>Bukan Muslim,Masjid Dan Mainan Politik
>
Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar. Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival
Oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin
>Kisah pemimpin politik yang rosak akhlak.
>
Kejahatan kejahatan yang ada pada pemimpin pemimpin politik lah yang menjadi punca membiaknya sifat sifat nafsu yang jahat dalam masyarakat kita hari ini.Mereka adalah agen pembiak sifat sifat sombong,riyak,tamak,hasad dengki,suka memfitnah,mengumpat,mementing diri sendiri, kroni dan keluarga nya sendiri.Mereka mengambil kesempatan daripada kuasa dan kedudukan untuk mencapai kehendak nafsu, sekali pun mereka terpaksa menekan,menipu,berlaku kejam, memfinah,mengaibkan orang dan sebagainya.Dan orang orang ini lah yang diharapkan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan stabil di mana kepentingan rakyat dan negara terpelihara dengan baik.Apakah harapan ini akan terpenuh? Tidak mungkin. Samalah saperti mungkin kita mengharapakn seorang ayah yang memiliki perangai bengis dan kejam untuk berlaku adil dan baik terhadap anak anaknya.Yang mungkin berlaku ialah anak anak akan berada dalam keadaan resah gelisah dan tertekan sepanjang masa.
Parlimen yang di anggap sebagai institusi tertinggi dalam sistem demokrasi itu pun telah di salah gunakan oleh pemimpin pemimpin politik yang rosak dan jahat.Institusi yang di anggap mulia itu telah dijadikan gelanggang perdebatan, jerit pekik, hentam menghentam, ejek mengejek, maki memaki dan bermacam macam lagi perangai buruk yang tidak sepatutnya dilakukan oleh YB dan YAB yang bijak pandai dan bermaruah.Maka tidak salah kalau saya katakan suasana di parlimen itu tidak ubah saperti yang berlaku dalam kelas murid murid nakal atau di kem kem tahanan .Saya lihat kelas kelas tadika lebih berdisiplin dari sidang Parlimen.Kenapa hal hal memalukan saperti ini boleh berlaku sedangkan mereka adalah orang yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugas tugas yang mulia?
Apa yang dapat di lihat hari ini, pemimpin pemimpin politik adalah terdiri dari orang orang yang sudah rosak akhlaknya.Sifat sifat jahat yang mereka miliki menunjukkan mereka tidak berkemampuan melahirkan masyarakat bertamadun yang boleh hidup dalam suasana aman dan damai.Adakah boleh wujud suasana aman dan damai kalau pemimpin di antara pemimpin sendiri bertelagah?
Sikap permusuhan di antara pemimpin pemimpin ini boleh di samakan dengan pergelutan antara ahli ahli gusti yang masing masing cuba saling menjatuhkan semata mata untuk memenangi tali pinggang sebagai juara. Dan pengikut pengikut di bawahnya bertindak saperti penonton penonton yang tidak boleh duduk diam, melompat,menjerit, dan memekik mekik kepada ahli gusit yang sedang bertarung.Apa untung yang mereka dapat?
Pemimpin pemimpin semacam ini hanya akan menjerumuskan negara ke kancah krisis politik yang lebih kronik yang akan memberi kesan yang negatif terhadap kestabilan negara.Apabila sikap pemimpin menyeleweng , gila kuasa dan kedudukan, maka rakyat akan berada dalam keadaan kucar kacir dan tidak terkawal.Maka negara seluruhnya akan di timpa bermacam macam masaalah yang tidak akan selesai.
Akhirnya berlakulah kerosakan akibat oleh perbuatan manusia yang semata mata mahu memuaskan kehendak nafsu buas mereka saperti yang Allah sebutkan dalam Al Quran yang bermaksud, ” Berlakulah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh usaha tangan manusia, supaya ALLAH merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar Rum:41)
(Petikan Syarah Guru Ku)
.
>Boleh kah mendoakan untuk bukan Islam/
>
JAWAPAN
a. HUKUM HARAM
- Firman Allah :-
- Hadis Nabi :
Ertina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )
b. HUKUM HARUS
- Hadis nabi : –
- Hadis nabi :-
- Hadis nabi :
Sejarah parti politik PAS
>
Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu 1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos. 3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27. 4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat, dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35. 5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28. Rujukan: Tulisan Jabatan Arkib PAS
Rabu 23 July 2008
|
>Al Quran bukan sekedar untuk di baca
>
(Di petik dari Teks Khutbah JAKIM 20 Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadan 1431H)
Muitiara Kata
hanyasekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh
itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah
ibu
dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
33) “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”
34) “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding
Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji.”
37) “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”
38) “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”
39) “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”
40) “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
42) “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”
43) “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
44) “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”
45) “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan”.
46) “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari”
47) “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang”
48) “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman
dan mati tak ber teman..”
49) “Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu”
50) “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri”
51) “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
52) “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya.”
53) “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”
54) “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya.”
55) “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi
terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang
tertinggi.”
56) “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”
57) “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi.”
58) “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma.”
59) “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
60) “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.”
61) “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik.”
62) “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa
jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan
Orang PAS – hentikan sikap suka menghina sesama Muslim
Saya kenal rapat dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Pak Sheikh) dan saya TURUT bertanggungjawab mengkahwinkan anak lelaki beliau Saudara Aiman dengan adik ipar saya Siti Zaharah, seorang peguam. Saya pernah jadi ahli PAS Pandan Indah pada 1999, dibawa masuk oleh seorang Ustaz dari Kelantan yang berniaga di pasar malam di Desa Pandan. Jadi kita sekapal gamaknya. Cuma saya tak suka cara berpolitik PAS, suka melihat kesalahan orang tetapi tidak mampu mengubahnya. Allah marah kepada hambaNya yang munafiq!
Dalam kes anak saya, saya sebagai ayah kenal siapa anak saya, cuma kerana tidak bertudung ketika itu, saudara bebas mengata beliau macam-macam. Dimaklumkan, Islam yang mana satu yang saudara bawa? Islam PAS atau ajaran Muhammad SAW yang tulin dan benar? Jika tulin, saya tegaskan, Islam bukan parti politik kerana parti politik hanya memecahbelahkan masyarakat kerana ia menggalakkan manusia berpuak-puak. Lupakah saudara tentang pertentangan di antara puak Yazid dan Ali? Antara Muawiyah dan Pencinta Keluarga Nabi?
Saya tak tahu status saya dalam PAS tetapi saya tak mahu orang Melayu dan Islam berpecah semata-mata kerana ideologi ciptaan manusia dan berpolitik mengikut parti, mengikut hawa dan nafsu. Saya tak sehebat Anwar atau siapa pun termauk Nik Aziz di luar sana kerana Anwar dan Nik Aziz pun bukanlah hebat sangat sebab satu hari nanti beliau pasti akan mati juga. Yang hebat dan perkasa hanyalah Allah SWT dan keranaNya kita bisa bertemu di alam maya ini.
Saya insaf sebab saya bukan Ustaz, tetapi guru saya ialah Ustaz Haji Ismail Tekan, pengarang dan pendakwah seangkatan dengan Buya HAMKA. Saya juga pernah berguru dengan Almarhum Tuan Haji Ibrahim Ahmad (Negeri Sembilan) dan Almarhum Haji Lebai Maidin Haji Ismail, guru Tarekat di Gombak. Apa pun tuduhan saudara saya terima dan kita tentunya akan bersoal jawab lagi di akhirat kelak. Saya seperti Mufti Perak, ingin melihat orang Melayu Islam bersatu kerana perpaduan sesama Muslim akan membolehkan kita mengatasi ancaman ekonomi dan sosial dari barat dan dari dalam negeri. Orang Cina dan India telah semakin maju mengatasi kita. Buktinya… berapa keratkah peguam Muslim dalam Majlis Peguam? Baru-baru ini peguam hindu mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan dengan Isteri Moorthy, dan mereka akan bawa kes ini ke Mahkamah Agung, apa komen saudara? Berapakah bilangan doktor, dentist, pharmacist, jurutera mekanikal bertaraf Ir di kalangan bangsa Melayu? Berapakah jumlah keseluruhan harta orang Islam berbanding harta dan kekayaan kaum Cina dan India? Jawapnya ialah kita hanya memiliki tak sampai pun 12% hartatanah di Kuala Lumpur. Kita tak perlu menghancurkan UMNO atau PAS tetapi harus sama-sama mengukuhkannya kerana apa yang kita kejar sebenarnya sama, sebuah negara Islam yang aman, stabil dan makmur.
Seperti saudara, saya dan keluarga juga ingin masuk syurga, malah sewaktu di Mekah, guru saya berpesan, teruskan perjuangan untuk membela dan menyatukan orang Melayu kerana kekuatan politik negara sangat bergantung kepada sejauh mana orang Melayu dapat disatukan… PAS dan UMNO jika bersatu boleh meakukan yang terbaik untuk negara! Allah SWT maha mengetahui, kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukannya. Memang, untuk mengubah aliran sungai mungkin mudah tetapi untuk mengubah sikap dari yang kurang baik kepada yang lebih baik amat payah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut berusaha untuk mengubahnya sendiri. Sesungguhnya selepas peperangan Badar Nabi SAW berpesan, selepas ini peperangan yang lebih besar dan lebih berat ialah peperangan untuk mengalahkan hawa dan nafsu serta keegoan!
Saya tak kecil hati langsung kerana saudara memperlekehkan usaha saya atau siapa saya, itu tak relevan kerana seperti kata isteri saya, Hajjah Azizah Haji Mohd Dom dan Puan Zahaini Othman, kami di Baitul Ibadah bukan nak mengIslamkan orang diluar sana, kita hanya ingin dan wajib mengIslamkan isteri, anak-anak dan keluarga kita terlebih dahulu. Saya sering bertanya kenapa orang PAS kenapa mereka suka marah-marah? Saya sendiri sewaktu menjadi Pemantau dan Pelapor Pilihanraya (SB) di Sungai Petani dan Pendang pernah dituduh kafir oleh pengikut PAS di sana semata-mata kerana saya berada di dalam kelompok UMNO dan BN sedang membuat liputan.
Tak apalah saudara, saya tak berminat nak bertekak dan bergaduh sebab dah penat, lagipun dah tua. Cuma saya harap, kalau datang ke Kuala Lumpur, singgahlah ke rumah saya di Kampong Malaysia Tambahan, Bandar Tun Razak. tentang Nor Izani biarlah saya yang selesaikannya kerana dia sangat marah dengan saudara. Katanya, apa hak Ustaz untuk menentukan syurga dan neraka? Dia kata Ustaz sebiji macam Ustaz dia kat sekolah menengah sains dulu.
Wassalam.
(Aliran Budokan Lian @ Buah Pukul Mersing)
>Tangan kanan membangun tangan kiri meruntuhkan
Kita orang Melayu khususnya mahu maju amnya umat Islam pun begitu.Para pemimpin besar dan kecil bercakap merangsang memberi semangat ke arah itu tetapi secara umum rakyat dan pemimpin sikapnya tidak begitu. Adakalanya sikap kita double standard, tangan kanan membangun tangan kiri meruntuhkan.
Begitu juga dasar setengah-setengah hal di satu sudut hendak membanteras gejala masyarakat, di satu sudut yang lain menggalakkan.Yang lebih malang lagi tabiat orang Melayu atau orang Islam yang negatif tidak berubah ini menjadi penghalang kepada kemajuan.
Di antaranya dasar masyarakat melahirkan budaya lepak, samada disedari atau tidak, pergaulan bebas menjadikan muda-mudi jiwanya rosak.Apabila jiwa mereka rosak, terlibat dengan dadah, pergaduhan, rokok, zina, buang bayi,rogol, vandalism, curi, membuang masa sia-sia.
Perangai-perangai ini menghalang kemajuan atau melambatkan kemajuan di samping memecah belahkan perpaduan.
Tabiat hasad dengki pula ada yang hendak maju, ada yang hendak meruntuhkan atau menghalang. Setengahnya yang ada kuasa, menyalah gunakan kuasa.Ada orang tidak ada daya dan semangat maju dibantu akhirnya gagal maju.Ada yang berdaya dan bersemangat maju, berusaha gigih tidak dibantu bahkan disekat tidak boleh maju.
Berlakunya begini kerana sikap orang kita nawaitunya tidak sama .Ada yang berslogan maju bertujuan politik bukan dari hatinya. Ada yang berkuasa memilih-milih orang memberi bantuan kerana kroninya untuk ambil hatinya, yang tidak dibantu adalah musuhnya.
Yang hasad dengki sakit hati kemajuan orang dihalang-halangnya,ertinya semua golongan ada mempunyai penyakit hati yang tersendiri.
Tetapi tidak ada golongan yang pandai mengubati agar kemajuan tidak terhalang menuju sasarannya.Kalau begitu bercakap hendakkan kebaikan senang. Memberi kaedah bagaimana masyarakat boleh baik itu susah.
Kemajuan di semua bidang ada hubungan dengan pembangunan insan. Berubah fikirannya, jiwanya, nafsunya dan sikapnya kemajuan mudah dibangunkan. Membangun material rupanya ada hubungan dengan membangun insan.
Membangunkan insaniah itulah yang tidak ada orang yang boleh melakukan kecuali dia orang Tuhan yang mampu melakukan. Fikirkanlah membangunkan insaniah lebih dahulu membangunkan material mudah dibangunkan
Source: Syarah Guru Ku
>“RAMADHAN bulan pemutihan akhlak”.
>Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana di dalamnya terkumpul hampir semua ibadat khusus seperti solat tarawih, solat witir, tilawah al-Quran, beriktikaf, berzakat, sedekah dan amalan kebajikan yang lain. Setiap ibadah khusus ini pula mempunyai kelebihan pahala tertentu yang menjadi ransangan untuk kita menjadi insan soleh. Selari dengan keberkatan bulan suci ini, maka Allah SWT menjanjikan rahmat, pengampunan dan jaminan syurga. Berdasarkan ganjaran pahala yang hebat inilah maka Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat baginda.
Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Iman Ahmad bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.
Persoalan besar timbul ialah puasa bagaimanakah yang mampu meraih ganjaran pahala yang hebat itu?. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183,
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.
Takwa adalah buah dan hasil yang diharapkan dari amalan puasa. Buah tersebut akan menjadi bekalan orang beriman dan menjadi perisai agar diri manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat dan kejahatan. Bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT, ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh. Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia hanya melakukan sesuatu yang dituntut dan diperbolehkan Allah. Dia hanya berada di tempat yang mendatangkan keredhaan Allah dan menjauhi tempat yang mendatangkan kemurkaan Allah.
Abu Umamah berkata Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa mengambil hak seorang muslim, maka Allah Taala mewajibkannya masuk ke dalam neraka dan mengharamkaannya masuk ke dalam syurga. Seorang bertanya , meskipun dari sesuatu yang sangat remeh, wahai Rasulullah’. Ya meskipun barang itu hanya sepotong kayu sugi”. Demikian sabda Rasulullah bahawa hanya sepotong kayu sugi yang diambil dengan tanpa izin pun masuk neraka. Dengan demikian menurut hadith ini, kita mesti berwaspada mengenai mengambil hak-hak orang lain atau melanggar amanah yang ditetapkan dan perbuatan yang diharamkan. Di dalam al-Quran disebutkan bahwa mereka yang bertakwa akan dimasukkan ke dalam syurga secara berkumpulan dan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya.
Takwa yang menjadi tujuan utama kita berpuasa bukanlah perkara mudah yang hendak dicapai. Bahkan para sahabat pun melahirkan kerisauan membentuk sebenar-benar takwa sehingga turun ayat al- Quran dalam surah at- Taghaabun ayat 16,
Maksudnya: “Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (dijalan kebaikan) adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.”.
Seorang muslim itu adalah orang yang taat kepada Tuhan dan tidak mengikut perintah hawa nafsu. Pertembungan kepentingan antara takwa dan kehendak gelojak hawa nafsu manusia sentiasa menimbulkan konflik dalam diri manusia. Pertembungan ini akan menentukan halatuju dan status fitrah kehidupan kita. Tetapi untuk mencapai kecemerlangan takwa ini, maka seseorang itu memerlukan penglibatan diri dalam perjuangan, kesabaran dan jihad melawan nafsu. Jika gagal maka kita akan mengikut telunjuk hawa nafsu.
Salah satu perjuangan hebat yang perlu diamalkan oleh kita ialah puasa wajib Ramadhan. Puasa adalah ibadat yang sukar dan menjadi perjuangan secara senyap melawan hawa nafsu. Perjuangan ini juga adalah rahsia antara seseorang hamba dengan Tuhannya kerana gerak geri amalan puasa tidak dapat dinilai oleh orang lain. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum tetapi seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah hendaklah turut berpuasa.
Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah yang lain dengan mengisi ruang-ruang yang ada seperti bersolat tarawih, bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya. Amalan wajib dan sunat yang padat dalam bulan Ramadhan ini memberi tumpuan latih tubi pembersihan hati, pembersihan dalaman, mendisiplinkan anggota badan, mengukuhkan akhlak mulia dan mencegah penyakit.
Oleh sebab itu terdapat dua penanda aras atau pengukuran menilai prestasi puasa iaitu apakah puasa Ramadhan kita semata-mata menahan lapar atau kita berpuasa dan dalam waktu yang sama mengambil berat juga aspek pembersihan hati dan akhlak kita. Rasulullah SAW bersabda :
Bermaksud: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”.(Riwayat Bukhari)
Selari dengan prinsip keluarga bertakwa dan soleh yang bermula di rumah, maka marilah kita, ibubapa serta umat Islam hiasilah, bentuklah ahli keluarga kita menjadi insan bertakwa dengan amalan latih tubi puasa wajib dan digilap pula dengan amalan–amalan sunat siang dan malam serta dengan memilih makanan dan premis yang halal di sepanjang Ramadhan. Walaupun bulan impian ini kelihatan memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97:
Maksudnya: “Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”.
Di petik dari Khutbah JAKIM
13 Ogos 2010
>Khutbah Nabi S.A.W Menjelang Ramadhan
>
Wahai manusia,
Sungguh telah datang pada kamu bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Masa demi masanya adalah masa masa yg paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbul. Bermohonlah kepada Allah dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada orang fakir dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.
Wahai manusia,
Barangsiapa di antaramu memberi makan untuk berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khotbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)
Wahai manusia,
Siapa yang memperbaiki akhlaknya di bulan ini, ia akan berjaya melintasi Sirathul Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan dari perbuatan keji di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbi mu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi boleh menguasaimu.”
(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadits ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)
Rujukan:
1. At-Targhib oleh al-Mundziri [2/217-218],
2. Ghaliyah al-Mawaizh oleh al-Alusi [1/12],
3. Al-Matjar ar-Rabih oleh al-Hafiizh ad-Dimyathi [1/405-406, No.713],
4. Khutbah-khutbah Rasulullah SAW (Qisthi Press), hal.84, dan
5. Nafahaat Ramadhaniyyah oleh Marwan Wahid at-Tiftazani, hal. 23-24.
>Pengguna berkuasa menentukan harga barangan jika bersatu
>
Marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berbelanja mengikut kemampuan, berjimat cermat, elak pembaziran, menjauhi penipuan dan pastikan rezeki dan makanan kita adalah halal. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT. dalam surah an-Nisaa’ ayat 29:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”.