Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

CIRI- CIRI ULAMA SU’ YANG PERLU DI KETAHUI


ULAMA SU’ berpenampilan menyerupai ulama padahal dalam jiwanya bergelimang dengan matlamat duniawi mengejar harta , pangkat dan kemashuran.

Mereka sanggup melakukan khianat dan mengadai prinsip hidup semata- mata untuk mendapat kuasa demi kepentingan diri sendiri.

Orang berilmu jenis ini sebagaimana dikatakan Nabi SAW disebut ulama su’. Ulama yang suka memutar balikan fatwa, yang memperalat ilmu agama untuk kepentingan dunia dan merasa pendapatnya benar dan pendapat orang lain salah.

Percakapannya kotor suka maki hamun, membuat fitnah dan membodohkan orang lain. Lebih dahsyat lagi sikapnya mudah menyesatkan orang lain dalam perkara khilaf.

Ulama su’ merasa diri hebat dan suci, lidahnya amat mudah menuduh orang lain fasik , liwath dan munafik tanpa bukti yang sahih. Kerana sikapnya yang kasar dan bengis menyebabkan pengikutnya bersikap fanatik dan taksub yang membabi buta.

Ulama su’ sanggup memecahbelahkan umat, mengadu domba sana sini disebabkan perbezaan pandangan dan pendekatan

Dalam dakwah kepada non Muslim ulama su’ mengambil pendekatan keras dan kasar, tidak menggunakan cara hikmah dan lemah lembut, boleh menyebabkan non Muslim pandang serung kepada pendakwah Islam.

Ulama su’ walaupun berilmu tetapi tidak mengamlkan ilmu tersebut, diakhirat nanti akan dimasukkan ke Neraka berdasarkan hadis Nab SAW.

Rasûlullâh Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

يُؤْتَى بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُ بَطْنِهِ فَيَدُورُ كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِالرَّحَى فَيَجْتَمِعُ إِلَيْهِ أَهْلُ النَّارِ فَيَقُولُونَ يَافُلَانُ مَالَكَ أَلَمْ تَكُنْ تَأْمُرُ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ فَيَقُوْلُ بَلَى قَدْ كُنْتُ آمُرُ بِالْمَعْرُوْفِ وَلاَ آتِيْهِ وَأَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَآتِيْهِ

“Seorang laki-laki didatangkan pada hari kiamat lalu dilemparkan ke dalam neraka, sehingga isi perutnya terurai, lalu ia berputar-putar seperti keledai berputar-putar mengitari alat giling (tepung). Para penghuni neraka mengerumuninya seraya bertanya, ‘Wahai Fulan! Ada apa denganmu? Bukankah engkau dahulu menyuruh orang melakukan perbuatan makruf dan mencegah perbuatan munkar?’

Ia menjawab, ‘Benar. Aku dahulu biasa menyuruh orang melakukan perbuatan makruf tapi aku tidak melakukannya. Aku mencegah kemunkaran, tetapi justru aku melakukannya”

(HR. Al-Bukhâri, no. 3267dan Muslim, no. 2989)

Oleh itu kalian jauhilah ulama su’ supaya tidak termasuk golongan yang dimurkai Allah.

Carilah ulama pewaris Nabi yang ikhlas menyampaikan ilmu agama.

Wassalam

Makmum Sundari
29.12.2023

29/12/2023 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment

ADAKAH ASHAB AL-KAHFI BERAGAMA KRISTIAN?

Pengenalan:
Baru-baru ini tular satu klip video berkenaan ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 yang menyentuh berkenaan agama Ashab al-Kahfi (para pemuda Kahfi) dalam ucapan beliau di perhimpunan bulanan. Oleh itu, dalam Bayan Linnas kali ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) akan menjelaskan berkenaan adakah Ashab al-Kahfi itu beragama Kristian.

Apakah Agama Ashab al-Kahfi
Para ulama berbeza pandangan mengenai agama Ashab al-Kahfi yang disebut dalam al-Quran Pandangan pertama mengatakan bahawa mereka adalah beragama Yahudi kerana orang Yahudi di zaman Nabi SAW bertanya kepada Baginda mengenai Ashab al-Kahfi, tidak mungkin Yahudi bertanya kepada Nabi SAW jika Ashab al-Kahfi itu beragama Kristian. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibn Kathir:

وقد ذُكر أنهم كانوا على دين عيسى ابن مريم عليه السلام، والله أعلم. والظاهر أنهم كانوا قبل ملة النصرانية بالكلية، فإنه لو كانوا على دين النصرانية، لما اعتنى أحبار اليهود بحفظ خبرهم وأمرهم، لمباينتهم لهم

Maksudnya: “Telah disebutkan bahawa mereka mengikuti agama Nabi Isa yang merupakan anak kepada Maryam. Namun secara zahirnya mereka sebelum agama Nasrani, kerana jika mereka mengikuti agama Nasrani, para pendeta Yahudi tidak akan memberi perhatian untuk memelihara kisah mereka, kerana permusuhan mereka dengan Nasrani.”

Manakala menurut Syeikh Tahir Ibn Asyur berkemungkinan agama Yahudi dan Nasrani mengetahui tentang satu kaum yang dikenali dengan Ashab al-Kahfi dan mereka saling mendakwa bahawa kaum itu adalah dari kalangan orang soleh agama mereka[1].

Walau bagaimanapun menurut kebanyakan ulama Ashab al-Kahfi adalah beragama Nasrani. Imam Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan perkataan mujahid dengan katanya:

وكانت شريعتهم شريعة عيسى في قول جماعة من سلف علمائنا

Maksudnya: “Syariat mereka iaitu Ashab al-Kahfi adalah mengikut syariat Nabi Isa AS menurut sebilangan ulama salaf[2].”

Asal Usul Perkataan Kristian/Christian
Perkataan Kristian atau christian berasal dari bahasa Greek iaitu daripada perkataan ‘christos’ atau ‘kristus’ yang bermaksud ‘the anointed one’ merujuk kepada maksud ‘yang diurapi’. Perkataan kristus pula, ialah merujuk kepada Jesus oleh penganut agama Kristian. Rentetan daripada itu, wujudnya perkataan atau istilah christ yang sama maksud dengan perkataan al-masih dalam bahasa hebrew yang mana ia merujuk kepada maksud Rasul yang dipilih. Oleh yang demikian, istilah christian ini ialah merujuk kepada golongan atau penganut yang mengikut ajaran Jesus.[3]

Selain itu, agama Kristian juga dikenali dengan agama Nasara merupakan agama samawi yang mana ia dibawa oleh Nabi Isa AS kepada Bani Israil supaya mengikut syariat serta mentauhidkan Allah SWT. Namun, setelah Baginda Isa AS diangkat ke langit agama Kristian telah diubah dan diseleweng daripada ajaran asalnya .[4] st. Paul antara individu yang terlibat dengan penyelewengan agama ini dan penggunaan istilah Christian dilakukan oleh pengikutnya setelah ketiadaan Nabi Isa AS selama berpuluh tahun.[5]

Dalam kajian yang dibuat oleh Abdul Halim Syihab dan M. Afif Afnan istilah “agama Kristian” muncul selepas Nabi Isa AS diangkat ke langit kerana baginda tidak bertutur dalam bahasa Greek[6].

Walau bagaimanapun penggunaan al-Masih yang memiliki makna yang sama dengan Kristian (christian) telah digunakan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT:


مَّا ٱلْمَسِيحُ ٱبْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُ وَأُمُّهُۥ صِدِّيقَةٌ ۖ كَانَا يَأْكُلَانِ ٱلطَّعَامَ ۗ ٱنظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ ٱلْـَٔايَٰتِ ثُمَّ ٱنظُرْ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ ‎﴿٧٥﴾

Maksudnya: “Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).”
Surah al-Maidah (75)

Kesimpulan
Ulama berbeza pandangan mengenai agama yang dianuti oleh pemuda Ashab al-Kahfi namun menurut pandangan yang kuat mereka adalah mengikuti agama Nasrani. Penggunaan istilah agama Kristian hanya muncul setelah Nabi Isa AS diangkat ke langit. Manakala perkataan christ memiliki maksud yang sama dengan perkataan al-masih dalam bahasa hebrew yang bermaksud Rasul yang dipilih dan ia disebutkan dalam al-Quran.

Oleh itu mengatakan bahawa Ashab al-Kahfi adalah beragama Kristian tidak menjadi kesalahan. Namun harus dibezakan antara agama yang diubah dan ditokok tambah dari ajaran tauhid yang sebenar dengan agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa AS.

Dalam pegangan akidah Islam, semua agama yang datang sebelum Islam telah dimansukhkan dengan kedatangan Islam.

Wallahu A’lam

Rujukan:
[1] Muhammad Tahir Ibn Asyur. (1984). Al-Tahrir wa al-Tanwir, Tunis: al-Dar al-Tunisiyyah.
ويجوز أن يكون لأهل كلتا الملتين ، اليهودية والنصرانية ، خبر عن قوم من صالحيهم ، عرفوا بأهل الكهف ، أو كانوا جماعة واحدة ادعى أهل كلتا الملتين خبرها لصالحي ملته، وبني على ذلك اختلاف في تسمية البلاد التي كان بها كهفهم”
[2] Muhammad bin Jarir al-tabari. (1967). Tarikh al-Tabari, Mesir: Dar al-Maarif, jld. 2, hlm. 6.

[3] Rujuk al-Irsyad: Jurnal of Islamic and Contemporary Issues “Perbandingan Konsep Messiah Menurut Perspektif Islam dan Kristian” Hlm: 83. https://www.researchgate.net/publication/357600366_Perbandingan_konsep_Messiah_menurut_perspektif_Islam_dan_Kristian_Comparison_of_the_Messiah_concept_according_to_Islamic_and_Christians_perspective

[4] Zakaria @ Mahmud bin Daud. Jurnal Usuluddin: Agama Kristian Kini Dan Pengasasnya. Hlm: 2.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/2968/1122

[5] al-Irsyad: Jurnal of Islamic and Contemporary Issues “Perbandingan Konsep Messiah Menurut Perspektif Islam dan Kristian” Hlm: 83.

[6] Rujuk al-Irsyad: Jurnal of Islamic and Contemporary Issues “Perbandingan Konsep Messiah Menurut Perspektif Islam dan Kristian” Hlm: 83.

Sumber:
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/5815-bayan-linnas-siri-ke-286-adakah-ashab-al-kahfi-beragama-kristian

24/12/2023 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Contoh Dialog Dgn Wahabi Berkaitan Ayat Mutasyabihat: “يد الله” (Parti 2)

Wahabi kata, hangpa tak samakan Tuhan dgn makhluk, tapi hangpa duk kata Tuhan melihat, dan melihat tu tak sama dgn melihat makhluk. Kalau lagu tu, macam kami jugak la, kami pun kata benda yg sama iaitu tangan Tuhan, tapi tak sama dgn tangan makhluk.

Kita kata, jauh beza tu. Tangan dan melihat tu dua perkara yg berbeza. Tangan tu sifat jisim, manakala melihat itu sifat perbuatan. Sifat perbuatan ni pula ada kaitan dgn Sifat Zat. Manusia melihat dgn mata, mata tu sifat jisim manusia. Tak dak mata, tak melihat la manusia. Manakala Allah, melihat itu sendiri adalah sifat Allah. Sifat Zat Allah iaitu Maha Melihat. Sebab itu ada seorang ulama Melayu yg dikenali sebagai Tuan Guru Pak Da Eil, mengistilahkan “Pelihat” utk Sifat Zat Allah, nak bagi beza dgn Sifat Perbuatan iaitu “Melihat”. Mungkin orang lain, tidak menggunakan istilah “Pelihat”, akibatnya kadangkala terkeliru antara Sifat Zat dgn Sifat Perbuatan. Tuan Guru Pak Da Eil amat halus dan teliti dalam memberikan istilah dalam ilmu akidah dalam konteks bahasa Melayu, sehinggakan dgn istilah itu dapat dibezakan antara Sifat Zat dgn Sifat Perbuatan.

Kita lanjutkan lagi, tangan tu adalah sifat jisim bagi manusia. Kenapa ada tangan, sebab manusia nak buat tu ini. Ada tangan ada kemampuan la nak buat tu ini. Kalau tak dak tangan, tak boleh nak buat apa. Apabila ada tangan, maka lahirlah perbuatan manusia. Allah سبحانه وتعالى tidak wajar kita pi kata tangan Allah, sbb itu bukan sifat zatnya. Kalau kita nak kata tangan tu dgn maksud ‘kuasa’, maka ia amat wajar kerana bersesuaian dgn Sifat Zat Allah yg Maha Berkuasa atau dalam istilah yg digunakan oleh Tuan Guru Pak Da Eil sbg “Pekuasa”.

Kita lanjutkan lagi, pasaipa hangpa sabitkan Sifat tangan bagi Allah, hangpa nak kata sbb ada dalam al-Quran kan? Bagi kami, apabila sabitkan zahir ayat mutasyabihat, akan membawa kepada fahaman menjisimkan Allah. Mmg la hangpa kata hangpa nafikan jisim bagi Allah, tetapi kami hairan, pasaipa dalam masa yg sama hangpa nak sabitkan jugak tangan Allah sedangkan boleh sahaja difahami sebagai kuasa Allah, berdasarkan murad ayat itu berdasarkan disiplin ilmu dalam mentakwilkan ayat mutasyabihat.

Sebab tu kalau belajaq ilmu aqidah ikut aliran Asha’irah wal Maturidiyyah, seperti yang diajarkan oleh tuan2 guru kita di alam Melayu, banyak perkara dapat diselesaikan berkaitan dgn isu akidah yg menyelubungi umat Islam terutamanya mengenai Sifat Allah عز وجل.

Wallahua’lam

Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

19/12/2023 Posted by | Bicara Ulama, Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

CONTOH DIALOG DGN WAHABI TENTANG AYAT MUSTASYABIHAT.

“يد الله”Wahabi kata kena berpegang kepada zahir makna kerana itulah yg Allah maksudkan.

Kita kata mana bukti kata Allah maksudkan begitu?

Depa kata sebab يد tu bermaksud tangan, jadi tanganlah maksudnya dalam ayat tu.

Kita kata, itu menurut fahaman kamu, bukan Allah maksudkan begitu. Sbb يد ni ada banyak makna dalam Bahasa Arab. Kenapa kita terus pergi kepada zahir makna sahaja? Kemungkinan Allah maksudkan yg lain. Buktinya, berdasarkan ayat muhkamat Allah menegaskan “ليس كمثله شيء وهو السميع البصير”

Depa kata, kalau kita kata tangan pun tak bertentangan dgn ayat ni sbb tangan Allah tak sama dgn tangan kita, tangan yg layak dgn Dia. Tak perlu tanya lagu mana sbb kita tak tau lagu mana.

Kita kata, maknanya hangpa nak kata Allah ni bertangan lah, macam manusia bertangan, tetapi tangan yg tak sama dgn makhluk. Hat ni sama seperti hangpa nak menjisimkan Allah apabila hangpa kata tangan Allah, tetapi tak sama dgn tangan manusia.

Depa kata, dak, kami tak menjisimkan Allah. Sbb Allah sebut tanganlah kami pun sebut tangan. Mensabitkan sifat Allah, seperti Allah mensabitkan perkara itu di dalam al-Quran.

Kita kata, berbalik kepada perbincangan mula tadi la. Betulkah يد yg ada di dalam al-Quran bermaksud tangan seperti yg hangpa faham ni?

Depa kata, ya betul tangan sbb Allah sendiri yg sebutkan tangan.

Kita kata, kami tak faham lagu yg hangpa faham. Apa yg kami faham, يد ni ada banyak makna. Antara sifat Allah yang muhkam dan jelas di dalam al-Quran ialah sifat berkuasa, jadi kami terjemahkan makna يد itu dgn makna kuasa sbb sesuai dgn makna ayat muhkamat tersebut yg memperihalkan mengenai sifat Allah سبحانه وتعالى yg Maha Berkuasa. Lagi pun يد itu dalam penggunaan bahasa Arab ada yg bermaksud berkuasa. Mmg tidak salah kita terjemahkan يد dgn kuasa kerana sesuai dgn makna ayat muhkamat ttg sifat Allah. Walau bagaimana pun makna sebenar, Allah sahaja yg mengetahuinya. Kita cuma bahas apa yg Allah ajarkan kepada kita mengenai sifat2nya.

Last sekali wahabi naik angin, depa kata tok sah duk takwil2. Kalau hangpa takwil bermakna hangpa tidak beriman dgn ayat tu. Hangpa cuba nak ubah ayat al-Quran jadi makna lain. Generasi salaf dulu mana takwil2 macam hangpa takwil.

Kita kata, لا حول ولا قوة إلا بالله, kita dah bincang elok2 berdasarkan disiplin ilmu ttg sifat Allah dan kaedah bahasa, tup2 kita pulak yg dituduh tidak beriman kepada ayat tersebut. Kalau kita nak lanjutkan lagi perbincangan, kita akan tanya depa, mana bukti ulama salaf berpegang kepada zahir ayat mutasyabihat itu utk dijadikan pegangan akidah berkaitan dgn Sifat Allah?

Wallahua’lam

Wahabi kata kena berpegang kepada zahir makna kerana itulah yg Allah maksudkan.

Kita kata mana bukti kata Allah maksudkan begitu?

Depa kata sebab يد tu bermaksud tangan, jadi tanganlah maksudnya dalam ayat tu.

Kita kata, itu menurut fahaman kamu, bukan Allah maksudkan begitu. Sbb يد ni ada banyak makna dalam Bahasa Arab. Kenapa kita terus pergi kepada zahir makna sahaja? Kemungkinan Allah maksudkan yg lain. Buktinya, berdasarkan ayat muhkamat Allah menegaskan “ليس كمثله شيء وهو السميع البصير”

Depa kata, kalau kita kata tangan pun tak bertentangan dgn ayat ni sbb tangan Allah tak sama dgn tangan kita, tangan yg layak dgn Dia. Tak perlu tanya lagu mana sbb kita tak tau lagu mana.

Kita kata, maknanya hangpa nak kata Allah ni bertangan lah, macam manusia bertangan, tetapi tangan yg tak sama dgn makhluk. Hat ni sama seperti hangpa nak menjisimkan Allah apabila hangpa kata tangan Allah, tetapi tak sama dgn tangan manusia.

Depa kata, dak, kami tak menjisimkan Allah. Sbb Allah sebut tanganlah kami pun sebut tangan. Mensabitkan sifat Allah, seperti Allah mensabitkan perkara itu di dalam al-Quran.

Kita kata, berbalik kepada perbincangan mula tadi la. Betulkah يد yg ada di dalam al-Quran bermaksud tangan seperti yg hangpa faham ni?

Depa kata, ya betul tangan sbb Allah sendiri yg sebutkan tangan.

Kita kata, kami tak faham lagu yg hangpa faham. Apa yg kami faham, يد ni ada banyak makna. Antara sifat Allah yang muhkam dan jelas di dalam al-Quran ialah sifat berkuasa, jadi kami terjemahkan makna يد itu dgn makna kuasa sbb sesuai dgn makna ayat muhkamat tersebut yg memperihalkan mengenai sifat Allah سبحانه وتعالى yg Maha Berkuasa. Lagi pun يد itu dalam penggunaan bahasa Arab ada yg bermaksud berkuasa. Mmg tidak salah kita terjemahkan يد dgn kuasa kerana sesuai dgn makna ayat muhkamat ttg sifat Allah. Walau bagaimana pun makna sebenar, Allah sahaja yg mengetahuinya. Kita cuma bahas apa yg Allah ajarkan kepada kita mengenai sifat2nya.

Last sekali wahabi naik angin, depa kata tok sah duk takwil2. Kalau hangpa takwil bermakna hangpa tidak beriman dgn ayat tu. Hangpa cuba nak ubah ayat al-Quran jadi makna lain. Generasi salaf dulu mana takwil2 macam hangpa takwil.

Kita kata, لا حول ولا قوة إلا بالله, kita dah bincang elok2 berdasarkan disiplin ilmu ttg sifat Allah dan kaedah bahasa, tup2 kita pulak yg dituduh tidak beriman kepada ayat tersebut. Kalau kita nak lanjutkan lagi perbincangan, kita akan tanya depa, mana bukti ulama salaf berpegang kepada zahir ayat mutasyabihat itu utk dijadikan pegangan akidah berkaitan dgn Sifat Allah?

Wallahua’lam

Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

18/12/2023 Posted by | Bicara Ulama, Perbahasan Ulama, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Ketika Kaum Muslimin di timpa Musibah Nabi baca Qunut Nazilah selama sebulan.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


SOALAN

Assalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan tentang hukum bacaan Qunut Nazilah tatkala umat Islam ditimpa dengan sesuatu musibah?

JAWAPAN

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Qunut pada asasnya adalah doa. Bacaan qunut terbahagi kepada dua.

Pertama, Qunut Ratibah, iaitu qunut yang disunatkan untuk membacanya pada dua tempat :

Pada Iktidal di dalam rakaat yang kedua solat Subuh
Pada Iktidal yang terakhir dalam solat sunat Witir bermula pertengahan bulan Ramadhan. (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masa’il al-Mufidah, hlm. 244).

Kedua, Qunut Nazilah iaitu doa yang disunatkan untuk dibaca di dalam solat ketika berlaku sesuatu musibah atau bencana khususnya ketika ianya melibatkan orang muslim.

Dalam menjawab persoalan terdapat kisah yang tertulis di dalam sirah Rasulullah SAW, bahawa Baginda SAW pernah membaca doa qunut nazilah ketika mana berlakunya suatu pengkhianatan dan pembunuhan ke atas beberapa sahabat Nabi SAW. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kejadian tersebut, antaranya yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa:

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏.‏

Maksudnya: “Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.”

Riwayat al-Bukhari (4090)

Selain itu, Abu Hurairah R.A, berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ صَلَاةِ الْعِشَاءِ قَنَتَ اللَّهُمَّ أَنْجِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ اللَّهُمَّ أَنْجِ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya Nabi SAW apabila berkata “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” pada raka’at terakhir ketika solat ‘Isya’, beliau membaca qunut “Ya Allah selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah, Ya Allah selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Ya Allah selamatkanlah Salamah bin Hisyam, Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah keraskanlah ‘azab-Mu ke atas Mudhar, Ya Allah jadikanlah (‘azab-Mu) ke atas mereka dalam bentuk musim kemarau yang panjang sepertimana musim kemarau zaman Nabi Yusuf AS.”

Riwayat al-Bukhari (6393)

Berdasarkan hadis-hadis di atas, Imam al-Nawawi mengatakan bahawa pendapat yang sahih di sisi mazhab al-Syafie adalah: Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/475).

Imam al-Nawawi turut berkata: “Disyariatkan qunut dalam kesemua solat fardhu disebabkan nazilah (kejadian tertentu yang berlaku) dan bukanlah (ia dibaca) secara mutlak (yakni tanpa sebarang sebab).” (Lihat Minhaj al-Talibin, 1/222).

Manakala Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam mensyarahkan kata-kata Imam Al-Nawawi di atas beliau berkata: “Sama ada nazilah (kejadian yang berlaku) itu bersifat umum atau pun perkara khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudharatannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga taun, demikian juga hujan lebat yang memudharatkan.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 2/68).

Selain itu, Imam al-Syafi’ie di dalam kitab al-Umm menyatakan bahawa sekiranya ditimpa musibah boleh membaca qunut Nazilah pada waktu yang dilarang membaca qunut. Ini berdasarkan pendapat beliau: Tidak ada qunut ketika solat dua hari raya dan solat Istisqa’. Sekiranya membaca qunut ketika musibah, aku tidak memakruhkan. (Lihat al-Umm, 2/510).

Qunut nazilah disunatkan untuk dibaca secara jelas (Jahar) dan disunatkan untuk mengangkat tangan yang mana ianya dibaca pada rakaat terakhir setelah bangun daripada rukuk. Qunut nazilah hanya dibaca pada di dalam solat fardhu.

Imam al-Nawawi berkata: “Adapun (Qunut) selain solat Subuh iaitu solat fardhu yang lain, tidak boleh untuk melakukan qunut tanpa ada sebarang hajat.Apabila umat Islam ditimpa satu musibah, maka boleh melakukan qunut dalam semua solat fardhu.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/493).

Syeikh al-Bujairimi menyebut: “Tempat di dalam solat yang mana makmum dibenarkan untuk menyaringkan suara di belakang imam ada lima : Ketika mengaminkan bacaan Al-Fatihah bersama imam, dalam qunut Subuh, dalam qunut ketika solat sunat Witir bermula pada pertengahan bulan Ramadhan dan dalam Qunut Nazilah dalam solat lima waktu.” (Lihat Tuhfah al-Habib ‘Ala Syarh al-Khatib, 4/369).

Al-Khatib Al-Syarbini: “Jika ada musibah yang menimpa umat Islam maka disunatkan untuk membacanya (qunut) pada keseluruhan solat (fardhu).” (Lihat al-‘Iqna’ fi Hilli Alfaz Abi Syuja’, 1/130).

Berdasarkan apa yang disebutkan ini, maka dapat difahami bahawa qunut nazilah hanya dibaca di dalam solat fardhu bukannya di dalam sunat. Hanya dalam solat sunat Witir disunatkan untuk membaca Qunut. Adapun selain daripada itu, tidak disunatkan membaca Qunut.



Antara Keadaan yang Dibacakan Qunut Nazilah

Menurut Mulla Ali al-Qari, diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar membaca qunut ketika memerangi Musailamah al-Kazzab dan ketika memerangi ahli kitab. (Lihat Mirqah al-Mafatih, 4/417).

Dinyatakan bahawa Saidina Umar RA, ketika memerangi orang Nasrani membaca doa Qunut Nazilah di dalam solatnya:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ وَلا نَكْفُرُكَ ، وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَفْجُرُكَ ، اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، وَنَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخَافُ عَذَابَكَ إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ ، اللَّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ ، وَأَلْقِ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ، وَخَالِفْ بَيْنَ كَلِمِهِمْ ، وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ رِجْسَكَ وَعَذَابَكَ ، اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكِ وَيُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُونَ أَوْلِيَاءَكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ، وَاجْعَلْ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ وَالْحِكْمَةَ ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُولِكَ ، وَأَوْزِعْهُمْ أَنْ يُوفُوا بِعَهْدِكَ الَّذِي عَاهَدْتَهُمْ عَلَيْهِ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، إِلَهَ الْحَقِّ وَاجْعَلْنَا مِنْهُمْ

Maksudnya: “Ya Allah kami memohon darimu pertolongan dan keampunan, kami memujimu dan tidak sesekali kami mengkufurimu, dan kami beriman kepadamu, kami menjauhi dan meninggalkan mereka yang menderhakaimu, wahai tuhan yang kami sembah,dan kepadamu kami menunaikan solat dan bersujud, dan kepadamu kami menuju, dan kami mengharapkan rahmatMu, dan kami sangat takut akan azabMu, Sesungguhnya azabMu untuk mereka yang mengkufurimu,Ya Allah azabkanlah orang kafir, dan letakkanlah di hati mereka ketakutan, dan berbalikkanlah kesatuan mereka, dan turunkanlah laknat dan azab darimu, Ya Allah azabkanlah orang kafir dari ahli kitab yang menghalang jalanMu dan tidak membenarkan Rasaul-rasulmu dan membunuh para auliya’Mu, Ya Allah ampunkanlah orang-orang mukmin, dan orang-orang Islam, dan perelokkan serta satukan kesatuan mereka, dan letakkanlah di hati mereka iman dan hikmah,dan kekalkan mereka di atas agama rasulMu, dan ilhamkan mereka untuk setia dengan janjiMu yang telah engkau janjikan, dan bantulah mereka dalam menghadapi musuhmu dan musuh mereka, Wahai tuhan yang benar, jadikanlah kami dari golongan yang engkau bantu.” (Lihat Futuhat Rabbaniyah, 3/301).



KESIMPULAN

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami berpendapat bahawa membaca qunut nazilah ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan Islam dan Umat Islam secara keseluruhan seperti diperangi secara nyata atau dikhianati musuh, adalah diharuskan. Bahkan, kami katakan ianya sunat berdasarkan beberapa riwayat yang telah dinyatakan.

Sebagai contoh dalam konteks hari ini, dapat dilihat ketika mana Gaza dan Syria dilanda peperangan, imam Masjid al-Haram membaca qunut nazilah mendoakan kemenangan ke atas orang Islam di sana sekaligus mendoakan kehancuran serta memohon kepada Allah diturunkan bala bencana ke atas orang kafir yang memerangi orang Islam.

Kami juga berpendapat, sewajarnya umat Islam memperbanyakkan istighfar, taubat, sedekah,dan ketaatan kepada Allah. Ini kerana ia akan menyelesaikan banyak kemelut yang dihadapi oleh ummah. Benarlah firman Allah SWT:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.”

(Surah Nuh: 10-11)

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala suruhan-Nya. Amin.

Wallahu a’lam.

09/12/2023 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Di antara keajaiban golongan tidak bermazhab di akhir zaman:


Mengaji mazhab Syafie dari kecil.

Bila jadi Salafi atau Wahhabi, dia sebenarnya bermazhab “tanpa mazhab.”

Tetapi terpaksa mengaku bermazhab Hanbali sebab nak cover line (taqiyyah) dan takut nampak poyo (ujub) dan ego sangat.

Nak mengaku mazhab Syafie, agak sukar sebab dia banyak bid’ahkan pandangan mazhab Syafie 😎

Namun, bila ditanya KITAB atau MATAN FIQH mazhab Hanbali mana yang dia dah belajar untuk melayakkan dia menjadi pengikut mazhab Hanbali, satu pun tak ada. 😬🤦🏻‍♂️

Kemudian, betapa banyaknya hukum-hukum mazhab Hanbali yang dia tidak lakukan dalam ibadah-ibadah hariannya seperti dalam bab wuduk.

Mazhab Hanbali mempunyai rukun wuduk yang paling banyak.

Mazhab Hanbali juga menyatakan hadiah pahala sampai kepada si mati termasuk ibadah solat.

Orang yang banyak menipu, akan terkantoi juga.

Afwan. Semoga bermanfaat.

DR ABDULLAAH JALIL

09/12/2023 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

TAKRIFAN ULAMA MUKTABAR MENGENAI BIDA’AH.

Mafhum Hadis.
“Setiap yang baharu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat it ke neraka” (HR. Abu Daud, al-Tirmidzi, In Majah, Ahmad dan al-Hakim)

Secara zahirnya, hadis ini difahami setiap sesuatu yang baharu itu adalah sesat dan layak masuk ke Neraka.

Bayangkan ketika mereka berhujah dengan hadis ini, mereka telah menghukumkan sesat kepada orang yang membaca Yasin malam Jumaat, membaca Talqin,
menganjurkan Maulid, mengadakan majlis tahlil, membaca al-Quran kepada si mati dan lain-lain perkara khilafiah.

Namun begitu, mereka lupa bahawa mereka mengadakan tazkirah/ceramah setiap kali selepas maghrib dan subuh juga merupakan perkara bidaah yang tidak dilakukan Nabi s.a.w kerana Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan waktu untuknya mengajar dan menyampaikan wahyu kepada sahabat.

“(Antara bidaah hasanah ialah) menyampaikan tazkirah (kepada orang awam). Ghudhaif bin al-Haris berkata:
‘Sesungguhnya tazkirah adalah suatu amalan bidaah.’
Hasan pula berkata: •Tazkirah sememangnya bidaah, tetapi ia adalah sebaik-baik bidaah.’
Sesungguhnya mereka memaksudkan tazkirah adalah bidaah, kerana melihat dari aspek menghimpunkan orang ramai untuk mengadakan tazkirah pada waktu tertentu.

“Petikan dari Buku Majlis Tahlilan : Polemik Sepanjang Zaman.”

~ Biar Berilmu Jangan Keliru ~

Sumber: FB HAZA

06/12/2023 Posted by | Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment