Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Manusia gemar berkrisis

Manusia sentiasa berkrisis

Apabila terjadi krisis maka terjadilah hasil hasil atau kesan darinya.Kalau yang berkrisis itu pembesar pembesar, pemimpin pemimpin, ulama ulama dan cerdik pandai dan melibatkan parti politik dan negara maka huru hara lah masyarakat, kedamaian punah, perpaduan hancur, pentadbiran negara, atau parti tergugat.

Mengapa media suka mendedah kan krisis kepada umum? Jika tidak di dedah tidak lah teruk sangat kesan nya. Tetapi oleh kerana sudah menjadi tradisi manusia lebih lebih lagi orang media suka mengheboh hebohkan yang mungkar dan maksiat hingga ruang ahkbar, tv, majalah dan internet penuh dengan cerita cerita tersebut maka terjadilah apa yang patut terjadi.

Antara kesan kesan buruk berkrisis ialah:

  1. Menebalkan sikap menyangka nyaka dan buruk sangka di kalangan orang yang berkrisis dan rakyat yang mengikuti perkembangan nya.Ini akan membawa kepada persengketaan yang kian parah dan tuduh menuduh yang bukan bukan dan ada kala tuduh menuduh yang tidak masuk akal. Sebab itu Allah berpesan, yang maksudnya: “Wahai orang orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari sangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari sangka buruk itu adalah berdosa…..” (Al Hujuraat: 12)
  2. Apabila berkrisis tentulah saling kata mengata. Habis kekurangan dan kelemahan lawan didedahkan dan ini akan menyebabkan pengikut atau penyokong hilang kepercayaan pada pemimpin yang kena tuduh. Maka bermulalah detik detik kejatuhan dan kegagalan bagi pemimpin itu.
  3. Kalau pemimpin berkrisis penyokong atau pengikut pun apa lagi.Lebih lebih lagi penyokong fanatik dan yang pak turut.Krisis menghilangkan rasa kasih sayang, persaudaraan dan perpaduan. Apa yang kita lihat masing masing memikirkan bagaimana untuk jatuhkan lawan hingga akhirnya rakyat jadi kacau bilau dan pecah belah.Kesan daripadanya para pelabur asing tidak akan melabur lagi di negara ini. Ini kalau berlaku akan mengancam pembangunan dan ekonomi negara.
  4. Bila terjadi krisis dalam satu parti atau negara maka bersoraklah mereka mereka yang memusuhi parti atau negara itu. Usaha mereka untuk menjatuhkan parti atau negara itu rasa terbantu.Musuh selalunya akan gunakan salah satu puak yang yang berkrisis untuk jatuhkan puak satu lagi. Demikian lah krisis memberi kesempatan yang besar untuk menjahanamkan seseorang pemimpin,sesebuah parti atau negara itu di tangan musuh.
  5. Nasib pemimpin pemimpin yang kalah dalam krisis selalunya malang.Mereka akan terpencil dari rakyat dan tidak akan di pilih dalam pilihanraya nanti.

Berkrisis atau bermujadalah walaupun kecil apalagi taraf antarabangsa tidak pernah membawa kebaikan.Pihak yang menang akan sombong, ujub dan bertindak kejam terhadap lawan. Sebaliknya yang kalah rasa kecewa dan selalunya cari jalan untuk membalas dendam dengan cara di luar perikemanusiaan. Kes bunuh dan lain lain jenayah yang banyak berlaku kini sebahagian besar adalah hasil dari kekalahan dalam pergelutan merebut kuasa dan kepentingan duniawi.

Tiada orang berkata krisis adalah baik kecuali orang itu sendiri berhajat sangat untuk cari sesuatu kepentingan dari krisis itu.

Advertisements

23 July 2008 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

Wahai Anwar Ibrahim

>

Engkau menagih keadilan dengan orang lain tetapi tidak diperolehi,

Engkau meratus dan membebel merata negara,

Isytihar kepada manusia memohon simpati,

Apakah engkau pernah memberi keadilan kepada orang lain? Jawablah sendiri,

Engkau ingin dikasihi, Rasa tidak senang orang yang membenci,

Tidak pernah engkau mengasihi orang lain,

Apakah engkau orang yang pengasih, Jawablah lagi sekali sahaja,

Orang yang tidak adil dengan engkau, Engkau sudah tidak tahan, Meraung ke sana menjerit ke sini,

Tapi pernahkah engkau tahu,

Ada orang sepanjang hidupnya tidak pernah mendapat keadilan,

Sepanjang hayatnya tidak pernah mendapat kasih sayang?

Mereka tidak menjerit di merata negeri,

Kerana mereka tahu suara mereka tidak akan didengar,

Mereka tahu tidak siapa yang simpati,

Penderitaannya mereka tanggung sendiri,

Patutnya seorang wira ‘Gentleman’ dengan ujian, Tabah dengan cabaran,

Tidak ada riuh rendah menjerit ke sana, ke mari,

Ingin mengisytiharkan diri seorang pengecut,

Bukan pejuang bangsa jauh sekali agama,

Baru engkau merasa sakit apabila engkau dizalimi,

Setelah engkau dizalimi baru engkau merasa indahnya keadilan ini,

Engkau mula memperjuangkan keadilan itu pun mungkin bukan untuk orang,

Tapi untuk kepentingan diri,

Tapi engkau seret sekali orang ramai,

Padahal sebelum ini ribuan orang yang terzalim,

Bahkan jemaah ku engkau ikut serta musnahkan,

Waktu itu engkau ada kuasa,

Engkau boleh jadi pembela,

Setelah kuasa tiada di tangan, Konon baru hendak jadi pembela,

Berapa lama engkau hendak berlakon di atas pentas dunia ini,

Berlagak seperti pembela, Hakikatnya engkau penipu,

Kerana itulah dari dahulu lagi aku katakan pada mu,

Engkau akan jatuh terhina,

Mungkin engkau masih ingat kata-kata ku dulu,

Sekarang dengan izin Allah telah menjadi kenyataan,

Sedar dan insaflah,

Bertaubatlah banyak-banyak dari sekarang,

Akuilah kesalahan sendiri,

Tegakkanlah keadilan di atas diri mu dahulu,

Sebelum memperjuangkannya kepada orang lain,

Jangan berlakon lagi, Janganlah berpura-pura dalam kehidupan ini,

Engkau melolong ke sana- ke sini,

Meraung ke sana meraung ke sini,

Sakit hati dengan orang menzalimi mu,

Engkau lahir rasa kemarahan,

Engkau nyatakan kebencian merata negeri,

Engkau ajak orang menyokong mu,

Di mana kesabaran mu? Lebih-lebih lagi di mana keredhaan mu?

Bukankah hakikatnya ujian itu dari Tuhan mu?

Ertinya engkau marah dengan Tuhan,

Engkau isytihar kepada orang aku tenang,

Tapi sikap mu menyatakan ke tidak tenangan jiwa mu,

Engkau isytihar diri mu pejuang,

Pejuang yang sejati sabar dengan ujian, redha dengan ketentuan,

Pejuang yang hakiki lebih suka baiki diri, Daripada menyalahkan orang,

Pejuang sebenar lebih memandang kesalahan sendiri daripada kesalahan orang lain,

Engkau tidak belajar dari sejarah,

Bagaimana para Rasul diuji lebih dahsyat yang mereka terima daripada kamu,

Tetapi memohon ampun dari Tuhan,

Mereka menyalahkan diri sendiri,

Selepas itu mereka mendapat pembelaan dari Tuhan,

Sekarang orang semakin kenal siapa kamu,

Makin banyak cakap makin orang kenal diri mu,

Tidak payah orang lain mengatakan,

Sikap kamu sendiri mengatakan kamu, Tapi kamu tidak sedar,

Orang lain yang berfikiran boleh menilainya,

Engkau inginkan kasih sayang,

Tapi engkau tidak pernah memberi kasih sayang pada orang,

Engkau inginkan keadilan,

Pernahkah engkau adil kepada orang?

Engkau tidak suka dizalimi,

Tapi engkau sedarkah,

Engkau selalu sahaja menzalimi orang,

Sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung,

Sama ada disedari atau pun tidak,

Sama ada fizikal atau mental,

Engkau kan manusia,

Apa yang engkau suka itulah juga disukai oleh orang lain,

Apa yang engkau tidak suka itulah yang tidak disukai orang lain,

Janganlah minta orang lain bertimbang rasa,

Engkau juga perlu bertimbang rasa pada orang lain,

Jangan tunggu orang lain mulakan, Engkaulah memulakan dahulu,

Jangan engkau menagih dahulu, Engkau agihkanlah dahulu.

Olih: Abu Nizam 1998

Sumber:http://heliconia.wordpress.com/2008/07/11/mesej-untuk-keadilan-10-tahun-lalu/#more-1892

13 July 2008 Posted by | Madah dan Sajak, Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Hancur sudah Kasih Sayang

>

Islam sangat mengutamakan kasih sayang bahkan mewajibkan umatnya mewujudkan dan memperjuangkan kasih sayang dalam kehidupan mereka. Tapi malangnya umat Islam hari ini sudah tidak dapat lagi mewujudkan kasih sayang, sekalipun ulama ulamanya, kerana pengajian mereka sudah terpengaruh dengan pengajian sekular. Ulama ulama ini hakikatnya sama sahaja dengan golongan yang menggelar diri mereka pejuang hak asasi manusia yang kononnya jaguh dalam pembelaan hak hak kemanusiaan tetapi di kalangan mereka sendiri pun tidak wujud kasih sayang.

Akibatnya nasib dan keadaan umat Islam sama sahaja dengan orang lain. Oleh kerana kasih sayang tidak wujud lagi di dunia hari ini maka orang Islam satu sama lain hanya berkenalan. Mereka walaupun duduk dalam satu kawasan atau satu keluarga, satu sekolah, satu parti, satu jemaah. solat berjemaah, tapi rasa terasing antara satu sama lain. Kenal tapi tidak tahu menahu. Berjumpa tapi bagaikan tidak bertemu. ada tapi terasa bagaikan tiada. Tidak ada yang boleh di panggil kawan di zaman ini. Yang ada hanya kenalan. Tidak ada ikatan hati sesama Melayu, yang ada hanya pertemuan. Tidak ada kerelaan. Yang ada hanya rasa terpaksa. Bertemu pun secara terpaksa bila sangat perlu, walaupun hati tidak mahu. Bergaul juga kerana terpaksa, sebab tidak boleh hidup keseorangan. Tapi bila bergaul, hati penuh bimbang.Pemimpin terhadap pengikut terpaksa mengarah.Tapi bila mengarah dapat dirasakan, orang yang kena arah rasa tidak senang. Hati tidak senang menerima arahan tapi fizikal terpaksa menerimanya demi untuk mempertahankan kehidupan. Siapa sahaja yang tidak dapat Kasih Sayang , hilang lah kebahagiaan dan keharmonian hidup. Maka di waktu itu harta yang banyak, kuasa yang besar, wajah yang cantik, kemewahan yang ada, tidak memberi erti apa apa lagi. Tetaplah manusia hidup kosong, sepi dan penuh kekecewaan.

13 July 2008 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Pemimpin yang bertelagah ada lah Pemimpin yang buruk Akhlaknya.

 Pemimpin yang cerdik ialah pemimpin yang pandai menyorokkan rahsia krisisnya dengan orang lain.Sebabnya pemimpin yang berkrisis ialah pemimpin yang tidak baik akhlaknya. Dan ini kalau rakyat tahu akan menjejaskan nama baiknya. Bila rakyat tahu tentang krisis pemimpin umumnya mereka kan menilai mengikut penilaian pembawa berita ya itu media. Sedikit sangat yang ambil sikap untuk mengkaji sendiri dan buat petrimbangan yang lebih adil. Kalau orang media (pembawa berita) itu adil tidak mengapa lah. Tapi kalau media fasik, mereka akan riuh rendahkan rakyat dengan kefasikan nya. Kebenaran tidak wujud. Dalam keadaan ini mustahil kita boleh dapat keamanan, kemakmuran dan keselamatan yang konon di perjuangkan oleh semua pemimpin pemimpin.

Memandangkan mass media kita hampir semuanya bukan berjalan atas dasar menegakkan hukum Allah, maka tidak susah bagi mereka untuk berani mebuat berita berita fasik, sebab bila seseorang tidak bercita cita untuk tegakkan hak Allah, maka dia berjalan atas kepentingan lain.Mereka tidak takut dosa, ertinya tidak takut untuk buat salah besar. Walhal akibat dari itu krisis tambah sengit dan rakyat resah dan gelisah. Sebab itu Allah berpesan yang bermaksud:” Wahai orang orang yang beriman, apabila datang orang fasik membawa berita maka hendaklah kamu selidik.” (Al Hujurat:6). Satu keburukan yang lebih banyak ialah apabila musuh campur tangan. Allah sudah beritahu tentang adanya musuh. Firmannya yang bermaksud: “Sekali kali tidak redha Yahudi dan Nasrani hingglah engkau ikut agama mereka (cara hidup).” (Al Bagarah:120) Selalunya bila kita sesama sendiri berpecah musuh sebenarnya dapat kesempatan baik untuk melanjutkan keinginannya menghancurkan kita. Sebab itu lah salah faham di antara kita usah di umumkan.

12 July 2008 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Wahai Pejuang Kebenaran

Engkau kata hendak mencari keredhaan Tuhan
Engkau mengaku hendak menegakkan syariat Nya
Tapi bila diuji tidak sabar dan tidak tahan
Ketentuan Tuhan tidak pula redha menerima nya

 

Engkau berkata hendak memperjuangkan hak Tuhan
Tapi setiap kerja yang engkau buat minta pujian

Memang pujian itulah yang engkau cita citakan

Pujian itulah sebenarnya perjuangan engkau

Engkau bercerita hendak membuat kerja kerja Tuhan
Tapi dapat nikmat tidak di agih agihkan

Di mana syukurnya engkau kepada Tuhan

Dapat nikmat makan seorang

Engkau mengaku hendak memperjuangkan Islam
Tapi bercakap mengata, memfitnah dan mengumpat orang

Sepatutnya engkau perjuangkan kasih sayang

Kenyataannya engkau memecahbelahkan perpaduan,

Kawan! Bercakap mudah mengkotakan susah
Menyebut senang, mengamalkan payah

Sedarlah insaflah kawan
Memperjuangkan Islam tidak semudah yang di cakapkan.

Olih Cikgu Ku

8 July 2008 Posted by | Madah dan Sajak | Leave a comment

>Sheikh Abdullah Fahmi adalah Datuk kepada Pak Lah

>



Kepulangan Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an. Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.

Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921. Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah. Perkataan al-Wathaniyah atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya. Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).

Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed. Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.

Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.

Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga. Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.

Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.

Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di Arabic School, Kepala Batas iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.

Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber:http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11969

4 July 2008 Posted by | Bersama Tokoh | Leave a comment

   

%d bloggers like this: