Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Tuduhan Zina & Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro  dan lain-lain.
Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)
Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie  berkata :
Maksudnya
 : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)
Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.
Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka  sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.
Walaupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,  Al-Qurtubi).
RINGKASAN SYARAT-SYARAT
Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1)     Syarat kepada penuduh :
  • Beraqal
  • Sudah baligh
2)     Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3)     Syarat orang yang dituduh
  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
 Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

Ertinya : dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi,
Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)
 Imam Malik berkata :- 
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes Al-Mughirah Bin Syubah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.
Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.
Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.
Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.
TAMBAHAN
Isu-isu semasa di Malaysia masih lagi sempat diikuti, terasa juga ingin menulis panjang beberapa isu seperti tidak setujunya saya dengan pandangan  bekas Mufti Perlis dalam isu liwat dan saksi, namun beberapa perkara yang masih serabut di sini menghalang saya dari meluangkan waktu untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar buat masa ini.
S.S Dr Mufti Perlis ( sekarang bekas) dinyatakan berkata :-
“Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat,” kata Dr Asri.
“Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?
“Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim,” katanya lagi.” ( Sumber )
Tidak mengulas panjang isu ini, saya hanya ingin memberikan ringkasan pendapat saya dalam isu ini. Bagi mereka yang rajin membaca terperinci, bolehlah merujuk tulisan saya yang lalu di link berikut
Sesiapa sahaja yang menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa kerana qazaf?.
NOTA  : cuba dengarkan ulasan ringkas saya dalam hal ini di video ini bermula minit 6:57.
Akibatnya, ramai tersilap faham lalu terbayang ‘zalim’nya hukum Islam. Padahal ia tidak sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan yang dituduh.
Padahal isunya adalah sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut membincangkan hal yang sama dengan professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad ‘Uqlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.
Kesimpulannya, begini :-

1-  Seseorang yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li’an. Inilah cara yang dipersetujui oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas.

2- Jika tidak mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki. (rujuk link artikel di atas untuk membaca lanjut)

3- Jika masih tiada saksi maka si ‘mangsa’ BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.

4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain’ atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan maruah mereka yang didakwa ‘merogol atau meliwat‘ akan terkawal dan proses perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya.

5- Bukti diberikan dianalisa, kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan dihukum ta’zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam cara pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum sewajarnya smenurut hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie. Jika pengadu tewas di mahkamah, hukuman qazaf juga tidak dilaksanakan kerana dakwaan tertutup dan syubhah dalam pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada siapa yang terzalim dalam hal ini.

6- Perlu difahami hujjah mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf mesti ditimbang sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan menuduh. Ada pihak seolah membelakangkan hak mereka yang DITUDUH lalu terlalu melebihkan hak yang menjadi ‘mangsa’, kononnya perlu dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH juga perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya.
7- Justeru, Islam menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana itu sesiapa yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi atau jika tidak, WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan WAJIB pula menjaga dakwaan dari tersebar.
Itulah ulasan ringkas saya buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan perbincangan dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas, terutamanya dari seisapa sahaja yang berlatarbelakangkan agama.
Sekian
Penulis: 
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net
 
Advertisements

29 March 2011 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

>Kahwin Lari di Selatan Thailand

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand.

Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
     
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
     
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
     
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.
Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | 2 Comments

>Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:
  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta’abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Sumber: JAKIM

 

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Isu Orang Bukan Islam Membaca Dan Menterjemahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

>

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 3 Disember 2010 telah membincangkan Isu Orang Bukan Islam  Membaca Dan Menterjemahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan:
 
“ Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau bagi tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya.  Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut dan bukan untuk kepentingan dan tujuan tertentu/peribadi, apatah lagi jika ianya dilakukan dengan kesalahan samada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti ini boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus  menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat.
 
Maka dalam situasi yang berlaku di akhir-akhir ini, berdasarkan realiti dan fakta, ahli-ahli muzakarah sebulat suara berpendapat bahawa tindakan pemimpin-pemimpin politik bukan Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al-Quran secara sewenang-wenangnya dan tidak menepati maksud yang sebenar di ceramah-ceramah politik, tidak menunjukkan ciri-ciri keikhlasan yang sebenarnya bagi mempelajari Islam.  Oleh itu, perbuatan yang sedemikian boleh mendatangkan penghinaan berterusan terhadap kesucian Islam khususnya al-Quran sekiranya dibiarkan. 
 
Justeru, bersesuaian dengan kaedah Usul al-Fiqh Sadd az- Zarai’, Muzakarah bersetuju bahawa perbuatan orang-orang bukan Islam membaca dan menghuraikan teks-teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri  dengan tidak menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan boleh mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat.  Oleh itu, ianya perlu dihentikan dengan segera.
 
Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.”
 
Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa | Leave a comment

Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syari’e

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

 

Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:

 

a. سَدُّ الذَّرِيعَةِ : Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

 

b. إِذَا تَعَارَضَ الْمَانِعُ وَالْمُقْتَضَى قُدِّمَ الْمَانِعُ : Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.

 

c. المَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ تُقَدِّمُ عَلَى الْمَصْلَحَةِ الْخَاصَةِ: Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.

 

d. تَصَرَّفُ الإمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ : Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.

 

e. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.

 

Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa | Leave a comment

>Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 – 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.
Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian)

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian).
Muzakarah telah memutuskan bahawa Menulis dan menerbit bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, Hadis beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat al-Quran serta Hadis diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut.
Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa | Leave a comment

>Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain .
Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.
 Sumber:JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam. 
    Simber:JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

>

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga 
    Sumber: JAKIM

28 March 2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

Mengapa Ulama rasmi tidak bergaul dengan rakyat awam?

>Hari ini di antara orang yang susah nak dirapati oleh orang biasa ialah ulama ulama rasmi.

Ulama bersama ulama pun tidak boleh bersatu?.
Pentas media tempat mereka berlagak jaguh
Tetapi masing masing takut bersemuka.
Dalam bab ilmu mengaku dia aje yang betul
Menuduh ulama lain tak betul
Orang biasa yang tidak tahu hujung pangkal jadi keliru.
Entah siapa yang betul.
Mengapa jadi begitu?.

Mereka kalau boleh bertemu pun hanya di majlis ilmu atau majlis rasmi
Itu pun boleh dilihat dari jauh
selepas majlis mereka pencilkan diri
Kalau ada jamuan, tempat makan mereka di asingkan
Orang biasa tidak boleh bertemu mesra dan makan bersama

Mereka di katakan pewaris Nabi

Nabi orang rindu nak bertemu
Nabi selalu berjalan jalan dan duduk duduk dengan sahabat sahabat 
Menziarah orang fakir dan miskin untuk bertanya khabar
Kita ingin melihat apa yang dilakukan oleh Nabi dicontohi oleh para ulama 
Tidak kira mereka itu ulama rasmi atau tak rasmi

Tetapi ianya tidak berlaku
Orang pun jadi meluat dan tidak rindu nak bertemu mereka
Mereka pula bukan takad nak berkawan dengan orang biasa
bertemu pun jauh sekali,

Mengapa jadi begini?
Anda jawablah sendiri.

Wallahu’alam.

22 March 2011 Posted by | Renungan & Teladan | | 3 Comments

>Hubungan antara ULAMA dan UMARA dalam membangun UMMAH: Sorotan pandangan Ahli Al-Sunnah-Wal-Jamaah

>Oleh:

Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid


Bagaimanapun, sebelum persoalan tentang hubungan di antara Ulama dan Umara ini disentuh, baik sekali diperjelaskan satu istilah yang nampak nya berkaitan rapat, iaitulah “Orang Agama”. Istilah ini sebenar nya tidak mempunyai asas dalam tradisi Islam sebagaimana yang diwarisi oleh Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Sebalik nya ia merupakan istilah asing yang menyerap masuk melalui pengaruh orientalisme. Akar umbi nya ialah agama Kristian, dan telah mencapai tahap kesuburan yang tinggi dalam pergolakan di antara gereja dan masyarakat Eropah pada suatu masa lampau.(al-Badri)

Hakikat ini memperjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan “Ulama” dalam konteks perbicaraan ini bukanlah maksud nya “Orang Agama” dalam konsep yang dikembangkan oleh realiti agama Kristian di barat itu. Kerana di barat ia lahir sebagai pengubat luka kepada kekecewaan gereja atas kegagalannya melaksanakan tugas pemerintahan yang pernah direbut nya dari tangan para pemerintah atas dasar untuk merealisasikan keutamaan spiritual berbanding material. Bagi tujuan tersebut mereka mempopularkan kata-kata warisan yang berbunyi “Berikan apa yang dipunyai oleh raja kepada raja, dan apa yang dipunyai oleh tuhan kepada tuhan”.

Maksud nya istilah “Orang Agama” memberi erti pemisahan di antara urusan agama dengan urusan negara. Agama ada orang nya sendiri dan negara juga ada orang nya sendiri. Segala upacara keagamaan dikuasai dan dikelolakan oleh orang agama, sementara segala acara pemerintahan dikuasai dan dikelolakan oleh orang politik dan pemerintahan. (al-Badri)

Sedangkan dalam Islam tidak ada orang agama dan orang negara mengikut istilah berkenaan. Kerana pemisahan di antara agama dan negara tidak berlaku. Bagi Islam, tidak ada yang disebut sebagai kuasa agama yang terpisah daripada pemerintahan dunia dan sebaliknya pula tidak ada kuasa pemerintahan yang terpisah daripada agama.

Apa yang ada dalam Islam ialah “Ulama”. Penamaan ini tidak berdasarkan aspek kuasa, tetapi sebalik nya keilmuan. Maksud nya kepimpinan ilmu. Samalah juga dengan “Umara”. Penamaannya juga tidak berdasarkan kepada pembahagian kuasa. Sebalik nya ia memberi erti kepimpinan dalam pemerintahan. Kedua-dua nya bersatu di bawah agama “al-Din”.



Kedudukan Para Ulama:

Tanpa ulama semua orang akan menjadi jahil dan akan bertindak dalam hidup mereka mengikut hawa nafsu semata-mata. Kerana itu para ulama merupakan anugerah Allah untuk umat manusia bagi membimbing mereka ke jalan yang benar. Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menyifatkan para ulama sama seperti bintang-bintang di langit. Sabda baginda, maksud nya:
“Bandingannya para ulama di bumi ini samalah seperti bintang-bintang di langit. Ia dijadikan pedoman dalam kegelapan di laut dan di darat. Kalau bintang-bintang itu pudar mereka yang berpandukannya nyaris sesat” (Riwayat Imam Ahmad)

Dalam sebuah hadis lain Baginda Rasulullah bersabda, maksud nya:

“Semua yang ada di bumi dan di langit, termasuk sekali ikan-ikan di dalam air beristighfar untuk para ulama. Bahawa kelebihan orang alim berbanding ahli ibadat sama seperti kelebihan bulan berbanding cakerawala yang lain. Bahawa para ulama itu adalah pewaris para Nabi” (Riwayat Abu Daud dan al-Termidzi)

Dalam satu hadis lain lagi Baginda s.a.w. bersabda, maksud nya:

“ Kelebihan seorang ahli ilmu berbanding seorang ahli ibadat sama seperti kelebihan saya berbanding orang yang lebih rendah di kalangan kamu. Sesungguh nya Allah, para malaikat dan para penghuni langit dan bumi, termasuk semut di dalam lubang dan ikan di dalam air akan berselawat ke atas orang yang mengajar tentang kebaikan kepada orang”(Riwayat al-Termidzi)

Semua pujian di atas bertujuan untuk menyatakan bagaimana besar nya peranan para ulama dalam menjamin kesejahteraan Islam dan umat nya di bumi ini. Mereka merupakan pemegang amanah yang sentiasa jujur dan ikhlas kepada tugas mereka sebagai pewaris para Nabi. Dalam melaksanakan semua tugas ini mereka tidak akan tunduk kecuali kepada kebenaran.

Kedudukan Para Umara:

Sementara Umara pula adalah keperluan yang pasti bagi ummah. Tanpa nya masyarakat menjadi kacau. Malah Syariah tidak akan dapat dilaksanakan. Sehubungan dengan ini Baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksud nya:

“Pemimpin itu adalah perisai. Orang akan berperang di belakang nya dan berselindung di sebalik nya”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kerana itulah juga Allah sendiri menjanjikan kepada mereka ini tempat yang tinggi dan mulia di hari akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w. maksud nya:

“Manusia yang paling dikasihi Allah dan diberi tempat yang terdekat sekali dengan Nya pada hari kiamat nanti ialah pemerintah yang adil. Sementara manusia yang paling dibenci Allah dan diletakkan di tempat yang paling jauh sekali dengan Nya pada hari kiamat nanti ialah pemerintah yang zalim” (Riwayat al-Termidzi)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda, maksud nya:

“Ada tujuh golongan manusia yang akan diberi berteduh oleh Allah di bawah bayang Nya pada hari yang tidak ada bayang kecuali bayang Nya sahaja(salah satu daripada nya ialah) pemerintah yang adil” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sama dengan para Ulama, para Umara juga diberi kedudukan yang begitu tinggi dan penting sekali oleh Islam. Semua nya kerana peranan golongan ini dalam menjamin kemajuan Islam dan ummah nya di dunia ini.

Memandangkan kedudukan yang penting ini, dan untuk menjamin ia nya dapat dicapai oleh para Umara, Khalifah Umar Ibn al-Khattab pernah memberi nasihat kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari. Kata beliau, maksud nya:

“Penguasa yang paling berbahagia ialah mereka yang rakyat nya merasa bahagia dengan nya. Sementara penguasa yang paling celaka pula ialah mereka yang rakyat nya merasa celaka dengan nya. Ingat, jangan hidup mewah. Kerana para pegawai kamu akan meniru kamu. Bandingan kamu sama seperti binatang ternakan. Apabila berada di padang ragut yang menghijau ia akan makan banyak sehingga menjadi gemuk. Kegemukannya itu akan menjadi sebab kepada kebinasaannya. Kerana ia akan disembelih untuk dimakan” (Abu Yusuf)

Dalam satu pekeliling yang diedarkan oleh beliau kepada semua gabenor nya Umar menyebut, maksud nya:

“… Sesungguh nya saya menghantar kamu sebagai para pemerintah, bukan sebagai para penindas. Kamu diutus untuk menjadi pembimbing yang diikuti. Kerana itu tunaikan semua hak orang Islam. Jangan kamu pukul mereka, nanti mereka akan rasa terhina. Sebalik nya pula jangan kamu puji mereka, nanti mereka akan terpedaya. Jangan kamu menutup pintu terhadap mereka, nanti yang kuat akan menindas yang lemah di kalangan mereka sendiri. Jangan kamu mengutamakan diri kamu berbanding mereka, nanti kamu akan menzalimi mereka pula” (Abu Yusuf)

Dalam nada yang hampir serupa Sayedina Ali r.a. memberi nasihat kepada gabenor nya dengan berkata, maksud nya:

“Jadikan yang paling kamu sukai ialah kebenaran yang paling tepat, keadilan yang paling berakar umbi dan kerelaan rakyat yang paling komprehensif” (Ali,r.a)


Faktor Kebaikan:

Atas sifat- sifat yang disebut tadilah Ulama dan Umara disifatkan secara bersama sebagai faktor kebaikan ummah. Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. bersabda, maksud nya:

“Ada dua golongan manusia, bila mereka baik orang menjadi baik, bila mereka rosak orang menjadi rosak: Ulama dan Umara” (Riwayat Abu Na’im dalam al-Hulyah)

Sebalik nya kalau Ulama dan Umara gagal bersikap baik sepertimana yang dihuraikan di atas ummah akan jadi mangsa. Kerana itulah Rasulullah selalu mengingatkan agar keadaan seperti itu dapat dielakkan supaya tidak berlaku. Dalam sebuah hadis Baginda Rasulullahlah s.a.w. bersabda, maksud nya :

“Akan terdapat para pemerintah yang fasik dan zalim. Maka sesiapa yang mengeyakan pendustaan mereka itu dan menolong mereka melakukan kezaliman dia bukanlah dari kalangan ku”(Riwayat Ahmad, al-Nasa’i dan al-Termidzi)

Dalam satu hadis lain Baginda s.a.w. bersabda, maksud nya:

“Saya tidak bimbangkan umat saya daripada orang mukmin atau orang kafir. Kerana orang mukmin dikawal oleh iman nya dan orang kafir diperjelaskan oleh kekufuran nya. Apa yang saya bimbangkan ialah orang munafik yang berlidah lembut. Dia akan berkata tentang apa yang kamu tahu dan akan melakukan apa yang kamu tidak suka” (Riwayat al-Tabarani dan al-Bazzaz)

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda, maksud nya:

“Bila Rasulullah s.a.w. ditanya, apakah perbuatan yang paling baik, jawab Baginda, “menjauhi perkara haram dan menjadikan lidah sentiasa basah dengan menyebut Tuhan.” Apabila Baginda ditanya tentang kawan yang paling baik, Baginda bersabda: “Kawan yang sentiasa menolong kamu apabila kamu perlu dan memperingatkan kamu apabila kamu lupa” Apabila ditanya tentang manusia paling jahat Baginda s.a.w. bersabda “ Para Ulama , apabila mereka rosak” (Al-Jahiz)


Bagi Imam al-Ghazzali pula, kerosakan para Umara berlaku kerana kerosakan para Ulama. Kata beliau, maksud nya:

“ Adalah menjadi kebiasaan bagi para ulama untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar tanpa mengambil kira sangat tentang kekejaman pemerintah. Mereka sangat percaya bahawa Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid kalau sudah ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka itu ikhlas hati orang mudah menjadi lembut dan terbuka untuk menerima nasihat nya. Tetapi sekarang, lidah para ulama telah menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Kalau pun mereka bercakap, mereka tidak akan berjaya. Kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang dicakapkan. Kalau sekiranya mereka ini bersikap jujur dan bertujuan semata-mata untuk menegakkan kebenaran ilmu. Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah, dan pemerintah rosak kerana Ulama. Sementara Ulama pula rosak kerana tamakkan harta dan pangkat. Maka sesiapa yang dikuasai oleh kecintaan kepada dunia, dia tidak akan mampu memberi nasihat walaupun kepada orang bawahan, apa lagi kepada pemerintah dan pembesar” (al-Ghazali)


Hubungan Baik:

Para Ulama yang Soleh akan sentiasa berusaha untuk memberi nasihat kepada siapa saja. Kerana nasihat merupakan asas kepada agama. Dalam ayat al-Quran Allah menggesa supaya ada golongan yang melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Tentu sekali nasihat sebahagian daripada nya. Malah Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan bahawa “Agama itu nasihat”. 

Nasihat kepada para pemerintah merupakan agenda paling utama. Kerana ia boleh memberi faedah kepada pemerintah itu sendiri dan kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Kerana itulah sebahagian besar para ulama salaf berpendapat memberi nasihat kepada para pemerintah itu lebih baik daripada menderhaka dan memberontak terhadap mereka.

Kata al-Imam al-Hasan al-Basri tentang pemerintah, maksud nya:

“Merekalah yang melakukan urusan kita, sama ada untuk bersembahyang Jumaat, membahagi harta fai’, dan mengawal sempadan serta perbatasan negara. Demi Allah agama tidak akan stabil tanpa sokongan mereka, walau pun mereka itu zalim. Demi Allah kebaikan mereka lebih besar daripada kejahatan mereka” (Abu Zahrah: Malik)

Apabila Imam Malik ditanya tentang hukum memusuhi orang yang memberontak terhadap kerajaan, kata beliau “Harus, kalau kerajaan itu sama seperti Umar Ibn Abdul Aziz”.Apabila ditanya, kalau pemerintah itu tidak seperti Umar Abd.Aziz? Jawab Imam Malik: Biarkan Allah sendiri yang bertindak terhadap kedua-duanya golongan itu.: (Ahmad Amin)

Pandangan yang serupa diberi oleh oleh para Ulama lain termasuk Sa`id Ibn al-Musayyib dan al-Imam Ahmad Ibn Hanbal. Bagi mereka, apa yang perlu dilakukan terhadap pemerintah ialah memberi nasihat secara baik (al-Badri). 

Dalam penulisan klasik Islam terdapat banyak contoh nasihat yang telah diberikan oleh para Ulama kepada Para Umara itu tadi. Antara nya ialah kata-kata nasihat yang ditulis oleh al-Imam Malik kepada Khalifah Harun al-Rasyid dalam sepucuk surat nya yang masyhur itu. Dalam surat yang panjang itu,. al-Imam Malik antara lain menulis, maksud nya:

“Saya tulis surat ini untuk anda bagi tujuan berkongsi kebijaksanaan dan memberi nasihat. Fahamilah ia dengan akal anda , ulangilah penatapannya dengan mata anda dan dengarilah bacaannya dengan telinga anda. Kemudian sematkan di hati anda, simpankan dalam ingatan anda dan jangan biarkan ia hilang. Kerana di dalam nya ada kebaikan di dunia dan ada pahala dari Allah di akhirat nanti.

Fikirkan bagaimana anda nanti nya akan menghadapi mati dan segala keburukan yang akan menimpa anda. Begitu juga tentang apa yang anda bakal hadapi selepas mati nanti, termasuk pembentangan di hadapan Allah dan kemudiannya hisab serta kehidupan yang kekal selepas itu dan segala mala petaka yang disediakan oleh Allah…..

Jangan anda percaya dalam apa pun juga urusan anda kepada siapa saja yang tidak takutkan Allah. Kerana saya ada menerima riwayat bahawa Umar Ibn al-Khattab berkata “Berundinglah dalam urusan kamu dengan orang yang takutkan Allah”. Selain itu, hati-hatilah terhadap mereka yang rapat dengan anda yang mempunyai tujuan jahat. Kerana saya ada menerima riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda “ Setiap nabi dan khalifah sentiasa dikelilingi oleh dua kalangan yang rapat. Kalangan pertama selalu menyuruh dia melakukan makruf dan melarang mungkar. Sementara kalangan kedua pula ada-ada saja kejahatan yang disebabkan oleh nya”

Jangan anda berpakaian terlalu mewah. Kerana Allah tidak sukakannya. Saya mendapat riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ” Sesiapa yang mengheret pakaiannya dengan rasa bangga Allah tidak akan melihat kepada nya pada hari kiamat.

Taatlah kepada Allah dalam menentang maksiat yang dilakukan oleh manusia, dan jangan taati manusia dalam menderhaka kepada Allah. Kerana saya ada menerima riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ”Tiada kepatuhan terhadap makhluk untuk menderhaka kepada Allah”. (Abu Zahrah)

Al-Imam Abu Yusuf juga pernah menulis surat kepada Khalifah Harun al-Rasyid memberi nasihat kepada nya. Antara lain beliau menyebut:

”Wahai Amir al-Mukminin, Allah telah menugaskan kepada anda satu tugasan besar yang pahalanya sangat besar dan seksa nya juga sangat dahsyat. Allah telah menugaskan kepada anda urusan umat ini. Anda telah mengambil tanggungjawabnya memimpin umat ini sebagai satu amanah. Anda perlu ingat bahawa binaan yang tidak diasaskan atas ketakwaan akan runtuh menimpa pengasas nya sendiri dan semua orang yang membantu nya. Kerana itu anda jangan sia-siakan tugasan ini dan bekerjalah dengan izin Allah….

Tunaikan segala hak yang diamanahkan itu dan jangan cuai daripada melakukannya walau pun sesaat. Kerana pemimpin yang paling bahagia di hari akhirat nanti ialah pemimpin yang disenangi oleh rakyat nya. Hati-hatilah jangan bertindak berasaskan hawa nafsu atau dengan perasaan marah. Apabila anda berhadapan dengan dua alternatif, satu nya memberi keuntungan akhirat dan satu lagi memberi keuntungan dunia, maka anda perlu memilih keuntungan akhirat. Kerana akhirat akan kekal selama-lama nya, sedangkan dunia akan binasa. Takutilah Allah dengan cukup hati-hati. Bersikap adillah terhadap semua orang, yang dekat dan yang jauh. Dalam melaksanakan perintah Allah, jangan takut apa saja…(Abu Yusuf)

Sebalik nya para pemerintah sentiasa bersedia untuk mendengar nasihat daripada Ulama dan melaksanakannya. Khalifah Harun al-Rasyid menerima baik kedua-dua nasihat berkenaan dengan diiringi ucapan terima kasih. Atas semangat yang samalah juga Khalifah Abu Ja’far al-Mansur meminta al-Imam Malik menulis sebuah kod undang-undang bagi digunakan di seluruh mahkamah pada waktu itu. Untuk itu al-Imam Malik menulis Kitab al-Muwatta’ yang masyhur sampai sekarang itu. (Abu Zahrah)Begitulah juga Khalifah Harun al-Rasyid meminta Abu Yusuf menulis tentang dasar kewangan negara yang kemudiannya melahirkan Kitab al-Kharaj yang masyhur itu.(Abu Yusuf)

Pembangunan Ummah:

Tentu nya antara objektif di sebalik hubungan kerjasama di antara Ulama dan Umara ini ialah pembangunan Ummah. Itulah antara pengertian yang terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebut bahawa Ulama dan Umara itu dua jenis manusia yang boleh menentukan baik buruk nya masyarakat dan Ummah. Kerana salah satu daripada aspek dalam kebaikan ummah ia lah pembangunan nya.

Salah satu aspek pembangunan penting bagi ummah ialah pengukuhan kepimpinan di kalangan ummah itu sendiri. Bagi Ibn Taimiyah, ia adalah kewajipan keagamaan yang perlu dilaksanakan. Kata beliau, tiada kepentingan yang boleh dicapai kecuali ada permuafakatan di antara satu sama lain. Sedangkan permuafakatan memerlukan kepimpinan. Benarlah kata orang bahawa asas kepada pembangunan ekonomi itu ialah kestabilan politik.

Memperkukuhkan pandangan beliau itu Ibn Taimiyah menyebut hadis- hadis Rasulullah yang menyebut tentang keperluan melantik pemimpin bila saja berlaku perkumpulan di antara orang Islam, dalam musafir misal nya. Apalagi dalam politik, sosial dan ekonomi yang menjadi asas yang begitu ketara dalam pembangunan.(Ibn Taimiyah)

Dalam sejarah Islam yang panjang itu, pembangunan Ummah menjadi begitu pesat sekali di zaman pemerintahan Abbasiah. Kerana kestabilan politik boleh dikatakan telah tercapai sepenuh nya, baik pada peringkat dalaman mahu pun pada peringkat luaran. Begitulah juga di dunia zaman moden ini. Mana saja negara yang politik nya bergolak tiada kemajuan yang dapat dijayakan. Sebalik nya pula apabila politik menjadi stabil, kemajuan dengan senang saja dapat dijayakan.

Dalam realiti Indonesia dan Malaysia pun sama. Kenyataan banyak menunjukkan bahawa kemajuan menjadi pesat pada waktu kepimpinan politik menjadi stabil. Sebalik nya, dalam keadaan politik goyah tiada kemajuan yang boleh dicapai dan pembangunan ummah menjadi begitu lembap sekali.

Penutup:

Apa pun juga, semua buah fikiran yang diperkatakan dalam kertas ini lumrah belaka. Apa yang baru hanyalah peringatan dan pengungkapan kembali tentang nilai hidup yang sangat murni ini. 

Penekanan terhadap penyuburan aliran dan amalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah sebenar nya boleh membantu ke arah mencapai apa yang dicita-citakan itu. Kerana kesederhanaan nya boleh mengurangkan pertentangan antara satu sama lain, baik di antara Ulama dan Umara mahupun di antara Ulama dan Ulama sendiri.

Cara nya ialah dengan melihat Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah sebagai aliran utama di kalangan Ummah yang diwarisi dari zaman ke zaman. Sebagai aliran utama ia perlu diperluaskan tafsirannya. Para pemimpin nya perlu bijak memasukkan ke dalam aliran itu apa saja golongan yang berkemungkinan. Malah juga perlu bijak agar tiada siapa yang menyatakan dia dari kalangan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah di singkirkan.

Sesungguh nya pada konsep “’Am al-Jama’ah” yang menjadi titik penutup kepada pergolakan politik yang sangat membimbangkan pada zaman awal Islam itu ada pengertian yang mendalam terhadap pembangunan Ummah pada waktu itu. Sedangkan Mu’awiyah tidaklah seorang yang terlalu ideal berbanding dengan tokoh lain. Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud “Bahawa tangan Allah itu ada bersama Jama’ah”


Wallahu a’lam.
Bibliografi

Abu Zahrah, Muhammad, Tarikh al-Madzahib al-Islamiyah, Kahirah: Dar al-Fikr al-Arabi, 1971 

Abd. Al-Khaliq, Farid, Fi al-Fiqh al-Siasi al-Islami, Kahirah: Dar al-Syuruq, 1998

Badri (al), Abd Aziz, Al-Islam Baina al-Ulama’ Wa al-Hukkam, Al-Madinah al-Munawwarah: Al-Maktabah al-Ilmiyah, 1980

Farra`(al), Abu Ya’la, Al-Ahkam al-Sultaniyah, Bairut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1983

Gudli, Nur Abd, Fan al-Hukm Wa al-Siasah al-Syar’iyah Fi al-Fikr al-Islami, Kuala Lumpur: Dar al-Tajdid, 2007

Ibnu Taimiyah, Al-Siasah al-Syar’iyah Fi Islahi al-Ra’i Wa al-Ra’iyah, Kahirah: Matba’ah Salafiyah, 1387H.

Mawardi (al), Al-Ahkam al-Sultaniyah, Bairut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1978

‘Usymawi (al), Muhammad Sa’id, Al-Islam al-Siasi, Kahirah: Sina Lil-Nasyr, 1987

(Sumber)

18 March 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Tsunami amaran dari Tuhan

 

Tuhan telah mencipta mahkluk termasuk alam, manusia dan lain lain berserta katalog [ “instruction manual way of life”] tentang cara untuk hidup yaitu Al Quran dan As Sunnah.Maka amatlah bahaya jika manusia tidak mengenali dan faham katalog ini dan cuba mengendali kehidupannya cara sendiri mengikut logik akal semata mata.Kalau tidak ikut arahan yang telah di tetapkan dalam katalog tersebut huru hara, lintang pukang, kelam kabut, porak peranda, punah ranah, rosak binasalah dunia ini.

Tsunami Jepun 2011

Malangnya manusia sudah lupa daratan.Sudah jadi bongkak dan sombong.Justeru di bakul sampahkan katalog tersebut.Dia mahu tunjuk otaknya lebih hebat dan boleh mengatasi Tuhan.Tuhan terus di lupakan dan seolah olah Tuhan tiada berperanan di dunia ini lagi.Semua ingin dibolot oleh manusia.Lalu mencipta ideologi ideologi  saperti nasionalisme,demokrasi, zionisme,komunisme,capitalisme,sosialisme,liberalisme, atheis dan sekarang muncul ideologi pluralisme dan bermacam macam lagi ideologi yang tidak di tunjuk oleh Tuhan.Dewasa ini hampir seluruh dunia bertuhankan sistem demokrasi, termasuk sistem demokrasi pilhanraya yang di amalkan hampir keseluruhan umat Islam di dunia.Tunjuk ajar cara hidup atau “way of life’ dari Al Quran dan Sunnah di pinggirkan oleh umat Islam sendiri apatah lagi yang bukan Islam.

Beginilah keadaan umat Islam dan manusia sekarang.Maka adil lah Allah turunkan bencana tsunami.Ini mungkin pakej lengkap dari Tuhan [sebelum muncul pakej yang lebih lengkap yaitu kiamat] untuk mengajar manusia dan memperkenalkan semula manusia kepada Tuhannya.Agar bencana tsunami memberi pengajaran kepada semua manusia supaya sedar dan insaf betapa kerdilnya mereka apabila berhadapan dengan nya.Manusia dari zaman dahulu hingga zaman ini dan betapa maju tamaddun dan teknologi mereka sekali pun tidak akan mampu menghalang kehendak Tuhan.

Sebagai umat Islam kita seharusnya jangan tidak mahu sedar dan insaf dan jangan pura pura tidak mahu faham akan maksud Allah.

Tsunami Aceh 2004

Antara yang tersirat melalui kejadian banjir besar di California dan Australia, gempa dan tsunami di Aceh dan Jepun dan di lain lain negara ialah:

  1. Kepada orang Islam yang bertaqwa, Tuhan mahu tinggikan darjatnya.
  2. Kepada orang soleh adalah penghapus dosa
  3. Kepada orang orang yang degil dan menolak Tuhan dan sistemNya [walaupun dia Islam] adalah sebagai hukuman buat mereka.
  4. Kepada orang kafir adalah kutukan Allah.
“Dan Kami menolongnya daripada angkara kaum yang mendustakan ayat ayat Kami.Sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat, lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dalam banjir yang besar)”. Maksud Quran Surah Al Anbiya’ ayat 77.
“Dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeri pun melainkan sesudah ada baginya orang orang memberi peringatan untuk menjadi peringatan dan Kami sekali kali tidak berlaku zalim.” Maksud Al Quran Surah Asy Syura’ ayat 208-209.
Wallahu’alam.

16 March 2011 Posted by | Renungan & Teladan | | 7 Comments

>Bahaya orang yang suka memuji muji

Perbuatan memuji hingga ke peringkat membodek dan memuja sesama manusia adalah di larang Tuhan.Memuji manusia pun ada hadnya yaitu sekadar memberi penghormatan.”Pujian” adalah hak Allah, hanya Allah sahaja yang layak di puji.

Ulama berpendapat ada pujian kepada manusia yang di haruskan.Namun demikian,sikap suka memuji ini ada bahayanya kepada diri sendiri dan pihak yang di puji.

  1. Ada pemuji memuji pihak yang dia suka hingga ke tahap melampau.Ada yang memuji kerana muslihat politik.Sampai sanggup berbohong atau berdusta asalkan dapat menaikkan status pihak yang dia puji.Seorang ulama bernama Khalid bin Mi’dan berkata: “Sesiapa yang suka memuji penguasa (orang yang memerintah)  atau sesuatu pihak yang dia suka dengan perkara yang tidak benar di hadapan orang ramai, nescaya dibangkitkan Allah pada hari kiamat kelak dalam keadaan jatuh tersungkur kerana lidahnya (berdusta).”
  2. Orang yang mempunyai sikap suka memuji sesuatu pihak boleh timbul riak dalam dirinya kerana menunjuk nunjuk seolah olah dia penyokong kuat,suka, sayang dan mencintai pihak yang dia puji.Kadang kadang pujiannya adalah mainan hati atau mainan politik semata mata.Mungkin dia sendiri pun tak yakin dan ragu akan kebenaran pujian nya itu.Orang saperti ini adalah orang yang riak dan pendusta.
  3. Dalam berpolitik terdapat juga golongan yang suka memuji muji pihak yang fasiq dan zalim.Pihak yang suka menghalalkan cara,memfitnah, mengumpat,mengaibkan orang lain dalam berpolitik pun termasuk dalam golongan pendusta,fasiq, munafiq dan zalim.Orang Islam tidak seharusnya memuji dan memberi “markah” kepada pihak yang pendusta,fasiq, munafiq dan zalim.
  4. Bagi pihak yang di puji dan menerima pujian akan terasa gembira dan bangga hingga dia menganggap diri nya mulia.Dia akan rasa dirinya sempurna dan pihak lain terutama pihak lawan sentiasa tidak benar.Maka akan timbul perasaan ujub yang membawa kepada perasaan bongkak dan sombong hingga tidak boleh di sentuh dan tegur oleh sesiapa.

Wallahu’alam.

10 March 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 2 Comments

>Syaitan dan syaitan manusia

SYAITAN MANUSIA adalah manusia yang perangai dan tingkah lakunya jahat serupa syaitan.Syaitan jenis ini tidak akan lari, saperti syaitan dan jin kafir “original” sekalipun azan di kemundangkan.

Hari ini manusia telah di kepung dan dikontrol dengan dasyatnya oleh syaitan dan syaitan manusia.Serangan syaitan hari ini seolah olah tidak dapat ditahan saperti bah besar yang tidak dapat di bendung, sekalipun menggunakan teknologi canggih dan hebat.Syaitan telah berjanji akan menipu dan memperdaya manusia dari setiap penjuru hidup, dari depan ,dari belakang,  dari kanan, dan dari kiri.Ini telah di nyatakan dalam Al Quran Surah Al A’raf Ayat 16-17 yang bermaksud, “Iblis berkata, oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh sungguh menghalang mereka (daripada)  jalan Mu yang lurus.Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.(Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur”.

Inilah janji syaitan yang akan terus mensabotaj dan merosakkan manusia melalui hasutan dan gangguannya dengan apa cara sekalipun.Jiwa syaitan penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat yang tiada had kepada Nabi Adam dan keturunannya.Dan sifat ini telah di warisi oleh syaitan syaitan manusia pada hari ini untuk merancakkan lagi kerja syaitan.Dan pada akhir zaman serangan nya menjadi bertambah hebat, lebih lebih lagi di sokong dan di bantu oleh kuncu kuncunya mansuia syaitan yang saya sebut tadi.

Bahaya syaitan tidak mudah di lihat dengan mata kasar melainkan bagi manusia yang bersih hatinya dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.Iblis pernah bersumpah saperti yang di rakam dalam Al Quran Surah Sad ayat 82-83 yang bermaksud,” Iblis berkata: Demi kuat kuasa Mu (wahaiTuhan), aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba hamba Mu di kalangan zuriat zuriat Adam yang mukhlis (yaitu yang di beri petunjuk untuk mentaati Allah dan RasulNya).”

Syaitan dan bala tenteranya, (termasuk syaitan manusia) menyerang manusia melalui berbagai bagai kaedah, di antaranya saperti berikut:

  1. Menghalang manusia menuju kejalan yang di redhai Allah.
  2. Mengajak manusia melanggar hukum dan menentang perintah Allah.
  3. Mengajak manusia kearah kehancuran,kebinasaan dan perpecahan.
  4. Memutuskan perkara yang Allah perintah hubungkan saperti hubungan silaturrahim
  5. Sentiasa mengajak manusia supaya mengubah agama dan menukar ajaran Islam.
  6. Mengajak manusia mensyirikkan Allah.
  7. Menyuruh supaya menghalalkan cara yaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
  8. Menanam kebencian, permusuhan dan perselisihan antara manusia lebih lebih di antara sesama Muslim.
  9. Sentiasa menghalang dan menentang manusia yang hendak berjihad dengan menakut nakutkan atau memberi gambaran yang buruk kepada mereka.
  10. Menyalakan api permusuhan dan peperangan di antara sesama Islam.
  11. Menghasut supaya manusia melakukan kezaliman.

Syaitan turut menyerang pemikiran, hati dan jiwa melalui bisikan dan hasutannya.Di antaranya adalah saperti berikut:

  1. Berusaha melahirkan syak dalam hati manusia terutamamya di kalangan orang yang beriman.Bagi yang tidak beriman dia akan berusaha mengekalkan manusia itu dalam keadaan tidak beriman.
  2. Melahirkan keraguan mengenai wujudnya Allah.
  3. Melahirkan keraguan dalam perkara Akidah dan Keimanan.
  4. Sentiasa akan buat manusia ragu dalam urusan kehidupan.
  5. Menyemarakkan sifat tamak dan buruk sangka
  6. Menanamkan sifat cinta dunia dan takut mati
  7. Menyemarakkan sifat riak dan sukakan pujian
  8. Menyemai sifat hasad dan dengki
  9. Sifat memandang rendah terhadap manusia lain dan tidak menghormati sesama sendiri
  10. Rasa kagum dengan diri sendiri
  11. Sifat bakhil
  12. Sifat takabur

Yang paling bahaya dia menggunakan kaedah taz-yin yaitu maksudnya menampakkan rupa cantik, elok dan benar terhadap perkara yang batil.Dalam apa jua urusan yang dilakukan oleh manusia,syaitan dan syaitan manusia akan campur tangan, menampakkan bahawa perbuatan manusia itu baik sedangkan hakikatnya ia tidak baik.Ini akan menyebabkan manusia merasa bongkak dan syok sendiri dan akan menganggap dirinya sahaja yang betul dalam segala hal, terutama dalam hal hal agama.

Maka kita dapat lihat di sini bahawa perkara yang bersabit dengan kejahatan semuanya ada hubungan dengan syaitan dan syaitan manusia.

Wallahu’alam.

Rujukan: Ustaz Fauzi Deraman – Akademi Pengajian Islam UM
Ustaz Abdul Halim Imam Masjid Abu Bakar As-Siddiq KL
Majalah Al Islam

6 March 2011 Posted by | Tazkirah | 5 Comments

Mengapa ada Ulama besar tidak mahu menyertai Politik

Seorang Ulama dan penulis terkenal dari Mesir Sheikh Mustafa Lutfi al Manfaluti, telah menerima sepucuk surat daripada peminatnya yang menegur beliau kerana tidak pernah menulis mengenai isu-isu politik, malah lebih banyak tertumpu kepada tulisan dan ceramah mengnenai isu-isu moral dan masyarakat. Mengapa mata pena anda tidak mahu menggariskan isu-isu politik. Kami menunggu buah fikiran anda mengenai politik. Kami ingin melihat tuan Sheikh sebagai seorang ahli politik.

Dalam jawapannya, Tuan Sheikh itu menulis “Allah mengetahui bahawa saya tidak suka terlibat dalam kegiatan politik kerana politik itu dicemari dengan pembohongan, hasad dengki, penyelewengan, khianat dan fitnah”.

“Saya tidak suka menjadi tukang tarik tali gantung , malah tidak ada apa-apa bedanya antara orang politik dengan tukang tarik tali gantung. Bukankah kerja mereka untuk membunuh orang?. Apakah bezanya dengan ahli politik yang membunuh seluruh umat melalui fitnahnya?”

“Bukankah ahli politik yang terdapat dalam kalangan Umat Islam hari ini, sangat keras hati dan sanggup melakukan tipu helah sehingga mereka terlupa segala rahmat dan nekmat yang Allah curahkan kepada mereka. Bukankah orang politik itu mendapat kedudukan yang tinggi. Namun sejarah hidup politiknya penuh dengan titik-titik hitam”.

“Bolehkah menjadi seorang politik, jika tidak berdusta dalam perkataan dan perbuatannya, sepanjang kariar politiknya? Bolehkah ia melahirkan apa yang sebenarnya ada dalam sanubarinya. Mampukah ia tersenyum di kala berhadapan dengan seorang yang menangis kerana kecelakaan? Atau mampukah ia menangis di kala berhadapan dengan seorang yang sedang ketawa?”

Menjadi lumrah alam, seseorang yang sudah melakukan rasuah atau mencuri, apabila samapai ke surau atau masjid, mereka menadah tangan kelangit, memohon agar Allah memberi kepada mereka rezki yang halal dan menjauhi makanan yang haram.

Orang politik itu cepat melenting apabila ditanya oleh wartawan mengenai perkara-perkara yang menjadi punca kemarahan kepadanya. Dia lupa kepada ceramahnya di masjid tadi yang melarang supaya umat Islam jangan cepat marah atau membuat fitnah atau menghina orang lain. Apabila ditanya mengenai isu-isu sensitif dia naik berang dan lisan yang tidak bertulang itu akan memuntahkan perkatan-perkatan yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar ulamak.

Pada suatu hari seorang ulamak yang baru balik dari Mesir, sangat petah bercakap dan hujahnya membawa keyakinan. Peminatnya sangat banyak di sekitar lembah Klang yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik. Bilangan itu semakin bertambah dari satu masa ke satu masa.

Pada suatu hari seorang orang tua yang menjadi peminat setianya membisik ke teling tuan guru agar beliau jangan menyertai mana-mana parti politk kerana bimbang akan hilang taringnya pada suatu hari nanti, malah akan hilang seorang pendakwah yang sangat diperlukan oleh umat Islam.

Memang benar, apabila Tuan Guru itu menyertai sebuah parti politik, beliau telah kehilangan muridnya kerana yang hadir boleh dibilang dengan jari. Bukankah itu satu kerugian. Mereka menungu-nunggu agar Tuan Guru itu meninggalkan politk dan meyertai gerakan pembebasan fasad yang memerlukan kepada penceramah motivasi seperti beliau untuk meletakkan Islam selaras dengan zaman sains dan teknologi masa kini.
(Datuk Abd. Manaf Ahmad adalah Pengerusi Manaf Research Centre)

Sumber: Dr Ismail

3 March 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 3 Comments

>Panduan AQIQAH dan fadhilatnya

>Sebaik-baiknya membuat aqiqah adalah :

1- Jika anak lelaki afdal dengan 2 ekor kambing ( jika seekor pun memadai ).

2- Jika anak perempuan 1 ekor kambing.

3- Disembelih pada hari yang ke tujuh dari tarikh kelahiran bayi tersebut.

4- Tulang-tulang jangan dipatah-patahkan kecuali disendi-sendi sahaja.

5- Dagingnya elok dimasak manis dan diberikan kepada fakir miskin.

6- Pada hari tersebut :

(i) Disunatkan juga mencukur rambut bayi tersebut sehingga botak, rambut ditimbang dengan timbangan emas dan disedekahkan emas seberat rambut tersebut atau sama nilainya dengan timbangan emas itu ( berupa wang ) kepada fakir miskin.

(ii) Diisytiharkan nama bayi tersebut.

(iii) Ditahnikkan iaitu diberi makan sesuatu yang manis ( disuapkan manisan yang dikunyahkan kepada bayi atau disapukan/diletakkan manisan madu ke dalam langit-langit bayi tersebut ).

FADHILAT nya:

1- Mensyukuri anugerah Allah S.W.T.

2- Menghindarkan diri daripada sifat tamak haloba.

3- Mengisytiharkan bahawa dikurniakan anak.

4- Dapat memberi makan dan mengembirakan fakir miskin.

5- Mudah-mudahan anak yang diaqiqahkan itu dikurniakan Allah dengan akhlak yang mulia.

Sumber: JAIS

2 March 2011 Posted by | Ibadah | Leave a comment

>Apa lah istimewanya manusia jika tak memberi manfaat

Manusia dari segi fisikal nya tidak ada apa yang istimewa yang boleh di banggakan sangat.Manusia, walau secantik mana sekali pun terkandung dalam tubuhnya  najis dan kekotoran yang menjijikkan.Lebih lebih lagi apabila najis dan kekotoran ini keluar dari tubuh nya.Tiada siapa yang sukakan nya sekalipun yang empunya diri.

Mari kita lihat kebenaran itu:

I. Air yang keluar dari badan, ia itu peluh, bau nya masam dan menjijikkan orang.

II. Yang keluar dari telinga, adalah tahi telinga atau nanah yang meloyakan.

III. Yang keluar dari hidung, tahi hidung atau hingus, menjijikkan.

IV. Yang keluar dari mulut iaitu air liur, berbau busuk terutama air liur basi.

V. Air mata walaupun tidak busuk tetapi tetap di pandang jijik dan tidak di sukai.Apatah lagi yang keluar itu tahi mata.

VI. Yang keluar dari dua jalan, pintu depan dan pintu belakang, qubul dan dubur..Yang keluar dari nya kentut,tahi dan air kencing, tersangat busuk, jijik lagi kotor dan yang paling di benci dan me loyakan kalau di sebut sebut, wajib di basuh , kalau tidak rosak ibadah kita.Ia mengotorkan dan mencemarkan udara, mengganggu ketenteraman dan menjejaskan kesihatan manusia.

VII. Kalau dah mati bau badannya lebih busuk dari bau bangkai anjing.

Apa yang saya sebut di atas adalah perkara yang semula jadi tetapi  menjijikkan, yang semua manusia tidak berupaya menghindarkan nya.

Jika manusia tidak ada kebaikkan dalam hidupnya kecuali ada najis saperti apa yang saya sebutkan di atas, di mana kah istimewanya manusia itu? Tidak ada nilai diri.Tidak ada erti apa apa hidup mereka di dunia.Hanya akan menyusahkan orang lain.Mereka laksana sampah masyarakat .Manusia yang tidak ada kebaikkan ibarat bangkai bernyawa yang menyusahkan dan mengganggu kehidupan manusia lain.

Namun walau keadaan manusia adalah demikian dengan Rahmat dan Kasih Sayang Nya, Allah tetap mahu memuliakan manusia dan meninggikan darjatnya berbanding mahkluk makhluk nya yang lain. Allah telah mengutuskan Nabi dan Rasul S.A.W untuk memberi petunjuk kepada sekalian manusia supaya menjadi manusia yang berguna.Kita, melalui Rasul akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad S.A.W. diberi Al Quran sebagai panduan dan petunjuk.Oleh itu kita sebagai manusia, lebih lebih lagi yang sememangnya Muslim ambillah peluang berpandukan petunjuk Al Quran dan Rasul S.A.W untuk membangunkan dunia ini.Majukan dan takbir mengikut sistem dan peraturan dari Allah kerana dunia ini Allah yang punya.Kita jangan memandai mandai dan melakukan sewenang wenangnya supaya dunia tidak jadi rosak.Berbuat dan bertindaklah sesuai dengan panduan daripada Allah agar Allah redha dan Allah Rahmati serta berkati.Moga dengan itu apa yang dibuat oleh manusia tidak ada berlaku perkara negatif yang boleh merosakkan manusia itu sendiri.

Manusia harus sedar, insaf dan malu kerana hakikat diri masing masing yang tidak dapat mengelak dari kelemahan kelemahan yang saya sebut tadi.Jika manusia sedar mereka akan sentiasa tawadhuk dan merendah diri, tidak sombong,bongkak, dan pendendam, sekalipun dia raja, presiden,menteri,ulama yang berkuasa dan memerintah.

Wallahu’alam.

2 March 2011 Posted by | Renungan & Teladan | 7 Comments

   

%d bloggers like this: