Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SELAWAT SYIFA’ ADALAH SYIRIK ? INI JAWAPANNYA

Penganut wahhabi memang amat mudah menghukum kafir dan syirik tanpa hak terhadap ulamak dan umat Islam. Mereka sahaja yang benar dan yang tidak mengikut ajaran mereka yang kononnya berdasarkan al Quran dan hadis pasti akan dituduh syirik, kafir, ahli bid’ah sesat masuk neraka.

Siapakah penganut Wahhabi yang menyatakan amalan ini SYIRIK dan BERCANGGAH AQIDAH ISLAM ?

1. Azwira Aziz – Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah menjadi Ajk Fatwa Perlis

2. Masri Ramli – penganut wahhabi di UIAM (pelik bila ada ustazah terkenal pun jadikan penganut wahhabi takfiri ni sebagai rujukan )

3. Asri Zainal Abidin – Muftin Wahhabi Perlis dan memfatwakannya Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis, Suara al-Sunnah, Bil. 1 April 2007

4. Nawawi Subandi – wahhabi tegar dan merupakan anak murid Rasul Dahri serta rakan Fathul Bari, Fadhlan Othman dalam UMNO.

Siapakah antara Ulamak Islam yang mengamalkan Selawat Syifa’ ?

1. Almarhum Dr Wahbah Az Zuhaili – Ulamak Islam terkenal Syria yang menyusun Tafsir al Munir, kitab feqh terkenal Al Fiqh Al Islami Wa Adillatuhu

2. Almarhum Sayyid Muhammad Alawi al Maliki – Ulamak Makkah al Mukarramah

Selain itu

3. Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din diamalkan dan diajarkan kepada perawat Islam Darussyifa’

4. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz – dijadikan wirid setiap pagi Jumaat dan diajarkan kepada umat Islam.

Dan ramai lagi

Antara jawapan dan penjelasan mengenai selawat syifa’ melalui sandaran al Quran, hadis serta berdasarkan ilmu nahu sorof :

1. Dr Khafidz Soroni
https://sawanih.blogspot.com/2010/12/selawat-syifa-kekeliruan-berterusan.html?m=1

2. Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din
http://sabilurrosyad.blogspot.com/2011/05/penjelasan-tentang-selawat-syifa.html?m=1

3. al-’Allamah Sayyid Muhammad ’Alawi al-Maliki yang disajikan dalam buku wiridnya, Syawariq al-Anwar min Ad’iyah al-Sadah al-Akhyar, hlm. 95.

4. Ustaz Azhar Idrus

Contoh selawat yang disusun oleh para salafussoleh :
https://jomfaham.blogspot.com/2014/01/contoh-selawat-selawat-yang-direka-oleh.html?m=1

Apakah bahayanya ajaran Wahhabi yang mudah mensyirikkan dan mengkafirkan ulamak dan umat Islam ?

Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

“Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya ”

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

“Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya.”

P/S : Lihatlah siapa yang telah disyirikkan oleh wahhabi. Kepada umat Islam berhati-hatilah dan jauhilah ajaran sesat Wahhabi dan yang bercanggah dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah seperti syiah, mujassimah, karamiyyah, liberal, anti hadis etc.

Sebar-sebarkan.

30/11/2019 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, wahabi | , | Leave a comment

KENALI JIN MUSUH SEBENAR MANUSIA

Hidup didunia ini banyak cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi malah kita tidak mengetahui bahawa di sekeliling kita mempunyai musuh yang ingin merosakkan dan menghapuskan kita. Sesungguhnya banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang alam kehidupan makhluk bernama jin atau makhluk halus yang hanya dapat dilihat mengunakan mata halus.

Jin dicipta daripada api yang sangat panas iaitu sel,atom atau nukleus-nukleus api. Selepas itu ia dimasukkan roh atau nyawa padanya,maka jadilah makhluk ini hidup seperti dikehendaki oleh Allah SWT malah jin jugak boleh menzahirkan diri dalam pelbagai bentuk dan rupa yang disukai mengikut tahap dan kemampuan masing-masing kecuali menyerupai wajah Nabi Muhammad SAW.

Raja-raja jin di alam atas langit (beragama islam)

1: Jibriyaail

2: Mikiyaail

3: Samsamaail

4: Ruqiyaail

5: Kasfiyaail

6: Sarfiyaail

7: Ainyaail

Raja-raja jin di alam atas langit (Kafir)

1: Akhmar

2: Burkhan

3: Syamhurisah

4: Mazhab

5: Marrah

6: Maimon

7: Zubaiah

Terdapat empat kerajaan besar golongan kerajaan jin ifrit di seluruh alam ini.

Mereka ini pernah bekerja dibawah pemerintahan Nabi sulaiman sebagai menteri.

Mereka juga adalah jin ifrit paling jahat sekali antara semua bangsa jin.

1: Munalig

2: Hadlabajan

3: Sughal

4: Thamrit

Raja-raja dari anak-anak iblis

Terdapat lima kerajaan besar yang diperintah oleh anak-anak iblis berserta dengan tugas-tugas mereka.

1: Dassim

Tugas jin ini merasuk manusia supaya bercerai-berai antara suami isteri,adik-beradik,sahabat handai dan jiran tetangga.Dassim juga bertanggungjawab memutuskan silaturahim,kekeluargaan,jemaah dan seumpamanya.

2: Mabsuut

Jin ini tugasnya merasuk dan menghasut manusia supaya memfitnah,mengadu domba,dengki khianat dan seumpamanya.

3: Thubar

Tugasnya merasuk manusia yang ditimpa masalah,musibah dan bala bencana supaya berputus asa dari rahmat Allah.Seleps dirasuk mereka menyumpah-nyumpah dan memaki hamun kepada Allah kerana ditimpa musibah itu.

4: Zalanbur

Tugas jin ini merasuk dan menghasut manusia supaya bertengkar,bergaduh,bermusuhan,dan membunuh.Orang yang dirasuk selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal dengan sifat panas barannya.

5: Al-Anwar

Jin ini ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia suapaya berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi,tikam nombor ekor,gejala sosial,onani,berzina, lesbian,liwat dan sebagainya.Mereka yang terlibat pada mulanya cuma hanya mencuba dan berjinak-jinak tetapi sekali mencuba membawa ketagihan dan akhirnya menjadi hobi.Paling keji perlakuan homeseksual atau liwat

Mereka yang mencuba sekali akan terus kekal sampai ke mati.

Amat sukar sekali seseorang manusia itu untuk membuang tabiat keji itu walaupon pelbagai cara digunakan.Mereka yang terlibat terus dengan kerja keji dan maksiat besar ini mendapat kutukan Allah seperti apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Lut.

AZAZIL

Azazil adalah ketua dan raja agung seluruh kerajaan iblis sementara maharaja tertinggi kesemua jin ialah Thothamghiyam Yaal.

Malaikat yang ditugaskan menjaga dan memantau kesemua kerajaan dan seluruh jin ialah malaikat Maithotorun atau kutubul Jalalah.

Maka dengan ini lengkaplah keseluruhan kerajaan jin atau disebut juga dengan nama paling popular alam iblis. Sekarang anda telah mengetahui dengan lengkap Alam iblis yang menjadi musuh kamu yang paling nyata.Biarpun Alam Iblis ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar tetapi ketajaman naluri dan pandangan ‘basrah’ manusia mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang sentiasa mahu menghancurkan setiap jiwa daripada umat islam.

Sumber

30/11/2019 Posted by | Informasi | | Leave a comment

T A L F I Q

Ada wahhabi yg kata apa yg kita buat sekarang ni pun dah tak pure mazhab syafie pun.Contohnya dalam masalah zakat kita dah tak ikut mazhab syafie.Boleh pulak?

Jawabnya adalah seperti berikut:
Ada dua puluh kaedah fiqh yg telah diijmakkan oleh kesemua mazhab .Salah satunya ialah kaedah yg berbunyi:
المشقة تجلب التيسير
Kesukaran dapat menarik kemudahan.
Kaedah berasal dari firman Allah
يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Allah menghendakki kemudahan utk kamu dan Dia tidak menghendakki kesukaran utk kamu.

Bagaimana kaedah ini dapat diterapkan dalam bab zakat.

Berdasarkan kepada fatwa Imam Al Syafie zakat fitrah hendaklah dengan makanan yang mengenyangkan.Sebagai pengikut mazhab Syafie inilah asalnyanyg wajib.Tapi oleh kerana pada zaman sekarang ada kesukaran dalam melaksanakan fatwa itu maka ketika itu boleh berpindah kepada fatwa ulama yg paling hampir yaitu mengeluarkan zakat dengan matawang berdasarkan adanya kesukaran dan sesuai dengan kaedah tadi al masyaqqah tajlibu al taisir.Setiap kesukaran dapat menarik kemudahan.Adakah kita terleluar dari mazhab syafie?Jawab nya tidak dengan tiga alasan:
1)Kita masih lagi menganggap fatwa imam Syafie itulah yg sahih dan kuat dan yang lain itu dhaif
2)Satu satu nya alasan kita meninggalkan fatwa beliau dalam bab itu bukan kerana fatwanya dhaif tapi kerana dharurat dan hajat yg mendesak
3)Perbuatan kita meninggalkan fatwa beliau dalam masalah kesukaran itu adalah berdasarkan kepada kaedah di atas yg telah ijmak oleh semua mazhab termasuk imam syafie sendiri.

Jadi perbuatan kita itu tidak boleh dianggap talfiq.

Yang dianggap talfiq apabila kita meninggalkan fatwa mazhab asal kita dengan menganggap fatwa mazhab asal kita itu lemah.Sedangkan dalam dua puluh kaedah fiqh seperti yg dibiincangkan dan diawpakati oleh ulama ulama usul dari semua mazhab tidak ada satu kaedah pun yg mengatakan ahlu taqlid boleh meninggalkan fatwa mazhab asalnya dengan alasan fatwa mazhab asalnya lemah.Macam mana dia boleh tahu fatwa mazhab asalnya adalah lemah sedangkan dia hanya seorang pentaqlid?Sebab itu agama jadi rosak.Paha bukan aurat laa..Pegang anjing tak najislah, daging buaya halal lah sebab setiap orang dengan sesuka hati nya mengkuatkan dan melemahkan pandangan yg mereka sukai sesuai hawa nafsu masing masing!

Sumber: FB Ustaz Ilham Othmany

29/11/2019 Posted by | Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

Lagi Kritikan Liberal Terhadap JAKIM?

Beliau juga pernah mencadangkan subjek Agama tidak di ajar di waktu Sekolah.

1. Kalau sebelum ini Siti Kasim, Sisters in Islam dan kumpulan G25 yang banyak menghentam JAKIM, terkini terdapat ahli akademik pula menzahirkan kritikan yang sama. Semalam seorang pensyarah UKM mempersoalkan sejauh mana JAKIM menyumbang ke arah menggalakkan kemajuan Islam di negara ini.

2. Beliau merujuk serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang menahan 23 individu di sebuah pusat Syiah di Gombak pada September lalu. Bagi beliau, operasi tersebut melanggar hak asasi manusia. Malah, menurut beliau lagi JAKIM telah merosakkan masyarakat dan berpandangan bahawa masyarakat akan menjadi semakin extremis 20 atau 30 tahun lagi.

3. Istilah-istilah yang digunakan oleh pensyarah ini seakan senada dengan seruan pendokong Liberal yang menyifatkan Muslim sebagai ekstremis, sempit dan mencabul kebebasan hak asasi kemanusiaan. Dalam Islam tiada hak kebebasan yang mutlak. Muslim tidak boleh sewenangnya melakukan dosa yang merosakkan diri dan aqidah mereka.

4. Tindakan Jabatan Agama yang melakukan operasi bagi mencegah kerosakan aqidah umat Islam adalah selaras dengan konsep Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Atas sebab itu sebahagian sarjana Muslim mengharuskan operasi siasatan bagi mencegah dosa yang merosakkan individu Muslim. Al-Imam Ibn Hajar menegaskan bahawa: “Benar, seseorang tidak boleh melakukan tajassus (intipan) terhadap Muslim yang lain. Namun sekiranya sesuatu aduan telah dibuat dari orang yang dipercayai (thiqah), maka ia adalah sesuatu yang diharuskan bagi mencegah kemungkaran.” (Fath al-Bari, 10/482)

5. Pandangan yang hampir sama dinukilkan oleh al-Imam Nawawi yang menyatakan pandangan al-Imam al-Haramain dan al-Mawardi berhubung keharusan melakukan operasi siasatan bagi mencegah perlakuan jenayah zina (Syarh al-Nawawi, 2/26). Ini bererti tindakan Jabatan Agama mencegah kemungkaran dan kerosakan aqidah adalah sesuatu yang mempunyai asas dalam Islam. Tidak seperti gesaan liberal yang menuntut kebebasan mutlak individu.

6. Operasi Jabatan Agama tersebut adalah jelas termasuk dalam kempen mencegah kemungkaran yang dituntut dalam Islam. Dalam al-Quran, Allah menyifatkan Bani Israel sebagai bangsa yang dilaknat kerana mereka tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Mereka sentiasa tidak mencegah (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.” Surah al-Maidah: 79.

6. Di dalam Surah al-Taubah pula, Allah menyifatkan antara sifat orang munafiq itu adalah mereka yang tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik. Surah al-Taubah:67.

7. Bahkan Rasulullah mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan dia mampu, maka akan dibimbangi akan ditimpa azab dari Allah. Sabda Rasulullah:

((ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ))

“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

8. Semoga Allah menyelamatkan kita dari pemikiran Liberal yang mengelirukan manusia tentang Islam. Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Rujukan:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/25/ahli-akademik-gesa-rundingan-terbuka-fungsi-jakim/

28/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

BUKTI KUKUH JENAYAH AKADEMIK; WAHHABI MENGUBAH ISI KANDUNGAN KITAB ULAMAK SALAF!

Kaum Wahabi yang mendakwa dirinya Salafi dan menghalalkan segala cara untuk mempromosikan ajaran mereka termasuk dengan cara menghapus isi kandungan dari kitab para ulama salaf yang mengkritik mereka atau menyalahkan doktrin Wahhabi.

Berikut daftar kitab yang dirubah, dihapus, disunting dan dipalsukan oleh kaum Wahhabi.

1. Dalam kitab ad-Durar asSaniyyah, jilid 1, hal 228, diperintahkan untuk memusnahkan atau menghilangkan, sebahagian isi kandungan Kitab-Kitab karya Ulama, jika tidak sesuai dengan aqidah Wahabi.

2. Kitab Riyadhus Sholihin, karya Imam Nawawi, memuat judul Doa Ziarah Kubur Nabi, dirubah menjadi Ziarah Masjid Nabi, kerana Wahabi Anti Ziarah Kubur.

3. Perkataan Imam AsSubki, yang dinukilkan Imam Abul ‘Izz, dalam Syarah Aqidah Thohawiyah, dari kitab Mu’id An-Ni’am, hal 62, dirubah habis-habisan. Yang semula disebut Asy’ari sebagai isi Aqidah Thohawiyah, dihilangkan sama sekali. Yang semula disebut sebahagian Hanbali ikut tajsim dihilangkan juga.

4. Kitab Aqidah AsSalaf Ashhabul Hadis, karya Syeikh Islam Abu Usman Ismail Ash-Shobuni, hal 6, aslinya tertulis Ziarah Kubur Nabi tapi diubah jadi Ziarah Masjid Nabi.

5. Kitab Hasyiyah AsSowi ‘ala Tafsir al-Jalalain, karya Syeikh Ahmad bin Muhammad asSowi al-Maliki, hal 78, aslinya tertulis, bahwa wahabi adalah Jelmaan Khawarij, yang telah merusak penafsiran al-Qur’an dan asSunnah, dan suka membunuh kaum muslimin, tapi dihapus semuanya.

6. Kitab Tafsir al-Kasysyaf, karya Imam az-Zamakhsyari, dalam tafsir Surat al-Qiyaamah, ayat 22-23, penafsiran si pengarang yang Mu’tazilah, diubah habis jadi penafsiran Wahabi.

7. Kitab al-Ibanah, karya Imam Abul Hasan al-Asy’ari, yang terang-terangan menolak TAJSIM dan TASYBIH, dirubah habis-habisan menjadi mendukung TAJSIM dan TASYBIH.

8. Kitab al-Fawaid al-Muntakhobat, karya Ibnu Jami az-Zubairi, di hal 207 menyatakan, bahwa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah THOGHUT BESAR, tapi dihapus sama sekali.

9. Semua cetakan kitab Diwan Imam Asy-Syafi’, di hal 47, ada bait berbunyi FAQIIHAN WA SHUFIYYAN FAKUN LAISA WAHIDAN, artinya Jadilah Ahli Fiqih dan Shufi sekaligus, jangan hanya salah satunya. Tapi dalam cetakan WAHABI, termasuk versi elektronik (e-book) dengan alamat http://www.almeshkat.net, bait tersebut dibuang karena Wahabi MUSUH SHUFI.

10. Kitab Shahih Bukhari dipalsukan juga. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani, dalam Fathul Bari, menjelaskan adanya Pasal al-Ma’rifah, dan Bab al-Mazholim dalam Shahih Bukhari, tapi dalam Shahih Bukhari, cetakan Wahabi saat ini, Pasal dan Bab itu hilang.

11. Kitab Shahih Muslim dipalsukan juga. Hadits Fadhoil Maryam, Asiyah, Khadijah dan Fathimah, dihapus dari Shahih Muslim yang dicetak, padahal Mustadrok al-Hakim mencatat itu. Lucunya, Shahih Muslim, cetakan Masykul, jilid 7 hal 133, ada Bab Fadhoil Khadijah, tapi isinya tentang Fadhoil Maryam, Asiyah dan Aisyah.

12. Wahabi mengaku cinta Imam Ahmad, tapi Kitab Musnad Imam Ahmad diperkosa juga. Dalam Musnad Imam Ahmad, aslinya ada Hadits tentang Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Anshor, serta mempersaudarakan dirinya dengan Ali. Tapi kini oleh Wahabi, Hadis tersebut dibuang, tidak ada dalam Musnad cetakan mereka.

13. Kitab ash-Showa’iq al-Muhriqoh, karya Ibnu Hajar al-Haitami, tidak luput dari kejahatan Wahabi. Sejumlah Hadis tentang Ali dan Ahlul Bait Nabi, dipalsukan dengan dihapus sebagian dan diubah.

14. Dalam kitab Hasyiah Ibnu ‘Abidin, yang bermadzhab Hanafi, ada PASAL KHUSUS tentang Wali, Abdal dan orang-orang Sholeh, serta Karomah. Tapi kini oleh Wahabi, satu pasal full DIMUSNAHKAN.

15. Ucapan Syeikh as-Sakhawi tentang Imam al-A’la al-Bukhari yang menyatakan bahwa Sang Imam SANGAT TAKUT dekat dengan Penguasa, dirubah jadi SANGAT DEKAT dengan Penguasa.

16. Kitab Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah, jilid ke-10, tentang ILMU SULUK dan TASHAWWUF, pernah cukup lama tidak diterbitkan oleh Wahabi. Baru setelah diprotes banyak pihak, akhirnya disisipin lagi jilid tersebut.

17. Kitab Nihayatul Qoul al-Mufid, karya Syeikh Muhammad Makki Nashr al-Juraisi, yang menulis bahwa dirinya Madzhab Syafi’i dengan THORIQOH SYADZALI, tapi dibuang Thoriqohnya.

18. Dalam kitab al-Mughni, karya Imam Ibnu Qudamah al-Hanbali, ada BAB ISTIGHOTSAH, tapi dalam cetakan ulang Wahabi, dibuang sama sekali.

19. Kitab Tarikh al-Ya’qubi, jilid 2 hal 37, aslinya menyebut “Nash” buat Ali di Ghadir Khum. Tapi dalam cetakan Wahabi, kata Nash dan Ghadir Khum dilenyapkan.

20. As-Syeikh al-Muhaddits Ahmad bin Muhammad bin Shiddiq al-Ghumari, dalam kitabnya, al-Burhan al-Jaliy, mencatat PEMALSUAN WAHABI terhadap Kitab Ahwal al-Qubur, karya Ibnu Rajab al-Hanbali, dan Kitab Tafsir al-Bahr al-Muhith, karya Abu Hayyan, serta sebuah kitab lainnya yang berjudul Iqtidho Ash-Shiroth Al-Mustaqim.

Sumber: FB Ustaz Abdul Jalil Ibn Umar

27/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Ketahui 33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”
فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.
Dari dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan beberapa dari niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :
#1 – Tujuan Belajar Dan Beramal
(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.
#2 – Tujuan Memohon Hidayah
(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.
#3 – Tujuan Bermunajat
(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.
#4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit
(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.
#5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya
(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).
#6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras
(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).
#7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan
(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.
#8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai
(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.
#9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan
(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.
#10 – Niat Mentaati Perintah Allah
(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.
#11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan
(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.
#12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat
(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.
#13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi
(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.
#14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam
(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.
#15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga
(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.
#16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah
(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.
#17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah
(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.
#18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran
(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.
#19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka
(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.
#20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah
(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.
#21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur
(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.
#22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan
(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.
#23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan
(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.
#24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah
(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.
#25 – Tujan Mendapat Kebaikan
(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.
#26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum
(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).
#27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia
(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.
#28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran
(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.
#29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur
(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.
#30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya
(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW
#31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq
(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.
#32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu
(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.
#33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin
(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.
(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)

Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

OLEH USTAZ IQBAL ZAIN
14 AUG 2017

25/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

SAMBUTAN MAULID NABI ADALAH MERAIKAN KEMATIAN NABI SALLALAHU ‘ALAIHI WASALLAM ? -DAKWA HUSSEIN YEE HUSSEIN YEE VS ULAMAK MUKTABAR ASWJ

Dalam satu youtube kuliah Hussein Yee kononnya umat Islam seluruh dunia yang menyambut maulidul Rasul adalah meraikan kewafatan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Rujuk : https://youtu.be/sB8tZnsbKCg
Minit : 0.18 hingga 0:22

Jawapan untuk dakwaan Hussein Yee :

1. Nama pun Maulid – kelahiran. Maka bila disebut Maulid Nabi ia adalah satu dari syiar Islam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan ramai ulamak muktabar yang membenarkannya serta umat Islam seluruh dunia menyambutnya. Ironinya dalam video minit 0:27 di atas saudara Hussein Yee lebih mendengar hinaan Yahudi dari jawapan dan pandangan Ulamak ISLAM.

2. Mengenai tarikh kelahiran Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, sememangnya ada perbahasan dan umat Islam seluruh dunia mengambil tarikh 12 Rabi’ul Awwal sebagai tarikh kelahiran junjungan besar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah sebagaimana penjelasan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan :

Masyarakat mulai memperkatakan tentang tarikh sebenar Maulid Nabi dan sesetengahnya berkata bahawa tarikh 12 Rabiul Awwal yang disambut oleh majoriti umat Islam itu palsu malah tidak tepat.

Adakah benar kenyataan itu?

Mari kita lihat perbahasan dibawah ini.

Hari Lahir Nabi

Para Ulama’ dah ilmuwan bersepakat bahawa Rasulullah saw dilahirkan pada Hari Isnin sebagaimana dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berkenaan Tahun Kelahiran Rasulullah saw pula telah dijelaskan dalam banyak hadis diantaranya:

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ. رواه البزار والطبراني في الكبير ورجاله موثقون (مجمع الزوائد ومنبع الفوائد . محقق – ج 1 / ص 242)

“Ibnu Abbas berkata: Rasulullah dilahirkan di tahun gajah” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At-Thobroni dan para perawinya adalah dipercayai.

Dalam riwayat lain juga ditegaskan bahawa Qais bin Makhzamah memiliki persamaan tahun kelahiran dengan Rasulullah di tahun Gajah (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth)

Tarikh Kelahiran Nabi

Imam Nawawi berkata:

وَاخْتَلَفُوا فِي يَوْم الْوِلَادَة هَلْ هُوَ ثَانِي الشَّهْر ، أَمْ ثَامِنه ، أَمْ عَاشِره ، أَمْ ثَانِي عَشَره ؟ (شرح النووي على مسلم – ج 8 / ص 66)

“Ulama berbeza pendapat tentang hari kelahirannya, adakah hari 2 bulan Rabiul Awal, ke 8, ke 10 ataukah ke 12 ? (Syarah Sahih Muslim 8/66)

Dalil-Dalil Yang Kuat Rasulullah saw Lahir Pada 12 Rabiul Awal

– Hadis Riwayat Imam Baihaqi:

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ قَالَ : وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِاثْنَتَيْ عَشْرَةَ لَيْلَةً مَضَتْ مِنْ شَهْرِ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ قَالَ الْبَيْهَقِي رَحِمَهُ اللهُ : وَرَوَيْنَا عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ثُمَّ عَنْ قَيْسِ بْنِ مَخْزَمَةَ ثُمَّ عَنْ قبُاَثَ بْنِ أَشِيْمٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ عَامَ الْفِيْلِ وَكَانَ الزُّهْرِي وَمَنْ تَابَعَهُ يَقُوْلُوْنَ وُلِدَ بَعْدَهُ وَالْأَوَّلُ أَصَحُّ (شعب الإيمان – ج 2 / ص 134)

Muhammad bin Ishaq berkata: “Rasulullah dilahirkan pada 12 malam bulan Rabiul Awal”. Al-Baihaqi berkata: “Kami meriwayatkan dari Ibnu Abbas kemudian dari Qais bin Makhzamah kemudian dari Qubats bin Asyim bahawa Nabi dilahirkan pada tahun Gajah. Al-Zuhri dan yang mengikutinya mengatakan bahawa dilahirkan sesudah tahun Gajah. Pendapat pertama lebih sahih (Hadis Riwayat Imam Baihaqi dalam Syuab al-Iman)

– Riwayat Ibnu Abi Syaibah

قَالَ أَبُوْ بَكْرِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ : حَدَّثَنَا عُثْمَانُ عَنْ سَعِيْدِ بْنِ مَيْنَاءَ عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ قَالَا : وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ وَفِيْهِ بُعِثَ وَفِيْهِ عُرِجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ وَفِيْهِ هَاجَرَ وَفِيْهِ مَاتَ فِيْهِ انْقِطَاعٌ وَقَدِ اخْتَارَهُ الْحَافِظُ عَبْدُ الْغَنِى بْنُ سُرُوْرٍ الْمَقْدِسِي فِي سِيْرَتِهِ (سيرة ابن كثير – ج 2 / ص 93)

“Jabir dan Ibnu Abbas berkata: “Nabi dilahirkan pada tahun Gajah, hari Isnin 12 Rabiul Awal. Di hari Isnin beliau diangkat menjadi Nabi, melakukan Mi’raj ke langit, berhijrah ke Madinah dan hari Isnin beliau wafat”

Sanadnya terputus dan dipilih oleh al-Hafiz Abd al-Ghani bin Surur al-Maqdisi dalam kitab sejarahnya” (Sirah Ibni Katsir, 2/93). Riwayat ini juga dapat dilihat dalam al-Bidayah wa Nihayah Ibnu Katsir.

– Ahli Hadis al-Munawi

(تنبيه) الْأَصَحُّ أَنَّهُ وُلِدَ بِمَكَّةَ بِالشُّعَبِ بِعِيْدِ فَجْرِ الْاِثْنَيْنِ ثَانِيَ عَشَرَ رَبِيْعَ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ (فيض القدير – ج 3 / ص 768)

“Pendapat yang lebih sahih bahawa Nabi dilahirkan di Kabilah Quraisy pada fajar hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah” (Faidh al-Qadir 3/768)

– Syaikh Abdullah al-Faqih

وَأَكْثَرُ أَهْلِ السِّيَرِ عَلَى أَنَّهُ وُلِدَ يَوْمَ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ، بَعْدَ الْحَادِثَةِ بِخَمْسِيْنَ يَوْماً (فتاوى الشبكة الإسلامية – ج 44 / ص 50)

“Kebanyakan ahli sejarah bahawa Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah, setelah 50 hari dari peristiwa tersebut” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 44/50)

فَالْمَشْهُوْرُ فِي كُتُبِ السِّيْرَةِ النَّبَوِيَّةِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ فِي الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ (فتاوى الشبكة الإسلامية – ج 126 / ص 120)

“Pendapat yang masyhur dalam kitab-kitab sejarah kenabian bahawa Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 126/120)

Marilah semua umat Islam kita bersama-sama menyambut Sambutan Maulidur Rasul tanpa ragu-ragu atau bimbang dengan persoalan-persoalan yang sudah lama dibahaskan oleh para Ulama’ terdahulu dan semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai Rasulullah saw.

3. Antara ulamak yang membenarkan Maulid Nabi :

– Al-Imam Abul Khaththab Ibnu Dihyah (W 633 H) “ At-Tanwir fi Maulid al-Basyir an-Nadzir
– al-Imam Abu Syamah (W 665 H) guru kepada Imam an nawawi.
– al Imam Ibnu Jauzi (ulamak hadis)- Al-Mawahib al-Ladunniyyah : 1/27
– al-Hafidz al-Iraqi (725-808 H), guru al-Hafidz Ibnu Hajar. Beliau memiliki kitab Maulid berjudul “ al-Maurid al-Hani fi al-Maulid as-Sani “
– alhafiz Ibnu Hajar al-Asqolani – Al-Hawi lil Fatawi : 229
– al-Imam al-Hafidz as-Sayuthi (849-911 H). –
Al-Hawi lil Fatawa, as-Suyuthi : 1/18
– al-Allamah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Haitami (W 975 H) – Al-Fatawa al-Hadtisiyyah : 202

Semua ini adalah kibar ulamak yang pakar dalam hadis, aqidah dah feqh !

4. Umat Islam di Negara China pun dah lama sambut Maulidul Rasul

5. Wahai Hussein Yee – dakwah beribu masuk Islam bukan lesen untuk kamu berbohong dan menghasut untuk benci sambutan Maulidul Rasul. Di Malaysia, Yang Dipertuan Agong, seluruh negeri (kecuali Perlis) menyambut Maulidul Rasul. Kita hendak ikut Hussein Yee atau Ulamak Muktabar Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ?

Sumber

24/11/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

Tolak WAHABI Antara muzakarah/debat terkenal di Malaysia

1. Almarhum Dr Aziz Hanafi VS MAZA
– tiada perubahan dan hasil positif. MAZA tetap jadi wahhabi dan liberal

2. Almarhum Dr Uthman el Muhammady VS MAZA , Dr Fauzi Deraman – penghinaan terhadap mazhab asy syafie – tiada hasil positif

3. Ustaz Abu Syafiq VS Fadhlan Othman, Hafiz Firdaus – masa ni terbongkar, hafiz firdaus mengaku tak tau bahasa arab dan jadi pakar rujuk agama majalah wanita, Karangkraf. AJAIB !

4. Ustaz Engku Ahmad Fadzil VS Rozaimi Ramlee – rora dan khairil anwar buat forum pasca muzakarah dan mengumpat bersama penyokongnya.

5. Ustaz Abu Syafiq VS Salman Ali – tiada perubahan positif. Salman Ali terkenal dengan al makan al adami

6. MAZA, Amin Idris VS Kerusi – permainan Shahidan Kassim (satu-satunya menteri bencana alam yang mengaku dirinya wahhabi baik) main ubah tempat, dan guna kuasa politik tukarkan Ust Zamihan hingga tidak dapat hadir. Maka MAZA dan amin idris berdebat dengan kerusi.

7. Cabaran Ust Zamihan berdebat dengan MAZA di hadapan mufti dan para ulamak – MAZA tak berani sahut sebab hanya berani buat di negeri Perlis dan di hadapan penyokongnya sahaja.

8. Team ARG VS Mashadi Masyuti – nampak MM banyak tak jawab hujjah, masih lagi melalut di pos dindingnya sebab tidak berpuas hati.

9. Team ARG tawar debat dengan Rozaimi (dia bagi alasan jadual penuh)

Bila Sheikh Nuruddin menerima debat dengan bersyarat ada pula tulisan celupar penganut wahhabi yang menuduh ia sebagai pertaruhan.

Itu bukan pertaruhan, sebab sehingga kini perdebatan dengan wahhabi memang tiada sudahnya. Bahkan wahhabi tetap tegar dengan kebatilan di hadapan penyokong sendiri. Tiada impak atau kesan positif yang dilihat. Wahhabi tetap meneruskan pengkafiran, pensyirikan, pembid’ahan liar terhadap majoriti ulamak dan umat Islam !

10. Tawaran muzakarah ARG dan ‘Maulana’ Fakhrurazi (sedang menunggu setuju terima daripada ‘maulana’ fakhrurazi)

(Sumber:telegram@junction_bot)

15/11/2019 Posted by | Informasi, wahabi | , | Leave a comment

Adakah Mati Kemalangan Jalan Raya Syahid?

Mematuhi peraturan lalu lintas suatu ibadat

ULAMA memberikan pelbagai pandangan mengenai orang yang terbunuh di jalan raya. Pada dasarnya ia bergantung kepada sebab berlakunya kejadian itu. Adakah ia disebabkan oleh kecuaian pemandu atau menjadi mangsa kecuaian orang lain. Di sini boleh dibahagikan masalah ini mengikut perspektif Islam.

Pertama, terbunuh dalam kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian sendiri seperti memandu laju melebihi had yang dibenarkan dan dalam keadaan yang membahayakan atau memandu dalam keadaan mabuk.

Kebanyakan ulama berpendapat perbuatan demikian mengundang bahaya yang boleh dikategorikan sebagai mencampakkan diri ke arah kebinasaan sebagaimana firman Allah bermaksud: “Janganlah kamu korbankan dirimu dengan tanganmu ke arah kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Rasulullah bersabda seperti diriwayatkan Thabir Dhuhak, maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri sendiri dengan sesuatu benda, nescaya Allah azabkannya dalam neraka jahanam nanti dengan benda itu.”

Mengikut Sahih Muslim, Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka dengan besi itulah dia menikam dirinya dalam neraka jahanam selama-lamanya, sesiapa yang meminum racun sehingga mati nescaya dia akan meminum racun dalam neraka jahanam, sesia-pa yang terjun bukit dan mati, nescaya dia akan terjun di dalam neraka kekal selama-lamanya.”

Berdasarkan keterangan ini menunjukkan bahawa orang yang terkorban di jalan raya disebabkan kecuaian dirinya ketika memandu adalah berdosa dan ada ulama yang menganggap orang yang mati sedemikian adalah boleh dihukum membunuh diri dan berdosa besar kepada Allah.

Berpandukan hadis di atas, Rasulullah yang menyebut sesiapa membunuh diri dengan besi, Allah akan azabkannya di akhirat kelak dengan besi itu.

Malah di Arab Saudi pernah dikeluarkan fatwa mengatakan bahawa orang yang terkorban dalam kemalangan jalan raya disebabkan kecuaiannya adalah dianggap membunuh diri dan berdosa besar.

Oleh itu, pemerintah dan pihak berkuasa Arab Saudi mengingatkan remaja bahawa mereka akan masuk neraka sekiranya terkorban di jalan raya disebabkan kecuaian mereka sendiri ketika memandu kenderaan.

Kedua, sekiranya seseorang pemandu yang cuai itu hanya cedera parah atau cedera ringan, sedangkan orang yang menjadi mangsa langgar, mati di dalam kemalangan itu adalah termasuk dalam hukum membunuh dan berdosa besar.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah dalam hadisnya: “Jauhilah kamu tujuh perkara yang membinasakan. Sahabat bertanya: Apa dia ya Rasulullah? Sabda Rasulullah: ialah syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan benar, memakan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan dan menuduh perempuan yang baik dengan zina.”

Kerana itu terbunuh di jalan raya akibat kecuaian orang lain seperti menjadi mangsa pemandu mabuk atau mangsa langgar lari, kebanyakan ulama mengklasifikasikan mati sedemikian adalah mati syahid dunia selain mati kerana wabak penyakit, mati terbakar, mati sakit dalam perut, mati lemas dan mati tertimbus.

Ulama juga mengkiaskan bahawa mati terbunuh dalam kemalangan jalan raya, di kilang industri dan jatuh kapal terbang dan seumpamanya adalah termasuk dalam mati syahid.

Perlu dijelaskan di sini bahawa mati syahid dunia akibat kemalangan jalan raya ini bukanlah merangsangkan lagi individu atau masyarakat untuk berkorban di jalan raya dengan harapan boleh masuk syurga dan terlepas daripada azab kubur dan azab neraka.

Anggapan sebegini adalah salah kerana dimaksudkan mati syahid di sini ialah keadaan mati itu ngeri dan menderita sebelum menghembuskan nafas dan kerana itulah dinamakan syahid dunia, tetapi bukan syahid dunia dan akhirat seperti gugurnya pejuang Islam di medan perang untuk menegakkan kalimah Allah.

Tetapi orang yang mati syahid dunia ini bergantung kepada amalan masing-masing ketika hidupnya iaitu adakah mereka beriman dan melakukan amalan soleh sepanjang hayatnya. Janji dan pembalasan Allah adalah bergantung kepada keimanan dan amalan seseorang.

Jadi jelaslah bahawa keadaan mati seseorang itu bergantung ketika apa yang dilakukan ketika hidup sama ada baik atau sebaliknya. Oleh itu, sebagai seorang Islam hendaklah melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Di antara suruhan Allah ialah berdisiplin di jalan raya, mematuhi segala peraturan lalu lintas yang digubal khas untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya, menghormati dan bertolak ansur serta sentiasa ingat kepada Allah kerana memandu itu adalah ibadat.

Setiap gerakan tangan, mata dan pemikiran kita mendapat pahala daripada Allah selama mana hati kita sentiasa ingat kepada Allah.
Sumber

Sumber

14/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

Ada Apa Dengan Wahhabi

Ulasan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu AlBanjari AlMakki

“Kita bukannya nak menghalang atau membantah golongan wahhabi dalam isu furu’. Sebab apa-apa pendapat mereka tu, memang ada ulama dalam pelbagai mazhab memberi pendapat sedemikian rupa. Contohnya isu qunut subuh, memang dalam mazhab lain tidak menyatakan bacaan qunut itu adalah sunat pun. Contoh lainnya, tahlil, memang ada ulama menyatakan perbuatan ini tidak dianjurkan para salafussoleh.

Tapi kedua-dua contoh tadi masih ada ramai ulama yang mengatakan boleh. Masalahnya dengan wahhabi ini, mereka tidak meraikan khilaf ini, mereka memaksa orang lain untuk ikut pendapat yang mereka pegang. Apabila kits ikut pendapat yang berbeza dari pendapat wahhabi pegang, wahhabi tuduh kita bidaah, sesat, dan kafir. Sikap extreme inilah yang kita nak halang dan bantah. Kita bukan bantah pendapat dia. Itu dia nak pegang pendapat apa, dia punya pasal lah.

Kamu tak mau baca qunut masa subuh, suka hati kamulah. Kamu tak mau bertahlil, suka hati kamulah. Kedua-duanya bukan wajib pun. Tapi jangan lah kamu nak mengkafirkan, membidaahkan, menyatakan sesat kepada kami yang melakukan perbuatan yang diharuskan dalam masalah khilaf..!! Kalau kami yang membaca qunut subuh ini bidaah dan sesat, apa kalian berani mengatakan sedemikian kepada Imam Syafie? Imam Nawawi? Imam Ibnu Hajar? Saya cabar kamu wahai wahhabi-wahhabi di Malaysia..!!

Kalau kamu tidak melakukan pembidaahan dan pengkafiran kepada kami, kami pun tak mau kacau kamu. Kami langsung membiarkan kamu dengan pegangan kamu dan cara amalan kamu. Tapi kalian mengkafirkan kami, menyesatkan kami, membidaahkan kami, kamu ambil ilmu Imam Nawawi separuh dan buang separuh, sedangkan kamu ambil ilmu Syeikh Albani seluruhnya, sedangkan beza antara Imam Nawawi dan Syeikh Albani seluas langit dan bumi, maka kami tak akan membiarkan daulah Wahhabiyyah tertegak di atas muka bumi Malaysia ini.

– Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu AlBanjari AlMakki

12/11/2019 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, wahabi | | Leave a comment

Hukum Sambut Maulidurrasul

“ALLAH SWT berselawat ke atas Muhammad,” sering kita lafazkan sama ada dalam bentuk selawat mahupun qasidah yang mengandungi ucapan itu, sekali gus menunjukkan betapa agungnya cinta Allah SWT terhadap pesuruh-Nya itu.

Martabat Rasulullah SAW di sisi Allah SWT amatlah tinggi sehingga Baginda digelar kekasih Allah tetapi sejauh mana kita menghayati dan menjiwai cinta terhadap Junjungan Nabi Muhammad SAW?

Oleh itu, antara tanda dalam memuliakan Rasulullah SAW ialah menganjurkan Maulidur Rasul yang menjadi pengisian kerohanian amat baik kerana sekurang-kurangnya mampu mengingatkan setiap umat Islam supaya menjadikan Baginda sebagai panduan mengisi keperluan duniawi dan mengejar akhirat.

Selain selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, majlis Maulidur Rasul memberikan ilmu dan maklumat berguna kepada masyarakat apabila diisi dengan tausiyah atau ucapan oleh alim ulama serta pendakwah mengenai sirah dan sunnah termasuk doa untuk meraih keberkatan dan dilimpahi rahmat Allah SWT.

Pendakwah bebas, Habib Nael Ben Taher, berkata tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita.

“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir.

“Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT,” katanya kepada Ibrah di sini.

Beliau yang juga Pembimbing Majlis Rasulullah SAW Malaysia berkata, orang pertama menyambut Maulidur Rasul adalah Baginda sendiri. Ini kerana ada orang bertanya kepada Nabi SAW mengenai kelebihan puasa Isnin, Baginda bersabda: Hari Isnin adalah hari aku dilahirkan, hari aku diutuskan menjadi rasul dan hari al-Quran diturunkan kepadaku.” (HR Muslim)

“Menurut ulama, Rasulullah SAW yang mengikatkan hari kelahirannya sendiri dengan kesyukuran kepada Allah SWT, iaitu dengan melaksanakan ibadat puasa. Justeru kita perlu mengagungkan hari kelahirannya kerana Baginda sendiri bersyukur dan menyambut dengan ibadat yang mulia,” katanya.

Habib Nael berkata, Imam Ibnu Kathir menerusi kitabnya Al-Bidayah Wa An-Nihayah menjelaskan antara sambutan terawal Maulidur Rasul dibuat oleh Raja al-Muzaffar yang menganjurkannya pada Rabiulawal dengan membuat perhimpunan secara besar-besaran.

“Beliau membelanjakan sebanyak 300,000 dinar setiap tahun untuk menyambut Maulidur Rasul di Ibril yang terletak berdekatan Syam, bermula 604 Hijrah hingga dihadiri rakyat yang datang dari segenap tempat.

“Raja al-Muzaffar dikatakan seorang alim, adil dan sanggup mengeluarkan hartanya dengan begitu banyak demi menyambut Maulidur Rasul kerana baginda mengetahui keagungan Nabi Muhammad SAW dan jasa terhadap umatnya yang kalau dikeluarkan seluruh harta dunia sekalipun tidak akan mampu membalas jasa itu,” katanya.

Susulan itu, kata Habib Nael, Maulidur Rasul disambut pada setiap zaman dan kawasan sehingga ulama menulis dan menghasilkan pelbagai kitab Maulid yang terkemuka.

Antaranya Maulid Ad-Daiba’i, Maulid Dhiya Ulami’ dan Maulid Simtut Durar yang mengandungi ayat al-Quran, hadis, sirah, syair dan doa munajat serta selawat kepada Rasulullah SAW.

Mengulas tanggapan sesetengah pihak yang melabel majlis Maulidur Rasul menyimpang daripada syariat Islam. Habib Nael berkata, majlis sedemikian tidak terkeluar sama sekali daripada ajaran Rasulullah SAW.

“Dalam majlis ini, ada bacaan al-Quran, hadis Nabi, zikir, berselawat, bacaan sirah Nabi dan tausiyah daripada ulama mengenai Rasulullah SAW serta peringatan selain berdoa.

“Bukankah semua ini perkara mulia dianjurkan Rasulullah SAW. Selagi majlis itu tidak bercampur dengan perkara yang diharamkan dalam islam, maka ia dibolehkan serta mendapat pahala atas segala kebaikan yang kita lakukan seperti yang ditegaskan Imam Ibnu Hajar, Imam Suyuti dan Ibnu Taimiyyah.

“Sekiranya majlis seumpama itu mengandungi perkara diharamkan, maka sudah tentu hukumnya adalah haram,” katanya.

Bagi pencinta Rasulullah SAW, Habib Nael berkata, mengingati Maulidur Rasul adalah wajib berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab:56).

“Kita meyakini Nabi Muhammad diutuskan sebagai rahmat kepada seluruh alam seperti yang jelas dalam al-Quran, maka Allah SWT memerintahkan kita bergembira dengan rahmat-Nya. Orang yang gembira terhadap nikmat Allah akan mudah bersyukur kepada-Nya.

Habib Nael berkata, Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menyatakan antara ubat penyakit ujub ialah gembira atas pemberian Allah SWT.

“Jika kita gembira dan berkata, ‘Ya Allah, segala puji-pujian kepada-Mu kerana melalui Nabi Muhammad SAW, kami dapat membaca al-Quran, menunaikan solat dan mengetahui bagaimana cara mendekatkan diri dan mencintai-Mu, sekali gus mempelajari bagaimana berakhlak mulia.’

“Bukankah hal ini akan menambahkan kesyukuran kepada hati sehingga dapat mengubati penyakit hati seperti sombong dan berbangga dengan amalannya sendiri atau ujub itu,” katanya.

Sementara itu, pendakwah, Amaluddin Mohd Napiah, berkata Maulidur Rasul bukan perayaan biasa sebaliknya sambutan majoriti kaum Muslimin di seluruh pelusuk dunia untuk menyatakan perasaan syukur kepada Allah dan melahirkan rasa gembira atas kelahiran serta keputeraan Nabi Muhammad SAW.

“Malah di sesetengah negara, sambutan ini berlangsung dari awal hingga akhir Rabiulawal dalam rangka menghayati dan menghidupkan sunnah.

“Tidaklah bermakna kita tidak mencintai Nabi Muhammad SAW pada bulan lain kerana setiap masa kita dituntut agama untuk berbuat demikian tetapi kemuliaan Rabiulawal yang dinisbahkan kepada kelahiran Rasulullah SAW ditunggu-tunggu dan membawa cahaya, sekali gus umat Islam menzahirkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah SWT,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, kelahiran Nabi Muhammad SAW disebut-sebut jauh lebih awal daripada kelahiran Baginda yang termaktub dalam dalam kitab terdahulu seperti Injil dan Taurat bahawa akan ada penutup nabi yang lahir dengan pelbagai ciri serta petanda.

“Jadi, kelahiran Nabi Muhammad menjadi berita gembira yang ditunggu oleh kaum yang masih beriman di antara masa jahiliyah yang menimpa, malah Baginda seolah menjadi cahaya terang-benderang dalam kegelapan pada era jahiliyah.

“Imam Ahmad RA meriwayatkan hadis dari al-Irbadh ibnu Sariyah as-Sulami, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Aku berada di sisi Allah dalam Ummul Kitab, penutup Nabi dan Adam masih dalam bentuk tanah serta aku akan menjelaskan takwilnya kepada kalian: “Aku adalah doanya ayahku Ibrahim, berita gembira Isa kepada kaumnya, mimpi ibuku yang melihat cahaya keluar darinya menerangi istana Syam, demikian juga ibu sekalian Nabi melihat peristiwa yang sama.” (HR al-Hakim)

Amaluddin berkata, antara hujah ulama mengharuskan majlis Maulidur Rasul ialah kenyataan dikeluarkan mantan Mufti Mesir, Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’i.

“Beliau berkata, setiap apa yang dijadikan ketaatan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT yang tidak ditentukan syariat (Allah) waktu dan tempat tertentu maka boleh bagi setiap mukallaf untuk melakukannya.

“Begitu juga setiap yang tidak termasuk dalam larangan umum atau khusus daripada syariat, maka hukumnya adalah harus. Apa yang selainnya (yakni ada larangan) adalah bidaah yang haram atau makruh. Maka wajib untuk menghindarinya dan menghalangnya,.

Bahkan, ilmuwan Islam, bekas Sheikh al-Azhar, Sheikh Abdul Halim Mahmud memetik hadis Rasulullah SAW yang bersabda: “Sesiapa yang melakukan sunnah yang baik, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya. Sesiapa yang melakukan sunnah yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan dosa sesiapa yang beramal dengannya.” (HR Muslim)

Menurut Sheikh Abdul Halim, peninggalan salafussoleh (generasi tiga abad pertama dalam Islam) bagi amalan soleh ini selagi tidak bertentangan dengan syariat, apatah lagi ia membabitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW yang mulia.

Sumber: BH Online

Jumaat 16 Nov 2018.

09/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Mengapa Liberal Menyokong Pesalah Gay?

1. Ada dikalangan pendokong Liberal yang sanggup memberikan sokongan kepada golongan Gay yang didapati bersalah kerana cuba melakukan persetubuhan diluar tabii. Malah apa yang lebih menyedihkan, ada dikalangan pesalah Gay ini (yang cuba melakukan persetubahan diluar tabii) sudah pun berkahwin.

2. Di sini barulah kita faham mengapa Rasulullah benar-benar bertegas dalam menangani isu kemungkaran peribadi, ia bukan sahaja merosakkan individu bahkan meruntuhkan institusi kekeluargaan.

3. Jangan pula ada dikalangan kita yang terkeliru memahami konsep Rahmatan lil Alamin sehingga membenarkan kemungkaran peribadi dengan istilah kosmetik seperti personal sphere dan public sphere. Perkara keemungkaran harus ditangani secara menyeluruh.

4. Dengan sebab itu al-Quran bertegas melarang kemungkaran ini bahkan Allah menyifatkan perbuatan hubungan sejenis mereka sebagai perbuatan yang keji (fahishah) dan melampau (musrifun). Firman Allah:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ . إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

“Ingatlah ketika Nabi Lut berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

5. Maka tidak hairanlah juga apabila Rasulullah turut bersikap keras dalam perkara ini dengan melaknat mereka yang melakukan perlakuan Gay ini. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا

“Allah melaknat mereka yang melakukan amalan kaum Nabi Lut. Rasulullah mengulangi laknat ini sebanyak tiga kali.”. (HR Ahmad, dinilai Hasan oleh al-Arna’ut)

6. Atas dasar dalil al-Quran dan hadith di atas, para sahabat turut mengenakan hukuman yang keras terhadap pelaku liwat. Malah, al-Imam al-Syafie menjelaskan bahawa pelaku liwat boleh dihukum rejam. Kata al-Syafie:

قال الشافعي : وبهذا نأخذ برجم اللوطي محصناً كان أو غير محصن

“Kata al-Imam al-Syafie: dengan ini kami berpandangan bahawa pelaku liwat hendaklah direjam samada sudah berkahwin atau belum.” (al-Shaukani, Nail al-Autar)

7. Andai sekiranya Allah menyifatkan pelaku Gay ini sebagai melakukan dosa besar, Rasulullah melaknat golongan ini, para sahabat turut mengenakan hukuman yang keras dan begitu juga al-Imam al-Syafie, tergamakkah kita bersikap dengan sikap yang bercanggah dengan Allah dan Rasul sehingga sanggup kita menyokong golongan Gay ini?

Semoga Allah memberikan hidayah buat kita semua. Semoga Allah menyelamatkan kita dari kecelaruan pemikiran Liberal yang merosakkan ajaran Islam. Semoga Allah membimbing kita.

Olih: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

08/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

SAAT DIRIMU BELUM MAMPU KE TANAH HARAM

Ibn Rajab al-Hambali rahimahullah berkata:

من لم يستطع الوقوف بعرفة. فليقف عند حدود الله الذي عرفه.

Barangsiapa yang tidak mampu melakukan Wukuf di ‘Arafah, hendaklah dia Wuquf (berhenti) daripada batasan-batasan Syariat Allah yang telah diketahuinya.

ومن لم يستطع المبيت بمزدلفة. فليبت على طاعة الله ليقربه ويزلفه.

Dan barangsiapa yang tidak mampu Mabit (bermalam) di Muzdalifah, hendaklah dia Mabit di atas ketaatan kepada Allah mendekatkan diri kepada-Nya.

ومن لم يقدر على ذبح هديه بمنى. فليذبح هواه ليبلغ به الُمنى.

Dan barangsiapa yang tidak berkeupayaan menyembelih binatang Hadyinya di Mina, hendaklah dia menyembelih/ mengorbankan Hawa Nafsunya bagi meraih harapan yang diidamkan.

ومن لم يستطع الوصول للبيت لأنه بعيد. فليقصد رب البيت فإنه أقرب إليه من حبل الوريد.

Dan barangsiapa yang tidak mampu sampai ke Baitul Haram kerana jauh, hendaklah dia menuju (sentiasa mengingati) akan Rab Baitul Haram kerana Dia lebih dekat daripada tali urat lehernya.

Sumber:

Lataif al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazaif.

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

07/11/2019 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Perjalanan dari Makkah ke TAIF, apakah ia WAJIB Tawaf Wada’?

As Salam.

Mhn jasa baik Ust, sekiranya berkelapangan… utk memberi pencerahan mengenai perjalanan dr Makkah ke TAIF,
apakah ia WAJIB Tawaf Wada’?

Jawapan kami;

Melaksanakan tawaf Wada’ bagi individu yang ingin meninggalkan Bait al-Haram ke suatu tempat yang jaraknya melebihi dua marhalah hukumnya adalah wajib mengikut pendapat yang muktamad.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas radhiallahu anhuma, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ

“Tidaklah seorang daripada kamu yang ingin berangkat pulang sehingga mengakhirkannya dengan melakukan tawaf.”(Riwayat Muslim).

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas radhiallahu anhuma:

أَمْرَ النَّاسَ أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ إِلَّا أَنَّهُ خُفِّفَ عَنِ الْمَرْأَةِ الْحَائِضِ

“Manusia diarahkan (oleh Nabi sollallahu alaihi wa sallam) untuk melakukan tawaf wada’ kecuali keringanan diberikan kepada wanita yang haid daripada melakukannya).”(Riwayat Muslim).

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi:

وَإِذَا أَرَادَ الخُرُوجَ مِنْ مَكَّةَ طَافَ لِلْوَدَاعِ، وَلَا يَمْكُثُ بَعْدَهُ، وَهُوَ وَاجِبٌ يُجْبَرُ تَرْكُهُ بِدَمٍ، وَفِي قَوْلٍ: سُنَّةٌ لَا يُجْبَرُ، فَإِنْ أَوْجَبْنَاهُ، فَخَرَجَ بِلَا وَدَاعٍ فَعَادَ قَبْلَ مَسَافَةِ الْقَصْرِ سَقَطَ الدَّمُ، أَوْ بَعْدَهَا فَلَا عَلَى الصَّحِيحِ.

“Apabila seseorang ingin keluar dari Mekah, maka hendaklah dia tawaf Wada’ dan dia tidak boleh duduk menetap lagi selepasnya. Tawaf Wada’ adalah perkara wajib yang perlu ditampung dengan dam jika meninggalkannya.

Menurut satu pendapat, ia adalah sunat dan tidak perlu ditampung dengan dam jika meninggalkannya.

Justeru, jika kita berpendapat tawaf Wada sebagai wajib, maka jika dia keluar dari Mekah tanpa tawaf Wada’ dan kembali sebelum melepasi jarak perjalanan qasar (dua marhalah), dam itu gugur atau selepas melepasi jarak tersebut, maka dam itu tidak gugur mengikut pendapat yang sahih.”

Sehubungan dengan itu, menurut Keputusan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-35 Musim Haji 1439H 9 bertarikh 11 November 2018, tawaf Wada’ hendaklah dilakukan jika jemaah haji atau umrah pergi ke Taif melalui mana-mana laluan yang melebihi dua marhalah.
اليسع
Wallahu a’lam.

Rujukan

– Al-Idhah
– Al-Majmuk
– Tuhfah al-Muhtaj
– Nihayah al-Muhtaj
– Mughni al-Muhtaj
– Hasyiah I’anah al-Talibin
– Kasyf al-Litham

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

07/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Golongan Asatiza Wahabi gemar melemahkan semangat orang mengamalkan agama-Pengakuan bekas wahabi

Dulu ketika ikut kelas Kitab Riyadhus Solehin yang diajar oleh ust yang Pro Wahabi.. , *Ketika membicarakan hadis kelebihan zikir berjemaah*, *ustaz pro wahabi gemar hurai dgn bab menghukum shj* yakni dengan membidaahkan amalan zikir berjemaah, mendakwa mengerakan badan ketika zikir itu sesat, guna tasbih ketika zikir itu bidaah sesat, lafaz zikir bukan dari hadis tu bidaah sesat, zikir tarekat itu sesat, selawat syifa, selawat tafrijah itu syirik dll yang seumpamanya.. *Semuanya berkisar sesat, syirik dan bidaah*.. Itu pelajaran yang diperolehi.. *Keluar dari majlis dari mereka tidak menambahkan rasa cinta utk berzikir kepada Allah, baik dlm keadaan seorang diri atau berjemaah, tidak menambah jazbah utk berzikir*, tidak menambah sifat ihtisab yakni mengharapkan janji Allah ketika berzikir.. *Keluar dari majlis mereka( walaupun hadis bercerita ttg kelebihan berzikir) tapi melahirkan penuntut ilmu yang memakai kacamata yang menghukum, memandang rendah pada orang lain, menambahkan kesombongan* dengan ilmu mereka,dan yang paling sedih akan melemahkan semangat untuk berzikir.. Allahu.. Manhaj mereka sungguh berbeza, dari jalan para salafussoleh..

Sumber: Ibnu Endot

##Perkongsian dari teman yang bekas pengikut manhaj Wahabi..

03/11/2019 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: