Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BULAN REJAB

(Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

Bulan Rejab merupakan satu daripada bulan-bulan Haram. Ianya dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud,

 

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).

(al-Taubah 36)

 

Bulan-bulan Haram tersebut ialah Zul Qa’dah, Zul Hijjah, Muharram dan Rejab. Ini bersandarkan hadith Abi Bakrah, sesungguhnya Nabi SAW berkhutbah pada Haji al-Wada’,

 

إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السماوات والأرض، السنة اثنا عشر شهرا، منها أربعة حرم: ثلاثة متواليات: ذو القعدة، وذو الحجة، والمحرم، ورحب مضر الذى بين جمادى و شعبان.

 

Yang bermaksud, Sesungguhnya zaman berputar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi, setahun yang mengandungi 12 bulan, empat daripadanya adalah bulan haram iaitu bulan yang dihormati, tiga daripadanya serangkai iaitu Zul Qa’dah, Zul Hijjah dan Muharram manakala Rejab Mudhar antara Jumada dan Sya‘ban.

 

Dinamakan Rejab kerana bulan ini diagungkan ( ترجِّب أي تعظِّم   ) dan dikatakan kerana para malaikat bertasbih dan tahmid pada bulan ini. Ulamak menyatakan Rejab mempunyai 14 nama lain iaitu:

 

  1. شهر الله (Bulan Allah)
  2. رجب (Rejab)
  3. رجب مُضَرَ (Rejab Mudhar (iaitu Kabilah Arab yang mengharamkan perang dalam bulan Rejab) )
  4. مُنْصِلُ الأَسِنَّة (Senjata-senjata disimpan)
  5. الأصم (sunyi kerana tiada kedengaran bunyi pedang berlaga)
  6. الأصب
  7. مُنَفِّس
  8. مُطَهِّر
  9. مُعَلَّى
  10. مقيم
  11. هرم
  12. مُقَشقِشُ
  13. مُبرِّئ
  14. فَرد

 

Beberapa hukum yang berkaitan dengan bulan Rejab yang sebahagiannya dilakukan pada zaman jahiliyyah. Ulamak berikhtilaf pendapat berhubung perkara tersebut:

 

  1. Melakukan sembelihan

Pada zaman jahiliyyah orang Arab melakukan sembelihan pada bulan Rejab yang dinamakan ‘Atirah (  عتيرة  ). Ulamak berselisih pendapat mengenai hukum melakukannya selepas kedatangan Islam. Sebahagian besar ulamak membatalkan perkara tersebut. Hal ini berdasarkan hadith Sahihain daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda,

 

لاَ فَرَعَ وَلاَ عَتِيرَةَ

Yang bermaksud, Tiada Fara’ (iaitu unta atau kambing yang pertama dilahirkan dan ia disembelih untuk tuhan-tuhan orang jahiliyyah) dan tiada sembelihan untuk bulan Rejab.

 

Sebahagian ulamak mengatakan ia adalah sunat seperti Ibnu Sirin, sebagaimana diceritakan oleh Imam Ahmad daripada Ahli Basrah dan dijelaskan sebahagian Ahli Hadith yang terkemudian.

 

Disebut dalam sunan Abu Daud, al-Nasa’ie dan Ibnu Majah daripada Mukhtif bin Salim, Nabi bersabda di ‘Arafah:

 

إِنَّ عَلَى كُلِّ أهل البيت فِى كُلِّ عَامٍ أُضْحِية وَعَتِيرَة وَهِيَ الَّتِي يسمُّونهَا الرَّجَبِيَّةَ.

Yang bermaksud, Bagi setiap Ahli Bait pada setiap tahun ada korban dan ‘Atirah yang dinamakan ia al-Rejabiyyah.

 

Sementara hadith al-Nasa‘ie daripada kaum Nabisyah mereka berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya kami pada zaman jahiliyyah melakukan sembelihan pada bulan Rejab, lalu Baginda bersabda:

 

اذبَحُوا للهِ فِى أَيِّ شهْرًا كَانَ، وَبِرُّوا الله وأطعمُوا.

Yang bermaksud,Lakukanlah sembelihan kerana Allah pada mana-mana bulan pun, buatlah kebajikan dan memberi makan kerana Allah.

 

  1. Solat

Tiada solat khusus bulan Rejab. Walau bagaimana pun tiada tegahan untuk memperbanyakkan solat sunat, zikir atau doa dalam bulan Rejab kerana untuk bertaqarrub kepada Allah. Sabda Nabi SAW,

 

الصَّلاَة خَيْرُ مَوْضُوع فَمَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَكْثِرَ فَلْيَسْتكْثِرْ

Yang bermaksud, Solat merupakan sebaik-baik perkara, sesiapa yang mampu melakukannya dengan banyak maka perbanyakkanlah.

 

  1. Puasa

Tiada sandaran daripada Rasulullah SAW dan sahabatnya tentang puasa yang khusus untuk bulan Rejab.

 

Tetapi diriwayatkan daripada Abi Qilabah berkata: Dalam syurga terdapat istana bagi orang yang berpuasa dalam bulan Rejab. Puasa di sini bukanlah bermaksud puasa fardhu atau sunat tetapi ianya dilakukan untuk bertaqarrub kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW,

 

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ الله بَعَّدهُ الله سَبْعِينَ خَرِيفًا.

Yang bermaksud, Sesiapa berpuasa sehari pada jalan Allah, Allah akan menjauhkan dia daripada api neraka selama 70 kali musim luruh.

 

Urwah bertanya kepada Abdullah bin Umar ra: Adakah Rasulullah berpuasa dalam bulan Rejab? Beliau menjawab dan mengulanginya 3 kali: Ya dan Baginda memuliakannya.

 

Sebahagian ulamak salaf berpuasa berpuasa penuh dalam bulan-bulan haram seperti Ibnu Umar, al-Hasan al-Basri dan Abu Ishaq al-Sabi‘ie.

 

Al-Thauri berkata: Aku lebih suka berpuasa dalam bulan-bulan haram.

 

Daripada Ibnu Abbas, beliau tidak suka berpuasa penuh sebulan dalam bulan Rejab. Begitu juga Anas, Said bin Jubair dan Yahya bin Said al-Ansari, Imam Ahmad berkata: berbuka sehari atau dua hari kemudian puasa semula.

 

Imam al-Syafie dalam pendapat lamanya, makruh seorang lelaki berpuasa penuh sebulan seperti puasa Ramadhan berdasarkan hadith Aishah r.ah:

 

مَا رَأَيْتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل شهرًا قط إلاَّ رمضان

Yang bermaksud, Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sempurna sebulan kecuali bulan Ramadhan.

 

Hukum makruh bersendirian berpuasa dalam bulan Rejab akan terhapus sekiranya diikuti berpuasa sunat pada bulan berikutnya. Berkata Imam Ahmad: Tidak boleh berpuasa penuh sebulan Rejab kecuali orang yang biasa berpuasa penuh setahun.

 

  1. Doa

Apabila masuk bulan Rejab, Nabi SAW berdoa:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Yang bermaksud, Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya‘ban serta kami memohon dapat sampai ke bulan Ramadhan

 

Kata-kata ulamak berhubung bulan Rejab:

 

Berkata Abu Bakar al-Waraq al-Balkhiy:

Bulan Rejab bulan menanam,  Bulan Sya‘ban bulan menyiram tanaman dan Bulan Ramadhan bulan menuai tanaman.

 

Beliau juga mengatakan, perumpamaan Bulan Rejab seperti angin, Bulan Sya‘ban seperti awan dan Bulan Ramadhan hujannya.

 

Satu peristiwa agung berlaku dalam bulan Rejab iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah satu daripada mukjizat Nabi Muhammad saw yang berlaku sebelum hijrah baginda saw ke Madinah, pada malam Isnin, 27 Rejab. Dua peristiwa yang berlaku di dalam satu malam ini adalah bukti kekuasaan Rabbul Jalil.

 

Walaupun peristiwa ini telah berlaku seribu tahun yang lalu, nisbah pada diri kita, tetapi ianya adalah kekal dalam al-Quran dan al-Quran bersifat qadim. Sehubungan dengan itu, peristiwa ini dan pengajaran daripadanya sesuai untuk setiap zaman dan wajib kekal pada keimanan kita umat Islam sehingga hari Akhirat.

 

Wallahu a’lam.

Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

 

 

Advertisements

30 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

KENALI GOLONGAN SALAFIYYAH ( WAHABI )

Tolak WAHABI:
*SIKAP*

1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka

2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)

3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)

4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.

5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.

6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).

7. Bersikap “taqiyyah” apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeza apabila bercakap di hadapan masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka.

8. Apabila mereka sedikit dan tidak berkuasa, mereka melaungkan slogan “Berlapang dada”, namun apabila mereka ramai dan berkuasa mereka melaungkan slogan “Meghilangkan Bid’ah” [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama’ Mekah yang memerhatikan sikap Wahhabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai kini.]

9. Apabila mereka menerima tentangan daripada majoriti ulama’, mereka menyatakan itu adalah asam garam dalam perjuangan. Sedangkan para ulama’ menyatakan bahawa apabila sesuatu itu ditolak olej majoriti para ulama’, maka itu adalah tanda-tanda

kesesatan, kepelikan dan kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para ulama’ umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan sepertimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah SAW.

*CIRI CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHABIYYAH(WAHABI)*

*ULUM HADIS*

1.Menolak beramal dengan hadis dhaif

2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain

3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].

4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]

5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat

6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.

*ULUM QURAN*

1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil) [dan menurut sahabat penulis yang ada membuat penyelidikan di dalam bidang ini, sememangnya terdapat beberapa “ulama’ Saudi” yang menyatakan tajwid itu bukanlah sunnah, tetapi bid’ah. Namun majoriti “ulama’ Saudi” tidak bersetuju dengan kata-kata mereka].

2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat muhkamat.

*FIQH*

1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”

2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram

3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’

4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah

5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’

7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah

8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai taksub mazhab, sedangkan mereka taksub kepada Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab.

9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain

10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum

11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]

12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas

13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah

ketinggalan zaman

*Najis*

1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah

2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir.

Wudhu’ & Tayammum
1. Tidak menerima konsep air musta’mal

2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’

3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.

4. Kaifiyyat Tayammum yang mereka pilih ialah: Tepuk sekali dan sapu muka serta kedua pergelangan tangan sahaja (tanpa perlu sampai ke siku).

*Azan*

1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak

*CIRI CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHABIYYAH (WAHABI)*

*Solat*

1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar

2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah yang keji

3. Berdiri secara terkangkang ataupun seperti huruf Y terbalik yang menyalahi konsep berdiri secara iktidal (lurus dan sederhana)

4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar

5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu

6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam

7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)

8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah

9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah

10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah – Fatwa Soleh Uthaymin

11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.

12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah

13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan

14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah – Fatwa Soleh Uthaymin

15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah

16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir

17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah

18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau

19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat

20. Menolak konsep sembahyang menghormati waktu [li hurmah al-waqt]

21. Menolak konsep fidyah sembahyang walaupun umum mengetahui ia adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat dhaif di dalam mazhab Shafie.

*Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran*

1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah

2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah

3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah – Fatwa Ibn Baz

4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll, bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan Aqidah Islam

5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram – dengan alasan “Jangan diiktikadkan wajib”

6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat

7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah

8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah, tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!!

9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll

10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah

11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram

12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban

13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban

14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah

15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih

16. Berusaha mengharamkan wirid-wirid yang terkandung di dalam “Majmu’ Sharif.”

17. Menyatakan bahawa mencium al-Quran adalah bid’ah terkeji – Fatwa Soleh Uthaymin

*Pengurusan Jenazah dan Kubur*

1. Menganggap amalan menziar

ahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini

2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur

3. Menganggap talqin sebagai bid’ah

4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram

5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah

6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik

7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram

8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah.

*CIRI CIRI SALAFIYYAH WAHABIYYAH (WAHABI)*

Majlis Sambutan Beramai-ramai

1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.

2. Menolak amalan marhaban

3. Menolak amalan barzanji.

4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah

5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.

*Haji dan Umrah*

1. Cuba mengalihkan “Maqam Ibrahim a.s.” namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha’rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu.

2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk d

ielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Dengar khabar, sekarang tanda tersebut hendak dibuat semula]

3. Mengubah tempat sa’ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama’ Islam dari seluruh dunia [Terbaru – dan Khilafiyyah di antara para ulama’ kontemporari].

4. Nama “Hajar Ismail” bagi bahagian sisi Ka’bah adalah bid’ah dan tidak harus – Fatwa Soleh Uthaymin

*PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN*

1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka..Protaz(di Malaysia)

2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:

a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk menjatuhkan saudara Islamnya]
d. “Sheikh” Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. “Sheikh” Soleh Ibn Uthaimin

g. “Sheikh” Soleh Fawzan al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama’ Al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah bukanlah daripada “golongan yang terselamat dari api neraka” (al-firqah al-najiyah).”]

3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)

4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”

5. Masih lagi menggunakan kitab al-Tawhid oleh Imam Ibnu Khuzaimah walaupun Imam al-Bayhaqi telah menyatakan bahawa Imam Ibnu Khuzaimah telah pun menarik semula dan bertaubat daripada penulisannya itu. Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi di dalam Kitab al-Asma’ dan al-Sifat.

PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM

1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah

2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka

3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka

4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.

5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].

6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/

dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.

TASAWWUF DAN TAREQAT

1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar

2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani

3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

Perhatian:

Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkanb pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jamaah.

Sumber

27 March 2017 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

BENDA ASAS DALAM IKHTILAT YANG PERLU DI FAHAMI

Apa itu ikhtilat. Ikhtilat adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan.
a)HUKUM

Hukum asal ikhtilat adalah haram.
Jatuh Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dharurat
-Hajat
-Dakwah

Cerita bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat. Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.

Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHARURAT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang taka da kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.

Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan lain-lain yang tak ada kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.

Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.

b)Kenapa ikhtilat HARAM?

Kerana ia menghampiri zina. Simple. Dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Ramai orang yang mati dengan nyamuk aedeis berbanding kena makan buaya. Ramai orang yang hancur akibat dosa kecil berbanding dosa besar. Segala perkara haram, dan perkara yang membuatkan kita akan terjebak untuk melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!

Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.

Nak hurai panjang-panjang, lepas ni, time masuk part “kekeliruan dan penyelesaian”.

FAKTOR TEWAS DALAM IKHTILAT

Ramai orang sekarang, apabila bertanya hukum, mereka usaha untuk dapatkan hukum yang membenarkan dosa mereka. Contohnya ikhtilat. Hukumnya haram. Tapi bila dengar ikhtilat akan jadi HARUS bila berlaku beberapa situasi, terus dia gembira sakan dengan ikhtilatnya tanpa melihat situasi. Atas alasan harus. Ingat wahai kawan, ianya harus andai:

1)Kita terjebak pada 3 situasi, iaitu dhorurat, hajat dan dakwah.

2)Andai kita mematuhi SYARAT-SYARAT dan tidak berlebih-lebih.

Tapi hari ni, kita tak pandang syarat. Tak rasa bersalah, bahkan rasa dosa yang kita buat tu betul dan tak dosa, menganggap orang yang mematuhi syarat-syarat itu sebagai SYADID, dan lain-lain. Apakah ini?

Ingat, kita harus menilai sesuatu berlandaskan syariat, bukan akal kita. Yang kita rasa betul dan selesa untuk kita, kita buat, walaupun ia melanggar syariat. Apakah ini? Check balik diri, ada tidak nafsu kita main peranan ketika kita menggunakan akal dan cita rasa kita dalam membenarkan apa yang kita buat?

27 March 2017 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Bacaan al-Qur`an untuk orang mati, sampaikah pahalanya atau tidak?

Petikan dari Majalah al-Hadaf TERBITAN JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Rejab -Syawal 1422 / Oktober- Disember 2001 Tahun 5 Bilangan 4 Bersempena dengan Sambutan Nuzul Al-Qur’an tahun 1422 Hijriah, rancangan “Bersama Mufti” yang disiarkan melalui Televisyen Brunei telah memuatkan wawancara eksklusif Awang Haji Mohidin bin Haji Mustapha dengan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, mengenai perkara yang sedang banyak diperkatakan orang iaitu tentang amalan orang hidup seperti membaca al-Qur’an, bertahlil dan lain-lain, adakah sampai manfaatnya kepada orang yang telah mati?

Ikutilah wawancara ini.

Penemuramah: Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin, baru-baru ini tersebar sebuah buku terbitan luar negeri berjudul: Hukum Membaca al-Qur’an Untuk Orang Mati, Sampaikah Pahalanya Kepada Mereka? Menurut buku ini, perkara itu adalah bid’ah dan tidak ada manfaat kepada yang mati. Apakah ulasan Pehin mengenainya?

Pehin Mufti: Buku itu sebenarnya berasal daripada bahasa Arab:

حكم القراءات للأموات هل يصل ثوابها إليهم؟

Mula-mula biarlah saya tegaskan dulu, bahawa buku ini bukan buku mu‘tabar. Hujjah-hujjahnya juga tidak muktamad. Ia masih berupa satu pendapat di antara banyak lagi pendapat-pendapat lain daripada ulama-ulama. Kita tidak usahlah terlalu gelabah dengan pendapat serupa ini.

Penemuramah: Tetapi Pehin, buku ini juga menyebut tentang Imam Syafi’e sendiri telah menolak dengan keras pendapat yang pahala bacaan al-Qur’an itu sampai kepada si mati?

Pehin Mufti: Awalnya begitu. Tetapi dalil yang dipakai oleh Imam Syafi’e adalah juga dipakai oleh imam-imam lain untuk membenarkan pendapat: Bahawa pahala bacaan al-Qur’an itu sampai kepada si mati. Nanti akan saya sebutkan lagi perkara ini kemudian. Bercakap mengenai Imam Syafi’e Rahimahullah, kita jangan lupa bahawa beliau itu memiliki dua asas pendapat: Satu dinamakan qaul qadim (lama) dan kedua qaul jadid (baru). Ini sangat penting, jangan diabaikan. Barangkali juga pada mulanya beliau berpendapat tidak sampai, tetapi pendapat itu berubah kemudian menjadi sebaliknya. Perkara ini dapat kita kesan daripada pengakuan az-Za’farani katanya: “Saya pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi’e mengenai bacaan al-Qur’an di kubur. Ternyata beliau itu (asy-Syafi’e) adalah membolehkannya.” Demikian juga kenyataan Imam An-Nawawi di dalam Syarah al-Muhazzab “Disunatkan bagi orang yang ziarah kubur itu membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah-mudah baginya dan mendoakan mereka setelah membaca itu. Perkara ini adalah dinashkan oleh Imam asy-Syafi’e.” Lebih lanjut beliau menambah: “Jika mereka mengkhatamkannya, itu adalah lebih afdhal lagi.” Imam Ahmad bin Hanbal juga pada mulanya menolak pendapat ini kerana menganggap tidak ada nash, tetapi menerimanya kemudian setelah mendapati terdapat dasar mengenai-nya. asy-Sya’bi pula berkata: “Jika seorang daripada kaum Ansar meninggal dunia, mereka akan pulang dan pergi semula ke kuburnya untuk membaca al-Qur’an baginya.” Jadi, semua ini berlaku, dibuat oleh umat Islam dan ulama-ulama Islam serta tersebut di dalam kitab-kitab Islam.

Penemuramah: Berbalik kepada dalil yang digunakan oleh ulama-ulama bagi menolak yang bacaan al-Qur’an di kubur itu sampai kepada orang mati, dapatkah Pehin huraikan?

Pehin Mufti: Ya, asy-Syafi’e sendiri dikatakan berdalil dengan ayat 39 daripada surah an-Najm

وَأَن لَّيْسَ لِلإِنسَانِ إِلاَّ مَا سَعَىٰ

Tafsirnya : “Dan bahawasanya bagi seorang manusia itu hanyalah apa yang diusahakannya.” Tetapi ulama-ulama yang lain juga memakai ayat yang sama ini untuk membuktikan bahawa bacaan al-Qur’an itu adalah sampai pahalanya kepada orang mati, iaitu dengan beberapa alasan, di antaranya: i) Bahawa ayat ini adalah khusus bagi kaum Nabi Ibrahim dan Nabi Musa ‘Alaihimassalam, sedangkan bagi umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah diberikan kelebihan akan memperolehi apa yang diusahakan-nya dan juga yang diusahakan oleh orang lain untuknya. ii) Yang dimaksudkan dengan “الإِنسَانِ ” (Seorang manusia) dalam ayat ini ialah orang kafir. Sedangkan bagi orang mukmin akan tetap mendapat apa yang diusahakannya dan juga yang diusahakan oleh orang lain untuknya. iii) Huruf “Lam” pada perkataan “lil-insan” di dalam ayat ini berfungsi atau bererti sebagai “على” sesuai dengan qiyas atau analogi pada doa-doa, sedekah, puasa, haji dan lain-lain. Lalu menurut pendapat ini, tidaklah ada bezanya di antara pemindahan pahala haji, sedekah, wakaf dan doa dengan bacaan al-Qur’an itu. Demikian menurut al-Hafiz Syamsuddin bin Abdul Wahid al-Maqdisi al-Hanbali. Al-Qurtubi telah menukil, bahawa asy-Syeikh ‘Izzuddin bin Abdussalam telah mengeluarkan fatwa bahawa pahala bacaan al-Qur’an itu tidak sampai kepada orang mati. Ketika dia telah meninggal dunia, sebahagian sahabatnya bermimpi bertemu dengannya. Mereka bertanya kepadanya: “Wahai ‘Izzuddin, Tuan telah berfatwa bahawa pahala bacaan al-Qur’an tidak sampai kepada orang yang telah meninggal dunia. Lalu bagaimanakah Tuan telah menyaksikan perkara itu?” ‘Izzuddin menjawab: “Saya mengatakan perkara itu ketika masih di dunia, tetapi sekarang saya sudah meninggalkannya. Saya telah menyaksikan adanya kemurahan Allah Ta’ala dalam perkara ini, yakni pahala itu memang sampai kepada orang yang telah meninggal dunia.” Terdapat hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam riwayat Abu Daud:

اقراوا يس على موتاكم

Maksudnya: “Bacalah surah Yâsîn untuk si mati kamu.” Berkata al-Qurtubi mengenai hadis ini: “Ia adalah mencakupi bacaan ketika orang akan mati dan juga bacaan di kuburnya.” Selain sandaran daripada ayat al-Qur’an dan hadis, terdapat juga riwayat-riwayat daripada orang-orang salih mengenai hal ehwal orang-orang mati melalui mimpi-mimpi mereka yang bagus. Maksud saya dengan mimpi-mimpi yang bagus itu ialah yang boleh menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Di antaranya pernah dinukil oleh al-Qadhi Abu Bakar bin Abdul Baqi Al-Ansari suatu riwayat daripada Salmah Bin ‘Ubaid yang menceritakan: Bahawa Hammad al-Makki pernah berkata: “Pada suatu malam, saya pernah pergi ke beberapa kuburan di Makkah. Lalu saya meletakkan kepala saya di atas suatu kubur sehingga saya tertidur. Setelah itu saya pun bermimpi melihat para penghuni kubur duduk berkeliling membuat bulatan, saya bertanya: “Apakah kiamat sudah tiba?” Mereka menjawab: “Tidak! Hanya sanya, ada seorang daripada saudara kami yang membaca surah al-Ikhlas dan memberikan pahalanya kepada kami.”

Penemuramah: Pehin telah menyebutkan beberapa contoh cerita orang-orang yang hidup bermimpikan orang-orang yang telah mati. Apakah tanggapan agama mengenai cerita-cerita seperti ini?

Pehin Mufti: Itu baru satu dua yang saya sebut. Banyak lagi jika dikutip daripada kitab-kitab. Benar, orang hidup tidak dapat lagi bertemu dengan orang yang sudah meninggal secara fizikal. Tetapi roh-roh mereka masih saja boleh bertemu antara satu sama lain melalui mimpi. Keterangan mengenai perkara ini bolehlah dilihat di dalam kitab- kitab, seperti kitab ar-Rûh karangan Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah, Syarh as-Shudur Bisyarhi Ahwal al-Mauta wal-Qubur karangan as-Suyuthi dan lain-lain. Ulama-ulama tidak mencuaikan mimpi-mimpi yang bagus yang berlaku di kalangan orang-orang salih. Mereka mengabadikannya di dalam tulisan-tulisan/kitab-kitab untuk dibaca oleh umat Islam sebagai pengajaran. Mereka sangat faham akan nilai mimpi itu, berdasarkan hadis:

رؤيا الأنبياء و الصالحين صحيحة – او كما قال

“Mimpi para Nabi dan orang-orang salih itu adalah betul”

Penemuramah: Kebetulan kita sekarang berada di dalam bulan Ramadhan dan akan menjelang hari raya. Biasanya, pada masa ini akan berduyun-duyunlah umat Islam membuat kunjungan atau berziarah ke kubur-kubur sanak-saudara mereka. Apakah kelebihan menziarahi kubur itu?

Pehin Mufti: Ziarah kubur telahpun menjadi syari’at. Ia adalah sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginya ada adab atau peraturan tertentu, di antaranya ialah dengan memberi salam kepada ahli kubur oleh orang-orang yang berziarah, seperti :

السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شآء الله بكم لاحقون أنتم لنا فرط ونحن لكم تبع نسأل الله لنا ولكم العافية

“Selamat sejahtera atas kamu, wahai ahli kubur, daripada kalangan kaum mukmin dan muslim, kami Insyâ Allah akan menyusuli kamu. Kamu telahpun mendahuli kami, kami pula akan mengikut kamu. Kami mohon kepada Allah akan kesejahteraan untuk kami sendiri dan untuk kamu juga.” (Hadis Bukhari, Muslim dan lainnya).

Penemuramah: Adakah orang mati itu mendengar dan menjawab salam daripada orang yang berziarah itu?

Pehin Mufti: Bersandarkan hadis – Ya! Salah satu ialah hadis Abu Hurairah riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya dan al-Baihaqi, bermaksud: “Jika seseorang melintasi kubur orang yang dikenalnya, lalu dia mengucapkan salam, nescaya penghuni kubur itu akan menjawab salamnya itu dan bahkan mengetahui kehadirannya. Jika orang yang tidak dikenalinya, lalu dia mengucapkan salam, nescaya penghuni kubur itu pun juga akan menjawab salamnya itu.”

Hadis lain, daripada Aisyah radhiallahu anha, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Tidaklah seseorang itu ziarah kubur saudaranya dan duduk di sisinya, melainkan saudara yang telah meninggal itu akan menyambut dan menjawab salamnya sehingga dia berdiri.” Bagaimanapun, kita orang hidup tidaklah dapat mendengar suara jawapan daripada mereka itu, atau mengetahui bagaimana keadaan mereka. Namun begitu, tidaklah pula mustahil bagi orang-orang yang diberikan kelebihan oleh Allah, akan ada yang mendengarnya. Seperti al-Baihaqi pernah meriwayatkan daripada Abu Abdullah al-Hafiz, yang diterimanya daripada Abu ‘Ali Hamzah bin Muhammad al-‘Alawi, dia bercerita: “Ayahku pernah mengajak aku pergi ke Madinah untuk mengunjungi kubur para syuhada pada hari Jumaat, pada waktu di antara terbit fajar dengan terbit mata-hari. Aku berjalan di belakang ayah. Ketika sampai di kubur mereka, ayahku memberi salam dengan suara lantang:

سلـم عليكم بما صبرتم فنعم عقبى الدر

Ertinya: “Selamat sejahtera atas kamu, berkat kesabaran kamu. Alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” Tiba-tiba terdengar jawapan berbunyi: “Keselamatan juga bagi kamu, wahai Abdullah.” Ayahku lalu menoleh kepadaku dan bertanya: “Apakah engkau yang menjawab tadi?” “Tidak!” jawabku. Kemudian ayahku menarik tanganku dan menempatkanku di sebelah kanannya. Dia lalu mengucapkan salam lagi kepada mereka, dan setiap salam yang diucapkannya itu dibalas, sehinggalah tiga kali diulangnya. Oleh itu, ayahku lalu sujud bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala. (Dipetik cerita ini daripada kitab Syarh as-Shudur Bisyarhi Ahwal al-Mautâ wa-al-Qubûr)

Penemuramah: Selain daripada orang hidup mendapat manfaat berupa pahala kerana ziarahnya itu, apakah orang mati juga mendapat manfaat yang sama?

Pehin Mufti: Sudah tentulah begitu. Bukankah “Salam” tadi mendoakan kesejahteraan ke atas ahli kubur? Bahkan ianya melebihi lagi jika diiringi pula dengan bacaan ayat al-Qur’an, zikir, doa dan sedekah untuk mayat. Jika kita ambil perkhabaran daripada orang-orang salih, maka ahli kubur itu seakan-akan seperti kita yang hidup ini juga: berhajatkan pemedulian.

Cuba kita perhatikan nukilan ini: Menurut Abi ad-Dunya dan al-Baihaqi, bahawa al-Fathu bin Mauqif bin Khalid telah menceritakan daripada Sufyan bin ‘Ainah katanya: “Ketika ayahku meninggal dunia, aku adalah benar-benar sedih, sehingga aku mendatangi kuburnya pada setiap hari. Suatu hari aku lupa mendatangi-nya. Pada malamnya aku bermimpi, yang ayahku berkata kepadaku: “Anakku, apakah yang menyebabkan engkau tidak mendatangiku?” Aku berkata: “Apakah ayah mengetahui kedatangannku?” Ayahku menjawab: “Tidak engkau mendatangiku sekali melainkan aku mengetahui. Aku sungguh senang dengan kedatangan-mu dan bahkan orang-orang di sekelilingku juga merasa berbahagia dengan doa-doa yang engkau bacakan.” Perkara ini jelas menjadi isyarat, bahawa ziarah kubur dan berdoa untuk mayat itu adalah perkara besar dan mustahak, dan kerana itulah ia menjadi sunnah. Sebarang usaha untuk meringan-ringankannya atau menyebabkannya tidak dibuat orang, adalah suatu aniaya yang terang lagi jahat.

Jika terdapat pendapat yang melarangnya atau tidak menggalak-kannya, maka tidak syak lagi pendapat itu datangnya daripada orang-orang ganjil. Berkata ulama:

من تتبع شواذ العلماء ضل

“Barang siapa mengikut /mencari-cari pemikiran ulama’ yang ganjil dia sesat”. Kata ulama lagi:

من حمل الشاذ حمل شرا كبيرا

“Barangsiapa membawa perkara ganjil, maka dia telah membawa kejahatan besar”.

(Sumber Blog Abu Zahrah al-Fanshuri)

27 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah | Leave a comment

Bagaimanakah caranya membantu orang yang sudah mati berdasarkan Al-Quran dan Hadis Shahih Nabi saw?

Di dalam menjawab persoalan ini, kita tumpukan hanya kepada dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis shahih semata-mata. Kita menolak hadis-hadis dhaif hanya kerana mengambil jalan selamat kerana sesungguhnya berurusan dengan orang yang sudah mati merupakan satu perkara yang melibatkan alam yang lain dari alam yang kita duduki sekarang. Oleh kerana itu, akal tidak boleh dipakai sama sekali kerana Allah telah menghadkan akal pemikiran manusia setakat mana Dia ingini. Memandangkan dunia ghaib ini tidak dapat kita lihat mahupun rasai, maka kita memerlukan bantuan dari Allah yang Maha Kuasa di samping Nabi kita Muhammad saw.

Terdapat beberapa cara yang membolehkan orang yang masih hidup membantu mereka yang sudah mati.

Pertama: Doa orang yang masih hidup untuk si mati.

Kaedah ini berlandaskan kepada dalil yang jelas di dalam Al-Quran surah Al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.

Di samping itu, anjuran solat jenazah merupakan satu bukti kukuh. Ini kerana intipati bacaan di dalam solat itu sendiri merupakan satu doa buat si mati. Dan tidak dinafikan, solat jenazah adalah amalan Nabi saw dan banyak hadis-hadis shahih menceritakan mengenainya.

Kedua: Membayar hutang puasa si mati.

Orang yang tidak mengerjakan puasa Ramadhan selama beberapa hari atau lebih dari itu, atau ia tidak mengerjakan puasa “nazar” atau puasa “kifarah”, disebabkan uzur syar’i (seperti sakit dan sebagainya) lalu ia mati sebelum sempat mengqadha puasanya, maka ia tidak dikira berdosa.
Dengan itu, pihak kaum kerabatnya tidak dikenakan mengqadha puasanya atau membayar “fidyah” dari harta peninggalannya.

Sebaliknya, kalau ia mati setelah hapus uzurnya – yakni setelah ia sembuh dari sakitnya dan sebagainya – kemudian semasa hayatnya tidak mengqadha puasanya itu maka hukumnya menurut jumhur ulama’, bahawa pihak kaum kerabatnya tidak dibolehkan berpuasa untuknya tetapi hendaklah membayar “fidyah” untuknya dari harta peninggalannya, iaitu memberi makan orang miskin, satu cupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasanya.

Menurut huraian ulama’ rahimahullah: Kadar satu “fidyah” untuk satu hari yang ditinggalkan puasanya ialah “satu cupak” dari jenis makanan yang mengenyangkan yang biasa dimakan oleh penduduk sesebuah negeri.
Fidyah itu pula hendaklah di berikan kepada orang fakir miskin sahaja seorang miskin, boleh di berikan “satu cupak” – tidak terhad.

Fidyah itu pula hendaklah diberikan kepada orang faqir miskin sahaja. Seseorang miskin, boleh diberikan “satu cupak” atau “beberapa cupak” – tidak terhad.
Tetapi fidyah yang satu cupak itu tidak boleh dibahagikan dua untuk diberikan kepada “dua orang miskin”, kerana yang demikian tidak merupakan “satu fidyah” yang sempurna dan dengan itu tidak sah hukumnya.
Terdapat juga dalam hadis yang lain iaitu:

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah, ibu saya telah mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) selama sebulan, bolehkah saya mengqadha puasanya itu?”
Baginda menjawab: “Boleh, (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang (manusia kepada) Allah lebih berhak diselesaikan.
(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari)

Hadith ini mengatakan bahawa orang mati yang menanggung hutang puasa yang wajib (sama ada puasa Ramadhan atau pun puasa nazar atau puasa kifarah), boleh dibayar oleh orang yang termasuk dalam lingkungan kaum kerabatnya – dengan jalan berpuasa untuknya.

Dalam huraiannya, Imam Nawawi rahimahullah berkata: Imam al-Syafi’i rahimahullah, mempunyai “dua qaul” dalam masalah ini:

Pertama – Hutang puasa si mati hendaklah dibayar dengan “fidyah” sahaja.

Kedua – Boleh juga dibayar dengan jalan berpuasa untuknya.
Berdasarkan keterangan yang tersebut, maka kesimpulan masalah ini dalam mazhab Syafi’i ialah: Menurut “qaul” yang pertama: Hutang puasa si mati , hendaklah di bayar dengan “fidyah” sahaja oleh walinya.
Menurut “qaul” yang kedua pula: Pihak walinya bebas memilih, sama ada dengan memberi fidyah atau dengan berpuasa untuknya.

Salah satu hadis yang lain juga:

Dari `Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) hendaklah walinya (membayar dengan) berpuasa untuknya”.
(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nota: Huraian di atas adalah pendapat Imam SyafiI bukannya pendapat yang rajih berkaitan qadha puasa si mati. Tumpuan kita adalah apakah cara yang dibolehkan dalam membantu orang yang sudah mati.

Ketiga: doa anak yang soleh/solehah,

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Hadith ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (2)
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

“Sedekah jariah” ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan – atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah “musafir khanah” untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur’an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan “waqaf” dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w. dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk “Kementerian Waqaf di negara masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati .

Kedua: “Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain,” yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati .

Ketiga: “Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya”
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

Keempat: melangsaikan hutang harta si mati

Orang ramai boleh juga membantu si mati dengan cara melangsaikan hutang harta si mati. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kebolehan tersebut. Di antaranya:
Di dalam satu hadis sahih yang bermaksud:

Berkata Jabir bin Abdullah rh: Telah meninggal dunia salah seorang daripada kami, lalu kami mandikannya, kapankannya dan kemudian kami letakkan jenazah di tempat yang biasa diletakkan jenazah iaitu di Makm Jibril untuk diselesaikan oleh Rasulullah saw. Dan kami memaklumkan kepada baginda untuk disolatkan jenazahnya. Lalu baginda pun datang mendekati jenazah lalu bertanya kepada kami, Barangkali jenazah ini ada meninggalkan hutang. Lalu kami jawab, Benar, ya Rasulullah. Ada 2 dinar. Rasulullah saw berundur dan bersabda, kamu sahajalah yang menyembahyangkan jenazah sahabatmu ini. Lalu salah seorang daripada kami yang di panggil Abu Qatadah berkata, Ya Rasulullah, kedua-dua dinar hutang jenazah ini adalah tanggungjawab saya. Kemudian Rasulullah bersabda lagi, Mula sekarang, 2 dinar itu menjadi tanggungjawab engkau, Abu Qatadah dan engkau mesti ambil dari wang kau sedangkan jenazah ini bebas daripada kedua-dua dinar itu? Jawab Abu Qatadah, Benar, ya Rasulullah. Setelah mendengar pengakuan daripada Abu Qatadah bahawa ia bertanggungjawab melunasi hutang jenazah tersebut, barulah Nabi saw melakukan solat jenazah ke atas si mati. Dan diriwayatkan, pada keesokan harinya, Rasulullah saw bertemu akan Abu Qatadah dan bertanya kepadanya, sudahkah kau lunasi hutang jenazah semalam? Abu Qatadah menjawab, Wahai Rasulullah, bukankah dia baru sahaja meninnggal dunia semalam. Kemudian setiap hari apabila Nabi saw bertemu Abu Qatadah maka akan ditanya, Apakah kamu telah lunasi hutang 2 dinar itu? Jawab Abu Qatadah, telah aku lunasi hutang itu. Mendengar akan jawapan Abu Qatadah, Rasulullah saw bersabda, Sekarang barulah dingin kulitnya kerana azabnya baru sahaja diangkat kerana hutangnya telah selesai.

Hadis di atas memberitahu kita bahawa hutang wajib dilunasi. Bahkan dalam hadis yang lain ada menceritakan bahawa hutang wajib didahului dari keluarga yang miskin. Di dalam hadis di atas juga, mengkhabarkan bahawa bukan sahaja ahli waris yang boleh melunaskan hutang si mati, tetapi juga orang lain yang tiada ikatan kekeluargaan.

Terdapat banyak lagi hadis yang menceritakan akan kebolehan dan kewajipan melunaskan hutang si mati.

Dari Ibn Abbas r.a., bahawa: .. Rasulullah s.a.w bersabda: “.. (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang kepada Allah lebih berhak diselesaikan.”
(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kelima: Amalan baik anak sendiri

Di dalam Al-Quran, ayat 39, Allah telah berfirman yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Terang di dalam ayat di atas mengatakan bahawa usaha seseorang akan di bawa ketika telah mati.
Bagaimana pula ayat di atas dapat menjadi dalil yang membolehkan amalan baik anak itu sampai kepada si mati? Persoalan ini terjawab dengan hadis sahih di bawah:

Sesungguhnya makanan yang paling baik untuk di makan oleh seseorang ialah hasil titik peluhnya sendiri. Dan sesungguhnya anakanya adalah sebahagian daripada usahanya.
[Hadith sahih-Al-Hakim, Imam At-Turmudzi, Imam Ahmad, Abu Daud An-Nasai]

Di dalam hadis yang lain:

Hadis Aisyah r.a:
Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar!

Sahih Muslim

Maka jelas, keumuman ayat Al-Quran di atas telah diperjelaskan oleh Rasulullah saw di dalam banyak hadis dan di antaranya hadis di atas.

Kesimpulan

Inilah cara-cara membantu orang yang telah mati secara ringkas. Tidaklah saya nukilkan kesemua dalil dari Al-Quran dan Hadis kerana tujuan sebenar saya masukkan artikel ini di dalam diskusi Isu Talkin ini adalah agar kita tahu apakah amalan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis Sahih semata-mata.

Mengapa mesti kita tinggalkan cara yang sudah pasti sampai kepada simati dan kita ambil amalan yang tidak ada kepastiannya. Bukankah Rasulullah telah mengajar cara yang sebenar membantu orang yang telah mati. Di manakah dalilnya yang mengatakan sampainya pahala membaca Al-Quran kepada si mati oleh orang selain anak-anak sendiri? Di manakah dalilnya kewujudan solat fidyah atau hadiah kepada si mati? Dan yang lebih berkait dengan topik perbincangan kita, bagaimana pula ajaran di dalam ucapan talkin itu dapat membantu orang yang telah mati? Cukuplah dengan apa yang diajar dan dilakukan oleh Rasulullah saw. Sesungguhnya cara Rasulullah adalah cara yang terbaik. Allahualam.

RUJUKAN
1. Kaset Ceramah Al-Fadhil Ustaz Abdullah Yasin-Menolong orang yang mati
2. Kitab Irsyadul Ibad Ilasabilirrasyad
3. Al-Fath al-Rabbani (9:204) dan Fiqh al-Sunnah (1:429).
4. Fath al-Bari
5. Seperti yang tersebut dalam kitab-kitab mazhab ‘Jadid’nya.
6. Seperti yang dinyatakan dalam kitab-kitab mazhab ‘Qadim’nya.
7. Al-Majmu’ (6:342).
8. Sabil al-Muhtadin (2:154).
9. Tuhfat al-Ahwazi (3:405) dan Misykat al-Masabih (1:634).
10. Kifayah al-Akhyar (2:212).
11. Mughni al-Muhtaj (1:439).
12. Nihayat al-Muhtaj (3:192) dan Sabil al-Muhtadin (2:154).
13. Al-Muntakhab min al-Sunnah (7:268).
14. http://hadisjakim.harf.com/
Sumber.

27 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq.

AL BAYAN – terbitan Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq.

1. Maulidul Rasul
http://mufti.johor.gov.my/…/te…/albayan_1_maulidurrasul_.pdf

2. Talqin dan 100 Kitab Menolak Wahhabi
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_2_talqin_dan_100_kitab.…

3. Doa Qunut, Zikir dan Wirid
http://mufti.johor.gov.my/…/al-bayan_3_qunut_zikir_dan_wiri…

4. Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu
http://mufti.johor.gov.my/…/te…/albayan_4_amalan_sunnah_.pdf

5. Kenduri Arwah, Menziarahi Maqam Nabi, Menggerakkan Jari Ketika Tahiyyat
http://mufti.johor.gov.my/…/…/terbitan/albayan_5_kenduri.pdf

6. Menjawab Persoalan Tawassul
http://mufti.johor.gov.my/…/dokumen/…/albayan_6_tawassul.pdf
7. Tareqat dan Tasawwuf
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_7_tariqah_dan_tasawwuf.…

8. Barzanji
http://mufti.johor.gov.my/…/ter…/albayan_8_berzanji_2009.pdf

9. Menjawab Persoalan Bid’ah
http://mufti.johor.gov.my/…/do…/terbitan/albayan_9_bidah.pdf

10. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_18_akidah_ahli_sunnah_o…

11. Kepentingan Mazhab
http://mufti.johor.gov.my/…/…/terbitan/albayan_14_mazhab.pdf

12. Bahaya Islam Liberal
http://mufti.johor.gov.my/…/albayan_21_bahaya_Islam_libral_…

13. Kebatilan Aqidah Syiah
http://mufti.johor.gov.my/…/…/kebatilan_akidah_syiah_22_.pdf

14. Kebatilan Aqidah Syiah 2
http://mufti.johor.gov.my/…/dokumen/…/akidah_syiah_2_23_.pdf

Sumber : http://mufti.johor.gov.my/terbitan/al-bayan

SILA MUAT TURUN DAN SEBAR-SEBARKAN !.

24 March 2017 Posted by | Aqidah, Fiqh, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Bagaimana Cara Mandi Junub & Pengambilan Wuduk Bagi Pesakit Yang Patah Kaki & Berbalut…

Bagaimana Cara Mandi Junub & Pengambilan Wuduk Bagi Pesakit Yang Patah Kaki & Berbalut…
Penerangan Soalan:
suami saya telah mengalami kemalangan dan patah kaki. Kakinya telah disimen dari pangkal paha hingga telapak kaki. bagaimana caranya untuk dia mengambil wuduk serta mandi junub.

Jawapan:
Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Bagi pesakit yang tidak boleh bergerak disebabkan oleh kesakitan atau rawatan dan tidak ada orang yang membantunya berwuduk atau bertayammum maka mereka dikehendaki solat menghormati waktu tanpa berwuduk / tayammum dan tanpa menghadap kiblat mengikut kemampuan. solat menghormati waktu wajib diqadak secepat mungkin apabila sembuh atau keadaan mengizinkan. sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan belum sempat mengqadaknya maka mereka dikira sudah melaksanakan kewajipan dan tidak berdosa.
Bagi pesakit-pesakit yang bergerak atau dalam keadaan mengizinkan, mereka hendaklah berusaha berwuduk/bertayammum.
perhatian:
1. bagi pesakit yang mukanya tidak boleh kena air= solat wajib diqadak kerana muka adalah anggota tayammum yang tidak boleh disempurnakan.
2. bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air= solat wajib qadak kerana tangan adalah anggota wuduk dan tayammum yang tidak dapat disempurnakan.
3. bagi pesakit yang kepalanya tidak boleh kena air= solat tidak wajib diqadak jika pembalutnya tidak meliputi hada kepala yang memadai sapu.
4. bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air= solat tidak wajib diqadak jika pembalut itu tidak melebihi had yang diperlukan.
Anda boleh memilih salah satu.
Cara pertama:
1. berniat mengambil wuduk semasa membsuh muka.
2. membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
3. bertayammum
4. menyambung wuduk dengan menyapu air ke kepala.
5. membasuh kaki.

Cara kedua:
1. berniat mengambil wuduk semasa membsuh muka.
2. bertayammum dengan menyapu muka debu ke muka dan menyapu debu ke tangan sehingga selesai.
3. menyambung wuduk dengan membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
4. menyapu air ke kepala
5. membasuh kaki.
Bagi mandi wajib,hendaklah mandi seperti biasa dengan niat mandi wajib dan bagi anggota kaki berbalut hendaklah disapukan air atasnya.Jika tidak boleh kena air,maka hendaklah bertayammum.
Anda boleh mendapatkan buku Panduan Tayammmun, Wudu’ dan Solat Pesakit di Bahagian Dakwah, Aras 7 blok D7, kompleks di Putrajaya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Wallahua’lam

Sumber: Tazkirah Daily

23 March 2017 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

MENGAPA KITA HARUS BERMAZHAB ??MENGAPA KITA TIDAK KEMBALI KEPADA AL-QUR’AN DAN SUNNAH SAJA??.


Slogan ” Mengapa kita tidak kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah saja?” seolah-seolah menghukum bahawa orang yang bermazhab itu tidak kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah?
.
Penggunaan slogan ” Mengapa kita tidak kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah saja?” tersebut telah menyebabkan sebahagian orang memandang remeh IJTIHAD dan KEILMUAN para ULAMA, terutama ulama terdahulu yang sangat dikenal kesolehan dan keluasan ilmunya (Ulama Salafus as soleh).
.
Dengan menggunakan slogan ” Mengapa kita tidak kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah saja?” sekelompok orang sebenarnya sedang berusaha mengajak pendengar dan pembaca tulisannya untuk mengikuti cara berfikirnya seperti SALAFI WAHABI, manhajnya dalam memahami Al-Qur’an dan Sunnah, serta menganggap bahwa DIRINYALAH yang paling BENAR, karena SI SALAFI WAHABI telah berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah, bukan fatwa atau pendapat para ulama.
Hal semacam ini tentunya sangat BERBAHAYA.
.
Sebenarnya sungguh pelik jika seseorang menyatakan agar kita TIDAK bermazhab dan seharusnya kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah. Mengapa pelik, coba kita perhatikan, apakah dengan mengikuti suatu mazhab berarti tidak mengikuti Al-Qur’an dan Sunnah??
.
MADZHAB MANA YANG TIDAK KEMBALI KEPADA AL-QUR’AN DAN SUNNAH??
.
Oleh itu para pemuka mazhab tersebut adalah orang-orang yang sangat faham tentang Al-Qur’an dan Sunnah. Cuba periksa betul-betul, hasil ijtihad yang mana dalam suatu mazhab, yang tidak kembali kepada Al-Qur’an dan Al Hadits?
.
Ternyata semua hasil ijtihad keempat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi’i, Hanbali) yang popular di dalam Islam semuanya bersumberkan kepada Al-Qur’an dan Hadits.
.
Artinya dengan bermazhab kita secara tidak langsung sedang kembali kepada Al-Qur’an dan Hadits dengan cara yang benar, iaitu mengikuti ulama yang dikenal keluasan ilmu dan kesalehannya.
.
Akhir-akhir ini memang telah ada sekelompok orang yang sangat fanatik yang menamakan dirinya SALAFI, manhaj SALAF dengan golongannya dan secara sistematik berupaya pula mengajak umat Islam meninggalkan mazhab.
.
Mereka seringkali berslogan, “KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH” dan menjadi sebutan dan aset mereka. Ajakan ini sepintas lalu nampak BENAR, akan tetapi sangat BERBAHAYA, karena secara tidak langsung mereka menggunakan slogan (propaganda) di atas untuk MENJAUHKAN umat dari MEYAKINI pendapat para ulama terdahulu yang telah berjasa dalam Islam.
.
Mereka memaksakan agar kita semua hanya mengikuti pendapat gurunya atau asatizah yang bertitle Dr. Atau prof. Kemudian perhatikan lebih cermat lagi, apakah mereka yang menyatakan kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah benar-benar langsung kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah? Tidak bukan, mereka ternyata menyampaikan pendapat guru-gurunya atau takliq juga dari ulamanya seperti Ibnu Taimiyah dan sefaham dengannya.
.
Artinya, mereka sendiri sedang membuat MAZHAB BARU sesuai pemikiran guru-gurunya dan ulama rujukannya.
.
Cuba bayangkan, sekiranya setiap orang kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah secara langsung, tanpa bertanya kepada pakarnya, apa yang akan terjadi??
.
Yang terjadi adalah setiap orang akan mentafsirkan Al-Qur’an dan Sunnah menurut akalnya sendiri, jalan fikirnya sendiri, sehingga akan sangat BERBAHAYA. Oleh karena itu, kita harus bermazhab, agar kita tidak SALAH memahami Al-Qur’an dan Sunnah.
.
Kita sedar, tingkat keilmuan para pakar yang ada di masa ini tidak dapat disamakan dengan para ulama terdahulu, begitu pula tingkat ibadah dan kesalehan mereka..
.
Semoga kita tetap berpegang kepada Ulama Salafus as soleh, aamiin….Wassalam

SALAM ASWAJA !!

21 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

WAHABI DAN MEE UDANG TAIPING

Saya ditanya oleh seorang Jutawan Hotel sambil memakai Jam Rolex di sebuah hotel di Taiping, apa itu Wahabi ustaz? Boleh terang secara ringkas. Saya terang ringkas berpandukan Mee Udang Taiping yang dihidangkan oleh pihak hotel.

Begini, kita dalam bermazhab umpama kita makan Mee Udang Taiping la. Dah siap masak, siap udang terbaik, kuah terbaik, bahan terbaik, dimasak oleh pakar Mee Udang, maka kita hanya makan apa yang dihidang. Kita tak perlu tahu bagaimana masak Mee Udang. Chef dah selesaikan semuanya dengan segala ilmu, kaedah, cara, bahan dan sebagainya.

Adapun Wahabi tidak bermazhab. Mereka ni umpama nak makan Mee Udang Taiping. Mereka ego perasan pandai bijak. Apa yang dihidang oleh Chef dia pertikai, udang ni tak bagus la, kuah ni kurang pekat la, tauhu ni tak payah letak la, taugeh ni buang la. Banyak kondem seolah-olah dia pandai masak Mee Udang. Lalu mereka pun masak Mee Udang dengan sendirinya. Mereka beli laksa, mereka beli udang kering, mereka beli bayam, mereka beli belacan, lalu dicampur semua. Kemudian mereka makan, tak sedap, namun dipaksa juga kata sedap. Dipaksa juga kata itulah Mee Udang Taiping. 

Dipanggil pula mereka yang jahil pasal Mee Udang Taiping, disuruhnya makan, lalu si jahil kata, oh, ni rasa Mee Udang Taiping, dimomokkan pula oleh wahabi ni bahawa inilah Mee Udang Taiping terbaik, paling sedap. Bila si jahil rasa Mee Udang Taiping sebenar, barulah dia tahu bahawa ditipu oleh wahabi. Tapi berapa ramai si jahil yang sanggup mencari Mee Udang Taiping sebenar? Tak ramai… Mereka si jahil ni malas. Lebih malas dari mereka yang bermazhab.

Mereka yang bermazhab mereka belajar juga apa kandungan Mee Udang Taiping. At least dia tahu Udang apa guna, asas kuahnya apa.

Manakala jika dibanding antara Mazhab pula. Ada banyak jenis Mee Udang Taiping terbaik. Kebanyakkannya boleh didapati di Kuala Sepetang. Kaedah masak lain, kaedah memilih udang lain, isi dalam Mee Udang lain, tapi semua mazhab Mee Udang ini, semua sedap rasanya. Kerana apa? Kerana mereka dimasak oleh Chef bertauliah, berkelayakan, berpuluh tahun mungkin, menuntut ilmu Mee Udang.

Inilah perbandingan Mazhab Ahlussunnah. Antara Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Semuanya sudah selesai. Semuanya berlapang dada.Hanya Wahabi sahaja yang masih mendabik dada Mee Udang Taiping dia yang paling sedap. Walhal rasa sampah.

 Itulah contoh nak faham Wahabi. Lihat sahaja solat mereka, tangan dekat tengkuk, dukung anak pampers penuh najis selamba, buka handphone tengah jadi imam solat pun selamba.

Amacam? Best tak kisah wahabi dan mee udang?

Saya akhiri kisah ni dengan menghirup kuah Mee Udang Taiping. Tapi udangnya saya tak makan pasal saya allergic. Nanti gatal mata sampai bengkak.

Sumber:‎FB Singapura Tolak Fahaman Wahabi/Salafi

21 March 2017 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Belajar Itu Penting dan Belajar Dengan Siapa Itu Lebih Penting

Ilmu Agama diperoleh dengan cara mengaji dengan para ulama’ (talaqqi-musyafahah), bukan sekadar bertanya pendapat dan menukil pendapat yang tidak jelas keshahihannya.
🌑 العلم بالتلقي لا بمجرد العقول ولا بكثرة النقول………….

Adalah satu kekeliruan yang besar, jika seseorang yg hendak mengetahui, mahu mengerti dan hendak memahami ilmu agama hanya dengan cara membaca sendiri.

Tidak cukup hanya membaca-menelaah buku2/kitab2 para ulama’ dan difahami sendiri tanpa ada guru yg thiqah / terpercaya yg menuntunnya, karena biasanya orang semacam ini akan tergelincir dlm kesalahan/penyimpangan (tahriif) dalam pemahaman dan cara beribadah yg ia lakukan tanpa ia sadari, tanpa ia ketahui, tanpa ia mengerti……..wal ‘iyaadzu billaah…

Para ulama’ Ahlussunnah wal-Jama’ah menuturkan :
– والعلم لا يؤخذ الا من افواه العلماء

Ilmu agama ini tidaklah dapat diambil/diperoleh seseorang, kecuali diperoleh/diambil dengan cara melakukan talaqqi; musyafahah dengan para ulama’.
– ولا تكفي مطالعة الكتب بغير تلق من افواه العلماء

Dan tidaklah memadai (yakni tidak mencukupi) bagi seseorang utk dpt mengerti ilmu agama dengan cara membaca; menelaah buku2/ kitab2 secara sendiri tanpa bertalaqqi melalui mulut/lidah para ulama’.
– بل كثير من الناس الذين يضلون سببه انهم لا يتلقون علم الدين من افواه العلماء بل يعتمدون على المطالعة في مؤلفات العلماء.

Bahkan tidak sedikit orang yang tersesat (aqidah dan ajaran/amal-ibadahnya) yang disebabkan mereka tidak melakukan talaqqi-musyafahah (yakni mengaji; mempelajari) ilmu agama dengan para ulama’, melainkan mereka semata-mata bersandar pada menelaah sendiri buku2 keagamaan /kitab2 yg ditulis oleh para ulama’. 

Hati-hati…

Ustaz Yunan Samad

21 March 2017 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

SOLAT LELAKI DAN PEREMPUAN TIADA BEZA?

4

Foto Hiasan

(Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan)

SOALAN

(1) Kawan2 yg lebih arif bab fiqh..
Ada orang bg tau budak2 sekolah, solat semua orang perempuan tidak sah kerana tak ikut cara solat nabi ketika sujud, iaitu kena mengepak spt org lelaki.
Cara solat org perempuan kat Malaysia semua x sah sebab masa sujud rapatkan perut pada paha & lengan PD badan.

(Org yg cakap ni telah mengikuti kuliah solat oleh pakar hadis di UM)

Tolong bg pendapat yg soheh ye.

(2) Semalam di sebuah surau saya ditegur.
Seusai solat
Makcik : makcik nak tegur sikit boleh
Saya : ye boleh, apa makcik
Makcik : kita perempuan tangan bila sujud tak kembang, kena kuncup macamni letak dalam atas peha (sambil sujud)
Saya : ohhh terima kasih
Makcik : kita perempuan tak leh kembang2

Saya terima je teguran dia sebab ni benda khilaf. Cuma dia mesti jeling kat saya masa saya solat dan hati dia mesti dah ada rasa nak tegur “kesilapan” saya.

Bagi saya lelaki dan perempuan tiada perbezaan dalam solat sebab hanya ada satu je dalil mengatakan Sabdanya:”Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”

BOLEH USTAZ BAGI PENCERAHAN.. TERIMA KASIH…

JAWAPAN

1. Sebenarnya asal perbuatan dalam solat adalah sama diantara lelaki dan perempuan, kerana setiap KHITAB kepada lelaki juga DIKHITABKAN kepada perempuan, melainkan perkara yang ada dalil dari syara’ yang menunjuk atas adanya perbezaan antara lelaki dan perempuan.

Sabda nabi saw :

إنما النساء شقائق الرجال.

Sesungguhnya perempuan itu adalah saudara kandung lelaki

[ HR Abu Daud , at-Tirmizi dari hadith Aisyah, ad-Darimiy dari hadith Anas ]

2. Disana ada dalil yang jelas dari hadith nabi saw bahawa ada beberapa perkara tidak sama diantara lelaki dan perempuan dalam solat , kerana itulah mengambil satu dalil sahaja iaitu ” Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat ” dan terus meletakkan hukum tidak ada perbezaan antara solat lelaki dan perempuan tanpa memandang kepada dalil-dalil lain akan MENYEBABKAN TERJADI KEPINCANGAN DIDALAM MELETAKKAN HUKUM.

Dintara perbezaan antara solat lelaki dan perempuan yang secara jelas disebut didalam hadith :

[1] lelaki melakukan solat fardhu dimasjid manakala perempuan lebih afdhal melakukan solat fardhu dirumah.

Sabda nabi saw :

لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمُ الْمَسَاجِدَ، وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ.

Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian pergi ke masjid, akan tetapi rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.

[ HR Ahmad no.5468, 5471 Abu Daud no.567 ]

Dalam Hadith Ummu Humaid r.a. katanya .

يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي أُحِبُّ الصَّلَاةَ مَعَكَ، قَالَ: ” قَدْ عَلِمْتُ أَنَّكِ تُحِبِّينَ الصَّلَاة مَعِي، وَصَلَاتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلَاتِكِ فِي حُجْرَتِكِ، وَصَلَاتُكِ فِي حُجْرَتِكِ خَيْرٌ مِنْ صَلَاتِكِ فِي دَارِكِ، وَصَلَاتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلَاتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ، وَصَلَاتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلَاتِكِ فِي مَسْجِدِي.

Wahai Rasulallah, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda saw bersabda : ” sesungguhnya Aku tahu bahawa engkau suka solat bersamaku. ( Akan tetapi ) solatmu di tempat engkau bermalam itu lebih baik dari solatmu di dalm bilikmu, dan solatmu di dalm bilikmu lebih baik dari solatmu didalam kediamanmu, dan solatmu didalam kediamanmu lebih baik dari solatmu di masjid kampungmu, dan solatmu di masjid kampungmu lebih baik dari solatmu di masjidku “.

[ HR. Ahmad no.27090 ]

Dalam hadith lain pula nabi saw bersabda :

خَيْرُ مَسَاجِدِ النِّسَاءِ قَعْرُ بُيُوتِهِنَّ.

Sebaik-baik tempat sujud bagi para wanita adalah di dalam rumah-rumah mereka.

[ HR Ahmad no.26542 ]

[2] sebaik-baik saf lelaki adalah saf pertama, sedangkan sebaik-baik saf perempuan adalah saf belakang.

خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا، وَشَرُّهَا آخِرُهَا، وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا، وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

Sebaik-baik saf laki-laki adalah yang pertama sedangkan paling buruknya adalah yang paling belakang, dan sebaik-baik saf wanita adalah yang paling akhirnya, sedang yang paling buruknya adalah yang pertama.

[ HR Muslim ]

[3] Apabila terjadi sesuatu dalam solat lelaki mengucap tasbih, manakala perempuan pula menepuk tangan.

Rasulullah saw bersabda :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ مَا لَكُمْ حِينَ نَابَكُمْ شَيْءٌ فِي الصَّلاَةِ، أَخَذْتُمْ فِي التَّصْفِيقِ إِنَّمَا التَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ .

Wahai manusia kenapakah kamu ketika mengenai kepada kamu didalam solat kamu terus menepuk tangan, sesungguhnya menepuk tangan hanya untuk perempuan.

[ HR Al-bukhari no.1234 ]

[4] perempuan perlu memakai tudung dalam solat, sedangakan lelaki tidak disyaratkan memakai tudung.

Sabda nabi saw :

لا يقبل الله صلاة حائض إلا بخمار .

Allah tidak menerima solat wanita dewasa kecuali dengan tudung.

[ HR Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah ]

[5] wanita perlu tutup kakinya, sedangakn lelaki tidak disyaratkan menutup kaki dalam solat.

عن أم سلمة رضي الله عنها قالت: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أتصلي المرأة في درع وخمار وليس عليها إزار؟ قال : إذا كانت الدرع سابغاً يغطي ظهور قدميها.

Dari ummi Salamah r.anha katanya : ” Adakah seseorang perempuan itu boleh bersolat dalam keadaan memakai baju dan tudung kepala sahaja, tetapi tidak memakai kain sarung?” baginda saw menjawab ” Boleh, jika bajunya itu labuh sehingga menutup zahir (bahagian atas) kedua kakinya “.

[ HR Abu Daud ]

[6] lelaki boleh menjadi imam kepada lelaki, manakala perempuan tidak boleh menjadi imam kepada lelaki.

Sabda nabi saw :

لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ امْرَأَة.

Tidak akan berjaya suatu kaum yang melantik pemimpin mereka seorang wanita.

[ HR al-Bukhari ]

3. Berkenaan dengan kedudukan wanita dalam rukuk dan sujud adakah sama dengan lelaki atau tidak sama, MAKA HAL INI ULAMA BERSELISIH PANDANGAN
PADA MENETAPKAN HUKUMNYA.

Ada sebahagian ulama berpandangan TIDAK ADA PERBEZAAN antara kedudukan lelaki dan kedudukan perempuan didalam rukuk dan sujud. Bahkan sebagaimana disunatkan kepada lelaki merenggangkan anggotanya begitu juga disunatkan kepada perempuan merenggangkan anggotanya.

Namun ada sebahgian ulama mujtahid yang lain pula bahkan ini adalah pandangan majoriti, mereka berpandangan bahawa DISUNATKAN KEPADA PEREMPUAN MERAPATKAN ANGGOTANYA KETIKA RUKUK DAN SUJUD.

Perlu kita tahu bahawa khilaf disini BUKANLAH KHILAF DIANTARA WAJIB ATAUPUN HARAM , BUKANLAH JUGA KHILAF ANTARA SAH SOLAT ATAU BATAL SOLAT , bahkan khilaf disini adalah KHILAF ANTARA MANA YANG LEBIH AFDHAL, hal ini dari kerana samaada perempuan itu merenggangkan atau merapatkan anggotanya didalam rukuk dan sujud maka kedua-dua keadaan tersebut masih lagi tidak terkeluar dari panggilan rukuk dan sujud, maksudnya masih dinamakan ia melakukan rukuk dan sujud, sebab itulah kedua-dua pandangan tersebut sepakat mengatakan SAH SOLAT PEREMPUAN YANG MERENGGANGKAN ATAU MERAPATKAN ANGGOTANYA ketika rukuk dan sujud , walaupun mereka berbeza pandangan pada manakah yang lebih afdhal.

4. Tidak ada dalil yang SOREH (jelas) lagi SAHIH dari nabi saw yang secara khusus menuntut supaya perempuan merenggangkan atau merapatkan anggotanya dalam rukuk dan sujud.

Cuma disana ada hadith yang dinilai dhaif oleh sebahagian ulama hadith, menuntut supaya perempuan merenggangkan anggotanya ketika rukuk dan sujud.

Antaranya ialah .

(1) riwayat dari ‘Ata’ ibn al-‘Ajlaan, dari Abu Nadrah al-‘Abdi, dari Abu Sa’id al-Khudri :

أنه كان يأمر الرجال أن يتجافوا في سجودهم ، ويأمر النساء ينخفضن في سجودهن .

bahawa Nabi saw memerintahkan kaum lelaki meluaskan lengan tangan mereka ketika sujud, dan memerintahkan kaum wanita supaya menjaga (merapatkan) lengan mereka ketika mereka sujud.

[al-Baihaqi mengatakan hadith ini munkar].

(2) riwayat dari Abu Mutee’ al-Hakam ibn Abdullah al-Balkhi, dari Umar ibn Dharr, dari Mujahid, dari Abdullah ibn Umar berkata : Rasulullah saw bersabda :

إذا جلست المرأة في الصلاة وضعت فخذها على فخذها الأخرى وإذا سجدت ألصقت بطنها في فخذيها كأستر ما يكون لها وإن الله تعالى ينظر إليها ويقول يا ملائكتي أشهدكم أني قد غفرت لها.

Apabila seorang wanita duduk, maka dia hendaklah meletakkan pehanya diantara kedua-duanya, dan apabila sujud dia menekan perutnya pada pehanya, seperti apa yang lebih tertutup untuk dirinya, dan sesungguhnya Allah swt melihatnya dan berkata :’Ya Malaikatku, Aku menyaksikan kamu sesungguhnya aku telah mengampunkan dosanya’.

[ Sunan al-Kubra, lil-Baihaqiy 2/222 ]

(3) Riwayat dari Yazid ibn Abi Habib, berkata bahawa Rasulullah melalui 2 orang wanita yang sedang bersolat, baginda saw bersabda :

إذا سجدتما فضمَّا بعض اللحم إلى الأرض ؛ فإن المرأة ليست في ذلك كالرجل

Apabila kamu sujud, tekankan sebahagian daging (badan) kebumi, kerana sesungguhnya wanita tidak sama seperti lelaki didalam hal itu.

[ Abu Daud (al-Maraasiil) dan al-Baihaqi, 2/223 ]

5. Sebahagian ulama feqh melihat kepada asal perempuan adalah ” مبناها على الستر ” BINAANNYA ATAS TERTUTUP, maka apa yang sesuai dengan perempuan ketika melakukan rukuk dan sujud adalah dengan merapatkan anggotanya.

Sebab itulah kita dapati Imam as-Syafie rahimahullah di dalam kitab الأم juz.1 hlm.138 menjelaskan :

وَقَدْ أَدَّبَ اللَّهُ تَعَالَى النِّسَاءَ بِالِاسْتِتَارِ وَأَدَّبَهُنَّ بِذَلِكَ رَسُولُهُ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَأُحِبُّ لِلْمَرْأَةِ فِي السُّجُودِ أَنْ تَضُمَّ بَعْضَهَا إلَى بَعْضٍ وَتُلْصِقَ بَطْنَهَا بِفَخِذَيْهَا وَتَسْجُدَ كَأَسْتَرِ مَا يَكُونُ لَهَا وَهَكَذَا أُحِبُّ لَهَا فِي الرُّكُوعِ وَالْجُلُوسِ وَجَمِيعِ الصَّلَاةِ أَنْ تَكُونَ فِيهَا كَأَسْتَرِ مَا يَكُونُ لَهَا …

Sungguh Allah Ta’ala telah mendidik kepada para wanita dengan bertutup, begitu juga Rasulullah SAW telah mendidik mereka seperti itu, dan aku suka bagi wanita di dalam sujudnya bahawa dia merapatkan sebahagian anggotanya kepada sebahagian yang lain, dan dia melekatkan perutnya pada kedua pahanya, dan dia bersujud seperti keadaan yang paling menutupi sesuatu yang ada baginya, dan seperti ini aku suka bagi perempuan di dalam rukuk, duduk serta di dalam keseluruhan solatnya bahawa adalah dia didalam solatnya seperti yang paling menutupi sesuatu yang ada untuknya …

Begitu juga imam Ahmad bin Hanbal.

Didalam مسائل أبي داود hlm.75 kata beliau :

سألت أحمد عن المرأة، كيف تسجد؟ قال: تضم فخذيها، قلت لأحمد: فجلوسها مثل جلوس الرجل؟ قال: لا.

Aku pernah bertanya imam Ahmad berkenaan perempuan bagaimanakah cara sujudnya, beliau menjawab : ” perempuan perlu merapatkan kedua pehanya “, aku bertanya lagi kepada imam Ahmad ” adakah duduknya sama seperti duduk lelaki ?”, beliau menjawab : ” tidak sama “.

Berkata imam Malik seperti apa yang disebut didalam kitab النوادر لابن أبي زيد juz.1 hlm.186 :

تضم بعضها إلى بعض، بقدر طاقتها، ولا تفرج في ركوع ولا سجود، ولا جلوس بخلاف الرجل.

Perempuan perlu merapatkan sebahagiannya kepada sebahagian yang lain sekadar mampu, dan tidak boleh ia merenggangkan pada ketika rukuk, sujud dan duduk. berbeza dengan lelaki.

Ramai sekali ulama dizaman salaf berpandangan seperti diatas, diantaranya boleh kita lihat dibawah ini :

Berkata imam Abdurrazzak didalam المصنف juz.3 hlm.137 :

[باب تكبير المرأة بيديها، وقيام المرأة وركوعها وسجودها]

[ Bab takbir perempuan dengan dua tangannya , berdiri , rukuk dan sujudnya ]

عن ابن جريج قال: قلت لعطاء: أتشير المرأة بيديها كالرجال بالتكبير قال: «لا ترفع بذلك يديها كالرجال، وأشار فخفض يديه جدا وجمعهما إليه» وقال: «إن للمرأة هيئة ليست للرجل».

Dari ibni Juraij katanya , aku berkata kepada ‘Atho´ ” adakah perempuan mengisyaratkan dengan dua tangannya seperti lelaki pada takbir ?”, beliau menjawab ” perempuan tidak mengangkat dua tanganya pada perbuatan tersebut seperti lelaki “, beliau menunjuk caranya lalu beliau merendahkan kedua tangannya dan merapatkan kedua-duanya kepada dirinya, beliau berkata ” sesungguhnya bagi perempuan keadaan tidak seperti lelaki “.

عن الحسن، وقتادة، قالا: «إذا سجدت المرأة فإنها تنضم ما استطاعت، ولا تتجافى لكي لا ترفع عجيزتها».

Dari al-Hasan al-Basriy dan Qatadah keduanya berkata ” apabila perempuan sujud maka perlu ia merapatkan semampu-mampunya, dan tidak merenggangkan supaya tidak terangkat tinggi punggungnya.

عن إبراهيم قال: «ولا تتجافى كما يتجافى الرجل، لكي لا ترفع عجيزتها».

Dari Ibrahim katanya ” dan perempuan tidak merenggangkan seperti lelaki supaya tidak terangkat tinggi punggungnya “.

عن علي قال: «إذا سجدت المرأة فلتحتفز، ولتلصق فخذيها ببطنها».

Dari ‘Ali katanya ” apabila perempuan sujud maka hendaklah ia merapatkan, dan hendaklah ia rapatkan dua pehanya pada perutnya “.

Berkata imam Ibnu Abi Syaibah didalam المصنف juz.1 hlm.241 :

[المرأة كيف تكون في سجودها؟]

[ Perempuan bagaimanakah kedudukannya dalam sujud ]

عن علي، قال: «إذا سجدت المرأة فلتحتفر ولتضم فخذيها».

Dari ‘Ali katanya ” apabila perempuan sujud maka hendaklah ia merapatkan dua pehanya “.

عن ابن عباس أنه سئل عن صلاة المرأة، فقال: «تجتمع وتحتفز».

Dari Ibni Abbas bahawasanya beliau ditanya tentang solat perempuan, beliau menjawab ” perempuan perlu merapatkan “.

عن إبراهيم، قال: «إذا سجدت المرأة فلتضم فخذيها، ولتضع بطنها عليهما».

Dari Ibrahim katanya ” apabila perempuan sujud maka hendaklah ia merapatkan dua pehanya dan hendaklah dia meletakkan perutnya atas dua pehanya “.

عن مجاهد أنه «كان يكره أن يضع الرجل بطنه على فخذيه إذا سجد كما تضع المرأة».

Dari Mujahid bahawasanya beliau tidak suak lelaki meletakkan perut atas dua pehanya apabila ia sujud seperti apa yang dilakukan oleh perempuan.

عن الحسن، قال: «المرأة تضطم في السجود».

Dari al-Hasan al-Basriy katanya ” perempuan merapatkan pada ketika sujud “.

6. Oleh kerana masaalah ini masih lagi didalam lingkungan masaalah khilafiyah diantara ulama muktabar MAKA KITA PERLU BERLAPANG DADA.

Ana sendiri lebih cenderung kepada pendapat imam Syafei dan lain-lain yang mengatakan perempuan perlu merapatkan anggotanya ketika sujud dan rukuk,
bukanlah kerana ana menganggap meraka ini adalah maksum, akan tetapi kerana ana yakin mereka ini adalah AHLI HADITH DAN AHLI FEQH yang dikitiraf keilmuannya dan diiktiraf mempunyai kemampuan yang tinggi didalam memahami nas-nas syara’.

dalam masa yang sama kalau ada pihak lain yang ingin mengambil pandangan yang mengatakan perlu MERENGGANGKAN maka terpulanglah.

والله أعلم بالصواب

وفقنا الله وإياكم لما يحبه ويرضاه ، أكتب ما ترون وأستغفر الله العظيم لي ولكم.

أبو أسامة محمد حنفية الشافعي

20 March 2017 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

MENYAPU MUKA SEUSAI SOLAT/BERDOA ADA LAH SUNAT IKUT MAZHAB SYAFIE.

sapu muka lepas doa.jpg

Menyapu muka lepas berdoa ada lah sunat ikut Mazhab Syafie.

Soalan: “Apakah dibolehkan menyapu muka dengan tangan kanan selepas kita memberi salam?”

Jawapan: Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathoni, menyebut dalam kitabnya “Munyatul Musholli” halaman 18, antara lain berkata:

“…Adapun sunnat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi ﷺ apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangan-nya di atas kepala-nya dan dibaca-nya: “Dengan Nama ALlāh yang tiada tuhan selain Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya ALlāh, hilangkanlah daripada-ku segala kebingungan (stress) dan kedukaan.”

( بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم. اللهم اذهب عني الهم و الحزن )

Jawapan : Ibnus Sunni dalam “‘Amalul Yawm wal Lailah” halaman 35, yang meriwayatkan bahawa Sayyidina Anas ibn Malik radhiyāLlāhu ‘anhu. berkata:-

كان رسول الله صلى الله عليه و سلم
إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى
ثم قال: أشهد أن لاإله إلا الله الرحمن الرحيم،
اللهم أذهب عني الهم و الحزن

Adalah Junjungan RasūluLlāh ﷺ apabila selesai daripada solat, Baginda ﷺ menyapu dahi-nya dengan tangan kanan sambil mengucapkan: “Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang disembah selain ALlāh Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya ALlāh, hilangkanlah daripada-ku segala keresahan dan kedukaan.”

Jawapan : Dalam “Bughyatul Mustarsyidin”, kitab masyhur himpunan Sayyid ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin ‘Umar Ba ‘Alawi, Mufti negeri-negeri Hadhramaut, pada halaman 49 dinyatakan:

(Faedah) Ibnu Manshur telah meriwayatkan bahawasanya adalah Junjungan Nabi ﷺ apabila selesai solat-nya, Baginda ﷺ menyapu dahi-nya dengan tapak tangan kanan-nya, kemudian melalukannya ke wajah Baginda ﷺ sehingga sampai ke janggut Baginda ﷺ yang mulia, sambil membaca:

بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب و الشهادة الرحمن الرحيم
اللهم أذهب عني الهم و الحزن و الغم
اللهم بحمدك انصرفت و بذنبي اعترفت
أعوذ بك من شر ما اقترفت
و أعوذ بك من جهد بلاء الدنيا و عذاب الآخرة

“Dengan nama ALlāh yang tiada Tuhan selain-Nya, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Maha Pemurah, Maha Pengasih. Ya ALlāh, hilangkanlah daripadaku segala keresahan, kesedihan dan kekesalan. Ya ALlāh, dengan pujian-Mu aku berpaling dan dengan dosa-ku aku mengaku. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan apa yang aku lakukan dan aku berlindung dengan-Mu dari kepayahan bala` dunia dan azab akhirat.”

SELAMAT BERAMAL DENGAN APA YANG DINUKILKAN OLEH ULAMA’-ULAMA KITA YANG MEREKA ITU LEBIH LAGI MEMAHAMI TENTANG SESUATU HADITH DARIPADA KITA SEMUA. BAGI YANG TIDAK MAHU MENGAMALKANNYA, TIDAK MENGAPA DAN TIDAK BERDOSA.

Ustaz Mohd Hanif Bin Mohd Salleh.

20 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah | Leave a comment

CARA MENGHADAPI BADAI FITNAH AKHIR ZAMAN

Guru Mulia Al-Habib Dr. Abu Bakar Al-Adni bin Ali Al-Masyhur حفظه الله تعالى pernah menyampaikan sebuah nasihat dalam kita menghadapi terpaan badai fitnah ini. Beliau mengingatkan kita yang berada di akhir zaman seperti sekarang ini agar berpegang teguh kepada 3 perkara untuk menghadapi dahsyatnya fitnah akhir zaman yang mana boleh menjadikan seseorang mukmin di pagi harinya dan kafir di waktu petangnya.

PERKARA PERTAMA ADALAH AT-TALAQQI, yakni belajar dengan seorang syaikh yang ‘alim, sholeh dan mempunyai sanad ilmu yang jelas, dari guru ke guru, dari ‘alim ke ‘alim, dari syaikh ke syaikh, sampai kepada sumbernya ilmu yaitu Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وسلم.
At-Talaqqi ini tidak boleh didapatkan melalui media-media seperti radio, televisyen, internet, media online, dan lain sebagainya. Akan tetapi, At-Talaqqi diperoleh dengan cara kita muwajahah dan musyafahah langsung di depan guru kita. Yang mana bila didapatkan suatu permasalahan agama maka guru kita menjadi tempat kembali untuk bertanya.
Lihatlah bagaimana orang-orang pada zaman dahulu tidak ada yang menggunakan teknologi yang namanya handphone atau smartphone, tetapi menghasilkan banyak ulama besar. Sebagai contoh, Al-Habib Abdullah bin Umar As-Syatiri yang mempunyai 13 ribu murid di zamannya dan semuanya menjadi seorang Mufti.

KEMUDIAN PERKARA KEDUA ADALAH AT-TARAQQI, yakni peningkatan kualiti diri di hadapan Allah dengan berbagai macam bentuk ketaatan seperti solat, zikir, tilawah, dan amalan ibadah lainnya. Semakin hari akan semakin meningkat dan semakin baik, bukan sebaliknya yang semakin menurun.
Bagi mereka yang saat ini belum mendapatkan seorang guru atau syeikh yang dapat membimbingnya maka dianjurkan untuk memperbanyak membaca selawat kepada Sayyidina صلى الله عليه وسلم. Selawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini merupakan guru bagi orang-orang yang belum mempunyai guru di dalam kehidupannya. Di saat yang bersamaan ia pun mesti berusaha untuk mencari guru bagi dirinya.
Ketahuilah bahwa menimba ilmu agama itu bukan melalui media seperti siaran radio, televisyen, atau media online. Boleh kita mengikuti dan menimba ilmu melalui media-media tersebut asalkan kita mampu menjaga diri dengan benar sehingga tidak terjerumus di dalam faham-faham di luar Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Pastikan media tersebut jelas bersumber dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah . Namun, perlu diperhatikan belajar ilmu agama melalui media seperti ini bukanlah merupakan bentuk At-Talaqqi. Sifatnya hanya sebagai penambahan saja.

DAN PERKARA TERAKHIR ATAU YANG KETIGA ADALAH AT-TAWAQQI, yakni menjaga atau penjagaan diri dari berbagai bentuk kemungkaran atau kemaksiatan. Penjagaan diri ini hanya boleh dilakukan apabila sudah melewati At-Talaqqi atau sudah berguru. Kita tidak dapat menjaga diri dan meningkatkan ibadah kalau tidak ada guru. Dengan tidak mempunyai guru akan memudahkan terkena badai fitnah akhir zaman kerana ia tidak mempunyai panutan atau pegangan di dalam hidupnya yang dapat menuntunnya ke jalan Allah تعالى. Untuk itulah sebagai seorang Muslim perlu untuk mempunyai kekuatan dan hubungan dengan orang-orang soleh yakni para guru dan masyaikh yang jelas sanadnya.
Sumber*Maahad Al-Imam Al-Adni, Seksyen 8, Shah Alam*

19 March 2017 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

10 Kesan Buruk Ketagihan Pornografi Serta Langkah Menghentikannya

Pornografi ialah penggambaran atau segala bahan yang mengghairahkan bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks secara lucah. Pada masa kini, mendapatkannya amat mudah dan dikatakan murah.

Jika anda berkeinginan kepadanya atau berniat mahu menghentikan tabiat ini, ingat 10 perkara ini:

#1 – Jika Anda Tidak Pernah Melihat Kandungan Pornografi, Jangan Mulakan Mencuba.

Pornografi memberi kesan ketagihan melebihi ketagihan dadah. Sekali anda melangkah, ia akan menarik anda untuk meneruskan ketagihan anda. Seperti dadah, hidup anda akan bergantung kepadanya.

#2 – Ketagihan Pornografi Akan Membawa Anda Kepada Aktiviti Yang Lain Seperti Melancap.

Ini kerana pornografi menimbulkan keinginan untuk melakukan aktiviti seksual. Memandangkan anda tidak memperolehinya pada masa berkenaan, anda akan cenderung untuk melakukannya bagi mendapatkan kepuasan segera. Jadi, sekarang anda bukan hanya ada satu ketagihan, tapi dua ketagihan untuk ditangani.

#3 – Ketagihan Pornografi Menyebabkan Anda Sentiasa Memikirkannya.

Anda sentiasa mahukannya. Jika boleh, anda mahukan lebih daripada sebelumnya. Keinginan anda hanya akan berhenti jika anda mendapatkannya. Jika tidak dapat, anda mula membayangkannya. Ia sering muncul dalam minda. Ini sekaligus merosakkan fokus anda.

#4 – Ketagihan Pornografi Menyebabkan Anda Sentiasa Dalam Keadaan Lemah.

Ini kerana anda kurang tidur pada waktu malam yang berpunca daripada kesukaran untuk tidur. Setelah kehilangan fokus, kini anda kurang tidur pula. Akibatnya, tubuh anda menjadi lesu.

#5 – Penagih Pornografi Biasanya Berada Dalam Keadaan Rasa Bersalah.

Bagi yang beragama Islam, anda tahu perbuatan ini adalah berdosa. Ia menambah lagi rasa bersalah anda. Rasa bersalah dan berdosa ini membuatkan anda berasa rendah diri dan tiada keyakinan. Ia wujud kerana kesukaran anda menghilangkan ketagihan kepada pornografi.

#6 – Kegembiraan Anda Bergantung Kepada Pornografi.

Apabila ia menerjah minda anda, anda mahu bersendirian. Ini kerana anda tidak boleh menonton pornografi di hadapan orang awam, walaupun keluarga anda. Pornografi bukanlah sesuatu yang normal. Ia menjijikkan. Ia sesuatu yang memalukan dan tidak dihormati.

Jadi, anda perlu menyembunyikan perbuatan atau ketagihan anda daripada diketahui orang lain. Keadaan ini memaksa anda untuk mengasingkan diri anda daripada orang lain. Pada saat ini, anda sudah kehilangan hubungan dengan manusia. Anda seperti hidup dalam dunia sendiri.

#7 – Sering Melihat Perkara Negatif Menyebabkan Anda Kelihatan Lebih Berusia Daripada Usia Sebenar Anda.

Walaupun secara fizikal anda kelihatan berusia, tapi tidak kepada kematangan anda.

#8 – Pornografi Memberi Kesan Kepada Sesiapa Sahaja.

Tidak kira anda sudah berkahwin atau bujang. Bagi mereka yang sudah berkahwin, ia mempengaruhi hubungan suami dan isteri. Seringkali isteri yang mempunyai suami yang suka pornografi mendapati suami mereka seperti tidak berminat dengan seks, tidak puas, dan kecewa dengan hubungan suami isteri.

Lantas, ia mendedahkan diri isteri kepada keganasan seksual. Oleh itu, ketagihan pornografi bukanlah masalah orang bujang sahaja. Sebaiknya, hentikan ketagihan pornografi anda sebelum anda memilih untuk berumahtangga.

#9 – Sangkaan Ketagihan Pornografi Boleh Dipulihkan Dengan Sebuah Perkahwinan.

Hakikatnya, perkahwinan bukanlah semata-mata mengenai seks. Malah, seks bukanlah perkara utama dalam sebuah perkahwinan walaupun ia tidak dinafikan suatu kepentingan. Orang yang mempunyai ketagihan pornografi mempunyai persepsi tertentu terhadap seks dalam perkahwinan.

Apabila realiti tidak menyamai semua lakonan pornografi yang ditontonnya, individu yang mengalami ketagihan mula merasai kegagalan. Dengan itu, mereka memerlukan alternatif kepada hubungan suami isteri.

#10 – Tahukah Anda Melihat Pornografi Adalah Berdosa?

Ini kerana anda melihat alat sulit individu yang anda tidak dibenarkan untuk melihatnya. Anda bukan sahaja menyalahi agama, malah moral juga.

Al-Quran juga menyuruh kita untuk menjauhkan diri dari perbuatan yang munkar sama ada anda melakukannya secara terbuka atau tersembunyi. Lebih-lebih lagi perbuatan zina atau melihat orang lain berzina. Anda tahu yang dosa-dosa ini berkumpul dan menggelapkan hati.

Lantas, anda kehilangan keberkatan hidup, rahmat dari Allah. Semakin lama, dosa ini menjauhkan anda daripada Allah. Lebih malang lagi bila anda mula merasakan dosa anda tidak akan diampunkan dan anda memilih untuk meneruskan perbuatan buruk anda. Sedangkan Allah Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang dan anda pula memilih untuk menuruti kehendak syaitan.

Tanamkan niat untuk meninggalkan aktiviti menonton pornografi. BERHENTI MESTI BERHENTI. Anda perlu yakin kepada Allah Yang Maha Pengampun. Sebanyak mana pun dosa anda, Allah sentiasa memberi ruang taubat selagi anda masih bernyawa. Mintalah dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir bagi mengisi jiwa anda semula. Isi malam anda dengan qiamulail dan siang anda dengan puasa sunat. Gantikan hiburan anda dengan yang bersifat keagamaan.

Jauhkan diri anda juga dari bahan-bahan atau sumber yang mendekatkan anda kepada pornografi.

Selain itu, mula aktifkan diri anda dengan aktiviti yang berfaedah. Lakukan senaman untuk kesihatan tubuh dan minda. Jadikan diri anda bermanfaat dengan menawarkan diri menjadi sukarelawan.

Dedahkan diri anda dengan maklumat saintifik mengenai bahaya menonton pornografi. Anda akan dapati ia merosakkan diri anda lebih daripada yang anda sangka. Sekiranya masih tidak berjaya, dapatkan khidmat pakar bagi membantu anda.

Yakinlah. Bagi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI

 

19 March 2017 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

PEMBELAAN BUAT IMAM GHAZALI : 

Oleh: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

SIAPA YANG MENDAKWA ‘IMAM GHAZALI TERMASUK GOLONGAN YANG TERTIPU’ MAKA SEBENARNYA ‘DIA’ YANG TERTIPU

Kebelakangan ini kita mendengar ada penceramah yang lantang menghina Imam Ghazali, sebaiknya dinasihatkan mereka merenungi diri mereka sendiri adakah mereka ini setaraf atau tidak dengan Hujjatul Islam Imam Ghazali sebelum menghina Ulama’ hebat ini

Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah memasukkan Imam Ghazali sebagai sumber rujukan bagi memahami ‘Tasawwuf’ seperti dibawah ini :

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/933-tafsiran-pegangan-dan-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah

Tafsiran Pegangan dan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Tarikh Keputusan : 25 Februari 2016

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadilawal 1437H telah bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Negeri Sembilan iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan:

1. Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

2. Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

3. Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Malah antara yang disebarkan adalah perkara-perkara buruk tentang Imam Ghazali berkenaan lemahnya Imam Ghazali dalam bidang hadis, tetapi benarkah dakwaan itu?

Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Ahli Panel Penyelidik Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan) menulis bagi menjawab dakwaan-dakwaan tersebut di bawah ini :

http://sawanih.blogspot.my/2011/12/status-imam-al-ghazali-450-505h-dalam.html?m=1

Status Imam al-Ghazali (450-505H) Dalam Ilmu Hadis

Ada seorang ustaz al-fadhil menghubungi saya bertanyakan tentang kedudukan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis. Ini barangkali kerana ingin menjawab persoalan mereka yang memandang rendah tentang keupayaan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis. Maka saya katakan, ada sebuah kitab yang bagus dalam membincangkan masalah ini, iaitu kitab al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith oleh Dr. Muhammad ‘Aqil bin ‘Ali al-Mahdali.

Pertamanya, amat perlu difahami apakah maksud ilmu hadis itu. Ilmu hadis yang bagaimana? Kerana ilmu hadis itu mempunyai banyak pecahan di bawahnya. Walhal, maksud kurang keupayaan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis itu sebenarnya merujuk kepada ilmu hadis tertentu, terutama berkaitan kajian sanad seperti al-jarh wa al-ta’dil dan rijal al-hadith, bukannya keseluruhan cabang dalam ilmu hadis. Ini kerana beliau berkeupayaan dalam ilmu mustalah al-hadith, atau riwayah al-hadith yang objektif utamanya adalah untuk membezakan mana hadith yang sahih dan mana hadith yang daif, sepertimana yang dapat dilihat dalam kitab-kitab usul al-fiqhnya, iaitu al-Mankhul dan al-Mustasfa.

Beliau juga berkeupayaan dalam mengetahui pelbagai hadis di mana telah memuatkan sebanyak lebih 4,800 buah hadis di dalam kitabnya Ihya’ `Ulum al-Din. Iaitu suatu bilangan yang jarang ada di dalam sesebuah kitab seperti itu. Justeru, bukan kesemuanya atau sebahagian besarnya hadis daif dan munkar seperti yang didakwa oleh sesetengah orang.

Bahkan, sebahagian besar hadis-hadis kitab Ihya’ `Ulum al-Din adalah masih hadis-hadis sahih dan hasan, serta daif yang dapat diterima dalam bab fada’il amal (kelebihan-kelebihan amalan). Imam al-Ghazali sewajarnya lebih diberi keuzuran kerana konsep kitab Ihya’ `Ulum al-Din yang disusunnya itu ialah fada’il acmal, bukannya ahkam atau akidah. Berbanding setengah ulama yang menyusun kitab dalam bab ahkam atau akidah, tetapi memuatkannya dengan hadis-hadis daif dan munkar.

Demikian antara jawapan saya menurut apa yang terlintas di dalam kepala pada masa itu.

Hadis-Hadis Ihya’ `Ulum Al-Din

Pandangan yang mendakwa kelemahan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis bukanlah suatu yang baru. Zahirnya, mereka hanya mengikut pendapat yang mengatakannya demikian, terutama disebabkan hadis-hadis kitabnya Ihya’ `Ulum al-Din. Antaranya:

Kata al-Hafiz Ibn al-Jawzi (w. 597H): “Beliau memenuhi kitabnya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya” (Talbis Iblis, hlm. 190).

Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) menyatakan: “Adapun apa yang dianggap aib pada al-Ihya’ disebabkan kelemahan sebahagian hadis-hadisnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang hadis” (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 6/249).

Imam Ibn Kathir (w. 774H) berkata: “Di dalamnya banyak hadis yang gharib, munkar dan palsu” (Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/214).

Sebanyak mana bilangannya? Menurut Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali dalam al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith, bilangan hadis-hadis dalam Ihya’ `Ulum al-Din ialah 4,848 buah hadis. Ini berpandukan kepada kitab Is‘af al-Mulihhin bi-Tartib Ahadith Ihya’ ‘Ulum al-Din susunan Syeikhuna al-Muhaddith Syeikh Mahmud Sa‘id Mamduh. Bagaimanapun, kitab tersebut hanya menyusun semula hadis-hadis yang ditakhrij oleh al-Hafiz al-‘Iraqi (w. 806H) dalam al-Mughni `an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar, sedangkan masih ada sebilangan kecil hadis yang tidak ditakhrijkan olehnya.

Jika Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) mengira sebanyak 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 6/287- 389). Maka bakinya jika begitu, ialah sebanyak 3,905 hadis yang masih mempunyai sanad antara sahih, hasan dan daif. Jumlah ini masih dianggap jumlah yang besar. Malah sebahagian daripada bilangan 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya oleh Taj al-Din al-Subki itu sebenarnya masih mempunyai sanad, dan sebahagiannya pula ada yang diperselisihkan darjatnya antara sahih, hasan, daif atau mawdu‘. Ini dapat dilihat dalam takhrij al-Hafiz al-‘Iraqi dan takhrij al-Hafiz Murtadha al-Zabidi yang lebih luas dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin. (Lihat: al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith oleh Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali)

Boleh dikatakan, tidak ada kitab tasawuf yang mengandungi jumlah hadis sebanyak itu. Maka dakwaan bahawa Imam al-Ghazali hanya menceduk hadis-hadis kitabnya daripada kitab-kitab fiqh dan tasawuf barangkali dapat dipertikaikan. Ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa beliau juga telah memetik hadis-hadis kitab Ihya’ `Ulum al-Din daripada kitab-kitab hadis itu sendiri (al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith hlm. 74 & 118).

Bagaimanapun, sewajarnya setiap pembaca kitab Ihya’ `Ulum al-Din berhati-hati dalam memetik hadis-hadisnya dan menelitinya menerusi takhrij al-Hafiz al-`Iraqi yang biasanya dicetak bersama-sama dengan kitab Ihya’. Meskipun adakalanya, hukum beliau berbeza dengan hukum al-Hafiz Murtadha al-Zabidi. Sekurang-kurangnya hadis daif masih dapat diamalkan dalam bab fada’il acmal.

Imam al-Ghazali Mahir Ilmu Hadis Riwayah Dan Dirayah

Bukankah Imam al-Ghazali cukup terkenal sebagai seorang faqih (ahli fiqh)? Sudah tentu beliau mahir berkaitan fiqh al-hadith, atau ilmu dirayah al-hadith. Beliau tentunya memiliki ilmu yang cukup berkaitan hadis-hadis ahkam. Oleh sebab itu, beliau mampu menghasilkan kitab-kitab fiqh yang menjadi rujukan muktabar dan diiktiraf oleh para ulama, khususnya dalam mazhab al-Syafi‘i.

[*Berhubung ilmu hadis riwayah dan dirayah, saya mengikut pembahagian kebanyakan ulama, namun dengan takrifan al-Muhaddith Sayyid ‘Abdullah al-Ghumari dalam Tawjih al-‘Inayah, yang turut disepakati Prof. Dr. Abu al-Laith al-Khair Abadi. Iaitu ilmu riwayah al-hadith berkaitan para perawi dan riwayat mereka, manakala ilmu dirayah al-hadith hanya berkaitan matan hadis. Berlainan dengan Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali yang mengikut pembahagian Prof. Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki dalam al-Manhal al-Latif]

Justeru dengan ini, kita dapat lihat Imam al-Ghazali mengetahui tentang dua cabang utama ilmu hadis, iaitu ilmu riwayah al-hadith dan ilmu dirayah al-hadith. Adapun kata-kata Imam al-Ghazali dalam Qanun al-Ta’wil (hlm. 30): “Dan barang bekalanku dalam ilmu hadis adalah sedikit”. Saya berpendapat ianya adalah dalam nada tawaduk dan merendah diri, apatah lagi kerana beliau berani mengisytiharkan dirinya begitu. Dalam erti kata lain, beliau menganggap dirinya bukanlah seorang imam dalam ilmu hadis sebagaimana imam-imam hadis yang tersohor di zamannya ataupun di zaman sebelumnya. Namun, ini tidak bermakna beliau langsung tidak mengetahui ilmu hadis.

Antara imam-imam hadis di zamannya atau di zaman sebelumnya, iaitu sekitar kurun kelima hijrah ialah al-Hakim (w. 405H), Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami (w. 412H), Tammam al-Dimasyqi (w. 414H), al-Lalika’i (w. 418H), Hamzah al-Sahmi (w. 427H), Abu Nu‘aim al-Asbahani (w. 430H), al-Mustaghfiri (w. 432H), Abu Zar al-Harawi (w. 434H), al-Khallal (w. 439H), Abu ‘Amru al-Dani (w. 444H), al-Qudha‘i (w. 454H), al-Bayhaqi (w. 458H), Ibn ‘Abd al-Barr (w. 463H), al-Khatib al-Baghdadi (w. 463H), Abu al-Qasim Ibn Mandah (w. 470H), al-Baji (w. 474H), al-Sam‘ani (w. 489H), al-Ruyani (w. 501H), al-Daylami (w. 509H) dan lain-lain.

Maka, dakwaan bahawa Imam al-Ghazali tidak mahir hadis perlu disemak semula. Kerana hakikatnya, ia bukan secara umum begitu. Beliau hanya tidak mendalami ilmu riwayah al-hadith dari segi kajian sanad dan praktikalnya secara lebih mendalam, dari sudut al-jarh wa al-ta’dil dan rijal al-hadith, serta dari segi periwayatan lautan kitab-kitab hadis secara sama’/talaqqi. Barangkali inilah maksud kenapa beliau menelaah Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim di akhir hayatnya, iaitu kerana ingin mendalami rijal al-hadith dalam kedua-dua kitab sahih yang agung tersebut, dan sebagai usaha permulaan bagi mendengar dan menelaah lautan kitab-kitab hadis yang amat banyak bilangannya. Sebagaimana sebahagian ulama merekodkannya di dalam kitab-kitab sanad mereka.

Jelasnya, meskipun Imam al-Ghazali bukanlah seorang imam atau tokoh besar dalam ilmu hadis, beliau dianggap masih berkeupayaan dalam ilmu hadis, riwayah dan dirayahnya.

Imam al-Ghazali Mendengar Hadis di Akhir Usia

Menurut Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali, Imam al-Ghazali telah mempelajari hadis secara wijadah (penemuan) dan juga ijazah, namun beliau tidak mempelajarinya secara sama‘ (talaqqi) kecuali di akhir hayatnya (al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith hlm. 81-83). Sebab itu, beliau berusaha untuk mengatasi kelemahannya itu, dan ini yang membawa beliau untuk mendengar Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim melalui al-Hafiz Abu al-Fityan ‘Umar bin Abi al-Hasan al-Rawasi.

Al-Hafiz Ibn ‘Asakir menyebutkan bahawa Imam al-Ghazali telah mendengar Sahih al-Bukhari daripada Abu Sahl Muhammad ibn ‘Abdullah al-Hafsi (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/200). Dan antara syeikh-syeikhnya yang lain dalam ilmu hadis ialah al-Hakim Abu al-Fath Nasr ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Hakimi al-Tusi, Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Khawari, dan Muhammad ibn Yahya ibn Muhammad al-Syuja‘i al-Zawzani (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/220).

Kata muridnya, al-Hafiz ‘Abd al-Ghafir al-Farisi (w. 529H): “Di akhir hayatnya, beliau telah memberi tumpuan terhadap hadis Nabi al-Mustafa SAW, dan duduk bersama para ahlinya, serta menelaah al-Sahihain, al-Bukhari dan Muslim, yang mana kedua-duanya merupakan hujjah Islam. Seandainya beliau hidup lama, nescaya beliau mampu mengatasi semua orang dalam disiplin ilmu (hadis) tersebut dengan waktu yang cukup singkat yang beliau luangkan untuk memperolehinya. Tidak diragukan lagi bahwa beliau telah mendengar hadis-hadis di waktu-waktu sebelumnya, dan beliau hanya menyibukkan diri dengan mendengarnya (secara sama‘) di akhir hayat. Dan beliau tidak berkesempatan meriwayatkannya. Namun, hal itu tidak memudaratkan terhadap apa yang beliau tinggalkan dari kitab-kitab yang telah ditulis dalam bab usul, furu’ dan seluruh bahagian yang lain, yang akan kekal disebut-sebut namanya. Dan telah tertetap di sisi mereka yang menelaah dan mengambil faedah daripadanya bahwa tidak ada lagi orang terkemudian yang sebanding dengannya sesudah beliau”. (Lihat: Tabyin Kazib al-Muftari oleh al-Hafiz Ibn ‘Asakir, hlm. 296; Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/210).

Kata ‘Abd al-Ghafir al-Farisi lagi: “Aku pernah dengar bahawa beliau telah mendengar Sunan Abi Dawud al-Sijistani dari al-Hakim Abu al-Fath al-Hakimi al-Tusi, namun saya tidak menemukan bukti sama‘nya” (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/212). Sebab itu, ada dikatakan bahawa Imam al-Ghazali pernah menyebut bahawa menelaah kitab Sunan Abi Dawud itu sudah memadai bagi seorang mujtahid.

Kata ‘Abd al-Ghafir al-Farisi: “Beliau juga telah mendengar berbagai-bagai hadis secara formal bersama-sama para fuqaha’. Antara yang saya temukan bukti sama‘nya ialah apa yang beliau dengar daripada kitab Mawlid al-Nabi SAW karangan Abu Bakr Ahmad bin ‘Amr ibn Abi ‘Asim al-Syaybani, riwayat al-Imam Syeikh Abu Bakr Muhammad bin al-Harith al-Asbahani, dari Abu Muhammad ‘Abdullah bin Muhammad bin Ja‘far ibn Hayyan, dari pengarangnya. Imam al-Ghazali telah mendengarnya dari Syeikh Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Khawari – Khawar Tabaran – rahimahullah, bersama-sama dua orang anaknya, Syeikh ‘Abd al-Jabbar dan Syeikh ‘Abd al-Hamid serta sekumpulan para fuqaha’… Kitab tersebut di dalam dua juzuk yang didengar oleh beliau” (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/212-214).

Kata al-Hafiz Ibnu ‘Asakir al-Dimasyqi (w. 571H): “Beliau telah mendengar Sahih al-Bukhari dari Abu Sahl Muhammad bin ‘Abd Allah al-Hafsi, dan menjadi guru di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Kemudian beliau keluar ke Syam mengunjungi Baitul Maqdis. Beliau memasuki Dimasyq pada tahun 489H dan tinggal di sana dalam satu tempoh. Disampaikan kepadaku bahawa beliau telah menulis di sana sebahagian karya-karyanya. Kemudian beliau kembali ke Baghdad, lalu ke Khurasan. Beliau telah mengajar dalam satu tempoh di Tus. Setelah itu, beliau meninggalkan pengajaran dan perdebatan, dan menyibukkan diri dengan ibadah”. Al-Hafiz Abu Sa‘d ibn al-Sam‘ani menyebut bahawa beliau pernah mengundang Abu al-Fityan ‘Umar bin Abi al-Hasan al-Rawasi al-Hafiz al-Tusi dan memuliakan beliau, serta mendengar darinya Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim” (Lihat: Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/214-215).

Menurut Ibn Kathir : “Dikatakan pada akhir hayatnya, beliau telah cenderung kepada mendengar hadith dan menghafal al-Sahihain (al-Bukhari dan Muslim)…”, “Kemudian (di akhir hayat) beliau telah pulang ke negerinya Tus dan tinggal di sana, membina sebuah ribat, membuat rumah yang baik, menanam tanam-tanaman di sebuah kebun yang indah, memberi tumpuan membaca al-Quran dan menghafal hadith-hadith sahih” (Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/214-215).

Jelaslah bahawa beliau bukannya langsung tidak mengetahui ilmu riwayah al-hadith, apatah lagi ilmu dirayah al-hadith yang mana beliau adalah jaguhnya dalam mazhab al-Syafi‘i.

p/s Semoga Allah menjauhkan kita dari menghina Ulama’ yang Haq

19 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

BENAR KAH IMAM SYAFIE TOLAK TAHLIL ARWAH?

MENGUSIK AMALAN MUSLIM DENGAN MENUKIL PERNYATAAN ULAMA DARI KITAB MUKTABAR SECARA SERAMPANGAN (iatu edit atau menggunting-gunting kalimat) MERUPAKAN PERBUATAN KEJI DAN SANGAT TIDAK BERAKHLAK.

SELAIN TERMASUK TELAH MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN, JUGA TERMASUK TELAH MEMFITNAH ULAMA YANG PERKATAANNYA TELAH MEREKA NUKIL, MERENDAHKAN KITAB ULAMA DAN JGA TELAH MENIPU KAUM MUSLIMIN .

DAKWAH MEREKA BENAR2 PENUH KEPALSUAN DAN KEBOHONGAN.mMEMPERALATKAN NAMA IMAM SYAFIE UNTUK MENJATUHKAN AMALAN TAHLIL.SUNGGUH MEREKA INI AMAT KEJI JUGA DENGKI.

Kitab I’anatuth Thalibin (إعانة الطالبين) adalah kitab Fiqh karangan Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyatiy Asy-Syafi’i, yang merupakan syarah dari kitab Fathul Mu’in, Kitab ini sangat masyhur dikalangan masyarakat Indonesia dan juga salah satu kitab yang menjadi rujukan pengikut madzhab Syafi’iyyah dalam ilmu Fiqh diseluruh dunia. Namun, sayang, ada sebagain kecil kalangan yang tidak bermadzhab Syafi’i (anti Madzhab), mengaku pengikut salaf, mencomot-comot isi kitab ini untuk mengharamkan Tahlilan yang merupakan amalan sudah masyhur dikalangan pengikut madzhab Syafi’i. Bukannya berdakwah secara benar namun yang mereka lakukan, malah menunjukkan kedengkian hati mereka dan ketidak jujuran mereka dalam menukil perkataan ulama. Ini hanya salah satu kitab yang kami coba luruskan dari nukilan tidak jujur yang telah mereka lakukan, masih banyak lagi kitab Ulama yang dicomot serampangan oleh mereka, seperti kitab Al-Umm (Imam Syafi’i), Al-Majmu’ Syarah Muhadzab Imam An-Nawawi, Mughni al-Muhtaaj ilaa Ma’rifati Ma’aaniy Alfaadz Al Minhaj, dan kitab-kitab ulama lainnya.

*PEMBAHASAN

Setidak-tidaknya ada 5 pernyataan yang kami temukan, yang mereka comot dari kitab I’anah at-Thalibin secara tidak jujur dan memelintir (mensalah-pahami) maksud dari pernyataan tersebut untuk mengharamkan Tahlilan. Ini banyak dicantumkan disitus-situs mereka dan dikutip oleh sesama mereka secara serampangan pula. Berikut ini yang mereka nukil secara tidak jujur, yang punya kitab i’anah at-tholibin silahkan di teliti langsung.
1. Teks arabnya ; (نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر)
“Ya, apa yang dilakukan manusia, yakni berkumpul di rumah keluarga si mayit, dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala bagi orang yang mencegahnya, dengannya Allah akan kukuhlah kaidah-kaidah agama, dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165)

2. Teks arabnya ;
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه، بدعة مكروهة – كإجابتهم لذلك، لما صح عن جرير رضي الله عنه. كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة
“Dan apa yang dibiasakan manusia tentang hidangan dari keluarga si mayit yang disediakan untuk para undangan, adalah bid’ah yang tidak disukai agama, sebagaimana datangnya para undangan ke acara itu, karena ada hadits shahih yang diriwayatkan dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu: Kami menganggap bahwa berkumpul di rumah keluarga si mayit, mereka menghidangkan makanan setelah penguburannya, adalah termasuk nihayah (meratap) –yakni terlarang.

3. Teks arabnya ; وفي البزاز: ويكره اتخاذ الطعام في اليوم الاول والثالث وبعد الاسبوع، ونقل الطعام إلى القبر في المواسم “Dalam Kitab Al Bazaz : Dibenci menyediakan makanan pada hari pertama, tiga, dan setelah tujuh hari, dan juga mengirim makanan ke kuburan secara musiman.

4. “Dan diantara bid’ah yang munkarat yang tidak disukai ialah apa yang biasa dikerjakan orang tentang cara penyampaian rasa duka cita, berkumpul dan acara hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram. (I’anatut Thalibin, Sarah Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146).

5. “Dan tidak ada keraguan sedikitpun, bahwa mencegah umat dari bid’ah munkarat ini adalah menghidupkan Sunnah Nabi SAW , mematikan BID’AH, membuka seluas-luasnya pintu kebaikan dan menutup serapat-rapatnya pintu-pintu keburukan, karena orang-orang memaksa-maksa diri mereka berbuat hal-hal yang akan membawa kepada hal yang diharamkan. (I’anatut Thalibin, Sarah Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146).

Point kelima itulah yang mereka comot secara serampangan dan menterjemahkannya dengan memelintir maknanya. Kami akan mulai membahas point-point diatas, sebagai berikut :
===========================================================

POINT PERTAMA (1) : Nukilan diatas merupakan bentuk ketidakjujuran, dimana orang yang membacanya akan mengira bahwa berkumpul di tempat ahlu (keluarga) mayyit dan memakan makanan yang disediakan adalah termasuk bid’ah Munkarah, padahal bukan seperti itu yang dimaksud oleh kalimat tersebut. Mereka telah menggunting (menukil secara tidak jujur) kalimat tersebut sehingga makna (maksud) yang dkehendaki dari kalimat tersebut menjadi kabur. Padahal, yang benar, bahwa kalimat tersebut merupakan jawaban atas pertanyaan yang ditanyakan sebelumnya. Itu sebabnya, kalimat yang mereka nukil dimulai dengan kata “na’am (iya)”.

~Berikut teks lengkapnya;
وقد اطلعت على سؤال رفع لمفاتي مكة المشرفة فيما يفعله أهل الميت من الطعام. وجواب منهم لذلك. (وصورتهما). ما قول المفاتي الكرام بالبلد الحرام دام نفعهم للانام مدى الايام، في العرف الخاص في بلدة لمن بها من الاشخاص أن الشخص إذا انتقل إلى دار الجزاء، وحضر معارفه وجيرانه العزاء، جرى العرف بأنهم ينتظرون الطعام، ومن غلبة الحياء على أهل الميت يتكلفون التكلف التام، ويهيئون لهم أطعمة عديدة، ويحضرونها لهم بالمشقة الشديدة. فهل لو أراد رئيس الحكام – بما له من الرفق بالرعية، والشفقة على الاهالي – بمنع هذه القضية بالكلية ليعودوا إلى التمسك بالسنة السنية، المأثورة عن خير البرية وإلى عليه ربه صلاة وسلاما، حيث قال: اصنعوا لآل جعفر طعاما يثاب على هذا المنع المذكور ؟
“Dan sungguh telah aku perhatikan mengeni pertanyaan yang ditanyakan (diangkat) kepada para Mufti Mekkah (مفاتي مكة المشرفة) tentang apa yang dilakukan oleh Ahlu (keluarga) mayyit perihal makanan (membuat makanan) dan (juga aku perhatikan) jawaban mereka atas perkara tersebut. Gambaran (penjelasan mengenai keduanya ; pertanyaan dan jawaban tersebut) yaitu mengenai (bagaimana) pendapat para Mufti yang mulya (المفاتي الكرام) di negeri “al-Haram”, (semoga (Allah) mengabadikan manfaat mareka untuk seluruh manusia sepanjang masa), tentang kebiasaan (urf) yang khusus di suatu negeri bahwa jika ada yang meninggal, kemudian para pentakziyah hadir dari yang mereka kenal dan tetangganya, lalu terjadi kebiasaan bahwa mereka (pentakziyah) itu menunggu (disajikan) makanan dan karena rasa sangat malu telah meliputi ahlu (keluarga mayyit) maka mereka membebani diri dengan beban yang sempurna (التكلف التام), dan (kemudian keluarga mayyit) menyediakan makanan yang banyak (untuk pentakziyah) dan menghadirkannya kepada mereka dengan rasa kasihan. Maka apakah bila seorang ketua penegak hukum yang dengan kelembutannya terhadap rakyat dan rasa kasihannya kepada ahlu mayyit dengan melarang (mencegah) permasalahan tersebut secara keseluruhan agar (manusia) kembali berpegang kepada As-Sunnah yang lurus, yang berasal dari manusia yang Baik (خير البرية) dan (kembali) kepada jalan Beliau (semoga shalawat dan salam atas Beliau), saat ia bersabda, “sediakanlah makanan untuk keluarga Jakfar”, apakah pemimpin itu diberi pahala atas yang disebutkan (pelarangan itu) ?

أفيدوا بالجواب بما هو منقول ومسطور. (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده. اللهم أسألك الهداية للصواب. نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر، ثبت الله به قواعد الدين وأيد به الاسلام والمسلمين.
“Penjelasan sebagai jawaban terhadap apa yang telah di tanyakan, (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده, Ya .. Allah aku memohon kepada-Mu supaya memberikan petunjuk kebenaran”.Iya.., apa yang dilakukan oleh manusia dari berkumpul ditempat ahlu (keluarga) mayyit dan menghidangkan makanan, itu bagian dari bid’ah munkarah, yang diberi pahala bagi yang mencegahnya dan menyuruhnya. Allah akan mengukuhkan dengannya kaidah-kaidah agama dan mendorong Islam serta umat Islam”
Betapa apa yang dikehendaki dari pernyataan diatas telah keluar konteks saat pertanyaannya dipotong sebagaimana nukilan mereka dan ini yang mereka gunakan untuk melarang Tahlilan.

Ketidak jujuran ini yang mereka dakwahkan untuk menipu umat Islam atas nama Kitab I’anatuth Thalibin dan Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathiy Asy-Syafi’i.

Dalam pertanyaan dan jawaban diatas, yang sebenarnya termasuk bagian dari bid’ah Munkarah adalah kebiasaan pentakziyah menunggu makanan (بأنهم ينتظرون الطعام) di tempat ahlu (keluarga) yang terkena mushibah kematian, akal sehat pun akan menganggap bahwa kebiasaan itu tidak wajar dan memang patut untuk di hentikan. Maka, sangat wajar juga bahwa Mufti diatas menyatakan kebiasaan tersebut sebagai bid’ah Munkarah, dan penguasa yang menghentikan kebiasaan tersebut akan mendapat pahala. Namun, karena keluasan ilmu dari Mufti tersebut tidak berani untuk menetapkan hukum “Haram” kecuali jika memang ada dalil yang jelas dan sebab-sebabnya pun luas.
Tentu saja, Mufti tersebut kemungkinan akan berkata lain jika membahasnya pada sisi yang lebih umum (bukan tentang kasus yang ditanyakan), dimana pentakziyah datang untuk menghibur, menyabarkan ahlu (keluarga) mayyit bahkan membawa (memberi) bantuan berupa materi untuk pengurusan mayyit dan untuk menghormati pentakziyah yang datang.

Pada kegiatan Tahlilan orang tidak akan datang ke rumah ahlul mushibah dengan kehendaknya sendiri, melainkan atas kehendak tuan rumah. Jika tuan rumah merasa berat tentu saja tidak perlu mengadakan tahlilan dan tidak perlu mengundang. Namun, siapa yang lebih mengerti dan paham tentang “memberatkan” atau “beban” terhadap keluarga mayyit sehingga menjadi alasan untuk melarang kegiatan tersebut, apakah orang lain atau ahlu (keluarga) mayyit itu sendiri ? tentu saja yang lebih tahu adalah ahlu (keluarga) mayyit. Keinginan ahlu (keluarga) mayyit untuk mengadakan tahlilan dan mengundang tetangga atau orang lain untuk datang ke kediamannya merupakan pertanda ahlu (keluarga) mayyit memang menginginkannya dan tidak merasa keberatan, sementara para tetangga (hadirin) yang diundang sama sekali tidak memaksa ahlu (keluarga) mayyit untuk mengadakan tahlilan. Ahlu (keluarga) mayyit mengetahui akan dirinya sendiri bahwa mereka mampu dan dengan senang hati beramal untuk kepentingan saudaranya yang meninggal dunia, sedangkan hadirin hanya tahu bahwa mereka di undang dan memenuhi undangan ahlu (keluarga) mayyit.

Sungguh betapa sangat menyakitkan hati ahlu (keluarga) mayyit jika undangannya tidak dipenuhi dan bahkan makanan yang dihidangkan tidak dimakan atau tidak disentuh. Manakah yang lebih utama, melakukan amalan yang “dianggap makruh” dengan menghibur ahlu (keluarga) mayyit, membuat hati ahlu (keluarga) mayyit senang atau menghindari “yang dianggap makruh” dengan menyakiti hati ahlu (keluarga) mayyit ? Tentu saja akan yang sehat pun akan menilai bahwa menyenangkan hati orang dengan hal-hal yang tidak diharamkan adalah sebuah kebaikan yang berpahala, dan menyakiti perasaannya adalah sebuah kejelekan yang dapat berakibat dosa.

Disisi yang lain antara ahlu (keluarga) mayyit dan yang diundang, sama-sama mendapatkan kebaikan. Dimana ahlu (keluarga) mayyit telah melakukan amal shaleh dengan mengajak orang banyak mendo’akan anggota keluarga yang meninggal dunia, bersedekah atas nama mayyit, dan menghormati tamu dengan cara memberikan makanan dan minuman. Pada sisi yang di undang pun sama-sama melakukan amal shaleh dengan memenuhi undangan, mendo’akan mayyit, berdzikir bersama, menemani dan menghibur ahlu (keluarga) mayyit. Manakah dari hal-hal baik tersebut yang diharamkan ? Sungguh ulama yang mumpuni benar-benar bijaksana dalam menetapkan hukum “makruh” karena melihat dengan seksama adanya potensi “menambah kesedihan atau beban merepotkan”, meskipun jika seandainya hal itu tidak benar-benar ada.

Adanya sebagian kegiatan Tahlilan yang dilakukan oleh orang awam, yang sangat membebani dan menyusahkan, karena ketidak mengertiannya pada dalam masalah agama, secara umum tidak bisa dijadikan alasan untuk menetapkan hukum haram atau terlarang. Bagi mereka lebih pantas diberi tahu atau diajari bukan di hukumi.

Selanjutnya,

Point Kedua (2) : Juga bentuk ketidak jujuran dan mensalah pahami maksud dari kalimat tersebut. Kata yang seharusnya merupakan status hukum namun diterjemahkan sehingga maksud yang terkandung dari pernyataan tersebut menjadi berbeda. Ungkapan-ungkapan ulama seperti akrahu” (saya membenci), “makruh” (dibenci), “yukrahu” (dibenci), “bid’ah munkarah” (bid’ah munkar), “bid’ah ghairu mustahabbah” (bid’ah yang tidak dianjurkan), dan “bid’ah mustaqbahah” (bid’ah yang dianggap jelek), semua itu mereka pahami sebagai larangan yang berindikasi hukum haram mutlak. Padahal didalam kitab tersebut, berkali-kali dinyatakan hukum “makruh” untuk kegiatan berkumpul di rumah ahlu (keluarga) mayyit dan dihidangkan makanan,terlepas dari hokum-hukum perkara lain seperti takziyah, hokum mendo’akan, bersedekah untuk mayyit, dimana semua itu dihukumi sunnah.

~Terjemahan “mereka” :“Dan apa yang dibiasakan manusia tentang hidangan dari keluarga si mayit yang disediakan untuk para undangan, adalah bid’ah yang tidak disukai agama, sebagaimana datangnya para undangan ke acara itu, karena ada hadits shahih yang diriwayatkan dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu: Kami menganggap bahwa berkumpul di rumah keluarga si mayit, mereka menghidangkan makanan setelah penguburannya, adalah termasuk nihayah (meratap) –yakni terlarang.

~Berikut teksnya (yang benar) وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه، بدعة مكروهة – كإجابتهم لذلك، لما صح عن جرير رضي الله عنه. كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة
“Dan kebiasaaan dari ahlu (keluarga) mayyit membuat makanan untuk mengundang (mengajak) menusia kepadanya, ini bid’ah makruhah (bid’ah yang makruh), sebagaimana mereka memenuhi ajakan itu, sesuai dengan hadits shahih dari Jarir ra, “Kami (sahabat) menganggap bahwa berkumpul ke ahlu (keluarga) mayyit dan menyediakan makanan (untuk mereka) setelah dikuburnya (mayyit)

Mereka secara tidak jujur menterjemahkan status hukum “Makruh” pada kalimat diatas dan hal itu sudah menjadi tuntutan untuk tidak jujur bagi mereka sebab mereka telah menolak pembagian bid’ah. Karena penolakan tersebut, maka mau tidak mau mereka harus berusaha memelintir maksud bid’ah makruhah (bid’ah yang makruh) tersebut.

Padahal bid’ah juga dibagi menjadi lima (5) status hukum namun mereka tolak, sebagaimana yang tercantum dalam kitab al-Imam an-Nawawi yaitu Syarah Shahih Muslim ;

أن البدع خمسة أقسام واجبة ومندوبة ومحرمة ومكروهة ومباحة

“Sesungguhnya bid’ah terbagi menjadi 5 macam ; bid’ah yang wajib, mandzubah (sunnah), muharramah (bid’ah yang haram), makruhah (bid’ah yang makruh), dan mubahah (mubah)” [Syarh An-Nawawi ‘alaa Shahih Muslim, Juz 7, hal 105]

Bila ingin memahami perkataan Ulama madzhab Syafi’I, maka pahami juga istilah-istilah yang ada dan digunakan didalam madzhab Syafi’i. Penolakan mereka terhadap pembagian bid’ah ini, mengandung konsekuensi yang besar bagi mereka sendiri saat dihadapkan dengan kitab-kitab ulama Madzhab Syafi’iyyah, dan untuk menghidarinya, satu-satunya jalan adalah dengan jalan tidak jujur atau mengaburkan maksud yang terkandung dari sebuah kalimat. Siapapun yang mengikuti pemahaman mereka maka sudah bisa dipastikan keliru.

Status hokum yang disebutkan pada kalimat diatas adalah “Makruh”. Makruh adalah makruh dan tetap makruh, bukan haram. Dimana pengertian makruh adalah “Yutsab ala tarkihi wala yu’aqabu ala fi’lihi, yaitu mendapat pahala apabila ditinggalkan dan tidak mendapat dosa bila di lakukan”. Makruh yang disebutkan diatas, juga terlepas dari hokum takziyah itu sendiri.

Kemudian persoalan “an-Niyahah (meratap)” yang pada hadits Shahih diatas, dimana hadits tersebut juga dikeluarkan oleh Ibnu Majah ;

عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ: كُنَّا نَرَى اْلاِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنَ النِّيَاحَةِ

“Kami (para sahabat) memandang berkumpul di ahlu (keluarga) mayyit dan membuat makanan termasuk bagian dari meratap”“An-Niyahah” memang perbuatan yang dilarang dalam agama. Namun, bukan berarti sama sekali tidak boleh bersedih atau menangis saat ada anggota keluarga yang meninggal dunia, sedangkan Rasulullah saja menangis mengeluarkan air mata saat cucu Beliau (Fatimah) wafat. Disaat Beliau mencucurkan air mata, (sahabat) Sa’ad berkata kepada Rasulullah ;

فَقَالَ سَعْدٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذَا فَقَالَ هَذِهِ رَحْمَةٌ جَعَلَهَا اللَّهُ فِي قُلُوبِ عِبَادِهِ وَإِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

“..maka Sa’ad berkata ; Ya .. Rasulullah (يَا رَسُولَ اللَّهِ) apakah ini ? “Ini (kesedihan ini) adalah rahmat yang Allah jadikan di hati para hamba-Nya, Allah hanya merahmati hamba-hamba-Nya yang mengasisihi (ruhama’)” [HR. Imam Bukhari No. 1284]Rasulullah juga menangis saat menjelang wafatnya putra Beliau yang bernama Ibrahim, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdurrahman bin ‘Auf,

فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ

“..maka Abdurrahmah bebin ‘Auf berkata kepada Rasulullah, “dan anda wahai Rasulullah ?, Rasulullah berkata, “wahai Ibnu ‘Auf sesungguhnya (tangisan) itu rahmat, dalam sabda yang lain beliau kata, “sesungguhnya mata itu mencucurkan air mata, dan hati bersedih, dan kami tidak mengatakan kecuali apa yang menjadi keridhaan Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang bersedih karena perpisahanku dengan Ibrahim”. [HR. Imam Bukhari No. 1303]

Rasulullah juga menangis di makam ibunda beliau sehingga orang yang bersamanya pun ikut menangis sebagaimana diriwayatkan di dalam hadis-hadis shahih [lihat Mughni al-Muhtaaj ilaa Ma’rifati Ma’aaniy Alfaadz Al Minhaj, Al-Allamah Al-Imam Muhammad al-Khathib asy-Syarbini, Dar el-Fikr, juz 1, hal. 356).

Maka meratap yang sebenarnya dilarang (diharamkan) yang disebut sebagai “An-Niyahah” adalah menangisi mayyit dengan suara keras hingga menggerung apalagi diiringi dengan ekspresi berlebihan seperti memukul-mukul atau menampar pipi,menarik-narik rambut, dan lain sebagainya.

Kembali kepada status hokum “Makruh” diatas, sebagaimana juga dijelaskan didalam Kitab al-Mughniy ;

فأما صنع أهل الميت طعاما للناس فمكروه لأن فيه زيادة على مصيبتهم وشغلا لهم إلى شغلهم وتشبها بصنع أهل الجاهلية

“Maka adapun bila ahlu (keluarga) mayyit membuat makanan untuk orang, maka itu Makruh, karena bisa menambah atas mushibah mereka, menambah kesibukan mereka (merepotkan) dan meniru-niru perbuatan Jahiliyah” [Al-Mughniy Juz
II/215]

Makruh bukan haram, dan status hokum Makruh bisa berubah menjadi Mubah (Jaiz/boleh) jika keadaannya sebagaimana digambarkan dalam kitab yang sama, berikut ini ;

وإن دعت الحاجة إلى ذلك جاز فإنه ربما جاءهم من يحضر ميتهم من القرى والأماكن البعيدة ويبيت عندهم ولا يمكنهم إلا أن يضيفوه
“Dan jika melakukannya karena ada (sebab) hajat, maka itu diperbolehkan (Jaiz), karena barangkali diantara yang datang ada yang berasal dari pedesaan, dan tempat-tempat yang jauh, dan menginap dirumah mereka, maka tidak bisa (tidak mungkin) kecuali mereka mesti di jamu (diberi hidangan)” [” [Al-Mughniy Juz II/215]

Selanjutnya,

Point Ketiga (3) : Penukilan (pada point 3) ini juga tidak tepat dan keluar dari konteks, sebab pernyataan tersebut masih terikat dengan kalimat sebelumnya. Dan mereka juga mentermahkan status hukum yang ditetapkan dalam kitab Al-Bazaz.

~Terjemahan Mereka : “Dalam Kitab Al Bazaz: Dibenci menyediakan makanan pada hari pertama, tiga, dan setelah tujuh hari, dan juga mengirim makanan ke kuburan secara musiman.”

~Berikut teks lengkapnya yang benar :
وقال أيضا: ويكره الضيافة من الطعام من أهل الميت، لانه شرع في السرور، وهي بدعة. روى الامام أحمد وابن ماجه بإسناد صحيح، عن جرير بن عبد الله، قال: كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام من النياحة. اه. وفي البزاز: ويكره اتخاذ الطعام في اليوم الاول والثالث وبعد الاسبوع، ونقل الطعام إلى القبر في المواسم إلخ

“Dan (juga) berkata; “dan dimakruhkan penyediaan jamuan besar (الضيافة) dari Ahlu (keluarga) mayyit, karena untuk mengadakankegembiran (شرع في السرور), dan ini adalah bi’dah. Diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad dan Ibnu Majah dengan isnad yang dshahih, dari Jarir bin Abdullah, berkata ; “kami (sahabat) menganggap berkumpulnya ke (tempat) ahlu (keluarga) mayyit dan menyediakan makanan bagian dari merapat”. Dan didalam kitab Al-Bazaz, “diMakruhkan menyediakan makanan pada hari pertama, ke tiga dan setelah satu minggu dan (juga) dikatakan (termasuk) makanan (yang dibawa) ke kuburan pada musiman”

Apa yang dijelaskan didalam kitab Al-Bazaz adalah sebagai penguat pernyataan Makruh sebelumnya, jadi masih terkait dengan apa yang disampaikan sebelumnya. Namun sayangnya, mereka menukil separuh-separuh sehingga maksud dari pernyataan tersebut melenceng, parahnya lagi (ketidak jujuran ini) mereka gunakan untuk melarang Tahlilan karena kebencian mereka terhadap kegiatan tersebut dan tidak menjelaskan apa yang sebenarnya dimakruhkan.

Yang dimakruhkan adalah berupa jamuan besar untuk tamu (“An-Dliyafah/الضيافة”) yang dilakukan oleh ahlu (keluarga) mayyit untuk kegembiraan. Status hukum ini adalah makruh bukan haram, namun bisa berubah menjadi jaiz (mubah) sebagaimana dijelaskan pada point 2 (didalam Kitab Al-Mughniy).

Selanjutnya,

Point Ke-Empat (4) : Lagi-lagi mereka menterjemahkan secara tidak jujur dan memenggal-menggal kalimat yang seharunya utuh.

~Terjemahan mereka ; “Dan diantara bid’ah yang munkarat yang tidak disukai ialah apa yang biasa dikerjakan orang tentang cara penyampaian rasa duka cita, berkumpul dan acara hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram.” (I’anatut Thalibin, Sarah Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146). Mereka telah memotong kalimatnya hanya sampai disitu. Sungguh ini telah pembohongan publik, memfitnah atas nama ulama (Pengarang kitab I’anatuth Thabilibin).

~Berikut teks lengkapnya (yang benar) ;

وفي حاشية العلامة الجمل على شرح المنهج: ومن البدع المنكرة والمكروه فعلها: ما يفعله الناس من الوحشة والجمع والاربعين، بل كل ذلك حرام إن كان من مال محجور، أو من ميت عليه دين، أو يترتب عليه ضرر، أو نحو ذلك.

“Dan didalam kitab Hasiyatul Jamal ‘alaa Syarh al-Minhaj (karangan Al-‘Allamah asy-Syekh Sulaiman al-Jamal) ; “dan sebagian dari bid’ah Munkarah dan Makruh mengerjakannya, yaitu apa yang dilakukan orang daripada berduka cita, berkumpul dan 40 harian, bahkan semua itu haram jika (dibiayai) dari harta yang terlarang (haram), atau dari (harta) mayyit yang memiliki (tanggungan) hutang atau (dari harta) yang bisa menimbulkan bahaya atasnya, atau yang lain sebagainya”

Begitu jelas ketidak jujuran yang mereka lakukan dan penipuan terhadap umat Islam yang mereka sebarkan melalui website dan buku-buku mereka.

Kalimat yang seharusnya di lanjutkan, di potong oleh mereka. Mereka telah menyembunyikan maksud yang sebenarnya dari ungkapan ulama yang berasal dari kitab aslinya. Mereka memenggal kalimat secara “seksama” (penipuan yang direncanakan/disengaja) demi tercapainya tujuan mereka yaitu melarang bahkan mengharamkan Tahlilan, seolah olah tujuan mereka didukung oleh pendapat Ulama, padahal hanya didukung oleh tipu daya mereka sendiri yang mengatas namakan ulama. Bukankah hal semacam ini juga termasuk telah memfitnah Ulama ? menandakan bahwa pelakunya berakhlak buruk juga lancang terhadap Ulama ? Ucapan mereka yang katanya menghidupkan sunnah sangat bertolak belakang dengan prilaku penipuan yang mereka lakukan.

Selanjutnya,

Point Ke-Lima (5) : Terjemahan mereka : “Dan tidak ada keraguan sedikitpun, bahwa mencegah umat dari bid’ah munkarat ini adalah menghidupkan Sunnah Nabi SAW , mematikan BID’AH, membuka seluas-luasnya pintu kebaikan dan menutup serapat-rapatnya pintu-pintu keburukan, karena orang-orang memaksa-maksa diri mereka berbuat hal-hal yang akan membawa kepada hal yang diharamkan. (I’anatut Thalibin, Sarah Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146) Kalimat diatas sebenarnya masih berkaitan dengan kalimat sebelumnya, oleh karena itu harus dipahami secara keseluruhan.

~Berikut ini adalah kelanjutan dari kalimat pada point ke-4 :

. وقد قال رسول الله (ص) لبلال بن الحرث رضي الله عنه: يا بلال من أحيا سنة من سنتي قد أميتت من بعدي، كان له من الاجر مثل من عمل بها، لا ينقص من أجورهم شيئا. ومن ابتدع بدعة ضلالة لا يرضاها الله ورسوله، كان عليه مثل من عمل بها، لا ينقص من أوزارهم شيئا. وقال (ص): إن هذا الخير خزائن، لتلك الخزائن مفاتيح، فطوبى لعبد جعله الله مفتاحا للخير، مغلاقا للشر. وويل لعبد جعله الله مفتاحا للشر، مغلاقا للخير.

“Dan sungguh Rasulullah bersabda kepada Bilal bin Harits (رضي الله عنه) : “wahai Bilal, barangsiapa yang menghidupkan sunnah dari sunnahku setelah dimatikan sesudahku, maka baginya pahala seperti (pahala) orang yang mengamalkannya, tidak dikurangi sedikitpun dari pahala mereka (orang yang mengamalkan) dan barangsiapa yang mengada-adakan (membuat) bid’ah dhalalah dimana Allah dan Rasul-Nya tidak akan ridha, maka baginya (dosa) sebagaimana orang yang mengamalkannya dan tidak dikurangi sedikitpun dari dosa mereka”. dan Nabi bersabda ; “Sesungguhnya kebaikan (الخير) itu memiliki khazanah-khazanah, khazanah-khazanah itu ada kunci-kuncinya (pembukanya), Maka berbahagialah bagi hamba yang telah Allah jadikan pada dirinya pembuka untuk kebaikan dan pengunci keburukan. Maka, celakalah bagi hamba yang telah Allah jadikan pada dirinya pembuka keburukan dan pengunci kebaikan”

ولا شك أن منع الناس من هذه البدعة المنكرة فيه إحياء للسنة، وإماته للبدعة، وفتح لكثير من أبواب الخير، وغلق لكثير من أبواب الشر، فإن الناس يتكلفون تكلفا كثيرا، يؤدي إلى أن يكون ذلك الصنع محرما. والله سبحانه وتعالى أعلم.

“dan tidak ada keraguan bahwa mencegah manusia dari bid’ah Munkarah ini, padanya termasuk menghidupkan as-Sunnah, dan mematikan bagi bid’ah, dan membuka pada banyak pintu kebaikan, dan mengunci kebayakan pintu keburukan.. Maka jika manusia membebani (dirinya) dengan beban yang banyak, itu hanya akan mengantarkan mereka kepada perkara yang diharamkan.”

Jika hanya membaca sepintas nukilan dari mereka, akan terkesan seolah-olah adanya pelarangan bahwa berkumpulnya manusia dan makan hidangan di tempat ahlu (keluarga) mayyit adalah diharamkan sebagaimana yang telah mereka nukil secara tidak jujur dipoint-4 atau bahkan ketidak jelasan mengenai bid’ah Munkarah yang dimaksud, padahal pada kalimat sebelumnya (lihat point-4) sudah dijelaskan dan status hukumnya adalah Makruh, namun memang bisa mengantarkan pada perkara yang haram jika membebani dengan beban yang banyak (تكلفا كثيرا) sebagaimana dijelaskan pada akhir-akhir point ke-5 ini dan juga pada point-4 yaitu jika (dibiayai) dari harta yang terlarang , atau dari (harta) mayyit yang memiliki (tanggungan) hutang atau (dari harta) yang bisa menimbulkan bahaya atasnya.

PENUTUP

Demikian apa yang bisa kami sampaikan sedikit ini untuk meluruskan nukil-nukilan tidak jujur dari “pendakwah salaf” yang katanya “pengikut salaf” namun sayang sekali prilaku mereka sangat bertolak belakang dengan prilaku salaf bahkan lebih buruk.
Kami menghimbau agar jangan terlalu percaya dengan nukilan-nukilan mereka, sebaiknya mengecek sendiri atau tanyakan pada ulama atau ustadz tempat antum masing-masing agar tidak menjadi korban internet dan korban penipuan mereka. Masih banyak kitab ulama lainnya yang mereka pelintir maksudnya. Maka berhati-hatilah, demikian dulu, Wallahu a’lam bis showab..

SUMBER:

18 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

Bahaya FATWA TAKFIRI MUFTI PERLIS

Menyamakan amalan mengambil upah bagi bacaan Tahlil dengan sijil pengampunan yang pernah dibuat oleh pihak gereja pada waktu dahulu adalah satu bentuk Qiyas ma’al Junun, bukan Qiyas ma’al Fariq.
Memberi keampunan langsung tidak sama dengan memohon keampunan.

Terdapat begitu banyak perbahasan ulama’ tentang mengambil upah bagi melakukan ibadat, khususnya ibadat sunat dan fardu kifayah.

Bahkan Allah Swt sendiri memberikan satu bahagian daripada zakat bagi mereka yang melakukan tugas (ibadat) kutipan dan pembahagiannya.

Orang yang berjihad diberikan ganjaran khusus – harta bersama musuh yang dibunuh dan ganjaran umum dari ghanimah.

Sahabat yang membaca al Fatihah mengubat orang yang sakit, Rasulullah Saw juga mengambil bahagian upah tersebut (Hadith sahih)

Dan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda dalam satu hadith bahawa al Quran adalah perkara yang paling layak untuk diambil upah ( Hadith sahih)

Bahkan berapa ramai yang mengajar agama dan mengurus agama pada hari ini mengambil upah, dan adakalanya hibah atau hadiah.

Sungguh dahsyat apabila perkara yang mudah sebegini dihukumkan dengan elemen takfiri oleh pihak yang tidak tahu berlapang dada dalam perbahasan agama.

Wallahul musta’an.

Dr Abdullah Jalil USIM

(Sumber FB Ustaz Zamihan Al-Ghari)

17 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

*Kisah Abu Nawas Dengan 10 Wahabi*

Wahabi 1 :
Jangan melakukan suatu ibadah yang tidak ada contoh dari Rasulullah saw

Abu Nawas :
Kalu gitu mulai sekarang anda jangan dengarkan khutbah jumaat yang menggunakan Bahasa melayu

Wahabi 2 :
Semua amalan itu tertolak tidak jika tidak ada contohnya dari Rasulullah

Abu Nawas :
Kalu gitu mulai sekarang anda jangan lakukan shalat tarawih sebulan penuh di masjid

Wahabi 3 :
Islam itu sudah sempurna tidak perlu di tambah2 lagi

Abu Nawas :
Kalu gitu tidak usah banyak ckp, Islam kan sudah sempurna tidak perlu lagi di tambah2 ajaran aneh wahabi, yang tidak pernah ada nash larangannya jangan anda haramkan.

Wahabi 4 :
Kubah kuburan wali harus di robohkan kerana berpotensi syirik di sembah2

Abu Nawas :
Kenapa hanya kubah kuburan saja yg di robohkan, sekalian saja dipotong semua pohon didunia, ratakan semua gunung, gua, laut, semuanya juga berpotensi syirik.

Wahabi 5 :
Tassawuf itu ajaran baru karena tidak ada riwayat Rasulullah pernah menyebut sufi

Abu Nawas :
kalau gitu tidak usah belajar hadits karena Rasulullah pun tidak pernah menyebut istilah muhaddits, shahih, dhoif dan sebagainya

Wahabi 6 :
Jangan percaya kepada ulama percayalah kepada Rasulullah saja, ulama tidak ada yg maksum yg maksum hanya Rasulullah saw

Abu Nawas :
Kalau begitu anda tidak usah pakai hadits karena semua hadits di riwayatkan oleh para ulama, semua kitab juga di tulis oleh Ulama kerana Rasulullah tidak pernah menulis kitab apapun oleh itu guru-gurunya wahabi kan baru saja dikenali 500 tahun setelah Rasulullah

Wahabi 7 :
Maulid itu bid’ah tidak boleh di lakukan, tidak ada contohnya dari Rasul

Abu Nawas :
Kalau gitu jika besok anak anda lahir anda tidak boleh tersenyum, gembira, mengucapkan alhamdulillah, dll kerana itu juga merupakan sebahagian dari perayaan kelahiran

Wahabi 8 :
Malaysia ini negara thaghut.

Abu Nawas :
Kalau gitu anda tinggalkan malaysia sekarang juga

Wahabi 9 :
Aqidah Asy’ariyyah itu sesat

Abu Nawas :
Kalau gitu tidak payah mengaji kitab Ibnu Hajar Al Asqalani, kitab imam nawawi, dan lain – lain mereka semua Asy’ariyyah

Wahabi 10 :
Imam Syafii itu tidak maksum

Abu Nawas :
Apa lagi anda…yg ada di mana2 group.ilmunya cuma COPY&PASTE SAJA…
Wahabi yg ada di group whatups skrg ni:
dasar ahlul bid’ah..bid’ah bid’ah bid’ah…..!!

Abu Nawas :
Yang suka menjerit sampah,sampah,, biasanya tukang angkat sampah,dan
yang suka menjerit ikan,ikan,ikan, biasanya penjual ikan, yang suka menjerit Dan teriak bid’ah bid’ah bid’ah adalah ???
xixixixi, jawapnnya mudah tidak perlu rujuk kamus….hehehe pecinta wahab najezd

Begitula al kisah abu nawas dgn wahabi.

Sumber dari FB

17 March 2017 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MENJAWAB 15 FAKTA IMAM ASY SYAFIE LAYAK DIPANGGIL WAHHABI @ 15 AMALAN YANG SERING DIKAITKAN DENGAN GELARAN WAHHABI

Apa jawapan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ?

1. Apabila kita lihat isi artikel ternyata bukan semuanya adalah dari ijtihad Imam asy Syafie. Ini namanya PENIPU ATAS NAMA IMAM ASY SYAFIE. Ingat tanda-tanda munafiq ?

2. Antara ciri-ciri wahhabi yang utama adalah 3 T iaitu Tasyrik (mengkafirkan), Tabdi’ (membid’ah sesatkan) dan Takfir (mengkafirkan) ulamak dan umat Islam tanpa hak serta membawa aqidah mengimaginasikan Allah.

3. DOA QUNUT SUBUH – Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie tidak pernah menyatakan doa qunut subuh adalah bid’ah sesat. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra’ bin Azib Imam As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza’ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu’. Ia adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari. Rujuk Al-Majmu’ syarah Muhazzab jilid 3 hlm.50. Imam Asy Syafie sendiri menyatakan :
“Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai”
Al-Um jilid 1 hlm.205.

4. SOLAT SUNAT QOBLIYAH SEBELUM SOLAT JUMAAH – Melemahkan pandangan bukan bermakna membid’ahkan, mengkafirkan atau mensyirikkan Solat Sunat Qabliyah 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat seperti Wahhabi,

5. AZAN DUA KALI SEBELUM SOLAT JUMAAT – Imam Asy Syafie tidak pernah membid’ahkan dua kali azan sebelum Solat Jumaat. Beliau menerangkan
Dan yang mana di antara yang kedua itu yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam lebih saya sukai
(Umm Juz I, halaman 195). Lihat bagaimana Imam Syafie mengggunakan af’al tafdhil. Lebih mengutamakan, melebihkan. Tiada pun sebut larangan. TETAPI al albani membid’ahkan lihat kitabnya al-Ajwibah al-Nafi’ah.

6. KENDURI ARWAH – Makruh dalam mazhab asy Syafie bukan bermakna berdosa. Ertinya tuntutan supaya meninggalkan dengan tidak pasti, apabila dibuat tidak berdosa dan apabila ditinggalkan pula mendapat pahala. Di dalam kenduri arwah terdapat sunnah yang dihidupkan seperti memberi makan jiran tetangga, membaca al Quran, berselawat, bertahlil dan sebagainya. Dan ini bukanlah bentuk ratapan. Imam Asy Syafie serta ulamak yang disebutkan tidak menyatakan ia sebagai bid’ah sesat. Maka hujjah wahhabi tertolak sama sekali.

7. Imam Asy Syafie adalah mujtahid mutlaq. Tiada satupun ulamak wahhabi yang bertaraf mujtahid mutlak. Bahkan pengikut wahhabi bertaqlid buta dengan Muhammad bin Abdul Wahhab, Al Albani, Sheikh Bin Baz, Sholeh Uthaimin, Soleh Fauzan dan sebagainya. Bukankah dalam artikel tersebut ramai nama ulamak muktabar seperti Imam An Nawawi, Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam Izzuddin Abdis Salam adalah pengikut Imam Asy Syafie ? Ulamak hebat pun bertaqlid inikan pula orang awam yang jahil. Tetapi wahhabi selalu perasan diri mereka seperti mujtahid mutlaq.
8. ZAKAT FITRAH GUNA WANG – Imam Asy Syafie tidak membid’ahkan bayar zakat fitrah guna wang. Dalam mazhab Asy Syafie ia diharuskan kerana darurat atau perintah raja. Lihat kitab al-Itharah, bahwa keterangan mazhab Syafie tersebut ada dinyatakan dalam kitab Majmu’ Syarah al-Muhazzab 5/431, kitab al-Majmu’ (5:429)

9. LAFAZ SAYYIDINA – Imam Asy Syafie tidak membid’ahkan. Imam Ar Ramli iaitu antara Mufti Muqallid dalam Mazhab Asy Syafie mengatakan lafaz sayyidina dalam solat diutamakan. Rujuk – Ar Ramli, Tuhfat al Muhtaj, vol 2, hlm 86. Ibnu Qasim al ‘Ubbadi menyatakan ia diutamakan – Hasyiyah Tuhfah 1 hlm 368. Syeikh Syihabuddin al Qaliyubi – pengarang dan pensyarah kitab Minhaj Imam An Nawawi menyatakan ia memuliakan dan menghormati nabi (Qaliyubi 1, hlm 167). Imam Abu Bakar Syatta menyatakan ia diutamakan – I’anatut Tholibin 1, hlm 169.Turut dibolehkan oleh Imam Izzuddin Abdissalam dan Asy Syarqowy.

10. Imam Asy Syafie tidak membid’ahkan bacaan Surah Yaasin malam Jumaat.

11. BERDOA DAN BERZIKIR BERJEMAAH LEPAS SOLAT- Imam Asy Syafie tidak menyatakan berdoa dan berzikir beramai-ramai lepas solat berjemaah adalah bid’ah sesat sebagaimana wahhabi. Bahkan Imam Asy Syafie menyatakan berdoa dan zikir secara senyap atau keras adalah hasan/baik. Beliau memilih untuk zikir secara senyap. Lihat Kitab al-‘Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242. Imam An Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al Asqolani menyatakan doa dan zikir keras beramai-ramai lepas solat jemaah adalah mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh. Rujuk kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237 dan Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, hal. 260

12. LAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT – Imam asy Syafie dan ulamak yang disebutkan tidak membid’ahkan. Ulamak dalam mazhab Asy Syafie seperti al-‘Allamah al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami mensunnahkan lafaz niat sebelum solat didalam Kitab Tuhfatul Muhtaj (II/12), Syekh Zainuddin bin Abdul Aziz didalam Fathul Mu’in Hal. 1, Imam An Nawawi dalam Minhaj At tholibin, Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj, kerana Imam Asy Syafie membenarkan penggunaan qiyas dalam mengeluarkan hukum rujuk kitab beliau Ar-Risalah. Wahhabi pula jahil dalam mazhab Asy Syafie memandai-mandai berbicara tentang mazhab Asy Syafie.

13. SAMPAI PAHALA BACAAN PADA SIMATI – Wahhabi membid’ah sesat bacaan al Quran kepada simati dan menuduh umat Islam ke kubur sebagai penyembah kubur ! . Dalam mazhab Asy Syafie ia adalah khilaf. Imam An Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar – doa untuk orang yang sudah mati dan pahala kepada mereka adalah sampai. Imam An Nawawi adalah mujtahid fatwa dalam Mazhab Asy Syafie menganjurkan supaya berdoa supaya pahala bacaan al Quran sampai kepada simati. Imam al Qurtubi menyatakan harus – Tazkirah al Qurtubi. Pendapat muktamad dalam mazhab Asy Syafie menyatakan sampai – lihat kitab Al-Bujairimi Minhaj

14. MENGAPUR DAN MEMBANGUNKAN KUBUR – Ulamak Mazhab Asy Syafie yang lebih mengetahui pandangan Imam Asy Syafie mensyarahkan pandangan beliau. Ia dilihat pada pemilikan tanah kubur oleh mayat berkenaan samada milik sendiri, disabilkan. Ibnu Hajar al Haitami menyatakan sesetengah ulamak asy syafie mengharuskan binaan kubur orang soleh di tanah yang bukan disabilkan ( Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) Beliau menyatakan tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.” (kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah). Sila rujuk perincian permasalah ini di – http://khairuummah77.wordpress.com/…/30/penjelasan-kekelir…/

15. AQIDAH IMAM ASY SYAFIE – Imam Asy Syafie rahimahuLlah (204) berkata :
Allah wujud tidak bertempat, Dia menciptakan tempat dan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya seperti mana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak bagi Allah berubah sifatNya atau zatNya (Ittihaf Saadah Al Muttaqin : 2/24), (al-Fiqh al-Akbar, h. 13).
Imam Asy Syafie rahimahuLlah berkata : Aku beriman (dengan nusus mutasyabihat) tanpa tasybih. Aku percaya tanpa tamsil. Aku menegah diriku dari cuba memahaminya. Aku menahan diriku dari mendalaminya dengan seboleh-bolehnya. (Daf’u Syubhah man Syabbaha oleh Imam Taqiyuddin ad Dimasyqi al Hisni (829 H) m/s 147)
Imam Asy Syafie misalnya pernah mentakwil ‘wajah Allah’ yang terdapat dalam ayat, “Ke mana pun kamu menghadap, maka di situlah wajah Allah. (Surah al Baqarah ayat 115). Beliau berkata, maksudnya, wallahua’lam, maka di situlah arah, iaitu kiblat, yang telah Allah arahkan agar kamu menghadap kepadaNya. (Al Asma’ wa As Sifat, jilid ke 2, hal-35)

16. Imam Asy Syafie pun tidak membahagikan dan belajar tauhid 3 (Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma’ wa As Sifat) yang dicanangkan Wahhabi. Sifat 20 disusun oleh ulamak dalam asya’iroh memudahkan umat Islam mempelajarinya untuk tahu, memahami, mengamalkan dan menghayati dalam kehidupan. Ia tidak bertentangan dengan aqidah Imam Asy Syafie serta salafussoleh. Bahkan Sifat Mukholafatuhu Ta’ala Lil Hawadith, Qiyamuhu Ta’ala bi nafsihi amat bertepatan dengan aqidah Imam Asy Syafie yang menolak mujassimah dan musyabbihah.

17. MENYAPU MUKA LEPAS SOLAT – Mujtahid Fatwa dalam Mazhab Asy Syafie iaitu Imam An Nawawi menyatakan di dalam Kitab al-Azkar:
وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: “Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan” (al-Azkar, 69).

Wallahua’lam bissowab.

Sumber : http://jomfaham.blogspot.my/…/15-fakta-imam-asy-syafie-laya…

(Petikan dari FB Ustaz Yunan A Samad)

13 March 2017 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

PENTINGNYA ILMU TAUHID

Sesungguhnya ilmu yang membahas tentang keimanan kepada Allah dengan mengetahui sifat-sifat-Nya merupakan ilmu yang paling mulia, paling tinggi kedudukannya, paling wajib diketahui dan hal pertama yang harus diketahui. Ilmu ini dinamakan ilmu ushul, ilmu tauhid, ilmu kalam dan ilmu aqidah.

Rasulullah menyatakan secara tegas bahwa beliau sangat memperhatikan ilmu ini seraya bersabda:
أَنَا أَعْلَمُكُمْ بِاللّهِ وَأَخْشَاكُمْ لَهُ
“Aku adalah orang yang paling mengetahui tentang Allah dari pada kalian dan aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dari pada kalian.” (HR. al-Bukhari)
Maka ilmu ini merupakan ilmu yang paling penting untuk dicapai dan ilmu yang harus diutamakan dan diagungkan.

Allah berfirman:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
“Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan.” (QS. Muhammad: 19)

Di dalam ayat ini disebutkan bahwa perintah mengetahui tauhid lebih didahulukan dari pada perintah istighfar, karena tauhid berkaitan dengan ilmu ushul, sedangkan istighfar berkaitan dengan ilmu furu’ (ilmu tasawwuf).

Maka mempelajari ilmu tauhid harus didahulukan dari pada ilmu fiqih, tasawwuf, hadits dan ilmu-ilmu lain. Rasulullah menyatakan bahwa ibadah yang paling utama secara mutlak adalah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah bersabda:
أَفْضَلُ الْأَعْمَالِ إِيْمَانٌ بِاللّهِ وَرَسُوْلِهِ
“Perbuatan yang paling utama adalah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” (HR. al-Bukhari)

Ilmu tauhid juga merupakan di antara syarat sah diterimanya suatu ibadah apapun, baik itu ibadah shalat, puasa, zakat, haji, shadaqah, berdzikir dan lain-lain.
Orang yang tidak mengenal Allah melalui sifat-sifat-Nya, maka ibadahnya tidak diterima. Begitu juga orang yang mengenal / meyakini Allah dengan keyakinan yang salah, seperti meyakini Allah berada di langit, maka ibadahnya tidak diterima.

Al-Imam al-Ghazali menyatakan:
لَا تَصِحُّ الْعِبَادَةُ إِلَّا بَعْدَ مَعْرِفَةِ الْمَعْبُوْدِ
“Tidak sah ibadah seseorang kecuali setelah dia mengetahui Tuhan yang disembah.”

Di antara point pertama ilmu tauhid adalah Allah ada (wujud). Keberadaan Allah tidak sama dengan keberadaan makhluk. Bukti bahwa Allah ada adalah alam ini dengan segala isinya. Pergantian siang dan malam yang teratur, perjalanan matahari dan bulan yang silih berganti, penciptaan manusia yang sempurna, berfungsinya anggota tubuh dengan baik, butuhnya manusia akan udara serta air dan sebagainya.

Peristiwa semua ini tidak mungkin terjadi dengan sendirinya. Hal ini pasti ada yang menciptakan dan yang mengaturnya, yaitu Allah ta’ala. Allah berfirman:
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوْا فِي أَنْفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللّٰهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى وَإِنَّ كَثِيْرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُوْنَ
“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan Sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar dengan melihat kepada Tuhannya (di akhirat).” (QS. Ar-Rum: 8)

Allah ada sebelum terciptanya alam, Allah ada sebelum manusia, malaikat, dan jin diciptakan, Allah ada sebelum bumi diciptakan, Allah ada sebelum langit dan arsy diciptakan. Allah-lah yang menciptakan semua makhluk ini.
Allah menciptakan makhluk ini untuk menunjukkan kekuasaan-Nya, bukannya Allah butuh kepada makhluk. Jadi Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah. Allah tidak di langit, Allah tidak di arsy dan Allah tidak di mana-mana. Allah ada tanpa tempat, karena tempat adalah makhluk.
Allah berfirman:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
“Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya (baik dari satu segi maupun semua segi), dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya.” (QS. Asy-Syura: 11)
Ayat di atas adalah ayat yang paling jelas di dalam al-Qur’an yang menjelaskan bahwa Allah tidak menyerupai makhluk-Nya.
Al-Imam Abu Hanifah menyatakan:
أَنَّى يُشْبِهُ الْخَالِقُ مَخْلُوْقَهُ
“Mustahil Allah menyerupai makhluk-Nya.”

Mustahil Allah menyerupai sifat-sifat makhluk. Di antara sifat-sifat makhluk adalah bergerak, diam, berubah, bersemayam, berada di tempat dan arah, duduk, naik, turun dan sebagainya.

Rasulullah bersabda:
كَانَ اللّٰهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُه
“Allah ada pada azal (keberadaan tanpa permulaan) dan belum ada sesuatupun selain-Nya.” (HR al-Bukhari, al-Baihaqi dan Ibn al-Jarud).
Makna hadits ini bahwa Allah ada pada azal (keberadaan tanpa permulaan), tidak ada sesuatu (selain-Nya) bersama-Nya. Pada azal belum ada angin, cahaya, kegelapan, ‘arsy, langit, manusia, jin, malaikat, waktu, tempat dan arah. Maka berarti Allah ada sebelum terciptanya tempat dan arah, maka ia tidak membutuhkan kepada keduanya dan Ia tidak berubah dari semula, yakni tetap ada tanpa tempat dan arah, karena berubah adalah ciri dari sesuatu yang baru (makhluk).
Sayyidina Ali berkata:
إِنَّ الَّذِيْ أَيَّنَ الْأَيْنَ لَا يُقَالُ لَه أَيْنَ وَإِنَّ الَّذِيْ كَيَّفَ الْكَيْفَ لَا يُقَالُ لَه كَيْفَ
“Sesungguhnya yang menciptakan tempat tidak boleh dikatakan bagi-Nya di mana (pertanyaan tentang tempat) dan yang menciptakan sifat-sifat makhluk tidak boleh dikatakan bagi-Nya bagaimana.” (diriwayatkan oleh Abu al-Muzhaffar al-Asfarayini dalam kitabnya at-Tabshir fi ad-Din, hlm 98).
Imam ath-Thahawi menyatakan:
وَمَنْ وَصَفَ اللّهَٰ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِى الْبَشَرِ فَقَدْ كَفَرَ
“Dan barangsiapa yang mensifati Allah dengan salah satu sifat manusia, maka ia telah kafir.”

Di antara sifat manusia adalah duduk, bertempat, bergerak, diam, berada pada satu arah atau tempat, berbicara dengan huruf, suara dan bahasa.
Imam Ahmad ar-Rifa’i menyatakan di dalam kitabnya “al-Burhan al-Muayyad”:
صُوْنُوْا عَقَائِدَكُمْ مِنَ التَّمَسُّكِ بِظَاهِرِ مَا تَشَابَهَ مِنَ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ فَإِنَّ ذٰلِكَ مِنْ أُصُوْلِ الْكُفْرِ
“Jagalah aqidah kalian dari berpegangan kepada zhahir ayat al-Qur’an dan Hadits Nabi yang mutasyabihat sebab hal ini merupakan salah satu pangkal kekufuran.”
Contoh ayat mutasyabihat adalah firman Allah surat Thaha: 5: اَلرَّحْمنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَي Ayat ini tidak boleh dipahami makna zhahir. Karena kata istawa mempunyai banyak arti, di antaranya duduk, menetap, lurus, matang, menguasai, dan lain-lain.
Makna yang sesuai bagi Allah adalah menguasai (al-Qahhar) dan Allah menamakan Dzat-Nya dengan al-Qahhar, sebagaimana dinyatakan di dalam surat Yusuf: 39: اَللّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ. Oleh karena itu, kaum muslimin menamakan anak-anak mereka dengan Abdul Qahir dan Abdul Qahhar. Tidak ada seorang pun yang menamakan anak-anak mereka dengan Abdul Jalis atau Abdul Qa’id (yaitu hamba dari dzat yang duduk).

Sayyidina Ali berkata:
إِنَّ اللّهَ خَلَقَ الْعَرْشَ إِظْهَارًا لِقُدْرَتِهِ وَلَمْ يَتَّخِذْهُ مَكَانًا لِذَاتِهِ
“Sesungguhnya Allah menciptakan arsy untuk menampakkan kekuasaan-Nya dan Dia tidak menjadikannya sebagai tempat bagi Dzat-Nya.” (Diriwayatkan oleh Abu Manshur al-Baghdadi di dalam kitab al-Farq bayna al-Firaq)

Begitu juga al-Imam Malik menyatakan:
اَلرَّحْمنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ وَلَا يُقَالُ كَيْفَ، وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ
“Allah yang maha Rahman istawa terhadap arsy sebagaimana Dia telah mensifati Dzat-Nya, tidak boleh dikatakan bagi-Nya sifat-sifat makhluk dan sifat-sifat makhluk bagi-Nya mustahil.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab al-Asma’ wa ash-Shifat)

Imam Ahmad ar-Rifa’i berkata:
غَايَةُ الْمَعْرِفَةِ بِاللّٰهِ اْلإِيْقَانُ بِوُجُوْدِه تَعَالٰى بِلَا كَيْفٍ وَلَا مَكَانٍ
“Batas akhir pengetahuan seorang hamba tentang Allah adalah meyakini bahwa Allah ta’ala ada tanpa bagaimana (sifat-sifat makhluk) dan ada tanpa tempat.”
Inilah keyakinan Rasulullah, para sahabat, para imam mujtahid dan mayoritas kaum muslimin. Ulama’ tasawwuf yang telah mencapai derajat tinggi keyakinannya adalah Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah. Tidak lantas karena sudah mencapai derajat tinggi, mereka bisa membayangkan Allah, atau mereka mengetahui hakekat Allah.

Imam Ahmad ibn Hanbal dan Imam Tsauban ibn Ibrahim Dzun Nun al-Mishri berkata:
مَهْمَا تَصَوَّرْتَ بِبَالِكَ فَاللّٰهُ بِخِلَافِ ذٰلِكَ
“Apapun yang terlintas dalam pikiranmu tentang Allah, maka Allah tidak seperti itu.”
Allah adalah Tuhan, Allah tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya. Allah bukan benda dan bukan sifat benda. Oleh karena itu, Allah tidak bisa dibayangkan.

Imam Abu Bakar ash-Shiddiq berkata:
اَلْعَجْزُ عَنْ دَرَكِ اْلإِدْرَاكِ إِدْرَاكُ وَالْبَحْثُ عَنْ ذَاتِه كُفْرٌ وَإِشْرَاكُ
“Pengetahuan bahwa pemahaman seseorang tidak mampu untuk sampai mengetahui hakekat Allah adalah keimanan, sedangkan mencari tahu tentang hakekat Allah, yakni membayangkan-Nya adalah kekufuran dan syirik.”
Seseorang yang meyakini bahwa Allah ada, yang ada-Nya tidak sama dengan adanya makhluk, maka hal ini adalah keimanan yang benar. Sedangkan mencari tahu hakekat Allah sehingga membayangkan-Nya seperti makhluk, maka hal ini yang menyebabkan dia menjadi keluar dari agama Islam.

Inilah aqidah Islam yang diajarkan oleh semua para nabi, dari Nabi pertama yaitu Nabi Adam sampai nabi terakhir, Nabi Muhammad. Semua nabi keimanannya sama, Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah.

Semoga Allah senantiasa mengaruniakan hidayah, taufiq dan inayah-Nya kepada kita semua sehingga kita dikuatkan dalam memegang teguh ajaran Ahlussunnah Waljama’ah dan semoga kita dimudahkan dalam melaksanakan ajaran Islam dengan mudah, aamiin.

(Petikan: Ustaz Yunan A Samad)

9 March 2017 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

PARA ULAMA MUJTAHID BERBEZA PENDAPAT DALAM FURU’ DAN MEREKA SEPAKAT DALAM USHUL (TAUHID)

Para ulama’ yang memenuhi syarat-syarat berijtihad, mereka akan berijtihad dalam masalah-masalah furu’, bukan dalam prinsip-prinsip keyakinan (ushul al-‘aqidah) seperti tentang ma’rifatullah (mengetahui sifat-sifat Allah)
Kemudian tidaklah diperbolehkan adanya perbezaan pendapat (ikhtilaf) dalam masalah-masalah yang telah dibicarakan oleh nash-nash yang sharih (Manshush ‘alayhi), seperti tentang kewajiban shalat lima waktu, keharaman zina dan liwath. Sedangkan perbezaan dalam masalah-masalah yang tidak manshush alayhi dan tidak majmu’ alayhi, maka ijtihad dan ikhtilaf dalam hal ini diperbolehkan.

Para ulama’ mujtahid dalam bidang furu’ tidak pernah salah seorang dari mereka mendakwa bahwa dirinya saja yang benar dan selainnya sesat. Mereka tidak pernah mengatakan kepada mujtahid lain yang berbeza pendapat dengan mereka bahwa anda sesat dan haram orang mengikuti anda. Umar bin al-Khaththab tidak pernah mengatakan hal itu kepada Ali bin Abi Thalib ketika mereka berbeza pendapat, demikian pula sebaliknya Ali tidak pernah mengatakan hal seperti itu kepada Umar.

Di dalam al-Hawi fi Fatawi al-Ghumari, 1/108-110, al-Ghumari menyebutkan riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak bahwa Umar ketika dalam kondisi terluka berkata kepada para sahabat:
إِنِّيْ كُنْتُ رَأَيْتُ فِى الْجَدِّ رَأْيًا، فَإِنْ رَأَيْتُمُوْهُ أَنْ تَتَّبِعُوْهُ فَاتَّبِعُوْهُ
“Saya sudah punya pendapat tentang hak waris kakek, jika kalian melihat itu layak diikuti, ikutilah.”

Lalu Utsman menjawab:
إِنْ نَتَّبِعْ رَأْيَكَ فَإِنَّهُ رُشْدٌ، وَإِنْ نَتَّبِعْ رَأْيَ الشَّيْخِ قَبْلَكَ فَلَنِعْمَ ذُوْ الرَّأْيِ كَانَ
“Jika kami mengikuti pendapat anda, maka itu adalah petunjuk dan kebenaran, dan jika kami mengikuti Syeikh (Abu Bakar) sebelum anda, maka beliau adalah sebaik-baik orang yang berijtihad.”

Demikian pula para ulama’ ahli ijtihad yang lain seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafii, Ahmad bin Hanbal, Ibnu al-Mundzir, Ibnu Jarir ath-Thabari dan lainnya. PARA ULAMA’ AHLI IJTIHAD JUGA TIDAK PERNAH MELARANG ORANG UNTUK MENGIKUTI MADZHAB ORANG LAIN SELAMA YANG DIIKUTI MEMANG SEORANG AHLI IJTIHAD.

Mereka juga tidak pernah berambisi mengajak semua ummat Islam untuk mengikuti pendapatnya. Mereka tahu betul bahwa perbedaan dalam masalah-masalah furu’ telah terjadi sejak awal di masa para sahabat Nabi dan mereka tidak pernah saling menyesatkan atau melarang orang untuk mengikuti salah satu di antara mereka. Dalam berbeda pendapat, mereka berpegang pada sebuah kaedah yang disepakati:
لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ
“Tidak diingkari orang yang mengikuti salah satu pendapat para mujtahid dalam masalah yang memang diperselisihkan hukumnya (mukhtalaf fih) di kalangan mereka, melainkan yang diingkari adalah orang yang menyalahi para ulama mujtahid dalam masalah yang mereka sepakati hukumnya (mujma’ alayhi)

Maksud dari kaedah ini bahwa jika para ulama’ mujtahid berbeda pendapat tentang suatu permasalahan, ada yang mengatakan wajib, sunnah atau makruh, haram, atau boleh dan tidak boleh, maka tidak dilarang seseorang untuk mengikuti salah satu pendapat mereka. Tetapi jika hukum suatu permasalahan telah mereka sepakati, mereka memiliki pendapat yang sama dan satu tentang masalah tersebut, maka tidak diperbolehkan orang menyalahi kesepakatan mereka tersebut dan mengikuti pendapat lain atau memunculkan pendapat pribadi yang berbeda.

Jadi dalam masalah-masalah furu’, diperbolehkan adanya perbedaan. Sedangkan dalam masalah-masalah ushul (Tauhid), mereka sepakat bahwa ALLAH ADA TANPA TEMPAT DAN ARAH. Maka orang yang menyalahi masalah ushul ini, dikatakan sesat dan kafir.
Oleh karena itu, al-Imam ath-Thahawi menukil ijma’ para ulama’ salaf dengan menegaskan (Abdullah al-Harari, Syarah al-‘Aqidah ath-Thahawiyah, 186-187):
تعالى (يعنى الله) عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات ل تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات
Al-Imam Abu Manshur al-Baghdadi berkata (al-Farq bayna al-Firaq, 333):
وأجمعوا –اي أهل السنة والجماعة- على أنه لا يحويه مكان ولا يجرى عليه زمان
Al-Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwayni mengatakan (Abdul Malik al-Juwayni, al-Irsyad ila Qawa-thi al-Adillah, 21):
ومذهب اهل الحق قاطبة أن الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيز والتخصص بالجهات
Al-Imam ath-Thahawi juga mengatakan (Abdullah al-Harari, Syarah al-Aqidah ath-Thahawiyyah, 187):
ومن وصف الله بمعنى من معانى البشر فقد كفر
Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani menegaskan (Fathu al-Bari, 6/136):
فمعتقد سلف الأئمة وعلماء السنة من الخلف أن الله منزه عن الحركة والتحول والحلول، ليس كمثله شيء

Semoga Allah senantiasa memberikan hidayah, taufiq dan inayah kepada kita, sehingga kita menjadi hamba yang diridhai dan menjadi ummat Nabi Muhammad yang dibanggakan, aamiin.

(Petikan dari: Ustaz Yunan A Samad)

9 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?

Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama *Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dgn soalan yg ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini.

Jawapan:
*TIDAK BOLEH, !!*
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana *iddahnya telah bermula,* dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali *darurat.*

Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak.Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah *jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.

Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yg meninggal mendapat redha Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tidak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kenapatuhi arahan Allah dan bukan dgr apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yg pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah SAW, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah SAW sendiri. Iktibarnya – bila mana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tidak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tidak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.

■Pada zaman RasuluLlah SAW sudah ada golongan wanita yang hendak ikut ke kubur, lalu Nabi SAW bertanya kepada mereka, “Kamu hendak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah SAW bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah SAW berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tidak penuhi hak suami jika isteri tidak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tidak penuhi hak suami jika tidak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tidak penuhi hak suami jika tidak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tidak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tidak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.

■Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi SAW, yang tidak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang !
Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tidak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tidak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tidak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tidak boleh keluar menunggu suami
dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana *iddah bermula setelah suami meninggal.*

■Perempuan, kalau hendak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu kampung. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tidak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tidak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau hendak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdapat banyak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun. Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tidak bekerja, dia tidak boleh makan atau anak2nya tiada yang menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat2 yang tidak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu’alam bissawab.

(Petikan dari FB Ustaz Yunan A Samad)

7 March 2017 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

UMMAH MEMERLUKAN HARAKAH YANG MEMBINA HADHARAH

Hadharah iaitu suatu sistem yg menyeluruh bagi manusia yg meliputi pemikiran, pandangan, amalan dan akhlak dlm kehidupan individu, keluarga, masyarakat, pendidikan, politik, ekonomi dll.
(Sayyid Abul A’la Al Maududi Rahimahullah).

Ia terbahagi kpd dua :-
1) Hadharah Islamiyyah ialah himpunan cara hidup meliputi aqidah, pemikiran, pandangan, amalan dan akhlak dlm kehidupan individu , keluarga, masyarakat, pendidikan, politik, ekonomi, dan undang2 yg ditentukan oleh Allah SWT yg disebut Deenul Islam.

2) Hadharah Jahiliyyah ialah satu cara hidup atau himpunan cara hidup yg meliputi pemikiran, pandangan, amalan dan moral dlm kehidupan individu, keluarga, masyarakat, pendidikan, politik, ekonomi, undang2 yg tidak berpandukan kitab Allah dan sunnah RasulNya.

Dlm membina hadharah, ummah cuma mempunyai 2 pilihan shj samada memilih utk membina Hadharah Islamiyyah ataupun membina Hadharah Jahiliyyah. Di sana tidak ada pilihan ketiga dan tidak ada pilihan utk menjadi pemerhati ataupun berkecuali. Semua individu ummah tanpa kecuali memainkan peranannya serta mengambil posisinya masing2 dlm pembinaan dan pembentukan hadharah ini.

Walaupun siapa dia, seorang pemimpin ummah, seorang ulama’, seorang manusia biasa maupun berdarjat, siapa sahaja – samada dia membina hadharah atau hadharah yg akan membina dia. Kerana hadharah yg diertikan sebagai sistem hidup itu akan tetap terbina dan mengambil ruang dlm roh dan jasad diri manusia.

Justeru itu samada kita memilih utk membina hadharah atau tidak, hadharah akan tetap tegak. Sekiranya ummah memilih Deenul Islam, cara hidup Islam sebagai hadharah yg dibina dlm kehidupan ummah maka akan terbinalah Hadharah Islamiyyah, tetapi sekiranya ummah hanyut dan membiarkan dirinya tidak memilih apa2 utk dibina sekalipun, maka akan terbinalah hadharah jahiliyyah yg mengikut arus deras masyarakat massa.

Ya! Samada disedari atau tidak, suka ataupun benci sebenarnya hadharah yg terbina dan membudaya dlm kehidupan ummah pada hari ini adalah Hadharah Jahiliyyah. Secara halus, penuh diplomasi dgn menggunakan segala prasarana komunikasi ia telah merebak dan mencengkam ke seluruh sendi-sendi kehidupan ummah dan telah diguna pakai secara meluas tanpa sebarang rasa bersalah dan berdosa oleh ummah yg telah terpisah jauh daripada hakikat atau tuntutan pembinaan Hadharah Islamiyyah.

Bagaikan barah menyerang bahagian2 penting tubuh ummah, seperti api dlm sekam membakar peradaban manusia, penularannya hingga ke akar umbi membongkar aqidah ummah yg kealpaan.

Siapakah yg harus dipersalahkan dlm masalah ini ?

Sesungguhnya ummah secara individu tidak akan mampu utk melawan arus deras jahiliyyah ini, tidak kuat utk membina hadharahnya di tgh2 serangan dan ancaman global hadharah jahiliyyah. Sekiranya dia cuba bangkit menegakkan hadharahnya yg mulia itu, samada dia akan terpinggir dipukul oleh gelombang jahiliyyah atau dia akan kalah.. lantas hanyut dibawa oleh arus yg memukau nafsu. Maka tertinggallah cerita tentang Hadharah Islamiyyah, cara hidup Islam sebenar yg diturunkan utk menyelamatkan ummah dan generasinya hanya menjadi hikayat di dlm kitab2, perbincangan2, di pentas pidato, atau di kuliah2 pengajian sebagai bahan tesis.

Justeru siapakah yg akan ummah harapkan utk menyelamatkan keadaan yg gawat ini? Demi menjauhkannya dari kemurkaan Allah?

Tentulah tidak lain tidak bukan kalau bukan satu harakah atau gerakan jamaah yg mengambil tugas ini secara amanah dan bertanggungjawab… membina Hadharah Islamiyyah dlm erti kata yg sebenarnya. Menyusun, mengarah dan memberi tunjuk ajar yg sebenarnya dgn penuh ikhlas dan kasih sayang kpd setiap individu ummah supaya bekerja secara berjamaah, saling bantu membantu, bekerja sama dan saling nasihat menasihati ke arah menghidupkan kembali Hadharah Islamiyyah.

Namun sering kali terjadi apabila harakah atau jamaah itu sendiri tersasar… kerana pemimpin2nya larut dgn kemahuan2 semasa dlm mengejar kekuasaan politik. Mereka keliru dlm membezakan perjuangan ‘membina’ HADHARAH ISLAMIYYAH dlm kehidupan ummah dgn pertarungan merebut kekuasaan politik dlm sistem demokrasi… Wallahu a’lam.

Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk di sepanjang jalan mencari keredhaanNya.

(Di petik dari FB Halim Ibnuramadhan)

6 March 2017 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

SIAPA SALAF SEBENARNYA

SIAPA SALAF SEBENARNYA dan KENA DEKAT GOLONGAN WAHABI YG MENIDAK KAN IMAM SYAFII DGN KEILMUAN NYA YG AMAT TERSERLAH SERTA IMAM MAZHAB 4…

Catitan ilmu supaya kita lebih faham erti terminologi yg dipakai:-
1) Imam Hanafi lahir:80 hijrah
2) Umam Maliki lahir: 93 hijrah
3) Imam Syafie lahir:150 hijrah
4) Imam Hanbali lahir:164 hijrah
5) Imam Asy’ari lahir: 240 hijrah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh atau dikenali dengan nama ulama SALAF…


Apa itu salaf?

Salaf ialah nama “zaman” iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.

1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah tu disebut “Sahabat Nabi” kerana mereka pernah bertemu Nabi

2) Golongan generasi kedua pula disebut “Tabi’in” iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat nabi tapi tak pernah bertemu Nabi

3) Golongan generasi ketiga disebut sebagai “Tabi’ tabi’in” iaitu golongan yang tak pernah bertemu nabi dan sahabat tapi bertemu dengan tabi’in.

Jadi, Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid sahabat Nabi maka beliau seorang TABI’IN.

Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali,Imam Asy’ari pula berguru dengan tabi’in maka mereka adalah golongan TABI’ TABI’IN.

Jadi kesemua imam2 yang mulia ini merupakan golongan SALAF YANG SEBENAR dan pengikut mazhab mereka lah yang paling layak digelar sebagai “SALAFI” kerana “SALAFI” bermaksud “pengikut golongan SALAF”.

Jadi beruntunglah kita di Malaysia yang masih berpegang kepada mazhab Syafie yang merupakan mazhab SALAF yang SEBENAR dan tidak lari dari kefahaman NABI DAN SAHABAT2.


Rujukan Wahhabi pulak:

1) Ibnu Taimiyyah lahir: 661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

2) Albani lahir: 1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi, lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

3) Muhammad Abdul Wahab (pengasas gerakan Wahabi): 1115 Hijrah(lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

4) Bin Baz lahir: 1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi, sama dengan Albani, lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi (mati tahun 2001,lebih kurang 12 tahun lepas dia mati, lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.

Mereka ini semua hidup di akhir zaman kecuali Ibnu Taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf dan zaman dajjal (akhir zaman)…

Tak de sorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta hidup di zaman SALAF….

Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tapi SANGAT-SANGAT ANEH apabila puak-puak Wahabi menggelarkan diri sebagai “Salafi” (pengikut golongan Salaf).
Sedangkan rujukan mereka semuanya merupakan manusia-manusia yang hidup di AKHIR ZAMAN

Oleh: Hj Khobil

6 March 2017 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi | Leave a comment

Soalan Bodoh Daripada Orang Tak Cerdik

Saya agak geli hati apabila diajukan soalan, Nabi Muhammad itu bermazhab apa? Soalan ini bukan ditujukan kepada saya, tetapi dikhabarkan oleh seorang sahabat kepada saya kemudiannya. Soalan seperti itu bukan untuk dijawab tetapi untuk difikirkan kelojikannya. Namun kalau saya diberi peluang ketika itu mahu juga dijawab.
Pada saya soalan itu adalah soalan bodoh yang perlu pun dilayan. Tetapi kalau tidak dijawab, orang awam akan keliru. Maka untuk menghilangkan kekeliruan itu, kita ajukan soalan balas kepadanya, Nabi Muhammad wujud dalam zaman mazhab apa?

Soalan susulan, adakah mazhab agama?

Apa itu mazhab?
Awal-awal lagi perlu ditegaskan ialah mazhab bukan agama tetapi satu jalan yang memandukan kita kepada agama. Bolehkah seseorang yang beragama tidak guna mazhab?Maka berdasarkan maksud mazhab, semua orang yang hendak beragama perlu guna mazhab. Kenapa?

Boleh ke seseorang yang hendak menuju ke sesuatu distinasi tanpa menggunakan jalan?Jawapannya sudah tentu tidak boleh. Semua orang perlu guna jalan sama ada jalan darat, laut atau udara. Untuk cepat sampai barangkali dia menggunakan jalan udara iaitu kapal terbang. Boleh juga menggunakan jalan laut dengan menaiki perahu, bot atau kapal. Tetapi kebanyakan orang menggunakan kenderaan darat mengikut kemampuan. Namun bagi yang miskin dia boleh berjalan kaki.

Bagitulah tamsilan mazhab bagi orang yang hendak beragama. Mazhab yang kita pilih sudah tersedia kenderaan yang bersesuaian dengan kemapuan kita. Sekurang-kurang mazhab yang mudah kita temui pada hari ini ialah, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali. Demikian jalan dan kenderaan kepada Agama Islam.

Nabi Muhammad Mazhab apa?
Awal-awal lagi perlu dijelaskan bahawa Nabi Muhammad yang membawa Islam atau agama kepada kita. Pemilik agama adalah Allah, dan Allah sudah memberi kuasa penuh kepadanya untuk membawa Islam kepada umatnya. Kalau begitu, dia tidak perlu kepada mazhab. Kenapa?

Nabi Muhammad tak perlu berjalan untuk dapatkan agama tatapi apa yang diperlukan dalam agama, Allah terus wahyukan kepadanya. Pendek kata, apa sahaja persoalan agama, akan dipandu terus oleh Allah. Jadi, jelas orang yang bertanyakan soalan di atas adalah orang yang tidak cerdik. Dia tidak dapat membezakan antara pembawa agama dengan kenderaan menuju ke agama.

Lebih tidak cerdiknya dia, seolah-olah dia tidak tahu bahawa mazhab itu wujud setelah beberapa tahun Nabi Muhammad wafat. Bagaimana Nabi Muhammad hendak ikut orang yang belum wujud atau dalam bahasa lain, bolehkah orang yang sudah mati nak ikut orang hidup. Apa perlunya orang mati ikut orang hidup? Wajarkah ayah kita yang sudah meninggal dunia mengikut anaknya?

Berdasarkan coretan rengkas ini, diharapkan tidak timbul lagi orang yang mempertikan mazhab. Tidak akan ada lagi orang yang tidak mahu ikut mazhab dalam beragama. Suka ditegaskan di sini, orang yang mendakwa tidak ikut mazhab sebenarnya juga bermazhab iaitu mazhabnya sendiri. Bandingannya, dia sedang guna jalan darat dengan berjalan kaki. Lambat laun dia akan sampai juga ke distinasi.

Persoalannya mengapa guna mazhab sendiri? Anda punyai ilmu sehebat imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Ahmad. Anda cukup kuasa ilmu usul fiqh, ilmu hadis dan tafsir. Kalau anda sekadar baca makna al-Quran dan Hadis, maknanya anda tidak kenal bahasa Arab. Bolehkah buat mazhab sendiri? Tepuk dada tanya iman.

Oleh: Ustaz Ahmad Baei

5 March 2017 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | 3 Comments

   

%d bloggers like this: