Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hukum Bermain Kutu Tanpa Berakad.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Ramai juga kawan2 dan sahabat2 FB yg bertanyakan tentang pendapat yg diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang hukum bermain kutu yang tidak ada aqad ijab dan qabulnya. Ustaz AI mengatakan adalah HARAM dan berdosa jika ahli2 bermain kut atau kutu itu tidak melafazkan saya berhutang dengan kamu dan saya berikan wang ini sebagai hutang kepada kamu.

Betulkah kutu atau kut itu satu hutang?

Ya..betul sebab setiap ahli wajib membayar duit kutu itu sehingga habis giliran semua ahli. Dan jika seorang ahli tidak mbayar duit tersebut maka dia dikira berhutang dan terhutang selagi tidak membayarnya. Saya yakin tidak pernah ada ahi kumpulan bermain kut yang berniat bersdekah atau menderma kepada ahli2 lain.

Wajibkah melafazkan aqad?

Menurut Mazhab Shafie…ya, aqad memang wajib dilafazkan di dalam setiap kontrak. Bagaimanapun ada juga sebilangan ulama dari mazhab ini berpendapat bahawa untuk sahnya sesuatu kontrak, adalah memadai jika persetujuan itu dilakukan secara bertulis atau dengan isyarat atau dengan perbuatan. Begitu juga dengan Mazhab Hanafi dan Maliki yang berpendapat bahawa tidak wajib melakukan aqad dengan lisan atau lafaz.

Imam Malik dan ulama2 Mazhab Maliki juga bersetjuju bahawa apa2 yg diterima oleh uruf atau custom sesuatu masyarakat itu boleh diterima sebagai satu bentuk akad. Kaedah fiqhiyyah “al Maaruf urfan kal masyrut syartan” bermaksud, sesuatu adat yang telah diterima pakai adalah sama seperti satu perjanjian yg telah dibuat.

Maksudnya tidak berdosa dan tidak HARAM kalau ahli2 bermain kutu tidak melafazkan akad.

Adakah jawapan Ustaz AI tidak betul atau salah?

Ustaz AI tidak salah cuma beliau hanya merujuk kepada pendapat Mazhab Shafie sahaja. Beliau seharusnya merujuk juga kepada pendapat mazhab2 lain dan juga melihat kepada perkembangan fiqh semasa. Kalau tidak beraqad itu HARAM…maka haramlah kita membeli air gedegang dari mesin minuman. Haramlah juga kita bermuamalat di online dan yg seumpamanya.

Nasihat saya kepada mereka yg suka bermain kutu sebagai satu cara menyimpan duit atau untuk dapatkan cash…saya nasihat pastikan niat anda jelas bila bermain kut/ kutu. Kemudian sebaik2nya tulislah jumlah yg perlu dibayar oleh setiap ahli tu di dalam satu buku catatan. Allah pun telah mengajar kita di dalam surah al Baqarah ayat 282 supaya kita menulis hutang yg kita ambil itu dan untuk mengelakkan perbalahan di kemudian hari. Kalau nak berakad, saya berhutang dengan kawan2 pada hari ini pun boleh.

Harapan saya pos ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada semua yang bertanya atau semua yg sedang keliru.

Jawapan ini saya tulis setelah berbincang dengan rakan2 saya dari grup penasihat Shariah Perbankan Islam di Malaysia. 

Maaf kalau ada tersalah ejaan, kerana pos ini ditaip ketika menunggu flight balik ke Alor Setar. 

Wassalam
Dr Fauziah Mohd Noor (UUM)
Lapangan Terbang SAS
Subang, 1.45 tengahari

20/01/2017 Posted by | Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Mengenali Sujud Sahwi, Sujud Sajadah dan Sujud Syukur

wp-1484621962347.jpg

Ada tiga jenis sujud selain sujud di dalam solat fardhu yang dilakukan kerana sebab-sebab tertentu. Sujud-sujud yang dimaksudkan adalah sujud sahwi, sujud sajadah dan…
Ada tiga jenis sujud selain sujud di dalam solat fardhu yang dilakukan kerana sebab-sebab tertentu. Sujud-sujud yang dimaksudkan adalah sujud sahwi, sujud sajadah dan sujud syukur

Sujud Sahwi

Sujud sahwi dilakukan disebabkan oleh 3 perkara iaitu:

1. Tertinggal membaca tahiyat awal.
2. Menambah rukuk, atau rukun-rukun yang lain kerana terlupa atau syak pada bilangan rakaatnya.
3. Lupa membaca qunut atau salah satu daripada sunat Ab’adh.

Sunat Ab’adh adalah membaca tahiyat awal, membaca selawat ke atas nabi ketika membaca tahiyat awal, dan membaca qunut pada rakaat akhir solat Subuh dan pada rakaat akhir solat witir dalam separuh akhir bulan Ramadhan.

Cara-cara mengerjakan sujud sahwi adalah sebagaimana berikut:

Selepas tahiyyat akhir iaitu sebelum salam dan dalam keadaan duduk iftirasy, sujudlah dua kali sujud. Duduk iftirasy adalah duduk dengan kaki kanan ditegakkan manakala kaki kiri dibentangkan dan didudukkan kaki kiri itu. Ia adalah seperti duduk di antara dua sujud atau duduk pada tahiyyat awal.

Semasa sujud bacalah:

“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak pula lupa.”
Kemudian duduk semula dengan duduk iftirasy. Beri salam ke kanan dan ke kiri.

Sujud Sajadah

Sujud Sajadah dikenali juga sebagai sujud tilawah. Ia adalah sujud ketika membaca atau mendengar bacaan ayat-ayat tertentu di dalam Al-Qur’an. Ada 15 tempat semuanya. Sujud ini boleh dilakukan di dalam atau di luar solat. Ia dilakukan sebanyak sekali sujud sahaja.

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud,

“Dari Amru Ibn ‘As R.A. bahawa Rasulullah S.A.W menerangkan kepadanya lima belas ayat sajadah yang tersebut di dalam Al-Qur’an…”
Riwayat Abu Daud


Ayat-ayat sajadah itu adalah:

1. Surah al-A’raf: 206
2. Surah al-Ra’d: 15
3. Surah an-Nahl: 50
4. Surah al-Israa: 109
5. Surah Maryam: 58
6. Surah al-Hajj: 18
7. Surah al-Hajj: 77
8. Surah al-Furqan: 60
9. Surah an-Naml: 26
10. Surah as-Sajdah: 15
11. Surah Sad: 24
12. Surah Fussilat: 38
13. Surah an-Najm: 62
14. Surah al-Insyiqaq: 21
15. Surah al-‘Alaq: 19

Semasa bersujud, bacalah:

“Sujudlah muka dan seluruh diriku kepada Allah yang telah menciptakannya dan membentuk rupanya, juga telah mencipta pendengaran dan penglihatannya dengan kuasa Allah jugalah. Maha suci Allah dengan sebaik-baik kejadian.”


Sujud sajadah mesti dilakukan dengan 4 syarat:

1. Suci badan, pakaian dan tempat.
2. Menghadap kiblat.
3. Menutup aurat.
4. Sujud setelah selesai membaca ayat sajadah.

Sujud Syukur

Ada suatu masa seseorang itu beroleh nikmat atau terlepas dari bala. Perasaan bersyukur kerana keadaan itu boleh diterjemahkan melalui sujud syukur. Sujud ini dilakukan di luar solat. Bacaannya adalah sama seperti bacaan sujud tilawah atau sujud sajadah.

Ada 6 syarat untuk melakukan sujud syukur. Syarat-syaratnya ialah:

1. Mestilah berwuduk.
2. Menghadap kiblat.
3. Berniat seperti “Sengaja aku sujud syukur kerana Allah.”
4. Takbiratul ihram. Kemudian terus sujud.
5. Bertakbir bangkit dari sujud.
6. Memberi salam.

Sumber: Tazkirah.net

17/01/2017 Posted by | Fiqh, Ibadah | Leave a comment

SUNNAH BERSALAMAN SELEPAS SOLAT BERJEMAAH

Apakah hukum berjabat tangan bagi seorang Muslim kepada saudara seagamanya setelah selesai solat? Adakah ia Bid’ah yang tercela?

Jawapan :
Berjabat tangan itu adalah Sunnah pada hukum dasarnya. Imam Nawawi berkata,
“Ketahuilah bahawa berjabat tangan ketika berjumpa itu adalah Sunnah hukumnya. Ini sudah menjadi ijma’ di kalangan para ‘alim ulama.” (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 diambil daripada pendapat Imam Nawawi).
Ibnu Baththal berkata,
“Hukum dasar berjabat tangan itu adalah baik dan elok sekali menurut para ulama’ umumnya.” (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 di ambil daripada pendapat Imam An Nawawi : dan Al Mubarakfuri, Tuhfat al Ahwazi vol 7, hlm 426)

.Banyak di kalangan para ahli feqah dari pelbagai mazhab yang menyatakan dengan tegas bahawa sunnahnya berjabat tangan di antara sesama kaum lelaki. Mereka mengambil dalil di atas hal itu dari sejumlah hadith-hadith sohih dan hasan, antara lainnya hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ka’ab bin Malik RadiyaLLahu ‘anhu, beliau berkata :
“Aku memasuki Masjid, ternyata bahawa di dalamnya (masjid) ada RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam. Lalu saidina Abu Talhah bin UbaiduLLah radiyaLLahu ‘anhu yang berdiri kepadaku (menyambut) dengan langkah cepat (bergegas) hingga dia menjabat tanganku dan mengucapkan selamat padaku.” (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 458 : Bukhari, Sohih BUkhari, vol 4, hlm 1607 dan Muslim, Sohih Muslim vol 4, hlm 2126)
Juga hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Qatadah radiyaLLahu ‘anhu, bahawa beliau berkata,
“Aku bertanya kepada Saidina Anas radiyaLlahu ‘anhu. Apakah berjabat tangan itu dilakukan oleh para Sahabat Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam? ” beliau (Anas radiyaLLahu ‘anhu) menjawab, “Ya” (Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 5, hlm 231 ; dan Ibnu Hibban, Sunan Ibnu Hibban, vol 2 hlm 245)

Hadith yang diriwayatkan daripada Atha’ bin Abu Muslim AbduLlah Al Khurasani bahawa beliau berkata, RasuluLLah SallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti) :
“Berjabat tanganlah kalian, pasti hilang kedengkian. Dan saling kalian memberi hadiah, pasti kalian saling sayang menyayangi dan hilanglah kebencian (sifat saling bermusuhan). ” (Hadith riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 2, hlm 47)

Manakala berjabat tangan setelah selesai solat, tidak ada seorang pun dari para ulama’ yang mengharamkan berjabat tangan. Mereka berpendapat, hukumnya (berjabat tangan) adalah Sunnah dan itu adalah bid’ah hasanah, atau bid’ah yang mubah (diharuskan).
Imam Nawawi memperincikan penjelasan tentang masalah ini dan berkata :
” Jika seseorang yang berjabat tangan sebelum solat, maka itu adalah Sunnah yang baik. Jika dia mengucapkan salam kepadanya (yang berjabat tangan) sebelumnya (solat) maka hukumnya adalah mubah (harus)” (Imam Nawawi, Al Majmu’ vol 3, hlm 469-470)
Al Hashkafi berkata,
“Sebutan secara mutlaq (menyebutkan secara mutlaq ‘bersalaman setelah selesai solat’ tanpa mengaitkannya dengan solat tertentu atau keadaan tertentu) daripada pengarang (iaitu al Tamartasyi) mengikut ad Durar, al Kanz, al Wiqayah, An Niqayah, al Majmu’, al Multaqa’ dan selainnya menunjukkan hukumnya (berjabat tangan) adalah boleh, walaupun setelah selesai solat Asar.”
Adapun ucapan mereka. “Sesungguhnya itu bid’ah maksudnya adalah bid’ah hasanah yang diperbolehkan’ sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al Azkar. ”
(Al Hashkafi. Al Durr Al Mukhtar, dicetak Kitab Hasyiah ‘Abidin di bahagian tepinya, vol 6, hlm 380)

Setelah menyebutkan pendapat sebahagian daripada ulama Mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa hukumnya adalah sunnah secara mutlaq. Ibnu Abidin memberikan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan berkata :…
“Itulah pendapat yang seiring dengan apa yang telah dikemukakan oleh Syarah (Al Hashkafi) dari pemutlaqan ungkapan kitab-kitab matan. Beliau berdalil terhadap pendapat itu daripada umumnya nas-nas yang diriwayatkan berkenaan dengan disyariatkannya kita berjabat tangan. ”
(Ibnu Abidin Radd al Muhtar ‘Ala Ad Durr Al Mukhtar yang dikenali dengan Hasyiah Ibnu ‘Abidin, vol 6, hlm 381) Mereka menyatakan bahawa berjabat tangan setelah selesai solat adalah sunnah secara mutlak.

Imam Thobari menguatkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad radiyaLlahu ‘anhu dan Bukhari dari Abu Juhaifah radiyaLLahu ‘anhu, beliau berkata :
“RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah keluar pada tengahari yang panas ke lembah (di luar batas Mekah; pada masa lalu). Lalu Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam berwuduk kemudian melakukan solat Zohor 2 rakaat dan Asar 2 rakaat (solat jamak dan qasar). Dan di depannya ada tongkat (bermata yang lebih pendek dari tombak) yang di belakangnya telah lalu seorang wanita. Orang-orang pun berdiri, lalu mereka mulai meraih (mengambil) kedua tangan Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam dan mengusap-usap dengannya (tangan Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam) ke wajah-wajah mereka. Abu Juhaifah radiyaLlahu ‘anhu berkata, “Lalu aku meraih (mengambil) tangannya (tangan Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam) dan aku meletakkannya ke wajahku; ternyata ia (tangan Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam) lebih sejuk daripada salju dan lebih wangi daripada misk (minyak wangi) “. (Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, vol 3, hlm 1304)
Al Muhib At Thobari berkata, “Dijadikan sandaran kuat dengan halitu, (bersalaman) terhadap apa yang sesuai dalam tradisi orang ramai, iaitu berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai solat berjemaah. Khususnya Solat Asar dan Solat Maghrib. Apabila disertai dengan tujuan yang baik seperti mengambil keberkatan, mengakrabkan diri, dan seumpamanya.

Sementara Izzuddin Abdissalam. setelah membahagi-bahagikan perkara-perkara bid’ah ke dalam 5 bahagian iaitu : Wajib, Haram, Makruh, Sunnah dan Mubah (harus), beliau berkata :
“Bid’ah-bid’ah yang mubah (harus) ada beberapa, antara lainnya ialah : berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar.” (Izzuddin Ibnu Abdissalam, Qawa’id al Ahkam fi Mashalih al Anam, vol 2, hlm 205)

Imam Nawawi berkata, “Adapun berjabat tangan (bersalaman), yang telah mentradisi atau mengamalkannya setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar ialah :
Syaikh Imam Abu Muhammad bin Abdissalam (semoga ALLah subahanahu wa ata’ala merahmati beliau) telah menyebutkan bahawa itu termasuk di dalam bid’ah yang mubah (harus) ; tidaklah disifatkan sebagai makruh dan galakan. Apa yang beliau sebutkan ini adalah baik. Pendapat yang dipilih disebutkan begini : apabila seseorang yang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah mubah (harus), sebagaimana yang telah kami kemukakan. Apabila seseorang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah Sunnah. Ini adalah sebab berjabat tangan (bersalaman) ketika berjumpa adalah perbuatan Sunnah Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam berdasarkan ijma’ yang bersandarkan kepada hadith-hadith sahih tentang hal itu (bersalaman). (Imam An Nawawi, Al Majmu’, vol 3, h;m 469-470)

Dengan ini, maka bolehlah kita ketahui bahawa siapa yang mengingkari perbuatan ini (bersalaman), maka boleh jadi dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kami sebutkan atau dia tidak berjalan di atas bidang ‘ilmiah sama sekali. Dan ALLah subahanahu wa ta’ala Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

Sumber : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Dipanjangkan Oleh :
Abu Sunnah
Ahli Sunnah Waljamaah Negeri Sembilan

17/01/2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

KISAH NABI SOLAT DALAM KEADAAN BERJUNUB

Mufti Wilayah Persekutuan
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-151: KISAH NABI SOLAT DALAM KEADAAN BERJUNUB

Soalan: Apakah benar riwayat ini?

• Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَبَّرَ بِهِمْ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ، فَأَوْمَأَ إِلَيْهِمْ، ثُمَّ انْطَلَقَ وَرَجَعَ وَرَأْسُهُ يَقْطُرُ، فَصَلَّى بِهِمْ، ثُمَّ قَالَ: “إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ، وَإِنِّي كُنْتُ جُنُبًا، فَنَسِيتُ”.

Maksudnya: “Adapun Nabi SAW bertakbir bersama mereka (sahabat) pada solat Subuh lalu Baginda SAW memberi isyarat kepada mereka dan Baginda SAW beredar. Kemudian, Baginda SAW kembali dan kepala (rambut) Baginda SAW basah lalu Baginda mengimamkan solat mereka. Setelah itu, Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya aku adalah manusia, tadi (ketika mula solat) aku dalam keadaan berjunub dan aku lupa akan hal tersebut”. [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Awsath (5420) dan di dalam al-Saghir (806)].

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, riwayat tersebut secara zahirnya mempunyai sedikit kecacatan pada matan kerana riwayat yang diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani itu bertentangan dari sudut maksudnya dengan riwayat yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim. Di sini kami datangkan riwayat yang terdapat di dalam dua buah kitab yang telah menjadi ijma’ umat Islam akan kesahihannya serta kedudukannya selepas daripada al-Qur’an:

• Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ وَقَدْ أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، وَعُدِّلَتِ الصُّفُوفُ، حَتَّى إِذَا قَامَ فِي مُصَلَّاهُ، انْتَظَرْنَا أَنْ يُكَبِّرَ، انْصَرَفَ، قَالَ: “عَلَى مَكَانِكُمْ” فَمَكَثْنَا عَلَى هَيْئَتِنَا، حَتَّى خَرَجَ إِلَيْنَا يَنْطِفُ رَأْسُهُ مَاءً، وَقَدِ اغْتَسَلَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah keluar dan pada waktu iqamah sudah didirikan dan saf-saf dibetulkan (diluruskan) sehingga Baginda SAW berdiri di tempat solatnya dan kami menunggu Baginda SAW bertakbir. Akan tetapi, Baginda SAW beredar (sebelum melakukan takbir) sambil bersabda: Kekal di tempat kamu (di dalam saf). Kami kekal di dalam keadaan kami (iaitu di dalam saf) sehingga Baginda SAW keluar kepada kami dalam keadaan kepalanya (rambutnya) basah disebabkan Baginda SAW mandi”. [Riwayat al-Bukhari (639)]

• Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، فَقُمْنَا، فَعَدَّلْنَا الصُّفُوفَ، قَبْلَ أَنْ يَخْرُجَ إِلَيْنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، “فَأَتَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى إِذَا قَامَ فِي مُصَلَّاهُ قَبْلَ أَنْ يُكَبِّرَ، ذَكَرَ فَانْصَرَفَ، وَقَالَ لَنَا: مَكَانَكُمْ، فَلَمْ نَزَلْ قِيَامًا نَنْتَظِرُهُ حَتَّى خَرَجَ إِلَيْنَا، وَقَدِ اغْتَسَلَ يَنْطُفُ رَأْسُهُ مَاءً، فَكَبَّرَ فَصَلَّى بِنَا”.

Maksudnya: “Ketika iqamah didirikan, maka kami berdiri (untuk menunaikan solat) dan kami juga meluruskan saf sebelum Rasulullah SAW keluar kepada kami. Kemudian, datanglah Rasulullah SAW lalu Baginda SAW berdiri di tempat solatnya sebelum Baginda SAW bertakbir, Baginda SAW teringat akan sesuatu lalu Baginda SAW beredar. Baginda SAW bersabda kepada kami: Tetaplah kamu di tempat kamu (di dalam saf). Kami tetap berdiri menunggu Baginda SAW sehingga Baginda SAW keluar kepada kami, kelihatan Baginda SAW baru selesai mandi dan masih basah rambut Baginda SAW dengan air maka Baginda SAW bertakbir dan mengimami solat kami”. [Riwayat Muslim (605)]

Hukum Hadith Dan Jawapan

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Awsath dan juga Mu’jam al-Saghir adalah riwayat yang mursal iaitu sanadnya tidak bersambung kepada Nabi SAW kerana nama sahabat telah gugur daripada sanad tersebut. Ini merupakan pendapat Imam al-Baihaqi. [Lihat: Sunan al-Kubra, 556/2]

Selain itu juga Imam al-Haithami mengatakan bahawa “pada sanadnya (sanad yang dibawa oleh Imam al-Thabarani) lebih daripada seorang yang aku tidak menjumpai sesiapa yang menyebut berkaitan mereka (perawi)”. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 69/2]

Akan tetapi terdapat riwayat di dalam sunan Ibn Majah dan juga Sunan Abu Daud yang sama seperti riwayat Imam al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Awsath dan Mu’jam al-Saghir yang mengatakan bahawa Nabi SAW mengingati bahawa Baginda SAW berhadas selepas daripada bertakbir.

• Daripada Abi Bakrah RA, beliau berkata:

دَخَلَ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ، فَأَوْمَأَ بِيَدِهِ أَنْ مَكَانَكُمْ، ثُمَّ جَاءَ وَرَأْسُهُ يَقْطُرُ فَصَلَّى بِهِمْ

Maksudnya: “Nabi SAW masuk (ke masjid) untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian Baginda SAW mengisyaratkan dengan tangannya agar tetap di tempat kamu (sahabat). Setelah itu, Baginda SAW datang semula dalam keadaan kepalanya (rambutnya) basah lalu Baginda mengimami solat mereka”. [Riwayat Abu Daud (233)]

• Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الصَّلَاةِ وَكَبَّرَ، ثُمَّ أَشَارَ إِلَيْهِمْ، فَمَكَثُوا، ثُمَّ انْطَلَقَ فَاغْتَسَلَ، وَكَانَ رَأْسُهُ يَقْطُرُ مَاءً، فَصَلَّى بِهِمْ، فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ: “إِنِّي خَرَجْتُ إِلَيْكُمْ جُنُبًا، وَإِنِّي نَسِيتُ حَتَّى قُمْتُ فِي الصَّلَاةِ”.

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah keluar dan Baginda SAW bertakbir untuk solat. Kemudian Baginda SAW memberi isyarat (supaya kekal di tempat mereka) kepada mereka, lalu mereka kekal berdiri (di dalam saf). Setelah itu, Baginda SAW beredar dan mandi. (Baginda SAW datang kembali) dalam keadaan kepalanya (rambutnya) basah dengan air lalu Baginda SAW mengimamkan solat mereka. Selepas selesai solat, Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya aku keluar kepada kamu (pada permulaan) dalam keadaan aku berjunub dan ketika aku lupa sehinggalah aku sudah mendirikan solat”. [Riwayat Ibn Majah (1220)]

Setelah kami melihat riwayat-riwayat yang menceritakan berkaitan hal ini, maka di sana kami boleh simpulkan kepada dua:

• Nabi SAW mengingati bahawa Baginda SAW berhadas sebelum daripada bertakbir.

• Nabi SAW mengingati bahawa Baginda SAW berhadas selepas daripada bertakbir.

Adapun riwayat yang menceritakan bahawa Nabi SAW mengingati bahawa Baginda SAW berhadas sebelum daripada bertakbir adalah berdasarkan riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. Manakala, riwayat yang menceritakan bahawa Nabi SAW mengingati bahawa Baginda SAW berhadas selepas daripada bertakbir adalah riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan juga beberapa riwayat yang lain daripada kalangan sahabat RA. Selain itu juga, riwayat ini juga mempunyai syawahid seperti riwayat Imam al-Thabarani dan juga beberapa riwayat mursal yang lain selain daripada riwayat Muhammad bin Sirin yang terdapat di dalam Mu’jam al-Thabarani.

Di sini kami datangkan komentar daripada Syeikh Syuaib al-Arna’outh ketika beliau mentahqiq Sunan Abi Daud dengan berkata:

“Imam al-Thahawi menghimpunkan antara dua riwayat tersebut (dua riwayat yang bercanggah) dengan berkata bahawa hadith Abi Bakrah RA dan syawahid-syawahidnya bermaksud ketika nabi SAW hampir mendirikan solat dan bukan telah memasuki solat (sebelum daripada bertakbir dan bukannya selepas daripada sebagaimana zahir hadith). Contohnya sepertimana dinamakan Ismail AS sebagai korban tetapi Baginda AS belum lagi disembelih. Akan tetapi, Ibn Hibban dan al-Nawawi memahaminya dengan dua peristiwa (iaitu satu peristiwa sebelum Baginda SAW bertakbir dan satu peristiwa lagi berlaku selepas Baginda SAW bertakbir). Imam al-Hafiz Ibn Hajar mentarjihkan hadith Abu Hurairah RA (daripada hadith Abi Bakrah RA). Ini adalah pendapat yang sahih (di sisi Syeikh Syuaib al-Arna’outh)”. [Sunan Abi Daud, 168/1]

Berdasarkan pendapat Syeikh Syuaib, kita memahami bahawa para ulama’ berbeza dalam memahami dua hadith yang bercanggah kepada beberapa cara, antaranya:

• Menghimpunkan dua hadith yang bercanggah.
• Melihat kepada Nasikh dan Mansukh.
• Mentarjihkan antara dua hadith yang bercanggah.
• Tawaqquf.

Setelah melihat perbahasan para ulama’, kami cenderung untuk mengatakan bahawa peristiwa ini berlaku lebih daripada sekali sebagaimana yang difahami oleh Imam Ibn Hibban dan juga Imam al-Nawawi. Ini kerana, Nabi SAW adalah seorang manusia biasa yang tidak terlepas daripada sifat manusia biasa seperti lupa. Akan tetapi Nabi SAW tidak lupa atau tersalah dalam menyampaikan agama dan syariat ini kerana Baginda SAW ma’shum (معصوم) daripada melakukan kesilapan.

Fiqh al-Hadith

Menurut mazhab al-Syafie. Terdapat dua keadaan: [Lihat: al-Mu’tamad, 1/455]

• Jika imam terlupa bahawa dia berhadas dan dia (imam) menyedarinya selepas selesai daripada solat maka solat makmum sah (tidak batal ) dan tidak perlu diulang. Akan tetapi, imam perlulah solat semula.

• Jika imam terlupa bahawa dia (imam) berhadas dan dia menyedarinya ketika bersolat maka imam tersebut perlulah keluar daripada solatnya, dan melantik penggantinya daripada kalangan makmum yang berada di belakangnya dan para makmum meneruskan solat tersebut tanpa perlu menghentikan solat.

Penutup

Kesimpulannya, apabila kita menjumpai hadith yang zahirnya bercanggah maka kita perlulah merujuk kepada pemahaman para ulama’ dalam masalah ini. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini. Amin.

Wallahua’lam

Pautan ke laman web rasmi PMWP: https://goo.gl/IL94lV

11/01/2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

HUKUM MUNTAH BAYI 

Mufti Wilayah Persekutuan
AL-KAFI #493 :

SOALAN:

Assalamualaikum wbt, Apakah jeluak bayi yang terkena pada pakaian itu sah untuk solat? Apakah ianya sama dengan muntah?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Di dalam mazhab al-Syafie, muntah dihukumkan sebagai najis mutawassitah (pertengahan). Maka wajib menghilangkannya dengan basuhan air mutlak. Kata Imam al-Syafie di dalam al-Umm (1/32):

وَإِذَا قَاءَ الرَّجُلُ غَسَلَ فَاهُ وَمَا أَصَابَ الْقَيْءُ مِنْهُ لَا يَجْزِيهِ غَيْرُ ذَلِكَ

Maksudnya: Dan jika seseorang lelaki muntah, maka hendaklah dibasuh mulutnya dan kawasan yang terkena muntah tersebut, tidak memadai jika tidak dibuat seperti itu.

Muntah tetap najis sekalipun tidak berubah sifatnya apabila telah sampai ke bahagian perut lalu termuntah keluar. Contohnya, jika seseorang meminum air lalu memuntahkan kembali air itu, tanpa ada perubahan apa-apa pada air tersebut, maka tetap dikira najis. Ini kerana fungsi perut adalah tempat berlakunya perubahan. Makanan dan minuman yang asalnya adalah suci, berubah menjadi tahi apabila melalui perut, maka perut ialah tempat makanan menjadi busuk dan rosak. Justeru, muntah itu najis sama seperti tahi dan kencing.

Pengecualian diberikan dalam kes-kes apabila keadaan sukar dijaga, maka hukumnya adalah dimaafkan. Ulama Syafieyyah berpendapat jika seseorang yang dibalakan (menerima ujian kesukaran) dengan kerapnya muntah, maka dimaafkan muntah pada baju dan badan, tetapi tetap menajiskan jika masuk ke dalam air, seperti darah kutu. Yang dimaksudkan sebagai dibalakan itu ialah keadaan yang menjadikan banyak dan kerap wujudya sehingga kurangnya keadaan yang sunyi daripada selainnya. Hal yang sama juga dikiaskan tentang mulut bayi yang muntah kemudian menyusu ibunya, maka muntah yang berbaki dalam mulut itu tidak menajiskan tubuh ibunya.

Rujuk al-Mausu`ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyyah (34/86), al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/49)

Justeru, kami berpendapat bahawa muntah bayi diuji dengan kerap muntah adalah dimaafkan jika terkena, pada badan dan bajunya, atau baju ibu yang memeliharanya, dalam kadar yang sedikit pada uruf kerana kesukaran menjaga diri daripada terkena najis tersebut.

Wallahua’lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/PUQM91

11/01/2017 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

KEHARUSAN MEMANGGIL GOLONGAN WAHHABI DENGAN GELARAN “WAHHABI”

Sesungguhnya, memberikan nama khusus kepada firqah-firqah sesat memang sudah menjadi amalan ulama sejak dari dahulu lagi. Perkara ini dilakukan demi untuk membezakan jalan yang Haq dari jalan yang Bathil.

Sepertimana yang telah kita sedia maklum tentang banyaknya ajaran-ajaran sesat yang terkeluar dari lingkungan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka cara ini amat sesuai supaya masyarakat umum tahu membezakannya.

Di antara contoh firqah-firqah tersebut adalah seperti golongan Khawaarij, Mu’tazilah, Wahhabiyyah, Jahmiyyah, Jabbariyah dan lain-lain lagi. Perlu kita ingat bahawa perbuatan mengkhususkan nama kepada firqah-firqah sesat tersebut tidak dilakukan dengan niat untuk menghina. Tetapi ia adalah semata-mata cara yang diguna pakai oleh ulama untuk mengenal pasti setiap satu firqah-firqah sesat.

Untuk dijadikan contoh, jika kita ke kedai untuk membeli barang makanan, bagaimanakah kita membezakan antara makanan yang halal atau tidak? Bagi makanan di dalam tin pula, bagaimanakah kita bezakan kandungan isinya sama ada ia mengandungi daging binatang yang halal di makan atau sebaliknya?

Bagaimana pula jika kita ke farmasi ubat-ubatan dan mendapat tahu bahawa semua bungkusan ubat tidak dilabelkan? Sudah tentu mengambil ubat-ubatan yang tidak dilabel akan membawa kepada kemudharatkan kesihatan.

Begitu juga implikasinya jika kita memakan makanan di dalam tin yang kita sendiri tidak pasti akan isinya.
Makanya, memberikan nama khusus (atau melabel) adalah cara yang paling berkesan untuk kedua-dua situasi. Sama ada dari segi situasi pengambilan agama, dan juga dari segi situasi pemakanan.
Para ulama telah menggunakan kaedah ini supaya masyarakat awam dari golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, dapat membezakan antara golongan yang berada di jalan yang lurus daripada golongan yang sesat. Maka dengan cara ini, dapat dielakkan daripada terjerumus ke dalam kesesatan dan kepercayaan palsu yang dibawa oleh golongan-golongan tersebut.

Perlu diingatkan adalah menjadi hak masyarakat awam untuk peka tentang hal ini supaya tidak terjerat di hari kemudian. Jika andainya ajaran-ajaran sesat ini tidak dikenalpasti melalui nama-nama yang khusus, nescaya agama dan keimanan kita akan berada di dalam keadaan bahaya, hasil daripada ajaran sesat yang dibawa oleh mereka.


FAHAMAN-FAHAMAN SESAT

Seringkali, firqah-firqah sesat akan diberi nama khusus, sempena nama pengasasnya. Tetapi, ada juga sebilangan firqah sesat yang diberikan nama sempena kesesatan i’tiqad mereka sendiri. Terdapat juga sejumlah kecil firqah-firqah yang dinamakan sempena lokasi/tempat lahir asalnya. Begitulah diantara sebab musabab mengapa ulama memberi nama khusus kepada firqah-firqah sesat tersebut, supaya mudah untuk kita bezakan daripada ajaran Islam sebenarnya iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


FAHAMAN KARAMIYYAH

“Karamiyyah” adalah nama khusus yang diberikan kepada firqah tersebut sempena nama pengasasnya iaitu – Muhammad Ibn KARAM. Firqah ini terkenal dengan penafian mereka terhadap Sifat-Sifat Allah SWT.


FAHAMAN KHAWAARIJ

“Khawaarij” adalah nama khusus yang diberikan sendiri oleh Rasulullah, dan baginda sendiri telah memaklumkan bahawa mereka adalah seburuk-buruk ciptaan dan adalah anjing-anjing neraka. Perkataan Khawaarij adalah dari kata asal خ-ر-ج, yang mana ia memberi maksud : “keluar”. Perbuatan “keluar” dari lingkungan Islam inilah yang dilakukan oleh golongan Khawaarij.
Golongan Khawaarij telah keluar dari agama Islam melalui pengisytiharan peperangan mereka kepada pemimpin sesuatu negara. Mereka juga dengan mudahnya mengkafirkan semua orang yang tidak mahu mengikut agama mereka. Oleh kerana mereka melihat kebanyakkan muslimeen yang tidak mahu ikut agama mereka sebagai “kaafir”, akhir sekali mereka menghalalkan darah insan-insan yang tidak berdosa itu.


FAHAMAN
HARURIYYAH
Golongan Hururiyyah adalah pecahan daripada golongan Khawaarij. Mereka dinamakan sempena nama pengasas mereka dan lokasi lahirnya, iaitu Al-Harur.


FAHAMAN WAHHABIYYAH SALAFIYYAH

Golongan Wahhabiyyah, yang mana kini dikenali juga sebagai golongan Salafiyyah, adalah pecahan daripada golongan Khawaarij. Golongan ini dinamakan sempena nama pengasas mereka iaitu Muhammad Ibn Abdul Wahhab. Dari firqah golongan inilah lahirnya fahaman radikal dan ekstrim seperti ISIS, Al-Qaeda, JI dan lain-lain lagi.


KEPENTINGAN MENGENAL PASTI FIRQAH-FIRQAH SESAT

Maka amatlah penting untuk mengenal pasti firqah-firqah yang telah disebutkan tadi melalui nama-nama khusus mereka. Jika tidak, firqah-firqah sesat tersebut tidak akan dapat dikenal pasti dan masyarakat Islam secara umum akan terpedaya dengan dakyah-dakyah bathil mereka.


FITNAH KAUM KHAWAARIJ

Rasulullah telah memberi amaran tentang tentang bahayanya kaum Khawaarij, lebih daripada mana-mana firqah sesat yang lain yang bakal muncul. Ini telah dirakamkan dalam sebuah hadith yang mana salah seorang sahabat Dzul Khuwaisira at-Tameemi menegur dengan mempersoalkan kejujuran dan kewibawaan Rasulullah. Beliau menuduh Rasulullah seorang yang zalim. Nabi kemudian memberi amaran kepada para sahabat bahawa dari keturunan Dzul Khuwaisira at-Tameemi ini, akan muncul kaum yang membaca Al-Quran, tetapi ia tidak melepasi kerongkongan mereka. Dan bahawa mereka akan keluar dari agama sepertimana anak panah keluar dari busurnya. Rasulullah juga memberi amaran kepada kita bahawa kaum Khawaarij akan terus muncul sehingga kemunculan Dajjal.
Rasulullah telah memberi lebih banyak amaran tentang kaum Khawarij berbanding dengan ajaran-ajaran lain. Ramalan baginda telah pun menjadi kenyataan dan terus menjadi kenyataan hingga ke hari ini. Dengan kenyataan itu, para ulama dari dahulu hingga sekarang telah mengganggap Khawarij sebagai firqah yang paling berbahaya yang pernah membelenggungi bumi ini.


DARI MANA FAHAMAN KHAWAARIJ MUNCUL?

Khawaarij adalah dari keturunan suku Tameem. Suku Tameem berasal dari daerah padang pasir pertengahan Arabia yang dikenali dengan nama “Najd”. Rasulullah bukan sahaja memberi amaran kepada kita tentang Khawarij, baginda juga memberi amaran kepada kita tentang fitnah yang akan datang dari Najd. Di dalam satu hadith, baginda tidak mahu mendoakan Najd, sedangkan baginda tetap akan mendoakan Syam, Yaman, Iraq dan lokasi lain di dunia Islam.

Ini tidak bermakna bahawa semua orang dari Najd atau dari Banu Tameem jahat dan sesat. Pemikiran ini adalah satu tanggapan palsu yang disebarkan oleh beberapa saudara-saudara kita.
Sheikh Abdul Wahhab (bapa kepada si sesat Muhammad Ibn Abdul Wahhab) dan juga Sheikh Sulaiman Ibn Abdul Wahhab (adik-beradik Muhammad Ibn Abdul Wahhab) kedua-duanya dari Najd. Kedua-dua Sheikh Abdul Wahhab dan Sheikh Sulaiman Ibn Abdul Wahhab adalah ulama besar Hanbali, tetapi mereka terkenal dengan kecaman terhadap ahli keluarga mereka sendiri iaitu Muhammad Ibn Abdul Wahhab – pelopor fahaman sesat Wahhabi.


TETAPI BUKANKAH AL-WAHHAB ITU SALAH SATU DARI NAMA-NAMA ALLAH?

Ok, kita telah pun membincangkan dan memahami mengapa nama-nama khusus telah diberikan kepada firkah-firkah sesat. Persoalan seterusnya:

1- Adakah nama khusus “Wahhabi” benar-benar satu penyelewengan dari salah satu nama-nama Allah nama isaitu “Al-Wahhab”?

2- Adakah nama khusus “Wahhabi” sekadar gelaran yang digunakan oleh musuh-musuh Islam?

Ulama zaman silam telah memberi gelaran kepada golongan yang berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai kehendak bebas, dengan gelaran “Jabbariyyah”. Maka dengan itu, adalah amat diharuskan untuk melabel pengikut firqah sesat Muhammad Ibn Abdul Wahhab sebagai Wahhabiyyah.
Kalimah “Wahhabi” dan “Jabbari” bukannya satu penyelewengan ke atas nama-nama Allah iaitu Al-Wahhab dan Al-Jabbar. Walaupun kalimah gelaran Jabbariyyah, Wahhabiyyah, Karaamiyyah dan Qadariyyah semuanya adalah kata terbitan nama Allah (yang bermakna mereka mungkin mempunyai akar yang sama dan mungkin berkongsi huruf tiga hala yang sama), tetapi kata nama (nouns) Jabbariyyah, Wahhabiyyah dan sebagainya tidak sama dengan nama Allah yang sebenar apabila disebutkan dalam bentuk kata nama.

Begitu juga dengan kalimah “Wahhabi”, di mana apabila dieja dalam bahasa Arab, mempunyai Yaa (ي) sebagai huruf akhir – وهابي. Oleh itu, ia tidak sama dengan nama Allah iaitu “Al-Wahhab” – الوهاب.
Sesiapa sahaja yang memahami Ilm us-sarf dalam Bahasa Arab, akan tahu tentang hakikat ini dan tidak akan menggunakan apa-apa hujah yang palsu sepertimana kaum Wahhabi lakukan, demi untuk mempengaruhi orang awam kononnya mereka bukan diantara golongan yang sesat.

Hal ini sebagaimana yang ditegaskan dalam kitab yang masyhur dan mu’tabar di kalangan mazhab fiqih yang empat. Di antara para ulama mazhab fiqih yang empat yang menganggap Salafi-Wahabi sebagai dari golongan Ahli Bid’ah, Neo-Khawarij, dan aliran SESAT adalah

1. Syaikh Muhammad al-Syadi dalam l Ithaf al-Kiram fi Jawaz al-Tawassul wa-Istighatsah bi al-Anbiya al-Kiram.
2. Syaikh Ahmad bin Abi al-Dhiyaf al-Maliki, dalam kitabnya Ithaf Ahl al-Zaman bi-Akhbar Muluk Tunus wa ‘Ahd al-Aman.
3. Syaikh Abdul Qadir bin Muhammad Salim al-Kilani al-Iskandarani(w 1362H) dalam kitabnya al-Hujjah al-Mardhiyyah Itsbat al-Wasithah al-Lati Nafatha al-Wahhabiyyah.
4. Syaikh al-Sayyid al-Idrus dalam kitabnya Ajwibah fi Ziyarah al-Qubur.
5. Syaikh al-Imam Abu al-‘Aun Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Salim al-Nabulusi al-Hanbali yang dikenal dengan sebutan Ibnu al-Safarayini (w 1188 H) dalam kitabnya al-Ajwibah al-Najdiyyah ‘an al-As-ilah al-Najdiyyah.
6. Syaikh al-Sayyid Nu’man bin Mahmud Khairuddin yang dikenal dengan sebutan Ibnu al-Alusi al-Baghdadi al-Hanafi (w 2317 H) dalam kitabnya al-Ajwibah al-Nu’maniyyah ‘an al-As-ilah al-Hindiyyah fi al-Aqaid.
7. Al-Imam al-Hafizh al-Sayyid Ahmad bin al-Shiddiq al-Ghumari (w 1380 H) dalam kitabnya Ihya’ al-Maqbur min Adilah Istihbab bina al-Masajid wa al-Qibab ‘ala al-Qubur, al-Burhan al-Jali dan kitab-kitab lainnya.
8. Syaikh Hamdi Juwaijati al-Damasyqi, dalam kitabnya al-Ishabah fi Nushrah al Khulafa al-Rasydin.
9. Syaikh Muhammad Hasan, murid al-Imam al-Sirhindi al-Mujaddidi (w 1346 H) dalam kitabnya al-Ushul al-Arba’ah fi Tardid al-Wahhabiyyah.
10. Syaikh al-Musyrifi al-Maliki al-Jazairi falam kitabnya Izhhar al-‘Uquq min man Mana’a al-Tawassul bi al-Nabiyy wa al-Waliy al-Shaduq.
11. Syaikh Ibrahim Syahatah al-Shiddiqi dalam kitabnya al-Aqwal al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala Mudda’i Nushrah al-Sunnah al-Muhammadiyyah yang disusun dari pelajaran-pelajaran al-Muhaddits al-Sayyid Abdullah bin al-Shiddiq al-Ghumari.
12. Syaikh Atha al-Kasam al-Damasyqi al-Hanafi dalam kitabnya al-Aqwal al-Mardhiyyah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
13. Al-Muhaddits Syaikh Thahir Sunbul al-Hanafi dalam kitabnya al-Intishar li al-Awliya’ al-Abrar.
14. Syaikh Ibrahim al-Rawi al-Baghdadi al-Rifa’i dalam kitabnya al-Awraq al-Baghdadiyyah fi al-Jawabat al-Najdiyyah.
15. Syaikh Ali Zainal ‘Abidin al-Sudani dalam kitabnya al-Bara’ah min al-Ikhtilaf fi al-Radd ‘ala Ahl al-Syiqaq wa al-Nifaq wa al-Radd ‘ala al-Firqah al-Wahhabiyyah al-Dhallah.
16. Syaikh Salamah al-Azzami (w 1379 H) dalam kitabnya al-Barahin al-Sathi’ah fi ar-Radd Ba’dh al-Bida’ al-Sya-i’ah.
17. Syaikh Hamdullah al-Dijwi al-Hanafi al-Hindi, dalam kitabnya al-Basha-ir li Munkiri al-Tawassul bi Ahl al-Maqabir.
18. Syaikh Ayyub Shabri Basya al-Rumi dalam kitabnya Tarikh al-Wahabiyyah.
19. Syaikh Muhammad Thahir bin Abdillah al-Kurdi dalam kitabnya Tabarruk al-Shahabah bi Atsar Rasulillah.
20. Syaikh Taufiq Sauqiyah al-Damasyqi (w 1380 H) dalam kitabnya Tabyin al-Haqq wa al-Shawab bi al-Radd ‘ala Atba’ Ibn al-Wahhab.
21. Syaikh Abdullah bin Abdullathif al-Syafi’i dalam kitabnya Tajrid Sayf al-Jihad li Mudda’i al-Ijtihad.
22. Al-Imam al-Muhaddits al-Syaikh Muhammad Zahid al-Kautsari dalam kitabnya Tahzir al-Khalaf Min Makhazi Ad’iya’ al-Salaf.
23. Syaikh Muhammad al-Nafilati al-Hanafi, mufti Quds Palestin, dalam kitabnya al-Tahrirat al-Ra’iqah.
24. Syaikh Abdullah al-Mayirghini dalam kitabnya Tahridh al-Aghbiya ‘al-Istighatsah bi al-Anbiya wa al-Awliya.
25. Syaikh Dawud bin Sulaiman al-Baghdadi al-Naqsyabandi al-Hanafi (w 1299 H) dalam kitabnya al-Tuhfah al-Wahabiyyah fi ar-Radd ‘Ala al-Wahabiyyah.
26. Syaikh Muhammad Bakhith al*Muthi’i al-Hanafi dalam kitabnya Tath-hir al-Fuad Min Danas al-I’tiqad.
27. Syaikh Ibnu Kairan, Qadhi al-Jama’ah di wilayah Maghrib Maroko dalam kitabnya Taqyid Hawla al-Ta’alluq wa al-Tawassul bi al-Anbiya wa al-Shahihin.
28. Syaikh Muhammad bin Abdurrahman al-Hanbali dalam kitabnya Tahakkum al-Muqallidin biman Idda’a Tajddid al-Din.
29. Syaikh Abu Hamid bin Marzuq al-Damasyqi al-Syami dalam kitabnya al-Tawassul bi al-Anbiya wa al-Shalihin.
30. Syaikh Abdullah Afandi al-Rawi dalam kitabnya al-Taudlih ‘an Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahl al- Iraq ‘Ala Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahab.
31. Syaikh Ibrahim Hilmi al-Qadiri al-Iskandari dalam kitabnya Jalal al-Haqq fi Kasyf Ahwal Asyrar al-Khalq.
32. Syaikh Ibn Abdirrazzaq al-Hanbali dalam risalahnya al-Jawabat fi az-Ziyarat. Al-Sayyid Alawi bin Ahmad al-Haddad berkata : ” Saya telah melihat berbagai jawapan ( bantahan atas kaum Salafi-Wahabi) dari tulisan para ulama terkemuka dari empat mazhab, mereka yang berasal dari dua tanah haram (Mekah dan Madinah), dari al-Ahsa’, dari Basrah, dari Baghdad, dari Halab, dari Yaman, dan dari berbagai negara Islam lainnya. Baik tulisan dalam bentuk prosa maupun dalam bentuk bait-bait syair”.
33. Syaikh al-Imam Ahmad al-Shawi al-Maliki dalam kitabnya Hasyiyah ash-Shawi ‘Ala Tafsir al-Jalalain.
34. Syaikh Malik bin Mahmud, direktur perguruan al-Irfan di wilayah Kutabali Negara Republik Mali Afrika, dalam kitabnya al-Haqaiq al-Islamiyyah fi al-Radd ‘ ala al-Maza’im al-Wahhabiyyah bi-Abdillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah.
35. Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Naqasyabandi (w.1277H) dalam kitabnya al-Haqq al-Mubin fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyin.
36. Syaikh Abd Ghani ibn Shaleh Hamadah dalam kitabnya al-Haqiqah al-Islamiyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyah.
37. Al-Imam al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, mufti mazhab Syafi’i di Mekah ( w. 1304) dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyah.
38. Syaikh Misbah bin Ahmad Syibqilu al-Bairuti dalam kitabnya Dalil al-Kafi fi al-Radd ‘ala al-Wahhabi.
39. Syaikh Yusuf bin Ismail al-Nabhani al-Bairuti dalam kitabnya al-Ra-iyyah al-Shughra fi Dzamm al-Bid’ah wa Madh al-Sunnah al-Gharra’.
40. Syaikh Abdullah bin ‘Audah yang dikenal dengan sebutan Shufan al-Qaddumi al-Hanbali (w.1331H) dalam kitabnya ar-Rihlah al-Hijaziyyah.
41. Al-Imam al-Sayyid Muhammad Amin yang dikenal dengan sebutan Ibnu ‘Abidin al-Hanafi al-Damasyqi, dalam kitabnya Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar.
42. Syaikh Isma’il al-Tamimi al-Maliki (w.1248H) dalam kitabnya al-Radd ‘ala Ibn ‘Abd al-Wahab.
43. Syaikh Ahmad al-Mishri al-Ahsa’i dalam kitab Radd ‘ala Ibn ‘ Abd al-Wahab.
44. Al-Imam al-‘Allamah Barakat al-Syafi’i al-Ahmadi al-Makki dalam kitabnya Radd ‘Ala Ibn Abd al-Wahab.
45. Al-Imam al-Muhaddits al-Syaikh Shalih al-Fullani al-Maghribi dalam kitabnya al-Rudud ‘ala Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahab, As-Sayyid Alwi bin Ahmad al-Hadad dalam mengomentari al-Rudud ‘ala Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahhab karya al-Muhaddits Shalih al-Fullani al-Maghribi tersebut berkata, “Kitab ini sangat besar. Di dalamnya terdapat beberapa risalah dan berbagai jawapan (bantahan atas kaum Salafi-Wahabi) dari semua ulama empat mazhab; ulama mazhab Hanafi, ulama mazhab Maliki, ulama mazhab Syafi’i, dan ulama mazhab Hanbali. Mereka semua dengan sangat bagus telah membantah Muhammad bin Abdul Wahab”.
46. Syaikh Shalih al-Kawasy al-Tunisi dalam kitabnya al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah, dalam bentuk sajak.
47. Syaikh Muhammad Shalih al-Zamzani al-Syafi’i, Imam Maqam Ibrahim di Mekah, dalam kitabnya al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
48. Syaikh Ibrahim bin Abdul Qadir al-Tharabulasi al-Riyahi ak-Tunusi al-Maliki dalam kitabnya al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyiah.
49. Syaikh Abdul Muhsin al-Asyikri al-Hanbali, mufti kota al-Zubair Basrah Iraq, dalam kitabnya al-Radd ‘ala al-Wahabbiyyah.
50. Syaikh al-Makhdum al-Mahdi, mufti wilayah Fas Maroko, dalam kitabnya al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
51. Al-Imam Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi al-Syafi’i dalam risalahnya al-Radd ‘ala Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahhab. Beliau adalah salah seorang guru dari Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri. Syaikh Muham-mad ‘Arabi al-Tabbani dalam kitab Bara’ah al-Asy’ariyyin min ‘Aqaid al-Mukhalifin menulis: ” Guru Muhammad bin Abdul Wahhab (iaitu al-Imam Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi) telah memiliki firasat bahawa muridnya tersebut akan menjadi orang sesat dan menyesatkan. Firasat seperti ini juga dimiliki guru Muhammad bin Abdul Wahab yang lain, iaitu Syaikh Muhammad Hayat al-Sindi, dan juga dimiliki oleh ayahnya sendiri, iaitu Syaikh Abdul Wahhab”.
52. Syaikh Abu Hafsh Umar al-Mahjub dalam kitabnya al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah karya.
53. Syaikh Musthafa al-Karimi bin Ibrahim al-Siyami dalam kitabnya Risalah al-Sunniyyin fi ar-Radd ‘ala al-Mubtadi’in al-Wahhabiyyin wa al-Mustauhidin.
54. Al-Imam Nuruddin Yusuf al-Dijwi al-Maliki dalam kitabnya Risalah fi Tashrruf al-Auliya’.
55. Al-Imam al-‘Allamah Mahdi al-Wazzani , mufti wilayah Fas Maghrib, dalam kitabnya Risalah fi Jawaz al-Tawassul fi al-Radd ‘ala Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahhab.
56. Al-Imam al-Sayyid Yusuf al-Bithah al-Ahdal al-Zabidi dalam kitab Risalah fi al-Istigatsah wa al-Tawassul. Dalam karyanya ini beliau mengutip pernyataan seluruh ulama dari empat mazhab dalam bantahan mereka atas kaum Salafi-Wahabi, kemudian beliau mengatakan: “Sama sekali tidak dianggap faham yang menyempal dari keyakinan majoriti umat Islam dan berseberangan dengan mereka, dan siapa melakukan hal itu maka ia adalah seorang ahli bid’ah”.
57. Al-Imam al-Syaikh Muhammad Hasanain Makhluf al-‘Adawi al-Mishri, wakil Universiti al-Azhar Cairo dan mufti Mesir, dalam kitabnya Risalah fi Hukm al-Tawassul bi al-Anbiya’ wa al-Awliya’.
58. Syaikh Qasim Abu al-Fadhl al-Mahjub al-Maliki dalam kitabnya Risalah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
59. Al-Imam al-Syaikh Musthafa bin Ahmad bin Hasan al-Syathi al-Damasyqi al-Hanbali dalam kitabnya Risalah fi al-Radd ‘ala al-Wajhabiyyah.
60. Syaikh Ahmad Hamdi al-Shabuni al-Halabi (w.1374), dalam kitabnya Risalah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
61. Syaikh Ahmad binHasan al-Syathi, mufti mazhab Hanbali di Wilayah Damaskus Syria, dalam kitabnya Risalah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
62. Syaikh Uthman al-Umari al-Uqaili al-Syafi’i, dalam Risalah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
63. Syaikh Muhammad Athaullah yang dikenal dengan sebutan Atha’ al-Rumi dalam al-Risalah al-Raddiyyah ‘ala al-Thaifah al-Wahhabiyyah.
64. Syaikh al-Sa’di al-Maliki dalam kitabnya ar-Risalah al-Mardhiyyah fi al-Radd ‘ala man Yunkir al-Ziyarah al-Muhammadiyyah.
65. Syaikh Abdurrahman al-Hindi al-Dalhi al-Hanafi, dalam kitabnya Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dhalal.
66. Syaikh al-Qadhi Andurrahman Quti dalam kitabnya Sabil al-Najah min Bid’ah Ahl al-Zaigh wa al-Dhalalah.
67. Al-Imam al-Syaikh Ibrahim bin Utsman bin Muhammad al-Samannudi al-Manshuri al-Syafi’i dalam kitabnya Sa’adah al-Darain fi al-Radd ‘ala al-Firqatain, al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhhirriyyah.
68. Al-Imam al-Sayyid Alwi bin Ahmad al-Haddad (w 1222) dalam kitabnya al-Sayf al-Batir li-‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir.
69. Salah seorang ulama terkemuka di Bait al-Maqdis dalam kitabnya al-Suyuf al-Shiqal fi A’naq man Ankar ‘ala al-Awliya’ ba’da al-Intiqal.
70. Syaikh Ali bin Muhammad al-Maili al-,Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki dalam kitabnya al-Suyuf al-Musyriqiyyah li-Qath’i A’naq al-Qailin bi al-Jihah wa al-Jismiyyah.
71. Syaikh al-Islam Muhammad Athaullah bin Muhammad bin Ishaq al-Rumi (w 1226 H) dalam kitabnya Syarh al-Risalah al-Raddiyyah ‘ala Thaifah al-Wahhabiyyah.
72.Syaikh Atha’ al-Makki dalam kitabnya al-Sharim al-Hindi fi Unuq al-Najdi.
73. Al-Syaikh al-Sayyid Abdullah bin Hasan Basya bin Fadhal Basya al-Alawi al-Husaini al-Hijazi dalam kitabnya Shidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani ‘Asyar fi Itsbat ann al-Wahhabiyyah min al-Khawarij.
74. Syaikh Dawud bin Sulaiman al-Naqsyabandi al-Baghdadi al-Hanafi (w 1299 H) dalam kitabnya Shulh al-Ikhwan fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah li-Takfirihin al-Muslimin.
75. Syaikh Sulaiman bin Abdul Wahab, saudara kandung pendiri Salafi-Wahabi, dalam kitabnya al-Shawa’iq al-Ilahiyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
76. Syaikh Afifuddin Abdullah bin Dawud al-Hanbali dalam kitabnya al-Shawa’iq wa al-Rudud. Al-Sayyid Alawi bin Ahmad al-Haddad berkata: “Karya ini( al-Shawa’iq wa al-Rudud) telah diberi rekomendasi oleh para ulama terkemuka dari Basrah, Baghdad, Halab, Ahsa’, dan lainnya sebagai pembenaran bagi segala isinya dan pujian terhadapnya”.
77. Syaikh Zhahir Syah Mayan bin Abdul ‘Azhim Mayan dalam kitabnya Dhiya’ al-Shudur li-Munkir al-Tawassul bi Ahl al-Qubur.
78. Al-Imam Ahmad bin Abdul Ahad al-Faruqi al-Hanafi an-Naqsyabandi, dalam kitabnya al-‘Aqaid al-Tis’u.
79. Syaikh Hafizh Muhammad Hasan al-Sarhandi al-Mujaddidi dalam kitabnya al-Aqaid al-Shahihah fi Tardid al-Wahhabiyyah al-Najdiyyah.
80. Syaikh Ismail Abu al-Fida’ al-Tamimi al-Tunusi dalam kitabnya ‘Iqd Nafis fi Radd Syubuhat al-Wahhabi al-Ta’is.
81. Syaikh Abu Saif Musthafa al-Hamami al-Mishri dalam kitabnya Ghawts al-‘Ibad bi Bayan al-Rasyad.
82. Al-Imam al-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, (w 1304H) mufti mazhab Syafi’i di dua tanah haram; Mekah dan Madinah, dan salah seorang ulama terkemuka yang mengajar di Masjid al-Haram dalam kitabnya Fitnah al-Wahhabbiyah, yang merupa bahagian dari karya beliau dengan judul al-Futuhat al-Islamiyyah.
83. Syaikh Ahmad bin Ali al-Bashri yang dikenal dengan sebutan al-Qabbani al-Syafi’i dalam kitabnya Fashl al-Khithab fi Radd Dhalalat Ibn Abd al-Wahhab.
84. Syaikh Abu al-Abbas Ahmad bin Abdussalam al-Banni al-Maghribi dalam kitabnya al-Fuyudhat al-Wahbiyyah fi al-Radd ‘ala al-Thaifah al-Wahhabiyyah.
85. Syaikh Ibnu Ghalbun al-Libi, dalam kitabnya Qashidah fi-Radd ‘ala al-Shan’ani fi Madh Ibn ‘Abd al-Wahhab, bait-bait sya’ir sebanyak 40 bait.
86. Al-Imam al-Sayyid Musthafa al-Mishri al-Bulaqi dalam Qashidah fi al-Radd ‘ala al-Shan’ani al-Ladzi Madaha Ibn ‘Abd al-Wahab, bait-bait sya’ir sebanyak 126 bait.
87. Syaikh Abdul Aziz Qurasyi al-‘Ilji al-Maliki al-Ahsa’i dalam Qashidah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
88. Al-Muhaddis al-Syaikh Muhammad al-Khadhir al-Syinqithi (w 1353 H) dalam kitabnya Qam’u Ahl al-Zaigh wa al-Ilhad ‘an al-Tha’ni fi Taqlid A’immah al-Ijtihad.
89. Al-Imam al-Sayyid Alawi bin Ahmad al-Haddad (w 1222 H) dalam kitabnya Mishbah al-Anam wa Jala al-Zhalam fi Radd Syubah al-Bid’iy al-Najdi al-Lati Adhalla biha al-Awamm.
90. Syaikh Hasan Quzbik dalam kitabnya al-Maqalat al-Wafiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
91. Al-Qadli Ismail al-Tamimi al-Tunusi (w 1248) dalam kitabnya al-Minah al-Ilahiyah fi Thams al-Dhalalah al-Wahhabiyyah.
92. Syaikh Idris bin Ahmad al-Wazzani al-Fasi (w 1272 H) dalam kitabnya al-Nasyr al-Thayyib ‘ala Syarh al-Syaikh al-Thayyib.
93. Al-Sayyid Muhammad Thahir al-Mulla al-Kayyali al-Rifa’i dalam kitabnya Nashihah Jalilah li al-Wahhabiyyah.
94. Al-Imam al-Syaikh Musthafa bin Ahmad al-Syathi al-Hanbali al-Damasyqi, dalam kitabnya al-Nuqul al-Syar’iyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.
95. Al-Imam Abdullah bin Muhammad bin Humaid al-Hanbali al-Najdi, mufti mazhab Hanbali di Makkah al-Mukarramah, dalam kitabnya al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dharaih al-Hanabilah.
96. Al-Syaikh Musthafa bin Ibrahim al-Karimi al-Siyami dalam kitabnya Nur al-Yaqin Fi Mabhats at-Talqin ; Risalah as-Sunniyyin fi ar-Radd ‘Ala al-Mubtadi’in al-Wahhabiyyah wa al-Mustauhibin.
97. Al-Imam al-Syaikh al-Ahmadi al-Zhawahir, salah seorang Syaikh al-Azhar Cairo Mesir, dalam kitabnya Yahudan La Hanabilatan.
98. Syaikh Abdul Qadir Isa Dayyab, dalam kitabnya al-Mizan al-‘Adil li Tamyiz al-Haqq min al-Bathil.
99. Syaikh Abdullah al-Harari dalam kitabnya al-Maqalat al-Sunniyyah fi Kasyf Dhalalat Ahmad Ibn Taimiyyah.
100. K.H. Muhammad Hasyim Asy’ari, dalam kitabnya Risalah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Akhir kalam, selamat mencari, berbincang dan mengkaji dengan ikhlas lebih-lebih lagi dalam bab aqidah.

Semoga kami semua mendapat hidayat dari Allah SWT dengan berkat Nabi Muhammad SAW. Amin…

Sumber : FB ‎Singapura Tolak Fahaman Wahabi/Salafi

11/01/2017 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Jika Telah Datang Hari Kiamat, “Semua Akan Hancur, Kecuali 7 Ciptaan Allah Ini” 

Sebagai seorang Islam menjadi kewajiban pada kita untuk percaya akan hari kiamat. Pasti masa mendengarnya, yang terbayang adalah kehancuran seluruh alam dunia berikut isinya. Dalam Al Quran pun dijelaskan bahawa keadaan manusia pada masa itu seperti anai-anai yang bertebaran dan apa yang ada pada masa itu semuanya sudah dalam keadaan mati. Namun ternyata terdapat beberapa perkara yang tidak hancur apabila hari kiamat.
Anda tidak salah baca, memang saat terompet sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil, dengan kuasa Allah dan beserta ketetapanNya, beberapa perkara berikut ini akan ada mesti yang lain telah tiada.

1. Syurga Dan Neraka

Allah telah menjelaskan dengan terang bahawa saat hari kiamat tiba, neraka dan syurga tidaklah hancur. Keadaan ini diabadikan dalam surat Hud ayat 106-108.

“Adapun orang-orang yang celaka, maka (tempatnya) di neraka. Di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan merintih), mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga. Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain) sebagai karunia yang tiada putus-putusnya ” (QS Hud 106-108 )

Secara ringkas bahawa Allah memberi jaminan bahawa neraka dan syurga kekal meski yang lain telah binasa. Itu merupakan hak Allah dalam menetapkan sesuatu.

2. Arsy Allah SWT

Hal yang tidak akan hancur lain adalah Arsy yang mempunyai makna singgahsana Allah SWT. Jaminan Allah terhadap keabadian Arsy terukir indah dalam Al Quran surat Az Zumar 74-75 yang berbunyi:

“Dan mereka berkata” Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini (Syurga) kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga di mana saja yang kami kehendaki. Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang -orang yang beramal “dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat melingkar di sekeliling Arsy bertasbih sambil memuji Tuhannya, lalu diberikan keputusan di antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan” Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam ” ( QS Az Zumar 74-75)

Masih banyak lagi hadis dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang kekalnya Arsy dan Arsy bukan termasuk dari salah satu makhluk yang diciptakan selama kurun 6 hari serta tidak pula dibelah maupun dipecah.

3. Kerusi Allah SWT

Tak hanya mempunyai singgasana, Allah pun mempunyai kerusi. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW “Tidaklah langit yang tujuh dibanding kerusi kecuali laksana lingkaran anting yang diletakkan di tanah lapang” (HR Ibnu Hiban)

Dengan kata lain, para ulama bersepakat bahawa yang tidak hancur apabila hari kiamat adalah kerusi Allah salah satunya. Wallahu ‘Alam daripada apa wujud dari kerusi Allah tersebut.

4. Lauhul Mahfuzh

Catatan manusia selama hidupnya tercatat jelas dalam Lauh Mahfuzh. Ternyata Lauh Mahfudz termasuk dalam beberapa hal yang tidak akan musnah apabila hari kiamat. Lauh Mahfuz secara ringkas merupakan kitab tempat Allah menuliskan segala yang ada di alam semesta ini.

“Tidak seorang pun yang ada di langit dan di bumi, melainkan terdapat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)” (QS An Naml 75)

5. Qalam Atau Pena

Pena disini bukanlah pena yang kita lihat dan sering digunakan. Namun pena yang tidak akan hancur saat kiamat adalah pena Allah atau Qalam. Para ulama mengatakan bahawa Qalam merupakan makhluk pertama yang Allah ciptakan. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW.

“Sesungguhnya makhluk yang pertama kali Allah ciptakan adalah Al Qalam. Kemudian Allah berfirman kepadanya: Tulislah! Kemudian Al Qalam berkata” Wahai Rabbku, apa yang akan aku tulis? Kemudian Allah berfirman “Tulislah takdir segala sesuatu sehingga datang hari kiamat (HR Abu Dawud) .

6. Tulang Ekor Manusia

Saat tubuh manusia hancur di hari kiamat tersebut, salah satu bahagian tubuh manusia iaitu tulang ekor justru terlihat sebaliknya. Ini bukanlah sebuah karangan ataupun khayalan kerana sesuai dengan hadis Rasulullah yang berbunyi “Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang iaitu tulang ekor. Darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat ” (HR Bukhari).

7. Roh

Meski roh merupakan urusan yang Allah sahaja yang tahu, namun sifat roh telah diterangkan oleh Allah sebagai salah satu yang tidak hancur meskipun terjadi kiamat. Roh yang terdapat dalam diri manusia jika sudah waktunya meninggal dunia maka akan dicabut dan dikembalikan semula ketika hari kebangkitan. Para ulama pun bersepakat tentang abadinya roh manusia.

Memang jelas bahawa beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu rukun iman yang wajib diyakini. Hal yang berkaitan dengan kiamat pun meski kita sedari dengan landasan Al Quran dan Sunnah Rasul.

Sumber:beritamakkah.com

loading…
RELATED POSTS :

Anda Mungkin Terkena SIHIR kalau mempunyai TANDA-TANDA INI..
Rasulullah s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya seperti hadi… Read More…
Puasa Sunat Hari Tasu’a (9) Muharram
Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan … Read More…
HUKUM PEREMPUAN BERPAKAIAN MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH DAN HUKUM BAGI ORANG YANG SENGAJA MELIHAT AURAT ORANG LAIN
SOALAN Apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh da… Read More…
Amalan Yang akan Menyelamatkan anda dari SEKSA ALAM BARZAKH
Tidak adalagi yang lebih sempurna selain Al-Quran, semua signal ilmu pengetahuan, tata cara berp… Read More…
Ini Bukti Ilmiah Bahwa Nabi Muhammad Pernah Membelah Bulan Jadi Dua
Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir dan silap mata. Malah ini ada… Read More…

11/01/2017 Posted by | Informasi, Tazkirah | 1 Comment

Amal Zikir Fatimah Untuk Kurangkan Kepenatan Urus Rumah Tangga. Ibu-Ibu Wajib Buat! 


Wanita yang bergelar ibu dan bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat kerja yang tak pernah habis. Menguruskan suami, anak-anak, rumah tangga, tugas di pejabat bukanlah tanggungjawab yang mudah. Sebagai manusia biasa tentu sahaja akan berasa penat dan lelah.
Selain mengeluh, mungkin ada wanita akan memperuntukkan masa untuk diri sendiri bagi menghilangkan stres dan keletihan yang dialami dengan memanjakan diri di spa, pergi berurut, bercuti atau keluar bersiar-siar bersama teman. Namun, tanpa kita sedari sebenarnya dalam Islam telah ada penawar segala kepenatan ini seperti diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu Saidatina Aisyah r.a.

Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun dan ingin menghampiri Baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat pembaringan.

Kemudian Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Jadi, kepada ibu-ibu yang kepenatan bolehlah amalkan ajaran Rasulullah s.a.w ini untuk membaca Zikir dan Tasbih Fatimah sambil berbaring atau menyusukan bayi. Selain beroleh ketenangan anda juga dapat pahala.

Dalam pada itu, sentiasalah menanamkan dalam hati supaya ikhlas dan reda melakukan segala tanggungjawab sebagai isteri dan ibu supaya tidak terasa satu bebanan yang memenatkan. Semoga ibu-ibu semua dikurniakan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Sumber: majalahpama.my

11/01/2017 Posted by | Ibadah, Tazkirah | Leave a comment