bukhari rh.a , namun Imam Hakim rh.a telah mentashihkannya dan pula hadis ini mempunyai banyak syawahidnya yang menjadikan hadis ini paling kurang Hadis Hasan Lighairihi….

Antaranya hadis yang dinukilkan oleh Imam Abu Daud rh.a dalam Sunannya dari tariq Rukanah r.a…..:
سمعت النبي صلى الله عليه و سلم يقول فرق ما بيننا و بين المشركين العمائم على القلانس
Aku mendengar Baginda SAW bersabda:
Perbezaan di antara kita dengan golongan Musyrikin adalah kita memakai serban di atas kopiah ( sedangkan Musyrikin mereka memakai serban tanpa kopiah)…(Abu Daud/ Bab Fil Ama’im/Hadis no 4078)

Imam Abu Daud tidak memberi komentar apa2 tentang hadis ini yang memberi maksud hadis ini Solih (sohih) menurut pendapatnya…

Begitu pentingnya nilai memakai serban sehingga dijadikan Baginda SAW pengukur untuk membezakan cara dan kaifiat kita memakai serban dengan cara Musyrikin..
Nah! Mana perginya mereka yg mengatakan memakai serban ini adalah sunnah orang arab?? Mereka tidak memerhatikan bagaimana hadis lain mensyarahkan bahawa walaupun orang2 Arab terdahulu memakai serban namun kaifiat memakai serban adalah amat berbeza dengan kita orang2 Islam..

Pertamanya saya tidak berani untuk mengatakan memakai serban ini hanyalah adat orng2 Arab. Ini kerana terdapat satu asar ketika mana seseorang telah bertanya Ibnu Umar r.a (Pencinta Sunnah Baginda SAW yg hakiki)…
يا ابا عبد الرحمان : هل العمامة السنة؟ قال نعم…
Wahai Abu Abdul Rahman (kuniah bg Ibnu Umar) adakah memakai serban itu satu sunnah? Beliau menjawab: ya! (Umdatul Qari Syarah Sahih Bukhari Juzu’ 18/ Kitabul Libas/ Babul Ama’im)

Baiklah (ala sabil-taslim) sekiranya kita mengalah bahawa memakai serban ini hanyalah adat orang-orang Arab. Namun adat yang mana telah dijadikan amalan oleh Baginda SAW, secara automatiknya ia akan menjadi sunnah walaupun ianya tidak digelar sunnah ibadah tapi ianya dipanggil sunnah adiyah ataupun sunnah jibliyyah…

Namun yang kita tuntut adalah Cinta dan Muhabbat Allah dan janji kurnia cinta dan muhabbat llah ada di dalam itiiba’ Baginda SAW yg sepurna damada dalam ittiba’ sunnah ibaadah mahupun sunnah aadah…

Wallhu A’lam.!!

Oleh Maulana Wan Aswadi, Miftahul Ulum Hulu Langat

17/02/2019 Posted by | Bicara Ulama, Fad hail Amal, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Tiga tanda taksubnya seseorang kepada sesuatu kumpulan

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyenaraikan tiga tanda taksubnya seseorang kepada sesuatu kumpulan:

Pertama:
Seseorang itu hanya menyebut kelebihan dan kebaikan kumpulannya sahaja, sementara untuk kumpulan lain hanya disebut keburukan dan kecacatan.

Kedua:
Dalam masa yang sama, mengagungkan tokoh-tokoh kumpulannya sekalipun terdapat kesilapan dan kesalahan pada tokoh tersebut yang cuba dinafikan, dan memandang rendah tokoh lain sekalipun terdapat ketinggian ilmu dan amal.

Ketiga:
Gembira menyebarkan kesilapan dan kesalahan pihak lain. Dalam masa sama, membutakan mata pada kesalahan tokoh dari kumpulan sendiri, dan berusaha mencipta pelbagai alasan untuk mempertahankan kesalahan itu.

Dari tiga sifat taksub di atas, seseorang itu dilihat berlebih-lebihan mempertahankan kumpulan sendiri seolah-olah itu adalah perkara ‘ta’abbudi’ (ibadah khusus). Sehingga dikorbankan maslahah dakwah Islam dan umatnya supaya organisasi kumpulannya lebih terjaga.

Untuk itu, Dr al-Qaradhawi mengingatkan pada pendakwah dan pendokong gerakan Islam bahawa:

(a) Kumpulan atau jemaah hanyalah wasilah (atau alat) dan bukannya berhala yang perlu disembah dan diagungkan seolah ia tiada dosa.

(b) Kaedah untuk menjauhkan sifat taksub (fanatik melampau) dalam hal perbezaan pendapat dan ijtihad ialah seseorang itu perlu;

–(i) Melihat pada kandungan teguran dan percakapan, bukan pada susuk yang berkata, sekalipun dari musuh.

–(ii) Seorang pendakwah itu perlu berani mengkritik diri sendiri, mengakui kesilapan, mengalu-alukan kritikan orang lain, meminta nasihat dan penilaian, serta mengambil faedah dari semua orang.

–(iii) Pendakwah sebenar wajib mempertahankan sesuatu yang benar, sama ada dari kawan atau lawan.

*وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ…*

“Dan hendaklah engkau (tetap tekun) memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.” (Surah Adz-Dzaariyaat 51:55)

(Lihat al-Sohwah al-Islamiyyah Bayna al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa at-Tafarruq al-Mazmum, oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi.)

*Posting dan terjemahan asal kredit kepada Ustaz Abd Haris Bain.

17/02/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Cara Membaca Yassin Pada Orang Sakit Tenat

Foto Hiasan

Masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang menghadapi saat sakaratul maut.

Telah menjadi kebiasaan orang Melayu Islam di Malaysia, kita akan mengelilingi orang yang tengah sakit tenat dan nazak dengan masing-masing membaca surah Yaasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (ada yang baca dengan tartil, tetapi ada juga yang baca dengan laju macam nak lumba F1).

Perbuatan sebegini sebenarnya mungkin akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut apa yang kita faham dari ustaz2 sebelum datangnya kematian, kita akan ‘disibukkan’ dengan segala macam gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah seperti yang di ajar para alim ulama:

* Lantik seorang yang bacaan al-qurannya paling baik (dari segi tajwid dan fasohah) untuk membaca surah Yaasin, yang lain-lain bolehlah bersama-sama buat semakan bacaan.

* Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah ANAK ataupun SAUDARA TERDEKAT yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang sedang tenat/nazak.

* Merenung wajah orang tengah nazak tersebut sebelum surah Yasin dibacakan. Ini adalah untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan berkat daripada surah yang dibaca itu, boleh membantu memudahkan pencabutan nyawa si pesakit tersebut.

* Membaca 3 hingga 4 ayat Surah Yaasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk mengucap “Laa ila ha illallah”.

* Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 ayat, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.

* Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi saat-saat getir sakaratulmaut.

Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul dan bukannya semata-mata melalui ikut-ikutan/adat.

Sumber: http://kerdipanrohani.blogspot.com/2010/02/cara-membaca-yassin-pada-orang-sakit.html?m=1

14/02/2019 Posted by | Fad hail Amal, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Kudos PDRM dalam membanteras ektremis agama, terrorisme | Astro Awani

SELURUH dunia telah mengiktiraf PDRM dalam membanteras kegiatan terrorisme dan ekstremisme.

BARU-BARU ini forum Sosma: Siapa Pengganas dan Potensi Salah Guna Kuasa yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya telah mengundang perbincangan dan perdebatan hangat dalam kalangan cendiakawan dan netizen di seluruh negara.

Polemik tercetus apabila manual operasi atau SOP pihak polis dipersalahkan.

Malah figur seperti Datuk Ayob Khan, Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism atau dikenali sebagai unit E8 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dipersalahkan.

Komentar oleh netizen melalui platform media sosial menjadi satu fenomena hingga mencetuskan persoalan tentang kesahihan dan keabsahan tindakan oleh pihak PDRM dalam mengatasi ancaman ektremis agama terutamanya terrorisme.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan tangkapan lapan pelajar dan guru yang berlaku di Perlis pada 6 Oktober 2018.

Historikalnya, Maahad Quran Wal Hadith, Bukit Jernih Perlis bukanlah satu-satunya institusi pendidikan yang telah ‘diserbu’ oleh PDRM untuk kes-kes terkait terrorisme.

Maahad Ittibaussunnah, Kuala Perlis Negeri Sembilan dan Luqmanul Hakiem Islamic School, Ulu Tiram Johor juga telah dilakukan serbuan oleh unit E8 PDRM sebelum ini.

Malah beberapa premis persendirian yang mengajar Islam versi radikal seperti di Kedah, Kelantan, Selangor dan Sabah juga telah diserbu oleh pihak PDRM.

Serbuan ini dilakukan hasil daripada maklumat awam dan intipan yang dilakukan oleh anggota Cawangan Khas atau dikenali sebagai SB.

Semua kerja-kerja ‘under cover’ ini dilakukan dalam masa yang agak lama dan penuh teliti.

Aktiviti penyamaran dan menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan tersebut juga adalah merupakan antara modus operandi E8.

Risiko kehilangan nyawa dan ancaman keselamatan anggota juga adalah perkara yang sudah menjadi lumrah dalam kerja-kerja pengintipan ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap manusia boleh melakukan kesilapan dengan sengaja mahupun tidak.

Malah untuk bersikap generalisasi dalam penangkapan kelompok radikal dan terroris ini juga bukanlah pilihan sebaiknya.

Sebab itulah, dalam banyak forum seringkali saya bangkitkan tentang isu generalisasi ini dan profesionalisme anggota PDRM dalam menangani ancaman ekstremis agama.

Keupayaan PDRM dalam menangani ancaman terrorisme bukanlah perkara yang harus dipertikaikan. – Gambar fail

Akan tetapi untuk kita sebagai masyarakat awam bersikap generalisasi terhadap anggota PDRM juga adalah tidak adil.

Tanpa menyebelahi mana-mana pihak, prinsip keadilan dalam menegakkan hak individu atau sesuatu entiti itu seharusnya menjadi keutamaan.

Keupayaan pihak E8 dalam menangani ancaman terrorisme ini bukanlah perkara yang harus dipertikaikan.

Seluruh dunia telah mengiktiraf peranan PDRM terutamanya unit E8 dianggap sebaris dengan NaCTSO di United Kingdom, PoliceOne (Amerika Syarikat (AS)), Densus 88 (Indonesia), SOF (Singapurs), CTTC (Bangladesh), CTIS (Hong Kong) dan lain-lain pasukan polis khas yang ditubuhkan untuk menangani ancaman terrorisme dan ekstremisme.

Keupayaan PDRM jelas menidakkan rancangan pengeboman dan serangan ganas oleh kumpulan ektremisme ini.

Saya mengambil pendekatan untuk kita memahami apa yang diperjuangkan oleh anggota keselamatan untuk keamanan negara dan keharmonian masyarakat.
Mereka yang tidak faham atau tidak mahu faham tentang tanggungjawab PDRM khususnya peranan E8 adalah mengecewakan.

Tanpa unit ini, negara Malaysia telah lama menyaksikan tragedi berdarah yang mengorbankan banyak nyawa samaada Muslim mahupun bukan.

Ramai mungkin tidak tahu bahawa negara kita telah merekodkan siri-siri serangan yang berskala kecil seperti letupan bom di Dataran Keris Bandar Diraja Kelang, letupan bom di tandas kilang Carlsberg Shah Alam dan rompakan bersenjata untuk dana Jemaah Islamiyyah (JI) di Petaling Jaya.

Tidak ketinggalan penyediaan bom paip dan bom tupperware, pemilikan 10 grenade, pistol dan senapang di Puchong dan Kelang serta Sabah dan yang terbaharu serangan bom di kelab malam Moovida, Puchong Selangor.

