Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

PERINTAH NABI SUPAYA MENUNTUT ILMU/DALIL QURAN & HADIS DARI ULAMA. BUKANNYA DARI PEMBACAAN DALIL SEMATA²



عن أبي أمامة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يا أيها الناس خذوا من العلم قبل أن يقبض العلم وقبل أن يرفع العلم قيل يا رسول الله، كيف يرفع العلم وهذا القرآن بين أظهرنا فقال ثكلتك امك وهذه اليهود والنصارى أو ليست بين أظهرهم المصاحف لم يصبحوا يتعلقوا بالحرف مما جاءتهم به أنبياؤهم ألا وان ذهاب العلم أن تذهب حملته
Kata Rasulullah :
Wahai manusia, hendaklah ambil oleh sekalian kamu akan ilmu sebelum bahawa dibatalkan akan ilmu itu dan sebelum diangkatkan akan ilmu itu .

Diatanya orang :
Ya rasulullah bagaimana diangkatkan ilmu itu sedangkan ini Al-quran ada disisi kami.

Jawab Nabi :
Celaka engkau lihatlah Yahudi dan nasrani tidakkah disisi mereka itu ada mashaf² dimana mereka tidak menjadikan mereka berilmu benar dengan mengikat diri mereka kepada huruf² yg dibawa kepada mereka melalui nabi² mereka. Maka jaga² makna perginya ilmu atau terangkatnya ilmu itu ialah bahawa perginya penganggung² ilmu. (iaitu ulama)

Pengajarannya,
[1] Kitab dan sunnah sahaja tidak akan menyampaikan manusia kepada Allah tanpa ada pengajarnya. Mereka itu adalah Para Nabi & para pewarisnya(ulama).

Kerana didalam hadis ini, Nabi mengatakan kitab al-quran itu tetap ada, tetapi yg menyumbang kepada rosaknya ilmu atau hilangnya ilmu itu ialah perginya “hamalatul ilmi” iaitu satu kumpulan ulama. ~ dari pengajaran pertama ini, jelaslah bahawa slogan berpegang kepada quran & sunnah adalah merupakan salah faham sesetengah kelompok.

Kerana Nabi menyuruh sahabat mengambil ilmu dari Ulama bukan dari kitab Al-quran secara terus. Sehingga sahabat yg keliru tadi ditempelak oleh Nabi sendiri. Dimana akhir hadis nabi menguatkan dengan katanya “Perginya ilmu itu dengan perginya Ulama” – maksudnya tuntutlah ilmu sebelum ulama mati.

[2] Maksud ilmu diangkat bukan bermakna ilmu sudah rosak. Tetapi ulama sudah mati atau dimatikan kehormatannya, sehingga pengajarannya tidak diikut untuk memahami kitab & sunnah. Dan tiada yg tega menjatuhkan kehormatan ulama melainkan orang yg dipermainkan oleh syaitan sehingga tiada malu didalam hatinya. (Orang yg tidak beradab)

31/03/2022 - Posted by | Fiqh, Ibadah, Tazkirah

No comments yet.

Leave a comment