Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

TIDAK MERAYU. CUMA MAHU BERITAHU.


Jika ada isu dalam rumahtangga atau apa-apa sahaja perkara dalam kehidupan. Bertenang. Usah terburu-buru. Usahakan berjumpa terlebih dahulu orang tengah yang dipercayai. Boleh jadi saudara, ahli keluarga yang AMANAH. Jika tiada, bertemulah Kaunselor Berdaftar.
.
Banyak kali juga jumpa.
.
Bila dikongsi dengan mereka yang tidak dapat mengawal emosi, masalah rumahtangga menjadi lebih parah.
.
Ahli keluarga yang tidak tahu punca, kurang amanah dan terpengaruh amarah serang menyerang. Isu Ditokok tambah. Apatah lagi bila ditularkan oleh penganjur untuk prospek peserta masa depan. Kemusnahan makin bertambah.
.
Dalam rumahtangga ada sebab kenapa tidak boleh dihebohkan aib diri atau ehwal rumahtangga secara terbuka. Perhatikan sabda kekasih hati kita, Sayyiduna Muhammad ﷺ ;
.
أيهاالناس قد آن لكم أن تنتهوا عن حدود الله من أصاب من هذه القاذورات شيىأ فليستتر بسترالله فاءنه من يبدى لنا صفحته نقم عليه كتاب الله
.
“Wahai sekalian manusia, aku telah mengingatkan kalian untuk berhati-hati pada batasan-batasan Allah. Barangsiapa terjerumus dalam perbuatan yang jelek, hendaklah dia MENUTUPI DIRINYA dengan tirai Allah. Kerana barangsiapa memberitahukan perbuatannya kepada kami, maka kami pasti akan menegakkan ketetapan hukuman Allah atasnya.” (HR ath-Thahawi: al-Hakim: al-Baihaqi)
.
Suami Isteri, jangan lari ! Jangan mewakilkan orang lain untuk menyelesaikan, apatah lagi dalam program atau seminar terbuka dan perkongsian anda dirakam. Video “dosa dan kesalahan” anda kekal diulang tontonkan? 😔
.
Tetapi suami isteri,
Mesti duduk berbincang dengan tenang hati. Solat berjemaah sekali. Ajak solat sunat taubat, hajat dan istikharah sebelum mula berbincang. Insya Allah, bantuan Allah سبحانه  وتعالى bersama kita.
.
Insya Allah, ada kesempatan waktu, menyusul Tips nanti. Mohon doakan ya.🌹
.
Olih: Hj. Ikhram Husin
Kaunselor Berdaftar
5 Muharam 1444H | 3 Ogos 2022

03/08/2022 - Posted by | Muamalat (Keluarga), Renungan & Teladan

No comments yet.

Leave a comment