Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BERQASIDAH MEMUJI RASULULLAH SAW ITU HUKUMNYA MENJADI KAFIR MUSYRIK?

عَنِ البَرَاءِ بنِ عَازِبٍ قَالَ: قَالَ رَسولُ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يَومَ قُرَيْظَةَ لِحَسَّانَ بنِ ثَابِتٍ: اهْجُ المُشْرِكِينَ؛ فإنَّ جِبْرِيلَ معكَ

Daripada al-Bara’, Rasulullah s.a.w. telah bersabda pada peristiwa peperangan dengan golongan Qurayzah kepada Hassan bin Thabit, “Perangi dan kecamilah golongan Musyrikin dengan syair, sesungguhnya Jibril bersamamu.” (Sahih Bukhari)

Rasulullah SAW telah meminta Hassan bin Thabit membantu baginda untuk memerangi golongan kafir Musyrikindengan kemahiran bersyair yang ada padanya.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

13/06/2022 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Qasidah dan Syair memuji Rasulullah SAW – Dibolehkan atau Dilarang?

1- Kita sedia maklum bagaimana orang-orang Arab sejak zaman Jahiliyah lagi tak dapat dipisahkan dengan bentuk kesenian dan kesusasteraan mereka seperti Syair dan Qasidah. Ini jelas apabila kita mempelajari sejarah Arab bahkan dalam Sirah Nabawiyyah juga ada disebutkan tentang perkara ini.

2- Malah di dalam Al-Quran sendiri berulang perkataan ‘Syair’ dan sebuah surah dinamakan dengan as-Syu’ara yang bermaksud ‘para penyair’. Bermula dari ayat 224 di dalam surah tersebut kita dapati Allah SWT menyebut bahawa terdapat penyair yang beriman dan beramal soleh dan ada juga penyair yang tidak beriman dan berdusta.

3- Maka jelas bahawa terdapat perbezaan di antara penyair dan syairnya yang diterima oleh Islam dengan penyair dan syairnya yang tidak diiktiraf di dalam Islam.

4- Kita dapati para sahabat bersyair dan melantunkan qasidah di hadapan Baginda SAW dan Baginda akan mendengar, terkadang tersenyum dan terkadang memuji syair yang baik. Manakala Baginda akan membetulkan kalau ada syair yang salah dan tidak tepat.

5- Zaman berzaman juga kita dapati para ulama begitu kreatif dan hebat dalam mengarang syair-syair dan qasidah yang memuji Rasulullah SAW. Ia bukanlah satu perkara yang pelik kerana syair dan qasidah yang memuji Rasulullah SAW telah pun ada pada zaman Baginda SAW sendiri.

6- Kitab-kitab Hadith dan Sirah sendiri mengumpulkan pelbagai syair pujian terhadap Baginda SAW dikarang dan dideklamasikan oleh para Sahabat seperti Sayyiduna Hassan Bin Thabit RA, Abdullah Bin Rawahah RA, Abu Bakr as-Siddiq RA, Umar Bin al-Khattab RA, Ka’ab Bin Malik RA, Ka’ab Bin Zuhair RA, al-Abbas Bin Abd. Muttolib dan lain-lain.

7- Syair dan qasidah yang memuji Baginda SAW ini dibacakan di hadapan Baginda SAW dan Baginda SAW tidak memarahi atau melarang. Bagaimanakah pula kita pada hari ni tidak suka atau melarang bacaannya?

8- Oleh itu para ulama zaman berzaman mengambil contoh perbuatan para Sahabat RA dengan memuji Rasulullah SAW dalam bentuk syair dan qasidah. Syair dan qasidah ini dibukukan dan dibacakan malah disebarkan kepada masyarakat.

9- Ada pihak yang kita dapati mempunyai ‘alahan’ dan tidak suka syair dan qasidah memuji Rasulullah SAW. Ada pula yang melarang dengan membawa dalil daripada sebuah Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RH:
لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم
Maksudnya:
‘Jangan berlebihan memujiku sebagaimana orang-orang Kristian memuji berlebihan kepada Isa Bin Maryam AS’.

10- Sedangkan maksud Hadith di atas adalah – jangan memuji Rasulullah SAW dengan pujian yang salah iaitu mengangkat Baginda sehingga mencapai tahap ketuhanan seperti yang kita lihat di dalam terjemahan Hadith di atas iaitu potongan ‘sebagaimana orang-orang Kristian memuji berlebihan kepada Isa Bin Maryam AS’.

11- Seeloknya kita pelajari maksud syair dan qasidah yang memuji Baginda SAW dan menghayati bagaimana para ulama memilih perkataan yang indah dan berirama untuk memuji manusia yang paling indah – Rasulullah SAW.

Adlan Abd Aziz
Timbalan Pengerusi ISLAMI Kebangsaan
*Tirmidhi Centre*
@

22/12/2019 Posted by | Bicara Ulama, Madah dan Sajak, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah, wahabi | , , | Leave a comment

*Qasidah dan Syair memuji Rasulullah SAW – Dibolehkan atau Dilarang?

Ustaz Adlan Abd Aziz
Timbalan Pengerusi ISLAMI Kebangsaan

Tirmidhi Centre

03/12/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Hiburan untuk Hati

"Dizaman kita sekarang, ada yang mengatakan sikit sikit qasidah sikit sikit maulid. Kalau ada yang kata sikit-sikit maulid , sikit-sikit qasidah. Maulid tak perlu. Kan lebih baik ilmunya terus sahaja."

"Sebenarnya ini hiburan zahir pada hati. Tapi maaf cakap, orang di zaman kita sekarang di ajar banyak tengok hiburan di Televisyen itu walaupon ceritanya berulang-ulang kali dilihat. Tidak jemu pon melihatnya."

"Hiburan semacam itu yang memberikannya tenang. Kita dah terbiasa dengan hiburan semacam itu. Buka sahaja televisyen siarannya dua puluh empat jam. Allah سبحانه وتعالى, berfirman; Zikir itu menenangkan Hati. Tapi ada orang dengar zikir hati tak tenang-tenang. Cerita pasal maulid salah. Didalam maulid kan ada selawat ada zikir. Bukankah itu baik. Allah سبحانه وتعالى kata zikir itu buat hati kita tenang."

"Maaf cakap, kita sudah terbiasa dengan hiburan itu. Lebih rela tengok lawak-lawak gelak terbahak-bahak. Bukankah banyaknya ketawa itu mematikan hati. Ini orang yang ada sakit. Tak sedar hatinya ada penyakit."

"Cuba kalau tutup Televisyen itu seminggu. Dengar qasidah, selawat, pasti merasakan keseronokkan dan kelazatannya. Kalau orang itu sukakan seseorang pasti dia tidak jemu. Semua tentangnya pon kita suka. Begitu juga rasulullah ﷺ. Kalau kita cinta dan sayang rasulullah ﷺ, semua tentangnya kita akan suka."

"Tengok anak-anak kita? Apa yang sedang mereka puja hari ini? Apa yang mereka suka pada hari ini? Apa yang ditarik dan menarik hati mereka? Semuanya telah dirancang rapi oleh musuh Islam untuk menjauhkan Ummat Islam itu daripada Nabi Muhammad ﷺ."

"Kenalkanlah idola kita yang sebenar Nabi Muhammad. Musuh musuh islam tidak pernah lena. Baik di luar rumah bahkan ketika di dalam rumah kita untuk memperkenalkan anak-anak kita kepada orang-orang ataupun apa sahaja role model, idola berterusan dilakukan oleh orang-orang yang ingin menjauhkan Ummat Islam sendiri daripada Nabi Muhammad ﷺ."

"Kalau ada orang yang mengatakan apa guna majlis-majlis seperti ini Maulid, selawat Usaha ini Majlis Maulid hanya sedikit sebenarnya. Usaha yang kita lakukan, perjumpaan seperti ini, perkumpulan untuk membaca maulid, sejarah Nabi, bercerita tentang Rasulullah, memuji kepada Nabi ﷺ hanyalah usaha yang sedikit."

"Berbanding untuk kita membalas ataupun untuk menolak kepada usaha-usaha yang besar yang dilakukan pada hari ini untuk orang menarik anak-anak kita dan diri kita sendiri untuk melihat kepada orang-orang yang jauh daripada Allah, daripada orang-orang yang dikutuk oleh Allah."

"Tapi hari ini tiba-tiba ada orang rasa dia hebat mengatakan tiada manfaat di dalam mengajak orang mengingati kepada Nabi ﷺ.Siapa mereka yang boleh menembusi hati kita dan check hati kita sejauh mana cinta kita kepada Nabi ﷺ. Sebab itu kita nak anjurkan banyak berselawat kepada Nabi ﷺ supaya jangan kita berjauhan dengan Nabi ﷺ. Dan ubat yang paling minimum itu adalah selawat kepada Rasulullah ﷺ."

"Allah nak beritahu betapa besarnya fungsi selawat itu.Allah سبحانه وتعالى mengatakan; "Sesungguhnya Allah dan Para MalaikatNya berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ berterusan. Wahai orang-orang yang beriman yakni orang yang solat, puasa, zakat, haji dan di dalam hatinya ada iman berselawatlah kamu kepada Nabi yang mulia Nabi Muhammad ﷺ."

"Didalam maulid itu kan ada cerita perihal rasulullah ﷺ. Kan baik tu. Bila cerita kisah Sayyidina Muhammad katanya puji Nabi lebih-lebihan. Eh, apa ni puji nabi lebih-lebih. Sedangkan Para sahabat setiap masa memuji Rasulullah ﷺ di depan Rasulullah ﷺ sendiri mahupun dibelakangnya. Bukankah itu baik."

Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.

Sumber: Pencinta Majlis Rasulullah

31/07/2015 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Hukum bergendang dalam masjid – Majlis Fatwa Negeri Melaka

Fatwa Sayuti- Gendang Dlm Masjid

Nasihat dari Majlis Fatwa Negeri Melaka:

Fatwa Larangan Berzikir, Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid.

Tarikh Keputusan:  29 Dec, 2010.

Keputusan:

(a) Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid atau surau kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam;

(b) Bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa-apa jua jenis alatan muzik lain bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh Syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan Syariat dan akhlak Islam.

Status Penwartaan:  Diwartakan

Tarikh Diwartakan:  5 Jan, 2012

Nombor Rujukan:  JMM/BFB(S)/351/255/02/10; PUNM. 700-02/37 Jld. 2

Akta/Enakmen:  Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002

Negeri: Melaka.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-larangan-berzikir-memukul-gendang-atau-peralatan-muzik-lain-di-dalam-masjid

28/01/2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , , , , , , | Leave a comment