Malah beberapa rancangan besar mengebom Tambak Johor, menyerang Perdana Menteri dan Presiden AS, Barack Obama serta banyak lagi berjaya dipatahkan hasil daripada risikan dan kemampuan operasi ‘penccegahan’ oleh PDRM.

Harus diakui bahawa Malaysia bukanlah tempat yang baik dan selamat bagi puak terroris.

Maka natijahnya mereka berhijrah ke negara jiran yang mempunyai banyak ruang dan peluang untuk melaksanakan agenda ‘jihad al-kital’ dan ‘jihad takfiri’ oleh ekstremis agama ini.

Malah disebabkan itu jugalah nama-nama besar yang mana tawaran wang mencecah AS$5 juta (RM20 juta) ditawarkan ke atas kepala rakyat Malaysia di Filipina, Thailand dan Indonesia.

Figura seperti Dr Azhari Husin, Nordin Mat Top, Zulkifli Khir, Nasir Abas, Dr Mahmud Ahmad, Najieb Husin, Amin Bacho, Umar Patek dan ramai lagi adalah pemain penting di rantau ini.

Mereka lari ke negara lain dan menjadi sangat signifikan dalam perjuangan terrorisme hingga diangkat menjadi pemimpin utama mereka.

Persoalannya ialah mengapa mereka tidak lakukannya di Malaysia?

Ini adalah kerana kemampuan PDRM dan unit E8 khususnya dalam mengekang dan menghalang mereka dari berkembang.

Setiap tangkapan selalunya berlegar diatas tiga perkara utama, iaitu berkaitan kandungan pengajaran dan dakyah yang disebarkan, hubungan atau rangkaian mereka dengan individu atau institusi tertentu dan aliran kewangan yang dilakukan kumpulan ini.

Dalam kes tangkapan di Perlis baru-baru ini, ketiga-tiga elemen ini dengan jelas dimiliki oleh kumpulan ini dan diperjuangkan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Malah ada beberapa keadaan yang melibatkan transaksi pindahan wang cara ‘hawala’ juga berlaku.

Berselindung dengan perniagaan tertentu tetapi membenarkan aliran wang yang disangsikan juga adalah antara elemen penting yang harus difahami.

Pertemuan dengan individu atau kumpulan tertentu yang telah diberi level ‘merah’ oleh polis antarabangsa (Interpol) juga adalah aspek penting.

Kandungan silibus yang menolak demokrasi, pelawaan untuk melaksanakan ‘jihad al-kital’ dan amalan Islam ektrem dan sempit juga adalah antara elemen yang perlu difahami.

Jika melihat aspek tangkapan ini daripada satu sudut sahaja, maka rasa tidak adil akan timbul, tetapi jika memahaminya secara holistik maka kita akan dapat melihat aspek yang lebih jelas mengapa tangkapan dan serbuan dilakukan oleh pihak PDRM, bukan sahaja di Perlis malah boleh berlaku dimana-mana institusi dan di pelosok negara ini.

Pengalaman saya dalam siri-siri seminar, forum dan bengkel di luar negara, jelas pihak luar amat mengagumi keupayaan PDRM dalam menyekat ideologi ekstrem dari berkembang dan meragut keamanan negara ini.

Malah undang-undang pencegahan seperti SOSMA, POTA dan POCA adalah elemen penting dalam mengawal masyarakat dari terjebak dalam kegiatan ekstremis.

Dahulunya ISA memainkan peranan penting hingga elemen-elemen subversif sejak dari ancaman komunis hinggalah terroris berjaya dikawal dengan baik.

Tidak dinafikan bahawa kemungkinan undang-undang ini disalahguna demi kepentingan politik adalah merupakan perkara yang subjektif.

Maka sebab itulah ‘check & balance’ antara kerajaan yang memerintah dan pembangkang harus jelas dan matang, bukannya atas dasar kepentingan dan dendam serta kebencian semata-mata.

Kerajaan AS yang sebelum ini menyelar ISA yang dianggap sebagai undang-undang drakonian, akan tetapi kemudiannya menyokong tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang pencegahan terutamanya apabila Patriot Act diperkenalkan oleh Presiden Bush pada Oktober 2001 setelah diluluskan Kongres Amerika.

Hingga ke saat ini, sekurang-kurangnya 620 tangkapan berkait terrorisme telah dilakukan oleh PDRM sejak tahun 2013 hingga 2018, majoritinya telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman di bawah SOSMA.

Tidak kurang 80 individu warga asing telah dideportasi ke negara asal atau negara ketiga.

Juga terdapat individu yang ditahan di bawah POTA dan POCA. Pihak-pihak yang menempelak PDRM harus jelas dan faham, SOSMA bukan dikuatkuasakan oleh polis, ia adalah bidang kuasa mahkamah.

Malah SOSMA adalah satu bentuk undang-undang yang jauh lebih baik berbanding ISA.

Mana-mana individu yang ditahan di bawah SOSMA perlu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam.

Tahanan SOSMA akan dijatuhkan hukuman selepas melalui perbicaraan manakala ISA boleh menahan mana-mana individu hingga 60 hari tanpa bicara.

Maka dengan ini kita harus faham bahawa SOSMA bukannya masalah, yang bermasalah adalah pegawai yang melakukan salahguna kuasa SOSMA dan mereka inilah yang perlu dihukum.

Pihak polis yang menjalankan fungsi penting untuk mejaga keamanan dan keselamatan negara haruslah dipertahankan. Tidak perlu takut jika tidak melakukan kesalahan.

Mana-mana kecurigaan yang timbul haruslah dilaporkan kepada pihak polis dan melihat sesuatu secara syumul atau total adalah kunci memahami isu berkaitan peranan PDRM dalam mengekang ekstremisme dan terrorisme yang merupakan ancaman baru kepada negara Malaysia ini.

Malah perlu diingat, ekstremis dan terroris ini bukan hanya isu bagi penganut Islam semata-mata, ianya adalah isu merentasi agama, budaya, politik dan negara.

* Artikel oleh Dr Mohd Mizan Aslam, Pengerusi Kelab Perdana Global Peace Foundation.

** Artikel ini adalah dari pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

13/02/2019 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | Leave a comment

DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH S.W.T

(Berdasar Silibus Tingkatan 4 Sek Men Keb Malaysia)

1.       MAKSUD DOSA

·         Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya

 

2.       FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN DOSA

·         terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat

·         ingin hidup bebas tanpa batasan agama

·         sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat

 

3.       JENIS-JENIS DOSA

i)           DOSA BESAR

·          Maksud

§       Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat

·          Contoh

§       Minum arak, berzina, membunuh

§       Mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa

·          Akibat buruk jika melakukan dosa besar

§       Dikenakan hukuman kisas, hudud dan takziz

§       Menerima seksa neraka jika tidak bertaubat

ii)          DOSA KECIL

·          Maksud

§       Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat

·          Contoh

§       Melihat aurat bukan muhram

§       Bercakap perkara yang tidak memberi faedah

·          Akibat buruk jika melakukan dosa kecil

§       Jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

 

1.       CONTOH-CONTOH DOSA BESAR

i)           MENGHINA DAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA

·         Sebab perlu mentaati ibu bapa

§         Mereka memeliahara kita sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kasih sayang

§         Mereka menyediakan segala keperluan untuk kita supaya kita hidup dengan selasa

§         Mereka mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara

§         Mereka sanggup berkorban demi kebahagian kita

·         Cara menghormati ibu bapa

§         Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka

§         Menghormati mereka setiap masa

§         Menjaga mereka dengan baik semasa mereka tua

§         Bersopan dan berlemah lembut apabila berbicara dan berhadapan dengan mereka

·         Perlakuan yang dikatogerikan menderhaka kepada ibu bapa

§         Melawan percakapan ibu bapa

§         Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka

§         Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka

§         Menghina dan memandang rendah ibu bapa yang miskin

·         Balasan yang dijanjikan oleh Allah terhadap anak yang derhaka

§         Menanggung kesusahan hidup di dunia yang berpanjangan

§         Tidak mendapat rahmat Allah

§         Terputus rezeki daripada Allah

§         Akan mendapat azab daripada Allah di akhirat kelak

 

i)           MENIPU DAN BERBOHONG

·         Maksud menipu:

§         Iaitu melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain.

·         Maksud berbohong :

§         Tidak bercakap benar atau memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain.

·         Hukum : haram dan berdosa besar

·         Ia boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen, mencampurkan buah yang elok dengan yang busuk

 

i)           MENCURI DAN MEROMPAK

·         Maksud mencuri :

§         Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan ditempat simpanannya tanpa izin

·         Maksud merompak :

§         Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan ditempat simpanan tanpa izin

·         Haram kerana ia perbuatan yang hina dan mengganggu ketenteraman masyarakat dan negara

·         Islam mengenakan hukuman hudud iaitu memotong tangan pencuri sekiranya barang yang dicuri mencukupi kadar tertentu dan sabit kesalahan

 

i)           RIBA’

·         Maksud :

§         Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang

·         Hukum : haram dan berdosa besar

·         Jenis-jenis riba’ :

§       riba’ al-fadhal :

pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya

§       riba’ an-nasiah :

pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh bayaran

·         Hikmah pengharaman riba’ :

§       membenteras kezaliman dan penindasan sesama manusia

§       mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat

§       menggalakkan semangat tolong-menolong sesama manusia

 

i)           MAKAN HARTA ANAK YATIM

·         Sebab-sebab dilarang memakan harta anak yatim:

§       anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa

§       mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan melarat

§       mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus sifat silaturrahim

 

i)           LARI DARI MEDAN PERANG

·         Akibat lari dari medan perang :

§       dipandang hina oleh masyarakat

§       umat islam akan ditindas

§       memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat islam

 

i)           MENGUMPAT DAN MEMFITNAH

·         Maksud :

§         Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya

·         Sebab-sebab mengapa fitnah boleh terjadi :

§       ingin melihat orang lain menderita

§       takut persaingan hidup

§       tidak mahu mengakui kelebihan orang lain

·         Akibat dari perbuatan fitnah :

§       berlaku permusuhan dan huru hara

§       masyarakat islam akan sentiasa mundur

§       putus silaturrahim dan menghalang perpaduan

·         Cara mengelakkan diri dari melakukan fitnah :

§       Redha dengan ketentuan Allah

§       Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim

§       Sentiasa melakukan muhasabah dirimeningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh

 

i)           MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH

·         Maksud arak :

§         Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam

·         Maksdu dadah :

§         Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir

·         Hikmah pengharaman arak :

§       menjaga kewarasan akal manusia

§       mengelakkan perkelahian dan permusuhan

§       mengekalkan kesihatan fizikal dan mental

§       menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat

·         Langkah mencegah perbuatan minum :

§       Perlu sedar bahawa minum arak dan menagih dadah adalah berdosa besar

§       Masyarakat perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan / riadhah

·         Kesan buruk arak bagi individu

§       membazir harta, masa dan tenaga

§       menjatuhkan maruah diri dan keluarga

§       terdedah kepada kegiatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh

·         Kesan buruk arak bagi masyarakat

§       menjadi mundur kerana anggotanya tiada berdaya maju

§       dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk

§       tidak tenteram kerana berlaku permusuhan dan perkelahian

 

i)           ZINA

·         Maksud :

§       Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah

·         Hukum zina dan perbuatan yang mendorong kepda zina : berdosa besar

·         Contoh perbuatan yang mendorong kepada zina :

§       melihat, merenung, bercakap antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram tanpa hajat yang diharuskan syarak, duduk berdua-duaan ditempat sunyi, memakai pakaian yang menjolok mata dll.

·         Faktor yang menyebabkan seseorang melakukan zina

§       Kurang pendidikan agama

§       Lemah iman dan penghayatan islam

§       Mengunjungi tempat-tempat maksiat

§       Mengamalkan pergaulan bebas

·         Akibat buruk melakukan zina :

§       merendahkan maruah diri dan keluarga

§       mendapat kemurkaan allah dan mengundang bala

§       meruntuhkan institusi keluarga

§       melahirkan generasi keluarga yang tidak jelas nasabnya

·         Hukuman terhadap penzina ( yang melakukan zina )

§       bagi muhsan ( penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah ; direjam dengan batu sahingga mati

§       bagi ghair muhsan ( penzina yang belum berkahwin ) ; disebat seratus kali sebatan

 

i)           MENUDUH PEREMPUAN BAIK MELAKUKAN ZINA

·         Maksud :

§         Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil

·         Haram  kerana ia boleh menjatuhkan maruah tertuduh dan menyebabkan tekanan jiwa kepada tertuduh dan keluarganya serta menghancurkan masa depan

·         Hukuman jika membuat tuduhan palsu :

§       hukuman sebat 80 kali sebatan setalah melalui proses undang-undang kepada individu yang telah sabit keslahannya membuat tuduhan palsu

 

i)           LIWAT DAN MUSAHAQAH

·         Maksud liwat :

§       Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki.

·         Maksud musahaqah :

§       Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan

·         Faktor yang menyebabkan perbuatan liwat & musahaqah :

§       Terpengaruh dengan budaya liar

§       Tidak sanggup memikul tanggungjawab suami isteri

§       Membaca atau melihat bahan-bahan lucah

§       Kelemahan pelaksanaan undang-undang

·         Akibat jika melakukan liwat & musahaqah :

§       meruntuhkan institusi perkahwinan

§       menghidapi pelbagai penyakit fizikal dan mental

§       mendapat balasan azab di dunia dan akhirat

 

i)           MEMBUNUH DIRI

·         Maksud :

§       Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri

·         Punca perbuatan membunuh diri sendiri boleh berlaku :

§       Putus asa dengan rahmat Allah

§       Tidak meyakini kehidupan hari akhirat

§       Menganggap dengan membunuh diri menamatkan penderitaan

·         Cara mengatasi perbuatan membunuh diri :

§       Hendaklah yakin dengan rahmat Allah

§       Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul

§       Menghatur strategi hidup berpandukan al-quran as-sunnah dan akal yang waras

 

13/02/2019 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

TRADISI CIUM TANGAN DAN KAKI

Dua orang Yahudi bertanya kepada Rasulullah SAW. tentang 9 Ayat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS, Nabi Muhammad SAW. menjelaskan dengan Rinci tanpa kurang Satu Ayatpun.
Kemudian Kedua Orang Yahudi tersebut mencium Tangan dan Kaki Baginda SAW.
(HR. An Nasa’i, Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Dari Sahabat Nabi Ka’ab bin Malik, bahwa Dia berkata :
“Ketika turun Ayat tentang (diterimanya) Taubatku, Aku mendatangi Rasulullah, dan mencium Tangan dan Lututnya”.
(HR. Abu Asy Syaikh dan Ibnu Mardawaih)

Dari Sahabat Nabi Buraidah RA, Dia berkata :
“Sesungguhnya seorang Laki-laki telah Datang kepada Rasulullah SAW., lalu mencium Tangan dan Kaki Beliau SAW”.
(HR. Al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak, dan men-shahih-kannya)

Dari Imam as-Saddi berkenaan dengan Firman Allah SWT :
“Wahai Orang-orang yang Beriman, janganlah Kamu bertanya (kepada Nabi SAW) tentang Perkara-perkara yang jika diterangkan, akan menyusahkan Kamu”.
(QS. Al Maidah : 101)

Setelah mendengar Ayat ini, Sayidina Umar bin Khaththab RA. Bangun menuju Nabi SAW, dan mencium Kaki Baginda Rasulullah SAW.
(HR. Ibnu Jarir Ath Thabari dan Ibnu Hatim)

Di dalam Kitab Sharim al-Maslul, Ibnu Taimiyyah berkata :
“Sesungguhnya seorang Lelaki menyaksikan Mukjizat sebatang Pohon yang datang kepada Rasulullah SAW., kemudian kembali ketempat semula.
Lelaki itu berkata sambil Berdiri, kemudian mencium Kepala, Tangan, dan Kaki Rasulullah SAW.”
(HR. Ibnu Al ‘Arabi dan Al Bazzar)

Menurut Riwayat Ibnu al-Arabi :
“Lelaki tersebut meminta Izin kepada Nabi SAW. untuk mencium Beliau.
Nabi SAW pun mengizinkan.
Maka Lelaki tersebut kemudian mencium Kepala dan Kaki Baginda SAW”.

Disamping Takdzim kepada Nabi, dengan mencium Tangan dan Kaki Nabi, diantara Sesama Sahabat Nabi juga melakukan Hal yang sama.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Kitab al-Adab al-Mufrad (Hadist Nomor 976) dengan Sanad Shahih, bahwa Sahabat Ali bin Abi Thalib mencium Tangan dan Kaki Abbas bin Abdul Muththalib.
Padahal Sayidina Ali juga termasuk Sahabat yang Mulia, karena Sayidina Abbas disamping Pamannya sendiri, juga Beliau termasuk Orang yang Shaleh.

Dari Sahabat Nabi, yaitu Shuhaib RA., Dia berkata :
“Saya melihat Ali bin Abi Thalib mencium Tangan dan Kaki Abbas bin Abdul Muththalib”.
(HR. Bukhari)

Dari Imam Ibnu Jad’an, Dia berkata kepada Sahabat Nabi Anas bin Malik :
“Apakah Anda pernah memegang Nabi dengan Tangan ini?”.
Anas berkata :
“Iya”.
Lalu Imam Ibnu Jad’an mencium Tangan Anas tersebut.
(HR. Bukhari dan Ahmad)

Masih ada Riwayat lain tentang Sikap Ta’dzim Para Sahabat Nabi kepada Sahabat yang lain, dan Tradisi ini diwariskan secara Terus menerus, sampai kepada Zaman Kita Sekarang.

Diriwayatkan dengan Sanad yang Shahih, bahwa Imam Muslim mencium Tangan Imam Bukhari.
Imam Muslim berkata :
“Seandainya Anda mengizinkan, pasti Saya akan Cium Kaki Anda”.

Inilah Jawaban Lembut Habib Umar bin Hafiz pada Seorang yang anggap Syirik Cium Tangan Guru.

Hal ini karena ada seorang pemuda bertanya kepada Habib Umar: “Kenapa engkau membiarkan murid-muridmu menundukkan badannya dan mencium tanganmu berbolak balik?”

Pemuda itu melanjutkan, “Tidak tahukah engkau itu perbuatan yang syirik? Engkau seolah-olah membuat murid-muridmu menyembah sesama mahkluk? Tidakkah hanya Allah lah yang layak disembah? Tunduk atau menunduk kepada makhluk adalah perbuatan syirik.”

Habib Umar hanya tersenyum mendengar pertanyaan dan ucapan dari seorang pemuda tersebut. Lantas Habib Umar memanggil pemuda tadi dan mendekatinya….Habib Umar mengambil pena yang ada di dalam saku baju pemuda tersebut kemudian menjatuhkannya ke bawah.

Ketika si pemuda ini menundukkan kepala dan badannya ke bawah guna mengambil pena tersebut, Habib Umar menahannya dan berkata:

“Engkau tidak boleh menunduk ke bawah menyembah pena, yang kita sembah hanyalah Allah SWT,” jawab Habib Umar.

“Tidak, aku hanya ingin mengambil penaku di bawah.”

Lantas Habib Umar tersenyum dan berkata:

“”Begitu pula anak-anak muridku. Mereka hanya bersalaman dengan menundukkan badan bukan karena ingin menyembahku. Namun mereka cuma ingin menghormatiku sebagai guru mereka, meskipun aku tidak meminta mereka seperti itu.”

Jawaban singkat itu membuat lelaki tersebut puas dan mengerti makna yang sebenarnya. Sungguh indah jawaban untuk seseorang yang agak kurang mengerti makna penghormatan yang baginya sama dengan menyembah.

Diceritakan dari Al-habib Umar bin Agil Al-Hamid.

Sumber.

05/02/2019 Posted by | Hadis, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment