Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Cerita Para Wali

Ada orang sebut tentang kisah selak tirai. Tanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم secara yaqazah.

Respon saya.

Ia sekadar cerita. Boleh sahaja kita terima atau abaikan sahaja cerita itu. Ia tiada kaitan dgn perbincangan usul akidah. Boleh juga jika kita nak selidiki kisah itu dari sudut sumbernya.

Jika ada sumber dan betul cerita itu, hal ini tidaklah menghairankan, kerana ia boleh saja berlaku dari sudut hukum akal. Tidak mustahil. Boleh sahaja Allah mengurniakan karamah kepada para wali. Ulama ada bincang perkara ini dalam bab karamah para wali, demikian juga ttg yaqazah.

Sebaliknya, jika cerita itu tiada sumber, orang yg cerita tidak mendatangkan sumbernya, abaikan sahaja cerita itu. Kerana ia hanya sekadar penceritaan, tiada kaitan dgn perbincangan usul akidah.

Oleh itu, jika kita dengar sesuatu perkara pelik yg dinisbahkan kepada para wali, pertama jangan terus memperlekehkan atau memperkecilkan cerita itu. Para wali dimuliakan oleh Allah. Harus berlaku perkara yg mencarik adat kepada mereka. Mungkin cerita itu masyhur, mungkin juga cerita itu tidak masyhur, atau mungkin juga cerita itu tiada sumbernya sama sekali.

Pelbagai kemungkinan boleh diselidiki. Bukan terus meremehkannya, hanya kerana cerita itu datang dari seseorang yg tidak sefahaman dgn anda.

Atau utk lebih selamat, para penceramah perlu mengelak diri daripada membawa kisah2 yg pelik kepada masyarakat walaupun kisah itu adalah berkaitan dgn karamah para wali, kerana ia boleh membuka pintu fitnah yg tidak berkesudahan dalam masyarakat yg mempunyai latar belakang fikrah yg pelbagai.

Wallahua’lam

Olih: Ustaz Dr Mohd Mursyidi Mohd Noor

19/08/2022 - Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | ,

No comments yet.

Leave a comment