Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Berdoa dimulai dengan mengosongkan minda,bayangkan hajat dan petik jari yang meragukan

Secara peribadi, saya KURANG SETUJU dan MERAGUI teknik berdoa yang diajar oleh beberapa motivator, "Iaitu dengan mengosongkan fikiran serta membayangkan hajat yang diingini tercapai sehingga minda berada di keadaan alpha dan kemudian PETIK JARI."

Kemudian pasti hajat akan termaqbul. Teknik khas ini adalah ASING dari teknik berdoa yang khusus dari Nabi & nas yag hanya menyuruh dengan mengangkat kedua tangan sahaja. Kedua, masalah boleh berlaku apabila sesudah petik jari, orang ramai diajar seolah ia pasti dengan yakin akan beroleh yang dihajatinya.

Ajakan untuk yakin dan bertenang sewaktu berdoa, sememangnya tiada masalah. Namun bila dipakejkan dalam teknik berdoa yang khusus seperti ini, masalah mula terlihat. Nabi & para sahabat sendiri tidak berdoa sambil petik jari untuk mendapat kemaqbulan. Wallahu’alam. Saya mengajak orang ramai untuk mengelakkan dari mengamalkan teknik baru ini.

Sewaktu berdoa, sudah cukup untuk kita meyakini akan dimaqbulkan, faham apa yang dihajati, bersihkan diri selalu dari dosa dan mengangkat tangan serta rapatkannya sewaktu doa dan bacalah doa dari alQuran dan Hadis serta lainnya. cukup sekadar itu, akan maqbul sama ada lewat atau cepat. Insha Allah.

Sumber: Ustaz Zaharuddin

Advertisements

28 February 2013 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tazkirah | | Leave a comment

Boleh kah beri zakat kepada bukan Islam?

Soalan: Prof Madya Dr Asri, saya ingin bertanya mengenai bolehkah orang bukan Islam mendapat peruntukan zakat. Saya difahamkan ada pendapat yang menyatakan golongan muallaf yang berhak dapat zakat itu, ada pendapat kata termasuk yang bukan muslim. Begitu juga fakir miskin. Tapi ada yang beritahu tidak boleh. Sehingga timbul isu politik. Saya rasa di Malaysia ini kita patut faham Islam dengan lebih luas. Harap tuan dapat berikan pencerahan kepada kami.

Nuruddin, Selangor.

Jawapan Prof Madya Dr MAZA: Terima kasih saudara yang bertanya. Usaha saudara dan rakan-rakan untuk memahami Islam dengan lebih luas adalah sesuatu yang terpuji. Apatah lagi dalam isu-isu muamalat yang membabit interaksi antara agama yang memberi impak kepada perkembangan Islam. Untuk menjawab persoalan saudara, di sini saya sebutkan beberapa perkara;

1. Masalah bolehkah bahagian sadaqah wajib atau yang dinamakan zakat diberikan kepada bukan muslim adalah masalah khilafiyyah (perbezaan pendapat) dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah). Al-Imam al-Syafi’i r.h (w. 204H) berpendapat tidak boleh. Pendapat yang sama dikeluarkan oleh fuqaha lain. Pendapat ini beliau sebutkan dalam karyanya yang terkenal al-Umm, katanya:

“Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sadaqah (zakat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian dari harta fai (harta rampasan), atau dari harta Nabi s.a.w sendiri. Bukan dari harta zakat”. (al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).

2. Pendapat al-Imam al-Syafi’i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Mazhab al-Syafi’i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam mazhab al-Syafi’i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ dan lain-lain. Berdasarkan asas ‘kekufuran’ itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan zakat, maka –dalam Mazhab al-Syafi’i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.

3. Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan ‘al-muallafah qulubuhum’ iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60. Peruntukan ini merangkumi mereka yang masih kafir dan yang telah menjadi muslim. Kata al-Imam Ibn Qudamah (w. 620):

“Muallaf itu dua bahagian: kuffar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian kuffar ini pula ada dua kelompok: pertama; orang yang diharapkan dia menganut Islam, maka diberikan zakat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam, lalu dia menjadi muslim…kelompok kedua; orang yang dibimbangi kejahatannya. Diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatannya dan mereka yang bersamanya..” (Ibn Qudamah, al-Mughni 9/317. Kaheran: Hijr).

4. Inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar dalam kertas Ta’lif al-Qulub ‘ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain. Maka, berdasarkan pendapat ini boleh diberikan zakat bahagian muallaf kepada bukan muslim yang berpengaruh dalam kaum atau masyarakat mereka yang diharapkan pemberian itu menggalakkan dia atau pengikutnya menerima Islam, atau mengurangkan sikap permusuhan dengan Islam. Pendapat ini disokong oleh pelbagai riwayat yang mana Nabi s.a.w memberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah. Sehingga Sofwan pernah berkata:

“Demi Allah! Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku begitu banyak. Dahulunya, dia adalah orang yang paling aku benci. Dia terus memberi kepadaku sehingga dia menjadi orang yang paling aku sayangi” (Riwayat Muslim).

5. Walaupun Mazhab al-Syafi’i dan selainnya menyatakan bahawa nas Surah al-Taubah itu bermaksud mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi s.a.w memberikan harta kepada pembesar-pembesar Arab yang masih kafir itu diambil dari peruntukan selain zakat, namun di sana ada ayat al-Quran lain yang menunjukkan bahawa Nabi memberikan sadaqah (zakat) kepada bukan muslim. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 58-59: (maksudnya)

“dan antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (mengikut kehendak mereka) mereka suka, dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan (alanglah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata: “cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah”.

Kata Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar:

“Nas ini amat jelas bahawa golongan ini yang mendapat sadaqat (zakat), pemberian tersebut adalah untuk menjinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Pastinya belum menganut Islam jantung hati yang orang mencela Rasulullah s.a.w mengenai zakat”. (ibid).

Ertinya, mereka itu belum menganut Islam, jika tidak, mana mungkin mereka mencela Rasulullah s.a.w kerana itu perbuatan yang kufur. Justeru, ayat ini memberi maksud Rasulullah s.a.w memberikan zakat kepada bukan muslim untuk dijinakkan jantung hati mereka pada zaman baginda.

6. Bagi saya, pendapat yang membolehkan zakat bahagian muallaf diberikan kepada bukan muslim dengan tujuan dakwah adalah lebih kukuh dan sangat relevan untuk masa kini. Hari ini Islam disalahfahami dan dituduh sebagai agama yang negatif. Pemberian zakat kepada muallaf yang sudah muslim dan belum muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam. Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain yang menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian zakat muallaf kepada mereka yang bukan muslim untuk menarik minat mereka kepada Islam?!

7. Selain dari peruntukan zakat kepada bukan muslim atas nama muallaf, para ulama juga berbeza pendapat tentang peruntukan zakat fakir miskin kepada bukan muslim. Jumhur (majoriti) berpendapat tidak boleh. Namun, Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan (lihat: Fiqh al-Zakat, 2/707) . Antara dalil dalam hal ini, Saidina ‘Umar ketika membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu: (maksudnya)

“Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…”, beliau berkata: “Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)” (Riwayat Ibn Abi Syaibah).

8. Para sarjana fekah bersepakat bahawa peruntukan zakat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi. Ini berasaskan firman Allah: (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah 8-9).

Namun bagi yang tidak memerangi Islam; samada mereka warga negara umat Islam, atau yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan umat Islam, atau anak-anak dan kaum wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan zakat muallaf atau fakir miskin ini.

9. Institusi zakat sebenarnya, jika berperanan dengan betul akan membangun umat Islam, dakwah Islam dan membina imej yang baik untuk masyarakat Islam. Jika zakat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu!

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

26 February 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Ulama-us su’ – Manusia paling bahaya

`Ulama-us su’ ertinya ulama yang buruk. Namun, pada umumnya masyarakat mengertikan ulama-us su’ ini sebagai ulama yang keji atau ulama yang jahat. Ulama yang tidak mengikuti jejak nabi s.a.w. ini, mempunyai bermacam-macam model. Ada yang menjadi tukang fitnah, ada yang menjual agama dan ada pula yang rosak akhlaknya. Golongan ulama jenis ini, sentiasa wujud pada setiap masa dan zaman untuk merosakkan masyarakat.

Di dalam sejarah Islam, hampir setiap zaman dapat ditemui ulama semacam ini. Namun, agama suci ini tetap dapat di bersihkan dengan kemunculan ulama-ulama yang ikhlas mempertahankan dan membersihkan agama Allah. Di kalangan masyarakat awam di negara kita, gelaran ulama yang diberikan kepada seseorang itu amat disanjungi lagi di hormati. Gelaran-gelaran seperti tok guru, ustaz dan sebagainya merupakan simbol penghormatan masyarakat terhadap golongan ini, yang mempunyai kelulusan tinggi dalam pengetahuan Islam.

Oleh kerana kedudukan ulama di dalam ajaran Islam adalah tinggi seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. “Ulama itu adalah pewaris para nabi” (Riwayat Tirmizi), maka masyarakat awam amat mempercayai golongan yang dilabelkan sebagai ulama tersebut. Sedangkan tidak semua ulama boleh dilabel dan di katakan sebagai pewaris para nabi, apatah lagi untuk mengikutinya, jika terbukti mereka tidak menurut jejak serta akhlak baginda Rasulullah s.a.w.

Hal ini pernah diisyaratkan oleh sabda baginda: “Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su’.” (Riwayat al-Hakim). Sabdanya lagi “Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.” (Riwayat Ad-Darimi). Masyarakat akan musnah dan rosak apabila ulama-us su’ ini dijadikan imam untuk diikuti serta dipercayai. Oleh itu, masyarakat awam harus mengetahui perbezaan antara ulama-us su’ dengan ulama yang mewarisi ilmu para nabi.

Dua ciri ulama us-su’ yang paling berbahaya di dalam masyarakat kita pada hari ini, iaitu: Ulama us-su’ yang menyesatkan orang ramai dan kedua, ulama-us su’ yang menjadi tukang fitnah. Golongan pertama ini menyesatkan orang ramai dengan fatwa-fatwa mereka yang salah. Oleh kerana mereka orang-orang yang dipercayai, maka apa sahaja yang mereka katakan, akan di anggap sebagai pedoman serta menjadi pegangan di dalam masyarakat. Namun sebenarnya mereka mengeluarkan pendapat atau fatwa yang mengelirukan. Apa yang sebenarnya `haram’ menurut Allah dikatakan `halal’, dan sebaliknya apa yang halal menurut Allah di `haram’ kan pula.

Ulama-ulama demikian suka mentafsir ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis nabi mengikut nafsu serta selera mereka sahaja. Mereka gemar mengeluarkan fatwa tanpa banyak berfikir serta membuat rujukan. Dan bagi masyarakat awam yang jahil pula akan mudah percaya dan terpesona dengan gelagat ulama-ulama-us su’ ini. Kesannya, masyarakat akan hidup di dalam kesesatan dan kehancuran. Ulama-us su’ ini tidak hanya terdapat di dalam agama Islam, malah ulama seperti ini pernah merosakkan masyarakat Yahudi serta Nasrani seperti yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat nabi bernama Ady bin Hatim.

“Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w., dan pada leherku tergantung sebuah salib yang diperbuat daripada emas, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku “Wahai `Ady lemparkanlah berhala ini (salib).” Kemudian baginda membaca ayat ini: “Mereka menjadikan orang-orang alim (ulama-ulama atau ketua-ketua agama) dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.” (At-Taubah: 31). Maka saya bertanya: “Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka itu.” Nabi pun bertanya: “Bukankah para ketua agama dan para pendeta itu menghalalkan bagi mereka terhadap barang yang diharamkan oleh Allah, maka kemudian mereka (pengikut) ikut menganggap halal, dan para ketua agama dan para pendeta itu mengharamkan bagi mereka terhadap barang yang dihalalkan oleh Allah, maka kemudian mereka ikut menganggap haram?” Saya menjawab “Betul ya Rasulullah.” Maka baginda pun menjawab: “Demikian itulah yang di namakan ibadah ( menyembah ) kepada mereka.”

Ulama-us su kedua ialah ulama yang menjadi penyebar fitnah. Rasulullah pernah bersabda: “Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.” (Riwayat Baihaqi ).

Ulama jenis ini merupakan golongan ulama yang paling berbahaya sekali. Ini kerana ia bukan hanya memporak perandakan masyarakat semata-mata tetapi turut sama mencemarkan nama serta imej institusi ulama itu sendiri. Kesannya. Masyarakat akan hilang hormat serta memandang rendah kepada ulama-ulama lain yang ikhlas di dalam perjuangan mereka.

Bagaimanakah seorang ulama boleh menjadi penyebar fitnah?

Jawapannya mudah sahaja. Sama ada disengaja atau tidak, apabila seseorang ulama itu mula membenci terhadap sesuatu fahaman atau golongan lain, maka sudah tentu golongan atau fahaman yang tidak sealiran dengannya itu bakal dicerca, dikutuk atau dituduh dengan pelbagai cara, agar masyarakat menjauhi serta menolak fahaman atau golongan yang tidak sealiran dengannya itu. Maka tanpa disedari oleh ulama tersebut, ketika dia mengeluarkan penilaiannya terhadap fahaman atau golongan tertentu itu, penilaiannya sudah mula bercampur baur dengan rasa marah, iri hati, benci serta berprasangka. Dan fitnah pun terjadi tanpa disedarinya.

Ulama tukang pembawa fitnah ini, tidak hanya menabur fitnah semata-mata tetapi lebih daripada itu kadang kala dia sanggup membuka aib serta keburukan orang lain di hadapan khalayak ramai. Sedangkan Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.” (An-Nur: 19). Inilah janji Allah kepada mereka yang suka menabur fitnah.

Fitnah yang dilakukan oleh ulama-us su’ ini adalah lebih bahaya daripada fitnah yang dilakukan oleh masyarakat awam. Ini kerana golongan ulama lebih mudah dipercayai orang ramai, kerana mereka berselindung di sebalik pakaian ala-ulama serta ucapan-ucapan mereka juga di campurkan adukkan dengan ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis nabi. Dan ini akan lebih meyakinkan lagi bagi masyarakat yang kurang pengetahuannya mengenai agama Islam. Kesannya, tingkah laku ulama-us su’ yang gemar memfitnah ini sedikit demi sedikit akan diikuti oleh masyarakat tanpa kita sedari.

Islam sebenarnya telah memberi garis panduan menghadapi golongan semacam ini di antaranya: Pesanan serta ingatan daripada firman Allah “Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6 ). Dan “Maka bertanyalah kamu semua kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl: 43).

Kesimpulannya, ulama-us su’ yang suka mencetuskan fitnah serta gemar memberi fatwa-fatwa yang sesat adalah amat berbahaya kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah mengapa Rasulullah mendakwa bahawa ulama-us su’ merupakan sejahat-jahat manusia sebagaimana kisah ini. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling buruk atau jahat?” Rasulullah menjawab, “Ya Allah, hapuskanlah dosa-dosa kami. Bertanyalah kamu daripada hal-hal kebaikan dan janganlah bertanya daripada hal kejahatan. (Ketahuilah) Sejahat-jahat manusia itu, ialah seburuk-buruk ulama di tengah-tengah manusia.” (Riwayat al-Bazzar). Dan benarlah juga pesanan yang diutarakan oleh Mu`az bin Jabal “Hendaklah kamu berhati-hati dan takut terhadap tergelincirnya seorang alim kerana kedudukannya yang agung di sisi orang ramai. Kemudian orang ramai itu ikut sama tergelincir dengannya.”
(Oleh MUHAMMAD AZLI SHUKRI )

25 February 2013 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | , | Leave a comment

Golongan yang mempersendakan Agama, apa sikap kita?

 

Bismillahirrahmanirrahim

 

Dalam catatan yang ringkas ini, insya’Allah sama-sama kita ikuti kisah ‘Madrasah al-Istihza’, golongan yang mempersendakan para ulamak dan para du’ah serta ajaran dakwah Islamiyyah yang dibawanya. Madrasah ini telah diasaskan oleh golongan munafiqin bagi menentang perjuangan Islam di zaman Rasulullah SAW dan diteruskan oleh golongan sekular atau modenis di zaman sekarang.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah melalui dan merasai kepahitan tuduhan dan tohmahan yang di lemparkan oleh golongan tersebut. Mereka cuba menghitamkan sirah Rasulullah SAW dan cuba menjatuhkan martabat Baginda sekaligus menjauhkan manusia dari dakwah dan jihad yang dibawanya. Mereka telah menyakiti Baginda sepertimana orang kafir Quraish menyakiti Baginda dengan mengeluarkan Baginda dari kampung halamannya sehingga Baginda terpaksa meninggalkan semua harta benda dan rumah tangganya.

Munafiqin di Madinah;

Di Madinah, Baginda SAW sentiasa berada di Masjid bersama para sahabat. Baginda SAW mengajar ,mendidik dan mentarbiyah mereka yang terdiri dari semua lapisan masyarakat, tua dan muda, miskin dan kaya. Di kalangan para sahabat itu terdapat seorang kanak-kanak kecil, tetapi walaupun masih kecil, jiwanya telah dipenuhi dengan kalimah tauhid dan keimanan yang teguh. Beliau ialah ‘Umair ibn Sa’ad radhiallahu ‘anhu.

Pada suatu hari, ‘Umair telah pergi ke rumah bapa saudaranya, seorang tua yang telah berumur lebih enam puluh tahun, tetapi dirinya penuh dengan sifat-sifat munafiq. Namun demikian beliau sentiasa bersolat bersama orang lain di masjid, bahkan berpuasa dan mengerjakan ‘umrah. Beliau adalah seorang pendusta risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Namanya Al-Julas ibn Suwaid.

Semasa berada di rumah bapa saudaranya itu, ‘Umair pun menceritakan apa yang telah dipelajarinya dari Rasulullah SAW, katanya: “Wahai ‘ammi (pak cikku)! Kami telah mendengar Rasulullah SAW menceritakan tentang kesusahan hari Qiamat, sehingga kami terasa dan tergambar seolah-olah hari Qiamat itu telah berlaku di hadapan mata kami”. Setelah mendengar kata-kata ‘Umair tersebut Al-Julas lantas mencelah dengan katanya: “Wahai ‘Umair! Demi Allah! Kalaulah Muhammad seorang yang benar maka kami semua lebih bodoh dari himar (keldai)!”.

Maka dengan serta merta berubah air muka ‘Umair serta gementar tubuhnya kerana terlalu marah, lalu beliau terus membantah cakap Al-Julas, dengan berkata: “Ammi (Pak cik)! Demi Allah! Engkaulah orang yang paling aku sayangi dengan sepenuh hati sebelum ini, tetapi demi Allah! Sekarang engkaulah orang yang paling aku benci”. Kemudian ‘Umair berkata lagi: “Aku sekarang berada di antara dua persimpangan jalan. Samada aku diamkan saja perkataan engkau ini, maka aku telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya, atau aku akan laporkan kepada Rasulullah SAW dan terserahlah apa akan terjadi selepas ini”.

Setelah mendengar bantahan ‘Umair, Al-Julas terus mengejek anak saudaranya: “Umair! Engkau seorang kanak-kanak yang masih mentah. Orang tidak akan percaya apa yang engkau cakap. Pergilah beritahu apa yang engkau suka”.

Maka dengan segera ‘Umair keluar dari rumah bapa saudaranya pergi menghadap Rasulullah SAW dan melaporkannya: “Wahai Rasulullah! Al-Julas bapa saudaraku telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya aku berlepas diri daripadanya kepada Allah dan kepada engkau”.

Rasulullah SAW bertanya: “Apakah yang diucapkan olehnya wahai ‘Umair?” Katanya: “Kalaulah Muhammad seorang yang benar maka kami semua lebih bodoh dari himar”.

Rasulullah SAW tidak terus membuat keputusan memandangkan kedudukan Al-Julas di kalangan sahabat, tetapi Baginda memanggil beberapa orang sahabat dan bermesyuarat dengan mereka. Beberapa orang sahabat memberi pendapat, katanya: “Umair seorang kanak-kanak yang masih mentah. Jangan tuan percaya cakapnya. Dia tidak tahu apa yang dicakapnya, sedangkan Al-Julas seorang tua yang baik, sentiasa bersolat bersama kami”.

Rasulullah SAW diam, tidak membenarkan laporan tersebut. Maka menangislah ‘Umair teresak-esak dan menggigil tubuhnya serta mengangkat mukanya ke langit, mengharapkan bantuan dari langit setelah tiada lagi tempat mengadu di bumi. Mengharapkan tasdiq(pembenaran) dan penyaksian dari Yang Maha Mengetahui segala perkara ghaib dan tersembunyi. Beliau berdoa: “Ya Allah! Sekiranya apa yang aku sampaikan ini benar maka benarkanlah. Dan sekiranya apa yang aku sampaikan ini dusta maka dustakanlah”.

Belum sempat Rasulullah SAW meninggalkan majlisnya itu dan keluar dari masjid, Jibril alaihissalam telah datang dari atas tujuh petala langit membawa perakuan atau shahadah pembenaran laporan ‘Umair bin Sa’ad melalui firman Allah SWT yang dapat kita baca hingga hari ini, yang bermaksud:

“Golongan munafiqin bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Dan sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kufur dan telah menjadi kafir sesudah Islam, dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya (dengan percubaan membunuh Rasulullah SAW”. [Surah at-Taubah: 74].

Rasulullah SAW terus memanggil Al-Julas dan bertanya tentang apa yang diucapkannya. Al-Julas dengan mudah terus bersumpah bahawa beliau tidak berkata apa-apa terhadap Rasulullah SAW. Baginda SAW terus membaca ayat yang diturunkan itu dan bersabda: “Sesungguhnya engkau wahai Al-Julas telah kafir!. Maka bertaubatlah kamu sekarang kerana firman Allah yang bermaksud:

“Maka jika mereka bertaubat, maka itu lebih baik bagi mereka” [Surah at-Taubah: 74].

Kemudian Rasulullah SAW memanggil ‘Umair bin Sa’ad dan mengucapkan “Marhaban” atau tahniah kerana laporannya mendapat akuan benar dari atas tujuh petala langit. [Al-Sayuti,Tafsir al-Durr al-Manthur, 3/463-464]

Demikianlah kisah ‘Umair RA dengan golongan munafiqin yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan kedudukan para du’at dan alim ulamak.

Munafiqin ketika Perang Tabuk;

Sekarang kita ikuti sebuah lagi kisah atau peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW tentang golongan yang mempersendakan Rasulullah SAW, agama Islam dan para sahabat ini.

Al-Hafiz Ibnu Kathir telah meriwayatkan daripada beberapa orang sahabat seperti Ibnu ‘Umar, Muhammad bin Kaab dan Zaid bin Aslam RA bahawa seorang munafiq telah berkata sewaktu keluar untuk pergi berperang ke Tabuk: “Kami tidak pernah melihat satu golongan seperti para Qurra’ ini (iaitu tentera yang keluar ke Tabuk, Rasulullah SAW dan para sahabat). Mereka hanya gemar mengisi perut sahaja, mempunyai lidah yang suka berbohong serta sangat pengecut bila berdepan dengan musuh”.

Seorang sahabat bernama ‘Auf bin Malik terus membantah: “Bohong! Apa yang engkau cakapkan itu adalah dusta. Engkau seorang munafiq. Aku akan laporkan kepada Rasulullah SAW apa yang engkau katakan”.

Kemudian datanglah munafiq tadi menghadap Rasulullah SAW, sedang Baginda SAW berada di atas untanya untuk keluar. Beliau cuba memujuk Baginda, kononnya apa yang diucapkan itu cakap-cakap kosong dan main-main sahaja bagi menghilangkan rasa bosan dalam perjalanan. Rasulullah SAW terus berjalan tanpa menghiraukan rayuannya. Beliau terus bergantung pada tali unta Baginda dan ditarik oleh unta itu di atas batu. Rasulullah SAW hanya menjawab dengan ayat al-Quran yang telah diturunkan, yang bermaksud:

“Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu beristihza’ (bersenda gurau atau bermain olok-olok)? Tidak usahlah kamu meminta maaf. Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman”. [Surah at-Taubah: 65-66. Lihat Tafsir Ibnu Kathir 2/351].

Pengajaran dan Iktibar;

Di antara beberapa pengajaran dan iktibar yang dapat diambil daripada kisah-kisah yang tersebut di atas:

1. Para pemuda hendaklah bersikap tegas dan berani serta prihatin terhadap isu-isu semasa yang timbul dalam soal aqidah dan syariat Islamiyyah. Kita hendaklah mengambil tindakan sedaya yang mampu untuk mempertahankan kesucian dan kemurnian aqidah dan syariat Islamiyyah daripada dipermain-mainkan oleh golongan yang mempunyai sikap seperti Al-Julas dan yang seumpamanya. Begitu juga semua golongan yang mempersenda-sendakan undang-undang Islam dengan dakwaan bahawa ia tidak sesuai, lapuk, ketinggalan zaman, zalim, tidak adil, primitif dan lain-lain. Kita tidak boleh berdiam diri atau hanya menjadi penonton kepada apa yang berlaku di hadapan kita.

2. Kita hendaklah sedar bahawa dalam masyarakat Islam, bahkan di dalam masjid umat Islam ada golongan munafiq yang zahirnya Islam tapi diri mereka penuh dengan dusta dan engkar akan perintah Allah dan Rasul-Nya. Tujuan golongan ini ialah untuk menghancurkan Islam dari dalam. Mereka memainkan peranan untuk menjatuhkan para ulamak, pendakwah dan para solihin, sebagaimana anjing menjilat air dengan lidahnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan seperti itulah kami telah jadikan bagi setiap Nabi musuh dari kalangan orang yang jahat. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai pemberi petunjuk dan penolong”. [Surah al-Furqan: 31].

3. Orang yang beristiqamah di jalan Allah SWT, yang patuh kepada perintah Allah SWT dari kalangan yang mendokong perjuangan Islam, para ulamak dan pendakwah dilemparkan dengan berbagai tuduhan dan gelaran buruk seperti pelampau agama (al-Mutatarrif), terpesong dan sesat, ekstrim (al-Mutasyaddid), golongan yang gopoh dan berbagai jenis lagi istilah, label dan ibarat penghinaan yang dicampakkan ke atas mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Alangkah kejinya kata-kata yang keluar dari mulut mereka itu. Mereka tidaklah berkata sesuatu melainkan dusta semata-mata.” [Surah al-Kahf: 5].

Tujuan mereka melakukan perkara tersebut adalah untuk dan menjatuhkan keadilan para ulamak, pendakwah dan pendokong dakwah Islamiyyah, kerana mereka inilah sebenarnya yang menjadi pembela kepada Islam.

4. Golongan munafiqin juga berusaha menyempit dan mengagalkan peranan para ulamak dan cuba memisahkan mereka dari menjalankan tugas sebenar sebagai pewaris Anbia’. Kononnya ulamak hanya layak duduk di masjid dan surau sahaja. Bahkan lebih dahsyat dari itu mereka mengatakan bahawa kemunduran yang melanda umat Islam adalah disebabkan oleh para ulamaknya.

5. Ada di antara perbuatan atau kelakuan tersebut yang tidak boleh dimaafkan lagi kecuali pelakunya betul-betul bertaubat dan menyesal terhadap apa yang dilakukannya. Segala amalan baik orang yang mempermain-mainkan agama telah gugur kerana dengan perbuatan itu mereka menjadi kafir, (waliyazu billah) sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat yang diturunkan untuk membela ‘Umair bin Sa’ad. Begitu juga apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap munafiq yang bergantung kepada tali unta Baginda.

Akhirnya, sama-samalah kita renung dan lihat, golongan manakah yang baik dan perlu diikuti serta dicontohi? Golongan yang mendakwa membawa kemajuan dengan berbagai slogan dan di’ayah, tetapi di sebalik itu penuh dengan tipu daya. Atau golongan yang bercita-cita untuk melihat keagungan Islam dengan aqidah dan syariatnya kembali berdaulat di atas muka bumi Allah SWT ini yang menjadi pengikut ‘Umair bin Sa’ad RA yang wajib diikuti dan dicontohi?.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adakah patut kami jadikan orang Islam seperti orang mujrimin (jahat dan kafir)? Bagaimanakah kamu membuat keputusan?” [Surah al-Qalam: 35-36].

 

Dr Abdul Basit

 

3 buah kitab Hukum Mempermainkan Agama:

1] http://www.waqfeya.com/book.php?bid=1874

2]  http://saaid.net/book/open.php?cat=1&book=6056

3] http://saaid.net/book/open.php?cat=1&book=161

 

 

Wasallallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad.

Akhukum fil Islam,

Abdul Basit Abdul Rahman

(Abu Anas Madani)

11 Muharram 1427H.

24 February 2013 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

Tukang lawak dalam pandangan Islam

b0220

Di zaman permulaan islam dahulu, ugama berkembang melalui pengorbanan, bukan dengan gelak ketawa. Itulah zaman terbaik yang mana pengorbanan Nabi dan sehabat telahmengalirkan darah dan di selang pula dengan air mata, seterusnya hidayat tersebar. Telah banyak kali terakam dalam hadis akan Nabi Muhammad SAW yang selalu menangis kerana risaukan ummat, para sahabat pun sama selalu menangis bila mengenangkan penderitaan ummat.

Kita hari ini bila bercakap bab ugama, banyak gelak dengan lawak ustaz, sedang di zaman Nabi, mereka lebih banyak menangis bila bercakap bab ugama, Abdullah bin Mas’ud berkata,: Apabila aku mengaji didepan Nabi, aku lihat kedua-dua mata Nabi berlinangan dengan air mata". Bila Nabi cerita pasal kubur, saidina Usman menangis, Nabi cerita pasal titian sirat, Abdullah bin Rawahah pula menangis. Nabi cerita sifat orang munafik, Hanzalah menangis, Nabi cerita ugama telah sempurna, Abu Bakar menangis, dan banyak lagi,. kita hari ini, apa sahaja ustaz cerita, akan berkakhir dengan gelak ketawa, adohai.., apa yang kelakar sangat?

Tak pernah dengar orang terdahulu yang gelak sampai bisu, tapi Ibnu Umar telah menangis kerana takutkan Allah s.w.t. sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya: "Agaknya kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah s.w.t…"

Kadang kadang Nabi cakap tak banyakpun, terus Abu Bakar, Umar, usman, Ali akan berlinang air mata.. lantas Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada mereka:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Sabda Nabi Mubammad s.a.w lagi.:"Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka."kemudian Nabi suruh sahabat menangis mengenangkan dosa-dosa.

Dalam satu hadis lain pulak, Nabi saw bersabda “Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati, Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”

Dari Abu Hurairah r.a, telah bersabda Nabi s.a.w bahawasanya seorang lelaki bercakap dengan satu perkataan yang dia tidak melihat benda yang diperkatakannya maka dia akan terjun ke dalam neraka selama 70 harif – Hadis Hassan
Daripada Bahzi bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya telah berkata ia, aku mendengar akan Nabi s.a.w bersabda, celakalah bagi orang bercakap dengan satu cakap dengan satu cakap supaya orang tertawa dia akan kaumnya sedangkan dia berbohong, celakalah ia celakalah ia.. …(dipetik dari kitab Bahrul Mahzi Jilid 16).

(Kiriman: Ummu Adriana)

Hukum Jadi Pak Lawak

23 February 2013 Posted by | Ibadah, Renungan & Teladan, Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

Kisah Tok Lebai Menghalalkan Cara

b0341

Ini cerita oleh seorang sahabat FB yang mengisahkan bagaimana ada lebai-lebai yang boleh menukar hukum yang mereka keluarkan untuk kepentingan diri semata-mata.

Di satu kampung ada seorang Lebai yang mengajar di sebuah surau. Biasanya dia akan mengajar kuliah subuh. Suatu hari dia terpandang seorang wanita yang bersama-sama jemaah mendengar kuliahnya. Dia telah jatuh cinta kepada wanita tersebut. Lalu dia mencari siapakah wanita ini sebenarnya.

Dipendekkan cerita, dia mendapat tahu wanita itu adalah isteri kepada salah seorang anak muridnya (Hamid) yang sangat rajin datang ke surau untuk mendengar kuliahnya. Dia mula mencari helah. Dia meminta agar dapat mengajar setiap hari di surau itu. Setiap pagi dia akan datang awal untuk melihat apa kebiasaan yang Hamid lakukan sepanjang berada di surau..

Suatu hari, dia mendapat akal, dia melihat Hamid masuk ke dalam tandas. Dia tahu di dalam tandas itu, jika mahu buang air besar atau kecil, mesti mengadap kiblat.

Lalu semasa mengajar, Lebai berkata ” Barang siapa yang buang air besar atau air kecil pada pagi ini dengan mengadap kiblat, maka dia mesti menceraikan isterinya”

Resahlah Hamid mendengar kata-kata Lebai itu, dia menunggu sehingga kuliah subuh itu selesai. Apabila semua orang sudah pulang, Hamid cepat-cepat menemui lebai lalu bertanya ” Lebai, macamana dengan saya ni, tadi saya buang air kecil, kebetulan surau ni tandasnya mengadap kiblat, apa yang perlu saya buat?”, kembang hati lebai mendengar pertanyaan Hamid lalu berkata “Sememangnya kamu mesti menceraikan isterimu”.

Tanpa membuang masa Hamid terus pulang lalu diceraikannya isterinya. Selesai sahaja edah, Hamid mendapat tahu isterinya telah bernikah dengan lebai tersebut. Marah Hamid bukan kepalang, baru dia sedar dia telah ditipu.

Hamid pun mencari jalan untuk mengenakan lebai itu semula. Setiap hari Hamid akan datang awal ke surau dengan harapan dapat melihat Lebai masuk ke tandas.

Nasib Hamid baik, bila satu pagi dia melihat Lebai telah masuk ke tandas. Setelah selesai kuliah dan semua orang telah pulang, Hamid cepat-cepat mengadap Lebai lalu berkata ” Ustaz, apakah hukum orang yang membuang air kecil atau besar dengan mengadap kiblat telah bertukar?”, Lebai terkejut mendengar pertanyaan Hamid lalu menjawab ” Tidak, masih sama… setiap orang yang ketika membuang air besar atau kecil mengadap kiblat, mesti menceraikan isterinya”. Hamid tersenyum lalu berkata ” Tadi, bukankah ustaz masuk ke tandas surau, bermakna ustaz telah mengadap kiblat ketika buang air. Jadi bila ustaz nak cerai isteri ustaz”.

Kali ini Lebai pula yang tersenyum, katanya ” Memang saya buang air kecil tadi, tubuh saya mengadap kiblat tetapi “ANU” saya, saya hadapkan ke arah lain”

Begitulah kisah lebai yang sentiasa mencari helah demi kepentingan dirinya sendiri. Biarpun dia pernah mengucapkan mesti menceraikan isteri ketika perkara itu tidak menyebelahinya, tetapi akan mencari helah agar dia tidak dilihat bersalah jika satu-satu perkara itu menampakkan kejahatannya.

17 February 2013 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Mengenai Hubungan dengan Non Muslim

1. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang melarang kita berkawan rapat dengan orang kafir (ada kecenderungan hati), kerana akidah mereka yang mensyirikkan Allah lantas tidak diredhai Allah, dan juga kerana di kalangan mereka ada yang berkonspirasi menghancurkan umat Islam. Oleh itu Allah sebut ; tidak akan sesekali mereka meredhai kamu (yahudi nasrani) hingga kamu mengikuti agama mereka/ketentuan mereka, dan juga ‘mereka sentiasa akan memerangi kamu sehingga kamu murtad/keluar dari agama kamu’.

2. Oleh sebab itu harus dibezakan antara dua kafir, yang pertama yang dilahirkan oleh ibubapa kafir lalu menjadi kafir dengan jahil, dan tidak pernah mengenal Islam, ataupun mengenali Islam tapi tak nak masuk Islam dan tak perjuangkan agamanya untuk hancurkan Islam.

kedua, kafir yang memusuhi Islam, di mana mereka memang sudah tahu apa itu Islam, sudah mengenali, tapi tidak mahu masuk Islam dan memusuhi Islam.

3. Untuk golongan pertama kita berdakwah dengan hikmah dan boleh bersangka baik sekiranya kita tidak mendapati sebarang bentuk permusuhan dengan mereka, dan ini yang disebut dalam surah Al-Mumtahanah (Allah tidak melarang kamu berbuat baik kepada mereka).

4. Untuk golongan kedua, ini kena berhati-hati, kerana mereka memusuhi Islam dan mempunyai komplot dan konspirasi tersendiri. Kalau kita sangka baik dengan kita, masuklah kita dalam perangkap mereka. Ciri-ciri golongan kedua ini antaranya, banyakkan dialog yang memeningkan kefahaman Islam, mempertikai institusi besar Islam, dan mahu menunjukkan kononnya dirinya baik dengan Islam dengan menyebut-nyebut ayat-ayat Quran di hadapan orang Islam. Hakikatnya mereka mahu mengabui mata orang Islam agar dilihat baik. Allah menyebut mengenai pendirian kita dalam hal ini dalam surah Al-Mumtahanah (selepas ayat tadi).

5. Perlu bezakan juga antara dakwah dan pertahankan umat Islam. Kita tak boleh berdakwah dengan menyebabkan kerugian umat Islam. Dakwah kepada mereka wajib, tapi mempertahankan umat Islam lebih wajib kerana Allah lebih menyayangi orang Islam berbanding orang kafir. Kita hayati surah Abasa di mana Ibnu Ummu Maktum yang buta lebih tinggi darjatnya dan lebih disayangi di sisi Allah daripada Abu Jahal dan para pembesar Quraisy.

6. Jadi apabila dakwah itu bertembung dengan maslahat umat Islam, maslahat umat Islam dikedepankan. Kita dapati banyak retorik yang mengatakan mahu berdakwah dengan non-Muslim, maka kita MESTI melakukan engagement dan persepakatan dalam banyak perkara terutama perkara kenegaraan, lalu terhasilnya persepakatan menentang kerajaan orang Islam oleh non-Muslim + orang Islam sendiri.

7. Hakikatnya ia bukanlah merapatkan mereka dengan Islam, tapi ia lebih merosakkan kefahaman Islam sendiri. Apabila masyarakat Islam sudah tidak nampak apa bezanya parti Islam dengan parti bukan Islam, maka ia satu musibah besar kerana menghilangkan neraca wala’ wal bara’. Bahkan ia menyebabkan perpecahan di kalangan orang Islam sendiri.

8. Dr Faysal Maulawi rahimahullah menulis dalam kitab Nahnu Wal Akhar (Kita dan Orang Lain), bahawa jika kita mahu menarik orang non-Muslim kepada Islam, dan mahu bersatupadu dengan mereka, kita mesti menunjukkan kesepakatan dan kesatuan Islam di hadapan mereka.

 

Oleh: Ustaz Syamil Esa

16 February 2013 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

Kelebihan meninggalkan perbalahan walaupun dia di pihak yang benar

 

b0408

Daripada Abu Umamah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.(H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Daripada Abu Darda’, Abu Umamah, Waiylah bin Asyqa’ dan Anas bin Malik. Mereka berkata : “Telah keluar Rasulullah SAW telah marah-marah dengan semarah-marahnya. Yang sebelum ini tidak pernah Rasulullah marah seperti itu. Kemudian kami bercakap,-cakap “. Maka Nabi SAW bersabda :

“Bertenang Wahai Umat Muhammad, sesungguhnya telah binasalah orang yang sebelum kamu ini (perbalahan), tinggalkanlah perbalahan yang boleh mendatangkan sedikit kebaikan. Tinggalakanlah perbalahan…sesungguhnya orang mukmin itu tidak berbalah. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya perbalahan itu mendatangkan kerugian. Tinggalkanlah perbalahan, memadailah dosa kita jika kita sentiasa dalam perbalahan.Sesungguhnya aku tidak memberikan syafaat baginya (orang yang berbalah) pada hari Kiamat. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya aku memberi jaminan dengan tiga buah rumah di dalam Syurga : Di dalam taman-tamannya, di tengah-tengahnya dan tempat yang paling tinggi iaitu untuk orang yang meninggalkan perbalahan. Sesungguhnya ia perkara pertama yang ditegah dari Tuhanmu selepas (tegahan) menyembah berhala iaitu perbalahan”. (H.R. Tabrani).

16 February 2013 Posted by | Tasauf, Tazkirah | , , | 1 Comment

Sebab orang awam keliru dalam beragama

Mengapa terdapat sestengah ilmuwan bila orang awam bertanya mengenai sesuatu hukum, maka jawapan yang diberi gemar bersandarkan kepada pendapat Ibnu Taimiyyah lah atau Ibnu Qayyim lah, sedangkan yang bertanya itu umumnya bermazhab Syafi`i. Sejak bila Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Qayyim atau al-Qardhawi jadi ulama sandaran dalam Mazhab Syafi`i ? Mengapa tak di bawa keterangan ulama-ulama Syafi`i kita, saperti Imam Ibnu Hajar ke, Syeikh Ramli ke atau sebagainya. Ini yang menyebabkan orang awam keliru dan pening kepala.Ini yang jadi punca qunut jadi bid`ah, talqin jadi bid`ah, bacaan Yaasin malam Jumaat jadi bidaah,tahlil jadi bidaah, wirid beramai ramai lepas solat bidaah,seolah olah ilmu ilmu yang di sampaikan oleh imam imam yang 4 itu bidaah aje.Tidak boleh kah golongan ini menjawab pertanyaan orang awam berdasarkan mazhab yang di anuti?

Kini sudah muncul golongan ilmuwan yang kelihatan semacam merendah rendahkan mazhab dan ulama ulama mazhab terutama mazhab Imam Shafie dan Imam Ghazali.Sana sini mereka laungkan kembali lah kepada al Quran dan Hadis.Seakan akan mengambarkan bahawa imam imam mazhab tidak berpegang kepada al Quran dan Hadis.Sedangkan mereka sangat amanah dan sangat berhati hati dan teliti dengan al Quran dan Hadis saperti yang di sebut dalam al Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan yang takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hambaNya adalah orang orang yang berilmu (ulama).”( Surah Fathir ayat 28).

Rasulullah SAW pula menyebut “Sebaik baik kurun ialah kurunku, kemudian mereka yang selepas kurunku, kemudian mereka yang mengiring kurun itu pula.” (HR Bukhari dan Muslim).

Imam imam mazhab iaitu imam Hanafi lahir pada 80H, imam Malik lahir pada 93H, imam Shafie lahir pada 150H dan imam Ahmad lahir pada 164H.Cuba perhatikan, tarikh lahir dan hidupnya mereka, tepat berada di dalam lingkungan kurun yang terbaik saperti yang disebut dalam hadis tersebut.Bahkan mereka semua terkenal dengan kesolehan, kewarakan, kepintaran, dan ketinggian di dalam berbagai bidang ilmu Islam.Kebolehan dan kehebatan mereka dalam bidang ilmu menjadi ikutan dan panduan oleh umat sepanjang zaman.Mereka adalah Mujtahid Mutlak.Bererti mereka adalah orang yang paling faham tentang al Quran dan Hadis dan menguasai 4 sumber hukum ini secara mendalam dan terperinci. Penguasaan mereka dalam bidang ini tidak dapat di pertikaikan.Mereka adalah salafu soleh, golongan yang di jamin oleh Rasulullah SAW.

Tiba tiba hari ini ada pula golongan ilmuwan yang jenis suka mengintai intai kelemahan imam imam mazhab tersebut lalu menghebahkan kelemahan kelemahan itu kepada umum.

Persoalan yang sentiasa berlegar di mind orang awam, ialah, adakah golongan ilmuwan ilmuwan ini bertaraf mujtahid di kurun ini yang membolehkan mereka berfatwa dengan fatwa yang bertentangan dengan fatwa imam imam mujtahid terdahulu? Dan adakah PHD yang mereka miliki, hasil dari berguru dengan guru orientalis bertaraf profesor dari universiti saperti universiti Kent atau universiti Scotland menjadikan mereka lebih hebat daripada imam imam mujtahid itu?

Adakah kita (orang awam) perlu ikut pendapat baru mereka dan tinggalkan pendapat imam mazhab yang kita pegang selama ini iaitu mazhab Shafie? Dengan lain perkataan, adakah kita perlu bermazhab dengan mazhab “baru” yang di bawa oleh golongan ilmuwan ini?

– Mungkin anda juga suka link ini : Mengapa tidak ambil terus daripada al Quran dan Sunnah?

16 February 2013 Posted by | Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan | , , , , | Leave a comment

Tanda tanda kita takut kepada Allah

Foto dhekkazone.blogspot.com

Tanda-tanda takut kepada Allah SWT kelihatan dalam tujuh perkara :

1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.

2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.

3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat .

4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.

5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.

6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.

7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.

Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertaqwa ( Takut kepada Allah SWT )

Sesungguhnya orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga )
Surah Al-Hijr : 45.

Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali .

12 February 2013 Posted by | Tasauf, Tazkirah | Leave a comment

Islam beri cara damaikan dua pihak bertelagah

Rujuk al-Quran, sunnah satukan perpecahan ummah

MENGURUS manusia dikatakan lebih rumit daripada mengurus haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Manusia mempunyai akal pemikiran dan pendapat yang berbeza.

Kadangkala dengan perbezaan pemikiran dan pendapat dipengaruhi emosi dan nafsu itu menyebabkan manusia hidup dalam keadaan berpuak-puak dan berpecah-belah.

Oleh sebab itu, mengurus manusia amat penting dan rumit, lebih-lebih lagi dalam mengurus perpecahan dalam kalangan mereka sehingga ia kembali menjadi tenang dan aman.

Al-Quran dan al-Sunnah meletakkan dasar penting dalam mengurus perpecahan manusia itu. Maka, untuk mengurus perpecahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini, kita wajib menjadikan dasar yang diletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama.

Antara ayat al-Quran menjelaskan cara mengurus perpecahan manusia ialah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika dua puak daripada orang beriman berperang, maka damaikan di antara keduanya; jika salah satunya melakukan kezaliman terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikan antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah) serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang bertindak adil.” (Surah al-Hujurat ayat 9)

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan mengenai tindakan yang sepatutnya dilakukan ketika berlaku persengketaan dan perbalahan dalam kalangan umat Islam yang boleh membawa kepada perpecahan serta pertumpahan darah.

Dengan itu, Allah SWT menyeru semua umat Islam berusaha mendamaikan dua golongan yang saling bertelagah dan fitnah-memfitnah, seterusnya berusaha menyekat daripada berlakunya peperangan yang boleh mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.

Terdapat beberapa peristiwa yang menjadi sebab penurunan ayat di atas antaranya seperti yang diriwayatkan Anas bin Malik ra. Menurut Anas terdapat seorang sahabat berkata kepada Nabi SAW: “ Bagaimana kalau kiranya engkau (Rasulullah) pergi menemui Abdullah bin Ubay bin Salul?”

Tanpa memberi sebarang jawapan, lantas Baginda SAW terus pergi menemui Abdullah bin Ubay dengan menaiki seekor keldai dan diikuti kaum Muslimin yang lain. Kemudian mereka tiba di suatu kawasan tanah gersang.

Rasulullah SAW terus menemui Abdullah, lalu Abdullah berkata kepada Baginda SAW: “Jauhkan dirimu daripada aku, demi Allah bau busuk keldaimu menyakitkan aku.”

Setelah mendengar kata Abdullah itu, seorang sahabat daripada kaum Ansar berkata: “Demi Allah bau keldai Rasulullah SAW lebih harum jika dibandingkan dengan dirimu.” Lalu salah seorang daripada sahabat turut memarahi Abdullah.

Selepas itu, salah seorang pengikut Abdullah pula memarahi Rasulullah SAW sehingga terjadinya pergaduhan (perang mulut) di antara kedua-dua belah pihak. Bahkan masing-masing daripada kedua-dua belah pihak bertindak memukul antara satu sama lain. Berhubung kejadian ini turunlah ayat sembilan Surah al-Hujurat di atas (Hadis riwayat al-Bukhari).

Berhubung peristiwa yang berlaku ini, jelas sekali pertelagahan dan perpecahan yang berlaku tidak boleh dibiarkan sama sekali. Ia hendaklah segera diurus dengan adil dan bijaksana demi mewujudkan perdamaian dalam kehidupan.

Sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya berdiri sebagai penonton dan membiarkan perpecahan bertambah buruk dan parah. Setiap orang yang cerdik, bijak serta mempunyai kemampuan, haruslah membabitkan diri sebagai pengurus untuk mengekang perpecahan yang berlaku itu.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah menjelaskan mengenai keutamaan mengurus perpecahan serta bahayanya jika dibiarkan perpecahan dan pertelagahan itu dari terus berlaku.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku beritahukan suatu perbuatan yang lebih utama daripada keutamaan puasa, sembahyang dan sedekah? Mereka (sahabat) menjawab: Ya! Maka Rasulullah SAW bersabda: Iaitu mendamaikan persengketaan yang sedang berlaku. Rosaknya hubungan persaudaraan kerana perpecahan seperti mencukur. Aku tidak bermaksud mencukur rambut, tetapi mencukur yang bermaksud merosakkan agama.” (Riwayat al-Timiziy dan Abu Dawud).

Dalam proses mengurus perpecahan, kita hendaklah membincangkan isu yang menyebabkan berlakunya perpecahan itu dalam keadaan aman. Apabila selesai saja proses perbincangan itu, hendaklah dijatuhkan hukuman kepada pihak yang bersalah dengan hukuman yang seadil-adilnya.

Oleh itu, puak yang berpecah atau bertelagah wajib menerima hukuman yang dijatuhkan dengan tenang dan terbuka. Sekiranya salah satu daripada dua pihak yang bermusuh itu menolak hukuman dan enggan tunduk atau patuh terhadap proses perdamaian yang dilakukan, maka wajarlah dalam keadaan yang sebegini hakim menjatuhkan hukuman ke atas golongan yang ingkar itu supaya mereka kembali tunduk dan patuh kepada Allah SWT, seterusnya bersetuju menerima perdamaian.

Jikalau umat Islam sentiasa berpandukan kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah dalam mengurus perpecahan dalam kalangan umat Islam, nescaya tidak akan berlaku sebarang peperangan antara negara Islam atau sesama umat Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya semua orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang berpecah) itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat ayat 10).

Menerusi ayat ini, jelaslah bahawa Islam adalah agama yang demokratik kerana ia menyatukan semua umat manusia dan membuatkan mereka menjadi satu umat yang kuat dan disegani.

Oleh: Mohd Shukri Hanapi

12 February 2013 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Kenali siapakah musuh hakiki kita yang sebenarnya

Saidina Umar Al-Khattab R.A pernah berkata bahawa: “Ikatan keIslaman seseorang akan terungkai jika seseorang itu hidup di dalam Islam tetapi tidak mengenal jahiliyah.”

Di dalam Al-Quran juga terdapat banyak ayat-ayat Allah yang memperkenalkan kepada kita hakikat sebenar musuh agama ini seperti kisah Firaun, kisah tipu daya iblis, kisah helah kaum Yahudi dan niat tersembunyi orang-orang kafir dan munafiq dan sebagainya. Hikmah ayat-ayat Al-Quran ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Allah SWT mahu mengajar kepada kita supaya kita mengenali hakikat musuh, dan agar kita sentiasa berwaspada dan berlepas diri dari pelbagai agenda jahiliyah dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah mereka. Menurut kata Ahmad Rasyid di dalam buku tulisannya Al-Masar, di antara strategi musuh-musuh Islam bilamana puak minoriti memimpin puak majoriti di dalam sesebuah negara umat Islam ialah pemimpin minoriti tersebut pasti akan berlaku kejam terhadap orang-orang Islam bagi menstabilkan kedudukan kekuasaan mereka. Adakah kita sedar hakikat dan potensi ianya boleh berlaku di negara kita ini?

Di dalam konteks di negara kita, kepimpinan Melayu Islam di negara ini adalah suatu nilai tetap yang mesti dihormati dan tidak akan boleh tercapai melainkan selepas bangsa Melayu bersatu dan kuasa politik terus dikekalkan di tangan orang-orang Melayu. Perpecahan sebaliknya akan menyebabkan Bangsa Melayu menjadi lemah dan terus ketinggalan di belakang dan jika perkara ini dibiarkan berterusan, kuasa politik (ie Ketuanan Melayu) yang kini merupakan kuasa tunggal milik bangsa Melayu boleh bertukar tangan kepada bangsa lain dan seterusnya kepimpinan Melayu Islam pasti akan terganggu-gugat. Di sinilah peri pentingnya orang-orang Melayu bersepakat demi memastikan kelangsungan kedaulatan Islam di negara ini atau ringkasnya ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’.

Oleh: Dr Amirudin Wahab,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

12 February 2013 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

Hujah Nasharudin, realiti politik Pas

PADA Sabtu lalu, dalam satu sidang akhbar, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meluahkan rasa hatinya bukan sahaja berhubung soal pemecatan daripada Majlis Syura Ulama tetapi juga perjalanan politik Pas sejak menjalin kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Penulis percaya biar pun apa yang dikatakan oleh Nasharudin, ia tidak akan d…iterima oleh sesetengah golongan dalam parti itu sebagai satu kebenaran sebaliknya akan dijadikan ‘peluru’ untuk mencapai matlamat terakhir mereka menyingkirkan Nasharudin daripada Pas.

Berikut sedutan kenyataan Nasharudin dan ulasan penulis tentang kebenaran di sebalik apa yang beliau perkatakan berdasarkan kepada perkembangan terkini dalam pendekatan politik Pas.

l Menuntut keadilan, minta tindakan yang sama kepada siapa sahaja yang menyanggah ketetapan Majlis Syura Ulama.

– Ketika tercetusnya isu pelaksanaan hukum hudud yang ditentang keras oleh DAP, terdapat beberapa pemimpin Pas termasuk bertaraf Ahli Parlimen yang seolah-olah bersetuju dengan pandangan DAP.

Mereka berpendapat, hukum hudud masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini, bagaimanapun tiada tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpin berkenaan biar pun kenyataan mereka dilihat bertentangan dengan Majlis Syura Ulama yang menegaskan Pas tetap memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud.

Tetapi apabila Nasharudin mempertahankan pendirian Pas dan sanggup berdepan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di mahkamah, ada desakan di dalam Pas agar Nasharudin dipecat kerana dilihat menjejaskan hubungan Pas dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

l Menggesa tarik balik keputusan yang dibuat bersama pakatan pembangkang dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

– Pas harus menerima gesaan Nasharudin ini memandangkan ketika ini parti itu dilihat mempunyai dua pendirian berbeza.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin PKR dan DAP bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi Majlis Syura Ulama membuat keputusan sebaliknya.

Oleh itu gesaan Nasharudin supaya keputusan bersama pakatan pembangkang dalam isu tersebut ditarik balik adalah betul.

Langkah itu bagi menggelakkan, Pas dilihat tidak ikhlas dalam isu kalimah Allah apabila mempunyai dua keputusan berbeza dan paling buruk kedua-duanya ditafsirkan demi menjaga kepentingan politik bersama pakatan dan menjaga hati penyokong Pas.

l Melihat mutakhir ini banyak percaturan Pas mengambil kira keuntungan politik terlebih dahulu daripada dasar dan asas perjuangan parti itu.

– Sebenarnya, ini bukan pandangan Nasharudin seorang, malahan sebahagian besar orang Melayu dan umat Islam melihat begitulah sikap Pas sejak berkawan dengan PKR dan DAP.

Keterujaan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan dibuai mimpi menjadi kerajaan bersama-sama kedua-dua parti itu telah memungkinkan Pas bersedia berkompromi sehingga Pas dilihat tidak lebih hanya sekadar ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang.

Paling trajis apabila Pas mengubah hala tuju perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan selepas perjuangan negara Islam ditentang habis-habisan oleh DAP dan disokong oleh PKR.

l Kewujudan golongan parasit dalam Pas

– Apa yang diperkatakan oleh Nasharudin bukanlah perkara baru tetapi sudah didedahkan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali pada tahun lalu. Hasan pernah mengingatkan kepimpinan Pas bagaimana di dalam parti itu wujudnya golongan parasit yang bersedia mengorbankan apa sahaja demi memenuhi tuntutan politik dengan PKR dan DAP.

Golongan inilah yang telah memungkinkan imej Pas sebagai parti Islam semakin tercalar. Golongan parasit ini lebih mempercayai kekuatan yang ada kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP, sebab itulah mereka sentiasa memainkan peranan agar Pas dalam apa juga keadaan perlu selari dengan kedua-dua parti tersebut.

Mereka juga didakwa menjadi ‘penghasut’ untuk memastikan mana-mana pemimpin yang dilihat cuba bertegas dan memperjuangkan dasar perjuangan asal Pas disingkirkan dan itulah yang dialami oleh Hasan dan mungkin akan disusuli oleh Nasharudin.

l Untuk membawa agenda Islam serta membawa Islam ke tempat yang sepatutnya, membela rakyat dan menghidupkan semangat negara Islam dan negara berkebajikan yang diperjuangkan Pas.

– Sebenarnya Nasharudin ingin memperingatkan Pas bahawa itulah sebenarnya asas penubuhan parti itu yang dilahirkan oleh sekumpulan ulama pada tahun 1951. Kehadiran Pas di persada politik tanah air bukan semata-mata untuk memburu kuasa politik dan bermusuhan dengan mana-mana parti apatah lagi yang dianggotai oleh insan yang sebangsa dan seagama.

Tetapi malangnya, semangat negara Islam itu sudah luntur kerana Pas tidak mahu ia menjadi halangan kepada hubungan politik dengan PKR dan DAP. Sebab itulah Pas melunakkan istilah negara Islam kepada negara kebajikan.

Bagaimanapun perjuangan negara berkebajikan yang dibawa oleh Pas pula mengelirukan kerana dasar-dasar yang diamalkan oleh UMNO dan BN sejak merdeka sudah memenuhi konsep tersebut.

l Kekuatan Pas yang sudah sedikit tercair dan tahaluf siyasi.

– Tidak dinafikan Pas mempunyai kekuatan tersendiri sebab itulah parti itu berupaya menjadi salah satu pemain utama dalam persada politik tanah air. Malangnya, apabila berkawan dengan PKR dan DAP, Pas seolah- olah merelakan mereka dilayan bagaikan melukut di tepi gantang, sedangkan sepatutnya berdasarkan rentetan sejarah serta kekuatan Pas, parti itu seharusnya menjadi parti dominan manakala pemimpin mereka menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang.

Namun semua itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya tanpa menghormati kekuatan Pas yang dianggap mempunyai kredibiliti tersendiri dan sejarah perjalanan politik yang lebih cemerlang berbanding PKR dan DAP, apa yang dilakukan oleh kedua-dua parti itu seolah-olah mengerahkan Pas sebagai ‘khadam’ untuk memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya.

l Dituduh menjadi alat atau dibeli oleh UMNO.

– Sebenarnya inilah strategi yang digunakan oleh Pas bagi memburuk-burukkan mana-mana juga pemimpin mereka yang dilihat bercakap atas dasar kebenaran. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menanam dalam fikiran penyokong-penyokong Pas kononnya, pemimpin yang berbuat demikian biar pun bertegas mengenai perjuangan asal Pas sudah dipengaruhi oleh UMNO.

Ini adalah sindrom politik kebencian yang meresapi Pas melalui ‘tarbiah’ yang diperolehi daripada PKR. Justeru tidak hairanlah apabila Nasharudin mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ia tidak akan dilihat dari sudut kepentingan umat dan agama Islam tetapi dari pandangan politik sempit.

Demikian sebahagian pandangan Nasharudin dan ulasan penulis berhubung kenyataan beliau. Terserahlah kepada pemimpin dan penyokong Pas untuk memikirkan kebenaran di sebalik semua hujah ini.

Apa yang pasti, PKR dan DAP telah berjaya mencairkan kekuatan Pas sebagai sebuah parti pembangkang yang dikagumi, segala-galanya bak kata Nasharudin, ”…kerana terlampau ingin meraih dan memenuhi kehendak rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.”

 

(Oleh Zulkiflee Bakar)

6 February 2013 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | | 1 Comment

Semua pihak wajib bersatu untuk mencapai keredhaan Allah

Apabila semua pihak mencari keredhaan Allah, maka secara automatik hati hati mereka mudah disatukan.Allah menegaskan dalam firmanNya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus, maka ikutlah dia dan jangan kamu ikut jakan jalan (lainnya) sebab jalan jalan itu akan mencerai beraikan kamu dari jalan Nya.Demikian Allah berwasiat kepada kamu mudah mudahan kamu bertaqwa”. (Surah al An’am 6:153).

Perpecahan berlaku kerana ada pihak yang menyimpang dari jalan Allah.Mereka mengambil sistem hidup selain Islam dan mengambil peraturan selain Islam untuk mengatur diri, rumah tangga, masyarakat, negara dan dunia. Hakikatnya, merekalah pemecah belah perpaduan.Dalam al Quran, Allah telah menegaskan yang bermaksud: “Dan janganlah kamu termasuk orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang yang memecahbelahkan agama mereka dan mereka menjadi berpuak puak.Tiap tiap golongan berasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah al Rum 30: 31-32)

Perpecahan berlaku kerana ada pihak yang menjadikan dunia sebagai fokus dalam kehidupan. Saperti mengejar kuasa, pangkat dan kemewahan duniawi. Tidak salah mencari, mengurus dan mentadbir dunia, tetapi jangan sekali kali mencintainya.Jika cinta dunia menguasai hati, maka perpaduan akan sukar dicapai. Pada waktu itulah meskipun jumlah umat Islam ramai, tetapi mereka tidak bersatu. Pada permukaannya sahaja kelihatan bersatu tetapi hati berpecah belah.Allah berfirman yang bermaksud: “ Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah belah.” (Surah al- Hashr 59:14)

Hati tidak lagi mencintai Allah, sebaliknya sangat mencintai dunia dan takut mati. Tanpa perpaduan umat Islam hanya umpama buih di lautan. lalu berlakulah saperti yang di tegaskan oleh Rasulullah SAW sejak lama dulu.

Baginda bersabda yang bermaksud: “ Hampir hampir umat lain bersekongkol mengeroyok ( mengerumuni) kalian saperti orang yang makan mengeroyok makanan daripada hidangan.” Seseorang bertanya adakah kita pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?”. baginda menjawab: “Bahkan kalian banyak tetapi kalian ibarat buih banjir.Dan Allah menghilangkan rasa takut daripada hati hati musuhmu terhadap kalian, lalu Allah memasukkan di hatimu (penyakit) wahn”. Kami (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah  apa itu wahn? Baginda menjawab: “ Cinta dunia dan benci mati.” (HR Ahmad dan Abu Daud)

Itulah antara syarat untuk merasai keindahan perpaduan. Jika syarta syarat itu tidak di penuhi, maka tidak mungkin perpaduan akan dirasai kemanisannya. Sekiranya kita tidak dapat merasai kemanisan perpaduan, mana mungkin kita berusaha untuk mencapai dan mempertahankan?

Akibatnya, kita akan terus tega dan rela berpecah walupun perpecahan itu pahit, perit dan sangat menyeksakan.Oleh itu, fikirkanlah, jika harga perpaduan terlalu mahal……….cuba terus berpecah!

(Sumber rujukan: Majalah Solusi No 33 Tahun 2011)

6 February 2013 Posted by | Politik dan Dakwah, Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

Tidak akan wujud perpaduan apabila ada sifat Takbur

Penyakit takbur akan menyebabkan ada pihak yang memandang rendah orang lain.Dia merasakan dirinya yang paling baik, pandai dan mulia.Dia akan menjadi manusia yang tetutup pada pandangan, teguran dan bantuan orang lain. Orang yang takbur tidak mengenal erti dan nilai kerjsama kerana merasakan dirinya serba boleh dan serba mampu.

Individu yang takbur tidak akan mampu melakukan amalan amalan yang boleh menyuburkan rasa persaudaraan saperti memberi salam, betanya khabar, menziarahi rumah saudara mara dan handai taulan, memberi pujian, meminta nasihat mahupun menerima teguran. Amalan amalan inilah yang akan membina perpaduan tetapi orang takbur tidak akan melakukannya kerana itu runtuh lah perpaduan.

Manakala kumpulan yang takbur pula sentiasa mendabik dada merasakan bahawa hanya kumpulan nya yang boleh melakukan yang terbaik. Kumpulan yang takbur ini akan sentiasa menghina kumpulan lain. Maka caci mencaci, kata mengata, fitnah memfitnah akan berleluasa dan menjadi budaya di tengah tengah masyarakat. Hanya keran kuasa, harta dan nama, kumpulan atau individu yang takbur sanggup menggadai perpaduan.

Menyedari bahaya takbur yang merosakkan perpaduan inilah, Imam al Ghazali rhm. menyarankan agar setiap kali melihat orang melakukan dosa, hendaklah di benci dosanya, bukan orang yang melakukannya dan jangan sekali kali berasa lebih baik daripada orang yang berdosa itu.

Beliau menyarankan agar kita mengatakan kepada diri, mungkin orang melakukan dosa itu kerana dia kurang ilmu berbanding kita yang melakukannya dengan ilmu. Jika dia lebih tua……..mungkin dia lebih banyak pahala berbanding kita. Pendek kata, jangan ada unsur menghina orang lain!

Perpaduan hanya dapat dicapai apabila ada rasa tawaduk.Dengan sifat itu Rasulullah SAW mempersaudarakan para sahabat yang mempunyai pelbagai latar belakang kehidupan, bangsa, warna kulit dan tahap ilmu –  saudagar,hamba abdi, terpelajar, buta huruf, Rom, Parsi dan Habshi.

(Sumber: Solusi Keluaran 33 Tahun 2011)

3 February 2013 Posted by | Tasauf, Tazkirah | , , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: