Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hiburan untuk Hati

 

"Dizaman kita sekarang, ada yang mengatakan sikit sikit qasidah sikit sikit maulid. Kalau ada yang kata sikit-sikit maulid , sikit-sikit qasidah. Maulid tak perlu. Kan lebih baik ilmunya terus sahaja."

"Sebenarnya ini hiburan zahir pada hati. Tapi maaf cakap, orang di zaman kita sekarang di ajar banyak tengok hiburan di Televisyen itu walaupon ceritanya berulang-ulang kali dilihat. Tidak jemu pon melihatnya."

"Hiburan semacam itu yang memberikannya tenang. Kita dah terbiasa dengan hiburan semacam itu. Buka sahaja televisyen siarannya dua puluh empat jam. Allah سبحانه وتعالى, berfirman; Zikir itu menenangkan Hati. Tapi ada orang dengar zikir hati tak tenang-tenang. Cerita pasal maulid salah. Didalam maulid kan ada selawat ada zikir. Bukankah itu baik. Allah سبحانه وتعالى kata zikir itu buat hati kita tenang."

"Maaf cakap, kita sudah terbiasa dengan hiburan itu. Lebih rela tengok lawak-lawak gelak terbahak-bahak. Bukankah banyaknya ketawa itu mematikan hati. Ini orang yang ada sakit. Tak sedar hatinya ada penyakit."

"Cuba kalau tutup Televisyen itu seminggu. Dengar qasidah, selawat, pasti merasakan keseronokkan dan kelazatannya. Kalau orang itu sukakan seseorang pasti dia tidak jemu. Semua tentangnya pon kita suka. Begitu juga rasulullah ﷺ. Kalau kita cinta dan sayang rasulullah ﷺ, semua tentangnya kita akan suka."

"Tengok anak-anak kita? Apa yang sedang mereka puja hari ini? Apa yang mereka suka pada hari ini? Apa yang ditarik dan menarik hati mereka? Semuanya telah dirancang rapi oleh musuh Islam untuk menjauhkan Ummat Islam itu daripada Nabi Muhammad ﷺ."

"Kenalkanlah idola kita yang sebenar Nabi Muhammad. Musuh musuh islam tidak pernah lena. Baik di luar rumah bahkan ketika di dalam rumah kita untuk memperkenalkan anak-anak kita kepada orang-orang ataupun apa sahaja role model, idola berterusan dilakukan oleh orang-orang yang ingin menjauhkan Ummat Islam sendiri daripada Nabi Muhammad ﷺ."

"Kalau ada orang yang mengatakan apa guna majlis-majlis seperti ini Maulid, selawat Usaha ini Majlis Maulid hanya sedikit sebenarnya. Usaha yang kita lakukan, perjumpaan seperti ini, perkumpulan untuk membaca maulid, sejarah Nabi, bercerita tentang Rasulullah, memuji kepada Nabi ﷺ hanyalah usaha yang sedikit."

"Berbanding untuk kita membalas ataupun untuk menolak kepada usaha-usaha yang besar yang dilakukan pada hari ini untuk orang menarik anak-anak kita dan diri kita sendiri untuk melihat kepada orang-orang yang jauh daripada Allah, daripada orang-orang yang dikutuk oleh Allah."

"Tapi hari ini tiba-tiba ada orang rasa dia hebat mengatakan tiada manfaat di dalam mengajak orang mengingati kepada Nabi ﷺ.Siapa mereka yang boleh menembusi hati kita dan check hati kita sejauh mana cinta kita kepada Nabi ﷺ. Sebab itu kita nak anjurkan banyak berselawat kepada Nabi ﷺ supaya jangan kita berjauhan dengan Nabi ﷺ. Dan ubat yang paling minimum itu adalah selawat kepada Rasulullah ﷺ."

"Allah nak beritahu betapa besarnya fungsi selawat itu.Allah سبحانه وتعالى mengatakan; "Sesungguhnya Allah dan Para MalaikatNya berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ berterusan. Wahai orang-orang yang beriman yakni orang yang solat, puasa, zakat, haji dan di dalam hatinya ada iman berselawatlah kamu kepada Nabi yang mulia Nabi Muhammad ﷺ."

"Didalam maulid itu kan ada cerita perihal rasulullah ﷺ. Kan baik tu. Bila cerita kisah Sayyidina Muhammad katanya puji Nabi lebih-lebihan. Eh, apa ni puji nabi lebih-lebih. Sedangkan Para sahabat setiap masa memuji Rasulullah ﷺ di depan Rasulullah ﷺ sendiri mahupun dibelakangnya. Bukankah itu baik."

Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.

Sumber: Pencinta Majlis Rasulullah

31/07/2015 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

BEZA ULAMAK DAN ORANG YANG KURANG PENGETAHUAN DALAM MEMAHAMI AL QURAN

Oleh : Ustaz Muhammad Noorazam bin Bahador

Sehari dua ini,terdapat pihak yang berkongsi …melalui aplikasi whatsapp tulisan yang seakan mengutuk Fadhilatus Syaikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari Hafizahullah.

Saya ingin berkongsi sedikit perbincangan yang wujud dalam kelas selepas Subuh bersama Fadhilatus Syaikh Hafizahullah agar kita dapat menilai pihak yang mengutuk dan pihak yang dikutuk.

Seorang pelajar bertanya kepada Fadhilatus Syaikh ; "Apakah cara yang benar untuk memahami agama ini dan memahami Al-Qur’an dan Hadith?"

 

Fadhilatus Syaikh menjawab :

"Baik,sebutkan kepadaku apa yang engkau faham dari ayat
[وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ بَعْدِي أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الأَلْوَاحَ]
pada perkataan "wa alqa al-alwah"?
(Ayat yang menceritakan tentang Nabi Musa Alaihis Salam pulang dari bermunajat lalu melihat kaum Baginda menyembah berhala)

Pelajar itu menjawab : "Ayat ini bermakna Nabi Musa AlaihisSalam telah melempar lembaran wahyu yang dipegangnya akibat terlalu marah dengan perlakuan kaum Baginda"

Mendengar jawapan dari pelajar tersebut,Fadhilatus Syaikh menerangkan secara panjang lebar :

"Apabila engkau mentafsirkan perkataan أَلْقَى dengan makna melempar atau menghempas,ketika itu engkau telah melakukan kesalahan yang amat besar dalam memahami kalaamullah.

Lembaran wahyu itu mengandungi kandungan Taurat.
Taurat adalah kitab suci.
Kefahaman engkau bahawa Saidina Musa melempar dan mencampakkan kitab suci akibat terlalu marah mengandungi kesalahan yang amat besar.

Pertamanya ia bercanggah dengan perkara pokok dalam agama iaitu Para Nabi adalah Maksum.

Maksum bererti terpelihara dari melakukan sebarang perkara terlarang dalam syariat,walaupun hanya sekadar khilaf aula.

Perbuatan melemparkan lembaran suci adalah haram hukumnya.
Bagaimana engkau boleh faham bahawa Saidina Musa melemparkan lembaran wahyu yang suci itu?

Kemudiannya,engkau cuba pula untuk merasionalkan kefahaman engkau itu dengan berkata perbuatan itu dilakukan kerana Saidina Musa terlampau marah ketika itu.

Kefahaman ini lebih berat kerana engkau mengatakan bahawa Saidina Musa dapat ditewaskan oleh perasaan marah,sehingga melakukan perkara yang dilarang syarak,sedangkan kita dapat lihat orang-orang soleh biasa mampu mengawal marah mereka. Kefahaman sebegini amat-amat bercanggah dengan persoalan maksumnya para Nabi.

Oleh itu,cara yang benar untuk memahami ayat ini dengan betul adalah dengan kita mestilah menghimpunkan terlebih dahulu kesemua ayat dan hadith yang menyebut lafaz أَلْقَى lalu kita teliti penggunaannya.

Kita perlu lihat apakah makna lafaz ini dalam penggunaan bahasa Arab yang fasih.

Apabila kita melihat kamus-kamus utama bahasa arab,kita akan mendapati perkataan أَلْقَى membawa makna "meletakkan sesuatu dalam keadaan tenang".

Apabila kita menghimpunkan ayat Al-Qur’an yang menyebut perkataan أَلْقَى sebagai contoh ayat yang menyebutkan tentang Ibu Saidina Musa ingin menyelamatkan anaknya yang baru dilahirkan dari buruan Firaun :
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّ مُوسَىٰ أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ .

Adakah lafaz "فَأَلْقِيهِ" di sini bermaksud "lempar dan campaklah anakmu itu ke sungai"?
Tentu sekali tidak dapat digambarkan bahawa seorang ibu yang penyayang yang ingin memastikan keselamatan anaknya akan melempar dan mencampakkan anaknya ke dalam sungai itu.
Pastinya makna yang tepat bagi lafaz itu adalah "letakkanlah anakmu itu dengan baik di sungai.."

Kemudian Fadhilatus Syaikh menghimpun dan menyebutkan ayat-ayat lain satu persatu (sekitar 10 ayat dan hadith) yang mengandungi perkataan الإلقاء untuk menjelaskan maksud sebenar dari perkataan tersebut yang mana akhirnya membuatkan kami semua yang hadir dapat faham makna sebenar bagi lafaz أَلْقَى yang disebut dalam kisah Nabi Musa setelah pulang dari bermunajat dengan Allah tersebut.

Fadhilatus Syaikh menegaskan lagi bahawa adalah menjadi satu kesalahan yang besar apabila kita cuba mentafsir dan memahami ayat Al-Qur’an dengan berpandukan penggunaan semasa di zaman kita bagi lafaz tertentu dengan mengabaikan makna asal dalam penggunaan bahasa arab.

Sebagai contoh perkataan أَلْقَى tersebut yang biasanya diguna pada zaman kita dengan makna يرمي yakni melempar dan menghempas,sedangkan makna asalnya berlainan dengan penggunaan hari ini.

Akhirnya,Fadhilatus Syaikh menekankan 4 syarat utama dalam memahami sebarang Ayat Al-Qur’an,Hadith atau sebarang perbahasan dalam persoalan agama:

1. Mestilah menghimpunkan segala ayat dan hadith yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.
2. Mestilah berkemampuan untuk menyusun atur dan menggabungjalinkan segala dalil yang telah dihimpunkan tadi.
3. Mestilah memastikan ketepatan dalam mengeluarkan makna dari lafaz-lafaz ayat dan hadith tersebut dengan mengikuti disiplin istinbat yang betul (lughah arabiah dan usul fiqh)
4. Kefahaman yang telah dikeluarkan tadi ditimbang dan disemak pula dengan perkara teras dan pokok dalam agama juga maqasid syariah.

HafizaAllahu Syaikhana As-Syaikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari yang telah mendidik dan menunjukkan buat kami akan jalan dan cara faham untuk mendalami agama dengan benar.

Bukan sekadar dakwaan dan semangat yang jauh dari panduan Ilmu.

29/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Comments

ISU HAK PENJAGAAN ANAK – MAZA MELANGGAR IJMAK ULAMAK

Lihat fatwa terbaru Perlis mengenai hak penjagaan anak. : https://www.facebook.com/bongkarMAZA/posts/464528873727266

Lihat pandangan MAZA memperakui tentang kesepakatan ulamak pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil – gambar 1&2 tahun 2009 (rujuk : http://drmaza.com/home/?p=594) :

Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah IJMAK (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak.

Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam.

Tambahan kami :
1. Dalil Mengikut IJMAK Ulamak :
Sabda RasuluLlah yang bererti : “Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah”
(Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)

Nabi bersabda (yang bererti ) : “Apa sahaja yang menurut pandangan orang Muslimin itu baik, maka ia juga baik di sisi ALlah. Dan apa-apa menurut pendapat orang Muslimin itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi ALlah”. (Riwayat Ahmad : Hadith Hasan)

2. Maqasid Syariah adalah menjaga AGAMA yang termasuk di dalam perkara dhoruriyyat . Sekiranya diserahkan hak penjagaan kepada bukan Islam sudah pasti penjagaan agama tidak di anggap satu kepentingan dan semakin longgar.

Dalam hadith sahih riwayat Imam Al-Bukhari menyebutkan :
ما من مولود إلا يولد على الفطرة ، فأبواه يهودانه ، أو ينصرانه ، أو يمجسانه
Tiada daripada anak itu melainkan dilahirkan di atas fitrah (Islam), lalu kedua2 ibubapanya lah menyebabkan dia menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi

Menjadi tanggungjawab IBU BAPA untuk mencorakkan anak-anak menjadi Islam, Yahudi, Nasrani atau Majusi.

3. Tambah pula kegiatan pendakyahan orang kafir harbi semakin berleluasa di Malaysia seperti Kristian Evangelis, gerakan liberalis dan pluralis yang amat gembira sekali dengan fatwa Perlis yang melanggar IJMAK dan menguntungkan orang kafir.

Sudah banyak kes anak-anak yang dibawa lari oleh pasangan bukan Islam dan kemudian dibesarkan dalam suasana bukan Islam.

4. Mana lagi mudarat – anak-anak yang memang sudah dididik dengan ajaran Islam oleh ibu atau bapa dibanding dengan dipelihara oleh bukan Islam ? Bagaimana hendak memelihara kemuliaan Islam bila diserahkan kepada yang bukan Islam untuk menjaganya ?

5. Musibah… bila agama diserahkan kepada bukan ahlinya.

29/07/2015 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Ilmu seribu kitab

Ilmu seribu kitab

Walaupun kamu menghafaz seribu buah kitab ianya belum cukup untuk kamu mendapat kefahaman yang sebenar tentang kesucian jiwa.

Oleh kerana itu Sheikh Abu Hasan Sazali pernah berkata: “Orang yang paling ramai terhijab ialah ulamak yang hanya menumpukan ilmu di akal tetapi mengabaikan ilmu di hati.

Maha Suci Allah swt yang menghijab ulamak dengan ilmu mereka sendiri.”

Sumber: Pondok Habib

28/07/2015 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

IMAM AL QURTHUBI BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH BERJUMPA NABI S.A.W. SECARA JAGA

Oleh kerana muncul sebahagian kaum sufahaa (lemah akalnya/wahhabi-salafi) cerita ini dianggapnya khurafat dan sesat. Kami tidak akan berpanjang lebar untuk menjelaskannya secara ilmiyyah berdasarkan al-Quran dan Hadits kerana sudah terlalu banyak penulisan para asatizah ASWJ di alam maya yang boleh dibaca tentang perbahasan yaqazah.

Namun pada kami cukup dengan menampilkan bukti pengakuan dari Imam besar ahli tafsir, yang shaleh, zuhud dan wira’i, yang menjadi rujukan para ulama besar Ahlus sunnah, yaitu imam al-Qurthubi (578-656 H). Beliau dalam salah satu kitabnya BERSUMPAH dengan nama Allah pernah berjumpa kepada Nabi shallahu‘alaihi wa sallam secara sedar (bukan tidur) yang sebelumnya beliau mimpi terlebih dahulu. Berikut redaksinya dari kitab al-Mufhim karya beliau :

qurtubi yaqazah

“ Sungguh hal ini (mimpi lalu menjadi kenyataan) SERING terjadi padaku beberapa kali, di antaranya : Ketika aku sampai ke Tunis, bermaksud untuk berangkat haji, aku mendengar khabar buruk tentang negeri Mesir dari musuhnya yang telah menguasai Dimyath. Maka aku rencanakan untuk menetap sementara di Tunis hingga sampai selesai dari urusan musuh. Kemudian aku bermimpi berada di masjid Nabi dan aku duduk di sisi Mimbarnya. Dan beberapa orang memberi salam kepada Nabi shallahu ‘alaihiwa sallam. Tiba-tiba seseorang mendatangiku dan menegurku “ Berdirilah dan ucapkan salam kepada Nabi “. Maka terburu-buru aku ucapkan salam kepada Nabi dan aku terbangun dari tidurku dan sementara lisanku masih mengucapkan salam kepada Nabi. Maka Allah memberikan kemudahan kepadaku dan hilanglah rasa takutku terhadap musuh di luar sana. Kemudian aku bersafar (melakukan perjalanan) hingga sampai Iskandariyyah dengan perjalanan selama lebih kurang  30 hari dalam keadaan selamat. Dan aku mendapati Iskandariyyah dan kota-kota Mesir dalam keadaan mencengkam, susah dan banyak musibah. Aku menetap di sana sepuluh hari dan Allah telah mengalahkan pasukan musuh dan menetapkan kota aku tempati dengan tanpa gangguan sedikit pun dari musuh dengan kelembutan Allah yang Maha Pengasih dari Dzat yang Maha Pengasih. Kemudian Allah menyempurnakan anugerah kebaikan dan nikmat-Nya padaku, dan menyampaikanku setelah mengunjungi baitullah (haji) hingga makam Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam dan masjidnya nabi, DAN SUNGGUH DEMI ALLAH, AKU MELIHAT NABI DALAM KEADAAN SEDAR PERSIS KEADAANNYA SEBAGAIMANA AKU MELIHATNYA DALAM MIMPIKU TANPA ADA TAMBAHAN DAN PENGURANGAN SEDIKIT PUN “.

(AL-Mufhim lima asykala min talkhish kitabMuslim, juz 6 hal. 24-25, cetakan Dar Ibn Katisr dan Dar al-Kalim ath-Thayyib,Beirut)

Sungguh benar sabda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam :

من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ولا يتمثل الشيطان بي

” Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka dia akan melihatku di waktu terjaga, dan syaitan tak dapat menyerupaiku ” (HR. Bukhari no: 6993)

Masihkah kaum Sufahaa ul Ahlaam (wahhabi-salafi) memungkiri kisah di atas dan mengatakan Imam Qurthubi telah berdusta atau sesat? sungguh mereka tidak menyedari telah mendustakan hadits Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam tersebut secara tidak langsung, naudzu billahi min dzaalik…

Disunting dari tulisan

Ibnu Abdillah Al-Katibiy

Kota Santri, 13-05-2013

26/07/2015 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Tahukah anda..PEDANG SALAHUDDIN AL-AYYUBI – Pedang Paling Tajam Di Dunia?

Al-Akhyar Az-Zahawi's photo.

Al-Akhyar Az-Zahawi

[BARAT SEDANG BERUSAHA MENGHURAI TEKNIK INI]

Salahuddin Al-Ayyubi -…
Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Muzium di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua’lam.

26/07/2015 Posted by | Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

GOLONGAN YANG MENGATAKAN ISU YAQAZAH (BERTEMU RASULULLAH SAW SECARA JAGA) ADALAH SESAT TIADA KHILAF NYA

GOLONGAN YANG MENGATAKAN ISU YAQAZAH (BERTEMU RASULULLAH SAW SECARA JAGA) ADALAH SESAT BERERTI MEREKA TELAH MENYESATKAN PULUHAN ULAMA MUKTABAR.

Isu Yaqazah, jika ada yang kata sesat dan batil tanpa melihat apa sandaran dan hujjahnya.

Maka kita akan lihat sejumlah besar ulamak muktabar Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang disesatkan.

Nama-nama Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam As Suyuthi, Imam An Nawawi, Imam al Ghazali, Imam Tajuddin As Subki, Imam Izzuddin Abdissalam dan ramai lagi senarai ulamak ini adalah rujukan kita sepanjang zaman. Mereka terdiri daripada mujtahid fatwa, Ahli Hadith, Ahli Feqh Ahli Usuluddin dan sebagainya.

Siapakah Ulamak Yang Mengiktiraf Berlakunya YAQAZAH ?

Antara ulama yang mengatakan atau mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ialah:

1. Imam Ibn Abi Jamrah al-Maliki dalam Bahjah al-Nufus.
2. Al-‘Allamah Ahmad al-Nafrawi al-Maliki dalam Syarh Risalah Ibn Abi Zayd.
3. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari.
4. al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti dalam Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak.
5. Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.
6. Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.
7. Imam Syihabuddin al-Qarafi,
8. Imam ‘Afif al-Din al-Yafi‘i al-Syafi‘i dalam (روض الرياحين).
9. Al-‘Allamah Ibn al-Haj al-Maliki dalam al-Madkhal.
10. Al-Qadhi Ibnu al-‘Arabi al-Maliki dalam kitabnya (قانون التأويل).
11. Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari (w. 709H) dalam kitab Lata’if al-Minan.
12. Al-Qadhi Syaraf al-Din al-Barizi dalam (توثيق عرى الإيمان).
13. Imam Tajuddin al-Subki.
14. Imam al-Qurtubi dalam (التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة).
15. Al-‘Allamah Ibn Battal al-Maliki
16. Al-‘Allamah Ibn al-Tin
17. Imam ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam dalam al-Qawa’id al-Kubra.
18. Al-‘Allamah Mulla ‘Ali al-Qari dalam Syarh al-Syama’il.
19. Al-Qadhi Ibn al-Munayyir.
20. Imam Ibn Daqiq al-‘Id.
21. Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani dalam beberapa kitabnya.
22. Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah.
23. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir.
24. Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdullah al-‘Idrus (w. 1038H) dalam kitabnya al-Nurus Safir ‘an Akhbaril Qarnil ‘Asyir.
25. Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi dalam al-Mufhim.
26. Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah.
27. Imam al-Baqillani.
28. Al-‘Allamah Sadruddin al-Qunawi dalam Syarh al-Arba‘in.
29. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Biqa’i dalam al-Hawi.
30. Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki.
31. Al-‘Allamah al-Maziri.
32. Al-‘Allamah Nuruddin al-Iji.
33. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi dalam Syarh Salawat al-Jaylani.
34. Syeikh Ahmad ibn ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam al-Futuhat al-Ilahiyyah. 35. Al-‘Allamah Syeikh Ibn ‘Allan al-Siddiqi.
36. Al-‘Allamah Najmuddin al-Ghazi dalam kitabnya al-Kawakib al-Sa’irah.
37. Imam Syah Waliy Allah al-Dihlawi dalam al-Durr al-Thamin.
38. Al-‘Allamah al-Alusi dalam tafsir Ruh al-Ma’ani.
39. Sayyid ‘Abdul Rahman al-‘Idrus dalam kitab Syarh Salawat al-Badawi.
40. Syeikh ‘Ali al-Ajhuri al-Maliki dalam al-Nur al-Wahhaj.
41. Syeikh Muhammad al-Khalili dalam al-Fatawa.
42. Syeikh ‘Abdullah Sirajuddin al-Halabi dalam al-Solat ‘ala al-Nabiy.
43. Al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani dalam Sa‘adah al-Darayn, Syawahidul Haq dan Jami‘ Karamatil Auliya’.
44. Syeikh Badi‘ al-Zaman Sa‘id al-Nursi.
45. Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Syarh al-Syama’il.
46. Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf.
47. Syeikh Abu al-Qasim Muhammad al-Hafnawi dalam Ta’rif al-Khalaf.
48. Al-‘Allamah Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syeikhul Azhar.
49. Al-‘Allamah Sayyid ‘Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam kitabnya Fadha’ilun Nabi SAW.
50. Al-‘Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dalam al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah.
51. Al-‘Allamah Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti.
52. Al-Allamah Dr. ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir dalam al-Bayan.
53. Dr. ‘Umar ‘Abdullah Kamil,
54. Dr. Mahmud al-Zayn.
55. Datuk Seri Maharaja Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Brunei. Dan ramai lagi jika diperincikan secara detil.

Zalimnya manusia yang melakukan perbuatan ini ! Kamu memerangi para alim ulama yang menjadi rujukan umat Islam sepanjang zaman ?

Sumber: Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia

26/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Siapa saja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah… akan memberinya 8 perkara:

Telah berkata IMAM GHAZALI Rahimahullah di dalam kitab Tanbihul Ghofilin tentang:

Siapa saja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah… akan memberinya 8 perkara:

1.من جلس مع الأغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.

1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.

2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى

2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.

3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب

3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.

4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه

4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.

5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح

5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.

6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي والإقدام عليها،والتسويف في التوبة

6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.

7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات

7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.

8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع

8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama’, Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.

 

Coba kita renungkan, dengan siapa kita bersahabat?

Semoga bermanfaat buat kita semua..

 

Sumber: PONDOK HABIB shared Syarifah Khodijah‘s post.

26/07/2015 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

LAGI JAWAPAN ILMIAH UNTUK ISU BERTEMU NABI S.A.W (YAQAZAH) BAGI YANG INGIN MEMAHAMI

 

Ahlus Sunnah Wal Jama’ah merupakan manhaj sederhana yang tidak sama dengan fahaman yang ghulluw mudah …menyesat-nyesatkan, mengkafir dan mensyirikkan saudara seIslam.

Bahkan apabila timbul suatu isu yang baharu berkaitan hukum hakam pastinya akan diperjelaskan setiap satunya dengan perincian yang jelas. Bukan terus jatuh hukum secara borong dan sembrono. Amat malang sekali dalam isu yaqazah yang ada sandaran daripada hadith sahih hukum batil dan sesat terus dijatuhkan memberikan implikasi yang besar :

1. Ia membawa kepada penafian hadith sahih yang menjadi sandaran kepada berlakunya perkara ini.

2. Ia membawa kepada penafian berlakunya karomah yang menjadi asas aqidah umat Islam.

3. Membawa kepada menyesatkan secara langsung ramai ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang mengiktiraf berlakunya yaqazah kepada para wali Allah.

Kekeliruan Tentang Bertemu Nabi SAW Secara Jaga

نحمد الله العظيم، ونصلّي ونسلّم على رسوله الكريم؛

Perkara khilaf seumpama ini, jika tidak disertai dengan nada ‘keras’, tidak perlu untuk diperpanjang-panjangkan lagi. Namun, jika sudah menggunakan nada ‘keras’ seperti; “membuka pintu kefasadan yang besar”, “membawa kecelaruan dalam amalan agama”, “memusnahkan rujukan penting umat Islam”, “perlu dibendung kerana membawa kemusnahan kepada masyarakat Islam” dan “menjauhkan mereka dari ajaran Nabi s.a.w.”, maka menurut hemat saya kekeliruan-kekeliruan seumpama ini wajar diperjelaskan. [*Saya tidak mahu menyebut siapa dan dari mana sumber kekeliruan ini kerana pada saya ia tidak perlu]

1. Kekeliruan: Seseorang tidak boleh bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. kerana seseorang yang mati tidak lagi boleh bertemu dengan orang yang hidup secara sedar.

Jawapan: Benar, dalam hal keadaan biasa seseorang tidak boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi, sebagai suatu karamah seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Hukumnya adalah harus dan mungkin, tidak mustahil.

Malah secara praktis ia memang berlaku kepada sebahagian wali-wali Allah Taala dan orang-orang yang soleh. Maka tidak harus bagi kita menuduh mereka berbohong atau berdusta dalam dakwaan berkenaan. Melainkan jika kita mempunyai bukti kukuh tentang pembohongan atau pendustaan tersebut.

Antara mereka ialah; Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani, Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili, Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi, Syeikhul-Akbar Muhyiddin Ibn al-‘Arabi, Syeikh Khalifah bin Musa, Syeikh Abu al-‘Abbas al Mursi (w. 686H), Syeikh Abu ‘Abdillah al-Qurasyi, Syeikh Kamaluddin al-Adfawi, Syeikh ‘Ali al-Wafa’i, Syeikh ‘Abd al-Rahim al-Qinawi, Syeikh Abu Madyan al-Maghribi, al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Syeikh ‘Ali al-Khawwas, Syeikh Ibrahim al-Matbuli, Imam Abu al-‘Abbas al-Qastallani, Syeikh Abu al-Su‘ud ibn Abi al-‘Asya’ir, Syeikh Ibrahim al-Dusuqi, Sayyid Nuruddin al-Iji, Syeikh Ahmad al-Zawawi, Syeikh Mahmud al-Kurdi, Syeikh Ahmad bin Thabit al-Maghribi, Imam al-Sya‘rani, Syeikh Abu al-Mawahib al-Syazili, Syeikh Nuruddin al-Syuni, al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Rahman al-‘Attas (penyusun Ratibul ‘Attas), Sayyidi ‘Abd al-‘Aziz al-Dabbagh, Syeikh Muhammad bin Abi al-Hasan al-Bakri, Sayyidi Ahmad bin Idris, Syeikh Ahmad al-Tijani dan lain-lain.

Apa dalilnya ?

Antara dalilnya adalah zahir hadis berikut yang menunjukkan seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., tetapi dengan syarat mestilah pernah bertemu dahulu secara mimpi (ru’ya) dengan baginda s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

« من رآني في المنام فسيراني في اليقظة، ولا يتمثل الشيطان بي» “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara yaqazah (di dalam keadaan jaga), kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku”. [Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad. Lafaznya dari al-Bukhari]

Siapakah Ulamak Yang Mengiktiraf Berlakunya YAQAZAH ?

Antara ulama yang mengatakan atau
mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ialah:

1. Imam Ibn Abi Jamrah al-Maliki dalam Bahjah al-Nufus. 2. Al-‘Allamah Ahmad al-Nafrawi al-Maliki dalam Syarh Risalah Ibn Abi Zayd. 3. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari. 4. al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti dalam Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak. 5. Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim. 6. Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal. 7. Imam Syihabuddin al-Qarafi, 8. Imam ‘Afif al-Din al-Yafi‘i al-Syafi‘i dalam (روض الرياحين). 9. Al-‘Allamah Ibn al-Haj al-Maliki dalam al-Madkhal. 10. Al-Qadhi Ibnu al-‘Arabi al-Maliki dalam kitabnya (قانون التأويل). 11. Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari (w. 709H) dalam kitab Lata’if al-Minan. 12. Al-Qadhi Syaraf al-Din al-Barizi dalam (توثيق عرى الإيمان). 13. Imam Tajuddin al-Subki. 14. Imam al-Qurtubi dalam (التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة). 15. Al-‘Allamah Ibn Battal al-Maliki 16. Al-‘Allamah Ibn al-Tin 17. Imam ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam dalam al-Qawa’id al-Kubra. 18. Al-‘Allamah Mulla ‘Ali al-Qari dalam Syarh al-Syama’il. 19. Al-Qadhi Ibn al-Munayyir. 20. Imam Ibn Daqiq al-‘Id. 21. Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani dalam beberapa kitabnya. 22. Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah. 23. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir. 24. Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdullah al-‘Idrus (w. 1038H) dalam kitabnya al-Nurus Safir ‘an Akhbaril Qarnil ‘Asyir. 25. Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi dalam al-Mufhim. 26. Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah. 27. Imam al-Baqillani. 28. Al-‘Allamah Sadruddin al-Qunawi dalam Syarh al-Arba‘in. 29. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Biqa’i dalam al-Hawi. 30. Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki. 31. Al-‘Allamah al-Maziri. 32. Al-‘Allamah Nuruddin al-Iji. 33. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi dalam Syarh Salawat al-Jaylani. 34. Syeikh Ahmad ibn ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam al-Futuhat al-Ilahiyyah. 35. Al-‘Allamah Syeikh Ibn ‘Allan al-Siddiqi. 36. Al-‘Allamah Najmuddin al-Ghazi dalam kitabnya al-Kawakib al-Sa’irah. 37. Imam Syah Waliy Allah al-Dihlawi dalam al-Durr al-Thamin. 38. Al-‘Allamah al-Alusi dalam tafsir Ruh al-Ma’ani. 39. Sayyid ‘Abdul Rahman al-‘Idrus dalam kitab Syarh Salawat al-Badawi. 40. Syeikh ‘Ali al-Ajhuri al-Maliki dalam al-Nur al-Wahhaj. 41. Syeikh Muhammad al-Khalili dalam al-Fatawa. 42. Syeikh ‘Abdullah Sirajuddin al-Halabi dalam al-Solat ‘ala al-Nabiy. 43. Al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani dalam Sa‘adah al-Darayn, Syawahidul Haq dan Jami‘ Karamatil Auliya’. 44. Syeikh Badi‘ al-Zaman Sa‘id al-Nursi. 45. Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Syarh al-Syama’il. 46. Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf. 47. Syeikh Abu al-Qasim Muhammad al-Hafnawi dalam Ta’rif al-Khalaf. 48. Al-‘Allamah Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syeikhul Azhar. 49. Al-‘Allamah Sayyid ‘Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam kitabnya Fadha’ilun Nabi SAW. 50. Al-‘Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dalam al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah. 51. Al-‘Allamah Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti. 52. Al-Allamah Dr. ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir dalam al-Bayan. 53. Dr. ‘Umar ‘Abdullah Kamil, 54. Dr. Mahmud al-Zayn. 55. Datuk Seri Maharaja Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Brunei. Dan ramai lagi jika diperincikan secara detil.

2. Kekeliruan: Iktikad seperti ini membuka pintu kefasadan yang besar dan seterusnya membawa kecelaruan dalam amalan agama. Ini kerana, seseorang yang telah berjumpa Nabi s.a.w. seterusnya akan mendakwa ajaran-ajaran tambahan yang diberikan oleh baginda s.a.w. kepadanya.

Jawapan:

Belum ada orang mukmin soleh yang telah berjumpa Nabi s.a.w. mendakwa membawa ajaran-ajaran tambahan yang diberikan oleh baginda s.a.w. kepadanya, dalam erti kata, ajaran-ajaran tambahan yang tidak ada asalnya dalam al-Quran mahupun hadis. Kesemua yang dinyatakan sekiranya betul, hanyalah berbentuk petunjuk dan nasihat yang tidak lari dari ruang lingkup syarak, atau mempunyai asalnya daripada al-Quran dan hadis.

Kata al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani (w.
1398H):

“Kami tidak beriktikad bahawa di sana – selepas Rasulullah SAW – terdapat suatu syariat baru dalam apa jua bentuk sekalipun. Dan apa yang dibawa oleh baginda SAW mustahil untuk dimansuh sebahagian daripadanya, atau ditambah sesuatu terhadapnya.

Sesiapa yang mendakwa sedemikian, maka dia adalah kafir terkeluar daripada agama Islam. Sesungguhnya kami, meskipun kami berpendapat harus seorang wali itu melihat Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, tetapi kami menganggap hukumnya adalah sama seperti hukum mimpi tidur yang benar. Tidak dapat dipegang kecuali atas apa yang menepati syariatnya SAW. Penyaksian-penyaksian para wali itu bukanlah suatu hujah, tetapi yang menjadi hujah adalah syariat Muhammad SAW. Adapun penyaksian-penyaksian tersebut, hanyalah berita-berita gembira (busyra) yang terikat dengan syariat baginda yang mulia; apa yang diterima olehnya kami juga menerimanya dan apa yang tidak diterima olehnya, maka mazhab kami adalah bersangka baik padanya.

Maka kami hukumkannya seperti hukum mimpi yang tertakwil. Kita tidak ragu lagi bahawa kebanyakan mimpi itu perlu kepada takwil/tafsir. Namun, kami memilih bersangka baik kerana seorang mukmin yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah SWT, dan ia sayang terhadap agamanya, serta patuh mengikutinya, kami menolak bahawa ia sengaja berdusta ke atas Rasulullah SAW. Keadaan berjaga dalam perkara ini adalah sama seperti keadaan tidur, sedang dia membaca sabdaan baginda SAW: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya daripada api neraka”. – tamat kata-kata Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani

3. Kekeliruan: Dengan itu, segala hadis yang telah dikumpul oleh para ulamak yang menjadi tonggak sandaran hukum dan panduan bagi umat Islam sepanjang zaman sudah tidak lagi diperlukan. Ini kerana sudah ada sumber hadis lain yang lebih dekat kepada baginda.

Jawapan: Kekeliruan ini hanya pendapat akal dan khayalan semata-mata yang tidak berpijak kepada realiti yang berlaku dalam dunia kerohanian ahli-ahli sufi yang hak. Tiada siapa dari kalangan wali-wali Allah Taala dan orang-orang soleh ini mengatakan segala hadis yang telah dikumpul oleh para ulama yang menjadi tonggak sandaran hukum dan panduan bagi umat Islam sepanjang zaman sudah tidak lagi diperlukan kerana sudah ada sumber hadis lain yang lebih dekat kepada baginda. Pada saya, kekeliruan kerana berkhayal ini disebabkan kerana tidak cukup menelaah, membaca dan memahami.

4. Kekeliruan: Setelah situasi ini wujud maka banyaklah amalan-amalan yang boleh ditambah dan diwujudkan berdasarkan arahan langsung daripada Rasulullah kepada guru atau orang yang mencapai darjat menemui Rasul s.a.w.

Jawapan:

Sudah ratusan tahun isu bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ini dibincangkan oleh para ulama. Namun, hakikatnya tiada langsung akidah baru atau hukum-hakam baru yang didakwa oleh orang-orang soleh dan wali-wali Allah Taala yang pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Kebanyakannya jika betul adalah berkaitan zikir, doa dan selawat. Dan kesemua itu pula tidak terkeluar dari dalil-dalil dan perintah-perintah syarak yang umum mengenainya. Bahkan menurut ramai ulama, masalah-masalah yang khusus berkaitan zikir dan doa ini pintu perbahasannya adalah lebih luas, tidak sepertimana amalan-amalan ibadah lain, selamamana ia tidak melanggar batas-batas syarak. Jika benar ada penerimaan sesuatu secara yaqazah, maka hukumnya adalah seumpama hukum apa yang diperolehi daripada kasyaf, ilham dan mimpi yang benar. Mesti ditimbang dengan neraca syarak.

Cuba perhatikan kata-kata Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani tadi: “Meskipun kami berpendapat harus seorang wali itu melihat Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, tetapi kami menganggap hukumnya adalah sama seperti hukum mimpi tidur yang benar. Tidak dapat dipegang kecuali atas apa yang menepati syariatnya SAW”.

5. Kekeliruan: Hadis adalah tonggak kedua agama Islam, apabila tonggak ini telah berjaya dicerobohi, maka panduan umat Islam akan menjadi goyah dan berkecamuk. Percaya baha
wa seseorang boleh menerima taklimat terus dari Nabi s.a.w akan memusnahkan salah satu rujukan penting umat Islam yang diberitahu sendiri oleh Rasulullah s.a.w iaitu, kitabullah dan sunahnya.

Jawapan:

Percaya bahawa seorang wali atau orang soleh boleh menerima taklimat terus dari Nabi s.a.w tidak akan memusnahkan institusi hadis yang sudah sedia ada. Jika benar mereka bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., maka adalah amat MUSTAHIL baginda s.a.w. akan menyuruh kepada perkara-perkara yang akan memansuhkan atau merosakkan syariatnya sendiri. Tidak dapat diterima dek akal bahawa Nabi s.a.w. akan mengkucar-kacirkan syariat yang telah dibangunkan dengan titik peluh dan darah dagingnya sendiri. Apa yang dikhayalkan itu tidak akan berlaku selama-lamanya kerana para wali atau orang-orang soleh tersebut adalah golongan yang amat takut kepada Allah SWT, sangat cinta kepada baginda Nabi s.a.w., terlalu sayang dengan syariat baginda s.a.w., dan begitu kasih kepada umat baginda s.a.w. Apakah dapat diterima akal, mereka ini berusaha untuk merosakkan syariat baginda s.a.w.dan menyesatkan umatnya??

Seolah-olah mereka tidak pernah dengar hadis baginda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya daripada api neraka”. Jangan terlalu berprasangka buruk kepada ahli-ahli sufi seolah-olah mereka semua orang yang bodoh, tidak mengerti syariat dan akan menerima secara membuta tuli siapa saja yang mendakwa bertemu dengan Nabi s.a.w., walaupun dari orang yang jahil. Jika ada ahli sufi yang menyeleweng, maka sandarkan kesalahan itu kepadanya sahaja, bukan kepada semua golongan ahli sufi.

6. Kekeliruan: Para ulamak silam antaranya Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud Ahmad dan ramai lagi, berjuang hingga berjaya menjadikan sumber rujukan Islam kedua ini terpelihara dari dicampur adukkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jika ada orang yang mengaku menerima taklimat dari baginda tetapi tidak disandarkan kepada sumber yang telah dikumpulkan oleh ulamak silam maka dakwaan itu dianggap salah dan pembohongan.

Jawapan:

Rangkap akhir di atas dapat difahami sebaliknya begini; Jika ada orang yang mengaku menerima taklimat dari baginda dan disandarkan kepada sumber yang telah dikumpulkan oleh ulamak silam maka dakwaan itu dianggap benar. Alhamdulillah, ada sedikit kemuafakatan. Cubalah belek contohnya, kitab al-Durr al-Thamin fi Mubasysyarat al-Nabi al-Amin SAW susunan Imam al-Mujaddid Syah Wali Allah al-Dihlawi yang menghimpunkan 40 peristiwa bertemu Rasulullah s.a.w. secara mimpi dan jaga. Perhati dan fahamkan, apakah ada yang tidak bersandarkan kepada syariat baginda s.a.w.?

7. Kekeliruan: Sebarang ajaran sufi yang percaya dengan asas ini perlu dibendung kerana akan membawa kemusnahan kepada masyarakat Islam dan menjauhkan mereka dari ajaran Nabi s.a.w yang walaupun dari sudut penampilan mereka mengajak kepada ibadat dan berbuat baik.

Jawapan:

Menurut pengetahuan saya setakat ini, tidak ada satu pun tariqat sufi muktabar di dunia pada hari ini yang menolak keharusan bertemu secara sedar/jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Apakah seluruh tariqat-tariqat sufi ini dengan puluhan juta pemgamalnya perlu dibendung dan dibanteras…? Apakah kemusnahan benar-benar berlaku kepada masyarakat Islam dan mereka telah jauh dari ajaran Nabi s.a.w. disebabkan seluruh tariqat sufi di dunia pada hari ini menyatakan – sesudah sekian lama – seorang soleh harus bertemu secara sedar/jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ??

Tidak ada orang waras yang mengatakan demikian. Bahkan ramai dari kalangan alim ulama tariqat-tariqat sufi ini adalah pemelihara-pemilhara sunnah baginda s.a.w. baik sunnah yang zahir mahupun sunnah yang batin. Berapa banyak rahmat dan manfaat rohani yang tersebar di seluruh dunia sama ada kita sedari ataupun tidak, disebabkan usaha-usaha mereka. Memang seluruh tariqat sufi di dunia pada hari ini menyatakan harus bertemu secara sedar/jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., namun realitinya perkara tersebut tidak selalu berlaku pun kerana ia adalah suatu karamah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki sahaja.

Bahkan dalam tempoh 100 tahun, barangkali hanya beberapa orang sahaja yang boleh dibilang dengan jari mendakwa demikian, atau dikatakan mengalaminya. Jika peribadi dan latar belakangnya bertunjangkan syariat, maka baru boleh diterima dakwaan itu. Jika sebaliknya, maka dakwaan tersebut adalah wajib ditolak. Perlu juga dilihat bagaimana cara mereka dapat mencapai peringkat kerohanian yang tinggi itu; Apakah zikirnya 100,000 setiap hari, atau selawatnya 50,000 setiap hari, atau tahajjudnya 500 rakaat setiap hari? Atau apakah hanya sekadar berjanggut, berjubah dan berserban besar saja, tetapi amalannya ‘kosong’??

Kata al-‘Allamah Ibn Al-Haj dalam kitab al-Madkhal (3/194):

“Sebahagian orang mendakwa melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah, sedangkan ia merupakan satu perbahasan yang sempit (sukar) untuk diperbahaskan. Amat sedikitlah dari kalangan mereka yang mengalaminya, kecuali terhadap mereka yang amat mulia di zaman ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengingkari sesiapa yang mengaku pernah mengalaminya, dari kalangan orang-orang yang mulia yang dipelihara oleh Allah s.w.t. zahir dan batin mereka.” Wallahu a’lam.

Rujukan Tambahan: – Melihat Nabi s.a.w. Secara Yaqazah: Satu Jawapan oleh Raja Ahmad Mukhlis:
– Multaqa al-Nukhbah, Isu Berjumpa Rasulullah Ketika Jaga Selepas Wafatnya (terjemahan) oleh Husain Hasan Toma‘i. – Sa‘adah al-Darayn oleh al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani.

Kredit : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni – INHAD (Institut Hadis KUIS)

PONDOK HABIB shared Ustaz Iqbal Zain‘s post.

26/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tasauf | | Leave a comment

Terlupa bayar zakat fitrah

 

Soalan:

Dalam kegembiraan membuat persiapan hari raya, saya telah terlupa menunaikan zakat fitrah. Saya hanya teringat bahawa saya masih belum menunaikan zakat fitrah, setelah masuk waktu Maghrib pada petang hari raya pertama.

Apakah yang patut saya lakukan, kerana ada pandangan menyatakan zakat fitrah wajib ditunaikan sebelum solat raya Aidilfitri didirikan. Selepas itu sudah dikira sedekah biasa? Mohon penjelasan ustaz.

Jawapan:

Zakat fitrah amat besar kesannya dalam kehidupan kita, khususnya memenuhi keperluan jiwa seseorang yang berpuasa. Ibnu Abbas menyatakan:

“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah (dengan tujuan) untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tiada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberi makanan kepada orang miskin.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Cuba lihat, apabila kita berpuasa, maka kita diwajibkan menahan makan dan minum selama berjam-jam. Maka kita dapat merasai sendiri betapa peritnya orang-orang fakir dan miskin menahan lapar. Maka, zakat fitrah yang difardukan adalah pelengkap kepada puasa tersebut. Ini kerana, andai kita insaf betapa deritanya para fakir miskin, maka berkongsilah sedikit harta dengan mereka agar terangkat sedikit derita. Inilah roh zakat fitrah di sisi Ramadan.

Atas dasar itulah, dalam perbahasan fiqh, zakat fitrah itu boleh dilunasi lebih awal daripada waktu wajibnya. Memanglah masa wajib zakat fitrah, adalah selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan dan sebelum mendirikan solat aidilfitri, itulah waktu yang paling utama di sisi Allah; namun tidak pula menjadi kesalahan andai kita bertindak menyegerakannya.

Maka, dalam hal ini para fuqaha telah membahagikan waktu menunaikan zakat fitrah kepada empat fasa, iaitu fasa harus bermula satu Ramadan, fasa wajib bermula terbenamnya matahari sehingga terdirinya solat sunat aidilfitri, fasa makruh selepas mendirikan solat aidilfitri dan fasa haram selepas terbenamnya matahari satu Syawal, yakni masuknya dua Syawal (Rujuk buku Zakat Terapi Kekayaan, hal. 395).

Andai kata saudara sudah terlupa, dan hanya teringat selepas terbenamnya matahari satu Syawal, maka kala itu saudara sudahpun melewati waktunya dan pastilah hukumnya haram dan berdosa. Samalah orang yang melewatkan solat fardu sehingga melewati batas waktunya tanpa uzur, maka jelaslah berdosa orang berkenaan.

Namun, itu tidak bermakna saudara tidak wajib mengqadakannya. Dalam hal ini, saudara hendaklah dengan segera mengeluarkan zakat fitrah tersebut, walaupun sudah masuk waktu haram. Kala itu, zakat fitrah saudara sudah dianggap sebagai qada di sisi Allah SWT.
Agihan zakat dapat dilakukan dengan berkesan kepada asnaf jika bayaran zakat diserahkan kepada para amil yang dilantik.

Agihan zakat dapat dilakukan dengan berkesan kepada asnaf jika bayaran zakat diserahkan kepada para amil yang dilantik.

Inilah keindahan Islam, ibadat yang dianjurkan kepada kita adalah satu bentuk disiplin yang jika ditaati mampu membentuk keperibadian dan akhlak yang cantik di sisi manusia, apatah lagi di sisi Allah SWT. Ini kerana, setiap amalan ada batas waktunya yang tersendiri, sama ada solat, zakat, puasa dan haji. Kita wajib solat bila masuk waktunya, wajib zakat bila sampai tempoh haulnya, wajib puasa hanya pada Ramadan sahaja dan wajib haji hanya pada musim haji sahaja. Kita tidak boleh menukarkan waktunya, mengikut kalendar dan kehendak hati kita, dan inilah disiplin namanya.

Oleh itu, hendaklah saudara lebih berhati-hati pada hari muka. Jangan sampai terlepas lagi waktu berzakat ini. Bayangkan, andai saudara terlepas pesawat untuk terbang ke luar negara kerana kelalaian sendiri, sedangkan harga tiketnya ribuan ringgit, pasti sahaja saudara terasa betapa ruginya diri.

Demikianlah juga dalam hal ibadah, setiap kelalaian akan mengakibatkan kerugian. Lebih malang jika kita tidak sempat pula menggantikannya, kerana ia kelak akan menjadi hutang di sisi Allah SWT. Menurut fuqaha, hutang di akhirat hanya dapat dilunasi dengan pahala. Maka, banyak manakah pahala kita untuk melunasinya. Andai pahala sudah habis, maka apa lagi modalnya.
Maka, qadalah amalan yang terhutang di dunia, demi mengelakkan hutan akhirat yang melanda.

Wallahua’lam

Sumber: http://blog.zakatselangor.com.my/?p=4091

26/07/2015 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Pasangan suami isteri yang dianggap berzina

 

Mari kita perhatikan apakah yang menyebabkan pasangan suami isteri dianggap berzina sekiranya berlaku perkara berikut :

Sesungguhnya, permasalahan ini berat.

Perhatikan soalan 1 – 9.

Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

pasangan akan dianggap berzina sekiranya

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat…

Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya: Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam…

Sumber adalah dari USTAZ ROSLI AL HAFIZ via SembangKencang

26/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Yaqazah Batil dan sesat?

Menjawab DR MAZA

بسم اللّه الرحمن الرحيم،

النصوص الشرعي في بيان رؤية النبي صلى اللّه عليه وسّلم في اليقظة.

Teks-Teks Syara’ pada menyatakan kebenaran Al-yaqazah pada Waliyullah akan Baginda ShallahuAlaihiwasallam dan suatu jawapan kepada Dr Maza menyangkal dakwaan beliau….

Dewasa ini, kita digembar-gemburkan dengan kepelbagaian diversiti isu agama yang pada dasarnya hanya membawa kepada kecelaruan jika dihuraikan oleh mereka yang bukan keahlian bagi sesuatu ilmu dan perbahasan tersebut seperti isu Yaqazah para Waliyullah yakni melihat baginda ShallahuAlaihiwassallam dalam keadaan sedar secara total ataupun separa sedar, justeru sesungguhnya masalah ini bukanlah merupakan masalah Tasri’iyyah yang ditokok tambah dalam agama tetapi merupakan masalah Tafdhiliyyah yang menjadi kebingungan golongan wahabiyyah pada globalisasi kini mahupun mudun dahulu kerna mereka sendiri tidak dapat membezakan terminologi Hukum Aqal dan Hukum A’dat.

Perbezaan berkenaan Hukum Aqal dan Hukum Adat sebagaimana telah disebutkan terminologi tersebut oleh Allamah Al-imam Ibrahim Al-baijuri rahimahulloh dalam Syarah Al-baijuri Ala’ Sanusiyyah dalam prinsip metodologi Ilmu Muqaddimah m/s (9/10) ;

١. ﺍﻟﺤﻜﻢ ﺍﻟﻌﺎﺩﻱ : ﻫﻮ ﺇﺛﺒﺎﺕ ﺃﻣﺮ ﻷﻣﺮ ﺃﻭ ﻧﻔﻴﻪ ﻋﻨﻪ ﺑﻮﺍﺳﻄﺔ ﺍﻟﺘﻜﺮﺍﺭ مع صحّة التخلّف فيه.

1. Yalni suatu keputusan (hukum) pada kebiasaannya berlaku (atau yang pernah berlaku/adat kebiasaan). Perkara yang sudah termaktub dengan sebab sudah berulang-ulang kali terjadi serta sah menyalahi dengan keputusan disebalik adat kebiasaan tersebut seperti sifat kenyang setelah makan, maka jika tidak makan maka tiadalah sifat kenyang tersebut dan tidak terbakar Nabi Ibrahim Alaihissalam sewaktu cube dibakar oleh Raja Namrud pada adat kebiasaan api tersebut bersifat dengan membakar dan menghangus.

٢. ﺍﻟﺤﻜﻢ ﺍﻟﻌﻘﻠﻲ : ﻫﻮ ﺇﺛﺒﺎﺕ ﺃﻣﺮ ﻷﻣﺮ ﺃﻭ ﻧﻔﻴﻪ ﻋﻨﻪ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺗﻮﻗﻒ ﻋﻠﻰ ﻭﺿﻊ.

2. Yakni suatu keputusan (hukum) yang memutuskan penetapan dan penafian berdasarkan logikal akal fikirannya yang membetuli (memuktamadkan) perkara-perkara yang difikirkan itu tanpa terhenti keputusan akal fikirannya pada suatu perkara tersebut seperti penciptaan makhluk/alam ini mesti ade sang penciptaNya yakni Allah Taala.

Telah berkata Al-imam Haramain Al-juwaini rahimhulloh ;

فمن لم يعرفه فليس له بعاقل

Yakni barangsiapa yang tidak dapat memahami hukum aqal tersebut maka tiadalah baginya aqal yang waras.

Sehubungan itu, maka jelaslah bahwa isu permasalahan Al-yaqazah para waliyullah ini termasuk dalam perkara yang disebut oleh para ulama’ (خرق العادة المكملة للمعجزة) yakni perkara-perkara yang menjangkaui adat kebiasaan yang menyempurnakan maksud bagi Mu’kjizat para anbia’ Alaihimussolatul wassalam dan sebagaimana ittifaq/telah bersepakat ulama’ ASWJ tentang kebenaran Mu’kjizat para anbia’ dan karomat para waliyullah kerna bahwa sanya Allah Taala itu Maha Berkuasa menciptakan sesuatu perkara.

الأدلّة الشرعي :

١. روى الامام البخاري في صحيحه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((من رآني في المنام فسيراني في اليقظة فإن الشيطان لا يتمثل بي)) كما روى هذا الحديث مسلم صـ (١/١٥٢) وأبو داود في صحيحيهما.

• عن أبي هريرة قال : سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : ” مَن رآني في المنام فسيراني في اليقظة ، ولا يتمثل الشيطان بي ” .
رواه البخاري رقم ( ٦٥٩٢ ) ومسلم رقم ( ٢٢٦٦ ) .
زاد البخاري : قال ابن سيرين إذا رآه في صورته .

(ح) وفي رواية عند أحمد رقم ( ٣٤٠٠ ) : ” فإن الشيطان لا يستطيع أن يتشبه بي ” .

1. Telah diriwayatkan oleh Al-imam Al-bukhori dalam Sahihnya, Al-imam Muslim dalam Sahihnya m/s (1/152) dan dalam Sunan Abi Daud ;

Diriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairoh radhiallahuAnhu ;

Telah mendengar oleh daku daripada baginda ShallahuAlaihiwasallam ; bersabda baginda ShallahuAlaihiwasallam ;
“ Barangsiapa yang melihatku saat mimpinya, maka ia akan melihatku dalam keadaan sedarnya. Maka sesungguhnya Syaitan itu tidak dapat menyerupai akan diriku….”

Sedikit penambahan oleh Imam Bukhori rahimahulloh daripada Ibnu Sirrin dengan mafhum yang sama.

Diriwayatkan juga oleh Al-imam Ahmad Bin Hanbal rahimahulloh dalam Musnadnya dengan Lafaz Hadis sedikit berbeza pada Matan asalnya ;
” Yakni maka sesungguhnya Syaitan tidak akan mampu menyerupaiku (baginda nabi shallahuAlaihiwasallam)…

Berikut merupakan komentar/syarahan hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairoh radhiallahuanhu berkenaan Al-yaqazah melalui kefahaman Jarh Wal Ta’adil yang sebenar daripada Al-hafiz Al-imam Ibnu Hajar Al-asyqolani rahimahulloh secara riwayat dan diroyat ;

• قال الحافظ ابن حجر :

وقد رويناه موصولاً من طريق إسماعيل بن إسحاق القاضي عن سليمان بن حرب – وهو من شيوخ البخاري – عن حماد بن زيد عن أيوب قال : كان محمَّد – يعني : ابن سيرين – إذا قصَّ عليه رجلٌ أنَّه رأى النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم قال : صِف لي الذي رأيتَه ، فإن وَصف له صفةً لا يعرفها قال : لم تره ، وسنده صحيح ، ووجدتُ له ما يؤيِّده فأخرج الحاكم من طريق عاصم بن كليب حدثني أبي قال : قلتُ لابن عباس رأيتُ النَّبي صلى الله عليه وسلم في المنام ، قال : صِفه لي ، قال ذكرتُ الحسن بن علي فشبَّهتُه به ، قال : قد رأيتَه ، وسنده جيد .

” فتح الباري ” ( ١٢/٣٨٣-٣٨٤ ) .

Telah berkata Al-hafiz Ibnu Hajar dalam Syarah Fathul Barri m/s (12/383-384) ;

Telah diriwayatkan kepada kami secara bersambung daripada jelujur/jalinan sanad Qadhi Ismail Bin Ishak daripada Sulaiman Bin Harb (salah seorang guru Imam Bukhori) daripada Hammad Bin Zaid Bin Ayyub (Ibnu Sirrin) sebagai sokongan penriwayatan hadis riwayat daripada Sayyidina Abu Hurairoh tersebut ; telah berkata beliau bahwa sanya baginda nabi ShallahuAlaihiwasallam telah mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah bermimpikan baginda shallahuAlaihiwasallam ketika tidurnya, maka sabda baginda sifatkanlah olehmu apa yang kamu lihat dalam mimpimu?, lalu beliau menceritakan kepada baginda tentang sifat-sifat baginda di mana baginda shallahuAlaihiwasallam sendiri tidak dapat mengecaminya…

Telah ditashihkan sanad hadis diriwayatkan oleh Ibnu Sirrin ini sebagai Sohih, bahkan didapati juga daripada Al-imam Al-hakim dan ditakhrijkan hadis tersebut oleh beliau sendiri rahimahulloh daripada jalinan sanad A’asim Bin Kulaib telah diriwayatkan oleh bapaku, katakanlah kepada Sayyidina Abdullah Bin Abbas radhiallahuAnhuma, bahwa sanya aku telah melihat baginda shallahuAlaihiwasallam dalam mimpiku, lalu berkata Sayyidina Ibnu Abbas sifatkalah ciri-ciri baginda kepada daku, lalu aku berkata sesungguhnya telah bersamaan wajah baginda shallahuAlahiwasallam dengan cucu baginda Sayyidina Hassan Bin Ali, lalu berkata Sayyidina Ibnu Abbas maka benarlah ape yang kamu telah lihat, ditashihkan hadis ini sebagai jayyid.

وأما من يقول إنه صلى الله عليه وسلم يأتي بكل صورة ، ويستدل على ذلك بما أخرجه ابن أبي عاصم عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” مَن رآني في المنام فقد رآني فإنِّي أُرى في كل صورة ” : فحديث ضعيف .

Adapun hadis yang dhaif melalui jalinan sanad Abi A’asim ditakhrijkan oleh anaknya daripada Sayyidina Abu Hurairoh adalah hadis berkenaan didatangi baginda ShallahuAlaihiwasallam dalam mimpi dalam apa jua bentuk dan rupa dengan mafhum sabda baginda shallahuAlaihiwasallam, ” Barangsiapa yang dapat melihatku dalam tidur, maka sesungguhnya ia telah dapat melihatku dalam apa jua bentuk dan rupa.

• قال الحافظ ابن حجر :

وفي سنده صالح مولى التوأمة ، وهو ضعيف ؛ لاختلاطه ، وهو مِن رواية مَن سمع منه بعد الاختلاط .

” فتح الباري ” صـ ( ١٢/٣٨٤ ) .

Dibuktikan lagi oleh Al-hafiz Ibnu Hajar dalam Syarah Fathul Barri m/s (12/384) ;

Yakni pada sanad Solih Mawla At-taua’matiyy adalah dhaif disebabkan wujud nye percampuran pada isnadnya.
• قال الحافظ ابن حجر :

وقوله ” لا يستطيع ” يشير إلى أن الله تعالى وإن أمكنه مِن التصور في أي صورة أراد ؛ فإنه لم يمكنه من التصور في صورة النَّبي صلى الله عليه وسلم ، وقد ذهب إلى هذا جماعة…

” فتح الباري ” صـ (١٢/٣٨٦) .

Bahkan riwayat Hadis Al-yaqazah yang ditakhrijkan oleh Al-imam Ahmad Bin Hanbal rahimahulloh sendiri pada lafz hadis ‘ لا يستطيع ‘ itu menunjukkan bahwa sanya Allah Taala berkuasa menjadikan Syaitan dalam apa sahaja rupa dan bentuk yang ia kehendaki, namun Allah Taala menegah ia berupa sebagaimana baginda shallahuAlaihiwasallam dan ini adalah pendapat Jumhur Ulama’, Syarah Fathul Barri m/s (12/386).

Jelas!!!

Wujud kontradiksi pemahaman nas hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah berkenaan Al-yaqazah dengan apa yang didakwa oleh Maulana Asri, Siapakah Maulana Asri adakah beliau Muhaddisin Jarh Wal Ta’adil lebih ulung daripada Alhafiz Ibnu Hajar Al-asyqolani rahimahulloh???.

• وأخرج الطبراني مثله من حديث مالك بن عبد الله الخثعمي ومن حديث أبي بكرة صـ (٥/٢٤٣)، وأخرج الدارمي مثله من حديث أبي قتادة صـ (٢/٣٠١)، وأحمد صـ (٥/٣٦٠)…

Bahkan Hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah radhiallahuAnhu ini telah ditakhrijkan oleh Al-imam At-tabari sebagaimana riwayat Malik Bin Khas’amiyy dan riwayat Abi Bakrah m/s (5/243), juga ditakhrijkan oleh Al-iman Ad-darimi rahimahulloh melalui riwayat Abi Qatadah m/s (2/301), dan Al-imam Ahmad Bin Hanbal dalam Musnadnya m/s (5/360).

• قال العلامة ابن الأثير في كتابه (النهاية في غريب الحديث والأثر) : اليقظة قد تكرر في الحديث ذكر اليقظة والاستيقاظ وهو الانتباه من النوم. فهذا حديث صحيح صريح لا يقبل التأويل. صـ (٥/٤٨-٤٩).

Dinukilkan daripada Allamah Ibnu A’thir dalam An-nihayah Fil Gharibil Hadis Wal As’thar m/s (5/38-39) ;

Yakni Al-yaqazah yang berulang-ulang kali diucapkan dalam hadis adalah keadaan yang jaga dan sedar daripada mimpi bahkan dihukumkan hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah radhiallahuAnhumaa ini sebagai Sohih dan Sorih tidak berhajat kepada pentakwilan yang spesifik.

٢. سئل الفقيه العلامة ابن حجر الهيتمي في كتابه (الفتاوي الحديثة) صـ (١/٢١٢) وذكر أيضا في الحاوي صـ (٢/٢٥٨) : سئل هل ممكن رؤية النبي صلى الله عليه وسلم في اليقظة فأجاب: أنكر ذلك جماعة وجوزه آخرون وهو الحق وقد أخبربذلك جماعة من الصالحين واستدل بحديث البخاري (من رآني في المنام فسيراني في اليقظة) أي بعين رأسه…

2. Telah dinukilkan oleh Allamah Al-imam Ibnu Hajar Al-haitami rahimahulloh dalam Fatawa Al-haadisah m/s (1/212) dan juga disebut dalam Al-hawi m/s (2/258) ;

Telah diajukan persoalan berkenaan adakah mungkin dapat melihat baginda nabi shallahuAlaihiwasallam secara Yaqazah (sedar/separa sedar)?, maka dijawab oleh beliau, sesungguhnya telah menginkari kenyataan demikian oleh golongan terdahulu dikhuatiri wujud dakwaan sewenang-wenangnye oleh mereka yang tidak bertanggunjawab sebaliknya menyokong golongan As-solihin dengan kejadian demikian (Al-hawi) dan disokong kenyataan ini oleh golongan kemudian berdasarkan Hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah radhiallahuAnhu dan pendapat ini adalah yang sebenar.

٣. وقال صاحب رسالة (الموقظة فى رؤية الرسول صلى الله عليه وسلم فى اليقظة) : هل يمكن الاجتماع بالنبي والتلقي منه فى اليقظة ؟ نعم يمكن ذلك، فقد صرح بأن ذلك من كرامات الأولياء الغزالي والبارزي والتاج السبكي والعفيف اليافعي من الشافعية والقرطبي وابن أبي جمرة من المالكية.

3. Telah dinukilkan dalam Ar-risalah Al-mauqi’zoh Fil Ru’yatil Rasul ShallahuAlaihiwasallam Fil Yaqazoh ;

Yakni adakah mungkin dapat berjumpa dengan baginda nabi shallahuAlaihiwasallam dalam keadaan sedar?, maka telah berkata musonnif (pengarang) kitab tersebut, ya mungkin bahkan telah ditasriihkan demikian adalah salah satu daripada karamah para waliyullah yang wajib dpercayai sebagaimana dinukilkan oleh Al-imam Abu Hamid Al-ghazali, Al-imam Al-barazziy, Al-imam Tajuddin As-subki, Syeikh Afifi Al-ya’iifiyy Al-syafie, Al-imam Al-qurtubi, dan Al-hafiz Ibnu Abi Hamzah Al-maliki….

٤. ونقل عن الحافظ البغوي : قال ابن بطّال : قوله ( فسيراني في اليقظة ) يريد تصديـق تلك الرؤيا في اليقظة وصحتها وخروجها على الحق وليس المراد أنه يراه في الآخرة لأنه سيراه يوم القيامة في اليقظة فتراه جميع أمته من رآه في النوم ومن لم ير منهم…

4. Telah dinukilkan oleh Al-hafiz Al-baghawiyy rahimahulloh daripada Ibni Battal rahimahulloh telah berkata ;

Yakni dimaksudkan pada lafaz hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah RadhiallahuAnhu ( فسيراني في اليقظة ) adalah dikehendaki membenarkan kenyataan demikian yakni kemungkinan dapat melihat baginda shallahuAlaihiwasallam secara sedar, bahkan telah ditashihkan dan ditakrijkan hadis ini oleh sebilangan daripada ulama’, bukanlah dimaksudkan dalam hadis ini bahwa sanya kita hanya dapat melihat baginda dengan mata yang kasar ini pada hari kiamat kelak sahaja, bahkan dapat dilihat oleh kesemua ummat baginda bagi sesiapa yang menghendaki melihat baginda ketika tidur dan sebagainya….

٥. وقال ابن الحاج المالكي في (المدخل) : وقلّ من يقع له ذلك الأمر، إلاّ من كان على صفة عزيز وجودها في هذا الزمان بل عدمت غالباً، مع أننا لا ننكر من يقع له هذا من الأكابر الذين حفظهم الله تعالى في ظواهرهم وبواطنهم.

5. Telah dinukilkan daripada Ibnu Al-hajj Al-maliki dalam Al-madkhal ;

Yakni sedikit sahaja mereka yang melibatkan diri dalam perkara demikian (Yaqazah) kecuali pada diri mereka tersebut mempunyai sifat yang mulia sebagaimana salafussoleh dahulu pada zaman kini bahkan dikatakan sudah hilang golongan ini pada ghalibnya, kami tegaskan disini bahwa sanya kami tidak mengingkari karamat mereka yang tinggi maqamnya secara lahiriah dan harfiah (batiniyyah) kepada Allah Taala….

٦. قال الإمام السيوطى فى (تنوير الحلك في إمكان رؤية النبى والملك) : فقد كثر السؤال عن رؤية أرباب الأحوال للنبي صلى الله عليه وسلم في اليقظة وإن طائفة من أهل العصر ممن لا قدم لهم في العلم بالغوا في إنكار ذلك والتعجب منه وادعوا أنه مستحيل فألفت هذه الكراسة في ذلك وسميتها….

6. Telah berkata oleh Al-imam Jalaluddin As-suyuthi dalam Tanwirul Al-halk Fil Imkanil Ru’yatil Nabiyy ;

Yakni telah datang begitu banyak persoalan khusus mereka pada hari ini tiadalah keahlian bagi mereka akan ilmu menafikan dapat melihat baginda ShallahuAlaihiwasallam, bahkan ta’ajub mereka dan mengatakan bahwa sanya ini adalah perkara mustahil maka aku telah mengarang lembaran yang ringkas pada menjawab persoalan demikian….

٧. قال الإمام الشعراني رحمه الله تعالى في الطبقات الصغري في ترجمة الشيخ شهاب الدين البلقيني صـ (٦١) :

وكذلك بلغنا أنه كان يجتمع بالنبي صلى الله عليه وسلم يقظة ويحادثه ، أي بجتمع به في حالة بين النائم واليقظان كما هو مقرر في تأويل كلام القوم اهـ….

7. Telah dinukilkan oleh Al-imam As-sya’raniyy rahimahulloh dalam Thabaqat As-sughra m/s (61) ;

Yakni dan telah sampai kepada kami akan kebenaran kenyataan kemungkinan dapat berjumpa dengan baginda nabi shallahuAlaihiwasallam sama ada ketika tidur atau sedar/jaga…

٨. وقال الشيخ محمد بن علوى المالكى في كتابه (الذخائر) صـ (١٤٦) : إن رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم ممكن لعامة أهل الأرض في ليلة واحدة، وذلك لأن الأكوان مرايا، وهو صلى الله عليه وسلم كالشمس إذا أشرقت على جميع المرآيا ظهر في كل مرآة صورتها، بحسب كبرها وصغرها، وصفائها وكدرها، ولطافتها وكثافتها… الخ .

8. Telah dinukilkan oleh Al-marhum Syeikh Dr Muhammad Al-alawi Al-maliki rahimahulloh dalam Az-zakhair m/s (146) ;

Sesungguhnya melihat baginda rasulullah ShallahuAlaihiwasallam adalah bukan perkara yang mustahil bagi kesemua penduduk bumi semalam, kerna baginda shallahuAlaihiwasallam padanya kelihatan seperti mega cahaya matahari yang gemerlapan, mezahirkan penglihatan padanya dengan rupanya, saiznya, sifatnya shallahuAlaihiwasallam…

٩. فقد إتفق علماء أهل السنة والجماعة التصديق بكرامات الأولياء ، ما يجري الله على أيديهم من خوارق العادات في أنواع العلوم والمكاشفات وأنواع القدرة والتأثيرات كالمأثور عن سائر الأمم. مجموع الفتاوي لإبن تيمية.

9. Bahkan dinukilkan oleh Ibnu Taimiyyah rahimahulloh sendiri dalam Majmu’ Fatawanya ;

Yakni telah bersepakat Ulama ASWJ tentang kebenaran karamat para waliyullah, dengan ape yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada mereka yang mejangkaui batas akal fikiran dan adat kebiasaan, dan ini adalah satu bahagian perbahasan dalam Ilmu Tasauf Mukasyafah….

Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh wujud kontradiksi pandangan beliau (Dr Maza) dengan pandangan Ulama’-ulama yang muktabar dalam Mazhabiyyah bahkan dengan Imam pujaannya sendiri Ibnu Taimiyyah tentang kebenaran Al-yaqazah para waliyullahh akan baginda rasulullah ShallahuAlaihiwasallam…

‫#‏من_لم_يذوق_ولم_يدري‬

Wallahua’lam…
Intaha,
Ibnuqassemalkelantany/
@salafytobat93

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group – Johor
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia – Aswaja Pondok Zawiyah Rumi Sufi Jawi PU Faiz Fans Club

26/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Menggunakan Peralatan Pejabat Untuk Kegunaan Peribadi | Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Sumber : Blog Fatwa Malaysia

ISU:

Berkenaan penggunaan barang-barang pejabatsebagai contoh mencetak beberapa dokumen peribadi dalam kuantiti yangsedikit dan penggunaan internet untuk memuat turun sebarang mediaseperti video dan audio ilmiah berkaitan agama/lain2.jadi bagaimanakah saya hendak menggantikan atau keluar dari kesalahan ini jika telah melakukannya.Perlukah saya mengganti dalam apa-apa bentuk gantian? Salahkah?

Berkenaan makanan lebihan dari kursus/mesyuarat yang diadakan di pejabat lalu dimakan oleh kakitangan pejabat yang lain.Kami juga makan makanan lebihan tersebut yang mana jika yang mengadakan mesyuarat itu adalah bahagian/seksyen lain dan mahupun yang diadakan oleh seksyen sendiri.Apakah hukum dalam hal ini?

Saya berkerja di sesebuah seksyen di pejabat kerajaan.seksyen ini dianggap sibuk dan banyak kerja. Alhamdulillah saya buat kerja dengan baik, soalnya disini sampai satu ketika kadang-kadang tiada kerja untuk dibuat disebabkan beberapa perkara yang perlu menunggu urusan dari pihak lain untuk diambil tindakan.jadi tidak ada kerja yang nak buat.adakah salah jika saya tidak membuat apa-apa kerja waktu itu.? atau perlu saya mencari kerja lain?

PENJELASAN:

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 58, yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” Abdullah bin Umar melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang yang tidak amanah.” Hadis sahih direkod oleh al-Munziri.

Isu 1:

Menggunakan kemudahan di pejabat untuk kegunaan peribadi adalah dilarang. Ini disebabkan segala kos yang ditanggung di pejabat menggunakan dana awam, ia hanya digunakan untuk keperluan tugas. Sekiranya kegunaan pejabat telah digunakan untuk kegunaan peribadi, maka ia perlu dibayar ganti rugi. Bayaran ganti rugi boleh dibincangkan dengan Ketua Jabatan.

Isu 2:

Pembaziran merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 27, yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” Lebihan makanan dari kursus/mesyuarat yang diadakan di pejabat dilarang daripada dibuang begitu sahaja. Tidak menjadi kesalahan lebihan makanan itu dimakan oleh kakitangan lain yang tidak terlibat dalam kursus/mesyuarat tersebut. Dalam masa yang sama pihak penganjur kursus/mesyuarat wajib mengurus kewangan yang ada bagi memastikan ia tidak digunakan secara berlebihan.

Isu 3:

Bidang tugas dan peranan seseorang dalam sesuatu Jabatan adalah mengikut perjanjian antara Ketua Jabatan dan pekerjanya. Selama mana gaji yang diterima itu berdasarkan kontrak kerja yang disepakati, maka tidak menjadi kesalahan kepada pekerja menerima gaji, walaupun dalam keadaan tertentu terdapat sela waktu, pekerja tiada urusan untuk dilakukan. Namun, masa ketiadaan tugas untuk dilakukan perlu diisi untuk keperluan Jabatan mengikut tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan daripada semasa ke semasa.

Wallahua’lam.

24/07/2015 Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Merokok Hukum dan Penyelesaiain Nya

 

Rokok Bahaya dan Haram

Sesungguhnya isu merokok adalah isu yang dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi sebenarnya besar kesan terhadap individu yang terbabit. Perlu dinyatakan …di sini banyak akibat yang mudarat dan tidak baik berlaku kepada perokok dan orang sekelilingnya.

Antaranya pembaziran yang ketara yang melibatkan jutaan ringgit pada setiap tahun di peringkat negara di billion dollar pada peringkat dunia. Begitu juga dengan kematian kadarnya seperti 2014 menunjukkan hampir 6 juta kepada perokok dan juga yang berada di sekelilingnya kerana terkesan akibat asap rokok. Angka tersebut bertambah dari setahun ke setahun.

Sekali lagi suka saya pertegaskan bahawa pendapat yang paling kuat dan rajih bahawa merokok hukumnya haram. Saya nukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang mengumpul sejumlah tokoh ulama’ dalam kitabnya Min Hady al-Islam Fatawa Mu’asirah 1/693-710 antaranya:

• Ulama Mesir: Syeikhul Islam Ahmad al-Sanhuri al-Buhuti al-Hanbali dan Syeikhul Malikiyyah Ibrahim al-Laqqani.

• Ulama Maghribi: Syeikh Abu Ghaith al-Qasyasyi al-Maliki

• Ulama Syam: Syeikh Najmuddin bin Badruddin bin Mufassir al-Qur’an al-Arabi al-Ghazzi al-Amiri al-Syafie

• Ulama Yaman: Syeikh Ibrahim bin Jam’an dan muridnya Syeikh Abu Bakar bin Ahdal

• Ulama al-Haramain: al-Muhaqqiq Abdul Malik al-Ishami dan muridnya Muhammad bin Allamah dan Sayyid Umar al-Basri

• Ulama Turki: Syeikh al-A’zham Muhammad al-Khawajah, Syeikh Isa al-Sahwah al-Hanafi, Syeikh Makki bin Faruh al-Makki dan Sayyid Sa’d al-Balkhi al-Madani.

Saya mengucapkan syabas kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang bersungguh-sungguh melaksanakan Kempen Anti-Merokok dengan pelbagai cara telah diusahakan.

Justeru, amatlah penting semua pihak menggerakkan program anti-merokok di peringkat sekolah rendah lagi sehingga ke pada orang dewasa. Alangkah baiknya kita hidup dalam tahap kesihatan yang terbaik dan selamat daripada pembaziran yang mungkin boleh dimanfaatkan harta tersebut untuk pembangunan ummah. Semoga kita semua diberi kefahaman yang mendalam untuk mengelakkan daripada terjebak dengan aktiviti merokok.

Klik di sini untuk membaca dengan lanjut http://muftiwp.gov.my/index.php…

Sumber:
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

22/07/2015 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Black Metal Perosak Akidah Islam

Setiap remaja Muslim hendaklah menjauhi dan membenci gejala yang boleh meruntuhkan akhlak atau memesongkan akidah iaitu gejala Black Metal. Gejala ini mula menular dan merosakkan akhlak dan akidah generasi muda dan remaja.

Terdapat beberapa kes tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berkaitan dengan golongan remaja yang terbabit dengan fahaman dan gejala Black Metal yang boleh meruntuhkan akidah dan tamadun bangsa Melayu.

Fahaman Black Metal ini dikatakan mempunyai unsur seperti antisosial, anti Tuhan, antiagama serta mengajar fahaman ke arah pemberontakan, kebebasan yang melampau yang boleh merosakkan kehidupan dan keharmonian masyarakat di negara ini.

Dari hasil tangkapan pihak berkuasa, sebilangan mereka yang terlibat adalah pelajar sekolah, kalangan remaja yang tidak boleh membaca Al-Fatihah dan mengucap dua kalimah Syahadah.

Perkara ini menjadi kebimbangan kepada ibu bapa pada masa kini bahawa fahaman ini menolak agama serta mengedarkan risalah anti agama melalui pengikutnya yang ekstrem dan sanggup mendapatkan kitab ajaran sihir dari luar negara.

Kumpulan ini dikatakan cuba mengadakan pesta liar, melalui pesta muzik sebagai medan melepaskan perasaan, pesta berunsur seks, menarikan tarian ghairah yang melampau. Pihak berkuasa juga menjumpai dan merampas pelbagai produk, risalah, cakera padat dan kaset, buku ideologi dan baju-T yang ada kaitan dengan kegiatan tidak bermoral kumpulan terbabit.

Sebagai bukti pihak berkuasa juga merampas pelbagai buku mengenai ideologi kumpulan muzik `bawah tanah’ itu yang ditemui dalam beg beberapa remaja yang ditahan termasuklah The Uprising, Stop The Clock dan DURGA.

Golongan remaja ini dikatakan ingin mencari kelainan hingga sanggup meniru pelbagai kelakuan pelik. Punca remaja ini terbabit ialah disebabkan perasaan ingin tahu serta mencari keseronokan.

Kini, dalam era dunia tanpa sempadan, segala yang pelik sudah menjadi suatu kebiasaan dan menakutkan ibu bapa. Remaja dikatakan mudah terpengaruh akibat perubahan zaman yang dilalui serta kecanggihan teknologi yang semakin memuncak. Malah, keadaan ini juga memungkinkan berlaku pergolakan jiwa di kalangan mereka.

Pengaruh Black Metal ialah antara alternatif atau jalan keluar yang mereka anggap sebagi ruang untuk mengeluarkan diri mereka daripada norma biasa kehidupan manusia.

Amalan gaya hidup dengan seks bebas, meminum darah, menghalalkan arak dan paling tragis sanggup mengoyak, memijak dan membakar Al-Quran merupakan perbuatan paling hina dalam Islam.

Di Barat, tindakan berani pengikut fahaman ini membakar gereja, kitab suci dan rumah ibadat, malah sanggup membunuh rakan sendiri sebagai tanda kesetiaan kepada ajaran itu. Mesej utama ajaran ini jelas iaitu pemujaan dan amalan sihir.

Mengikut sejarah, Black Metal ialah muzik yang muncul pada awal 1980-an, pada masa era muzik Heavy Metal. Ia berkembang daripada Thrash Metal sama seperti Death Metal.

Pengasas muzik Black Metal ialah seperti Kumpulan Venom, Mercyful, Fate, Bathory, Hellhammer, Bulldozer. Celtic Frost dan Mayhem.

Nama Black Metal diilhamkan daripada tajuk album kumpulan Venom `Black Metal’yang bermaksud logam hitam. Black Metal mengukuhkan kedudukannya pada masa kini dengan dipengaruhi kumpulan muzik dari Norway seperti Darkthrone, Enslaved, Burzum, Mayhem, Immoral, Ancient dan Emperor. Muzik ini jelas menjurus kepada pemujaan syaitan dan liriknya antiagama.

Beberapa ciri kumpulan Black Metal antaranya petikan gitar menggunakan irama muzik yang keras. Lirik yang memuja syaitan unsur pemujaan dan antiagama. Nada bunyi yang tinggi dengan suara yang menjerit.

Sejarah Black Metal antaranya pemain gitar Mayhem berbangsa Norway, Oystein Arseth atau lebih dikenali Euronymous ialah anggota yang paling menonjol pada lewat 1980-an dan awal 1990-an. Mempunyai kaitan dengan pengaruh neo-nazi, beliau memasukkan elemen yang menentang Yahudi.

Pergerakan kumpulan ini dilakukan secara sembunyi bermula di bilik bawah tanah kedai muzik Aarseth. Bilik bawah tanah itu dikenali sebagai Helvete (neraka).

Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam telah memutuskan ajaran Black Metal yang diasaskan kumpulan muzik berirama rock berat dari barat adalah haram dari segi agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa majlis itu, Datuk Dr. Shukor Husin, berkata dengan fatwa itu, pihak yang mengamalkan ajaran Black Metal kini boleh dikenakan tindakan mengikut hukum syarak..

Ajaran Black Metal menggalakkan pengikutnya memijak Al-Quran, memuja syaitan, anti-Tuhan dan mengamalkan seks bebas. Selain itu, susunan muzik dan lirik Black Metal

Banyak diilhamkan daripada ideologi antipembangunan, antiagama, perlakuan kejam dan memuja syaitan.

Ada ahli kumpulan yang dikatakan memasukkan titisan darah mereka ke dalam gelas yang dipercayai bercampur darah kambing dan kemudian diminum.

Beberapa langkah perlu diambil bagi mengelakkan pengaruh Black Metal di kalangan remaja antaranya:

* Menyucikan hati daripada pengaruh yang tidak berakhlak dan tidak bermoral dengan membersihkan diri daripada maksiat yang boleh menjerumuskan remaja ke arah pemesongan akidah.

* Mengelakkan suasana persekitaran yang boleh mempengaruhi rangsangan nafsu dan akal. Galakkan remaja dengan kegiatan berfaedah seperti kem ibadah, kursus kecemerlangan, serta motivasi diri bagi membina personaliti unggul. Selain itu libatkan diri dalam kegiatan riadah, sukan dan permainan yang boleh membentuk akal dan tubuh badan yang sihat.

* Menjauhi rakan-rakan yang terpengaruh dengan muzik barat yang mengamalkan pergaulan bebas, serta tidak mudah terpengaruh dengan ajaran rakan yang tidak dikenali.
* Selalu membaca Al-Quran dan memahami tafsirannya supaya mendekatkan diri dengan Allah. Sentiasa mengingati Allah dan tidak meninggalkan sembahyang serta menjauhi apa yang dilarang oleh Agama Islam.

· Pilihlah rakan sebaya yang mendorong ke arah kejayaan dan mengamalkan kehidupan dunia dan akhirat mengikut ajaran Islam. Dalam hal ini Imam Ghazali pernah berkata, berkawan dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan semata-mata seperti minum racun yang membinasakan.

· Ibu bapa dan guru mestilah mendidik anak dan anak muridnya ke arah kebaikan. Didikan agama penting dalam pendidikan anak-anak dan asuhan ibu bapa serta guru memainkan peranan ke arah kejayaan hidup.

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

“ Aku tinggalkan kepada engkau dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan tidak akan tinggalkan nescaya kamu tidak akan sesat selepas aku selama-lamanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku (Hadis).

* Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau rakan sebaya anak remaja mereka, di sekolah, di kawasan tempat kediaman dan di mana mereka selalu berada. Ibu bapa dan ahli masyarakat hendaklah sentiasa mengukuhkan ikatan kasih sayang dan kekeluargaan dan selalu menegur perbuatan yang mungkar dan tidak baik di depan mereka.

Kesimpulannya, renungilah kata-kata Hamka:

`Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan. Iman mesti diikuti dengan amal. Amal adalah buah daripada iman.’

Sumber: Majalah Cahaya keluaran JAKIM bulan April 2006.

22/07/2015 Posted by | Aqidah, Berita dan Isu Semasa, Informasi | Leave a comment

Menjaga mata dari pandangan yang Haram.

 

Nasihat Habib Umar dalam Menjaga mata dari pandangan yang Haram.

Melihat kepada aurat dan melihatnya seorang lelaki kepada perempuan atau sebaliknya dengan memperhatikan keindahannya dengan rasa syahwat adalah Haram.

Kerana ia dapat menyebabkan lemahnya Iman, dan dapat menjadikan Hati terpanah oleh Panah yang beracun dari panahnya Syaitan. Sebagaimana di khabarkan Sebaik-baik Manusia ﷺ ,

Pandangan (kepada pandangan yang Haram) adalah busur beracun dari busur iblis yang terlaknat. Berfirman Allah, Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaku, aku gantikan iman yang terdapat keindahan dalam hatinya.

Balasan yang besar untuk siapa yang menutup pandangannya dari yang diharamkan serta menimbulkan syahwat yang haram, seperti memandang gambar yang menimbulkan syahwat, siapa yang menahannya atas sesuatu yang tidak berharga, balasannya sesuatu yang besar.

Allah mengatakan " Aku gantikan Iman yang terdapat keindahan Didalam hatinya "

Dan apa yang didapatkan bagi mereka yang membiarkan matanya dan tidak memikirkannya dalam melihat yang Haram, suatu panah beracun yang menancap dihatinya.

Bukanlah matinya jasad apa yang dia akan dapatkan akibat perbuatan memandang yang Haram akn tetapi matinya Hati,

setelahnya ialah diharamkan atasnya pahala, rosaknya amal solleh, melemahkan Iman, rosaknya ketaatan, maka dengan pandangan tersebut boleh mengganggunya pada solatnya, membaca Al Qur’an bahkan sampai tidak beradab ketika berfikir, sehingga memikirkan yang buruk didalam beribadah kepada Allah, yang Diperhatikan Allah dirinya dan hatinya.

Maka menjdi keburukan adab yang mendatangkan hukuman serta penolakan dan penghalang untuk mendapatkan pahala.

Wa iyya dzubillahi tabaroka wa ta’ala.

Allah mengetahui pandangan khianat Mata dan yang tersembunyi dihati.

Wallahualam

via: Pencinta Rasulullah

Jom Dakwah Bersama Ulama

20/07/2015 Posted by | Tasauf, Tazkirah | | 2 Comments

TANDA-TANDA WALI ALLAH

1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.

Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:

“Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka.”

Dari Said ra, ia berkata:

“Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”

2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.

Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:

10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6

Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).

“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”

3. Mereka bertakwa kepada Allah.

Allah swt berfirman:

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”13

Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana.”

4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.

Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:

Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6

Surah Yunus: 62 – 64

Hadisriwayat. Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104

“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.” Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.” Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa”Rasulullah saw bersabda:

Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5

“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”

Rasulullah saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang berat.”

6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.

Dari Ibnu Umar ra, katanya:

“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang.”

Rujukan:-

Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’

Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya

Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6

8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.

Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. . Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’i kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

9. Mereka senang bermunajat di akhir malam.

Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu. ” Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?” Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”

Rujukan:-

Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal.. 80

Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358

10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.

‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku berada di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan orang. Mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya. Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit. Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia, tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia, tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yang artinya: “Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu.”

11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.

Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda: “Berapa banyak manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah seorang di antara mereka.”

Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra’ berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.” Maka Barra’ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan.

Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a: “Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.

Rujukan:-

Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16

12. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.

Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan:

“Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan”, pada telinga seorang yang pengsan. Maka dengan izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya kepadanya: “Apa yang engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah: “Aku tadi membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan” sampai akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda: “Andaikata seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur.”

– Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7

WALLAHUALAM

20/07/2015 Posted by | Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

Al-Hafizh Ahmad bin Muhammad bin al-Shiddiq al-Ghumari al-Hasani

SEJARAH BERDIALOG DGN WAHABI YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN.

Al-Hafizh Ahmad bin Muhammad bin al-Shiddiq al-Ghumari al-Hasani adalah ulama ahli hadits yang terakhir menyandang gelar al-hafizh (gelar kesarjanaan tertinggi dalam bidang ilmu hadits).

Ia memiliki kisah perdebatan yang sangat menarik dengan kaum Wahhabi. Dalam kitabnya, Ju’nat al-’Aththar, sebuah autobiografi yang melaporkan perjalanan hidupnya, beliau mencatat kisah berikut ini.

“Pada tahun 1356 H ketika saya menunaikan ibadah haji, saya berkumpul dengan tiga orang ulama Wahhabi di rumah Syaikh Abdullah al-Shani’ di Mekkah yang juga ulama Wahhabi dari Najd.

Dalam pembicaraan itu, mereka menampilkan seolah-olah mereka ahli hadits, amaliahnya sesuai dengan hadits dan anti taklid. Tanpa terasa, pembicaraan pun masuk pada soal penetapan ketinggian tempat Allah subhanahu wa ta‘ala dan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala itu ada di atas ‘Arasy sesuai dengan ideologi Wahhabi.

Mereka menyebutkan beberapa ayat al-Qur’an yang secara literal (zhahir) mengarah pada pengertian bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala itu ada di atas ‘Arasy sesuai keyakinan mereka.

Akhirnya saya (al-Ghumari) berkata kepada mereka: “Apakah ayat-ayat yang Anda sebutkan tadi termasuk bahagian dari al-Qur’an?”

Wahhabi menjawab: “Ya.”

Saya berkata: “Apakah meyakini apa yang menjadi maksud ayat-ayat tersebut dihukumi wajib?”

Wahhabi menjawab: “Ya.”

Saya berkata: “Bagaimana dengan firman Allah subhanahu wa ta‘ala:

وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَمَا كُنْتُمْ. (الحديد : ٤)
.
“Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.” (QS. al-Hadid : 4).

Apakah ini termasuk al-Qur’an?”

Wahhabi tersebut menjawab: “Ya, termasuk al-Qur’an.”

Saya berkata: “Bagaimana dengan firman Allah subhanahu wa ta‘ala:

مَا يَكُوْنُ مِنْ نَجْوَى ثَلاَثَةٍ إِلاَّ وَهُوَ رَابِعُهُمْ. (المجادلة : ٧).

“Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah keempatnya….” (QS. al-Mujadilah : 7).

Apakah ayat ini termasuk al-Qur’an juga?”

Wahhabi itu menjawab: “Ya, termasuk al-Qur’an.”

Saya berkata: “(Kedua ayat ini menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala tidak ada di langit). Mengapa Anda menganggap ayat-ayat yang Anda sebutkan tadi yang menurut asumsi Anda menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala ada di langit lebih utama untuk diyakini dari pada kedua ayat yang saya sebutkan yang menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala tidak ada di langit?

Padahal kesemuanya juga dari Allah subhanahu wa ta‘ala?”

Wahhabi itu menjawab: “Imam Ahmad mengatakan demikian.”

Saya berkata kepada mereka: “Mengapa kalian taklid kepada Ahmad dan tidak mengikuti dalil?”

Tiga ulama Wahhabi itu pun terbungkam. Tak satu kalimat pun keluar dari mulut mereka. Sebenarnya saya menunggu jawaban mereka, bahwa ayat-ayat yang saya sebutkan tadi harus dita’wil, sementara ayat-ayat yang menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala ada di langit tidak boleh dita’wil.

Seandainya mereka menjawab demikian, tentu saja saya akan bertanya kepada mereka, siapa yang mewajibkan menta’wil ayat-ayat yang saya sebutkan dan melarang menta’wil ayat-ayat yang kalian sebutkan tadi?

Seandainya mereka mengklaim adanya ijma’ ulama yang mengharuskan menta’wil ayat-ayat yang saya sebutkan tadi, tentu saja saya akan menceritakan kepada mereka informasi beberapa ulama seperti al-Hafizh Ibn Hajar tentang ijma’ ulama salaf untuk tidak menta’wil semua ayat-ayat sifat dalam al-Qur’an, bahkan yang wajib harus mengikuti pendekatan tafwidh (menyerahkan pengertiannya kepada Allah subhanahu wa ta‘ala).”

Demikian kisah al-Imam al-Hafizh Ahmad bin al-Shiddiq al-Ghumari dengan tiga ulama terhebat kaum Wahhabi.

image

GAmbar: Sayyid Ahmad Siddiq al-Ghumari(abang-kiri) Dan Sayyid Abdullah al-Ghumari (kanan)

19/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

PERANG PARANG PANJANG

TENTERA PERANG SABIL SELEMPANG MERAH BATU PAHAT (1945)
Sumber: Yayasan Warisan Johor , (Johor mengenang sumbangsih mu)

Panglima – Kiyai Hj Salleh bin Abdul Karim.
Pesuruh Jaya Am – Kiyai Wak Joyo

a. Johor Selatan:

Ketua 1 – Kiyai Kusin
Ketua 2 – Kiyai Mashudi
Ketua 3 – Kiyai Mayor

b. Johor Timur:

Ketua 1 – Kiyai Saudi
Ketua 2 – Kiyai Maskan
Ketua 3 – Kiyai Sarbini

c. Johor Utara:

Ketua 1 – Kiyai Mustahir
Ketua 2 – Kiyai Shamsudin
Ketua 3 – Kiyai Shukur

Ketika tentera Jepun menduduki Malaya , maka tumbuh lah dua etnik penduduk Malaya ini , pemikiran dan tanggapan yang bertambah lebar jurang nya, ia itu perasaan curiga mencurigai diantara satu dengan yang lain. Jurang perbezaan ini terbit lah bibit perbezaan perselisihan fahaman yang sememang nya telah wujud, saperti perbezaan bahasa , ugama dan dan juga budaya secara umum nya.

Dari segi politik orang orang China memang susah untuk mendahului orang Melayu.
Untuk memenuhi cita cita politik orang China, maka tertubuh lah pergerakan ” Bintang tiga ” yang membawa anasir komunis. Tujuan pergerakan ini ialah untuk memerintah Malaya dengan langkah awal nya dengan menghalau tentera Jepun , dan langkah ke dua nya hendak mengalahkan orang orang Melayu supaya Malaya menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Negara China.

Orang Melayu yang sangat kukuh semangat kebangsaan nya , tetap mahu memelihara keutuhan negara nya dan Ugama Islam. Fahaman komunis tetap menunjukan unsur unsur yang mencabar prinsip pegangan orang orang Melayu. Dari sudut yang lain pula orang orang Melayu sentiasa menganggap bahawa Malaya ketika itu bukan lah negara bagi etnik China , kerana kumpulan komunis ini di nominasi kan olih orang orang China.

Orang orang China di semenanjung ini pula telah mengikut pergolakan yang berlaku di negara China yang telah diduduki olih Jepun ketiha dalam perjalanan nya hendak menduduki Asia Tenggara, Sebagaimana orang orang China di negara nya menentang pendudukan Jepun , orang orang China juga bersedia menentang Jepun.

Tentera Jepun memandang Raayat China sebagai musuh nya, mengambil sikap bahawa orang China di Malaya juga sebagai musuh nya. Sebalik nya bagi orang orang Melayu , Jepun itu sebagai kawan yang bolih menguntung kan merika. Tanggapan yang baik itu wujud kerana orang Jepun yang berniaga di Malaya sebelum perang , mempunyai sikap yang baik dan menjual barang barang dagangan merika dengan harga yang murah. Orang orang Melayu memang bersedia menyambut kedatangan Jepun.

Penubuhan Gerakan Anti Japan Army (MPAJA) ia itu cabang daripada gerakan komunis, telah melebarkan sayap nya ke kampung kampung Melayu . Gerakan ini mudah disebut ” BIntang Tiga ” sahaja kerana logo nya merupakan tiga bintang yang diletakan dihadapan topi nya. Pemimpin pemimpin Melayu di kampung kampung terpaksa menjadi ahli gerakan tersebut. Jika tidak nyawa merika akan terancam. Yang demikian , terdapat ahli ahli itu dikalangan orang Melayu dengan mempunyai ahli jawatan kuasa masing masing. Diantara tugas yang pasti ialah memungut yuran dari setiap buah rumah untuk kepentingan gerakan itu.

Pada penghujung tahun 1945, terdapat khabar khabar angin mengatakan , orang orang China hendak membunuh ulamak dan orang alim Melayu. Sebab itu setiap malam selepas maghrib ramai orang orang alim bersembunyi dipondok pondok kebun . Keadaan saperti ini berlaku selama tiga bulan . Tiga bulan lama nya orang orang China komunis , mencari orang orang alim. Ada juga orang orang alim ini ditangkap di isi didalam guni dibawa kedalam hutan hilang ghaib entah kemana. Tindakan orang orang China komunis membunuh orang orang Melayu yang alim dan handal handal dengan tujuan hendak memudahkan merika bergerak tanpa ada halangan , yang tinggal ialah yang tidak berpelajaran.

Maka ramai lah dari sehari kesahari orang orang alim Melayu hilang entah kemana. Seorang Che’gu telah ditangkap dan dimasukan kedalam guni ditengah tengah pasar Batu Pahat. Orang orang China komunis ini berani bertindak demikian kerana merika ada senapang , sedangkan orang Melayu tiada. Yang menjadi tali barut pun orang Melayu juga, ia itu orang Melayu yang masuk ” Bintang Tiga ” diketuai olih Md Indera.

Orang orang Melayu yang diculik dan hilang telah bertambah ramai dari sehari ke sehari. Tidak ada apa apa tindak balas daripada orang Melayu. Lantaran daripada itu orang orang Melayu telah mula marah , lalu timbul lah satu pakatan , sesiapa yang hendak mencari saudara mara nya yang hilan itu dikehendaki datang didalam satu mesyuarat yang diadakan.

Kapung Parit Tabor merupakan sebuah kampun yang majoriti penduduk nya oran orang China. Habis rumah rumah kediaman orang orang Melayu bersama kepuk padi dikampung itu dibakar. Merika yang sempat melarikan diri dapat lah menyelamatkan diri. Merika yang tidak sempat terkapar menjadi mayat yang rentung. Ada diantara merika melarikan diri di kebun getah dan dipersekitaran dengan tidak makan dan minum. Orang orang Melayu di Parit Ju, Parit mantan, Parit Jawa, Parit Putuh , Separang, dan kawasan yang berhampiran, sentiasa berada didalam ketakutan disebabkan ancaman komunis. Semangat pemuda pemuda Melayu mula membara dan meluap luap apabila melihat keadaan nyawa bangsa merika sentiasa terancam. Penghulu mukim empat , Kari bin Md Saat telah melantik Ijam bin Ahmad menjadi ketua untuk melancarkan serangan balas terhadap China komunis, tetapi beberapa kali serangan dilakukan semua nya menemui kegagalan.

Kegagalan orang Melayu menentang komunis ini telah menyebabkan Penghuli Kari membuat pengumuman kepada penduduk Mukim Empat, mencabar siapakah anak Melayu yang sanggup tampil kehadapan menjadi peminpin menentang China komunis, Maka nama Salleh Keling telah dicadang kan memandangkan kebolihan nya yang luar biasa saperti membengkok kan besi dengan tangan sahaja, dan kekuatan nya yang menakjubkan. Ramai juga yang tidak menaruh keyakinan terhadap kebolihan nya kerana memandangkan latar belakang nya yang hitam. Masakan orang saperti itu bolih memimpin satu angkatan yang akan menentukan nasib masa depan orang Melayu.

Dengan hati yang tulus ikhlas , Saalleh telah menerima tawaran yang diberikan kepada nya hanya dengan berkata ” Insyallah ” sahaja. Bagi nya ini lah peluang keemasan untuk mencuba dan menggunakan segala ilmu kebatinan yang telah dipelajari nya. Dengan semangat yang membara dia sanggup memikul tanggung jawab yang begitu besar demi kepentingan bangsa dan ugama.

Salleh kemudian nya meminta Penghulu Kari mengumpulkan orang orang Melayu di Mesjid Parit Sulung. Penghulu Kari hanya dapat mengumpulkan tiga puluh lapan orang sahaja kerana sebahagian besar orang kampung masih sandsi dan tidak menaruh kepercayaan yang penuh kepada Salleh. Sebelum memulakan serangan pertama nya di Kangkar Senangar di Parit Sulung, Salleh menyuruh pengikut nya membaca surah Yasin dan ayat empat. Selepas itu beliau sendiri memakaikan pengikut pengikut nya selempang merah . Sebelum memulakan serangan beliau terlebih dahulu menerangkan pantang larang yang mesti dipatuhi olih pengikut pengikut nya. Beliau melarang mengambil harta benda musuh kecuali senjata. Satu keistimewaan yang ada pada Salleh ialah beliau dapat meramalkan peristiwa yang akan berlaku. Dalam pertempuran ini beliau meramalkan dua orang pengikut nya akan mendapat kecederaan.

Pasukan Panglima Kiyai Salleh bertolak pada waktu selepas subuh dengan bersenjatakan pedang dan parang panjang. Walau pun bilangan musuh jauh lebih ramai dan bersenjatakan senapang , angkatan Panglima Kiyai Salleh dengan mudah dapat menumpasskan pihak lawan, Yang aneh nya musuh musuh itu menembak keatas kerana pada pandangan merika Panglima Kiyai salleh dan pengikut nya tinggi saperti pokok kelapa.

Pada suatu ketika , orang orang Melayu telah mendapat tahu , bahawa orang orang China komunis akan mengambil keputusan untuk menyerang orang orang Melayu dengan menangkap pemimpin pemimpin Melayu dulu secara besar besaran pada hari sabtu. Kumpulan China komunis itu dipimpin olih Sau Kau. Sementara itu orang orang Melayu dari serata kampung Mukim Tujuh sudah pun berkumpul di Kampung Haji Taib. Ketika itu orang Melayu telah mmempunyai kekuatan. Panglima Kiyai Salleh telah mengambil keputusan untuk memulakan serangan pada hari Jumaat. Tindakan ini telah mengejutkan orang orang China komunis yang masih belum bersedia , Merika masih berada dirumah masing masing belum lagi berkumpul.

Orang orang Melayu bertindak 12 jam lebih awal daripada orang China. Orang China yang yang tinggal di Sri Mendapat , Sri Bandan , Asam Bubuk, Parit Jawa, Parit Benggali , Parit Ahmad, dan Parit Tabur habis dibunuh olih kumpulan 500 hingga 600 orang Melayu. Dalam gerakan itu orang orang China telah terkejut , orang kampung beramai ramai membawa parang panjang kerana di kampung Haji Taib orang yang mempunyai senapang hanya seorang sahaja. ” Kita ikut Nabi ” orang Melayu mulakan padari hari Jumaat dalam bulan Ramadhan.

Di satu ketika yang lain pada hari Jumaat selepas orang orang Melayu selesai menunaikan solat Jumaat , datang seorang China saperti hendak meninjau orang orang Melayu berkumpul di Mesjid. Orang China itu telah ditangkap dan diikat ditiang bangsal mesjid. Satu jam kemudian datang lagi empat orang China . Merika juga diikat ditempat yang sama. Maka orang orang Melayu mengagak , selepas ini merika tidak akan datang empat lima orang . Merika akan datang beratus orang dan bersenjata. Dimesjid itu hanya ada sepucuk senapang sahaja. Orang orang China telah berkumpul di Parit Bandan, ia itu lebih kurang empat batu dari Kampung Asam Bubuk tempat orang Melayu berkumpul. Penduduk Parit Bandan majoriti nya orang China.

Rupa rupa nya orang orang China di Parit Bandan telah berkumpul tetapi tidak ramai ia itu kira kira tiga puluh orang . Setengah nya telah melarikan diri terlebih dahulu . Olih kerana lima orang pengintip nya tidak balik , maka orang China yang tiga puluh orang itu menyerang. Orang Banjar bersenjatakan pedang, orang Jawa bersenjatakan keris . Masing masing bersenjatakan sebilah parang panjang. Orang orang Melayu berjaya membunuh semua tiga puluh orang China, dan merampas semua senapang serta peluru nya.

Peperangan ini berlarutan dari sehari kesehari yang lain. Pergi pagi balik petang mengikut susunan jadual ia itu satu pasukan disertai olih ketua dan pengikut seramai dua puluh orang . Operasi tidak bergerak serentak , sedikit sedikit lebih kurang tiga puluh orang sahaja untuk menyerang dan membakar bagi tiga buah rumah. Senjata ditangan tidak bolih dibuka dari genggaman kerana telah di gam dengan darah musuh yang membeku.

Kebanyakan anggota kumpulan itu berkaki ayam , sebab menurut petua , kalau berkaki ayam kita dan jasad mesti berpijak ketanah. Kerana kita datang nya dari tanah , ini satu cara mengukuhkan semangat juang. Semangat orang Melayu begitu tinggi kerana merika mengambil pegangan kalau mati pun dikira mati syahid. Walaupun ada yang tercedera tetapi tidak mati. Merika yang mati itu kerana tidak mengikut peraturan perang dan juga kehendak Allah.

Daripada Sri Bandan , Sri Mendapat, Asam Bubuk membawa ke Parit Khalid, Daripada Parit Benggali sampai ke Semberung , Sungai Biu , Parit Ahmad, Daripada Parit Jawa sampai ke Parit Tabur, semua orang China habis dibunuh tidak berbaki untuk dibuat benih.

Dalam satu ketika , apabila satu kumpulan besar orang Melayu hendak menyerang bandar Penggeram, pengikut pengikut nya datang dari Parit Sulung, Ayer Hitam, Sungai Balang, Lubuk dan Bagan tempat merika berkumpul. Disaat saat akhir Datok Onn telah sampai ke Bagan. Tujuan kedatangan Datok Onn ialah untuk menghalang serangan yanag akan dilancarkan olih orang orang Melayu, Beberapa orang China telah datang merayu , supaya Datok Onn dapat menyelamatkan Bandar Penggeram dari menjadi padang jarak padang terkukur, akibat serangan orang orang selempang merah.

Menurut satu sumber yang lain, Datok Onn terpaksa bertindak sedemikian kerana beliau telah diugut olih sekumpulan ” Bntang Tiga ” , kalau Datok Onn gagal menahan kemaraan tentera selempang merah , rumah Datok Onn yang telah dikepung akan dibakar bersama sama ahli keluarga nya.

Pada hari esok nya Datok Onn telah memanggil semua Datok Penghulu di Batu Pahat , ketua ketua bintang tiga dan ketua orang China di bandar Penggeram supaya berhimpun di dewan perniagaan China di Jalan Rahmat untuk membuat rundingan damai. Panglima Kiyai Salleh dan ketua bintang tiga bersama sama Penghulu dan kaum China telah berjaya bersepakat menghentihan pergaduhan sengit itu.

15/07/2015 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Muhasabah Ramadhan–10 malam terakhir

KALAULAH DI DUNIA KITA TELAH MENDAPATKAN SEGALA-GALANYA TETAPI KITA TIDAK BERJAYA MENDAPATKAN 3 ANUGERAH DARIPADA ALLAH JALLA WA’ALA IAITU RAHMATNYA ALLAH,

MAGHFIRAHNYA/PENGAMPUNANYA ALLAH DAN JUGA PEMBEBASAN DIRI DARIPADA API NERAKA

MAKA SEGALA KEKAYAAN YANG KITA ADA,HARTA KITA,ILMU KITA

,PANGKAT KITA,JAWATAN KITA,

KEDUDUKAN KITA,KECANTIKAN KITA,KETAMPANAN KITA,KEKUATAN KITA SEMUA ITU TIDAK ADA ERTINYA KALAU KITA TIDAK BERJAYA MENDAPATKAN 3 ANUGERAH DARIPADA ALLAH JALLA WA’ALA KETIKA HIDUP KITA DI DUNIA INI

10 MALAM YANG TERAKHIR MANFAATKANLAH SEBAIK MUNGKIN UNTUK KITA MENDAPATKAN ANUGERAH DARIPADA ALLAH UNTUK MENDAPATKAN MALAM LAILATUL QADR KHUSUSKAN BAGI TUMPUAN UNTUK AKHIRAT KITA UNTUK MENDAPATKAN ANUGERAHNYA ALLAH JANGAN SAMPAI KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG RUGI DAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARINYA.

Kalaulah di dunia kita telah mendapatkan segala-galanya.

Duitnya,kedudukannya,hartanya,

pangkatnya,takhtanya,wanitanya,

kecantikannya,ketampanannya tapi kita tidak berhasil dan juga tidak berjaya meraih anugerah pada 10 malam yang terakhir di bulan ramadhan iaitu kebebasan diri daripada Api Neraka maka segala-galanya itu akan menjadi lenyap dan tidak ada apa-apanya.

Jadi bagaimana perumpamaan yang sederhana di 10 malam yang terakhir ini kita mampu untuk MEMINANG rahmatnya Allah,maghfirahnya Allah dan juga kebebasan diri daripada Api Neraka.Tentunya setiap orang yang mengharapkan sesuatu kalau pada saat kita MELAMARNYA,

MEMINANGNYA mesti dengan kita akan tampil dalam keadaan yang sihat dan sempurna.

Kemas,rapi,cantik,indah,bagus,sopan,santun.Itu kebiasaannya kalau tidak LAMARAN kita akan ditolak.Sesiapa pun yang DILAMAR sebelum dengan kita MELAMARNYA maka mungkin kita akan mandi,kita berpakaian kemas dan rapi,sisir rambut,

bersolek,minyak harum yang mana,sampin yang mana,baju yang mana,pakaian yang seperti apa.

Kenapa?Sebab kita akan melakukan pertemuan dengan calon Pak dan Mak Mertua.Begitu juga dengan calon isteri kita.Begitu juga sebaliknya calon suami ke apa sahaja.Bahkan masing-masing daripada calon pasangan tadi itu akan tampil dengan keadaan yang layak dengan keadaan yang sopan yang mampu untuk menunjukkan ketampanannya dan juga kebolehannya yang mampu untuk menunjukkan kejelitaan dan kecantikannya sehingga masing-masing mampu memikat dan menambat hati dan perasaan sehingga menjadi pasangan suami isteri.

Nah!!!Begitu juga kita di 10 malam yang terakhir ini.Kita ingin MELAMAR ramadhan untuk mendapatkan satu penghormatan satu kemuliaan daripada Allah Jalla Wa’Ala untuk kita mendapatkan kebebasan diri daripada Api Neraka maka bagaimana dengan bacaannya? Dengan penampilannya?Dengan ibadahnya?Dengan qiamnya?Dengan tahajuddnya?Dengan witirnya?Dan juga amalan-amalan yang seumpamanya.

Kalau kita amati dan hayati perjalanan pesawat-pesawat,

armada-armada ramadhan yang sudah kita terbangkan yang sudah terbang meninggalkan kita sejak daripada hari pertama ramadhan.Mungkin ada di antara kita yang sepanjang 5 waktu sembahyangnya tidak luput tercatat di dalam kargo-kargonya tercatat di dalam muatannya HANPHONE,

WHATSAPP,FACEBOOK,IPAD dan juga SMSNYA atau yang seumpamanya.

Ini TANGAN kita gerakkan untuk apa?Dalam berapa kali kita gerakkan di waktu takbir?Ini dengan tatapan MATA kita melihat.Dalam berapa kali melihat Al-Quran?Menatap kedua ibu dan bapa?Menatap arah kiblat?

Menatap kepada muka Para Ulama yang membawa kepada kebenihan hati dan juga ketenteraman jiwa atau menatap tulisan-tulisan yang membicarakan tentang ilmu-ilmu agama?

Rasanya secara jujur lebih banyak kita tengok HANDPHONE daripada kita melihat WAJAH KEDUA IBU DAN BAPA DAN WAJAH PARA ULAMA.

Lebih banyak kita disibukkan dengan urusan WHATSAPP dan SMSNYA.

Penuh buka kargo yang pertama mendarat ramadhan yang berpangkalan di Akhirat yang akan kita lihat bersama.

Isi dan muatannya di hari kiamat ternyata yang terisi TIDUR,SANTAI,SMS,HANDPHONE ataupun juga dengan urusan-urusan yang seumpamanya.Kita tak nak nanti sampai kita jadi kecewa di hari pembalasan yang kekecewaan kita pada saat ketika itu kita tidak boleh patah balik ke dunia untuk kita membetulkannya.

Jadi untuk 10 malam terakhir ink kita kena bagi tumpuan memang khusus untuk akhirat memang khusus untuk agama memang khusus untuk mendapatkan rahmat yang kalau pada saat ketika Allah tengok PANDANGANNYA,PENGLIHATANNYA,

PENDENGARANNYA,HATINYA,MULUTNYA,KAKINYA.Satu persatu beraksi yang sama kerana ingin mendapatkan kebebasan diri daripada Api Neraka.

Kalaulah dengan seseorang itu berasa bangga dengan teknologinya,bangga dengan kewangannya,bangga dengan kehidupannya,bangga dengan kekuatannya,bangga dengan kesejahteraannya,bangga dengan keamanan dan juga ketenteramannya

bangga dengan jawatan,pangkat dan takhtanya.

Itu semua tidak ada erti kalau dalam sepanjang hidup tidak mendapatkan 3 anugerah Allah Jalla Wa’Ala

1)Rahmat

2)Maghfirah/Pengampunan

3)Pembebasan diri daripada Api Neraka untuk mendapatkan Syurga yang abadi.

 

Oleh: Syeikh Nuruddin Marbu ALBanjari ALMakki – Restu from Syeikh

14/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment

ZIARAH KUBUR DI PAGI RAYA

Ziarah kubur merupakan suatu sunnah berdasarkan hadis Nabi saw :

كنت تهيتكم عن زيارة القبور الا فزوروها
“Dulu aku pernah menegah kamu dari menziarahi perkuburan. Adapun sekarang maka kamu bolehlah menziarahinya” (Hadis).

Sunnah adalah perbuatan, perkataan atau persetujuan Nabi saw. Maka dari hadis di atas, ziarah kubur adalah sunnah dari perkataan Nabi saw. Bahkan diriwayatkan Nabi saw sering ke Tanah Perkuburan Al-Baqiek di sebelah Masjid Nabawi dan mendoakan untuk mereka.

Disegi bahasa Arab, “bid’ah” bermakna innovasi atau mencipta yang baru, samada cipta yang baik atau buruk.

Cipta buruk seperti “bid’ah” yang biasa disebut masyarakat seperti doa meminta hajat dari ahli kubur, bukan dari Allah dan sebagainya.

Cipta baik seperti Allah, Pencipta alam semesta. FirmanNya :
بديع السماوات والارض
bermaksud, “Allah bid’ah langit dan bumi” bermaksud “Allah pencipta langit dan bumi”. Bahkan salah satu nama Allah adalah Al-Badi’ (البديع) bermakna “Maha Pencipta” dan ramai Arab bernama Abdul Badiek.

Oleh kerana disegi bahasa arab “Bid’ah” boleh bermakna “cipta yang baik” atau “cipta yang buruk”, maka keluarlah 2 istilah Syarak iaitu “Bid’ah Hasanah” (Bid’ah yang baik) dan “Bid’ah Dolalah” (Bid’ah yang sesat).

Salah satu bid’ah yang baik adalah Bid’ah Iltizamiah.

BID’AH ILTIZAMIAH

Contoh nya Nabi saw menyatakan bahawa orang yang membaca surah Al-Ikhlas (قل هو الله احد . الله الصمد . لم يلد ولم يولد . ولم يكل له كفوا احد) dapat pahala menyamai membaca seluruh Al-Quran. Walaupun membaca Surah “Qulhuwallah” ini sebanyak 3x tidak mengambil masa lebih 30 saat, namun kebanyakan manusia alpa merebut ganjaran ini setiap hari.

Maka, jika seseorang takut alpa seperti kebanyak manusia lain, lalu dia mengiltizamkan dirinya membaca 3x “Qulhuwallahu ahad …” tiap hari sebelum memulakan sarapan pagi, menghidupkan enjin keretanya untuk ke pejabat atau sempena-sempena yang lain, lalu dengan taktik dan teknik seperti itu dia menjadi insan yang iltizam mendapat ganjaran dan taqarrub kepada Allah, maka ia adalah suatu yang dibolehkan. Ia adalah ciptaan baru (bid’ah) diaspek teknik dan taktik, tetapi asli dan syar’iyy diaspek isi dan content.

ZIARAH KUBUR DI PAGI RAYA

Setelah memahami dengan ringkas mengenai istilah “Bid’ah Iltizamiah” di atas, maka lebih mudah di sini untuk menyatakan bahawa ziarah kubur ibu bapa, saudara mara atau sahabat handai di pagi Raya adalah termasuk dalam Bid’ah Iltizamiah yang diharuskan.

Ia sama hukumnya dengan beriltizam membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat, membaca ayat-ayat Al-Quran tertentu yang tetap setiap kali selepas solat-solat fardhu.

Ia samasekali bukan “Bid’ah” yang bermaksud “Bid’ah Dolalah” (bid’ah yang sesat) yang disabdakan oleh Nabi saw وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة فى النار bermaksud “Setiap bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di neraka”.

SYARAT-SYARAT ILTIZAMIAH

Dari penjelasan di atas, dapat dirumuskan syarat-syarat Bid’ah Iltizamiah diharuskan Syarak adalah ada 3 iaitu :

1⃣ Isi atau content ibadat tersebut memang terdapat anjuran dari Al-Quran atau As-Sunnah yang sahih, tanpa ditokok tambah.

2⃣ Teknik atau strategi baru pada waktu atau cara perlaksanaannya tidak mengubah content atau isi ibadat tersebut.

3⃣ Iltizam yang dipakai pada dirinya tidak dipaksa kepada orang lain atau menyalahkan orang lain yang tidak melakukan seperti strategi yang dia atur untuk dirinya.

BUDAYA

Setiap kaum mempunyai budaya tersendiri dan berbeza ke arah melaksanakan tuntutan beragama demi menuju keredhaan Allah swt. Islam mengalu-alukan budaya yang positif sesuatu kaum.

Ziarah kubur di pagi Raya di Malaysia mempunyai kelebihan berbanding ziarah kubur di waktu-waktu yang lain kerana :

1⃣ Ketika itu peluang untuk ziarah kerana sedang berada di kampung, terutama anak-anak yang tempat bekerja dan tinggalnya jauh di perantauan.

2⃣ Lebih mudah ingatkan diri dan punya masa untuk ziarah kubur di kampung berbanding waktu-waktu lain seperti waktu bekerja atau bertugas.

3⃣ Ketika itu anak- anak dan cucu-cucu berkumpul bersama. Dengan menziarahi kubur bersama-sama generasi terkemudian dapat dikenalkan dan diceritakan pengajaran-pengajaran dari generasi terdahulu dilokasi yang lebih memberi impak kepada jiwa dan fikiran.

PERHATIAN

Agar ziarah kubur di pagi Raya selari dengan Syarak, beroleh keberkatan dan pengajaran, beberapa perkara perlu diraikan :

1⃣ Tidak beriktikad bahawa ziarah kubur di pagi Raya sebagai acara wajib atau rukun sambutan Hari Raya.

2⃣ Memastikan content atau isi ziarah tersebut selari dengan Syarak diantaranya :
🔻memberi salam kepada penduduk tanah perkuburan seperti :

السلام عليكم اهل الديار من المسلمين
“Salam sejahtera wahai penduduk tempat ini dari kalangan orang-orang Islam”, atau

🔻mendoa untuk kesejahteraan si mati dengan meminta dari Allah swt, bukan dari sesiapa yang hidup apatah lagi dari sesiapa yang telah mati. Hanya Allah swt yang memberi menfaat kepada seseorang.

🔻sebolehnya berdoa menghadap Kiblat, bukan menghadap kubur.

🔻memberi tazkirah tentang Mati sebagai pengajaran.

🔻mengambil kesempatan menceritakan perihal kebaikan dan kehebatan Al-Marhum/ah kepada anak cucu yang hadir untuk dijadikan pengajaran generasi seterusnya.

🔻menjelaskan hubungkait persaudaraan diantara satu kubur dengan satu kubur yang lain, untuk anak cucu memahami susur galur saudara mara agar mereka lebih kuat azam untuk menjadi agen pengerat silaturrahim antara saudara mara yang masih hidup, melalui ziarah, takaful tolong menolong, e-group dan sebagainya.

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu” (Surah Al-Hasyr : ayat 10)

Al-Faqir ila Rabbihi,

Us. Abdul Halim Abdullah
27 Ramadan 1436H/2015M
14/7/2015

14/07/2015 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Ziarah Kubur Waktu hari Raya

Image result for ziarah kubur hari raya

 

Menjawab Isu Ziarah Kubur Di Hari Raya yang ada golongan menyamakan ziarah umat Islam itu sama dengan yahudi dan nasrani

Jawapan :

Ziarah Kubur Waktu hari Raya

Mufti al-Azhar, Kairo, memperbolehkan ziarah seperti ini:

وَمِنْ هُنَا نَعْلَمُ أَنَّ زِيَارَةَ النَّاسِ لِلْمَقَابِرِ عَقِبَ صَلَاةِ الْعِيْدِ إِنْ كَانَتْ لِلْمَوْعِظَةِ وَتَذَكُّرِ مَنْ مَاتُوْا وَكَانُوْا مَعَهُمْ فِى الْأَعْيَادِ يُنَعَّمُوْنَ بِحَيَاتِهِمْ ، وَطَلَبِ الرَّحْمَةِ لَهُمْ بِالدُّعَاءِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ أَبَدًا … (فتاوى الأزهر – ج 8 / ص 391)

“Dari sini kita mengetahui bahwa umat Islam melakukan ziarah kubur setelah hari raya, jika untuk menjadi pelajaran dan mengingat orang yang telah mati, yang dahulu mereka bersamanya saat hari raya dan merasa senang dengan kehidupannya, serta memintakan rahmat dan doa untuk mereka, maka hukumnya boleh, selamanya…” (Fatawa al-Azhar, 8/391)

Sebagian ulama Salaf dari Tabiin pun juga telah melakukan ziarah setelah hari raya:

عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ قَالَ صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ فَإِذَا أَبُوْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ فَلَمَّا قَضَيْنَا الصَّلَاةَ خَرَجَا وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَانَةِ. (4) مصنف ابن أبي شيبة – (ج 2 / ص 70)

“Dari Atha’ bin Saib ia berkata: “Saya salat Subuh di masjid ini di hari raya fitri, ternyata bertemu Abu Abdirrahman dan Abdullah bin Ma’qil. Setelah kami melakukan salat, keduanya keluar, saya juga keluar bersamanya, menuju ke kuburan” (Mushannaf Ibni Abi Syaibah, 1/70)

ZIARAH KUBUR PADA WAKTU/HARI TERTENTU

1.
عن محمد بن إبراهيم قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم يأتي قبور الشهداء على رأس كل حول فيقول:”السلام عليكم بما صبرتم فنعم عقبى الدار”، وأبو بكر وعمر وعثمان

“Muhammad bin Ibrahim berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mendatangi makam para syuhada’ setiap tahun, lalu berkata: “Salam sejahtera semoga buat kalian sebab kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” Hal ini juga dilakukan oleh Abu Bakar, Umar dan Utsman.

(HR. al-Thabari dalam Tafsir-nya [20345], dan Ibnu Katsir dalam Tafsir-nya juz 4 hlm 453).

Hadits di atas juga disebutkan oleh al-Hafizh Jalaluddin as-Suyuthi dalam Syarh al-Shudur hlm 185, dan ditentukan bahwa makam Syuhada yang diziarahi setiap oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah Syuhada peperangan Uhud. Hadits ini dapat dijadikan dalil, tentang tradisi haul kematian setiap tahun.

2. Atsar Sayyidah Fathimah radhiyallahu ‘anha

عن محمد بن علي قال كانت فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه و سلم تزور قبر حمزة كل جمعة

“Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin berkata: “Fathimah putrid Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu berziarah ke makam Hamzah setiap hari Jum’at.”

(HR. Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf [6713]).

3. عن الحسين بن علي : أن فاطمة بنت النبي صلى الله عليه و سلم كانت تزور قبر عمها حمزة كل جمعة فتصلي و تبكي عنده هذا الحديث رواته عن آخرهم ثقات

“Al-Husain bin Ali berkata: “Fathimah putri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu berziarah ke makam pamannya, Hamzah setiap hari Jum’at, lalu menunaikan shalat dan menangis di sampingnya.”

(HR. al-Hakim dalam al-Mustadrak [4319], al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra [7000]).

4. Atsar Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ حَدِّثْ النَّاسَ كُلَّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ أَبَيْتَ فَمَرَّتَيْنِ فَإِنْ أَكْثَرْتَ فَثَلَاثَ مِرَارٍ وَلا تُمِلَّ النَّاسَ هَذَا الْقُرْآنَ. رواه البخاري.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Sampaikanlah hadits kepada manusia setiap hari Jum’at. Jika kamu tidak mau, maka lakukan dua kali dalam sepekan. Jika masih kurang banyak, maka tiga kali dalam sepekan. Jangan kamu buat orang-orang itu bosan kepada al-Qur’an ini.

(HR. al-Bukhari [6337]).

http://www.aswj-rg.com/…/beberapa-amalan-tradisi-menyambut-…

14/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Tiga Harta Yang Perlu Di Miliki Oleh Seorang Mukmin

1. Hati Yang Bersyukur.
2. Lisan Yang Senantiasa Berzikir.
3. Isteri Mukminah Yang Akan Menolongmu Dalam Perkara Akhirat.

Ketika Umar Ibnul Khattab radhiallahu’anhu bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki?" Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

"Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berzikir dan isteri mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat."

(Hadis Riwayat Ibnu Majah no. 1856)

09/07/2015 Posted by | Tasauf | Leave a comment

"Tangisan Rasulullah menggoncangkan Arsy"


Dikisahkan, bahwasanya di waktu Rasulullah Shalallahu ‘Alayhi Wasallam sedang asyik berthawaf di Ka’bah, Beliau mendengar seseorang di hadapannya berthawaf, sambil berzikir “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah Shalallahu ‘Alayhi Wasallam kemudian menirukannya membaca “Ya Karim! Ya Karim!”.

Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berdzikir lagi “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah Shalallahu ‘Alayhi Wasallam yang berada di belakangnya mengikut dzikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”.

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu Ialu berkata “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, karena aku ini adalah orang Arab badwi?

Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah Shalallahu ‘Alayhi Wasallam tersenyum, lalu bertanya “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

“Belum,” jawab orang itu.

“Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”

“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah Shalallahu ‘Alayhi Wasallam pun berkata kepadanya “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!”

“Ya” jawab Nabi Shalallahu ‘Alayhi Wasallam.

Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah Shalallahu ‘Alayhi Wasallam melihat hal itu, Rasulullah Shalallahu ‘Alayhi Wasallam menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya “Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.

Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada juragannya. Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur, yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita”

Ketika itulah, Malaikat Jibril ‘Alayhi Sallam turun membawa berita dari langit dan berkata “Ya Muhammad! Allah mengucapkan salam kepadamu dan bersabda “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.

Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar!”.
Setelah menyampaikan berita itu, Malaikat Jibril ‘Alayhi Sallam kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata “Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu.

“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Allah?” Rasulullah Shalallahu ‘Alayhi Wasallam bertanya kepadanya.

“Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya. Jika Allah memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunannya.

Jika Allah memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah Shalallahu ‘Alayhi Wasallam pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata Beliau meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril ‘Alayhi Sallam turun lagi seraya berkata “Ya Muhammad! Allah menyampaikan salam kepadamu, dan berfirman “Berhentilah engkau dari menangis!. Sesungguhnya karena tangismu, penjaga Arsy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang”.

Katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan ia akan menjadi temanmu di syurga nanti!”.

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, mendengar berita tersebut. la Ialu menangis karena tidak berdaya menahan keharuan dirinya

Wallahualam

MADAD YA ALLAH, MADAD YA RASULULLAH, MADAD YA RIJALALLAH

Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama

09/07/2015 Posted by | Tasauf, Tazkirah | Leave a comment

Di mana zakat fitrah perlu dibayar ?

Antara ulama Mazhab Syafie yang menyentuh tentang ‘di mana zakat fitrah perlu dibayar‘, ialah Imam Asy-Syirazi dan Imam Nawawi r.a. Masing-masing dalam kitab al-Muhazzab dan kitab al-Majmuk.

Dalam al-Majmuk, Imam Nawawi r.a menyatakan :

إذا كان في وقت وجوب زكاة الفطر…في بلد ومالُه في آخر فأيّهما يُعتبر؟ فيه وجهان : (أحدهما) بلد المال كزكاة المال (وأصحهما) بلد ربِّ المال. ممّنْ صحّحه المصنّف في التنبيه والجرجاني في التحرير والغزالي والبغوى والرافعي وآخرون.

Terjemahan : Jika seseorang itu-sewaktu zakat fitrah wajib [ke atasnya]-[berada] di [sebuah] negeri, manakala hartanya [berada] di [negeri] lain, maka [negeri] mana satukah yang diambil kira [ketika membayar zakat fitrah]?

Terdapat dua pandangan; salah satunya : [yang diambil kira ialah] negeri [tempat di mana] harta [itu berada] sama seperti zakat harta [yang perlu dikeluarkan di tempat di mana harta itu berada].

[Pendapat] yang paling sahih [daripada kedua-dua pandangan ini] ialah [yang diambil kira ialah] negeri [tempat di mana] empunya harta [berada].

Antara mereka yang mentashihkannya (pendapat yang paling sahih), ialah pengarang (Imam Asy-Syirazi) dalam [kitabnya] at-Tanbih, al-Jurjani dalam [kitabnya] at-Tahrir, al-Ghazali, al-Baghawi, al-Rafi’e dan lain-lain.

Huraian:

Kenyataan Imam Nawawi di atas, berkaitan dengan seseorang yang mana tempatnya bekerja (بلد المال), berbeza dengan tempat zakat fitrah wajib ke atasnya.

Dalam Mazhab Syafie, zakat fitrah wajib ke atas seseorang bila bermulanya malam raya. Waktu ‘wajib zakat fitrah’ ini berakhir sebelum Maghrib hari raya pertama.

Justeru-dalam erti kata lain-kenyataan Imam Nawawi r.a di atas, berkaitan dengan seseorang yang mana tempatnya bekerja (tempat di mana hartanya berada), berbeza dengan tempatnya menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Dalam keadaan ini, yang diambil kira ketika mengeluarkan zakat fitrah-menurut pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie-ialah tempat di mana seseorang itu berada pada waktu zakat fitrah wajib ke atasnya (iaitu malam raya sehingga sebelum Maghrib Hari Raya pertama).

Justeru, seseorang yang bekerja di Kuala Lumpur, tetapi menyambut Hari Raya di Terengganu sebagai contoh, zakat fitrah hendaklah dibayar di Terengganu.

Inilah pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie, dan ditashihkan ramai ulama besar Mazhab Syafie seperti yang dinyatakan Imam Nawawi di atas.

Ittifaq ulama

Senada dengan pendapat yang paling sahih ini, ialah pendapat ulama besar Mazhab Hambali, Ibn Qudamah dalam kitabnya, al-Mughni. Beliau mencatatkan :

فأما زكاة الفطر فإنه يفرّقها في البلد الذي وجبتْ عليه فيه سواء كان ماله فيه أو لم يكن؛ لأنه سبب وجوب الزكاة ففرّقتْ في البلد

الذي سببها فيه

Terjemahan : Adapun zakat fitrah, ia diagihkan (dibayar) di negeri yang wajib ke atasnya [zakat fitrah], samada hartanya (sumber pendapatannya) [berada] di situ (di negeri di mana zakat fitrah wajib ke atasnya) atau tidak. Ini kerana ia (keberadaannya di negeri di mana zakat fitrah wajib ke atasnya) adalah sebab zakat fitrah wajib [ke atasnya], maka dibayar [zakat fitrah] di negeri yang [terdapat] sebab [wajibnya zakat fitrah ke atas] nya.

Sebenarnya, ulama-ulama empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali) bersepakat dalam soal ini. Iaitu, zakat fitrah dikeluarkan di tempat di mana seseorang mukallaf itu berada pada malam atau Hari Raya pertama. Bukannya ditempat di mana seseorang itu bekerja, atau mencari rezeki.

Sebab mengapa zakat fitrah dibayar di tempat di mana seseorang itu berhari raya, turut dinyatakan oleh Syaikh al-Qaradhawi. Beliau menyatakan :

فيخرج المسلم زكاة فطره في البلد الذي يدركه فيه أول ليلة من شوال (ليلة العيد) ؛ لأن هذه الزكاة ليس سببها الصيام وإنما سببها الفطر ولهذا أضيفت إليه وسميت زكاة الفطر

Terjemahan : Maka [setiap] muslim [perlu] membayar zakat fitrah di negeri yang dia menemui malam pertama [bulan] Syawal (malam raya). Ini kerana, sebab zakat [fitrah] ini [menjadi wajib], bukannya puasa. Sebab [ia menjadi wajib] ialah [munculnya Hari Raya] Aidil Fitri. Dengan sebab itu, disandarkan [zakat ini] kepadanya (Hari Raya Aidil Fitri) dan dinamakan ‘zakat al-fitr’ (zakat Hari Raya Aidil Fitri).

Keliru 2 zakat :

Adapun ‘pendapat’ yang mengatakan zakat fitrah perlu dibayar di tempat seseorang mencari rezeki (jika bekerja di Kuala Lumpur, zakat fitrah hendaklah dibayar di Kuala Lumpur walaupun Hari Raya disambut di Terengganu, sebagai contoh), ia adalah pendapat yang bercanggah dengan pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie. Juga bertentangan dengan kesepakatan (ittifaq) para ulama mazhab empat.

Percanggahan dan pertentangan ini berlaku disebabkan kekeliruan antara zakat harta dan zakat fitrah.

Dalam zakat harta, memang zakat perlu dibayar atau dikeluarkan ditempat harta itu dijana dan diusahakan (perniagaan, penternakan atau pertanian yang dilakukan di Terengganu sebagai contoh, mesti dikeluarkan di Terengganu). Ini adalah pendapat jumhur ulama, termasuk ulama Mazhab Syafie.

Adapun dalam bab zakat fitrah, ia dikeluarkan di tempat di mana seseorang itu menyambut Hari Raya Aidilfitri, tanpa mengira lokasi sambutan Hari Raya Aidilfitri itu adalah tempatnya bekerja (seperti di bandar), atau tidak (seperti kampung kelahiran).

Wallahu a’lam.

Sumber

 

Kemusykilan Ramadan 1

Pernyataan:

Adakah haram hukum sekiranya membayar zakat jika bekerja di Kuala Lumpur tetapi membayarnya di Ipoh?

Jawapan:
Perkara tersebut adalah khilaf dikalangan fuqaha’ syafie..afdhal zakat dibayar di بلاد اازكاة iaitu tempat kita bekerja. Jika dibayar ditempat yang bukan tempat bekerja adalah SAH pada satu qaul yang lain.

لا يجوز نقل الزكاة على الأظهر عن محل المؤدى عنه فى الفطرة وعن محل المال الذى وجبت فيه الزكاة و هو الذى كان فيه عند وجوبها مع وجود مستحق فيه الى محل آخر …
Khilaf itu timbul bagi zakat fitrah jika waktu bayar itu adalah waktu sunat. Tetapi bila dah sampai waktu wajib iaitu menjelang malam raya kita hendaklah bayar di tempat kita berada.

Ustaz Mohd Mustakim Fauzi, Pegawai Pejabat Mufti WPKL

 

04/07/2015 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya (adakah wajib atau tidak?)

 

Dalam Mazhab Syafi`e solat jumuat kekal wajib apabila jatuh hariraya pada hari Jumaat dan solat hariraya hukumnya adalah sunat bukan wajib

Ulamak mengatakan hadis-hadis yang dikemukakan adalahah sahih namun hadis itu ditujukan kepada bukan penduduk madiinah
Kebenaran dari RasuluLLah meninggalkan solat jumuat bagi orang yang telah menunaikan solat hariraya ditujukan khas kepada penduduk al `awaali iaitu penduduk kampung-kampung diluar madiinah yang sememangnya mereka tidak wajib solat jumuat.
Dalam Mazhab Syafi`e musafir yang tidak wajib solat jumuat tidak disyaratkan musafir jauh

Perkara ini boleh kita fahami daripada kata-kat Tabi`ien dibawah :
قَالَ أَبُو عُبَيْدٍ
ثُمَّ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ فَكَانَ ذَلِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَصَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ خَطَبَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ هَذَا يَوْمٌ قَدْ اجْتَمَعَ لَكُمْ فِيهِ عِيدَانِ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْتَظِرَ الْجُمُعَةَ مِنْ أَهْلِ الْعَوَالِي فَلْيَنْتَظِرْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَقَدْ أَذِنْتُ لَهُ

Telah berkata Abu `Ubaid (Tabi`ie ) Kemudian aku berhariraya bersama Uthmaan bin `Affaan (khalifah ke 3) adalah hari itu hari jumuat, lantas beliau solat (hariraya) sebelum khutbah kemudian beliau berkhutbah maka antara kata-katanya :

"Wahai manusia sesungguhnya hari ini telah berhimpun untuk kamu 2 hariraya maka sesiapa yang mahu menunggu (solat) jumuat dari kalangan penduduk al `awaali (kampung-kampung diluar Madinah) hendaklah ia menunggu. Sesiapa yang suka kembali (kekampung dan tidak solat jumuat) maka sesungguhnya aku izinkan untuknya.
(petikan dari Sohih Bukhori)

Ya ada hadis seperti ini, dimana ulamak mengatakan kata-kata Nabi itu untuk penduduk kampung-kampung terpencil yang mana mereka memang tidak wajib solat jumuat pun. Sebaliknya orang yang wajib solat jumuat, mereka tetap wajib solat jumuat sekalipun hari itu adalah hariraya.

Penerangan mengenai perbezaan pendapat mazhab oleh Ustaz Muhammad Fuad:

Sedikit penambahan dari saya…oleh kerana melihat pekembangan ilmu Fiqh yang begitu meluas sekarang di Malaysia, terutama pandangan-pandangan dari mazhab Hanbali sudah diketengahkan di sini, maka sudah pastinya saya perlu meraikan pandangan-pandangan tersebut. OLeh itu saya kira tiada masalah juga masyarakat awam yang ingin berpegang dengan mana-mana pandangan tersebut dengan syarat berdasarkan Ilmu yang dipelajari, samada pandangan pertama tidak menggugurkan kewajipan solat Jumaat atau pandangan kedua yang tidak mewajibkan solat Jumaat. Bagaimanapun disini ada beberapa kiteria yang saya rasa tidak boleh diabaikan :

1 ) Pertama : tidak bertujuan meremeh-remehkan hukum hakam Syariah, mengambil sesuatu pandangan kerana mengikut hawa nafsu dan menjadikan Khilaf Fiqh sebagai helah/alasan untuk memilih pandangan-pandangan yang termudah sahaja. Sebagai mana Al-Alamaah Al-Tarizi dalam bab Hukum Ruksah menyatakan:

“ maka sesuatu helah ( sebagai alasan ) dan mengambil pandangan yang termudah yang dilakukan hanyalah menyebabkan kehancuran ( Aslu Syar’ie ) dasar/paksi Syariat, ataupun juga menghapuskan Maslahah Syar’ieyah ( kemaslahatan Syariah ) ”.

Imam syatibi juga menyebut dalam Al-Muafawaqat : "
Apabila seorang mukallaf menjadikan setiap permasalahan dengan bertujuan baginya mengambil pandangan yang termudah sahaja dalam sesuatu mazhab, dan setiap pandangan termudah tersebut memenuhi hawa nafsunya, maka sesungguhnya yang demikian itu mencabut Riqbatul Taqwa ( pemeliharaan taqwa dalam dirinya )".

Nasihat daripada Imam Ibnu Taimiyah dalam Iqamatul Hujah :
tidak harus menyandarkan helah ini kepada mana –mana imam. Dan sesiapa yang yang menyandarkan kepada salah seorang daripada mereka maka dia adalah jahil dengan dasar-dasar Imam Mujtahid tersebut, dan kedudukan mereka dalam Islam.
( Rujukan : Rukhsah Syar’ieyah, Dr Umar Abdullah Kamil )

2 ) Kedua : memilih pandangan Jumhur ( majoriti ) Fuqaha’ dalam sesuatu permasalahan, sebagaimana Syeikh Al-Qardhawi dan ramai lagi menyarankan supaya memilih Ijtihad Al-Jamaa’i ( Ijtihad majoriti ) kerana ia lebih selamat daripada Ijtihad Al-fardi ( ijtihad individu ), walupun begitu tidak boleh mengatakan ijtihad individu tadi adalah salah kerana adakala pandangan mujtahid tersebut lebih benar & tepat menurut ijtihadnya.

3) Ketiga : apabila berlaku perselisihan fiqh yang bersandarkan kepada dalil-dalilnya, maka lebih utama menggunakan qaedah Mura’atul Khilaf & keluar daripada khilaf adalah digalakkan. Caranya apabila bertembung dua pandangan dalam permasalahan Fiqh, maka digalakkan memilih pandangan yang lebih berat. Bab ini telah diperincikan oleh Imam izuddin Ibnu salam dalam Qawaid Ahkam bagaimana peraikan khilaf menurut kaedah gabungan antara mazhab maliki & syafie.

4 ) Keempat : Pengunaan dan pengamalan ilmu fiqh dalam ruang lingkup Syariah mestilah bersesuaian dengan kehendak semasa dan suasanan ( fiqh waqi’) seterusnya, bertepatan dengan Maqasid syariah ( objektif syariah ), maslahah dunia dan akhirat, dan kaedah-kaedah yang lain. Apabila membicara tentang hukum hakam dalam lapangan Syariah, maka tiga unsur ini tidak dapat dipisahkan dalam pengamalan dan perlaksanaan ilmu fiqh tersebut.

Anatara aspek terpenting yang bersangkut paut dalam perlaksanaan hukum hakam syariah ini adalah Maqasid syariah itu sendiri, iaitu tujuan sebenar pensyariatan yang berasaskan pentaklifan ( tanggungjawab ) setiap mukallaf. Ia selari dengan Konsep maqasid syariah yang tiga ini ( daruriyah, Hajjiyah dan Tahsiniah ) tujuannya untuk memelihara 5 asas penting ( iaitu agama, aqal, jiwa, keturunan, dan harta )

Manakala menurut objektif untuk agama ini,setiap individu mukallaf perlu melaksanakan tanggungjawab pensyariatan tersebut dengan sebaik-baiknya. Ini Kerana objektif syariah bukannya menjadi sesorang mukallaf itu pemalas ( kerana wujudnya perselisihan fiqh yan membolehkan dia mengambil pendapat mana-mana yang mudah). Akan tetapi objektif syariah ini mengaplikasikan perselisihan dalam ilmu fiqh sebagai suatu kemudahan kepada mukalaf apabila wujudnya perselisihan pandangan tersebut menurut situasi dan keadaan.

Sebagaimana Dr Abdul Majid najjar (phd Aqidah & falsafah Universiti al-azhar ) menjelaskan dalam kitab beliau hal maqasid syariah :
“ia sebagai suatu elemen yang amat terpenting dalam asasiah ilmu-ilmu fiqhiyah. Dengan berpandukan objektif dan matlamat ini, ia menzahirkan hukum hakam syariah bertepatan dengan waqi’ ( reality ) sesuatu pemasalahan. Dan mewujudkan kemaslahatan dalam kehidupan manusia bagi mempraktikkan hukum hakam syariah”.

Beliau membawa penjelasan daripada Imam syatibi yang menyatakan perlunya seseorang faqih itu memahami situasi semasa dalam suatu permasalahan dan memerhati dengan mendalam keadaan mukallaf tersebut agar dapat membawa kepada kemaslahatan dan menolak berlakunya kefasadan.
Apabila menyentuh tentang maqasid Syariah ini, saya tertarik dengan jawapan saudara di atas…kerana Objektif Syariah ini berkait dengan Fiqh nawazil..melihat permasalahan berbeza situsasi, keadaan dan masa berubah dari zaman ke zaman .
Jika diukur dalam pemerhatian Syariah, pandangan-pandangan yang berbeza ini adalah benar kedua-duanya ( pandangan yang menggugurkan solat jumaat dan tidak menggugurkan solat Jumaat ) namum apabila dilihat pada konteks tujuan & matlamat Syariah ini, pentaklifan dalam perlaksanaan hukum hakam tersebut masih lagi terikat apabila ia bersesuaian dengan kemampuan seseorang individu mukallaf tersebut. Ia berbeza bagi mereka yang tidak berkemampuan. Malah ia selari dengan tujuan Syariah mempraktikkan hukum tersebut sebagai mempertingkatkan ketaqwaan bukan mengabaikan sesuatu pensyariatan kerana berhelahkan suatu kemudahan.

Sebagai kesimpulannya, saya meraikan pandangan-pandangan yang berbeza ini yang menyatakan solat jumaat tidak perlu dilakukan..tetapi pada masa yang sama saudara juga perlu melihat kiteria di atas agar kita tidak menjadikan permasalahan khilaf ini sebagai lesen " cari malas " sehingga pentaklifan Syariah ini terabai kerana kemalasan kita bukan berada di sutasi yang sebenarnya, bagaimana & cara untuk mempraktikkan & meraikan Fiqh Iktilaf di kalangan mazhab fiqh yang lain.
Bagi saya pula, bukanlah susah sangat menghadiri solat jumaat tersebut, paling kurang satu jam sahaja..tidak menyebabkan lumpuh akibat bersila terlalu lama kesan darah tidak mengalir di hujung-hujng jari.

Dan bukan terlalu susah pada zaman serba moden sekarang, start enjin kenderaan dalam masa 10minit sudah sampai ke masjid, berbanding di zaman lampau berjalan kaki berbatu-batu jauhnya sudah pasti menyukarkan berulang alik dari rumah ke masjid. Begitu juga bagi mereka yang tinggal berjauhan, dan juga bagi mereka yang sibuk menyembelih dan menguruskan haiwan korban apabila sudah menyempurnakan solat hari raya dan pelbagai lagi urusan penting unutk kemaslahatan umum. Mungkin di situ ada keperluan dan sebabnya.

Tetapi bagi mereka yang meninggalkan solat jumaat kerana hendak keinginan tidur, kerana kesibukan seharian berhari raya, kerana letih bersembang , kerana sibuk berjuadah kuih muih, kerana sibuk membawa teman wanita bersiar-siar dihari raya dan pelbagai-bagai lagi kesibukan kita adakah sama situasi di atas..? sehinggakan kita mengabaikan perkara yang lebih keutamaan daripada yang bukan utama. Maslahah dunia & akhirat lebih penting daripada kepentingan peribadi.

Walaubagaimanapun kewajipan mendirikan solat zohor bagi golongan yang kedua ini tetap tidak digugurkan hukumnya secara Ijma’.

Sekian Wallahu’lam

Oleh Ustaz Ghoni

Sumber: Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia

01/07/2015 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MALAM 10 TERAKHIR BULAN RAMADHAN

image (3)

Disebutkan di malam 10 terakhir bulan Ramadhan akan diberikan kepada orang yang berada di bulan Ramadhan itu yang beramal itu diberikan pelepasan daripada Api Neraka Allah dan juga diberikan ganjaran yang ianya akan sampai di Ramadhan yang akan datang.

Dan di antara malam-malam itu yang paling afdal adalah malam Lailatul Qadr yang di dalam hadis Nabi ﷺ bersabda; "Ia adalah malam yang terbaik yang mana barangsiapa yang mendapatkannya maka dia akan mendapat kebaikan seluruhannya.

Dan barangsiapa yang diharamkan daripadanya maka diharamkan akan segala-galanya". Bahkan diguna oleh Para Ulama ada pun daripada awal kamu berpuasa dan kamu qiam berdiri menghidupkan malam itu sebenarnya ianya adalah persiapan untuk kamu mendapatkan lailatul qadr iaitu dengan kamu berpuasa dan kamu bangun diwaktu malam adalah untuk mempersiapakan diri menyucikan jiwa kamu untuk kamu mendapatkan Lailatul Qadr yang ianya merupakan persiapan sehingga kamu layak untuk mendapatkannya.

Dan malam itu malam yang akan turunnya Para Malaikat iaitu pada malam Lailatul Qadr seperti yang diserukan oleh Allah sehingga diriwayatkan oleh Imam Ahmad; "Bilangan Malaikat yang turun pada malam itu adalah lebih banyak daripada bilangan batu dan kayu". Oleh itu apabila masuk 10 malam terakhir hendaklah kita menyiapkan diri untuk mendapatkannya kerana ianya adalah rahsia tidak diketahui bila ia akan berlaku.

Dan alangkah baiknya sekiranya kita menyiapkan diri kita memburu malam Lailatul Qadr bermula pada malam pertama Ramadhan lagi.
.
-Al Habib Kadzim Ja’afar As-Saggaf-

Sumber: Pencinta Majlis Rasulullah

01/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tazkirah | | Leave a comment

MENJAWAB TOHMAHAN "AHLI HADIS" TERHADAP KITAB SYAIKHUL HADIS

 

 

Berikut merupakan kesimpulan daripada “Kajian 40 Hadith di dalam Kitab Fadāil al-Solah” oleh al-Allāmah al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariyā al-Kandahlawī yang dihasilkan oleh para pelajar Ilmu Hadis di bawah bimbingan Dr. Asmadi Sakat (UKM):

Berdasarkan kepada latar belakang pengarang, beliau merupakan seorang ulama yang terkenal di dalam bidang hadis sehingga beliau digelar sebagai Ra’is al-Syeikh al-Allamah al-Muhaddith.

Maulana Muhammad Zakariya memiliki 2 manhaj dan metode penulisan iaitu manhaj penulisan untuk orang awam dan manhaj penulisan untuk alim ulama yang mana setiap daripada kedua-duanya memiliki kaedah dan caranya yang tersendiri dalam menyampaikan penulisan.

Dalam permasalahan hadith dhaif, beliau berpegang dengan pendapat jumhur muhaddith bahawa harus menyebut hadith dhaif tanpa menyebut keterangan sebab kelemahannya dengan syarat hadith tersebut tidak bersangkut atau ada kaitan dengan permasalahan aqidah, halal dan haram, hukum-hukum syariah. Juga untuk pengajaran, taghrib dan tarhib, kelebihan-kelebihan amal dan yang seumpama dengannya. Boleh beramal dengan hadith dhaif hanya dalam urusan fadāil (kelebihan-kelebihan amal), al-manāqib, al-targhib wa al-tarhīb (galakan kepada amalan dan ancaman meninggalkan amalan) sahaja dan tidak boleh beramal dengannya dalam urusan halal dan haram terutamanya urusan aqidah.

Para ulama hadith telah sebulat suara bahawa terdapat hadith yang boleh dinaik taraf martabat atau statusnya ke satu taraf yang lebih tinggi dari martabatnya yang asal dengan syarat kelemahan hadith tersebut hendaklah lemah yang sederhana.

Jenis-jenis hadith yang boleh dinaik taraf martabatnya kepada darjat yang lebih tinggi daripada darjatnya yang asal ialah al-hadith al-hasan lizatih, al-hasan li ghairih, al-mu’allaq, al-mursal, al-mu’dal, al-munqati’, almudallas, al-mursal al-khafie, hadith majhul al-hal, hadith majhul al-‘ain, hadith al-mubham hadith al-mukhtalit, hadith al-mutalaqqin.

Hadith daripada perawi yang berdusta, dituduh sebagai pendusta, fasiq, hadith al-syaz dan hadith al-ma’lul merupakan klasifikasi-klasifikasi hadith yang tidak dapat dinaik taraf kedudukannya kepada hasan li ghairih disebabkan terlalu lemah dan riwayat-riwayat yang lain tidak dapat mengangkatnya kepada kedudukan yang lebih tinggai dari kedudukannya yang asal.

Jenis-jenis hadith yang tidak boleh dinaik taraf ialah hadith mawdu’ , hadith al-matruk, hadith al-munkar, hadith al-syaz dengan jenis-jenis iaitu almudraj, al-mudtarib, al-musahhaf, al-muharraf dan al-ma’lul.

Dapatan daripada penelitian penulis, daripada 40 hadith yang terdapat di dalam Fadāil al-Solah hadith yang berstatus sahih ialah hadith 1, 3, 11, 12, 14, 18, 19, 20, 24, 25, 27 dan 32. Hadith yang berstatus hasan ialah hadith 2, 4, 6, 7, 21, 22, 23, 28 dan 31. Hadith yang berstatus hasan selepas dikuatkan dengan riwayat sokongan ialah hadith 5, 8, 9 dan 10. Hadith yang berstatus dhaif tetapi boleh digunakan dalam konteks al-tarhīb ialah hadith 13, 16, 17, 26 dan 29. Kata-kata ulama yang terdapat di dalam kitab ini yang mana sesuai bagi tujuan al-tarhīb ialah hadith 15. Hadith yang ke 30 penulis tawaqufkan penilaian terhadapnya kerana tidak menemui kitab asal bagi hadith tersebut.

Saranan Dan Cadangan

Semua pihak termasuk para ulama dan ahli agama seharusnya memberi perhatian dan mengambil berat mengenai metode hadith mutāba’at dan syawāhid sebagai riwayat sokongan yang menjadi salah satu faktor pemangkin kenaikan taraf hadith yang berstatus dhaif kepada hasan li ghairih.

Daripada penganalisaan yang telah dibuat, penulis mendapati jumhur ulama di dalam beramal dengan hadis dhaif mengenakan beberapa syarat tertentu. Lantaran itu, janganlah terlalu cepat menolak sesuatu hadis disebabkan kelemahannya kerana kadangkala apa yang dikatakan sebagai kelemahan itu hanyalah pada sanadnya sahaja sedangkan matannya sahih dan selari dengan nas al-Quran atau dibantu oleh hadis sahih yang lain atau terdapat hadis lain daripada jalan riwayat yang lain yang boleh meningkatkan kedudukan hadis tersebut.

Berdasarkan kajian penulis terhadap buku karangan Mawlana Zakariya penulis mendapati terdapat beberapa buah hadith dhaif yang terkandung di dalam buku tersebut. Namun begitu hadith dhaif yang dikemukakan oleh beliau tidak terlalu dhaif dan tidak bercanggah dengan dalil-dalil syariat. Di samping itu beliau juga telah mengemukakan dalil-dalil samada dari al-Quran atau alsunnah yang lain untuk menyokong dan mengukuhkan hadith yang utama.

Penulis juga mendapati bahawa pengarang telah mengikuti metodologi para ulama hadis yang terdahulu dalam mengukuhkan hadith. Pengunaan hadith dhaif oleh beliau dalam kitabnya tidak bercanggah dengan syarat para ulama hadith yang terdahulu. Oleh itu, dakwaan yang mengatakan bahawa kitab-kitab karangan beliau tidak boleh dipakai adalah tidak benar dan tidak berasas.

Umat Islam seharusnya mengelakkan serta menjauhkan diri daripada mengeluarkan sesuatu kenyataan yang mengelirukan sekiranya perkara tersebut berada di luar kepakaran dan pengetahuan mereka.

Cadangan penulis kepada sesiapa yang ingin membuat kajian mengenai tajuk ini hendaklah memahami manhaj dan metode yang digunapakai oleh al-Kandahlawī serta menguasai kitab-kitab sumber asli bagi menjadikan kajian tersebut lebih berkualiti dan bermutu tinggi.

Kesimpulan

Pengaplikasian metode hadith mutāba’at dan syawahid sebagai riwayat sokongan yang menjadi salah satu faktor pemangkin kenaikan taraf hadith yang berstatus dhaif kepada hasan li ghairih merupakan manhaj yang digunapakai oleh al-Kandahlawī dan ulama sebelumnya dalam bidang penulisan hadith. Cara ini dilakukan menunjukkan kealiman dan kepakaran beliau di dalam bidang hadith. Sehubungan dengan itu manhaj ini boleh digunapakai sekiranya seseorang itu benar-benar mahir dalam bidang takhrij hadith.

 

(Sumber: Daripada Kajian yang dijalankan oleh pelajar ilmu hadis Jabatan al-Quran dan as-Sunnah di bawah seliaan Dr. Asmadi Sakat)

*Kalau dah faham, harap dapat sebarkan supaya orang awam tak terkeliru dengan tohmahan liar orang yang membenci hadis Nabi.

01/07/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment