Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

DALIL BERZIKIR DENGAN LAFAZ “HŪ

Olih Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Walaupun begitu, para ulama tasawwuf telah menjelaskan kenapa kebanyakan mereka memilih untuk berzikir dengan lafaz “hū” dan “āh”. Adapun dalil berzikir dengan lafaz “hū” adalah seperti berikut:

Pertama: Bagi ahli tasawwuf, lafaz “hū” menunjukkan kepada kebesaran Allah SWT, mutlaknya wujud, thubūt waḥdāniyyah dan ilmu yang mencakupi segala perkara. Begitu juga “hū” bagi ahli ẓāhir daripada kalangan ahli tasawwuf ia mentafsirkan kata nama yang datang selepasnya yang menunjukkan kepada nama “Allah”. Perkara ini dikeluarkan daripada beberapa isyarat daripada ayat-ayat al-quran diantaranya:

وإلهكُم إلهٌ واحدٌ لا إلهَ إِلاَّ هُوَ الرحمنٌ الرحيُم (البقرة:163)

“Dan Tuhan kamu ialah tuhan yang Maha Esa, tiada tuhan yang berhak disembah selain dari Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani”
هُوَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ مَتَابِ (الرعد:30).

“Dialah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan kepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)”.

قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَهٌ وَاحِدٌ (الأنعام:19).

“Katakanlah: (Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa)

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (الإخلاص:1).

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa”.

Berkata Imam al-Qushairī di dalam tafsirnya “Latāif al-Ishārāt”:

فمعنى «هُوَ» أي: الذي سألتُــم عنه «هُوَ» الله .

“Adapun makna “hū” itu adalah apa yang kamu tanyakan tentangnya iaitu Allah SWT”.

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (الحديد: 3).

“Dialah Yang awal dan Yang Akhir, dan Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (الحشر: 22).

“Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang Mengetahui perkara ghaib dan nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ…(الحشر:23).

“Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang Mengetahui (sekalian alam). Yang Maha Suci.

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ…(الحشر:24).

“Dialah Allah Yang Menciptakan sekalian makhluk. Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada). Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut apa yang dikehendakiNya).

Manakala “hū” dari segi ahli taḥqiq daripada ahli tasawwuf ism ḍamīr itu tidak akan menzahirkan dan tidak pula akan menerangkan apa yang datang selepasnya, kerana pengetahuanya berada di dalam hati sepertimana hakikatnya. Berkata Ibnu ‘Aṭāilllāh as-Sakandarī (w.709H):

وإلى اسمٍ مُضْمَرٍ يُـــبَـــيِّــــنُــه ما بعدَه عند أهل الظّاهِر لاحتياجِه إلى صِلةٍ تعقُـــبُه ليـــكونَ الكلامُ الذي أفاده عندهم، وأمــا عند أهل التّحــقيق فالــمُضْمَـر لا يَظْـــهَـــرُ؛ لأنـــه أعرفُ الــمَعارِف لاستقرار العِــلْــمِ به في القلْبِ على الحقيقةِ على ما هو به حقًّا من صفاته .

“Bagi ahli ẓāhir ism muḍmar (hū) itu ia menerangkan apa yang datang selepasnya kerana ism muḍmar tersebut memerlukan satu hubungan dengan apa selepasnya supaya sesuatu kalām dapat memberi faedah (difahami). Manakala bagi ahli taḥqīq ism muḍmar itu tidak perlu dizahirkan kerana ism muḍmar tersebut adalah setinggi-tinggi ma‘rifah kerana ilmu dengan maknanya dan hakikatnya berada di dalam hati”.
Kedua: Ibnu Ḥajar al-Asqalāni (w.852H) telah menyebutkan di dalam Fatḥ al-Bārī satu nukilkan daripada ucapan Imam Fakhruddīn ar-Rāzī (w.606H) daripada Ahli Kashf bahawa al-Ism al-A‘ẓam ialah lafaz “hū”. Perkara ini berhujjahkan bahawa barang siapa ingin menceritakan berkenaan seseorang yang dimuliakan yang ada bersamanya maka tidaklah diungkapkan dihadapanya dengan lafaz “Engkau telah berkata…”, akan tetapi diungkapkan dengan lafaz “Beliau berkata…” kerana beradab dengan orang yang dimuliakan tersebut. Berkata Ibnu Ḥajar:

الاسمُ الأَعْظَمُ “هو”، نقَله الفخرُ الرَّازي عن بعض أهل الكَشْف، واحتَجّ له بأنّ مَن أرادَ أن يُــعبِّر عن كلامٍ مُعَظَّمٍ بـحَضْرَتِــــه لم يقُلْ له: “أنتَ قلتَ كذا”، وإنما يقول: “هُو يقول…” تأدُّبًا معَه .

“Imam Fakhruddīn ar-Rāzī telah menukilkan daripada ahli kashf bahawa al-Ism al-Ā‘ẓam itu ialah “hū” dengan berhujjahkan bahawa barang siapa yang ingin mengungkapkan satu ucapan dihadapan orang yang dimuliakan, maka dia tidak akan berkata”Engkau telah berkata sekian-sekian” kerana beradab dengan orang dimuliakan tersebut. Akan tetapi sebaliknya, dia akan berkata “Beliau telah berkata…”.

Demikian juga dengan Allah SWT yang maha mengetahui zahir dan batin, yang hadir dan tidak hilang sesuatu perkara pun daripada ilmuNya. Beradabnya ahli tasawwuf dengan Allah SWT mereka tidak berzikir dan berdoa dengan ism ẓāhir (Allah), tidak juga dengan ism ḍamīr al-mukhātab (antā), bahkan dengan ḍamīr al-ghāib iaitu “hū”.

Rujukan:

‘Abdul Karīm bin Hawāzin al-Qushairī, Latāif al-Ishārāt, ed: Ibrāhīm al-Basīwunī, Mesir: al-Hai’ah al-Misriyyah al-‘Ammah, t.t, 3/783.

Ibnu ‘Atāillah as-Sakandarī, al-Qasd al-Mujarrad fī Ma’rifati al-Ism al-Mufrad, ed: Maḥmūd Tawfīq al- Ḥakīm, Kaherah: Maktabah Madbūlī, 2002M, 76.

Abu al-Fadl Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalānī, Fatḥ al-Bārī Sharḥ Ṣaḥiḥ al-Bukhārī, ed: Muhammad Fuād Abdul al-Bāqī, Beirut: Dar al-Ma‘rifah, 1379H, 11/224.

03/03/2022 - Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tasauf |

No comments yet.

Leave a comment