Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MENGELUARKAN DALIL TANPA MERUJUK TAFSIR

Soalan:

Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya adakah seseorang itu dibenarkan untuk memberi pemahaman dalil al-quran dan hadis tanpa melihat kitab tafsir terlebih dahulu? Ini kerana saya dapati sesetengah penceramah masa kini gemar memetik ayat al-quran untuk dijadikan bahan ceramah dan menghuraikannya di luar konteks atau maksud sebenar ayat tersebut,Mohon penjelasan.

Ringkasan Jawapan:

Menjadi kesalahan kepada seseorang jika memberi tafsiran al-Quran tanpa merujuk kepada tafsiran dan kalam ulama mufassirin terlebih dahulu. Dikhuatiri jika berlakunya sedemikian, akan menyebabkan ayat al-Quran digunakan sesuka hati tanpa mengikut konteks dan tujuan makna yang sebenar. Namun jika yang dimaksudkan sebagai mengambil iktibar daripada terjemahan ayat al-Quran dan sebagai peringatan atas kejadian yang berlaku pada waktu kini, maka ia adalah dibolehkan. Wallahua’lam.

Untuk bacaan penuh, boleh dapatkan artikel ini di laman web rasmi pmwp seperti berikut:
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/5413-al-kafi-1891-mengeluarkan-dalil-tanpa-merujuk-tafsir

14/09/2022 - Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a comment