Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Tulang ekor manusia yang di panggil ‘ajabu dzanbi’ kekal dan tidak hancur sampai kiamat

https://i2.wp.com/www.kuburakhirat.com/wp-content/uploads/2013/03/109f7310.jpg

Satu masa manusia akan tumbuh dari ‘Ajabu dzanbi (tulang ekor)

Manusia yang berada dalam dunia ini dilahirkan dari rahim seorang ibu, melainkan nabi Adam a.s. Kemudian, kesemuanya dimatikan dan yang tinggal hanyalah dunia yang bersifat fana ini.

Semua kembali kepada tanah melainkan ‘ajabu dzanbi. ‘Ajabu dzanbi merupakan tulang yang berada di bahagian hujung tulang belakang. Kita di nusantara lebih mengenalinya sebagai “tongkeng”. Tulang inilah yang akan terus kekal walaupun keseluruhan jasad kita sudah hancur lebur. Seperti kita lihat para pencari artifak bila mana mereka menjumpai rangka-rangka manusia, ‘ajabu dzanbi sahaja yang kekal dan tidak hancur sekali walaupun manusia itu ditanam ratusan tahun lamanya.

Para saintis membuat kajian dengan meleburkan tulang tersebut dalam ketuhar yang berkepanasan tinggi yang mana tahap kepanasan tu mampu meleburkan logam dan batu. Tapi ‘ajabu dzanbi tidak juga dapat dileburkan.

Bila kita memikirkan tentang keajaiban ni, maka keajaiban ni memang benarlah dengan sabda nabi SAW yang mana disebutkan dalam hadis riwayat al-Bukhari yang riwayatkan oleh Abu Hurairah r.anhu, beliau berkata:

Rasulullah SAW bersabda: “Jarak antara dua tiupan (sangkakala) adalah 40.” Ibnu Abbas bertanya, “40 hari?” beliau menjawab: “Tidak.” Ia bertanya lagi, “40 bulan?” beliau menjawab: “Tidak.” Ia bertanya lagi, “40 tahun?” Beliau menjawab: “Tidak.” Beliau kemudian bersabda: “Setelah itu, Allah menurunkan air dari langit, maka mereka pun hidup kembali sebagaimana tumbuhnya sayur-sayuran. Tidak ada tersisa seorang pun kecuali ia akan binasa, kecuali satu tulang yakni tulang ekor (‘ajabu dzanbi). Dari tulang itulah, manusia dibangkitkan kembali pada hari kiamat.”

Penulis: Fadzleen as-Sandakani
[https://www.facebook.com/ilmuwahyu]

Advertisements

31 October 2013 Posted by | Informasi | | Leave a comment

Apa hukum jual beli melalui Online

Jual Beli Online
ISU: Apakah hukum jual beli sekiranya saya menjual barangan bukan milik saya dengan menjadi ajen atau reseller secara online. Adakah ini haram? Cara yang saya lakukan ialah mempromosikan produk melalui gambar dan sesiapa yang berminat akan memasukkan duit kepada saya. Kemudian saya akan memasukkan duit kepada pengeluar. Dan pengeluar akan menghantar terus produk kepada orang yang memesan produk itu.

PENJELASAN: Antara bentuk perniagaan dalam talian (online) yang diminati pada hari ini ialah dengan cara menjadi reseller bagi sesetengah produk. Modus operandinya ialah reseller mempromosikan secara online produk daripada pembekal atau pengeluar melalui gambar dan perincian berserta harga. Pelanggan yang berminat dan bersetuju untuk membeli akan membayar harga yang dipersetujui kepada reseller dengan cara memindahkan wang ke dalam akaun reseller. Reseller seterusnya membuat pesanan kepada pembekal/pengeluar dan membuat pembayaran. Pembekal/pengeluar membuat penghantaran terus produk yang kepada pelanggan. Keuntungan reseller ialah perbezaan harga antara harga jualannya kepada pelanggan dan harga beliannya daripada pembekal/pengeluar.

Melihat kepada modus operandi urus niaga di atas, prinsip fiqah yang perlu diambil perhatian ialah syarak melarang seseorang daripada menjual suatu barangan yang belum dimilikinya. Larangan ini dinaskan dalam hadis Hakim bin Hizam yang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, seorang lelaki datang kepada aku dan mahu membeli sesuatu daripada aku, sedangkan aku belum memilikinya. Adakah boleh aku membelinya untuknya dari pasar?” Baginda menjawab:

لَا تَبِعْ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ
Maksudnya: “Jangan kamu menjual suatu yang kamu tidak miliki”. (Riwayat Abu Daud, 3/283, no: 3503; Tirmizi, 3/526, no: 1232; Nasaie, 7/289, no: 4613; Ibn Majah, 2/737, no: 2187).

Justeru, dalam isu reseller menjual produk kepada pelanggan sebelum reseller membelinya daripada pembekal/pengeluar, sekiranya produk yang dijual adalah produk yang spesifik dan ditentukan unitnya, maka urus niaga tersebut adalah tidak sah kerana wujud unsur menjual sesuatu yang tidak dimilikinya. Sebagai contoh, jika produk tersebut ialah sebuah telefon bimbit yang telah ditentukan unitnya dan nombor sirinya.

Manakala jika produk yang dijual adalah dalam bentuk spesifikasi tertentu tanpa ditentukan unit manakah ia, maka di sana terdapat kelonggaran untuk reseller menjualnya kepada pelanggan walaupun reseller belum membelinya daripada pembekal/pengeluar. Ini berasaskan kepada keharusan melakukan urus niaga salam.

Secara ringkas, jual beli salam ialah jual beli secara tempahan di mana pembeli membuat bayaran penuh untuk mendapatkan barangan yang dinyatakan spesifikasinya dan akan diserahkan kemudian. Menurut Standard Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), antara barangan yang boleh dibeli melalui akad salam termasuklah produk-produk pembuatan yang boleh ditentukan spesifikasi secara jelas, tidak ada perbezaan ketara antara unit-unitnya, dan boleh didapati di pasaran. (Shari’a Standards, m/s 166).

Dalam hal ini, pelanggan dikira menjalankan pembelian secara salam daripada reseller, dengan membuat pembayaran penuh untuk membeli produk yang ditetapkan spesifikasinya, yang akan diserahkan pada masa hadapan. Reseller kemudiannya membeli produk yang menepati spesifikasi tersebut daripada pembekal/pengeluar dan dia boleh meletakkan syarat kepada pembekal/pengeluar supaya produk tersebut dihantar terus kepada pelanggan pertama tadi.

Dengan penyesuaian fiqah seperti ini, urus niaga tersebut adalah sah dengan syarat hendaklah menepati hukum-hakam jual beli salam.

Selain penyesuaian fiqah tersebut, ada beberapa lagi bentuk penyesuaian fiqah yang mungkin boleh menjadi solusi kepada isu urus niaga mereka yang menjadi reseller secara online, seperti menggunakan prinsip seperti wakalah atau ju’alah.

Wallahu A’lam.

26 October 2013 Posted by | Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Kelebihan dan kebesaran Selawat Nabi SAW

Sudah kah anda Berselawat hari inijpg

Seorang murid bertanya kepada Syekh Ali Jumah: “Syekh, dalam buku Anda tertulis bahwa membaca shalawat adalah satu-satunya ibadah yang pasti diterima oleh Allah. Apakah benar demikian? mohon penjelasannya.” Syekh Ali Jumah menjawab: “Ya, benar. Saya menulis demikian. Bershalawat nabi adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah. Jika kamu bersedekah, dan kamu ingin dipuji, maka sedekahmu sia-sia. Begitu pula jika kamu shalat karena ingin diperhatikan manusia, shalatmu tanpa pahala. Tapi jika kamu bershalawat, walaupun kamu riya, kamu tetap akan mendapatkan pahala, karena shalawat berhubungan dengan Nabi Allah yang agung, yaitu Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam

Sumber: PONDOK HABIB

23 October 2013 Posted by | Ibadah | | Leave a comment

KALIMAH ALLAH: ANTARA MURTAD DAN BERDOSA? ANTARA DATO NOOH DAN MAZA.

 

Para pembaca yang budiman,

Polimik kalimah Allah mungkin memasuki tahap ‘menjuarai sesuatu isu dan menempelak yang lain’. Ini yang berlaku apabila Dato Nooh Gadut memberi peringatan (http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131016/dn_06/Pertikai-keputusan-boleh-jadi–murtad), lantas disambut oleh bekas mufti, Dato Dr Asri Zainul Abidin (MAZA) berkaitan isu ini (dlm http://my.news.yahoo.com/scholars-counter-infidel-argument-over-allah-084949271.html).

Jadi benarkah dakwaan Dato Nooh bahawa isu ini boleh membawa murtad? Pada saya, kenyataan beliau boleh dilihat dalam dua keadaan:

1. Sekiranya Dato Nooh Gadut mengatakan  ialah seseorang yang menyokong penggunaan oleh Kristian terhadap kalimah Allah boleh jatuh murtad, saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana perbuatannya belum boleh menjatuhkannya murtad. Dalam konteks Malaysia, mungkin jatuh dalam tahap berdosa sahaja. Kenapa berdosa? Sebab kita membuka ruang mereka menggunakan secara tidak tepat dalam Bible mereka, walhal kita sudah menutup ruang ini sebelumnya.

2. Sekiranya Dato Nooh bermaksud bahawa seseorang yang menyokong nama Allah SWT digunakan untuk konsep triniti iaitu untuk  secara syirik dalam konteks triniti, maka boleh jatuh murtad, maka saya menyokong dakwaan ini. Kita tidak menunding jari, sebaliknya kita mengatakan perbuatan anda boleh menyebabkan anda jatuh murtad sebab bersetuju supaya kalimah Allah SWT disyirikkan dengan perkara lain.

Lantas bagaimana pula dakwaan bekas mufti, MAZA yang memberikan beberapa hujah iaitu:

1. Penggunaan Allah SWT telah digunakan sejak ribuan tahun. Jawapannya mudah sahaja iaitu kenyataan ini hanya khusus kepada Kristian Arab bukan Kristian Rome dan lain-lain. Salah fakta MAZA bila menjadikan penggunaan Allah umum kepada semua Kristian.

Cuba semak bahasa asal kalimah tuhan dalam Bible yang bukan berbahasa Arab. Hak untuk menggunakan kalimah Allah kepada tuhan dibenarkan oleh para ulama kepada orang-orang Arab. Bahkan sekarang, orang-orang Kristian Arab pula berpandangan tidak tepat mereka menggunakan perkataan Allah SWT terhadap tuhan mereka. Kamus al-Maurid yang ditulis oleh seorang Kristian, jelas merujuk perkataan Allah kepada tuhan orang-orang Islam.

2. Maza berkata: Kalau begitu, keseluruhan ulama menjadi murtad sebab membenarkan penggunaan Allah kepada orang-orang Kristian? Jawapannya juga mudah, mereka tidak murtad sekiranya berpandangan seperti andaian saya yang pertama dan sememangnya mereka menyatakan pandangan umum sebegitu. Saya kira Dato Nooh yang dimaksudkan ‘murtad; ialah sesiapa yang bersetuju supaya disyirikkan kalimah Allah.

Rupanya, para Mufti yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah kepada Bible bahasa Melayu telah melaksanakan tanggungjawab ijtihad yang cukup hebat. Menyanggahi taklid kepada ulama Timur Tengah yang telah mengeluarkan hukum berdasarkan konteks dan adat negara dan masyarakat mereka. Apa boleh buat sekiranya MAZA masih mahu bertaklid kepada ulama-ulama Timur Tengah berdasarkan konteks masyarakat Timur Tengah.

Perlu diingat, ketegangan hubungan di Timur tengah antara Muslim dan Kristian telah membawa kepada serangan fizikal dan serangan militan. Kita tidak mahu hubungan sebegini dengan kawan-kawan kita yang beragama Kristian kerana kita mahukan tolenrasi dan menjauhi dendam kesumat. Jauhkan rasa benci masayrakat Islam terhadap masyarakat Kristian. Bahkan ajaran agama langit adalah lebih dekat dengan ajaran Islam.

Tinggal lagi Wan Ji pula memberi beberapa ‘tempelakan’ terhadap Dato Nooh iaitu:

1. Arahan supaya menerima sembelihan ahli kitab yang menggunakan nama ‘Allah’. Ini dalil boleh menggunakan kalimah Allah?

Jawabannya cukup mudah: Larangan terhadap Gereja menggunakan kalimah Allah ialah hanya pada penterjemahan Bible dan penerbitan mereka sebab mereka rangkumkan penggunaan kalimah Allah secara syirik, kepada apa sahaja terjemahan kepada yang bersifat tuhan. Larangan ini tidak termasuk kepada sebarang ucapan untuk memperkatakan tuhan yang Esa. Adalah suatu yang tidak betul apabila Wan Ji menggunakan hujah ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan keesaan Allah untuk menyokong gereja?

Sebenarnya, arahan menerima sembelihan oleh ahli Kitab yang menyebut nama Allah SWT itu adalah dalil yang menunjukkan kalimah Allah SWT hanya untuk Yang Esa. Sekiranya mereka menyembelih menggunakan nama ‘Tuhan Anak’ atau ‘tuhan bapa’ atau ruh al-quddus, maka haram memakan sembelihan mereka. Jadi, Allah SWT hendak memberitahu kita bahawa sekiranya mereka menyebut Allah SWT, barulah sembelihan mereka boleh dimakan oleh umat Islam.

Ini juga dalil bahawa Kristian Arab menggunakan beberapa nama nama lain seperti ruh al-quddus dan tuhan Isa (ilah Isa), tuhan bapa. Haram memakan sembelihan mereka jika mereka menggunakan nama-nama tersebut ketika menyembelih binatang sembelihan walaupun ada khilaf ulama yang mengarahkan umat Islam membacakan ‘basmalah’ apabila menerima sembelihan ahli Kitab.

Perlu diingat, ulama-ulama muktabar masih khilaf membenarkan memakan sembelihan ahli kitab di zaman mutaakhir disebabkan berbeza ajaran ahli Kitab terdahulu berbanding dengan ahli kitab sekarang khususnya ajaran Kristian.

2. Wan Ji pula berkata: Bagaimana pula kalau Mahkamah England melarang penggunaan Isa, adakah umat Islam dilarang menggunakannya.

Jawapannya cukup mudah: Dalam Bible menggunakan perkataan ‘Jesus’, bukan ‘Isa’. Kalau dilarang menggunakan perkataan ‘Jesus’, kita tidak ada masalah sangat sebab kita mengggunakan nama-nama Arab iaitu ‘Isa ‘Alahissalam atau Masih’. Sehingga sekarang, kita tak menerima penterjemahan nama-nama Nabi kepada bahasa lain seperti Ibrahim kepada Abraham. Muslim sedunia lebih selesa mengekalkan nama kearaban daripada semuanya diterjemahkan kepada bahasa lain.

Nasihat untuk MAZA dan Wan Ji

Saudara berdua perlu melihat isu ini secara holistik iaitu:
1. Larangan adalah kepada penterjemahan kalimah Allah secara salah dalam penerbitan gereja berbahasa Melayu, seperti Allah Jesus dan lain-lain.

Dalam konteks Negara Malaysia, Allah bukan kalimah yang lazim untuk menunjukkan istilah ‘tuhan’ kepada bukan Melayu. Hanya Melayu Islam yang menggunakannya untuk menunjukkan tuhan yang disembah. Jadi, apa tujuan mahu digunakan perkataan ‘Allah’ dalam Bible bahasa Melayu?

2. Kenapa mereka tidak beria-ria menukarkan perkataan Lord dan God kepada Allah dalam Bible bahasa Inggeris? Saya mengharapkan sedikit kebijaksaan saudara berdua memikirkan persoalan ini. Kalau benarpun ini adalah peluang untuk berdakwah kepada masyarakat Kristian, minta mereka mulakan dahulu untuk perjuangkan penggunaannya dalam bahasa Inggeris supaya berjaya. Tetapi, mereka tak guna pun perkataan ‘Allah’ untuk Bible edisi bahasa Inggeris. Lantas, apa tujuan menggunakannya untuk bahasa Melayu? Saya hanya mahukan sedikit kebijaksanaan saudara berdua dan para penyokong saudara berdua. Kalau Kristian mahu menggunakan dalam semua penerbitan mereka dalam pelbagai bahasa, saya orang pertama yang akan menyokong sebab ini peluang kita berdakwah.

3. Saudara perlu memahami suasana semasa, maksud akhir penggunaan kalimah ini dalam Bible bahasa Melayu. Orang-orang biasa yang tidak mempunyai pendidikan mendalam pun boleh memahami tujuan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. Kita tidak perlu belajar sehingga Phd pun untuk memahami hasrat tersurat ini. Cukuplah, sad al-zari’ah menjadi hujah penting ada isu ini.

Wallahu a’lam. Saya mengharapkan keikhlasan semua pihak menangani isu ini.

Allahu al-musta’an.

Sumber: Abu al-‘Izz

20 October 2013 Posted by | Aqidah, Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Jakim seru umat Islam Malaysia tolak tuntutan NGO di Geneva

Jakim-150x150
Umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu untuk menolak tuntutan yang akan dikemukakan oleh gabungan 54 NGO kepada Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland yang akan membuat semakan berkala rekod hak asasi manusia negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu minggu depan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam teks khutbah Jumaat yang diedar hari ini mempersoalkan kewajaran tuntutan berkenaan yang dilihat cuba menghancurkan keharmonian masyarakat dan menggugat kedudukan agama Islam seperti dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara tuntutan itu termasuk hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta dakwaan diskriminasi ke atas wanita Islam dalam peruntukan tertentu undang-undang keluarga Islam.

Laporan oleh gabungan NGO itu juga menyentuh dakwaan diskriminasi terhadap pengikut syiah serta bantahan pengharaman bahan penerbitan yang menyalahi hukum syarak.

“Persoalannya timbul di sini apakah tujuan gabungan NGO tersebut membuat pelbagai aduan dan tuntutan sedemikian di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva?,” kata teks khutbah berkenaan.

Teks khutbah bertajuk Menangani Konsep Kebebasan itu dikeluarkan di laman web Jakim.

Khutbah itu menarik perhatian bahawa NGO berkenaan membuat tuntutan itu untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan amalan kebebasan secara mutlak dengan berselindung di sebalik apa yang didakwa sebagai hak asasi manusia.

Khutbah itu menegaskan adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap perkara tersebut kerana ia melibatkan identiti dan maruah umat Islam.

“Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar menolak segala tuntutan ini.

“Jangan kita terlibat dengan budaya kebebasan yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan,” kata khutbah itu lagi.

Jakim turut berpendapat tuntutan itu digerakkan “secara halus” oleh “musuh-musuh Islam atau umat Islam yang telah diperkudakan oleh musuh Islam”.

Ia juga berpendapat gejala negatif yang dipertahankan oleh tuntutan NGO itu berlaku kesan propaganda fahaman pluralisme agama yang semakin hari semakin berkembang di negara ini.

Untuk itu, khutbah berkenaan mengingatkan bahawa dalam Islam tidak ada kebebasan mutlak kerana setiap tindak tanduk manusia “dibimbing oleh prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak yang bersumberkan wahyu daripada Allah”.

Khutbah itu juga menggesa pihak berkuasa menangani kumpulan NGO itu yang didakwa “sengaja mengada-adakan cerita” untuk menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Selain tindakan undang-undang, Jakim mencadangkan NGO itu disiasat bagi memastikan tidak mendapat pembiayaan daripada pihak luar bagi mencemarkan nama baik dan kedaulatan negara.

Dalam pada itu, khutbah berkenaan yakin Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva rasional dan tidak akan terpengaruh dengan laporan negatif NGO berkenaan terhadap kerajaan.

Berita mula diterbitkan pada: Oktober 18, 2013 14:20 (MYT)

Sumber::http://www.astroawani.com/news/show/jakim-seru-umat-islam-malaysia-tolak-tuntutan-ngo-di-geneva-24091?cp

19 October 2013 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi | | Leave a comment

Zulhijjah,IdilAdha dan Qurban

KULLU ‘AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

BULAN ZULHIJJAH, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

“Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya

Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).

 

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut  :

Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas’ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan” ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

QURBAN DENGAN BAYAR SEDEQAH DUIT TANPA WAKIL SEMBELIHAN

TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.  [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah :

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

Ertinya : “Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama”

 

MEMATAHKAN TULANG DAN TANDUK BINATANG QURBAN

Majoriti ulama mengharuskannya mankala tegahan untuk mematahkan tulang hanya di dalam hal aqiqah dengan doa ia menjadi kebaikan kepada si bayi berdasarkan hadith riwayat Al-Bayhaqi

Ertinya : Sunnah adalah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi perempuan, dimasak dan TIADA dipecahkan tulangnya. ( Riwayat Al-Bayhaqi dan Al-Hakim)

Namun tiada sebarang nas atau dalil yang menegah dalam bab sembelihan Qurban.

 

BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

 

QURBAN DI LUAR KAWASAN

  • Hukum asal, yang terbaik adalah sembelih dengan tangan sendiri di dalam kawasan bagi manfaat orang sekeliling.
  • Namun, diHARUSKAN mewakilkan seseorang menyembelih di luar kawasan kerana hukum daging Qurban boleh disimpan dan diagihkan kepada sesiapa jua sama ada di dalam kawasan atau mereka yang di luar.
  • Pun begitu, ulama Mazhab Shafi’e TIDAK MEMBENARKAN dipindah keluar kawasan jika di dalam masih terdapat yang memerlukan. Demikian pendapat sebahagian ulama kontemporari (Ibn Uthaimin & Majlis Fatwa Kuwait) kerana kehilangan maslahat sebenar dari udhiyyah. bayangkan apabila kita mewakilkan seseorang lain melaksanakan qurban itu sudah menyebabkan kita terluput dari melaksanakan sunnah sembelihan dengan tangan sendiri sebagaimana Rasulullah TIDAK PERNAH mewakilkan sembelihan baginda kepada orang lain. Malah sewaktu hari raya Qurban berlangsung, bagi mereka yang mewakilkan kepada pihak lain, apakah yang dapat mereka rasakan dari ibadah Qurban kecuali hanya seolah menyedeqahkan wang sahaja, sepatuttnya Qurban MELEBIHI DARI hanya sekadar sedeqah wang dan makanan, ia adalah suatu ibadah khas menghidupkan syiar dalam komuniti dan diri.
 GABUNG QURBAN DAN AQIQAH
  • Mazhab Syafi’e, Maliki & Pandangan Ahmad : Tidak boleh kerana maksud keduanya berbeza. Qurban objektifnya untuk diri dan menaikkan syiar Allah, manakala aqiqah adalah tanda kesyukuran atas kurniaan anak. Imam Ibn Hajar Al-Haithami Al-Syafie :
             Ertinya: Yang jelas dari perkataan ulama mazhab, iaitu jika diniatkan seekor kambing untuk qurban dan aqiqah sekaligus, TIADA DIPEROLEHI SALAH SATU ANTARA                KEDUANYA, kerana keduanya sunnah yang maqsudah atau khas pada tujuan tertentu.
  • Pun begitu, Mazhab Hanafi, Pandangan Ahmad, Alhasan Basri, Ibn Sirin & Qatadah serta Majlis Fatwa Kuwait : Harus di gabung semua dengan niat Qurban, atau sebahagian qurban dan sebahagian aqiqah.
  • Pandangan yang terpilih adalah tidak menggabungkannya jika punyai kemampuan.

PEMBAHAGIAN DAGING

Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,

1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan

1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT :

 

Ertinya : “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir.” (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :

Ertinya “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya” (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

 

UPAH KEPADA TUKANG SEMBELIH DAN LAPAH SERTA JUAL DAGING QURBAN

Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah. Ini berdasarkan sebuah hadis

وأمرني أن لا أعطي الجازر شيئا- البخاري

Ertinya : Rasulullah mengarahkan aku agar TIDAK memberi pelapah sesuatu apa (upah) pun. ( Riwayat Al-Bukhari)

Pun begitu, boleh diberikan daging qurban sebagaimana orang lain.

 

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

 

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

 

BERQURBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu  barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN’, hubungan persaudaraan ‘terkorban’, atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

 

SEMBELIH QURBAN GUNA AYAM

  • Asal hukum mesti bahimatul al-an’am sebagaimana disebut di dalam Al-Quran. Ayam tidak tergolong dalam kategori itu.
  • Bagi mereka yang tidak mampu, gugurkan kesunatan Qurban dari mereka, namun jika mereka ingin sembelih ayam sebagai ganti, ia hanya menjadi sedeqah biasa. Diriwayatkan Ibn Abbas pernah membeli daging dengan harga satu dirham dan berkata nah, inilah qurban Ibn Abbas, iaitu secara majaz.

 

QURBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab ringkas saya:

“tidak boleh !”

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan’ lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.

 

BINATANG YANG DIKONGSI

 

a) Yang boleh dikongsi : Lembu, Unta, Kerbau
Dalilnya dari hadis :
Ertinya: Rasulullah berkongsi sewaktu Hajinya bersama kaum Muslimin, seekor Lembu dibahagi tujuh bahagian. (Riwayat Ahmad)
b) Yang tidak boleh dikongsi (Ijma’ ulama) : Kambing, kibash dan sepertinya. Adapun kongsi pahala, terdapat khilaf dan sebahagian mengHARUSkannya.
 KONGSI PAHALA QURBAN
 
a) Ketua keluarga diHARUSkan menyembelih satu bahagian lembu atau kerbau atau unta dan diniatkan pahalanya kepada keluarganya. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi saw.
b) Namun untuk kongsi pahala dengan seluruh syarikat atau negara, ia tidak dilakukan oleh shabat nabi. Hanya Nabi sahaja yang berqurban dan menyatakan “ini adalah untuk ummatku yang tidak berqurban. Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa Nabi membaca doa ini semasa ingin menyembelih:
Ertinya: Nabi berkata : Dengan Nama Allah dan ya Allah terimalah dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan ummatnya.

 

SIAPA PATUT MULAKAN QURBAN?

Jawabnya adalah imam di sesuau tempat tersebut dan diikuti dengan orang ramai, demikian sunnah Nabi s.a.w berdasarkan hadith :

 

Ertinya: Berkata Ibn Umar r.a ertinya : Nabi melaksanakan sembelihan sedang baginda berada di kawasan solatnya.
Ertinya: Berkata Imam Malik : Imam menyembelih di kawasan solat dan agar tiada yang menyembelih satu orang pun sebelumnya

 

 

APAKAH HAJI AKBAR ?

Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah  sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:

“Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya “tiada asalnya”.

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).

Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu ‘alam

Sekian

Doha, Qatar

27 Dis 2006 ( 7 Zulhijjah 1427 H)

Kemaskini : 16 Disember 2007 ( 6 Zulhijjah 1428 H – Malaysia ; 7 Zulhijjah 1428 H – Saudi)

KEMAS KINI : 29 Nov 2008 ( 1 Zulhijjah 1429 H )

KEMAS KINI : 16 Oktober 2012 ( 30 ZulQaedah 1433 H)


[1] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/ 197

[2] Al-Majmu, 8/425 ; Al-Mughni, 9/436

[3] Al-Majmu, An-Nawawi, 8/313

[4] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/200

[5] Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusd Al-Hafid, 1/321 ( cet Maktabah al-Riyadh al-Hadithiyah) ; Rawdah At-Tolibin, An-Nawawi, 3/225

[6] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/201

[7] Ahkam al-Quran, Al-Jassas

Sumber: Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman

6 October 2013 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , , , | Leave a comment

Bersikap lah dengan sewajarnya

BERSIKAPLAH DENGAN SEWAJARNYA.
BERLAKU JUJUR dan ADIL LAH KEPADA DIRI SENDIRI dan ORANG LAIN.

MANUSIA yang paling sengsara adalah mereka yang menjalankan kehidupan ini dengan hanya mengikuti hawa nafsu dan menuruti setiap dorongan emosi serta keinginan hatinya.Pada keadaan yang demikian itu, manusia akan merasa setiap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya menjadi sedemikian berat dan sangat membebani,seluruh sudut kehidupan ini menjadi semakin GELISAH,GELAP GELITA, dan KEBENCIAN,KEDENGKIAN,serta DENDAM KESUMAT pun mudah bergolak didalam hatinya.

Dan akibatnya,semua itu membuat seseorang itu hidup dalam dunia khayalan dan ilusi.Ia akan memandang setiap hal didunia ini musuhnya.Ia menjadi mudah curiga dan merasa setiap orang disekelilingnya sedang berusaha menyingkirkan dirinya.Dan ia akan sentiasa di bayangi rasa was was dan bimbang bahawa dunia ini setiap saat akan merenggut kebahagiannya.

Demikianlah betapa malangnya orang seperti itu sentiasa hidup dibawah naungan awan hitam KECEMASAN,KEGELISAHAN,dan KEGUNDAHAN.

Sumber: Kitab La Tahzan

3 October 2013 Posted by | Renungan & Teladan, Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

Merenunglah dan Bersyukurlah

Syukur
Kita acapkali memikirkan dan tangisi sesuatu yang hilang, sehingga kita lupa MENSYUKURI apa yang ada di hadapan kita.

Kita merasa amat sedih kerana kekurangan material (kebendaan), padahal kita masih memiliki kunci KEBAHAGIAN, KEBAIKAN,KENIKMATAN, dan masih ada banyak lagi yang lain lain nya.

“Pada diri kamu juga terdapat tanda tanda kekuasaan ALLAH.Apakah kamu tidak PERHATIKAN?” (Al Quran Adz-Dzariyat:21)

Lihat lah pada diri kita, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan,kesihatan,sahabat andai dan dunia sekeliling kita.Dan janganlah termasuk di dalam golongan yang Allah sebut:

“Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya………(Al Quran An-Nahl:83)

Oleh itu RENUNGKAN lah dan BERSYUKUR lah!

“BERBAHAGIALAH ORANG YANG DAPAT JADI TUAN KEPADA DIRINYA
MENJADI PEMANDU UNTUK NAFSUNYA
DAN MENJADI KAPTEN UNTUK BAHTERA HIDUPNYA” (Lafaz Siadina Ali)

(Sumber: Kitab La Tahzan)

2 October 2013 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: