Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hikmah Orang Sakit.


1. Sakit itu zikrullah.

Mereka yang menderitanya akan lebih sering dan syahdu menyebut Asma ALLAH di banding ketika dalam sehatnya.

2. Sakit itu istighfar.
Dosa-dosa akan mudah teringat, jika datang sakit. sehingga lisan terbimbing untuk mohon ampun.

3. Sakit itu tauhid.
Bukankah saat sedang hebat rasa sakit, kalimat thoyyibat yang akan terus digetar?

4. Sakit itu muhasabah.
Dia yang sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi,menghitung-hitung bekal kembali.

5. Sakit itu jihad.
Dia yang sakit tak boleh menyerah kalah,diwajibkan terus berikhtiar,berjuang demi kesembuhannya.

6. Bahkan sakit itu ilmu.
Bukankah ketika sakit, dia akan memeriksa, berkonsultasi dan pada akhirnya merawat diri untuk berikutnya ada ilmu untuk tidak mudah kena sakit.

7. Sakit itu nasihat.
Yang sakit mengingatkan si sehat untuk jaga diri,yang sehat hibur si sakit agar mau bersabar, Allah cinta dan sayang keduanya.

8. Sakit itu silaturrahim.
Saat jenguk, bukankah keluarga yang jarang datang akhirnya datang membesuk,penuh senyum dan rindu mesra? Karena itu pula sakit adalah perekat ukhuwah.

9. Sakit itu penggugur dosa.
Barang haram tercelup di tubuh dilarutkan di dunia, anggota badan yang sakit dinyerikan dan dicuci-Nya.

10. Sakit itu mustajab doa.
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang sakit lalu minta didoakan oleh yang sakit.

11. Sakit itu salah satu keadaan yang menyulitkan setan.
Diajak maksiat tak mampu tak mau dosa,lalu malah disesali kemudian diampuni.

12. Sakit itu membuat sedikit tertawa dan banyak menangis,satu sikap keinsyafan yang disukai Nabi dan para makhluk langit.

13. Sakit meningkatkan kualitas ibadah, rukuk-sujud lebih khusyuk, tasbih-istighfar lebih sering, tahiyyat-doa jadi lebih lama.

14. Sakit itu memperbaiki akhlak, kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, pribadi dibiasakan santun, lembut dan tawadhu.

15. Dan pada akhirnya sakit membawa kita untuk selalu ingat mati.

Ustaz Salim A Fillah

Quran Wali Studio
Indonesia.

30/01/2020 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

SAHKAH SOLAT ORANG LELAKI APABILA BERSEBELAHAN DENGAN SAF ORANG PEREMPUAN TETAPI DI PISAHKAN DENGAN PENGHADANG ATAU TABIR.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Soalan :

Pada bulan Ramadan yang lepas, surau kami menjadi penuh dengan kehadiran jemaah semasa solat isyak dan tarawih. Sehinggakan kedudukan saf di antara lelaki menjadi bersebelahan dengan saf orang perempuan. Namun terdapat tirai penghadang di antara kedua saf tersebut. Adakah sah solat dalam keadaan begini ?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami ucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam Kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Para fuqaha membahagikan isu solat orang lelaki bersebelahan dengan orang perempuan ini kepada beberapa keadaan yang berikut:

Keadaan Pertama: Solat orang lelaki bersebelahan dengan orang perempuan dengan imam yang sama.

Dalam kes ini, para fuqaha berpendapat bahawa solat tersebut adalah sah bagi kedua-dua lelaki dan perempuan namun hukumnya adalah makruh. Ini kerana, yang sunnahnya adalah orang perempuan solat di belakang orang lelaki. Manakala bagi Imam Abu Hanifah, kedudukan tersebut menyebabkan solat orang lelaki itu terbatal sekiranya tidak ada penghadang di antara keduanya. Namun, sekiranya terdapat pembatas, maka Imam Abu Hanifah berpendapat selari dengan jumhur fuqaha yang menyatakan ianya tidak merosakkan solat.

Keadaan Kedua: Solat orang lelaki bersebelahan dengan orang perempuan namun solat secara berasingan.

Ini bermaksud, solat yang dilakukan ini dilakukan secara sendiri-sendiri tanpa mengikut imam. Akan tetapi, ia berlaku secara bersebelahan di antara lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, dalam satu ruangan yang mana seorang lelaki dan perempuan yang selesai berjamaah, kemudian keduanya berdiri menunaikan solat sunat secara bersendirian namun dilakukan bersebelahan. Adakah batal solat salah seorang dari keduanya. Berikut kami kongsikan beberapa pendapat fuqahaberkenaan isu ini:

Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Apabila seorang lelaki mengerjakan solat dan di sebelahnya terdapat seorang perempuan, maka tidak batal solatnya dan solat perempuan tersebut. Sama ada dia seorang imam ataupun makmum. Inilah mazhab kita (Al-Syafi’eyyah) dan inilah juga pendapat Imam Malik dan kebanyakan ulama. Dan Imam Abu Hanifah berkata: Sekiranya perempuan tersebut bukan dalam keadaan sedang bersolat, atau dia di dalam solat yang tidak bercampur (solat bersendirian) dengan solat lelaki tersebut, maka sah solat lelaki itu dan sah juga solat wanita tersebut. Sekiranya wanita itu menyertai solat lelaki tersebut (solat bersama), dan dia berdiri di sebelah lelaki, maka batallah solat orang yang berada di sebelah perempuan tersebut. Namun solat perempuan itu tidak batal dan begitu juga solat orang yang berikutnya kerana di antara keduanya terdapat penghadang.  Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/231).

Imam Al-Nawawi juga berhujah dengan menggunakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidah A’isyah R.anha beliau berkata:

وَاللَّهِ لَقَدْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي، وَإِنِّي عَلَى السَّرِيرِ ـ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ ـ مُضْطَجِعَةً 

Maksudnya: Demi Allah sesungguhnya aku telah melihat Nabi S.A.W sedang menunaikan solat, dan aku berada di atas katil – di antara baginda dan kiblat – dalam keadaan aku berbaring.

Riwayat Al-Bukhari (514)

Kata Imam Al-Nawawi: Sekiranya solat tidak terbatal dalam keadaan A’isyah tidak melakukan ibadah maka sekiranya dia sedang beribadah maka itu adalah lebih utama (tidak batal). Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (3/252).

Kenyataan Imam Al-Nawawi ini menjelaskan perbezaan pendapat berkenaan isu orang perempuan berada di hadapan orang lelaki semasa solat. Di dalam kes ini, A’isyah yang sedang berbaring berada di hadapan Nabi S.A.W yang sedang solat. Justeru, ini menunjukkan bahawa solat Nabi S.A.W tidak terbatal dengan keberadaan A’isyah di hadapan baginda. Maka, demikianlah juga seorang lelaki yang sedang solat dan di sebelahnya juga terdapat seorang perempuan yang sedang bersolat. Qiyas digunakan bahawa sekiranya perempuan yang tidak melakukan ibadah tidak membatalkan solat orang lelaki, adalah lebih utama jika dia sedang solat maka turut tidak membatalkan solat orang lelaki.

Kesimpulan

Setelah kami mengemukakan beberapa hujah dan pandangan para fuqaha di atas, kami cenderung kepada pendapat jumhur ulama yang mengatakan bahawa solat seorang lelaki bersebelahan dengan orang perempuan dengan terdapatnya tirai penghadang adalah tidak membatalkan solat. Bahkan Imam Abu Hanifah juga bersetuju dengan pandangan ini. Lebih-lebih lagi melihat kepada keadaan surau yang sempit dengan kehadiran jemaah yang begitu ramai hadir untuk menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadan. Semoga Allah S.W.T memberikan kita kefahaman yang jelas dalam beragama. Ameen.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/765-al-kafi-641-sahkah-solat-orang-lelaki-apabila-bersebelahan-dengan-saf-orang-perempuan

28/01/2020 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Comments Off on SAHKAH SOLAT ORANG LELAKI APABILA BERSEBELAHAN DENGAN SAF ORANG PEREMPUAN TETAPI DI PISAHKAN DENGAN PENGHADANG ATAU TABIR.

Tangisan Rasulullah Membasahi Tanah

  1. Saidina al-Bara’ menceritakan bahawa beliau pernah menguruskan jenazah bersama Rasulullah. Rasulullah duduk ditepi kubur dan menangis bersungguh sehingga air matanya membasahi tanah. Lalu Baginda berpesan kepada para sahabat:

يا إخواني لمثل هذا فأعدوا

“Wahai saudara-sadaraku, beginilah kita nanti (iaitu akan dikebumikan ke dalam tanah), maka lakukanlah persediaan.” (HR Ibn Majah)

  1. Atas dasar itu Allah sentiasa mengingatkan kita agar jangan terlalu leka dengan kehidupan dunia sehingga gagal mempersiapkan diri untuk akhirat. Firman Allah:

يَا أَيٌّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقُّ فَلا تَغُرَّنَّكُمُ الحَيَاةُ الدٌّنيَا

“Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah itu benar, janganlah kamu terpedaya dengan kehidupan dunia.”

  1. Seorang lelaki Ansar pernah bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling bijak. Rasulullah lantas menjawab:

أكثرهم ذكراً للموت وأشدهم استعدادا له، أولئك هم الأكياس ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الآخرة

“Mereka yang paling banyak mengingati mati dan bersedia untuk kehidupan setelah kematian, mereka itulah orang yang paling bijak. Mereka memperoleh kemuliaan didunia dan akhirat.” (HR Ibn Majah)

  1. Dengan sebab itu Sheikh Abu Ali al-Daqqaq berpesan, bahawa mengingati mati akan menghidupkan jiwa manusia bahkan memberikan tiga kelebihan. Kata beliau:

من أكثر من ذكر الموت أكرم بثلاثة أشياء: تعجيل التوبة، وقناعة القلب، ونشاط العبادة

“Barangsiapa yang banyak memperingati mati akan dimuliakan dengan tiga perkara iaitu: (1) dia akan menyegerakan taubat, (2) mengingati mati menenangkan jiwa dan (3) akan menggalakkan manusia untuk lebih beribadah.

  1. Andai seorang itu sentiasa mengingati mati, adakah ada masa buat dirinya untuk memikirkan maksiat. Adakah dia sedar bahawa Malaikat Maut boleh datang dalam keadaan dia melakukan dosa? Dengan sebab itu Saidina Ali pernah berkata:

الناس نيامٌ، فإذا ماتوا انتبهوا

“Manusia semuanya seakan tidur, mereka hanya akan sedar ketika kematian sampai kepada mereka.” (Abu Nu’aim, Hilyah)

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

23/01/2020 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

” Buya Hamka : Saya Qunut Subuh dan Ikut Maulid Setelah Baca 1000 Kitab “…

Sewaktu baru pulang dari Timur Tengah, Prof. DR. Buya Hamka, seorang tokoh dan seorang pembesar ormas Muhammadiyyah, menyatakan bahwa Maulidan haram dan bid’ah tidak ada petunjuk dari Nabi Saw., orang berdiri membaca shalawat saat Asyraqalan (Mahallul Qiyam) adalah bid’ah dan itu berlebih-lebihan tidak ada petunjuk dari Nabi SAW

Begitu juga sewaktu muda Buya Hamka juga dengan tegas menyatakan bahwa Qunut dalam sholat subuh termasuk bid’ah tidak ada tuntunanya dari Rasulullah Saw sehingga Buya Hamka tidak pernah melakukan Qunut dalam sholat subuhnya.

Tetapi ketika Buya Hamka sudah tua, beliau berkenan menghadiri acara Maulid Nabi Saw saat ada yang mengundangnya. Orang-orang sedang asyik membaca Maulid al-Barzanji dan bershalawat saat Mahallul Qiyam, Buya Hamka pun turut serta asyik dan khusyuk mengikutinya.

Begitu juga ketika menginjak usia tua beliau tiba tiba membaca doa Qunut dalam sholat subuhnya.

Lantas para muridnya bertanya: “Buya Hamka, dulu sewaktu Anda masih muda begitu keras menentang acara-acara seperti itu termasuk membaca Qunut dalam sholat subuh namun setelah tua kok berubah?”

Dijawab oleh Buya Hamka: “Iya, dulu sewaktu saya muda kitabnya baru satu. Namun setelah saya mempelajari banyak kitab, saya sadar ternyata ilmu Islam itu sangat luas dulu saya baru baca satu kitab namun sekarang saya sudah baca seribu kitab

Diceritakan oleh KH. Zuhrul Anam mendengar dari gurunya, Prof. DR. As-Sayyid Al-Habib Muhammad bin Alwi al- Maliki Al-Hasani, dari gurunya Al-Imam Asy-Syaikh Said Al-Yamani beliau mengatakan:

اذازاد نظر الرجل واتسع فكره
قل انكاره على الناس “

Jikalau seseorang bertambah ilmunya dan luas cakrawala pemikiran serta sudut pandangnya, maka ia akan sedikit menyalahkan orang lain”

Maka semakin gemar menyalahkan orang lain menunjukkan semakin bodoh dan semakin dangkal ilmunya, semakin tinggi ilmu seseorang maka akan semakin tawadhu ( rendah hati ), carilah guru yang tidak pernah menyalahkan orang lain dan tidak mudah mengkafirkan siapapun.

Hal ini sama seperti ilmu padi, semakin berisi semakin merunduk, itulah peribahasa yang sering kita dengar. Yang memiliki arti, orang berilmu yang semakin banyak ilmunya semakin merendahkan dirinya. Tanaman padi jika berisi semakin lama akan semakin besar. Jika semakin besar otomatis beban biji juga semakin berat.

Jika sudah semakin berat, maka mau tidak mau seuntai biji padi akan semakin kelihatan merunduk (melengkung) kearah depan bawah. Karena batang padi sangat pendek, strukturnya berupa batang yang terbentuk dari rangkaian pelepah daun yang saling menopang. Jadi tidak sebanding dengan beban berat biji padi yang semakin lama semakin membesar. Berbeda dengan biji padi yang kosong tidak berisi, walaupun kelihatan bijinya berbuah banyak karena tidak berisi maka seuntai biji padi tersebut akan tetap berdiri tegak lurus .

Wallahu a’lam .
AL-FATIHAH .

Ustadz Mohd Fadhil Mohd Sayuti .

21/01/2020 Posted by | Bersama Tokoh | | 1 Comment

Kekeliruan Liberal Tentang Hukum Murtad

  1. Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 mengkritik undang-undang murtad, dengan mengatakan bahawa keputusan seorang Muslim untuk keluar agamanya adalah perkara antara individu itu dengan Tuhan. Menurut laporan FreeMalaysiaToday, mereka menyatakan bahawa tiada hukuman yang diperuntukkan di dalam al-Quran.
  2. Ini adalah kekeliruan yang jelas oleh golongan yang berfikiran liberal yang memperjuangkan hak kebebasan individu. Hukuman murtad ini telah termaktub di dalam al-Quran dan hadith. Sarjana Muslim berhujah dengan ayat 74 dari Surah al-Taubah yang menjelaskan bahawa mereka yang kafir akan dikenakan azab di dunia. Menurut al-Imam Ibn Kathir, “azab di dunia” yang dimaksudkan ini adalah (mereka yang murtad) akan dihukum bunuh di dunia. Al-Imam al-Tabari dan al-Qurtubi turut memberikan makna yang sama seperti ini.
  3. Di dalam hadith pula, hukuman terhadap murtad sangat jelas. Rasulullah bersabda:

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

“Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” (HR al-Bukhari)

  1. Hukuman ini pernah dilaksanakan secara praktikal di zaman Rasulullah. Rasulullah mengutuskan Abu Musa al-Asy’ari dan Muaz bin Jabal sebagai pemerintah di Yaman. Apabila Muaz tiba di Yaman, dia diadukan tentang seorang Yahudi yang murtad. Mendengar perkara ini, Muaz lantas berkata:

لا أجلس حتى يقتل، قضاء الله ورسوله ـ ثلاث مرات ـ فأمر به فقتل

“Aku tidak akan duduk sehinggalah dia dibunuh atas hukuman yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul. Maka lelaki tersebut diperintahkan agar dibunuh. (HR al-Bukhari).

  1. al-Imam al-Darqutni pula meriwayatkan kisah di mana seorang perempuan telah murtad di zaman Rasulullah. Perkara ini diceritakan oleh Jabir ibn Abdullah. Kata beliau:

أنَّ امرأة يُقال لها أُم مروان ارتدت فأمر النبي صلى الله عليه وسلَّم بأنْ يُعرَض عليها الإسلام فإنْ تابت وإلا قتلت، فأبت أنْ تُسلِم فقتلت

“Seorang wanita dikatakan Namanya Ummu Marwan telah murtad di zaman Rasulullah. Maka Rasulullah mengarahkan agar diajak (dan diterangkan kepadanya) tentang Islam. Sekiranya dia bertaubat (maka akan dilepaskan) dan sekiranya tidak maka dia akan dibunuh. (Apabila diajak kembali kepada Islam), perempuan tersebut engkar lalu dia dibunuh. (HR al-Darqutni dan al-Bayhaqi).

  1. Hukuman bunuh ke atas murtad ini adalah hukum yang ditentukan di dalam al-Quran dan hadith. Rasulullah, para sahabat serta pemerintah Islam di zamannya turut mengamalkan perundangan yang sama.
  2. Mempertikaikan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul adalah refleksi kepada keimanan kita terhadap Allah dan Rasul ini.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

16/01/2020 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Nak pakai Imam Syafie atau nak pakai Hadis Nabi? Imam Syafie dengan Nabi siapa lagi mulia?”

*SOAL JAWAB MELALUI WHATSAPP PAGI INI*

Moga2 ada manfaat… 👇🏼👇🏼👇🏼

[16/01, 8:47 am] MC 8690 *** “Nak pakai Imam Syafie atau nak pakai Hadis Nabi? Imam Syafie dengan Nabi siapa lagi mulia?”

“Hadis dah lengkap kenapa nak pakai mazhab lagi?”

Ini adalah antara ayat ayat yang keluar dari mulut orang yang kononnya bukan Muqallid dan bukan Mujtahid tetapi disebabkan mahu nampak sedikit gah. Diciptakan satu istilah baru “Muttabeq” namanya

Satu permasaalahan apabila ditanya kamu bermazhab apa? Saya bermazhab Al Quran dan Hadis sepertimana Sahabat nabi tak memerlukan kepada Imam Mujtahid seperti itu jugalah saya.

Sebenarnya, walaupun dicipta istilah “Muttabeq” sekalipun ia masih lagi dihukumkan “Muqallid” kerana selagi seseorang itu tidak mencapai martabat “Mujtahid Mutlak” wajib atasnya untuk mengikut Imam imam mazhab yang empat.

Wajib juga atas kita mengakui bahawa Rasulullah adalah makhluk yang paling mulia. Mana sama martabat Imam Syafie dengan Rasulullah. Tetapi Imam Syafie adalah seorang Mujtahid Mutlak. Sehinggakan ada ulama menyebut seorang Mujtahid Mutlak adalah orang tidak ada satupun Hadis Rasulullah atas muka bumi ini tidak ada didalam dadanya melainkan semuanya telah dia hafal. Ini adalah tahap keilmuaan seorang Mujtahid Mutlak. Ikut mazhab itu adalah mengikut Nabi.

Mazhab adalah rumusan kefahaman Al Quran dan Hadis yang telah disiapkan oleh Ulama. Mereka adalah insan yang lengkap serba serbi ilmu. Bersangat sangatan Alimnya. Mereka tahu bagaimana hendak proses Al Quran dan Hadis sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Kita orang awam. Tak ada perkakasan.

Satu contoh misalan. Tayar kereta kita pancit. Adakah kita perlu pergi ke Kebun Getah, ambik getah skrap untuk buat tayar? Dengan perkakasan tak ada, rasanya ini satu kerja gila. Paling mudah adalah dengan beli sahaja Tayar dikedai Tayar. Walaupun orang yang ada 100 ekar ladang getah. Masih lagi beli tayar dikedai, tidak diprosesnya getah skrap untuk dibuat tayar sendiri.

Al Quran dan Hadis adalah bahan mentah. Kita orang awam tak ada perkakasan ilmu yang lengkap seperti Para Imam Mujtahid. Adakah kita mahu membuat kerja gila dengan memproses Al Quran dan Hadis mengikut Keterbatasan ilmu yang kita ada? Ini adalah punca kesesatan. Menggunakan Al Quran dan Hadis yang mentah sebagai “Buffet” aci main petik, petik, petik, ayat mana yang sesuai dengan Nafsu ambik jadikan hujjah dan ayat mana tak kena dengan nafsu cari ayat Al Quran lain atau Hadis lain untuk mengiyakan perbuatannya. Ini punca kesesatan. Nauzubillahiminzalikh.

Para sahabat dahulu tidak mempunyai mujtahid mutlak kerana segala permasalahan hukum hakam terus ditanyakan kepada Rasulullah.

Kaedah kita, Mazhab yang dah dirumuskan itulah adalah merupakan rumusan kefahaman Al Quran dan Hadis. Pesan Tok Guru, “Ikut mazhab itu ikut nabi la” tidak perlu menunjuk handal kononnya pakai mazhab yang menggunakan hadis shoheh sahaja. Antara kamu dengan Imam Syafie siapa lebih alim Hadis? Siapa lebih banyak menghafal hadis? Kamu atau Imam Syafie?

Jadilah seperti salah seorang pakar hadis malaysia Tuan Guru Wan Izzuddin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Anjang Izzuddin. Pengalaman admin dan rakan rakan mengziarahi beliau di pondoknya Gajah Mati, tidak ada langsung kalam kalamnya yang kontradik dengan ulama ulama melayu yang lain. Walaupun bergelar seorang Muhaddith dan Musnid.

-Admin QF Nuuri-

[16/01, 8:48 am] MC 8690 *** Salam Ustaz,
Muttabeq ni apa?

[16/01, 9:20 am] ENGKU AHMAD FADZIL ALI: متبعNak pakai Imam Syafie atau nak pakai Hadis Nabi? Imam Syafie dengan Nabi siapa lagi mulia?”
Adalah اسم فاعل kata nama pembuat bagi perbuatan اتبع، يتبع yang bererti “mengikut”.

Jadi muttabi’ ertinya 👇🏼
“Orang yang mengikut”.

Kononnya ia adalah satu kedudukan antara “muqallid” (orang yang ikut fatwa ulama tanpa tahu dalil) dan “mujtahid” (ulama yang mampu berinteraksi dengan dalil2 menggunakan kaedah2 bagi mengeluarkan hukum).

Jadi kononnya oleh kerana muttabi’ tahu dalil2 yang digunakan oleh mujtahid dalam berfatwa maka mereka tak perlu bertaqlid kepada fatwa mujtahid tetapi boleh memilih mana fatwa yang kuat dalil2nya untuk diikuti.

Ini sangkaan yang keliru dan bathil kerana yang boleh menilai kekuatan dalil adalah para mujtahid.

Oleh itu orang-orang yang kononnya muttabi’ ini sebenarnya masih lagi tahap muqallid kerana mereka sebenarnya tidak memenuhi syarat2 mujtahid. Sekadar tahu dalil2 ulama tidak menjadikan seseorang itu mujtahid. Oleh kerana mereka muqallid, wajib mereka bertaqlid kepada fatwa2 ulama-ulama yang mujtahid dan bukan berlagak pandai kononnya menimbang antara pandangan2 ulama mana yang kuat dalil2nya, padahal mereka BUKAN ahli dalil, hanya sekadar tahu sebahagian dalil2 ulama.

Wallaahu ta’aala a’lam.

USTAZ ENGKU AHMAD FADZIL

16/01/2020 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Seumpama genggam bara api Memperjuang kehidupan beragama, pegang ajaran Islam

1. RASULULLAH pernah berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa nanti, orang yang berpegang teguh dengan agama Islam ini berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api. Sabda Rasulullah:
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ
“Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.” (HR al-Tirmizi)

2. Bahkan di dalam hadith yang lain, Rasulullah menjelaskan bahawa Islam akan dilihat asing, mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam semakin sedikit dan dilihat aneh. Sabda Rasulullah:
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيباً، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً، فَطُوبى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (HR Muslim)

3. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa, mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam akan dilihat asing dan semakin sedikit seperti permulaannnya dahulu. Bahkan mereka dianggap aneh dan pelik, tidak selari dengan perkembangan semasa, malah dilihat kolot atau ekstremis.

4. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan asing tersebut? Lalu Rasulullah menjawab:
الذين يصلحون حين فساد الناس
(Yang dilihat asing tersebut adalah) mereka yang cuba melakukan Islah (pembaikan) ketika mana rosaknya manusia. (HR Tabrani)

5. Hari ini kerosakan dalam agama banyak yang berlaku. Sebahagian muslim melihat tidak mengapa dengan ‘dosa peribadi’, mengambil ringan isu LGBT, merasakan tidak mengapa dengan arak, bahkan menolak hukuman murtad yang dianggap keras atau mundur.
6. Manakala mereka yang bersungguh berpegang dengan sunnah dan mempertahankan Islam untuk memperbaiki masyarakat pula yang dianggap pelik, kolot, tidak progresif bahkan bercanggah dengan kemajuan.
7. Begitulah sunnah dalam memperjuangkan kehidupan beragama, berpegang dengan ajaran Islam.

Semoga Allah menyatukan hati-hati umat Islam dalam berhadapan dengan golongan liberal yang merosakkan agama.

Semoga Allah membimbing kita.

Oleh: Nurul Atikah

(Sumber: Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.)

14/01/2020 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Teguran Rasulullah Buat Ahli Masjid

Foto Hiasan

1. Dalam sebuah hadith, Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu masa nanti, manusia kelihatan solat di masjid tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Sabda Rasulullah:

يأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَجْتَمِعُونَ وَيُصَلُّونَ فِي الْمَسَاجِدِ وَلَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ

“Akan datang pada manusia satu zaman (dimana) mereka berkumpul dan menunaikan solat di masjid, tetapi tidak ada dikalangan mereka pun yang beriman.” (HR al-Hakim)

2. Hadith ini mengingatkan kepada kita bahawa mereka yang datang ke masjid ini seharusnya memberikan fokus kepada urusan keimanan dan meninggalkan dunia. Jangan ada yang ke masjid, tetapi hati masih terpaut pada dosa dan dunia. Rasulullah pernah bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَجْلِسَ النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ لَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ حَدِيثُهُمُ الدُّنْيَا

“Tidak akan datangnya hari kiamat sehinggalah manusia duduk di dalam masjid dan tiada dikalangan mereka pun yang beriman bahkan bicara mereka hanyalah berkenaan dengan dunia sahaja.” (HR al-Hakim, Ibn Abi Syaibah)

3. Hati yang terpaut dengan dosa akan mengikis keimanan di dalam jiwa. Atas sebab itu Rasulullah menegaskan bahawa mereka yang melakukan dosa seolah-olah mereka itu tidak beriman. Sabda Rasulullah:

لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ الخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

“Tidaklah seorang yang berzina itu dia berzina dalam keadaan dia beriman. Dan tidaklah seorang yang minum arak itu, ketika dia minum arak dia berada dalam keadaan beriman.” (HR al-Bukhari)

4. Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menafikan keimanan seseorang ketika mereka sedang melakukan dosa. Iaitu ketika seseorang melakukan dosa atau hati berpaut pada dosa, keimanan mereka berada dalam tahap yang sangat rendah, atau barangkali tiada.

5. Atas sebab itu Rasulullah mengingatkan kepada kita agar membersihkan jiwa ketika datang ke masjid. Datang ke masjid dengan aqidah yang benar, bukan terpesong atau terkeliru dengan pemikiran liberal yang merosakkan seperti hari ini. Berikan tumpuan terhadap perkara keimanan dan urusan yang utama buat umat Islam.

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

14/01/2020 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Jual Beli Air hukum nya Haram

Ramai yang tahu bahawa benda atau barangan haram, haram dijual beli. Tetapi ramai yang tidak tahu, jual beli air juga adalah haram. Jadi, sesiapa yang menjual air maka dia menerima pendapatan haram.

Seperti juga menjual barangan curi, adalah hasilnya dia mendapat pendapatan haram. Biawak adalah haram, maka sesiapa yang menangkap biawak dan menjual biawak itu, maka dia mendapat hasil haram.

Walau bagaimanapun, jika semua benda dan barangan haram itu ditukar kepada menjual perkhidmatan, maka hasilnya adalah halal. Contoh, seorang petani menangkap ular, dia matikan dan samak, kemudian kulitnya dijual kepada pengusaha kasut atau bag. Maka ketika itu dia menjual perkhidmatan.
Begitu juga dengan air, dia salurkan air, dan dibersihkan air itu dan kemudian dibotolkan, kemudian dijual. Maka ketika itu dia dikatakan menjual perkhidmatan. Hasilnya adalah halal.

Belajarlah fiqah nanti menjadi kaya ilmu.

FB Ustaz Ahmad Baei

11/01/2020 Posted by | Fiqh, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | | Leave a comment

Menjawab Anggapan “Semua Agama Adalah Sama”

Tidak sedikit orang berkata “Semua agama sama”. Dewasa ini ucapan seperti ini kerap kali disebut dikalangan masyarakat samada dari kalangan bukan Islam atau di kalangan muslim sendiri.

Fahaman sebegini sebenarnya adalah fahaman yang baru dan ia tidak berlaku pada zaman dahulu. Ia muncul dari dua kelompok iaitu golongan apatisme dan juga golongan pluralis liberalisme.

Golongan apatisme adalah golongan yang tidak (atau malas?) berfikir tentang agama dan mereka hanya fokus kepada hal keduniaannya sahaja dan mereka bukanlah orang yang berlatar belakang memahami kerangka agama. Kebanyakkan dari kalangan mereka hanya bercakap berdasarkan andaian mereka sahaja. Jika ditanya kepada mereka adakah mereka sudah membaca kesemua kitab agama dan memahami semua agama sehingga mencapai konklusi bahawa semua agama adalah sama? Sudah tentu tidak, melainkan ia adalah ucapan dari andaian dan sikap yang malas berfikir tentang ketuhanan.

Manakala golongan pluralisme pula mereka membawa metod hak kebebasan melangkaui agama. Mereka meletakkan elemen simpati (hak kebebasan dan pembelaan kepada manusia) yang Tuhan tidak akan menghukum manusia di atas perbezaan itu. Bagi mereka terjadinya agama-agama di dunia ini juga merupakan kehendak Tuhan dan tidak salah untuk mereka beragama kerana kesemuanya akan menuju kepada Tuhan yang sama kerana semuanya adalah ciptaan Tuhan.

Ternyata fahaman ini tidak memahami realiti kronologi agama itu sendiri. Sememangnya Tuhan menurunkan agama tetapi hanya terdapat satu-satunya agama yang Tuhan redhai. Fahamkah kita bagaimana sikap orang mengubah-ubah ajaran agama Tuhan itu sehingga menjadi sebuah ajaran yang jauh menyimpang dari ajaran asal? Adakah bila terdapat seorang penipu yang terkenal mendakwa dirinya adalah seorang rasul dan dia membawa agama. Tergamakkah ingin mengatakan bahawa agama yang dia bawa itu juga diredhai oleh Tuhan walau sudah jelas dia adalah menipu? Sudah tentu tidak.

Islam Satu-Satunya Agama Dijamin Tuhan

Al Quran adalah kitab wahyu dari Tuhan yang bebas dari penyelewengan. Seluruh dunia membaca versi al Quran yang sama. Ia adalah wahyu yang terakhir membimbing manusia akhir zaman. Tidak ada satu pun kitab agama sebelum al Quran yang memiliki ayat jaminan bahawa ia adalah satu-satunya agama diredhai oleh Tuhan kecuali di dalam al Quran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Surah Ali Imran: 19)

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran: 85)

Adalah pelik jika seorang muslim boleh mengungkap kata-kata bahawa semua agama adalah sama. Malah jika diperhatikan di dalam al Quran, Allah menceritakan keadaan ahli kitab dikalangan Yahudi dan Kristian serta orang-orang yang menyembah berhala, setelah dibentangkan bukti dan kebenaran dihadapan mereka dan jika mereka menolak, mereka akan dibalas dimasukkan ke dalam neraka:

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.” (Surah al Bayyinah: 6)

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

“Demi zat yang jiwa Muhammad ditangan-Nya. Tiada seorang-pun dari umat ini yang mendengar seruanku, baik Yahudi mahupun Nasrani, tetapi ia tidak beriman kepada seruan yang aku sampaikan, kemudian ia mati, pasti ia termasuk penghuni neraka”. (Hadits Riwayat Muslim no.153 dalam kitabul Iman)

Lebih Teruk Dari Arab Jahiliyyah

Jika dilihat di dalam sejarah, ungkapan “semua agama adalah sama” ini tidak pernah diungkap oleh orang-orang terdahulu. Jika mahu dibandingkan dengan sikap orang arab Jahiliyyah pun tidak mengungkap perkataan itu kerana mereka tahu terdapat perbezaan diantara agama mereka dengan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad.

Jika tidak mereka tidak akan menentang dakwah nabi Muhammad. Malah antara tawaran yang mereka berikan kepada Nabi Muhammad dengan harapan untuk ‘meredakan’ usaha dakwah nabi adalah dengan dibahagikan selang sehari bertukar-tukar tuhan untuk disembah. Contoh pada hari ini, mereka menyuruh nabi Muhammad bersama mereka untuk menyembah tuhan mereka manakala keesokan hari pula mereka semua akan menyembah Allah dan begitu bergilir kepada hari berikutnya.

Hasil dari itu turunlah surah al Kafiruun yang menerangkan bahawa masing-masing tidak menyembah tuhan yang sama dan masing-masing tidak beribadat dengan cara yang sama, agamamu untukmu dan agamaku untukku.

Ini menunjukkan sejahil orang arab jahiliyyah juga memahami bahawa terdapat perbezaan diantara agama yang mereka anut dengan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad. Akan tetapi pada hari ini begitu boros sekali ungkapan ini kerap disebut oleh orang muslim yang sudah jelas kepada mereka tentang ajaran al Quran yang memisahkan diantara kebenaran dan kebatilan.

Kesimpulan

Perkataan “semua agama sama” adalah kalimah yang tidak patut menjadi ucapan dikalangan masyarakat yang beragama. Kerana jika diambil sikap sebegitu hakikatnya ia adalah sikap seorang tidak beragama langsung.

Ada beza diantara perkataan “Semua agama menganjurkan berbuat baik” dengan “Semua agama membawa ke syurga”. Jika perkataan pertama itu ia boleh dibincangkan lagi akan tetapi jika perkataan “Semua agama menyembah Tuhan yang sama, atau semua agama menuju ke syurga” itu adalah ucapan seseorang yang tidak memahami agama langsung. Jika seseorang itu beragama dan percaya kepada keimanan ajarannya pasti tidak akan terkeluar perkataan ini kerana realitinya tidak sebegitu.

Malah hal ini juga pasti diakui oleh penganut agama lain mengikut kepercayaan mereka bahawa agama mereka juga tidak sama dengan agama lain. Malah dengan wujudnya perbezaan itu tidak semestinya tidak boleh bertoleransi. Ia adalah soal keimanan yang masing-masing memiliki keyakinan dan hujah. Maka persembahkanlah hujah itu jika kita berada di pihak yang benar seperti dianjurkan oleh al Quran:

Katakanlah “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Surah al Baqarah: 111)

Sumber: R & D Team Multiracial Reverted Muslims

April 21, 2019

11/01/2020 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Amalan Penghindar Azab Kubur

AGAMA sering mengingatkan kita agar mencari ilmu sebagai persediaan untuk menyiapkan diri menghadapi saat kita berseorangan di alam barzakh nanti. Rasulullah SAW mengajar kita untuk melakukan beberapa amalan sewaktu hidup di dunia ini yang dapat menghindarkan diri kita daripada terkena azab kubur.

Perkara pertama ialah sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita dan ia merupakan amalan terbaik untuk mengelakkan diri daripada azab kubur. Malah berbuat baik kepada ibu dan bapa mertua juga merupakan sebahagian daripada tuntutan amalan ini. Rasulullah SAW juga menyebut: “Keredhaan Allah dibawah keredhaan kedua ibu bapa kamu, kermurkaan Allah dibawah kemurkaan kedua ibu bapa kamu.” Beruntunglah mereka yang mengambil kesempatan untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih ada.

Amalan kedua ialah membiasakan diri di dalam keadaan sentiasa berwuduk. Kesucian yang ada pada diri seseorang bukan hanya pada zahirnya sahaja, tetapi juga dalam keadaan berwuduk. Amalan ini sering dilakukan oleh Bilal bin Rabah RA, sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW: “ Aku berjalan di dalam syurga sewaktu peristiwa israk dan mikraj, aku kedengaran telapak kaki yang mengikuti di belakang ku. Kala mana aku berjalan di belakang ku ini, setelah kedengaran bunyi telapak kaki itu, aku bertanya kepada Jibril siapakah yang berjalan di belakang ku ini?. Malaikat Jibril AS menjawab itulah Bilal bin Rabah.” Lalu apabila Rasulullah SAW turun selepas peristiwa israk dan mikraj, Baginda bertanya kepada Bilal, “Amalan apakah yang kamu kerjakan sehinggakan ketika di dalam syurga apabila berjalan kemana-mana sekalipun, kedengaran bunyi tapak kakimu?”. Bilal menjawab tiada amalan yang terbaik dilakukannya. Baginda meminta agar Bilal benar-benar meneliti pekara yang dilakukannya, lalu Bilal memberitahu bahawa dia sentiasa berwuduk dan sentiasa memperbaharui wuduknya sekiranya terbatal, dan selepas itu melakukan solat sunat dua rakaat. Kemudian Rasululullah menyatakan bahawa amalan itulah yang menyebabkan telapak kaki Bilal kedengaran di mana-mana di dalam syurga Allah.

Selain itu, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani di dalam slot Mau’izati yang ke udara setiap Khamis jam 5.15 petang di IKIMfm berkongsi amalan ketiga yang perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada azab kubur ialah memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT, dan ia juga akan menyebabkan hati kita berada di dalam keadaan tenang. Zikir merupakan nyawa kepada diri selepas berada di dalam kubur nanti. Abu Hurairah RA sentiasa berzikir dan tidak akan tidur selagi beliau tidak menghabiskan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, wa La ila haillallah wallahu akbar sebanyak 17,000 kali sehari. Zikir merupakan pelindung kepada diri di dalam menjalani kehidupan seharian seperti zikir sebelum makan, ketika memulakan perjalanan, untuk menjaga ahli keluarga dan sebagainya yang telah disusun oleh para alim ulama’, malah ia merupakan pelindung daripada azab kubur.

Amalan keempat yang perlu dilakukan untuk menghindarkan diri daripada azab kubur ialah dengan memelihara solat dan ia merupakan soalan pertama yang akan ditanya ketika berada di hadapan Allah pada hari akhirat kelak. Rasulullah SAW menyebut: “Sesiapa yang mendirikan solat, dia sudah mendirikan agama pada jasadnya. Mereka yang meninggalkan solat, dia sudah menghancurkan agama yang ada pada dirinya.” Simbol kehambaan diri kita kepada Allah SWT ialah melalui ibadah solat dan orang yang dapat sujud kepada Allah merupakan satu nikmat yang sangat besar kepada dirinya.

Selain itu puasa wajib dan puasa sunat merupakan amalan kelima yang dapat mengelakkan diri seseorang daripada diazab di dalam kubur kerana kita akan disoal berdasarkan apa yang telah kita makan ketika hidup di dunia. Puasa juga akan menjadikan kekenyangan kepada diri ketika berada di alam kubur. Oleh itu adalah digalakkan agar umat Islam mengamalkan puasa pada hari 13, 14 dan 15 mengikut kalendar Islam setiap bulan, puasa setiap hari Isnin dan Khamis atau jika berkemampuan, diajar berpuasa sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Daud AS iaitu selang sehari.

Amalan keenam ialah menyegerakan mandi janabah (mandi wajib), jangan sesekali melewatkan atau menangguhkan untuk melakukannya. Kerana dengan menangguhkannya akan melewatkan diri daripada menunaikan ibadah kepada Allah SWT, dengan segera melakukannya akan membuka peluang kepada kita untuk berada di dalam keadaan yang suci dan dekat kepada Allah. Amalan ketujuh yang dapat menghindarkan azab kubur ialah dengan melaksanakan ibadah haji dan umrah. Ketika melihat orang yang pulang daripada menunaikan ibadah haji, Rasulullah SAW bersabda: “Haji yang mabrur tiada balasan kecuali syurga Allah SWT”. Di dalam hadis lain, Baginda menyebut: “Setiap kali kamu pulang daripada melaksanakan ibadah haji atau umrah, seolah-olah seperti kamu baru lahir daripada kandungan ibumu”.

Seterusnya, amalan kelapan ialah menyambungkan silaturrahim dan jangan sesekali memutuskan pertalian ini dengan bermasam muka sesama kita dan membiarkannya berlarutan selama lebih daripada tiga hari, tiga malam. Rasulullah SAW mengingatkan sesiapa yang meninggal dunia di dalam keadaan dia memutuskan silaturrahim, dia tidak akan masuk ke dalam syurga Allah. Bahkan Baginda berpesan sekiranya ingin memarahi seseorang sekalipun janganlah lebih daripada tiga hari tiga malam. Sesungguhnya setiap daripada orang mukmin itu bersaudara di antara satu sama lain.

Amalan kesembilan yang dapat menghindarkan diri daripada diazab ialah dengan melakukan sedekah. Jadikan hidup kita di dunia dalam keadaan suka menginfaqkan harta dan menggunakan peluang rezeki yang dikurniakan kepada kita ke jalan Allah. Lebih hampir seseorang dengan kematian, seharusnya lebih banyak harta yang disedekahkan. Seterusnya, amalan kesepuluh yang perlu dilakukan ialah amal makruf nahi mungkar iaitu mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan dan mencegah orang daripada melakukan kemungkaran. Ibnu Abbas menyebut: “Ada tiga amalan yang mesti diikuti dengan setiap satu amalan itu. Jika tidak dilakukan satu daripada amalan itu, maka ia tidak akan dipandang dan tidak diterima disisi Allah. Iaitu taat kepada perintah Allah dan pada masa yang sama taat kepada kedua ibu bapa dan kedua ialah amal makruf mesti disertai dengan nahi mungkar, dan ketiga kamu diajar supaya mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat.”

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 17 Disember 2015

03/01/2020 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment