Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

PANDUAN MENGIKUTI AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH (ASWJ)

Di Nusantara khasnya di Malaysia berpegang kepada aliran Asha’irah wal Maturidiyyah dari sudut akidah, fiqh bermazhab dan tasawuf muktabar.

Di sini saya nyatakan beberapa panduan yg terlalu asas utk kita mengikuti manhaj ASWJ. Panduan itu adalah seperti berikut:

1. Mengikuti pengajian akidah adalah fardu ain bagi setiap muslim. Ini bermakna, mempelajari Sifat 20, sifat para Rasul dan Ghaybiyyat adalah wajib bagi setiap muslim di Malaysia.

2. Mempelajari akidah ASWJ tidak cukup hanya sekadar membaca, malahan perlu belajar kepada guru yg alim dlm menghuraikan Sifat 20, sifat Rasul dan Ghaybiyyat.

3. Perkara yg dipelajari perlulah meresap dlm hati sehingga menimbulkan خشية (takut) dan رجاء (mengharapkan pahala) daripada Allah سبحانه وتعالى.

4. Dalam masa yg sama, pelajari ilmu fardu ain bahagian syariat iaitu fiqah bermazhab (di Malaysia dirujuk kpd mazhab Shafi’i) agar segala tingkah laku kita adalah bersesuaian dgn syariat Allah سبحانه وتعالى.

5. Seterusnya, bagi mengawal diri agar berakidah, bersyariat dan berakhlak, maka perlu mempelajari dan mempraktikkan ilmu tasawuf.

6. Sekiranya mudah utk mendapatkan guru yg mursyid menerusi tareqat yg muktabar, maka disarankan agar terlibat dgn tareqat tersebut secara konsisten. Walaubagaimanapun, perlu ada asas yg kemas terhadap ilmu agama sebelum menceburi hal penyucian jiwa ini kerana ilmu agamalah yg akan mengawal segala perjalanannya utk salik menuju Allah سبحانه وتعالى serta dapat membezakan yg mana hak dan batil.

7. Sekiranya sukar utk mendapatkan tareqat yg muktabar, maka perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم agar hati mudah mendapat tawfiq dan hidayah Allah سبحانه وتعالى.

Sekiranya lengkap ketiga-tiga perkara ini iaitu Iman, Islam dan Ihsan dalam diri, maka kita akan dapat menghayati agama dgn baik dan perjalanan utk salik menuju Allah سبحانه وتعالى menjadi lebih mudah dan berkesan.

Itulah pegangan ASWJ yg membentuk tamadun umat Islam dahulu kala dan sampai bila-bila menerusi ilmu yg sahih dan pengamalan yg konsisten terhadap agama.

Wallahua’lam

Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

25/09/2020 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama | Leave a comment

METOD MENERANGKAN MAZHAB SHAFI’I DLM SITUASI DARURAH

Kita tahu, sekarang kita berada dlm suasana darurah akibat wabak pandemik COVID-19.

Banyak hukum hakam yg difatwakan kini dirasakan baharu oleh masyarakat seperti penjarakan dalam saff solat, memakai pelitup muka ketika solat dan sebagainya.

Di sini saya nyatakan step2 yg perlu diikuti dlm berfatwa agar kekeliruan org ramai dapat dihindarkan.

1) Bagi menghindari kekeliruan org ramai dlm berfatwa, para asatizah yg terlibat dgn fatwa perlu menerangkan terlebih dahulu hukum hakam asal penjarakan saff dlm solat jamaah, dan memakai pelitup muka ketika solat menurut mazhab Shafi’i. Dalam situasi darurah, apa yg difatwakan dlm mazhab Shafi’i. Seterusnya diterangkan kaedah-kaedah usul atau kaedah-kaedah fiqh yg digunakan dlm mazhab.

2) Setelah melakukan penerangan secara detail dan masyarakat telah faham dalam perspektif fiqh mazhab Shafi’i, barulah diterangkan hukum-hukum yg diamalkan kini adakah masih dlm lingkungan mazhab Shafi’i, ataupun telah terkeluar daripada mazhab Shafi’i.

Maksud dlm lingkungan mazhab Shafi’i ialah fatwa itu masih dlm kaedah dan usul mazhab Shafi’i, walaupun permasalahan furu’ yg dikemukakan itu berbeza dgn ijtihad ulama Shafi’iyyah dahulu kala. Ataupun fatwa itu masih diijtihadkan oleh ulama Shafi’iyyah dahulu kala, tetapi pandangan itu menurut mazhab adalah marjuh yg bukan mu’tamad, tetapi sesuai diamalkan pada situasi kini.

3) Setelah jelas kedudukan sesuatu fatwa yg dikeluarkan itu, maka langkah seterusnya ialah jika fatwa yg dikeluarkan itu bukan dlm lingkungan mazhab Shafi’i, tetapi merujuk kepada mazhab lain, maka perlu diterangkan kenapa pendekatan itu diambil. Maka dlm hal ini, perlu dijelaskan bahawa ilmu Maqasid Shari’ah telah dirujuk dan dipraktikkan sbg panduan bagi menimbang sesuatu situasi yg berlaku itu sama ada berada dlm kedudukan masyaqqah, uzur syar’i, darurah, mafsadah, maslahah, rukhsah dsb sehingga mewajarkan utk bertaqlid kepada mazhab yg lain. Walaubagaimanapun, darurah digunakan dalam situasi yg terhad, tidak diluaskan penggunaannya. Oleh itu, dlm pendekatan taklid kpd mazhab yg lain, ianya hanya terpakai dlm situasi yg terhad sahaja, tidak diluaskan kepada semua keadaan dan jenis ibadah yg lain. Kaedah fiqh berbunyi: “الضرورة تقدر بقدرها”.

Jika step2 ini diikuti dlm menerangkan mengenai sesuatu fatwa pada masa kini, maka masyarakat akan lebih jelas terhadap sesuatu fatwa yg dikeluarkan itu adakah masih dlm lingkungan dlm mazhab Shafi’i atau tidak. Jika bukan dlm lingkungan mazhab Shafi’i, perlu diterangkan sbb2nya satu persatu agar jelas kedudukan fatwa itu.

Moga bermanfaat.

Wallahua’lam

(Olih Ustaz Dr Mod Murshidi Mohd Noor)

25/09/2020 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | , | Leave a comment

Ahli Hadis Silam dan Moden: Antara Langit dan Bumi

Oleh : Dr Mohd Khafidz Soroni KUIS

1. Terdapat sebuah kelompok Islam kini yang mendakwa mengikut mazhab ahli hadis dan tidak mahu mengikut mana-mana mazhab fiqah muktabar yang sedia ada. Antara alasan mudahnya, ahli hadis silam tidak mengikut mana-mana mazhab fiqah. Mereka juga mahir tentang fiqah, bukan sekadar hadis semata-mata. Dakwa mereka, sesiapa yang mengatakan ahli hadis silam tidak pandai ilmu fiqh adalah tersilap kerana mereka bukan sahaja menukilkan hadis dan menilainya, bahkan mereka juga mementingkan aspek fiqah pada hadis. Misalnya, tajuk-tajuk bab (تراجم الأبواب) dalam Sahih al-Bukhari membuktikan betapa tajamnya pemahaman Imam al-Bukhari (w. 256H) dalam bab fiqah.

2. Hakikatnya, mendatangkan nama al-Bukhari sebagai contoh tidak memberikan isyarat tipikal bahawa kesemua ahli hadis itu adalah sama seperti beliau. Imam al-Bukhari hanyalah salah seorg daripada sebilangan tokoh yang menguasai hadis dan fiqah sekaligus daripada sekian puluhan ribu ahli hadis di zaman itu. Benar, jasa ahli hadis dalam disiplin pengajian Islam memang cukup besar dalam memelihara warisan hadis Nabi SAW. Namun, tidak kesemua mereka mahir dalam aspek istinbat hukum yang lebih dikuasai oleh ahli fiqah.

3. Kelompok tersebut sebenarnya skadar memberikan contoh Imam al-Bukhari atau beberapa imam hadis lain bagi mengharuskan kumpulan mereka tidak mengikut mana-mana mazhab fiqah muktabar yang ada. Walhal perbezaan antara mereka dengan imam-imam hadis itu adalah cukup besar dan jauh ketara, bagaikan langit dengan bumi.

4. Ahli hadis silam hidup dalam persekitaran ilmu yang cukup hebat dan mantap. Ini kerana mereka hidup dalam tempoh yang tidak begitu jauh dari zaman para sahabat radiyaLlahu ‘anhum dan para tabiin radiyaLlahu ‘anhum. Justeru, warisan ilmu daripada mereka, termasuk hadis dan fiqah sudah terjasad dalam persekitaran hidup pada masa itu. Di samping, ada di kalangan mereka yang mencapai tahap ilmu yang lebih tinggi, iaitu sebagai mujtahid. Misalnya:

i. Di Makkah; Imam Sufyan bin ‘Uyainah (198).
ii. Di Madinah; Imam Sa‘id bin al-Musayyib (94), Imam Rabi‘ah ar-Ra’y (136), Imam Malik bin Anas (179).
iii. Di Mesir; Imam al-Laith bin Sa’ad (175), Imam as-Syafi’i (204).
iv. Di Basrah; Imam al-Hasan al-Basri (110).
v. Di Kufah; Imam Ibrahim an-Nakha‘i (96), Imam as-Sya‘bi (103), Imam Ibn Syubrumah (144), Imam Ibn Abi Laila (148), Imam Abu Hanifah (150), Imam Sufyan at-Thauri (161), Imam Syuraik al-Qadhi (177).
vi. Di Baghdad; Imam ‘Abdul Rahman bin Mahdi (198), Imam Abu Thaur (240), Imam Ahmad bin Hanbal (241), Imam Dawud az-Zahiri (270), Imam Ibnu Jarir at-Tabari (310).
vii. Di Naisabur; Imam Ishaq bin Rahawaih (238).
viii. Di Syam; Imam al-Auza‘i (157).
ix. Di Khurasan; Imam Ibn al-Mubarak (181).
x. Di Andalus; Baqi bin Makhlad (276).

5. Dalam persekitaran ilmu sebegitu, maka tidak hairan jika ada yang mengatakan Imam al-Bukhari dan beberapa imam hadis lain juga mencapai tahap mujtahid. Bahkan, dikatakan terdapat lebih 70 mujtahid kesemuanya di dalam tempoh itu. Namun, apabila masuk kurun ke-4 Hijrah dan seterusnya, maka lama kelamaan hanya tinggal empat mazhab fiqah yang muktabar sahaja, iaitu Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali, yang secara konsisten diwarisi dan dikhidmati oleh para ulama Islam. Manakala yang lain-lain terhenti atau pupus di pertengahan jalan kerana tidak diwarisi dan dikhidmati sebagaimana empat buah mazhab tersebut, termasuklah mazhab Imam al-Bukhari.

13/09/2020 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, Hadis | | Leave a comment

PERDEBATAN ISU ZIKIR “ALLAH ALLAH” MASIH BERTERUSAN.

Kita berpegang kepada ianya BOLEH dengan dalil pelbagai ayat alQuran. Tanpa mengambil kira pandangan ulama pun, ia tetap tidak mampu menggugah zahir ayat yang membenarkannya.

Kita tinggalkan sekejap tentang hal ini.

Ada suatu yang menarik tentang dalil golongan yang menolak zikir Allah Allah iaitu,

1- Hadis shahih Muslim “tidak akan berlaku hari Qiamat sehingga tiada lagi yang menyebut ALLAH, ALLAH.

Mereka mengatakan ada RIWAYAT HADIS LAIN yang menghuraikan hadis di atas dan di GABUNG kan “tidak akan berlaku Qiamat keatas seseorang yang menyebut “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه”

2- Kita respon, agak menghairankan, mereka berkeras berhabisan tentang HADIS JARIAH. Rasulullah saw bertanya Jariah “di Mana Allah?” Jawab Jariah “Fissama’(di langit)”

3- Pendalilannya ALLAH DILANGIT.

4- Sedang kita mengatakan ada BEBERAPA RIWAYAT LAIN yang perlu dihurai dan gabung tentang FISSAMA’ itu.

5- Seperti riwayat Malik yang LEBIH KUAT sanadnya dan MENEPATI USUL, “ adakah kamu bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Daku Rasulullah, Jariah itu menjawab “YA”

6- Kesimpulan : Ketika mereka ada kepentingan mereka berkata mesti gabung, ketika ada kepentingan lain pula, mereka tinggalkannya.

7- Jadi renungkanlah…

Olih: Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim

13/09/2020 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Ibadah | | Leave a comment

Apa maksud hadith sahih boleh dijadikan hujah, manakala hadith daif boleh beramal dengannya?

Apa maksud hadith sahih boleh dijadikan hujah, manakala hadith daif boleh beramal dengannya? Ada beza ke antara berhujah dan beramal?

Jawapannya, hadith sahih boleh dijadikan hujah utk ‘mewajibkan, mengharamkan dan menghalalkan’ sesuatu tindakan mukalaf. Untuk ketiga-tiga perkara ini maka para ulama akan berpaut kepada hadith yg sahih atau hasan utk dijadikan hujah.

Manakala hadith yg daif, ianya tidak dijadikan hujah oleh para ulama utk mewajibkan, mengharamkan atau menghalalkan sesuatu. Memadai utk dikatakan sesuatu itu sunat, makruh atau harus berdasarkan hadith yg daif, lalu kita melakukan sesuatu tindakan itu atau meninggalkannya kerana berdasarkan hadith daif itu. Hal ini banyak berlaku dlm perkara fada’il a’mal, maw’izah dan targhib wa tarhib.

Jadi, kita boleh beramal dgn hadith daif, tetapi bukanlah dlm kategori utk perbuatan wajib atau perbuatan haram kerana nak mengharamkan dan mewajibkan sesuatu perlu dirujuk kepada al-Quran, hadith sahih atau hasan dan ijmak ulama.

Tidak dinafikan bahawa berdasarkan hadith yg sahih atau hasan pun terdapat perbuatan yg dikategorikan sbg sunat, makruh atau harus. Ianya bergantung kepada madlul yg ditunjukkan oleh nas serta perbincangan ulama mengenainya.

Wallahu’alam.

Oleh Ustaz Dr. Mohd Murshidi Mohd Noor

13/09/2020 Posted by | Bicara Ulama, Hadis | | Leave a comment

Sebarkan Ilmu Dengan Penulisan

1. Menulis atau menyebarkan ilmu diruang media sosial adalah jalan paling mudah untuk mendapatkan pahala yang tidak terputus. Lebih ramai orang mendapat manfaat darinya, lebih banyak pahala kebaikan buat kita. Pesan al-Imam Ibn al-Jauzi:

مَنْ أًحَبَّ الاَّ يَنْقَطِعَ عَمَلهُ بَعْدَ مَوْته فَلْيَنْشرْ العِلْم بِالتَّدْوِيْن وَالتّعْلِيْم

“Barangsiapa yang inginkan agar (pahala) amalannya tidak terputus selepas kematiannya, maka hendaklah dia menyebarkan ilmu samada dengan penulisan mahupun dengan pengajaran.” (Kitab al-Tazkirah)

2. Al-Imam Ibn al-Jauzi (M597H) dikatakan menulis hampir dua ribu jilid penulisan. Kekuatan ilmu yang dikuasainya menyebabkan ribuan penganut agama lain memeluk Islam atas usaha ilmu dan dakwah beliau. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23)

3. Manakala al-Imam al-Khattabi pula menganggap, penulisan ilmu adalah suatu kemuliaan buat dirinya. Kata al-Khattabi:

كتابي أعز شيء علي

“Kitabku (penulisanku) adalah sesuatu yang perkara yang paling mulia disisiku.”

4. Justeru, sebarkanlah ilmu buat masyarakat. Utamakan diskusi yang membina minda, jiwa dan perilaku pembaca. Mudah-mudahan dengan walaupun dengan usaha yang sedikit, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai dan mengampunkan dosa kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Olih : Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi

02/09/2020 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | | Leave a comment