Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

JIKA ADA USTAZ BOLEH TERUS RUJUK KITAB AL UMM IMAM SYAFIE MEMANG DIA HEBAT



Maulana Anwar Shah Al-Kashmiri terkenal dengan gelaran “Perpustakaan Bergerak” sehingga beliau berkata:
“Jika terbakar Perpustakaan di India , nescaya aku akan tulis balik kitab-kitab di dalamnya.”

Begitu kuatnya ingatan dan kefahaman Maulana Anwar memang tidak dapat dinafikan lagi.

Maulana Anwar Shah Al-Kashmiri juga pernah berkata: Jika aku membaca apa-apa kitab pun, nescaya aku dapat buat kesimpulan kecuali kitab Al-Umm.Ini menunjukkan susahnya kitab Al-Umm.

Bahkan Imam Al-Muzani berkata:
“Kami melazimi Imam Syafie sangat lama, namun tak banyak apa yang Imam Syafie cakap yang kami faham. Jika kami faham, nescaya kami akan memperoleh manfaat yang banyak.”

Bahkan, terdapat seorang ulama bernama Syeikh Ahmad Bek Al-Husainiy telah membuat syarah bagi Al-Umm dengan menghasilkan 24 jilid bagi rubu’ ibadah sahaja tanpa sempat menyiapkan 3 rubu’ yang lain.

Bagaimana pula, seorang ustaz yang mengajar di level masjid/surau mampu mengakui dirinya faham al-Umm?

(Disediakan oleh: Ustaz Hafiz Al Za’farani – HAZA)

31/10/2023 Posted by | Bicara Ulama, Perbahasan Ulama, Tazkirah | , | Leave a comment

TERIKAT DENGAN MAZHAB?

Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

Depa ikut Quran Hadis. Depa ikut mazhab jugak, tetapi tidak terikat mazhab. Agaknya apabila terikat mazhab ni menjadi satu kesulitan kot. Rasa orang ikut mazhab ni macam jumud la kot.

Dak, bukan lagu tu. Kita terikat mazhab, ikut mazhab, berpegang kepada satu mazhab adalah utk mendapatkan metodologi memahami agama dgn cara yg tersusun dan bermanhaj. Tidak bercampur aduk. Ia akan mendatangkan kefaqihan dalam agama. Kerana ‘kefaqihan’ itu sangat bernilai. Sehinggakan Nabi ada berdoa kepada salah seorang sahabat dgn kefaqihan terhadap agama, menunjukkan sgt penting kefaqihan itu.

Sekurang-kurangnya kalau orang tanya, pasaipa sentuh isteri membatalkan wuduk, maka kita dapat jawab dgn penuh pemahaman secara bermetodologi, serta jawapan yg mengikuti kaedah mazhab dari usul sehingga ke furu’nya, sebab kita belajaq kitab mazhab Shafi’i dari kitab size kecil, sederhana sehinggalah yg tebal2.

Pemahaman orang belajar secara bermazhab terhadap isu sentuh isteri batal wuduk itu benar2 mengikuti kaedah istinbat yg betul, bersumberkan kepada dalil2 yg berbentuk tafsiliyyah. Sehinggakan apabila kita beramal dgn cara mazhab Shafi’i, memberi keyakinan yg tinggi kepada kita bahawa ia memang menepati kehendak al-Quran dan al-Sunnah. Itulah kelebihan mereka yg belajar fiqh secara bermazhab, pemahaman yg mendalam terhadap agama, tanpa adanya kelam kelibut dan kacau bilau dalam memahami agama.

Keadaan yg sama juga dirasai oleh rakan2 kita yg mengaji secara bermazhab sama ada mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali di luar Malaysia.

Dalam berijtihad utk semasa pula, memerlukan kepada muzakarah dalam kalangan ahli fatwa, ini kita setuju mereka merujuk kepada pelbagai pandangan mazhab, sebab level mereka memang utk berfatwa dan meraikan kemaslahatan awam.

Wallahua’lam.

30/10/2023 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Larangan Memanggil Orang Islam Sebagai Kafir atau Musuh Allah

Petikan dari kitab Riyadhus Solihin oleh Imam al-Nawawi:

عن أبي ذرٍّ رضي الله عنه: أنَّه سَمِعَ رسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يقولُ: ((مَنْ دَعَا رَجُلًا بالكُفْرِ، أو قالَ: عَدُوَّ اللهِ، وَلَيْسَ كَذلكَ إلا حَارَ عَلَيْهِ)). متفق عليه

((حَارَ)): رَجَعَ

قال ابن دقيق العيد: هذا وعيد عظيم لمن كفَّر أحدًا من المسلمين وليس كذلك، وهي ورطة عظيمة وقع فيها خلق كثير من المتكلمين، ومن المنسوبين إلى السنَّة، وأهل الحديث، لما اختلفوا في العقائد فغلظوا على مخالفيهم. وحكموا بكفرهم، والحق أنه لا يكفر أحد من أهل القبلة إلا بإنكار متواتر من الشريعة عن صاحبها، فإنه حينئذ يكون مكذبًا للشرع. انتهى. (إحكام الأحكام، ٤/٧٦)

Terjemahan:

Daripada Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bahawa beliau mendengar Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallama bersabda: “Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan kafir atau berkata musuh Allah, sedangkan orang itu tidaklah begitu, maka panggilan itu kembali kepadanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berkata Ibn Daqiq al-‘Eid (alim mazhab Maliki dan Syafi’e, lahir 1228M di Yanbu dan meninggal di Kaherah 1302M): “Ini adalah ancaman azab yang besar bagi sesiapa yang mengkafirkan seseorang muslim sedangkan orang itu tidak seperti yang dikatakan. Ia adalah kesilapan besar yang ramai orang terjerumus di dalamnya, termasuk daripada golongan ulama ilmu Kalam, orang yang menisbahkan dirinya dengan sunnah dan Ahlul Hadith yang terjebak apabila mereka berselisih pendapat dalam perkara akidah lalu mereka bersikap keras terhadap lawan mereka dengan menghukum kafir. Sedangkan seseorang ahlul kiblat tidak dikafirkan melainkan setelah dia mengingkari perkara mutawatir dalam syariah. Dalam keadaan itu, (boleh menghukumnya kafir – oleh mahkamah) kerana dia telah mendustakan syariah.” (Kitab Ihkam al-Ahkam, 4/76)

30/10/2023 Posted by | Hadis, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Lapang dada terima teguran


Oleh Prof Madya Dr Azlan Shaiful Baharum

AKHLAK baik yang konsisten akan menjauhkan kita daripada sifat keji orang munafik.
Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, Nabi SAW bersabda: “Empat sikap yang sesiapa ada pada dirinya, maka dia seorang munafik tulen.

“Sesiapa yang pada dirinya salah satu daripada sikap itu, maka dalam dirinya terdapat salah satu sikap munafik, hingga dia meninggalkannya. Iaitu, apabila diberikan amanah dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia menipu dan apabila bertengkar dia ingin menang.” (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya sifat munafik itu sangat sukar dilihat dengan mata kasar. Orang yang terkena virus munafik biasanya berusaha untuk meniru perbuatan orang yang beriman, ia turut solat dan berpuasa, namun sebenarnya hatinya lalai dan jauh daripada mengingati Allah SWT. “Dan apabila ia mengerjakan puasa dan solat, ia menyangka bahawa dirinya seorang Muslim.” (Hadis Riwayat Muslim)

Orang munafik biasanya menggunakan lidahnya untuk berdusta, mengaku dirinya beriman, tetapi sebenarnya kufur. Cuba memperlihatkan kesempurnaan di depan orang lain supaya tersembunyi keburukan mereka.


Akhirnya Allah yang akan mendedahkan sikap sebenar kaum munafik itu, seperti Firman Allah SWT: “Apabila mereka menjumpai orang Mukmin, mereka berkata, ‘Kami telah beriman.’ Namun jika mereka menyendiri bersama kuncu-kuncunya, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami berada di pihak kamu. Kami hanya hendak menghina kaum Mukmin.’ “Allah akan menghina mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan, sedangkan mereka dalam keadaan sangat bimbang.'” (Surah Al Baqarah: 14-15)

Justeru, kita perlu menjauhi sifat orang munafik kerana mereka tidak akan memperoleh pertolongan Allah SWT. Bahkan tempat tinggal orang munafik adalah di dasar neraka seperti firmanNya: “Sesungguhnya orang munafik itu akan dicampakkan ke dalam dasar neraka dan kamu tidak akan melihat mereka memperoleh pertolongan.” (Surah An-Nisa: 145)


Oleh sebab itu, kita perlulah mencuba dengan sedaya upaya untuk menjauhi sifat munafik dengan berusaha bersungguh-sungguh melakukan amalan berikut:

Solat berjemaah

Menunaikan solat berjemaah tepat pada waktunya terhindar daripada sifat kemunafikan. Ini disebutkan oleh Nabi SAW dalam hadis baginda: “Sesiapa yang menunaikan solat berjemaah selama 40 hari dengan memperoleh takbiratul ihram bersama imam, maka ia akan bebas daripada dua keadaan iaitu bebas daripada neraka dan bebas daripada sifat munafik.” (Hadis Riwayat At- Tirmidzi)

Bersedekah dan usah kedekut

Nabi SAW bersabda: “Sedekah itu adalah bukti.” (Hadis Riwayat Muslim). Bukti dalam hadis tersebut membawa maksud keimanan. Orang munafik biasanya enggan bersedekah, kecuali jika untuk menunjuk-nunjuk atau publisiti peribadi. Maka, perbanyakkanlah bersedekah sama ada sedekah yang nampak atau pun yang tersembunyi.

Biasakan diri bantu orang

Membantu orang lain dan memudahkan mereka amat dituntut oleh Islam. Contohnya ketika melihat orang tua melintas jalan, bantulah. Ketika melihat ibu hamil dalam kenderaan awam, berilah tempat duduk. Ketika melihat wanita membawa barang yang berat, bantulah. Ketika bekerja bantulah rakan sekerja yang meminta tunjuk ajar dan tidak merendahkan mereka. Walaupun nampak mudah, namun akhlak baik yang dikerjakan secara konsisten akan menjauhkan kita daripada sifat keji orang munafik itu.

Mempelajari ilmu agama

Berakhlak baik dan mendalami ilmu agama. Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua sifat yang tidak pernah terlintas dalam hati orang munafik iaitu kelakuan yang baik dan kefahaman dalam agama.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Solat tahajud

Menghidupkan solat malam. Sahabat bernama Qatadah pernah berkata: “Orang munafik itu sedikit sekali menunaikan solat malam.” Ini disebabkan orang munafik hanya akan bersemangat beramal jika ada orang yang melihatnya. Jika tidak ada, maka motivasi untuk beramal soleh juga tiada. Maka jika seseorang Mukmin menunaikan solat malam, maka ia menjadi bukti keimanannya yang hakiki.

Banyakkan berdoa

Banyakkan mengamalkan doa nabi, sebagai contoh doa Nabi Ibrahim: “Jauhkanlah diriku dan anak keturunanku daripada menyembah berhala. Ya Allah, berhala itu telah menyesatkan banyak orang.” (Surah Ibrahim: 35 – 36). Selain itu doa Nabi SAW untuk memohon hidayah dan taufik. Baginda biasa membaca doa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu hidayah, ketakwaan, terpelihara kehormatan dan kekayaan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim). Begitu juga doa baginda untuk mengelakkan kekufuran dan kemunafikan iaitu: “Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada kefakiran, kekufuran, kefasikan, kedurhakaan, kemunafikan, sum’ah dan riyak.” (Riwayat al Hakim)

Begitu juga, doa sahabat nabi iaitu Abu Bakrah RA, yang mana beliau rajin membaca doa berikut: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran. Ya Allah aku berlindung kepada Mu daripada azab kubur. Tiada Tuhan melainkan Engkau.” Beliau membaca doa ini tiga kali setiap pagi dan petang. Ketika beliau ditanya alasannya, beliau mengatakan: ” Aku mendengar Nabi SAW berdoa dengan doa ini, dan aku ingin mengikut sunnah baginda. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)

Reda pemberian Allah

Setiap manusia ditetapkan rezekinya oleh Allah SWT. Tanggungjawab kita adalah untuk menjalankan amanah-Nya dengan sebaik mungkin sebagai hamba. Jika kita tidak reda dan tersalah langkah, maka terjerumuslah ke lembah kehinaan seperti yang berlaku kepada orang munafik. Sebagaimana disebutkan dalam hadis mengenai sifat munafik, “Jika berjanji, dia ingkari. Jika bercakap, ia berdusta. Jika membuat perjanjian, tidak dipatuhi. Jika diberikan amanah, ia melakukan khianat.”

Mohon perlindungan daripada gangguan syaitan

Setiap manusia mesti berhat-hati dengan gangguan dan godaan syaitan. Ia sentiasa menghasut kita untuk lalai dalam beribadah. Syaitan akan sentiasa membisikkan untuk tidak menjaga solat, tidaklah perlu untuk beribadah. Syaitan juga menghasut supaya tidak mengamalkan sunnah kononnya bimbang riyak dan sebagainya.

Oleh itu sebagai seorang Muslim kita mesti menjaga semua tingkah laku. Setiap perkataan yang diungkapkan mestilah jujur, setiap janji yang diungkapkan hendaklah ditepati, apabila diberi tanggungjawab dan amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik mungkin.

Akhir sekali tidak melakukan kezaliman dan penganiayaan ketika berselisih faham tentang sesuatu perkara. Berlapang dada dalam menerima teguran dan pendapat orang lain.

Penulis Profesor Madya Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia

29/10/2023 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | | Leave a comment

Jangan Mudah Syirikkan Perkara Khilafiyah


Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menyatakan terdapat pihak yang menyesatkan banyak amalan ulama terdahulu seperti tawassul, istighathah, Selawat Syifa’ dan lain-lain  sehingga  tahap mengkafirrkan mereka. Ini sangat membimbangkan kerana ia berpotensi mewujudkan golongan ekstremiis yang boleh menggugat keamanan negara.

Terdapat banyak fatwa peringkat antarabangsa dan di Malaysia berkenaan tawassul dan istighathah. Antaranya Jabatan Fatwa Mesir menyatakan istighathah dan memohon al-madad kepada para Nabi, para wali dan orang soleh yang meninggal dunia adalah harus pada syarak.

Ia berpandukan pandangan ulama salaf dan khalaf berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan akal. Ia harus kerana amalan itu dijadikan sebab (usaha dan ikhtiar) bukan ia memberi kesan secara hakikatnya.

Pandangan yang mensyirikkan amalan ini merupakan bidaah terbesar yang berlaku dalam masyarakat Islam mutakhir ini dan ia ciri bidaah golongan Khawariij yang membawa kepada fahaman mengkafirrkan umat Islam.

Jabatan Fatwa Jordan memfatwakan Selawat Tafrijiyyah tidak termasuk dalam larangan syarak, sebaliknya hukumnya harus. Ia termasuk amalan bertawassul dengan kemuliaan Rasulullah ﷺ yang diharuskan berdasarkan pandangan muktamad menurut majoriti ulama mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Jabatan Fatwa Jordan juga memfatwakan fahaman (menerusi Tauhid Rububiyyah) yang mendakwa orang kafirr juga dianggap beriman (yakni orang kafirr beriman dengan Tauhid Rububiyyah) adalah bercanggah dengan apa yang ditetapkan secara qat’i (pasti) dalam al-Quran (yakni, secara pastinya orang kafirr tidak boleh dikaitkan dengan keimanan atau ketauhidan Islam walau sebesar zarah).

Dinyatakan juga bahawa fahaman (menerusi Tauhid Uluhiyyah) yang menghukum kafir  terhadap umat Islam dalam perkara furuk fiqah seperti amalan bertawassul, beristighathah dan  bertabarruk dengan golongan soleh (yakni mendakwa orang Islam yang melakukan amalan ini dianggap tidak beriman dengan Tauhid Uluhiyyah), merupakan perkara yang lebih berbahaya  lagi.

Pada hemat penulis, pihak yang memasukkan perkara yang asalnya dalam urusan furuk fiqah ke dalam prinsip akidah sehingga menyebabkan pengkafiran secara besar-besaran terhadap umat Islam, merupakan perkara bidaah yang mesti dihindari.

Ia selari dengan fatwa Jabatan Fatwa Mesir tadi iaitu pandangan yang mensyirikkan amalan ini merupakan bidaah terbesar dan ia  adalah ciri bidaah golongan Khawarijj.

Suntingan daripada tulisan asal:

Dr Mohd Hasrul Shuhari

28/10/2023 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

AMALAN2 PADA SETIAP HARI JUMAAT

Assalamualaikum.. Salam Jumaat yg penuh keberkatan جمعة مباركة.

اللهم صلِّ على محمّد النبيّ وأزواجه أمهات المؤمنين وذريتهِ وأهل بيته، كما صلّيت على ءال إبراهيم إنك حميد مجيد.
#اللهم_صل_وسلم_وبارك_على_نبينا_محمد

Marilah sama² kita berdoa kepada Allāh semoga Allāh memberikan keselamatan Dan kemenangan kepada umat Islam di Palestin bijahinnabiyy ﷺ.

Sempena hari jumaat ini,mari lah sama-sama kita Ikhlaskan diri Dan perbanyakkan berselawat ke atas Rasulullaah ﷺ dengan dengan pelbagai selawat seperti Selawat Al-Mikyal Al-Awfa yg di ajar sendiri oleh RasulullAllāh ﷺ.

Jangan lupa amalkan bacaan 3 Qul ini setiap Kali selepas Solat jumaat.Rasulullâh ﷺ bersabda mafhumnya: Barangsiapa yang membaca قل هو الله احد، قل اعوذ برب الفلق، قل اعوذ برب الناس (sehingga habis) 7 kali selepas solat jumaat, maka Allāh menjauhinya dari kejahatan sehingga Jumaat yang akan datang- Riwayat Ibnu Sunni.- Sila rujuk dlm poster di bawah.

Imam Al-Syafie Rahimahullaah berkata mafhumnya:
Aku sangat suka berselawat ke atas nabi dalam semua keadaan dan aku lebih mencintai untuk perbanyakkan lagi selawat aku pada hari jumaat dan malam jumaat- Kitab Al-Umm-Rujuk poster di bawah.

رَوَى أَبُو دَاوُدَ وَغَيْرُهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: «مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَكْتَالَ بِالْمِكْيَالِ الأَوْفَى إِذَا صَلَّى عَلَيْنَا أَهْلَ الْبَيْتِ فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ وَأَزْوَاجِهِ أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِينَ وَذُرِّيَّتِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى ءَالِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ».

Di riwayatkan oleh Abu Dawud dan selainnya:-
Barangsiapa yang ingin di timbang dengan timbangan yang sempurna, maka apabila berselawat kepada kami, ahlul bait maka ucaplah :-


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ وَأَزْوَاجِهِ أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِينَ وَذُرِّيَّتِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى ءَالِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ».

Rasulullaah ﷺturut bersabda ttg kelebihan berselawat pd hari jumaat dan malam jumaat_:


*من صلى علي في يوم الجمعة وليلة الجمعة مائة مرة قضى الله له مائة حاجة سبعين من حوائج الآخرة وثلاثين من حوائج الدنيا* (أخرجه البيهقي في شعب الإيمان وغيره)

Mafhumnya: _”Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat sebanyak 100 kali, maka Allah akan menunaikan untuknya 100 hajat, 70 hajat di akhirat dan 30 hajat dunia.”_ (H.R. al-Baihaqi dalam _Syu’ab al-Iman_ dan lainnya).

Dan diriwayatkan jugak oleh Imam al-Sakhawi dan selainnya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“مَنْ صلّى عليَّ عَصْرَ يومِ الجُمُعَةِ ثمانينَ مرّةً غَفَرَ اللهُ لهُ ذنوبَ ثمانينَ عامًا”
Maknanya: “Sesiapa yg berselawat *lapan puluh* kali pada waktu asar di hari jumaat maka Allah mengampuni dosa2nya lapan puluh tahun”.

اللهم صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبي الأمي وعلى آله وسلم.
80 kali waktu asar petang jumaat.

Jangan lupa semua umat Islam pakat berdoa tawassul banyak2 dengan keberkatan nabi Muhammad ﷺ pada hari jumaat ini agar Allāh merahmati Dan memberkati kita semua Dan sama² lah kita semua perbanyakkan duduk dalam majlis ilmu,Tahlil,Tahmid,Tasbih,Takbir,Istighfar dan berselawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad.ءامين بجاه النبي

Berpegang teguhlah dgn Akidah dan Amalan ASWJ Asyairah & Maturidiyyah hakiki serta menolak golongan² ekstrem & sesat seperti Salahpi Wahhabi,Jahalah Mutasawwifah Batiniyyah Hululiyyah yg berselindung di sebalik nama Tareqat Sufi Asya’irah,Syiah,Khawarij,Liberal dll.

Akidah Islam: Allāh Ada Tanpa Tempat.

Sebar2kan kerana Allāh.

(Ustaz Alwi Al Bakanniy)

27/10/2023 Posted by | Fad hail Amal, Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

HUKUM ISTIGHASAH KEPADA NABI SAW.

Mukadimah
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi SAW serta ahli keluarga, para sahabat, dan orang yang mengikuti jejak Langkah Baginda SAW sehingga hari kiamat. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan-Nya.

Tular di media sosial baru-baru ini isu berkenaan seorang usahawan yang meminta pertolongan kepada Nabi SAW dalam banyak perkara. Namun, perbuatan tersebut menerima kritikan kerana bercanggah dengan pemahaman bahawa meminta pertolongan, perlindungan dan penjagaan seharusnya meminta terus kepada Allah SWT.

Jika dilihat dari sudut yang lain, perbuatan meminta pertolongan kepada Nabi SAW merupakan sebahagian daripada amalan yang dikenali sebagai istighasah. Amalan istighasah dan tawasul merupakan amalan yang diperselisihkan dalam kalangan ulama. Amalan istighasah merupakan salah satu jenis daripada amalan tawasul.

Amalan istighasah adalah perbuatan meminta pertolongan iaitu perbuatan pemohon meminta kepada pemberi pertolongan untuk menolongnya. Sementara itu, amalan istighasah dengan lafaz ‘Wahai Muhammad’ mempunyai maksud serupa seperti dalam amalan tawassul, tasyaffu’ iaitu meminta syafaat atau tawajuh yang mengambil kemuliaan kedudukan pemberi pertolongan di sisi Allah SWT.[1]

Istighasah kepada Nabi SAW menurut al-Quran dan Hadis
Amalan istighasah iaitu memohon pertolongan daripada Allah SWT mempunyai sandaran dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW. Antara dalil al-Quran bagi amalan istighasah termasuklah firman Allah SWT:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَّحِيمًا ‎

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah SWT. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah SWT, dan Rasulullah SAW juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” Surah al-Nisa’ (64)

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT memberikan panduan kepada umat Islam apabila melakukan dosa dan maksiat, maka datanglah kepada Nabi SAW dan meminta kepada Baginda SAW untuk memohon ampun kepada Allah SWT.[2] Di samping itu, ayat ini menggalakkan umat Islam untuk datang kepada Nabi SAW bagi memohon keampunan kepada Allah SWT di sisi Baginda SAW dan Baginda SAW juga memohon keampunan iaitu istighfar untuk mereka. Galakan ini tidak terhenti dengan kewafatan Baginda SAW. Ia juga menunjukkan kebergantungan kepada Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Penyayang dengan kedatangan mereka kepada Nabi SAW, memohon keampunan iaitu istighfar mereka serta permohonan keampunan oleh Baginda SAW buat mereka.[3]

Manakala antara riwayat yang menjadi dalil kepada istighasah termasuklah riwayat daripada Abi Syu’bah, beliau berkata:

كُنْتُ أَمْشِي مَعَ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، فَخَدِرَتْ رِجْلُهُ، فَجَلَسَ، فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: اذْكُرْ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَيْكَ. فَقَالَ: «يَا مُحَمَّدَاهُ فَقَامَ فَمَشَى»

Maksudnya: “Aku berjalan bersama Ibn Umar, tiba-tiba kakinya berasa kejang (tidak dapat digerakkan), sehingga beliau terduduk.” Lalu seorang lelaki berkata kepadanya: “Sebutlah orang yang paling kamu cintai.” Lalu Ibn Umar berkata: “Wahai Muhammad.” Maka beliau pun dapat berdiri dan berjalan.”
(Riwayat Ibn al-Sunni)

Athar ini juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam karyanya al-Adab dengan lafaz yang lebih ringkas dan sanad yang berbeza iaitu ‘Abd al-Rahman bin Sa’d meriwayatkan bahawa:

خَدِرَتْ رِجْلُ ابْنِ عُمَرَ، فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: اذْكُرْ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَيْكَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ

Maksudnya: “Kaki Ibn Umar telah kejang tidak boleh bergerak, lalu seorang lelaki berkata kepadanya: “Sebutlah orang yang kau paling cintai”, maka Ibn Umar pun mengucapkan: “Wahai Muhammad.”[4]

Al-Bukhari mengambil hadis ini dengan sanad daripada gurunya Abu Nu’aim al-Fadl bin Dukain (w.219H), beliau berkata Sufyan al-Thauri (w.161H) menceritakan kepada kami daripada Abu Ishaq al-Sabi’i (w.129H), daripada ‘Abd al-Rahman bin Sa’d. Abu Nu’aim merupakan seorang perawi yang thiqah dan thabat.[5] Sufyan al-Thauri juga merupakan seorang yang thiqah, hafiz, faqih, ‘abid dan merupakan seorang imam.[6] Manakala Abu Ishaq al-Sabi’i perawi yang thiqah dan banyak beribadah namun banyak terkeliru di akhir hayatnya.[7] ‘Abd al-Rahman bin Sa’d al-Qarasyi pula adalah perawi yang thiqah menurut al-Nasa’i.[8] Oleh itu, jika diperhatikan kepada sanad hadis ini maka sanadnya adalah sahih.

Selain itu, terdapat hadis lain daripada Malik al-Dari yang merupakan seorang penjaga gudang makanan pada zaman Umar RA. Beliau meriwayatkan bahawa:

أَصَابَ النَّاسَ قَحْطٌ فِيْ زَمَانِ عُمَرَ فَجَاءَ رَجُلٌ إِلَى قَبْرِ النَّبِيِّ فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، اسْتَسْقِ لِأُمَّتِكَ فَإِنَّهُمْ قَدْ هَلَكُوْا، فَأُتِيَ الرَّجُلُ فِيْ الْمَنَامِ فَقِيْلَ لَهُ: أَقْرِئْ عُمَرَ السَّلاَمَ وَأَخْبِرْهُ أَنَّهُمْ يُسْقَوْنَ، وَقُلْ لَهُ عَلَيْكَ الكَيْسَ الكَيْسَ، فَأَتَى الرَّجُلُ عُمَرَ فَأَخْبَرَهُ، فَبَكَى عُمَرُ وَقَالَ: يَا رَبِّ لاَ آلُوْ إِلاَّ مَا عَجَزْتُ

Maksudnya: “Apabila tiba musim kemarau pada zaman Umar RA, maka salah seorang sahabat mendatangi kubur Nabi dan mengatakan: Wahai Rasulullah! mohonkanlah hujan kepada Allah untuk umatmu kerana sungguh mereka betul-betul telah binasa, kemudian orang ini bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW lalu Baginda SAW bersabda kepadanya: “Sampaikan salamku kepada Umar dan maklumkan bahawa hujan akan turun untuk mereka, sebutkan juga kepadanya, “bersungguh-sungguhlah dalam melayani umat.” Kemudian sahabat tersebut datang kepada Umar RA dan memberitahukan apa yang dilakukannya dan mimpi yang dialaminya. Umar RA menangis dan mengatakan: “Wahai Allah, Saya akan kerahkan semua upayaku kecuali apa yang aku tidak mampu.”[9]
(Riwayat Ibn Abi Syaibah)

Hadis di atas menunjukkan bahawa boleh beristighasah (memohon pertolongan) kepada Nabi SAW walaupun setelah Baginda SAW meninggal dunia. Ibn Hajar al-’Asqalani menyebutkan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada riwayat Abi Salih al-Samman daripada Malik al-Dari yang merupakan penjaga gudang makanan pada zaman Umar RA.[10]

Huraian di atas membahaskan bahawa meminta pertolongan tersebut bererti meminta kepada Rasulullah SAW kerana bersesuaian dengan kedudukan Baginda SAW yang mulia. Hal ini kerana mukjizat Nabi SAW tidak terhad ketika baginda SAW masih hidup sahaja, bahkan mukjizat baginda SAW berterusan hingga tempoh selepasnya. Mukjizat Nabi SAW terbukti jelas sehinggakan dapat membantu ketika kesusahan bagi umatnya yang berselawat, bertawasul atau beristighasah kepada baginda SAW.[11]

Hukum Istighasah kepada Nabi SAW
Hukum melakukan amalan istighasah kepada Nabi SAW adalah harus. Amalan ini boleh dilakukan berdasarkan fatwa Shihab al-Din al-Ramli (w.957H) seperti:

بِأَنَّ الِاسْتِغَاثَةَ بِالْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ وَالْأَوْلِيَاءِ وَالْعُلَمَاءِ وَالصَّالِحِينَ جَائِزَةٌ وَلِلرُّسُلِ وَالْأَنْبِيَاءِ وَالْأَوْلِيَاءِ وَالصَّالِحِينَ إغَاثَةٌ بَعْدَ مَوْتِهِمْ؛ لِأَنَّ مُعْجِزَةَ الْأَنْبِيَاءِ وَكَرَامَاتِ الْأَوْلِيَاءِ لَا تَنْقَطِعُ بِمَوْتِهِمْ. أَمَّا الْأَنْبِيَاءُ فَلِأَنَّهُمْ أَحْيَاءٌ فِي قُبُورِهِمْ يُصَلُّونَ وَيَحُجُّونَ كَمَا وَرَدَتْ بِهِ الْأَخْبَارُ وَتَكُونُ الْإِغَاثَةُ مِنْهُمْ مُعْجِزَةً لَهُمْ.

Maksudnya: Amalan istighasah kepada para nabi, rasul, wali, ulama dan orang-orang soleh adalah merupakan perkara yang harus. Para rasul, nabi, wali dan orang-orang soleh mempunyai ighasah iaitu kelayakan untuk memberi pertolongan selepas kewafatan mereka. Ini kerana mukjizat para nabi dan karamah para wali tidak terputus dengan kewafatan mereka. Bagi para nabi, mereka benar-benar hidup di alam kubur dalam keadaan mendirikan solat dan menunaikan haji sepertimana yang telah dinyatakan dalam riwayat berkenaan perkara ini. Hal ini menunjukkan kelayakan dalam memberi pertolongan ini merupakan antara salah satu mukjizat mereka.[12]

Dalam pada itu, amalan istighasah kepada Nabi SAW merupakan suatu amalan yang baik seperti amalan tawasul dan tashaffu’ kepada Nabi SAW untuk berdoa menuju Allah SWT. Hal ini dinyatakan oleh Taqiyy al-Dīn al-Subki (w.756H) bahawa:

اعْلَمْ أنه يجوز ويَحسُنُ التوسلُ والاستغاثة والتشفعُ بالنبي صلى الله عليه وآله وسلم إلى ربه سبحانه وتعالى، وجوازُ ذلك وحسنُه من الأمور المعلومة لكلِّ ذي دِين، المعروفةِ مِن فعل الأنبياء والمرسلين، وسِيَر السلف الصالحين، والعلماء والعوامِّ من المسلمين.

Maksudnya: Ketahuilah bahawa hukum harus dan baik untuk melakukan amalan tawasul, istighasah dan tashaffu’ kepada Nabi SAW untuk menuju Allah SWT. Keharusan dan kebaikan amalan itu merupakan sebahagian perkara-perkara yang sudah diketahui oleh setiap orang yang beragama. Sudah diketahui juga ia sebagai sebahagian amalan para nabi, rasul, salafussoleh, ulama dan dalam kalangan masyarakat awam.[13]


Kesimpulan
i. Amalan istighasah dengan menyandarkan kepada Nabi SAW ketika memohon doa kepada Allah SWT adalah sandaran majazi sahaja. Hal ini disebabkan bahawa Nabi SAW merupakan orang dikasihi Allah SWT yang menjadi sebab majazi kepada Allah SWT untuk mengasihi kepada orang yang berdoa dan dimustajabkan doa.[14]

ii. Walau bagaimanapun, umat Islam mestilah berhati-hati ketika berdoa secara istighasah atau tawasul supaya setiap doa yang dibacakan mestilah selaras dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah. Menurut ‘Abd al-Malik ‘Abd al-Rahman al-Sa’di menyatakan bahawa sekiranya seseorang yang meminta (al-mustaghis) itu beriktikad bahawa seorang wali atau nabi boleh memberi pertolongan sebagaimana Allah SWT, maka perkara ini boleh jatuh kepada hukum kafir. Namun, jika seseorang itu memohon dengan syafaat dan kemuliaan wali atau nabi serta beriktikad bahawa Allah SWT jualah yang mampu memberi pertolongan kepada hamba-Nya, maka ia tidak jatuh kepada hukum kafir. Lebih utama bagi seorang muslim untuk menggunakan perkataan yang jelas dan menjauhi untuk menggunakan perkataan yang boleh ditafsir secara lain yang membawa kepada kekufuran.[15]

iii. Pada waktu yang sama, umat Islam hendaklah tidak mudah mengkafirkan orang yang melakukan amalan istighasah dengan melakukan syirik kepada Allah SWT. Hal ini bersangkut paut dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah yang mana apabila melihat seorang Muslim meminta pertolongan daripada makhluk, maka sudah pasti bahawa individu Muslim tersebut tidak menyekutukan Allah SWT Yang Maha Esa dengan makhluk itu, sebaliknya dia meminta pertolongan atau kembali kepada Tuhan untuk mendapat keberkatan makhluk itu.[16]

Wallahu A’lam



Rujukan:

[1] Syihab al-Din al-Qastallani, al-Mawahib al-Laduniyyah bi al-Manh al-Muhammadiyyah, (Kaherah: al-Maktabah al-Taufiqiyyah, t.t.), 3: 604-605. Teks asal:

واعلم أن الاستغاثة هي طلب الغوث، فالمستغيث يطلب من المستغاث به أن يحصل له الغوث منه، فلا فرق بين أن يعبر بلفظ “الاستغاثة”، أو “التوسل”، أو “التشفع”، أو “التجوُّه”، أو “التوجُّه”؛ لأنهما من الجاه والوجاهة، ومعناه: علو القدر والمنزلة

[2] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-’Azim, ed. Sami bin Muhammad Salamah, (t.tp.: Dar al-Tayyibah, 1999), 2: 347. Teks asal:

وقوله: {وَلَوْ أَنْهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا} يُرْشِدُ تَعَالَى الْعُصَاةَ وَالْمُذْنِبِينَ إِذَا وَقَعَ مِنْهُمُ الْخَطَأُ وَالْعِصْيَانُ أَنْ يَأْتُوا إِلَى الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَسْتَغْفِرُوا اللَّهَ عِنْدَهُ، وَيَسْأَلُوهُ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَهُمْ، فَإِنَّهُمْ إِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَرَحِمَهُمْ وَغَفَرَ لَهُمْ، وَلِهَذَا قَالَ: {لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا}

[3] Aḥmad Ibn Muḥammad Ibn ʿAlī Ibn Ḥajar al-Haytamī al-Makki, al-Jauhar al-Munazzam fi Ziyarah al-Qabr al-Syarif al-Nabawi al-Mukarram, ed. Muhammad Zainihim Muhammad Azab, (Kaherah: Maktabah Madbuli, 2000), 17. Teks asal:

دلت على حث الأمة على المجئ إليه والاستغفار عنده واستغفاره لهم، وهذا لا ينقطع بموته. ودلت أيضاً على تعليق وجدانهم الله توّاباً رحيما بمجيئهم واستغفارهم واستغفار الرسول لهم.

[4] Muhammad bin Ismail al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, ed. Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi, (Beirut: Dar al-Basya’ir, 1989), hadis no. 168, hlm. 335.

[5] al-Mizzi, Tahzib al-Kamal fi Asma’ al-Rijal, ed. Basyar ‘Awwad Ma’ruf (Beirut: Mu’assasah al-Risalah, 1980), 23: 212. Teks asal:

قَال أَبُو حاتم: سألت عَلِيّ بْن المديني: من أوثق أصحاب الثوري؟ قال: يَحْيَى بْن سَعِيد، وعبد الرحمن بن مهدي، ووكيع، وأَبُو نُعَيْم، وأَبُو نُعَيْم من الثقات. وَقَال العجلي: أَبُو نُعَيْم الأحول كوفي، ثقة ثبت في الحديث.

[6] Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, (Beirut: Mu’assasah al-Risalah, 1985), 7: 270. Teks asal:

وَقَالَ أَبُو حَاتِمٍ الرَّازِيُّ: سُفْيَانُ فَقِيْهٌ، حَافِظٌ، زَاهِدٌ، إِمَامٌ، هُوَ أَحْفَظُ مِنْ شُعْبَةَ

[7] Al-Zahabi, Mizan al-I’tidal, ed. Ali Muhammad al-Bijawi, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1963), 3: 270. Teks asal:

أبو إسحاق السبيعي، من أئمة التابعين بالكوفة وأثباتهم إلا أنه شاخ ونسى ولم يختلط

[8] Ibn Hajar al-’Asqalani, Tahzib al-Tahzib (India: Matba’ah Da’irah al-Ma’arif al-Nizamiyyah, 1326), 6: 186. Teks asal:

قال النسائي ثقة

[9] Abu Bakr bin Abi Syaibah, Musannaf Ibn Abi Syaibah, ed. Kamal Yusuf al-Hut (Riyad: Maktabah al-Rusyd, 1409), hadis no. 32002, jld. 6: hlm. 356.

[10] Ibn Hajar al-’Asqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1379), 2: 496. Teks asal:

وقد روى سيف في الفتوح أن الذي رأى المنام المذكور هو بلال بن الحارث المزني أحد الصحابة وظهر بهذا كله مناسبة الترجمة لأصل هذه القصة أيضا والله الموفق

[11] ʻUthmān ibn ʻAbd al-Raḥmān Ibn al-Ṣalāḥ, Fatawa ibn al-salah, (Beirut: Maktaba Ulum wal al-Hikam, 1407 H), 1: 210. Teks asal:

نبوة نَبينَا صلى الله عَلَيْهِ وَسلم كلما ذكره ذَاكر وَكلما غفل عَن ذكره غافل مَعَ انتشار آيَاته المستبينة ومعجزاته المستنيرة حَتَّى لقد انتدب بعض الْعلمَاء لاستقصائها فَجمع مِنْهَا ألف معْجزَة وعددناه مقصرا إِذا فَوق ذَلِك بأضعاف لَا تحصى فَإِنَّهَا لَيست محصورة على مَا وجد مِنْهَا فِي عصره صلى الله عَلَيْهِ وَسلم بل لم تزل تتجدد بعده صلى الله عَلَيْهِ وَسلم على تعاقب العصور وَذَلِكَ أَن كرامات الْأَوْلِيَاء من أمته وإجابات المتوسلين بِهِ فِي حوائجهم ومغوثاتهم عقيب توسلهم بِهِ فِي شدائدهم براهين لَهُ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قواطع ومعجزات لَهُ سواطع وَلَا يعدها عد وَلَا يحصرها حد أعاذنا الله من الزيغ عَن مِلَّته وَجَعَلنَا من المهتدين الهادين بهديه وسنته

[12] Ahmad Ibn Hamzah al-Ramli, Fatawa al-Ramli, (Kaherah: Maktabah Islamiyyah, t.t.), 4: 382.

[13] ‘Alī Ibn ‘Abd al-Kāfī al-Subki, Shifa al-Siqam fi Ziyara Khayr al-Anam, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2008), 357.

[14] Sayyid Muhammad Ibn ‘Alawi al-Maliki, Mafahim Yajibu an Tusahhah, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2009), 118. Teks asal:

أنَّ المُتَوسل ما توسل بهذه الواسطة إلا لمحبته لها واعتقاده أنَّ الله سبحانه وتعالى يحبها، ولو ظهر خلاف ذلك؛ لكان أبعد الناس عنها وأشد الناس كراهة لها .

[15] ‘Abd al-Malik ‘Abd al-Rahman al-Sa’di, al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islami al-Daqiq (Amman: Dar al-Nur, 2014), 77-78. Teks asal:

إن اعتقد المستغيث أو المستمد أن هذا الولي أو النبي يُمِدُّ ويُغيث كما يُمِدُّ ويُغيث الله تعالى على حد سواء: فهذا كفر وشرك والعياذ بالله وإن عنى بذلك التشفع به إلى الله، أي يعتقد أن الله هو سيغيثه ويمده إكراماً لهذا الولي: لا يكون كفراً. المسلم أن تكون ألفاظه ظاهرة بعيدة عما يتحمل التأويل. وكذا لو قال : أردت أن يدعو لي الميت من الله بالمدد والإغاثة

[16] Najm al-Din al-Tufi, al-Isyarat al-Ilahiyyah ila al-Mabahis al-Usuliyyah, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2005), 408. Teks asal:

ولأن اعتقاد التوحيد من لوازم الإسلام فإذا رأينا مسلما يستغيث بمخلوق علمنا قطعا أنه غير مشرك لذلك المخلوق مع الله عز وجل، وإنما ذلك منه طلب مساعدة أو توجه إلى الله ببركة ذلك المخلوق

Sumber: .https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/5766-al-afkar-143-hukum-istighasah-kepada-nabi-saw?fbclid=IwAR1y9imRmGD9oFrNwWRZqDujhbqk9-4URsibdMsPvDLNJxbo5PmKrS2Jp08

26/10/2023 Posted by | Bicara Ulama, Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tasauf, wahabi | | Leave a comment

MASAIL | Hukum Menghiasi Kubur Orang Soleh

Orang soleh adalah hamba Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mempunyai derajat yg khusus di sisiNya. Dan sememangnya termasuk orang soleh itu adalah para alim ulamak. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :


إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ [فاطر:28]

“Hanyalah yang takut kepada Allah dari kalangan hambaNya adalah para ulama” [Faathir : 28]

Syaikh Fahmi Zamzam Al-Maliki An-Nadwi RahimahuLLah Ta’ala adalah seorang alim yang masyhur dengan keilmuannya. Beliau adalah seorang ahli zikir, tawadhu’, dan rajin mengerjakan ibadah. Beliau juga mempunyai kitab karangan yang banyak tersebar hingga hari ini seperti 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman, 40 Hadith Akhlak Mulia, 40 Hadith Penawar Hati dan lain-lain. Maka wajar beliau tergolong sebagai orang yang masyhur kesolehannya disebabkan amalan beliau yang mulia ketika hidup.

Perlu kita ketahui hukum membina kubur atau menghiasi kubur adalah berbeza antara orang awam dengan orang soleh menurut sebahagian ulama. Di dalam kitab I’anah At-Tholibin disebutkan hukum membangun kuburan orang soleh menurut sebahagian ulama Syafi’iyyah:

وقال البحيرمي : واستثنى بعضهم قبور الانبياء والشهداء والصالحين ونحوهم. برماوي. وعبارة الرحماني. نعم، قبور الصالحين يجوز بناؤها ولو بقية لاحياء الزيارة والتبرك.

“Imam Al-Bujairami berkata : Sebahagian ulama mengecualikan kubur para Nabi, para syuhada’ dan orang-orang soleh dan yang sepertinya. (Barmawi) Dan ibarat Ar-Rahmani : Ya, boleh membangun kubur orang soleh untuk menghidupkan amalan ziarah dan tabarruk”
[I’anah At-Tholibin: 2/137]

Manakala menghiasi kuburan orang soleh hukumnya adalah makruh. Bahkan haram jika menghiasi dengan kain sutera. Disebut dalam kitab Fath Al-Muin :

ﻭﻳﻜﺮﻩ – ﻭﻟﻮ ﻻﻣﺮﺃﺓ – ﺗﺰﻳﻴﻦ ﻏﻴﺮ ﺍﻟﻜﻌﺒﺔ، ﻛﻤﺸﻬﺪ ﺻﺎﻟﺢ ﺑﻐﻴﺮ ﺣﺮﻳﺮ، ﻭﻳﺤﺮﻡ ﺑﻪ

‘MAKRUH hukumnya -walaupun untuk kubur wanita- menghias selain ka’bah seperti kubur orang soleh dengan sesuatu selain sutera. Dan HARAM dengan kain sutera.
[Fath Al-Muin : 106]

Di dalam syarah Fath Al-Muin dinukilkan pendapat Imam Romli yg mengatakan BOLEH menghiasi keranda atau kubur wanita, kanak-kanak dan orang gila dengan sutera sepertimana kain kafan bahkan lebih utama.
[I’anah At-Tholibin : 2/95]

Walaupun begitu menurut sebahagian ulama seperti Syaikh Abdul Ghoni An-Nabulusi BOLEH hukumnya menghiasi kuburan orang soleh jika bermaksud menghormati dan memuliakan orang soleh. Di dalam kitabnya “Kasyfu An-Nur An Ashab Al-Qubur” beliau berkata :

وأما وضع الستور والعمائم والثياب على قبور الصالحين والأولياء فقد كرهه الفقهاء حتى قال في فتاوى الحجة: وتكره الستور على القبور انتهى.
ولكن نحن الآن نقول إن كان القصد بذلك التعظيم في أعين العامة حتى لا يحتقروا صاحب هذا القبر الذي وضعت عليه الثياب والعمائم ولجلب الخشوع والأدب لقلوب الغافلين الزائرين لأن قلوبهم نافرة عن الحضور والتأدب بين يدي أولياء الله تعالى المدفونين في تلك القبور، كما ذكرنا من حضور روحانياتهم المباركة عند قبورهم. فهو أمر جائز لا ينبغي النهي عنه لأن الأعمال بالنيات، ولكل إمرئ ما نوى.

“Adapun meletakkan penutup, serban, dan pakaian/kain pada kuburan orang-orang soleh dan para wali maka hal itu sungguh dimakruhkan oleh pakar fiqh sehingga berkata dalam fatawa al-hujjah : “dan dimakruhkan penutup-penutup pada kuburan”. Selesai.

Dan akan tetap kami sekarang berkata : “Jika penutup itu tujuannya untuk menghormati dalam pandangan orang umum sehingga mereka tidak merendahkan pemilik kubur ini yang diletakkan padanya beberapa pakaian/kain dan serban-serban, dan kerana untuk menarik khusyuk dan sopan santun bagi hati orang lalai yang berziarah, kerana hati mereka berpaling dari hadir dan beradab di hadapan para wali Allah Ta’ala yang dikebumikan dalam kubur tersebut, sebagaimana kami sebutkan perihal hadirnya rohani mereka yang diberkahi di sisi kubur mereka, maka meletakkan penutup tersebut adalah hal yang diperbolehkan yang tidak layak untuk dilarang, kerana setiap amal itu adalah dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang diniati”.

KESIMPULAN

A’la kulli hal, meskipun hukum menghiasi kubur orang soleh adalah MAKRUH, akan tetapi jika dipertimbangkan para penziarah yang bermacam karenah dan sifat, maka ada baiknya kita menghiasi
kubur orang soleh agar timbul dalam hati mereka sifat khusyuk dan adab yang baik. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi taufiq kepada kita untuk menghormati para ulama dan orang soleh.

Semoga Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah tenang & bahagia disana…

Al-Fatihah untuk beliau.

Rujukan :
Al-Quran
Fath Al-Muin,
I’anah At-Tholibin
PIIS KTB

Al-Faqir,
Mohamed Arafat At-Tambary

24/10/2023 Posted by | Bicara Ulama, Fad hail Amal, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

L⃨I⃨H⃨A⃨T⃨L⃨A⃨H⃨!⃨ S⃨E⃨N⃨A⃨R⃨A⃨I⃨ K⃨E⃨S⃨E⃨S⃨A⃨T⃨A⃨N⃨ D⃨A⃨N⃨ P⃨E⃨N⃨Y⃨E⃨L⃨E⃨W⃨E⃨N⃨G⃨A⃨N⃨ Y⃨A⃨N⃨G⃨ D⃨I⃨L⃨A⃨K⃨U⃨K⃨A⃨N⃨ O⃨L⃨E⃨H⃨ G⃨O⃨L⃨O⃨N⃨G⃨A⃨N⃨ W⃨A⃨H⃨H⃨A⃨B⃨I⃨

SENARAI KESESATAN GOLONGAN WAHHABI AL-MUJASSIMAH:

  1. Golongan yang membawa Aqidah Yahudi iaitu Allah duduk/bersemayam/bersila lendik di atas Arasy.

2.Golongan yang meyakini Allah berada di langit bersama para malaikat.

  1. Golongan yang meyakini Allah turun dari langit dan naik ke langit pada setiap malam.

4.Golongan yang meyakini Allah datang dan pergi.

  1. Golongan yang meyakini Allah mempunyai tubuh badan.
  2. Golongan yang meyakini Allah berada bersama makhluk.
  3. Golongan yang meyakini Allah mempunyai TANGAN, KAKI dan TUMIT, BETIS, MUKA, MATA, TELINGA, TULANG RUSUK, JARI JEMARI dll.
  4. Golongan yang beriman kepada sesetengah ayat dan kafir dengan sesetengah ayat al-Quran.
  5. Golongan yang menolak Takwil pada sesetengah ayat, dan membolehkan Takwil pada yang mengikut nafsu mereka.
  6. Golongan yang mengatakan ulama yang mentakwil ayat mutasyabihat adalah KAFIR.
  7. Golongan yang mengkafirkan orang yang bertawassul dengan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.
  8. Golongan yang menyesatkan umat Islam yang menyambut maulid Nabi.
  9. Golongan yang menafikan Kenabian Nabi Adam `alaihissalaam dan mengatakan Nabi Adam bukan Nabi lagi Rasul yang pertama tetapi bapak manusia.
  10. Golongan yang menyatakan bahawa Alam ini Qidam [tidak ada permulaan bagi kewujudan alam ini, lihat kenyataan tokoh mereka iaitu ibnu Taimiyah].
  11. Golongan yang mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asy`ari dan seluruh Ummat Islam yang berpegang kepada method Aqidah yang telah disusun oleh Imam tersebut.
  12. Golongan yang mengkafirkan Sultan Solahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al- Fateh.
  13. Golongan yang mengkafirkan al-Imam An-Nawawi [pengarang kitab Syarah Sahih Muslim], Ibnu Hajar al-Asqalani [pengarang kitab Fathul Bari syarah bagi kitab Sahih Bukhari dan seluruh Ulama’ Islam yang mengikut (Asyairah dan Maturidiyyah).
  14. Golongan yang mengkafirkan umat Islam yang berakidah ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.
  15. Golongan yang mendhaifkan hadith-hadith sahih dan mensahihkan hadith-hadith dhaif (lihat penulisan al-Albani).
  16. Golongan yang tidak mempelajari ilmu dari Guru atau Syeikh, hanya membaca buku.
  17. Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat ziarah Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.
  18. Golongan yang membunuh Ummat Islam beramai-ramai di Mekah, Madinah, dan beberapa kawasan di tanah Hijaz (lihat Tarikh an-Najdi).
  19. Golongan yang meminta bantuan Askar dan Senjata pihak Britain (yang bertapak di tempat; Kuwait pada ketika ini) ketika kalah dalam perang ketika mereka mahu menjajah Mekah dan Madinah.
  20. Golongan yang menghancurkan turath (sejarah peninggalan) Ummat Islam di Mekah dan Madinah.(lihat kawasan perkuburan Jannatul Baqi’, Bukit Uhud dan sebagainya).
  21. Golongan yang membenci kaum ahlul bait. (kononnya bagi wahhabi; semua ahlul bait syiah @ sesat).
  22. Golongan yang bersalahan dengan Ijma’ para Sahabat, Tabi’in, Salaf, Khalaf dan seluruh Ulama’ Ahli Sunnah Waljama`ah.
  23. Golongan yang mendakwa Aqal tidak boleh digunakan dalam dalil syarak, dengan menolok fungsi Aqal (sedangkan ayat-ayat al-Quran menyarankan menggunakan Akal).
  24. Golongan yang mengejar syuhrah (pangkat, nama, promosi dan kemasyhuran) dengan menggunakan fahaman salah mereka terhadap al-Quran dan as-Sunnah. (Malah al-Quran dan ss-Sunnah bebas daripada apa yang wahhabi war-warkan).
  25. Golongan yang mengdhaifkan hadith solat tarawikh 20 rakaat. (al-Albani)
  26. Golongan yang mengharamkan menggunakan Tasbih. (al-Albani)
  27. Golongan yang mengharamkan berpuasa pada hari sabtu walaupun hari Arafah jatuh pada hari tersebut. (al-Albani)
  28. Golongan yang memperlekehkan Imam Abi Hanifah radiyallahu`anhu.(al-Albani)
  29. Golongan yang mendakwa Allah memenuhi alam ini dan menghina Allah dengan meletakkan anggota badan pada Allah subhanahu wata`ala.
  30. Golongan yang mendakwa Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam tidak hayyan (hidup) di kubur Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam. (al-Albani)
  31. Golongan yang melarang membaca “Sayyidina” dan menganggap perbuatan itu bid`ah sesat dan masuk neraka.
  32. Golongan yang mengingkari membaca al-Quran ke atas si mati dan membaca Talqin.
  33. Golongan yang melarang membaca selawat selepas azan. (al-Albani)
  34. Golongan yang mengatakan Syurga dan Neraka ini fana’ iaitu tidak akan kekal. (Ibn Taimiyyah)
  35. Golongan yang mengatakan lafaz talaq tiga tidak jatuh, jika “aku talaq kamu dengan talaq tiga “. (Ibn Taimiyyah.
  36. Golongan yang mengisbatkan (menyatakan/menetapkan) tempat bagi Allah, mengatakan Allah turun dari langit ke bumi. (Ibn Taimiyyah)
  37. Golongan yang menggunakan wang ringgit untuk menggerakkan ajaran sesat mereka, membuat penipuan dan pengubahsuaian di dalam kitab-kitab ulama’ yang tidak bersependapat dengan mereka.
  38. Golongan yang mengkafirkan sesiapa orang Islam yang menetap di Palestine sekarang ini. (al-Albani)
  39. Golongan yang mengbid`ahkan seluruh umat Islam.
  40. Golongan yang anti mazhab yang empat.
  41. Golongan yang tidak mengikut mazhab yang empat.
  42. Golongan yang menghukum bid`ah umat Islam yang mengikut mazhab yang empat.
  43. Golongan yang mengatakan perlu ambil hukum daripada al-Quran dan al-Hadith secara direct tanpa berpandukan ulama untuk memahami al-Quran dan al-Hadith tersebut.
  44. Golongan yang mengatakan pengajian SIFAT 20 adalah daripada FALSAFAH GREEK YUNANI.
  45. Golongan yang menghukumkan syirik terhadap amalan umat Islam.
  46. Golongan yang membawa ajaranTauhid 3 dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhamad sallallahu`alaihi wasallam. (Ibn Taimiyyah)
  47. Golongan yang mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempunyai Tauhid sedangkan nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam ataupun para sahabat radiyallahuanhum tidak pernah mengajarkan sebegini. (Muhammad bin Abdul Wahhab)
  48. Golongan yang membolehkan memakai lambang “Salib” hanya semata-mata untuk mujamalah/urusan rasmi kerajaan, ianya tidak kufur. (Bin Baz)
  49. Golongan yang membiyayai kewangan Askar Kaum Kuffar untuk membunuh Umat Islam dan melindungi negara mereka. (Kerajaan Wahhabi Saudi)
  50. Golongan yang memberi Syarikat-Syarikat Yahudi memasuki Tanah Haram.(Kerajaan Wahhabi Saudi)
  51. Golongan yang memecahbelahkan Umat Islam dan institusi kekeluargaan.
  52. Golongan yang mengharamkan Maulid dan bacaan-bacaan barzanji, marhaban.
  53. Golongan yang menghalalkan meletupkan diri atas nama jihad walaupun orang awam kafir yang tidak bersenjata mati.
  54. Golongan yang menghalalkan darah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Asya’irah dan Maturidiyyah. Lihat di Lubnan mereka membunuh ulama Ahli Sunnah iaitu Syeikh Nizar Halabi rahimahullah, Chechnya, Algeria, dan beberapa negara yang lain.
  55. Golongan yang menimbulkan fitnah terhadap Umat Islam dan memburukkan nama baik & murni Islam.
  56. Golongan yang membuat kekacauan di Fathani, Thailand.
  57. Golongan yang sesat menyesatkan rakyat Malaysia.
  58. Golongan yang meninggalkan ajaran dan ilmu-ilmu Ulama’ Ahli Sunnah Waljama`ah yang muktabar.
  59. Golongan yang meninggalkan metodologi ilmu Ahli Sunnah Waljama`ah.
  60. Golongan yang minoriti dalam dunia, malah baru setahun jagung.
  61. Golongan yang menuduh orang lain dengan tujuan melarikan diri atau menyembunyikan kesesatan mereka.
  62. Golongan yang Jahil, tidak habis mempelajari ilmu-ilmu Agama, tetapi mahu buat fatwa sesuka hati dengan mengikut hawa nafsu mereka.
  63. Golongan yang melarang bertaqlid, tetapi mereka lebih bertaqlid kepada mazhab sesat mereka. (sehinggakan solat pun guna mazhab al-Albani sahaja)
  64. Golongan yang secara zahirnya berjubah, berkopiah, Jubah singkat, janggut panjang, tetapi berliwat, tidak menghormati ulama’, mengutuk para Alim Ulama’, tidak amanah dengan Ilmu dan Agama Islam.
  65. Golongan yang tiada hujah dalam ajaran mereka.
  66. Golongan yang membawa ajaran sesat lagi kufur Ibn Taimiyyah/Muhammad bin Abdul Wahhab, kedua-dua individu ini telah dicemuh, ditentang, dijawab dan dihukum keluar daripada ISLAM/MURTAD oleh majoriti Ulama’ Ahli Sunnah Waljama`ah atas dasar Aqidah mereka yang yakini.

Via Ibnu Syafie

23/10/2023 Posted by | wahabi | | Leave a comment

MEMPERKASAKAN FAHAMAN ASWJ DI MALAYSIA

DAULAT TUANKU!

1. Patik dan seluruh rakyat jelata melahirkan rasa syukur dan sukacita tak terhingga diatas titah Duli Tuanku Sultan Perak yang bertegas memperkasakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) arus perdana khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan sempena Muzakarah Sultan Nazrin Shah di Ipoh pagi tadi.

2. Akidah ASWAJA yang sebenar ialah berteraskan manhaj Imam Abu Hassan Al-Ashaari dan Abu Mansur Al-Maturidi. Amalan feqh berdasarkan kepada mazhab al-Syafie dan meraikan mazhab muktabar yang lain serta penghayatan kerohanian berasaskan kepada tarekat tasawuf muktabar seperti al-Junaidi, Al-Ghazali, Al-Naqshabandi dan lain-lain.

3. Manhaj ini dianuti oleh jutaan Ulama Islam sepanjang zaman dengan pelbagai penguasaan disiplin ilmu. Bahkan ia terbukti berupaya membangunkan modal insan manusia berkualiti dan merupakan momentum utama dalam memperkasakan tamadun Islam.

4. Ia juga satu-satunya anti virus yang paling berkesan untuk membendung gejala jenayah, ajaran sesat, radikal, ekstremis dan terroris dalam masyarakat. Bahkan menjadi wacana spritual yang mampan dalam melahirkan insan yang berakhlak mulia dan memiliki kompetensi yang tinggi. Ia sesuai dengan pelan transformasi Al-Falah Malaysia Madani.

5. So, patik amat berharap agar usaha memperkasakan fahaman ASWAJA dan membendung ajaran sesat-radikal di negeri Perak dimuktamadkan secara konsisten melalui:

1. Memaktubkan defini Islam ASWAJA secara detail dlm Undang-undang Tubuh Negeri, Enakmen Pentadbiran Islam negeri serta fatwa. Tidak keterlaluan jika jawatan MB pun hendaklah terdiri dalam kalangan Muslim ASWAJA.

2. Membina modul atau menyemak semula modul pengajian agama di masjid-surau, sekolah, Kolej atau Universiti agar berteraskan kepada ajaran ASWAJA.

3. Membuat saringan kepada semua para pemegang tauliah atau penceramah jemputan seluruh negeri. Manakala pensyarah IPTA/IPTS juga hendaklah menepati kriteria ASWAJA.

4. Melaksanakan program perkaderan secara bersepadu dan menyeluruh bagi memperkasakan fahaman ASWAJA dan melahirkan ulama pelapis.

5. Mengadakan hubungan strategik dengan Nahdatul Ulama, University Al-Azhar Mesir, Pusat Fatwa Jordan dan Maghribi bagi memperkasakan fahaman ASWAJA tempatan.

6. Memperbanyakkan bahan-bahan penerbitan berkualiti ASWAJA dan menyekat semua unsur penerbitan ajaran sesat seperti Syiah, Wahhabi, Islam Liberal, Hizbuttahrir, Ajaran Si Hulk dan lain-lain sama ada secara manual atau online.

7. Meminda Enakmen Pentadbiran Islam supaya satu hukuman yang keras dan tegas boleh dikenakan ke atas mana-mana individu yang menyebatkan ajaran sesat/menyeleweng daripada ajaran ASWAJA.

8. Manakala hamba rakyat hendaklah sentiasa peka dan prihatin dgn penguasaan ilmu ASWAJA dengan menghadiri majlis ilmu secara istiqamah. Bahkan perlu proaktif menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk melaporkan sebarang usaha penyebaran ajaran yang bercanggah dengan ASWAJA.

Semoga tulisan ini diperhati secara teliti oleh cerdik pandai dan Ulama demi kelangsungan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kita cintai.

Daulat Tuanku! Semoga kerajaan Tuanku bertambah makmur dan barakah asbab memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dirgahayu Tuanku. Barakallahu fikum.

Dr Zamihan Al Ghari

22/10/2023 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Sikap cherry-picking pendakwah dan “intelektual”


1. Pendakwah merupakan seorang pendokong ajaran agama yang mana akhlaknya dijadikan teladan buat masyarakat madani.

2. Antara penyakit yang membarah dalam kalangan masyarakat hatta ahli agama juga ialah penyakit taksub dan membenarkan tokoh semata-mata dan semata-mata untuk memenangkan diri sendiri.

3. Dalam isu yang tular baru-baru ini, ketika ijab kabul itu tidak menurut pendapat muktamad mazhab maka ketika ini dipaparkan semula pendapat jumhur ulama.

4. Bahkan dibawakan kaedah (al-khuruj minal khilaf mustahabun) kepada kita demi untuk memenangkan diri sendiri.

5. Memang benar itu pendapat jumhur namun dimana mereka ketika berinteraksi dengan bab tawasul dahulu?

6. Ketika jumhur membolehkan kita bertawasul dengan Nabi SAW semasa hayat dan setelah kewafatan maka mereka tidak mengendahkannya.

7. Bahkan mereka tetapkan membidaahkan kita dengan menggunakan dengan pendapat yang satu berkhilaf dengan jumhur juga.

8. Di mana mereka dan kaedah “keluar daripada khilaf itu digalakkan” ketika itu?

9. Selain itu, begitulah dengan isu wajib “mengqadhakan” solat yang tular beberapa tahun yang lalu.

10. Mereka bersungguh-sungguh tidak keluar daripada khilaf ulama. Bahkan mereka pula bertekad dengan pendapat Ibnu Taimiyah rahimahullah yang bertentangan dengan jumhur.

11. Namun kita tidak memaksa mereka kerana segala perbahasan ini dalam kerangka fiqah yang merupakan perkara cabang agama.

12. Akhir sekali, bertoleransi itu akan meredakan perbalahan yang ada. Ambillah pendapat yang kita inginkan tanpa menidakkan pendapat orang lain.

Jangan kita merasa paling benar dan sunnah lebih daripada orang lain kerana itu menyebabkan diri kita menjadi hina. Ikutlah keadaan setempat dan raikanlah realiti. Jangan buat masyarakat keliru

Sumber: Group Dakwah Sunnah FB

#dakwah #nikah #keluargabahagia #mazhabsyafiie #isusemasasa #isutular #sesedaprasa

22/10/2023 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Perbahasan Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Hukum Lafaz Akad Nikah ‘Aku Terima’ Sahaja, Sah Atau Tidak?



Olih  Dr. Zulkifli Al Bakri


#3574: Sahkah Perkahwinan dengan Menyebut “Aku Terima” Sahaja?

Quote: “Kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redha nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan  keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna”.


Soalan
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah sah sebuah perkahwinan ketika akad nikah, pengantin lelaki hanya menjawab “Aku terima” sahaja tanpa menyebutkan perkataan nikah? Hal ini kerana telah viral isu dua artis veteran terkenal telah berkahwin dan melafazkan seperti di atas ketika qabul.  Mohon pencerahan. Terima kasih.


Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَىٰ

Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan.”
(Surah al-Najm: 45)


Yakni Allah SWT menciptakan setiap daripada makhluk itu termasuklah haiwan, berpasang-pasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, atau jantan dan betina. (Lihat Ruh al-Ma‘ani, 14/68)


Kita sendiri dapat melihat bagaimana sebaik-baik manusia, yakni para rasul dan anbiya’ juga turut mengahwini wanita-wanita dan tidak mengamalkan hidup membujang. Hal ini secara jelas mengangkat martabat perkahwinan itu sendiri sebagai sunnah para rasul dan nabi terdahulu. Ini dirakamkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً ۚ

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelum kamu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.”
(Surah al-Ra‘d: 38)
Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:
وَأَخَذْنَ مِنكُم مِّيثَاقًا غَلِيظًا

Maksudnya: “Dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?”
(Surah al-Nisa’: 21)


Oleh yang demikian, seseorang yang melangkahkan kaki dalam alam berumahtangga perlu tahu bahawa Allah SWT tidak mengangkat martabat sesuatu itu melainkan padanya kebaikan serta kelebihan, dan keduanya bergerak seiring dengan tanggungjawab yang wajib digalas oleh setiap pasangan.


Dalam menjawab soalan di atas, para fuqaha menyatakan bahawa suatu pernikahan itu termeterai melalui lafaz ijab dan qabul dengan sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas). Hal ini seperti perkataan seorang wali kepada bakal suami (pengantin lelaki): “زَوَّجْتُكَ ابْنَتِي” (Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku) atau “أَنَكَحْتُكَ” (Aku nikahkan engkau).
Kemudian pengantin lelaki itu menjawab: “ قَبِلْتُ نِكَاحَهَا” (Aku terima nikahnya) atau “رَضِيْتُ” (Aku redha) kerana sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas) itu lebih menunjukkan kepada penyabitan dan  penegasan, berbeza halnya dengan sighah mustaqbal (kata masa akan datang).


Melainkan di sisi ulama al-Syafi‘iyyah, mereka berpendapat bahawa tidak cukup pengantin lelaki itu hanya mengucapkan: “قَبِلْتُ” (Aku terima) sahaja atau “رَضِيتُ” (Aku redha) sahaja.
Bahkan pengantin lelaki mesti mengucapkan: “قَبِلْتُ نِكَاحَهَا” (Aku terima nikahnya) atau “رَضِيتُ نِكَاحَهَا” (Aku redha nikahnya). Sekiranya dia tidak menyebutkan sedemikian, maka tidak sah nikahnya menurut mazhab (pendapat muktamad al-Syafi‘i).
Manakala di sisi jumhur fuqaha’ — al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan satu pendapat al-Syafi‘iyyah — bahawa memadai/cukup pengantin lelaki mengucapkan: “قَبِلْتُ” (Aku terima) atau “رَضِيتُ” (Aku redha) sahaja dan sah pernikahan tersebut dengan sedemikian. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 41/238).


Menurut al-Buhuti, ucapan pengantin lelaki, “Aku terima” memadai kerana perkara itu adalah jelas sebagai jawapan. Maka, sah perkahwinan dengannya seperti mana jual beli. (Lihat Kassyaf al-Qina‘, 11/235).
Selain daripada itu, al-Khatib al-Syirbini juga ada menjelaskan, ucapan pengantin lelaki sekadar, “Aku terima,” adalah tidak sah menurut mazhab Syafi‘i (pendapat muktamad) kerana tidak terdapat padanya secara jelas perkataan perkahwinan atau pernikahan, dan niatnya sendiri tidak mencukupi.
Manakala menurut satu pendapat lagi yang menyatakan perkahwinan dengan sedemikian itu adalah sah kerana ia kembali kepada apa yang diwajibkan (diucapkan) oleh wali seperti yang dijanjikan secara lafaz (sarih) sebagaimana pendapat yang paling sahih dalam bandingannya iaitu akad jual beli.
Akan tetapi menurutnya lagi, terdapat perbezaan antara kedua-duanya, di mana ia dianggap sebagai kinayah dan akad pernikahan tidak sah dengan kinayah berbeza halnya dengan akad jual beli.


Namun, ada pendapat menyatakan bahawa perkahwinan tidak boleh terjadi melalui cara ini sama sekali, dan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah sah secara mutlak. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/230).
Sesungguhnya, wacana ilmiah di kalangan para ulama dan cendikiawan Islam adalah amat baik serta membina makrifah serta kefahaman yang lebih mendalam dan meluas. Kami bersetuju bahawa pandangan yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita keluasan fiqh itu sendiri. Inilah yang disebutkan oleh Umar bin ‘Abd al-‘Aziz:
مَا أَحِبُّ أَنَّ أَصْحَابَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَخْتَلِفُونَ، لِأَنَّهُ لَوْ كَانَ قَوْلًا وَاحِدًا لَكَانَ النَّاسُ فِي ضِيقٍ، وَإِنَّهُمْ أَئِمَّةٌ يُقْتَدَى بِهِمْ، فَلَوْ أَخَذَ رَجُلٌ بِقَوْلِ أَحَدِهِمْ كَانَ سِعَةً

Maksudnya: “Aku tidak suka bila sahabat Rasulullah SAW tidak berbeza pandangan, sebab kalaulah ia cuma satu pandangan, maka orang ramai akan berada dalam kesempitan. Sesungguhnya mereka (para sahabat) adalah pemimpin yang menjadi ikutan. Kalaulah seseorang mengambil pandangan salah seorang dari mereka (kerana ada khilaf berlaku), dia akan berada dalam keluasan.” (Lihat al-I‘tisam oleh al-Syatibi, 2/577).


Kesimpulannya
Oleh yang demikian, berbalik kepada soalan yang diajukan, kami berpendapat bahawa ucapan balas/jawab pengantin lelaki, “Aku terima” atau “Aku redha,” sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah.


Ini adalah sebagaimana pendapat jumhur ulama serta satu pendapat dalam mazhab Syafi‘i. Hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya, maka jelas ucapan pengantin lelaki itu kembali/merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan.


Sekalipun begitu, kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redha nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan  keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna.


Walau bagaimanapun, dalam konteks negara kita, Malaysia, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan penganut-penganut beragama Islam berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing. Ini bertepatan dengan kaedah menyebutkan:
حُكْمُ الحَاكِمِ يَرْفَعُ الخِلَافَ

Maksudnya: “Keputusan hakim mengangkat perselisihan.”


Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.


Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنَا لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil. Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi hamba-hamba-Mu di dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah kami dengan izin-Mu kepada kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk ke arah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki.”

Sumber: Maktabah Al-Bakri

17/10/2023 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Ungkapan, “Ya Rasulallah, bantulah kami” bukanlah satu ungkapan syirik

Ungkapan, “Ya Rasulallah, bantulah kami” bukanlah satu ungkapan syirik dgn erti kata meminta kepada sesuatu kuasa yg lain daripada kuasa Allah سبحانه وتعالى.

Sebahagian orang mengatakan, bertawassul kepada Rasullah yg telah wafat itu adalah perbuatan syirik. Ini merupakan satu pandangan yg tidak betul. Hal ini kerana harus bagi orang Islam utk memohon pertolongan kepada Allah سبحانه وتعالى dgn menyebut nama kekasih-Nya dalam permohonan tersebut.

Meminta tolong kepada Rasulullah dengan erti kata meminta syafaat baginda صلى الله عليه وسلم merupakan perkara yg harus dari sudut syarak. Hal ini berdalilkan kepada hadith:

«إِذَا أَضَلَّ أَحَدُكُمْ شَيْئًا، أَوْ أَرَادَ أَحَدُكُمْ عَوْنًا وَهُوَ بِأَرْضٍ لَيْسَ بِهَا أَنِيسٌ، فَلْيَقُلْ: يَا عِبَادَ اللهِ أَغِيثُونِي، يَا عِبَادَ اللهِ أَغِيثُونِي، فَإِنَّ للهِ عِبَادًا لَا نَرَاهُ”

Maksudnya: “Apabila seseorang antara kamu kehilangan sesuatu, atau ia ingin memohon pertolongan sedangkan ia berada di bumi yg tiada sesiapa yg ia kenal, maka katakanlah: Wahai hamba Allah, bantulah aku, wahai hamba Allah bantulah aku. Hal ini kerana bagi Allah itu ada makhluk yg tidak dapat kamu lihat”.

Jelaslah menerusi hadith ini, sekiranya harus meminta pertolongan dgn menyeru “wahai hamba Allah”, maka lebih utama lagi memohon pertolongan dengan menyebut nama Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Wallahua’lam

Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

09/10/2023 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Kerajaan Islam Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu

  1. Kerajaan yang dibina di Malaysia adalah kerajaan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Parti mana pun yang memenangi pilihanraya ia tetap membentuk kerajaan DYMM yang berdiri atas prinsip Islam sebagai Agama Negeri dan Islam menjadi panduan. Sebagaimana kerajaan Duli-Duli YMM adalah kerajaan Islam sejak dahulu begitulah ia juga merupakan kerajaan Islam pada hari ini dan akan datang.
  2. Terengganu adalah Negeri dan Kerajaan Islam. Sebagaimana ia negeri dan kerajaan Islam sebelum PAS membentuk kerajaan pada 2018 begitulah ia merupakan Negeri dan Kerajaan Islam pada hari ini dan pada hari-hari esok apabila bertukar pula teraju kerajaan selepas pilihanraya. Apa yang perlu dibuat oleh kerajaan semasa ialah merendangkan lagi dan memperteguhkan lagi Islam tersebut dengan pelbagai lagi polisi dan inisitif baru untuk rakyat.
  3. Justeru, ungkapan “menegak negara Islam” yang dicanang ketika pilihanraya adalah ungkapan retorik bagi menggambarkan kerajaan sebelumnya adalah bukan kerajaan Islam dan negeri belum lagi menjadi negeri Islam sehingga parti berkenaan menerajuinya. Dan negeri itu akan jatuh status kerajaan Islam apabila parti tersebut jatuh di negeri tersebut dalam pilihanraya. Ucapan retorik ini perlu dibetulkan kerana ia tersasar dalam memahami kerangka bernegara dalam Malaysia yang merupakan negara Islam.
  4. Pilihanraya perlu berlangsung dalam kerangka perpaduan rakyat di bawah payung Islam. Tuduh menuduh mempertikaikan keislaman kelompok Islam lain yang berpolitik perlu dihentikan.
  5. DYMM Sultan Terengganu selaku Sultan dan pemerintah Negeri Terengganu bertitah dalam program sambutan Maulid Rasul baru-baru ini mengajak rakyat berpadu memupuk kasih sayang dan menjunjung akhlak mulia yang diajar oleh Islam. Baginda bertitah;

“Beta seorang yang amat menjaga keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama.” “Justeru, kasih sayang dan sikap toleransi seharusnya dipupuk dan disemai dalam kalangan kita di samping memangkinkan usaha memperkuatkan peribadi masyarakat dengan keluhuran akhlak yang mulia dan adab yang tinggi.”

  1. Titah DYMM Tuanku Sultan ini perlu dijunjung oleh semua pemimpin politik dan rakyat. Bagindalah Ulil Amri yang mesti ditaati sebagaimana perintah Allah dalam surah al-Nisa: ayat 59.

Dr Khairuddin Takiri
Ahad 1 Oktober 2023

01/10/2023 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Politik Persepsi Dalam Kenaikan Harga Beras Import


1. Kenaikan harga beras import berlaku secara global termasuk di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Antara puncanya ialah larangan eksport beras oleh India yang memberi kesan besar pada pasaran dagangan beras global.

2. Namun, beras tempatan kekal pada harga kawalan oleh kerajaan iaitu rm2.6 perkg. Dulunya beras tempatan kurang mendapat permintaan yang memberi kesan pada pesawah padi tempatan kerana harga beras import tak banyak beza dengan harga beras tempatan serendah rm3 perkg/rm15 untuk pek 5 kg. Apabila berlaku kenaikan harga beras import permintaan kepada beras tempatan menaik secara tiba-tiba menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran berbanding sebelumnya yang kurang mendapat permintaan.

3. Tapi malang bila ada orang politik mengambil kesempatan mempolitikkan isu ini dengan mencipta politik persepsi bukannya politik benar dan fakta. Isu ini ditunggang untuk memberi gambaran seolah semua harga beras naik berpunca pengurusan kerajaan Persekutuan.

4. Amalkanlah politik benar berfakta. Jangan dibuat politik persepsi kerana ia adalah politik pembohongan yang dilarang oleh agama dan berdosa.

5. Nabi (saw) memperingatkan kita bahawa persepsi sangkaan adalah sebesar-besar pembohongan;
إيَّاكُمْ والظَّنَّ، فإنَّ الظَّنَّ أكْذَبُ الحَديثِ
“Jauhilah sangkaan kerana sangkaan itu adalah bicara yang paling bohong”
(Hadis Sahih Bukhari no 6724)

Marilah beramal dengan ajaran Islam dalam berpolitik.

Sekian.

Dr Khairuddin Takiri
Sabtu 30.9.2023

01/10/2023 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Perbahasan Ulama, Politik dan Dakwah | | Leave a comment