Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

"Musuh2 Tasawuf dan Tarikat"

Sejak kebelakangan ini, telah wujud segolongan puak di Malaysia yg begitu galak memperlekeh, mencaci dan menghina tawasuf serta tarikat tanpa mereka membezakan terlebih dahulu tarikat muktabar atau pun tidak, habis semua dipukul sama rata! Pelbagai tohmahan demi tohmahan dilontarkan kpd tokoh2 ulama sufi muktabar serta wali2 Allah Taala. Golongan ini merasakan diri mereka begitu hebat berbanding para ulama yg telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai pewaris para nabi. Walaupun ilmu agama dan amalan yg dimiliki mereka tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dgn para ulama, namun mereka dgn megah mendabik dada utk mengatakan mereka begitu arif serta faham semuanya mengenai Islam. Amat menyedihkan lagi, golongan ini terdiri dari kalangan org Islam sendiri yg mengaku memahami, mendalami dan memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya merekalah perosak umat Islam.

Musuh2 tasawuf cuba sedaya upaya utk menyerang dan menfitnah tasawuf Islam dgn pelbagai pendustaan dan rekaan cerita semata2. Mereka juga akan melontarkan pelbagai tohmahan dan penyelewengan mungkin disebabkan oleh perasaan hasad dengki mereka ataupun mungkin juga disebabkan kejahilan diri mereka sendiri terhadap agama Islam. Lebih menyedihkan lagi ada di antara musuh2 tasawuf ini terdiri dari kalangan orang2 Islam sendiri sedangkan mereka semua sudah sedia maklum mengenai hakikat kebenaran tasawuf ini sepertimana yg terkandung di dlm sebuah al-Hadis S.A.W. mengenai Ihsan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Bahawa kamu menyembah Allah seakan2 kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu.

(Riwayat Muslim).

Berkata al-Muhaddith Syeikh Muhammad Siddiq al-Ghumari:

Sesungguhnya Ihsan sebagaimana dlm hadis tersebut adalah ibarat dari tiga rukun yg disebutkan. Barangsiapa tidak menyempurnakan rukun Ihsan yg mana ia merupakan tarikat (jalan) maka tanpa ragu2 lagi bahawa agamanya tidak sempurna kerana dia meninggalkan satu rukun dari rukun2nya. Tujuan atau kemuncak matlamat yg diseru dan diisyaratkan oleh tarikat ialah maqam Ihsan setelah memperbetukan Islam dan Iman.

(Kitab: Intishar Li Thariqi as-Sufiyyah).

Berkata Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansori:

Tasawuf ialah suatu ilmu yg diketahui dengannya keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan utk mencapai kebahagiaan yg abadi.

(Kitab: Ala Hamisy Risalah al-Qusyairi).

Berkata Imam Junaid:

Tasawuf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yg terpuji dan meninggalkan semua tingkahlaku yg rendah lagi dikeji.

(Kitab: Nusrah al-Nabawiyyah).

Berkata Syeikh Abdul Kadir Isa di dlm kitabnya Haqaiq An al-Tasawuf mengenai musuf2 tasawuf sepertimana berikut (penulis hanya mengambil secara ringkas sahaja:

Di antara musuh2 tasawuf terdiri dari kalangan orentalis lagi zindiq serta para pengikutnya dan konco2nya. Mereka telah disusun atur dan dilatih oleh golongan kafir yg jahat bagi mencela Islam. Mereka cuba memusnahkan pokok pangkal Islam dgn menimbulkan pelbagai keraguan serta menyebarkan fahaman2 utk memecahkan umat Islam. Mereka mempelajari Islam secara mendalam tetapi bertujuan utk menyeleweng dan memusnahkan Islam. Mereka juga sentiasa memiliki sifat talam 2 muka. Mereka juga mendakwa tasawuf diambil daripada Yahudi, Nasrani dan Buddha. Bermacam2 tohmahan dilemparkan terhadap tokoh2 ulama tasawuf. Apa yg lebih mendukacitakan, terdapat segelintir org Islam menggunapakai pandangan dan pendapat dari musuh2 Islam ini utk mencela tasawuf secara total. Inikah yg dikatakan pejuang Islam yg sebenarnya? Kadang2 mereka ini berselindung di sebalik sebagai seorang pengkaji/sarjana ilmuan Islam, akan tetapi merekalah di antara para perosak agama Islam dari dalam.

Di antara musuh2 tasawuf juga ialah mereka yg jahil dgn hakikat tasawuf Islam itu sendiri. Mereka tidak mempelajari dari tokoh2 ulama sufi secara jujur dan amanah serta tidak juga mengambil manfaat dari ulama2 tasawuf yg ikhlas menyampaikan ilmu pengetahuan. Mereka cuba mengkaji sendiri kitab2 tasawuf sedangkan mereka tiada asas dan tak memahami maksud sebenar serta mereka juga tidak tahu tentang penyelewengan terhadap kitab2 tersebut oleh musuh2 tasawuf Islam. Maka akan timbullah pandangan negatif dan berburuk sangka terhadap tasawuf ini.

Antaranya ialah mereka yg mencedok ilmu pengetahuan dari orientalis. Mereka hanya menggunapakai pandangan dan sangkaan salah dari para orientalis semata2. Mereka tidak dapat membezakan di antara tasawuf Islam yg sebenarnya dgn tasawuf yg telah dicemari di sebabkan mereka tiada ilmu dan asas yg bertepatan.

Inilah di antara musuh2 tasawuf serta tarikat yg bertindak menyerang tasawuf dari sebelah luar ataupun dari sebelah dlm Islam. Mereka bersungguh2 menabur fitnah selagimana mereka diberikan nyawa yg sementara ini dari Allah Taala. Mungkin juga mereka lupa bahawa mereka akan diperhitungkan oleh Allah Taala di akhirat kelak. Bersedialah!

18/04/2015 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Tarekat Tasawuf menurut Imam Ghazali

Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang ilmu dan amalan tarekat Tasawuf merupakan ilmu rasa yang dicapai dengan cara merasa (berterusan berzikir mengingati Allah) dan ber‘uzlah sahaja. Katanya:

“Ilmu dan amalan tarekat Tasawuf adalah ilmu rasa (zawq) yang hanya dapat dicapai dengan cara merasa (berterusan berzikir mengingati Allah) dan jalan ‘uzlah sahaja. Ianya tidak akan dapat dicapai dengan jalan mendengar dan ta’lim (belajar) seperti ilmu hadis, ilmu kalam, ilmu tauhid, ilmu tafsir dan lain-lain.”

Amalan tarekat Tasawuf merupakan jalan tarbiyah keimanan menerusi berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu dengan bersungguh-sungguh di dalam suasana ber‘uzlah dalam tempoh tertentu. Riadah atau latihan kerohanian yang berat ini dipimpin oleh pembimbing rohani atau shaikh mursyid melalui kesungguhan dan kegigihan usaha menentang kehendak-kehendak nafsu jahat, sifat-sifat tercela serta akhlak yang rendah dan hina supaya terhias diri kita dengan sifat-sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia.

1. Definisi Ilmu dan Amalan Tarekat Tasawuf

Definisi ilmu Tasawuf mengikut Kamus Dewan (Edisi Keempat: 2007) adalah menuntut atau mengamalkan ilmu ‘uzlah (bersuluk) iaitu ajaran atau jalan untuk mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Tarekat Tasawuf didefinisikan oleh para tokoh Tasawuf sebagai jalan mujahadah dari aspek pencapaian kesempurnaan hati melalui berbagai-bagai halangan dan mengharungi berbagai-bagai tingkatan di jalan Allah itu.

Wallahualam

'Tarekat Tasawuf menurut Imam Ghazali

Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang ilmu dan amalan tarekat Tasawuf merupakan ilmu rasa yang dicapai dengan cara merasa (berterusan berzikir mengingati Allah) dan ber‘uzlah sahaja. Katanya:
“Ilmu dan amalan tarekat Tasawuf adalah ilmu rasa (zawq) yang hanya dapat dicapai dengan cara merasa (berterusan berzikir mengingati Allah) dan jalan ‘uzlah sahaja. Ianya tidak akan dapat dicapai dengan jalan mendengar dan ta’lim (belajar) seperti ilmu hadis, ilmu kalam, ilmu tauhid, ilmu tafsir dan lain-lain.”

Amalan tarekat Tasawuf merupakan jalan tarbiyah keimanan menerusi berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu dengan bersungguh-sungguh di dalam suasana ber‘uzlah dalam tempoh tertentu. Riadah atau latihan kerohanian yang berat ini dipimpin oleh pembimbing rohani atau shaikh mursyid melalui kesungguhan dan kegigihan usaha menentang kehendak-kehendak nafsu jahat, sifat-sifat tercela serta akhlak yang rendah dan hina supaya terhias diri kita dengan sifat-sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia.

1. Definisi Ilmu dan Amalan Tarekat Tasawuf
Definisi ilmu Tasawuf mengikut Kamus Dewan (Edisi Keempat: 2007) adalah menuntut atau mengamalkan ilmu ‘uzlah (bersuluk) iaitu ajaran atau jalan untuk mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Tarekat Tasawuf didefinisikan oleh para tokoh Tasawuf sebagai jalan mujahadah dari aspek pencapaian kesempurnaan hati melalui berbagai-bagai halangan dan mengharungi berbagai-bagai tingkatan di jalan Allah itu.

Wallahualam'

12/03/2015 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tasauf | | 1 Comment

Hujjatul Islam Imam al Ghazali di kritik hebat oleh golongan anti Tasawuf

Imam Al Ghazali

Pengkritik dan golongan  anti-tasawuf seringkali menuduh bahawa kitab-kitab karangan para ulama’ tasawuf sarat dengan hadith-hadith dhaif. Tuduhan paling berat pernah dihalakan kepada sosok tubuh tokoh tasawuf  dan ulama Islam agung  yang diberi gelaran “Hujjatul Islam” iaitu Imam al-Ghazali radiyallahu anhu sendiri. Mereka menuduh di dalam karyamagnum opus  empat jilid  Ihya’ Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali itu penuh dengan hadith-hadith dhaif. Sebenarnya, perbahasan berhubung dengan kedudukan hadith-hadith dhaif tidak perlulah kita bicarakan di sini kerana perbahasannya yang panjang cuma cukuplah kita nukilkan bahawa  para ulama hadith seperti al-Hakim di dalam al-Madkhal li `ilm al-hadith,  Imam al- Bayhaqi dalam Dala’il al-nubuwwah, Imam Nawawi dalam al-Tibyan fi `ulum al-qur’an. Bahkan Imam al-Sakhawi  dalam al-Qawl al-badi` fi al-salat `ala al-habib al- shafi` menyebut bahawa ianya disepakati para ulama yang membenarkan penggunaan hadith dhaif  selama mana ianya bertujuan untuk menunjukkan kelebihan-kelebihan sesuatu amalan (fadha’ilul amal) dan menggalakkan orang ramai beramal dengannya dan menjauhi dari melakukan maksiat (al-targhib wa tarhib). Status hadith dhaif tidak sama dengan hadith palsu yang sama sekali tidak boleh beramal dengannya bahkan meriwayatkannya juga haram dan berdosa. Namun kelompok pelampau ini telah menyamatarafkan hadith dhaif dan hadith palsu sebagai satu kategori sama dan mendakwa kononnya kedua-duanya tidak boleh digunakan sama sekali. Ini telah  menimbulkan kekeliruan dan keresahan  di kalangan masyarakat dan mula memandang hina terhadap hadith dhaif. Tindakan biadap sebegini tidak pernah diamalkan oleh para ulama silam yang muktabar dan justeru it kita  jangan keliru dengan propaganda para asatizah ini yang kononnya ingin membawa islah dan tajdid dalam masyarakat agar beramal hanya dengan hadith Sahih sahaja.

Imam al-Ghazali jahil ilmu hadith?

Antara tuduhan keterlaluan yang dilemparkan terhadap Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ialah kononnya beliau jahil ilmu hadith dan kerana itulah banyak hadith-hadith dhaif dalam Ihya’ Ulumiddin. Ada juga yang mendakwa kononnya di akhir hayat beliau, Imam al-Ghazali meninggalkan tasawuf dan menjadi ahli hadith kerana beliau ditemui meninggal dunia dengan kitab Sahih Bukhari di tempat tidurnya. Harus diingati bahawa tiada manusia lain di atas mukabumi ini yang digelar “Hujjatul Islam” melainkan Imam al-Ghazali. Gelaran itu diberikan oleh masyarakat pada zamannya kerana kehebatan ilmu yang beliau miliki yang tiada tolok tandingnya. Imam Salahuddin al-Safadi (w.764) yang mengarang kitab al-Wafi, sebuah kitab biografi para ulama silam atau digelar ‘tabaqat’ yang mengandungi 14,000 para ulama menyebut bahawa bahawa “Imam al-Ghazali adalah seorang ulama mazhab Shafi’e yang tiada tandingnya di zaman beliau”.  Ulama kontemporari seperti Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa Imam al-Ghazali adalah mujaddid kurun ke-5 hijri sepertimana Imam al-Shafie di zamannya dan Umar bin Abdul Aziz di zamannya.

Yang lantang mengkritik Imam al-Ghazali sebenarnya hanya beberapa orang tokoh ulama seperti ulama anti-sufi  seperti Ibn al- Jawzi  melalui kitabnya  I`lam al-ahya’ bi aghlat al-Ihya’  dan Talbis Iblis, dan diikuti oleh Ibn Taymiyyah dan pelajarnya al-Dhahabi. Manakala majoriti ulama di zaman Imam al-Ghazali dan selepasnya semuanya mengkagumi kehebatan beliau. Hari ini kelompok ‘islah dan tajdid moden’ yang mengkritik Imam al-Ghazali mengutip kembali kritikan-kritikan ketiga-tiga orang tokoh ulama ini dan menghamburkannya kepada masyarakat sehingga masyarakat hilang hormat pada Imam al-Ghazali.

Sebagai manusia biasa, Imam al-Ghazali sudah tentu  ada kelemahannya namun sumbangan besar Imam al-Ghazali dalam ilmu akhlak atau tasawuf melalui karya Ihya Ulumiddinnya itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sekalipun sehingga dikatakan “andaikata seluruh kitab-kitab di atas mukabumi ini musnah, dan tinggal Ihya sahaja, maka ianya sudah memadai untuk membimbing manusia”. Imam Fakhruddin al-Razi mengatakan bahawa “seolah-olah Allah SWT mengumpulkan seluruh ilmu di bawah satu bumbung dan menunjukkannya kepada Imam al-Ghazali”.

Ya, memang diakui bahawa hadith-hadith dalam Ihya ada yang bersifat Hadith Dhaif sepertimana senarai yang diberikan oleh Imam Tajuddin al-Subki dalam Tabaqat al-Shafi’iyyah nya, namun sebagai sebuah kitab akhlak  yang bertujuan untuk ‘menggalakan beramal dan menjauhkan maksiat’ (targhib wa tarhib), ianya dikira tidak menyalahi disiplin ilmu hadith seperti yang  kita sebut sebelum ini. Kerana itulah tokoh-tokoh hadith seperti  Imam al-Hafiz Al-`Iraqi (w. 806)  dan Imam al-Hafiz al-Zabidi (w. 1205) ketika menyemak satu persatu hadith-hadith dalam Ihya mengatakan bahawa Ihya’ secara keseluruhannya sebuah kitab tasawuf yang cukup hebat walaupun di sana ada hadith-hadith dhaif. Bahkan mereka ini, seperti Zainuddin al-Iraqi, Ibn Hajar, al-Zabidi dan ramai lagi turut mengarang Syarah berjilid-jilid kepada kitab Ihya yang hanya empat jilid.  Imam al-Safadi turut mengatakan bahawa kritikan terhadap Ihya hanya kerana di sana ada hadith-hadith dhaif tidak boleh diterima kerana kriteria ketat untuk hadith hanyalah dalam hal-hal Aqidah dan Fekah sepertimana disepakati majoriti ulama. Adapun dalam hal-hal tasawuf, akhlak atau etika, maka kelonggaran diberi di sana.

Tuduhan bahawa Imam al-Ghazali tidak belajar ilmu hadith  juga adalah tuduhan biadap yang pernah kita dengar berlegar di dalam masyarakat kita hari ini.  Ianya tidak benar samasekali, walaupun kepakaran Imam al-Ghazali lebih menonjol dalam bidang Tasawuf, namun kita tidak boleh nafikan bahawa beliau juga pernah mendalami ilmu hadith.  Ibn ‘Asakir  turut menyebut bahawa Imam al-Ghazali pernah belajar Sahih Bukhari dari Imam Abu Sahl Muhammad ibn Ahmad al-Hafsi. Manakala guru-guru hadithnya yang lain ialah seperti Imam Nasir ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Hakimi al-Tusi, pakar hadith Imam Abu al-Fityan ‘Umar ibn Abi al-Hasan al-Ru’asi al-Dahistani dan  ramai lagi. Wallahu’alam.

 

(Sumber: http://roskiman.com/blog/2012/07/20/imam-al-ghazali/)

13/01/2013 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | , | 2 Comments

   

%d bloggers like this: